The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurnanni01, 2021-07-31 19:25:52

LAPORAN AKHIR OJT HANNANI

KOLEJ VOKASIONAL ERT AZIZAH
JOHOR BAHRU

PROGRAM KOSMETOLOGI

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
SESI OJT 2021

( 01/03/2021 – 16/07/2021 )

DISEDIAKAN OLEH

NAMA : NUR HANNANI BINTI HARON
NO IC : 011018 – 01 – 1298

ANGKA GILIRAN : K541FHKM013
PENSYARAH PENILAI : PN. GAN TSAE LIAN

1

PERAKUAN PELAJAR

“ Dengan ini, saya akui bahawa laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri
dan dibuat berdasarkan undang-undang yang termaktub di bawah peraturan
Kolej Vokasional. Ia adalah asli berpandukan daripada kajian yang telah
dilakukan oleh saya. Projek ini masih belum dihasilkan oleh mana-mana
pihak atau institusi untuk mana-mana diploma atau kelayakan.

Saya dengan ini, berjanji sekiranya projek yang dilaksanakan oleh saya
melanggar mana-mana syarat yang tertera di atas, segala hasil kerja saya
akan digagalkan dan didapati sebagai tidak melengkapkan diploma dan
bersetuju untuk dikenakan sebarang tindakan undang-undang di bawah
peraturan Kolej Vokasional. ”

Nama Pelajar : Nur Hannani Binti Haron
Tandatangan : …………………………………………

No. Kad Pengenalan : 011018 – 01 – 1298

Program : Kosmetologi

Nama Kolej : Kolej Vokasional (ERT) Azizah, Johor Bahru
Tarikh : …………………………………………

Pensyarah Penilai : Puan Gan Tsae Lian

Tandatangan : …………………………………………

2

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi, pada kesempatan ini saya

ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan
diucapkan syarikat Pesona Idaman Spa di atas kesudian pihak spa
membenarkan saya menjalani On-The-Job Training di sana.

Tidak lupa juga kepada Penyelia Organisasi iaitu Puan Shahrani
Binti Syaripuddin, pengurus Pesona Idaman Spa di atas kesudian memberi
tunjuk ajar sepanjang saya menjalani latihan di sana. Pelbagai kemahiran
yang saya dipelajari dan perolehi di kolej serta dapat dimanfaatkan dan
diaplikasi kepada pelanggan dengan sebaiknya.

Selain itu juga, terima kasih tidak terhingga kepada Pensyarah
Penyelia OJT iaitu Puan Nurul Elliana Binti Riffin yang banyak memberi
panduan dan tunjuk ajar kepada saya dalam menghasilkan laporan akhir
OJT ini. Dengan itu, saya amat menghargai pengorbanan beliau dalam
setiap bimbingan yang diberikan.

Tidak lupa juga kepada ahli keluarga saya terutama sekali kepada
ayahanda dan bonda merangkap tulang belakang saya iaitu Hj. Haron Bin
Arual dan Hjh. Suhana Binti Abd Hamid yang banyak memberi sokongan
moral serta dorongan yang kuat sepanjang latihan industri ini dijalankan.

Kepada semua sahabat seperjuangan yang secara langsung dan
tidak langsung dalam memberikan peringatan dan cadangan bagi setiap
kekeliruan serta pertanyaan sepanjang latihan industri dijalankan. Segala
tunjuk ajar, nasihat dan panduan tidak akan saya lupakan.

Sekian terima kasih

3

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PERKARA I
II
Perakuan pelajar III - IV
Penghargaan V - VI
Isi Kandungan VII
Senarai Rajah VIII
Senarai Gambar IX
Senarai Jadual
Senarai Lampiran X
Senarai Singkatan
Bab 1 Pengenalan 1-2
2
1.1 Pengenalan OJT
1.2 Skop OJT 2-3
1.3 Objektif OJT 3-4
1.4 Kepentingan OJT
Bab 2 Latar Belakang Organisasi 5-7
2.1 Pengenalan Spa 8
2.2 Carta Organisasi Spa
2.3 Deskripsi Tugas 8 - 10
2.4 Logo Syarikat 11
2.5 Lokasi Syarikat 12
2.6 Visi, Misi dan Objektif Syarikat 13
2.7 Ruangan Spa
2.8 Aktiviti Perniagaan Spa 14 - 15
16 - 18

4

Bab 3 Ringkasan Mingguan 19
19 - 32
3.1 Pengenalan
3.2 Ringkasan Mingguan OJT 33
33 - 35
Bab 4 Laporan Teknikal 35 - 36
4.1 Pengenalan 37 - 68
4.2 Pemasaran Dalam Perniagaan
4.3 Pemerhatian Strategi Spa 69 - 88
4.4 Jenis alatan dan bahan serta Standard
Operation Procedur (SOP) Penggunaan 89
4.5 Langkah Kerja Rawatan 89 - 90
90 - 91
Bab 5 Dapatan dan Cadangan 92 - 93

5.1 Pengenalan 94
5.2 Dapatan 95 - 101
5.3 Cadangan

Bab 6 Kesimpulan

Rujukan

Lampiran

5

SENARAI RAJAH

BIL. PERKARA MUKA SURAT
RAJAH
Carta alir organisasi spa 8
1. 13
2. Visi Pesona Idaman Spa 13
3. 13
4. Misi Pesona Idaman Spa 16
5. 16
Objektif Pesona Idaman Spa 17
6. 17
7. Jenis rawatan badan dan urutan di Pesona 17
Idaman Spa 18
8. 18
9. Jenis rawatan bekam di Pesona Idaman Spa 18
10. 68
11. Jenis rawatan muka dan bulu mata di Pesona 69
Idaman Spa 70
12. 71
Pakej spa melati di Pesona Idaman Spa 72
13. 73
14. Pakej spa mawar di Pesona Idaman Spa 74
15. 75
16. Pakej pengantin di Pesona Idaman Spa
17.
18. Jenis rawatan kaki dan tangan di Pesona
19. Idaman Spa
20.
Jenis produk kesihatan dan kecantikan di
Pesona Idaman Spa

Carta alir rawatan bertangas

Carta alir rawatan sauna infrared

Carta alir rawatan skrub badan

Carta alir rawatan mandi susu

Carta alir rawatan mandi bunga

Carta alir rawatan mandi rempah

Carta alir rawatan urutan badan

Carta alir rawatan facial collagen

6

21. Carta alir rawatan facial treatment 76
22. Carta alir rawatan fasial bekam 77
23. Carta alir rawatan facial resdung 78
24. Carta alir rawatan facial full treatment 79
25. Carta alir rawatan BB glow / sulam bedak 80
26. Carta alir rawatan dermapen 81
27. Carta alir rawatan eyelash perming 82
28. Carta alir rawatan manicure 83
29. Carta alir rawatan pedicure 84
30. Carta alir rawatan foot spa 85
31. Carta alir rawatan bekam darah 86
32. Carta alir rawatan asap resdung 87

7

SENARAI GAMBAR

BIL. PERKARA MUKA SURAT
GAMBAR Logo syarikat Pesona Idaman Spa
11
1. 12
12
2. Peta lokasi Pesona Idaman Spa 14
15
3. Pintu masuk atau ruangan luar Pesona Idaman
Spa

