NUR AINA ATHIRAH BT
JAMALUDDIN
BIL TAJUK TARIKH MUKA
TUGASAN SURAT
1 DEFINISI PERPADUAN 3
2 KAUM DI MALAYSIA 4
HASIL SENI 11-26
12-17
3 Pakaian 18-23
Perhiasan 24-25
Makanan Tradisional 26-35
27-31
ALAT DOMESTIK ANYAMAN 15 Jun 2021 32-35
4 Anyaman hingga
36-42
Terabai 09 Julai 2021
43-48
4 PERAYAAN MASYARAKAT
MALAYSIA 49-55
5 ALAT MUZIK TRADISIONAL
6 LAGU TINGGI-TINGGI GUNUNG
KINABALU DAN SOALAN
RUMUSAN 56-60
7 PENGHARGAAN
PANDANGAN / PENDAPAT
Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta
jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah
masyarakat ataupun kumpulan dan jiran
mereka.Ia perhubungan sosial yang
mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya
digunakan dalam bidang sosiologi ataupun
sains kemasyarakat.
Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat
berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau
biasa ia mungkin berdasarkan hubungan
kekeluargaan dan nilai saling menghormati
dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih
kompleks pula, terdapat beberapa teori
berkaitan faktor yang menyumbang kepada
perpaduan sosial ataupun masyarakat.
Masyarakat terbesar di
Malaysia ialah kaum
Melayu. Mereka betutur
menggunakan bahasa
Melayu, beragama Islam
dan mengamalkan tradisi
dan adat istiadat Melayu.
Dari sudut sejarah, rumpun
Melayu meliputi penduduk
yang mendiami
Semenanjung Tanah
Melayu dan gugusan
Kepulauan Melayu.
Masyarakat Melayu di
Malaysia boleh
dibahagikan kepada tiga
kumpulan yang berbeza.
Orang Cina
Malaysia berketurunan
Bangsa Han. Mereka
merupakan kumpulan
etnik kedua terbesar di
Malaysia selepas kaum
Melayu dan kebanyakan
mereka adalah keturunan
pendatang berbangsa
Han yang datang
ke Tanah Melayu semasa
pemerintahan Dinasti
Ming sekitar abad
ke15, Dinasti
Qing dan Republik China.
Orang India Malaysia ialah
rakyat Malaysia yang
berasal dari India.
Kebanyakan mereka
datang ke Malaysia semasa
zaman penjajahan British
di Malaya.
Namun, sumber-sumber
sejarah membuktikan
bahawa kaum India tiba di
Malaysia sejak zaman
keagungan Dinasti Chola.
Kini, kaum ini merupakan
kaum ketiga terbesar di
Malaysia selepas
kaum Melayu, Cina .
Sikhisme (juga dikenali
sebagai agama
Sikh; kaum Panjabi
mengamalkan agama
Sikh,agama monoteistik
yang diasaskan mengikut
ajaran Guru Nanak dan
sembilan orang guru lain
di Punjab, India pada aba
d ke-15.
Kadazan ialah kelompok
etnik bumiputera bagi
negeri Sabah di Malaysia
dengan jumlah penetapan
penduduk yang terbesar di
kawasan Pantai Barat Sabah.
Pada dasarnya, Kadazan dan
Dusun merupakan etnik yang
sama dengan struktur
budaya, tradisi dan linguistik
mirip antara satu sama lain.
Tiga perbezaan yang ketara
diantara Kadazan dan Dusun
ialah kawasan penetapan
penduduk, kegiatan ekonomi
dan juga sebutan
konsonannya dalam
perbualan seharian.
Suku Dayak adalah salah
satu kelompok terbesar dan
tertua yang mendiami
Kalimantan.
Istilah Dayak dicipta oleh
pengembara barat kerana
terdapat lebih 400 suku yang
mempunyai budaya, dialek,
wilayah dan undang-undang
adat tersendiri di borneo,
walaupun ciri utama mereka
dapat dikenal pasti. Ciri-ciri ini
adalah rumah panjang, rumah
tinggi, hasil budaya material
seperti tembikar, mandau,
sumpit beliong (kapak)
pandangan terhadap alam,
mata pencarian (sistem
perladangan) dan seni tari.
BAJU BAJU
KURUNG MELAYU
Baju kurung ialah
pakaian
tradisional untuk
wanita Melayu.
Baju Kurung juga
digunakan untuk
menghadiri majlis
perkahwinan,
majlis agama,
dan majlis rasmi.
Baju Melayu ialah pakaian tradisional dan
kebangsaan lelaki Melayu.
Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian
harian terutama sekali untuk bersembahyang, ke
pejabat, majlis formal, dan sebagai pakaian adat.
Baju Melayu juga merupakan pakaian rasmi Malaysia.
Sam merupakan pakaian SAMFOO
bagian atas yang
dipadukan dengan pita
agar baju bagian atas tidak
menggantung, sedangkan
Foo merupakan sepasang
celana yang dipadukan
dengan ikat pinggang atau
tali.
•Cheongsam mempunyai leher CHEONGSAM
yang tinggi
•Mempunyai butang di bahagian
bahu,
•Bentuk yang sendat di pinggang
• Mempunyai belahan di kiri dan
kanan kain.
• Pakaian ini selalunya diperbuat
daripada kain sutera, satin dan
lain-lain jenis kain lembut.
SARI Sari merupakan pakaian untuk
kaum perempuan dan ia
adalah pakaian seharian dan
turut dipakai pada musim
perayaan.
KURTA Kurta pula adalah pakaian
tradisional bagi kaum lelaki
India di majlis rasmi.
Pakaian istiadat masyarakat
Kadazan dari Penampang.
Lelakinya memakai baju
gaung, seluar souva,
bengkung toogot dan
pakain kepala yang disebut
siga. Wanita memakai baju
pendek sinuangga, kain
labuh tetapi dan
selendang batik dilengkapi
tali pinggang
himpogot.Baju tradisional
suku kaum Kadazan daerah
Papar. Baju fabrik baldu
hitam berhias rendakuning
keemasan. Lelaki memakai
pakaian kepala sigal dari
kain destar dan wanita
memakai siung dari
anyaman buluh halus
bermotifkan geometrik etnik
Sabah. Perhiasan diri
gelang tangan dan tali
pinggang syiling perak.
KAIN SIRAT
Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum
Iban. Sirat dipakai dengancara melilitnya dipinggang
dan celah kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari
pinggang ke hadapan dan belakang badan;
mempamerkan bahagian yang berhias.
DANGDONG
Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki
Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang
dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai
pembungkus barang-barang persembahan dalam
upacara-upacara tertentu.
"Cucuk sanggul" adalah
salah satu aksesori penting
untuk rambut yang
digunakan oleh wanita
Melayu dan Asia.
Pada zaman purba, wanita
memakai "cucuk sanggul" di
rambut mereka sebagai
aksesori dan juga senjata
yang dapat melindungi
mereka.
Pending merupakan
perhiasan yang dipakai
lelaki yang dipakai pada
bahagian pinggang.
Kebanyakan bentuk
pending kelihatan seperti
daun yang dapat dilihat
seperti di sebelah. Lazimnya,
ia diperbuat daripada
logam (emas dan
tembaga).
Maang tikka merupakan
perhiasan yang terletak tepat
di belahan tengah rambut
wanita. Biasanya di bagian
ujung yang menggantung di
tengah kening berbentuk
bundar mirip liontin kalung
dengan detail yang rumit dan
indah. Di bawah hiasan
maang tikka adalah titik
bindai di kening wanita yang
umum dipakai oleh wanita
Hindu.
Wanita India yang memakai
salwar kameez biasanya
memakai selendang panjang
di kepala atau leher. Dupatta
adalah scarf atau selendang
khas India yang fungsi aslinya
adalah sebagai penutup
dada atau kepala wanita
India. Dupatta umumnya
berupa kain bermotif khas
India yang ringan dan
panjang.
Fengguan merupakan aksesori kepala
wanita Cina, ia mula dipakai oleh wanita
berkelas tinggi pada Dinasti Ming untuk
majlis keramaian atau rasmi. Terdapat
pelbagai jenis fengguan, bergantung
pada jumlah naga, burung phoenix dan
hiasan yang lain. .
Tali pinggang berwarna perak
(rupiah) berbentuk duit syiling.
NASI LEMAK KUIH BULAN TOSAI BOSOI UMAII
LEMANG KUIH BAKUL MARUKU AMBUYAT
MANUK
PANSUH
MELAYU
CINA
INDIA
MASYARAKAT
SABAH
MASYARAKAT
SARAWAK
ANYAMAN MENGKUANG
Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi
kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu.
Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau
menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-
tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat
dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan
yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh,
pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan
ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.
ANYAMAN ROTAN
Anyaman rotan sudah dikenal sejak lama dan
diduga orang mengenal produk rotan ini dimulai
dari bentuk anyaman. Keindahan corak anyaman
rotan sangat beragam. Corak itu dirancang oleh
para perajin rotan secara turun-temurun
berdasarkan tradisi nenek moyang. Bila ada
anyaman rotan ciptaan baru, itu hanya
pengembangan dari corak anyaman yang sudah
ada.
