The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi IPGKKB terus mengorak langkah pemerkasaan bagi menyumbang ke arah peningkatan pendidikan berkualiti kepada murid Orang Asli dan Peribumi, khususnya di Negeri Kelantan dan Terengganu

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dinjabi, 2022-07-29 10:31:20

NONG PAI 2

Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi IPGKKB terus mengorak langkah pemerkasaan bagi menyumbang ke arah peningkatan pendidikan berkualiti kepada murid Orang Asli dan Peribumi, khususnya di Negeri Kelantan dan Terengganu

Keywords: NOG PAI 2

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

NONG PAI 2

BULETIN PUSAT KECEMERLANGAN PEDAGOGI PERIBUMI ,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

Bil. 2: 2018

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

BULETIN PUSAT KECEMERLANGAN PEDAGOGI PERIBUMI,

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU
BIL. 2: 2018

NONG PAI 2

Aktiviti yang dilaksanakan oleh PKPP
Sepanjang tahun 2014 dan 2015

2

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

NONG PAI 2

disunting oleh
Rosely bin Mustapha
Narita binti Mohd Noor
Mohammad Shamsudin bin Jamiran
Aminuddin bin Mamat
Sakila binti Dollah
Sheikh Roslam bin Sheikh Abdullah

Penerbit
Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

3

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

Cetakan Pertama/First Printing, 2021
@Hak cipta/ Copyright Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, 2021
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan
untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun,
sama ada dengan cara eletronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis

daripada Institut Pendidikan Guru kampus Kota Bharu.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced , stored in a retrieval system,
or transmitted in any form or by any means , whether by electronic , photocopying, recording or
otherwise, without written permission from the Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

Diterbitkan di Malaysia oleh.
Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.

Dicetak di Malaysia oleh
Percetakan Berkat Karisma
Pengkalan Chepa, Kota Bharu

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-penerbitan

Nong Pai 2/ disunting oleh
Rosely bin Mustapha..[et.al]

ISBN
1. Nong Pai 2

4

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

KANDUNGAN
====================================

Tinta Pengarah i. I
Untai Kata Timbalan Penagrah ii. i
Dari Meja Pengarang iii. i
Visi Dan Misi iv.

KANDUNGAN 1
1. Galeri PKPP IPGKKB
2 Sejarah Pendidikan Murid Orang Asli Kelantan
3 Mesyuarat Penstrukturan Semula PKPP di IPGK Pendidikan Islam
4 Mesyuarat Perancangan Program 2014
5 Program Praktikum di Sekolah Kebangsaan Asli, Gua Musang
6 Prpgram Penyerahan Guru Praktikum Semester 7 di Sekolah Kebangsaan Asli, Gua Musang

7 Kursus Guru KEDAP JAKOA
8 Program Jalinan Mesra 2014, Kg. Kenang, Sungai Siput, Perak
9 Bengkel Motivasi Dan Terapi QS di SK Sg Rual.
10 Program Jelajah Bahasa dan Budaya ke Kawakaan dan Gana-Gana, Sabah

11 Pemeran Hari Guru Peringkat Kebangsaan di PWTC
12 Lawatan Pemeriksaan Guru baharu di Sekolah Asli Gua Musang
13 Kursus Guru Baharu di Sekolah Asli Dan Pedalaman

5

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

KANDUNGAN
====================================

Program 2015

PROGRAM PASCA BANJIR DI PASIR LINGGI BERSAMA MENTERI
PENDIDIKAN

MESYUARAT PUSAT KECEMERLANGAN PEDAGOGI PERIBUMI
IPGM 2015
Pendedahan Budaya Masyarakat Peribumi
Gerbang Ilmu : Khidmat Batu Pusat Sumber Sekolah
Bina Galeri Peribumi
Lawatan Santai ke Perkampungan Suku Mah meri di Pulau carey Dan Cuku
Temuan di Puchong
Lawatan Rentas Budaya Asli—Kenyah
Lawatan MQA ke galeri Peribumi
Mesyuarat Pelaporan Dan perancangan PKPP Zon Timur 2016
Tranformasi Pendidikan Peribumi di SK Sg Rual.
Program Jiwa Murni ke Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi

6

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

Tinta Pengarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada sidang pengarang Nong Pai 2 di atas usaha untuk
menerbitkan laporan aktiviti Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi 2014 dan 2015.

Saya percaya, kita semuanya telah memainkan peranan masing-masing dalam semua
tugas yang telah diamanahkan kepada kita. Tugas hakiki pensyarah adalah memberi kuliah.
Saya amat berbangga kerana pensyarah-pensyarah IPGKKB sanggup meluangkan masa dan
mengorbankan keselesaan semata-mata untuk membantu sebahagian masyarakat pedalaman,
khususnya dalam meningkatkan prestasi pendidikan murid sekolah Asli.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberi pendidikan yang sama rata kepada semua
murid di negara kita, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB) telah mengatur
langkah bagi mendedahkan ilmu dan pengalaman kepada para pensyarah dan seterusnya me-
nyediakan tenaga pakar dalam pembangunan pendidikan terbeza, khususnya murid masyara-
kat orang Asli.

Gabungan kepakaran para pensyarah IPG, NGO, badan-badan kerajaan, pihak sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri dan individu-individu yang telah menghasilkan perkongsian yang
amat positif dalam menjana idea dan kepakaran masing-masing bagi membangunkan murid
orang Asli.

Saya berdoa dan dengan penuh keyakinan , semoga segala inspirasi murni ini dapat dire-
alisasikan dengan adanya sifat-sifat 3K iaitu kerjasama, kebersamaan dan kasih sayang, yang
tertanam dalam sanubari setiap warga IPGKKB. InsyaAllah

Sekian, terima kasih.

HAJI MOHD RASID BIN CIK
Pengarah
IPG Kampus Kota Bharu

7

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

Untai kata Timbalan Pengarah

Assalamualaikum wbt , Salam Sejahtera, Salam Sehati Memperkasa Bangsa Bismilla-
hirrahmanirrahim,

Saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, saya
berpeluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam NONG PAI 2 Tahun 2021. Saya
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepa-
da barisan Unit Peribumi serta warganya kerana telah berjaya menghasilkan dokumen yang
bakal menjadi rujukan dan pedoman generasi akan datang secara kolektif dan bersepadu.

Bidang Pendidikan negara sememangnya bersifat dinamik bagi memenuhi keperluan
pelbagai tahap pencapaian murid. Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa unit ini yang
mempunyai pengalaman dalam pendidikan terbeza merupakan arkitek sosial yang perlu meng-
galas amanah dan tanggungjawab dalam menentukan arah tuju pendidikan masyarakat Orang
Asli ke arah sekolah berkualiti dan kemenjadian murid setaraf dengan murid arus perdana.

Menjelang 2025, semua sekolah di negara ini merupakan Sekolah TS25, dengan itu,
kita akan meneruskan usaha untuk membantu agar pendidikan masyarakat ini tidak lagi ter-
pinggir.

Akhir kata, bagi mencapai hasrat merealisasikan visi dan misi Unit ini, adalah diharap-
kan kesepakatan dari warga IPGKKB agar dapat membantu menyelaraskan tindak kerja kita
yang lebih kompetetif ke arah kegemilangan PKPP.

Sekian, terima kasih.

