The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Terbitan Jabatan Penerangan Negara

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CATATAN MINDA CG SAM, 2021-12-01 10:45:16

Bendera Negeri dan Wilayah

Terbitan Jabatan Penerangan Negara

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita
untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat:
• Memelihara satu cara hidup demokratik;
• Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara

akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
• Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi

kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
• Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains

dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan

prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan Dan Kesusilaan

KEMENTERIAN KOMUNIKASI
DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

ISBN 978-983-54-0614-0 SIDANG REDAKSI

Cetakan Pertama 2021 PENASIHAT
YBhg. Dato’ Mohd Sukari Ab. Hamid
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan Ketua Pengarah
mengeluar ulang mana-mana bahagian teks, Jabatan Penerangan Malaysia
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa
jua bentuk dan dengan apa jua cara, sama ada SIDANG PENGARANG
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman
KETUA EDITOR
atau cara lain kecuali dengan izin bertulis Wan Azizah Wan Omar
daripada Jabatan Penerangan Malaysia.
EDITOR DAN PENYELARAS
Diterbitkan oleh: Wan Alia Athira Wan Nazari
Bahagian Penerbitan Dasar Negara,
PEREKA KULIT DAN REKA LETAK
Jabatan Penerangan Malaysia, Mohd Fazrul Hafiz Mustafa
Aras 13, Kompleks Kementerian Komunikasi
PENGEDARAN
dan Multimedia Malaysia, Unit Stor
Lot 469, Persiaran Perdana, Presint 4, Bahagian Khidmat Pengurusan dan
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Kewangan
Jabatan Penerangan Malaysia
62100 Putrajaya, Malaysia.
PENCETAK
Telefon: +603-8911 3440 D’fa Print Sdn Bhd
Faksimile: +603-8911 4957 No. 16, Jalan P/21, Sek. 10,
Laman sesawang: www.penerangan.gov.my Selaman Light Industrial Park,
E-mel: [email protected] 43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
No. Imprint: B.012 (B.M.) OKTOBER 2021 (100.)

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

BENDERA NEGERI DAN WILAYAH / KETUA EDITOR Wan Azizah Wan Omar ;
EDITOR DAN PENYELARAS Wan Alia Athira Wan Nazari.
ISBN 978-983-54-0614-0
1. Flags--Malaysia--History.
2. Flags--Malaysia--States.
3. Emblems, National--Malaysia.
4. Government publications --Malaysia.
I. Wan Azizah Wan Omar. II. Wan Alia Athira Wan Nazari.
929.9209595

KANDUNGAN

5 PENGENALAN

6 UKURAN DAN JENIS BENDERA NEGERI

7 CARA MENGIBARKAN BENDERA NEGERI

8 MENGHORMATI BENDERA

9 SUSUNAN KEUTAMAAN BENDERA

10 AKTA-AKTA YANG MELINDUNGI AGAR
PENGGUNAAN LAMBANG-LAMBANG
KEBESARAN NEGARA DIHORMATI DAN
DIPATUHI

12 ARAH PANDANGAN PENGIBARAN BENDERA
NEGERI DAN SUSUNAN BENDERA

15 CARA PELUPUSAN BENDERA NEGERI

16 BENDERA NEGERI DAN WILAYAH

SEJARAH AWAL BENDERA

DESKRIPSI BENDERA

JATA NEGERI

LAGU NEGERI

90 PENUTUP

PENGENALAN

Bendera bukan sebidang kain yang dikibar sebagai perhiasan semata-mata,
namun ia merupakan lambang yang dipersembahkan sebagai penterjemahan
kepada satu penghormatan, kedaulatan dan martabat sesebuah negara. Bendera
juga dapat dijadikan alat simbolik dalam mengidentifikasikan sesuatu kelompok
atau kawasan tertentu.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bendera ditakrifkan sebagai sepotong
kain (biasanya segi empat bujur) yang mempunyai reka bentuk tertentu,
digunakan sebagai lambang kewujudan sesebuah negeri atau negara dan sebagai
tanda atau panji-panji.

Umum mengetahui bahawa bendera Malaysia mempunyai empat belas jalur
yang menandakan keanggotaan tiga belas buah negeri iaitu Terengganu, Perlis,
Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Perak, Kedah, Pahang, Sabah,
Sarawak, Melaka, Pulau Pinang serta sebuah Wilayah Persekutuan meliputi
Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Buku ini mengupas sejarah awal bendera negeri dan wilayah, huraian lambang
dan warna-warna yang digunakan pada bendera dan jata kebesaran negeri.
Deskripsi ini menggambarkan signifikan setiap elemen yang membentuk identiti
negeri berkenaan. Buku ini juga mengetengahkan akta-akta yang melindungi
penggunaan lambang-lambang kebesaran negara, susunan keutamaan bendera
negeri dan sebagainya.

Oleh yang demikian, rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan bendera
negeri masing-masing yang menjadi asas kepada sebuah kerajaan yang harmoni,
teguh dan makmur.

BENDERA 5
NEGERI DAN WILAYAH

UKURAN DAN JENIS BENDERA NEGERI

Bendera negeri mempunyai pelbagai ukuran bergantung kepada tujuan
kegunaan, jenis dan tempat dikibarkan.

LEBAR BENDERA NEGERI

PANJANG

BENDERA BIASA
Bendera berukuran ini dikibarkan di bangunan, pejabat dan rumah kediaman.

Lebar bendera: 91.5 sm (3 kaki) Ketinggian tiang bendera: 610 sm
Panjang bendera: 183 sm (6 kaki) Garis pusat tiang bendera: 7.6 sm

BENDERA RUMAH
Bendera berukuran ini dikhususkan untuk kegunaan di rumah kediaman dan di
dalam pejabat di mana saiz dan ketinggian tiang bendera yang dapat digunakan
adalah terhad.