4. Ruangan kaunter dan produk di Pesona Idaman
Spa

5. Ruangan untuk melakukan rawatan muka dan
badan

8

SENARAI JADUAL

BIL. PERKARA MUKA SURAT
JADUAL 19 - 32
Ringkasan mingguan sepanjang On-The-Job 37 - 68
1. Training

2. Jenis bahan dan alatan di Pesona Idaman Spa
serta SOP setiap penggunaan

9

SENARAI LAMPIRAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT
LAMPIRAN
94
1. Price list flyers rawatan di Pesona Idaman Spa 95
96
2. Business card Pesona Idaman Spa 97
97
3. Loyalty Card Pesona Idaman Spa 98
98
4. Mandian bunga di Pesona Idaman Spa 99
100
5. Hasil rawatan eyelash perming di Pesona 100
Idaman Spa

6. Rawatan mesin totok wajah di Pesona Idaman
Spa

7. Rawatan microneedling dermapen di Pesona
Idaman Spa

8. Rawatan urutan badan di Pesona Idaman Spa

9. Rawatan bekam darah di Pesona Idaman Spa

10. Bahan herba yang digunakan untuk rawatan
bertangas dan mandi rempah di Pesona
Idaman Spa

10

SENARAI SINGKATAN

OJT On-The-Job Training
ERT Ekonomi Rumah Tangga
DVM Diploma Vokasional Malaysia
PTA Projek Tahun Akhir
ILKA Institusi Latihan Kemahiran Awam
ILKS Institusi Latihan Kemahiran Swasta
PO Penyelia Organisasi
PPO Pensyarah Penyelia OJT
UTC Urban Transformation Centre
PKP Perintah Kawalan Pergerakan
SOP Standard Operation Procedure

11

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN On-The-Job Training (OJT)

On-The-Job Training (OJT) yang berkuatkuasa pada 2015 adalah
satu syarat wajib bagi pelajar program Diploma Vokasional Malaysia (DVM)
di semua Kolej Vokasional, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan
Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS). OJT diperkenalkan untuk
memperkasa kompetensi yang sedia ada di samping memberi peluang
kepada pelajar untuk menimba pengalaman dalam dunia pekerjaan sebenar
supaya dapat mempertingkatkan kebolehpercayaannya.

Sepanjang menjalani OJT ini, pelajar akan berhadapan pelbagai
pengalaman dan kemahiran yang baru. Oleh itu, pelajar perlu menyiapkan
diri dari segi mental dan fizikal untuk menjalani latihan industri ini sehingga
tamat tempoh yang ditetapkan. Selain itu, pelajar akan dapat membina
keyakinan diri dan potensi diri untuk menjadi seorang yang lebih berani dan
tabah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pekerja di samping dapat
menimba ilmu pengetahuan dan juga pengalaman yang baharu.

Di samping itu juga, pelajar diterapkan dengan etika kerja yang
tinggi dan menjadikan diri seorang yang disiplin dalam menjalankan latihan
industri. Pelajar juga perlu membuat laporan harian bagi setiap tugas yang

12

dilakukan dan akan disemak oleh Penyelia Organisasi (PO) pada setiap
minggu. Selain itu, pensyarah daripada kolej akan memantau para pelajar
yang menjalani OJT pada hari yang ditetapkan. Pensyarah yang memantau
akan melihat prestasi kerja yang pelajar lakukan dalam organisasi serta
disiplin pelajar.

Hasil daripada On-The-Job Training (OJT) ini, Kolej Vokasional
(ERT) Azizah akan dapat melahirkan para graduan yang berkualiti serta
berkemahiran bagi melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi atau
terus melangkah ke alam pekerjaan seiring dengan matlamat kerajaan untuk
menghasilkan anak didik yang lebih bermutu dan juga berkualiti disamping
tenaga kerja yang berkemahiran.

1.2 SKOP On-The-Job Training (OJT)

Setiap perancangan program harus dirangka mengikut skop latihan
berpandukan kepada kurikulum program akademik dan vokasional untuk
memudahkan industri/organisasi luar merangka rancangan latihan pelajar.

1.3 OBJEKTIF On-The-Job Training (OJT)

On-The-Job-Training (OJT) ini adalah bertujuan bagi membolehkan para
pelajar mempraktikkan apa yang dipelajarinya secara teori mahupun amali
sepanjang berada di Kolej Vokasional dan mengaplikasikan secara praktikal
semasa menjalani OJT. Selepas selesai menjalani OJT, pelajar dapat:

a) Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di
tempat kerja.

b) Berkomunikasi secara berkesan dan menambahbaik kemahiran
berinteraksi.

c) Mengamalkan kerja berpasukan.

13

d) Meningkatkan tahap profesionalisme dan beretika dalam mematuhi
dasar-dasar, prosedur dan kaedah-kaedah di dalam organisasi.

e) Menerangkan tugas-tugas yang diberikan dalam tempoh OJT
mengikut format yang ditetapkan.

1.4 KEPENTINGAN On-The-Job Training (OJT)

Ketika menjalani OJT selama empat bulan, pelajar bukan sahaja
didedahkan kepada alam pekerjaan tetapi juga dapat mempraktikkan segala
teori dan amali yang dipelajari di Kolej Vokasional. Semua di Kolej
Vokasional, pelajar didedahkan secara am dan amali tetapi dengan
menjalani OJT ini juga pelajar dapat mendedahkan para pelajar tentang
suasana alam pekerjaan yang sebenar. Pelajar juga memperoleh pelbagai
faedah dari On-The-Job Training (OJT) antaranya adalah mendedahkan para
pelajar tentang kepentingan pengurusan masa dalam setiap pekerjaan yang
dilakukan. Ia amat penting untuk menanam sikap pandai mengurus masa
dalam diri para pelajar supaya segala tugas yang diberikan dapat disiapkan
dalam tempoh yang ditetapkan.

Dalam pada itu dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk
berinteraksi dengan pekerja-pekerja dalam organisasi atau masyarakat. Ia
dapat mendidik para pelajar cara-cara berkomunikasi yang baik dan
bersesuaian dengan situasi sama ada dengan ketua, kakitangan ataupun
pelanggan yang wujud di persekitaran tempat pelajar bekerja. Kebanyakan
organisasi yang mahu mengambil pekerja baru juga memerlukan pekerja
yang sudah berpengalaman bekerja, setidak-tidaknya para pelajar Kolej
Vokasional sudah mempunyai pengalaman bekerja semasa menjalani latihan
industri.

Dengan menggunakan pengalaman menjalani latihan di organisasi
selama empat bulan, para pelajar dapat mempelajari serba sedikit tentang
alam pekerjaan dan dapat mengawal situasi jika berada di pejabat atau
lokasi bekerja satu hari kelak. Di samping itu juga, para pelajar tidak lagi
merasa kekok dan janggal apabila mereka melangkah kea lam pekerjaan

14

yang sebenar di samping dapat menilai keupayaan diri sendiri sama ada
boleh menempuhi alam pekerjaan dan menghadapi cabaran apabila bekerja
kelak. Ia dapat membantu meningkatkan lagi keyakinan diri para pelajar.

