Catatan Perjalanan Menggilap Mutiara Rimba
Badoi ke Skulah
CETAKAN PERTAMA/FIRST PRINTING, 2021
@Hak cipta/ Copyright Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali
Ismail, 2022
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang
bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara eletronik,
gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada
Institut Pendidikan Guru kampusDato’ Razali Ismail.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced , stored
in a retrieval system, or transmitted in any form or by any means , whether
by electronic , photocopying, recording or otherwise, without written
permission from the
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
Diterbitkan di Malaysia oleh.
Pusat Kecemerlangan Pedagogi Perbumi,
Institut Pendidikan Guru Dato’ Razali Ismail
Dicetak di Malaysia oleh
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatelogan-dalam-penerbitan
Badoi ke skulah / disunting oleh
Mohammad Shamsudin..[et.al]
ISBN
1. Badoi ke Skulah
2
KATA ALUAN
Assalamualaikum wm.wbk
Tahniah diucapkan kepada kumpulan
pensyarah yang telah berjaya menerbitkan catatan
perjalanan sewaktu menjalankan tugas di sekolah
pedalaman
Catatan ringkas dan santai yang
dipersembahkan dalam buku kecil ini sebenarnya
boleh memberi impak yang besar sekiranya dihayati
satu persatu. Ini pengalaman. Ini cerita suka duka
murid,guru dan penstarah yang menjalankan
tanggung jawab di sekolahipedalaman..
Harapan saya agar lebih ramai lagi pensyarah
akan menghasilkan penerbitan santai berdasarkan
pengalaman masing-masing untuk dikongsi bersama.
Semoga usaha murni ini sentiasa diberkati olehNya
3
SEPATAH TINTA
Assalamualaikum wm,wbk.
Alhamdulillah. Segala puji syukur
kepadaNya,.Selawat serta salam ke atas Nabi
Muhammad s.a.w., keluarganya dan para sahabatnya
seterusnya pengikutnya hingga hari kiamat.
Buku kecil yang kami namakan Badoi ke
Skulah adalah catatan kisah perjalanan pensyarah
yang ditugaskan membantu sekolah-sekolah di
pedalaman Semenanjung dan Pedalaman serta
sekolah pulau di Sabah dan Sarawak. Harapan kami
agar segala pengalaman boleh dikongsi bersama
kerana bukan semua orang berpeluang untuk melihat,
apatah lagi merasai pahit manis pendidikan di
pedalaman
Sekian. Wasalamualaikum. Wm.wbk.
MOHAMMAD SHAMSUDIN BIN JAMIRAN
4
ISI KANDUNGAN
KATA ALUAN ........................Error! Bookmark not defined.
SEPATAH KATA .................... Error! Bookmark not defined.
ISI KANDUNGAN ................................................................4
PENGENALAN ....................................................................7
PENGHARGAAN .................................................................9
Cikgu Low Class ...................Error! Bookmark not defined.
Murid Asli Mudah Lupa .......Error! Bookmark not defined.
Murid Asli Lemah? ..........................................................10
Ibu bapa KAP .................................................................. 11
Kelas P. Ramlee Kelas KEDAPError! Bookmark not defined.
Belajar VS Asuh Cucu ........... Error! Bookmark not defined.
Badoi ke Skulah ................... Error! Bookmark not defined.
Badoi la ke Skulah .........................................................16
Stadium Dalam Sungai ..................................................22
Rinduu Cikgu ................................................................... 25
5
Budak Melayu Jahat ..................................................... 28
Cikgu Tak Jaga anak Kita .............................................. 31
Berkat Lori Hantu…………………………………………………………..36
Tidak Mahu Hantar Anak ke Sekolah Asli……………………….39
Babok, Apak, Hantarlah anak ke Skulah…………………………42
Lori Balak Masuk Sekolah …… ………………………………………44
Semua Tu Anak Saya………………………………………………………46
Cikgu dan Doktor Pakar …………………………………………………49
Kreatif Anak Rimba…………………………………..……………………51
Hujan Mesej di Tohoi…………………………………………………….52
BIBLIOGRAFI ....................................................................55
6
PENGENALAN
Assalamualaikum WM.WBK dan salam sejahtera.
Catatan perjalanan ini tulis atas galakkan rakan
sejawat yang mahu agar pengalaman dikongsi bersama.
Pengalaman selama bersama guru dan murid pedalaman
memang sukar untuk diterjemahkan dalam catatan kecil
ini.
Catatan dalam buku ini mengajak pembaca
meneroka alam pemikiran anak-anak, ibu bapa,
masyarakat dan guru di rimba. Dunia pendidikan adalah
dunia kami. Suka duka dalam mendidik anak bangsa
terutama di sekolah pedalaman dikongsikan dalam Badoi
ke Skulah. Perkara yang kadang kala dianggap remeh dan
tidak perlu diperbincangkan, kadangkala boleh menjadi isu
besar bila ia disuarakan oleh masyarakat pendidik
dipedalaman. Masyarakat Malaysia yang dianggap sudah
7
berada dalam zaman milinium ini rupanya tidak dapat
dinikmati bersama oleh sebagai warga kita.