Lebar bendera: Luar bangunan kekal: Dalam bangunan
61 sm (2 kaki) Ketinggian tiang tidak kekal:
bendera: 610 sm Ketinggian tiang
Panjang bendera: Garis pusat tiang bendera: 305 sm
122 sm (4 kaki) bendera: 7.6 sm Garis pusat tiang
bendera: 3.8 sm

BENDERA KERETA
Bendera kereta dikibarkan di bahagian hadapan kereta sama ada di tengah, di
kanan atau kiri kereta.

Lebar bendera: 15.25 sm (0.5 kaki) Ketinggian tiang bendera: 40 sm
Panjang bendera: 30.5 sm (1 kaki) Garis pusat tiang bendera: 1 sm

BENDERA MEJA
Bendera berukuran ini digunakan untuk diletakkan di atas meja semasa
persidangan, seminar, mesyuarat dan majlis-majlis menandatangani perjanjian.

Lebar bendera: 15.25 sm (0.5 kaki) Ketinggian tiang bendera: 40 sm
Panjang bendera: 30.5 sm (1 kaki) Garis pusat tiang bendera: 1 sm

6 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

CARA MENGIBARKAN BENDERA NEGERI

1 Sebelum menaikkan bendera, ujilah tali temali bendera bagi
memastikan tali teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan
bendera jatuh atau bergerak berayun-ayun tidak tentu kibarannya.

2 Sebelum bendera dinaikkan, pastikan bendera dalam keadaan yang
baik dan tidak terbalik.

3 Mereka yang menaikkan dan menurunkan bendera hendaklah
berpakaian kemas.

4 Menaikkan dan menurunkan bendera dengan tertib iaitu
perlahan-lahan. Apabila mengibarkan bendera separuh tiang,
bendera hendaklah dinaikkan sepenuhnya dahulu dan kemudian
menurunkannya separuh tiang. Apabila menurunkan bendera
separuh tiang, langkah pertama ialah menaikkan semula bendera
tersebut sepenuhnya dan kemudian menurunkannya terus.

5 Bendera janganlah diletakkan di tanah semasa hendak
menaikkannya.

6 Bendera janganlah dibiarkan meleret ke tanah sewaktu
menurunkannya tetapi hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke
bahu apabila sampai ke bawah.

7 Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipatkan dan disimpan
dengan baik di tempat tertentu supaya tidak dilangkahi dan
sebagainya.

BENDERA 7
NEGERI DAN WILAYAH

MENGHORMATI BENDERA

Sebagai Lambang Kebesaran dan Kedaulatan Negara

• Jika anda seorang awam yang memakai baju melayu dan bersongkok, maka
hendaklah berdiri tegak dengan kedua-dua belah tangan diluruskan ke bawah
dan sebaik-baiknya digenggam kemas serta rapat ke badan.

• Jika anda seorang awam yang memakai topi (selain topi rasmi anggota
beruniform), topi tersebut mestilah dibuka dan dipegang dengan tangan
kanan serta diletakkan ke dada sebelah kiri. Tangan kiri pula diluruskan ke
bawah dan sebaik-baiknya digenggam kemas serta rapat ke badan.

• Jika anda seorang awam dan memakai lain-lain pakaian, anda juga mestilah
berdiri tegak dengan kedua-dua belah tangan diluruskan ke bawah dan
sebaik-baiknya digenggam kemas serta rapat ke badan.

• Jika orang kurang upaya (OKU) yang berkerusi roda, seeloknya duduk
dengan keadaan kepala dan badan ditegakkan jika berkemampuan, kedua-
dua tangan di atas peha dan kaki dirapatkan.

Sebagai Tanda Berkabung

Bendera negeri dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung atas peristiwa-
peristiwa tertentu atas arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negeri.
Terdapat beberapa situasi atau peristiwa yang melibatkan pengibaran bendera
separuh tiang antaranya:

• Kemangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
• Kemangkatan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
• Kemangkatan DYMM Raja bagi negeri tersebut sahaja.
• Kemangkatan DYMM Raja Permaisuri bagi negeri tersebut sahaja.
• Kemangkatan DYMM Sultan bagi negeri tersebut sahaja.
• Kemangkatan DYMM Sultanah bagi negeri tersebut sahaja.
• Kematian TYT Yang di-Pertua Negeri atau isteri bagi negeri tersebut sahaja.
• Peristiwa-peristiwa lain yang diarahkan oleh pihak berkuasa negeri.

Nota: Bendera dikibarkan separuh tiang bermula pada hari pengisytiharan
kemangkatan sehingga hari pemakaman atau dalam tempoh yang
ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri.

8 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

SUSUNAN KEUTAMAAN BENDERA

Susunan dan kedudukan bendera adalah bergantung kepada di mana bendera-
bendera tersebut hendak dikibarkan atau dihamparkan. Susunan keutamaan
bermula dengan bendera Malaysia dan diikuti dengan bendera-bendera negeri
yang ditentukan mengikut susunan kekananan DYMM Raja-Raja Melayu dan
TYT Yang di-Pertua Negeri masing-masing seperti termaktub dalam Perkara 70
Perlembagaan Persekutuan.

1 MALAYSIA 2 TERENGGANU 3 PERLIS 4 SELANGOR 5 NEGERI
SEMBILAN

6 JOHOR 7 KELANTAN 8 PERAK 9 KEDAH 10 PAHANG

11 SABAH 12 SARAWAK 13 MELAKA 14 PULAU PINANG 15 WILAYAH
PERSEKUTUAN

Susunan keutamaan bendera ini diguna pakai mulai 1 Mei 2021. Susunan ini
akan berubah sekiranya terdapat pertukaran dalam susunan keutamaan DYMM
Raja-Raja Melayu dan TYT Yang di-Pertua Negeri masing-masing disebabkan
adanya pertukaran baharu.

