NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU
51
NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU
PROGRAM PASCA BANJIR DI PASIR LINGGI BERSAMA MENTERI PENDIDIKAN
Banjir besar yang melanda negeri
Kelantan pada hujung Disember 2014
telah menenggelamkan hampir tiga per
empat negeri Kelantan. Pos Lebir yang
menempatkan Sekolah Kebangsaan Pasir
Linggi juga terlibat dalam bencana alam
tersebut.
Pada 2 Februari 2015, Menteri Pen-
didikan II, Yang Berhormat Dato’ Idris
bin Jusoh telah melancarkan program
bantuan air bersih di Pos Lebir. Projek
hasil inovasi sekumpulan pakar dari Uni-
versiti Malaya telah dapat menghasilkan
bekalan air bersih daripada sungai
berhampiran.
Pihak IPGKKB telah turut serta
dalam program yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Pasir Linggi, Gua Musang. Rom-
bongan yang diketuai oleh Tuan Haji Rusli Maahmood yang mewakili pengarah IPGKKB ,
turut disertai oleh Tuan Haji Rosely Mustapha, Tuan Haji Mohammad Shamsudin b Jamiran
dan En Noranwar b Hamat.
Sekolah Kebangsaan
Pasir Linggi merupakan
sekolah angkat Jabatan
Pengajian Melayu
IPGKKB yang juga
menempatkan Pusat Inku-
bator Pedagogi Peribumi,
PKPP IPGKKB. IPGKKB
turut bersimpati dengan
bencana yanag telah men-
impa warga sekolah
berkenaan.
Bilik yang menjadi Pusat
Inkubator Peribumi musnah
dalam bencana banjir
52
NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU
Menteri Pendidikan menyantuni murid di Sekolah Kebagsaan
Pasir Linggi. Sebahagian besar murid yang tinggal di Aring 5
dan Taman Negara Kuala Koh belum hadir ke sekolah
selepas banjir besar
53
NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU
MESYUARAT PERANCANGAN
PUSAT KECEMERLANGAN PEDAGOGI PERIBUMI IPGM 2015
Tarikh: 9—11 Februari 2015
Tempat: Hotel Silka Maytower, Kuala Lumpur
Kehadiran: Semua penyelaras PKPP Zon ( Zon Sabah, Zon Sarawak, Zon Timur, Zon Selatan,
Zon Tengah dan Zon Utara)
Matlamat: Perancangan aktiviti PKPP Zon masing-masing dan pelaporan aktiviti tahun 2014
Perancangan PKPP Zon Timur ialah;
1. Khidmat Siswa GP Asli di Pos Sungai Rual, Jeli, Kelantan.
2. Lawatan bermaklumat (Sekolah Guru Baharu) ke Kapit, Sarawak.
3. Program Gerbang Ilmu (Khidmat bantu Pusat Sumber Sekoalh di SK Pos
Brooke.
4. Penerbitan Buletin Nong Pai 2
5. Bicara Tokoh Peribumi Kebangsaan
Majlis dirasmikan oleh Rektor IPGM, Datuk Sulaiman bin Wak. Pada sepanjang program
semua penyelaras zon telah memben-
tangkan hasil program pada tahun
2014 dan perancangan program untuk
tahun 2015.
Mesyuarat yang dikendalikan
oleh Dr Ibrahim dan En Zulkifli dari
IPGM telah dapat menyatukan
penyelaras-penyelaras zon dalam me-
mastikan PKPP di zon masing-
masing dapat menjalankan program
dengan lancar , selaras dan menepati
panduan yang dicadangkan oleh
IPGM.
Peserta mesyuarat bergambar bersama REKTOR IPGM, Datuk Sulaiman b Wak
54
NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU
LAWATAN SANTAI KE PERKAMPUNGAN SUKU MAHMERI
DI PULAU CAREY, SELANGOR.
Kesempatan masa lapang semasa melaksanakan pemantauan praktikum semester 5 BM
SJKC di Banting Selangor telah digunakan untuk melihat dan mempelajari suku kaum Mah Meri
di Pulau Carey, Banting. Tuan Haji Rosely dan Tn Hj Mohammad Shamsudin telah berkesem-
patan menemui murid dan masyarakat setempat untuk bertukar-tukar maklumat berkenaan pen-
didikan
Mah Meri bermakna ‘Orang Hutan’, se-
mentara dalam istilah Mahmeri disebut
‘berbisik’. Mereka juga dikenali sebagai
orang laut dan bekerja sebagai nelayan
Objektif program santai ini adalah
untuk melihat cara hidup masyarakat per-
kampungan suku Kaum Mah Meri
disamping melihat perbezaan sosio bu-
daya masyarakat suku Mah Meri dengan
masyarakat Temiar di Kelantan
Terdapat dua buah sekolah di Pulau Carey
iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Bum-
Perkampungan Budaya Orang Asli Mah Meri
bum dan Sekolah Kebangsaan Sungai Ju-
dah. Walau pun bangunan sekolah adalah
bangunan lama , namun ia kelihatan amat
bersih dan menarik.
Ukiran. Aktiiviti ekonomi Orang Asli Mah Meri
Sekolah Kebangsaan Sungai Judah, P.Carey Sekolah Kebangsaan Sungai Bumbum, P.Carey
55
NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU
PROGRAM GERBANG ILMU
SEKOLAH KEBANGSAAN POS BROOKE, GUA MUSANG, KELANTAN.