DR. HJH. NARITA BT. MOHD NOOR
Timbalan Pengarah
IPG Kampus Kota Bharu

8

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

STenaintotraOPreannggaArahsli

6DODP 6HMDKWHUD

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

6DODP 1HJDUD.X 0DOD\VLD GDQ 6DODP 0DV\DUDNDW.X

Tahniah dan syabas diucapkan kepada sidang pengarang Nong Pai 2 di atas usaha untuk

6mHeJnDeOrDbitkSaXnMLDlaQpoEraDnJLak$tivOOitDiK PuNsaHtUDKQDecemNHeLr]laLQnDgQan1\PDedaNgLoWDgi GPLeErHibUuLmNi H2N0X1D4WDQdanXQ2W0X1N5.
WHUXV EHUGLUL WHJXK GDQ PHODQJNDK GHQJDQ JDJDK EDJL PHUHDOLVDVLNDQ
.HPDSNaPyaXUpDeQrca%yHaU,VkDiPtaDs emuanya telah memainkan peranan masing-masing dalam semua
E6NVtkSmHuHRDhaEgeU\NuynXaDasDXsgVJuUoDasDyL\rmKNnLabDyDXnaaNaVgOtnPXDLdkQbWPaaHXetlnQreaGbGlMmSkaDaDDheDnOQQmDsVgdeQXVgeliSDNNeaanHKsmDDiankUVQQaaFgeLnnDDrkWaaX\K\asnhJtDDekaGkQDmaaLVJpUnVnaLeHGtpnakDONHrXs-eQeXQmyUpDsDaXJataNWraKDdtasaQaEhiEDu-NpkD$pQneiHJettJ0nUaLunDdV.ksEDi$TyPdDmauNi1HWkrgLeaQaW$amhDnNLsQ +bLIhWJmPaDanNGGuktDDurKiWWikHQNdKiOsDDSspBeQKeHebknQasoNsahXElynHaaKHaggFhUrigXHWaaADuPVhnQpsDlHaJmKimdU.JDOaaXDesllQaQyGuhaJJDarDMnQmaDQgkZekamDtaDDNnbENpDeeDmQErdGiHaaHklNsWPaHuaHmUlULidXNMaaaDVnh n,.

8QWXNSePlaHrQasFDdSenDgL aNnHhFaHsPraHt UkOeDrQaJjaDaQn EunXtNuDkQmODeKmVbDeWrXi pWeXnJdDidVik\aDnQJyaPngXsGaDmKa r,aDtaPkHepPaHdUaOXseNmDQua
NmRuPriLdWPdiHnQeg\arDaQkJitaW,LQInJsJtiLtuVt HPUeWnDdiSdHikUaDnQFGDuQrJuDKQam\pDuQsJKGotLaVXBVhXaQru U(DIPSGL K6KHBWH) OtDeKlahPmHeQnHgOaLtWuLr
FlaDnWDgWkDaQh 1baRgQi Jme3nDdLed ahLQkaL nWHilUmDVuDdVaHnEpDeNngGaDlaQmEanHUVk\eXpNadXaU pNaHrUaDpQeDnsPyaDrVaLhKdDaGnDseLtQeVruDsQny\aDmQJe-
LnQyJeLdQiaDkPanEtLeOnWaDgKaXpaGkDaQr dFaDlNamQDpWeHmQbWDanQgJunPanDVp\eDnUdDiNdDikWa\nDtQerJbeWzLQa,JkJhDuOsuMDsXnyKaGmL uSrHiGdDmODaPsyDaQra -
.kaHtSoHrUaOnXgDQAsPli.XULG VHODNX SHODQJJDQ KHQGDNODK GLSHQXKL GDQ GLFDSDL GHQJDQ MD\DQ\D
-XVWHUX LWX VHWLDS RUDQJ SHUOX PHPSHUVLDSNDQ GLUL GHQJDQ LOPX SHQJHWDKXDQ GDQ
NHPDKGLaUDbQunVgXaSnDk\eDpaGkDaSraDnW pPaHraODpNeVnDsQyDaNraDhQ IWPXGJ,DNV GGHOQ,JbDaQdaEnH-bUNadHaVnDQkeGrDaQjaaPn,HpQiFhDaSkDsLeKkDoVlaLhO ,
\JDabQaJtaGnLLPQeJnLdQiNdDikQa n Negeri dan individu-individu yang telah menghasilkan perkongsian yang
P%aomrHDaUQanEtDgDpJAo\DssDLliitQ.iXfJVdDaWKHlaDOmDKNmHGUeDLnJMjDaDDnUQLaVNiGdDeDQaODdPGaDnODPkPeHpQaL3kQHaJrONDanDQWNm3DaHQsPinPgE-DXmQWXaJsXiSnQgHDQQbGaL3gGiHLNQmDGeQLmGLbQNaHDnJQgDuUn0DkaDVnOHDSm\HVuULrWDiLd
Ea3Dli3Qsa3JsJ0iSkDaa y nGadH.beQeLnJrWgDdDaoQnaKadDWdUaHaXnDnVPdyeaEnsXg3iaNf.anWLt3-Nps3eDinfQautLhQG3LkHKeQy\iJaaDDkiQtQiuJnakNneVHrH,UjaFsMDseDamUmDEoaHg,UWaHVksXUeeXQbgVeJa rJlWsaHaXUmiKXn asVVpaDXniQrQadJsaEiJnHmXUkKuXa rVsnDii6hKiDDns\ai DydNaaHnpEgaH,tDUydDUDaiVrnKDeg-
PteHrtUaDnSaDmWNDQ MdXaUlDaQmJ SHPsLaVnDuKbaDriQWDUD sDeUtiXaVp SHUGDwQaDrgaGHQJDQIPGPKDKV\BD.UDNDW In$syVaOLAlGlaLh
SHGDODPDQ

Sekian, terima kasih.

0HODOXL WHUELWDQ 1RQJ 3DL LQL DGDODK GLKDUDSNDQ DJDU 3.33 EHUXSD\D
PHHAQJJIDMSOOLNHDVDLNRDAQSDIPDDBODINQ CWHIUKEDLN GDODP SHODNVDQDDQ SHQJXUXVDQ GDQ NHSLPSLQDQ
VPHeUnWDgaSraHhGDJRJL GDODP SHPEHODMDUDQ GDQ SHQJDMDUDQ 3G3 WHUXWDPDQ\D GL VHNRODK
VIHPNGRKODaKmSpHuGsDKODoPtaDBQh aru

+DUDSDQ VD\D 3.33 PHPSXQ\DL VXPEHU PDQXVLD \DQJ EHUNXDOLWL GDUL VHJL
NHLOPXDQ NHPDKLUDQ VHUWD WLQJJL VDKVLDKQ\D GL VDPSLQJ NHPXGDKDQ GDQ
,QV\D$OODK PHQMDGL WXQJJDN XQWXN PHODKLUNDQ LQVDQ \DQJ EHUNXDOLWL \DQJ GDSDW
PHPHQXKL WXQWXWDQ GXQLD GDQ DNKLUDW

6HNLDQ WHULPD NDVLK

'DWR¶ ,VD ELQ $EGXO +DPLG
6HQDWRU 2UDQJ $VOL

9

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

VISI
Peneraju Pendidikan Peribumi Setempat

MISI
Melaksanakan Konsultasi Pendidikan Dan Khidmat Masyarakat

Dalam Pembangunan Pendidikan Masyarakat Asli

Motto
"Komited Membawa Perubahan ".

10

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

GALERI PUSAT KECEMERLANGAN PEDAGOGI PERIBUMI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi IPGKKB terus mengorak langkah pemerkasaan
bagi menyumbang ke arah peningkatan pendidikan berkualiti kepada murid Orang Asli dan
Peribumi, khususnya di Negeri Kelantan dan Terengganu.

Sokongan padu daripada pihak pentadbir dan pihak IPGM dalam membangunkan PKPP
Zon Timur amat membanggakan. Pihak pentadbir telah memberi kepercayaan penuh kepada ahli
jawatankuasa PKPP untuk melaksanakan anjakan paradigma bagi memastikan semua pihak
mendapat manfaat daripada penubuhan PKPP Zon Timur.

Dalam melaksanakan objektif strategik PKPP Zon Timur, Pengarah IPG telah memberi ke-
percayaan kepada AJK PKPP untuk mewujudkan sebuah Galeri Peribumi. Idea mewujudkan Ga-
leri Peribumi dicetuskan oleh Rektor IPGM, Encik Sulaiman bin Wak yang sebelum ini telah
melawat galeri peribumi yang terletak dalam satu sudut yang kecil di Galeri warisan.