Keutamaan susunan pengibaran bendera menurut Surat Pekeliling Am Bil.
3/1994 adalah seperti susunan yang berikut;

1. Bendera Persekutuan – Bendera Malaysia
2. Bendera Negeri-negeri
3. Bendera Wilayah Persekutuan
4. Bendera Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan
5. Bendera Pertubuhan dan Persatuan
6. Bendera Syarikat

Sumber: Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri

BENDERA 9
NEGERI DAN WILAYAH

AKTA-AKTA YANG MELINDUNGI AGAR
PENGGUNAAN LAMBANG-LAMBANG KEBESARAN
NEGARA DIHORMATI DAN DIPATUHI

Akta 414 – Akta Lambang Dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar)
1963

SEKSYEN 3

1. Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-
undang yang sedang berkuat kuasa, tiada seorang pun boleh, kecuali dengan
kebenaran bertulis Menteri:

(a) mengguna apa-apa nama ternyata atau lambang ternyata atau apa-
apa tiruan serupa mengenainya, bagi maksud apa-apa perdagangan,
perniagaan, pekerjaan atau profesion;

(b) mengguna bagi maksud, atau memperagakan sebagai suatu iklan
bagi, apa-apa perniagaan, perdagangan, pekerjaan atau profesion, atau
menjual, apa-apa fotograf, lukisan atau rupaan lain gambar Yang di-
Pertuan Agong atau Raja Permaisuri Agong;

(c) mengguna atau terus mengguna apa-apa nama ternyata atau lambang
ternyata, atau apa-apa tiruan serupa mengenainya, dalam tajuk apa-apa
paten, atau dalam apa-apa cap dagangan atau reka bentuk; atau

(d) membuat bagi maksud jualan atau menjual atau ada dalam miliknya
untuk dijual, apa-apa lambang ternyata.

2. Perenggan (1)(b) yang berhubungan dengan penggunaan apa-apa fotograf,
lukisan atau rupaan lain gambar yang tersebut dahulu tidaklah terpakai bagi
penyiaran berita (sama ada dalam akhbar atau melalui apa-apa media lain)
atau bagi penyiaran apa-apa makalah dalam akhbar.

3. Apa-apa kebenaran yang diberikan di bawah subseksyen (1) boleh tertakluk
kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Menteri sebagaimana yang
difikirkannya patut.

Akta A1525 - Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar)
(Pindaan) 2017

SEKSYEN 5

Mana-mana orang yang melanggar Seksyen 3 adalah melakukan suatu kesalahan
dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau
dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya.

10 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

*Maklumat tambahan berkaitan Akta 414 dan Akta A1525
-Pemberitahuan di bawah Seksyen 7 Akta 414

Penambahan pada Jadual dalam Akta.
a) Dalam Bahagian I

“8. Bendera Malaysia - Jalur Gemilang.
9. Lambang Kementerian, Jabatan atau Agensi Persekutuan”.

b) Dalam Bahagian II
“5. Nama Bendera Malaysia – Jalur Gemilang.”

Akta 414 (pindaan 2017)
Akta A1525 penggantian Seksyen 5 iaitu
“….didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi
tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya.”

Akta 193 – Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949

SEKSYEN 8

1. Mana-mana orang yang:

a. mempamerkan mana-mana lambang kebangsaan yang berlawanan
dengan Akta ini atau mana-mana syarat, mana-mana perintah atau permit
yang dibuat atau diberikan di bawah Seksyen 5; atau

b. selaku pemunya, penyewa, penerima pajak, penduduk atau orang yang
menjaga mana-mana premis dengan disedarinya membenarkan mana-
mana lambang kebangsaan dipamerkan di atas atau dari premis itu atau
dalam mana-mana sekolah yang berlawanan dengan Akta ini atau mana-
mana syarat mana-mana perintah atau permit yang dibuat atau diberikan
di bawah Seksyen 5, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan,
boleh –
i. dalam hal seseorang selain pertubuhan perbadanan, dipenjarakan bagi
tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi lima
ratus ringgit atau kedua-duanya;
ii. dalam hal pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ribu
ringgit.

Akta 15 – Akta Hasutan 1948

Mana-mana individu yang menghina atau melakukan provokasi melampau
terhadap bendera Jalur Gemilang yang bertujuan mencemar nama baik atau
menghasut juga boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan 1948.

BENDERA 11
NEGERI DAN WILAYAH

ARAH PANDANGAN PENGIBARAN BENDERA NEGERI

PANDANGAN DARI PANDANGAN DARI
LUAR BANGUNAN LUAR BANGUNAN

BENDERA BENDERA BENDERA BENDERA
MALAYSIA NEGERI MALAYSIA NEGERI

Arah pandangan pengibaran bendera negeri adalah pandangan dari luar
bangunan memandang ke arah bangunan berkenaan. Penetapan ini adalah
selaras dengan amalan di peringkat antarabangsa dan juga peraturan dalam
Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

SUSUNAN BENDERA DALAM KEADAAN BERSILANG

Bendera negeri hendaklah diletakkan di sebelah kanan dan di bawah bendera
Malaysia sekiranya diletakkan dalam keadaan bersilang dua.

NEGERI SWASTA

Susunan bendera dalam Susunan bendera dalam
keadaan bersilang dua keadaan bersilang tiga

Jika bendera negeri diletakkan dalam satu kumpulan bendera Malaysia dan
bendera swasta, bendera negeri hendaklah dikibarkan di sebelah kiri. Bendera
Malaysia diletakkan di tengah-tengah di antara dua bendera, manakala bendera
swasta di sebelah kanan.

