The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Terbitan Jabatan Penerangan Negara

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CATATAN MINDA CG SAM, 2021-12-01 10:45:16

Bendera Negeri dan Wilayah

Terbitan Jabatan Penerangan Negara

PAHANG

DARUL MAKMUR

ANTARA BENDERA TERTUA

Kerajaan Negeri Pahang mempunyai bendera negeri yang berusia lebih 120
tahun dan boleh dianggap antara yang tertua di negara ini. Menyingkap sejarah
penciptaan bendera Pahang, bendera pertama yang direka adalah berwarna
hitam keseluruhannya. Warna hitam melambangkan institusi Bendahara di
bawah Empayar Johor-Riau yang memerintah Kerajaan Pahang pada ketika itu.

Ketika Bendahara Wan Ahmad memerintah Pahang pada 1863, Baginda masih
mengekalkan bendera tersebut sebagai bendera rasmi Pahang. Pada tahun
1882, apabila Sultan Ahmad dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang pertama
dari Kesultanan Pahang Moden, baginda menambah satu jalur putih menegak
pada pangkal bendera tersebut. Gabungan warna tersebut menggambarkan
pemerintahan beraja daripada golongan bendahara sebelum era kesultanan
Tanah Melayu yang diwakili warna hitam manakala putih melambangkan raja.

Seterusnya, pada tahun 1903, pengubahsuaian dilakukan pada bendera Pahang
dengan meletakkan jalur putih di bahagian atas dan jalur hitam di bahagian
bawah bendera. Versi ini kekal digunakan sehingga sekarang.

BENDERA 51
NEGERI DAN WILAYAH

DESKRIPSI BENDERA NEGERI PAHANG

Warna hitam
Melambangkan warna kebesaran
golongan Bendahara yang pernah
memerintah Pahang pada masa lalu.

Warna putih
Melambangkan kedaulatan dan pemerintahan negeri meliputi
perkara-perkara berkenaan adat resam, adat istiadat, undang-
undang, tatasusila dan kuasa-kuasa seorang Sultan yang
memerintah negeri Pahang.

KOD WARNA BENDERA NEGERI PAHANG

C: 0 M: 0 C: 0 M:0
Y: 0 K: 100 Y: 0 K: 0

52 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

JATA NEGERI

PAHANG

Cogan yang berbentuk daun kopi

Simbolik kepada peristiwa kejayaan Bendahara Wan
Ahmad (Sultan Ahmad) yang ketika itu dihidangkan air
kopi semasa mengatur rancangan untuk mengambil alih

pemerintahan Kerajaan Pahang.

Gading gajah bersilang Frasa ‘Ya Latif’ yang
mengapit cogan

Kegagahan dan Bermaksud Allah Yang
keperwiraan negeri Pahang. Maha Lembut merujuk
kepada pemerintahan
Lambang istiadat di mana Sultan yang berpaksikan
gajah pernah digunakan
sebagai kenderaan istiadat agama Islam.
Diraja pada zaman dahulu.

BENDERA 53
NEGERI DAN WILAYAH

LIRIK LAGU NEGERI PAHANG

Ya Allah Yang Maha Kuasa
Lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia

Dirgahayu, Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan Duli Tuanku Raja kami

54 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

SABAH

NEGERI DI BAWAH BAYU

GUNUNG KINABALU PADA PANJI

Sabah pernah berada di bawah pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara
dari tahun 1881 sehingga tahun 1942 dan menggunakan bendera Borneo Utara
British pada ketika itu. Apabila tentera Jepun menyerang Borneo Utara semasa
Perang Dunia Kedua, Syarikat Berpiagam Borneo Utara mengalami kekangan
dari segi kewangan untuk membina semula negeri Sabah. Oleh yang demikian,
Sabah telah diserahkan pada pejabat kolonial dan menjadi salah satu daripada
tanah jajahan British sehingga 15 Julai 1946. Dalam tempoh tersebut, Sabah telah
menggunakan bendera Jajahan Mahkota British Borneo Utara.

Setelah mencapai kemerdekaan daripada pihak British, Sabah telah bersatu
dengan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Persekutuan
Malaysia pada 16 September 1963. Sabah menggunakan bendera yang seakan
sama dengan bendera versi sekarang, namun berbeza dari segi warna dan
bilangan jalur. Bendera yang mempunyai lambang Gunung Kinabalu berlatarkan
warna hijau dan empat jalur iaitu merah, putih, kuning dan biru itu digunakan
sehingga 31 Disember 1982.