Dalam usaha merealisasikan cadangan ini, pihak AJK PKPP IPGKKB telah memohon
kebenaran Pengarah untuk membangunkan galeri sementara di makmal komputer 3. Pem-
bangunan galeri ini tidak menggunakan peruntukan khas daripada IPG, sebaliknya ia dibangunkan
dengan konsep gotong-royong dan sumbangan daripada AJK, khususnya pensyarah Jabatan
Pengajian Melayu yang diamanahkan menjadi owner kepada program ini.

Hasil komitmen yang tinggi dari team PKPP IPGKKB, pihak IPGKKB telah bersetuju un-
tuk mewujudkan Galeri Peribumi IPGKKB. Usaha yang dianggotai oleh Ketua Jabatan , Jabatan
Pengajian Melayu, Pn. Hajah Narita bt. Mohd Noor, Penyelaras PKPP Tn Haji Mohammad
Shamsudin, Setiausaha , Tuan Haji Rosely Mustapha, Tn Haji Rusli Mahmood, Pn Sakila bt Dol-
lah, Tn Sheikh Roslam Sheikh Abdullah, En Ishak Ibrahim, Tn Haji Aminuddin Mamat, En
Mohd Sahardi Haron , En Zulkifli Yusof, Dr Muhammad Fadzil Yusoff dan individu lain yang
banyak membantu galeri ini

Hasilnya, PKPP telah berjaya membangunkan sebuah galeri peribumi yang memuatkan pel-
bagai maklumat mengenai masyarakat Asli Kelantan khususnya dan masyarakat Asli Semenan-
jung amnya bagi tatapan mereka yang tidak berpeluang berkunjung ke perkampungan Asli yang
terletak jauh nun di pedalaman.

Dalam usia Galeri yang masih muda, berbagai maklumat telah dapat disajikan bagi memen-
uhi standard galeri peribumi. Maklumat digaleri ini merangkumi maklumat tentang masyarakat
Asli Semenanjung, masyarakat peribumi Sabah dan Sarawak serta masyarakat pulau dan pedala-
man.

11

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

Objektif pewujudan galeri ini adalah untuk menjadi sumber maklumat pendidikan bagi
masyarakat dan murid Asli Kelantan dan dianggap sebagai sebuah institusi pendidikan tidak rasmi
dan boleh menjadi sumber ilmu yang mampu memberikan kefahaman dan menarik minat yang
berkaitan budaya, adat istiadat, sejarah, sastera, sains atau alam semula jadi yang berkaitan dengan
masyarakat Orang Asli.

Sebagai memenuhi tuntutan itu, galeri ini mampu memberi maklumat berikut:
 Sejarah Pendidikan Sekolah Murid Orang Asli
 Program dan kurikulum Murid Asli
 Tradisi kebudayaan
 Adat resam dan kepercayaan serta Pantang larang
 Aktiviti perubatan,penggunaan herba-herba dan rawatan tradisional
 Aktiviti sosio-ekonomi dan
 Cara hidup mereka secara keseluruhannya.

Pintu masuk Galeri Peribumi, Institut Pendidikan Guru kampus Kota Bharu

12

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

Untuk matlamat jangka panjang, PKPP IPGKKB bertekad menjadikan IPG Kampus Kota
Bharu sebagai:
1. Pusat Inkubator Pedagogi Peribumi

Memfokuskan kepada penyelidikan dan pembangunan, inovasi pendidikan,
perkembangan kurikulum, pembangunan pedagogi dan Teaching School (Indigenous
Pedagogy).
2. Pusat Transisi dan Aplikasi Ilmu

Memfokuskan kepada penganjuran latihan, wacana ilmu, khidmat masyarakat,
pengkorporatan dan pengantarabangsaan
3. Pusat Pengekalan dan Pemuliharaan Budaya Peribumi

Memberi fokus kepada penerbitan, pengwujudan galeri pameran dan aktiviti
kebudayaan.
Ruang pameran dalam galeri ini mempamerkan peralatan keperluan harian masyarakat
Asli dan masyarakat Peribumi, poster, banner dan catatan yang berkaitan dengan sosio
budaya masyarakat Asli.

13

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

Sejarah Pendidikan Sekolah Rendah Murid Asli Negeri Kelantan
Jabatan Orang Asli (JOA) ditubuhkan pada 1953 bertanggungjawab terhadap Pendidikan
Murid Orang Asli. Staf JOA dalam kalangan kakitangan yang berjawatan sebagai pegawai luar,
bertindak menjadi guru sekolah. Subjek yang diajar hanya menulis dan membaca Bahasa Melayu
dan ilmu kira-kira.
Pada tahun 1963, JOA telah dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) . Pada
tahun 1970, pihak telah menubuhkan unit pelajaran agar pentadbiran pendidikan untuk kanak-
kanak Asli lebih tersusun. JHEOA menyerahkan sekolah Murid Orang Asli kepada Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM). KPM telah menghantar guru terlatih dan memberi pilihan kepada guru
JHEOA untuk mendapatkan latihan dan diserap menjadi guru KPM. KPM membina bangunan
yang dilengkapi dengan peralatan.
Pada tahun 1996, KPM telah mengambil alih sepenuhnya pendidikan murid Orang Asli.
Guru-guru yang mengajar diberi pilihan, sama ada hendak bersama JHEOA atau bersama KPM.
Pada 15 Januari 2011, JHEOA telah melalui proses penjenamaan semula dengan nama
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA )terus bersama dengan KPM untuk membangunkan
pendidikan murid Orang Asli hingga kini.

Tahap Perkembangan Pendidikan Murid Asli Kelantan
Pada era awal perkembangan pendidikan, masyarakat Asli dikatakan tidak mementingkan
soal pendidikan formal. Pada masa itu, pendidikan adalah secara tidak formal yang dipelajari
daripada ibu bapa dan masyarakat setempat. Menurut Prof Madya Dr Juli Edo, pada masa itu,
masyarakat orang Asli masih berpegang kuat kepada hukum sait (hukum kanak -kanak) atau bu-
daya lama yang dikenali sebagai kongsangan. Tempoh masa ini berlaku sehingga zaman penjaja-
han British
Menjelang akhir tahun 1940-an, tempoh masa setelah Tanah Melayu ditinggalkan oleh Jepun,
idiologi komunis mula meresap dan cuba mempengaruhi masyarakat Asli sehingg berlakunya Era
Darurat. Pihak British telah mendirikan pusat pendidikan di pos perkampungan orang Asli untuk
membendung pengaruh komunis.
Pada tahun 1953, pihak British telah menubuhkan Jabatan Orang Asli (JOA). Antara peranan
JOA adalah untuk memberi pendidikan asas kepada masyarakat orang Asli tetapi masih tidak ada
kurikulum khusus untuk pendidikan anak-anak Asli. Kakitangan yang bertugas sebagai pegawai
luar, iaitu kakitangan yang bertugas di pos-pos perkampungan akan mengajar kanak-kanak orang
Asli asas membaca dan mengira. Pegawai JHEOA yang bertindak sebagai guru di samping pentad-
bir pos.
Menjelang tahun 1970an, JHEOA telah menambah baik sistem pendidikan dalam kalangan
kanak-kanak Asli. JHEOA telah menubuhkan unit pendidikan. Penubuhan bahagian pendidikan
dalam JHEOA dengan matlamat meningkatkan mutu pendidikan masyarakat Asli, mengurang atau
membasmi buta huruf dalam kalangan murid orang asli dan menghapuskan kadar keciciran
pendidikan yang tinggi dalam kalangan murid Orang Asli. Pada masa ini, guru daripada Kemen-
terian Pendidikan Malaysia diberi peluang untuk berkhidmat di sekolah Asli.

14

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

Sejarah Kurikulum Sekolah Murid Asli Kelantan

Era Awal Pendidikan tidak formal oleh ibu bapa dan masyarakat setempat.

Era Darurat Pendidikan oleh British di pos keselamatan untuk membendung pengaruh
komunis.

Era JHEOA Pendidikan pegawai JHEOA yang bertindak sebagai guru di samping
pentadbir pos.

Era Baharu Penubuhan bahagian pendidikan dalam JHEOA dengan matlamat
JHEOA meningkatkan mutu pendidikan masyarakat Asli, mengurang atau
(1970an) membasmi buta huruf dalam kalangan murid orang Asli dan
menghapuskan kadar keciciran pendidikan yang tinggi dalam kalangan
murid Orang Asli.

