SEMUA TU ANAK SAYA
Selesai melaksanakan program Kelas Intenvensi
Asas (KIA2M), aku mendatangi sekumpulan orang
kampong yang singgah di beranda sekolah. Memang
menjadi budaya orang kampong, bila tidak ada kerja
mereka akan meluangkan masa bertanya khabar anak-
anak di sekolah.
“Eluk ke nahak”. Aku menyapa seorang bapa dalam
bahasa Temiar, maksudnya apa khabar. Aku belajar
bahasa ini dengan ketua pos, encik Azmi. Banyak juga ilmu
yang encik Azmi perturunkan padaku, Cuma tak sempat
nak amalkan.
Sedang rancak berbual, cikgu Nizar menunjukkan
kepadaku buku kehadiran murid.
“ Tak pa cikgu. Saya tidak ada punca kuasa untuk
melihat buku rekod kehadiran murid”. Aku menolak
huluran buku cikgu Nizar.
51
“Bukan apa haji, saya nak tunjukkan nama anak
Betul (nama bapa) di kelas ni. Mesti haji tak pernah jumpa
buku kehdatangan murid semacam ni”. Ujar cikgu Nizar
sambil menunjukkan beberapa barisan nama yang
mempunyai bin dan binti yang sama…. Binti Betul, …..bin
Betul
Aku menatap satu persatu nama-nama tu. Memang
sah, tiga nama dalam tahun 4, dua nama dalam tahun 3.
“Bini berapa “. Tanyaku sambil ketawa kepada encik
Betul. Dalam benak fikiranku, hebat orang dihadapanku ini.
Kerja tidak menentu tapi anak ramai. Pasti isteri pun ramai.
Murah rezeki sesiapa yang beranak ramai. Itulah kata-kata
yang pernah pak kiyai nyatakan kepadaku.
“Panjang cerita encik”. Jawab selamba Betul.
“Pendekkanlah”. Kataku. Berminat sungguh aku
hendak tahu ceritanya.
52
“Lapan tahun ke, Sembilan tahun ke , sepuloh tahun
yang lalu orang pejabat datang buat program. Masa tu,
ada jabatan buat surat beranak datang. Dia kata, anak-
anak yang tak ada surat, boleh buat sekarang”. Betul
menjelaskan sambil ketawa.
Cikgu-cikgu yang duduk bersamaku juga ketawa.
Mengilai. Cerita sungguh ke Betul ni. Aku teringat kawan-
kawan banyak bercerita tentang kisah orang Asal ni.
“Molek sikit kecek dengan orang dale nuh. Silap
haribulan , keno jual”.(berhati-hati bila bercakap dengan
orang di dalam tu/dalam kampong Asli, kadang-kadang
kita ditipu) Kata-kata Udin pemandu Hilux satu masa dulu.
Sebenarnya semasa Jabatan Pendaftaran datang,
bapa kepada kanak-kanak itu telah pergi kerja ke hutan
atau keluar, jadi hendak ambil jalan mudah, semua
dinamakan sebagai anak encik Betul.
53
CIKGU DAN DOKTOR PAKAR
Sepanjang perjalanan dari Kota Bharu ke Bandar
Miri, guru besar bercerita tentang pengalaman lebih
sepuloh tahun menjadi guru besar di pedalaman. Lebih
sepuloh tahun menjalankan tugas sebagai guru besar di
pedalaman, bertemulah dengan seribu satu masalah.
Bermula dengan masalah murid, masalah ibu bapa,
masalah guru, masalah kontraktor, masalah masyarakat
dan macam-macam lagi.
“ Haji tahu tak. Masa saya bertugas di Pos Brooke,
belum ada highway lagi. Semua cikgu saya ada appoiment
dengan doktor pakar Universiti sains Malaysia (USM).”
Cikgu Azman memecah kepuasan (boring) kami sewaktu
transit di Kuala Lumpur International Airport(KLIA).
“Bak po la Jabatan (Jabatan Pendidikan )
menghantar cikgu yang uzur ke sekolah pedalaman. Tak
54
patut. Tak boleh mikir ke orang JPN tu ”. Aku membela
guru – guru pedalaman.
“Dok gitu haji. Cikgu segar bugar blako. Bila cikgu
yang dapat memo ke sekolah pedalaman , akan berjumpa
doktor pakar dahulu. Mitok penyakit. Seolah-olah seperti
dirancang”.Jelasnya.
“Apa tindakan cikgu?”.
“Terpaksa akur lah. Surat doktor pakar. Buke surat
bomoh. Gitu la haji, nak banyak soal, mugo ado surat,
pada halnyo segar bugar. Boleh keluar ke bandar ikut jalan
balak, turun naik bukit, enam jam”. Jawabnya.
Aku terdiam. Macam-macam cerita guru di
pedalaman ni. Teringat pula cikgu Asif yang kena ambil
cuti seminggu sebab isteri bersalin di hospital. Kasihan
sungguh.
“ Setengah jam lagi cikgu (sampai ke Lapangan
terbang Miri)”.
55
PENSYARAH =
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH”
Adat bertandang ke rumah orang, kenalah berbicara
sepatah dua kata sebelum bertamu. Rutin pensyarah pun
begitu, biasanya sebelum masuk ke sekolah pedalaman,
para pensyarah terlibat menghubungi pihak pejabat
pendidikan daerah.
Untuk masuk ke sekolah Asli memang sukar. Tiada
jalan tar. Terpaksa melalui jalan balak. Jalan off road.