BENDERA 55
NEGERI DAN WILAYAH

Pada tanggal 1 Januari 1982, bendera Seterusnya, perubahan pada bendera
Sabah telah ditukar kepada bentuk dan jata negeri Sabah telah dibuat
chevron, di bawah pentadbiran pada tahun 1988 tertakluk di bawah
Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah Perlembagaan (Pindaan) Enakmen
(BERJAYA) pada ketika itu. Bendera 1988. Kedua-dua lambang kebesaran
ini menyerupai bendera Sarawak yang negeri ini telah diperkenalkan pada
digunakan pada ketika itu (kecuali tanggal 16 September 1988. Bendera
kedudukan warna sahaja yang yang terbaru ini hampir sama dengan
terbalik). Bendera ini juga seakan sama bendera pertama negeri Sabah, namun
dengan bendera negara Filipina. dikemas kini dari segi pengurangan
jalur dan penukaran warna pada
bendera.

Kronologi Bendera Sabah

Bendera Borneo Utara
(1882)

Bendera Tanah Jajahan Mahkota
British Borneo Utara

(1946)

56 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

Bendera Sabah yang pertama
(1963)

Bendera Sabah yang kedua
(1982)

Bendera Sabah 57
(1988-kini)

BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

DESKRIPSI BENDERA NEGERI SABAH

Gunung Kinabalu Warna biru salji Warna biru zirkon
Melambangkan Melambangkan Melambangkan
kerajaan Negeri perpaduan dan keamanan dan
Sabah. kemakmuran. ketenteraman.

Warna nilakandi Warna merah cili Warna putih
Melambangkan Melambangkan Melambangkan
kekuatan dan keberanian dan kemurnian dan
semangat keyakinan.
kerjasama. keadilan.

Lima jenis warna pada bendera melambangkan lima buah pentadbiran negeri Sabah. Bendera
negeri Sabah berbentuk empat segi bujur pada kadar 1:2. Petak utama dalam bendera ini luasnya
separuh bendera dan buka lebarnya 2/3 bendera.

KOD WARNA BENDERA NEGERI SABAH

C: 100 M:70 C: 100 M:38 C: 53 M: 20 C: 0 M:0 C: 0 M: 79
Y: 0 K: 50 Y: 0 K: 16 Y: 0 K: 0 Y: 0 K: 0 Y: 83 K: 4

58 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

JATA NEGERI

SABAH

Dua lengan yang menjulang Warna biru zirkon
bendera negeri Sabah Lambang keamanan dan ketenteraman.

Semangat perpaduan dan Warna putih
kerjasama yang erat dalam Lambang kemurnian dan keadilan.
kalangan rakyat pelbagai kaum
di negeri Sabah demi mencapai Warna merah cili
Lambang keberanian dan keyakinan.
kemajuan dan kejayaan.
Warna biru salji
Lima warna tersusun di bawah Lambang perpaduan dan kemakmuran.
sepasang lengan
Warna nilakandi
Lima bahagian pentadbiran Lambang kekuatan dan semangat kerjasama.
Negeri Sabah.
Gunung Kinabalu
Frasa “Sabah Maju Jaya” Melambangkan negeri Sabah.
dalam tulisan rumi
BENDERA
Cogan kata bagi negeri Sabah. NEGERI DAN WILAYAH

59

LIRIK LAGU NEGERI SABAH

Sabah tanah airku
Negeri kita yang tercinta
Pemuda, pemudi, semua marilah
Bangunlah bersatu semua
Marilah bersama serta maju jaya
Merdeka sepanjang masa
Bersatu segala bangsa sentosa
Sabah negeri merdeka

60 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

SARAWAK

BUMI KENYALANG

DIPERKENAL PADA 31 OGOS 1988

Sebelum tahun 1841, Sarawak berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei.
Belum ada rekod bertulis tentang warna dan bendera yang dikibarkan di Sarawak
pada zaman tersebut sehinggalah Sarawak diserahkan kepada Rajah James Brooke
pada 24 September 1841. Rajah James Brooke menggunakan bendera St George Cross
sebagai bendera peribadi semasa pemerintahannya. Bendera tersebut berbentuk segi
empat tepat dengan hujung benderanya terbelah menjadi 2 penjuru seperti bentuk
Shallow-Tailed Pennant.

Pada tahun 1842, apabila Sarawak (yang meliputi kawasan Tanjung Datuk ke
Sungai Sadong) diserahkan sepenuhnya kepada Rajah James Brooke, beliau tetap
menggunakan bendera St George Cross tersebut sehingga 20 September 1848.

Bendera pertama Sarawak berkibar buat julung kalinya pada 21 September 1848
sehingga 6 Mei 1870. Setelah Rajah James Brooke meninggal dunia pada tahun 1868,
tampuk pemerintahan diambil alih anak saudara beliau, Rajah Charles Anthoni
Johnson Brooke atau lebih dikenali sebagai Rajah Charles Brooke sehingga tahun
1917.

