The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jesleanonoh, 2020-05-13 11:51:54

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI: KATA KERJA

FINAL EBOOK

Keywords: TATABAHASA: KATA KERJA

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI:
KATA KERJA

2|Page
1.0 KATA KERJA
DEFINISI
Kata kerja merupakan kata yang merujuk kepada perbuatan ataupun sesuatu keadaan tertentu
seterusnya menjadi inti kepada binaan atau konstruksi frasa kerja.
2.0 KATA KERJA AKTIF
2.1.1DEFINISI
Kata kerja aktif merupakan kata kerja yang hadir dalam ayat aktif dan menerima imbuhan
sebagai penanda aktif.
Kata kerja aktif terbahagi kepada dua kategori iaitu:
i) Kata kerja aktif transitif
ii) Kata kerja aktif tak transitif
2.1.2 FORMULA
KKA + Imbuhan (meN-, ter, ber-, -i, -kan, meN-...-kan, meN-…-i, mempeR-…kan,
mempeR-…-i, terR-).

3|Page
2.2 KATA KERJA AKTIF TRANSITIF (KKT)
2.2.1 DEFINISI
Kata kerja yang memerlukan objek sebagai penyambut.
2.2.2 FORMULA
KKT + Objek
2.2.3 CONTOH
Contoh 1
Datuk Noor Azam Jamaludin menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan
individu yang ingkar PKP termasuk tindakan keluar rumah tanpa alasan munasabah.

Sumber:https://www.sinarharian.com.my/article/79026/EDISI/Selangor-
KL/Kenderaan-berat-punca-kesesakan
Sinar Harian, 15 April 2020

Contoh 2
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azrul Faidz membantah permohonan itu atas alasan
ingin memberi pengajaran kepada masyarakat.

Sumber:https://www.sinarharian.com.my/article/78032/BERITA/Mahkamah/Dua-
pemancing-ingkar-PKP-dihukum-jalani-khidmat-masyarakat
Bernama, 8 April 2020

4|Page
Contoh 3
Alstup mengakui jualan seluar dalam Ronaldo meningkat sejak dia berpindah
daripada Real Madrid ke Juventus.

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/04/682693/ronaldo-bantu-
syarikat-seluar-dalam

Berita Harian, 28 April 2020/2.30 pm

2.3 KATA KERJA AKTIF TAK TRANSITIF (KKTT)
2.3.1 DEFINISI
Kata kerja tak transitif merupakan kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut
selepasnya.
Terdapat dua subgolongan kata kerja aktif tak transitif iaitu:
i) Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap
ii) Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap

5|Page
2.4 KATA KERJA AKTIF TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP
2.4.1 DEFINISI
Kata kerja yang boleh berdiri sendiri dalam predikat ayat serta boleh menerima keterangan
selepasnya dalam bentuk frasa sendi nama atau frasa keterangan.
2.4.2 FORMULA
Subjek + Predikat
Subjek + Predikat (Frasa Sendi Nama/Frasa Keterangan)
2.4.3 CONTOH

Contoh 1 (KKTT yang menerima frasa sendi nama)
Kita masih lagi berbincang tentang penyakit koronavirus (Covid-19).

Sumber:https://www.sinarharian.com.my/article/78216/KOLUMNIS/Usaha-
mitigasi-Covid-19

Sinar Harian, 10 April 2020

Contoh 2
Portal Daily NK memaklumkan Jong-un sedang berehat di sebuah vila di Gunung
Kumgang dekat daerah Hyangsan selepas keluar dari hospital pada 12 April lalu

Sumber:https://www.sinarharian.com.my/article/81104/GLOBAL/Keadaan-
kesihatan-Kim-Jong-un-cetus-tanda-tanya
Sinar Harian, 21 April 2020

6|Page
Contoh 3
Nordin berkata, dia membuat andaian itu berikutan angin timur laut yang bertiup
kencang semakin bergerak ke arah timur.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/01/536312/mangsa-mungkin-
dah-hanyut-lebih-jauh
Harian Metro, 18 Januari 2020/ 3.12 petang

2.5 AKTIVITI/LATIHAN
2.5.1 AKTIVITI
1. Bina ayat daripada kata kerja transitif dan kata kerja tak transiitif yang terdapat dalam
Jadual 2.1.3 dengan betul mengikut konteks yang betul.

Jadual 2.5.1

7|Page
2.5.2 LATIHAN
Gariskan kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, nyatakan sama ada
kata kerja itu kata kerja transitif (KKT) atau kata kerja tak transitif( KKTT).
1. Ramzila sedang menidur adiknya di dalam buaian. ( )
2. Rosli terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya petang semalam. ( )
3. Haida mengisi borang permohonan untuk menyambung pelajaran ke peringkat univerisiti
dengan teliti. ( )

Soalan 4 hingga 6. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan
iaitu A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.
4. Hati Laila _______ apabila mendengar cerita sedih yang menimpa pemuda malang itu.
A. terdiam
B. tercalar
C. tersayat
D. tersentuh
5. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh dari awal lagi untuk _______ keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan.
A. memiliki
B. mendapati
C. mempunyai
D. memperolehi

8|Page

6. Puan Sabariya ________ air mawar di pusara anaknya yang terkorban akibat kemalangan
jalan raya semalam.
A. merenjis
B. menyiram
C. menyimbah
D. menuangkan

9|Page

3.0 KATA KERJA PASIF
3.1.1 DEFINISI
Kata kerja pasif merupakan kata kerja yang terhasil daripada perubahan ayat aktif kepada
ayat pasif.
3.1.2 FORMULA
3.1.3 CONTOH

CONTOH 1
Kesalahan individu yang mengingkari PKP bukan dianggap jenayah biasa yang
termaktub di bawah Kanun Keseksaan.

Sumber:https://www.sinarharian.com.my/article/81617/KHAS/Koronavirus/Polis-akan-
putuskan-keperluan-sekatan-jalan-raya-sepanjang-PKPB
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mei 2020

CONTOH 2
Media pada 29 Dis lalu melaporkan Mohammad Farhan Fudhail meninggal dunia
selepas terlanggar tiang semasa bermain papan selaju dan difahamkan mangsa cuba
memperlahankan papan selajunya semasa meluncur menuruni bukit sebelum kejadian
itu.