OJT juga mendewasakan para pelajar yang bakal bergelar sebagai
pekerja. OJT sebagai pendedahan awal kepada para pelajar untuk bersikap
lebih matang. Ia memberikan impak mendalam dalam memupuk semangat
kerjasama dalam pasukan dan mendidik pelajar yang bakal menjejaki alam
pekerjaan supaya menghormati antara satu sama lain terutama pekerja yang
lebih senior atau pegawai yang berpangkat tinggi.

15

BAB 2

LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 PENGENALAN SPA

Pesona Idaman Spa adalah nama yang diberi terdapat maksud
yang tersendiri. ‘Pesona’ iaitu yang bermaksud mempesona memikat hati
manakala ‘Idaman’ bermaksud keinginan yang diidamkan. Berdasarkan
nama spa yang dibina menunjukkan bahawa kecantikan adalah sesuatu
benda yang memikat hati dan yang diidam idamkan tidak kira cantik luaran
mahupun dalaman. Kecantikan juga adalah aset atau keadaan yang ada
pada setiap manusia bergantung pada kekuatan fizikal dan rasa percaya
pada diri sendiri untuk berhadapan dengan orang lain. Daripada situ, akan
terserlah kecantikannya.

Spa ini ditubuhkan dengan lamanya di dalam Kompleks Pusat
Bandar pada tahun 1996 yang diasaskan oleh Encik Faris. Selang beberapa
tahun telah diambil alih pula oleh Puan Yunie dan telah diusahakan dengan
pelbagai rawatan kecantikan selama 6 tahun. Kemudian setelah beberapa
tahun, Kompleks Pusat Bandar telah dinaik taraf kepada Urban
Transformation Centre (UTC) iaitu pusat pelbagai perkhidmatan utama
Kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti Bandar, dan pemilik baru juga

16

telah diambil alih oleh Puan Sahrani Binti Syaripuddin dan beroperasi
sehingga kini.

Pemilik Pesona Idaman Spa terkini iaitu Puan Sahrani Binti
Syaripuddin telah berkecipung dan mempunyai pengalaman luas dalam
bidang spa dan kecantikan selama 10 tahun. Bukan itu sahaja, spa ini juga
mempunyai perunding kecantikan yang berpengalaman melebihi 10 tahun
dalam bidang kecantikan juga. Setiap pekerja yang baru juga akan dilatih
sehingga mahir dan boleh dipercayai sebelum memberikan perkhidmatan
kepada pelanggan. Setiap kemahiran amat dititikberatkan supaya pelanggan
berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

Di Pesona Idaman Spa terdapat pelbagai jenis rawatan kecantikan
yang disediakan khas untuk kaum wanita seperti rawatan muka iaitu fasial
muka, dermapen, bb glow, asap resdung dan totok wajah. Rawatan bekam
darah pada badan dan juga muka, rawatan kuku kaki dan tangan iaitu
manicure dan pedicure, manakala rawatan badan seperti mandian susu,
bunga dan rempah, urutan badan, rawatan sauna infrared, bertangas,
sengkak, refleksologi dan skrub badan. Selain daripada itu, rawatan mekap
dan eyelash perming. Tambahan lain, rawatan untuk berpantang ke rumah
juga disediakan dan dijalankan oleh juruterapi yang pakar dan
berpengalaman.

Dalam pada itu, Pesona Idaman Spa bukan sahaja menawarkan
perkhidmatan kecantikan, malah menjual produk kecantikan dan kesihatan.
Antaranya kopi Best One yang memberi manfaat untuk meningkatkan
kecerdasan mental dan melawan keletihan, membakar sel-sel lemak,
meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan hati dan buah pinggang serta
memperbaiki sistem pernafasan. Seterusnya supplemen Ntdot yang memberi
kebaikan untuk membantu menstabilkan darah, membantu merawat masalah
dalam wanita dan lelaki, membantu masalah hormon, dan membantu
melegakan masalah gastrik. Lain daripada itu, produk Firmax3 iaitu krim

17

sapuan untuk mencerahkan kulit, mengurangi lengan yang kendur,
merapatkan vagina, menyusutkan rahim, dan melancarkan peredaran darah.
Lebih daripada itu, pelbagai juga produk penjagaan kulit muka, pembersih
vagina dan sebagainya

Pesona Idaman telah beroperasi hampir 25 tahun yang diambil alih
oleh beberapa orang pengusaha. Lokasi spa ini beralamat di L2-14 UTC
Kompleks Pusat Bandar, 81700 Pasir Gudang, Johor. Spa ini beroperasi
setiap hari pada jam 10 pagi dan tutup pada jam 9 malam. Oleh disebabkan
spa bertempat di dalam UTC Kompleks Pusat Bandar, pelbagai kemudahan
yang ada di sekitar spa ini antaranya medan selera, pasaraya Hero Market,
Masjid, salon, kedai buku, Watsons, dan pelbagai kedai yang menjual baju
dan makanan. Pengguna juga digalakkan sambil memanjakan diri sambil
untuk membeli belah di dalam kompleks ini.

18

2.2 CARTA ORGANISASI SPA

PENGURUS/PENYELIA
PUAN SAHRANI BINTI

SYARIPUDDIN

BEAUTY CONSULTANT
SITI AISYAH BINTI AZIZ

BEAUTICIAN
NUR HANNANI BINTI HARON

Rajah 1 – Carta alir organisasi spa

2.3 DESKRIPSI TUGAS

a) Deskripsi tugas pengurus/penyelia Pesona Idaman Spa iaitu Puan
Sahrani Binti Syaripuddin
 Menjadi pemimpin atau ketua bagi memotivasi, mengarah
pekerja dan memberikan arahan, menetapkan standard pekerja
dan memberi latihan kepada pekerja.
 Memantau dan mengawal perbelanjaan dan belanjawan.
19

 Melakukan perancangan dan penetapan matlamat untuk masa
akan datang.

 Menjalankan penilaian prestasi yang tepat pada masanya.
 Membuat penilaian terhadap prestasi pekerja
 Bekerjasama dan bertolak ansur membantu mengeratkan

ukhwah diantara sesame staf
 Membantu pekerja memahami sasaran prestasi dan matlamat

spa
 Memegang dan membuat pengiraan jumlah jualan

perkhidmatan dan produk
 Membangunkan atau menambahbaik perkhidmatan yang

dijalankan di spa
 Memperbanyak dan memperolehi rawatan kecantikan yang

menarik untuk pelanggan
 Mengeluarkan modal yang diperlukan untuk setiap pembelian

bahan atau alatan yang kurang
 Merekod dan mengambil tindakan jika terdapat kerosakan dan

kekurangan alatan bahan
 Memberi elaun atau gaji kepada pekerja

b) Deskripsi tugas beauty consultant Pesona Idaman Spa, Siti Aisyah
Binti Aziz

 Memberikan maklumat berkaitan kecantikan dan kesihatan
terutamanya kulit wajah dan penjagaan dalaman.

 Memberi saranan dan galakan untuk menyelesaikan
permasalahan kulit yang berlaku pada pelanggan.

 Memastikan kecantikan dan kesihatan kulit pelanggan terjaga
dengan baik.

