The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jesleanonoh, 2020-05-13 11:51:54

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI: KATA KERJA

FINAL EBOOK

Keywords: TATABAHASA: KATA KERJA

51 | P a g e
_________________________________________________________________________

6. di-……-i
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

7. meM-……-kan
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

8. meM-……-i
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

9. ke-…..-an
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

10. dipeR-……-kan
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

52 | P a g e

6.0 KATA KERJA MAJMUK

6.1.1 DEFINISI

Kata Kerja Majmuk terhasil daripada gabungan sekurang-kurangnya dua morfem bebas yang
membentuk satu makna khusus.

6.1.2 FORMULA

KKM + AWALAN

KN + IMBUHAN

6.1.3 CONTOH

CONTOH 1
“Untuk menampung perbelanjaan keluarga, kami sekeluarga bergantung hasil perniagaan mi
yang diambil alih kakak selepas ibu sakit.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/akademia/2020/03/554968/tingkat-potensi-pelajar-
miskin

CONTOH 2
“Kewujudan program ini memupuk semangat kerjasama antara mahasiswa dengan penuh
bertanggungjawab untuk memimpin dalam pembahagian tugas,” katanya.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/akademia/2020/02/540890/pupuk-semangat-
kerjasama

CONTOH 3

"Selain dua sekolah ini, kita juga telah kenal pasti dua lagi lokasi iaitu di Rungkup yang
berpotensi dibangunkan bagi tujuan sama, namun belum bercadang untuk melaksanakannya
lagi," katanya.

53 | P a g e

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/70723/EDISI/Perak/Semesti-sekolah-
pertama-guna-telaga-tiub-teknologi-nano

6.1.4 AKTIVITI
1. Bina ayat daripada kata kerja majmuk yang terdapat dalam Jadual 6.1.4 dengan betul
mengikut konteks yang sesuai.

Jadual 6.1.4

6.1.5 LATIHAN
Soalan 1 hingga 5. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan
iaitu A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.
1. Analisis penyataan yang kurang tepat tentang kata kerja majmuk yang diberikan (TB -Aras
Analisis)

A. Kata kerja majmuk terdiri daripada rangkaian dua morfem bebas sahaja.
B. Kebanyakkan kata kerja majmuk terdiri daripada rangkaian kata bebas.
C. Hanya satu perkataan kata kerja majmuk yang dieja bercantum iaitu beritahu.

54 | P a g e
D. Bentuk kata kerja majmuk dibahagikan kepada dua jenis iaitu bentuk yang
ditulis berpisah dan bentuk yang telah mantap penulisannya.

2. Perkataan yang manakah menggunakan penggunaan kata kerja majmuk dengan betul (TB –
Aras Analisis)

I. Beritahu
II. Kenalpasti
III. Kemas kini
IV. Tanggungjawab

A. I dan II
B. I, II dan III
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang disediakan bagi soalan 3 hingga 5.
3. Melalui konsep e-dagang, masa kerja dan ____________ menjadi lebih fleksibel, boleh
memiliki pertubuhan, pejabat maya, atau hanya beroperasi di rumah.
A. urus niaga
B. berurus niaga
C. mengurusniaga
D. mengurusniagakan

55 | P a g e
4. Warna-warni masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, hormat-menghormati dan
_____________ di bawah satu payung yang sama menjadi lambang keharmonian negara kita.

A. satu padu
B. bersatu padu
C. menyatupadu
D. menyatupadukan
5. Doktor veterinar ____________ mengawal dan merawat penyakit haiwan, memastikan
makanan yang sesuai untuk haiwan ternakan, merancang dan menjalankan kerja pemeliharaan
dan pembaikan mutu haiwan ternakan, menguatkuasakan undang-undang mengimport haiwan,
dan mengawasi pusat-pusat kuarantin haiwan.
A. kerjasama
B. bekerja sama
C. tanggungjawab
D. Bertanggungjawab

56 | P a g e

6.2 KATA KERJA GANDA
Kata kerja ganda ialah kata kerja yang terbentuk daripada kata yang diulang atau digandakan
sebahagian atau keseluruhannya. Kata kerja ganda terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

I. Kata ganda penuh
II. Kata ganda separa
III. Kata ganda berentak
PENGGANDAAN PENUH KATA KERJA
6.2.1 DEFINISI
Penggandaan penuh kata kerja ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar.
6.2.2 FORMULA
6.2.3 CONTOH
CONTOH 1
SERAMAI 91 orang pelajar lelaki dan perempuan Sekolah Menengah Agama (SMA)
Kerajaan Johor dekat Kluang, diberikan rawatan kecemasan selepas mengadu sakit perut
dan muntah-muntah ketika sesi pembelajaran kira-kira jam 10 pagi tadi.
Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/01/534861/91-pelajar-sma-kerajaan-

johor-dikejar-ke-hospital
CONTOH 2
Berhenti lakukan aktiviti sebaik menyedari tanda-tanda ini: Batuk-batuk, lelah, tidak
mampu bercakap atau dada berasa ketat. Cepat ambil pam pelegaan sebelum simptom
menjadi lebih buruk.

