BUKU KAJIAN PENTAKSIRAN 2018-2023 KEMENTERIAN PENDIDIKAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BUKU KAJIAN PENTAKSIRAN 2018-2023 KEMENTERIAN PENDIDIKAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BUKU KAJIAN PENTAKSIRANKEMENTERIAN PENDIDIKAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Diterbitkan oleh: Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia Kompleks Pendidikan Nilai 71760 BANDAR ENSTEK Urusan Penerbitan Oleh: Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia Kompleks Pendidikan Nilai 71760 BANDAR ENSTEK Tel:06-7979200 http://iab.moe.edu.my e ISBN 978-967-2996-49-1 Pengurus Penerbitan Dr. Vicky Tan Ai Lin Reka bentuk dan Reka Letak Halaman Dr. Tarzimah binti Tambychik
JAWATANKUASA PENAUNG: Pengarah Institut Aminuddin Baki PENASIHAT: Dr. Abd. Razak bin Manaf Timbalan Pengarah Kanan (Kluster Khidmat Profesional) Dr. Harery bin Abu Saad Timbalan Pengarah Kanan (Kluster Khidmat Latihan) Dr. Rohana binti Abdul Rahim Ketua Pusat Pentaksiran dan Pembangunan Bakat (sehingga 10 April 2023) Md. Rahaimi bin Rashid@Yaacob Ketua Pusat Pusat Pentaksiran dan Pembangunan Bakat (bermula 2 Mei 2023) SIDANG EDITOR: Dr. Tarzimah binti Tambychik Dr. Rahayu binti Ahamad Bahtiar Zainab binti Ali Kajian Pentaksiran ini hasil usaha Jabatan Pentaksiran Master Trainer Pusat Pentaksiran Dan Pembangunan Bakat Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia (2018-2023)
KANDUNGAN Dari Meja Ketua Editor Sinopsis Artikel 1: Keberkesanan kursus (CPD) di Pusat Pentaksiran dan Pembangunan Bakat (PPPB) Oleh: Noor Azzam Syah bin Mohamed, PhD, Aribah binti Ishak, PhD, Mohd Tamri bin Abd. Halim, Mohd Nazri bin Ibrahim, Noor Salwana binti Khairullah dan Marsilah Anum binti Marham 11 Artikel 2: Analisis keperluan latihan Guru Besar Malaysia Oleh: Moktar bin Mokri, Khairul Azuan bin Abdul Aziz, Siti Fadzlun binti Abd Thani, Zahiah binti Kassim dan Ahmad Salihin bin Mat Saat 25 Artikel 3: Pengenalpastian Kompetensi Teras Pemimpin Sekolah - Era Pasca Pandemik COVID-19 Oleh: Fauziah binti Ismail, PhD dan Tarzimah binti Tambychik, PhD 37 Artikel 4: Pembinaan item coaching bagi pentaksiran Certified Coach (CC) Oleh: Marsilah Anum binti Marham dan Tarzimah binti Tambychik, PhD 51 Artikel 5: Pemetaan bidang pengkhususan pensyarah Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia Oleh: Rahayu binti Ahamad Bahtiar, PhD dan Tarzimah binti Tambychik, PhD 63 Artikel 6: Kepimpinan versatil: Satu perspektif terhadap kaedah dan penilaian kepimpinan Oleh: Zainab binti Ali 77 Artikel 7: Peranan pengurusan dan kepimpinan Pengetua baharu Program Penempatan Silang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PSIPPP) di Sekolah, PPD, JPN bawah Program Cross Fertilization Oleh: Aribah binti Ishak, PhD, A’azmi bin Shahri, PhD, Siti Ruzana binti Ab Ghani, PhD, Mohd Tamri bin Abd Halim, Rohana binti Abdul Rahim, PhD, Chang Fui Chin, Noriza binti Mohamed Nasir dan Nazri bin Ibrahim 83
7 KATA-KATA ALU-ALUAN PENGARAH Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan limpah kurnia-Nya, buku Kompilasi Kajian Pentaksiran 2018-2023 Institut Aminuddin Baki (IAB), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berjaya dihasilkan dan diterbitkan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam penghasilan buku ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kandungan buku Kompilasi Kajian Pentaksiran 2018-2023 menghimpunkan pelbagai hasil kajian yang telah dilaksanakan oleh pensyarah Pusat Pentaksiran dan Pembangunan Bakat (PPPB). Penerbitan buku ini bertepatan dengan fungsi PPPB dalam membuat kajian yang berkaitan dengan bidang pentaksiran dan pembangunan bakat. Saya berharap agar buku ini dapat dimanfaatkan oleh pensyarah IAB dan pemimpin pendidikan serta pemimpin sistem bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai sumber rujukan yang autentik dalam bidang pentaksiran dan pembangunan bakat. Sekian, terima kasih. PUAN ROHAYATI BINTI ABD HAMED Pengarah Institut Aminuddin Baki
8 DARI MEJA KETUA EDITOR م ْي ِحَّرلا ِمــــــــــــــــــ ْس ِب ِهللا ِنَم ْحَّرلا ِ Segala pujian dipanjatkan ke hadirat Allah SWT kerana dengan izinNya, Kajian Pentaksiran Kompilasi 2018-2023 yang merupakan buku kedua selepas kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2027 dapat dihasilkan di penghujung perkhidmatan saya. Kompilasi kajian ini mengandungi kajian-kajian yang telah dilaksanakan oleh warga Pusat Pentaksiran dan Pembangunan Bakat yang dulunya dikenalikan sebagai Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan. Beberapa aspek kajian pentaksiran dan pembangunan dalam pendidikan telah diterokai dalam kajian-kajian ini seperti kajian Keberkesanan Kursus (CPD), kajian Kompetensi Teras Pemimpin Sekolah, Pembangunan Item Coaching bagi Pentaksiran PMT, Analisis Keperluan Latihan Guru Besar Malaysia; Pemetaan Bidang Pengkhususan Pensyarah Institut Aminuddin Baki,(IAB) dan kajian terhadap Program Penempatan Silang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PSIPPP). Dapatan kajian merangsangkan percambahan idea ke arah pembangunan individu dalam kalangan pensyarah dan pemimpin pendidikan di sekolah, daerah, negeri dan bahagianbahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia yang boleh menyumbang dan memberi implikasi kepada pembangunan organisasi umumnya. Kompilasi kajian ini seterusnya dapat memperkayakan tubuh ilmu Institut Aminuddin Baki serta meningkatkan jumlah bahan rujukan di Repositori IAB. Syabas diucapkan kepada semua pengkaji dan penulis yang telah terlibat dalam semua kajian ini. Semoga penglibatan anda semua menjadi sebahagian daripada amal jariah yang boleh dimanfaatkan demi melestarikan kecemerlangan bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan. TARZIMAH BINTI TAMBYCHIK, PhD Ketua Jabatan Jabatan Pentaksiran Master Trainer Pusat Pentaksiran dan Pembangunan Bakat
9 SINOPSIS Buku ini merupakan koleksi berkaitan pentaksiran dan pembangunan bakat pendidikan yang bertujuan bukan sahaja untuk meningkatkan kualiti pendidikan tetapi juga boleh dijadikan sebagai rujukan. Terdapat tujuh (7) penulisan kajian yang dibincangkan dalam buku ini. Penulisan kajian ini boleh dikategorikan kepada tiga (3) iaitu (i) kajian berkaitan tinjauan keperluan latihan dalam kalangan peserta yang mengikuti kursus di Pusat Pentaksiran dan Pembangunan Bakat (PPPB) dan juga Pengetua dan Guru Besar (PGB) di Malaysia, (ii) kajian berkaitan pembangunan (design) yang melibatkan pembinaan item pentaksiran dan penghasilan kerangka kluster bidang pengkhususan, dan (iii) kajian berkaitan pentaksiran merangkumi kaedah penilaian kepimpinan (kepimpinan versatil) dan kepimpinan pengetua baharu.
10
11 KEBERKESANAN KURSUS (CPD) DI PUSAT PENTAKSIRAN DAN PEMBANGUNAN BAKAT (PPPB) Noor Azzam Syah bin Mohamed, PhD Aribah binti Ishak, PhD Mohd Tamri bin Abd. Halim Mohd Nazri bin Ibrahim Noor Salwana binti Khairullah Marsilah Anum binti Marham Pusat Pentaksiran dan Pembangunan Bakat Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kepuasan peserta kursus CPD dan mengenal pasti tahap pembelajaran peserta CPD yang mengikuti kursus di Pusat Pentaksiran dan Pembangunan (PPPB) yang dijalankan sepanjang tahun 2020 ketika pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Sampel kajian terdiri daripada 52 orang peserta dari pelbagai latar belakang dan menggunakan persampelan rawak mudah. Soal selidik yang digunakan adalah instrumen penilaian latihan yang dibina oleh pihak IPGM yang berkaitan dengan kepuasan dan tahap pembelajaran peserta kursus CPD. Dapatan kajian menunjukkan kepuasan peserta kursus terhadap sistem pengurusan CPD, fasilitator/tenaga pengajar dan kemudahan sumber bahan di PPPB adalah tinggi. Seterusnya kepuasan peserta kursus terhadap prestasi pembelajaran selepas menghadiri CPD di PPPB juga adalah tinggi. Item yang memperoleh min tertinggi dalam kajian ini adalah dari aspek menyelesaikan masalah dengan yakin berkaitan bidang tugas dan mengadaptasi pengetahuan yang diperoleh dalam bidang tugas. Secara keseluruhannya, kepuasan peserta kursus terhadap kemudahan sumber bahan yang disediakan semasa CPD di PPPB adalah tinggi dengan skor min keseluruhan adalah 4.31. Dapatan kajian seterusnya menunjukkan kepuasan peserta kursus terhadap prestasi pembelajaran semasa CPD di PPPB adalah tinggi dengan skor min keseluruhan adalah 4.44. Secara keseluruhannya, kajian ini telah memberi sumbangan dalam menentukan kaedah latihan CPD yang mampu memenuhi keperluan peserta seterusnya memberi impak maksimum bagi meningkatkan kemahiran kendiri peserta ke arah mencemerlangkan organisasi. Kata kunci: Keberkesanan kursus CPD, tahap kepuasan peserta dan tahap pembelajaran peserta.
