The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

koleksi buku kegemaran tugasan PdPR BM Mei 2021.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CATATAN MINDA CG SAM, 2021-05-24 12:22:10

55 KOLEKSI BUKU KEGEMARAN SAYA

koleksi buku kegemaran tugasan PdPR BM Mei 2021.

JUDUL ADILAH CIK SERBA TAHU

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2014

PEGARANG AIZAM AIMAN

PENERBIT PTS PUBLISHING

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 352

RUMUSAN Kaunselor tidak bertauliah. Tanpa berkenalan, tanpa
bersua muka, dan tanpa berkawan, begitu mudah
orang berkongsi masalah di Kaunter Pertanyaan Cik
Serba Tahu. Sesungguhnya, Cik Serba Tahu sama
sekali tidak boleh mengecewakan pembaca yang
berkongsi masalah dengannya. Jangan main-main.
Ada nama baik perlu dijaga. Ada reputasi perlu
dipertahankan! Berusaha, Cik Serba Tahu!

50

JUDUL OMG A+

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2017

PEGARANG Ain Maisarah

PENERBIT Blink Book

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 111

RUMUSAN Raina seorang calon SPM, terkenal dengan
kebijaksanaan. Sentiasa mendapat markah tertinggi
dan tempat pertama. Namun, dalam peperiksaan
awal tahun, keputusannya sedikit merudum
walaupun masih mengekalkan takhta pertama.

Ayahnya yang bergelar Profesor pula mengugut dan
menekan. Meletakkan syarat mesti mendapat semua
gred A+ dalam peperiksaan. Gred lain hanyalah gred
murahan. Gred kelas bawahan! Jika tidak capai
target, Rania tidak dibenarkan sambung pelajaran di
luar negara seperti yang diimpikan.

Disediakan oleh
NUR AINA ATHIRAH BT
JAMALUDDIN
6 Seroja

51

JUDUL CIK AKADEMIK LAWAN SAMSENG MERENG

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2016

PEGARANG AIN MAISARAH DAN RASHIELA NUR AIN

PENERBIT Blink Book

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 111

RUMUSAN Ada pelajar baru masuk kelas tingkatan 4A di Sekolah
Sri Bangsar. Siapa gerangannya? Pelajar baru itu
bukan betul-betul baru, Chiew Kok Yung, dia pelajar
corot yang diserapkan ke kelas cemerlang. Dia
dihukum oleh Cikgu Amnah. Biar berubah perangai,
harapnya mmpu terkena tempias kerajinan rakan-
rakan.

Disediakan oleh
NUR AINA ATHIRAH BT
JAMALUDDIN
6 Seroja

52

JUDUL Gadis Ungu Bertukar

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2013

PEGARANG SITI ANNE

PENERBIT Galeri Ilmu

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 192

RUMUSAN Ayah Raihanah dipindahkan ke sekolah yang terletak
di Kampung Santubong, Kuching, Sarawak. Raihanah
sedih kerana terpaksa berpisah dengan teman-
temannya dan bimbang seandainya dia tidak akan
mempunyai kawan di sekolah baru nanti kerana
sikapnya yang kelelakian. Raihanah mula
menyesuaikan diri di kampung dan berkenalan
dengan Balqis di sekolah. Balqis mempunyai sepupu
yang bernama Azfar. Azfar pula bersahabat dengan
Firdaus dan Ah Seng.

53

JUDUL Geng Besi

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2018

PEGARANG Nita Yusof

PENERBIT Galeri Ilmu

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 128

RUMUSAN Hafsah ialah seorang Pengawas di Sekolah Sri
Aminah. Dia terkenal dengan ketegasan dan sifat
garangnya yang langsung tidak bagi peluang kepada
mana-mana pelajar yang melanggar peraturan
sekolah.
Oleh sebab itu, dia dikenali sebagai Kak Long
Kawasan di sekolahnya.

54

JUDUL Bawang Merah Bawang Putih

BAHASA Bahasa Melayu

TAHUN TERBIT 2009

PEGARANG Rubiah Jusoh

PENERBIT KUALITI BOOKS

JENIS Fiksyen MUKA SURAT 19

RUMUSAN Bawang Merah mempunyai seorang adik tiri
bernama Bawanng Putih. Bawang Putih tidak suka
kepada Bawang Merah dan sentiasa mencari salah.
Setiap hari, Bawang Merah dipaksa untuk melakukan
kerja-kerja rumah sementara Bawang Putih hanya
duduk dan bermain. Apabila dewasa, Bawang Putih
semakin cemburu kepada Bawang Merah. Bawang
Merah membesar menjadi seorang gadis yang cantik.
Ramai pemuda kampung yang terpikat padanya.

55

S Samprizal B Selamat
Panitia Bahasa Melayu

SK Tamn Bersatu

TUGASAN PdPR
BAHASA MELAYU

MEI 2021


Click to View FlipBook Version