 Membantu memberikan saranan yang terbaik dalam penjagaan
kulit wajah pelanggan

20

 Memastikan pelanggan sentiasa berpuas hati dengan hasil
perkhidmatan yang dijalankan.

 Menjalankan rutin membersihkan alatan rawatan selepas
perkhidmatan

 Mewujudkan kemesraan diantara pekerja dan pekerja
 Memberikan khidmat yang ramah dan mesra kepada

pelanggan
 Menyambut kedatangan dan membuat welcoming drink (jika

perlu) kepada pelanggan
 Meramah dan menarik pelanggan yang lalu lalang di hadapan

spa

c) Deskripsi tugas beautician Pesona Idaman Spa, Nur Hannani Binti
Haron

 Ditugaskan untuk menjalankan aktiviti kaunseling berkaitan
kesihatan kulit

 Mengesyorkan jenis produk yang bersesuaian kepada
pengguna

 Melakukan rawatan atau perkhidmatan pada pelanggan.
 Memberikan info atau kesan rawatan yang mungkin timbul

akibat tindakan perubatan yang diambil kepada pelanggan.
 Memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna, menolong

mereka dan memberikan perkhidmatan mengikut keperluan
pelanggan.
 Mewujukan kemesraan diantara pekerja dan pekerja
 Memberi tindakan penjagaan kepada pengguna mengikut
keinginan mereka.
 Membuat susun atur bahan dan alatan pada tempat khas yang
telah ditetapkan.
 Menjemput dan mengalukan kedatangan pelanggan ke spa
 Meramah dan menarik pelanggan yang lalu lalang di hadapan
spa

21

2.4 LOGO SYARIKAT

Gambar 1 – Logo syarikat Pesona Idaman Spa
Logo syarikat Pesona Idaman Spa yang dipilih adalah konsep yang berunsur
kehijauan dan tradisional serta tulisan Face, Body, Spa merujuk kepada
rawatan yang dijalankan iaitu rawatan muka, rawatan badan dan sebagainya

22

2.5 LOKASI SYARIKAT

Lokasi syarikat atau spa adalah terletak di sekitar Pasir Gudang iaitu
beralamat L2-14 UTC Komples Pusat Bandar, 81700 pasir Gudang, Johor.

Gambar 2 - Peta lokasi Pesona Idaman Spa

Gambar 3 - Pintu masuk atau ruangan luar Pesona
Idaman Spa

23

2.6 VISI, MISI DAN OBJEKTIF SYARIKAT

VISI
Menjadi sebuah pusat kecantikan yang mampu
dikunjungi oleh semua golongan masyarakat

Rajah 2 – Visi Pesona Idaman Spa

MISI
Menjadi pusat kecantikan yang mampu memberikan

servis yang menyeluruh serta penawaran setiap
perkhidmatan yang berkesan

Rajah 3 – Misi Pesona Idaman Spa

OBJEKTIF SPA

 Dapat memastikan perkhidmatan yang
ditawarkan memberi kepuasan kepada
pelanggan

 Dapat memberikan keselesaan kepada
pelanggan semasa rawatan dijalankan

 Dapat melahirkan tenaga pekerja yang mahir
dalam setiap bidang yang berkaitan dengan
kecantikan

 Dapat memenuhi kehendak dan keperluan
tambahan kepada pelanggan

 Dapat mengeratkan kemesraan kepada
pelanggan

Rajah 4 – Objektif Pesona Idaman Spa

24

2.7 RUANGAN SPA

Gambar 4 - Ruangan kaunter dan produk Pesona
Idaman Spa

25

Gambar 5 -
Ruangan

untuk
melakukan
rawatan muka
dan badan

26

2.8 AKTIVITI PERNIAGAAN SPA

Selain daripada menjalankan pelbagai rawatan yang ditawarkan di Pesona
Idaman Spa, aktiviti mempromosikan rawatan juga dipelajari seperti
pengiklanan brosur, flyers dan sebagainya di laman sosial iaitu Facebook,
Instagram dan Whatsapp. Dalam pada itu, penjualan produk kecantikan juga
ditawarkan seperti kopi kesihatan, supplemen kecantikan dan sebagainya.
Antara senarai dan jenis rawatan yang ditawarkan di Pesona Idaman Spa:-

RAWATAN BADAN DAN URUTAN
Bertangas
Sauna Infrared
Skrub Badan
Mandian Susu
Mandian Bunga
Mandian Rempah
Refleksologi
Shoulder Massage
Urutan Badan
Sengkak

Rajah 5 - Jenis rawatan badan dan urutan di Pesona
Idaman Spa

RAWATAN BEKAM
Bekam Sunnah
Bekam Muka
Bekam Angin
Bekam Full Body

Rajah 6 - Jenis rawatan bekam di Pesona Idaman Spa

27

RAWATAN MUKA DAN BULU MATA
Totok Wajah
Facial Collagen
Facial Treatment
Facial Bekam
Facial Resdung
Facial Full Treatment
Rawatan BB Glow
Rawatan Dermapen
Rawatan Asap Resdung
Eyelash Perming

Rajah 7 - Jenis rawatan muka dan bulu mata di Pesona
Idaman Spa

PAKEJ SPA MELATI
Facial Collagen + Urutan Badan + Totok Wajah +
Sauna

Rajah 8 - Pakej spa melati di Pesona Idaman Spa

PAKEJ SPA MAWAR
Facial Treatment + Mandian Susu / Mandian Herba
+ Sauna Infrared + Skrub Badan

Rajah 9 - Pakej spa mawar di Pesona Idaman Spa

28

PAKEJ PENGANTIN
Facial Full Treatment + Vit C + Totok Wajah +
Sauna Infrared + Skrub Badan + Mandian Susu /
Mandian Bunga + Body Lotion + Minuman Halia

Rajah 10 - Pakej pengantin di Pesona Idaman Spa

RAWATAN TANGAN DAN KAKI
Manicure
Pedicure
Foot Spa

Rajah 11 - Jenis rawatan tangan dan kaki di Pesona
Idaman Spa

PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN
Kopi Best One
Supplemen Ntdot
Firmax3

Rajah 12 - Jenis produk kesihatan dan kecantikan di
Pesona Idaman Spa

29

BAB 3

RINGKASAN MINGGUAN

3.1 PENGENALAN
Ringkasan aktiviti On-The-Job Training (OJT) ini dihurai dalam

bentuk ringkasan mingguan yang bermula dari minggu pertama hingga
minggu terakhir latihan industri. Setiap aktiviti atau tugasan yang dilakukan
pada setiap minggu akan diberitahu dan diringkaskan dalam bab ini. Tarikh
OJT yang berlangsung adalah pada 1 Mac 2021 – 16 Julai 2021 iaitu selama
empat bulan setengah di Pesona Idaman Spa, Pasir Gudang, Johor Bahru,
Johor.

3.2 RINGKASAN MINGGUAN ON-THE-JOB TRAINING

MINGGU 1 – ( 1 Mac – 7 Mac 2021)
Ringkasan :

 Melapor diri untuk menjalani latihan industri di Pesona Idaman
Spa

 Pihak organisasi memberi penerangan ringkas berkaitan
dengan maklumat spa.