12 1.0 LATAR BELAKANG Pusat Pentaksiran dan Pembangunan Bakat (PPPB) terdiri daripada empat jabatan yang melaksanakan fungsi masing-masing, iaitu Jabatan Pentaksiran Master Trainer, Jabatan Pembangunan dan Pentaksiran, Jabatan Pentaksiran Pemimpin Pendidikan dan Jabatan Peperiksaan. Fungsi utama Pusat Pentaksiran dan Pembangunan Bakat (PPPB) adalah merancang, melaksana, mengkaji dan membina instrumen pembangunan pemilihan pemimpin pelapis kepimpinan pendidikan serta Pengetua dan Guru Besar (PGB); membangunkan dan mengoperasikan Program Master Trainer untuk mentaksir dan mentauliahkan pengamal dalam bidang latihan dan bimbingan; mengurus pentaksiran NPQEL; dan, mengumpul, menganalisis dan mengurus data kompetensi PGB seterusnya mengenal pasti permintaan dan keperluan latihan Institut Aminuddin Baki (IAB). Fokus fungsi ini adalah bagi membangun dan meningkatkan keupayaan kepimpinan warga pendidik dan pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan para pensyarah IAB. Berasaskan kepada fungsi ini bagi tahun 2020, sebanyak 88 program yang berbentuk mesyuarat, bengkel dan pentauliahan perlu dilaksanakan. Namun, penularan pandemik Covid-19 di serata dunia yang turut memberi kesan kepada Malaysia, telah memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara mulai 18 Mac 2020, dan hingga kini ianya masih dikuatkuasakan sama ada secara bersyarat atau diperketat mengikut lokasi yang dikenal pasti. Ekoran itu, penjajaran kaedah pelaksanaan aktiviti kepada secara dalam talian dilaksanakan. 1.1 Pernyataan Masalah Kajian Dapatan kajian PPPB yang lepas pada tahun 2020 telah dilaksanakan dan menunjukkan majoriti responden memilih kaedah bersemuka sebagai pilihan pertama mereka. Ini diikuti oleh kaedah teradun sementara kaedah atas talian merupakan kaedah yang paling kurang dipilih oleh responden. Perinician analisis juga menunjukkan seramai 84% responden memilih kaedah bersemuka sebagai pilihan pertama kerana mereka bersetuju bahawa pelaksanaan secara bersemuka lebih disenangi, 89% responden mengatakan latihan secara bersemuka lebih mudah memahami kandungan; lebih berkesan serta; latihan berbentuk “hands-on” lebih senang dilaksanakan semasa sesi secara bersemuka. Seterusnya 88% responden memilih kaedah bersemuka sebagai pilihan pertama mereka kerana penyampaian latihan lebih jelas melalui bersemuka berbanding secara atas talian dan kaedah teradun. Berdasarkan dapatan kajian itu, satu kajian perlu dilaksanakan bagi melihat tahap kepuasan peserta, prestasi pembelajaran peserta, perubahan yang dialami peserta dan juga hasil yang telah diperolehi oleh peserta daripada kursus CPD yang telah dijalankan oleh PPPB. Ini disebabkan kebanyakan aktiviti CPD yang dilaksanakan oleh PPPB adalah secara dalam talian khususnya dalam tempoh Februari hingga Ogos 2021 bersesuaian dengan cabaran Covid-19 dan bukan secara bersemuka seperti kehendak peserta kursus pada tahun 2020. Aktiviti CPD adalah seperti yang berikut: i. Mesyuarat – melibatkan peringkat Pusat, Jabatan dan bersama-sama Jabatan Pendidikan Negeri; ii. Bengkel/Kursus – dilaksanakan mengikut kekerapan masing-masing iaitu Data Driven Decision Making (DDDM), Pemimpin Pembelajaran, Pemantapan Panel Pentaksiran bagi Pensijilan Master Trainer, Persediaan Pentaksiran, Pensijilan Master Trainer, Pentaksiran Berasaskan Kompetensi NPQEL; dan
13 Keberkesanan Kursus (CPD) Di Pusat Pentaksiran Dan Pembangunan Bakat (PPPB) iii. Pentauliahan – dilangsungkan secara dalam talian bagi majlis pentauliahan Master Coach, Master Trainer, Certified Trainer, Certified Coach dan Certified Assessor. Apa yang diharapkan agar responden boleh menilai sejauh mana mereka berpuas hati dengan cara penyampaian pembelajaran secara atas talian yang telah dilaksanakan oleh pensyarah di PPPB dan dapat menjawab objektif kajian yang telah ditetapkan. Objektif kajian adalah seperti berikut: i. Mengenal pasti tahap kepuasan peserta kursus CPD di PPPB; ii. Mengenal pasti tahap pembelajaran peserta CPD yang mengikuti kursus di PPPB. Kajian ini akan menjawab soalan-soalan seperti berikut: i. Apakah tahap kepuasan peserta kursus CPD di PPPB dalam aspek pengurusan, fasilitator/tenaga pengajar dan kemudahan sumber bahan yang disediakan? ii. Apakah tahap pembelajaran peserta CPD yang mengikuti kursus di PPPB? 2.0 TINJAUAN LITERATUR Pembelajaran atas talian merupakan medium pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui teknologi digital mengandungi grafik visual, perkataan, animasi, video ataupun audio (Alexander Romiszowski, 2003), boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan yang tidak dibatasi oleh usia, tempat dan masa. Mantyla dan Woods (2001) turut menyokong bahawa medium ini boleh berlaku secara pantas dan pelajar pula dapat mengakses bahan mengikut keperluan sendiri. Justeru fokus literatur ini memberi tumpuan kepada pembelajaran dewasa. Pembelajaran dewasa merupakan kumpulan pelajar aktif yang memerlukan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi serta memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang mampu memenuhi keperluan dan minat mereka (Mazanah Muhamad & Carter, 2002). Antara faktor yang memberi kesan adalah perbezaan strategi diamalkan, aktiviti dalam perancangan serta motivasi mereka (Hisham Dzakaria & Rob Walker, 2003). Knowles (1980) pula memperjelaskan prinsip-prinsip pembelajaran dewasa iaitu perlu tahu mengapa belajar, terarah diri, pengalaman belajar, kesediaan belajar, orientasi belajar dan motivasi belajar. Pemilihan pendekatan dan kaedah pembelajaran sememangnya akan memberi kesan terhadap hasil pembelajaran yang akan dialami dan diterima pelajar dewasa (Halim, 2011; Reay, 1994). Manakala strategi pembelajaran yang sesuai pula penting bagi membolehkan pelajar dewasa mencapai pembelajaran bermakna serta memenuhi keperluan personalise learning mereka (Din, 2015; Din, 2016). Menurut Kathie dan Lynnae (2009), dapatan kajian menunjukkan bahawa empat perkara utama yang mempengaruhi pembelajaran atas talian, iaitu isi kandungan, komunikasi, pentaksiran dan juga kemudahan memuat naik atau memuat turun bahan. Selain daripada itu, kemudahan untuk menghantar tugasan secara dalam talian melalui kaedah turn in mempermudahkan pengajar dan juga pelajar kerana penskoran dan pemberian markah terhadap tugasan yang diberikan boleh dibuat di mana-mana. Terdapat beberapa pandangan tentang keberkesanan pembelajaran atas talian:
14 i. Pembelajaran secara dalam talian semasa pandemik adalah baik dan membantu (Markus, 2020). ii. Penggunaan teknologi masih tidak memberikan impak yang berkesan dalam pembelajaran dewasa (Berger, 2008). iii. Tidak semua subjek atau latihan dapat dilaksanakan menggunakan blog Web 2.0 (Mohammed Huzaimi & Rosseni, 2020). iv. Terdapat perbezaan penggunaan mod penyampaian sidang video secara langsung streaming dan rakaman. Kumpulan pelajar yang lebih terarah diri dalam proses PdP, mempunyai motivasi dan bersedia untuk belajar serta yang berpengalaman dalam pembelajaran adalah lebih cenderung terhadap penggunaan mod penyampaian sidang video secara langsung (Siti Hajar, Shukri & Mohd Razha, 2012). v. Beberapa kajian lampau yang lain menyatakan bahawa penggunaan jaringan komputer dalam proses PdP secara atas talian telah mendatangkan pelbagai kesan yang positif berbanding dengan PdP tradisional (Bruce, Peyton & Batson, 1993; Burge & Collins, 1995; Harasim, 1989). Dapatan kajian-kajian lepas menjelaskan bahawa penerimaan latihan yang diberikan kepada golongan dewasa adalah berfokus kepada lima gaya iaitu i) persekitaran latihan yang memerlukan kolaborasi antara peserta, ii) penyampaian aktiviti latihan yang menekankan konsep kendiri, iii) penyelesaian masalah secara nyata, iv) mengutamakan pembelajaran berpusatkan pelajar dan v) penghargaan. Jika kelima-lima aspek gaya pembelajaran dewasa ini diserapkan, matlamat latihan menjadi mudah dicapai menerusi pelbagai medium pengajaran (Shaharuddin & Abiddin, 2016; Rahman et al., 2012; Whitbourne & Whitbourne, 2014). Menurut dapatan kajian Levin et. al (1999) menunjukan Program Curriculum, Technology, and Education Reform (CTER) yang menggunakan sumber terbuka Moodle yang dilaksanakan oleh College of Education, The University of Illinois sejak tahun 1998 telah dapat melahirkan pemegang ijazah sarjana dalam bidang pendidikan. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa kebanyakan guru yang sedang berkhidmat memberikan maklum balas yang amat baik tentang kelebihan yang dibawa oleh sesuatu program e-pembelajaran ini. Situasi ini dapat dilihat pada perubahan yang berlaku dengan peningkatan jumlah pemegang diploma dan ijazah menerusi mod bekerja sambil belajar. Hal ini telah memberi kelebihan terhadap pembelajaran atas talian atau internet telah diterima dan digunakan sepenuhnya oleh pelajar dan institusi pendidikan (Perrin & Mayhew, 2000). Kajian lain mendapati sistem Moodle juga telah diuji dan terbukti keberkesanannya seperti yang telah dilaksanakan oleh Universiti Illinois di Urbana, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi MARA, UNITAR, Badan - Badan Kerajaan (NGO), Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan orang perseorangan. Ciri-ciri menarik yang terdapat dalam Moodle ialah interaksi antara muka, muat turun dan pengkongsian dokumen, membina bahan kandungan dalam bentuk HTML secara berformat, forum atau perbincangan, kuiz, penggredan, soal selidik berformat, pengkongsian dokumen dan penulisan jurnal. Pada masa sekarang banyak negara telah mula memfokuskan penggunaan teknologi sebagai jalan penyelesaian bagi mengatasi kekurangan kemahiran dan pencapaian yang rendah dalam kalangan pelajar (Gorard et al., 1999) serta mengandungi ciri-ciri yang dapat menyelesaikan masalah pendidikan seluruh dunia (Owen, 2000). Latihan merupakan pelaburan oleh organisasi bagi memastikan pembangunan sumber manusia yang berdaya saing dan berkualiti. Setiap pelaburan yang dilakukan perlu dikaji bagi memastikan wang yang telah dilaburkan memberikan pulangan yang menguntungkan (Wan
15 Keberkesanan Kursus (CPD) Di Pusat Pentaksiran Dan Pembangunan Bakat (PPPB) Idros, 2001; Maizatul, 2002; Aviana & Enrico, 2004; Kamaruzzaman Abdul Manan, Shuhaida Md Nor & Bahiyah Omar, 2013). Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai semula keberkesanan program latihan yang telah dibuat agar kekal relevan dengan kehendak dan keperluan semasa yang juga merupakan satu proses membuat penilaian tentang prestasi dan nilai program pendidikan (Stufflebeam & Shinkfield, 2007; Gall, Gall & Borg, 2007). Terdapat banyak model penilaian yang biasa digunakan untuk menilai sesuatu program yang dijalankan. Antara yang paling kerap digunakan adalah Model Penilaian Kirkpatrick (1959) yang terdiri daripada empat tahap iaitu reaksi (Reaction level), pembelajaran (Learning level), perilaku (Behavior Level) dan hasil (Result level). Satu lagi model penilaian program yang popular adalah model CIPP (Contexs, Input, Prosess, Product) oleh Daniel Stufflebeam (1970) yang terdiri daripada empat komponen iaitu konteks, input, proses dan hasil. Noe (2002) pula mengatakan bahawa selepas suatu tempoh tertentu, produktiviti kerja akan hilang maka penilaian program latihan perlu dilaksanakan untuk mengetahui sama ada memberikan sumbangan kepada pencapaian matlamat organisasi atau tidak (Kirkpatrick, 1996). Selain itu, penilaian program latihan juga bertujuan untuk menentukan sama ada program tersebut perlu diteruskan atau ditamatkan serta untuk peningkatan dan mengembangkan latihan pada masa akan datang. 3.0 METODOLOGI Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan. Populasi kajian adalah semua peserta kursus di bawah Pusat Pentaksiran dan Pembangunan Bakat (PPPB) yang telah mengikuti kursus pada tahun 2020. Sampel kajian terdiri daripada N = 52 dari pelbagai latar belakang. Pensampelan rawak mudah diaplikasikan untuk memberi peluang semua peserta kursus layak menjadi peserta kajian. 3.1 Instrumen Kajian Soal selidik dalam kajian ini menggunakan instrumen penilaian latihan yang dibina oleh pihak IPGM yang menggunakan skala 1-5. Dalam soal selidik ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu, bahagian Bahagian 1 (B1) adalah elemen berkaitan dengan kepuasan peserta kajian, Bahagian 2 (B2) mengandungi elemen yang berkaitan dengan prestasi pembelajaran peserta kursus. Bahagian 3 (B3) mengandungi elemen yang berkaitan dengan perubahan yang dialami oleh peserta kursus selepas menghadiri kursus dan Bahagian 4 (B4) adalah elemen yang mengandungi perkara yang berkaitan dengan hasil yang diperoleh oleh peserta kursus selepas menghadiri kursus CPD anjuran PPPB. 3.2 Pengumpulan Data Kajian penilaian latihan bagi PPPB dilaksanakan setelah peserta kursus telah menamatkan kursus mereka. Instrumen kajian dilaksanakan dalam e-forms dan boleh diakses dengan mudah melalui perkongsian url yang dihantar oleh penyelaras kajian kepada peserta kursus. Peserta kursus memberikan maklum balas mereka melalui google form menggunakan komputer atau telefon pintar mereka. Maklum balas responden boleh dipantau, dimuat turun dan dipindahkan ke software SPSS untuk dianalisis oleh penyelaras secara automatik.