57 | P a g e

Sumber: https://www.hmetro.com.my/sihat/2018/02/313788/berlari-bantu-kawal-asma
CONTOH 3
Kehidupan di bendang membawa erti penting kepada masyarakat yang hidup dalam zaman
berkenaan, malah pemilikannya menjadi lambang sosial yang besar seperti dipegang
hartawan ketika ini.
Tuk Kiah, ibu kepada Tijah, turut menyebut: “Soal bendang bukan soal main-main.
Bendang adalah soal hidup dan mati. Dengan bendang seseorang itu membentuk masa
depannya.”
Sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2019/01/521307/sawah-masa-depan-

anak-kedah-dalam-lembah-kencana

6.3 PENGGANDAAN SEPARA KATA KERJA
6.3.1 DEFINISI
Penggandaan separa merupakan satu proses pengulangan sebahagian daripada kata dasar.
6.3.2 FORMULA
6.3.3 CONTOH

CONTOH 1
Menurut Ahmad Fadzli melalui pertubuhan itu pihaknya berharap dapat meningkatkan
kesedaran masyarakat kenapa kita perlu saling bantu-membantu.

58 | P a g e

Sumber: https://www.hmetro.com.my/WM/2020/01/533095/ringan-beban-800-kanak-
kanak

CONTOH 2
Semakin sukar dilihat situasi kanak-kanak pada usia sekitar empat tahun ke atas keluar
bermain pada waktu petang atau hujung minggu dengan jiran berhampiran rumah atau
mengayuh basikal bersama-sama kerana rata-ratanya memilih menghabiskan masa
menghadap gajet, menonton televisyen atau keluar membeli-belah bersama keluarga.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/hati/2019/04/442584/ajar-anak-bermasyarakat
CONTOH 3
Tiada yang menghalang atau mengadu ketidakselesaan mereka. Malahan mereka tertanya-
tanya bagaimana umat Islam dapat bekerja dan menjalani aktiviti seharian seperti biasa
sambil berpuasa.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/nuansa/2020/04/572454/kongsi-nikmat-berbuka

59 | P a g e

6.4 PENGGANDAAN BERENTAK KATA KERJA
6.4.1 DEFINISI
Penggandaan berentak ialah proses menggandakan kata dasar mengikut pengulangan bunyi
tertentu dalam kata dasar.
Terdapat tiga jenis penggandaan berentak kata kerja iaitu

I. Penggandaan berentak persamaan bunyi konsonan
II. Penggandaan berentak persamaan bunyi vokal
III. Penggandaan berentak bebas
6.4.2 FORMULA
6.4.3 CONTOH
CONTOH 1
I. Penggandaan berentak persamaan bunyi konsonan
Kami ingatkan hanya beberapa ekor namun jangkaan kami silap apabila lebih 30 obor-obor
yang masih hidup ditemui terdampar di pantai. Syukur tiada pengunjung yang mandi-manda
atau bermain di tepi pantai ketika itu.
Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/02/546564/obor-obor-predator-masih-

ada-metrotv
CONTOH 2
II. Penggandaan berentak persamaan bunyi vokal

60 | P a g e
"Setiap pelajar dihadkan untuk mengambil makanan sehari sekali dan mereka boleh
mengumpul mata semula dengan amalan baik seperti gotong-royong dan membantu rakan-
rakan di sekolah," katanya.
Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/02/543511/ganjaran-buat-baik-dapat-
makanan
CONTOH 3
III. Penggandaan berentak bebas
Kos ulang-alik ke hospital mencecah lebih RM1,000 sebulan, namun kami difahamkan tiada
ubat khusus untuk Myokymia.
Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/01/531338/anak-saya-bukan-bahan-
uji-kaji-metrotv

6.5 MAKNA BENTUK PENGGANDAAN
6.5.1 DEFINISI
Gandaan pada kata kerja membawa maksud kepada beberapa perkara iaitu:

I. Perbuatan yang berulang-rulang
II. Perbuatan berpanjangan
III. Perbuatan yang bersunguh-sungguh
IV. Perbuatan yang saling berbalasan

6.5.2 FORMULA
6.5.3 CONTOH

61 | P a g e

CONTOH 1

I. Perbuatan yang berulang-rulang
BIARPUN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan, namun bukan halangan
buat seorang anak berulang-alik untuk menjenguk ibunya yang mengidap penyakit
Parkinson setiap hari.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/566439/janji-kebajikan-ibu-terjaga

CONTOH 2
II. Perbuatan berpanjangan

Penulis menanti-nanti siaran langsung itu. Kira-kira 10 pagi, juruhebah mengumumkan
dengan kata-kata lebih kurang begini: “Dengan ini kami membawa para pendengar ke pusat
kawalan NASA di Houston, Texas untuk mendengar siaran langsung pelancaran Apollo 11
di Cape Kennedy, Florida”.