Seterusnya, bendera Sarawak yang kedua digunakan bermula 7 Mei 1870 sehingga
23 Disember 1941 dan 10 September 1945 sehingga 30 Jun 1946. Terdapat cerita
lisan mengenai asal usul pemilihan tiga warna pada bendera iaitu merah, kuning
dan hitam. Ketika Rajah Charles Brooke menaiki takhta sebagai Rajah Kedua pada
3 Ogos 1868, perwakilan yang mewakili tiga kaum utama di Sarawak iaitu Melayu,
Dayak dan Cina telah menghantar hadiah masing-masing. Pemilihan warna tersebut
melambangkan warna bungkusan hadiah yang diberikan oleh orang Melayu
(kuning), orang Dayak (hitam) dan orang Cina (merah).

BENDERA 61
NEGERI DAN WILAYAH

Apabila Rajah Charles Brooke digunakan sehingga tengah malam 30
meninggal dunia pada tahun 1917, anak Ogos 1973.
beliau, Rajah Charles Vyner Brooke telah
dilantik sebagai Rajah Ketiga Sarawak. Seterusnya, Sarawak menggunakan
bendera Trisakti pada 31 Ogos 1973
Selepas Perang Dunia Kedua tamat, sehingga 30 Ogos 1988. Bendera ini
Rajah Charles Vyner Brooke telah telah dinaikkan secara rasmi oleh YAB
menyerahkan Kerajaan Sarawak Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman
kepada Kerajaan Mahkota British Ya’kub, Ketua Menteri Sarawak yang
pada 1 Julai 1946. Bendera ketiga ketiga sempena Sambutan Ulang
Sarawak berasal daripada bendera Tahun ke-10 Sarawak Merdeka
kedua dengan penambahan lambang dalam Malaysia. Bendera ini telah
mahkota berwarna kuning berbucu diperkenalkan bersama lagu negeri dan
lima yang mewakili lima buah moto Sarawak pada ketika itu.
bahagian di Sarawak pada waktu itu.
Bendera ini ada dipamerkan di Fort Bermula tanggal 31 Ogos 1988, bendera
Margerita, Kuching yang menempatkan negeri Sarawak telah dikemas kini
Galeri Brooke. kepada versi semasa, seiring dengan
lagu dan moto negeri yang baharu.
Setelah mendapat kemerdekaan melalui Penukaran ini dibuat bersempena ulang
penubuhan Malaysia pada 16 September tahun ke-25 Sarawak Merdeka dalam
1963, bendera ketiga Sarawak tetap Malaysia.

Kronologi Bendera Sarawak

Bendera Salib St George
(1841-1848)

Bendera Sarawak yang pertama
(1848-1870)

62 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

Bendera Sarawak yang kedua
(1870-1946)

Bendera Sarawak yang ketiga
(1946-1973)

Bendera Trisakti
(1973-1988)

Bendera Sarawak 63
(1988-kini)

BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

DESKRIPSI BENDERA NEGERI SARAWAK

Warna merah Warna kuning
Melambangkan keberanian, Melambangkan
kesungguhan dan pengorbanan
rakyat dalam daya usaha mereka keagungan
yang berterusan untuk mengejar Perundangan dan
serta mempertahankan kemajuan Peraturan (Order),
dan ketinggian maruah dalam proses perpaduan serta stabiliti
membina Sarawak sebagai negeri dalam masyarakat yang
contoh.
berbilang kaum;

Bintang yang berwarna kuning Warna hitam
berbucu sembilan Melambangkan
Melambangkan sembilan bahagian kekayaan sumber
di mana rakyatnya tinggal di dalam asli Sarawak seperti
suasana harmoni. Simbol bintang ini minyak mentah, balak
juga merupakan cita-cita tinggi rakyat dan sebagainya yang
Malaysia dalam meningkatkan mutu merupakan landasan
kehidupan selepas kemerdekaan bagi kemajuan rakyat.

KOD WARNA BENDERA NEGERI SARAWAK

C: 0 M: 96 C: 0 M:17 C: 0 M: 0
Y: 84.5 K: 18.8 Y: 94 K: 1 Y: 0 K: 100

64 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

JATA NEGERI

SARAWAK

Burung Kenyalang yang 13 helai bulu pada burung
mengembangkan sayapnya
Melambangkan 13 buah negeri
Perisai kepada bendera negeri di Malaysia.
yang terletak di dada burung.

Bunga raya Frasa “Bersatu, Berusaha,
Bunga kebangsaan Malaysia. Berbakti” dalam tulisan rumi

Cogan kata negeri Sarawak.

Lencana negeri menjunjung kemegahan “Bumi Kenyalang”, terbang tinggi
dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha,
berpandukan ideologi ‘politik pembangunan’. Lencana negeri ini juga boleh
membezakan keunggulan Sarawak dari negeri-negeri lain di dunia.