Sumber:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/remaja-maut-bermain-papan-
selaju-selamat-dikebumikan-227448

Artikel ini disiarkan pada : 8 Januari 2020/ 8.45 pagi

10 | P a g e
CONTOH 3
Warga asing itu menyatakan dia terjumpa bendera tersebut di atas lantai akibat ditiup
angin semasa hujan lebat dan memasangnya semula di tiang bendera gereja tanpa
mengetahui yang ia terbalik.
Sumber:https://www.sinarharian.com.my/article/78053/EDISI/Selangor-KL/Insiden-
Jalur-Gemilang-terbalik-sebab-tersalah-pasang
Artikel ini disiarkan pada :9April 2020

3.2 AKTIVITI/LATIHAN
3.2.1 AKTIVITI
Berdasarkan daripada pemahaman kamu berkaitan kata kerja pasif, bina satu kumpulan kecil
yang terdiri daripada 3 hingga 4 pelajar untuk setiap kumpulan dan bina ayat berdasarkan
daripada perkataan yang diberikan.

Jadual 3.2.1

11 | P a g e
3.2.2 LATIHAN
Tukarkan kata kerja aktif berikut kepada kata kerja pasif.

1. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri kecil
itu.
2. Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu akan mengadakan mesyuarat
tergempar.
3. Beberapa kilang yang beroperasi di sepanjang sungai itu telah membuang sisa toksik
ke dalam sungai untuk menjimatkan kos operasi mereka.
4. Ahmad menendang bola itu ke pintu gol.
5. Kita seharusnya memperkemas diri kita dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran agar
dapat bersaing dengan bangsa lain.

12 | P a g e

4.0 Kata Kerja Tunggal
Kata kerja tunggal ialah kata kerja yang terdiri daripada kata dasar yang merujuk kepada
perbuatan yang dilakukan oleh manusia atau haiwan.
4.1.1 Formula
Kata kerja tunggal tidak mengalami pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Kata kerja
tunggal boleh berdiri sendiri dalam ayat. Kata kerja tunggal juga boleh juga berbentuk akronim.
4.1.2 Contoh :
“Ketiadaan air bersih di rumah menyukarkan rutin harian kami sekeluarga sehingga anak
sedang sakit terpaksa menggunakan air mineral untuk tujuan makan dan minum, selain
mencuci peralatan rawatannya.

(Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/658056/penduduk-kecewa-
tiada-bekalan-air-bersih

Berdasarkan petikan di atas, kata kerja makan dan minum merupakan kata kerja tunggal yang
tidak mengalami pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan.
Meskipun tidak mampu bertutur dengan sempurna, namun kekurangan itu tidak pernah
menghalang Syed Mohd Amin Nullah Syed Ishak, 34, berdikari mencari rezeki yang
diusahakannya sejak dua tahun lalu.

(Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/03/661849/pasangan-pekak-
bisu-cari-rezeki-niaga-air-kelapa)

Berdasarkan petikan di atas, kata kerja berdikari (berdiri di atas kaki sendiri) merupakan kata
kerja tunggal yang berbentuk akronim.

13 | P a g e

4.1.3 Aktiviti
Arahan: Guru akan mengarahkan pelajar untuk melakukan aktiviti mengenal pasti kata kerja
tunggal yang terdapat dalam lirik lagu.

https://youtu.be/lD7TXCwnRPI

4.1.4 Latihan (Kata Kerja Tunggal)

Isi tempat kosong dengan perkataan paling sesuai.

1. Ibu dan ayah _________________ di pondok itu sambil berbual-bual.

A) duduk C) berjalan

B) berlari D) bernyanyi

2. Kanak-kanak _______________ di kolam renang.

A) berenang C) bermain-main

B) mandi-manda D) mandi

3. Saya _______________ daripada tidur pada pukul 6.00 pagi.

A) bangun C) terjaga

B) berlari D) berjalan

4. Kakak _____________ baju sambil menonton televisyen.

A) melipat C) melipatkan

B) lipat D) menjemur

5. Saya akan _______________ pada jam 10.00 malam.

A) tertidur C) jalan-jalan

14 | P a g e D) berlari
B) tidur

15 | P a g e

4.2 Kata Kerja Terbitan

Kata kerja terbitan ialah bentuk kata kerja yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau
menerima imbuhan.

4.2.1 Awalan Kata Kerja

Awalan yang membentuk kata kerja terbitan ialah:

i) beR iii) meN v) mempeR

ii) teR iv) di- vi) dipeR

4.2.2 Awalan beR

Awalan beR- mempunyai dua bentuk, bergantung pada huruf pertama kata dasar yang
diimbuhkan padanya, iaitu beR- dan be-.

4.2.3 Formula

i) Awalan beR- ber- + Kata Dasar ( kecuali kata dasar bermula dengan huruf R)

4.2.4 Contoh

1. beR + angkat berangkat

Khamis lalu, Wilson yang juga penyanyi dan komposer, membuat persembahan di

Emporium Hotel South Bank di Brisbane. Mereka kemudian menjelajah Gold Coast sebelum

berangkat ke Sydney.

Sumber: https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/03/664824/anak-tom-hanks-
hargai-keprihatinan-peminat

2. beR + buka berbuka

16 | P a g e

Ketika berbuka puasa kurangkan makan nasi dan ubi yang mengandungi karbohidrat,”
katanya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2020/01/645751/puasa-dua-hari-
seminggu-cegah-obesiti

Walau bagaimanapun, perkataan bekerja, belajar dan belunjur merupakan
kekecualian.

ii) Awalan beR- be- + Kata Dasar bermula dengan huruf r. Contohnya,

1. beR- + runding berunding

Dalam pada itu, Solomon berkata, penting bagi Saravanan mengetahui bahawa hubungan

antara MTUC dan menteri terdahulu terjejas pada tempoh akhir perkhidmatannya, terutama

apabila beliau meneruskan pindaan Akta Perhubungan Perusahaan (APP) tanpa berunding

dengan pihak berkepentingan.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/663922/saravanan-perlu-
pertahankan-hak-pekerja-dan-kesatuan-mtuc

2. beR + ramai beramai

Mesej itu adalah yang terbaru dalam beberapa siri ancaman terhadap golongan minoriti di

New Zealand, menyusuli kes pembunuhan beramai-ramai di masjid oleh suspek radikal kulit

putih pada 15 Mac tahun lalu.

Sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/03/664419/perkauman-makin-
buruk-selepas-tragedi-masjid-christchurch

17 | P a g e

4.2.5 Aktiviti
Arahan: Guru akan mengarahkan pelajar untuk melakukan aktiviti mengenal pasti kata kerja
terbitan yang terdapat dalam lirik lagu.

https://youtu.be/sCk8fnrlXYE

4.2.6 Latihan (Kata kerja terbitan)

Gariskan perkataan yang perlu dibubuh awalan beR-

1. Haris dan Hasnim basikal ke sekolah. ( )

2. Bapa sedang rehat. ( )

3. Anaknya jumlah tiga orang. ( )

4. Datuk saya semakin ansur sihat. ( )
5. Abang saya kereta Proton Saga. ( )

18 | P a g e

4.3 Awalan teR-

Mempunyai dua bentuk, iaitu ter- dan te-. Awalan teR- menjadi ter- apabila bergabung dengan
kata dasar yang bermula dengan apa-apa juga huruf, kecuali dengan kata dasar yang bermula
dengan huruf r.