 Pihak spa juga memberitahu jenis rawatan yang ditawarkan di
Pesona Idaman Spa, jenis alatan dan bahan yang digunakan,

30

cara pengendalian mesin, cara menguruskan susun atur dan
pengemasan alatan dan bahan, waktu untuk berehat dan hari
cuti bekerja, tatasusila pemakaian, cara opening dan closing
spa dan cara layanan dengan pelanggan.
 Sesi mengenali dan berkenalan dengan staf di Pesona
Idaman Spa
 Belajar berkaitan cara mengurut badan
 Langkah rawatan fasial dermapen
 Belajar tentang facial treatment iaitu dengan penggunaan
mesin
 Cara mandian susu
 Rawatan menggunakan laser muka
 Menjalankan rawatan foot spa, manicure dan pedicure
 Mempraktik cara mengendali rawatan sauna infrared
 Belajar mengenai rawatan bekam pada muka pelanggan

MINGGU 2 – ( 8 Mac – 14 Mac 2021)
Ringkasan :

 Membuka spa dan mengemas tempat kerja
 Melakukan pembersihan spa seperti menyapu, mengemop,

mengelap sebelum spa beroperasi
 Diberi kepercayaan oleh penyelia untuk menjalankan rawatan
 Melakukan urutan refleksologi pada kaki pelanggan
 Membersihkan ruangan produk di dalam spa
 Menjalankan shoulder massage
 Belajar dan menjalankan langkah skrub badan pada

pelanggan
 Menjalankan urutan badan mengikut teknik yang dipelajari
 Melakukan facial collagen
 Mengenali tentang penyediaan bahan dan mendapatkan

pengetahuan cara manjalankan rawatan bertangas

31

 Membuat eyelash perming pada bulu mata pelanggan
 Membuat bahan untuk tawaran pemasaran di media sosial

seperti Facebook dan sebagainya
 Menambah baik dan memperbanyakkan perkhidmatan di spa

MINGGU 3 – (15 Mac – 21 Mac 2021)
Ringkasan :

 Membuka spa dan mengemas ruang kerja
 Melakukan pembersihan spa seperti menyapu, mengemop,

mengelap sebelum spa beroperasi
 Mempraktikkan teknik urutan dengan melakukan latihan pada

badan penyelia
 Membuat rawatan eyelash perming pada bulu mata pelanggan
 Menjalankan rawatan bertangas kepada pelanggan dengan

menggunakan bahan berherba seperti serai, halia, halba,
daun pandan dan sebagainya
 Belajar cara penyapuan bahan bleaching pada anggota badan
pelanggan
 Menjalankan rawatan manicure dan pedicure pada kuku kaki
tangan pelanggan
 Melakukan rawatan refleksologi
 Membuat latihan penggunaan mesin totok wajah pada muka
penyelia
 Belajar mengenai langkah penggunaan jarum bekam dan
kesan kebaikan dalam rawatan berbekam
 Melakukan rawatan foot spa pada kaki pelanggan

MINGGU 4 – (22 Mac – 28 Mac 2021)
Ringkasan :

 Membuka spa dan mengemas ruang kerja
 Melakukan pembersihan spa seperti menyapu, mengemop,

32

mengelap sebelum spa beroperasi
 Menjalankan dan mempraktikkan langkah urutan badan pada

pelanggan
 Belajar dan melakukan pembuangan lebihan kulit dan kutil

pada kulit pelanggan
 Melakukan rawatan manicure pada kuku pelanggan
 Membuat penyediaan bahan untuk mandi bunga dan

menjalankan rawatan tersebut pada pelanggan
 Menjalankan rawatan facial collagen pada muka pelanggan
 Melakukan rawatan dan membuat persiapan pelanggan untuk

mandi susu
 Menjalankan rawatan berpakej iaitu skrub badan, urutan

badan dan fasial pada pelanggan
 Melakukan rawatan bertangas pada pelanggan
 Membuat penyediaan pelanggan untuk menjalankan rawatan

sauna infrared

MINGGU 5 – ( 29 Mac – 4 April 2021)
Ringkasan :

 Membuka spa dan mengemas ruang kerja
 Melakukan pembersihan spa seperti menyapu, mengemop,

mengelap sebelum spa beroperasi
 Menjalankan rawatan sauna kepada pelanggan
 Membuat persediaan alatan dan bahan untuk rawatan

berbekam
 Mempraktikkan teknik urutan badan pada pelanggan
 Melakukan eyelash perming pada bulu mata pelanggan
 Belajar mengenai langkah mekap yang professional iaitu

mekap bermajlis
 PPO datang ke spa untuk membuat pemantauan kali pertama
 Menjalankan rawatan manikur pada kuku pelanggan
 Belajar mengenai langkah rawatan dermapen pada kulit muka

33

pelanggan
 Melakukan rawatan facial collagen pada muka pelanggan
 Menjalankan facial full treatment pada muka pelanggan

dengan penggunaan mesin iaitu cold hammer, dan mesin
totok wajah
 Melakukan pakej melati pada pelanggan
 Menjalankan rawatan refleksologi pada kaki pelanggan

MINGGU 6 – ( 5 April – 11 April 2021)
Ringkasan :

 Membuka spa dan mengemas ruang kerja
 Melakukan pembersihan spa seperti menyapu, mengemop,

mengelap sebelum spa beroperasi
 Menjalankan rawatan facial collagen
 Membuat pembersihan peralatan setiap mesin di dalam spa
 Membersihkan ruangan rak kabinet produk untuk melakukan

pengubahsuaian
 Membuang produk yang telah tamat tempoh dan dikumpulkan

kedalam kotak
 Menjalankan urutan badan pada pelanggan
 Melakukan dan mempraktikkan rawatan facial full treatment
 Membuat rawatan foot spa pada kaki pelanggan
 Belajar mengenai teknik pemegangan jarum bekam pada

badan pelanggan

MINGGU 7 – ( 12 April – 18 April 2021)
Ringkasan :

 Membuka spa dan mengemas ruang kerja
 Melakukan pembersihan spa seperti menyapu, mengemop,

mengelap sebelum spa beroperasi
 Menjalankan rawatan urutan badan pada pelanggan

34

 Melakukan rawatan facial collagen pada kulit muka pelanggan
 Menjalankan duty rooster di dalam spa iaitu membersihkan

peralatan mesin, menyapu, mengemop lantai dan mengelap
rak kabinet
 Membuat rawatan eyelash perming pada bulu mata pelanggan
 Melakukan urutan badan pada pelanggan
 Membuat sesi membersih dan menggilap dalam rawatan
manicure pada kuku pelanggan
 Belajar dengan memperolehi sebanyak pengetahuan
mengenai rawatan berbekam dan dermapen

MINGGU 8 – ( 19 April – 25 April 2021)
Ringkasan :

 Membuka spa dan mengemas ruang kerja
 Melakukan pembersihan spa seperti menyapu, mengemop,

mengelap sebelum spa beroperasi
 Belajar mengenai langkah rawatan sulam bedak satu persatu
 Menjalankan rawatan foot spa serta memahirkan proses

pembersihan dan pembuangan kerak tumit kaki pelanggan
 Memahirkan teknik-teknik pembersihan dan urutan pada muka

pelanggan
 Belajar prosedur rawatan dan kesan kebaikan rawatan

berbekam pada muka pelanggan
 Melakukan rawatan manicure, pedicure dan menambah baik

cara pemotongan kutikel kuku pelanggan
 Memahirkan pergerakan dan tekanan untuk menyental badan

pelanggan dalam rawatan skrub badan
 Melaksanakan urutan badan pada pelanggan
 Membuat penawaran promosi rawatan sempena Hari Raya