ANYAMAN BULUH
Bagi masyarakat peribumi di nusantara, buluh
mempunyai seribu satu kegunaan iaitu sebagai
baur kail atau joran, baur panah, bekas membakar
lemang, bilah kipas, bilah serkap, galah, pagar,
ranting dan batang payung, rakit, sangkak, seligi,
sigai, sudip, tabung, tuar, tukil dan sebagainya.
Hasil anyaman buluh pula termasuk bakul, dulang,
nyiru dan tudung saji. Jenis buluh yang biasa ialah
buluh akar, buluh betung, buluh minyak dan buluh
gading.
ANYAMAN KELARAI (ANYAMAN TIKAR)
MAKSUD TERABAI :
Terabai merupakan lambang kepahlawanan
masyarakat kaum Iban di Borneo kerana ianya
merupakan senjata wajib yang perlu ada bagi
kaum Iban jika hendak berperang ketika zaman
dahulu. Terabai dijadikan harta warisan masyarakat
Dayak
SEJARAH TERABAI :
Terabai merupakan lambang kepahlawanan masyarakat
kaum Iban di Borneo. DI kalangan masyarakat Iban ianya
dikenali dengan nama Terabai atau di dalam bahasa
standard digelar “Perisai”. Ianya adalah salah satu
daripada lambang kepahlawan kaum Iban
di Borneo kerana dengan terabai inilah antara
kelengkapan wajib ada apabila turun berperang suatu
masa dahulu. Sejajar dengan waktu, terabai sekarang
kebanyakannya hanyalah salah satu sumber warisan di
kalangan masyarakat Dayak dan sudah menjengah
penggunaanya sebagai penghias dinding di rumah-rumah
agam mahupun hotel bertaraf lima bintang di seluruh
dunia
MOTIF TERABAI :
Menceritakan tentang motif ukiran terabai Iban pula
sebenarnya ianya bukanlah sekadar satu perhiasan
semata-mata. Kerana dikatakan pada setiap motif seni
ukiran terabai Iban yang unik dan cantik itu sebenarnya
mempunyai maksud-maksudnya tersendiri. Bolehlah
dinyatakan bahawa motif pada setiap ukiran terabai
sebenarnya menerangkan intepretasi halus samada
menerusi kesusasteraan, sejarah dan tradisi serta
kemahiran pertukangan kaum suatu waktu dahulu.
CARA-CARA MEMBUAT :
Link cara-cara membuat terabai :
https://youtu.be/UikOEOv78zY
ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK
MEMBUAT TERABAI :
Terabai diperbuat daripada kayu yang hanya mempunyai
satu jenis warna. Pada asalnya ‘Terabai’ diperbuat
daripada kayu keras dan dihiasi dengan ukiran pada
permukaan depan dan ukiran terabai diukir dalam
pelbagai bentuk.
Terabai boleh dibuat dengan
pelbagai saiz seperti besar,
sederhana besar atau kecil.
Bentuk terabai juga boleh dibuat
berdasarkan kreativiti namun
biasanya terabai berbentuk
memanjang. Pembuatan terabai
Pembuatan Terabai tidaklah
mudah kerana memerlukan
ketelitian yang tinggi serta ukiran
yang halus dan ketekunan
dalam mengukir corak terabai.
Namun, kini terabai dapat dilihat
dengan pelbagai jenis warna
seperti yang terdapat di pasaran
tempatan di Sarawak.
Hari Raya Aidilfitri disambut pada
1 Syawal tahun Hijrah. Hari Raya Aidilfitri
merupakan perayaan yang disambut oleh
umat Islam di seluruh dunia menandakan
berakhirnya bulan Ramadhan yang mana
umat Islam telah menjalani ibadat puasa
dengan tekun. Ia merupakan antara dua
perayaan terbesar bagi umat Islam,
selain Hari Raya Kurban.
Tahun Baharu Cinamerupakan perayaan
terpenting orang Cina bagi menyambut
tahun baru dalam kalendar qamari Cina.
Tahun Baru Cina diraikan dengan
jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum
keluarga akan makan besar dengan
masakan tradisi seperti daging itik, daging
salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin.
Perayaan Deepavali atau Diwali ialah suatu
perayaan dalam kalangan
penganut agama Hindu menandakan
kemenangan olehkuasa kebaikan terhadap
kuasa kejahatan, secara simboliknya
ditujukan dalam erti cahaya yang
menerangi kegelapan.
