BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENGENALAN On-The-Job Training (OJT)
On-The-Job Training (OJT) yang berkuatkuasa pada 2015 adalah
satu syarat wajib bagi pelajar program Diploma Vokasional Malaysia (DVM)
di semua Kolej Vokasional, ILKA dan ILKS. OJT diperkenalkan untuk
memperkasa kompetensi yang sedia ada di samping memberi peluang
kepada pelajar untuk menimba pengalaman dalam dunia pekerjaan sebenar
supaya dapat mempertingkatkan kebolehpercayaannya.
Sepanjang menjalani OJT ini, pelajar akan berhadapan pelbagai
pengalaman dan kemahiran yang baru. Oleh itu, pelajar perlu menyiapkan
diri dari segi mental dan fizikal untuk menjalani latihan industri ini sehingga
tamat tempoh yang ditetapkan. Selain itu, pelajar akan dapat membina
keyakinan diri dan potensi diri untuk menjadi seorang yang lebih berani dan
tabah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pekerja di samping dapat
menimba ilmu pengetahuan dan juga pengalaman yang baharu.
Di samping itu juga, pelajar diterapkan dengan etika kerja yang
tinggi dan menjadikan diri seorang yang disiplin dalam menjalankan latihan
industri. Pelajar juga perlu membuat laporan harian bagi setiap tugas yang
dilakukan dan akan disemak oleh Penyelia Organisasi pada setiap minggu.
1
Selain itu, pensyarah daripada kolej akan memantau para pelajar yang
menjalani OJT pada hari yang ditetapkan. Pensyarah yang memantau akan
melihat prestasi kerja yang pelajar lakukan dalam organisasi serta disiplin
pelajar.
Hasil daripada On-The-Job Training (OJT) ini, Kolej Vokasional
(ERT) Azizah akan dapat melahirkan para graduan yang berkualiti serta
berkemahiran bagi melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi atau
terus melangkah kea lam pekerjaan seiring dengan matlamat kerajaan untuk
menghasilkan anak didik yang lebih bermutu dan juga berkualiti disamping
tenaga kerja yang berkemahiran.
1.2 SKOP On-The-Job Training (OJT)
Setiap perancangan program harus dirangka mengikut skop latihan
berpandukan kepada kurikulum program akademik dan vokasional untuk
memudahkan industri/organisasi luar merangka rancangan latihan pelajar.
1.3 OBJEKTIF On-The-Job Training (OJT)
On-The-Job-Training (OJT) ini adalah bertujuan bagi membolehkan para
pelajar mempraktikkan apa yang dipelajarinya secara teori mahupun amali
sepanjang berada di Kolej Vokasional dan mengaplikasikan secara praktikal
semasa menjalani OJT. Selepas selesai menjalani OJT, pelajar dapat:
a) Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di
tempat kerja.
b) Berkomunikasi secara berkesan dan menambahbaik kemahiran
berinteraksi.
c) Mengamalkan kerja berpasukan.
d) Meningkatkan tahap profesionalisme dan beretika dalam mematuhi
dasar-dasar, prosedur dan kaedah-kaedah di dalam organisasi.
2
e) Menerangkan tugas-tugas yang diberikan dalam tempoh OJT
mengikut format yang ditetapkan.
1.4 KEPENTINGAN On-The-Job Training (OJT)
Ketika menjalani OJT selama empat bulan, pelajar bukan sahaja
didedahkan kepada alam pekerjaan tetapi juga dapat mempraktikkan segala
teori dan amali yang dipelajari di Kolej Vokasional. Semua di Kolej
Vokasional, pelajar didedahkan secara am dan amali tetapi dengan
menjalani OJT ini juga pelajar dapat mendedahkan para pelajar tentang
suasana alam pekerjaan yang sebenar. Pelajar juga memperoleh pelbagai
faedah dari On-The-Job Training (OJT) antaranya adalah mendedahkan para
pelajar tentang kepentingan pengurusan masa dalam setiap pekerjaan yang
dilakukan. Ia amat penting untuk menanam sikap pandai mengurus masa
dalam diri para pelajar supaya segala tugas yang diberikan dapat disiapkan
dalam tempoh yang ditetapkan.
Dalam pada itu dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk
berinteraksi dengan pekerja-pekerja dalam organisasi atau masyarakat. Ia
dapat mendidik para pelajar cara-cara berkomunikasi yang baik dan
bersesuaian dengan situasi sama ada dengan ketua, kakitangan ataupun
pelanggan yang wujud di persekitaran tempat pelajar bekerja. Kebanyakan
organisasi yang mahu mengambil pekerja baru juga memerlukan pekerja
yang sudah berpengalaman bekerja, setidak-tidaknya para pelajar Kolej
Vokasional sudah mempunyai pengalaman bekerja semasa menjalani latihan
industri.
Dengan menggunakan pengalaman menjalani latihan di organisasi
selama empat bulan, para pelajar dapat mempelajari serba sedikit tentang
alam pekerjaan dan dapat mengawal situasi jika berada di pejabat atau
lokasi bekerja satu hari kelak. Di samping itu juga, para pelajar tidak lagi
merasa kekok dan janggal apabila mereka melangkah kea lam pekerjaan
yang sebenar di samping dapat menilai keupayaan diri sendiri sama ada
3
boleh menempuhi alam pekerjaan dan menghadapi cabaran apabila bekerja
kelak. Ia dapat membantu meningkatkan lagi keyakinan diri para pelajar.
OJT juga mendewasakan para pelajar yang bakal bergelar sebagai
pekerja. OJT sebagai pendedahan awal kepada para pelajar untuk bersikap
lebih matang. Ia memberikan impak mendalam dalam memupuk semangat
kerjasama dalam pasukan dan mendidik pelajar yang bakal menjejaki alam
pekerjaan supaya menghormati antara satu sama lain terutama pekerja yang
lebih senior atau pegawai yang berpangkat tinggi.
4
BAB 2
LATAR BELAKANG ORGANISASI
2.1 PENGENALAN SPA
Pesona Idaman Spa adalah nama yang diberi terdapat maksud
yang tersendiri. ‘Pesona’ iaitu yang bermaksud mempesona memikat hati
manakala ‘Idaman’ bermaksud keinginan yang diidamkan. Berdasarkan
nama spa yang dibina menunjukkan bahawa kecantikan adalah sesuatu
benda yang memikat hati dan yang diidam idamkan tidak kira cantik luaran
mahupun dalaman. Kecantikan juga adalah aset atau keadaan yang ada
pada setiap manusia bergantung pada kekuatan fizikal dan rasa percaya
pada diri sendiri untuk berhadapan dengan orang lain. Daripada situ, akan
terserlah kecantikannya.
Spa ini ditubuhkan dengan lamanya di dalam Kompleks Pusat
Bandar pada tahun 1996 yang diasaskan oleh Encik Faris. Selang beberapa
tahun telah diambil alih pula oleh Puan Yunie dan telah diusahakan dengan
pelbagai rawatan kecantikan selama 6 tahun. Kemudian setelah beberapa
tahun, Kompleks Pusat Bandar telah dinaik taraf kepada Urban
Transformation Centre (UTC) iaitu pusat pelbagai perkhidmatan utama
Kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti Bandar, dan pemilik baru juga
telah diambil alih oleh Puan Sahrani Binti Syaripuddin dan beroperasi
sehingga kini.