Wassalam
8
PENGHARGAAN
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada
Kementerian Pendidikan Malaysia, Institut Pendidikan
Guru Malaysia, Jabatan-jabatan Pendidikan Negeri
Kelantan di atas sokongan kepada sokonga program
yang laksanakan di sekolah-sekolah mereka.
Tidak lupa juga kami mengucapkan terima kasih
kepada semua pihak yang memberi kerjasama secara
langsung dan tidak langsung terutamanya kepada
Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA),
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
(MAIK), SukarelawanMalaysia, Tok –Tok Batin, Tok
Penghulu, badan-badan kerajaaan dan NGO yang lain
kerana banyak membantu program-program kami
sehingga berjayanya tertulis buku kecil ini.
9
CIKGU LOW CLASS
“Kami ni guru low claas tuan haji”. Cikgu Zuki
meluahkan perasaaan sebaik sahaja kami duduk di meja
batu di bawah pohon kayu di hadapan asrama sekolah.
“Kenapa pula?”.
“Ya lah tuan haji. Kami dinaikkan gred dari DG 29 ke
DG32, dengan syarat kena bertugas di sekolah
kebangsaan Asli. Orang lain naik gred juga. Tapi ngajar
depan tangga rumah”. Cikgu Zuki terus meluahkan
perasaannya.
“Kita kena positif thinking cikgu. Kalau cikgu tak
sanggup mengajar di sini, sapa pulak yang nak ngajar di
sini. Anggaplah ini sebagai satu cabaran”. Jawabku.
Aku tidak nampak wajah kekecewaan cikgu Zuki
mengajar di sekolah Asli. Barangkali dia hanya meluahkan
perasaan. Jiwa cikgu tak pernah lintur dari jiwanya.
Sewaktu aku melihat dia mengajar tadi, PdP berjalan
10
dengan sempurna. Tidak ada bezanya cara pendekatan
dengan guru yang berada diluar.
Dengan gaya bersahaja, diselit dengan beberapa
kalimah bahasa Temiar, cikgu Zuki berjaya menghidupkan
suasana dalam kelas. Kemesraan bersama anak murid
mutiara rimba tidak cacat dengan perasaan kecewa di
tempatkan di pedalaman P2.
Barangkali, cikgu Zuki hanya meluahkan perasaan.
Tiada dendam di hati untuk terus menabur bakti di
hadapan segala murid. Tekad untuk melahirkan insan
berguna terus membara. Di hadapan murid yang dianggap
oleh sesetangah pihak sebagai murid tertinggal, cikgu Zuki
terus menagur kalimah membimbing insan pedalaman.
11
MURID ASLI MUDAH LUPA
“Murid Asli mudah lupa?’.
“Tidak. Saya tak percaya murid Asli mudah lupa.
Bagi saya murid Asli, ibu bapa murid Asli mempunyai daya
ingatan yang kuat”. Kata Cikgu Li.
Buktinya, mereka boleh berjalan selama berhari-
hari dari Taman Negara Kuala Koh ke Jerantut melalui
jalan hutan. Kalau mereka mudah lupa, tentu mereka akan
sesat di hutan.
Cikgu Li telah lama berkhidmat di sekolah Asli.
Beliau berkhidmat sejak Kementerian Pendidikan Malaysia
mengambil alih pendidikan murid Asli sejak tahun 1996
lagi. Dia berkhidmat di beberapa buah sekolah di
pedalaman
“Bagi saya, murid Asli akan ingat kalau benda itu
ada manfaat kepada mereka, tetapi kalau tiada manfaat
untuk mereka pada masa ini, dia rasa, tak perlu nak
12
dihafal. Jadi cikgu kena meyakinkan bahawa ilmu itu
penting untuk mereka”. Jelas cikgu Li.
13
MURID ASLI LEMAH ?
Tidak semua guru sanggup mengajar di sekolah
kebangsaan Asli. Apa tah lagi mengajar di sekolah
kebangsaan Asli jauh di pedalaman. Masyarakat guru
yang tidak pernah mengajar di sekolah kebangsaan Asli
sering memandang negative terhadapo sekolah
kebangsaan Asli.
“Saya tak setuju orang kata murid Asli lemah”. Kata
cikgu Siti mempertahankan anggapan mengatakan murid
Asli lemah. Cikgu Siti antara cikgu wanita pertama yang
mengajar di sekolah Asli.
“Kenapa cikgu”.
“Tak adil tuan haji dia kata murid Asli lemah. Kalau
anak Melayu duduk di sini pun, rasanya serupo jugok. Kita
kena pertimbangkan banyak aspek. Anak Melayu duduk di
bandar, anak Asli duduk tepi hutan. Ibu bapa anak Melayu
ada pendidikan, ada SPM, ada Degree, ibu bapa anak
14
murid Asli duduk buat kerja dalam hutan. Anak Melayu
boleh makan segala jenis maniko, vitamin lagi, susu lagi,
ayam lagi, sedang anak murid Asli, nak boleh makan nasi
pun payah”. Jelas cikgu Siti. Panjang
“Betul juga”.
