The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azlina5328, 2021-11-03 02:07:27

Laporan P2_Nor Azlina_SRGH2_2021

Laporan P2_Nor Azlina_SRGH2_2021

LAPORAN PROGRAM PERANTISAN 2 NPQEL
AMBILAN 1/ 2021

PROGRAM PEMANTAPAN KBAT ABAD Ke- 21 MELALUI AMALAN TERBAIK
PLC ( LESSON STUDY)

NOR AZLINA BINTI ARSHAD
700828015278
SRGH 2

PENSYARAH PENYELIA
ENCIK MAT ZIZI BIN ISMAIL

LAPORAN PROGRAM PERANTISAN 2
DISERAHKAN KEPADA

INSTITUT AMINUDDIN BAKI
SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN KEPERLUAN

PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL
PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL)

i

LAMPIRAN C

PENGHARGAAN

Syukur saya kepada Allah kerana telah mengurniakan saya kekuatan dan buah fikiran untuk
menyiapkan tugasan di bawah “ Program Pemantapan KBAT Abad ke- 21 Melalui Amalan
Terbaik PLC (Lesson Study)” hingga ke penghujungnya.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat guru besar SK (LKTP) Selancar 3 En.
Hairul Anuar bin Md Top kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya dalam pelbagai aspek
terutamanya dalam pengurusan pentadbiran sekolah secara teori dan praktikal. Dalam masa
menjalani program Perantisan 2 ini juga, beliau banyak membantu saya memberi idea dan
membimbing saya untuk menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan pengurusan pentadbiran di
peringkat ketua jabatan, pemimpin pertengahan dalam menghadapi situasi sebenar apabila berada
di sekolah nanti.

Disamping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengurus SRGH2 En
Kamal Ariffin bin Jaih serta pengurus bersama Dr.Rukmani Devi. Tidak ketinggalan kepada
penyelia saya En.Mat Zizi bin Ismail kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan
semasa menjalani program ini sehingga tamat. Beliau banyak memberi dorongan dalam
menyiapkan tugasan terutamanya pandangan yang munasabah dalam menyelesaikan masalah
apabila menghadapi situasi sebenar apabila memegang jawatan sebagai ketua dalam sesebuah
organisasi kelak. Buat suami tercinta Kamaruzzaman bin Sulaiman serta anak-anak, terima kasih
yang teristimewa diucapkan atas dorongan dan semangat yang diberikan. Kepada sahabat
seperjuangan daripada kelas SRGH2 yang banyak membantu dan berkongsi idea kepada penulis.

Akhir sekali tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada semua warga sekolah SK (LKTP)
Selancar 3 kerana telah memberikan kerjasama kepada saya sepanjang menjalani program
Perantisan 2 ini. Sepanjang tempoh 8 minggu ini, saya melihat sikap tanggungjawab dan kerjasama
warga sekolah menggambarkan sikap profesional sebagai penjawat awam khususnya guru amatlah
saya kagumi. Saya berharap peluang kerjasama seperti ini berkekalan sampai bila-bila demi
kecemerlangan bersama.

Sekian, terima kasih.

ii

ABSTRAK

Laporan Program Perantisan 2 yang disediakan ini adalah hasil pemerhatian, temu bual, soal selidik,
analisis rekod dan dokumen yang diperoleh dari Sekolah Kebangsaan (LKTP) Selancar 3,Pahang.
Laporan kajian ini memuatkan pengenalan sekolah yang merangkumi latar belakang sekolah,
maklumat barisan kepimpinan, visi dan misi, data dan statistik sekolah yang berkaitan. Laporan
juga mengandungi harapan, refleksi kepimpinan dari segi amalan kepimpinan, cadangan tambah
baik, halangan dan sokongan, kemahiran pengurusan dan harapan sebagai pemimpin pendidikan.
Huraian berkaitan kepimpinan pendidikan ini adalah berdasarkan tempoh keberadaan di sekolah
ini. Projek yang dipilih ialah iaitu bertajuk “Program Pemantapan KBAT Abad ke-21 Melalui
Amalan Terbaik PLC (Lesson Study)”. Program ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran
guru khususnya guru-guru panitia Bahasa Melayu untuk melaksanakan Pengajaran dan
pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan lebih berkesan. Namun begitu, diselitkan juga program
Jaringan dan Jalinan. Penulis menjemput Encik Ahmad Zairol bin Yusof selaku Ketua Panitia
Bahasa Melayu dari Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah, Kuantan untuk menyampaikan
maklumat berkaitan teknik dan kaedah penyoalan KBAT yang boleh diaplikasikan serta guru-guru
dari Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud, Chemor, Perak untuk turut serta sebagai peserta.. Program
ini bertujuan memberikan pemahaman kepada guru khususnya guru Bahasa Melayu tentang
pelaksanaan teknik penyoalan KBAT dalam PdP. Dengan adanya program ini, guru-guru dapat
meningkatkan pemahaman dan penguasaan dalam melaksanakan PdPR di dalam kelas. Program ini
dijalankan dengan mengadakan LADAP dan PLC kepada guru-guru. Guru-guru telah didedahkan
secara teori dan amali tentang contoh-contoh penyoalan KBAT dan juga Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) yang mengandungi soalan–soalan KBAT. Perkongsian ilmu ini sekurang-kurangnya
memberi pendedahan kepada guru-guru untuk mengaplikasikan semasa melaksanakan PdPR dan
seterusnya dapat berkongsi amalan terbaik dalam kalangan mereka bagi melahirkan modal insan
yang memenuhi aspirasi negara.

iii

SENARAI KANDUNGAN LAMPIRAN D

Perkara Halaman
Pengakuan i
Penghargaan ii
Abstrak iii
Isi Kandungan iv
Bab 1 Pengenalan 1
Bab 2 Projek Intervensi 3
Bab 3 Refleksi 9
Bab 4 Rumusan 11
Rujukan 12
Lampiran
P2-1 hingga P2-8
Borang Senarai Semak

iv

Bab 1 Pengenalan

1.1 Latar belakang Sekolah SK (LKTP) Selancar 3

Alamat sekolah Jadual 1: Profil sekolah
Kod Sekolah : Sekolah Kebangsaan (LKTP) 26700 Muadzam Shah Pahang.
Lokasi : CBA8026
Daerah : Luar bandar
Mukim : Rompin
Gred : Keratong
Sesi persekolahan :A
Bilangan guru : Satu sesi
Enrolmen murid : 18 orang (7 lelaki/ 11 perempuan)
Bilangan kelas : 208 orang
Email sekolah : 8 kelas perdana / 2 prasekolah
No tel : [email protected]
No faks : 09-4381846
: 09-4382152

1.2 Maklumat Mentor ( PGB) dan barisan kepimpinan sekolah

Jadual 2: Maklumat asas pentadbir sekolah.