16 3.3 Analisis & Interpretasi Data Soal Selidik penilaian yang telah dilengkapkan oleh responden dianalisis menggunakan SPSS versi 22.0. Analisis yang dibuat berdasarkan kepada objektif kajian iaitu, dapatan kajian akan diterangkan secara deskriptif iaitu menggunakan peratusan dan min (bagi objektif 1, 2, 3 dan 4). Bagi mengenalpasti tahap, jadual berikut menunjukkan julat bagi skala yang digunakan: Jadual Julat Skala Jadual Julat Skala Interpretasi 1.00-2.33 Tahap rendah 2.34-3.66 Tahap sederhana 3.67-5.00 Tahap tinggi Sumber: Diubah suai daripada Jamil Ahmad (2002) 4.0 DAPATAN Jadual 4.1, 4.2 dan 4.3 menunjukkan tahap kepuasan peserta terhadap aktiviti CPD yang dijalankan adalah diterima baik secara amnya merujuk aspek pengurusan CPD, khidmat fasilitator dan tenaga pengajar CPD serta kemudahan sumber bahan yang disediakan semasa CPD tersebut. Tahap kepuasan peserta kursus terhadap sistem pengurusan CPD di PPPB adalah tinggi. Item yang memperoleh min tertinggi adalah dari aspek pendaftaran peserta kursus dan pengisian kursus dengan skor min setiap satu adalah 4.67 dan 4.62. Manakala item yang memperoleh min terendah adalah dari aspek kaedah pelaksanaan kursus, tempoh bilangan hari kursus dan masa sesi kursus dengan skor min setiap satu adalah 4.21, 4.27 dan 4.29. Secara keseluruhannya, kepuasan peserta kursus terhadap pengurusan CPD di PPPB adalah tinggi dengan skor min keseluruhan adalah 4.41. Jadual 4.1: Tahap Kepuasan terhadap Pengurusan CPD Item N Min Std. Deviation SP1 52 4.67 0.47367 SP2 52 4.62 0.52966 SP3 52 4.38 0.63102 SP4 52 4.27 0.68928 SP5 52 4.29 0.69555 SP6 52 4.21 0.69555 SP7 52 4.46 0.60913 Min keseluruhan 4.41 0.48446 Jadual 4.2: Tahap Kepuasan terhadap fasilitator/tenaga pengajar CPD N Min Std. Deviation FS1 52 4.50 0.61037 FS2 52 4.40 0.63430 FS3 52 4.25 0.71056
17 Keberkesanan Kursus (CPD) Di Pusat Pentaksiran Dan Pembangunan Bakat (PPPB) N Min Std. Deviation FS4 52 4.42 0.66704 FS5 52 4.42 0.69582 FS6 52 4.54 0.67043 FS7 52 4.40 0.66449 Min keseluruhan 52 4.42 0.55907 Jadual 4.2 di atas pula menunjukkan tahap kepuasan peserta kursus terhadap fasilitator/tenaga pengajar CPD di PPPB adalah tinggi. Item yang memperoleh min tertinggi adalah dari aspek pengetahuan kandungan kursus dan kemahiran komunikasi dengan peserta kursus dengan skor min setiap satu adalah 4.50 dan 4.54. Manakala item yang memperoleh min terendah adalah dari aspek kemahiran menyampaikan kursus menggunakan pelbagai pendekatan dengan skor minnya adalah 4.25. Secara keseluruhannya, tahap kepuasan peserta kursus terhadap fasilitator/tenaga pengajar CPD di PPPB adalah tinggi dengan skor min keseluruhan adalah 4.42. Jadual 4.3: Tahap Kepuasan terhadap kemudahan sumber bahan yang disediakan semasa CPD N Mean Std. Deviation KEMU1 52 4.38 0.69038 KEMU2 52 4.33 0.70631 KEMU3 52 4.21 0.66676 Min keseluruhan 52 4.31 0.62569 Jadual 5.3 di atas menunjukkan kepuasan peserta kursus terhadap kemudahan sumber bahan yang disediakan semasa CPD di PPPB adalah tinggi. Item yang memperoleh min tertinggi adalah dari aspek pelantar komunikasi yang digunakan dan sumber bahan digital yang disediakan dengan skor min setiap satu adalah 4.38 dan 4.33. Manakala item yang memperoleh min terendah adalah dari aspek sumber rujukan yang dicadangkan dengan skor minnya adalah 4.21. Secara keseluruhannya, kepuasan peserta kursus terhadap kemudahan sumber bahan yang disediakan semasa CPD di PPPB adalah tinggi dengan skor min keseluruhan adalah 4.31. Jadual 4.4: Prestasi Pembelajaran Peserta CPD PPPB N Mean Std. Deviation PSP1 52 4.46 0.60913 PSP2 52 4.54 0.54093 PSP3 52 4.52 0.57702 PSP4 52 4.56 0.60758 PSP5 52 4.50 0.67155 PSP6 52 4.60 0.63430 PSP8 52 4.23 0.70336 PSP9 52 4.46 0.75307 PSP10 52 4.40 0.72110 Min keseluruhan 52 4.47 0.53632
18 Jadual 4.4 di atas menunjukkan kepuasan peserta kursus terhadap prestasi pembelajaran selepas menjalani CPD di PPPB adalah tinggi. Item yang memperoleh min tertinggi ialah dari aspek menyelesaikan masalah dengan yakin berkaitan bidang tugas dan mengadaptasi pengetahuan yang diperoleh dalam bidang tugas dengan skor min 4.60 dan 4.56. Manakala item yang memperoleh min terendah adalah dari aspek merancang tugas dengan lebih dengan skor minnya adalah 4.23. Secara keseluruhannya, kepuasan peserta kursus terhadap prestasi pembelajaran semasa CPD di PPPB adalah tinggi dengan skor min keseluruhan adalah 4.47. Jadual 4.5 di atas menunjukkan kepuasan peserta kursus terhadap perubahan selepas menjalani CPD di PPPB adalah tinggi. Item yang memperoleh min tertinggi ialah dari aspek meningkatkan motivasi dalam melaksanakan tugas dan meningkatkan kemahiran melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dengan skor min 4.56 dan 4.54. Manakala item yang memperoleh min terendah adalah dari aspek mengaplikasi pengetahuan baharu dalam bidang tugas dengan yakin dengan skor minnya adalah 4.46. Secara keseluruhannya, kepuasan peserta kursus terhadap prestasi pembelajaran semasa CPD di PPPB adalah tinggi dengan skor min keseluruhan adalah 4.52. Jadual 4.5: Perubahan yang dialami oleh peserta kursus CPD N Mean Std. Deviation PERU1 52 4.46 0.60913 PERU2 52 4.54 0.54093 PERU3 52 4.52 0.57702 PERU4 52 4.56 0.60758 Min keseluruhan 52 4.52 0.51174 Jadual 4.6: Hasil yang diperolehi oleh peserta kursus CPD N Mean Std. Deviation HAS1 52 4.50 0.67155 HAS2 52 4.60 0.63430 HAS3 52 4.23 0.70336 HAS4 52 4.46 0.75307 HAS5 52 4.40 0.72110 Min keseluruhan 52 4.44 0.62502 Jadual 4.6 di atas menunjukkan kepuasan peserta kursus terhadap hasil selepas menjalani CPD di PPPB adalah tinggi. Item yang memperoleh min tertinggi ialah dari aspek menjadi pemimpin yang lebih proaktif dan berupaya meningkatkan kerjasama berpasukan dengan rakan sekerja dengan skor min 4.60 dan 4.50. Manakala item yang memperoleh min terendah adalah dari aspek mendapat pengiktirafan daripada pihak pengurusan dengan skor minnya adalah 4.23. Secara keseluruhannya, kepuasan peserta kursus terhadap prestasi pembelajaran semasa CPD di PPPB adalah tinggi dengan skor min keseluruhan adalah 4.44.
19 Keberkesanan Kursus (CPD) Di Pusat Pentaksiran Dan Pembangunan Bakat (PPPB) 5.0 RUMUSAN DAN PERBINCANGAN Secara keseluruhan dapatan kajian ini mendapati tahap kepuasan peserta kursus yang menghadiri kursus CPD yang dilaksanakan PPPB adalah tinggi. Mereka telah berpuas hati dengan sistem pengurusan CPD di PPPB. Item yang memperoleh min tertinggi adalah dalam aspek pendaftaran peserta kursus dan pengisian kursus. Ini bermakna sistem pengurusan pendaftaran kursus dan pengisian kursus adalah mudah kepada peserta. Seterusnya bagi tahap kepuasan peserta terhadap fasilitator/tenaga pengajar CPD di PPPB adalah tinggi. Item yang memperoleh min tertinggi adalah dari aspek pengetahuan kandungan kursus dan kemahiran komunikasi dengan peserta kursus. Hal ini menunjukkan fasilitator/tenaga pengajar CPD di PPPB menguasai kandungan kursus yang diberi serta mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik. Manakala item yang memperoleh min terendah adalah dari aspek kemahiran menyampaikan kursus menggunakan pelbagai pendekatan. Data ini memberikan maklumat bahawa fasilitator/tenaga pengajar CPD di PPPB perlu mempelbagaikan lagi pendekatan pengajaran kepada peserta kajian walaupun perlu menyampaikan latihan secara dalam talian. Ini disokong oleh Reay (1994) yang menyatakan bahawa kaedah penyampaian yang tepat akan membantu meningkatkan keberkesanan dalam proses PdP orang dewasa. Manakala strategi pembelajaran yang sesuai pula penting bagi membolehkan pembelajaran dewasa mencapai pembelajaran bermakna serta memenuhi keperluan personalise learning mereka (Din, 2015; Din, 2016). Jadi sebagai pensyarah yang mengajar dalam talian bagi kursus CPD di Pusat Pentaksiran ini hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya ianya lebih menarik peserta kajian yang mengikutinya. Bagi kepuasan peserta kursus terhadap kemudahan sumber bahan yang disediakan semasa CPD di PPPB juga adalah tinggi. Item yang memperoleh min tertinggi adalah dari aspek pelantar komunikasi yang digunakan dan sumber bahan digital yang disediakan. Hal ini menunjukkan bahawa fasilitator/ tenaga pengajar menyediakan sumber bahan digital yang bersesuaian serta menggunakan medium yang mudah diakses oleh peserta dalam menyampaikan CPD di PPPB. Manakala item yang memperoleh min terendah adalah dari aspek sumber rujukan yang dicadangkan. Secara keseluruhannya, kepuasan peserta kursus terhadap sistem pengurusan CPD, fasilitator/tenaga pengajar dan kemudahan sumber bahan di PPPB adalah tinggi. Ini disokong dengan kajian keberkesanan kursus yang telah dilaksanakan di pusat PPPB secara dalam talian pada tahun 2021. Berdasarkan analisis kajian,didapati bahawa tahap keberkesanan latihan di PPPB semasa pandemik covid-19 adalah pada tahap tinggi. Keberkesanan latihan ini merangkumi kesemua 11 item yang merangkumi aspek kepuasan, kebolehgunaan, pengetahuan, aplikasi, hasil organisasi secara individu dan hasil organisasi secara menyeluruh. Bagi menjawab persoalan kedua, hasil kajian menunjukkan bahawa kepuasan peserta kursus terhadap prestasi pembelajaran selepas menghadiri CPD di PPPB adalah tinggi. Item yang memperoleh min tertinggi dalam kajian ini adalah dari aspek menyelesaikan masalah dengan yakin berkaitan bidang tugas dan mengadaptasi pengetahuan yang diperoleh dalam bidang tugas. Hal ini menunjukkan bahawa fasilitator/tenaga pengajar dapat memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada peserta bagi meningkatkan profesionalisme mereka dalam melaksanakan tugas. Hasil dapatan kajian ini selari dengan kajian yang dilaksanakan oleh Suriyana Sulaji, Suhaila Hassan, Wan Fadhilah Wan Hitam (2017) yang menunjukkan bahawa tahap kepuasan yang tinggi dari aspek penyampaian dan kandungan kursus pendek serta juga kepuasan yang tinggi terhadap kursus yang dilaksanakan. Manakala item yang memperoleh min terendah adalah dari aspek merancang tugas dengan lebih baik. Data ini memberikan maklumat bahawa fasilitator dan tenaga pengajar CPD di PPPB perlu melatih peserta dalam perancangan yang bersesuaian dengan bidang tugas dengan memberi kemahiran berkaitan
20 pelbagai kaedah yang boleh diguna pakai oleh peserta kajian dalam merancang pelaksanaan tugasan dengan baik. Secara keseluruhannya, kepuasan peserta kursus terhadap prestasi pembelajaran semasa CPD di PPPB adalah tinggi. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Hisham Dzakaria dan Rob Walker (2003), antara faktor yang memberi kesan dalam pembelajaran dewasa adalah perbezaan strategi diamalkan, aktiviti dalam perancangan serta motivasi mereka. Perkara ini dapat membantu peserta menyelesaikan masalah dalam organisasi mereka seterusnya mengadaptasi kemahiran yang diperoleh dalam bidang tugas mereka. Seterusnya bagi menjawab persoalan ketiga, dapatan kajian mendapati bahawa kepuasan peserta kursus terhadap perubahan selepas menjalani CPD di PPPB adalah tinggi. Item yang memperoleh min tertinggi adalah dari aspek meningkatkan motivasi dalam melaksanakan tugas serta meningkatkan kemahiran melaksanakan tugas dengan lebih berkesan. Hal ini menunjukkan bahawa fasilitator dan tenaga pengajar dapat meningkatkan motivasi dan kemahiran peserta dalam melaksanakan tugas. Manakala item yang memperoleh min terendah adalah dari aspek mengaplikasi pengetahuan baharu dalam bidang tugas dengan yakin. Data ini memberikan maklumat bahawa peserta perlu diberi lebih kemahiran dalam memahami konsep dan teori serta berupaya mengaplikasi pelbagai kaedah dalam melaksanakan tugasan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa persepsi peserta kursus terhadap prestasi mereka telah meningkat selepas menghadiri kursus. Dapatan kajian ini disokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh Wan Zakiah et al. (2014) yang telah menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tahap pengetahuan dan pemahaman responden selepas menghadiri kursus. Begitu juga dalam kemahiran kendiri responden yang telah meningkat ke tahap sangat tinggi selepas menghadiri kursus. Bagi menjawab persoalan kajian yang keempat, dapatan kajian menunjukkan bahawa kepuasan peserta kursus terhadap hasil selepas menjalani CPD di PPPB adalah tinggi. Item yang memperoleh min tertinggi adalah dari aspek menjadi pemimpin yang lebih proaktif dan berupaya meningkatkan kerjasama berpasukan dengan rakan sekerja. Hal ini menunjukkan bahawa fasilitator dan tenaga pengajar dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepimpinan peserta secara proaktif dalam melaksanakan tugas. Peserta juga berupaya bekerja secara berpasukan bagi mendatangkan hasil tugasan yang lebih memuaskan. Manakala item yang memperoleh min terendah adalah dari aspek mendapat pengiktirafan daripada pihak pengurusan. Data ini memberikan maklumat bahawa peserta merasakan pihak pemimpin atau pengurusan kurang memberi pengiktirafan kepada hasil tugasan yang telah dilaksanakan oleh peserta. Perkara ini perlu diberikan perhatian oleh pihak pengurusan kerana boleh mengakibatkan rasa tidak puas hati dalam kalangan peserta. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya kepuasan peserta kursus terhadap prestasi pembelajaran semasa CPD di PPPB adalah tinggi. Dapatan ini disokong dengan kajian yang dijalankan oleh Wan Zakiah et al. (2014) yang menunjukkan bahawa peserta yang telah menghadiri kursus berkaitan dengan kepimpinan pengajaran dapat meningkatkan kemahiran kendiri mereka daripada tahap sederhana kepada tahap yang lebih tinggi dan seterusnya dapat mempercepatkan kecemerlangan sekolah.
21 Keberkesanan Kursus (CPD) Di Pusat Pentaksiran Dan Pembangunan Bakat (PPPB) RUJUKAN Alexander Romiszowski (2003). The future of E-learning as an educational innovation: Factors influencing project success and failure, Januari 2003 (https://www.researchgate.net/ publication/255547235). Aviana B. & Enrico G., (2004). Information systems for the evaluation of the effectiveness and efficiency of vocational training programmes. Journal of Evaluation. 10(2), pp.217–235. [13] Hedebro, G., (2009). Communication and Social Change in Developing Nations: A Critical View. 1st ed. Iowa: Iowa State Pr. Berger, J. (2008). Cultural Components of Technology and Its Implications for Adult Education. Adult Education Research Conference. https://newprairiepress.org/aerc/2008/papers/10 Berge, Z.L. & Collins, M.P. (Eds.) (1995). Computer Mediated Communication and the Online Classroom. Volumes 1-3. Cresskill, NJ: Hampton Press. Bruce, B. C., Peyton, J. K., & Batson, T. W. (1993). Network-based classrooms: Promises and realities. New York: Cambridge University Press. Din, R. (2015). Foreword from the Chief Editor: The Inaugural Issue of JPL. Journal of Personalized Learning, 1(1), i-iii. Din, R. (2016). Notes from the Chief Editor: On Designing Personalized Learning. Journal of Personalized Learning, 2(1), i-iii. Gall, M., Gall, J., & Borg, R. (2007). Educational research: An introduction (8th ed.). New York, NY: Pearson Education. Gorard, S. & Selwyn, N. (1999). Switching on the learning society? – Questioning the role of technology in widening participation in life long learning. Journal of Education Policy, 14(5),523-534. Harasim, L. M. (1989). Online education: A new domain. In R. Mason & A.R. Kaye (Eds.), Mindweave: Communication, computers, and distance education (pp. 50-62). New York, NY: Pergamon Press. Hisham Dzakaria & Rob Walker. (2003). Understanding the culturally diverse, Malaysian distance learners:Does Culture has arole and effect on learning and practice in distance education. Malaysian Journal of Distance Education, 5(1):4. Kamaruzzaman Abdul Manan, Shuhaida Md Nor & Bahiyah Omar (2013), Model Penilaian Kirkpatrick: Mengkaji Pengaruh Komunikasi Terhadap Keberkesanan Latihan. Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication, Jilid 29(2) 2013: 31-50. Kathie Goldsworthy and Lynnae Rankine (2009). Identifying the characteristics of e-learning environments used to support large units, Auckland 2009: Full Paper: Goldsworthy and Rankine.
