The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

koleksi buku kegemaran tugasan PdPR BM Mei 2021.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CATATAN MINDA CG SAM, 2021-05-24 12:22:10

55 KOLEKSI BUKU KEGEMARAN SAYA

koleksi buku kegemaran tugasan PdPR BM Mei 2021.

TUGASAN PdPR
BAHASA MELAYU

MEI 2021

SK Taman Bersatu

31300 Kg Kepayang

JUDUL A Atau Mati

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2018

PEGARANG Aman Wan

PENERBIT Blink Book

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 120

RUMUSAN Buku ini menceritakan tentang seorang kakak yang
melindungi adiknya daripada terpengaruh dengan
perkara buruk.

Disediakan oleh Mohammad Faris Syamim / 6 Seroja

1

JUDUL Ceritalah

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2017

PEGARANG Khairul Dan Dhiya

PENERBIT anaaisya@sdn.bhd.

JENIS Bahan Digital MUKA SURAT

RUMUSAN Sebagai ibu bapa, mereka harus mendidik anak-anak
mereka dengan betul sehingga suatu hari mereka
menjadi anak yang baik. Salah satu cara untuk
mendidik anak-anak adalah dengan bercerita dengan
mesej moral sehingga dapat menjadi pengajaran
kepada anak-anak sebelum tidur. Salah satu kisah
yang dapat diceritakan kepada anak-anak adalah
kisah dongeng.

Disediakan oleh THAMAYATHI A/P MUNIANDY / 6 Bakawali

2

JUDUL Arnab dan Kura-kura

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2017

PEGARANG Afiq

PENERBIT bukysdn.bhd.

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 15

RUMUSAN Dalam hidup bermasyarakat kita hendaklah asling
menghormati antara satu sama lain. Elakkan sifat keji
mengeji, dan berburuk sangka kerana perbuatan itu
akan menyebabkan diri sendiri yang rugi,. Inilah yang
berlaku kepada arnab yang so,bong

Disediakan oleh THAMAYATHI A/P MUNIANDY / 6 Bakawali

3

JUDUL Ratu Samba

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2020

PEGARANG Yim Kang Jae

PENERBIT EXACT PUBLISHER SDN.BHD.

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 100

RUMUSAN Diabora adalah ratu samba yang terkenal di
sekolah.Dia berkongsi petuanya kepada murid baru
yang sangat berbakat iaitu Bianca.Diabora mengajak
Bianca untuk datang ke rumahnya,namun Bianca
sungguh terkejut apabila dia melihat banyak mayat
perempuan iaitu sebelum ini adalah ratu samba yang
di sekolah itu.Diabora ingin membunuh Bianca.

Disediakan oleh Hannah Faqihah Binti Fakhrurrozi / 6 Seroja

4

JUDUL Iri Hati Hantu

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2020

PEGARANG Yim Kang Jae

PENERBIT EXACT PUBLISHER SDN.BHD.

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 100

RUMUSAN Khabarnya,seekor hantu akan meragut nyawa pelajar
yang mengulang kaji di sekolah hingga larut malam.
Namun begitu, Enzo memberitahu murid nombor
satu iaitu murid yang paling pandai di kelasnya
bahawa hantu itu akan membawa nasib tuah
kepadanya.Murid yang pandai itu bernama Xavier.
Xavier percaya kepada Enzo dan pergi ke sekolah itu
pada waktu malam.Hantu muncul dan Xavier sangat
terkejut dan takut kerana berasa dia akan mati.
Namun,yang akan mati adalah Enzo kerana dia telah
berjaya memperdaya seorang murid yang pandai di
sekolah itu.

Disediakan oleh Hannah Faqihah Binti Fakhrurrozi / 6 Seroja

5

JUDUL Pulau Patung

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2020

PEGARANG Yim Kang Jae

PENERBIT EXACT PUBLISHER SDN.BHD.

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 100

RUMUSAN Terdapat sebuah sekolah yang ingin melawat ke
pulau yang bernama Pulau Patung.Pulau ini adalah
pulau yang paling terkenal,tetapi ia sedikit
menakutkan.

Disediakan oleh Hannah Faqihah Binti Fakhrurrozi / 6 Seroja

6

JUDUL Jadi Kawan Saya

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2020

PEGARANG Puteri Nor

PENERBIT DY Kreatif Network

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 195

RUMUSAN Dya belajar di sebuah sekolah berasrama. Dya mahu
mencari kawan yang sesuai dengan jiwanya di asrama
tersebut. Sepanjang berkawan Dya mengalami
pelbagai peristiwa yang menarik.