5
Pemilik Pesona Idaman Spa terkini iaitu Puan Sahrani Binti
Syaripuddin telah berkecipung dan mempunyai pengalaman luas dalam
bidang spa dan kecantikan selama 10 tahun. Bukan itu sahaja, spa ini juga
mempunyai perunding kecantikan yang berpengalaman melebihi 10 tahun
dalam bidang kecantikan juga. Setiap pekerja yang baru juga akan dilatih
sehingga mahir dan boleh dipercayai sebelum memberikan perkhidmatan
kepada pelanggan. Setiap kemahiran amat dititikberatkan supaya pelanggan
berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan.
Di Pesona Idaman Spa terdapat pelbagai jenis rawatan kecantikan
yang disediakan khas untuk kaum wanita seperti rawatan muka iaitu fasial
muka, dermapen, bb glow, asap resdung dan totok wajah. Rawatan bekam
darah pada badan dan juga muka, rawatan kuku kaki dan tangan iaitu
manicure dan pedicure, manakala rawatan badan seperti mandian susu,
bunga dan rempah, urutan badan, rawatan sauna infrared, bertangas,
sengkak, refleksologi dan skrub badan. Selain daripada itu, rawatan mekap
dan eyelash perming. Tambahan lain, rawatan untuk berpantang ke rumah
juga disediakan dan dijalankan oleh juruterapi yang pakar dan
berpengalaman.
Dalam pada itu, Pesona Idaman Spa bukan sahaja menawarkan
perkhidmatan kecantikan, malah menjual produk kecantikan dan kesihatan.
Antaranya kopi Best One yang memberi manfaat untuk meningkatkan
kecerdasan mental dan melawan keletihan, membakar sel-sel lemak,
meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan hati dan buah pinggang serta
memperbaiki sistem pernafasan. Seterusnya supplemen Ntdot yang memberi
kebaikan untuk membantu menstabilkan darah, membantu merawat masalah
dalam wanita dan lelaki, membantu masalah hormon, dan membantu
melegakan masalah gastrik. Lain daripada itu, produk Firmax3 iaitu krim
sapuan untuk mencerahkan kulit, mengurangi lengan yang kendur,
merapatkan vagina, menyusutkan rahim, dan melancarkan peredaran darah.
6
Lebih daripada itu, pelbagai juga produk penjagaan kulit muka, pembersih
vagina dan sebagainya
Pesona Idaman telah beroperasi hampir 25 tahun yang diambil alih
oleh beberapa orang pengusaha. Lokasi spa ini beralamat di L2-14 UTC
Kompleks Pusat Bandar, 81700 Pasir Gudang, Johor. Spa ini beroperasi
setiap hari pada jam 10 pagi dan tutup pada jam 9 malam. Oleh disebabkan
spa bertempat di dalam UTC Kompleks Pusat Bandar, pelbagai kemudahan
yang ada di sekitar spa ini antaranya medan selera, pasaraya Hero Market,
Masjid, salon, kedai buku, Watsons, dan pelbagai kedai yang menjual baju
dan makanan. Pengguna juga digalakkan sambil memanjakan diri sambil
untuk membeli belah di dalam kompleks ini.
7
2.2 CARTA ORGANISASI SPA
PENGURUS/PENYELIA
PUAN SAHRANI BINTI
SYARIPUDDIN
BEAUTY CONSULTANT
SITI AISYAH BINTI AZIZ
BEAUTICIAN
NUR HANNANI BINTI HARON
Rajah 1 – Carta alir organisasi spa
2.3 DESKRIPSI TUGAS
a) Deskripsi tugas pengurus/penyelia Pesona Idaman Spa iaitu Puan
Sahrani Binti Syaripuddin
• Menjadi pemimpin atau ketua bagi memotivasi, mengarah
pekerja dan memberikan arahan, menetapkan standard pekerja
dan memberi latihan kepada pekerja.
• Memantau dan mengawal perbelanjaan dan belanjawan.
8
• Melakukan perancangan dan penetapan matlamat untuk masa
akan datang.
• Menjalankan penilaian prestasi yang tepat pada masanya.
• Membuat penilaian terhadap prestasi pekerja
• Bekerjasama dan bertolak ansur membantu mengeratkan
ukhwah diantara sesame staf
• Membantu pekerja memahami sasaran prestasi dan matlamat
spa
• Memegang dan membuat pengiraan jumlah jualan
perkhidmatan dan produk
• Membangunkan atau menambahbaik perkhidmatan yang
dijalankan di spa
• Memperbanyak dan memperolehi rawatan kecantikan yang
menarik untuk pelanggan
• Mengeluarkan modal yang diperlukan untuk setiap pembelian
bahan atau alatan yang kurang
• Merekod dan mengambil tindakan jika terdapat kerosakan dan
kekurangan alatan bahan
• Memberi elaun atau gaji kepada pekerja
b) Deskripsi tugas beauty consultant Pesona Idaman Spa, Siti Aisyah
Binti Aziz
• Memberikan maklumat berkaitan kecantikan dan kesihatan
terutamanya kulit wajah dan penjagaan dalaman.
• Memberi saranan dan galakan untuk menyelesaikan
permasalahan kulit yang berlaku pada pelanggan.
• Memastikan kecantikan dan kesihatan kulit pelanggan terjaga
dengan baik.
• Membantu memberikan saranan yang terbaik dalam penjagaan
kulit wajah pelanggan
9
• Memastikan pelanggan sentiasa berpuas hati dengan hasil
perkhidmatan yang dijalankan.
• Menjalankan rutin membersihkan alatan rawatan selepas
perkhidmatan
• Mewujudkan kemesraan diantara pekerja dan pekerja
• Memberikan khidmat yang ramah dan mesra kepada
pelanggan
• Menyambut kedatangan dan membuat welcoming drink (jika
perlu) kepada pelanggan
• Meramah dan menarik pelanggan yang lalu lalang di hadapan
spa
c) Deskripsi tugas beautician Pesona Idaman Spa, Nur Hannani Binti
Haron
• Ditugaskan untuk menjalankan aktiviti kaunseling berkaitan
kesihatan kulit
• Mengesyorkan jenis produk yang bersesuaian kepada
pengguna
• Melakukan rawatan atau perkhidmatan pada pelanggan.
• Memberikan info atau kesan rawatan yang mungkin timbul
akibat tindakan perubatan yang diambil kepada pelanggan.
• Memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna, menolong
mereka dan memberikan perkhidmatan mengikut keperluan
pelanggan.
• Mewujukan kemesraan diantara pekerja dan pekerja
• Memberi tindakan penjagaan kepada pengguna mengikut
keinginan mereka.
• Membuat susun atur bahan dan alatan pada tempat khas yang
telah ditetapkan.
• Menjemput dan mengalukan kedatangan pelanggan ke spa
• Meramah dan menarik pelanggan yang lalu lalang di hadapan
spa
10
2.4 LOGO SYARIKAT
Gambar 1 – Logo syarikat Pesona Idaman Spa
Logo syarikat Pesona Idaman Spa yang dipilih adalah konsep yang berunsur
kehijauan dan tradisional serta tulisan Face, Body, Spa merujuk kepada
rawatan yang dijalankan iaitu rawatan muka, rawatan badan dan sebagainya
11
2.5 LOKASI SYARIKAT
Lokasi syarikat atau spa adalah terletak di sekitar Pasir Gudang iaitu
beralamat L2-14 UTC Komples Pusat Bandar, 81700 pasir Gudang, Johor.