Perpustakaan Tok Kenali IPGKKB dengan kerjasama PKPP IPGKKB dan Bahagian
Teknologi Pendidikan Kelantan telah mengadakan program Gerbang Ilmu. Program ini dijalan-
kan di Sekolah Kebangsaan Pos Brooke, Gua Musang. Program ini dijalankan sebanyak dua fasa
memandangkan pusat sumber di sekolah ini dalam keadaan tidak terurus dan jarang digunakan.
Sekolah ini dipilih adalah hasil perbincangan dengan Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat
Pendidikan Daerah Gua Musang. Dalam lawatan kerja yang dilakukan oleh Ketua Unit Pusat
Sumber, Perpustakaan Tok Kenali, IPGKKB, Puan Hajah Maziah Abd Rashid, pihak sekolah
amat mengalu-alukan usaha yang akan dijalankan oleh Perpustakaan Tok Kenali. Matlamat
utama program ini adalah untuk memberi khidmat bantu untuk mengaktifkan perpustakaan
sekolah sebagai sumber ilmu kepada warga sekolah
Tn Hj Mohammad Shamsudin, GPK SK Brooke, Pn Hjh Narita dan Hajah Maziah
berbincang mengenai program Gerbang Ilmu yang akan dilaksanakan di SK Brooke
PPKPP dan Perpustakaan Tok Kenali telah memulakan program fasa satu dengan
penyertaan 6 orang pensyarah, 7 orang kakitangan Perpustakaan Tok Kenali dan 11 orang guru
pelatih PPISMP Bahasa Melayu SJKC. Dalam gerak kerja fasa satu, tugasan ditumpukan kepada
aktiviti membersih, menyusun semula dan mengubah suai kedudukan meja kerusi di per-
pustakaan. Gerak kerja program ini termasuk juga membangunkan bilik alat bantu dan
mewujudkan bilik inkubutor peribumi.
Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk;
i. Meningkatkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah secara keseluruhan khususnya dalam
pengurusan bahan, fizikal (susun atur dan keceriaan) serta sistem pentadbiran.
ii. Meningkatkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah di kalangan guru dan pelajar dengan
keperluan pendidikan dan aplikasi ICT masa kini.
iii. Meningkatkan kadar pembacaan di kalangan pelajar sekolah selaras dengan pelaksanaan dan
hala tuju Aktiviti Galakan Membaca.
iv. Meningkatkan prestasi pencapaian akademik dan kurikulum.
56
NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU
Kerja-kerja penyusunan semula sturktur bilik dilaksanakan dalam fasa pertama. Kerja-
kerja melibatkan penyusunan semula meja dan kerusi, menyusun buku-buku mengikut indeks
yang standard, membuat pandu arah ke perpustakaan, taging, dan perkara yang berkaitan
dengan kelengkapan pusat sumber.
57
NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU
Buku-buku disusun semula mengikut katelog yang
betul bagi memudahkan murid mendapatkan buku
Sudut pidato. Pentas dibangunkan dalam perpustakaan bagi mencungkil bakat murid-murid agar
mempunyai keyakinan diri
58
NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU
Atas kiri : Buku-buku diturunkan dari atas rak untuk disusun semula.
Kedudukan dan susun atur rak buku disesuaikan dengan sistem pengudaraan
dan cahaya yang sesuai
Atas kanan: Buku diisih mengikut kategori. Buku-buku lama dan telah rosak diganti dengan
buku-buku baru.
Bawah : Pandu arah kedudukan perpustakaan dibuat dari berbagai laluan. Antaranya di
tangga dan laluan pejalan kaki. Jejak ke perpustakaan di buat di atas lantai
laluan pejalan kaki
59
NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU
PROGRAM JELAJAH ILMU KE SEKOLAH KEBANGSAAN
POS BRROKE, GUA MUSANG, KELANTAN
Pada 4 hingga 6 April 2015, PKPP IPGKKB telah mengadakan program
Jelajah Ilmu ke Sekolah Kebangsaan Pos Brroke, Gua Musang, Kelantan. Pro-
gram yang diketuai oleh Tuan Haji Rusli Mahmod selaku wakil Pengarah turut
disertai oleh 20 orang guru pelatih PISMP Pendidikan Islam SJKC. Program ini
adalah program kesinambungan daripada Program Gerbang Ilmu yang telah dijal-
ankan sebelum ini.
Program yang turut disertai oleh Pegawai dan kakitangan Perpustakaan Tok
Kenali adalah untuk meneruskan kerja khidmat bantu perpustakaan sekolah.
Khidmat bantu yang dilakukan untuk sesi ini adalah keceriaan dan membaik
pulih sudut peribumi . Bilik sumber yang menempatkan peralatan bantu
mengajar juga telah diubahsuai dengan landskap baharu.
Program Jelajah Ilmu turut dihadiri oleh Pegawai Unit Pendidikan
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Puan Hasmah binti
Abd Manaf. Pn Hasmah yang mewakili Pesuruhsajaya SUHAKAM Malaysia te-
lah berkenan menyampaikan koleksi buku baharu kepda dua belas buah sekolah
Asli Kelantan. Seperti sedia maklum, semua sekolah Asli di Kelantan telah terke-
na musibah banjir besar pada hujung tahun 2014.