Disediakan oleh
Hairul Adam bin Hairul Amri
/ 6 Seroja

7

JUDUL Carbonara Untuk Opah

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2017

PEGARANG Aidil Fadzil

PENERBIT Ana Muslim Sdn Bhd

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 128

RUMUSAN Buku Cerita ini menceritakan tentang seorang Gadis
remaja yang bernama Hanis yang pertama kalinya
tinggal di kampung .Buku ini juga menceritakan
gelagat hanis yang sentiasa mahukan makanan barat
24 jam telah memeningkan kepala opahnya. Memang
payah untuk hanis menerima makanan Melayu buat
kali pertama kerana sebelum ini dia tinggal diluar
negara dan terpaksa tinggal di kampung akibat
kecelakaan yang ditimpa ibu ayahnya.

Disediakan oleh
Syazwina Uzma binti Shamsul Faizal
/ 6 Seroja

8

JUDUL Boboboiboy sfera kuasa

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2020

PEGARANG Animonsta

PENERBIT Animonsta studios sdn.bhd

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 352

RUMUSAN Boboboi berhadapan dengan pelbagai jenis musuh.
Dia perlu mempertahankan bumi daripada serangan
musuh tersebut. Oeh itu Boboboi perlu
menggunakan pelbagai kuasa saktinya.

Disediakan oleh
Muhd Khairul Haqeem
/ 6 Bakawali

9

JUDUL Misi Ady

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2016

PEGARANG Jonsuraya

PENERBIT Keropok Publications Sdn.Bhd

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 136

RUMUSAN Buku ini menceritakan Ady, seorang budak lelaki yang
popular dan disukai ramai. Dia juga merupakan
pelajar yang bijak dan sentiasa mendapat ‘A’ untuk
setiap mata pelajaran di sekolah kecuali subjek Sains .
Disebabkan Keputusannya yang teruk, ibunya telah
memberikan sebuah permainan yang akan dapat
membantunya Ady dalam mata pelajaran Sains.
Namun ,setelah dia bermain permainan video itu ,
dia dan kucingnya darcy ,telah terperangkap di dalam
dunia permainan itu dan terpaksa menyelamatkan
Puteri Jambu .

Disediakan oleh
Syazwina Uzma binti Shamsul Faizal
/ 6 Seroja

10

JUDUL Aku Mahu Jadi Seoulvivor

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2019

PEGARANG Ain Maisarah

PENERBIT Blink Book

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 129

RUMUSAN Cerita Aku Mahu Jadi Seoulvivor ini sangat menarik
kerana ia menceritakan Sazzy dan kawannya Fazura
yang ingin menyambut hari lahirnya yang ke-17 tetapi
ia bertukar menjadi rancangan untuk melarikan diri
kerana diancam.

Disediakan oleh
Muhammad Iqbal Nafiz
/ 6 Seroja

11

JUDUL Amuk Lautan

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2020

PEGARANG Xeno

PENERBIT Kadkawa Gempak Starz

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 152

RUMUSAN Buku ini menceritakan tentang pengembaraan
sebuah pasukan ke laut dalam. Buku ini juga
memberi fakta-fakta tertentu terutamanya berkaitan
sains dan hodupan laut. Saya sukakan buku ini

Disediakan oleh
MOHAMAD FAHRIN DANIAL
6 Seroja

12

JUDUL TOMBQUEST

BAHASA Bahasa Inggeris

TAHUN TERBIT 2015

PEGARANG Michael Northrop

PENERBIT Scholastic Inc

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 197

RUMUSAN An ancient evil has been unleashed. Long-dead
mummies are awakening. New York City is overrun by
scorpions. And worst of all for Alex, his mum and the
Lost Spells have both disappeared. He and his best
friend, Ren, will do anything to find his mum and
save the world.

Disediakan oleh
Hairul Adam bin Hairul Amri
6 Seroja

13

JUDUL Bola Hero

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2015

PEGARANG Khairil Kamarudin

PENERBIT Blink Publishing

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 128

RUMUSAN Ikuti kisah dua sahabat yang bekerjasama menentang
pembuli dengan kepintaran mereka! Mengangkat
tema bola, komik ini amat sesuai buat mencetuskan
minat membaca di kalangan kaki sukan.