Gambar 2 - Peta lokasi Pesona Idaman Spa, Pasir Gudang
Gambar 3 - Pintu masuk atau ruangan luar Pesona
Idaman Spa
12
2.6 VISI, MISI DAN OBJEKTIF SYARIKAT
VISI
Menjadi sebuah pusat kecantikan yang mampu
dikunjungi oleh semua golongan masyarakat
Jadual 1 – Visi Pesona Idaman Spa
MISI
Menjadi pusat kecantikan yang mampu memberikan
servis yang menyeluruh serta penawaran setiap
perkhidmatan yang berkesan
Jadual 2 – Misi Pesona Idaman Spa
OBJEKTIF SPA
Dapat memastikan perkhidmatan yang
ditawarkan memberi kepuasan kepada
pelanggan
Dapat memberikan keselesaan kepada
pelanggan semasa rawatan dijalankan
Dapat melahirkan tenaga pekerja yang mahir
dalam setiap bidang yang berkaitan dengan
kecantikan
Dapat memenuhi kehendak dan keperluan
tambahan kepada pelanggan
Dapat mengeratkan kemesraan kepada
pelanggan
Jadual 3 – Objektif Pesona Idaman Spa
13
2.7 RUANGAN SPA
Gambar 4 - Ruangan kaunter dan produk Pesona
Idaman Spa
14
Gambar 5 -
Ruangan
untuk
melakukan
rawatan muka
15
2.8 AKTIVITI PERNIAGAAN SPA
Selain daripada menjalankan pelbagai rawatan yang ditawarkan di Pesona
Idaman Spa, aktiviti mempromosikan rawatan juga dipelajari seperti
pengiklanan brosur, flyers dan sebagainya di laman sosial iaitu Facebook,
Instagram dan Whatsapp. Dalam pada itu, penjualan produk kecantikan juga
ditawarkan seperti kopi kesihatan, supplement kecantikan dan sebagainya.
Antara senarai dan jenis rawatan yang ditawarkan di Pesona Idaman Spa:-
RAWATAN BADAN DAN URUTAN
Bertangas
Sauna Infrared
Skrub Badan
Mandian Susu
Mandian Bunga
Mandian Rempah
Refleksologi
Shoulder Massage
Urutan Badan
Sengkak
Jadual 4 - Jenis rawatan badan dan urutan di Pesona
Idaman Spa
RAWATAN BEKAM
Bekam Sunnah
Bekam Muka
Bekam Angin
Bekam Full Body
Jadual 5 - Jenis rawatan bekam di Pesona Idaman Spa
16
RAWATAN MUKA DAN BULU MATA
Totok Wajah
Facial Collagen
Facial Treatment
Facial Bekam
Facial Resdung
Facial Full Treatment
Rawatan BB Glow
Rawatan Dermapen
Rawatan Asap Resdung
Eyelash Perming
Jadual 6 - Jenis rawatan muka dan bulu mata di
Pesona Idaman Spa
PAKEJ SPA MELATI
Facial Collagen + Urutan Badan + Totok Wajah +
Sauna
Jadual 7 - Jenis pakej spa melati di Pesona Idaman
Spa
PAKEJ SPA MAWAR
Facial Treatment + Mandian Susu / Mandian Herba
+ Sauna Infrared + Skrub Badan
Jadual 8 - Jenis pakej spa mawar di Pesona Idaman
Spa
17
PAKEJ PENGANTIN
Facial Full Treatment + Vit C + Totok Wajah +
Sauna Infrared + Skrub Badan + Mandian Susu /
Mandian Bunga + Body Lotion + Minuman Halia
Jadual 9 - Jenis pakej pengantin di Pesona Idaman Spa
RAWATAN TANGAN DAN KAKI
Manicure
Pedicure
Foot Spa
Jadual 10 - Jenis rawatan muka dan bulu mata di
Pesona Idaman Spa
PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN
Kopi Best One
Supplemen Ntdot
Firmax3
Jadual 11 - Jenis produk kesihatan dan kecantikan di
Pesona Idaman Spa
18
BAB 3
RINGKASAN MINGGUAN
3.1 PENGENALAN
Ringkasan aktiviti On-The-Job Training (OJT) ini dihurai dalam
bentuk ringkasan mingguan yang bermula dari minggu pertama hingga
minggu terakhir latihan industri. Setiap aktiviti atau tugasan yang dilakukan
pada setiap minggu akan diberitahu dan diringkaskan dalam bab ini. Tarikh
OJT yang berlangsung adalah pada 1 Mac 2021 – 16 Julai 2021 iaitu selama
empat bulan setengah di Pesona Idaman Spa, Pasir Gudang, Johor Bahru,
Johor.
3.2 RINGKASAN MINGGUAN ON-THE-JOB TRAINING
MINGGU 1 – ( 1 Mac – 7 Mac 2021)
Ringkasan :
• Melapor diri untuk menjalani latihan industri di Pesona Idaman
Spa
• Pihak organisasi memberi penerangan ringkas berkaitan
dengan maklumat spa.
• Pihak spa juga memberitahu jenis rawatan yang ditawarkan di
Pesona Idaman Spa, jenis alatan dan bahan yang digunakan,
19
cara pengendalian mesin, cara menguruskan susun atur dan
pengemasan alatan dan bahan, waktu untuk berehat dan hari
cuti bekerja, tatasusila pemakaian, cara opening dan closing
spa dan cara layanan dengan pelanggan.
