JULUNG e-MAJALAH KALI JULUNG KALI e-MAJALAH JULUNG KALI e-MAJALAH JULUNG KALI e-MAJALAH EDISI EDISI
Sekapur sireh Pentadbir/ AKP pa Guru2 sesi & gi/petang PPKI Kurikulum/Hal Ehwal Murid & Kokurikulum Seleksi & Jejak-Jejak Alumni Ka & rya Murid Guru Redaksi DDII HHAALLAAMMAANN RRIINNDDUU PIBG UBK & Morning Glory PPKI Album Kenangan Ting.1 - 5 Senior page & Candid m/s 3-12 m/s 16-22 m/s 13-15 m/s 23-33 m/s 34-36 m/s 47-91 m/s 92-105 m/s 106-136 m/s 137-162 Penutup Fly High DABBians K Badan S e e pimpinan kolah m/s 163-185 m/s 241-267 m/s 268 m/s 186-190 m/s 191-240
Y B F A D H L I N A B I N T I S I D E K MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Warga pendidik, murid-murid, warga sekolah dan ibu bapa yang saya kasihi, sesungguhnya, tahun 2023 membuka lembaran baharu yang menuntut kita sebagai warga pendidik untuk melakar lebih banyak peluang baharu. Yang pasti, seluruh nuansa ini pastinya perlu ditempuhi dengan semangat dan merangkul segala kekuatan yang ada. Terdahulu ketika negara ditimpa mehnah pandemik COVID-19, KPM telah memberikan komtimen penuh dengan mengambil langkah proaktif termasuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan tiada murid yang ketinggalan dalam silibus pendidikan. Malah KPM cukup komited dalam melaksanakan pelbagai intervensi untuk merapatkan kesenjangan yang sedia ada. Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan rasa simpati saya kepada warga pendidik serta murid dan keluarga mereka yang terkesan akibat bencana banjir di beberapa negeri. Tidak dilupakan buat keluarga mangsa kejadian tanah runtuh di Batang Kali, saya utuskan takziah sekudusnya. Landasan sistem pendidikan yang kita warisi pada hari ini telah pun melalui siri-siri pemurnian. Namun kita tidak boleh kompromi dalam memastikan tekad beban guru dikurangkan dan kesejahteraan murid diraih secara menyeluruh. Justeru, pendekatan untuk mengekalkan dasar sedia ada diangkat dan ditambah baik dengan pemantauan di peringkat pelaksanaan. Penerapan nilai dan akhlak merupakan tunjang pembentukan diri seseorang murid secara holistik selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maka, besar harapan saya agar warga pendidikan terus istiqamah membawa watak pendidik dalam membangunkan serta melahirkan anak bangsa yang tinggi sopan dan susilanya, mulia pekertinya serta halus adab santunnya. Oleh yang demikian, tujuh teras utama yang menjadi tumpuan KPM dalam mengemudi sistem pendidikan negara mendambakan sinergi antara guru, murid, ibu bapa serta komuniti yang merupakan kunci kejayaan pendidikan masa depan negara.
Y B F A D H L I N A B I N T I S I D E K MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA Pendidikan adalah pintu gerbang menuju galaksi pengetahuan yang tiada penghujungnya. Makanya, proses pencarian pembinaan serta pengumpulan ilmu wajib dijadikan budaya penerokaan yang bersifat membina otak dan watak. Ekosistem harmoni yang diterjemahkan dalam rangka murid ceria, guru bahagia, sekolah bitra dan negara sejahtera adalah aspirasi yang akan mengangkat darjat kemuliaan (karamah insaniah) seluruh warga pendidikan, warga sekolah dan murid-murid keseluruhannya. Menavigasi sebuah kementerian pasca pandemik dalam keresahan tantangan ekonomi serta kos sara hidup yang menekan memerlukan sarwa pandang yang merentas zaman serta kalis masa hadapan. Semoga kita semua akan terus kuat menempuh cabaran mendatang sebagai satu pasukan warga pendidikan yang kuat, padu dan saling menyokong antara satu sama lain. Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah khususnya sidang redaksi yang telah berusaha merealisasikan penerbitan majalah sekolah ini. Segala jerih payah dan sumbangan dalam penerbitan majalah ini adalah perlambangan kepada rakaman sejarah dan memori dari segenap sudut. Terima kasih seluhurnya kerana majalah ini telah melukiskan citra dan peta memori serta wajah kenangan yang manis. Besar harapan saya agar majalah ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh pembacanya. “MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA DAN NEGARA SEJAHTERA”