Bola Sepak! Juara! Gol! Semestinya kompilasi NOMIK
ini memberikan kepuasan buat peminat cerita bola
penuh aksi! Gabungan 3 pekomik Malaysia x
Indonesia dengan komik hero Bola Sepak yang hebat!

Disediakan oleh
Mohd Haziq B Yusri
6 Bakawali

14

JUDUL Cik Akedemik Lawan Samseng Insaf

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2017

PEGARANG Ain Maisarah dan Rashiela Nurain

PENERBIT Blink Book

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 114

RUMUSAN Cheiw Kok Yung,si pelajar samseng bermasalah yang
terkenal di sekolah Sri Bangsar. Dimasukkan ke kelas
cemerlang.Kononnya dengan harapan agar prestasi
pelajarannya meningkat, disiplinnya bagus dan
berubah. Bagaimanakah dia beubah menjadi seorang
pelajar yang berjaya?

Disediakan oleh
Muhammad Azamuddin
6 Seroja

15

JUDUL Lawk Fasal Meow

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2012

PEGARANG Nishiki137

PENERBIT Kadokawa gempak starz sdn bhd

JENIS Komik MUKA SURAT 137

RUMUSAN Mengisahkan tentang si Meow yang mempunyai
pelbarai ragam. Sepanjang kehidupan si Meow
banyak perkara baik dan bernilai murni yang boleh
dicontohi oleh murid-murid.

Disediakan oleh
Farrel Muhamad Rayqal
6 Seroja

16

JUDUL Star Force 12

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2019

PEGARANG Veon, Samu dan Vezill

PENERBIT Kadokawa gempak starz sdn bhd

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 155

RUMUSAN Pendedahan rahsia peribadi Shah bingung
setelah megetahui kebenaran yang selama ini
disembunyikan ibunya. Siapakah musuh yang
mengangu ahli X-VENTURE kesayangan kita?
Walaupun berdepan konflik, misi menyelamatkan
sahabat lebih penting. Musuh atau sahabat sukar
ditafsirkan...

Disediakan oleh
Hairul Adam Bin Hairul Amri
6 Seroja

17

JUDUL Rumah Impian Chi

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2018

PEGARANG Konami Kanata

PENERBIT vivar printing sdn bhd

JENIS Komik MUKA SURAT 154

RUMUSAN komik tentang gelagat Chi iaitu kucing yang comel,
nakal dan manja tetapi sangat bijak. Dalam kelucuan
komik ini terselit banyak pengajaran dan nilai murni.

Disediakan oleh
Farrel Muhamad Rayqal
6 Seroja

18

JUDUL Malam Binasa

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2020

PEGARANG Manz

PENERBIT Pencetakkan tatz sdn bhd

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 147

RUMUSAN Kisah kejadian seram di sebuah inap desa.
Bagaimanakah penghuni inap desa itu menghadapai
pelbagai situasi menyeramkan.

Disediakan oleh
Farrel Muhamad Rayqal
6 Seroja

19

JUDUL Plants vs Zomboe

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2019

PEGARANG Xiao Jiangnan

PENERBIT Apple Studio Sdn.Bhd

JENIS Komik MUKA SURAT 163

RUMUSAN Buku komik ini memperkenalkan 36 pengetahuan
tentang teknologi masa depan melalui penyampaian
yang menyeronokkan. Ini membolehkan pembaca
cilik dapat memahami prospek pembangunan sains
masa depan. Ini seterusnya mendorong untuk
melahirkan perasaan minat dalam menyelami dunia
sains yang lebih luas dan menarik.

Disediakan oleh
Harris Akmal
6 Seroja

20

JUDUL Namamu

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2016

PEGARANG Makoto Shinkai

PENERBIT Kadokawa Gempak Starz

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 251

RUMUSAN Seorang pelajar perempuan yang bernama Mitsuha
Miyumizu dan seorang pelajar lelaki yang bernama
Taki Tachibana mula bertukar badan di dunia mimpi
tetapi terjadi di dunia realiti. Mereka saling
berkomunikasi antara satu sama lain dengan menulis
pesanan di atas kertas dan telefon mereka.