4.3.1 Formula

teR- ter- + kata dasar yang bermula dengan semua huruf (kecuali r)

teR- te- + kata dasar yang bermula dengan huruf r

4.3.2 Contoh

terduduk
Tetapi apabila diberitahu, Doddy (pengurus Bunga) mengesahkannya, saya terduduk dan
menangis sambil terus teringat kenangan bersama arwah dahulu,” katanya yang mengambil
masa seharian untuk menerima kenyataan Ashraf sudah tiada.

Sumber: https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/02/657005/arwah-ashraf-
adalah-eddy-yang-saya-kenali-nur-fazura

terancang
Permohonan PBB itu dibuat selepas kerajaan India, hari ini meminta Duta Iran ke negara itu
memberi penjelasan mengenai ciapan Twitter Menteri Luar Iran, Javad Zarif, mengutuk
‘keganasan terancang terhadap umat Islam’ dalam rusuhan di Delhi.
Sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/03/661700/india-terus-pertahankan-

undang-undang-kewarganegaraan

19 | P a g e

4.3.3 Aktiviti

Guru mengajak murid-murid belajar imbuhan teR- melalui Youtube.
https://youtu.be/9MW6xvx1_hA
4.3.4 Latihan ( Awalan teR-)

Arahan : Gariskan awalan kata kerja awalan teR-.

1. Ketika ini, larang berkenaan hanya terpakai ke atas penduduk dari bahagian tertentu Korea
Selatan, China dan negara Eropah, dengan kewajipan untuk kuarantin diri selama dua
minggu, membabitkan pengunjung dari AS, China dan Korea Selatan.

Sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/03/671023/covid-19-jepun-larang-
kemasukan-pengunjung-china-eropah

2. Abang mangsa, Muhammad Izuan Zulkifli, 33, berkata ketika kejadian beliau serta tujuh
ahli keluarga tiada di rumah kerana menziarahi keluarga rakan di Rhu Rendang, Marang.
“Bagaimanapun, pada kira-kira 12.30 tengah hari tadi Izzuddin menelefon bertanyakan sama
ada saya ada terambil kuncinya kerana mahu keluar menunaikan solat Jumaat.
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/10/614177/bilal-maut-terjatuh-dari-

tingkat-tiga

3. Adrian yang ditandatangani secara percuma menggantikan tempat Alisson yang
mengalami kecederaan menjadi wira buat The Reds selepas menafikan sepakan penalti
Tammy Abraham sekali gus membolehkan mereka menewaskan Chelsea 5-4 menerusi
sepakan penalti penentuan. Bagaimanapun, buku lalinya bengkak selepas penyokong yang
memasuki kawasan padang meraikan kemenangan mereka, tergelincir dan tersepak buku
lalinya. "Ketika kami meraikan kemenangan, penyokong yang dikejar pihak keselamatan
melompat, tergelincir dan tersepak buku lalinya," kata Klopp.

Sumber: https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/08/596887/adrian-bengkak-buku-
lali

20 | P a g e

4.4 Awalan meN-
Awalan meN- mempunyai enam bentuk iaitu me-, mem-, men-, meng-, meny-, menge-.
Perbezaan bentuk-bentuk ini berlaku kerana pengaruh huruf pertama pada kata dasar yang
menerima awalan meN- tersebut.

4.4.1 Formula

a) Awalan meN- = me- apabila + kata dasar berhuruf l,m,n,r,w,y,ny,ng.

4.4.2 Contoh

"Bagi meyakinkan mangsa, suspek memberikan nombor 'tracking' barang yang dihantar,
namun wanita itu syak ditipu apabila gagal menghubungi penjualnya selepas panggilan ke
nombor berkenaan telah disekat," katanya.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/75863/BERITA/Jenayah/Lagi-ditipu-
penjual-topeng-muka-cecair-pembasmi-kuman-di-FB

Bukan semua perkara yang berlaku di dunia ini kita harus ‘serang’. Berpada-pada dan kena
pada tempatnya. Merak Jalanan juga bukan ahli agama yang boleh mengeluarkan dalil yang
tepat tapi kita semua tahu kerjaya wanita itu adalah menyanyi.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/73453/Pojok/Netizen-Malaysia-usahlah-
serang-Bunga-Citra-Lestari

21 | P a g e

b) Awalan meN- = mem- apabila + kata dasar berhuruf b,p dan kata pinjaman berhuruf f, p, v.

Arsad berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap kesemua individu itu.
Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/76092/KHAS/Koronavirus/Enam-lelaki-
ingkar-PKP-ditahan

Tambahnya lagi, PUNB tetap memproses permohonan bagi pembiayaan baharu dan
penambahan untuk Rakan Usahawan PUNB.

Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/03/670095/punb-tawar-
tangguh-bayaran-pembiayaan-pengecualian-sewa-premis-niaga

Bagi sesetengah kata terbitan, huruf p dan f digugurkan.
meN + fikir – memfikir – memikir
Di seluruh dunia, pemimpin-pemimpin jenuh memikir dan melaksanakan apa sahaja cara
dan kaedah yang dianggap terbaik untuk membendung penularan virus berkenaan.
meN + pandu – mempandu – memandu
Dalam kejadian kira-kira jam 8.35 pagi itu, suspek lelaki tempatan berumur 32 tahun yang
memandu kereta jenis Proton Persona melalui SJR di Kilometer 50, Jalan Tawau-Kunak.
Sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/surat-pembaca/2020/03/667052/henti-dulu-

berpolitik-bersatu-bantu-kerajaan-perangi-virus-maut
Huruf p dan f pada kata dasar biasanya dikekalkan apabila kata dasar itu ialah kata pinjaman,
kata itu mengandungi tiga suku kata atau kata itu dimulai oleh gugus konsonan.
Contoh:
mempamer(kan) (pamer ialah kata pinjaman)
Ahsan-Hendra atau dikenali dengan gelaran 'Daddies' mempamerkan prestasi menakjubkan
apabila hanya tewas tiga perlawanan tahun ini.

Sumber: https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2020/03/670955/misi-besar-ahsan-
hendra

mempeduli(kan) (peduli terdiri daripada tiga suku kata)
“Bagi saya, orang yang tak mempedulikan arahan kerajaan amat mementingkan diri dan
tiada akal.