• Sesi mengenali dan berkenalan dengan staf di Pesona
Idaman Spa
• Belajar berkaitan cara mengurut badan
• Langkah rawatan fasial dermapen
• Belajar tentang facial treatment iaitu dengan penggunaan
mesin
• Cara mandian susu
• Rawatan menggunakan laser muka
• Menjalankan rawatan foot spa, manicure dan pedicure
• Mempraktik cara mengendali rawatan sauna infrared
• Belajar mengenai rawatan bekam pada muka pelanggan
MINGGU 2 – ( 8 Mac – 14 Mac 2021)
Ringkasan :
• Membuka spa dan mengemas tempat kerja
• Melakukan pembersihan spa seperti menyapu, mengemop,
mengelap sebelum spa beroperasi
• Diberi kepercayaan oleh penyelia untuk menjalankan rawatan
• Melakukan urutan refleksologi pada kaki pelanggan
• Membersihkan ruangan produk di dalam spa
• Menjalankan shoulder massage
• Belajar dan menjalankan langkah skrub badan pada
pelanggan
• Menjalankan urutan badan mengikut teknik yang dipelajari
• Melakukan facial collagen
• Mengenali tentang penyediaan bahan dan mendapatkan
pengetahuan cara manjalankan rawatan bertangas
20
• Membuat eyelash perming pada bulu mata pelanggan
• Membuat bahan untuk tawaran pemasaran di media sosial
seperti Facebook dan sebagainya
• Menambah baik dan memperbanyakkan perkhidmatan di spa
MINGGU 3 – (15 Mac – 21 Mac 2021)
Ringkasan :
• Membuka spa dan mengemas ruang kerja
• Melakukan pembersihan spa seperti menyapu, mengemop,
mengelap sebelum spa beroperasi
• Mempraktikkan teknik urutan dengan melakukan latihan pada
badan penyelia
• Membuat rawatan eyelash perming pada bulu mata pelanggan
• Menjalankan rawatan bertangas kepada pelanggan dengan
menggunakan bahan berherba seperti serai, halia, halba,
daun pandan dan sebagainya
• Belajar cara penyapuan bahan bleaching pada anggota badan
pelanggan
• Menjalankan rawatan manicure dan pedicure pada kuku kaki
tangan pelanggan
• Melakukan rawatan refleksologi
• Membuat latihan penggunaan mesin totok wajah pada muka
penyelia
• Belajar mengenai langkah penggunaan jarum bekam dan
kesan kebaikan dalam rawatan berbekam
• Melakukan rawatan foot spa pada kaki pelanggan
MINGGU 4 – (22 Mac – 28 Mac 2021)
Ringkasan :
• Membuka spa dan mengemas ruang kerja
• Melakukan pembersihan spa seperti menyapu, mengemop,
21
mengelap sebelum spa beroperasi
• Menjalankan dan mempraktikkan langkah urutan badan pada
pelanggan
• Belajar dan melakukan pembuangan lebihan kulit dan kutil
pada kulit pelanggan
• Melakukan rawatan manicure pada kuku pelanggan
• Membuat penyediaan bahan untuk mandi bunga dan
menjalankan rawatan tersebut pada pelanggan
• Menjalankan rawatan facial collagen pada muka pelanggan
• Melakukan rawatan dan membuat persiapan pelanggan untuk
mandi susu
• Menjalankan rawatan berpakej iaitu skrub badan, urutan
badan dan fasial pada pelanggan
• Melakukan rawatan bertangas pada pelanggan
• Membuat penyediaan pelanggan untuk menjalankan rawatan
sauna infrared
MINGGU 5 – ( 29 Mac – 4 April 2021)
Ringkasan :
• Membuka spa dan mengemas ruang kerja
• Melakukan pembersihan spa seperti menyapu, mengemop,
mengelap sebelum spa beroperasi
• Menjalankan rawatan sauna kepada pelanggan
• Membuat persediaan alatan dan bahan untuk rawatan
berbekam
• Mempraktikkan teknik urutan badan pada pelanggan
• Melakukan eyelash perming pada bulu mata pelanggan
• Belajar mengenai langkah mekap yang professional iaitu
mekap bermajlis
• PPO datang ke spa untuk membuat pemantauan kali pertama
• Menjalankan rawatan manikur pada kuku pelanggan
• Belajar mengenai langkah rawatan dermapen pada kulit muka
22
pelanggan
• Melakukan rawatan facial collagen pada muka pelanggan
• Menjalankan facial full treatment pada muka pelanggan
dengan penggunaan mesin iaitu cold hammer, dan mesin
totok wajah
• Melakukan pakej melati pada pelanggan
• Menjalankan rawatan refleksologi pada kaki pelanggan
MINGGU 6 – ( 5 April – 11 April 2021)
Ringkasan :
• Membuka spa dan mengemas ruang kerja
• Melakukan pembersihan spa seperti menyapu, mengemop,
mengelap sebelum spa beroperasi
• Menjalankan rawatan facial collagen
• Membuat pembersihan peralatan setiap mesin di dalam spa
• Membersihkan ruangan rak kabinet produk untuk melakukan
pengubahsuaian
• Membuang produk yang telah tamat tempoh dan dikumpulkan
kedalam kotak
• Menjalankan urutan badan pada pelanggan
• Melakukan dan mempraktikkan rawatan facial full treatment
• Membuat rawatan foot spa pada kaki pelanggan
• Belajar mengenai teknik pemegangan jarum bekam pada
badan pelanggan
MINGGU 7 – ( 12 April – 18 April 2021)
Ringkasan :
• Membuka spa dan mengemas ruang kerja
• Melakukan pembersihan spa seperti menyapu, mengemop,
mengelap sebelum spa beroperasi
• Menjalankan rawatan urutan badan pada pelanggan
23
• Melakukan rawatan facial collagen pada kulit muka pelanggan
• Menjalankan duty rooster di dalam spa iaitu membersihkan
peralatan mesin, menyapu, mengemop lantai dan mengelap
rak kabinet
• Membuat rawatan eyelash perming pada bulu mata pelanggan
• Melakukan urutan badan pada pelanggan
• Membuat sesi membersih dan menggilap dalam rawatan
manicure pada kuku pelanggan
• Belajar dengan memperolehi sebanyak pengetahuan
mengenai rawatan berbekam dan dermapen
MINGGU 8 – ( 19 April – 25 April 2021)
Ringkasan :
• Membuka spa dan mengemas ruang kerja
• Melakukan pembersihan spa seperti menyapu, mengemop,
mengelap sebelum spa beroperasi
• Belajar mengenai langkah rawatan sulam bedak satu persatu
• Menjalankan rawatan foot spa serta memahirkan proses
pembersihan dan pembuangan kerak tumit kaki pelanggan
• Memahirkan teknik-teknik pembersihan dan urutan pada muka
pelanggan
• Belajar prosedur rawatan dan kesan kebaikan rawatan
berbekam pada muka pelanggan
• Melakukan rawatan manicure, pedicure dan menambah baik
cara pemotongan kutikel kuku pelanggan
• Memahirkan pergerakan dan tekanan untuk menyental badan
pelanggan dalam rawatan skrub badan
• Melaksanakan urutan badan pada pelanggan
• Membuat penawaran promosi rawatan sempena Hari Raya
Puasa iaitu penyediaan bahan promosi
24
MINGGU 9 – (26 April – 2 Mei 2021)
Ringkasan :
• Membuka spa dan mengemas ruang kerja
• Melakukan pembersihan spa seperti menyapu, mengemop,
mengelap sebelum spa beroperasi
• Memahirkan kemahiran urutan dalam rawatan refleksologi
• Belajar mengetahui cara pengendalian jarum dan langkah
rawatan dermapen pada kulit muka pelanggan
• Menjalankan rawatan urutan badan dengan memahirkan diri
dengan teknik urutan yang dipelajari kepada pelanggan
• Membuat rawatan foot spa pada kaki pelanggan
• Belajar mengenai langkah dan menjalankan rawatan asap
resdung pada pelanggan
• Memantapkan kemahiran dalam urutan muka dan
pembersihan muka
• Melakukan dan memperoleh pengetahuan tambahan
berkaitan perbezaan hasil penggunaan perm rob dan silicone
perm dalam rawatan eyelash perming
• Membuat penyediaan bahan dan alatan serta menjalankan
rawatan mandi susu pada pelanggan
MINGGU 10 – (3 Mei 2021 – 9 Mei 2021)
Ringkasan :
• Membuka spa dan mengemas ruang kerja
• Melakukan pembersihan spa seperti menyapu, mengemop,
mengelap sebelum spa beroperasi
• Memperoleh pengetahuan tentang rawatan pembuangan kutil
dan tahi lalat
• Menjalankan perkhidmatan facial collagen kepada pelanggan
• Melakukan rawatan eyelash perming iaitu melentikkan bulu
25
mata pada pelanggan
• Membuat penyediaan bahan alatan dan menjalankan rawatan
mandi bunga
• Mempraktikkan teknik urutan pada rawatan urutan badan
kepada pelanggan
• Bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan
menyebabkan spa tidak beroperasi
• Penyelia organisasi menyediakan tugasan bekerja di rumah
iaitu membuat laporan yang berkaitan dengan latihan industri
dan membuat bahan promosi selepas PKP serta bahan untuk
posting di media sosial