Disediakan oleh
Syazwana Uzma binti Shamsul Faizal 6 Seroja

21

JUDUL Perang Robot

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2016

PEGARANG Danial haikal

PENERBIT Gen Komik

JENIS Komik MUKA SURAT 125

RUMUSAN Planet Woodeus yang hijau semakin hampir dengan
kemusnahan. Siapakah yang mampu menjadi
penyelamat dengan membangkitkan Kuasa Rimba?
Ini kisah penuh aksi, khas buat anak-anak lelaki yang
minat robot sebagai hobi.

Disediakan oleh
Fareez b Firdaus 6 Bakawali

22

JUDUL Love You Miss Cleaner

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2019

PEGARANG Hanin dan Hanza

PENERBIT Ana Muslim Sdn Bhd

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 91

RUMUSAN Buku ini menceritakan tentang remaja perempuan
yang bernama Shakeira atau dipanggil sebagai ‘Keira’.
Keira yang sedang menunggu Keputusan (SPM) nya
berasa sangat bosan untuk menunggu, Kakak
sulungnya, Syida, berkata bahawa sekiranya keira
tidak ada kerja untuk dilakukan ,dia mesti membuat
pilihan sama ada menolong ibunya di butik ataupun
balik ke kampung.

Disediakan oleh
Syazwina Uzma binti
Shamsul Faizal
6 eSroja

23

JUDUL Singa dengan gajah dan cerita-cerita lain

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2012

PEGARANG Hanafi Zakaria

PENERBIT Arowana Sdn.Bhd

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 78

RUMUSAN Dari zaman dahulu hingga kini, haiwan sering
dijadikan sebagai watak utama dalam kebanyakan
fabel. Namun begitu, pemikiran dan emosi watak-
watak tersebut adalah daripada perspektif manusia.
Watak-watak ini bertutur dalam bahasa manusia dan
mempamerkan segala perasaan dan keinginan
seperti manusia. Watak-watak haiwan ini sebenarnya
menjadi cara memupuk nilai kepada manusia itu
sendiri.

Disediakan oleh
MUHAMMAD AIMAN
HIDAYAT BIN MOHAMMAD
SAAD
6 Bakawali

24

JUDUL Geng Meow: Acah-Acah Super Meow

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2019

PEGARANG Aisyah Joferi

PENERBIT Ana Muslim

JENIS Komik MUKA SURAT 75

RUMUSAN Selalunya kucing suka tidur atas kusyen empuk,
makan ikan tuna, main berenang, tidur dalam kotak,
main tangkap cahaya lampu, tidur bawah sofa, tidur,
tidur dan tidur lagi... tapi, geng meow bukan
sebarang kucing! geng meow nak jadi supermeow
yang tangkas melawan kejahatan!

Disediakan oleh
Nurul Husna
6 Seroja

25

JUDUL Magis Manis Coklat: Queen Candy

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2020

PEGARANG Rino Mizuho

PENERBIT Kadokawa Gempak Straz

JENIS Komik MUKA SURAT 149

RUMUSAN Wow! Ada coklat istiwa boleh tunai hajat? Korang
berminat nak beli? Hmm... aku tak kisah. Aku sedia
membantu apa yang patut kalau itu yang korang
hajati. Tapi aku akan ambil benda paling penting
dalam hidup korang sebagai bayaran. sanggup ke?

Disediakan oleh
Nurul Husna
6 Seroja

26

JUDUL Anis: Saintis Cilik

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2018

PEGARANG Kerel

PENERBIT Ana Muslim

JENIS Komik MUKA SURAT 79

RUMUSAN Anis suka belajar tentang pelbagai perkara terutama
yang berkaitan dengan sains. Cita-cita Anis mahu
menjadi seorang saintis.

Disediakan oleh
Nurul Husna
6 Seroja

27

JUDUL Namamu

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2016

PEGARANG Makoto Shinkai

PENERBIT Kadikawa Gempak starz

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 212

RUMUSAN Mitsuha, pelajar perempuan sekolah menengah
tinggal di pendalaman bermimpi menjadi seorang
lelaki. Manakala pelajar lelaki sekolah menengah
bernama Taki bersal dari Tokyo bermimpi menjadi
perempuan dan tinggal di pendalaman. Akhirnya
mereka sedar bahawa mereka telah bertukar badan
menerusi mimpi! Pertemuan mereka telah
menggerakkan putaran takdir.

Disediakan oleh
Nurul Husna
6 Seroja

28

JUDUL Kerana Mulut Badan Binasa

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2002

PEGARANG Aiman

PENERBIT Aneka

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 42

RUMUSAN Buku tentang kisah haiwan yang penuh dengan
pengajaran untuk diamalkan. Pelajarilah daripada
kisah haiwan sebagai panduan hidup kita.

