ESEI : KEMERDEKAANKemerdekaan membawa seribu makna kepada kita. Sejarahsilam mengajar kita tentang kesusahan dan penderitaanyangdialami oleh pejuang tanah air. Kemerdekaan hari ini perlu disambut dengan rasa banggadankesyukuran. Bangga kerana negara kita mencapai kemerdekaandengan cara rundingan dan diplomasi. Manakala kita patut rasabersyukur kerana negara kita aman damai, sedangkantidaksemua negara lain menikmati erti kemerdekaan yang sebenarseperti di bumi Malaysia ini. Hargailah jasa dan pengorbanan pejuang-pejuang tanahairyang telah banyak berkorban demi kedaulatan negara. Mat Kilau, Tok Janggut, Tok Gajah, Datuk Bahaman, Dol Said, Abdul Rahman Limbong dan ramai lagi tokoh-tokoh pahlawanyangbanyak saja mereka. Selain itu, jasa Tunku Abdul RahmanPutra Al Haj, Tun Hussien Onn, Tun Abdul Razak Hussindanpemimpin-pemimpin negara wajar kita hargai. Tanpa jasamereka, tentu sukar negara kita mencapai kemerdekaan. Oleh yang demikian, kita sebagai warga negara yang sayangkan tanah air ini, haruslah sentiasa menyemai rasacintakan bumi bertuah ini dengan memelihara perpaduanantara kaum. Hayatilah erti kemerdekaan dengan memenuhi tema Hari kebangsaan kali ini iaitu Malaysia Madani : TekadPerpaduan dan Penuhi Harapan. NUKILAN : Fatma Husnaini binti Zul Anuar Azmy TINGKATAN : 2 Arif
HARUM MAWAR KEMBANG MEKAR, POHON KENANGAN DI TEPI MUARA; HATI BERBUNGA BILA BELAJAR, MURID CEMERLANG GURU GEMBIRA. KALAU HENDAK MEMILIH RAKAN, CARI YANG BAIK, RAJIN DAN BERJASA; KALAU HENDAK BERJAYA DALAM PELAJARAN, HORMATI GURU DI SEPANJANG MASA. JAUH DI SANA KAPAL BELAYAR, JAUH PERJALANAN BERIBU BATU; MENGHARAPKAN SABAR WAKTU BELAJAR, MENDOAKAN KEJAYAAN SETIAP WAKTU. LANGKAH SOPAN AYU DIPANDANG, SENYUMMU INDAH CANTIK MENAWAN; ITULAH GURUKU BERJIWA PENYAYANG, MENDIDIK ANAK BANGSA MENJADI CENDIKIAWAN. CANTIK DIPANDANG INDAH DI MATA, CANTIK ORANG BILA BERBUDI ; SAYANGI SMKDABB SEKOLAH KITA, TEMPAT BELAJAR PEMBENTUKAN PERIBADI. BANYAK SEKOLAH ANTARA SEKOLAH, SEKOLAH KITA TETAP DI HATI; KE MANA SAHAJA KITA MELANGKAH, SMKDABB SEJAHTERA TERUS BERBAKTI. NUKILAN: Fatma Husnaini binti Zul Anuar Azmy TINGKATAN : 2 Arif PANTUN SMKDABB SEKOLAHKU SAYANG
KARYA GURU #DABBians
P A T A H T U M B U H H I L A N G B E R G A N T I
Ustaz Muhamad Ekhwan AHLANWASAHLAN Puan Siti Fatimah Pn Noor Aini Ustazah Nursyafiqah Nabilah Puan Fazlina Cikgu Yahya Puan Ruzita
Alumni Jejak-Jejak
Su’ud Agus Muhammad Su‘ud Agus Bin Roslan, bersekolah di SMKDABB sejak 2010-2012 dan menyambung pelajaran beliau pada 2013-2014 di Kolej Vokasional Kajang dalam bidang automatif. Beliau merupakan pelajar kelas aliran kemanusiaan. Mengimbas zaman persekolahannya, beliau terkenal dalam kalangan guru-guru kerana agak nakal namun masih menghormati guru . Walaupun tidak begitu menonjol dalam akedemik beliau telah membuktikan bahawa bidang kemahiran juga mempunyai masa depan yang cerah. Kini beliau telah berjaya membina kerjaya yang kukuh bersama Syarikat Denso Malaysia . Berkat kesabaran , tanggungjawab dan