22 | P a g e

Sumber: https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/03/670622/covid-19-
farahdhiya-tegur-tak-jaga-jarak

memproses (proses terdiri daripada gugus konsonan dan merupakan kata pinjaman)
PUTRAJAYA: Kakitangan Bahagian atau Unit Kewangan atau sumber manusia sektor
swasta, dibenarkan ke tempat kerja bagi menguruskan tugasan menyelaras dan memproses
senarai gaji (payroll) bagi tujuan pembayaran gaji pekerja.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/670935/kakitangan-
kewangan-boleh-ke-pejabat-urus-gaji-pekerja

Terdapat beberapa perkataan yang bermula dengan huruf p yang menerima awalan
mem- dan dianggap kekecualian, seperti

c) meN- menjadi men- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf c,d,

sy, t dan z. Jika dimulai oleh huruf t, biasanya huruf t akan gugur.

Contoh
meN + cari – mencari
KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) perlu dijadikan contoh selepas mereka

berjaya mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menghadapi krisis COVID-19 menerusi

perbincangan terbuka.

Sumber: https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/03/670991/pengorbanan-pemain-
jdt-perlu-dicontohi

meN + datang - mendatang

“Prospek stabil ini mencerminkan jangkaan kami bahawa kedudukan luaran Malaysia yang

kukuh, fleksibiliti monetari dan institusi yang mantap akan terus kekal untuk dua tahun
mendatang,” katanya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/03/669851/defisit-kerajaan-

dijangka-meningkat-41-peratus-sp

meN + tulis – mentulis – menulis

Meghan dibesarkan di Los Angeles dan ibunya, Doria Ragland, masih tinggal di bandar itu.

23 | P a g e

Beliau yang pernah menjadi pelakon mempunyai rangkaian rakan dan kenalan kerja di Los

Angeles, di mana dia kini boleh memulakan semula kerjayanya. Disney mengumumkan pada

Khamis bahawa Meghan akan menulis sebuah filem baharu mengenai keluarga gajah Afrika.

Sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2020/03/670845/covid-19-tidak-

akan-bayar-kos-sekuriti-harry-dan-meghan

meN + zalim(i) – menzalimi

“Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebagai Ketua Agama Islam negeri juga sudah

menitahkan supaya fatwa yang dibuat dahulu tidak sehingga menzalimi anak tidak sah taraf

sekali gus mengaibkan mereka pada masa hadapan.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/655578/anak-tak-sah-taraf-
boleh-di-bin-binti-dengan-99-nama-allah

24 | P a g e

d) meN- menjadi meng- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf
k,g,h,kh dan kata dasar yang bermula dengan huruf a,e,i,o dan u.
Contoh
meN + kawal – mengkawal – mengawal
“Usaha mengawal dan memadam kebakaran sukar dilakukan berikutan kebakaran lapisan
gambut bawah tanah yang sukar dilihat.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/03/670625/kegiatan-
memancing-disyaki-punca-kebakaran-hutan

Apabila meN- bertemu dnegan kata dasar yang bermula dengan huruf k, k itu digugurkan.
Namun, huruf k akan dikekalkan jika kata dasar itu kata pinjaman. Contohnya,
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) mengecam tindakan mengkafirkan
sesama umat Islam atau takfiri yang disifatkan semakin menular dalam masyarakat Melayu
Islam di negara ini.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/650477/amanah-kecam-
mengkafirkan-sesama-islam

25 | P a g e

e) meN- menjadi menge- apabila bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada suku
kata, baik perkataan asli bahasa Melayu ataupun kata pinjaman. Namun, kekecualian berlaku
apabila terdapat kata dasar yang bermula dengan kata pinjaman bermula dengan gugus
konsonan. Contohnya,
meN + cat – mengecat
“Dalam proses menghasilkan lukisan mural ini, suami terlebih dahulu mengecat permukaan
dengan warna putih sebelum saya memulakan lakaran, mengecat dan diakhiri dengan sapuan
cat ‘clear’ supaya tidak mudah luntur disebabkan panas dan hujan,” katanya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/02/658096/mural-jawi-hiasi-
jambatan-kampung-pisang

meN + khas(kan)
Anak kapal itu memaklumkan, penggunaan bahasa Korea bukan disengajakan. Notis
berbahasa Inggeris diberikan selepas aduan daripada penumpang, kata Glass. Jelasnya lagi,
tiada sebarang peraturan dan dasar KLM untuk mengkhaskan tandas untuk anak kapal. –
REUTERS

Sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2020/02/655626/klm-mohon-maaf-
isu-papan-tanda-coronavirus%C2%A0

meN + klip – mengklik
Jika ditandakan, notis akan menutup tweet yang menyinggung perasaan dan memerlukan
pengguna mengklik pautan untuk melihatnya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2019/06/578857/twitter-selindung-
tweet-ahli-politik-langgar-peraturan

26 | P a g e

f) meN- menjadi meny- apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf s dan
huruf s itu digugurkan. Kekecualian berlaku pada perkataan sabit (mensabitkan) dan
sejahtera (mensejahtera(kan)). Contohnya,
meN + sapu – menysapu – menyapu
Namun, selepas memecahkan gelembung berkenaan dan menyapu ubat pada bahagian yang
melecur, ia mula menunjukkan perubahan positif.

Sumber: https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/03/669331/tangan-fazura-
melecur-kena-minyak-panas

Perlu diketahui bahawa kata dasar yang bermula dengan huruf p,t,k,s jika diulang, kata dasar
yang diulang itu akan mempertahankan pengguguran konsonan pertamanya.
Contoh:
Pukul – memukul menjadi memukul-mukul
WANITA tua itu memang tidak menanti saya. Tetapi, sebaik sahaja matanya bertentang
dengan saya, dia melambai dan kemudian memukul-mukul lututnya sambil melepaskan
kata-kata ini dengan nada kuat - "Abdullah datang lagi! Abdullah datang lagi!"

Sumber: https://www.bharian.com.my/node/142320

27 | P a g e

4.4.3 Aktiviti
Guru mengajak murid-murid belajar imbuhan teR- melalui Youtube.
https://youtu.be/evGjSEbnWls

4.4.4 Latihan

Pilih kata kerja transitif yang sesuai

1. Encik Faiz _____________ perahunya yang bocor.

A) memahat C) menampal

B) membina D) menjahit

2. Anggota polis berjaya _______________ sekumpulan pemuda yang sedang menagih dadah.

A) memegang C) melawan

B) memandang D) memberkas

3. Pekerja pelabuhan itu sedang _______________ seguni beras.

A) menggalas C) menjijing

B) memikul D) menjunjung

4. Ibu ______________ meja dengan sehelai kain.

A) membantu C) membuat

B) mengalas D) membina

5. Budak nakal itu _____________ sahaja apabila dimarahi ayahnya.

A) membantu C) menanti

B) menangis D) melawan

28 | P a g e

4.5 Awalan di-
4.5.1 Formula

Awalan di- tidak berubah walaupun bertemu apa-apa juga huruf pada awal kata dasar.