1996 KPM Mengambil alih sepenuhnya sekolah Asli Kelantan iaitu;

1. Sekolah Kebangsaan Hendrop, (menggantikan Sekolah Pos Hau),
Gua Musang, Kelantan

2. Sekolah Kebangsaan Tohoi, (menggantikan Sekolah Kuala Yai), Gua
Musang, Kelantan.

3. Sekolah Kebangsaan Kuala Betis, (menggantikan Sekolah Lambok),
Gua Musang, Kelantan.

4. Sekolah Kebangsaan (Asli) Permai, (Nama baharu bagi sekolah Pasik),
Gua Musang, Kelantan.

5. Sekolah Kebangsaan Hendrop, Gua Musang, Kelantan.
6. Sekolah Kebangsaan Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan.
7. Sekolah Kebangsaan (Asli) Pasir Linggi, Gua Musang, Kelantan.
8. Sekolah Kebangsaan Bihai, Gua Musang, Kelantan.
9. Sekolah Kebangsaan Kuala Lah, Gua Musang, Kelantan.
10. Sekolah Kebangsaan Blau, Gua Musang, Kelantan.
11. Sekolah Kebangsaan Pulat, Gua Musang, Kelantan.
12. Sekolah Kebangsaan Sungai Rual, Jeli., Kelantan.

1999 Program khas murid orang Asli (PKMOA) sehingga 2006.
2006 Dilaksanakan di semua sekolah kebangsaaan Asli
Program kelas intenvensi asas membaca dan menulis (KIA2M)
2007 Lima buah sekolah di bawah pemantauan IPGKKB iaitu SK Sg Rual, Jeli,
2008 SK Kuala Lah, Gua Musang, SK Pulat, Gua Musang, Sk Pos Tohoi, Gua
2011 Musang dan SK Pos Linggi, Gua Musang. Sekolah selebihnya dipantau oleh
IPG lain.

Program rintis kurikulum asli dan penan (KAP)
Pada 2007, hanya SK Pasir Linggi terlibat dengan program rintis KAP
Perluasan KAP
Perluasan KAP telah melibatkan SK Pos Tohoi dan SK Pasir Linggi
Program LINUS KAP

15

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

MESYUARAT PENSTRUKTURAN SEMULA
PUSAT KECEMERLANGAN PEDAGOGI PERIBUMI 2014

DI IPGK PENDIDIKAN ISLAM

Pada 21 Disember 2013 di IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi. Majlis dipengerusikan
oleh Dr. Mohammad Nor dari IPGM. Hadir sama ialah Dato’ Mazlan Mohamad (Pengarah
BPSH), Tuan Haji Hashim Deraman (Pengarah IPGKKB), Puan Hasnah (Pengarah IPGK Tun
Hussin Onn), Dato Jaafar bin Idris (Pengarah IPGTAA).

Turut hadir dalam mesyuarat ialah En Mohd Suhaimi Sapari (BPSH), En Mohd Tahkim Zulkifli
(IPGM), Pensyarah-pensyarah PKPP daripada IPGK Kota Bharu, IPGK Tengku Ampuan Afzan, IPGK Batu
Pahat, IPGK Sultan Abdul Halim dan IPGK Keningau.

Mesyuarat membincangkan tentang hala tuju PKPP di IPGK masing-masing. Perkara yang dibangkit-
kan mengenai status IPGK zon, perlaksanaan dan peruntukan program .

Dalam mesyuarat berkenaan, IPGK Kampus Pendidikan Islam telah memohon untuk terlibat dengan
program PKPP kebangsaan.

16

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

MESYUARAT PERANCANGAN PROGRAM
PUSAT KECEMERLANGAN PEDAGOGI PERIBUMI ZON TIMUR 2014

Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kota Bharu selaku pengerusi Zon Timur telah
mengadakan mesyuarat tahunan 2014 kali pertama di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail,
Terengganu pada 16 Januari 2014.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Haji Hashim Deraman, Pengarah IPGKKB. Turut
hadir ialah Dato’ Jaafar Idris (Pengarah IPGTAA), En. En. Ghulam Sarver B Mubarak Ali,
Pengarah IPGKDRI selaku tuan rumah dan wakil IPGK Sultan Mizan.

Beberapa program peringkat zon telah dirancang untuk dilaksanakan pada tahun ini.

17

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

PROGRAM PRAKTIKUM DI SEKOLAH KEBANGSAAN ASLI ,
GUA MUSANG DAN JELI KELANTAN

Pada 20 Disember 2013, mesyuarat Penyelarasan praktikum kali pertama telah di Sekolah
Kebangsaan Pos Brooke,Gua Musang. PKPP IPGKKB bersama Ketua Unit Praktikum telah mengadakan
mesyuarat pelancaran praktikum 2014. Program dihadiri oleh Tn Hj Mohd Ariffin b Nawi, wakil PPD
Gua Musang, PPD Jeli dan 8 orang guru besar SK Asli terpilih serta 4 orang pensyarah IPGKKB .

Ahli mesyuarat bersepakat untuk meneruskan program praktikum walaupun berhadapan
dengan langkah penjimatan perbelanjaan. Sekolah yang terlibat dengan program ini ialah Sekolah
Kebangsaan Pos Sungai Rual, Jeli, Sekolah Kebangsaan Pasir Linggi, Sekolah Kebangsaan Pos
Tohoi, Sekolah Kebangsaan Kuala Betis, Sekolah Kebangsaan Pos Blau, Sekolah Kebangsaan
Pos Hendrop, Sekolah Kebangsaan Pos Brooke, Sekolah Kebangsaan Kuala Lah, Gua Musang.

Barisan pensyarah bersama guru-guru besar sekolah yang terpilih untuk menerima guru pelatih
18

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

MESYUARAT KURSUS BUDAYA DAN BAHASA PERIBUMI 2014
UNTUK GURU BAHARU SEKOLAH KEBANGSAAN ASLI ZON TIMUR

DI SEKOLAH KEBANGSAAN POS BROOKE

PKPP Zon Timur telah mengadakan mesyuarat bersama dengan Jabatan pendidikan Negeri Pa-
hang, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu untuk merancang
bagi mengadakan kursus di atas kepada guru baharu di sekolah Asli Zon Timur. Guru baharu di sekolah
kebangsaan Asli dikategorikan kepada dua iaitu ;1. Guru yang baharu ditempatkan di sekolah Asli
daripada sekolah lain dan 2, guru yang baharu memulakan perkhidmatan dalam pendidikan.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Haji Hashim b Deraman, Pengarah IPGK Kota Bharu yang
turut dihadiri oleh Ketua Sektor Akademik JPN Pahang, wakil JPN Kelantan dan JPN Terengganu.

Program ini merupakan program tahunan IPGKKB yang telah dilaksanakan sejak tahun
2008 lagi. Setiap tahun IPGKKB akan melaksanakan program ini secara pakej dengan dibantu
oleh pegawai JHEOA negeri Kelantan.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang budaya, adat resam dan
asas bahasa peribumi setempat di tempat guru akan atau telah mengajar. Pendedahan tentang
adat resam dan budaya setempat amat penting kerana kebanyakan masyarakat Asli masih
berpegang kuat dengan adat dan budaya asal mereka. Slot adat dan budaya akan disampaikan
oleh pagawai JHEOA.

Program ini akan melibatkan semua IPG Zon Timur. Pelaksanaan program melibatkan
pensyarah yang terlibat dengan program ini turut menyumbangkan pengalaman dan kepakaran masing
masing mengenai masyarakat Asli dan peribumi. Mesyuarat telah bersetuju untuk memanjangkan
keputusan mesyuarat kepada Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk memohon peruntukan
pelaksanaan program.