Kenderaan biasa tidak boleh masuk ke sekolah. Biasanya
kami akan menumpang kenderaan guru besar atau
kenderaan kontraktor kantin. Pegawai Unit sekolah
biasanya akan menemani kami ke sekolah.
“Cikgu-cikgu, jagalah amanah mengajar di sekolah,
walau pun saya tak boleh masuk ke semua sekolah, tetapi
laporan daripada pensyarah yang menjalankan tugas di
sekolah Asli, sama lah seperti saya yang masuk”. Kata
Pegawai PPD dalam satu majlis.
56
KREATIF “ANAK RIMBA”
Seronok masuk kampong Asli. Itulah ungkapan
kalimah keramat, sesiapa pun yang pertama kali
berpeluang mengunjungi desa peribumi. Kak Nik dan Kak
Nab dari Jabatan Ilmu Pendidikan berhajat untuk merasai
kehidupan di perkampungan masyarakat Asli. Pos Tohoi
yang terletak lebih kurang 40 km dari bandar Gua Musang
menjadi saksi kemasukan Kak Nik dan Kak Nab ke
perkampungan Asli.
Riuh rendah kanak-kanak bermain seolah-olah
menyambut kehadiran kami. Jalan balak yang berhabuk
menjadi padang permainan anak-anak kampong Tohoi.
Dua orang kanak-kanak sahaja yang berselipar. Rambut
serabai. Pakaian lusuh, berdebu,carik sana sini, warna
pakaian luntur seolah-olah tidak punya pakaian lain.
Kehadiran rombongan kami seolah-olah tidak
dihiraukan oleh budak-budak ni. Tidak seperti cerita rakan
57
sebelum ni, dikatakan budak Asli akan lari kalau Nampak
orang luar. Mereka asyik dengan mainan masing-masing.
Suasana redup di kampong Tohoi aman
mendamaikan. Angin petang yang bertiup seolah-olah
menyambut kehadiran kami.
“Untung budak-budak ni, supo kito jame dulu-dulu.
boleh memanfaatkan keindahan alam . Budok Kota Bharu
tak boleh dah main gini mo”. Suara Kak Nab memulakan
bicara di Tohoi.
Memang kanak-kanak di Tohoi masih menggunakan
sumber alam untuk permainan waktu petang. Apa sahaja
yang ada disekitar dijadikan alat permainan. Jimat, tak
payah pening-pening nak beli di kedai.
“Kak Nik,lori balak!”. Kak Nab menunjukan ke arah 2
kanak-kanak yang sedang menggembala lori balak.
“Pandai dia buat lori. Sapa kata budak Asli tidak
kreatif? Ini bakat. Ini inovasi”. Kata Kak Nik terpegun
58
dengan lori mainan budak Asli.
Ralik melihat kanak-kanak Asli mengkelek lori kayu
yang diperbuat daripada batang kekabu. Jimat. Kreatif.
Sihat. Tayar lori di perbuat daripada selipar getah yang
dikerat bulat. Spring lori diperbuat daripada tin susu.
Lucu.Cikgu Zi kata;” kalau selipar Jepun cikgu hilang,
minggu depan ada tubek lori baharu”.
Kelekaan kanak-kanak bermain membawa kak Nik
kepada imbauan 50 tahun lalu.
“ Lagu nii la Din,Kak Nik masa kecik-kecik dulu.”.
59
HUJAN MESEJ DI TOHOI
Kami masuk ke sekolah pedalaman pada hari ahad
petang. Bertolak dari Kota Bharu kira-kira jam 9.00 pagi,
kami akan berjumpa dengan guru besar di Pejabat
Persekutuan Daerah.
“Encik bawa hand set”. Cikgu Mat, guru besar
memulakan bicara.
“Bawa. Kenapa?” Tanyaku agak kehairanan.
“ Nak tinggal ke, nak bawa masuk?” Tanyanya lagi.
“Bawa”. Jawabku ringkas.
Kira-kira lima minit menyusuri laluan balak, tiada
signal pada handset kami. Masing-masing membelek-
belek handset.
“OK. Boleh dah nak tutup handset. Lepas ni dah tak
de line. Boleh jimat sikit bateri tu”. Jelas cikgu Mat.
60
Lima hari di sekolah memang terputus hubungan
dengan dunia luar. Genset yang biasa digunakan untuk
menerangi sekolah juga baru rosak.
Sekali-sekali kupasang handset. Memang tahu di sini
tiada liputan. Saja hendak menghilangkan kebosanan.
Bunyi unggas jelas kedengaran dari kawasan sekolah.
“ Boleh gilo kalau ngajar ssini ni”. Keluh encik Ismail.
Aku senyum. Baru sehari semalam. Cuba bayangkan
cikgu yang sudah lima tahun mengajar di sini.
Alhamdulillah, taka da cikgu yang gila.
Tengahari khamis, kami bertolak keluar dari sekolah.
Ceria semua kumpulan kami. Seolah-olah baru lepas dari
penjara.
“Tunggu kejap lagi”. Cikgu Mat memecah kesunyian
dalam Hilux. Kami berpandangan sesame sendiri. Senyap.
61
“OK. Boleh buka handset. Tengok nanti, hujan
gerimis ke hujan ribut”. Ujar cikgu Mat sambil menyeluk
saku mengambil handset. Kami pun buka handset. Sambil
tu menjenguk ke atas, bimbang juga kalau turun hujan.
Betul. Tidak lama lepas cikgu Mat cakap, bagai
bertih, mesej menghujani handset kami.
62
BIBLIOGRAFI
Catatan pengalaman sebagai penyelaras dan pembina
modul Kurikulum
63