Jawatan Guru Besar PK1 PK HEM PK Ko
Gambar

Nama Hairul Anuar Saniyatol Isda Muhammad Nor Azlina
bin Md Top binti Ismail Ahwar bin Tey binti Arshad
Kwee Lim
Gred DG 48 DG 42 DG 44 DG 34
Ijazah Ijazah Diploma
Kelulusan Ikhtisas Ijazah
1

1.3 Visi dan Misi sekolah Jadual 3: Visi dan Misi
Visi
Misi

SEKOLAH BERINFORMASI YANG MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN
BERTERASKAN KBAT BAGI MELAHIRKAN YANG BERKUALITI

GENERASI CEMERLANG 2022 UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI
INDIVIDU

BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

1.4 Maklumat pencapaian SK (LKTP) Selancar 3

Jadual 4: Analisa Pencapaian UPSR 2017-2019 Jadual 5: Pencapaian dan target unit HEM.

Jadual 6: Pencapaian Unit Kokurikulum.

SK Selancar 3 merupakan sebuah sekolah yang sentiasa mementingkan pencapaian terbaik
dalam setiap bidang dengan bantuan dan sokongan daripada guru-guru yang hebat. Oleh itu, dalam
menuju era kecemerlangan, menggembeling tenaga dan usaha perlu diteruskan kerana ia
merupakan faktor utama penentu kejayaan sesebuah sekolah.

2

Bab 2 Projek Intervensi “Program Pemantapan KBAT Abad ke- 21 Melalui
Amalan Terbaik PLC ( Lesson Study)”

2.1 Cadangan penambahbaikan isu strategik

Proses globalisasi telah mencetuskan satu fenomena yang membawa dunia dan kehidupan manusia
terdedah kepada persaingan yang kuat. Fenomena tersebut telah menyebabkan tercetusnya senario
baharu di mana industri harus terus menerapkan amalan prinsip pengurusan yang terbaik, strategi
dan teknologi untuk kekal bersaing dalam dunia global. Pengurusan kualiti telah menjadi semakin
signifikan dan amat penting dalam pengurusan sesebuah organisasi sama ada yang berasaskan
produk mahupun perkhidmatan di samping memberi fokus yang lebih kepada proses pengurusan
kualiti. Justeru organisasi yang berjaya tidak akan menjadikan pengurusan kualiti sebagai kaedah
baharu dalam mengembangkan produk dan perkhidmatan.

Usaha peningkatan kualiti dan keperluan untuk meningkatkan kualiti dalam perkhidmatan
telah menjadi semakin lazim dalam semua bidang masyarakat termasuk bidang pendidikan. Secara
tradisionalnya pendidikan tentang kualiti diterapkan dalam kalangan warga pendidik bermula dari
peringkat siswazah hinggalah ke peringkat pasca siswazah. Walau bagaimanapun, fokus latihan
kualiti dalam organisasi pendidikan lebih tertumpu kepada kelompok kumpulan profesional
tertentu sahaja. Sebaliknya, hasrat bagi memartabatkan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti
bukan slogan kosong yang sering dilaungkan, tetapi perlulah menjadi budaya kerja yang berterusan
dan melibatkan setiap lapisan warga organisasi. Justeru pengurusan kualiti dan pelaksanaan
program penambahbaikan kualiti dalam organisasi pendidikan perlu diperkukuhkan bagi
meningkatkan kualiti pendidikan ke tahap yang tinggi supaya dapat kekal bersaing dalam era
globalisasi dan memenuhi tuntutan pendidikan abad ke-21 yang menjadi semakin popular dan
berkembang pesat.

Sehubungan dengan itu, saya melihat betapa pentingnya bagi guru-guru untuk sentiasa
menambah baik dan melengkapkan diri dengan sikap (attitude), kemahiran (skills) dan
pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian serta bertepatan dengan Dasar Latihan Sumber
Manusia Sektor Awam secara terancang yang berteraskan pembangunan kompetensi dan
pembelajaran berterusan. Guru-guru SK (LKTP) Selancar 3 adalah guru terlatih yang menerima

3

latihan secara formal dan telah lama berkhidmat serta mempunyai pengalaman yang sangat
berharga. Namun begitu, oleh kerana terlalu lama berada di tempat yang sama dalam zon yang
selesa menjadikan sikap, kemahiran dan pengetahuan mereka tidak diaplikasikan secara
maksimum.

2.2 Huraian Projek Intervensi

Alhamdulillah, sepanjang saya menjalani program perantisan 2 selama 8 minggu ini saya cuba
menonjolkan gaya kepimpinan demokratik yang saya fikirkan sesuai dengan persekitaran sekolah
ini dimana 70% guru adalah guru yang berada dalam zon selesa yang mana 45% daripada mereka
adalah guru siswazah dengan gred DG44. Bukan mudah untuk mengurus guru-guru yang telah
lama berada dalam bidang perkhidmatan perguruan agar mereka akur dengan segala arahan yang
kita keluarkan dan memastikan mereka turut serta dalam apa-apa program yang sekolah anjurkan.
Apapun situasi yang saya perlu hadapi, saya tetap memerlukan mereka demi untuk memastikan
sekolah ini mencapai matlamat dengan menepati visi dan misi yang telah dipersetujui bersama.

Program perantisan 2 kali ini di laksanakan di sekolah asal peserta NPQEL masing-masing
kerana situasi semasa dalam negara khasnya yang sedang berusaha untuk memutuskan rantaian
covid-19 untuk terus merebak. Namun begitu saya tetap perlu menunjukkan sikap hormat saya
terutama kepada tunggak utama sekolah guru besar dan barisan pentadbir yang lain. Secara tidak
langsung saya amat mengenali dengan siapa saya sedang berhadapan dan siapa guru-guru saya dan
bagaimana sikap mereka yang sebenarnya. Saya sayang guru-guru saya dan saya melihat sikap
dan karenah yang mereka tonjolkan adalah suatu kelebihan yang perlu saya olah untuk
membuatkan mereka bekerja bersama saya demi kecemerlangan sekolah. Mereka adalah guru-
guru terlatih yang mendapat latihan secara intensif dan formal sebagai pegawai perkhidmatan
pendidikan yang dimanahkan untuk mendidik generasi pelapis dalam negara.

Walaupun program perantisan 2 kali ini berjalan di sekolah asal peserta NPQEL sendiri,
namun setiap program yang hendak saya laksanakan perlu mendapat izin dan perbincangan
terutama daripada barisan pentadbir sekolah. Setelah mendapat kebenaran daripada tunggak utama
sekolah SK (LKTP) Selancar 3, baharulah saya akan berbincang dalam kalangan barisan guru

4

penolong kanan berkenaan analisis SWOT yang telah saya buat dan menjelaskan kepentingan serta
keperluan program yang perlu diberi keutamaan dalam waktu terdekat dan singkat tetapi masih
boleh memberikan impak jangka panjang. Saya tidak boleh membuat keputusan secara terburu-
buru dan bertindak sendiri dalam menentukan dan pelaksanaan program. Saya juga memberi
peluang kepada SLT, MLT dan guru-guru untuk memberi cadangan dan sumbangsaran agar mereka
lebih faham dan timbul rasa kebersamaan serta bertanggungjawab untuk bersama-sama membina
kecemerlangan ke arah mencapai matlamat sekolah.