• Mencari maklumat yang berkaitan dengan spa daripada pihak
organisasi dan internet untuk penulisan laporan
MINGGU 11 – (10 Mei – 16 Mei 2021)
Ringkasan :
• Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan dan
menyebabkan spa tidak beroperasi
• Mengumpul segala maklumat yang dicari daripada pemberian
informasi daripada pihak organisasi
• Membuat pelaksanaan penulisan laporan bermula dari bab 1
pengenalan
• Mencari maklumat atau informasi yang berkaitan dengan
pengenalan On-The-Job Training (OJT)
• Membuat bahan promosi berkenaan kelebihan rawatan lulur
atau skrub badan
• Merangka dan membuat penulisan penghargaan dengan
merujuk cara penulisan yang betul di internet
• Menyediakan pamplet promosi rawatan selepas tamat PKP
26
MINGGU 12 – (17 Mei – 23 Mei 2021)
Ringkasan :
• Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan dan
menyebabkan spa tidak beroperasi
• Memulakan penulisan pengenalan OJT, skop OJT, objektif
OJT dan kepentingan OJT
• Mereka dan menyediakan pamplet untuk promosi rawatan
selepas tamat PKP
• Memulakan penulisan bab 2 berkaitan latar belakang
organisasi iaitu pengenalan spa
MINGGU 13 – (24 Mei – 30 Mei 2021)
Ringkasan :
• Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan dan
menyebabkan spa tidak beroperasi
• Merangka dan membuat carta organisasi berdasarkan jawatan
pekerja Pesona Idaman Spa
• Mencari maklumat di internet berkaitan penulisan deskripsi
tugas setiap jawatan mengikut aliran carta organisasi
• Memasukkan gambar berkaitan logo syarikat, peta lokasi
syarikat, ruangan di dalam spa beserta penerangan pada bab
2 latar belakang organisasi
• Merangka penulisan dan penerangan tentang visi, misi dan
objektif syarikat
• Melakukan penyenaraian aktiviti atau perkhidmatan yang
ditawarkan di spa
• Mengadakan perjumpaan di Google Meet bersama Puan
Haslin
• Mengemas kini buku log untuk penulisan bab 3 ringkasan
mingguan
• Membuat penyediaan bahan untuk tujuan posting di media
27
sosial berkaitan kebaikan rawatan bertangas dan rawatan
urutan badan
MINGGU 14 – (31 Mei – 6 Jun 2021)
Ringkasan :
• Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan dan
menyebabkan spa tidak beroperasi
• PPO berhubung dan berinteraksi dengan pelajar tentang
kaedah alternatif bagi melengkapkan pemarkahan OJT
• Menyambung pengisisian buku log untuk mengemas kini
laporan ringkasan mingguan
• Mencetak gambar rajah yang berkaitan untuk ditampal pada
buku log
• Membuat penyediaan bahan posting di media social tentang
kebaikan rawatan bekam darah
• Memulakan penulisan bab 3 ringkasan mingguan mengikut isi
daripada aktiviti di buku log dan merujuk buku panduan OJT
• Menyambung dan mengemaskini penulisan bab 3 iaitu
berkaitan ringkasan mingguan
• Menghasilkan dengan mereka dan mengedit bahan posting
berkaitan kelebihan rawatan dermapen
• Memulakan penulisan bab 4 laporan teknikal
• Mencari bahan dan alatan untuk membuat penulisan bab 4
• Merangka jadual jenis bahan dan alatan serta SOP setiap
penggunaannya
MINGGU 15 – (7 Jun – 13 Jun 2021) dan
Ringkasan :
• Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan
menyebabkan spa tidak beroperasi
• Menyambung penulisan bab 4 tentang laporan teknikal
28
• Menyediakan bahan untuk posting di media social iaitu
kebaikan mandian susu
• Melakukan pencarian setiap SOP bagi setiap rawatan di
internet dan membuat pembahagian yang berkaitan
• Mengemas kini dan menyambung laporan bab 4 berkaitan
SOP penggunaan bahan serta alatan
• Menyediakan bahan tugasan daripada penyelia organisasi
berdasarkan rawatan yang ditawarkan
• Mengemas kini bab 2 dengan memperbetul dan menambah
pengisian laporan penulisan
• Menyambung penulisan bab 4 iaitu berkaitan dengan SOP
penggunaan bahan dan alatan
• Membuat dan mereka bahan posting tentang kelebihan
rawatan sauna infrared
• Merangka pengenalan bab 4 tentang laporan teknikal
MINGGU 16 – (14 Jun – 20 Jun 2021)
Ringkasan :
• Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan dan
menyebabkan spa tidak beroperasi
• Membuat penerangan ayat berkaitan dengan pemasaran
dalam perniagaan
• Mengemas kini penulisan tentang pemasaran dalam
perniagaan
• Mencari maklumat berkaitan strategi spa dalam bab 4 iaitu
laporan teknikal
• Mengemas kini dan penambahan maklumat penulisan untuk
strategi spa
• Menaik taraf atau membaik pulih flyers Pesona Idaman Spa
• Membuat penerangan berkaitan dengan pemasaran di bab 4
laporan teknikal
29
MINGGU 17 – (21 Jun – 27 Jun 2021)
Ringkasan :
• Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan dan
menyebabkan spa tidak beroperasi
• Membuat tugasan iaitu menyediakan bahan posting untuk
kegunaan di media sosial
• Membuat dan menyenaraikan langkah kerja setiap rawatan di
spa
• Merangka carta alir mengikut format yang telah ditetapkan
• Memulakan penulisan langkah kerja rawatan
• Memulakan penulisan bab 5 iaitu dapatan dan cadangan
• Membuat pengenalan dan penerangan tentang bab 5 dapatan
• Membuat pencarian dan pengisian meklumat berkenaan
pengenalan dapatan dan cadangan
• Memperbaiki penulisan pada dapatan bab 5
• Menyediakan bahan posting di media sosial iaitu kelebihan
eyelash perming dan rawatan BB glow
• Mencari isi maklumat untuk cadangan penambahbaikan yang
diperlukan di spa tersebut
MINGGU 18 – (28 Jun – 4 Julai 2021)
Ringkasan :
• Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan dan
menyebabkan spa tidak beroperasi
• Mengemas kini cadangan di dalam bab 5 cadangan dan
dapatan
• Membuat bahan untuk posting di laman media sosial
• Membuat bahan untuk posting di media sosial berkaitan
kebaikan rawatan
• Merangka dan mencari maklumat berkaitan dengan
keseluruhan kesimpulan di bab 5
30
• Membuat pengumpulan bahan rujukan sepanjang
menjalankan atau membuat penulisan laporan OJT
• Memasukkan sumber rujukan pada kesemua pencarian bahan
di bahagian akhir laporan iaitu rujukan
• Membuat pengumpulan gambar dan lampiran yang berkaitan
dengan servis
MINGGU 19 – (5 Julai – 11 Julai 2021)
Ringkasan :
• Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan dan
menyebabkan spa tidak beroperasi
• Merangka dan membuat halaman perakuan pelajar
• Mengemas kini bab 2 tentang latar belakang organisasi
• Membuat dan mereka bahan untuk posting di media sosial
berkaitan kebaikan fasial muka
• Membuat penambahbaikan bab 2 iaitu memasukkan skop
kerja spa di dalam penulisan laporan
• Membuat bahan posting berkaitan kebaikan rawatan manicure
& pedicure serta rawatan mandi rempah
• Mengemaskini bab 4 laporan teknikal dan bab 1 tentang
pengenalan
MINGGU 20 – (12 Julai – 16 Julai 2021)
Ringkasan :
• Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan dan
menyebabkan spa tidak beroperasi
• Mengemas kini dan menambah baik bab 6 kesimpulan
• Menyediakan bahan posting bagi kebaikan rawatan asap
resdung
• Mengemas kini bab 3 iaitu ringkasan mingguan dan buku log
• Pemantauan dan berinteraksi melalui google meet bersama
31
PPO
• Mengemas kini dan membuat penyemakan akhir laporan bab
2 latar belakang organisasi dan bab 3 ringkasan mingguan
• Mengemas kini bab 4 laporan teknikal
• Menambahbaik dan membuat penyemakan akhir sebelum
tugasan diserahkan kepada penyelia organisasi untuk
penyemakan
32
BAB 4
LAPORAN TEKNIKAL
4.1 PENGENALAN
Di Pesona Idaman Spa terdapat pelbagai rawatan yang disediakan
untuk pelanggan. Rawatan yang disediakan termasuklah rawatan badan,
rawatan muka, rawatan kuku dan rawatan kaki. Kesemua rawatan yang
disediakan mempunyai manfaat dan teknik yang berbeza. Di dalam bab 4
iaitu laporan teknikal akan diberi penerangan berkaitan pemasaran dalam
perniagaan di Pesona Idaman Spa, strategi pemerhatian spa, dan
penyenaraian bahan alatan, penerangan Standard Operation Prosedur
(SOP) serta langkah kerja bagi setiap rawatan.