Vaisakhi merupakan salah satu perayaan
yang utama dalam kalendar Sikh. Vaisakhi
jatuh pada hari pertama
bulan Vaisakh dalam kalendar
Nanakshahi suria, bersamaan dengan 14
April dalam kalendar Gregory.
Pesta Kaamatan merupakan upacara
perayaan khas untuk menghormati
"Bambazon" iaitu untuk menghormati
semangat padi. Perayaan ini adalah
amalan secara tradisi Kaum Kadazan-
Dusun sejak zaman berzaman.
Perayaan "Magavau" ini biasanya
diadakan selepas selesai menuai padi.
Hari Gawai Dayak merupakan pesta
tahunan yang disambut oleh orang
Dayak di Sarawak, Malaysia dan Kaliman
tan Barat, Indonesia pada 31 Mei dan 1
Jun. Pesta ini merupakan cuti umum
di Sarawak dan majlis keagamaan dan
sosial yang diiktiraf sejak 1957.
Gendang ialah alat bunyian yang
diperbuat daripada kulit binatang
seperti kerbau, kambing atau lembu.
Ia merupakan salah sebuah alat
muzik dalam kelompok alat yang
khusus dipalu atau diusap
menghasilkan bunyi disebut sebagai
"alat perkusi".
CARA MAIN GENDANG : https://youtu.be/cMKFviZnIt0
Gambus ialah sejenis lut (kecapi)
berleher pendek yang berasal
dari Yemen dan tersebar ke seluruh
semenanjung Arab. Ia berbentuk
seperti buah pear yang dibelah dua
dan ia merupakan sejenis alat
muzik bertali tradisional di Malaysia.
CARA MAIN GAMBUS : https://youtu.be/4nwonNZ4TCw
Rebana ialah sejenis alat muzik
tradisional yang sering dimainkan
bagi mengiringi lagu-lagu budaya.
Tepukan rebana adalah bagi
mengiringi lagu-lagu tradisional
seperti indong-indong dan pelanduk-
pelanduk.
Bo yang juga dikenali
sebagai Po adalah sejenis alat muzik
yang diklasifikasikan dalam
kumpulan Idiofon.Alat ini sangat
popular semasa Dinasti Sui dan
Dinasti Tang (581-607).
Erhu dikategorikan sebagai alat Kordofon.Ia
merupakan sejenis alat muzik gesekan bertali
dua.Erhu adalah di antara alat muzik paling
popular dalam keluarga Hu-qin di China.
CARA MAIN ERHU : https://youtu.be/BVyQVImzlsM
Ching dan Chap adalah alat muzik dalam
kategori Idiofon. Alat ini dibuat serupa
dan digunakan secara berpasangan.Alat
muzik dalam keluarga simbal berbentuk
bulat dan berlekuk di bahagian tengah
seperti cawan.
Dholak ialah sejenis alat Gendang
dua muka berbentuk tong yang
dikategorikan sebagai
alat Membranofon.
Tabla dan Baya dikategorikan dalam
kumpulan Membranofon.
Tabla dan Baya bukan sahaja
dimainkan di dalam Muzik Karnatik
dan Hindustan di Malaysia,malah ia
juga digunakan untuk mengiringi
muzik muzik sinkretik
seperti ghazal dan dangdut.
Tambura dikategorikan sebagai
alat Membranofon.
Tambura selalunya dimainkan di
dalam persembahan.
Kulintangan dikategorikan sebagai alat
muzik Idiofon.Ia merupakan alat muzik dalam
keluarga gong yang mempunyai kaitan
dengan Kulintangan yang dimainkan di Pulau
Mindanao,Selatan Filipina.
Sompoton adalah sejenis alat muzik tiupan dalam
kategori Erofon.Ia dikatakan berasal dari negeri
Sabah. Sompoton adalah salah satu alat muzik yang
digunakan untuk mengiringi tarian suku kaum
Kadazan iaitu Tarian Sumazau.
Engkeromong dikategorikan sebagai alai Idiofon.Ia
merupakan satu alat muzik dalam keluarga Gong
berbusut. Di dalam sesuatu persembahan,empat
buah Engkeromong disusun di atas sebuah rak kayu
dengan tertib dalam sistem skala tertentu.
Sape dikategorikan dalam
kumpulan Kordofon.Ia juga
dikatakan berasal dari
negeri Sarawak. Badannya
berfungsi sebagai penyalun
bunyi.Alat ini boleh didapati
dalam pelbagai saiz iaitu
dari 3½ hingga 6 kaki
panjang.