Perempuan cantik
Tarian suku kaum Lotud
Berkumpul tanpa arah tujuan
Ayunan tangan ketika berjalan
Upacara perayaan khas untuk
Menghormati semangat padi.
Pengunjung
Majlis bersuka ria
Ingin bertemu dgn seseorang
Batin, jiwa, perasaan
Tarian ini merupakan tarian asli suku kaum Dusun
daripada daerahTuaran dan juga dikenali sebagai
Madsayau. Tarian Sumayau merupakan tarian khas
bagi menyambut hari Mengaji atau dalam bahasa
Dusun disebut "Mengahau".
Pada pendapat saya, tarian ini dapat memupuk
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Seni
tarian tradisional ini mempunyai keunikan tersendiri
kerana ia dapat menyuntik semangat muhibah,
menghormati kepelbagaian dan memberi sokongan
antara satu sama lain dalam kalangan mereka yang
berkecimpung dalam cabang seni seperti tarian ini.
Tamu adalah pasar tempat menjual barang
keperluan rumah di Sabah dan Sarawak seperti
barang sayur ,ikan ,buah dan sebagainya. Tamu
adalah tempat orang menjual segala hasil
pertanian dan hasil produk orang tempatan.
Kepentingannya bagi masyarakat di Sabah dan
Sarawak ialah golongan petani, nelayan,
penternak dan penduduk tempatan dapat
mempamerkan hasil tani mereka untuk dijual
kepada orang ramai setiap minggu.
Sekiranya saya dapat melancong ke Sabah, saya
ingin kunjungi pelbagai tempat menarik di Sabah
seperti Pasar Tamu, Muzium Marin, Kota Kinabalu
wetland Centre, Dairy Farm, Pantai Tanjung Aru
dan banyak lagi. Ini adalah kerana, hanya Sabah
sahaja negeri di Malaysia yang belum perah saya
lawati. Saya sangat berharap agar berpeluang
melancong ke Sabah.
Sekiranya sahabat pena saya ingin melawat
tempat saya di Ipoh ini, saya akan membawanya
melawati setiap tempat yang menarik seperti Lost
World of Tambun, Taman rekreasi Gunung, Gua
Tempurung dan pelbagai tempat rekreasi bagi
menikmati keseronokan alam semulajadi.
Selain itu, saya juga akan membawanya melawati
Istana Kellies Castle, Muzium Perak, Muzium
Geologi Ipoh dan lain-lain untuk mengetahui
sejarah berkaitan tempat saya.
Pada waktu malam, boleh melawat bulatan
amanjaya atau Gerbang Malam untuk suasana
yang sangat menarik. Begitu juga dengan
tempat-tempat makan yang menarik di sini. Saya
akan membawa sahabat saya makan dipelbagai
tempat menarik.
NAMA :
NUR AINA ATHIRAH BT JAMALUDDIN
KELAS :
6 SEROJA
TARIKH LAHIR :
10 APRIL 2021
CITA-CITA :
GURU ATAU
AHLI PERNIAGAAN YANG BERJAYA
HOBI :
MELUKIS, EDITING VIDEO,
MEMBACA
TEMPAT YANG INGIN DILAWATI:
JEPUN DAN KOREA
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu
S.Samprizal bin Selamat kerana memberi
tugasan yang sangat berguna ini serta tunjuk
ajar dan bimbingan setiap masa.
Terima kasih juga kepada kakak saya, Nur Auni
Insyirah kerana mengajar saya menggunakan
Power Point ini dengan lebih baik.
Terima kasih untuk ibu bapa saya kerana
menyediakan laptop untuk kegunaan saya.
Hasil tugasan ini, saya dapat mengetahui
tentang kaum lain seperti perayaan mereka,
pakaian, alat tradisional, makanan dan
sebagainya.
Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia yang
mempunyai pelbagai kaum dan hidup harmoni
dan aman damai. Semoga rakyat Malaysia
akan sentiasa bersatu padu.
Daripada,
NUR AINA ATHIRAH BT
JAMALUDDIN
6 SEROJA