Disediakan oleh
Ikram Wafiy
6 Bakawali

29

JUDUL Perang Robot:Perlumbaan Galaksi.

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2018

PEGARANG Danial Haikal

PENERBIT KOMIKAW PLT

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 126

RUMUSAN Raceland Paradise merupakan sebuah planet yang
menjadi tumpuan bagi robot robot seluruh galaksi
untuk menyaksikan perlumbaan galaksi terhebat!
Perlumbaan yang dianjur oleh Raja Volton itu disertai
oleh robot robot yang pantas dan lincah!

Disediakan oleh
Muhammad Haziq Bin Kamaruzaman 6 Seroja

30

JUDUL Aku Dengar Kat Pinggir Bandar Ada........

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2017

PEGARANG Mr Kin

PENERBIT Kadokawa Gempak Straz

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 131

RUMUSAN Kawasan pinggir bandar selalunya tidak
berpenghuni.Sebab itu banyak roh suka berkumpul di
situ.Orang tua selalu ingatkan, jangan panggil nama
sebenar ketika berada dalam hutan.Kalau tidak, nanti
hantu mempermainkan kamu!

Disediakan oleh
Muhammad Haziq Bin
Kamaruzaman
6 Seroja

31

JUDUL Nabi Musa A.S membelah laut

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2012

PEGARANG Nor Azlin Japar

PENERBIT Junior Pages Publications

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 16

RUMUSAN Buku ini mengisahkan tentang Nabi Musa A.S
membelah laut yang memberi semangat ke arah
ketakwaan kepada ALLAH S.W.T

Disediakan oleh
Nur Aleez Dania
6 Seroja

32

JUDUL Golden Age Of Adventures : PERILS OF THE
DINOSAUR AGE.

BAHASA Bahasa Inggeris

TAHUN TERBIT 2020

PEGARANG Tadatada

PENERBIT Kadokawa gempak Starz

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 154

RUMUSAN Saya suka buka ini kerana saya suka pengembaraan
yang dilalui oleh watak-watak ini.

Disediakan oleh
Sashi Varmaan
6 Seroja

33

JUDUL My Little Woman

BAHASA Bahasa Inggeris

TAHUN TERBIT 2014

PEGARANG Jaden Willton

PENERBIT Ashton Kutcher

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 123

RUMUSAN My Little Woman is a book that describing the four
sister named Lisa, May, Jude, Alice. They and their
mother are really closed. They had a father who's
name is William Ashton. He is in a military service.
The sisters and their mother were waiting for him at
home.

Disediakan oleh
Mas Ayu binti Basri
6 Seroja

34

JUDUL Situasi Rumah

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2018

PEGARANG Ahmad Ghazali

PENERBIT Lyla Wong

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 76

RUMUSAN Buku "Situation Rumah" melambangkan suasana
rumah di rumah Azim. Rumahnya mempunyai
pelbagai kemudahan seperti elevator dan pintu
rahsia. Boleh dikatakan Azim merupakan salah satu
daripada keluarga yang kaya. Namun begitu, Azim
sangatlah seorang yang pemurah hati walaupun
keluarganya merupakan orang yang zalim baginya.

Disediakan oleh
Mas Ayu binti Basri
6 Seroja

35

JUDUL Kelibat hantu dalam foto

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2016

PEGARANG Jang, gil-soo

PENERBIT Exact publisher sdn. Bhd.

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 76

RUMUSAN Semasa membaca notis papan kenyataan, Cikgu Kim
telah menerima satu mesej daripada You-na.
You-na ialah murid yang pernah saya ajar pada tahun
lepas. Dia baru saja darjah lima, mengapa dia perlu
risau akan kematian?
Jangan-jangan dia terpengaruh dengan novel seram.

Disediakan oleh
Mohamad Nur Azarif
Nazhan Bin Mahamad
6 Bakawali

36

JUDUL Kisah Rasul dan Nabi Daripada Al-Quran

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT

PEGARANG Lady Bug Publishing And Distribution

PENERBIT Lady Bug Publishing And Distribution

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 129

RUMUSAN Mengisahkan tentang kisah rasul dan nabi daripada
al-Quran.