2.2.1 Analisis Persekitaran

Program yang akan saya laksanakan adalah program pembugaran PLC dengan tajuk “Pemantapan
KBAT Abad ke- 21 Melalui Amalan Terbaik PLC (Lesson Study)” merupakan salah satu program
intervensi yang perlu ditambah baik oleh pihak sekolah untuk melihat kualiti guru dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih efisen. Merujuk kepada analisis
persekitaran sekolah berdasarkan kepada kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran, beberapa
inisiatif telah dirancang untuk mengemaskini dan menambah baik beberapa kekurangan dari aspek
pengajaran dan pembelajaran guru supaya dapat mencapai objektif utama sekolah melalui
perancangan strategik yang telah dibina. Program ini secara langsungnya adalah berkenaan dengan
pembugaran PLC secara berfasa. Program ini dilaksanakan bersama-sama dengan sekolah jaringan
iaitu SK Hj Mahmud, Chemor, Perak.

2.2.2 Kekuatan / kelemahan / sokongan / cabaran

i) Kekuatan

Program intervensi “Pemantapan KBAT Abad ke- 21 Melalui Amalan Terbaik PLC (Lesson
Study)” akan berjalan secara berfasa. Program ini berjalan secara berfasa kerana kekangan situasi
semasa yang melanda negara menjadikan pergerakan semasa guru-guru dan kakitangan terbatas.
Namun begitu, satu perkara yang menjadi kekuatan dalam program ini adalah saya tidak perlu
untuk menjemput guru luar sepenuhnya bagi memberi ceramah dan taklimat kerana guru besar
sekolah saya mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang PLC. Tetapi beliau telah memberi

5

cadangan untuk mendapatkan seorang fasilitator dibawah bimbingannya bagi berkongsi segala
ilmu dan kepakaran yang dimiliki. Pelaksanaan program LADAP PLC tersebut dilaksanakan
dengan jayanya. Disamping itu juga fasiliti dan kemudahan yang sekolah miliki iaitu mempunyai
makmal komputer yang selesa dan peralatan asas seperti komputer dan rangkaian internet yang
baik membantu memudahkan lagi pelaksanaan program. Masa program ini akan berjalan pada
waktu petang selama 2 jam dengan tidak menganggu masa pdpc.

ii) Kelemahan

Program intervensi ini dicetus dan dilaksanakan dengan tujuan untuk memperbaiki sifat jati diri
guru-guru lama khususnya di samping untuk meningkatkan kompetensi guru-guru dalam bidang
PLC. Dengan adanya kemahiran PLC, banyak perkara yang dapat dilakukan dalam membantu
pdpc guru dan menarik minat murid. Program intervensi ini berjalan dalam keadaan sekolah dan
guru-guru sibuk mengurus murid dengan pematuhan SOP PKPP. Dalam masa yang sama juga
guru-guru terpaksa melaksanakan tugas harian seperti biasa. Masa terluang bagi setiap orang guru
adalah sangat penting dan begitu berharga. Pihak pengurusan dan pentadbir sekolah perlu
memahami dan mengambil langkah bijak untuk memenangi psikologi dan isi hati semua guru
untuk melaksanakan sesuatu program apatah lagi terpaksa menggunakan waktu selepas pdpc pada
sebelah petang.

iii) Sokongan

Setelah berbincang dengan guru besar dan barisan pentadbir sekolah, kami bersetuju untuk
menjadikan program ini sebagai program utama sekolah. Dengan kerjasama dan persetujuan guru
besar, saya telah menghubungi beberapa syarikat perniagaan untuk mendapatkan sumbangan bagi
membantu sekolah dari segi pelaksanaan program. Pihak syarikat perniagaan E-Qhasya Trading
telah bersetuju untuk membantu dan menyokong inisiatif sekolah demi kebaikan bersama. Saya
telah membuat satu janji temu dengan syarikat terbabit untuk menyerahkan dokumen yang
berkaitan. Melalui program ini juga, saya turut melibatkan Pegawai dari PPD Daerah Rompin
turut serta bersama-sama kami menjayakan program kerana ini merupakan satu usaha yang
bersungguh-sungguh dirancang untuk kepentingan sekolah.

6

iv) Cabaran
Selain itu, antara cabaran yang perlu kami tempuhi iaitu persekitaran yang jauh daripada bandar
di mana kesukaran untuk mendapatkan kemudahan alat bahan seperti jika berlaku kerosakan
komputer dan lain-lain akan mengambil tempoh masa yang lama untuk siap dibaiki semasa
membuat perantisan 2 ini. Kemudahan capaian internet yang kurang baik di kawasan sekolah
juga turut menyumbang kepada cabaran utama dalam menyiapkan projek perantisan 2 ini.
Pengalaman ini sangat berharga dan oleh kerana itu, program PLC ini dilaksanakan dalam
peringkat sekolah sahaja. Program ini tidak melibatkan sekolah luar kerana kekangan perkara yang
di atas.

2.2.3 Projek Intervensi

Program intervensi bertajuk “ Pemantapan KBAT Abad ke-21 Melalui Amalan Terbaik PLC
(Lesson Study)” adalah program pembugaran berkaitan rancangan pengajaran guru mengenai
teknik penyoalan KBAT secara berfasa yang melibatkan semua guru penolong agar dapat
menguasai kemahiran PLC dengan baik. Fasa pertama program adalah pada 24 September 2021
melibatkan semua guru dan pentadbir yang memberi fokus kepada penggunaan RPH. Manakala
untuk fasa ke dua program intervensi adalah memberi fokus kepada kaedah dan teknik penyoalan
KBAT guru melalui penghasilan eRPH. Menggunakan kepakaran Guru Besar yang telah lama
berkecimpung dalam bidang PLC semasa menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran
dengan memberikan sepenuh kepercayaan kepada guru bimbingannya untuk menyampaikan sesi
perkongsian ilmu kepada warga SKS3.

2.2.4 Akiviti Sisipan

i) Jalinan Pintar Koporat ( JPK) – Rujuk lampiran
ii) Protokol & Etiket ( P&E) – Rujuk lampiran
iii) Bicara Kepimpinan Melalui Buku (BKMB) – Rujuk lampiran

2.3 Pengetahuan dan kemahiran pengurusan yang diaplikasikan bagi memimpin
intervensi ke arah mencapai matlamat bersama

Kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi tingkah laku seseorang untuk menggalakkan
mereka bekerja ke arah pencapaian matlamat program yang telah ditetapkan. Selaku pemimpin

7

dan pengurus program intervensi kali ini, penglibatan dalam setiap peringkat tugas adalah amat
penting bagi memastikan perlaksanaan semua perkara mengikut hala tuju yang telah dibincangkan.

Pendekatan pertama yang telah dititikberatkan dalam memimpin intervensi adalah
mengamalkan komunikasi berkesan. Komunikasi yang berkesan mempunyai empat ciri iaitu
kefahaman, keseronokan, menjaga kepercayaan sasaran dan adanya tindakan susulan. Melalui
komunikasi yang berkesan pemimpin dapat menggerakkan dan menyelaras aktiviti semua fungsi
yang wujud dalam organisasi. Dengan adanya saluran komunikasi dalam organisasi, setiap
individu atau kelompok bukan sahaja dapat berinteraksi, memahami dan bertukar-tukar maklumat
antara satu sama lain, tetapi juga dapat mewujudkan kerjasama yang berterusan. Oleh itu,
kecekapan perjalanan sesebuah organisasi amat berkait rapat dengan sejauh mana baiknya saluran
komunikasi dapat disediakan dan dilaksanakan. Tidak dapat dinafikan juga bahawa halangan dan
rintangan yang mengakibatkan proses komunikasi yang berlaku tidak dapat dijalankan seperti
biasa. Apabila berlakunya PKP dalam pandemik COVID-19 komunikasi yang lazimnya secara
bersemuka telah berubah kepada komunikasi secara dalam talian. Secara tidak langsung
menguasai kemahiran ICT adalah suatu perkara yang sangat penting dan telah membawa impak
kepada meningkatnya kompetensi penggunaan komunikasi terkini (Google Meet) secara
mendadak dalam kalangan warga organisasi.