Puasa iaitu penyediaan bahan promosi

35

MINGGU 9 – (26 April – 2 Mei 2021)
Ringkasan :

 Membuka spa dan mengemas ruang kerja
 Melakukan pembersihan spa seperti menyapu, mengemop,

mengelap sebelum spa beroperasi
 Memahirkan kemahiran urutan dalam rawatan refleksologi
 Belajar mengetahui cara pengendalian jarum dan langkah

rawatan dermapen pada kulit muka pelanggan
 Menjalankan rawatan urutan badan dengan memahirkan diri

dengan teknik urutan yang dipelajari kepada pelanggan
 Membuat rawatan foot spa pada kaki pelanggan
 Belajar mengenai langkah dan menjalankan rawatan asap

resdung pada pelanggan
 Memantapkan kemahiran dalam urutan muka dan

pembersihan muka
 Melakukan dan memperoleh pengetahuan tambahan

berkaitan perbezaan hasil penggunaan perm rob dan silicone
perm dalam rawatan eyelash perming
 Membuat penyediaan bahan dan alatan serta menjalankan
rawatan mandi susu pada pelanggan

MINGGU 10 – (3 Mei 2021 – 9 Mei 2021)
Ringkasan :

 Membuka spa dan mengemas ruang kerja
 Melakukan pembersihan spa seperti menyapu, mengemop,

mengelap sebelum spa beroperasi
 Memperoleh pengetahuan tentang rawatan pembuangan kutil

dan tahi lalat
 Menjalankan perkhidmatan facial collagen kepada pelanggan
 Melakukan rawatan eyelash perming iaitu melentikkan bulu

36

mata pada pelanggan
 Membuat penyediaan bahan alatan dan menjalankan rawatan

mandi bunga
 Mempraktikkan teknik urutan pada rawatan urutan badan

kepada pelanggan
 Bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan

menyebabkan spa tidak beroperasi
 Penyelia organisasi menyediakan tugasan bekerja di rumah

iaitu membuat laporan yang berkaitan dengan latihan industri
dan membuat bahan promosi selepas PKP serta bahan untuk
posting di media sosial
 Membuat kaedah alternatif
 Mencari maklumat yang berkaitan dengan spa daripada pihak
organisasi dan internet untuk penulisan laporan

MINGGU 11 – (10 Mei – 16 Mei 2021)
Ringkasan :

 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan dan
menyebabkan spa tidak beroperasi

 Membuat kaedah alternatif
 Mengumpul segala maklumat yang dicari daripada pemberian

informasi daripada pihak organisasi
 Membuat pelaksanaan penulisan laporan bermula dari bab 1

pengenalan
 Mencari maklumat atau informasi yang berkaitan dengan

pengenalan On-The-Job Training (OJT)
 Membuat bahan promosi berkenaan kelebihan rawatan lulur

atau skrub badan
 Merangka dan membuat penulisan penghargaan dengan

merujuk cara penulisan yang betul di internet
 Menyediakan pamplet promosi rawatan selepas tamat PKP

37

MINGGU 12 – (17 Mei – 23 Mei 2021)
Ringkasan :

 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan dan
menyebabkan spa tidak beroperasi

 Membuat kaedah alternatif
 Memulakan penulisan pengenalan OJT, skop OJT, objektif

OJT dan kepentingan OJT
 Mereka dan menyediakan pamplet untuk promosi rawatan

selepas tamat PKP
 Memulakan penulisan bab 2 berkaitan latar belakang

organisasi iaitu pengenalan spa
 Menyediakan bahan promosi iaitu berkaitan pelbagai rawatan

3 In 1 dan 2 In 1

MINGGU 13 – (24 Mei – 30 Mei 2021)
Ringkasan :

 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan dan
menyebabkan spa tidak beroperasi

 Membuat kaedah alternatif
 Merangka dan membuat carta organisasi berdasarkan jawatan

pekerja Pesona Idaman Spa
 Mencari maklumat di internet berkaitan penulisan deskripsi

tugas setiap jawatan mengikut aliran carta organisasi
 Memasukkan gambar berkaitan logo syarikat, peta lokasi

syarikat, ruangan di dalam spa beserta penerangan pada bab
2 latar belakang organisasi
 Merangka penulisan dan penerangan tentang visi, misi dan
objektif syarikat
 Melakukan penyenaraian aktiviti atau perkhidmatan yang
ditawarkan di spa
 Mengadakan perjumpaan di Google Meet bersama Puan

38

Haslin
 Mengemas kini buku log untuk penulisan bab 3 ringkasan

mingguan
 Membuat penyediaan bahan untuk tujuan posting di media

sosial berkaitan kebaikan rawatan bertangas dan rawatan
urutan badan

MINGGU 14 – (31 Mei – 6 Jun 2021)
Ringkasan :

 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan dan
menyebabkan spa tidak beroperasi

 Membuat kaedah alternatif
 PPO berhubung dan berinteraksi dengan pelajar tentang

kaedah alternatif bagi melengkapkan pemarkahan OJT
 Menyambung pengisisian buku log untuk mengemas kini

laporan ringkasan mingguan
 Mencetak gambar rajah yang berkaitan untuk ditampal pada

buku log
 Membuat penyediaan bahan posting di media social tentang

kebaikan rawatan bekam darah
 Memulakan penulisan bab 3 ringkasan mingguan mengikut isi

daripada aktiviti di buku log dan merujuk buku panduan OJT
 Menyambung dan mengemaskini penulisan bab 3 iaitu

berkaitan ringkasan mingguan
 Menghasilkan dengan mereka dan mengedit bahan posting

berkaitan kelebihan rawatan dermapen
 Memulakan penulisan bab 4 laporan teknikal
 Mencari bahan dan alatan untuk membuat penulisan bab 4
 Merangka jadual jenis bahan dan alatan serta SOP setiap

penggunaannya

39

MINGGU 15 – (7 Jun – 13 Jun 2021)
Ringkasan :

 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan dan
menyebabkan spa tidak beroperasi

 Membuat kaedah alternatif
 Menyambung penulisan bab 4 tentang laporan teknikal
 Menyediakan bahan untuk posting di media social iaitu

kebaikan mandian susu
 Melakukan pencarian setiap SOP bagi setiap rawatan di

internet dan membuat pembahagian yang berkaitan
 Mengemas kini dan menyambung laporan bab 4 berkaitan

SOP penggunaan bahan serta alatan
 Menyediakan bahan tugasan daripada penyelia organisasi

berdasarkan rawatan yang ditawarkan
 Mengemas kini bab 2 dengan memperbetul dan menambah

pengisian laporan penulisan
 Menyambung penulisan bab 4 iaitu berkaitan dengan

Standard Operation Procedure (SOP) penggunaan bahan dan
alatan
 Membuat dan mereka bahan posting tentang kelebihan
rawatan sauna infrared
 Merangka pengenalan bab 4 tentang laporan teknikal