12 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

SUSUNAN DAN KEDUDUKAN BENDERA NEGERI
APABILA DIKIBARKAN

Susunan dan kedudukan bendera negeri adalah bergantung kepada di mana
bendera hendak dikibarkan. Surat Pekeliling Am Jabatan Perdana Menteri
Bilangan 3 Tahun 1994: Pengibaran Bendera Malaysia Di Bangunan-Bangunan
Persekutuan Seluruh Negara adalah dirujuk.

a. Pada hari-hari biasa dan hari-hari Kebesaran Persekutuan, bendera Malaysia
diberikan keutamaan mengatasi bendera negeri dan institusi.

BENDERA BENDERA BENDERA BENDERA JABATAN/
MALAYSIA NEGERI NEGERI MALAYSIA INSTITUSI

Susunan bagi dua tiang bendera Susunan bagi tiga tiang bendera

Pandangan dari luar bangunan

b. Pada Hari Kebesaran Negeri, bendera negeri hendaklah diberikan keutamaan
mengatasi bendera Malaysia dan institusi.

BENDERA BENDERA BENDERA BENDERA JABATAN/
NEGERI MALAYSIA MALAYSIA NEGERI INSTITUSI

Susunan bagi dua tiang bendera Susunan bagi tiga tiang bendera

Pandangan dari luar bangunan

BENDERA 13
NEGERI DAN WILAYAH

14

BENDERA Sabah Johor Malaysia BENDERA GEGANTUNG
NEGERI DAN WILAYAH Sarawak Kelantan Terengganu

Melaka Perak Perlis
Pulau Pinang Kedah Selangor
Wilayah Persekutuan Pahang Negeri Sembilan

CARA PELUPUSAN BENDERA

Bendera yang telah pudar warna,
koyak dan seumpamanya
tidak boleh dikibarkan kerana
dianggap sebagai bendera
yang uzur. Pengibarannya
menunjukkan rasa tidak hormat
kepada bendera tersebut.

CARA MELUPUSKAN BENDERA UZUR

• Dibakar secara tertutup dan terlindung daripada pandangan awam.
• Bendera lama/uzur tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah atau

tong kitar semula.

BENDERA 15
NEGERI DAN WILAYAH

SEJARAH BENDERA
DAN JATA NEGERI

TERENGGANU

DARUL IMAN

BENDERA HITAM PUTIH LAMBANG KEDAULATAN

Bendera Terengganu yang pertama telah diperkenalkan semasa zaman
pemerintahan Sultan Terengganu yang ke-11, Almarhum Sultan Zainal
Abidin III Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Muadzam Shah
II pada tahun 1912. Ia seiring dengan pewartaan Undang-Undang Tubuh
Diri Kerajaan Terengganu pada tahun 1911. Menurut catatan sejarah, bendera
Sultan pada mulanya berwarna putih kerana Baginda berpendapat warna putih
melambangkan suci dan bersih dan merupakan warna kegemaran Baginda.
Bendera Yang di-Pertuan Muda pula berwarna kuning.

Pada zaman pemerintahan Sultan Terengganu yang ke-14, Almarhum Sultan
Sulaiman Badrul Alam Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III, Baginda
telah memperbaharui bendera Sultan dengan meletakkan Jata Kebesaran
Kerajaan berwarna kuning di tengah-tengah bendera yang berwarna putih itu.
Baginda berpendapat warna putih sahaja menandakan alamat menyerah diri.

Pada 8 Oktober 1953, Kerajaan Negeri Terengganu telah mewartakan bendera
negeri Terengganu yang berlatarkan warna putih di bahagian sisi dan hitam di
bahagian tengah, di tengah bendera terletak bulan sabit dan bintang berbucu
lima berwarna putih. Versi bendera ini kekal sehingga sekarang.

BENDERA 17
NEGERI DAN WILAYAH

DESKRIPSI BENDERA NEGERI TERENGGANU

Warna putih Bulan dan Warna hitam
Melambangkan Duli bintang Melambangkan
Yang Maha Mulia Agama rasmi
Sultan. negeri Terengganu rakyat jelata.
iaitu agama Islam

Secara keseluruhannya, warna bendera iaitu putih di bahagian luar dan hitam
di bahagian dalam melambangkan Sultan yang berperanan untuk memberikan
perlindungan kepada seluruh rakyat Terengganu.

KOD WARNA BENDERA NEGERI TERENGGANU

C: 0 M:0 C: 0 M: 0
Y: 0 K: 0 Y: 0 K: 100

18 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

JATA NEGERI

TERENGGANU

Bulan dan bintang Mahkota Al-Quran di sebelah
Pemerintahan Diraja. kanan
Negeri Terengganu
merupakan negeri Islam. Agama Islam sebagai
agama rasmi negeri.

Buku undang-undang di Pedang, keris panjang dan Selampai atau wali

sebelah kiri cokmar Alat-alat istiadat
kebesaran.
Lambang keadilan. Alat kebesaran negeri.

BENDERA 19
NEGERI DAN WILAYAH

LIRIK LAGU NEGERI TERENGGANU

Allah daulatkan Tuanku Sultan
Terengganu Darul Iman

Allah peliharakan Tuanku Sultan
Sejahtera sepanjang zaman

Allah rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah rakyat aman

20 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

PERLIS

DICIPTA SEBELUM MERDEKA

Merujuk kepada fakta sejarah, Perlis merupakan sebahagian daripada wilayah
jajahan takluk Kesultanan Melayu Kedah pada kurun ke-19. Selepas Siam
menakluki Kedah, Raja Rama III yang merupakan Raja Siam pada ketika itu telah
menyusun semula pentadbiran Kerajaan Kedah dan jajahan takluknya kepada
empat bahagian pentadbiran (Muang) iaitu Kedah (Muang Saiburi), Setul (Muang
Satun), Perlis (Muang Polit) dan Kubang Pasu (Muang Kubang Pasu).