4.2 PEMASARAN DALAM PERNIAGAAN
Pemasaran merupakan satu proses sosial dan pengurusan di mana
individu atau kumpulan memenuhi keperluan dan kehendak mereka melalui
penghasilkan dan penukaran produk atau nilai di kalangan mereka.
Pemasaran bukan hanya berkisar tentang jualan, tetapi ia juga melibatkan
urusan-urusan sebelum jualan seperti kajian, pembangunan produk atau
perkhidmatan, kualiti produk dan perkhidmatan, perletakan harga dan
sebagainya. Dengan itu, pemasaran adalah satu aktiviti manusia dalam
memenuhi keperluan dan kehendak pengguna bagi menghasilkan sesuatu
perkara yang terbaik.
33
Berikutan tawaran perkhidmatan yang ditawarkan di Pesona Idaman
Spa, keseluruhan rawatan amat menarik iaitu dari segi memperolehi
kecantikan luaran dan dalaman. Antara rawatan badan dan muka khususnya
adalah menggunakan kaedah tradisional. Bahan yang digunakan adalah
daripada herba asli seperti serai, halia, halba, bunga cengkih, daun pandan,
daun limau purut, manjakani, kayu manis dan herba lain yang mempunyai
khasiat tersendiri dan mampu memberi kesan kebaikan terhadap tubuh
badan pelanggan.
Pesona Idaman Spa bukan sahaja mengekalkan dan menjaga
kualiti bahan perkhidmatan, malah menawarkan harga yang berpatutan
mengikut setiap rawatan. Harga yang ditawarkan amat berpatutan bagi
semua golongan masyarakat tidak kira remaja, dewasa, golongan berada
mahupun tidak berada. Setiap rawatan mengikut anggaran harga rawatan
yang tidak lebih daripada empat ratus ringgit. Kebanyakan pelanggan yang
mengunjung terdiri daripada suri rumah, guru, pekerja kilang, jururawat, dan
business women. Peluang dan ruang untuk mereka memanjakan diri amatlah
dialukan oleh kami di Pesona Idaman Spa.
Kaedah pemasaran yang digunakan di Pesona Idaman Spa adalah
melalui flyers, kad ahli dan juga media sosial. Bagi kaedah flyers, kaedah ini
telah digunakan dalam setiap spa. Pesona Idaman Spa juga tidak
ketinggalan menggunakan kaedah ini dengan mengedarkan kepada
pengguna yang lalu lalang di hadapan spa. Tindakan ini dapat menarik minat
pelanggan untuk menjalankan rawatan pada waktu yang sama atau pada
bila-bila masa.
Seterusnya, tidak lain tidak bukan penggunaan media sosial juga
medan atau laman bagi mempengaruhi pelanggan untuk mengenali
kewujudan spa kita. Pesona Idaman Spa juga mempromosikan setiap
rawatan di media sosial iaitu Facebook, Instagram, dan Whatsapp. Segala
rawatan yang telah dilakukan akan dimuat naik supaya pelanggan akan
teruja dan berminat untuk memanjakan diri dengan rawatan di Pesona
Idaman Spa.
34
4.3 PEMERHATIAN STRATEGI SPA
Selain daripada pemasaran dalam perniagaan, tempat atau lokasi
sesebuah perniagaan cukup memberi pengaruh yang besar kepada setiap
syarikat. Hal ini disebabkan punca untung dan rugi sesebuah perniagaan
juga adalah berkait rapat dengan pemilihan lokasi. Pengoperasian Pesona
Idaman Spa adalah lokasi yang senang nampak oleh golongan masyarakat.
Hal ini kerana spa ini berada di dalam sebuah Kompleks di Pasir Gudang
iaitu terdapat pelbagai kemudahan yang menjadi salah satu faktor tarikan
pelanggan untuk menyinggah.
Daripada salah satu strategi tarikan yang ada, Pesona Idaman
bukan sahaja menerima pelanggan melalui daripada tempahan, malah
daripada walk-in juga. Kebiasaannya, hari yang sibuk pengunjung
mengunjung adalah waktu hari minggu, iaitu hari jumaat, sabtu dan ahad.
Dimana waktu tersebut adalah waktu untuk mereka cuti dan meluangkan
masa bersama keluarga. Hal ini kerana mereka mempunyai kekangan masa
untuk membuat tempahan melalui dalam talian.
Seterusnya pada waktu yang sama pengguna akan diberi loyalty
card. Berkaitan dengan loyalty card, ini juga salah satu strategi untuk
mempengaruhi pelanggan untuk datang menjalankan rawatan. Setiap
pelanggan yang menjalankan rawatan tidak kira pertama kali, akan diberi
juga loyalty card bagi menghargai kedatangan pelanggan dan diberi tawaran
untuk menebus 10 rawatan bagi mendapatkan satu rawatan percuma yang
berjumlah lima puluh ringgit. Daripada strategi ini, pelanggan akan berminat
dan kerap untuk datang ke spa.
Justeru itu, setelah membuat perbandingan sepanjang saya
menjalani latihan industri di Pesona Idaman Spa, walaupun terdapat dua
buah spa yang lain sebagai pesaing, akan tetapi harga dan perkhidmatan
yang Pesona Idaman Spa ditawarkan juga jauh lagi berpatutan untuk
pelanggan yang dikasihi. Kebanyakan pelanggan juga akan mengambil kira
dari segi harga bagi mengikut kemampuan dan kualiti servis yang dijalankan.
35
Perbandingan produk atau bahan untuk setiap rawatan juga amat
berlainan bagi setiap spa kami. Oleh yang demikian kerana bahan atau
produk yang digunakan untuk diaplikasi pada kulit pelanggan adalah bahan
yang bagus dan mampu memberi kesan yang terbaik kepada pengguna.
Antara jenama bahan atau produk yang digunakan untuk rawatan adalah
Firmax3 iaitu untuk rawatan bekam, Phyto Derma Mesofiller White untuk
rawatan BB Glow, mesin Elken Eternal Beauty untuk rawatan totok wajah
dan Elysyle adalah krim urutan untuk totok wajah.