MINGGU 16 – (14 Jun – 20 Jun 2021)
Ringkasan :

 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan dan
menyebabkan spa tidak beroperasi

 Membuat kaedah alternatif
 Membuat penerangan ayat berkaitan dengan pemasaran

dalam perniagaan
 Mengemas kini penulisan tentang pemasaran dalam

40

perniagaan
 Mencari maklumat berkaitan strategi spa dalam bab 4 iaitu

laporan teknikal
 Mengemas kini dan penambahan maklumat penulisan untuk

strategi spa
 Menaik taraf atau membaik pulih flyers Pesona Idaman Spa
 Membuat penerangan berkaitan dengan pemasaran di bab 4

laporan teknikal

MINGGU 17 – (21 Jun – 27 Jun 2021)
Ringkasan :

 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan dan
menyebabkan spa tidak beroperasi

 Membuat kaedah alternatif
 Membuat tugasan iaitu menyediakan bahan posting untuk

kegunaan di media sosial
 Membuat dan menyenaraikan langkah kerja setiap rawatan di

spa
 Merangka carta alir mengikut format yang telah ditetapkan
 Memulakan penulisan langkah kerja rawatan
 Memulakan penulisan bab 5 iaitu dapatan dan cadangan
 Membuat pengenalan dan penerangan tentang bab 5 dapatan
 Membuat pencarian dan pengisian meklumat berkenaan

pengenalan dapatan dan cadangan
 Memperbaiki penulisan pada dapatan bab 5
 Menyediakan bahan posting di media sosial iaitu kelebihan

eyelash perming dan rawatan BB glow
 Mencari isi maklumat untuk cadangan penambahbaikan yang

diperlukan di spa tersebut

41

MINGGU 18 – (28 Jun – 4 Julai 2021)
Ringkasan :

 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan dan
menyebabkan spa tidak beroperasi

 Membuat kaedah alternatif
 Mengemas kini cadangan di dalam bab 5 cadangan dan

dapatan
 Membuat bahan untuk posting di laman media sosial
 Membuat bahan untuk posting di media sosial berkaitan

kebaikan rawatan
 Merangka dan mencari maklumat berkaitan dengan

keseluruhan kesimpulan di bab 5
 Membuat pengumpulan bahan rujukan sepanjang

menjalankan atau membuat penulisan laporan OJT
 Memasukkan sumber rujukan pada kesemua pencarian bahan

di bahagian akhir laporan iaitu rujukan
 Membuat pengumpulan gambar dan lampiran yang berkaitan

dengan servis

MINGGU 19 – (5 Julai – 11 Julai 2021)
Ringkasan :

 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan dan
menyebabkan spa tidak beroperasi

 Membuat kaedah alternatif
 Merangka dan membuat halaman perakuan pelajar
 Mengemas kini bab 2 tentang latar belakang organisasi
 Membuat dan mereka bahan untuk posting di media sosial

berkaitan kebaikan fasial muka
 Membuat penambahbaikan bab 2 iaitu memasukkan skop

kerja spa di dalam penulisan laporan
 Membuat bahan posting berkaitan kebaikan rawatan manicure

42

& pedicure serta rawatan mandi rempah
 Mengemaskini bab 4 laporan teknikal dan bab 1 tentang

pengenalan

MINGGU 20 – (12 Julai – 16 Julai 2021)
Ringkasan :

 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan dan
menyebabkan spa tidak beroperasi

 Membuat kaedah alternatif
 Mengemas kini dan menambah baik bab 6 kesimpulan
 Menyediakan bahan posting bagi kebaikan rawatan asap

resdung
 Mengemas kini bab 3 iaitu ringkasan mingguan dan buku log
 Pemantauan dan berinteraksi melalui google meet bersama

PPO
 Mengemas kini dan membuat penyemakan akhir laporan bab

2 latar belakang organisasi dan bab 3 ringkasan mingguan
 Mengemas kini bab 4 laporan teknikal
 Menambahbaik dan membuat penyemakan akhir sebelum

tugasan diserahkan kepada penyelia organisasi untuk
penyemakan

Jadual 1 – Ringkasan mingguan sepanjang On-The-Job
Training

43

BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL

4.1 PENGENALAN
Di Pesona Idaman Spa terdapat pelbagai rawatan yang disediakan

untuk pelanggan. Rawatan yang disediakan termasuklah rawatan badan,
rawatan muka, rawatan kuku dan rawatan kaki. Kesemua rawatan yang
disediakan mempunyai manfaat dan teknik yang berbeza. Di dalam bab 4
iaitu laporan teknikal akan diberi penerangan berkaitan pemasaran dalam
perniagaan di Pesona Idaman Spa, strategi pemerhatian spa, dan
penyenaraian bahan alatan, penerangan Standard Operation Prosedure
(SOP) serta langkah kerja bagi setiap rawatan.

4.2 PEMASARAN DALAM PERNIAGAAN
Pemasaran merupakan satu proses sosial dan pengurusan di mana

individu atau kumpulan memenuhi keperluan dan kehendak mereka melalui
penghasilkan dan penukaran produk atau nilai di kalangan mereka.
Pemasaran bukan hanya berkisar tentang jualan, tetapi ia juga melibatkan
urusan-urusan sebelum jualan seperti kajian, pembangunan produk atau
perkhidmatan, kualiti produk dan perkhidmatan, perletakan harga dan
sebagainya. Dengan itu, pemasaran adalah satu aktiviti manusia dalam

44

memenuhi keperluan dan kehendak pengguna bagi menghasilkan sesuatu
perkara yang terbaik.

Berikutan tawaran perkhidmatan yang ditawarkan di Pesona Idaman
Spa, keseluruhan rawatan amat menarik iaitu dari segi memperolehi
kecantikan luaran dan dalaman. Antara rawatan badan dan muka khususnya
adalah menggunakan kaedah tradisional. Bahan yang digunakan adalah
daripada herba asli seperti serai, halia, halba, bunga cengkih, daun pandan,
daun limau purut, manjakani, kayu manis dan herba lain yang mempunyai
khasiat tersendiri dan mampu memberi kesan kebaikan terhadap tubuh
badan pelanggan.

Pesona Idaman Spa bukan sahaja mengekalkan dan menjaga
kualiti bahan perkhidmatan, malah menawarkan harga yang berpatutan
mengikut setiap rawatan. Harga yang ditawarkan amat berpatutan bagi
semua golongan masyarakat tidak kira remaja, dewasa, golongan berada
mahupun tidak berada. Setiap rawatan mengikut anggaran harga rawatan
yang tidak lebih daripada empat ratus ringgit. Kebanyakan pelanggan yang
mengunjung terdiri daripada suri rumah, guru, pekerja kilang, jururawat, dan
business women. Peluang dan ruang untuk mereka memanjakan diri amatlah
dialukan oleh kami di Pesona Idaman Spa.

