The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hrz.bersatu, 2021-04-04 22:33:01

Buku Sample 4

buku sample 4

|BAB 05
RUMUSAN

• PELAKSANAAN DAN PENYELARASAN
• PEMANTAUAN DAN PELAPORAN
• PENGHARGAAN



PELAN ANTI RASUAH GIATMARA 2021-2025

PELAKSANAAN DAN PENYELARASAN
JAWATANKUASA PEMBANGUNAN PELAN ANTI RASUAH

Selaras dengan Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018,
Siri 2 No. 1 Tahun 2019 – Pemantapan Governans, Integriti dan Antirasuah
dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia, Ketua Pegawai
Eksekutif GIATMARA telah melantik Jawatankuasa Pelan Anti Rasuah
GIATMARA pada 25 September 2019. Jawatankuasa ini di Pengerusikan
oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sumber Manusia & Strategik dan di
anggotai oleh Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Sumber Manusia,
Pengurus Besar Bahagian Audit Dalam, Pengurus Besar Bahagian
Pembangunan Usahawan, Pengurus Besar Bahagian Pembangunan
Kerjaya dan Industri dan Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Aset
dan Projek. Jawatankuasa ini berperanan membangunkan Pelan Anti
Rasuah Organisasi serta bertanggungjawab memastikan Unit Integrti
dan Tatatertib memantau pelaksanaan pelan tindakan yang dirancang
dan menilai pencapaiannya. Selain itu Jawatankuasa ini juga hendaklah
memastikan koordinasi dan keterlibatan semua pihak yang berkenaan
dapat dilaksanakan dengan jayanya.
UNIT INTEGRITI DAN TATATERTIB (UIT)

Selain berperanan ke atas pengurusan integriti, tadbir urus dan
pencegahan rasuah, UIT merupakan urusetia kepada Jawatankuasa
Pelan Anti Rasuah GIATMARA. UIT bertanggungjawab merangka
dan menyelaras proses pembangunan pelan anti rasuah organisasi.
Seterusnya UIT bertindak sebagai penyelaras dan pemantau untuk
memastikan pelan tindakan yang dirancang dilaksanakan oleh pihak
yang bertanggungjawab. Pelaporan mengenai status pelaksanaan Pelan
Anti Rasuah GIATMARA akan dikemukakan oleh setiap Pusat GIATMARA
Negeri pada setiap suku tahun kepada Jawatankuasa Pembangunan
Pelan Anti Rasuah GIATMARA.

41

PEMANTAUAN DAN PELAPORAN
JAWATANKUASA ANTI RASUAH GIATMARA

Jawatankuasa ini bertindak sebagai pemantau bagi pelaksanaan
Pelan Anti Rasuah GIATMARA melalui laporan yang dikemukakan
oleh Jawatankuasa Pelan Anti Rasuah GIATMARA. Status pencapaian
pelaksanaan Pelan Anti Rasuah dibentang dan dibincangkan serta
dinilai akan keberkesanannya. Jawatankuasa ini hendaklah memastikan
inisiatif-inisiatif yang dinyatakan di dalam Pelan Anti Rasuah dilaksanakan
mengikut sasaran dan tempoh masa yang ditetapkan.
JAWATANKUASA ANTI RASUAH MARA

Jawatankuasa ini bertindak sebagai pemantau bagi pelaksanaan
Pelan Anti Rasuah oleh semua anak syarikat di bawah MARA.
KAEDAH PEMANTAUAN DAN PELAPORAN

Bagi memantapkan sistem pemantauan pelaksanaan GACP, semua
Pengurus Besar Bahagian, dan Pengurus Besar Negeri dikehendaki:

• Melantik Desk Officer bagi memantau pelaksanaan pelan
tindakan di peringkat bahagian, mahupun negeri.

• Melaksanakan dan memantau program – program yang telah
ditetapkan.

• Desk Officer Mengemukakan Laporan Pelaksanaan Program bagi
setiap suku tahun (April, Julai, Oktober dan Januari) kepada
UIT.

• UIT akan melaporkan status tindakan atau pelaksanaan kepada
Jawatankuasa Antirasuah (JAR) GIATMARA.

42

PELAN ANTI RASUAH GIATMARA 2021-2025

43

PELAPORAN PELAN ANTIRASUAH

GIATMARA BAHAGIAN/NEGERI
BIDANG KEUTAMAAN
STRATEGI
OBJEKTIF STRATEGI
TARIKH LAPORAN

BIL PROGRAM / KUMPULAN PELAKSANAAN TINDAKAN TARIKH CATATAN
AKTIVITI SASARAN DIAMBIL

Rajah 5.2.3: Contoh borang Pelaporan Pelan Anti Rasuah

44




Click to View FlipBook Version