Wilayah Perlis diletakkan di bawah pentadbiran Raja Long Krok sebagai Gabenor
Perlis dan Syed Hussain Jamalullail dilantik sebagai Timbalan Gabenor. Selepas
kemangkatan Raja Long Krok, Syed Hussain Jamalullail dilantik sebagai Gabenor
dan juga Raja Perlis pada tahun 1843.

Ketika era penjajahan British, bendera negeri Perlis yang pertama telah dicipta
oleh Megat Puteh Abdullah, seorang pelukis pelan dari Public Works Department
(PWD). Bendera tersebut direka pada 29 Jun 1939, bersempena dengan ulang
tahun ke-57 Raja Perlis yang keempat, Almarhum Tuanku Syed Alwi ibni
Almarhum Tuanku Syed Saffi Jamalullail.

BENDERA 21
NEGERI DAN WILAYAH

DESKRIPSI BENDERA NEGERI PERLIS

Warna kuning Warna biru
Melambangkan Melambangkan rakyat
pemerintahan beraja.
jelata.

Secara keseluruhannya, bendera ini melambangkan kerjasama
yang jitu dan hubungan yang erat antara raja dan rakyat.

KOD WARNA BENDERA NEGERI PERLIS

C: 0 M:17 C: 100 M: 67
Y: 92 K: 2 Y: 0 K: 53

22 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

JATA NEGERI

PERLIS

Lingkaran padi Perisai

Pekerjaan dan hasil utama Kebanggaan dan
negeri iaitu padi. Bilangan kehormatan negeri Perlis.
butir padi pada lingkaran

melambangkan 22 buah
mukim di negeri Perlis.

Keseluruhan lambang

Tanda kebanggaan negeri itu terhadap kekayaan hasil
padinya.

BENDERA 23
NEGERI DAN WILAYAH

LIRIK LAGU NEGERI PERLIS

Amin, amin, ya Rabbil Jalil
Doa hamba yang sangat zalil

Tinggikan daulat serta adil
Kekal perintah Jamalullail

24 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

SELANGOR

DARUL EHSAN

MERAH KUNING KEBANGGAAN SELANGOR

Bendera negeri Selangor yang terawal
digunakan oleh Kesultanan Negeri
Selangor semasa pemerintahan Sultan
Selangor kedua, Duli Yang Maha Mulia
Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan
Salehuddin (1782-1826). Bendera tersebut
dikibarkan di Istana Bukit Malawati, Kuala Selangor yang merupakan pusat
pemerintahan kerajaan negeri pada ketika itu. Bendera ini juga dikenali sebagai
Panji Sultan Ibrahim. Bendera asal telah dirampas oleh tentera Belanda semasa
mereka menawan kota tersebut pada tahun 1784 dan masih dalam simpanan
arkib di Leiden, Netherlands.

Bendera negeri Selangor telah direka
bentuk semula semasa pemerintahan
Sultan Selangor keempat, Duli Yang
Maha Mulia Sultan Abdul Samad ibni
Almarhum Raja Abdullah (1859-1898).
Bendera tersebut mempunyai empat
bahagian, dua bahagian berwarna kuning
dan dua bahagian berwarna merah. Bulan sabit dan bintang berbucu lima
berwarna kuning berada di sebelah atas kiri bendera.

BENDERA 25
NEGERI DAN WILAYAH

Reka bentuk bendera yang digunakan sekarang mengalami perubahan
terakhir dengan penukaran warna bulan sabit dan bintang berbucu lima
daripada warna kuning kepada warna putih. Pindaan tersebut berkuat kuasa
pada 30 Januari 1965. Versi bendera tersebut digunakan sehingga kini.

DESKRIPSI BENDERA NEGERI SELANGOR

Warna kuning dan merah
Warna kuning bermaksud jiwa, sementara warna merah bermaksud nyawa
(darah) sebagai ciri-ciri kekuatan kepada negeri Selangor. Warna kuning juga
melambangkan Raja sebagai pemerintah yang mutlak di negeri Selangor.

Bulan sabit dan bintang berbucu lima
Bulan sabit dan bintang bermaksud Islam sebagai agama rasmi negeri Selangor.
Warna putih melambangkan kesucian agama Islam. Bentuk bintang berbucu
lima memberi maksud kepada lima rukun Islam, iaitu mengucap dua kalimah
syahadah, mendirikan solat fardu lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan,
menunaikan zakat dan mengerjakan fardu Haji.

KOD WARNA BENDERA NEGERI SELANGOR

C: 0 M:100 C: 0 M:0 C: 0 M: 20
Y: 100 K: 0 Y: 0 K: 0 Y: 100 K: 0

26 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

JATA NEGERI

SELANGOR

Anak bulan dan bintang Lembing, keris pendek Frasa “Dipelihara Allah”
berbucu lima berwarna dan keris panjang dalam tulisan jawi

kuning

Agama Islam sebagai Alat-alat kebesaran Cogan kata negeri.
agama rasmi negeri negeri.

Selangor.

Bengkung di bawah cogan Tali Batung di bawah bengkung
Senjata zaman dahulu.
Tali yang digunakan sebagai pengikat
pinggang oleh pahlawan-pahlawan
pada zaman dahulu.

Info tambahan:
Tulisan khat ‘Selangor’ di bahagian atas direka dengan Lembing Sembuana
di tengah-tengah membentuk puncak dan diapit oleh Keris Panjang Beruk
Berayun di sebelah kiri dan Keris Terapang Gabus di sebelah kanan. Reben
kuning dengan tulisan ‘Selangor’ merupakan dasar kepada reka bentuk
keseluruhan lakaran jata negeri.