22 Kirkpatrick D. L. (1996). Great ideas revisited: Revisiting Kirkpatrick's four–level model. Training & Development, 50(1), 54–57. Kirkpatrick, Donald, L. (2015). Learning Evaluation Model. Available http://www.businessballs. com/ kirkpatricklearningevaluationmodel.htm. Knowles, M. S. (1980). The modern practice of adult education: From pedagogy to andragogy. 2nd ed. New York : Cambridge Book. Levin, J., Levin, S. R., & Waddoups, G. (1999). Multiplicity in learning and teaching: A framework for developing innovative online education. Journal of Research on Computing in Education, 32(2), 256-269. Maizatul H. M. (2002). Konsep pengurusan Jepun: implikasi ke atas kepuasan dan kecenderungan berhenti kerja di kalangan pekerja bawahan. Malaysian Journal of Communication, 18. pp.145-163. [36] Mantyla, K., & Woods, J. A. (2001). The 2001/2002 ASTD Distance learning yearbook. New York: McGraw-Hill. Markus, Allo. (2020). Is the learning good in the midst of covid-19 Pandemic? The case of EFL Learners, Jurnal Sinestesia, Vol 10, Univesitas Kristen Indonesia Toroja, Indonesia. Mazanah Muhamad & Carter, G. L. (2020). Designing and Facilitating Adult Learning. Serdang Selangor:Universiti Putra Malaysia. Mohammed Huzaimi & Rosseni. (2020). Persepsi Pembelajaran Dewasa Melalui Teknologi Blog Web 2.0. Journal of personalized of learning, 3(1) 2020 47-54. Kuala Lumpur. Owen, M.B. (2000). Integrating ICT into education systems: A criterion-based Framework for decision making. Paper presented the International Conference ‘Education & ICT in the New Millennium’ at Park Royal Kuala Lumpur. Perrin, M.K. & Mayhew, D. (2000). The Reality of Designing and Implementing an Internetbased Course Online. Journal of Distance Learning Administration, Volume III, Number IV, Winter 2000. Rahman, H. A., Awee, A., & Rajab, A. (2012). Gaya Pengajaran Pembelajaran Pelajar Dewasa Program SPACE Universiti Teknologi Malaysia. Sains Humanika, 58(1). Reay, D. (1994). Identifying Training Needs: Finding out What People Need to Know and Why. Kogan Page: London. Shaharuddin, B., & Abiddin, N. Z. (2016). Tinjauan Faktor-faktor Pendorong dan Penghalang Pemindahan Latihan: Konteks Malaysia. SOSIOHUMANIKA, 2(1). Sharifah B., Joki P. S. & Balan R. (2009). Hubungan Antara Komunikasi Dalam Organisasi Dengan Kepuasan Kerja, Prestasi Kerja dan Komitmen Kerja. Jurnal Kemanusiaan,13(1), pp.15-46.
23 Keberkesanan Kursus (CPD) Di Pusat Pentaksiran Dan Pembangunan Bakat (PPPB) Siti Hajar, Shukri & Mohd Razha. (2012). Aplikasi Prinsip Pembelajaran Dewasa Knowles dengan penggunaan Mod Penyampaian Teknologi Sidang Video Dalam Kalangan Pelajar Jarak Jauh. AJTLHE Vol.4 no 2. Universiti Sains Malaysia. Stufflebeam, D. L. & Shinkfield, A. J. (2007), Evaluation theory, models, and applications. In, Jossey-Bass, California, USA. Stufflebeam, D. L. (1970). Evaluation: The process of stimulating, aiding, and abetting insightful action. Institute of Education Sciences. Ohio State of University. Suriyana Sulaji, Suhaila Hassan & Wan Fadhilah Wan Hitam (2017). Mengenalpasti tahap kepuasan peserta terhadap pelaksanaan kursus pendek di Kolej Komuniti, Selandar, Melaka. Politeknik & Kolej Komuniti. Journal of Life Long Learning, Vol.1, No.1, 2017. Wan Idros W. S. (2001). Pembangunan Personelia dalam Aspek Latihan dan Pembangunan: Antara realiti dan formaliti Keberkesanan Tugas. Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication, 17. pp.81-118. Wan Zakiah Wan Omar, Hajar Muhamad, Zauyati Zainal Mohamed Alias, Wong Kwai Cheng, Mastura Ahmad & Nik Karimah Nik Hassan (2014). Kajian tahap amalan guru besar dan penolong kanan selepas menghadiri kursus memantau pencapaian murid. Institut Aminuddin Baki, KPM. di akses http://eprints.iab.edu.my/v2/776/.
24
25 ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN GURU BESAR MALAYSIA Moktar bin Mokri Khairul Azuan bin Abdul Aziz Hajah Siti Fadzlun binti Abd Thani Zahiah binti Kassim Ahmad Salihin bin Mat Saat Jabatan Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap keperluan Latihan merujuk domain serta kompetensi yang kritikal dalam kalangan Guru Besar di Malaysia. Seramai 7247 orang Guru Besar telah mengisi instrumen i-KOMPAS 2.0 dengan lengkap menerusi Sistem Bersepadu (INSYST) IAB. Dapatan kajian menunjukkan tahap Keperluan Latihan Guru Besar peringkat Kebangsaan berada pada Tahap Sangat Memerlukan Latihan, terutama Domain Instruksional (3.87). Guru Besar sangat memerlukan latihan dalam enam (6) kompetensi Latihan iaitu Pembudayaan Ekosistem Digital, Penetapan Strategik, Pemantauan Menyeluruh, Mengurus Kewangan, Mengurus Sumber Pendidikan dan Membangun Sumber Manusia. Dapatan menunjukkan keperluan latihan Guru Besar di tujuh (7) negeri adalah lebih jelas dan ketara. Negeri-negeri tersebut adalah Kedah, Kelantan, WP Labuan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Selangor. Kesemua negeri ini mempunyai min skor yang berada di atas min kebangsaan 3.78. Kajian memberi implikasi bahawa, terdapat keperluan yang tinggi memastikan Latihan adalah selari dan dinamik bagi memenuhi keperluan Guru Besar dalam memimpin sekolah terutama dalam era yang mencabar kini. Oleh itu, dicadangkan agar semua Modul Kursus Pusat/Jabatan sedia ada disemak semula dan memastikan setiap kursus mempunyai ‘Tagging’ kompetensi KOMPAS 2.0. Reka bentuk pukal latihan yang baharu dan berfokuskan kepada kehendak Guru Besar ini juga perlu diambil perhatian. Kata kunci: Kompetensi; Keperluan Latihan; Guru Besar
26 1.0 PENGENALAN Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggariskan hala tuju yang jelas melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) di mana semua inisiatif yang dirancang dalam PPPM 2013-2025 akan dapat melonjakkan kualiti pendidikan Negara bagi memenuhi tuntutan dunia pendidikan masa kini dan masa hadapan. Bagi mencapai hasrat dan misi KPM, Institut Aminuddin Baki (IAB) akan mentadbir urus Standard Kompetensi Pemimpin Sekolah Malaysia 2.0 (KOMPAS 2.0) untuk mengenal pasti tahap kompetensi pemimpin sekolah. Perkara ini menjadi keutamaan kerana Pemimpin Sekolah perlu memastikan kelangsungan transformasi pendidikan negara selaras dengan keperluan pendidikan bertaraf gobal dan glokal. KOMPAS 2.0 digubal untuk dijadikan panduan standard kompetensi kepada pemimpin sekolah dalam mengurus dan memimpin organisasi pendidikan bagi menggantikan dua (2) dokumen sedia ada iaitu KOMPAS dan SKKSM. KOMPAS 2.0 juga bertujuan untuk menjadi asas bagi mengenal pasti keperluan latihan dalam usaha membangunan kapasiti pemimpin sekolah melalui analisis keperluan latihan. Kajian analisis keperluan latihan guru besar (GB) Malaysia bertujuan menentukan keperluan latihan GB di Malaysia dengan memfokuskan kepada dua (2) objektif kajian seperti berikut. 1. Mengenal pasti tahap keperluan latihan GB di Malaysia 2. Menentukan domain dan kompetensi latihan yang paling kritikal dalam kalangan GB di Malaysia 2.0 PENGURUSAN Pengisian instrumen i-KOMPAS 2.0 untuk tahun 2021 telah bermula apabila pihak pengurusan IAB mengeluarkan surat siaran pengisian rujukan KPM.700-2/2/78 Jld. 2(26) bertarikh 15 Julai 2021. Kandungan surat juga menyatakan bahawa sistem i-KOMPAS 2.0 bagi tahun 2021 akan mula dibuka pada 15 Julai 2021 hingga 24 September 2021. Pengisian instrumen i-KOMPAS 2.0 melibatkan semua Pengarah Kolej Vokasional, Pengetua dan Guru Besar (PGB) dan pengisian secara dalam talian dengan melayari https://sistem.iab.edu.my/ insystv2 iaitu laman sesawang IAB. Pengisian instrumen i-KOMPAS 2.0 ini telah disasarkan kepada semua PGB di seluruh negara iaitu melibatkan seramai 10,222 orang. Namun, terdapat sebanyak 145 buah sekolah di seluruh negara tidak mempunyai pemimpin sekolah. Justeru, jumlah pemimpin sekolah yang terlibat adalah seramai 10,077 orang. Setelah tamat tempoh pengisian pada 24 September 2021, didapati secara keseluruhan seramai 9501 (94.0%) orang pemimpin sekolah telah mengisi instrumen i-KOMPAS 2.0 dengan lengkap. Oleh itu, dapatan i-KOMPAS 2.0 bagi tahun 2021 boleh digeneralisasikan kepada populasi PGB. Kajian memfokuskan kepada analisis keperluan latihan GB di Malaysia bagi tahun 2021. Rajah 1 menunjukkan atau seramai 7247 (76.27%) orang GB dari 9504 orang PGB telah mengisi instrumen i-KOMPAS 2.0. Pengisian ini melibatkan 1073 orang GB dari JPN Sabah, 1224 orang GB dari JPN Sarawak, 17 orang GB dari WP Labuan, 906 orang GB dari JPN Johor, 237 orang GB dari JPN Melaka, 342 orang GB dari JPN Negeri Sembilan, 639 orang GB dari JPN Selangor, 16 orang GB dari WP Putrajaya, 187 orang GB dari WP Kuala Lumpur, 534 orang GB dari JPN Pahang, 404 orang GB dari JPN Kelantan, 291 orang GB dari JPN Terengganu, 529 orang GB dari JPN Kedah, 259 orang GB dari JPN Pulau Pinang, 26 orang GB dari JPN Perlis dan 563 orang GB dari JPN Perak.