Dalam menyiapkan program intervensi, saya banyak menggunakan kaedah google meet
untuk berhubung dan berkongsi maklumat dengan guru-guru di sekolah perantisan 2. Oleh itu, satu
program telah dirancang untuk memastikan semua warga organisasi menguasai kemahiran ICT
perlu seiring dengan peningkatan penggunaan komunikasi terkini. Program ini memberi suntikan
semangat kepada semua guru untuk menambah ilmu pengetahuan mereka dalam perkongsian
bahan ICT serta teknik dan kaedah dalam KBAT Abad ke-21 untuk mencapai objektif
pembelajaran yang optimum. PLC merupakan perkara yang baharu bagi semua guru dan mereka
boleh mengaplikasikannya dalam membina rancangan pengajaran harian ( RPH) yang lebih efisen
dan menepati kehendak seperti penulisan KBAT dan kemahiran menggunakan teknik penyoalan
yang betul kepada murid sangat digalakkan.

8

Bab 3 Refleksi

3.1 Dapatan amalan kepimpinan di sekolah Perantisan 2

3.1.1 Projek Intervensi

Program intervensi bertajuk “ Pemantapan KBAT Abad ke-21 Melalui Amalan Terbaik PLC
(Lesson Study)” adalah program pembugaran berkaitan rancangan pengajaran guru mengenai
teknik penyoalan KBAT secara berfasa yang melibatkan semua guru penolong agar dapat
menguasai kemahiran PLC dengan baik. Fasa pertama program adalah pada 24 September 2021
melibatkan semua guru dan pentadbir yang memberi fokus kepada penggunaan RPH. Manakala
untuk fasa ke dua program intervensi adalah memberi fokus kepada kaedah dan teknik penyoalan
KBAT guru melalui penghasilan eRPH. Menggunakan kepakaran Guru Besar yang telah lama
berkecimpung dalam bidang PLC semasa menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran
dengan memberikan sepenuh kepercayaan kepada guru bimbingannya untuk menyampaikan sesi
perkongsian ilmu kepada warga SKS3.

3.1.2 Kepimpinan

Dalam tulisan “Leadership Dynamic”, Hollander (1978) mendefinisikan kepimpinan sebagai satu
proses pengaruh mempengaruhi antara satu sama lain di antara pemimpin dan pengikut. Meskipun
pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pujukan dari
paksaan. Proses kepimpinan selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan
tujuan utama ialah untuk mencapai matlamat bersama. Encik Hairul Anuar bin Md Top adalah
tunggak utama sekolah SK LKTP Selancar 3.

Kepimpinan distributif didefinisikan oleh Spillane (2005) sebagai hasil daripada interaksi
antara pemimpin, pengikut dan juga situasi yang sedang dihadapi. Harris, Brown dan Abbort
(2006) menyatakan bahawa kepimpinan distributif dari segi praktikalnya bermaksud peralihan dari
model kepimpinan berhierarki organisasi ‘atas ke bawah’ kepada satu model kepimpinan yang
menekankan kepada kepimpinan bersama dan dikongsi oleh ahli organisasinya.

9

Encik Hairul Anuar bin Md Top adalah seorang pemimpin yang sentiasa mengamalkan
tanggungjawab kepimpinan secara kolektif berbanding pendekatan tradisional yang memberi
fokus kepada kepimpinan atas ke bawah (top-down leadership). Pendekatan dari bawah ke atas
(bottom-up) menjadi amalan beliau dengan berasaskan kepada perkongsian dalam tindakan dan
interaksi dalam kalangan guru-guru secara sihat. Amalan seperti ini lebih dikenali dengan
kepimpinan teragih. Beliau menggunakan pendekatan dengan melihat tugas utama seorang
pemimpin itu adalah mengenai usaha mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan guru-guru
dalam organisasi, mewujudkan penerimaan terhadap budaya dalam organisasi, berpegang kepada
kepelbagaian dalam organisasi secara bersama dalam satu hubungan yang lebih produktif antara
satu sama lain, serta memastikan setiap warga sekolah bertanggungjawab terhadap sumbangan
yang mereka berikan agar dapat menghasilkan kualiti kerja yang kolektif.

Antara kelebihan yang ada pada Encik Hairul Anuar bin Md Top sebagai pemimpin di
sekolah adalah, beliau memiliki nada suara yang lembut tetapi tegas dan setiap arahannya adalah
jelas. Menggunakan kelebihan yang ada beliau mempraktikkan dan menggabungkan dengan
kemahiran komunikasi untuk berhubung dan menyampaikan maklumat serta sentiasa memastikan
maklumat yang disampaikan dapat diterima dengan baik. Pembawaan diri yang baik semasa
berkomunikasi membantu mewujudkan komunikasi dua hala, maklum balas yang baik dan dapat
mengelakkan konflik serta mewujudkan persefahaman antara warga sekolah. Pola amalan
komunikasi yang ditonjolkan ini memberi impak positif kepada guru-guru dan warga sekolah
kerana guru-guru dan warga sekolah tidak merasa wujudnya tekanan dari pihak atasan kepimpinan
yang mengeluarkan arahan. Beliau sentiasa memberikan perhatian terhadap kebajikan warga
sekolah dengan mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif. Sentiasa berusaha seupaya
mungkin untuk memastikan warga sekolah mendapat kemudahan infrastruktur yang baik
khususnya sewaktu proses pdpc yang melibatkan murid. Beliau seringkali memberikan
penghargaan kepada guru-guru dan warga sekolah di atas apa jua kejayaan yang telah diperolehi
tanpa mengira peringkat yang telah mereka ceburi. Sentiasa menganggap kejayaan sekolah hasil
dari kerjasama semua pihak dan kejayaan mesti dirai secara bersama-sama. Beliau sentiasa
mengingatkan guru-guru dan warga sekolah bahawa kegagalan bukan penghalang untuk terus
gagal tetapi kegagalan adalah satu kelebihan dan langkah pertama untuk mengecapi kejayaan dan
orang yang belajar dari kegagalan adalah orang yang sebenar-benarnya berjaya.