BENDERA 27
NEGERI DAN WILAYAH

LIRIK LAGU NEGERI SELANGOR

Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya

Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia

28 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

NEGERI SEMBILAN

DARUL KHUSUS

PENGARUH TRADISI MINANG

Bendera Negeri Sembilan dicipta pada tahun 1895 apabila Negeri Sembilan
dimasukkan ke dalam Negeri-Negeri Melayu Bersekutu oleh pihak British,
seperti yang dikarang oleh Tan Sri Abdul Samad Idris dalam buku beliau,
“Takhta Kerajaan Negeri Sembilan”. Bendera ini menyerupai Bendera Marawa
yang digunakan oleh orang Minang dan Kerajaan Pagaruyung. Menurut Tan Sri
Abdul Samad, bendera ini berkemungkinan diilhamkan oleh Yang di-Pertuan
Besar Negeri Sembilan yang ketujuh, Almarhum Tuanku Muhammad Shah ibni
Almarhum Tuanku Antah.

Mengimbau kembali sejarah Negeri Sembilan yang menyaksikan penerokaan
dilakukan masyarakat Minangkabau yang berhijrah dari Sumatera ke Negeri
Sembilan, beliau berpendapat bahawa pemilihan warna merah, kuning dan
hitam berkait rapat dengan bendera wilayah Minangkabau dan bukannya secara
kebetulan. Jelas beliau lagi, warna merah yang terdapat pada bendera Negeri
Sembilan sebelum tahun 1960 melambangkan pemerintahan British pada ketika
itu.

Selepas negara mencapai kemerdekaan, usul telah dibuat oleh ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk membuang warna merah dalam
bendera tersebut. Walau bagaimanapun, usul itu telah ditolak oleh ahli majlis
selepas beberapa siri mesyuarat oleh MMKN. Pada 29 Disember 1960, kata
sepakat telah diambil dengan meluluskan pindaan tafsiran warna merah pada
bendera, iaitu melambangkan rakyat Negeri Sembilan.

BENDERA 29
NEGERI DAN WILAYAH

DESKRIPSI BENDERA NEGERI SEMBILAN

Bahagian segi tiga Warna kuning
berwarna merah Melambangkan
Melambangkan rakyat
Negeri Sembilan. Duli Yang
Maha Mulia

Raja.

Bahagian segi tiga berwarna hitam
Melambangkan Dato’-Dato’ Undang
bagi Luak-luak yang menjadi
bahagian-bahagian negeri ini.

KOD WARNA BENDERA NEGERI SEMBILAN

C: 0 M:0 C: 0 M:84 C: 0 M: 18
Y: 0 K: 100 Y: 86 K: 14 Y: 100 K: 0

30 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

JATA NEGERI

NEGERI
SEMBILAN

Sembilan tangkai padi di dalam perisai

Melambangkan sembilan buah negeri di dalam gabungan Negeri Sembilan yang lama
iaitu Jelai, Jelebu, Johol, Kelang, Naning, Rembau, Segamat dan Pasir Besar, Ulu Pahang

dan Sungei Ujong.

Bintang pecah sembilan Pedang dan sarung di atas Changgai Putri yang
perisai berada di antara pedang
Sembilan buah negeri
dalam gabungan yang Tanda keadilan. dan sarung

sama. Tanda kebesaran DYMM
Yang di-Pertuan Besar

Warna kuning Warna hitam Warna merah

Melambangkan DYMM Dato’-Dato’ Undang Yang Hubungan-hubungan masa
Yang di-Pertuan Besar. Empat dan Tunku Besar lalu dengan British.

Tampin.

BENDERA 31
NEGERI DAN WILAYAH

LIRIK LAGU NEGERI SEMBILAN

Berkatlah
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Kurniai sihat dan makmur
Kasihi rakyat lanjutkan umur
Akan berkati sekalian yang setia

Musuhnya habis binasa
Berkatlah

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

32 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

JOHOR

DARUL TA’ZIM

BENDERA DIPERKENAL PADA ERA TEMENGGUNG
DAENG IBRAHIM

Menelusuri sejarah peradaban Kerajaan Johor dalam buku ’Selamat Johor’ karya
Dato’ Onn, beliau menerangkan bendera negeri Johor yang pertama direka
sebelum tahun 1855 iaitu ketika zaman pemerintahan Temenggung Daeng
Ibrahim. Bendera itu pada asalnya berwarna putih keseluruhannya, sebelum
ditukar kepada warna hitam dengan penambahan petak berwarna putih di sudut
atas penjuru kiri bendera. Bendera tersebut telah digunakan sehingga tahun 1865.

Selepas pengurniaan gelaran Maharaja Johor kepada Almarhum Sultan Abu
Bakar ibni Almarhum Temenggung Daeng Ibrahim pada tahun 1868, Baginda
menggantikan petak kecil berwarna putih tersebut kepada warna merah
berpangkah putih.

Kemudian, pada tahun 1871, bendera Johor digantikan dengan bendera yang
berwarna biru dan segi empat berwarna merah dengan bulan sabit dan bintang
pecah lima berwarna putih di sudut atas kiri bendera. Ia kekal digunakan sebagai
bendera rasmi negeri Johor sehingga kini.

Bendera Johor yang ada pada hari ini berinspirasikan bendera Turki disebabkan
wujudnya hubungan diplomasi Sultan Abu Bakar dengan Sultan Abdul Hamid,
Kerajaan Turki Uthmaniyah pada satu ketika dahulu.

BENDERA 33
NEGERI DAN WILAYAH

Kronologi Bendera Johor

Zaman Temenggung Daeng Ibrahim
(1855)

Zaman Temenggung Daeng Ibrahim
(1855-1865)

Zaman Maharaja Abu Bakar
(1865-1871)

Bendera Negeri Johor
(1871-kini)

34 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

Walau bagaimanapun, susunan bendera ini berbeza untuk negeri Johor seperti
mana yang dititahkan Almarhum Sultan Iskandar pada tahun 1982. Menurut
Pekeliling Am Kerajaan Johor Bilangan 2 Tahun 2018 Protokol Bendera Johor dan
Bendera Daerah-daerah Johor, susunan bendera Johor adalah seperti berikut.