“Cuba haji bayangkan. Sekolah kami dalam hutan.
Api (letrik) pun tak dok. Genset rosak sokmo. Bahan bantu
mengajar terhad. Kalau adapun atas kreativiti cikgu la”.
Tambah cikgu Siti.
15
IBU BAPA KAP
Dalam melaksanakan modul Kurikulum Asli dan
Penan (KAP) adalah melibatkan peranan ibu bapa. Dalam
usaha untuk bertemu ibu bapa, guru besar Sekolah
Kebangsaan Linggi telah berjaya mengumpulkan semua
ibu bapa murid sekolah beliau.
“Bukan dekat tempat tinggal mereka ni, haji. Dekat-
dekat 100 kilometer dari sini”. Guru besar menjelaskan
kepada saya.
“Dia datang naik apa?”. Tanya ku
“Itu urusan JHEOA, Dia ada buget untuk pendidikan
murid Asli ni. Walau pun jauh, dia orang ada ramai
saudara di kampung ni. Taka da masalah lah nak datang
pun” Tambah Ustaz Aziz. Ustaz Aziz tidak tinggal di
kawasan sekolah. Dia berulang-alik dari rumahnya, kira-
kira 80 kilometer daripada sekolah.
16
“Ibu bapa ada kenderaan sendiri ke?’.
“Kenderaan. Rumah pun dia tak ada, kalau haji
tengok keadaan rumah dia… Tak tau lah haji akan percaya
atau tidak. Acu Tanya encik Ramli ni”. Jelas ustaz
Aziz ,ketawa sambil menjeling ke encik Ramli. Encik Ramli
membuka telefon bimbit dan menunjukkan sekeping
gambar. Antara percaya dengan tidak kami melihat
gambar yang dikatakan rumah.
Penempatan di Kuala Koh: Tahun 2007
17
KELAS P.RAMLEE
“Kita sebagai ibu bapa harus mengambil berat
tentang pendidikan anak-anak. Itu kewajipan ibu bapa.
Kita kena pastikan anak kita belajar, tak kira di sekolah
atau di rumah”. Bersemangat Encik Ismail menyempaikan
ceramahnya di hadapan ibu bapa murid orang Asli Linggi.
Para ibu bapa mengangguk-ngangguk. Tak pasti apa yang
mereka faham daripadaa ceramah encik Ismail.
“OK la. Sebelum saya mengakhiri ucapan, ada apa-
apa soalan?”. Nampak lelah encik Ismail hendak
menamatkan ucapan.
“Cikgu. Macamana kami nak ngajar anak-anak. Kita
hantar anak ke sekolah nak suruh cikgu ajar. Kita mana
boleh baca”. Salah seorang bapa murid memulakan bicara.
Munasabah juga pertanyaan mereka. Macam mana
nak ajar anak kalau ibu bapa sendiri tidak boleh membaca.
18
“Kita buat kelas P.Ramli haji”. Ustaz Aziz, guru
penolong kanan kokurikulm memberi cadangan.
Cadangannya disambut dengan gelak tawa kami.
“ Ini macam sarkas…” Cikgu Marzuki megajuk dialog
Sudin dalam cerita Pendekar Bujang lapok. Ekoran itu
dalam mesyuarat penyelaras di Miri, Sarawak cadangaan
itu dipanjangkan oleh Dr. Maria dan dimaklumkan pada
Datin Fatimah untuk dipanjangkan.
19
BELAJAR VS ASUH CUCU
Kelas KEDAP merupakan kelas yang terbuka kepada
semua ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang
bersekolah. Tiada had usia untuk menghadiri kelas. Seawal
usia 20 tahun hingga kepada yang berusia lebih 60 tahun.
Sekiranya cukup syarat, boleh diterima masuk kelas.
Cikgu Hasan telah mengajar kelas KEDAP sejak lima
tahun dahulu. Berbagai kerenah murid dihadapi oleh
barisan guru. Tetapi sebagai guru yang terlatih, semuanya
dihadapi dengan tenang dan penuh kesabaran.
“Ciku. Saya tak boleh ke skulah hari ni. Kena jaga
cucu. Emak dia pergi spital, sakit perut”. Keluh pelajar
KEDAP kepada cikgu KEDAP.
“Tak boleh ponteng. Hari ni ada tatak rakyat dari
Kuala Lumpo nak masuk kelas kita”. Tegas cikgu Fauzi
“boleh bawa cucu masuk kelas ke, ciku?”. Tanya lagi.
20
“Bolehhh. Yang penting kena hadir”. Sambil
menggaru kepala yang tidak gatal.
Gambar hiasan.
Komitmen nenek-nenek untuk belajar dalam kelas KEDAP.