36
4.4 STANDARD OPERATION PROCEDUR (SOP) PENGGUNAAN
ALATAN DAN BAHAN
ALATAN / BAHAN BESERTA FUNGSI SOP PENGGUNAAN
1) KATIL Sebelum
- Pastikan katil fasial dalam keadaan
baik sebelum digunakan
- Pastikan kedudukan katil berada di
dalam keadaan yang stabil
Semasa
- Ambil langkah berhati-hati semasa
menggunakannya
- Untuk pelanggan baring - Pastikan pelanggan mengurangkan
- Untuk kegunaan rawatan fasial, pergerakan
urutan badan, eyelash perming dan Selepas
sebagainya - Kemas katil dan susun atur pada
kedudukan yang sebetulnya
- Turunkan kepala katil kepada asal
jika tidak digunakan
2) KERUSI Sebelum
- Pastikan kerusi berada dalam
keadaan elok
- Pastikan keadaan kerusi dalam
keadaan bersih
Semasa
- Pastikan kerusi digunakan dengan
berhati hati
Selepas
- Kegunaan juruestetik duduk semasa - Susun semula kerusi pada tempat
rawatan khas
37
- Digunakan untuk memudahkan - Semak semula kerusi supaya dalam
proses rawatan keadaan asal
3) TROLI Sebelum
- Pastikan keadaan troli dalam
keadaan elok
- Lap troli daripada segala habuk dan
kotoran
Semasa
- Tolak troli dengan berhati hati
- Peralatan mesin dan bahan di susun
dengan rapi di atas troli
Selepas
- untuk meletakkan bahan dan mesin - Susun semula barang yang berada
rawatan di atas troli di tempat asal
- Memudahkan pergerakan dan - Lap troli jika terdapat sebarang sisa
pengambilan bahan bahan kotoran atau rawatan
4) MANGKUK FASIAL Sebelum
- Pastikan mangkuk fasial dalam
keadaan yang bersih tiada kotoran
- Isi air mengikut kuantiti yang
dikehendaki
Semasa
- Pastikan mangkuk berada di atas
troli yang beralas kain
Selepas
- Untuk mengisi air kegunaan semasa - Basuh semula mangkuk dan
rawatan keringkan di tempat yang
- Memudahkan proses mencuci muka bersesuaian
pelanggan - Susun atur pada tempat asal
38
5) MANGKUK KECIL Sebelum
- Pastikan mangkuk dalam keadaan
yang bersih
Semasa
- Gunakan mangkuk dengan
berhemah
- Untuk mengisi bahan rawatan dalam Selepas
kuantiti yang sikit - Basuh semula mangkuk sehingga
- Memudahkan kerja pengambilan bersih
bahan daripada bekas atau botol - Lap dan keringkan mangkuk tersebut
di ruangan yang sedia ada atau yang
telah ditetapkan
6) SPATULA Sebelum
- Pastikan spatula dalam keadaan
yang bersih dan kering sebelum
digunakan
Semasa
- Gunakan spatula dengan berhati hati
dan cermat
- Kegunaan untuk mengambil bahan Selepas
rawatan - Cuci spatula sehingga bersih
kemudian lap dan keringkan di
tempat sebaiknya
7) Berus muka pada Sebelum
- Kegunaan menyapu - Pastikan berus dalam keadaan yang
kering serta bersih dari sisa bahan
rawatan
Semasa
- Gunakan berus dengan teliti pada
muka pelanggan
muka -
39
untuk penggunaan masker atau Selepas
bahan yang jenis cecair - Bersihkan berus daripada segala
kotoran dan keringkan pada ruangan
yang kering
8) Berus badan Sebelum
- Pastikan berus dalam keadaan yang
kering serta bersih dari sisa bahan
rawatan
Semasa
- Gunakan berus dengan teliti pada
muka pelanggan
Selepas
- Bersihkan berus daripada segala
- Kegunaan untuk menyapu bahan kotoran dan keringkan pada ruangan
pada anggota badan pelanggan yang kering
9) MAGNFYING LAMP Sebelum
- Pastikan lampu boleh digunakan
sebelum rawatan dijalankan
- Keadaan lampu dapat berfungsi
dengan baik
Semasa
- Jika tidak digunakan semasa
rawatan, matikan suis seketika
supaya tiada pembaziran
Selepas
- Bersihkan lampu jika terdapat
kekotoran
- Susun atur semula wayar dan lampu
- Digunakan untuk memberi dalam keadaan yang tersusun
pencahayaan semasa rawatan
40
10)STEAMER Sebelum
- Pastikan steamer dalam keadaan
yang baik
- Isi air kedalam bekas air pada
steamer pada aras yang ditetapkan
Semasa
- Hidupkan plug dan suis pada
steamer bagi mengeluarkan wap
- Halakan pada muka pelanggan pada
ketinggian yang sesuai
- Tanya pelanggan jika pengeluaran
wap pada muka dalam keadaan
yang baik atau tidak
- Digunakan untuk proses mengewap - Jangan tinggalkan pelanggan
muka pelanggan semasa rawatan keseorangan semasa steamer
fasial digunakan
Selepas
- Buang air dan cuci bekas air pada
steamer dengan bersih
- Gulung wayar steamer dengan
kemas dan letakkan steamer pada
tempat yang telah ditetapkan
11)KAIN KEMBAN Sebelum
- kegunaan untuk
- Pastikan kain kemban telah dibasuh
sebelum diberikan kepada
pelanggan
Semasa
- Kain yang telah digunakan diperah
kain tidak menampung air yang
banyak
Selepas
rawatan sauna - Basuh kain dengan sabun dan
41
infrared, mandi susu/bunga, dan keringkan pada tempat yang panas
sebagainya serta susun di dalam rak kabinet
12)TUALA BESAR Sebelum
- Pastikan kain telah dibasuh sebelum
digunakan
Semasa
- Kain perlu digunakan pada
pelanggan bagi memberi keselesaan
semasa rawatan
- Kegunaan untuk menutup badan Selepas
pelanggan semasa rawatan - Masukkan kain kedalam bakul untuk
dijalankan daripada kesejukan dibasuh setelah rawatan dijalankan
13)TUALA KECIL Sebelum
- Pastikan kain telah dibasuh sebelum
digunakan
Semasa
- Kain perlu digunakan pada
pelanggan bagi membersihkan
lebihan minyak pada badan
- untuk mengelap lebihan minyak atau Selepas
peluh dalam rawatan sauna dan - Masukkan kain kedalam bakul untuk
urutan dibasuh setelah rawatan dijalankan
14)KAPAS MUKA Sebelum
- Pastikan kapas dalam keadaan yang
bersih
Semasa
- Gunakan mengikut kuantiti yang
diperlukan
Selepas
- Setelah selesai, buang kapas
42
- Kegunaan bahan ini untuk menyapu tersebut ke dalam tong sampah
suatu produk pada muka pelanggan
15)CLEANSING MILK Sebelum
- Pastikan cleansing milk boleh
digunakan terlebih dahulu sebelum
rawatan dilakukan
Semasa
- Ambil mengikut kuantiti yang
dikehendaki dan masukkan ke dalam
mangkuk kecil
Selepas
- Susun semula pad rak kabinet yang
telah dilabel
- Simpan pada tempat yang kering
- untuk membersihkan kulit muka
pelanggan daripada sebarang
kotoran atau mekap