27 Analisis Keperluan Latihan Guru Besar Malaysia Rajah 1: Pengisian i-KOMPAS oleh Guru Besar Malaysia 2.0 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pemimpin Sekolah GB selaku individu yang menjadi tunjang utama kepada keberkesanan sesebuah sekolah sering didedahkan oleh pihak KPM dalam pelbagai kursus dengan harapan mampu menjadikan individu yang berkompetensi dan cekap untuk menerajui sekolah ke arah kecemerlangan. Dalam melaksanakan usaha ini, guru besar juga harus mengikuti pelbagai kursus pengurusan dan kepemimpinan sekolah yang pelbagai bermula apabila dilantik menjadi pentadbir di sekolah. 2.2 Keperluan Latihan Pemimpin Sekolah Keperluan latihan pemimpin sekolah merujuk kepada kualifikasi, keterampilan, dan pengetahuan yang diperlukan oleh seseorang yang ingin menjadi atau telah menjadi seorang pemimpin di sekolah. Kajian Adams et. al. (2020) mendapati lebih separuh PGB tidak menaruh harapan yang tinggi untuk mentransformasikan sekolah walaupun pemimpin sekolah ini yakin menerajui sekolah setelah tamat Program NPQEL. Kepelbagaian dari aspek enrolmen murid, persekitaran tempat kerja, masalah di tempat kerja dikatakan menjadi penyebab kepada pemimpin sekolah memerlukan masa yang lama untuk membiasakan diri, Kajian Aminuddin dan Sainah (2021) mendapati amalan terbaik kepimpinan instruksional Pengetua Cemerlang JUSA C dalam menerajui kepimpinan berkualiti memfokuskan tiga dimensi utama iaitu mendefinisikan misi sekolah, mengurus program instruksional dan membentuk iklim sekolah. Responden Guru Besar SARAWAK, 1224 JOHOR, 906 WP LABUAN, 17 SABAH, 1073 PERAK, 563 PERLIS, 26 PERLIS, 26 TERENGGANU, 291 KELANTAN, 404 WP PUTRAJAYA, 16 WP KUALA LUMPUR, 187 NEGERI SEMBILAN, 342 KEDAH, 529 SELANGOR, 639 PAHANG, 534 MELAKA, 237
28 2.3 Kompetensi Pemimpin Sekolah Kompetensi kepimpinan pemimpin sekolah iaitu PGB sentiasa diberi penekanan sebagai sandaran utama dalam usaha meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sesebuah sekolah sesuai dengan cabaran semasa yang semakin kompleks. Jabatan Perkhidmatan Awam (2016) mentakrifkan ‘kompetensi’ sebagai pengetahuan, kemahiran dan sahsiah yang perlu bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab sesuatu pekerjaan atau jawatan. Florida Department of Education (2008); Silam, Pang dan Lajium, (2020), menyatakan, kompetensi kepimpinan PGB bermula dengan pengetahuannya tentang bagaimana membentuk organisasi, mewujudkan kerjasama dengan pihak berkepentingan, mampu memberi tindak balas serta mempengaruhi orang lain dan berupaya merancang secara sistematik mengikut keperluan dan perubahan semasa. Situasi ini sangat menuntut PGB untuk melengkapkan diri dengan kompetensi yang pelbagai dalam mendepani segala cabaran yang ada. 2.4 Standard Kompetensi Pemimpin Sekolah Malaysia 2.0 (KOMPAS 2.0) KOMPAS 2.0 merupakan gabungan kompetensi generik dan fungsian daripada KOMPAS Versi 1.0 dan semakan semula SKKSM. Penggubalan KOMPAS 2.0 adalah untuk menjadi panduan standard kompetensi kepada pemimpin sekolah dalam mengurus dan memimpin organisasi pendidikan. Ia juga bertujuan menjadi asas keperluan latihan dalam pembangunan kapasiti pemimpin sekolah melalui analisis keperluan latihan, membantu pemimpin sekolah untuk melihat perkembangan tahap kompetensi yang dicapai berdasarkan profil melalui penarafan kendiri untuk tujuan pembangunan profesional diri mereka (Hassan, 2020; IAB, 2020; Silam, Pang & Lajium, 2020, Tarzimah et al., 2017). Rajah 2: Model KOMPAS 2.0 (IAB, 2020) KOMPAS 2.0 mengandungi teras utama iaitu mengurus, memimpin dan memupuk untuk melonjakkan kecemerlangan dan pemimpin sekolah berprestasi tinggi. Teras ini disokong oleh lima domain dan lapan belas kompetensi (Rujuk Rajah 2). Selain mengukur dan menentukan kompetensi PGB, dapatan KOMPAS 2.0 juga berupaya menjadi asas utama kepada Kursus Immersion dan Kursus Intervensi Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (InPeKs) yang dilaksanakan
29 Analisis Keperluan Latihan Guru Besar Malaysia oleh IAB dalam proses transisi pemimpin sekolah baharu yang bertujuan untuk memantapkan pengurusan dan kepimpinan pada awal penempatan mereka. Hasil dapatan KOMPAS 2.0 juga dapat menyokong dalam merealisasikan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) dan ia juga boleh membantu pegawai SIPartner+ dalam memberi bimbingan dan pementoran secara berfokus kepada PGB. 3.0 METODOLOGI Kajian merupakan kajian kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan bagi menentukan tahap keperluan Latihan seseorang guru besar. Tinjauan tahap keperluan latihan guru besar didapati melalui Penilaian/Penarafan Kendiri menggunakan i-KOMPAS 2.0. Pentadbiran tinjauan adalah secara dalam talian melalui pautan laman sesawang IAB https://sistem.iab. edu.my/insystv2 yang menghasilkan pengumpulan data secara tersistem dengan pemantauan oleh para pentadbir i-KOMPAS 2.0 secara berfasa. Data yang dikumpul seterusnya dibersihkan dan dianalisis secara deskriptif bagi mendapatkan nilai min, mod dan median. Data min skor Keperluan Latihan yang diperoleh akan dirujuk dengan Petunjuk Julat Min bagi Keperluan Latihan seperti Jadual 3 bagi mengenal pasti tahap keperluan latihan guru besar. Jadual 1: Petunjuk Julat Min Skor Keperluan Latihan PGB Min Skor Implikasi kepada Keperluan latihan 1.00 – 1.67 Tidak Perlu Latihan (TPL) 1.68 – 3.34 Perlu Latihan (PL) 3.35 – 5.00 Sangat Memerlukan Latihan (SML) Adaptasi: Tarzimah; Abd. Jalil; Mohd. Yusof; Nor Foniza; Kamalludin (2019) 4.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN Dapatan kajian akan dibincangkan mengikut objektif kajian yang diutarakan mengikut domain kompetensi latihan yang disediakan. 4.1 Tahap Keperluan Latihan Guru Besar Rajah 2 menunjukkan min skor Keperluan Latihan Pemimpin Sekolah iaitu Guru Besar peringkat Kebangsaan yang berada di antara 3.70 hingga 3.84. Nilai min skor Domain Berwawasan adalah 3.80, Domain Instruksional adalah 3.84, Domain Sumber Operasi adalah 3.79, Domain Kualiti Peribadi adalah 3.70 dan Domain Hubungan adalah 3.77. Semua nilai min skor yang diperoleh berada antara min skor 3.35 hingga 5.00 menunjukkan GB Sangat Memerlukan Latihan (SML) untuk semua domain. Keperluan Latihan adalah lebih ketara bagi domain Instruksional
30 Rajah 2: Tahap Keperluan Latihan Guru Besar Jadual 2 menunjukkan dapatan min skor Keperluan Latihan Guru Besar dan nilai min skor yang diperoleh untuk 18 kompetensi adalah antara 3.63 hingga 3.99. Nilai min skor yang diperoleh antara 3.35 hingga 5.00 dan menunjukkan Guru Besar Sangat Memerlukan Latihan (SML) dalam semua kompetensi. Dapatan menunjukkan min skor keperluan latihan Guru Besar adalah antara 3.63 hingga 3.99 iaitu ‘Sangat Memerlukan Latihan’. Tahap keperluan latihan Guru Besar adalah lebih jelas bagi empat (4) kompetensi iaitu pada nilai min >3.80 dalam domain Berwawasan, Instruksional dan Sumber Operasi. Jadual 2: Min Skor Keperluan Latihan Guru Besar Domain Kod Keperluan Latihan Min skor Berwawasan D1K1 Pematuhan Akta, Peraturan dan Dasar Pendidikan 3.74 D1K2 Menterjemahkan Visi dan Misi KPM 3.71 D1K3 Penetapan Strategik 3.95 Instruksional D2K1 Instruksional Berfokuskan Kurikulum 3.77 D2K2 Pembudayaan Penyelidikan 3.72 D2K3 Pemantauan Menyeluruh 3.87 D2K4 Pembudayaan Ekosistem Digital 3.99 Tahap Keperluan Latihan Guru Besar Domain Sumber Operasi Domain Kualiti Peribadi Domain Hubungan Domain Berwawasan Domain Instruksional 3.80 3.84 3.79 3.70 3.77 5.00 4.00 3.00 2.00 1.00 Skor Tahap TNA
31 Analisis Keperluan Latihan Guru Besar Malaysia Domain Kod Keperluan Latihan Min skor Sumber Operasi D3K1 Mengurus Pelbagai Data 3.75 D3K2 Mengurus Sumber Fizikal 3.74 D3K3 Mengurus Sumber Pendidikan 3.84 D3K4 Membangun Sumber Manusia 3.83 D3K5 Mengurus Kewangan 3.85 D3K6 Mengurus Risiko 3.72 Kualiti Peribadi D4K1 Integriti 3.73 D4K2 Orientasi Kecemerlangan 3.76 D4K2 Kemahiran Mengurus Kendiri dan Sosial 3.67 D4K4 Orientasi Keusahawanan 3.63 Hubungan D5K1 Membina Jaringan dan Jalinan 3.76 Dalam domain Instruksional, data menunjukkan bahawa Guru Besar memaklumkan bahawa mereka sangat memerlukan latihan dalam dimensi Pembudayaan Ekosistem Digital (3.99). Pemimpin sekolah perlu berupaya mencipta, mempromosi dan membudayakan pembelajaran era digital yang relevan dan dinamik dengan melibatkan semua warga organisasi. Guru Besar juga menyatakan bahawa mereka juga memerlukan kursus yang berkaitan dengan Pemantauan Menyeluruh (3.87) iaitu kursus yang dapat mengupayakan mereka dalam mengawal selia, menilai, mentaksir dan memberi maklum balas secara konstruktif bagi kemenjadian murid secara holistik. Guru Besar juga menyatakan mereka memerlukan latihan atau kursus yang berkaitan dengan Penetapan Strategik (3.95) iaitu kursus yang boleh membantu mereka berupaya memilih strategi yang relevan dan mempunyai justifikasi berasaskan maklumat dengan mempertimbangkan pelbagai aspek dan alternatif. Kursus berkenaan juga perlu mengupayakan mereka dalam mencabar diri bagi menghasilkan idea baharu mengikut keperluan masa hadapan. Guru Besar menyatakan mereka memerlukan latihan atau kursus dalam Menguruskan Kewangan (3.85) yang berfokuskan kepada pengupayaan menggalakkan warga organisasi mengurus dan menggunakan sumber kewangan dengan cekap dan berkesan. Kursus tersebut juga diharapkan berupaya menyediakan wadah untuk perkongsian amalan terbaik pengurusan kewangan yang berkesan pada peringkat kebangsaan. Selain itu, Guru Besar juga menyatakan mereka memerlukan kursus yang berkaitan dengan Mengurus Sumber Pendidikan (3.84). Guru Besar berharap ada kursus atau latihan yang boleh mengupayakan mereka dalam membangunkan kemahiran dan kepakaran warga organisasi untuk bekerjasama dengan komuniti dan pemegang taruh dalam menyediakan sumber pendidikan. Dapatan juga menunjukkan bahawa Guru Besar memerlukan kursus yang berkaitan dengan Membangun Sumber Manusia (3.83), seperti latihan yang berupaya menerap pembangunan sumber manusia secara berterusan sehingga menjadi amalan untuk bertindak secara cekap dan berkesan. Kursus berkenaan juga diharapkan dapat menyediakan wadah untuk perkongsian amalan terbaik pengurusan sumber manusia. Dapatan juga memperlihatkan kursus-kursus lain yang diperlukan seperti kursus-kursus yang berkaitan Instruksional Berfokuskan Kurikulum yang memfokuskan kepada kemahiran Guru Besar memimpin instruksional menerusi penilaian, penyeliaan dan bimbingan sejajar dengan hasrat kurikulum yang akan menyumbang kepada pembangunan potensi kepimpinan
32 dalam kalangan warga organisasi melalui latihan yang berorientasi kecemerlangan. Kursuskursus yang menyumbang kepada keupayaan Membina Jaringan dan Jalinan, Mengurus Pelbagai Data, Pematuhan Akta, Peraturan dan Dasar, Mengurus Sumber Fizikal, Integriti, Pembudayaan Penyelidikan, Mengurus Risiko, Menterjemah Visi dan Misi KPM, Kemahiran Mengurus Kendiri dan Sosial dan Orientasi Keusahawanan boleh membantu melengkapkan keupayaan GB memimpin sekolah. 4.2 Keperluan Latihan Guru Besar Mengikut Negeri Jadual 3 menunjukkan nilai min skor tahap keperluan latihan Guru Besar pada piawai kebangsaan dan negeri. Dapatan menunjukkan Guru Besar di tujuh (7) negeri adalah lebih jelas dan ketara terhadap keperluan latihan. Negeri-negeri tersebut adalah Kedah, Kelantan, WP Labuan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Selangor. Kesemua negeri ini mempunyai min skor yang berada di atas min kebangsaan 3.78 dan dengan interpretasi ‘Sangat Memerlukan Latihan’, berdasarkan petunjuk julat min skor Keperluan Latihan (Jadual 1). Kursus boleh lebih memfokuskan kepada GB daripada negeri tersebut. Kekotak nilai min yang diwarnakan dengan warna ‘Oren’ membawa maksud ‘Berada di Atas Min” manakala kekotak nilai min yang diwarnakan dengan warna ‘Kuning’ membawa maksud ‘Berada di bawah Min’. Terdapat empat (4) buah negeri yang kesemua keperluan latihan berasaskan kompetensi adalah berwarna kuning iaitu ‘Berada di bawah Min’ iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak. Merujuk kepada min kebangsaan, daripada empat (4) negeri ini, tiga (3) buah negeri yang menyatakan skor tahap keperluan latihan yang secara perbandingan lebih rendah ialah Johor, Negeri Sembilan dan Perak. 4.3 Domain dan Kompetensi Keperluan Latihan Guru Besar Paling Kritikal Merujuk kepada Jadual 3 juga, didapati domain dan kompetensi keperluan Latihan GB yang paling kritikal dengan skor tahap keperluan Latihan >0.80 ialah D1K3:- Wawasan-Penetapan Strategik; D2K3:-Instruksional-Pemantauan Menyeluruh; D2K4:-Instruksional Pembudayaan Ekosistem Digital; D3K3:-Sumber dan Operasi:-Mengurus Sumber Pendidikan; D3K4:-Sumber dan Operasi-Membangun Sumber Manusia; dan D3K5:- Mengurus Kewangan.