Disediakan oleh
Nurul Aien Khaliesya Bt
Adnan
6 Seroja

37

JUDUL Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2015

PEGARANG LILI ASNITA

PENERBIT Fajar Bakti

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 70

RUMUSAN Pada masa duhulu, terdapat sepasang sepupu
berasal dari Kayangan yang bernama puteri
Santubong dan puteri Sejinjang.
Sebagai hukumannya, Raja Kayangan memerintahkan
mereka berdua turun ke bumi.
Puteri Santubong menjadi pemerintah di negeri Pasir
Kuning. Puteri Senjinjang pula menjadi pemerintah di
negeri Pasir Putih.

Disediakan oleh
SHIVARSHINIRAJ/VIKNARJ
6 Bakawali

38

JUDUL Kau Boleh Aku Pun Bolehlah

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2013

PEGARANG Murad Arsad

PENERBIT Ana Muslim

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 156

RUMUSAN Bola sepak merupakan sebahagian daripada hidup
wira,Bob, Guna , Along dan Joe.Mereka bersahabat
baik dan bekerjasama dalam satu pasukan.Mereka
juga mempelajari sesuatu yang berharga dalam hidup
mereka daripada sukan yang digemari seantero dunia
ini.Walaupun berhadapan dengan pelbagai
ranjau,rintangan dan dugaan,mereka tetap utuh
bersama dibawah kendalian abang Bard.

Disediakan oleh
Muhammad Haziq Bin Mohd
Hirwan
6 Bakawali

39

JUDUL MISI CIKGU BARU

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2013

PEGARANG NAZRY SALAM

PENERBIT PTS Pop

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 254

RUMUSAN Cikgu Shariff ditugaskan mengajar di Sekolah
Kebangsaan Ayer Jernih. Beliau mempunyai misi
untuk mendisiplinkan anak-anak muridnya. Beliau
mengajar kelas 6 Besi. Murid-murid 6 Besi, sesuai
dengan nama kelas mereka, agak nakal dan suka
menyakat. Bagaimana Cikgu hariff membentuk
disiplin dan menangani karenah murid-muridnya.

40

JUDUL WARIS KALUNG NAGA

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2010

PEGARANG HARLEEM DAYAM

PENERBIT Buku Prima

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 232

RUMUSAN Asmadi terpaksa pulang ke kampung halamannya
setelah menerima berita buruk mengenai sepupunya.
Untuk mencari jawapan, Asmadi bersama-sama
Basheer, Talha dan Emilda turut membantu
menyelesaikan misteri ini kerana yang menjadi
suspek utama adalah teman paling rapat Asmadi, Ali
Pulau. Benarkah Ali Pulau terlibat dalam sindiket
penyeludupan binatang liar di Pulau Wau? Adakah
Asmadi akan menjumpai semula Kalung Ikan Naga
miliknya? Semuanya akan terjawab dalam ‘Waris
Kalung Naga’.

41

JUDUL GAYA HIDUP SIHAT SI CILIK

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2013

PEGARANG SEO KUANG LI, JUNG HYE YOUNG

PENERBIT Gempak Starz

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 220

RUMUSAN Antara tip penjagaan kesihatan yang ditulis dalam
buku ini ialah tip pemakanan, penjagaan kesihatan,
kebersihan diri, cara bergaul, tidur yang betu,
memilih kawan dan sebagainya. Di samping komik,
buku ini juga turut memuatkan fakta-fakta ilmiah
dalam bentuk rencana ringkas yang sangat sesuai
untuk bacaan remaja.

42

JUDUL SUPER SAFEE : KELAHIRAN BINTANG

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT

PEGARANG Froggy Papa

PENERBIT PTS Pop

JENIS Komik MUKA SURAT 99

RUMUSAN Bagi peminat bola sepak, nama Safee Sali tentu
sentiasa bermain di bibir. Nama anak muda yang
telah berjaya mengembalikan zaman kegemilangan
bola sepak tanah air sejak sekian lama agak hambar.
Bagi peminat tegar sosok ini, tentunya mahu tahu
lebih lanjut tentang beliau.

Dalam komik ini, dipaparkan tentang biografi Safee
Sali sejak zaman kecilnya hinggalah beliau berjaya
menempa nama dalam dunia bola sepak. Ketahuilah
rahsia zaman kanak-kanaknya. Adakah beliau seorang
kanak-kanak yang memang luar biasa? Atau beliau
hanya seorang kanak-kanak biasa seperti kanak-
kanak lain? Rahsianya terkandung dalam komik ini.