4.5.2 Contohnya

a) di + ambil
"Pendekatan yang sama seharusnya diambil oleh rakan-rakan lain di negeri-negeri dan
persatuan atau kelab yang berkenaan,".

Sumber: https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2020/05/684157/msn-sedia-sop-
atlet-kembali-sertai-latihan-pusat

b) di + olah
Semua program ini wajar diolah semula menggunakan peruntukan kewangan dan sumber
sedia ada, dengan penumpuan khusus kepada isu cabaran yang akan dihadapi oleh belia
pasca pandemik ini.

Sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2020/04/679681/cabaran-strategi-
belia-berdepan-pasca-pandemik

c) di + buang
Azahar berkata, ikan kekek itu dipercayai dibuang nelayan untuk membersihkan pukat di
tengah laut sebelum dihanyutkan ombak ke persisiran dan terdampar di pantai.
“Selalunya ikan-ikan kecil termasuk kekek dijual oleh nelayan pukat hanyut kepada
pengusaha ternakan ikan dalam sangkar sebagai makanan ikan.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/04/675154/ikan-terdampar-
bukan-petanda-bencana

d) di + sapu
"Hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan
perlindungan kulit daripada pancaran sinar matahari ultra ungu (UV) berbahaya dan boleh
meningkatkan risiko kanser kulit manakala Betamethasone valerate boleh menyebabkan
bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi.

29 | P a g e

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/681425/kkm-batal-
notifikasi-3-produk-kosmetik

30 | P a g e
4.5.3 Aktiviti
Guru mengajak murid-murid belajar imbuhan di- melalui Youtube.
https://youtu.be/vP0u3Qc0nb8

4.5.4 Latihan
Isikan tempat kosong dengan imbuhan yang sesuai.
1. Ikan sepat _____________ (gulai) oleh ibu.
2. Surat khabar ____________ (baca) olehnya.
3. Ular itu ____________ (pukul) oleh mereka.
4. Buku itu telah ____________ (bayar) oleh ibu.
5. Ratusan tahanan ini ______________ (kumpulkan) terlebih dahulu untuk diperiksa oleh
pihak berkuasa.

31 | P a g e

4.6 Awalan mempeR-

Awalan mempeR- mempunyai satu bentuk, iaitu memper-. Awalan mempeR- membentuk kata
kerja aktif transitif. Awalan ini berfungsi sebagai pengekal dan pengubah golongan kata.

4.6.1 Formula Awalan mempeR-

mempeR- + kata dasar ( kata adjektif, kata tugas)

4.6.2 Contoh

a) mempeR- + alat (Kata Nama) – memperalat ( kata kerja)
Tiada siapa daripada 47 mangsa tahanan di Penjara Wilayah Beantey Mancheay, Kemboja,
selama 65 hari, pernah menemui secara bersemuka individu yang bertanggungjawab
memperalat mereka sehingga dituduh terbabit dalam kegiatan perjudian atas talian.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/02/531931/ejen-halimunan-
berselindung-di-sebalik-aplikasi-media-sosial

b) mempeR + besar ( Kata Adjektif) – memperbesar ( Kata Kerja)
Jumlah kerugian mungkin lebih besar kerana ada segelintir mangsa penipuan tidak
melaporkan kepada polis kerana angka yang ditipu tidak besar, selain mungkin enggan untuk
memperbesar-besarkan isu ini selepas menyedari ia berlaku kerana ‘kesilapan sendiri’.

Sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/08/597533/tingkat-
kesedaran-elak-jadi-mangsa-macau-scam

c) mempeR + oleh ( Kata Tugas) – memperoleh ( Kata Kerja)
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengucapkan
tahniah kepada seorang pelajar Malaysia, Azhar Ali, 20, kerana berjaya memperoleh
biasiswa daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA)
untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/684124/pm-ucap-tahniah-
kepada-pelajar-malaysia-terima-biasiswa-nasa

32 | P a g e

4.6.3 Aktivti
Guru mengajak murid-murid belajar imbuhan melalui Youtube.
https://youtu.be/uCKZT_3HZpI
4.6.4 Latihan
Isikan tempat kosong dengan imbuhan yang sesuai.
1. Mereka sedang ____________ (luas) padang.
2. Rakyat dilarang _____________ (hamba) kanak-kanak sebagai buruh kasar.
3. Saya ____________ (oleh) seratus peratus markah dalam ujian.
4. _______________ (alat) haiwan untuk kepentingan manusia dianggap sebagai kejahatan.
5. Pihak kerajaan sedang ______________ (lebar) lebuh raya persekutuan untuk
mengurangkan kesesakan lalu lintas.

33 | P a g e

4.7 Awalan dipeR-

Awalan dipeR- membentuk kata kerja pasif diri ketiga daripada kata kerja transitif yang
berawalan mempeR- dalam ayat aktif.

4.7.1 Formula

Awalan dipeR- + Kata Nama / Kata Adjektif / Kata Tugas

4.7.2 Contoh

a) dipeR- + daya ( Kata Nama) – diperdaya (Kata Kerja)
MARAN: Seorang pesara terpaksa menanggung kerugian hampir RM50,000 selepas
diperdaya sindiket Macau Scam yang kononnya mendakwa mangsa mempunyai tunggakan
cukai.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/05/683727/pesara-rugi-hampir-
rm50000-ditipu-macau-scam

b) dipeR- + cepat ( Kata Adjektif) – dipercepat ( Kata Kerja)
“Kerajaan negeri juga akan mempercepat Bayaran Bantuan Am (Peruntukan Kerajaan
Negeri) bulanan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri yang membabitkan 2,895
penerima. “Ini bermakna Bayaran Bantuan Am (Peruntukan Kerajaan Negeri) untuk bulan
April akan dipercepat pembayarannya pada 27 Mac 2020 ini.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/03/666958/covid-19-kerajaan-
pahang-arah-tutup-kedai-mulai-7-malam

c) dipeR- + oleh ( Kata Tugas) – diperoleh (Kata Kerja)
Jasarevic berkata, siasatan yang sedang dijalankan dipercayai menjurus kepada pesakit
dengan simptom awal di Wuhan pada penghujung 2019 selain mendapatkan sampel dari
persekitaran pasar di mana kes pertama membabitkan manusia dikesan.Rekod terperinci

34 | P a g e
mengenai sumber dan spesies hidupan liar serta dan haiwan ternakan yang di jual di pasar
itu turut diperoleh.
Sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2020/05/684147/who-mahu-jemputan-
china-untuk-sertai-siasatan-punca-covid-19

4.7.3 Aktiviti
Guru mengajak murid-murid belajar imbuhan melalui Youtube.
https://youtu.be/W6VxP30xj8k

4.7.4 Latihan
Isikan tempat kosong dengan imbuhan yang sesuai.
1. Gadis-gadis tempatan yang cuba ____________ (alat) sebagai keldai dadah telah berjaya
diselamatkan oleh pihak polis.
2. Seorang warga tua berusia 60 tahun telah ______________ (hamba) oleh anaknya sendiri
sebelum ditinggalkan di tepi jalan.
3. Pihak kerajaan menyeru graduan IPT tempatan ____________ (cepat) bayaran balik
pinjaman PTPTN bagi memudahkan bakal-bakal pelajar lain menikmati kemudahan itu.
4. Hanya dengan membaca akhbar, saya berjaya _______________(oleh) pelbagai maklumat.