10

Bab 4 Rumusan

4.1 Impak peserta daripada program Perantisan 2

Melalui perantisan 2 ini, saya dapat mempelajari bagaimana untuk menjalinkan hubungan
dengan agensi luar yang lebih efisen di mana peluang yang ada haruslah digunakan dengan
sebaiknya. Selain daripada itu saya menyedari perubahan sukar dilakukan oleh seorang pemimpin
tanpa pelibatan anggota yang lain, Guru Besar sekolah perantisan 2 ini sentiasa bekerjasama
dengan ibu bapa terutamanya Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti ( PIBK ). Menurut Rosidah (2001
) menyatakan bahawa kepimpinan secara amnya adalah semata-mata bermakna pengaruh, satu seni
atau satu proses mempengaruhi orang lain supaya mereka dapat berusaha secara sukarela ke arah
pencapaian matlamat bersama Akhir sekali aktiviti perantisan 2, telah banyak mengajar saya
bagaimana untuk menjadi pemimpin yang berkesan dan sentiasa dihormati oleh guru dan
kakitangan.

i) Impak kepada guru

Melalui program ini, semua guru berpeluang untuk menambah ilmu pengetahuan dalam bidang
ICT dan kemahiran Abad ke-21 dengan mengaplikasikan teknik penyoalan KBAT dalam membina
rancangan pengajaran harian (RPH). Sesi perkongsian ini memberikan pendedahan dan teknik
yang betul untuk mereka melaksanakan PLC pada masa akan datang. Program PLC (Lesson Study)
juga memberi peluang kepada guru untuk menyampaikan maklumat dan perkongsian bahan dalam
kalangan panitia untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka.

ii) Impak kepada murid

Tidak dinafikan murid berhak untuk mendapat pendidikan yang seimbang dari aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Sehubungan dengan itu, melalui program yang telah dilaksanakan ini
akan membantu guru untuk menyampaikan teknik pengajaranyang lebih berkesan dan diminati
oleh murid. Pelibatan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdPc) secara
bersemuka mahu pun secara dalam talian memberi impak positif akan perkembangan pengajaran
guru yang lebih kreatif dan kritis. Murid akan rasa seronok untuk hadir dan memberikan maklum
balas yang positif dan segera bertindak dalam apa juga tugasan yang diberikan oleh guru mereka.
Hasilnya adalah untuk kemenjadian murid yang secara holistik bagi memenuhi aspirasi negara.

11

RUJUKAN
Ab. Aziz Yusof. (2014). Pengurusan sumber manusia: Teori dan pelaksanaan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abd. Razak Wahid. (2000). Ciri-ciri pengetua yang unggul bagi menangani masalah-

masalah yang terdapat di sekolah menengah di Malaysia.
Farah Mohamad Zain, Yahya Don dan Yaakob Daud (2020). Kepimpinan Dan

Pengurusan Sekolah Abad ke-21.Jitra: UUM Press (Universiti Utara Malaysia Press)
Maszuria A. Ghani. (2014). Guru Dan Cabaran Semasa. Kuala Lumpur: Freemind

Horizons.
Mohd Hasril Amiruddin dan Alias Masek. (2014). Inovasi dalam teknologi pendidikan: Isu

dan cabaran. Batu Pahat: UTHM.
Roshan Thiran. (2015). Kembara kepimpinan. Petaling Jaya: MPH Group Publications.
Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon. (2015). Guru dan cabaran semasa.

Petaling Jaya: SASBADI.

12

BORANG ANALISIS

Nama Peserta: NOR AZLINA BINTI ARSHAD No. KP: 700

Nama Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) SELANCAR 3

ARAHAN: Borang analisis persekitaran ini mesti dilengkapkan ole

ELEMEN KEKUATAN KELEMAHAN

Kepimpinan Berkesan S1 - Guru Besar jelas W1-Guru besar ba
dalam menetapkan pertama kali
(Rujuk SKKSM: hala tuju sekolah dan memegang jawata
Pengurusan Organisasi sentiasa mengambil sebagai Guru Bes
Pengurusan Kurikulum berat terhadap
Pengurusan HEM kemajuan sekolah. W2-Guru Besar ku
Pengurusan Kokurikulum (Melalui pemerhatian mengupaya pemim
Pengurusan Kewangan dalam mesyuarat) pertengahan pera
dan bidang tugas
S2 - Guru besar masing-masing.
berkelulusan NPQEL
(Sijil NPQEL 2019) W3-Barisan penol
kanan kurang mah
S3- 90% Guru dalam pengurusan
mempunyai budaya strategik dan
kerja yang cemerlang membangun kapa
dan sangat
berdedikasi W4-Rekod dan jad
pemantauan pdpc
S4-Pengurusan kurang mantap.
kewangan tanpa
teguran dan laporan
audit Baik.

P2-1

S PERSEKITARAN

0828015278

eh peserta berasaskan data dan maklumat

N PELUANG ANCAMAN ISU

aru 1. O1-Pensyarah IPG boleh T1- Hubungan antara Guru Besar
dijemput untuk membantu ibu bapa dengan pihak kurang
an kepimpinan dan sekolah kurang mengupaya
sar pengurusan sekolah kejelekitan. pemimpin
terutama pertengahan
urang perancangan strategik T2-Segelintir ibu bapa peranan dan
mpin tidak beri kerjasama bidang tugas
anan O2-SISC+ sangat dalam program sekolah masing-masing
mengambil berat dan
long sedia membantu demi T3-PPD menghadapi
hir kecemerlangan sekolah. kekangan dalam
n pengurusan sumber
O3-Sumber kewangan manusia guru opsyen.
asiti boleh diperolehi daripada
syarikat-syarikat swasta T4- Pembekal peralatan
dual dan penyumbang di yang terhad kerana
c sekitarnya. jarak yang jauh.

04-Sekolah bersedia
mengadakan jalinan
dengan Universiti
Malaysia Pahang (UMP)
bagi menggunakan fasiliti
yang baik dan lengkap.

ELEMEN KEKUATAN KELEMAHAN

S5-Sentiasa
menggunakan
SKPMG2 dalam
menjalankan
pemantauan dan
penilaian serta
penambahbaikkan
pengurusan sekolah

S6-Program
pembangunan
akademik sekolah
ditakwimkan dengan
terancang.

S7-Guru besar
bergerak seiring
dengan barisan
Penolong Kanan yang
komited dan
berpengalaman dalam
bidang masing-masing

S8-Guru besar
bersama-sama Middle
Leader memimpin
pengurusan organisasi
dengan cekap

10. Guru besar
sentiasa bersama guru
dalam memastikan
keberkesanan program
atau aktiviti yang
dijalankan.

Persekitaran Pengajaran dan S1- Kemudahan asas W1-Infrastruktur d
Pembelajaran Bermakna dan bilik mencukupi peralatan sekolah
dan kondusif. yang lama dan us

N PELUANG ANCAMAN ISU

05-Lokasi sekolah hampir
dengan penempatan
murid.