Nenek belajar di atas, cucu bermain di bawah meja.
21
BADOI KE SKULAH
Badoi ke Skulah adalah bahasa etnik Bateq yang
bermaksud mari ke sekolah. Usaha mengajak kanak-kanak
masyarakat Orang Asli ke sekolah bermula sejak zaman
penjajah lagi. Sekolah Pos Brooke, umpamanya telah di
bina oleh penjajah British sejak tahun 1952 lagi.
Sejak KPM mengambil alih sepenuhnya sekolah-
sekolah Asli, berbagai program telah dilaksanakan bagi
memastikan murid orang Asli mendapat pendidikan yang
sempurna. Menurut sebahagian daripada guru-guru
sekolah Asli, murid-murid Asli ini seumpama anak emas
KPM.
Segala keperluan untuk pembelajaran diberi secara
percuma. Bermula dengan pengangkutan dari rumah ke
asrama yang diuruskan oleh Jabatan Hal ehwal Orang Asli
(JHEOA), bantuan pakaian dan peralatan sekolah, tinggal
percuma di asrama dan sebagainya.
22
Hampir semua sekolah-sekolah Asli di Negara kita
dilengkapi dengan kemudahan asrama. Bukan calang-
calang bangunan. Sebahagiannya lebih hebat daripada
sekolah di Bandar.
Gma
Gambar hiasan: Asmara sekolah di Pendalaman 2. Dua
blok asrama tiga tingkat.
Itulah antara kesungguhan dan komitmen yang tinggi yang
diberi oleh kerajaan bagi memastikan murid z memdapat
pendidikan yang sempurna.
23
BADOI LA KE SKULAH
Betul ke rumah orang ni. Terkejut beruk aku
dbuatnya. Seakan mimpi. Betul ke aku berada di Malaysia
yang sudah 50 tahun merdeka.
Rumah disekitar perkampungan Kuala Koh amat
dhaif sekali. Semua dibuat daripada kayu hutan. Atap
dibuat dari bertam. Lantai rumah dibuat dari buluh. Ada
juga atap yang dilapik dengan plastik. Apa yang ku
beritakan kepada orang luar.
“Kenapa Haji?”. Encik Asri, petugas dari JHEOA
menegurku.
Barangkali raut wajahku menggambarkan seribu
satu persoalan. Yalah. Ini tahun 2007, ada lagi rakyat
negaraku yang tinggal dalam rumah sebegini. Anak-anak
seperti anak-anak di bandar. Gembira. Bermain, berkejar-
kejaran. Ke mana anak-anak ini hendak diarahkan. Kasihan
mereka. Apa yang ada dalam fikran anak-anak ini?
24
Hari pertama di situ, aku masih tidak dapat
menghampiri kanak-kanak. Semuanya malu-malu. Takut.
Malam itu aku belajar bahasa Bateq dengan orang
kampung. Kutulis satu-persatu apa yang hendak
dicakapkan kepada murid esok. Keesokan pagi aku
bersama encik Ramli menemui Tok Penghulu(Panggilan
bagi Tok Batin Kelantan). Kami nyatakan hajat hendak
berbual dengan budak-budak. Aku bertutur dalam bahasa
Bateq empat lima ayat. Fuhh. OK. Aku diterima dan kami
boleh berinteraksi, walau bagai ayam bercakap dengan itik
.
25
STADIUM DALAM SUNGAI
Siang bola. Malam bola. Makan bola. Minum bola.
Tidur bola, apatah lagi masa belajar. Sebiji bola boleh
menyatukan satu negara, apatah lagi satu kampung yang
hanya ada sebiji bola. . Begitulah hebatnya sebiji bola.
“Cikgu Jani, apa permainan yang budak paling suka?.
“Sepak tuan haji”.
“Bola?”
“Suka juga”. Jawab Cikgu Jani. Kalau sebut sepak tu
biasanya permainan sepak takraw. Cikgu Jani adalah
antara guru senior di Pos Pasik. Banyak pengalamannya.
Cikgu Jani boleh bertutur dalam bahasa Temiar dengan
fasih.
Aku menjenguk keluar bilik . Tidak nampak kawasan
yang luas seperti padang bola. Kebun pisang, semak
samun pohon lalang hampir menyelubugi kawasan
sekolah. Tak nampak tanda-tanda ada padang bola di
sekolah ini.
26
“Budak-budak pandai ke main bola?.
“Bola ni tuan haji, satu kampung boleh main”
“Mana padang bolanya cikgu?” Tanyaku.
“Tak pa tuan haji, lepas minum pagi nanti saya bawa
tuan haji masuk stadium”. Kata cikgu Jani sambil ketawa
kecil. Betul ke cikgu Jani ni. Dalam belantara ni ada
stadium.