35 | P a g e

5.0 Akhiran Kata Kerja

Akhiran kata kerja dalam bahasa Melayu ada dua, iaitu:

i) -kan

ii) -i

5.1.1 Akhiran -kan

Akhiran -kan mempunyai satu bentuk, iaitu -kan. Bantuknya tidak berubah apabila bergabung
dengan kata dasar. Akhiran -kan berfungsi untuk membentuk kata kerja transitif.

5.1.2 Formula

Awalan -kan + kata dasar ( kata nama / kata kerja / kata adjektif / kata tugas)

5.1.3 Contoh

a) buku ( Kata Nama) + -kan – bukukan ( Kata Kerja)

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bukukan 700 kisah usahawan berjaya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/380011/punb-bukukan-700-

kisah-usahawan-berjaya

b) tinggi ( Kata Adjetif) + -kan – tinggikan (Kata Kerja)

Peguam tinggikan suara tak puas hati jawapan dengan jawapan bekas Menteri Pendidikan,

Datuk Seri Mahdzir Khalid pada sesi pemeriksaan balas.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/654588/peguam-tinggikan-suara-

tak-puas-hati-jawapan-mahdzir

c) serta (Kata Tugas) + -kan – sertakan (Kata Kerja)

Sertakan dokumen sokongan jika mahu tukar alamat kad pengenalan. Individu yang mahu

menukar alamat pada kad pengenalan, perlu mengemukakan dokumen sokongan bagi

membuktikan mereka menggunakan alamat baharu itu.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/556714/sertakan-dokumen-
sokongan-jika-mahu-tukar-alamat-kad-pengenalan

36 | P a g e

5.1.4 Aktiviti
Guru mengajak murid-murid belajar imbuhan melalui Youtube.
https://youtu.be/wFM_Vflq9DI

5.1.5 Latihan

Bulatkan jawapan yang betul bagi penggunaan imbuhan akhiran yang betul.

1. Dedaun di halaman rumah telah saya _______________.

A) jahitkan C) letakkan

B) sapukan D) susunkan

2. Tolong _____________ saya Kamus Dewan itu.

A) lakukan C) maafkan

B) tiupkan D) ambilkan

3. Adik _______________ kasut sebelum masuk ke dalam rumah.

A) membaiki C) membuang

B) menanggalkan D) menghadiahkan

4. Seorang pemuda _____________ arah ke rumah Encik Zahari.

A) bertanyakan C) berjalan

B) tanyai D) dapatkan

5. Kakak ___________ adik sebuah basikal.

A) beli C) hadiah

B) belikan D) membeli

37 | P a g e

5.2 Akhiran -i

Akhiran -i mempunyai satu bentuk, iaitu -i. Bentuknya tidak berubah apabila bergabung
dengan kata dasar. Awalan -i berfungsi untuk membentuk kata kerja transitif.

5.2.1 Formula

Awalan -i + kata dasar ( Kata Nama / Kata Kerja / Kata Adjektif / Kata Tugas

5.2.2 Contoh

a) contoh (Kata Nama) + -i – contohi (Kata Kerja)
Doakan dan contohi beliau serta beritahu pada anak kita - jika kita mampu melakukan seperti
beliau satu hati nanti, sedekah adalah untuk saham akhirat.

Sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2020/03/671230/cari-rahmat-di-
sebalik-duka

b) duduki (Kata Kerja) + -i – duduki (Kata Kerja)
“Mereka perlu hubungi klinik berdekatan dengan lokasi yang mereka duduki itu untuk
mendapatkan tarikh temujanji baharu atau pun meneruskan temujanji berkenaan di klinik
kesihatan berdekatan.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/674899/jangan-tangguh-
vaksin-bayi-walau-pkp

c) dalam (Kata Adjektif) + -i – dalami (Kata Kerja)
Malaysia berminat dalami program jet pejuang Korea Selatan. Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad yang mengadakan lawatan ke Korea Aerospace Industries Ltd (KAI),
hari ini menyatakan minat terhadap pembangunan program jet pejuang dari Korea Selatan.
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/631802/malaysia-berminat-

dalami-program-jet-pejuang-korea-selatan

38 | P a g e

d) serta ( Kata Tugas) + -i – sertai (Kata Kerja)
Majlis Sukan Negara (MSN) sedia prosedur operasi standard (SOP) atlet kembali sertai
latihan pusat.

Sumber: https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2020/05/684157/msn-sedia-sop-
atlet-kembali-sertai-latihan-pusat

39 | P a g e
5.2.3 Aktiviti
Guru mengajak murid-murid belajar imbuhan melalui Youtube.
https://youtu.be/wFM_Vflq9DI

5.2.4 Latihan
Isikan tempat kosong dengan imbuhan yang sesuai.
1. ________________ (patuh) undang-undang jalan raya bagi mengelakkan berlakunya
kemalangan jalan raya.
2. Makanan manis perlu kita ______________ (hindar)
3. Kita ______________ ( hormat) guru yang mendidik kita.
4. Kamera digital yang saya ____________ (milik) sudah lama rosak.
5. Kami membuat ______________ (senam) di padang pada setiap hari.

40 | P a g e

5.3 APITAN KATA KERJA
5.3.1 Apitan meN-…..-kan
Apitan meN-…..-kan adalah untuk membentuk kata kerja transitif. Apitan meN-.....-kan hanya
boleh menerima kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata
tugas.

5.3.2 Formula
meN-…..-kan + kata dasar ( kata kerja/kata nama/kata adjektif/ kata tugas)

5.3.3 Contoh

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) sudah mempunyai senarai pengamal perubatan yang
bersedia menjadi sukarelawan untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
mengurangkan risiko doktor ‘keletihan’ sepanjang khidmat menguruskan ke COVID-19
yang semakin meningkat di negara ini.