19

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

PROGRAM PENYERAHAN GURU PRAKTIKUM SEMESTER 7
DI SEKOLAH KEBANGSAAN ASLI GUA MUSANG

Penyerahan guru praktikum di Sekolah Kebangsaan Asli Gua Musang dan Jeli dilancarkan
pada 27 Januari 2014. Majlis penyerahan ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Pos Brooke, Gua
Musang. Program yang melibatkan 23 orang guru pelatih telah diadakan di Sekolah Kebangsaan
Asli untuk kali kedua yang terdiri daripada guru pelatih opsyen Bahasa Melayu, TESL, Pengajian
Islam dan Matematik.

Program penyerahan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Hashim bin Deraman, Pengarah
IPGKKB turut dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah Gua Musang, En. Mohd Zahari bin
Othman, wakil PPD Daerah Jeli, guru besar sekolah kebangsaan Asli Gua Musang dan pensyarah
-pensyarah penyelia praktikum daripada IPGKKB.

Sekolah yang terlibat dengan program ini ialah Sekolah Kebangsaan Pos Sungai Rual, Jeli,
Sekolah Kebangsaan Pasir Linggi, Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi, Sekolah Kebangsaan Kuala
Betis, Sekolah Kebangsaan Pos Blau, Sekolah Kebangsaan Pos Hendrop, Sekolah Kebangsaan
Pos Brooke dan Sekolah Kebangsaan Kuala Lah, Gua Musang.

Program ini merupakan program praktikum guru pelatih semester 7 di sekolah Asli untuk
siri kedua. Penyertaan praktikum di sekolah Asli adalah secara sukarela. Program ini bertujuan
untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada bakal guru yang akan memulakan
perkhidmatan pada tahun 2015. Dengan menyertai program praktikum di sekolah Asli, para
guru pelatih akan mendapat pendedahan murid di kawasan pedalaman.

Pengarah IPGKKB menyerahkan guru Pelatih, Cik Nina Naela kepada guru besar
20

Guru Pelatih bergambar bersama dengan Pegawai Pendidikan Gua Musang, Pengarah Para Pensyarah, Guru-guru Besar dan Guru Pelatih

PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

21

NONG PAI 2

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

kursus guru kelas dewasa asli dan peribumi
jabatan kemajuan orang asli 2014

Pada 8 hingga 10 April 2014 yang lalu Majlis Perasmian oleh Ketua Pengarah JAKOA
bertempat di Kompleks Darul Puteri ,Kuala Dato’ Mohd Sani bin Mistam
Lumpur. 6 orang pensyarah IPGKKB telah
terlibat dengan kursus Asas Kelas Dewasa
Asli dan Peribumi (KEDAP) kepada 180
orang guru KEDAP seluruh Semenanjung

Menurut Tn Haji Mohammad selaku
Ketua Fasilitator, program ini bertujuan
memberi bimbingan dan pendedahan kepada
bakal guru yang akan mengajar kelas KEDAP
di pos masing-masing.

Majoriti guru KEDAP terdiri daripada
penduduk setempat yang mempunyai kelu-
lusan sekurang-kurangnya memiliki Sijil
Pelajaran Malaysia. Pemilihan guru dalam
kalangan penduduk setempat bertujuan agar
mereka dapat menyampaikan pelajaran
dengan lebih baik kerana mereka lebih me-
mahami budaya setempat.

Beberapa pengisian program telah di- Ice Breaking dipimpin oleh
jalankan bermula dan mencungkil kreativiti bakal guru. Tn Hj Mohammad Shamsudin. Da-
lam slot ini diisi dengan ceramah
motivasi di mana, para peserta
telah menunjukkan kebersungguhan
dalam menjalani program. Peserta
terdiri daripada pelbagai latar
belakang, bermula dengan peserta
yang baru lulus SPM, kakitangan
yang masih berkerja hinggalah
kepada pesara kerajaan.

Walau pun peserta terdiri dai-
pada pelbagai tahap usia, namun dalam
menjalankan aktiviti mereka tetap
menunjukkan komitmen yang tinggi
dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

22

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

Mengalunkan lagu Negaraku
Tekun dan bersemangat

Kemahiran anyaman Bengkel dan kreativiti

23

PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

24

Pensyarah IPGKKB, Pegawai JAKOA Pusat bersama 180 orang perserta Kursus Asas guru kelas dewasa Asli dan
peribumi (KEDAP JAKOA) Jabatan Kemajuan Orang Asli 2014
Bertempat di

Dewan Toh Puan Norashikin, Darul Puteri, Kuala Lumpur

NONG PAI 2

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

PROGRAM JALINAN MESRA PERIBUMI 2014,
KG KENANG, SUNGAI SIPUT, PERAK

Pada 21 hingga 23 April 2014 yang lalu, dua orang pensyarah, Tuan Haji Rosely Mustapha
dan Tuan Haji Mohammad Shamsudin daripada Unit PKPP IPGKKB, telah menyertai program
Jalinan Mesra Peribumi bertempat di Kampong Kenang, Sungai Siput, Perak.
Program ini telah disertai oleh IPGK Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, IPGK Perempuan
Melayu Melaka, Bahagian Pendidikan Sekolah Harian, Bahagian Pembangunan Pendidikan, JPN
Perak, JAKOA dan beberapa ajensi lain.
Tujuan PKPP IPGKKB menyertai Program Jalinan Kasih Peribumi adalah untuk mengumpul
maklumat berkaitan dengan masyarakat dan murid Asli suku Temuan. Sebelum ini, PKPP IPGKKB
hanya melakukan program dalam kalangan masyarakat Asli Temiar dan Bateq sahaja.
Penglibatan PKPP IPGKKB bertujuan untuk melihat proses P&P di sekolah kebangsaan
masyarakat AsliTemuan di Perak.. Program 3 hari 2 malam telah memberi pengalaman kepada ka-
mi untuk membuat banding beza antara murid tahap 1 sekolah Masyarakat Asli Kelantan dengan
murid Masyarakat Asli
Temuan di Perak.
Dalam beberapa ak-
tiviti yang dijalankan,
didapati murid tahap satu
di sini lebih berkeyakinan
dalam melakukan aktiviti.
Murid masyarakat
Asli Temuan lebih
berkeyakinan dan fasih da-
lam berinteraksi dengan
orang luar.
Program ini dil-
aksanakan di Kampong
Kenang. Penyertaan
IPGKKB sebagai peserta
dan membantu perlaksa-
naan program.

25

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

Ucapan Aluan oleh Ucapan Perasmian oleh
Pengarah Program Timbalan Rektor
Dr Mohd Shatar

Aktiviti P & P bersama murid Tahap Satu.
Aktiviti P & P bersama murid Pemulihan

26

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

Penyertaan guru daripada
sekolah-sekolah yang berham-
piran dalam program ini diisi

dengan pengukuhan dalam
pengajaran berasaskan teknologi.

Guru dibimbing dan diberi
pengisian berkaitan dengan
penggunaan teknologi dalam

pengajaran.

En Ruziman (IPGKTAA) dalam sesi bersama guru

Guru pelatih IPGKTAA
melaksanakan aktiviti bersama
murid Tahap dua.
Murid-murid dilibatkan
dengan aktiviti pembelajaran yang
santai dan menyeronokkan. Pem-
belajaran berasaskan projek mam-
pu menarik minat murid Asli dalam
PdP

Peserta KEDAP turut menjayakan program

27

PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

28

Para pensyarah IPGKKB, Pensyarah IPGTAA, IPGPMM, Pegawai IPG, Pegawai BPSH, Pegawai JPN Perak dalam sesi bergambar
bersama Timbalan Rektor

NONG PAI 2

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

Pada 21 hingga 22 April 2014, bertempat di Sekolah Kebangsaan Sungai Rual, Jeli, Kelantan,
Unit Kaunseling telah mengadakan program Bengkel Motivasi dan terapi diri kepada murid tahap
dua sekolah ini. Program dua hari yang dikendalikan oleh Puan Hajah Narita Mohd Noor dan Puan
Hajah Meriam Ismail selaku penceramah dan merangkap sebagai fasilitator dalam menjayakan pro-
gram.