Cikgu Jani membawa aku merintis kebun pisang di
belakang rumah guru. Aku beranggapan mungkin budak-
budak bermain bola dalam padang di kampung. Tetapi
kenapa menuju ke tebing. Sungai. Mungkin padang dada
diseberang sungai agakku. Tetapi telah kedengaran sayup
sayup dialog padang bola. Kemeriahan di padang bola
adalah tepik sorak penonton. Laungan pemain yang sedari
awal belum menyentuh bola. Faham sangatlah suasana di
padang bola.
Antara percaya atau tidak , aku berada dihadapan
sekumpulan murid yang sedang berkejar-kejaran
27
mendapatkan sebiji bola dan beberapa orang guru sedang
berada di padang. Padang di dalam sungai.
“Tuan haji, ini bukan lakonan untuk tontonan tuan
haji, tetapi beginilah kami guru-guru dipedalaman. Walau
pun tidak ada kemudahan padang, buka alasan untuk kami
tidak memberi kemahiran kepada anak-anak didik kami”
Sayu nada cikgu Jani. Namun masih mampu mengukir
senyuman.
28
RINDUUU CIKGU
Perkampungan Asli Kuala Koh terletak dalam
lingkungan 70 kilometer daripada sekolah. Hampir
separuh daripada murid sekolah dari kampung ini tidak
hadir ke sekolah. Ada juga kana-kanak yang berusia lebih
sepuloh tahun tetapi tidak pernah berada di bangku
sekolah.
Suku Bateq di sini amat pemalu, apa tah lagi bagi
kaum wanita. Beberapa orang pemuda dan encik Ramli,
pegawai pendidikan JHEOA menemani saya bertanya
khabar kepada salah seorang ibu murid sekolah.
Kami menyapa seorang ibu muda sedang
mengendong anak sambil membasuh pinggan. Setelah
minta izin dengan suami untuk bertanya khabar tentang
anak-isterinya, beliau menunjukkan ke arah dapur.
“Apa kahabar babok?”. Encik Ramli memulakan
kalam bersama ibu muda.
29
Dua orang anak kecil yang sedang leka bermain di
tepi rumah, saya anggarkan berusia lapantahun dan
sepuloh tahun.
“Babok, kenapa tak hantar anak ke skulah?’ Saya
bertanya dalam campuran dialek suku Bateq.
“ Budak ni kecik lagi. Susah nak makan minum
nanti”. Jawabnya sambil terus mencuci pinggan di
belakang rumah.
Encik Ramli menjelaskan bahawa sekiranya anak
dihantar ke sekolah, semua keperluan anaknya akan
diurus oleh sekolah. Di sekolah ada pembantu murid.
Makan disajikan. Pakaian diberi percuma. Kain baju
dibasuhkan. Hendak ke sekolah kenderaan disediakan.
Boleh balik rumah sebulan sekali.
Ibu muda itu tersenyum mendengar penerangan
panjang lebar encik Ramli. Sepanjang ceramah encik Ramli
30
ibu muda itu mengangguk-angguk. Tak pasti sama ada
setuju atau saja-saja nak sedapkan hati kami.
“ RIndu encik… Anak kecil lagi. nanti kalau saya
rindu kat anak, macamana saya nak jumpe. Nak ke sekolah
kena bayar dua ratus ringgit”. Ibu muda itu menjawab
sambil mengetak-ngetak air basuhan pinggan.
Kami seolah-olah dilayan acuh tak acuh sahaja.
Tetapi jawapan ibu muda itu menyentap jantung kami.
Kami membisu.
31
“BUDAK MELAYU JAHAT”
Pos Aring adalah penempatan masyarakat Asli yang
berhampiran dengan Felda Aring. Masyarakat di sini terdiri
daripada suku Bateq. Jumlah penduduk agak besar.
Perumahan yang dibina tersusun,manarik lengkap
dengan balai raya dan surau,
Perjalanan ke kampung ini melalui ladang kelapa
sawit. Oh, rupanya melalui ladang kelapa sawit lebih sukar
daripada melalui jalan balak di dalam hutan. Banyak
persimpangan di dalam ladang kelapa sawit. Kalau tanpa
penunjuk jalan, nescaya aku tidak dapat keluar atau
masuk ke kampung ini.
Sekiranya tidak dimaklumkan perkampungan ini
kampung masyarakat Asli, nescaya aku katakan kampung
ini seperti kampung Melayu.
Dalam perbincangan bersama masyarakat kampung,
banyak persoalan dan masalah yang dikemukakan kepada
32
kami. Seolah-olahnya, kami adalah wakil rakyat dalam
Dewan Undangan Negeri kampung itu.
Boleh sahaja aku hendak menjawab persoalan-
persoalan mereka. Tetapi patutkah aku menjawab?. Tak
patut. Itu perkara dasar. Aku cuba menenangkan hati.
Dalam program ziarah kampung, aku sempat
menemui ibu-ibu dan anak-anak yang berada di sekitar
kampung. Ceria suasana kampung Asli waktu petang.
Seperti juga kampung Melayu. Anak-anak leka bermain.
Ibu-ibu tandang menandang jiran mereka.