Kaedah pemasaran yang digunakan di Pesona Idaman Spa adalah
melalui flyers, kad ahli dan juga media sosial. Bagi kaedah flyers, kaedah ini
telah digunakan dalam setiap spa. Pesona Idaman Spa juga tidak
ketinggalan menggunakan kaedah ini dengan mengedarkan kepada
pengguna yang lalu lalang di hadapan spa. Tindakan ini dapat menarik minat
pelanggan untuk menjalankan rawatan pada waktu yang sama atau pada
bila-bila masa.

Seterusnya, tidak lain tidak bukan penggunaan media sosial juga
medan atau laman bagi mempengaruhi pelanggan untuk mengenali
kewujudan spa kita. Pesona Idaman Spa juga mempromosikan setiap
rawatan di media sosial iaitu Facebook, Instagram, dan Whatsapp. Segala
rawatan yang telah dilakukan akan dimuat naik supaya pelanggan akan

45

teruja dan berminat untuk memanjakan diri dengan rawatan di Pesona
Idaman Spa.

4.3 PEMERHATIAN STRATEGI SPA

Selain daripada pemasaran dalam perniagaan, tempat atau lokasi
sesebuah perniagaan cukup memberi pengaruh yang besar kepada setiap
syarikat. Hal ini disebabkan punca untung dan rugi sesebuah perniagaan
juga adalah berkait rapat dengan pemilihan lokasi. Pengoperasian Pesona
Idaman Spa adalah lokasi yang senang nampak oleh golongan masyarakat.
Hal ini kerana spa ini berada di dalam sebuah Kompleks di Pasir Gudang
iaitu terdapat pelbagai kemudahan yang menjadi salah satu faktor tarikan
pelanggan untuk menyinggah.

Daripada salah satu strategi tarikan yang ada, Pesona Idaman
bukan sahaja menerima pelanggan melalui daripada tempahan, malah
daripada walk-in juga. Kebiasaannya, hari yang sibuk pengunjung
mengunjung adalah waktu hari minggu, iaitu hari jumaat, sabtu dan ahad.
Dimana waktu tersebut adalah waktu untuk mereka cuti dan meluangkan
masa bersama keluarga. Hal ini kerana mereka mempunyai kekangan masa
untuk membuat tempahan melalui dalam talian.

Seterusnya pada waktu yang sama pengguna akan diberi loyalty
card. Berkaitan dengan loyalty card, ini juga salah satu strategi untuk
mempengaruhi pelanggan untuk datang menjalankan rawatan. Setiap
pelanggan yang menjalankan rawatan tidak kira pertama kali, akan diberi
juga loyalty card bagi menghargai kedatangan pelanggan dan diberi tawaran
untuk menebus 10 rawatan bagi mendapatkan satu rawatan percuma yang
berjumlah lima puluh ringgit. Daripada strategi ini, pelanggan akan berminat
dan kerap untuk datang ke spa.

Justeru itu, setelah membuat perbandingan sepanjang saya
menjalani latihan industri di Pesona Idaman Spa, walaupun terdapat dua

46

buah spa yang lain sebagai pesaing, akan tetapi harga dan perkhidmatan
yang Pesona Idaman Spa ditawarkan juga jauh lagi berpatutan untuk
pelanggan yang dikasihi. Kebanyakan pelanggan juga akan mengambil kira
dari segi harga bagi mengikut kemampuan dan kualiti servis yang dijalankan.

Perbandingan produk atau bahan untuk setiap rawatan juga amat
berlainan bagi setiap spa kami. Oleh yang demikian kerana bahan atau
produk yang digunakan untuk diaplikasi pada kulit pelanggan adalah bahan
yang bagus dan mampu memberi kesan yang terbaik kepada pengguna.
Antara jenama bahan atau produk yang digunakan untuk rawatan adalah
Firmax3 iaitu untuk rawatan bekam, Phyto Derma Mesofiller White untuk
rawatan BB Glow, mesin Elken Eternal Beauty untuk rawatan totok wajah
dan Elysyle adalah krim urutan untuk totok wajah.

47

4.4 STANDARD OPERATION PROCEDUR (SOP) PENGGUNAAN
ALATAN DAN BAHAN

ALATAN / BAHAN BESERTA FUNGSI SOP PENGGUNAAN

1) KATIL Sebelum

- Pastikan katil fasial dalam keadaan

baik sebelum digunakan

- Pastikan kedudukan katil berada di

dalam keadaan yang stabil

Semasa

- Ambil langkah berhati-hati semasa

menggunakannya

- Untuk pelanggan baring - Pastikan pelanggan mengurangkan

- Untuk kegunaan rawatan fasial, pergerakan

urutan badan, eyelash perming dan Selepas

sebagainya - Kemas katil dan susun atur pada

kedudukan yang sebetulnya

- Turunkan kepala katil kepada asal

jika tidak digunakan

2) KERUSI Sebelum

- Pastikan kerusi berada dalam

keadaan elok

- Pastikan keadaan kerusi dalam

keadaan bersih

Semasa

- Pastikan kerusi digunakan dengan

berhati hati

Selepas

- Kegunaan juruestetik duduk semasa - Susun semula kerusi pada tempat

rawatan khas

48

- Digunakan untuk memudahkan - Semak semula kerusi supaya dalam
proses rawatan keadaan asal

3) TROLI Sebelum

- Pastikan keadaan troli dalam

keadaan elok

- Lap troli daripada segala habuk dan

kotoran

Semasa

- Tolak troli dengan berhati hati

- Peralatan mesin dan bahan di susun

dengan rapi di atas troli

Selepas

- untuk meletakkan bahan dan mesin - Susun semula barang yang berada

rawatan di atas troli di tempat asal

- Memudahkan pergerakan dan - Lap troli jika terdapat sebarang sisa

pengambilan bahan bahan kotoran atau rawatan

4) MANGKUK FASIAL Sebelum

- Pastikan mangkuk fasial dalam

keadaan yang bersih tiada kotoran

- Isi air mengikut kuantiti yang

dikehendaki

Semasa

- Pastikan mangkuk berada di atas

troli yang beralas kain

Selepas

- Untuk mengisi air kegunaan semasa - Basuh semula mangkuk dan

rawatan keringkan di tempat yang

- Memudahkan proses mencuci muka bersesuaian

pelanggan - Susun atur pada tempat asal

49

5) MANGKUK KECIL Sebelum

- Pastikan mangkuk dalam keadaan

yang bersih

Semasa

- Gunakan mangkuk dengan

berhemah

- Untuk mengisi bahan rawatan dalam Selepas

kuantiti yang sikit - Basuh semula mangkuk sehingga

- Memudahkan kerja pengambilan bersih

bahan daripada bekas atau botol - Lap dan keringkan mangkuk tersebut

di ruangan yang sedia ada atau yang

telah ditetapkan

6) SPATULA Sebelum

- Pastikan spatula dalam keadaan

yang bersih dan kering sebelum

digunakan

Semasa

- Gunakan spatula dengan berhati hati

dan cermat

- Kegunaan untuk mengambil bahan Selepas

rawatan - Cuci spatula sehingga bersih

kemudian lap dan keringkan di

tempat sebaiknya

7) Berus muka Sebelum

- Pastikan berus dalam keadaan yang

kering serta bersih dari sisa bahan

rawatan

Semasa

- Gunakan berus dengan teliti pada

muka pelanggan

- Kegunaan menyapu pada muka -

50


Click to View FlipBook Version