Sumber: https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/07/587138/armstrong-turut-pacak-
bendera-malaysia-di-bulan

CONTOH 3

III. Perbuatan yang bersungguh-sungguh

Media sosial juga sudah menjadi medan memporak-perandakan keharmonian masyarakat
dengan mencetuskan sesuatu isu berbaur perkauman dan penghinaan terhadap agama lain.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/addin/2019/04/442645/hargai-keharmonian

CONTOH 4
IV. Perbuatan yang saling berbalasan

62 | P a g e
“Memang rasa sedih apabila tidak dapat rasa pulang ke kampung apatah lagi bersalam-
salaman dengan ibu ayah, keluarga serta sanak saudara. Tetapi dengan dengan adanya
teknologi memudahkan capaian bagi menghubungi insan tersayang bagi menghilangkan
rasa sedih.”
Sumber: https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/lain-
lain/2019/06/577991/kemeriahan-sambut-syawal-di-illinois-dirasai

6.5.4 AKTIVITI
1. Berdasarkan Jadual 6.5.4 yang diberikan, kenal pasti setiap kata kerja ganda dan bina ayat
berdasarkan gambar dan kata kerja ganda yang diberi.

Gotong-royong

Mandi-manda

Muntah-muntah

63 | P a g e
Tersenyum-senyum
Bersalam-salaman

Jadual 6.5.4

64 | P a g e

6.5.5 LATIHAN

Soalan 1 hingga 5. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan
iaitu A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

1. Kata kerja ganda terdiri daripada...

I. Kata ganda penuh

II. Kata ganda berentak

III. Kata ganda bebas

IV. Kata ganda separa

A. I dan II

B. II dan III

C. I, II dan IV

D. I, II, III dan IV

2. Antara yang berikut, padanan manakah yang paling tepat

Makna bentuk penggandaan Contoh

A. Perbuatan yang berulang Bercerai-berai

B. Perbuatan berpanjangan Tersenyum-senyum

C. Perbuatan yang bersungguh Menanya-nanya

D. Perbuatan yang saling berbalas Melambai-lambai

65 | P a g e
Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang disediakan bagi soalan 3 hingga 5.
3. Pak Ali __________ kepalanya yang tidak gatal itu.

A. digaru-garukan
B. menggosok-gosokkan
C. menggeleng-gelengkan
D. menggaru-garukan
4. Mata Sarah ___________ melihat artis yang sangat diminatinya itu berada di depan mata.
A. digaruk-garukkan
B. menggosok-gosokkan
C. terkebil-kebil
D. tercengang-cengang
5. Setiap kereta yang __________ di Jalan Bintang tentu akan terpandang rumah banglo
yang menyeramkan itu.
A. ulang-alik
B. lalu-lalang
C. mundar-mandir
D. bolak-balik

66 | P a g e

SKEMA JAWAPAN
2.5.1 KATA KERJA AKTIF

i. menghidangkan makanan
Ibu menghidangkan makanan itu kepada tetamu yang datang

ii. berdiri
Semua orang berdiri tegak apabila menyanyikan lagu Negaraku.

iii. mencuci pakaian
Saya mencuci pakaian kotor yang belum berbasuh pagi tadi.

iv. menangis
Adik menangis ketika mendengar bunyi guruh.

v. tidur
Ramli tidur kerana kepenatan.

vi. beralaskan lengan
Ibu tidur beralaskan lengan.

2.5.2
1. menidur / ( KKT)
2. terjatuh / (KKTT)
3. mengisi / (KKT)
4. D
5. D
6. B

67 | P a g e

3.2.1 KATA KERJA PASIF
i. tergambarkan

Kesakitannya tidak tergambarkan oleh saya.

ii. dibenarkan
Pesakit itu belum dibenarkan untuk keluar daripada wad.

iii. kesejukan
Lelaki itu kesejukan di luar rumah.

iv. berbasuh
Pakaian kotor itu belum berbasuh.

v. terbuka
Jendela rumahnya masih terbuka.

vi. terpenuhi
Permintaannya tidak terpenuhi oleh saya.