Koleksi buku yang bernilai RM2000.00 telah diserahkan dalam majlis pe-
nutupan kepada semua guru-guru besar Sekolah Asli Gua Musang. Koleksi buku
berkenaan adalah sebagai satu sumbangan pertama bagi menampung bahan
bacaan yang rosak akibat banjir besar.
Pn Hasmah menyampaikan buku kepada Cikgu Anang, Guru Besar Sekolah Kebangsaan(A) Permai,
disaksikan oleh Guru Besar SK Brooke , Pn Norhayati dan Haji Rusle
60
NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU
SEHARI DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI KUALA REGIL, LOJING,
KELANTAN
Pada 6 April 2015, enam orang ahli jawatankuasa PKPP IPGKKB dan 22 orang guru
pelatih Pendidikan Islam SJKC telah mengadakan lawatan menyantuni masyarakat Orang Asli
Kampung Regil. Lojing, Kelantan. Pensyarah terlibat yang diketuai oleh Tn Hj Rusli b Mahmod
disertai oleh Tn Hj Rosely b Mustapha,Tn Hj Mohammad Shamsudin b Jamiran, Dr Muhamad
Fadzil b Yusoff, En Nor Anwar b Hamat dan pegawai grafik yang juga AJK PKPP En. Zulkifli b
Yusof.
Kampung terpencil ini terletak kira-kira 5 kilometer dari jalan raya yang menghubungkan
Gua Musang dengan Cameron Highlands. Kampung ini boleh dihubungi dengan pacuan empat
roda daripada jalan utama Gua Musang ke Cameron Highlands. Untuk sampai ke sini, peserta
telah menaiki Hilux penghulu Isa dengan kapasiti penumpang 12 orang satu Hilux.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada AJK PKPP dan guru pelatih ten-
tang budaya dan adat resam dalam kehidupan masyarakat Asli Pedalaman Kelantan. Selama ini
ramai daripada kalangan AJK yang kurang mendapat gambaran sebenar tentang masyarakat
Orang Asli masa kini. Dengan ter-
laksananya program ini, para AJK
akan lebih berpengalaman dalam
mendekati masyarakat Orang Asli.
Beberapa aktiviti telah dijalankan
sepanjang program sehari. Program
di mulai dengan menyantuni
masyarakat dan menyampaikan
buah tangan kepada penduduk
kampong Kuala Regil. Sum-
bangan ini adalah hasil sumbangan
individu para pensyarah IPGKKB.
Peserta program dapat
melihat aktiviti ekonomi masyara-
kat Orang Asli seperti aktiviti yang
berkaitan dengan industri perabut
berasaskan rotan dan lain-lain hasil
hutan . Hal ini merupakan satu pengalaman baru kepada para peserta, khususnya kepada guru
pelatih Pendidikan Islam.
Perkampungan Sungai Regil ada-
lah perkampung kecil. Jumlah rumah
sekitar 20 buah rumah sahaja. Kanak-
kanak di sini bersekolah di Sekolah Ke-
bangsaan Pos Brooke yang terletak kira-
kira 10 kilometer dari sini.
Dalam sesi pertemuan santai bersa-
ma ibu bapa dan kanak-kanank, rom-
bongan PKPP sempat memberi motivasi
kepada ibu bapa agar mengutamakan
pendidikan kepada anak-anak mereka.
Kebanyakan ibu bapa mempunyai asas
pendidikan kerana Sekolah Pos Brooke
yang lama berada berhampiran dengan
kampong mereka. Rata-rata ibu bapa
pernah hadir ke sekolah , bahkan ada
yang belajar sampai ke Sekolah menen-
gah Zainab Kota Bharu sekitar tahun
1970an. Hj Rusli mewakili IPGKKB menyampaikan sumbangan
kepada penduduk kampung.
61
NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU
Perjalanan ke Pos Kuala Regil
hanya boleh dihubungi menggunakan
pacuan 4 roda atau berjalan kaki. Untuk
sampai ke Kuala Regil, kita harus me-
lalui jambatan gantung yang sudah uzur
dan berjalan kaki ke kawasan pe-
rumahan penduduk Asli. Terdapat ban-
yak rumah tradisonal di samping rumah
Projek Perumahan Rakyat Termiskin
(PPRT) yang didiami oleh masyarakat
Asli.
Bekalan letrik telah mula dini-
kmati oleh penduduk pada awal tahun
ini. Apa yang menarik, sungai di sini
cantik dan masih tidak tercemar oleh
sebarang pencemaran
Gayat. Jambatan gantung yang sudah uzur merupakan satu-
satunya jalan menuju ke kampong Kuala Regil
Kiri: Kenderaan untuk ke Kampong Kuala Regil
Kanan: Menyantuni kanak-kanak
Menyalai dan meluruskan rotan sebelum dijual kepada pembeli Majoriti penduduk di sini
bekerja sendiri di samping ada
yang bekerja di kebun sayur di
Lojing. Beberapa remaja yang
ditemui menyatakan bahawa
mereka pernah menyertai pro-
gram bekerja di Pulau Pinang,
tetapi tidak dapat berkhidmat
kerana masalah budaya yang
tidak sesuai bagi mereka.
Bagi golongan tua, masih
ramai lagi yang bekerja
mengumpulkan hasil hutan
terutamanya rotan dan kayu
gaharu.
Ditanya mengenai pasa-
ran, mereka menyatakan untuk
memasarkan hasil hutan tidak
sukar kerana hasil hutan di sini
mempunyai pasaran yang ting-
gi.