Sumber: Berita Harian, Penularan COVID-19, March 23, 2020.
Datu DR Zainal Ariffin Omar pula berkata, pesara doktor ini boleh membantu dalam dua
aspek iaitu mengendalikan kes rawatan tidak kritikal seperti darah tinggi dan kencing
manis.

Sumber: Berita Harian, Penularan COVID-19, March 23, 2020.
Justeru, mana-mana pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta bagi
mengurangkan kesesakkan hospital kerajaan yang terpaksa menerima pesakit COVID-19.

Sumber: Berita Harian, Penularan COVID-19, March 23, 2020.

41 | P a g e

5.3.4 Apitan meN-…..-i
Apitan meN-…..-i adalah untuk mmbentuk kata kerja aktif transitif. Apitan meN-…..-i hanya
boleh menerima kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata
tugas.

5.3.5 Formula
meN-…..- i + kata dasar (kata kerja/kata adjektif/kata tugas/kata nama)

5.3.6 Contoh

“ Pihak yang mengetuai PKP ialah polis bukan tentera, maka yang menyatakan tentera ahli
tugas polis tidak betul manakala dari segi tangkapan polis ada kuasa, bukan, ATM, janji
tidak perlu bimbang” katanya.

Sumber: Berita Harian, Penularan COVID-19, March 23, 2020.
Pelajar yang sedang mengikuti Latihan Industri atau Work Based Learning di industri
ditangguh mula 18-31 Mac 2020 kecuali bagi industri penyedia perkhidmatan penting
negara.

Sumber: Berita Harian, PKP kementerian dalam negeri, March 23, 2020.
"Ketika ini bukan masa untuk berjauh hati dengan sukan ini, masa inilah mengingati
mengapa anda jatuh cinta dengan sukan ini.”

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/2020/05/573997/pemain-remaja-tak-perlu-
merajuk-rashford

42 | P a g e
5.4 Apitan beR-…..-kan
Apitan beR-…..-kan adalah untuk membentuk kata kerja aktif tak transitif. Apitan ini hanya
boleh bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama dan kata kerja. Apitan
beR…kan bersifat pengekal dan pengubah golongan kata.
5.4.1 Formula
beR-…..-kan + kata dasar (kata nama/ kata kerja)
5.4.2 Contoh

Terletak bersebelahan rel keretapi di Jalan Tampoi, Johor Baharu dengan keluasan 0,0486
hektar hab komersial itu berkonsepkan pasar raya besar.”

Sumber: Berita Harian, Johor pengeluar nanas negara, March 23, 2020.
“Mereka berjalan berpandukan cahaya bulan untuk jalan keluar dari hutan,” kata remaja
yang sesat di hutan.

Sumber ; Berita Harian, Sukan, April 17, 2018.
“Pengembara itu tidur hanya bertilamkan rumput pada setiap malam sepanjang
pengembaraannya,” ketika ditemu bual.

Sumber: Berita Harian, Sukan, April 17, 2018.

5.5 Apitan beR-…an
Apitan beR-…an untuk membentuk kata kerja tak transitif. Apitan ini dapat bergabung dengan
kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata kerja, dan kata adjektif.
5.5.1 Formula
beR-…..-an + kata dasar ( kata nama/ kata kerja/ kata adjektif)

43 | P a g e

5.5.2 Contoh :

Aduan berkaitan boleh dilaporkan terus kepada PDRM atau Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM)

Sumber: Berita Harian, Penularan COVID-19, March 23, 2020.
Datuk Madius yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah menegaskan isu berkenaan di
Sabah sangat jelas sekiranya dinilai dari segi peningkatan penduduk yang mendadak dan
tidak masuk akal.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/574021/sokong-petisyen-tukar-
mykad

Kelebihan belajar secara berkumpulan dapat mengeratkan hubungan kita dengan rakan-
rakan kita.

Sumber: Berita Harian, Akademik, March 23, 2019.

5.5.3 Apitan di…kan
Apitan di-…kan membentuk kata kerja pasif. Awalan di- pada perkatan yang berapitan di-…-
kan merupakan penanda pasif diri ketiga.

5.5.4 Formula
di-…..-kan + kata dasar (kata kerja/ kata adjektif/ kata nama/ kata tugas)

44 | P a g e

5.5.5 Contoh

Enam daerah direkodkan mempunyai lebih 40 kes, iaitu Petaling Jaya dengan (96), Hulu
Langat (75), Johor Baharu (52), Seremban (42) dan Titiwangsa (41).

Sumber: Berita Harian, Penularan COVID-19, March 23, 2020.
Berdasarkan siasatan awal, katanya 74 dilaporkan dan 123 kes baharu dilaporkan itu
berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Sumber: Berita Harian, Penularan COVID-19, March 23, 2020.

5.6 Apitan di-…-i
Apitan di-…i untuk membentuk kata kerja pasif. Awalan di- pada kata yang berapitan di-…-i
menyatakan makna perbuatan pasif yang dilakukan oleh orang ketiga.
5.6.1 Formula
di-…..-i + kata dasar ( kata kerja/ kata tugas/ kata adjektif/ kata tugas)
5.6.2 Contoh :
“Kita khuatir ada produk dihual sebenanya recycle (kitar semula) dan ada yang tidak
diketahui mana punca berkalannya, kita sedang siasat perkara itu” katanya ketika
dihubungi BH, semalam.

Sumber: Berita Harian, Penularan COVID-19, March 23, 2020.
Langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan kuih baulu ini disukai ramai dengan
mempelbagaikan perisa seperti baulu perisa pandan dan diperomosikan di kantin sekolah.

Sumber: Berita Harian, Juadah makanan, March 23, 2020.

45 | P a g e

Sekiranya pas tamat tempoh semasa PKP dan pememgang pas berada di luar negara, mereka
dibenarkan kembali semula ke ngara ini dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini
berakhir dan dikehendaki memperbaharui pas dalam tempoh 30 hari dari tamat masuk ke
Malaysia.

Sumber: Berita Harian, PKP kementerian dalam negeri, March 23, 2020.

5.7 Apitan mempeR-…kan
Apitan mempeR-…..-kan dibentuk dengan mengimbuhan awlan mempeR-…-kan pada sesuatu
kata. Apitan mempeR-…..-kan berfungsi untuk membentuk kata kerja aktif transitif. Oleh itu
kata kerja berapitan mempeR-…..-kan perlu diikuti dengan objek. Apitan mempeR-…..-kan
dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama dan kata kerja. Apitan
mempeR-…..-kan membawa maksud menyebabakan atau menjadikan.