Menurut Puan Hajah Narita, program ini bertujuan untuk memupuk keyakinan diri dalam ka-
langan murid-murid di sekolah. Perasaan rasa rendah diri memang amat ketara dalam kalangan
murid di sini. Beliau berharap setelah program ini dijalankan sikap mereka akan berubah

Murid yakin dalam memberikan idea dan
pendapat sebaik sahaja dilaksanakan tera-
pi.

Dalam slot ini, murid terpilih akan
diberi peluang untuk memberi pendapat
dan meluahkan perasaan sebagai murid di
sekolah ini dengan bimbingan para fasilita-
tor.

Program ini turut mengadakan ak-
tiviti permainan cergas minda. Sifat pema-
lu atau sikap negatif yang sering dikaitkan
dengan murid Asli dapat dihindarkan
sekiranya fasi dapat menjiwai perasaan
murid dalam menjalankan aktiviti.

Buktinya, ketika murid-murid di
minta menyatakan perasaan danmenya-
takan cita-cita serta impian hidup pada ma-
sa akan datang, mereka dapat berinteraksi
dengan baik.

Pada setiap penghujung aktiviti, pe-
serta yang aktif dan sanggup memberi re-
spon akan diberi hadiah penghargaan.

29

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

Lawatan Silaturahim Ke Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Sabah.

Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi IPGKKB telah mengadakan lawatan silaturahim ke
IPG Kampus Keningau, Sabah dalam rangka program jelajah Bahasa dan Budaya ke negeri Sabah..
Rombongan IPGKKB disambut oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKK. Dalam ucapan alu-
aluannya, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada para peserta kerana berjaya mengadakan
program rentas Laut China Selatan.

Pihak IPGKKB mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak IPGK Keningau kerana ber-

murah hati menyediakan perkhidmatan pengangkutan dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu ke
IPGKK . Pihak IPGKK juga turut menyediakan penginapan kepada para peserta sebelum pesera
meneruskan program di sekolah-sekolah pedalaman. Dalam program ke sekolah Kawakaan, pihak
IPGKK telah memberi perkhidmatan bas ke sekolah yang terletak 60 kilometer di dalam ladang
kelapa sawit.

Para peserta rombongan bergambar bersama Pensyarah dan guru pelatih IPG Kampus Keningau

30

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

PROGRAM JELAJAH BAHASA DAN BUDAYA
KE SK KAWAKAAN, KENINGAU , SABAH

Pada 11 Mac 2014 yang lalu, pelajar PISMP Bahasa Melayu SK Semester 3 telah mengadakan
program Jelajah Bahasa dan Budaya ke Sabah. Timbalan Pengarah IPGKKB telah menyertai rom-
bongan yang 6 orang pensyarah dan 24 orang guru pelatih.

Sekolah kebangsaan Kawakaan terletak kira-kira 60 kilometer dari Bandar Keningau dan lebi-
h190 kilometer dari Kota Kinabalu, Sabah. Untk sampai ke sekolah, bas yang membawa kami
terpaksa melalui jalan grabel di dalam ladang kelapa sawit. Ia terletak dalam pentadbiran Pejabat
Pelajaran Daerah Keningau. Terletak dalam Zon Sook. Jumlah kakitangan mengajar di sekolah ini
adalah seramai 15 orang Jumlah murid termasuk prasekolah adalah seramai 148 orang murid.

Struktur bangunan sekolah ini masih menggunakan binaan kayu dan yang menarik dewan
sekolah dibuat dengan menggunakan kayu berdindingkan buluh. Menurut Guru besar, binaan dewan
dan beberapa rumah guru dibangunkan dengan kerjasama erat daripada PIBG sekolah.

Penduduk perkampungan ini majoritinya adalah suku Dusun Sekumpulan penduduk telah

membuka ladang ini pada sekitar tahun 1975. Menurut Guru Besar En Lasman, penubuhan sekolah
ini adalah atas kesedaran ibu bapa betapa pentingnya kampong bersepakat dengan kerjasama Jab-
atan Pelajaran Negeri Sabah untuk membina sebuah sekolah pendidikan terhadap anak-anak mereka
ini. Sekolah yang paling hampir terletak jauh di luar ladang. Akhirnya hasil kesepakatan masyarakat
di beberapa kampung yang berhampiran, penduduk . Ianya dapat dibuka pada tahun 1982.

Hubungan erat penduduk kampung dengan semangat gotong royong yang masih kukuh telah
dapat membantu pihak sekolah dalam berbagai aspek yang melibatkan kepentingan guru dan murid.
Umpamanya pihak PIBG telah membuat rumah guru dan dewan secara bergotong royong. Satu
situasi yang jarang ditemui pada zaman ini.

31

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

Walau pun murid sekolah terdiri daripada murid pedalaman, namun dari segi
penguasaan pembelajaran, mereka mempunyai kehebatan dalam akademik. Pen-
capaian keseluruhan akademik sekolah ini juga amat memberangsangkan,
dibandingkan dengan murid-murid sekolah pedalaman yang lain

Dalam sesi beraktiviti bersama murid sekolah, para guru pelatih telah menjalankan aktiviti
berdasarkan subjek BMM 3105 iaitu Bahasa Melayu Berbantukan Komputer. Sebanyak dua sesi
pembelajaran diadakan secara umum di pentas terbuka sekolah. Para pelajar menunjukkan minat
yang tinggi dengan aktiviti ini kerana penerangan yang diberikan jelas dan menarik. Aktiviti
interaktif yang dilaksanakan menarik minat kerana ini adalah kali pertama mereka mengadakan
kelas di atas pentas dan disaksikan oleh warga sekolah dan ibu bapa.

Menjalankan aktiviti pengajaran di atas pentas dan disaksikan oleh warga sekolah dan ibu bapa
32

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

Para ibu mempersembahkan tarian tradisional tempatan kepada para tetamu
Masyarakat di sini amat cakna kepada pendidikan anak-anak. Pihak IPGKKB sempat bertemu
bual dengan para ibu bapa mengenai pendidikan. Walaupun mereka sibuk bekerja sebagai peladang,
namun jika aktiviti sekolah yang memerlukan kehadiran ibu bapa, para ibu bapa akan memberi
kerjasama yang sepenuhnya.

Murid sekolah begitu seronok dengan aktiviti persembahan yang diadakan sepanjang hari pro-
gram dijalankan. Murid di sini mudah mesra dengan orang luar. Penampilan murid sekolah ini tidak
menggambarkan mereka sebagai murid sekolah pedalaman. Personaliti yang dipamerkan menunjuk-
kan bahawa murid pedalaman juga mempunyai kesedaran yang tinggi dalam semua aspek.

33

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

Dewan sekolah dibangunkan hasil gotong royong ibu bapa dengan menggunakan buluh.

Sesi refleksi guru pelatih bersama pensyarah
di Kundasang. Esok akan bertolak ke

Sekolah Kebangsaan Gana-Gana di Ranau.

34

PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

35

Sesi bergambar bersama guru besar, guru-guru, Pengerusi PIBG dan pesert a lawatan

NONG PAI 2

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

Sekolah Kebangsaan Gana-Gana, Ranau, Sabah.

Sekolah Kebangsaan Gana-Gana, Ranau, Sabah merupakan sekolah kedua
destinasi program Kembara Bahasa dan Budaya . Sekolah ini dikategorikan sebagai
sekolah luar bandar dan sekolah kurang murid. Menurut sejarahnya, Sekolah Kebang-
saan Gana-Gana dibuka pada tahun 1972. Walaupun lokasi sekolah ini tidak jauh dari
Bandar, hanya lebih kurang 20 kilometer, namun keadaan infrastuktur yang kurang

baik menyebabkan sukar untuk
keluar masuk ke sini. Sebahagi-
an daripada kawasan ini masih
diliputi hutan.

Jalan masuk yang sempit
serta berbukit bukau menda-
tangkan kesukaran untuk kami
masuk ke sekolah.