62
NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU
Program Rentas Budaya Asli –Kenyah ke Pedalaman Kapit, Sarawak
Seramai 17 orang pensyarah IPGKKB telah menyertai lawatan bermaklumat ke Pedala-
man Sarawak. Program turut disertai oleh Pengarah IPGKKB, Tuan Haji Hashim b Deraman.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pensyarah, khususnya pen-
syarah yang terlibat dengan unit Peribumi mengenai kehidupan masyarakat pedalaman Sara-
wak. Kebanyakan pensyarah ini tidak mempunyai pengalaman tentang budaya masyarakat
pedalaman Sarawak.
Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kapit dan Daerah Song dipilih kerana ramai guru
pelatih dari IPGKKB yang ditempatkan untuk berkhidmat di daerah ini. Kreteria sekolah pili-
han adalah sekolah pedalaman Pedalaman 1(P1), Pedalaman 2(P2) dan Pedalaman 3 (P3).
Program ini mendapat kerjasama penuh dari Jabatan Pendidikan Sarawak, khususnya
Pejabat Pendidikan Daerah Kapit. Pegawai Unit Sekolah PPD Kapit, Encik Mohamad Mabon
menjadi perantara dalam program selama seminggu.. Pihak PPD Kapit telah menentukan dua
buah sekolah di pedalaman satu (P1) dan Pedalaman dua (P2) untuk dilawati oleh rombongan
PKPP IPGKKB. Sekolah yang terlibat untuk dilawati kebanyakannya adalah sekolah yang
mempunyai bekas guru pelatih daripada IPGKKB. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah
Kebangsaan Song, Song, Sekolah Kebangsaan Ulu Oyan (P1), Sekolah Kebangsaan Nanga
Oyan (P3), Sekolah Kebangsaan Mujong Tengah (P3), Sekolah Kebangsaan Nanga Metah (P3)
dan Sekolah Kebangsaan Nanga Merit (P3).
En. Mohammad Mabon , Pegawai Unit Sekolah, PPD Kapit memberi taklimat perjalanan
program di Hotel di Bandar Sibu.. Rombongan akan bertolak seawal jam lima pagi bagi
memastikan rombongan akan dapat menaiki feri pertama dari Sibu ke Kapit
63
NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU
Program Rentas Budaya Asli –Kenyah ke Pedalaman Kapit, Sarawak
Sekolah Kebangsaan Ulu Yong, Kapit.
Sekolah Kebangsaan Ulu Yong, Kapit menjadi destinasi lawatan oleh Pengarah
IPGKKB. Sekolah ini baharu dikategorikan sebagai sekolah Pedalaman satu (P1) apabila jalan
raya yang menghubungkan pekan Kapit untuk menuju ke sekolah siap dibina. Sebelum ini
menurut guru besar, ia hanya dapat dihubungi dengan berjalan kaki meredah hutan atau
menggunakan laluan sungai yang berada di belakang sekolah.
Dalam taklimat yang disampaikan oleh guru besar, beliau menyatakan bahawa guru-guru
baharu yang berkhidmat di sekolah ini menunjukkan komitmen yang tinggi dalam tugas dan
tanggung jawab yang diamanahkan kepada mereka. Dalam temubual Pengarah bersama cikgu
Asma yang berasal dari utara Semenanjung, cikgu Asma yang pada mulanya rasa gementar
hendak bertugas di Sarawak, akhirnya jatuh cinta dengan anak-anak murid Sarawak. Beliau
berazam untuk memberi didikan agar muridnya dapat menguasai subjek yang diajar.
Dari segi pencapaian, murid di sekolah ini sama dengan murid-murid kampung di Se-
menanjung, ramai juga yang dapat mengikuti pelajaran dengan baik walau pun mereka tinggal
di pedalaman Sarawak.
Rakan-rakan guru dan pentadbir , malahan masyarakat sekitar juga banyak membantu
beliau selaku guru yang baharu berkhimat sekiranya terdapat sebarang masalah. Bagi
cikgu Asma, latihan dalam IPG memang
amat berkesan dan mencakupi semua aspek
untuk beliau dalam menghadapi tugas se-
bagai guru.
Tinggal di pedalaman memang tidak
lepas daripada masalah air atau terputus
bekalan letrik dan seumpamanya. Beliau
menyatakan bahawa program Bina Insan
Guru dan lain-lain latihan program yang
dijalani sewaktu di IPG seolah-olah men-
jadi bekalan untuk beliau atau barangkali
guru-guru lain juga untuk menghadapi pel-
bagai situasi bila ditempatkan di mana-
mana juga.
64
NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU
Dalam aktiviti berbahasa bersama-sama murid tahun dua, murid-murid sekolah ini tid-
ak menampakkan sebarang kejanggalan. Mudah mesra. Murid-murid dapat berkomunikasi
dengan baik dalam bahasa Melayu, dibandingkan dengan murid-murid masyarakat Asli khu-
susnya di pedalaman Semenanjung yang rata-rata muridnya bersfat pemalu. Murid-murid
menunjukkan keyakinan diri yang tinggi dalam sesi perbualan bersama pensyarah. Penam-
pilan murid menampakkan mereka adalah murid yang mengambil berat tentang penjagaan
kebersihan diri. Bagi menjaga kebersihan kelas, semua murid akan menanggalkan kasut
sewaktu mereka masuk ke dalam kelas
Kehadiran murid di sekolah ini amat memuaskan. Sekiranya kehadiran merupakan satu
ma- salah
da- lam
ka- langan
murid
sekolah
di pedala-
man Se-
menanjung, tetapi perkara itu tidak berlaku di sini. Walau pun mereka tinggal di pedalaman,
tetapi ramai bekas murid sekolah ini yang telah berjaya dalam pelbagai bidang kerja sehing-
ga kepada kerja professional.
