The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurnanni01, 2021-07-31 19:25:52

LAPORAN AKHIR OJT HANNANI

majikan dan staf amatlah baik dan akrab. Lebih-lebih lagi layanan terhadap
pelanggan dengan staf juga amat mesra dan tidak kekok.

Lain daripada itu, setiap pengetahuan dan maklumat berkaitan dengan
spa yang diterima banyak memberi manfaat dan dapat mengaplikasi segala
ilmu yang dipelajari di kolej dengan baik semasa rawatan dilaksanakan.
Pengetahuan tambahan yang tiada semasa pembelajaran semasa amali dan
teori di kolej juga dapat ditambah mengikut prosedur di spa tersebut. Bukan
itu sahaja, walaupun teknik yang digunakan di Pesona Idaman Spa amat
banyak, tetapi mudah untuk difahami dan diingat.

Justeru itu, dapatan lain yang diperolehi juga adalah dapat
menyelesaikan sesuatu kerja atau tugasan yang diberi oleh pihak organisasi
dengan baik dan jayanya. Walaupun saya hanya seorang pelajar praktikal,
mereka disini juga mudah menerima saya sebagai sebahagian pekerja disini.
Aspek disiplin dan keyakinan diri turut bertambah kerana saya percaya saya
berupaya melakukan kerja yang diarahkan dengan sebaiknya selain dapat
memberikan kepercayaan majikan kepada kita. Tuntasnya, kualiti kerja dapat
dijaga dengan baik malah dapat menjaga nama baik sendiri, kolej dan
keluarga daripada terjejas.

5.3 CADANGAN

Sebuah syarikat yang baik prestasinya adalah syarikat yang
sentiasa menambahbaik kesilapan yang sedia ada supaya mereka tidak
ulang kesilapan yang sama di kemudian hari demi mencapai kepuasan
pelanggan. Jadi terdapat beberapa usulan cadangan yang boleh ditambah
baik oleh pihak Pesona Idaman Spa pada masa akan datang.

Setiap permasalahan atau kekurangan sesuatu perkara pasti ada
jalan penyelesaian dan penambahbaikan. Terdapat beberapa masalah atau
kesukaran semasa menjalani latihan industri ini. Masalah utama yang
dihadapi ialah dari segi peralatan kerana jumlah peralatan yang terhad.
Peralatan seperti troli, alatan manikur dan padikur, peralatan fasial, bekam
dan sebagainya. Perkara ini amat menyukarkan kepada pekerja untuk

101

menjalankan perkhidmatan jika terdapat ramai pelanggan pada hari dan
waktu yang tertentu. Selain itu, peralatan yang digunakan di spa yang tidak
berkualiti tinggi dan kurang keselesaan seperti katil fasial. Katil fasial adalah
alatan utama yang digunakan dalam setiap rawatan. Oleh itu, pemilihan
alatan mahupun bahan mestilah yang berkualiti supaya tidak mendatangkan
kerugian yang besar kepada syarikat.

Seterusnya, pelabelan bahan perlu dibuat bagi memudahkan kerja
pengambilan dan penyimpanan pada tempat yang ditetapkan. Hal ini,
penyusunan bahan dapat dipertingkatkan dengan lebih baik dan teratur. Oleh
yang demikian, pengguna dan masyarakat berasa sangat teruja jika
perkhidmatan yang ditawarkan adalah pelbagai. Penambahbaikan ini juga
boleh dibuat bagi menarik perhatian pelanggan bukan sahaja rawatan yang
biasa dilakukan di mana-mana spa, malah rawatan luar biasa seperti yang
ditawarkan di international juga boleh dilakukan. Dari segi pekerja, pekerja
tidak disediakan punch card mahupun thumb print untuk menandakan
bahawa pekerja datang ke spa pada waktu yang ditetapkan atau tidak. Jika
pekerja tidak hadir atau lewat, pekerja hanya perlu memberitahu kepada
pengurus secara lisan atau pesanan ringkas sahaja.

Secara keseluruhannya, saya berpendapat agar spa ini kelihatan
seperti spa professional. Malah, barangan yang digunakan juga tidak setaraf
dan banyak kekurangan. Oleh itu, pihak organisasi perlulah menaiktaraf
barangan yang mereka gunakan supaya ia tidak mendatangkan masalah
pada masa akan datang dan dapat meyakinkan pelanggan. Dari segi
dokumen pekerja pula, syarikat juga perlulah menyediakan punch card di spa
supaya urusan yang dilakukan lebih sistematik dan mudah.