rajin berusaha, kini beliau mampu untuk membeli kereta idaman serta menanti hari untuk mendiami rumah kediaman yang baru dibelinya. Beliau membuktikan bahawa kejayaan bukanlah terletak pada sekeping kertas straight A semata-mata, namun kerajinan dan sifat tidak putus asa adalah tonggak kejayaan. Pesanan beliau kepada pelajar-pelajar di SMKDABB ialah; “Belajar sungguh-sungguh, tapi kalau tak minat belajar, wajib hormat dan sayang akan guru-guru dan ibubapa, kerana kunci utama hidup boleh berjaya kene ada redha org tua "
Wan Nur Adibah a.k.a Dibo Wan Nur Adibah Humairah bersekolah di SMKDABB sejak 2014-2018. Pada zaman persekolahannya di SMKDABB , beliau merupakan seorang yang sangat aktif dalam bidang sukan sehingga dinobatkan sebagai olahragawati terbaik pada kejohanan sukan tahunan sekolah. Beliau juga merupakan mahasiswi lulusan jurusan Psikologi dari University Of Cyber Jaya. Beliau mula menceburi bidang sukan e-sport pada tahun 2021. Antara kejayaan beliau dalam bidang e-sport; 1. 3rd Place MLBB Women SEA Games Cambodia 2023 2. Runner Up Unipin Ladies Championship 3. Unipin Ladies MY/S G Most Kills 4. Runner Up Unipin Ladies Series MY/SG 5. 2nd Place Women Professional Championship 6. 5th place Unipin SEA Championship Pesanan kepada pelajar-pelajar yang minat bidang ini: "Main game main juga tapi pelajaran jangan dilupakan. Saya hanya menjadikan game sebagai hobi dan mengisi waktu kosong sewaktu saya masih belajar. Saya bahagikan masa separuh untuk belajar dan separuh untuk bermain game. Kemudian selepas graduasi, baru saya fokus dalam bidang game ini dan meneruskannya sebagai kerjaya dan Alhamdulillah rezeki berpihak kepada saya untuk mewakili negara di SEA Games Cambodia 2023. Pada pendapat saya, mengimbangi kedua-dua pelajaran dan game sangat penting. Teruskan semangat dan jangan menyerah! Do what you love, love what you do.”
Muhammad Naufal Muhammad Naufal bin Amil Azhar bersekolah di SMKDABB sejak 2017-2019. Beliau merupakan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Beliau berjaya memperoleh 6A+ dan 3A dalam SPM serta mewakili sekolah dalam pertandingan boling dan pertandingan robotik. Kini, beliau menyambung belajar di Kejuruteraan Mekanikal RWTH Aachen, Jerman. Pesanan beliau kepada pelajar-pelajar di SMKDABB ialah: “Motivasi yang sebenarnya penting untuk mendorong kepada pencapaian yang baik. Dapat straight A’s hanya sesuatu yang tertulis atas kertas, tetapi tanya diri sediri, “Apa sebenarnya aku nak buat dengan keputusan ni bila keluar sekolah?” Kejayaan dalam apa-apa pun perlukan pengorbanan masa dan tenaga. Pengurusan masa yang baik juga amatlah penting. Bukan sahaja konsisten belajar, tetapi juga mengenalpasti subjek atau bab mana yang perlu diberi lebih perhatian. Aktiviti lain juga perlu untuk mengawal stres seperti bersukan. Bagi yang musllim, cuba banyakkan amalan sunat seperti puasa, sedekah, dhuha dan tahajjud. In Shaa Allah, bila kita banyak ingat Allah, Allah akan permudahkan urusan kita.”