BENDERA 65
NEGERI DAN WILAYAH

LIRIK LAGU NEGERI SARAWAK

Sarawak tanah airku
Negeriku tanah airku Sarawak

Engkaulah tanah pusakaku
Tanah tumpah darahku
Ibu pertiwiku

Rakyat hidup mesra dan bahagia
Damai muhibbah sentiasa
Bersatu, berusaha, berbakti
Untuk Sarawak ku cintai
Sarawak dalam Malaysia

Aman makmur rahmat Tuhan Maha Esa
Kekallah Sarawak bertuah
Teras perjuangan rakyat
Berjaya berdaulat

66 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

MELAKA

BANDAR RAYA BERSEJARAH

TUN GHAFAR BABA ANTARA YANG TERLIBAT

Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka terkenal dengan kemakmuran dan
kedudukannya yang strategik. Melaka pernah muncul sebagai pusat perdagangan
dunia yang terkenal sekitar abad ke-15 sebelum mengalami kemerosotan dan
akhirnya jatuh ke tangan Portugis. Semasa era penjajahan Portugis, Melaka
menggunakan bendera Portugal dari tahun 1511 sehingga tahun 1641.

Pada tahun 1606, satu perjanjian persahabatan antara Johor dengan Belanda
(Verenigde Oostindische Compagnie, V.O.C.) ditandatangani. Perjanjian yang
dikenali sebagai Perjanjian Johor-Belanda 1606 itu ditandatangani Raja
Abdullah yang juga bergelar Raja Bongsu atau Raja Seberang bagi pihak Sultan
Johor manakala Belanda diwakili Admiral Cornelis Matelief de Jong, di atas
kapal perang Belanda, Oranje. Tujuan utama Belanda membuat perjanjian
itu adalah untuk mendapatkan sokongan dan bantuan Johor dalam usahanya
menyingkirkan penaklukan Portugis dari Selat Melaka. Belanda kemudiannya
berjaya menawan Melaka dan bendera VOC Belanda dinaikkan dari tahun 1641
sehingga tahun 1795.

Perang Napoleon tercetus yang menyaksikan Belanda dikalahkan oleh Perancis.
Bagi mengelakkan wilayahnya daripada jatuh ke tangan Perancis, Raja Belanda
menandatangani satu perjanjian yang dikenali sebagai Surat-surat Kew
dengan kerajaan British pada tahun 1975. Menurut perjanjian tersebut, Belanda
menyerahkan semua jajahan takluknya di Timur secara sementara kepada kerajaan
British semasa berlakunya Perang Napoleon. Oleh itu, bendera Union Jack telah

BENDERA 67
NEGERI DAN WILAYAH

digunakan pada 1795 hingga 1818 mengandungi ilustrasi bendera Union
sebelum bendera Belanda digunakan Jack di sisi kiri atas dan cakera putih
semula hingga 1825. berisi imej Pintu Santiago, A Famosa
yang berwarna merah.
Dengan penubuhan Negeri-Negeri
Selat semasa era pentadbiran British, Selepas Persekutuan Tanah Melayu
Melaka menggunakan bendera mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos
Syarikat Hindia Timur Inggeris pada 1957, Melaka menggunakan bendera
1826 hingga 1895 dan bendera Negeri- negeri yang baharu. Jawatankuasa
Negeri Selat pada 1826 hingga 1946. Penciptaan Bendera Negeri Melaka
telah diketuai oleh bekas Timbalan
Selepas pembubaran Negeri-Negeri Perdana Menteri, Allahyarham Tun
Selat pada tahun 1946, Melaka, yang Abdul Ghafar Baba bersama beberapa
ketika itu masih dikawal British, ahli panel yang berinspirasikan reka
menggunakan bendera Jajahan bentuk bendera Persekutuan Tanah
Mahkota Melaka. Bendera tersebut Melayu.

Kronologi Bendera Melaka

Bendera Portugal Bendera VOC Belanda
(1511-1641) (1641-1795)

Bendera Union Jack
(1795-1818)

68 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

Bendera Belanda Bendera Syarikat Hindia
(1818-1825) Timur Inggeris
(1826-1895)

Bendera Negeri-Negeri Selat Bendera Jajahan Mahkota Melaka
(1826-1946) (1946-1957)

Bendera Melaka 69
(1957-kini)

BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

DESKRIPSI BENDERA NEGERI MELAKA

Bulan sabit dan bintang
Simbol agama Islam iaitu agama rasmi negeri
dan negara.

Warna biru pekat, kuning, merah dan putih
Mencerminkan warna-warna yang terdapat pada bendera Malaysia.