Bergambar bersama guru-guru Sekolah Kebangsaan Ulu Yong
65
NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU
Program Rentas Budaya Asli –Kenyah ke Pedalaman Kapit, Sarawak
Sekolah Kebangsaan Nanga Metah dan Nanga Merit, Kapit.
Sekolah Kebangsaan Nanga Metah dan Sekolah Kebangsaan Nanga Merit merupakan
destinasi kumpulan pertama rombongan PKPP IPGKKB. Sekolah terletak kira-kira 80 kilome-
ter dari bandar Kapit .Untuk ke Sekolah Kebangsaan Nanga Metah rombongan IPGKKB ha-
rus menaiki bot ekspress yang menuju Balaga, menyusuri sungai terpanjang di Malaysia iaitu
Sungai Rajang. Sungai terpanjang di Ma-
laysia amat menggetarkan hati siapa saja
yang menyusurinya, apa tah lagi apabila
mendengar cerita tentang jeram Paragus
yang akan ditempuh sekejap lagi.. Arus
sungai yang deras dan batu-batu yang
terdapat di kiri, tengah-tengah dan kanan
sungai membentuk pusaran air mengeri-
kan, manarik minat untuk
melihatnya ,mengkagumkan tetapi
amat merbahaya.
Sekolah ini merupakan sekolah
mempunyai murid yang agak ramai,
hamper 150 murid.
Sekolah Kebangsaan Nanga Merit (Kapit)
telah didirikan dan mula beroperasi pada tahun
1953 . Pengangkutan utama penduduk di kawasan
ini ialah melalui sungai. SK Nanga Merit merupa-
kan salah sebuah sekolah pedalaman yang
terbesar di daerah Kapit. Murid sekolah terdiri
daripada etnik kaum Iban (majoriti), Beketan,
Melayu, Melanau, Kayan, Sekapan, Cina dan Bi-
dayuh.
66
NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU
Program Rentas Budaya Asli –Kenyah ke Pedalaman Kapit, Sarawak
Sekolah Kebangsaan Nanga Oyan
Sekolah Kebangsaan Nanga Oyan adalah sekolah pedalaman tiga (P3). Kedudukan dari
Bandar Kapit kira-kira 40 kilometer. Rombongan bertolak dari pekan Kapit menaiki Hilux kira-
kira satu jam menuju jeti yang terletak di tebing Sungai Mujong . Dari Pengkalan Sungai Mujong,
kami menaiki bot panjang selama lebih kurang 2 jam. Lokasi sekolah berhadapan dengan se-
buah sungai yang diberi nama Sungai Oyan. Oleh kerana sekolah ini dibina berdekatan dengan
sungai tersebut maka sekolah ini diberi nama Sekolah Rendah Nanga Oyan. Kedudukan sekolah
ini di atas bukit.
Menurut GPK, sekolah ini dibina pada
tahun 1975. Sebelum itu sekolah ini
dikendalikan oleh orang peseorangan.
Majoriti murid adalah daripada etnik Iban
yang menduduki lebih kurang 10 buah
rumah panjang di sekitar 10 kilometer
daripada sekolah.
Sepanjang dua hari di sekolah ini,
peserta rombongan telah mengadakan
berbagai aktiviti bersama guru dan murid.
tugasan. Tuan Haji Rusly Mahmod telah
mengadakan ceramah professional
keguruan bersama guru-guru dan pentad-
bir sekolah. .Guru –guru sekolah ini
mempunyai komitmen yang tinggi dalam
Tuan Haji Rosely Mustapha mengadakan motivasi bersama murid tahap dua. Ceramah
dan bengkel sehari amat menarik minat para pelajar. Program diselitkan dengan didik hibur dalam
pengajaran. Satu perkataan yang tidak boleh dilupakan:
Haji Rosely : Awak nanti dewasa nak jadi apa?
Pelajar : Nak jadi pramugari?
Haji Rosely : Bagus, pramugari tu kerja macam mana?
Pelajar : Kuli batak Cikgu.
Terkedu semua yang mendengar sambil memandang antara satu sama lain.
67
PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU
68
Sesi bergambar bersama guru, kakitangan dan murid Sekolah Kebangsaan Nanga Oyan.
NONG PAI 2
NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU
Pelajar asrama menjadikan sungai sebagai tempat mandi.
Atas: Menunggu giliran mandi pada waktu pagi dengan kawalan pengawal keselamatam
Bawah: Mandi pada waktu petang
69
NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU
Program Rentas Budaya Asli –Kenyah ke Pedalaman Kapit, Sarawak
Sekolah Kebangsaan Mujong Tengah
Sekolah Kebangsaan Mujong Tengah merupakan sebuah lagi sekolah yang terletak di
kawasan pedalaman Kapit, Sarawak. Jarak sekolah dengan pekan Kapit adalah lebih kurang 80
km . Sekolah ini mempunyai bangunan empat tingkat yang lengkap dengan asrama dan dewan
makan. Jumlah guru seramai 8 orang dengan 37 orang murid. Kelengkapan Sekolah Kebangsaan
Mujong Tengah sebenarnya mampu menampung 200 orang pelajar.