Muhammad Hariz Tuan Muda Muhammad Hariz bin Tuan Haji Sr. Mohamad bersekolah di SMKDABB sejak 2010-2014. Selepas SPM, beliau telah menyambung pelajaran di KPM BERANANG dalam bidang business seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di UITM Puncak Alam dan mendapat ijazah dalam Business Management. Semasa zaman persekolahan, beliau merupakan seorang yang nakal sehinggalah diberi cahaya hidayah, lalu beliau mula berubah dan menjadi seorang pendakwah muda. Nasihat beliau kepada pelajar-pelajar SMKDABB; 1.Siapa kita sekarang, menentukan siapa kita akan datang. 2.Orang yang gagal merancang, adalah orang yang merancang untuk gagal. 3.Orang yang malu bertanya akan sesat jalan. Terimalah nasihat dari sesiapa pun, walaupun orang yang tidak baik, kerana nasihat itu adalah teguran daripada Allah swt. 4. Hidup biar jadi macam resmi padi. Lagi berisi, lagi menunduk. Jangan jadi macam lalang, lagi berisi lagi tegak berdiri. 5. 6.Jatuh sekali, bangun dua kali. Jangan pernah mengalah, adik-adik. Kita asal dari tanah, makan hasil daripada tanah, berjalan di atas tanah, dan kembali juga kepada tanah. Kenapa masih mahu bersifat langit? Adik - adik , ingatlah pesanan Abang Sado ini . 7.
DR. Nurul ‘Ain Dr. Nurul ‘Ain Batrisyia binti Suhaimi bersekolah di SMKDABB sejak 2013-2014. Beliau memperoleh 6A dan 3B dalam SPM 2014. Selepas tamat persekolahan di SMKDABB, beliau menyambung pelajarannya di Alexandria University di Mesir dalam bidang perubatan. Kini, beliau adalah seorang doktor yang berjaya serta berpengalaman dan berkhidmat di Hospital Besar Kuala Lumpur. Sewaktu zaman persekolahannya di SMKDABB , beliau juga turut aktif dalam bidang kokurikulum seperti mewakili sekolah dalam pertandingan Syarahan MTQ, Pertandingan Puisi & Lagu dan dinobatkan pendeklamasi sajak terbaik Daerah Sepang, Pertandingan Kerjaya UBK peringkat negeri dan banyak lagi . Beliau membuktikan keaktifan dalam bidang kokurikulum bukan penghalang untuk berjaya dalam akademik seterusnya muncul antara pelajar terbaik SPM 2014. Nasihat beliau kepada pelajar-pelajar di SMKDABB; “Dare to dream big! Jangan biarkan orang lain memperkecilkan impian dan cita-cita kalian. Jika itu yang kalian inginkan, kejarlah.” Beliau juga mepunyai falsafah hidup yang dijadikan nasihat serta penguat semangat bagi dirinya yang ingin dikongsikan iaitu; “Always one step at a time.” Semoga kisah beliau dapat dijadikan inspirasi kepada pelajar -pelajar yang bercita-cita menjadi doktor dan bersemangat dalam mengejar cita-cita yang diimpikan .
BADAN KEPIMPINAN SEKOLAH
PENGAWAS SEKOLAH (PAGI) 2023/2024 PENGAWAS SEKOLAH (PETANG) 2023/2024
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING (PAGI) 2023/2024 UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING (PETANG) 2023/2024
SQUAD QIYADAH (PAGI) 2023/2024 SQUAD QIYADAH (PETANG) 2023/2024
PENGAWAS SPBT (PAGI) 2023/2024 PENGAWAS SPBT (PETANG) 2023/2024 PENGAWAS PUSAT SUMBERSEKOLAH (PAGI&PETANG)2023/2024
S M I L E
1 KAA 2 GURU KELAS : CIKGU ZAIDAH BINTI GHAZALI 1 KAA 1 GURU KELAS : CIKGU SHAHARUL MUKHLIZ BIN MOHD
1 ARIF GURU KELAS : CIKGU UMMI HANI BINTI MOHD ASARANI 1 BESTARI GURU KELAS : CIKGU MALISA HANIM BINTI ABDULLAH
1 CERDIK 1 DINAMIK GURU KELAS : CIKGU DR . NURUL HEARANI BINTI MOHAMAD GURU KELAS : CIKGU HANISAH BINTI ZAINAL BAHRIN
1 FIKRAH 1 EHSAN GURU KELAS : CIKGU TENGKU AZRAQ BINTI TENGKU ISMAIL GURU KELAS : CIKGU KHAIRUN ATIQAH BINTI YAAKOB