Sampai di hujung jalan, ka-
mi terpaksa berjalan kira-kira
satu setengah kilometer dan
menyeberangi sungai dengan
menggunakan jambatan gan-
tung. Guru dan kakitangan
sekolah akan meletakkan ken-
deraan mereka di seberang sungai dan berjalan kaki ke sekolah. Ini merupakan pen-
galaman pertama bagi kebanyakan peserta program melintasi sungai yang deras me-
lalui jambatan gantung untuk menuju ke sekolah.
Suasana persekitaran sekolah benar-benar nyaman, sejuk dan dikelilingi oleh
rimbunan hutan yang menyegarkan.

36

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

Atas:
Kawasan sekolah yang menghijau amat menarik. Sekolah ini mempunyai murid seramai 87
orang. Yang terdiri daripada penduduk sekitar.
Bawah:
Bangunan sekolah masih menggunakan bangunan lama iaitu satu blok bangunan kayu dan be-
berapa bangunan lain. Bangunan sekolah ini dibina pada tahun 1970-an lagi

37

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

Sekolah Kebangsaan Gana-Gana, Ranau merupakan sekolah pedalaman dan kurang murid.
Jumlah keseluruhan murid kurang daripada 50 orang. Dalam aktiviti yang dijalankan murid masih
menunjukkan minat dalam PdP yang dijalankan oleh guru pelatih

Murid sedang mengikuti proses PdP yang dijalankan oleh kumpulan guru pelatih

38

PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

39

Sesi bergambar bersama PPD Ranau, Guru Besar , dan warga SK Gana-Gana

NONG PAI 2

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2014
DI PUTRA WORLD TRADE CENTER
KUALA LUMPUR

Pada 14 hingga 16 Mei 2014, PKPP IPGKKB telah diberi peluang menyertai pameran pendidikan
sempena sambutan hari guru peringkat kebangsaan 2014. Program 3 hari ini berlangsung di Dewan
Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh YB Encik P. Kama-
lanathan, selaku Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.. Pasukan pameran PKPP IPGKKB dianggotai
oleh Tuan Haji Mohammad Shamsudin Jamiran, Tuan Haji Rosely Mustapha, Pn Hajah Narita Mohd
Noor dan Pn Zaleha Mohd Noor.

Penyertaan IPGKKB dalam pameran ini merupakan satu peluang untuk memberi pendedahan
kepada masyarakat umum mengenai penglibatan IPGKKB dalam membangunkan pendidikan
masyarakat Orang Asli di Negeri Kelantan.

Peluang pameran ini telah dapat dijadikan sebagai satu wadah untuk mempamerkan aktiviti
PKPP Zon Timur dalam membangunkan murid masyarakat Asli.. Para pengunjung kiosk ini berpeluang
untuk mengetahui budaya dan adat masyarakat Asli Kelantan khususnya kepada umum

Pengujung kiosk sedang meneliti bahan pameran

40

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

Atas:
Tn Haji Mohammad Shamsudin memberi taklimat kepada Tn Haji Hashim mengenai perkembangan pameran.
Bawah:
Pengunjung pameran sedang meneliti maklumat yang dipaparkan di kiosk pameran

41

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

Lensa persiapan pameran sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan
di PWTC Kuala Lumpur

AJK persiapan sedang menyiapkan bahan-bahan untuk dipamerkan dalam sambutan Hari
Guru Peringkat Kebangsaan di PWTC Kuala Lumpur

Pengarah IPGKKB dan Ketua Jabatan Pengajian Melayu memantau persiapan
bahan untuk pameran dalam sambutan Hari Guru

42

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

LAWATAN PEMERIKSAAN PENEMPATAN GURU BAHARU
DI SEKOLAH ASLI GUA MUSANG.

Tarikh: 29—30 Mac 2014
Tempoh: 2 hari
Tempat: Sekolah Kebangsaan Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan
Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan.
Sekolah Kebangsaan Pos Bihai, Gua Musang, Kelantan

Matlamat:
Mendapatkan maklum balas daripada pihak PPD, Pihak sekolah dan guru baharu mengenai
situasi penempatan guru yang baharu berkhidmat dalam perkhidmatan pendidikan di sekolah
Asli. Sekolah terpilih telah menerima guru baharu yang sebelum ini menjalani praktikum di sekolah
berkenaan.

Pegawai yang terlibat

1. Wakil Bahagian Pengurusan Sekolah harian
2. Wakil Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
3. Wakil Pejabat Pendidikan daerah Gua Musang.
4. En. Aminuddin bin Mohamed (IPGKTAA)
5. Dr Muhammad Fadzil bin Yusoff (IPGKKB)
6. Tn Hj Mohammad Shamsudin b Jamiran (IPGKKB).

En Suhaimi (BPSH) dan Tn Hj Mohammad Shamsudin sedang berbincang bersama
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Betis. Guru Besar menyatakan bahawa guru-

guru baharu yang ditempatkan di sini menunjukkan sikap yang positif
43

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

Sekolah berikutnya , rombongan menuju ke Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi yang ter-
letak kira-kira 20 kilometer dari Sekolah Kebangsaan Kuala Betis. Untuk sampai ke Pos
Tohoi, rombongan menaiki kenderaan pacuan 4 roda selama satu jam.

Sekolah ini mempuanyai 14 orang guru dengan 238 orang murid. Dalam pertemuan
dengan warga sekolah di makmal komputer yang juga dijadikan sebagai bilik mesyuarat,
kedua-dua pihak berbincang tentang isu-isu pendidikan. Pada keseluruhannya pihak sekolah
memuji komitmen yang ditunjukkan oleh guru baharu.

Dalam perbincangan antara isu yang diperbincangkan ialah penyelarasan waktu pem-
belajaran dan guru baharu opsyen sains diminta mengajar subjek Pendidikan Islam

Bermesyuarat di bilik komputer Sekolah Kebangsaan Tohoi.

44

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

Pada hari kedua, rombongan telah pergi ke Sekolah Kebangsaan Pos Bihai. Jarak dari Gua
Musang kira-kira 60 kilometer dari Gua Musang. Perjalanan melalui jalan “off road” mengambil
masa hampir empat jam. Alhamdulillah cuaca baik. Menurut guru besar, Sekolah Kebangsaan Bi-
hai, En Azmi , menyatakan bahawa sekiranya dalam perjalanan hujan turun, masa untuk sampai
ke sekolah boleh mencapai tujuh atau lapan jam.

Seramai tiga orang guru baharu ditempatkan di sekolah ini. Guru besar amat berpuas hati
dengan tugasan yang dilaksanakan oleh guru-guru baharu. Cuma, guru-guru baharu kurang dapat
menyesuaikan diri dengan keadaan masyarakat setempat.

Dalam membincangkan mengenai tugasan guru baharu, isu yang ditimbulkan oleh guru ba-
haru ialah seorang guru baharu telah diminta untuk mengajar kelas peperiksaan UPSR. Namun
begitu tugasan yang diberikan dapat dilaksanakan dengan baik walaupun tidak mempunyai pen-
galaman yang banyak.

Encik Suhaimi Sapari (kiri) sedang berbincang mengenai penempatan guru dengan guru besar Cikgu
Azmi , Tuan Haji Mohammad Shamsudin dan En. Aminuddin Mohamed
45

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU BAHARU
DI SEKOLAH ORANG ASLI, LUAR BANDAR, SEKOLAH PULAU DAN

SEKOLAH PEDALAMAN ZON TIMUR 2014

PKPP IPGKKB telah terlibat dalam memberi kursus kepada guru-guru baharu yang
mengajar di sekolah-sekolah Asli , sekolah luar bandar , sekolah pulau dan pedalaman. Program
ini melibatkan guru-guru yang baharu , iaitu guru yang baru berkhidmat dalam perjawatan dan
guru yang baru berkhidmat di sekolah berkenaan. Zon terlibat ialah Zon Utara, Zon Timur, Zon
Sarawak Dan Zon Sabah.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai latar belakang sosio budaya
masyarakat setempat di mana guru baharu itu
berkhidmat. Pendedahan ini amat penting
kerana suasana di sekolah-sekolah Asli dan
pedalaman berbeza dengan sekolah arus per-
dana

Program anjuran Bahagian Pendidikan
Guru ini telah dijayakan dengan kerjasama
beberapa bahagian dalam Kementerian Pendidi-
kan Malaysia (KPM) seperti Bahagian Pen-
didikan Sekolah Harian (BPSH) Institut
Aminudin Baki (IAB), Bahagian Pembangunan
Kurikulum (BPK), Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) dan
Jabatan Pendidikan Negeri terlibat.