3.2.2
1. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri kecil
itu. (Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan untuk membantu pengusaha industri kecil
itu.)
2. Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu akan mengadakan mesyuarat
tergempar. (Mesyuarat tergempar akan diadakan di sekolah itu oleh Persatuan Ibu bapa dan
Guru (PIBG).
3. Beberapa kilang yang beroperasi di sepanjang sungai itu telah membuang sisa toksik
ke dalam sungai untuk menjimatkan kos operasi mereka. (Sisa toksik telah dibuang ke dalam
sungai oleh beberapa kilang yang beroperasi di sepanjang sungai itu untuk menjimatkan kos
operasi mereka).
4. Ahmad menendang bola itu ke pintu gol. (Bola itu ditendang oleh Ahmad ke pintu gol).
5. Kita seharusnya memperkemas diri kita dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran agar
dapat bersaing dengan bangsa lain. (Ilmu pengetahuan dan kemahiran harus kita perkemaskan
agar diri kita dapat bersaing dengan bangsa lain).

68 | P a g e

4.1.4 KATA KERJA TERBITAN

1.A 3.A 5.B

2.D 4.B

4.2.6

1.basikal 3.jumlah 5.kereta

2.rehat 4.ansur

4.4.4

1.terpakai 3.tergelincir / tersepak

2.terambil

4.5.4

1.C 3.B 5.B

2.D 4.B

4.6.4

1.digulai 3.dibaca 5.dikumpulkan

2.dibaca 4.dipukul

4.7.4

1.memperluas 3.memperoleh 5.memperlebar

2.memperhamba 4.memperalat

4.7.4

1. diperalat 3. mempercepat

2. diperhamba 4. memperoleh

5.1.5

1.B 3.B 5.B

2.D 4.A

5.2.4

1.patuhi 3.hormati 5.senaman

2.hindari 4.miliki

69 | P a g e

5.11.14 APITAN KATA KERJA
1. Pengeluaran produk baru tempatan dapat meningatkan permintaan dari luar negara.
2. Kementerian kesihatan perlu menangani wabak penyakit COVID-19 dengan segera agar
tidak menimbulkan kerisaun kepada masyarakat.
3. Perjalanan mereka berpandukan peta untuk sampai ke destinasi.
4. Guru mengarahkan semua pelajar berkumpulan semasa cuti sekolah.
5. Hadiah itu diberikan kepada pemenang yang tidak sempat hadir ke majlis.
6. Masakan Puan Hasnah sangat disukai oleh anak-anaknya.
7. Pihak berkuasa memberikan sumbang kepada golongan yang memerlukan.
8. Ali mempunyai dua orang adik perempuan dan satu orang adik lelaki.
9. Keadaan pesakit itu semakin pulih setelah diberikan rawatan.
10. Buah pisang diperakui pakar makanan dapat memberi khasiat yang baik.
6.1.5 KATA KERJA MAJMUK
1.A 3.A 5.D
2.C 4.B
6.6.5 KATA KERJA GANDA
1.C 3.D 5.B
2.B 4.C

70 | P a g e

RUJUKAN

Ahmad Khair Mohd Nor. (2019). Teks Lengkap Tatabahasa Bahasa Melayu STPM Edisi
Baharu. Pustaka Salam, Selangor Sdn. Bhd.

Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj. Sabran, Nawi Ismail & Ton Ibrahim. (2014).
Tatabahasa Asas Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Amir Juhairi & Noor Zila Md. Yusof. (2012). Pengajian Tatabahasa Melayu di IPG. Diperoleh
daripada:
https://books.google.com.my/books?id=xAUgBQAAQBAJ&source=gbs_navlinks_s

Amir Abd Hamid, "Kesedaran berhunbung COVID-19 perlu diperkasakan," MyMetro,
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/574017/kesedaran-berhubung-covid-
19-perlu-diperkasakan.

Berita Harian, “Penularan COVID-19, March 23, 2020.

Inawi Ismail, Mohd Sis Mohd Yatim, Raminah Hj Sabran, Wahida Abdul Wahid, Zulkarnain
Fararihin Abdullah. (2017). Pendekatan Efektif Memahami Tatabahasa Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Ilmu Bakti Sdn Bhd

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Bahasa Melayu Tingkatan 1. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan pustaka. Diperoleh daripada: https://gurubesar.my/wp-
content/uploads/2019/02/BAHASA-MELAYU-TINGKATAN-1.pdf

MyMetro, "Pemain tidak perlu "Merajuk", March 3, 2020, xx,
https://www.hmetro.com.my/arena/2020/05/573997/pemain-remaja-tak-perlu-
merajuk-rashford.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.


Click to View FlipBook Version