“Assalamulaikum.. babok-babok sihat semua?”. Aku
menegur sekumpulan ibu-ibu yang sedang bersembang di
gerai di bawah pokok rambutan.
“Sihat lah encik. Kalau tak sihat, kita duduk di
hospital”. Jawab seorang ibu, diiringi oleh gelak tawa ibu-
ibu dan juga cikgu-cikgu yang bersama kami.
33
“Aduh. Oh. Silap pertanyaan rupanya aku” Bisik
hatiku.
“Marilah kita hantar anak-anak ke sekolah, nanti
besar boleh jadi cikgu, jadi pegawai, jadi askar”. Cikgu
Sakinah memula bicara.
“ Sekolah Lebir jauh ciku. Susah nak ke sekolah.
Suruhlah kerajaan buat sekolah di kampung kita”. Salah
seorang ibu menjawab.
“kalau gitu, hantar anak ke sekolah Aring” Cadang
cikgu Sakinah.
“ Tak nak cikgu. Budak Melayu jahat(nakal). Suka
kacau anak-anak kita”. Jawab seorang ibu lagi. Istilah jahat
bagi mereka, maksudnya rakan murid sekolah Felda suka
mengusik murid-murid Asli.
“Budak Melayu suka ejek-ejek anak-anak kita. Buat
apa pergi sekolah kalau gitu, baik ikut pak pergi hutan.
Dapat juga belajar. Dapat duit lagi”.
34
CIKGU TAK JAGA ANAK KITA
Murid yang tinggal di asrama akan balik sebulan
sekali. Jarak antara sekolah dengan perkampungan
mereka tidak tentu. Paling dekat 10 kilometer. Ada yang
sampai 70 kilometer.
Setiap kali anak-anak balik ke rumah, mereka akan
menceritakan hal keadaan di asrama kepada ibu bapa
mereka. Sama seperti kita, bila lama tidak berjumpa
keluarga, banyaklah cerita-cerita dan bahan bualan akan
keluar.
“ Cik, cikgu sekolah tu tak jaga anak-anak kami.
Cikgu biarkan sahaja anak-anak kami tidak terurus”.
Seorang ibu berbicara kepada kami.
“Kenapa. Cikgu tak buat apa-apa ke?” Tanyaku.
“Ye lah. Cikgu duduk dalam bilik aje. Malam-malam
anak nak kencing pun cikgu tak tolong kawankan,dahlah
35
tandas jauh. Anak kita takut juga nak pegi tandas. Dah tu
bola dah pecah pun cikgu tak ganti”. Jawabnya
Aku berpaling pada cikgu Nazri. Dia senyum sinis.
Berpaling ke ustaz Aziz. Diam sambil geleng kepala.
Kulihat cikgu Sakinah cuba menjawab tetapi tiba-tiba
terkedu.
“Hari tu baju anak saya hilang. Anak saya dah lapor
pada PPM dan waden, tapi baju anak saya tak jumpe juga.
Sampai anak saya tak pakai baju” Tambah seorang ibu
separuh umur.
“ Susah rupanya nak memahamkan ibu bapa
tentang tugas guru. Pengorbanan guru sanggup bertugas
di pedalaman, meninggalkan anak isteri di kampung pun
satu pengorbanan. Balik seminggu sekali. Perjalanan balik,
keluarke dari sekolah dah memakan masa tiga hingga
empat jam. Itu pun kalau tidak hujan. Kalau hari hujan,
silap haribulan tak boleh balik. Cikgu, anda memang
hebat”.
36
CIKGU DUA ORANG?
“Sekolah cuti ke hari ini?’ Tanya Udin kepadaku.
Biasanya waktu sebegini murid akan keluar masuk kelas.
Maklumlah, waktu selepas rehat begini , kira-kira jam
11.00 pagi memang murid lambat masuk ke dalam kelas.
Suasana riuh rendah yang menjadi pemandangan biasa
kami masuk ke sini telah berubah. Hairan juga. Kadang
kala ada murid yang turun mandi ke sungai.
“Tak tahulah. Saya sudah maklum pada cikgu Sudin
untuk datang membuat pemantauan KAP. Dia kata OK”.
Jawabku.
Sekolah pedalaman satu(1) ini terletak agak jauh
dari pejabat PPD. Kenderaaan biasa memang tidak boleh
masuk, apa tah lagi bila musim hujan. Sekolah ini terpilih
menjadi sekolah rintis pelaksaaan Kurikulum Asli dan
Penan.
37
“Raman, ke mana budak-budak ni, senyap jer”.
Tanya Udin kepada Raman. Raman adalah tukang kebun
swasta yang telah lama berkhidmat di sekolah ini. Isteri
Raman menjadi pembantu tukang masak di kantin asrama.
“ Ada. Budak-budak dah makan di kantin”.
“Awalnya. Baru pukul sebelas?”. Tanya Udin.
Nampak kehairanan. Jarang sangat barangkali murid dapat
makan awal. Sempat ke tukang masak menyiapkan makan
seawal ini.