06-Jalinan Pintar Korporat
antara kontraktor
tempatan dan pengurusan
Felda.

dan O1-Sumbangan dan T1-Kurang pelibatan Kualiti guru
h kerjasama yang komited
sang. dari agensi luar contoh daripada ibubapa dalam belum

program sekolah mencapai

ELEMEN KEKUATAN KELEMAHAN

(Rujuk SKKSM: S2-Hubungan guru W2-Sistem kawala
Pengurusan Kurikulum dan staf sangat akrab keselamatan (kelu
Pengurusan HEM serta komited kepada masuk sekolah)
Pengurusan Kokurikulum tugas. kurang cekap.
PengurusanFizikal)

S3- Pusat Sumber W3-Keceriaan sek
sekolah lengkap dan di tahap rendah
mempunyai buku yang
mencukupi W4-Guru Kelas ku
menitikberatkan B
S4-Susunan meja dan Pak21 dan keceria
kerusi kelas mengikut kelas
PDPC abad ke 21
(PAK21) W5-10% murid
mempunyai berat
S5-Makmal komputer badan berlebihan
mempunyai perlatan (obesiti)
yang baharu dan
mencukupi W6-Keceriaan sek
masih di tahap ren
S6-Mempunyai
capaian internet yang
baik.

N PELUANG ANCAMAN ISU

PIBG, Bank Rakyat dan T2-Terdapat persaingan standard yang
an syarikat swasta terhadap dari sekolah ditetapkan iaitu
uar program sekolah berhampiran untuk 100% guru
mendapatkan memperolehi
kolah O2-Ibu bapa mempunyai kerjasama dari agensi Tahap
kemahiran bertukang dan luar cemerlang
sebagainya Standard 4)
T3-Tahap kesedaran Pencerapan
O3-Hubungan baik ibu bapa terhadap 2020
dengan sekolah-sekolah persekitaran sekolah
urang berhampiran dalam dan yang kondusif masih
BBM luar daerah. rendah
aan

O4-65% ibu bapa yang T4-Pengaruh teknologi
mementingkan pelajaran terkini seperti siber café
anal-anak mereka. dan gajet-gajet
menyebabkan pelajar
kolah 05-99% murid tinggal kurang tumpuan pada
ndah. berhampiran sekolah dan ulangkaji
membantu meningkatkan
kehadiran.

06-Rakan PPD yang T5-Lokasi sekolah
tinggal berdekatan menajdi tumpuan
dengan sekolah. komuniti untuk aktiviti
kemasyarakatan dan
social.

T6-Bebanan tugas
pengkeranian yang
semakin bertambah.

T6-50% program
peningkatan
kecemerlangan
melibatkan kemahiran
guru dan kemenjadian
murid memerlukan
sumber dan dana.

ELEMEN KEKUATAN KELEMAHAN

Guru Berkualiti: S1-45% guru W1-5% guru novis
mempunyai lebih 8 dengan penglama
(Rujuk SKKSM: tahun pengetahuan terhad
Pengurusan Sumber Manusia dan pengalaman
Pengurusan Kurikulum dalam dunia W2-Sukar
Pengurusan HEM pendidikan melaksanakan ak
Pengurusan Kokurikulum) PAK21 terhadap m
S2-38% guru novis lemah.
bermotivasi tinggi dan
mahir ICT. W3-Mempunyai 5
guru yang belum
S3-14 daripada 14 menguasai teknik
orang guru mencapai menjawab soalan
markah 85% ke atas KBAT dalam pdp.
dalam Standard 4
SKPMG2 W4-Kekurangan 1
guru opsyen
S4-Guru kerap Matematik.
membincangkan isu-
isu pengajaran secara W5-Atitude 5% gu
bersama terutama sesi novis terpengaruh
perbincangan dalam dengan guru lama
mesyuarat panitia dan
sesi PLC Lesson W6-50% guru kur
Study (1 bulan sekali) mengamalkan PA
dalam pdp
S5-Semua guru terlibat
secara aktif dalam
perlaksanaan aktiviti
Kokurikulum.

S6-Guru dicerap
secara formal 2 kali
setahun dan secara
berkala.

S6-4 orang guru
pemeriksa kertas
UPSR.

N PELUANG ANCAMAN ISU

s O1-Terdapat sekolah T1- Kedudukan sekolah Tahap
an berhampiran yang yang jauh dari PPD penguasaan
mempunyai guru PAK 21 guru
ktiviti berkemahiran dalam T2-Ramai guru yang dalam teknik
murid PAK21 dan PBD bukan berasal dari penyoalan
penduduk setempat. KBAT masih
58% O2-Bimbingan daripada rendah
k Rakan Elit (PPD danUMP) T3-Taklimat dan kursus
n secara online dalam
. O4-Rakan PPD yang keadaan capaian
1 komited untuk internet yang tidak
bekerjasama dengan menentu.
pihak sekolah.
T4-JPN/PPD lambat
4. Jalinan dan jaringan menyediakan guru baru
dengan guru pakar bagi menggantikan guru
sekolah berdekatan. yang berpindah.

5.PIBG yang komited dan
uru bekerjasama dengan
h sekolah
a

rang
AK21

ELEMEN KEKUATAN KELEMAHAN

S7-99% guru memiliki
ijazah pendidikan.

S8-Guru besar dan
penolong kanan
mempunyai
pengalaman lebih 20
tahun dalam bidang
pendidikan.

Sokongan PIBG dan Komuniti: S1-Hubungan erat S1-Aduan
antara sekolah dan permasalahan ata
(Rujuk SKKSM: PIBG/PIBK/SDK tidak melalui salur
Pengurusan Hubungan Luar yang betul.
Pengurusan Kurikulum S2-Sokongan yang jitu
Pengurusan HEM dari kewangan PIBG S2-Saluran maklu
Pengurusan Kokurikulum) daripada sekolah
S3-Hubungan baik kepada PIBG lam
dengan pihak PPD , dan kurang tepat.
JPN dan NGO serta
swasta.

S4-Program bimbingan
dan kaunseling
melakukan ziarah
cakna ke rumah murid-
murid.

S5-Ibu bapa selalu
menghantar murid
awal ke sekolah.

S6-Mengadakan hari
sukan sekolah setiap
tahun.

N PELUANG ANCAMAN ISU

au isu O1-Jalinan kerjasama T1-36% tahap sosio Komitmen ibu
ran yang baik dengan pihak ekonomi ibu bapa bapa terhadap
luar. (SK Selancar 1, SK sederhana memberi program
umat Selancar 2,FELDA, FGV impak pada kutipan sekolah masih
Selancar 8,Sek Agama sumbangan PIBG. rendah
mbat Rakyat, Kilang Sawit 2A &
. 2B,Bank Rakyat) T2-Terdapat segelintir
ibubapa kurang prihatin.
O2-Mempunyai rangkaian
akses jalur lebar. T3- Ibu bapa hanya
mengharapkan guru-
O3- Mempunyai dewan guru bagi kejayaan dan
sekolah pelbagai guna pembentukkan sahsiah
yang dapat dimanfaatkan. murid.

O4-Sumbangan T4-25% ibu bapa
kewangan daripada penjaga tidak terlibat
pembekal kedai buku dan dalam aktiviti PIBG
syarikat persendirian kerana keluar bekerja.
tempatan.

Berasaskan isu yang dinyatakan, pilih satu (1) isu yang paling kritikal untu

Isu: TAHAP PENGUASAAN PAK 21 GURU DALAM TEKNIK
Justifikasi: Pendidikan amat penting bagi setiap individu dan meru
masyarakat Malaysia,kriteria bagi mutu pendidikan ialah pendidikan
Selain itu pendidikan juga mampu melahirkan masyarakat yang perc
yang seimbang, bertanggungjawab dan bermotivasi. Justeru, Ke
akademik merupakan elemen penting dan amat dititikberatkan oleh
pendidikan.