KOD WARNA BENDERA NEGERI MELAKA

C: 100 M:66.1 C: 0 M:17 C: 0 M: 0 C: 0 M: 100
Y: 0 K: 50.1 Y: 90.8 K: 1.1 Y: 0 K: 0 Y: 100 K: 23.5

70 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

JATA NEGERI

MELAKA

Lima belah keris Bulan sabit dan bintang berpecah lima

5 orang pahlawan Melaka pada zaman Agama Islam merupakan agama rasmi
silam yang terkenal dengan keberanian negeri.

iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang
Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi.

Pohon Melaka dan dua ekor pelanduk Frasa “Bersatu Teguh” dalam tulisan
rumi dan jawi

Peristiwa bagaimana Melaka ditubuhkan. Cogan kata negeri Melaka.
Menurut sejarah, Parameswara, seorang
putera dari Palembang, semasa berburu

di muara Sungai Bertam, ternampak
seekor pelanduk menendang salah
seekor daripada anjing burunya. Beliau
tertarik dengan kegagahan pelanduk
itu lalu beliau memutuskan membina
sebuah penempatan di kawasan tersebut.
Selepas menanyakan nama pokok (Pokok
Melaka) yang diteduhnya, Parameswara
menamakan tempat itu “Melaka”.

BENDERA 71
NEGERI DAN WILAYAH

LIRIK LAGU NEGERI MELAKA

Melaka Negeri Bersejarah
Tempat tumpah darah kita
Dijunjung dengan sepenuh jiwa

Untuk maju dan jaya
Rakyat Melaka sudah bersatu padu

Berikrar taat setia
Jujur berkhidmat setiap masa

Melaka maju jaya

72 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

PULAU PINANG

PULAU MUTIARA

1949 BENDERA RASMI PULAU PINANG

Ketika berada di bawah jajahan British menerusi Negeri-Negeri Selat dari 1874
hingga 1941, Pulau Pinang menggunakan bendera Negeri-Negeri Selat. Selepas
tentera Jepun menyerah kalah pada 1945 dan berundur dari Tanah Melayu, pihak
British menjadikan Pulau Pinang sebagai Tanah Jajahan Mahkota British. Dalam
tempoh tersebut, Pulau Pinang menggunakan bendera Jajahan Mahkota Pulau
Pinang dari 1946 hingga 1949. Bendera tersebut menggunakan jata Pulau Pinang
yang dikurniakan Raja United Kingdom ketika itu, Raja George VI.

Bendera rasmi Pulau Pinang telah ditukar kepada versi bendera semasa pada
tahun 1949, namun dengan sedikit perbezaan iaitu penambahan torse berwarna
biru dan putih di bawah pohon pinang. Warna pada bendera ini diilhamkan
daripada warna yang terdapat pada jata Pulau Pinang. Pada tahun 1965, bendera
Pulau Pinang telah dikemas kini dengan memadamkan torse di bawah pohon
pinang dan bendera ini kekal digunakan sehingga sekarang.

BENDERA 73
NEGERI DAN WILAYAH

Kronologi Bendera Pulau Pinang

Bendera Negeri-Negeri Selat
(1874-1941)

Bendera Tanah Jajahan Mahkota Pulau Pinang
(1946-1949)

Bendera Pulau Pinang yang pertama
(1949-1965)

Bendera Pulau Pinang
(1965-kini)

74 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

DESKRIPSI BENDERA NEGERI PULAU PINANG

Warna biru muda Warna putih
Melambangkan Melambangkan negeri
warna laut yang yang aman damai.
mengelilingi
pulau itu.

Pohon Pinang Warna kuning
Pohon di mana pulau itu Lambang

mendapat namanya. kemakmuran.

KOD WARNA BENDERA NEGERI PULAU PINANG

C: 100 M:0 C: 0 M:0 C: 0 M: 0
Y: 0 K: 0 Y: 100 K: 0 Y: 0 K: 100

C: 0 M:0 C: 100 M:0 C: 38 M: 75
Y: 0 K: 0 Y: 100 K: 0 Y: 75 K: 0

BENDERA 75
NEGERI DAN WILAYAH

JATA NEGERI

PULAU
PINANG

Pohon Pinang Petak yang berwarna Simbol lautan berbentuk
Tanda asal nama pulau. kuning mengandungi jalur-jalur biru dan putih
gambar Jambatan Besar
Lima prinsip Rukun
Pulau Pinang yang Negara dan lima daerah
mempunyai dua tiang pentadbiran yang terdapat
dan empat kabel yang
menegakkan tiang tersebut di Pulau Pinang.

Dua tiang ini
melambangkan Serampang
Dua Mata di dalam Dasar

Ekonomi Baru iaitu
pembasmian kemiskinan

dan penyusunan
semula masyarakat,
manakala empat kabel
melambangkan empat jenis
keturunan rakyat di negeri
ini, iaitu Melayu, Cina,
India dan lain-lain.