Pada mulanya perjalanan untuk menuju ke Sekolah Kebangsaan Mujong Tengah ingin di-
batalkan kerana seorang peserta Hj Mohammad Shamsudin tidak sihat (Demam), tetapi oleh
kerana bot yang dijanjikan untuk membawa kami ke Mujong Tengah meminta bayaran ganti
rugi sekiranya kami tidak ke sana, maka program ke Sekolah Kebangsaan Mujong Tengah
diteruskan juga.
Rombongan kami bertolak dari Sekolah Kebangsaan Nanga Oyan mengambil masa kira-
kira satu jam setengah. Laluan sungai amat
mencabar kerana melalui jeram-jeram batu yang
tajam dan aliran sungai yang deras. Pakaian kami
basah kerana percikan air sewaktu pemandu bot
mengelak jeram-jeram yang berbahaya.
Seramai tiga orang guru baharu dari Se-
menanjung bertugas di sekolah ini. Mereka redha
ditempatkan di sini walaupun perjalanan dari
Kuala Lumpur mengambil masa selama 2 hari.
Dari KLIA menuju Sibu, bermalam di Sibu. Kees-
okan harinya menaiki bot ekspress selama empat
Bertolak ke SK Mujong Tengah dari Nanga Oyan jam menuju Kapit. Dari Kapit menaiki Hilux ke
Pengkalan Sungai Mujong dan dari Pengkalan
Sungai Mujong ke Mujong Tengah mengambil
masa 3 jam menaiki bot panjang.
Murid sekolah ini mempunyai minat dan kesungguhan untuk belajar. Ibu bapa pula
mengambil berat tentang pendidikan anak-anak, umpamanya apabila genset yang digunakan
untuk menerangi sekolah menghadapi masalah, ibu bapa akan mengambil tahu. Hubungan guru
dengan masyarakat setempat juga amat baik.
Majoriti penduduk adalah daripada etnik Iban. Dalam perbualan dengan pihak pentadbir
sekolah, mereka amat mengharapkan agar lebih ramai guru-guru
baharu dihantar ke pedalaman . Biasanya guru baharu kurang
masalah dan mereka mempunyai ilmu yang masih fresh. Buk-
tinya, guru-guru yang ada di sekolah ini menunjukkan komit-
men yang tinggi dalam tugas. Masalah guru minta bertukar
merupakan fenomena biasa, Cuma guru di semenanjung mung-
kin boleh bertahan lebih lama di sekolah ini, paling kurang lima
tahun. Ada juga guru baharu yang berasal daripada negeri Sa-
rawak tetapi mereka lebih selesa bertugas di kampong masing-
masing.
Guru baharu juga mempunyai sikap suka belajar, sanggup
menerima tugasan sekiranya mereka mampu, Umpamanya cikgu
Atiqah yang mengambil kursus RBT di IPG, sanggup mengajar
Jqaf kepada salah satu keluarga kampung ini yang berkahwin
dengan orang Muslim Indonesia.
Cikgu Atiqah guru RBT mengajar Jqaf
70
PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU
71
Sesi bergambar bersama Guru Besar dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Mujong Tengah.
NONG PAI 2
NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU
MESYUARAT AJK PUSAT KECEMERLANGAN PEDAGOGI
PERIBUMI ZON TIMUR 2015
Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Zon Timur (PKPPZT) telah mengadakan
mesyuarat kali pertama pada 17 Sept 2015 bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota
Bharu. Mesyuarat dipengerusikan oeh Timbalan Pengarah IPG Kampus Kota Bharu , YBrs Dr
Haji Abdullah Yusof selaku Timbalan Pengerusi PKPPZT. Mesyuarat kali ini turut dihadiri oleh
wakil Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), En Mohd Tahkim bin Zulkifli selaku wakil
kepada Rektor IPGM.
Dalam mesyuarat berkenaan , semua IPG Zon Timur telah membentangkan laporan pro-
gram 2014 dan 2015 seterusnya membentangkan perancangan program yang melibatkan
peribumi untuk tahun 2016. IPG Tengku Ampuan Afzan , Kuala Lipis diwakili oleh En.
Aminuddin Mohamed dan En Norhisyamudin, Wakil IPGK Sultan Mizan ialah Dr Ahamad,
wakil IPGK Dato Razali Ismail ialah En Bahtiar dan Hj Nik Harun Aminurashid..
Bagi pihak IPG Kampus Kota Bharu, enam orang pensyarah PKPP terlibat iaitu Pn Zaleha
Mohd Noor, Tuan Haji Mohammad Shamsudin b Jamiran, Tn Haji Rosely Mustapha,
Dr Muhammad Fadzill b Yusoff dan Dr Mohd Shukri b Hamzah
Mesyuarat PKPP Zon Timur kali ini diadakan bagi menyelaraskan program tahunan per-
ingkat zon. Beberapa program peringkat IPG dan satu program peringkat Zon telah dibentangkan
dalam mesyuarat berkenaan.