Kejayaan dan kegagalan murid dalam akademik bukanlah
sahaja tetapi berkaitan juga dengan proses pengajaran dan pembela
kemerosotan dan permasalahan dalam mencapai prestasi yang terba
motivasi dan kemahiran menyelesaikan masalah juga turut merupak

Golongan pendidik merupakan individu yang berperanan pen
Murid yang berkualiti terhasil menerusi proses pdp yang berkesan. S
guru yang baik seperti menguasai kandungan subjek yang diajar,
komunikaasi yang berkesan dan baik dengan murid serta mempuny
unsur kecindan dan berkeyakinan.

uk tindakan seterusnya. Nyatakan justifikasi pilihan anda.

K PENYOALAN KBAT MASIH RENDAH
upakan tunjang kepada pengetahuan atau ilmu seseorang itu. Bagi
n yang seimbang dari aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek.
caya kepada Tuhan, bersatu padu, berketerampilan, memiliki sahsiah
ementerian Pendidikan Malaysia (2011) menyatakan,pencapaian
masyarakat dalam konteks kehidupan hari ini yang berorientasikan

h bergantung semata-mata kepada faktor pengajaran di bilik darjah
ajaran itu sendiri. Pelbagai faktor telah dikenal pasti menja di punca
aik dan cemerlang dalam akademik. Pencapaian awal murid, minat,
kan faktor penyumbang kepada masalah yang berlaku.

nting bagi menghasilkan murid yang cemerlang dan berkualiti tinggi.
Seseorang guru mestilah memiliki elemen kompetensi untuk menjadi

berpengetahuan dalam pelbagai pedagogi, mempunyai kemahiran
yai sikap dan personaliti yang positif serta bermotivasi, mempunyai





Merujuk elemen bidang keberhasilan intervensi, nyatakan: GURU B

Isu : TAHAP PENGUASAAN PAK 21 GURU MELALUI
Matlamat: MEMANTAPKAN TAHAP PENGUASAAN PAK 21

SWOT / MAT

Dalaman S1-90% Guru mempunyai bu
cemerlang dan sangat ber

S2-45% guru mempunyai leb
pengetahuan dan pengala
pendidikan

S3-Guru kerap membincangk
pengajaran secara bersam
perbincangan dalam mesy
sesi PLC Lesson Study (1

S4-38% guru novis bermotiv

mahir ICT.

Luaran S5-99% guru memiliki ijazah

PELUANG (O) (S1+S2) + O3
O1- Jalinan bersama sekolah TS25. Strategi 1: Memantapkan pe
O2- Rangkaian telekomunikasi yang dalam pdp PAK 21 dengan b
baik.
O3- Bimbingan dari guru cemerlang S4+(O1+O2)
sekolah berhampiran Strategi 3 : Meningkatkan ke
O4-Jaringan bersama Politeknik guru novis dengan kerjasama
Muadzam Shah yang berhampiran.

P2-2

BERKUALITI

TEKNIK PENYOALAN KBAT MASIH RENDAH
1 GURU MELALUI TEKNIK PENYOALAN KBAT
TRIKS TOWS

udaya kerja yang KELEMAHAN (W)
rdedikasi
bih 8 tahun W1-Pemimpin pertengahan belum menguasai
aman dalam dunia peranan dan bidang tugas masing-masing.
W2-Guru kurang berminat untuk
kan isu-isu
ma terutama sesi meningkatkan kemahiran diri
yuarat panitia dan W3-Mempunyai 58% guru yang belum
1 bulan sekali) menguasai teknik penyoalan KBAT dalam
vasi tinggi dan pdp.
W4-Guru dalam zon selesa
W5-50% guru kurang mahir menggunakan
pelbagai aplikasi dalam pdp

h pendidikan. (W2+W3) + O3
Strategi 2: Memantapkan tahap penguasaan
engetahuan guru dan kemahiran teknik penyoalan KBAT
bimbingan SISC+. dalam pdp melalui bimbingan guru
cemerlang
emahiran ICT
a sekolah TS25

O5- PIBG yang mantap. S3+O5
Strategi 5 : Meningkatkan PL
aktiviti yang dibiayai oleh PI

ANCAMAN (T)

T1- Skop, peranan dan bidang tugas
yang luas.
T2- Cabaran-cabaran baru yang makin
kompleks.
T3-JPN/PPD lambat menyediakan guru
baru bagi menggantikan guru yang
berpindah
T4- Taklimat dan kursus secara online
dalam keadaan capaian internet yang
tidak menentu

Strategi 1: Memantapkan pengetahuan guru yang dalam PAK21 den
Strategi 2: Memantapkan tahap penguasaan dan kemahiran teknik pe

guru cemerlang sekolah berhampiran

Strategi 3: Meningkatkan kemahiran ICT guru novis dengan ker

Strategi 4: Meningkatkan kemahiran pdp guru dalam pelbagai aplika
Muadzam Shah.

Strategi 5: Meningkatkan PLC guru dengan sokongan PIBG.

LC guru dengan (W4+W5) + O4
IBG. Strategi 4 : Meningkatkan kemahiran pdp
guru dalam pelbagai aplikasi ICT melalui
kerjasama rakan sinergi, iaitu Politeknik
Muadzam Shah.

ngan bimbingan SISC+
enyoalan KBAT dalam pdp melalui bimbingan

rjasama sekolah TS25 yang berhampiran

asi ICT melalui kerjasama rakan sinergi, Politeknik

PEMBERATAN PEMILIHA

Menggunakan skala likert: 1 - Amat Rendah 2 - Rend
4 - Tinggi 5 - Amat

Bil Kriteria Pemilihan
1. Tahap kebolehlaksanaan proses kerja
2. Kompetensi staf yang bertanggungjawab
3. Sumber kewangan dan kos pembiayaan berhemah
4. Kemudahan infrastruktur dan peralatan/kelengkapan
5. Andaian keupayaan mengatasi halangan
6. Andaian hasil yang dijangkakan/impak untuk mencapai

objektif, matlamat/isu, misi dan visi
7. Akur kepatuhan dengan mandat/arahan
8. Rekod keberkesanan yang lepas
9. Kesesuaian dengan persekitaran terkini

Jumlah Sk
Keputus

Senarai Inisiatif/Strategi Mengikut Keutamaan:

1. Memantapkan tahap penguasaan dan kemahiran teknik penyoal

2. Memantapkan pengetahuan guru berpengalaman dalam PAK
3. Meningkatkan kemahiran ICT guru novis dengan kerjasam

4. Meningkatkan kemahiran pdp guru dalam pelbagai aplikasi ICT

5. Meningkatkan program PLC guru dengan sokongan PIBG

P2-3

AN INISIATIF/STRATEGI

dah 3 - Sederhana
t tinggi

Strategi 1 Strategi 2 Strategi 3 Strategi 4 Strategi 5
5 5 4 3 3
4 5 5 5 5
4 4 5 3 3
4 4 4 4 3
4 4 4 3 3
4 5 4 3 3