Cogan Kata “Bersatu dan Setia”

Cogan kata Bersatu dan Setia tertera di bawah perisai jata
Majlis Petempatan (Settlement Council) Pulau Pinang.
Cogan kata ini dipakai pada tahun 1950 sebagai tindak

balas kepada pergerakan. Ungkapan sedemikian merujuk
kepada ketaatan kepada Kerajaan British pada ketika itu

sebelum Pulau Pinang merdeka dalam Tanah Melayu.

76 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

LIRIK LAGU NEGERI PULAU PINANG

Selamat Tuhan kurniakan
Selamat Pulau Pinang
Negeriku yang mulia
Ku taat dan setia
Aman dan bahagia
Majulah, jayalah
Negeriku yang ku cinta
Bersatu dan bersama
Untuk negeri kita.

BENDERA 77
NEGERI DAN WILAYAH

BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN

Sejarah Wilayah Persekutuan bermula sejak penubuhan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur pada 1 Februari 1974 dan disusuli oleh Wilayah Persekutuan
Labuan (16 April 1984) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1 Februari 2001).

Setiap Wilayah Persekutuan mempunyai bendera masing-masing. Kementerian
Wilayah Persekutuan (KWP) selaku peneraju kepada tiga wilayah berkenaan
telah mengambil inisiatif mewujudkan sebuah bendera dan lagu rasmi bagi
Wilayah Persekutuan.

Sebelum ini, bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah digunakan
dalam majlis-majlis rasmi untuk mewakili Wilayah Persekutuan. Sebagai contoh,
dalam sambutan Hari Kemerdekaan, setiap negeri mempunyai bendera masing-
masing di samping bendera Malaysia namun bagi Wilayah Persekutuan, bendera
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah digunakan bagi melambangkan
Wilayah Persekutuan. Ini tidak mencerminkan Wilayah Persekutuan secara
keseluruhan kerana kedudukan Labuan dan Putrajaya tidak diambil kira.

Berikutan dengan ketidaktentuan yang timbuI, KWP telah melantik perunding
dari UiTM untuk mereka bentuk bendera rasmi dan Dato’ Wah Idris untuk
mencipta lagu rasmi Wilayah Persekutuan.

78 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

Pada 1 Mac 2006, Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Tertinggi Pengurusan
KWP yang dipengerusikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan telah memilih
lirik lagu dan bendera Wilayah Persekutuan. Mesyuarat Jemaah Menteri pada
26 April 2006 telah bersetuju dengan cadangan lagu dan bendera rasmi untuk
Wilayah Persekutuan.

Pada 20 Ogos 2006, Yang di-Pertuan Agong XII, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-
Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berkenan mengisytiharkan bendera
dan lagu rasmi Wilayah Persekutuan.

FALSAFAH

Perkara berikut adalah merupakan inti pati dalam pemilihan bendera Wilayah
Persekutuan:

i. Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan perlu
mempunyai lambang yang mencerminkan pemilikan Kerajaan Persekutuan;
dan

ii. Wilayah Persekutuan mempunyai tiga wilayah yang berasingan iaitu Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

CIRI-CIRI BENDERA

Menerapkan warna asas bendera Malaysia yang melambangkan Wilayah
Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia.

Kuning : kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan;
Biru : perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran; dan
Merah : semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga.

CARA-CARA MENGIBARKAN BENDERA

Surat Pekeliling Am Bil.1994 masih diguna pakai sebagai panduan untuk
menentukan cara, masa dan tempat mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan
bersama-sama bendera Malaysia.

BENDERA 79
NEGERI DAN WILAYAH

SUSUNAN BENDERA

Pada hari-hari biasa dan Hari-Hari Kebesaran Persekutuan, bendera Malaysia
mengambil keutamaan mengatasi bendera Wilayah Persekutuan dan institusi.

Susunan bagi dua tiang bendera Susunan bagi tiga tiang bendera

BENDERA BENDERA BENDERA BENDERA BENDERA
MALAYSIA WILAYAH WILAYAH MALAYSIA WILAYAH
PERSEKUTUAN PERSEKUTUAN PERSEKUTUAN
LAIN

Pandangan dari luar bangunan

MASA MENGIBARKAN BENDERA WILAYAH
PERSEKUTUAN

Bendera Wilayah Persekutuan disyorkan berkibar setiap hari mengikut waktu
pejabat biasa bagi bangunan-bangunan kerajaan dan swasta. Bagi sekolah-sekolah
hendaklah mengikut waktu persekolahan iaitu bermula pada sesi persekolahan
yang pertama dan diturunkan selepas sesi terakhir hari persekolahan.

Bendera hendaklah dikibarkan terus-menerus (overnight) sekiranya hari
berikutnya adalah Hari Kebesaran Persekutuan atau bagi Wilayah Persekutuan
seperti yang ditetapkan.