43

JUDUL TUK MUDIM DATANG

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2013

PEGARANG IDA Munirah

PENERBIT PTS Islamika

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 180

RUMUSAN Novel ini sangat menarik untuk dibaca. Mengandungi
pelbagai emosi. Suka, ketawa, takut, bimbang,
gembira dan suspen. Digaul dengan baik untuk
mudah dibaca dan difahami. Kisah sekumpulan
kanak-kanak lelaki iaitu Fadhil, Hanif, Syukri serta
seorang rakan bukan Melayu iaitu Robert.

44

JUDUL Diari Pengawas Sekolah

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT

PEGARANG Nia Imran

PENERBIT PTS Pop

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 122

RUMUSAN Sangat sesuai dibaca oleh para murid sekolah rendah.
Juga sangat sesuai dibaca oleh pengawas sekolah
atau yang bercita-cita mahu menjadi pengawas
sekolah. Ikutilah kisah kehidupan seorang murid dan
pengawas yang bernama Fazrul dengan karenah
kawan-kawannya seperti Zizie, Faris, Haikal, Abang
Zahid dan Cikgu Roni.

45

JUDUL Namaku Alias Lee

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT

PEGARANG Suhana Salleh

PENERBIT Galeri Ilmu

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 130

RUMUSAN Alias Lee seorang murid sekolah menengah yang
cemerlang dalam Matematik menjadi mangsa buli
rakan sekelansnya Kahar dan abangnya sendiri
Mikhail. Dia digelar Sepet kerana matanya sepet
seperti orang Cina, malah fizikalnya juga adalah fizikal
keturunan Cina. Alias berasa curiga dengan namanya
Alias Lee Bin Abdullah Pertemuan Alias dengan Ustaz
Azhar, Guru Kaunseling sekolahnya menimbulkan
satu suasana dan semangat baharu terhadap Alias.
Adakah dia berketurunan Cina? Siapakah En Lee?
Benarkah Hj Abdullah bapa kandung Alias Lee.

46

JUDUL Misi Terbang Tinggi

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2018

PEGARANG AFIQ & NAZRI

PENERBIT Komik M

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 128

RUMUSAN Berjaya menerbangkan Naga Kecil, bukannya
pengakhiran kepada misi terbang di awan tinggi bagi
Aidil dan Hadi. Pengembaraan yang mencabar
menanti mereka di hadapan. Mengharungi
keganasan ribut dan puting beliung masih belum
dikira apa-apa kerana misteri sebenar yang menanti
mereka berdua amat luar biasa dahsyatnya dan tidak
dapat diterima akal!

47

JUDUL DITEKTIF YAYA VS DITEKTIF NIC

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2016

PEGARANG PTS PUBLISHING

PENERBIT PTS PUBLISHING

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 184

RUMUSAN Kelab Misteri semakin hari semakin terkenal. Namun,
di sebalik populariti mereka,ada juga pihak yang tidak
berpuas hati. Trio penyiasat genius, Detektif NIC
muncul dan mencabar Detektif Yaya dan Kelab
Misteri. Kes demi kes berjaya diselesaikanoleh
Detektif 'NIC'. Kini, Kelab Misteri terpaksa
dibubarkan! Tetapi naluri Detektif Yaya mengatakan
ada sesuatu yang tidak kena. Apakah muslihat di
sebalik setiap kes yang diselesaikan oleh Detektif
NIC? Dan adakah ini "game over" bagi Detektif Yaya
dan Kelab Misteri buat selama-lamanya?

48

JUDUL KISAH PUTERI GAUN MERAH JAMBU

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2010

PEGARANG NATASYA EFIZAL

PENERBIT PTS PUBLISHING

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 176

RUMUSAN Ikuti kisah Puteri Arabella yang tampil membuat
kebajikan dan terpaksa mengorbankan barang yang
disayanginya demi insan yang lebih memerlukan. Dia
mahu melihat orang lain gembira. Dia berharap gaun
merah jambu kepunyaannya dapat membuatkan
rakannya gembira di hari lebaran.
Kali ini Puteri Dian Adelia terpaksa menggayakan
gaun merah jambu yang bukan warna kegemarannya.
Walaupun begitu, dia bahagia kerana dapat
membantu kawan baiknya Izyan menyelesaikan
masalahnya.

49


Click to View FlipBook Version