16)SPAN FASIAL Sebelum
- Digunakan untuk rawatan fasial
- Pastikan span dalam keadaan bersih
sebelum digunakan
Semasa
- Gunakan span dengan sebaiknya
Selepas
- Jika sudah selesai, buang jika span
sudah terkena darah. Jika tidak,
bersihkan dan rendam ke dalam
mangkuk yang telah diletakkan
antiseptik
- Keringkan ke dalam cabinet ultra
lembayung untuk proses
pembunuhan kuman yang lebih baik
43
17)MASSAGE CREAM Sebelum
- Pastikan massage cream boleh
digunakan terlebih dahulu sebelum
rawatan dilakukan
Semasa
- Gunakan spatula untuk mengambil
mengikut kuantiti yang dikehendaki
dan masukkan ke dalam mangkuk
kecil
Selepas
- Tutup semula botol massage cream
dengan rapat supaya tidak terlalu
cepat untuk rosak
- Digunakan untuk mengurut muka - Simpan pada tempat yang kering
pelanggan dan berlabel
18)SKRUB MUKA Sebelum
- Pastikan skrub masih boleh
digunakan terlebih dahulu sebelum
rawatan dilakukan
Semasa
- Ambil mengikut kuantiti yang
dikehendaki
Selepas
- Tutup semula penutup dengan ketat
supaya tidak rosak dan susun
semula pad rak kabinet yang telah
dilabel
Simpan pada tempat yang kering
- Untuk membersih secara mendalam
dan membuang sel kulit mati
44
19)COOLING FACE MASK Sebelum
- Pastikan masker muka boleh
digunakan terlebih dahulu sebelum
rawatan dilakukan
Semasa
- Gunakan spatula/sudu untuk
mengambil mengikut kuantiti yang
dikehendaki dan masukkan ke dalam
mangkuk kecil
Selepas
- Tutup semula botol masker muka
dengan rapat supaya tidak terlalu
cepat untuk rosak
- Digunakan untuk memberi kesegaran - Simpan pada tempat yang kering
dan mengurangkan ketegangan pada dan berlabel
kulit muka
20)WARM FACE MASK Sebelum
- Pastikan masker muka boleh
digunakan terlebih dahulu sebelum
rawatan dilakukan
Semasa
- Gunakan spatula/sudu untuk
mengambil mengikut kuantiti yang
dikehendaki dan masukkan ke dalam
mangkuk kecil
Selepas
- Tutup semula botol masker muka
- Bancuhan masker digunakan pada dengan rapat supaya tidak terlalu
akhir facial cepat untuk rosak
Simpan pada tempat yang kering
dan berlabel
45
21)MASK SHEET Sebelum
- Pastikan mask dalam keadaan yang
bersih sebelum digunakan
Semasa
- Lembapkan mask sheet untuk
diletakkan di atas muka pelanggan
Selepas
- Setelah selesai, buang mask sheet
tersebut ke dalam tong sampah
- Dijadikan sebagai pelindung semasa
pemakaian masker
22)TONER Sebelum
- Pastikan toner masih boleh
digunakan terlebih dahulu sebelum
menjalankan rawatan
Semasa
- Ambil mengikut kuantiti yang
dikehendaki dan pamkan pada kapas
Selepas
- Susun semula pad rak kabinet yang
telah dilabel
- Simpan pada tempat yang kering
- digunakan untuk memberi kesegaran
pada kulit muka pelanggan setelah
menjalankan rawatan
46
23)CLEANSER Sebelum
- Pastikan cleanser boleh digunakan
terlebih dahulu sebelum rawatan
dilakukan
Semasa
- Ambil mengikut kuantiti yang
dikehendaki dan masukkan ke dalam
mangkuk kecil
Selepas
- Susun semula pad rak kabinet yang
telah diatur
- Simpan pada tempat yang kering
- Digunakan untuk pembersihan muka
24)MOISTURIZER Sebelum
- Pastikan moisturizer boleh
digunakan terlebih dahulu sebelum
rawatan dilakukan
Semasa
- Gunakan spatula untuk mengambil
mengikut kuantiti yang dikehendaki
dan masukkan ke dalam mangkuk
kecil
Selepas
- Tutup semula botol moisturizer
dengan rapat supaya tidak terlalu
- Untuk memberikan kelembapan pada cepat untuk rosak
kulit muka selepas rawatan Simpan pada tempat yang kering
dijalankan dan berlabel
47
25)HEADBAND Sebelum
- Pastikan headband dalam keadaan
bersih sebelum digunakan
Semasa
- Pakaikan pada kepala pelanggan
dengan kemas dan mengikut
keselesaan pelanggan
Selepas
- Masukkan kedalam bakul mencuci
untuk dicuci sebelum disimpan ke
dalam rak kabinet
- Digunakan semasa rawatan fasial
untuk mengawal rambut pelanggan
daripada terkena muka
26) BESEN RENDAM KAKI Sebelum
- Pastikan besen dalam keadaan yang
bersih sebelum digunakan
Semasa
- Isi air mengikut kuantiti yang
dikehendaki
- Angkat atau bawa besen dengan
berhati hati ke tempat rawatan
Selepas
- Buang air dan sisa kotoran
- Bersihkan besen sehingga bersih
- Digunakan untuk rawatan root spa dan keringkan di tempat yang
semasa proses rendaman kaki seeloknya
48
27)BATH SALT Sebelum
- Pastikan garam bukit boleh
digunakan terlebih dahulu sebelum
rawatan dilakukan
n Semasa
a - Gunakan garam mengikut kuantiti
k yang dikehendaki
a Selepas
n - Tutup semula bekas garam dengan
rapat supaya tidak terlalu cepat
u untuk rosak
- Digunakan untuk merendam kaki - Simpan ditempat yang kering
bagi melegakan keletihan pelanggan
28)WHITENING MASK Sebelum
- Pastikan whitening mask boleh
digunakan terlebih dahulu sebelum
rawatan dilakukan
- Gunakan berus untuk menyapu pada
kaki pelanggan
Semasa
- Ambil mengikut kuantiti yang
dikehendaki dan masukkan ke dalam
mangkuk kecil
Selepas
- Tutup semula botol whitening mask
dengan rapat supaya tidak terlalu
- Digunakan semasa proses mask kaki cepat untuk rosak
iaitu untuk pemutihan dan - Simpan pada tempat yang kering
melembutkan kulit dan berlabel
49
29)FOOT RASP Sebelum
- Pastikan foot rasp dalam keadaan
- Kegunaan untuk membuang kerak yang baik dan tidak tumpul
kaki pada tapak kaki
Semasa
- Parut tapak kaki pelanggan dengan
langkah berhati hati supaya tiada
kelukaan
- Lantai perlu dialas dengan plastik
atau kain daripada habuk pada kerak
kaki
Selepas
- Bersihkan foot rasp daripada segala
kotoran
- Elakkan daripada dibersihkan
dengan air bagi mengelakkan
berkarat
- Simpan semula ditempat yang telah
dikhaskan
30)PLASTIC WRAPPING Sebelum
- Pastikan plastik dalam keadaan yang
elok dan tidak koyak
Semasa
- Balut dengan berhati hati pada
anggota badan pelanggan
Selepas
- Simpan semula ditempat yang telah
ditetapkan
- digunakan untuk membalut kaki
semasa penggunaan mask
50