Selain daripada hari bekerja biasa, bendera Wilayah Persekutuan perlu dikibarkan
pada hari cuti am seperti berikut:

i. Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari;
ii. Hari Pekerja pada 1 Mei;
iii. Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong;
iv. Hari Kebangsaan pada 31 Ogos; dan
v. Lawatan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang

melibatkan Wilayah Persekutuan.

80 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

LIRIK LAGU WILAYAH PERSEKUTUAN

Inilah wilayah bumi yang bertuah
Maju membangun dijulang megah
Aman sentosa di sepanjang masa

Teguh disemai sentiasa
Membara semangat setiap warganya

Cergas mindanya semangat waja
Pada wilayah ditumpah setia
Hormat hormati penuh mesra
Bersatulah, berbaktilah
Semua warga wilayah
Sayangilah, lindungilah
Sepenuh jiwa raga
Kita jaga keharmonian semua
Maju sejahtera
Wilayah Persekutuan

KOD WARNA BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN

fdd217 243770 ce1327

000000 ec6649 ffffff

fbea26 0ca551 257ec1

BENDERA 81
NEGERI DAN WILAYAH

WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR

PENGANUGERAHAN BENDERA KUALA LUMPUR

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terletak di pantai barat tengah
Semenanjung Malaysia merupakan satu daripada tiga Wilayah Persekutuan
Malaysia dan juga sebuah enklaf dalam negeri Selangor.

Pada 1 Februari 1974, istiadat memeterai perjanjian penyerahan antara Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor telah disempurnakan oleh Yang
di-Pertuan Agong Kelima, Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
ibni Almarhum Sultan Badlishah bagi pihak Kerajaan Persekutuan dan Sultan
Selangor, Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamudin
Alam Shah bagi pihak kerajaan negeri. Perjanjian ini dinamakan “Perjanjian
Kuala Lumpur 1974” yang menyaksikan Kuala Lumpur diserahkan kepada
Kerajaan Pusat untuk dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan.

Pada 14 Mei 1990, Yang di-Pertuan Agong Kesembilan, Almarhum Sultan Azlan
Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-
lah berkenan mencemar duli merasmikan “Perayaan 100 Tahun Kuala Lumpur
Menjadi Penguasa Tempatan” dan menganugerahkan bendera Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.

Rekaan bendera tersebut diambil daripada reka bentuk bendera kebangsaan
dengan mengekalkan motif jalur merah dan putih serta warna biru dan lambang
bulan dan bintang berwarna kuning. Unsur-unsur berkenaan dimasukkan dalam
bendera Kuala Lumpur memandangkan ia merupakan ibu negara Malaysia.

82 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

DESKRIPSI BENDERA W.P. KUALA LUMPUR

Warna biru tua Warna kuning Bintang Warna putih
Melambangkan Lambang berbucu 14 Melambangkan
perpaduan kedaulatan dan 13 buah negeri keluhuran,
warga Wilayah kemakmuran. dan Wilayah kebersihan
Persekutuan Kuala Persekutuan dan keindahan
Lumpur yang Kuala Lumpur. bandar raya.
berbilang kaum.

Bulan sabit dan Warna merah 14 jalur merah dan
bintang Lambang keberanian putih
Lambang agama dan kegagahan sebuah Keanggotaan 13 buah
Islam sebagai bandar raya dalam negeri dan Wilayah
agama rasmi. menghadapi cabaran ke arah Persekutuan Kuala
pembangunan bandar raya Lumpur.
kosmopolitan yang dinamik
dan progresif.

KOD WARNA BENDERA W.P. KUALA LUMPUR

C: 0 M:83.6 C: 100 M:50 C: 0 M: 18 C: 0 M: 0
Y: 86.3 K: 13.7 Y: 0 K: 58.4 Y: 100 K: 0 Y: 0 K: 0

BENDERA 83
NEGERI DAN WILAYAH

WILAYAH PERSEKUTUAN

LABUAN

PERNAH MENGGUNAKAN BENDERA SABAH

Wilayah Persekutuan Labuan merupakan Wilayah Persekutuan kedua
Malaysia, yang merangkumi keseluruhan Pulau Labuan. Wilayah ini
diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984. Wilayah
ini juga dikatakan mendapat namanya daripada perkataan pelabuhan atau
‘labuhan’. Pulau Labuan telah diisytiharkan sebagai pusat kewangan luar
pesisir pada tahun 1990 dan pelabuhan bebas cukai sejak tahun 1956.

Labuan menjadi sebahagian dari Malaysia pada 16 September 1963 bersama-
sama Sabah kerana Pulau Labuan merupakan sebahagian dari negeri tersebut.
Oleh itu, Labuan pernah menggunakan bendera Sabah dan lagu negeri Sabah
sebelum menjadi Wilayah Persekutuan.