5.7.1 Formula
mempeR-…..-kan + kata dasar ( kata nama/ kata kerja)

5.7.2 Contoh

Contoh 1 :
Ia bergantung pada tugas-tugas yang akan datang jika ada tempat diperlukan untuk
diperbesarkan kawasan jagaan, kami akan memperkasarkan dan tambah mengikut
keperluan keadaan.

Sumber: Berita Harian, Penularan COVID-19, March 23, 2020, 4.

46 | P a g e
Contoh 2 :
KPDNHEP juga memperketatkan kawalan pengeluaran untuk empat kilang pembuatan
topeng muka dalam negara dan memastikan dalam negara dan tidak dieksport dalam negara
buat masa ini.

Sumber: Berita Harian, Penularan COVID-19, March 23, 2020, 12.

Contoh 3 :
Pihak industri boleh mempertimbangkan kelulusan cuti kepada pelajar atas persetujuan
pihak industri terbabit.

Sumber: Berita Harian, Penularan COVID-19, March 23, 2020, 12.

5.8 Apitan mempeR-.…i
Apitan mempeR-…..-i membawa maksud memperolehi. Apitan mempeR-…..-i membentuk
kata kerja transitif. Apitan mempeR-….-i dpat bergabung dengan kata dasar yang terdiri
daripada kata nama dan kata kerja.
5.8.1 Formula
mempeR-…..- i + kata dasar ( kata nama/ kata kerja)
5.8.2 Contoh :
Sekiranya berhasrat pulang ke ngara asal, dibenarkan keluar melalui pintu masuk atau keluar
tanpa perlu memperbaharuhi pas.

47 | P a g e

Sumber: Berita Harian, PKP kementerian dalam negeri, March 23, 2020.

Sekiranya pas tamat tempoh semasa PKP dan pememgang pas berada di luar negara, mereka
dibenarkan kembali semula ke ngara ini dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini
berakhir dan dikehendaki memperbaharui pas dalam tempoh 30 hari dari tamat masuk ke
Malaysia.

Sumber: Berita Harian, PKP kementerian dalam negeri, March 23, 2020.
Beberapa orang pelajar dari sekolah pedalaman telah memperolehi keputusan yang
cermerlang dalam SPM.

Sumber: Berita Harian, Akademik, March 23, 2019.

5.9 Apitan ke-…-an
Apitan ke-…..-an membawa maksud kesan. Apitan ke-…..-an membentuk kara kerja pasif.
Apitan ke-…..-an dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri dariada kata nama, kata kerja
dan kata adjektif.

5.9.1 Formula
ke-…..-an + kata dasar ( kata nama/ kata kerja/ kata adjektif)

5.9.2 Contoh :

Ia bergantung pada tugas-tugas yang akan datang jika ada tempat diperlukan untuk
diperbesarkan kawasan jagaan, kami akan memperkasarkan dan tambah mengikut
keperluan keadaan.

Sumber: Berita Harian, Johor pengeluar nanas negara, March 23, 2020.

48 | P a g e

"Semasa saya di akademi, saya kerap ke taman dan menetapkan sasaran supaya dapat
mempraktikkan ketepatan sepakan, jadi lebih kreatif”.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/2020/05/573997/pemain-remaja-tak-perlu-
merajuk-rashford

"Saya tahu anda hanya mahu beraksi kerana saya juga sama tetapi keputusan berbeza telah
dibuat demi melindungi semua orang yang terlibat. Ia lebih penting daripada bola sepak.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/2020/05/573997/pemain-remaja-tak-perlu-
merajuk-rashford

5.10 Apitan dipeR-…..-kan

Apitan dipeR-…kan membentuk kaya kerja pasif. Awalan di- pada kata yang berapitan
dipeR…kan merupakan penanda pasif diri ketiga. Apitan dipeR-…kan dapat digabung dengan
kata dasar daripada kata nama dan kata kerja.

5.10.1 Formula

dipeR-…..-kan + kata dasar ( kata nama/ kata kerja)

5.10.2 Contoh

Ia bergantung pada tugas-tugas yang akan datang jika ada tempat diperlukan untuk
diperbesarkan kawasan jagaan, kami akan memperkasarkan dan tambah mengikut
keperluan keadaan.

Sumber: Berita Harian, Johor pengeluar nanas negara, March 23, 2020.
Sultan Johor, Dultan Ibrahim Iskandar mencemar duli memasak sukun goring sambil
diperhatikan pemilik gerai.

Sumber: Berita Harian, Sultan Ibrahim sentiasa dikashi rakyat, March 23, 2020.

49 | P a g e

KESEDARAN rakyat mengenai Covid-19 perlu diperkasakan lagi susulan langkah
kerajaan membuka semula hampir 100 peratus sektor ekonomi menerusi Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB), bermula esok.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/574017/kesedaran-berhubung-
covid-19-perlu-diperkasakan

5.11 Apitan dipeR-…..- i
Apitan dipeR-…..- i membawa maksud dijadikan. Apitan dipeR-….-i membentuk kata kerja
pasif awalan di- pada kata yang berapitan dipeR…..- i merupakan penanda pasif diri ketiga.

5.11.1 Formula
dipeR-…..- i + kata dasar ( kata nama/kata kerja)

5.11.2 Contoh

Nanas diperakui pakar pemakanan dan pengamal perubatan sebagai buah berkhasiat tinggi
untuk kesihatan tubuh badan.

Sumber: Berita Harian, Johor pengeluar nanas negara, March 23, 2020.
23 Mac 2020 yang diperlukan untuk operasi harian kumpulan British American Tobacca
Malaysia, maka dengan ini diperbaharui berdasarkan syarat yang telah ditetapkan.

Sumber: Berita Harian, British Amarican Tobacca, March 23, 2020.
Menurut Nor Ifaan, alternatif pengeluar bekalan air dalam tanah untuk memenuhi
permintaan air yang semakin meningkat boleh menjadi cara lebih murah dan lebih
dipercayai bagi memenuhi keperluan air.

Sumber: Berita Harian, Tekad membawa Ranhill SAJ, March 23, 2020.

50 | P a g e
5.11.3 AKTIVITI
1. Pelajar perlu mencari 10 apitan beR-……-kan dan beR-……an yang ada di dalam kelas.
2. Pelajar perlu menulis lima jenis apitan dan minta rakan untuk membina ayat berdasarkan
apitan yang diberikan.
5.11.4 LATIHAN KATA TERBITAN
Bina ayat berdasarkan apitan imbuhan yang berikut:
1. meN-.…..-kan

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
2. meN-.…..-i
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
3. beR-…..-kan
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
4. beR-…..-an
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
5. di-……-kan
_________________________________________________________________________


Click to View FlipBook Version