Y B H G D A T O H A J I P K H A I R U D D I N B I N H A J I G H A Z A L I KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Anak yang Baik lagi Cerdik. Saya ingin merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kesempatan yang diberikan bagi mencoret sepatah dua kata dalam majalah sekolah tahun ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan majalah ini. Sesungguhnya usaha warga sekolah dalam merakamkan pelbagai peristiwa penting sepanjang tahun termasuklah informasi menarik yang lain membuktikan komitmen dan kerjasama padu semua dalam memberikan yang terbaik. Pendidikan menuntut penglibatan aktif semua pihak bagi memastikan potensi murid dapat dibangunkan selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pembangunan dari aspek akademik serta akhlak, adab dan integriti berlandaskan konsep Karamah Insaniah adalah penting bagi memastikan generasi Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) dapat dilahirkan dalam usaha membangunkan Malaysia Madani. Kebersamaan semua guru dan warga sekolah dalam menyediakan pendidikan berkualiti termasuklah memastikan peluang pendidikan dapat dinikmati oleh semua tanpa mengira status sosioekonomi mahupun keupayaan bagi mengelakkan sebarang keciciran amatlah saya hargai. Keterbukaan serta penglibatan aktif ibu bapa, komuniti dan pihak swasta dalam sama-sama memacu kecemerlangan pendidikan negara juga menunjukkan bahawa peranan pembinaan negara tercinta ini adalah tanggungjawab semua sepertimana ungkapan ‘it takes a village to raise a child’. Akhir kata, syabas sekali lagi atas penerbitan majalah sekolah ini dan semoga segala gerak kerja yang dimainkan oleh semua pihak membawa kecemerlangan dan kesejahteraan kepada murid warga pendidik, sekolah dan negara amnya.
T U A N H A J I D R . J A F R I B I N A B U PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Karamah Insaniah, Salam Anak yang Baik lagi Cerdik dan Salam JPN Selangor Sentiasa Berkualiti dan Terus Unggul. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, saya diberikan kesempatan untuk merakamkan seuntai kata secangkir bicara dalam majalah SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ ABU BAKAR BAGINDA bagi keluaran tahun 2023. Penerbitan majalah sekolah merupakan usaha yang penting kerana menjadi rujukan masyarakat luar untuk mengetahui kemajuan dan kebitaraan sesebuah sekolah. Selain pelaporan aktiviti dan pencapaian sekolah pada tahun semasa, majalah sekolah juga mampu menyerlahkan aura, iklim serta budaya sekolah hasil garapan pemimpin sekolah dan warganya. Pendidikan ialah asas untuk membangunkan negara Madani yang mementingkan ciri-ciri seperti kemapanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan perlu diterapkan dalam diri setiap individu agar dapat menjadi jati diri yang kukuh dan unggul. Hal ini dikatakan demikian kerana penerapan nilai dan akhlak merupakan tunjang pembentukan diri murid secara holistik dan mempunyai nilai karamah insaniah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, besar harapan saya agar warga pendidikan terus kekal dan istiqamah membugarkan personaliti pendidik yang dapat dijadikan suri teladan dalam usaha melahirkan anak bangsa yang mempunyai kesopanan dan kesusilaan sebagai masyarakat timur agar hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) dapat direalisasikan.
T U A N H A J I D R . J A F R I B I N A B U PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR Tujuh teras utama menjadi tumpuan KPM untuk mengemudi sistem pendidikan memerlukan sinergi antara guru, murid, ibu bapa serta komuniti dalam usaha menavigasi pendidikan di Selangor, setiap warga pendidikan di bawah lembayung JPN Selangor perlu mempunyai watak K-MASA (Knowledge, Measurable, Acceptable, Skills, Attitude and Other Criteria) agar dapat melahirkan warga sekolah yang kuat, padu dan saling menyokong antara satu sama lain untuk membentuk pendidikan yang berkualiti dan unggul di Selangor. Saya amat yakin bahawa penerbitan majalah sekolah pada tahun ini merupakan manifestasi kolaboratif, komitmen serta kreativiti dan pemikiran kritis semua pihak iaitu murid, guru dan barisan kepimpinan sekolah yang disokong pula oleh pihak ibu bapa serta komuniti. Sistem jalinan dan jaringan secara menyeluruh dalam pendidikan perlu dikekalkan agar sekolah berkualiti dan kemenjadian murid dapat direalisasikan. Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah khususnya sidang redaksi majalah yang telah merealisasikan penerbitan majalah sekolah ini. Besar harapan saya agar majalah ini dapat melestarikan memori dan kenangan manis kepada seluruh warga sekolah. Sekian, terima kasih.