84 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

DESKRIPSI BENDERA W.P. LABUAN

Warna merah Warna kuning Warna putih
Lambang keberanian Lambang kedaulatan Melambangkan
warga Labuan dan Raja Berperlembagaan kesucian, keikhlasan
bersedia menghadapi serta mendukung dan dan kesungguhan dalam
segala rintangan dan menghormati lunas- mempertingkatkan
cabaran untuk maju lunas perlembagaan ketahanan rakyat yang
bersama Malaysia. dan falsafah Rukun beradab, berkebudayaan
Negara. dan berkeperibadian
Malaysia.

Warna biru Bulan sabit dan bintang
Melambangkan perpaduan Lambang agama Islam sebagai agama rasmi
rakyat berbilang kaum, dan Raja Berperlembagaan. Kedudukan bulan
hidup bersatu padu, aman dan bintang di tengah-tengah bendera dan
makmur dan harmoni serta mencakupi ketiga-tiga jalur (merah, putih,
berusaha untuk memajukan biru) melambangkan kestabilan dan kekuatan
pembangunan ekonomi. di dalam menyatukan lambang-lambang
keberanian, kesucian dan perpaduan.

KOD WARNA BENDERA W.P. LABUAN

C: 0 M:83.6 C: 100 M:53.9 C: 0 M: 20 C: 0 M: 0
Y: 86.3 K: 13.7 Y: 0 K: 54.9 Y: 100 K: 0 Y: 0 K: 0

BENDERA 85
NEGERI DAN WILAYAH

WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA

DIPERKENAL PADA 2001

Sejarah Wilayah Persekutuan Putrajaya bermula apabila diisytiharkan sebagai
Wilayah Persekutuan yang ketiga pada 1 Februari 2001. Putrajaya merupakan
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang pertama dibangunkan di
Malaysia bagi memusatkan pejabat-pejabat Kerajaan Persekutuan yang terletak
di beberapa lokasi berasingan di Kuala Lumpur dan berpindah ke Putrajaya
secara berperingkat bermula pada 1999.

Putrajaya yang sebelumnya merupakan kawasan Prang Besar di dalam daerah
Sepang, Selangor mendapat namanya sempena memperingati Perdana Menteri
Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj serta kejayaan
Malaysia sejak mencapai kemerdekaan. Dengan pengisytiharannya sebagai
Wilayah Persekutuan, Putrajaya tidak lagi menggunakan bendera negeri
Selangor, sebaliknya menggunakan benderanya sendiri iaitu bendera Wilayah
Persekutuan Putrajaya.

Bermula tahun 2006, Putrajaya juga turut menggunakan bendera Wilayah
Persekutuan yang diwujudkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan bagi
melambangkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan di negara ini iaitu Kuala
Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

86 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

DESKRIPSI BENDERA W.P. PUTRAJAYA

Warna biru Warna kuning
Melambangkan Warna Diraja bagi
keharmonian dan perpaduan Duli-Duli Yang Maha
rakyat Malaysia yang Mulia Raja Melayu.
berbilang bangsa dan agama.

Logo persekutuan
Melambangkan Wilayah Persekutuan Putrajaya sebagai tonggak pentadbiran

negara dengan kekuatan dan semangat yang jitu dalam menghadapi era
globalisasi dan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju.

KOD WARNA BENDERA W.P. PUTRAJAYA

C: 100 M:100 C: 0 M:0 C: 0 M: 88.6
Y: 0 K: 49.8 Y: 100 K: 0 Y: 83.9 K: 7

C: 0 M:0 C: 0 M:11.4 C: 100 M: 0
Y: 0 K: 0 Y: 8.5 K: 86.2 Y: 53.6 K: 34.9

BENDERA 87
NEGERI DAN WILAYAH

88 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

BENDERA 89
NEGERI DAN WILAYAH

Penutup

“Pada hari dan saat yang penuh

gilang-gemilang ini, dengan
nama Allah Yang Maha
Kuasa, demi sesungguhnya
kita akan pertahankan
bendera, bangsa dan
negara kita dengan
segala daya upaya kita,
sekalipun dengan jiwa
dan darah kita.”

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Perdana Menteri Malaysia Pertama

90 BENDERA
NEGERI DAN WILAYAH

Sekalung
Penghargaan

Jabatan Penerangan Malaysia merakamkan ucapan
terima kasih dan setinggi-tinggi perhargaan kepada
semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
penerbitan BUKU BENDERA NEGERI DAN
WILAYAH.

• Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK);
• Kementerian Wilayah Persekutuan; dan
• Arkib Negara Malaysia.

BENDERA 91
NEGERI DAN WILAYAH


Click to View FlipBook Version