72
NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU
EPENYERAHAN KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER
DI SEKOLAH KEBANGSAAN BROOKE, GUA MUSANG, KELANTAN
Pada 27 hingga 29 Oktober 2015 yang lalu, PKPP IPGKKB telah mengadakan program
pembangunan pusat sumber Sekolah Kebangsaan Pos Brooke sebagai kesinambungan daripada
program Gerbang Ilmu dan Jelajah Ilmu yang lalu. Serentak dengan program ini, Tuan Pengarah
IPGKKB, Haji Hashim bin Deraman telah melakukan penyerahan hasil usaha PKPP IPGKKB
kepada pihak sekolah.
Perpustakaan Tok Kenali telah mengorak langkah baru dengan menumpukan kepada pem-
bangunan dan pengaktifan Pusat Sumber Sekolah di Sekolah-Sekolah Kebangsaan Asli seluruh
Kelantan. Bermula dengan pemilihan Sekolah Kebangsaan Pos Brooke untuk dilaksanakan pro-
gram ini adalah disebabkan faktor-faktor berikut iaitu PSS SK Brooke merupakan sekolah projek
khas Pedagogi Peribumi, prasarana dan persekitaran yang sedia ada masih belum kondusif
bagi melahirkan pelajar yang bermaklumat dan minat membaca, PSS SK Pos Brooke adalah
bangunan berasingan yang mempunyai pelbagai ruang yang boleh dieksploitasi yang
dilihat berpotensi untuk dimajukan serta memberi dan berkongsi pengalaman bersama GPM
dari sekolah-sekolah setempat bagaimana untuk memajukan PSS.
Hasil daripada pelaksanaan Program Khidmat Bantu PSS ini diharapkan akan men-
capai objektif seperti berikut:
i. Meningkatkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah secara keseluruhan khususnya dalam
pengurusan bahan, fizikal (susun atur dan keceriaan) serta sistem pentadbiran.
ii. Meningkatkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah di kalangan guru dan pelajar dengan
keperluan pendidikan dan aplikasi ICT masa kini.
iii. Meningkatkan kadar pembacaan di kalangan pelajar sekolah selaras dengan pelaksanaan
dan hala tuju
iv. Aktiviti Galakan Membaca.Meningkatkan prestasi pencapaian akademik dan kurikulum.
Beberapa nilai tambah telah dilakukan dengan kerjasama Persatuan Ibu bapa dan Guru
(PIBG) Sekolah Kebangsaan Pos
Brooke. Pihak PIBG telah bersama-
sama membangunkan anjung ilmu,
iaitu dengan membina pondok
bacaan di hadapan perpustakaan.
Pondok ini dilengkapi dengan buku-
buku bacaan santai seperti buku-buku
cerita rakyat, majalah pendidikan dan
permainan berunsur pendidikan
Pengarah dan PPD Gua Musang meninjau Anjung Ilmu
73
NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU
EPENYERAHAN KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER
DI SEKOLAH KEBANGSAAN BROOKE, GUA MUSANG, KELANTAN
Institut Pendidikan Guru Kampus
Kota Bharu melalui Unit Peribumi
akan terus komited membantu
sekolah - sekolah kebangsaan
Asli, khususnya di negeri Kelantan
dalam meningkatkan mutu pen-
didikan di sekolah-sekolah Asli.
Program khidmat bantu pusat
sumber di Sekolah Kebangsaaan
Brooke merumakan program per-
tama dan kita akan terus membantu
sekolah-sekolah lain secara berper-
ingkat.
Terima kasih diucapkan, khu-
susnya kepada Pengarah IPG Kampus
Kota Bharu yang terus membantu Jab-
atan Pendidikan Kelantan dalam
usaha menaikkan taraf pendidikan
murid Asli.
Usaha ini nampak kecil tetapi
memberi impak yang amat besar kepa-
da PPD Gua Musang, lebih-lebih lagi
kepada pihak sekolah. Moga hasil usaha
IPG dimanfaatkan semaksimanya oleh
warga sekolah:
Jutaan terima kasih kepada En. Mohd Zahari Othman
IPGKKB kerana memilih Sekolah Ke- PPD Gua Musang
bangsaan Pos Brooke sebagai sekolah rintis
program khidmat bantu pusat sumber.
Sebanyak 3 siri program, bermula dengan pem-
bersihan perpustakaan, susun atur, keceri-
aan dan bantuan sumbangan buku adalah
amat bermakna kepada kami.
Inshaallah , saya akan memastikan warga
sekolah memanfaatkan semaksimanya pusat
sumber sebagai sumber ilmu di sekolah ini.
Pn Norhayati
Guru Besar SK Pos Brooke
74
NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU
EPENYERAHAN KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER
DI SEKOLAH KEBANGSAAN BROOKE, GUA MUSANG, KELANTAN
Cenderahati wakil pelajar KEDAP Cenderahati Pn Hasmah daripada SUHAKAM
Cenderahati kepada Guru Besar Taklimat perjalan program
Krew pelaksanaan siri ketiga Program Khidmat Bantu Pusat Sumber
Kelas Pemulihan semester 5
75
NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU
76
NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU
PROGRAM TRANSFORMASI
PEDAGOGI PENDIDIKAN ORANG ASLI ZON TIMUR,
DI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RUAL, JELI, KELANTAN
Pada 6 hingga 8 Oktober 2015, PKPP IPGKKB telah menyertai program Transformasi
Pedagogi Pendidikan Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Sungai Rual, Jeli, Kelantan. Program ini
adalah anjuran bersama PKPP Zon Timur yang diterajui oleh IPG Kampus Dato’ Razali Ismail..