33 Analisis Keperluan Latihan Guru Besar Malaysia Jadual 3 Tahap Keperluan Latihan Berasaskan Kompetensi Guru Besar merujuk Negeri MIN SKOR Berwawasan Instruksional Sumber Operasi Kualiti Peribadi Kepimpinan J&J D1K1 D1K2 D1K3 D2K1 D2K2 D2K3 D2K4 D3K1 D3K2 D3K3 D3K4 D3K5 D3K6 D4K1 D4K2 D4K3 D4K4 D5K1 Kebangsaan 3.74 3.71 3.95 3.77 3.72 3.87 3.99 3.75 3.74 3.84 3.83 3.85 3.72 3.73 3.76 3.67 3.63 3.76 3.78 Johor 3.57 3.54 3.80 3.60 3.59 3.71 3.87 3.61 3.59 3.69 3.67 3.72 3.58 3.56 3.61 3.50 3.53 3.63 3.64 Kedah 3.81 3.80 4.05 3.82 3.73 3.94 4.09 3.80 3.81 3.91 3.89 3.93 3.77 3.76 3.83 3.70 3.68 3.84 3.85 Kelantan 4.07 4.12 4.24 4.11 3.94 4.17 4.24 4.06 4.08 4.14 4.13 4.17 4.06 4.07 4.11 4.00 3.91 4.06 4.10 WP K.Lumpur 3.70 3.64 3.94 3.69 3.75 3.82 3.91 3.71 3.68 3.78 3.81 3.82 3.72 3.68 3.70 3.65 3.58 3.77 3.75 WP Labuan 4.02 3.82 4.06 4.04 3.94 4.03 4.04 4.18 4.06 3.98 4.03 4.12 4.12 3.97 3.96 3.92 3.84 4.02 4.01 WP Putrajaya 3.58 3.60 3.83 3.64 3.70 3.87 3.82 3.53 3.70 3.89 3.80 3.73 3.71 3.50 3.53 3.51 3.68 3.51 3.67 Melaka 3.59 3.60 3.85 3.60 3.62 3.80 3.86 3.69 3.64 3.73 3.72 3.78 3.63 3.61 3.59 3.55 3.56 3.71 3.67 N. Sembilan 3.59 3.54 3.75 3.63 3.57 3.72 3.84 3.64 3.61 3.69 3.66 3.69 3.59 3.55 3.60 3.56 3.49 3.64 3.63 Terengganu 4.01 4.04 4.15 4.02 3.88 4.10 4.12 3.94 3.99 4.06 4.03 4.10 3.92 4.02 4.06 3.95 3.74 3.99 4.01 Pahang 3.84 3.82 4.00 3.87 3.83 3.96 4.13 3.86 3.86 3.98 3.95 3.96 3.84 3.86 3.87 3.79 3.73 3.85 3.89 Perak 3.55 3.55 3.80 3.65 3.68 3.74 3.86 3.57 3.57 3.68 3.69 3.71 3.55 3.54 3.56 3.49 3.49 3.64 3.63 Perlis 3.74 3.65 3.89 3.73 3.70 3.84 3.82 3.75 3.71 3.76 3.84 3.75 3.67 3.70 3.74 3.62 3.68 3.69 3.74 Pulau Pinang 3.62 3.58 3.84 3.62 3.57 3.75 3.92 3.62 3.64 3.77 3.70 3.86 3.58 3.60 3.65 3.55 3.48 3.67 3.67 Sabah 3.75 3.71 3.94 3.77 3.77 3.84 3.98 3.72 3.72 3.84 3.83 3.82 3.75 3.72 3.74 3.66 3.66 3.73 3.78 Sarawak 3.76 3.73 4.02 3.83 3.71 3.93 4.00 3.77 3.78 3.87 3.88 3.87 3.71 3.80 3.82 3.71 3.61 3.77 3.81 Selangor 3.77 3.73 3.95 3.77 3.78 3.87 4.02 3.78 3.73 3.85 3.83 3.85 3.75 3.73 3.77 3.69 3.71 3.79 3.80 6 6 7 8 7 7
34 Merujuk kepada keperluan latihan tersebut, D2K4:-Instruksional Pembudayaan Ekosistem Digital dan D3K3:-Sumber dan Operasi:-Mengurus Sumber Pendidikan adalah yang paling kritikal dengan masing-masing menunjukkan 7 daripada 17 (44%) dan 8 daripada 16 (50%) negeri adalah berada di atas min kebangsaan dengan makna sangat memerlukan latihan. Oleh itu, tahap keperluan latihan merujuk domain kompetensi ini memerlukan fokus yang khusus dan terancang. Dicadangkan enam (6) fokus latihan yang berupaya membangunkan Guru Besar seperti Jadual 4 dengan perhatian khusus perlu diberikan kepada D2K4 dan D3K3 yang menunjukkan tahap keperluan latihan paling kritikal. Jadual 4: Cadangan Fokus Latihan Fokus latihan D1K1 • Amalan penguatkuasaan, pemantauan berterusan dan memberi maklum balas penambahbaikan peraturan dan prosedur yang ditetapkan dalam pengurusan, amalan profesional seharian dan semua program yang dilaksanakan. • Amalan pembudayaan dan berkongsi amalan penguatkuasaan peraturan dan prosedur yang ditetapkan D2K3 • Keupayaan dalam mengawal selia, menilai, mentaksir dan memberi maklum balas secara konstruktif bagi kemenjadian murid secara holistik. • Amalan kaedah operasi pemantauan organisasi, pemantauan menyeluruh dan penyediaan pelbagai wadah untuk berkongsi amalan pemantauan yang berkualiti. D2K4 • Keupayaan mencipta, mempromosi dan membudayakan pembelajaran era digital yang relevan dan dinamik dengan melibatkan semua warga organisasi. • Amalan memimpin, memberi khidmat nasihat, bimbingan, runding cara dan berkongsi idea dalam penggunaan teknologi serta ekosistem digital masa hadapan D3K3 • Keupayaan merancang, menyelaras dan memanfaatkan sumber pendidikan • Amalan memanfaatkan sumber pendidikan serta mengintegrasikan ICT dalam semua bidang; D3K4 • Kemahiran merancang dan menyelia kemajuan pembangunan. • Praktis penilaian Pembangunan Profesionalisme secara Berterusan (PPB) dalam membangunkan kapasiti warga organisasi D3K5 • Kemahiran mengurus kewangan dengan merancang dan mengawal selia pengurusan kewangan secara cekap • Amalan pematuhan prosedur serta peraturan yang berkuat kuasa dalam praktis tugasan seharian 5.0 KESIMPULAN Kajian menunjukkan Guru Besar sangat memerlukan latihan dalam enam (6) domain kompetensi latihan. Kajian memberi implikasi bahawa, terdapat keperluan yang tinggi bagi memastikan latihan adalah selari dan dinamik bagi memenuhi keperluan Guru Besar dalam memimpin sekolah terutama dalam era yang mencabar kini. Pihak pengurusan dicadangkan menyemak semula semua Modul Kursus Pusat/Jabatan sedia ada dan memastikan setiap kursus mempunyai ‘Tagging’ kompetensi KOMPAS 2.0. Reka bentuk pukal latihan yang baharu dan berfokuskan kepada kehendak PGB ini juga perlu diambil perhatian. Perkara ini dapat dilakukan dengan perancangan yang berstruktur dengan melantik
35 Analisis Keperluan Latihan Guru Besar Malaysia Pegawai Meja Pusat yang kompeten. Kolaborasi dengan Pegawai Meja Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat pendidikan Daerah juga digalakkan dengan menggunakan dapatan yang diperoleh dari KOMPAS 2.0 ini bagi membuat perancangan Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan secara bersasar dengan memberi fokus kepada GB dan daerah mana yang benar-benar memerlukan kursus semasa proses pemilihan dan pencalonan peserta kursus. Selain itu disyorkan juga dapatan ini digunakan oleh pegawai-pegawai SIPartner+ dalam melaksanakan bimbingan/runding cara dan sebagainya bagi memperkasakan lagi kepimpinan sekolah rendah di Malaysia.
36 RUJUKAN Aminuddin, I. & Sainah, L. (2021). Amalan terbaik kepimpinan instruksional Pengetua Cemerlang Jusa C di Sabah. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 34. Institut Aminuddin Baki. Adams, D., Mooi, A. N. Y., & Muniandy, V. (2020). Principal leadership preparation towards highperforming school leadership In Malaysia. Asian Education And Development Studies. https://doi.org/10.1108/AEDS-02-2018-0046. Florida Department of Education (FDoE). (2008). Florida principal leadership standards. http:// www.floridaschoolleaders.org. Hassan, J. Bin, & Hamzah, M. Bin. (2020). Halangan-halangan pengurusan sekolah rendah dalam mewujudkan sekolah berkesan di Zon Utara (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang): Tindakan dan keperluan Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan menanganinya. Jurnal Pendidkan Bitara UPSI, 13(2), 12–28. Institut Aminuddin Baki. (2020). Standard Kompetensi Pemimpin Sekolah Malaysia 2.0 (KOMPAS 2.0). Institut Aminuddin Baki. Jabatan Perkhidmatan Awam (2016). Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2016: kemajuan kerjaya laluan secara pantas (fast track) bagi pegawai perkhidmatan awam persekutuan. https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/pp082016.pdf. Kementerian Pendidikan Malaysia (2021). Laporan Tahunan 2020 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian Pelajaran Malaysia. Silam, D., Pang, V., & Lajium, D. (2020). Kompetensi kepimpinan pengetua sekolah di pulau di negeri Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(12), 45–61. Tarzimah, T, Abd Jalil, A.H, Mohd Yusof, A., Nor Foniza, M. & Kamalludin, A.R. (2017). Kajian awal terhadap keperluan penilaian dan semakan instrumen Kompetensi Pemimpin Sekolah (KOMPAS). Kajian Pentaksiran: Kompilasi 2013-2017; IAB, 2019, 15-26.
37 PENGENALPASTIAN KOMPETENSI TERAS PEMIMPIN SEKOLAH - ERA PASCA PANDEMIK COVID-19 Fauziah binti Ismail, PhD Tarzimah binti Tambychik, PhD Pusat Pentaksiran dan Pembangunan Bakat Institut Aminuddin Baki ABSTRAK Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan kesepakatan panel pakar bagi mengenalpasti kompetensi teras pemimpin sekolah dalam era pasca pandemik Covid-19. Standard Kompetensi Pemimpin Sekolah Malaysia (KOMPAS) 2.0 dijadikan asas untuk mengenalpasti kompetensi yang masih relevan dan yang mungkin berubah. Seramai 15 orang panel pakar dalam bidang kepimpinan dan pengurusan sekolah telah terlibat sebagai peserta kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 10 kompetensi daripada lima domain telah dikenal pasti sebagai kompetensi teras bagi pemimpin sekolah berdasarkan kesepakatan pakar. Kompetensi Teras Pemimpin Sekolah 2.0 ini boleh dijadikan asas untuk kajian selanjutnya bagi menyemak semula pentaksiran untuk pemilihan calon NPQEL dan penjajaran semula elemen kompetensi dan pengukuran yang digunapakai dalam usaha untuk merealisasikan aspirasi PPPM 2013-2025 untuk menempatkan pemimpin berkualiti di sekolah. Kata kunci: Kompetensi Teras
38 1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Pentaksiran bagi pemilihan calon Pengetua dan Guru Besar (PGB) di bawah syarat baharu dibangunkan berasaskan inisiatif kelima dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (2013) yang menekankan kepada keperluan pemimpin sekolah berkualiti di setiap sekolah bagi memacu peningkatan prestasi sekolah (KPM, 2013). Pentaksiran terhadap calon pemimpin sekolah merupakan fokus dalam usaha memilih pemimpin sekolah yang menepati keperluan pendidikan yang semakin mencabar selari transformasi pemimpin sekolah. Lanjutan itu, pada tahun 2013, Institut Aminuddin Baki telah diberikan mandat untuk membangunkan proses pentaksiran tersebut. Pendekatan, asas ukuran dan reka bentuk pentaksiran telah dikaji dan dibangunkan bermula suku ketiga tahun 2013 dan pada Januari tahun 2014, kerangka pentaksiran dan kompetensi teras pemimpin sekolah yang menjadi asas ukuran, reka bentuk pentaksiran dan pendekatan pelaksanaan pentaksiran telah dibentang dan mendapat kelulusan di Mesyuarat Profesional Pengurusan Tertinggi KPM Bil 2/2014 pada 16 Januari 2014. Kompetensi Teras Pemimpin Sekolah didefinisikan sebagai kompetensi yang perlu dipunyai sepenuhnya mengikut standard oleh seseorang pemimpin sekolah sebelum memimpin sesebuah sekolah. Kompetensi teras ini yang merupakan asas bagi pentaksiran bagi pemilihan calon PGB di bawah syarat baharu melibatkan 10 kompetensi daripada enam (6) domain. Pelaksanaan pentaksiran bagi pemilihan calon PGB di bawah syarat baharu menggunakan kompetensi teras ini adalah bermula pada tahun 2014. Selepas penjajaran pendekatan pelaksanaan pentaksiran yang dilaksanakan pada tahun 2015, kompetensi teras yang sama masih digunakan bagi calon peserta NPQEL yang kemudiannya selepas latihan dan mencapai standard ditetapkan, akan ditempatkan di sekolah-sekolah mengikut keperluan daerah. Tinjauan kecil yang dilaksanakan pada tahun 2017 juga mendapati bahawa kompetensi teras yang digunakan sebagai asas ukuran daripada tahun 2014 ini masih relevan. Namun, selepas pandemik Covid-19 diisytiharkan sebagai Kecemasan Kesihatan Awam Kebimbangan Antarabangsa pada 30 Januari 2020 dan sebagai pandemik Covid-19 global pada 11 Mac 2020 (WHO 2023). PGB berhadapan dengan pelbagai cabaran. Pengisytiharan ini adalah bersekali dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan banyak penjajaran dan pengubahsuaian yang melibatkan pengurusan, pengoperasian dan pembelajaran murid perlu dilaksanakan oleh PGB dalam mengurus sekolah selari keadaan terkawal dan terjarak. 1.2 Tujuan Kajian Kenyataan bahawa terdapat pelbagai keadaan yang kurang pasti dan di luar kawalan memerlukan PGB mempunyai kesediaan dan kebarangkalian kompetensi tertentu yang lain. Kebarangkalian satu set kompetensi teras yang baharu dilihat perlu bagi memenuhi keperluan memimpin sekolah pada masa kini. Oleh itu, kajian ini adalah bagi mengenal pasti perubahan kepada kompetensi teras pemimpin sekolah sedia ada dan menentukan kompetensi teras bagi pemimpin sekolah pada masa kini selepas mengalami pengalaman pandemik Covid-19 bagi mengurus sekolah. Kajian ini akan menjawab persoalan seperti berikut: 1. Apakah kompetensi teras bagi pemimpin sekolah pasca pandemik Covid-19? 2. Adakah terdapat perubahan kepada kompetensi teras pemimpin sekolah sedia ada?