102

BAB 6

KESIMPULAN

Latihan industri merupakan salah satu syarat wajib bagi
memperoleh Sijil Diploma Kosmetologi Malaysia. Melalui latihan industri ini
pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang masing-
masing malah pelajar dapat didedahkan dengan teknik dan kaedah
penyediaan dan penulisan laporan. Pelajar dapat meningkatkan potensi diri
dalam pasaran kerja dan juga dalam bidang akan mereka ceburi setelah
tamat pengajian.

Setelah menjalani latihan industri selama 4 bulan ini, banyak yang
dapat saya pelajari dari segala aspek berkaitan dengan kerjaya terutamanya
berkomunikasi dengan pihak atasan dan pihak organisasi. Selain itu, banyak
juga pengalaman, pengetahuan dan pendedahan yang berguna dapat saya
perolehi. Melalui latihan industri ini juga saya telah didedahkan kepada alam
pekerjaan yang sebenar. Oleh yang demikian, ia secara tidak langsung telah
mendisiplinkan diri saya terhadap semua aspek.

Tuntasnya, latihan industri juga satu program yang boleh
menghasilkan generasi yang gemilang dan perlu diteruskan kerana memberi
manfaat serta faedah kepada pelajar praktikal dari segi pengalaman sebelum
menjejakkan kaki ke alam pekerjaan yang sebenar. Dalam hal ini juga,
pelajar praktikal akan dapat melihat gambaran yang jelas serta keadaan
dunia pekerjaan sebenar selain berusaha menyesuaikan diri dengan tugas-
tugas yang diberikan kepadanya.

103

Sepanjang menjalani latihan industri, banyak perkara yang boleh
diambil tahu antaranya daripada sudut persekitaran, pembelajaran dan cara
pergaulan sesama pekerja dan majikan. Ianya secara tidak langsung dapat
mempertingkatkan sikap toleransi dan berbudi bahasa terhadap diri saya.
Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa kelemahan saya yang perlu
dipertingkatkan kepada yang lebih baik. Dapatlah disimpulkan bahawa
latihan industri ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada pelajar
praktikal walaupun terdapat kelemahan yang boleh menjejaskan keadaan.
Akan tetapi, dapat ditangani dan dipelajari untuk kegunaan masa hadapan.

Akhir sekali kesimpulan yang saya dapat ketika menjalani latihan
industri ialah saya dapat mempergunakan segala ilmu, kemahiran dan teknik
yang saya pelajari daripada Kolej Vokasional (ERT) Azizah untuk diaplikasi
ke alam pekerjaan terutamanya dalam bidang spa dan kecantikan ini. Saya
juga dapat melihat dan merasai sendiri suasana sebenar dunia pekerjaan
serta berhadapan dengan pahit manis sepanjang latihan industri dijalankan.

104

RUJUKAN

Pengurusan Akademik Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (2019)
Cetakan ke 4. Garis panduan Projek Tahun Akhir (PTA) Kolej Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Syahira Md Desa, 26 November 2015. Pengenalan Kepada Pemasaran.
https://www.slideshare.net/syahiramddesa/bab-1-pengenalan-kepada-
pemasaran

Buku Garis Panduan Pelaksanaan “On-The-Job Training” Edisi 2020 Kolej
Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia.

Muhammad Afiq, Contoh Laporan Akhir OJT. https://pdfcoffee.com/contoh-
laporan-akhir-ojt-pdf-free.html#Muhammad+Afiq

Wong Joon Lian, Chin Wee Kin, Nawawi Bin Mohd Jan, 2012, Buku
Persolekan Tingkatan 4 dan 5 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

2020, Laporan Akhir Diploma Vokasional Malaysia, Nur Hannani Binti Haron.

2013, Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian
Kesihatan Malaysia, Garis Panduan Amalan Perubatan Tradisional &
Komplementari : bekam
https://tcm.moh.gov.my/en/upload/garispanduan/amalan/TerjemahanPGBeka
m.pdf

105

LAMPIRAN

Lampiran 1 – Price list flyers rawatan di Pesona Idaman
Spa
106

Lampiran 2 – Business Card Pesona Idaman Spa
107

Lampiran 3 – Loyalty Card Pesona Idaman Spa
108

Lampiran 4 – Mandian bunga di Pesona Idaman Spa

Lampiran 5 – Hasil rawatan eyelash perming di Pesona
Idaman Spa
109

Lampiran 6 – Rawatan mesin totok wajah di Pesona
Idaman Spa

Lampiran 7 – Rawatan microneedling dermapen di
Pesona Idaman Spa

110

Lampiran 8 – Rawatan urutan badan di Pesona Idaman
Spa

111

Lampiran 9 – Rawatan bekam darah di Pesona Idaman
Spa

Lampiran 10 – Bahan herba yang digunakan untuk rawatan
bertangas dan mandi rempah di Pesona Idaman Spa

112

113


Click to View FlipBook Version