P U A N MA Z I T A B I N T I MA N S O R PENGETUA SMKDABB Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Dikesempatan ini saya merakamkan sekalung tahniah dan syabas kepada sidang redaksi sekolah atas kesungguhan dan komitmen dalam menerbitkan majalah sekolah tahun 2023. Proses pembikinan majalah ini menuntut masa, kerahan tenaga dan minda yang bukan sedikit demi mendokumentasikan dan menyebarkan informasi kepada semua warga sekolah. Tambahan pula, sidang redaksi SMK Dato’ Abu Bakar Baginda buat julung kali menerbitkan e-majalah dengan penjenamaan baharu Majalah DABBians. Majalah DABBians menjadi wadah yang menyimpan maklumat sekolah, merakamkan kenangan indah dalam setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun serta merekod kejayaan murid dan guru yang telah membanggakan warga sekolah. Ia juga menjadi ruang untuk warga sekolah khususnya muridmurid DABB berkarya dan mempamerkan kreativiti masing-masing. Justeru itu, penerbitan majalah ini menjadi bukti perkembangan dan kemajuan sekolah sejak penubuhannya. Negara hari ini memerlukan modal insan yang tinggal inteleknya serta mempunyai keperibadian mulia. Modal insan yang ingin dilahirkan ini perlu memiliki ilmu pengetahuan, keimanan yang utuh, berbudaya kerja yang cemerlang dan memiliki jati diri yang mantap. Tambahan pula generasi sekarang perlu mendepani cabaran globalisasi yang menjadikan dunia tanpa sempadan. Justeru itu, para guru dan murid digesa agar melengkapkan diri dengan pengetahuan teknologi baharu dan menguasai kemahiran digital supaya kekal relevan dengan perkembangan semasa disamping mengekalkan ciri dan budaya tradisi negara kita. Kepada para guru, sekalung tahniah dan rantaian penghargaan saya berikan kerana berjaya memimpin tangan anak-anak di sekolah tercinta ini ke arah kejayaan. Kita bukan sahaja ingin menjadikan anak-anak cemerlang akademik tetapi cemerlang sahsiah, peribadi dan mempunyai jati diri yang utuh lagi kental untuk berhadapan dengan arus globalisasi masa ini. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua guru, anggota kumpulan pelaksana (AKP) dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) dan semua pihak berkepentingan atas kerjasama dan sokongan padu dalam menjayakan agenda pendidikan negara demi melahirkan anak baik lagi cerdik SMK Dato’ Abu Bakar Baginda. SMKDABB gemilang!
Salam Malaysia Madani, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan dan menerbitkan majalah sekolah pada kali ini. Terima kasih juga kerana memberikan kesempatan untuk saya melakarkan kata alu-aluan. Tahniah diucapkan kepada AJK sidang redaksi majalah sekolah tahun 2023. Saya pasti semangat juang dan dedikasi warga sekolah dapat melahirkan generasi yang cemerlang dalam aspek akademik mahupun sahsiah. Pemuafakatan antara ibu bapa dan guru merupakan tunjang penting melahirkan kejayaan anak-anak. Semangat kerjasama ibarat aur dengan tebing akan menyediakan landasan yang kukuh untuk anak-anak meletakkan diri mereka sebelum mereka melakar kejayaan. Justeru, saya menyeru agar para pelajar sentiasa berusaha memperbaiki pencapaian diri dan berpegang teguh pada aku janji yang dilafazkan . Kegigihan serta ketabahan pelajar mampu membentuk modal insan yang mempunyai minda kelas pertama. Akhirul kalam, saya mendoakan SMK Dato’ Abu Bakar Baginda sentiasa beroleh kejayaan dan segala usaha akan diberkati Tuhan. Semoga terus berjaya dalam segala bidang. Sekian, terima kasih. YANG DIPERTUA PIBG H J . E F F A N D I N A Z I L A B I N A B D U L L A H HJ. EFFANDI NAZILA BIN ABDULLAH YDP PIBG SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA
KETUA MURID Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya, telah memberikan saya peluang memberi sepatah dua kata dalam Majalah DABBians 2023. Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua ahli sidang redaksi yang telah bertungkus lumus menghasilkan majalah sekolah pada tahun ini. Tidak lupa juga kepada warga SMK Dato’ Abu Bakar Baginda yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung. Kepada semua warga SMK Dato’ Abu Bakar Baginda terutamanya calon SPM 2023, berusahalah bersungguhsungguh kerana setiap usaha yang berterusan InsyaAllah akan diberikan ganjaran yang setimpal dengannya. Dengan penuh rasa rendah diri, saya mewakili suara-suara pelajar tingkatan 5 ingin memohon maaf andai kata ada tersilap bahasa, terlanjur kata dan menguris hati guru-guru. Semoga visi dan misi sekolah kita dapat dilaksanakan agar dapat melahirkan modal insan kelas pertama pada masa akan datang. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan mereka menentukannya sendiri. Akhir kalam, sentiasalah menghormati guru dan tuntutlah ilmu kerana Allah. Semoga SMK Dato’ Abu Bakar Baginda bertambah cemerlang, gemilang dan terbilang. Sekian, terima kasih. F A R E E Z F A HMI B I N H A R E E Z FAREEZ FAHMI BIN HAREEZ KETUA MURID SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA
KETUA sidang redaksi N U R U L Q I S T I N A B I N T I A B D U L MU N I R Salam Malaysia Madani. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan dan menerbitkan majalah sekolah pada kali ini. Terima kasih juga kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan kata alu-aluan. Tahniah diucapkan kepada AJK sidang redaksi majalah sekolah 2023. Kerjasama antara ibu bapa dan guru merupakan tunjang utama melahirkan kejayaan anak-anak. Kejayaan dan komitmen yang tinggi ini akan mampu membuahkan hasil yang optimum dalam pembentukan kejayaan anak-anak sama ada dalam kurikulum mahupun kokurikulum. Jelaslah bahawa komitmen semua pihak mampu menjayakan wawasan negara untuk melahirkan pendidikan yang bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara, iaitu untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang dalam semua aspek , sama adapembentukanjasmanimahupunsahsiahdiri yangcemerlang. Justeru,sayamenyeruagarparapelajarsentiasaberusahamemperbaikipencapaiandiri dan mematuhi peraturan sekolah. Kegigihan serta ketabahan pelajar mampu membentukpelajaryangpintardanberakhlakbaik.SayamengharapkanSMKDato’Abu Bakar Baginda sentiasa beroleh kejayaan dalam kurikulum dan kokurikulum dan menjadisebuahsekolahyangberprestasitinggi.Sekian,terimakasih. NURUL QISTINA BINTI ABDUL MUNIR KETUA SIDANG REDAKSI SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA
GURU-GURU NORZILA BINTI ON AZIAN BINTI ARIFFIN FATIN ADIBA BINTI YUSOF ZALATI BINTI BUDIN EDITOR BAHASA MELAYU SETIAUSAHA & AJK WARTAWAN AJK FOTOGRAFI PENOLONG SETIAUSAHA AJK FOTOGRAFI EDITOR BAHASA ARAB/PENDIDIKAN ISLAM UNIT GRAFIK EDITOR BAHASA INGGERIS KETUA EDITOR NURASHRIN BINTI MAT ISA WAN RIZALMI BIN WAN HANAFI SHA’DIAH BINTI SHAARI NORAINI BINTI YAHAYA SITI NUR ATHIRAH BINTI MAZLAN SITI FAUZIAH BINTI OTHMAN NOR IDAYU BINTI IBRAHIM EDITOR PPKI AJK GRAFIK
DABBians merupakan e-Majalah keluaran pertama yang merupakan penjenamaan semula daripada Majalah Mutiara sebelum ini. Agak mencabar juga untuk menyiapkan e-Majalah ini kerana ia melibatkan penggunaan aplikasi teknologi dalam menghasilkan sebuah e-Majalah yang terbaik . Terima kasih tidak terhingga kepada anak-anak sidang redaksi atas kerjasama yang diberikan . Kerja keras AJK redaksi dalam menjayakan e-Majalah ini diharapkan dapat memberikan satu kenangan terindah kepada warga SMKDABB. Akhir kata ,maaf dipinta andai ada kesilapan kami dalam merakamkan segala peristiwa 2023 melalui DABBians ini, sekiranya tidak dapat memuaskan hati semua pihak . Semoga DABBians akan menjadi simfoni nostalgia anda sepanjang tahun 2023 . Selamat mengimbau kenangan . Puan Zalati Binti Budin -Ketua Editor DABBians 2023- Dari Meja Redaksi...