39 Pengenalpastian Kompetensi Teras Pemimpin Sekolah - Era Pasca Pandemik Covid-19 2.0 KAJIAN KEPUSTAKAAN Dalam era perkembangan ilmu yang kian pesat, kerajaan sentiasa memikirkan kaedah yang dapat meningkatkan pembangunan kapasiti warga organisasinya. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memilih dan melantik pemimpin sekolah berasaskan kompetensi dan prestasi tinggi (Siti Zainun et al., 2015). Usaha membangunkan kerangka dan proses pentaksiran melibatkan adaptasi Model Kompetensi Pemimpin Sekolah (KOMPAS, 2009), kajian tinjauan, perbincangan dan sumbang saran pelbagai pelapis pendidik dan pakar pendidikan. Sebanyak 10 kompetensi daripada enam (6) domain kepimpinan telah dikenal pasti sebagai kompetensi teras yang ditaksir (Siti Zainun et al., 2015). Rajah 1: Kerangka Kompetensi Teras Pemimpin Sekolah Rajah 1 menunjukkan kompetensi teras yang menjadi kerangka pentaksiran calon PGB (Abdul Razak & Tarzimah, 2015). Setiap domain mempunyai dua (2) kompetensi kecuali domain Dasar Hala Tuju dan Instruksional Pencapaian yang setiap satu hanya melibatkan satu (1) kompetensi. Pelaksanaan pentaksiran bagi pemilihan calon PGB melibatkan tiga (3) pihak utama iaitu Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), IAB dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). IAB bertanggungjawab menyediakan proses pentaksiran bagi pemilihan calon PGB di bawah syarat baharu (IAB, 2015). 2.1 Implikasi Covid-19 Covid-19 telah mengubah dunia ini dan memberi impak dalam banyak aspek kehidupan kita (https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019). Penutupan sekolah juga mengetengahkan ketidakseimbangan yang ketara antara negara-negara. Pemesatan Dasar Hala Tuju 1- Berfikiran Strategik Instruksional &- pencapaian 2- Membangunkan Instruksi Berfokus Kurikulum Mengurus Perubahan Inovasi 3- Menganalisis & Menyelesaikan Masalah 4- Membuat Keputusan Sumber & Operasi 5- Mengurus Kewangan 6- Memantau Menyeluruh Sumber & Operasi 9- Bernilai & Bertingkah laku Personal 10-Menyedari dan Mengurus Kendiri Hubungan sesama manusia 7- Membangun Kapasiti 8- Komunikasi Berkesan Kerangka Pentaksiran Kompetensi Teras Pemimpin Sekolah
40 beberapa trend telah berlaku dalam pendidikan, pengajaran dan pembelajaran dalam talian menjadi semakin dominan. Walau bagaimanapun, ianya bukan sekadar menyediakan penyelesaian kepada teknologi sahaja. Struktur persekolahan yang mapan perlu mengatasi cabaran seperti berikut: 1. perubahan keperluan murid terutamanya dalam aspek keselamatan dan kesihatan mental; 2. kompetensi guru dalam pedagogi digital yang semakin penting; dan 3. perkembangan kurikulum, pedagogi dan pentaksiran untuk fokus kepada pembelajaran murid dan bukannya keputusan peperiksaan. Hal ini menyebabkan pemimpin berkompetensi tinggi sangat diperlukan untuk membimbing sekolah dalam mengharungi krisis ini dan pengaplikasian kepimpinan perubahan dalam mengurus dan membimbing dilihat relevan. Dalam institusi pendidikan, peranan pemimpin sekolah adalah sangat penting di mana gaya kepimpinannya dapat mempengaruhi dan memajukan tahap perubahan dan pelbagai pembaharuan di sekolah ke arah penambahbaikan sekolah secara berterusan (Fullan, 2015). Pemimpin dalam sekolah merupakan peneraju kepada kejayaan perubahan yang dibuat. Menurut Bush (2007), pemimpin sekolah akan memberi pengaruh yang cukup besar dalam menentukan sesuatu perubahan yang hendak dibuat di sekolah. Ini selari dengan pandangan Fullan (2007) yang menyatakan bahawa penentu kejayaan perubahan di sekolah bergantung kepada kepimpinan pengetua. Justeru, dalam mendepani tuntutan perubahan pendidikan masa kini, ia menuntut kesediaan pemimpin sekolah daripada aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap memandangkan konteks kepimpinan dan pengurusan menjadi kompleks dan di luar jangkaan. Hal ini memerlukan tingkah laku pemimpin yang fleksibel, tangkas dan mampu beradaptasi dengan keadaan yang kompleks, serta mempunyai nilai dan jiwa pendidik. Ini bertepatan dengan kompetensi kepimpinan yang digariskan oleh Tubbs dan Schulz (2006) yang melihat kepada nilai, tingkah laku dan personaliti sebagai elemen penting yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin. Mohammed Sani, Ahmad Zabidi dan Husaina (2015) menjelaskan bahawa konsep kepimpinan pendidikan sangat kompleks dan didefinisikan dalam pelbagai perspektif berbeza mengikut situasi, persekitaran dan latar sosio budaya masyarakat dunia. Kompetensi kepimpinan ini akan menjadi sandaran pemimpin sekolah khususnya pasca Covid-19 untuk menerima dan merealisasikan perubahan positif ke arah keberkesanan sekolah. Ini selari dengan kesediaan pemimpin sekolah sebagai agen perubahan di sekolah bagi memastikan kecemerlangan dapat dicapai secara berterusan (Schein, 2004). Pemimpin sekolah pasca Covid-19 haruslah menjadi seorang pemimpin transformasi yang boleh merancang secara fleksibel dalam kepimpinan dan pengurusan organisasi dan bertindak sebagai barisan hadapan (frontliner) yang boleh berdepan dengan ketidakpastian, cabaran dan halangan (Bahtiar et al., 2020). Selari itu, kajian berkaitan kompetensi teras pemimpin sekolah pasca pandemik ini boleh dijadikan asas bagi mentaksir peserta NPQEL sebagai calon PGB dan memberi perspektif yang berbeza tentang keperluan menyediakan latihan bagi membangunkan kompetensi tersebut secara objektif dalam kalangan calon yang berpotensi sebagai PGB.
41 Pengenalpastian Kompetensi Teras Pemimpin Sekolah - Era Pasca Pandemik Covid-19 2.2 Model KOMPAS 2.0 Pada tahun 2015, KOMPAS yang menjadi asas kompetensi teras pemimpin sekolah untuk pentaksiran calon PGB telah disemak semula. Ini adalah lanjutan daripada keputusan Mesyuarat Khas Semakan semula Kurikulum IAB bertarikh 12 Ogos 2015 yang menyatakan KOMPAS sedia ada perlu disemak semula memandangkan julat masa semakan kurikulum perlu diubah daripada lima (5) ke tiga (3) tahun. Semakan semula KOMPAS mengambil masa dua (2) tahun sehingga tahun 2016. Semakan semula ini seterusnya diperluaskan kepada Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia pada tahun 2017 dan 2018. Hasilnya pada tahun 2019 KOMPAS versi 2.0 yang merupakan gabungan kompetensi generik dan fungsian pemimpin sekolah siap dibangunkan dan diterbitkan pada tahun 2020. Dalam kajian ini, asas yang diguna pakai bagi mengkaji kompetensi teras pemimpin sekolah pasca pandemik Covid-19 ialah KOMPAS 2.0. Jadual 1 menunjukkan domain dan kompetensi KOMPAS 2.0. Jadual 1: Domain dan Kompetensi KOMPAS 2.0 KOMPAS 2.0 pula mempunyai lima (5) domain dan 18 kompetensi yang menjadi panduan/ rujukan standard kompetensi kepada pemimpin sekolah dalam mengurus dan memimpin organisasi pendidikan. KOMPAS 2.0 juga dapat membantu pemimpin sekolah untuk melihat perkembangan tahap kompetensi yang dicapai berdasarkan profil melalui penarafan kendiri bagi tujuan pembangunan profesional diri mereka.
42 3.0 METODOLOGI Kajian ini merupakan kajian aplikasi yang mengadaptasi pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah Delphi Terubah Suai yang diperkenalkan oleh Linstone dan Turoff (1975). Kaedah ini adalah untuk mendapatkan kesepakatan pakar bagi mengenal pasti kompetensi teras pemimpin sekolah yang relevan dalam era pasca pandemik Covid-19. Skulmoski et al. (2007) menggunakan soal selidik dengan cara tidak bersemuka bagi mencari kesepakatan dalam kalangan pakar. Dalam kajian ini hasil putaran menggunakan kaedah ini kemudiannya akan diverifikasi untuk persetujuan akhir. Pemetaan dan perbandingan hasil dapatan kemudiannya dilakukan bagi melihat perubahan kepada kompetensi teras pemimpin sekolah. Berasaskan kompetensi pemimpin sekolah KOMPAS 2.0, putaran sebanyak tiga (3) kali dilaksanakan dengan berpegang kepada dua (2) soalan berikut: 1. Apakah kompetensi yang mesti ada pada seseorang pemimpin sekolah dan tidak boleh tidak sebelum boleh memimpin sekolah? 2. Apakah kompetensi yang perlu dipunyai sepenuhnya mengikut standard oleh seseorang pemimpin sekolah sebelum boleh memimpin sesebuah sekolah? Rajah 2: Reka Bentuk Kajian Rajah 2 menunjukkan reka bentuk kajian yang dilaksanakan dan tempoh masa yang diambil adalah sembilan (9) bulan bermula Mac 2022. Ahli Panel Delphi Terubah Suai yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada Pengetua dan Guru Besar Cemerlang, Pegawai SIPartner+ dari sekitar kawasan Zon Tengah dan pensyarah di Kementerian Pendidikan Malaysia seramai 15 orang. Pemilihan panel adalah atas justifikasi bahawa kumpulan ini adalah individu yang terlibat secara langsung dalam pengoperasian sekolah yang berhadapan secara terus dengan cabaran semasa era pandemik dan pasca pandemik. Oleh itu, dipercayai berasaskan kepada pengalaman ini, kumpulan pemimpin sekolah dan sokongan profesional di peringkat daerah mempunyai perspektif dan pemahaman yang lebih jelas tentang kompetensi yang relevan dan penting dalam menghadapi perubahan dinamik merujuk kepada keperluan pemimpin sekolah Putaran 1 Kompetensi Teras Pemimpin Sekolah Putaran 2 Kompetensi Teras Pemimpin Sekolah Putaran 3 Kompetensi Teras Pemimpin Sekolah Kompetensi dalam KOMPAS 2.0 “Apakah kompetensi yang mesti ada tidak boleh tidak sebelum seseorang itu boleh memimpin sekolah?” “Apakah kompetensi yang perlu dipunyai sepenuhnya mengikut standard oleh seseorang pemimpin sekolah sebelum boleh memimpin sesebuah sekolah?” Verifikasi Pemetaan Kompetensi Teras Pemimpin Sekolah 2.0
43 Pengenalpastian Kompetensi Teras Pemimpin Sekolah - Era Pasca Pandemik Covid-19 dalam konteks sebenar di era pasca pandemik Covid-19. Dalam kajian ini, data dikumpul menggunakan soal selidik kompetensi pemimpin sekolah yang didasari dengan soalan pokok dan data dianalisis secara deskriptif dengan mengadaptasi teknik Delphi Terubah Suai bagi mendapatkan Indeks Persetujuan yang menggambarkan kesepakatan pakar. Kesepakatan pakar dinilai melalui Indeks Persetujuan >0.80. Menurut Landis dan Koch (1977), nilai melebihi 0.80 adalah diterima dengan sangat baik. Indeks persetujuan dikira berdasarkan rumus berikut: K = fa- fc N- fc di mana K = nilai koefisien fa = frekuensi persetujuan fc = frekuensi bagi 50% jangkaan persetujuan N = bilangan unit yang diuji nilai persetujuan 4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Jadual 2, 3 dan 4 menunjukkan hasil dapatan kajian yang berasaskan 18 kompetensi daripada lima (5) domain KOMPAS 2.0 dengan mengambil kira kerelevanan era masa pasca pandemik. 4.1 Kompetensi Teras Pemimpin Sekolah Jadual 2 menunjukkan hasil kesepakatan berasaskan indeks persetujuan. Didapati pada putaran pertama, daripada 18 kompetensi, tiga (3) kompetensi telah tertolak iaitu Mengurus Risiko, Orientasi Kecemerlangan dan Orientasi Keusahawanan. Dapatan menunjukkan lebih 10 ahli panel bersetuju bahawa kompetensi Mengurus Risiko adalah elemen yang diambil kira dan diintegrasikan dalam kompetensi Penetapan Strategik dan Orientasi Kecemerlangan dan Orientasi Keusahawanan. Ia bukan merupakan kompetensi teras yang perlu dipunyai semasa mula-mula memimpin sekolah tetapi kompetensi tahap lanjutan yang perlu dipunyai pada satu tahap tertentu selepas satu tempoh masa, semasa memimpin sekolah untuk memacu sekolah ke tahap yang lebih tinggi. Terdapat tiga (3) kompetensi yang mempunyai indeks kesepakatan 0.79 iaitu <0.80 tetapi masih diputarkan pada pusingan kedua atas rasional bagi melihat ketekalan penolakan terhadap kompetensi tersebut. Ternyata pada pusingan kedua, kompetensi Pembudayaan Penyelidikan telah tertolak kerana ianya juga dilihat sebagai kompetensi tahap lanjutan yang perlu dipunyai oleh pemimpin sekolah selepas satu tempoh masa, untuk memacu sekolah ke tahap yang lebih tinggi. Kompetensi Mengurus Kendiri dan Sosial pula didapati merupakan elemen yang digabung jalin dalam kompetensi Integriti yang melibatkan pengurusan kendiri dan sosial bagi membolehkan pemimpin sekolah telus memimpin dan mematuhi semua dasar yang didokong. Panel juga melihat kompetensi menguruskan sumber pendidikan merupakan kompetensi teras bagi para guru dan bukannya bagi pemimpin sekolah kerana elemen pengurusan ini telah terintegrasi dalam kompetensi kompetensi mengurus pelbagai data, mengurus sumber fizikal dan pembudayaan ekosistem digital. Pandangan tersebut adalah kerana bagi pemimpin sekolah menjana keupayaan teras mereka bagi memastikan sumber pendidikan ada dan dimanfaatkan oleh para guru.