Turut serta ialah IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu dan IPG Kampus Tengku Ampu-
an Afzan, Kuala Lipis, Pahang.
Objektif utama program ini adalah untuk
memberi pendedahan kepada guru pelatih, khu-
susnya guru pelatih yang terdiri daripada orang
Asli mengenai kepentingan pendidikan, kesihatan,
kekukuhan ekonomi daan sosial dalam kalangan
masyarakat merreka. Pengalaman yang mereka
perolehi di dalam p[rogram ini diharapkan akan
dapat dijadikan sebagai panduan apabila mereka
berkhidmat kelak.
IPG Kampus Kota Bharu telah menghantar
lima orang guru pelatih terdiri daripada tiga guru
pelatih orang Asli , seorang guru pelatih peribumi
sabah dan seorang guru pelatih peribumi Sara-
wak. Tiga orang pensyarah turut serta bagi men-
jayakan program ini.
IPG Kampus Dato’ Razali merupakan
urusetia kepada program ini. Sebelum ini
IPGKKB pernah menjadi urusetia kepada
program Transformasi di Sekolah Kebangsaa
Sungai Berua Hulu Terengganu.
Pelbagai program pendidikan dan
khidmat kemasyarakatan telah dilaksanakan.
Pengarah IPG Kampus Dato’ Razali
Ismail, Dr Hajah Rohani binti Abdul Hamid
hadir dalam sepanjang program dilaksanakan.
Majlis perasmian telah disempurnakan
oleh Wakil Yang Berhormat Dato’ Mustapa
bin Mohamad, Mneteri Perdagangan Antara
bangsa dan Industri.
77
NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU
Kuliah Maghrib
Masyarakat Sungai Rual majoriti terdiri daripada suku Jahut, mempunyai pertalian erat
dengan penduduk di utara negeri Perak terutama di kawasan Tasik Banding.
Program kuliah subuh dan kuliah maghrib diadakan sepanjang program. Sambutan da-
ripada masyarakat agak dingin, mungkin disebabkan lokasi surau sekolah yang jauh dari
sekolah.
Dalam melaksanakan program, guru-guru pelatih telah menjalankan aktiviti akademik
seperti pengukuhan asas numerasi dan literasi kepada semua murid. Prestasi keseluruhan murid
sekolah ini memang agak rendah.
Murid juga didedahkan dengan kemahiran asas berbahasa Inggeris. Menurut guru besar,
kemahiran ini penting bagi mereka yang mula terlibat dengan eko pelancongan.
Fazli, GP IPGKKB berasal dari Sandakan Rizal dan rakan-rakan mengendalikan sesi
78
NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU
PROGRAM JIWA MURNI KE SEKOLAH KEBANGSAAN POS TOHOI.
Pada 18 dan 19 November
2015, Wakil Rektor Institut Pen-
didikan Guru Malaysia (IPGM),
Pensyarah dari PKPP Kebangsaan
dan PKPP Zon Timur telah men-
gadakan program Jiwa Murni ke
Pos Tohoi. IPGKKB diwakili
oleh Tuan Haji Mohammad
Shamsudin dan Hj Aminuddin
Mamat, manakala IPGM diwakili
oleh En. Mohamad Tahkim
Zulkifli.
Pihak PKPP telah menyampaikan sedikit sumbangan kewangan dan beberapa kotak pakaian
kepada penduduk yang terlibat dengan tragedy Tohoi 7 di Pos Tohoi dan Penad
Batin Zainal yang menyambut kehadiran kami menyatakan pada pada 23 Ogos 2015, kira-
kira jam 11.00 malam, tujuh pelajar SK Pos Tohoi dilaporkan hilang selepas dikatakan tidak
pulang ke asrama takut dimarahi guru kerana mandi di sungai berhampiran tanpa kebenaran
Menurut Batin Zainal ,”Kalau orang sesat dalam hutan, sudah pasti orang itu akan sedaya
upaya mendapatkan bantuan dan menonjolkan diri jika ternampak orang lain,” dakwa Zainal.
Tetapi dalam kes ini, tujuh kanak-kanak itu melarikan diri. Oleh itu sepanjang fasa pertama
berada dalam hutan, mereka akan bersembunyi bagi mengelak dikesan pasukan penyelamat.
Setelah 47 hari sesat, Mirsudiar dan Noriess ditemui sangat lemah pada 9 Oktober lalu di celah
akar pokok di tebing Sungai Perias.
Hj Aminuddin, Cikgu Faizi, Hj Mohammad Shamsudin, Cikgu Amir dan En. Mohd Tahkim
Kedua-dua cikgu ini adalah lepasan IPGKKB dalam pogram penempatan di sekolah Asli
79
NONG PAI 2 PKPP IPG KAMPUS KOTA BHARU
Penghargaan dan Terima kasih
YB Menteri Pendidikan Malaysia
Rektor IPGM
Pengarah IPGKKB
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
YDP Agama Islam Majlis dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Pengarah JAKOA Kelantan & Terengganu
Pengarah JAKOA Negeri Perak & Kedah
Sukarelawan Malaysia
Prof Madya Dr Juli Edo
Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan
Pensyarah IPGKKB
Guru-guru Sekolah
Guru –guru Pelatih
Penghulu dan Tok Batin
Masyarakat setempat
dan semua yang terlibat
dalam menyalurkan maklumat untuk menghasilkan buku ini
80