“Cikgu tak da. Semua keluar. Ada cikgu Sudin
dengan cikgu Nizar je. Yang lain turun ke bandar, dua hari
dah”. Jawab Raman. Sekolah ini hanya mempunyai 12
orang guru sahaja, maknanya 10 orang guru berada di luar.
“Minta maaf tuan haji. Tak dan nak kawal, budak
100 lebih, cikgu semua keluar, tinggal saya dua orang je.
PPM pun kena kursus”. Kata cikgu Sudin.
“Boss ada”.
38
“Big Boss kena kursus di IAB utara dua minggu. PK 1
mensyuarat di Kota Bharu. Cikgu bahasa melayu, cikgu
math dengan cikgu inggeris kena pergi kursus di PKG. Guru
data kena kursus di PSPN, dua orang MC Tinggal kita dua
orang jer hari ini.:” Kata cikgu Sudin .
Cikgu Nizar ketawa kecil. Tidak ada yang nak
dijelaskan kepada kami. Bukan fenomena biasa,
kebetulan aku masuk ke sekolah, semua pembesar tiada di
sekolah. Aku pun tidak dapat bayangkan , dua orang guru
mengajar enam kelas sekali gus. Pada saat-saat beginilah
guru-guru perlu kraetif bagi memastikan hari tidak brlalu
dengan sia-
39
sia.
“BERKAT” LORI HANTU
Pos Simpor terletak di pedalaman Kelantan. Untuk
sampai ke sana, aku menaiki kenderaan JHEOA. Bertolak
dari pejabat JHEOA di Kuala Betis pada jam 11.00 pagi,
kami sampai di perkampungan Pos Simpor sekitar jam
3.00 petang.
Sepanjang perjalanan, Anwar dan Shukri asyik
bersembang dengan pemandu Land Rover mengenai
pengalaman perjalanan di kampung Asli. Aku diam. Ada
40
yang aku sudah tahu, ada yang cerita baru. Jalan balak
sepanjang kira-kira 50 kilometer terus dilalui.
Dipertengahan jalan, rombongan kami singgah di
Pos Tohoi. Sempat juga bertemu dengan guru-guru yang
memang tinggal di kawasan sekolah. Untuk keluar ke
pekan mengambil masa lebih 2 jam. Itu pun kalau jalan
kering. Kalau tidak penting sangat, memang tidak kudrat
untuk keluar ke Bandar.
Sekali-kali kami mengekori lori hantu yang sedang
menjalankan rutin harian. Berhabuk skrin landrover.
41
“Mujur ada lori hantu.” Kata pemandu Land Rover
JHEOA yang bertugas di JHEOA Gombak selepas berselisih
dengan lori hantu.
“Kenapa pulak?”. Sekali ni aku menyampuk.
“Kalau ada projek balak, taukeh balak (pengusaha )
akan buat jalan. Memang niat dia hendak bawa balak
keluar, kita ni ambik berkat je. Mudah sikit kita nak keluar
masuk ke perkampungan Asli”. Jawabnya. Pengusaha
balak memang pandai mengambil hati penduduk kampung.
Taukeh taukeh balak tidak keberatan untuk
menumpangkan orang kampung yang hendak keluar
masuk ke rumah mereka.
“Orang Balak ni baik dengan orang kampung (Asli).
Kalau orang Asli nak keluar dia orang bagi tumpang. Duduk
dalam takung (belakang). Kadang-kadang budok-budok
sekolah pun tumpang dia”.Tambah pemandu Land Rover.
42
Perjalanan ke pos Simpor memang amat mencabar.
Turun naik bukit satu kemestian.
“Di sini lori askar dulu terbalik, masuk ke dalam
sungai”. Kata pemandu sambil memperlahankan
kenderaan sambil menunjukkan laluan curam di hadapan
kami. Gerun.
Hampir jam 3.00 petang., kami sampai di Pos
Simpor.
43
TIDAK MAHU ANAK MASUK
BELAJAR KE SEKOLAH ASLI
Sekolah yang terdekat dengan Pos Simpor adalah
Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi. Namun begiti majority
penduduk di Pos Simpor, Penad dan Pos Dangdut
bersekolah di sekolah Kebangsaan Kuala Betis.
Sekolah Kebangsaan Kuala Betis tetap menjadi
pilihan. Generasi awal pun telah bersekolah di sini. Kalau
hendak dikira jarak, Sekolah kebangsaan Tohoi berada
diseparuh perjalanan ke Sekolah kebangsaan kuala Betis.
Peatng di Pos Simpor, aku sempat berjumpa dengan
ibu bapa untuk bertanya khabar tetang persekolahan
anak-anak. Aku sempat bertanya dimana anak-anak
mereka bersekolah. Semua menjawab , mereka
menghantar anak-anak mereka bersekolah di Sekolah
Kebangsaan Kuala Betis., wal hal sekolah yang terdekat
adalah sekolah Kebangsaan Pos Tohoi.