Susunan bendera Johor bagi dua tiang bendera:

BANGUNAN
PEJABAT

BENDERA BENDERA
NEGERI MALAYSIA

Susunan bendera Johor bagi tiga tiang bendera:

BANGUNAN
PEJABAT

BENDERA BENDERA BENDERA
PERTUBUHAN/ NEGERI MALAYSIA
AGENSI
SWASTA/
SEKOLAH

Susunan bendera Johor bagi empat tiang bendera:

BANGUNAN
PEJABAT

BENDERA BENDERA BENDERA BENDERA
DAERAH NEGERI MALAYSIA PERTUBUHAN/
AGENSI SWASTA/
SEKOLAH

BENDERA 35
NEGERI DAN WILAYAH

DESKRIPSI BENDERA NEGERI JOHOR

Bulan dan bintang Warna putih
Agama rasmi Melambangkan Raja
yang berdaulat.
negeri Johor iaitu
agama Islam.

Warna merah Warna biru tua
Keberanian dan Melambangkan
ketabahan bangsa
Johor bersama-sama kerajaan dan
memajukan negeri Johor. rakyat negeri

Johor.

KOD WARNA BENDERA NEGERI JOHOR

C: 1 M:98 C: 0 M:0 C: 100 M: 92
Y: 97 K: 0 Y: 0 K: 0 Y: 0 K: 1

36 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

JATA NEGERI

JOHOR

Mahkota Bintang dan anak bulan di Empat bintang di sudut
tengah perisai putih

Tanda kedaulatan Duli Agama Islam sebagai Empat jajahan asal negeri
Yang Maha Mulia Sultan. agama rasmi. Johor iaitu Johor Bahru,
Muar, Batu Pahat dan

Endau.

Dua ekor harimau Hiasan di bahagian Frasa “Kepada Allah
bawah perisai Berserah” dalam tulisan
Lambang keberanian dan
kekuatan. Gambir dan lada hitam jawi
yang merupakan dua jenis
hasil tanaman utama yang Cogan bagi negeri Johor.

asal bagi negeri ini.

BENDERA 37
NEGERI DAN WILAYAH

LIRIK LAGU BANGSA JOHOR

Allah peliharakan Sultan
‘Nugerahkan dia segala kehormatan

Sihat dan ria kekal dan makmur
Luaskan kuasa menaungkan kami

Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan

38 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

KELANTAN

DARUL NAIM

SEJARAH BENDERA NEGERI

Pada tahun 1900 sehingga tahun 1920, Kesultanan Kelantan yang diperintah
Almarhum Sultan Muhammad IV ibni Almarhum Sultan Muhammad III
menggunakan bendera yang berlatarkan warna putih dan mengandungi kaligrafi
ayat al-Quran yang menyerupai bentuk seekor singa. Kaligram singa tersebut
dikaitkan dengan Saidina Ali Abi Talib iaitu khalifah Islam yang keempat sebagai
tanda penghormatan kepada keluarga beliau. Pada bahagian ekor haiwan
tersebut, terdapat perkataan ‘Kerajaan Kelantan’ dalam tulisan Jawi manakala
pada badan haiwan tersebut, ditulis petikan ayat ke-13 dalam surah Al-Saff yang
bermaksud:

“... Pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya)
dan sampaikanlah berita menggembirakan itu kepada orang-orang yang
beriman.”

Bendera Kelantan
1900-1920

Bendera ini dikenali sebagai Bendera Tubuh Kerajaan pada zaman pemerintahan
Sultan Muhammad IV pada tahun 1900-1920.

BENDERA 39
NEGERI DAN WILAYAH

Pada penghujung tahun 1920, Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan
Muhammad IV yang merupakan Sultan Kelantan pertama menjalani istiadat
kemahkotaan telah mengubah bentuk bendera negeri Kelantan kepada bendera
yang berwarna merah dan putih. Baginda (Sultan Ismail) juga menitahkan
supaya ditambah dua buah simbol di dalam jata negeri iaitu mahkota dan dua
ekor kijang yang kekal digunakan sehingga hari ini.

*Kaligram mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan reka bentuk huruf yang
digubah untuk memperlihatkan corak hiasan.

DESKRIPSI BENDERA NEGERI KELANTAN

Bulan Sabit dan Bintang Latar belakang bendera yang
Melambangkan Agama berwarna merah
Islam sebagai agama rasmi
Negeri Kelantan. Kejujuran Raja, pembesar dan
rakyat jelata kepada negeri.

Warna putih Tombak dan Keris
Melambangkan kesucian Melambangkan kekuatan
Sultan yang memerintah negeri dan kegagahan orang-orang
Melayu Negeri Kelantan.
Kelantan.

KOD WARNA BENDERA NEGERI KELANTAN

C: 0 M:83 C: 0 M:0
Y: 86.6 K: 14.5 Y: 0 K: 0

40 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

JATA NEGERI

KELANTAN

Bulan sabit dan bintang Dua laras meriam Mahkota

Agama Islam sebagai Negeri ini sentiasa bersedia Kedaulatan Raja-raja
agama rasmi negeri mempertahankan hak dan Melayu Pemerintah

Kelantan. kedaulatannya. Kelantan.