44 Sumber fizikal yang merupakan tempat penyimpanan sumber pendidikan dan data berkenaan pengurusan sumber pendidikan ini perlu diketahui oleh pemimpin sekolah. Tambahan, keupayaan mengakses pengoperasian sumber pendidikan ini oleh pemimpin sekolah adalah melalui persekitaran ekosistem digital yang dibangunkan. Oleh itu pemimpin sekolah perlu jelas bagaimana memanfaatkan ekosistem digital, akses data dan sumber fizikal yang ada dalam konteks tersistem dan terkait. Hasil putaran ke-2 menunjukkan hanya 12 kompetensi masih relevan dan penting terpilih sebagai kompetensi teras. Jadual 3 menunjukkan hasil terhadap kompetensi teras pemimpin sekolah. Jadual 2: Hasil Kesepakatan Indeks Persetujuan bagi tiga (3) Putaran Delphi Terubah Suai Domain Kompetensi P1 P2 P3 Wawasan (W) 1 Pematuhan Akta, Peraturan & Dasar Pendidikan 0.95 0.99 0.99 2 Menterjemah Visi & Misi 0.99 0.99 0.94 3 Penetapan Strategik 0.84 0.88 0.99 Instruksional (I) 4 Instruksional Berfokus Kurikulum 0.84 0.94 0.88 5 Pembudayaan Penyelidikan 0.79 0.63 6 Pemantauan Menyeluruh 0.84 0.94 0.88 7 Pembudayaan Ekosistem Digital 0.89 0.99 0.99 Sumber Operasi (SO) 8 Mengurus Pelbagai Data 0.95 0.94 0.88 9 Mengurus Sumber Fizikal 0.89 0.94 0.94 10 Mengurus Sumber Pendidikan 0.84 0.76 11 Membangunkan Sumber Manusia 0.84 0.99 0.99 12 Mengurus Kewangan 0.89 0.99 0.99 13 Mengurus Risiko 0.53 Kualiti Peribadi (KP) 14 Integriti 0.79 0.88 0.94 15 Orientasi Kecemerlangan 0.63 16 Orientasi Keusahawanan 0.32 17 Mengurus Kendiri & Sosial 0.84 0.71 Hubungan (H) 18 Membina Jaringan & Jalinan 0.79 0.82 0.88 Pada pusingan ketiga, hasil akhir putaran menunjukkan 12 kompetensi telah terpilih sebagai kompetensi teras. Namun begitu, panel telah menyatakan pelbagai pandangan bersama bagi hasil akhir ini. Sehubungan itu, sekumpulan lima (5) orang panel telah dibawa untuk pertimbangan terhadap pandangan tersebut bagi mendapatkan satu kesepakatan terhadap kompetensi teras pemimpin sekolah. Hasil kesepakatan menyatakan terdapat 12 kompetensi teras pemimpin sekolah dengan beberapa pengubahsuaian. Rumusannya, Kompetensi Teras Pemimpin Sekolah 2.0 terdiri daripada 10 kompetensi (Jadual 3).
45 Pengenalpastian Kompetensi Teras Pemimpin Sekolah - Era Pasca Pandemik Covid-19 Jadual 3: Hasil Kesepakatan Akhir Kompetensi Teras PS Kompetensi P3 Perspektif Pemimpin Teras PS 2.0 W Pematuhan Akta, Peraturan & Dasar Pendidikan 0.99 Pematuhan Akta, Peraturan & Dasar Pendidikan Menterjemah Visi & Misi 0.94 Elemen strategik tergabung dalam keupayaan menterjemahkan visi dan misi KPM bentuk pengoperasian yang terstruktur. Kompetensi menterjemahkan visi dan misi adalah lebih kritikal dipunyai sepenuhnya sebelum memimpin sekolah Penetapan strategik walaupun penting adalah kompetensi sekunder. Menterjemah Penetapan Visi & Misi Strategik 0.94 I Instruksional Berfokus Kurikulum 0.88 Orientasi pencapaian sebagai manifestasi baharu kepada instruksional bagi memastikan murid mencapai sesuatu di akhir pembelajaran Orientasi Pencapaian Pemantauan Menyeluruh 0.88 Pemantauan menyeluruh bagi mengenal pasti sebarang cabaran dan punca masalah untuk tujuan menyelesaikan masalah luar jangkaan yang timbul Penyelesaian masalah berserta Pemantauan Pembudayaan Ekosistem Digital 0.99 Sistem telah tersiap bina untuk pembelajaran dan pengurusan masalah namun yang penting adalah membiasakan penggunaan pelbagai data tersistem yang telah tersedia ini untuk membuat keputusan yang merupakan kemahiran kritikal yang perlu dipunyai pemimpin sekolah Membuat Keputusan berasas Pelbagai Sistem data Maklumat SO Mengurus Pelbagai Data 0.88 Mengurus Sumber Fizikal 0.94 Mengurus Sumber Fizikal Membangunkan Sumber Manusia 0.99 Kompetensi ini secara jelas memberi implikasi terhadap pembelajaran dan pencapaian murid Membangunkan Sumber Manusia Mengurus Kewangan 0.99 Mengurus Kewangan KP Integriti 0.94 Integriti adalah satu sifat yang perlu dipunyai dalam tingkah laku mentadbir setiap pemimpin sekolah Urus tadbir Berintegriti H Membina Jaringan & jalinan 0.88 Pemimpin sekolah lebih perlu berkomunikasi dengan berkesan kerana daripada keupayaan ini akan terbina hubungan yang lebih luas Berkomunikasi Berkesan 4.2 Perubahan Kompetensi Teras Pemimpin Sekolah kepada Kompetensi Teras Pemimpin Sekolah 2.0 Jadual 4 menunjukkan penterjemahan semula kompetensi teras pemimpin sekolah daripada sedia ada (Rajah 1) kepada dapatan terkini (Jadual 3-lajur akhir) yang menyatakan pola perubahan yang berlaku.
46 Jadual 4: Pola Perubahan Kompetensi Teras Pemimpin Sekolah Era Pasca Pandemik Kompetensi Teras PS (2015) Kompetensi Teras PS 2.0 (2023) Dasar Hala Tuju Berfikiran Strategik Wawasan Pematuhan Akta, Peraturan & Dasar Pendidikan Menterjemah Visi & Misi Instruksional Pencapaian Membangun Instruksi Berfokus Kurikulum Instruksional Orientasi Pencapaian Penyelesaian Masalah berserta Pemantauan Mengurus Perubahan Inovasi Menganalisis Menyelesaikan Masalah Membuat Keputusan berasas Pelbagai Sistem Data Maklumat Membuat Keputusan Sumber Sumber Operasi Operasi Mengurus kewangan Membangunkan Sumber Manusia Mengurus Sumber Fizikal Memantau Menyeluruh Mengurus Kewangan Hubungan Sesama manusia Membangun Kapasiti Hubungan Berkomunikasi Berkomunikasi Berkesan Berkesan Kualiti Peribadi Bernilai dan Bertingkah laku Personal Kualiti Peribadi Urus tadbir Berintegriti Menyedari dan Mengurus kendiri Domain Dasar Hala Tuju dinyatakan sebagai Wawasan menunjukkan dua (2) kompetensi teras iaitu Pematuhan Akta, Peraturan dan Dasar Pendidikan, dan Menterjemah Visi dan Misi, berbanding satu (1) sebelum ini iaitu berfikiran strategik. Panel berpandangan bahawa pemikiran strategik itu dapat dipamerkan melalui keupayaan pemimpin sekolah menterjemahkan misi dan visi dalam konteks sekolah yang dipimpin dengan mematuhi dasar dan peraturan sedia ada melalui strategi yang sesuai. Keupayaan ini lebih bermakna dan lebih mudah untuk difahami oleh semua lapisan pemegang taruh sesebuah sekolah. Kompetensi ini merupakan kompetensi yang penting untuk seseorang pemimpin sekolah berfungsi apabila memimpin sekolah kerana dalam era ini, hal ini adalah kritikal bagi berhadapan dengan ketidakpastian dinamika pendidikan dan cabaran globalisasi. Domain Instruksional Pencapaian, Mengurus Perubahan Inovasi dan Sumber Operasi pula kini dinyatakan dalam dua (2) domain sahaja iaitu Instruksional dan Sumber Operasi. Beberapa kompetensi di bawahnya pula berubah seperti berikut:
47 Pengenalpastian Kompetensi Teras Pemimpin Sekolah - Era Pasca Pandemik Covid-19 i. Menganalisis Menyelesaikan Masalah dan Memantau Menyeluruh bergabungjalin sebagai Penyelesaian Masalah beserta Pemantauan; ii. Menganalisis Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan diterjemahkan semula sebagai Membuat Keputusan Berasaskan Pelbagai Sistem Data Maklumat; dan iii. Membangun Instruksi Berfokus Kurikulum dilihat dalam dua perspektif instruksional yang berbeza iaitu Orientasi Pencapaian dan Membangun Sumber Manusia. Dapatan turut menunjukkan terdapat kompetensi teras yang baharu telah timbul bagi era pasca pandemik ini iaitu Mengurus Fizikal (Sumber Operasi) manakala elemen Pembudayaan Ekosistem Digital (Instruksional) dipamerkan dalam bentuk penggunaan sistem data maklumat, pemantauan dan orientasi pencapaian. Ini adalah selari dengan cabaran terkini dan dunia yang semakin laju dengan banyak perkara di luar jangkaan dan elemen ketidakpastian, satu bentuk pengupaya yang boleh bertahan lama untuk membantu pengoperasian sesebuah organisasi khususnya sekolah adalah mandatori bagi memastikan urus tadbir dan pembelajaran terus berlaku. Persekitaran dan aplikasi ekosistem digital dalam kompetensi teras adalah antara jawapan kepada keperluan ini. Guru merupakan pengupaya pembelajaran ke arah sesuatu pencapaian dan perubahan pembelajaran murid. Oleh itu, keupayaan seseorang pemimpin sekolah menguruskan guru dan semua kakitangan sekolah dengan baik membantu memacu dan mencorakkan pencapaian sekolah. Pengalaman menghadapi era pandemik memberi kesedaran dan penekanan kepada faktor keselamatan di sekolah. Kompetensi Mengurus Sumber Fizikal bagi memastikan sekolah selamat dan selesa kini menjadi antara elemen utama yang perlu ada dalam kalangan pemimpin sekolah. Ini menjelaskan mengapa instruksi kini lebih dilihat dalam perspektif baharu iaitu Orientasi Pencapaian dan Mengurus Sumber Manusia kerana pengurusan sekolah menjadi lebih baik sekiranya sumber manusia lebih perkasa. Dua (2) kompetensi yang masih kekal relevan tanpa perubahan ialah kompetensi Mengurus Kewangan (Domain Sumber Operasi) dan Berkomunikasi Berkesan (Domain Hubungan). Menurut Amir Aris dan Ahmad Rozelan Yunus (2016), komunikasi yang berkesan mempunyai empat ciri iaitu kefahaman, keseronokan, menjaga kepercayaan sasaran dan adanya tindakan yang menyusuli. Manakala kompetensi Membangun Kapasiti telah digugurkan dan digabung jalin dalam kompetensi Mengurus Sumber Manusia dan Mengurus Sumber Fizikal dan ianya bukan di bawah tujuan membina hubungan tetapi lebih kepada memenuhi keperluan pengurusan instruksional dan sumber operasi. Domain Kualiti Peribadi pula menunjukkan perubahan yang melibatkan integrasi nilai, tingkah laku dan kesedaran kepada elemen berasaskan karektor fungsian iaitu Urus Tadbir Berintegriti yang sangat kritikal dalam kalangan pemimpin sekolah tidak kira baharu atau berpengalaman. Kajian merumuskan terdapat perubahan kompetensi teras bagi pemimpin sekolah dalam era pasca pendemik ini. Pola perubahan kompetensi teras pemimpin sekolah ini adalah relevan dan mengikut keperluan dinamika pendidikan mahupun cabaran globalisasi yang bakal dihadapi daripada masa ke semasa. 5.0 RUMUSAN Rumusannya, terdapat 10 kompetensi teras pada era pasca pandemik dengan pola perubahan yang jelas mengikut keperluan pendidikan dan cabaran globalsasi masa kini. Memandangkan KOMPAS 2.0 adalah asas kajian, kompetensi teras ini dinamakan sebagai Kompetensi Teras Pemimpin Sekolah 2.0. Rajah 2 menunjukkan kerangka kompetensi teras pemimpin sekolah 2.0 yang terdiri daripada lima (5) domain dan 10 kompetensi.
48 Kompetensi Teras Pemimpin Sekolah 2.0 ini adalah selari dan relevan dalam era masa kini setelah para pemimpin sekolah menempuh pelbagai cabaran semasa era pandemik Covid-19 dan pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan masa kini. Pelbagai cabaran dan perubahan ini telah mendesak setiap pemimpin sekolah dengan pelbagai peringkat pengalaman untuk perlu mempunyai satu piawaian set kompetensi teras bagi membolehkan mereka memimpin sekolah dan memastikan sekolah berfungsi dan bermakna kepada pembelajaran murid. Kompetensi teras ini boleh dijadikan ukuran dalam memastikan keupayaan pemimpin sekolah sedia ada dan memilih calon barisan kepimpinan sekolah yang baharu. M Rajah 2 Kerangka Kompetensi Teras PS 2.0 Kompetensi Teras Pemimpin Sekolah 2.0 ini juga boleh dilihat penggunaannya dalam pemilihan calon peserta NPQEL sebagai bakal PGB untuk ditempatkan ke sekolah selepas berkursus dan mencapai standard ditetapkan. Hasil kajian ini memberikan asas dalam kajian seterusnya bagi menyemak semula pentaksiran bagi pemilihan calon NPQEL dan menjajarkan semula elemen kompetensi dan pengukuran yang digunapakai. Harapannya, dengan usaha yang berterusan dalam memperkasakan pemimpin sekolah bermula daripada pemilihan hingga pembangunan berterusan para pemimpin sekolah dapat memastikan hasrat menempatkan pemimpin berkualiti di setiap sekolah sebagai satu realiti dalam memperkasakan pendidikan negara. Wawasan: 1. Pematuhan Akta, Peraturan dan Dasar Pendidikan 2. Menterjemahkan Visi dan Misi Instruksional: 3. Orientasi Pencapaian 4. Penyelesaian masalah beserta Pemantauan 5. Membuat Keputusan berasas Pelbagai Sistem Data Maklumat Sumber Operasi: 6. Mengurus Sumber Fizikal 7. Mengurus Kewangan 8. Membangunkan Sumber Manusia Hubungan: 9. Berkomunikasi Berkesan Kualiti Peribadi: 10. Urus tadbir Berintegriti Kompetensi Teras Pemimpin Sekolah 2.0