44
“Begini cik. Kami tak mahu anak-anak kami
bercampur dengan orang kampung bawah (Pos Tohoi).
Budak-budak bawah tu bukan nak belajar sangat. Dia
orang ke sekolah sebab sekolah duk dalam kampung
mereka. Senang la dia orang tu. Kami nak anak-anak kami
belajar bersama-sama anak-anak orang Melayu.”. Panjang
pak cik ni mengulas.
“ Sama sahaja pok. Sekolah Tohoi, sekolah kerajaan
jugak. Ada Asrama. Makan kerajaan bagi” haji Zin,
menjelaskan persoalan penjaga.
“Tak sama cik. Sekolah Betis ramai budok pandai.
Anak saya boleh tumpang pandai sekali. Kalau duduk
dalam sekolah Melayu kerajaan ambil berat.. Budak sini
yang belajar di Betis, boleh dapat A dalam UPSR, tapi
budak Tohoi, tak da. Cikgu pun baik-baik”. Seorang bapa
muda menjawab.
Kami terkedu. Geleng kepala. Haji Zin tersenyum
panjang. Bukan seorang yang berkata sedemikian. Dua
45
tiga orang ibu bapa yang ditemui memberi pandangan
yang sama.
Haji Ipin yang mewakili jabatan pendidikan negeri
pernah menyatakan bahawa penduduk kampung Simpor
dengan kampong Tohoi tak join. Mereka tidak sehaluan
dalam berbagai pandangan. Kebetulan pula, ramai murid
dari Simpor yang belajar di Betis mendapat keputusan
UPSR yang baik.Bbukna
46
BABOK, APAK. HANTARLAH ANAK
KE SKULAH
Surat jemputan daripada Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK) memohon khidmat kepakaran IP untuk
membantu membina modul KAP. Ketua jabatan meminta
aku mewakili IP dalam program tersebut. Program 4 hari 3
malam itu diadakan di sekolah Asli.
Ini merupakan kali kedua aku membantu membina
modul KAP. Cuma bezanya biasa dibuat di hotel. Kali ini
dibuat di sekolah pedalaman.
Petang, selepas asar kami mengadakan program
ziarah kampung. Banyak juga penduduk kampung di
sekitar sekolah. Sebahagian daripada rumah penduduk
adalah rumah bantuan kerajaan. Sewaktu kami masuk,
sekumpulan angkatan tentera sedang membina sebuah
rumah untuk penduduk.
47
Sebelum masuk ke kampung, kami diberi
taklimat oleh ustaz Aziz mengenai penduduk kampung.
Kak Hasmah daripada PPK juga memberi taklimat.
“ OK.Kita jumpa ibu bapa, tanya khabar, Tanya
tentang keluarga, Tanya tentang anak-anak. Goodies ni
jangan lupa bagi. Jajan-jajan kena bagi pada anak-anak,
tak kira besar atau kecik. Conclusion ayat kita dengan
ibubapa ialah Babok, Pak, hantar anak ke sekolah. Cikgu-
cikgu hendak anak-anak Linggi jadi pandai-pandai”. Sambil
tersenyum Kak Hasmah dari BPK memberi amanat
tambahan kepada peserta ziarah kampung.
Gambar hiasan: Menyantuni bapa, bertanya tentang sumpit.
48
LORI BALAK MASUK SEKOLAH
Lori balak masuk kawasan sekolah.Semacam tidak
munasabah, tetapi itulah realitinya. Bukan sebuah,
barangkali lebih 50 buah lori keluar masuk sekolah setiap
hari. Ini merupakan ancaman kepada keselamatan warga
sekolah.
“Gila betul. Ada ke patut, lori balak lalu di kawasan
sekolah. Budak Asli bukan tahu undang-undang jalan raya.
Kalau ada apa-apa hal, berasap kepala guru besar nak
jawab. Jaga sekolah pulak buat tak tahu jer”. Kata Kak
Hasmah , seorang aktivis SUHAKAM yang berjiwa pendidk
Asli. Bahasanya agak kasar, tetapi itulah barangkali yang
sesuai untuk suasana itu.
“Jalan ni jalan utama ke bang Mat”. Tanya pada
guru besar yang mengiringi kami melawat asrama di
seberang jalan. Sejak tadi, tidak kurang daripada lima
buah lori balak (San tai Wong) yang lalu di hadapan
sekolah. Bukan sahaja lori itu yang berbahaya, suara
deruman lori menaiki bukit juga boleh membingitkan
49
telinga. Mungkin tidak ada apa-apa pada warga sekolah.
Alah bias tegal biasa.
“Beginilah kalau jalan kering. Selagi balak di dalam
tu tak habis, inilah yang kita hadap hari-hari”. Kata cikgu
Mat.
Pernah seorang guru mengalami cedera parah kerana
mengelak dari lori balak. Cedera di peha dikatakan
menyebabkan cikgu berkenaan cuti berbulan-bulan.
Gambar hiasan: Lori balak melalui kawasan sekolah.
50