Dua tombak dan dua keris Dua ekor kijang Frasa “Berserah Kepada
Tuhan Kerajaan Kelantan”

dalam tulisan jawi

Kekuatan dan kegagahan Tanda ingatan kepada Raja Cogan kata negeri
orang-orang Melayu Perempuan Kelantan pada Kelantan.
Kelantan. penghujung kurun-14, Cik
*tertulis pada Dinar Emas
Siti Wan Kembang (Che ‘Al-Julus’ bertarikh 1101M
Siti) yang sangat mengasihi
dikeluarkan oleh al-
kijang kesayangannya. Mutawakil Ala Allah

BENDERA 41
NEGERI DAN WILAYAH

LIRIK LAGU NEGERI KELANTAN

Lanjutkan usia Al-Sultan kami
Sultan Kelantan raja ikrami
Aman sentosa Tuhan sirami
Kekal memerintah kami

Kasih dan taat setia disembahkan
Keriangan diucapkan

Segala kebesaran Allah cucurkan
Bertambah kemuliaan

42 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

PERAK

DARUL RIDZUAN

TIGA JALUR LAMBANG DIRAJA

Menyingkap kembali sejarah penciptaan bendera negeri Perak, tidak dapat
dikesan siapakah pereka bentuk lambang kebesaran negeri ini. Namun, ia
dipercayai mula diperkenalkan oleh Kesultanan Perak yang menggunakan
bendera berwarna putih sebelum tahun 1879.

Menurut catatan sejarah, pada sekitar penghujung abad ke-19 atau awal abad
ke-20, negeri Perak telah menggantikan bendera yang lama dengan bendera yang

mempunyai tiga jalur sama lebar berwarna
putih, kuning dan hitam. Ia dikatakan
diperkenalkan ketika zaman pemerintahan
Sultan Perak yang ke-28, Sultan Idris
Murshidul’Adzam Shah dari tahun 1887
sehingga tahun 1916. Pada awalnya, warna
hitam pada bendera melambangkan Raja
Bendahara yang ketika itu berada di belakang
Raja Muda dalam penggiliran takhta. Namun,
pada hari ini, warna hitam melambangkan
Raja Di Hilir Perak.

Sumber rujukan: Council Minutes Perak. 1877-
1879, Kuala Lumpur: FMS Government Press;
1908. p37

BENDERA 43
NEGERI DAN WILAYAH

DESKRIPSI BENDERA NEGERI PERAK

Warna putih Warna kuning
Melambangkan kebesaran Melambangkan kebesaran
Duli Yang Maha Mulia
(DYMM) Sultan Perak. Duli Yang Teramat Mulia
(DYTM) Raja Muda Perak.

Warna hitam
Melambangkan kebesaran Duli Yang
Amat Mulia (DYAM) Raja Di Hilir Perak.

KOD WARNA BENDERA NEGERI PERAK

C: 0 M:0 C: 0 M:0 C: 0 M: 0
Y: 0 K: 0 Y: 100 K: 0 Y: 0 K: 100

44 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

JATA NEGERI

PERAK

Jata
Kedaulatan Raja Pemerintah.

Bulan sabit Bunga padi

Agama Islam sebagai Sumber perusahaan rakyat
agama rasmi. dan kesuburan negeri.

Jata Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit
yang mengandungi bunga padi.

BENDERA 45
NEGERI DAN WILAYAH

LIRIK LAGU NEGERI PERAK

Dilanjutkan Allah usianya Sultan
Adil dan murah memerintah watan

Ditaati rakyat kiri dan kanan
Iman yang soleh Allah kurniakan

Allah berkati Perak Ridzuan
Allah selamatkan negeri dan Sultan

46 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

KEDAH

DARUL AMAN

ASAL USUL BENDERA KEDAH

Menyoroti sejarah, bendera negeri yang pertama diperkenalkan pada 10 Januari
1912, ketika zaman pemerintahan Sultan Kedah yang ke-26, Almarhum Sultan
Abdul Hamid Halim Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram
Shah.

Bendera perdagangan negeri Kedah juga telah diperkenalkan semasa
pemerintahan Sultan Kedah yang ke-27, Almarhum Sultan Badlishah ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Bendera tersebut telah direka
bentuk oleh Yang Teramat Mulia Tunku Ahmad Tajuddin ibni Almarhum Tunku
Mahmud yang juga merupakan Pengurus Besar Pelabuhan Kedah dan disahkan
oleh Majlis Eksekutif Negeri Kedah pada 5 Jun 1955.

Tiada fakta tepat ditemui berkenaan 17 biji padi di sekeliling bulan sabit pada
bendera. Namun, menurut Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah,
bilangan itu dipilih bersamaan dengan jumlah rakaat solat fardu dalam sehari
yang mempunyai 17 rakaat kesemuanya.

BENDERA 47
NEGERI DAN WILAYAH

DESKRIPSI BENDERA NEGERI KEDAH

Perisai Bulan sabit
Raja (Kerajaan) berwarna hijau
sentiasa menjaga
dan memelihara Simbol agama
Islam.
rakyat dalam
negeri itu daripada
sebarang kezaliman.

Padi Warna merah
Negeri ini makmur Warna kebangsaan
dalam segala hal
kehidupan. negeri Kedah
turun-temurun.

KOD WARNA BENDERA NEGERI KEDAH

C: 0 M:100 C: 0 M: 0 C: 0 M:0 C: 100 M: 0
Y: 100 K: 0 Y: 100 K: 0 Y: 0 K: 0 Y: 100 K: 0

48 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

JATA NEGERI

KEDAH

Warna merah Bulan sabit berwarna hijau

Warna kebangsaan negeri Lambang agama Islam.
Kedah yang turun temurun
dan lambang kemewahan.

Perisai Padi

Raja (Kerajaan) sentiasa Negeri ini makmur dalam
menjaga dan memelihara hal kehidupan.
rakyatnya dan penduduk

dalam negeri Kedah
daripada kezaliman.

BENDERA 49
NEGERI DAN WILAYAH

LIRIK LAGU NEGERI KEDAH

Allah selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan usia di atas takhta

Memelihara ugama Nabi kita
Negeri Kedah serata-rata

50 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH


Click to View FlipBook Version