BARISAN PENTADBIR
BARISAN PENTADBIRPUAN RASIDAH BINTI ISMAIL PUAN MAZITA BINTI MANSOR PENGETUA SMKDABB ENCIK MUSTAFA KAMAL BIN MAHSUROM PK. HEM PUAN NORFARANI BINTI MAT ISA PUAN ROZANA BINTI SAADON PK PENTADBIRAN PK KOKURIKULUM PK PPKI PUAN RUZITA BINTI JAMIRAN PK PETANG
HJH. RASHIDAH BINTI AB LATIB G U R U KA N A N M A T A P E L AJ A RA N PUAN NORAZLINDA BINTI ABDULLAH GKMP TEKNIK VOKASIONAL PUAN NIBRASUL HUDA BINTI MOHD DARUS PUAN NORISALIDA BINTI MUHAMAD ISA GKMP BAHASA GKMP KEMANUSIAAN GKMP SAINS/MATEMATIK
ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA
ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA FAZLINA BINTI MD GHAZALI KETUA KERANI SITI FATIMAH BINTI ISMAIL PEMBANTU TADBIR SITI FATIMAH BINTI ABDUL GHANI PEMBANTU TADBIR NOR SAFINA BINTI RAMLY PEMBANTU MAKMAL
ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA PEMBANTU MAKMAL HAZWANI BINTI AZMAN AMNAN BIN ZAKARIA PEMBANTU MAKMAL PEMBANTU MAKMAL NORHASSHILA BINTI SIDEK PEMBANTU MAKMAL MUHD HASIF BIN AJMAN
ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA NOR ADHANA BINTI AMDAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID ROSENAINEY BINTI ABDUL HALIM PEMBANTU PENGURUSAN MURID PEMBANTU PENGURUSAN MURID JURINA BINTI MD ARIS PUAN NUR FITRI BINTI ABDUL KARIM PEMBANTU PENGURUSAN MURID
ROZANA BT SAADON MAZITA BT MANSOR NORFARANI BT MAT ISA MUSTAFA KAMAL BIN MAHSUROM RUZITA BT JAMIRAN HJH. RASHIDAH BT AB LATIB NIBRASUL HUDA BTMOHD DARUS NORSALIDA BT MUHAMMAD ISA NORAZLINDA BT ABDULLAH SITI AISYAH BT MAD RASHID NURUL JANNAH BT MOHD SULOR SAREDA BT ISMAIL AZIAN BT ARIFFIN ALINA BT AHMAD NAZATUL SHILA BT ABD RAHMAN GGUURU SESI PAGI RU SESI PAGI
NOOR AZIZAH BT SHA’ARI ROZAI ASNIZAH BT MOHD SHARIFF NUR FAIZ AISHAH BT AZMI SARWANIZA BINTI SAHARUDDIN SUZARA BT MAKPOL NOR AZURA BT DERIS SURAYA BT ABDULLAH NORAFIZAH BT ANUAR NOR AZIMAH BT ALI SALASIAH BT MAHMOOD IZMUN NAZIRA BT MOHAMAD ISA ELMY EZAYANE BT MAD EMARY HASLIZAH BT ZAINON
SHAHARUL MUKHLIZ BIN MOHAMMAD ROHAIZAD BIN MOHD DIN AB HALIM BIN CHE HUSAIN WAN RIZALMI BIN WAN HANAFI AHMAD RASHID BIN MAHMUD YAHYA BIN JABAR MUHAMMAD NADZMIBIN DZULKIFLI ZAKARIA BIN ABDULLAH MOHD TAUFIK BIN MOHD YUNOS MOHD SYUKRI BIN AZEMAN
SHARIFAH BT ABDUL KADIR ZALATI BT BUDIN SUZILA BT WAHAB HALIMAH BT RAJAEE MAHANI BT ABU SEMAN AINA BISYARAH BT SHAFIE NOR HANA BT NGADIMAN NURULHAFIDAH BT NGADIMIN SITI ZALINA BT MAD SALLEH ROSMINA BT MUHAMMAD SITI NUR ATHIRAH BT MAZLAN NOR LIANA BT AHMAD AZIDA HANI BT ABU BAKAR NORAZRIANTI BT MISNGAN ZURAIDAH BT BASRI KHATIJAH BT ABDUL RAHMAN
NOR FARAH NADHIRAH BT MOHD FADZLI NAJWA BT YAHYA NURSAADAH BT JAILANI TENGKU SHARIPAH AINI BT TENGKU HAMZAH NORLISANA BT. MAHMOOD FARIDAH BT RAHMAT SITI RAHIMAH BT AHMAD RAIHA BT ABD. JALIL NORZILA BT ON RUZMITA BT SHAFIEI WAN NURUL SYAHIMA BT WAN AZMAN KHODIJAH BT. ABD WAHAB RUBAIZAH BT MAD RASID ZAIDAH BT GHAZALI SITI NORBAYAH BINTI HJ SAYUTI
PN NORFARANI BINTI MAT ISA KKUURRIIKKUULLUUMM PPNN NNOORRFFAARRAANNII BBIINNTTII MMAATT IISSAA
> Kelas tambahan waktu petang > Kelas tambahan PTRS > Bengkel teknik mejawab > Program Skor A > Program i-Think > Program SUKSeS