Kursus bagi guru-guru Zon Timur iaitu
untuk negeri Kelantan dan Terengganu telah
diadakan di Kota Bharu Kelantan.

Pengarah IPGKKB menyampaikan ucapan

Guru-guru yang baharu ditempatkan Sekolah Kebangsaan Asli Kelantan dan Terengganu bersama para
penceramah dari IPG Sultan Abdul Halim (Pn Fauziah), Institut Aminudin Bakin (En Jamil),Tuan Haji
Hashim (Pengarah IPGKKB) Hj Mohammad Shamsudin (IPGKKB) , Hj Ariffn (PPD Gua Musang) wakil
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Wakil Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu,

46

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU
SEKOLAH ASLI , LUAR BANDAR DAN PEDALAMAN SIRI 2/2014

BAGI NEGERI TERENGGANU DAN KELANTAN

PKPP IPGKKB terlibat dalam memberi kursus kepada guru baharu yang mengajar di
sekolah Asli dan Pedalaman negeri Terengganu dan Kelantan. Program dijalankan di hotel Cris-
tal, Kota Bharu Kelantan.

Seramai 28 orang guru
yang baru ditempatkan dari
negeri lain untuk berkhidmat
di dua belas sekolah kebang-
saan Asli di Kelantan dan dua
buah sekolah kebangsaan Asli
di Terengganu.

Guru yang terlibat ada-
lah guru yang baru dipin-
dahkan mengajar di sekolah-
sekolah kebangsaan Asli Zon
Timur. Mereka diberi
pendedahan tentang budaya
dan adat istiadat masyaraakat
Asli dan perkongsian ilmu
berkenaan pedagogi yang
sesuai untuk digunakan untuk
menyampaikan ilmu kepada
murid Orang Asli murid Asli .

Guru-guru dan penceramah bergambar bersama Ketua Sektor Kaunseling
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

47

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU BAHARU DI
SEKOLAH ORANG ASLI, LUAR BANDAR, SEKOLAH PULAU DAN

SEKOLAH PEDALAMAN SARAWAK 2014

Pensyarah IPGKKB telah diberi kepercayaan untuk menjayakan siri kursus Peningkatan
Profesionalisme guru-guru baharu di sekolah pedalaman kepada guru-guru baharu di Daerah Sibu,
Sarawak . Bertempat di Hotel Premier, Sibu, guru-guru baharu yang ditempatkan di pedalaman
telah menjalani kursus bagi meningkatkan profesionalime sebagai seorang guru yang ditempat-
kan di pedalaman . Berhadapan dengan murid di pedalaman memang satu cabaran kepadaa para
guru, terutamanya guru baharu yang belum mempunyai pengalaman mengajar . Dua orang pen-
syarah iaitu Tn Haji Mohammad Shamsudin dan Dr Muhammad Faadzil Yusoff terlibat da-

lam memberi kursus
kepada peserta.

Cikgu Jaafar yang
bertugas menyatakan un-
tuk sampai ke sekolahnya
harus menaiki feri selama
4 jam. Setelah itu harus
menaiki Hilux selama 1
jam dan seterusnya
menaiki sampan selama 2
jam. Beliau sepatutnya
bertugas di Pedalaman
satu (P1), tetapi telah
membuat tukar suka sama
suka dengan rakannya
yang sepatutnya di
sekolah Pedalaman 3 (P3)

PROGRAM TRANSFORMASI PENDIDIKAN ORANG ASLI DAN
SEKOLAH PEDALAMAN ZON SABAH 2013

PKPP IPGKKB telah diberi
peluang untuk menyampaikan
pengisian dalam program Trans-
formasi Pendidikan Orang Asli
dan Pedalaman Zon Sabah di Ho-
tel The Palace, Kota Kinabalu,
Sabah.

Peserta kursus terdiri da-
ripada guru-guru dari sekolah
pulau dan pedalaman Sabah.
Guru-guru diberi pendedahan
tentang latar belakang masyara-
kat Asli dan pencapaian yang di-
capai oleh murid murid Pedala-
man. Tinggal di pedalaman tidak
dijadikan alasan untuk mencapai
kecemerlangan

48

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU BAHARU
DI SEKOLAH ORANG ASLI ZON SELATAN DAN UTARA 2014

Pada 7 hingga 9 November 2014 bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam Selangor,
PKPP IPGKKB terus memberi sumbangan dalam menyampaikan pengisian dalam program
yang melibatkan sekolah-sekolah Asli dan Pedalaman. Program kali ini melibatkan guru-guru
sekolah Asli dari guru-guru yang berkhidmat di sekolah kebangsaan Asli negeri Johor, Melaka,

dan Negeri Sembilan
Salah seorang peserta

kursus, Cikgu Saiful Rizal
adalah bekas guru pelatih di
IPGKKB yang bertugas di
Sekolah Kebangsaan Asli
Peta, Mersing, Johor. Guru
yang berasal dari utara ini
menyatakan keseronokan
mendidik murid Asli. . Wa-
lau pun murid sekolah sekitar
50 orang, namun murid di
sini aktif dalam akademik
dan kokurikulum.

Pada 3 hingga 5 Sep-

tember 2014, bertempat di Hotel Impiana, Ipoh ,
Perak , PKPP IPGKKB turut dilibatkan dengan kur-
sus peningkatan profesinalisme untuk Negeri Pe-
rak dan Selangor.

Dua orang pensyarah terlibat dalam men- Bersama Cikgu Saiful Rizal, SK Peta, Mersing
jayakan program iaitu Dr Muhamad
Fadzil dan Tn Haji Mohammad
Shamsudin.

Kursus selama tiga hari disertai
oleh 40 orang guru yang mengajar di
sekolah Asli negeri Selangor dan Pe-
rak. Berdasarkan kepada maklumat
yang didapati daripada guru-guru,
majoriti menyatakan bahawa murid
Asli di Selangor dan Perak Tengah,
Tapah, serta sekitar tidak berbeza
sangat dengan murid arus perdana.
Murid sekolah Asli tidak seperti du-
lu, banyak pendedahan telah diberi-
kan kepada murid Asli dalam pel-
bagai aktiviti.

49

NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU

PEMANTAUAN KELAS DEWASA ASLI & PERIBUMI 2014
Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam, Kemaman dan
Sekolah Kebanagsaan Sungai Berua, Hulu Terengganu

PKPP IPGKKB telah ditugaskan untuk menjalankan pemantauan pelaksanaan Kelas De-
wasa Asli dan Peribumi (KEDAP) zon timur iaitu di negeri Terengganu dan Kelantan. Kelas
KEDAP dilaksanakan hanya di dua buah sekolah sahaja di negeri Terengganu iaitu di
Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam , Kemaman dan Sekolah Kebangsaan Sugai Berua, Hulu
Terengganu.

Terdapat sebuah lagi perkampungan
masyarakat orang Asli di Kampung Pulau
sayap, Hulu Besut, tetapi populasi penduduk
kurang daripada 100 orang. Murid-murid
dari kampong tersebut bersekolah di
Sekolah Kebangsaan Kampung Keruak,
Besut.

Pemantauan di Sekolah Kebangsaan
Sungai Pergam dilaksanakan pada waktu
pagi, sesuai dengan saguhati gentian kerja
yang diberikan kepada murid KEDAP. Pada
keseluruhannya, pencapaiannya amat
memuaskan.

Pemantauan di Sekolah kebangsaan
Sungai Berua terpaksa dilakukan pada
waktu malam kerana murid KEDAP
bekerja di waktu siang. Majoriti murid
terdiri daripada ibu-ibu, malahan mereka
membawa anak-anak mereka ke dalam
kelas. Pencapaian KEDAP pada tahap se-
derhana. Walau bagaimanapun, mereka
mempunyai motivasi untuk terus belajar.

50


Click to View FlipBook Version