5 5 555
3 3 333
5 5 544
kor 37 40 34 33 32
san 2 1 3 4 5

lan KBAT dalam pdp melalui bimbingan guru cemerlang

K21 dengan bimbingan SISC+
ma sekolah TS25 yang berhampiran
T melalui kerjasama rakan sinergi Politeknik Muadzam Shah
G

12 PELAN INT
3

BIDANG DATA BIDANG FOKUS B
KEBERHASILAN DIKUMPUL

/ASPIRASI

Pemerhatian KURIKULUM 20%
 Learning Walk
Pdp abad ke-21 melak
4.4.1-60%

Guru Berkualiti Komunikasi -4/5 (teknik penyoalan tekni
Kolaboratif-3/5
KBAT) KBA
Standard 4: Teknik Soal-1/5

Pelibatan-2/5 PDPC
Pengajaran dan Motivasi-5/5
pemudahcaraan  SKPMg2:

Standard 4:4.1.1

Fasa 1

2018-21.05 %

2019-20.88 %

2020-16.86 %

 SPLKPM-PLC
2018-4
2019-5
2020-9
 LADAP Guru
2018-17 orang
2019-22 orang
2020-12 orang

TERVENSI 5 P2-4
4 6

TOV/ KRITERIA KEJAYAAN INISIATIF
BASELINE (ETR/INDIKATOR)

guru 80% guru LADAP 1:
ksanakan melaksanakan teknik PLC- Lesson Study
ik penyoalan penyoalan KBAT
AT dalam dalam PDPC LADAP 2:
C PLC-Teacher Sharing
Sessions

LADAP 3:

PLC- Peer Coaching

7 8 91

KAEDAH PIHAK TEMPOH KEPER
SUM
PEMANTAUAN BERTANGGUNGJAWAB MASA

Google Form PK Pentadbiran 8 Minggu Kos
Perbelan
Borang Maklum Setiausaha Kurikulum RM 500.
balas guru Guru Bahasa Melayu Bahan:
Setiausaha LADAP Kertas A
SPLKPM Ketua Panitia Kertas M
Marker P
OPPM / Carta Pita Pele
Gantt Alat:
LCD
Learning Walk Laptop
Internet
Laporan Program Siaraya
Manusia
Senarai kehadiran Senior L
Team
Middle L
Team
SISC+
Tempat:
Dewan s
dengan
pematuh
Kontige
Secara at
( Google

10 11 12 13

RLUAN EVIDEN DAPATAN KOS SEBENAR
MBER PENILAIAN

80% guru 80% guru RM 200

njaan: melaksanakan melaksanakan
.00
teknik teknik penyoalan
A4
Mahjong penyoalan KBAT dalam PDPC
Pen
ekat KBAT dalam

PDPC 60% peningkatan

dalam teknik

penyoalan KBAT

( capai)

a:
Leader

Leader

:
sekolah

han SOP
ensi:
tas talian
e Meet)

REFL

Aspek Kepimpinan dan Pengurusan

Guru besar dan barisan penolong kanan mempunyai komitmen
mesyuarat antara guru besar dan barisan pentadbir masing-masing
utama yang membentuk pasukan kerja di sekolah. Salah satu fak
kerja yang dinamik adalah melalui kemahiran menyampai dan men
berkomunikasi.

Kecekapan dan keberkesanan sesebuah sekolah itu be
komunikasi. Bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan s
keguruan, tanpa pengurusan dan sistem komunikasi yang berkesa
dapat bergerak dan segala aktiviti tidak dapat berjalan dengan lanc

Komunikasi yang mesra, efektif dan efisien lazimnya ak
berkeinginan untuk saling bekerjasama antara kedua pihak yang
penolong). Cara komunikasi Encik Hairul Anuar bin Md Top sang

P2-5

LEKSI

n yang tinggi dalam pengurusan sekolah. Ini dapat dilihat apabila
g menguruskan bidang dengan baik. Guru besar merupakan peneraju
ktor utama yang menjadi penyumbang kepada pembentukan budaya
nerima maklumat secara positif yang diistilahkan sebagai kemahiran

ergantung secara langsung kepada kecekapan dan keberkesanan
sistem penyampaian pendidikan ke arah memartabatkan profesion
an daripada seorang guru besar sesebuah sekolah itu tidak mungkin
car dan teratur.

kan terjalin apabila wujudnya perasaan puas hati, rasa dihargai dan
terlibat di peringkat pengurusan (pentadbiran) dan pelaksana (guru
gat terang, jelas dan tepat serta memberi kesan kepada kelakuan dan

prestasi guru-guru. Semasa bermesyuarat beliau telah mengamalk
untuk mendapat respon daripada guru-guru. Beliau menggalakkan g
dan penyelesaian masalah.

Kekuatan Projek

Program intervensi “Pemantapan KBAT Abad ke-21 Melalui Am
Program ini berjalan secara berfasa kerana kekangan situasi semasa
kakitangan terbatas. Namun begitu, satu perkara yang menjadi kek
guru luar sepenuhnya bagi memberi ceramah dan taklimat kerana
bidang PLC. Tetapi beliau telah memberi cadangan untuk mendapa
ilmu dan kepakaran yang dimiliki.

Pelaksanaan program LADAP PLC tersebut dilaksanaka
sekolah miliki iaitu mempunyai makmal komputer yang selesa da
membantu memudahkan lagi pelaksanaan program. Masa program
menganggu masa pdpc.

kan kepimpinan demokratik dan mengadakan komunikasi dua hala
guru-guru memberi pandangan dan cadangan untuk penambahbaikan

malan Terbaik PLC (Lesson Study)” akan berjalan secara berfasa.
a yang melanda negara menjadikan pergerakan semasa guru-guru dan
kuatan dalam program ini adalah saya tidak perlu untuk menjemput
a guru besar sekolah saya mempunyai pengalaman yang luas dalam
atkan seorang fasilitator dibawah bimbingannya bagi berkongsi segala

an dengan jayanya. Di samping itu juga fasiliti dan kemudahan yang
an peralatan asas seperti komputer dan rangkaian internet yang baik
m ini akan berjalan pada waktu petang selama 2 jam dengan tidak

Kelemahan Projek

Kelemahan pertama yang dapat dikenal pasti adalah kekangan ma
negara-negara luar yang lain sedang berdepan dengan pandemik
pergerakan PKP yang mana menghadkan sebarang aktiviti yang m

Kementerian Pendidikan juga telah mengeluarkan SOP
warga sekolah. Perintah dan arahan PKP ini sedikit sebanyak telah
ini lebih baik dilaksanakan secara bersemuka tetapi apabila dilaksa
dan semua guru agak sibuk dengan kelas PdPR. Usaha untuk meng
kewangan dan lain-lain juga terpaksa diubah dengan kerjasama ya
dan kekangan ini telah digunakan

Masa dan kekangan tugas hakiki semasa pelaksanaan P
menjalankan aktiviti yang telah dirancang. Projek ini perlu dilaks
PdPC iaitu waktu rehat guru-guru bersama keluarga. Keadaan ini sa
sekolah.

asa dan keadaan semasa. Kebetulan negara kita dan seperti mana di
k Covid-19. Negara kita masih lagi berada dalam tempoh kawalan
melibatkan perhimpunan yang ramai.

P berkenaan perlaksanaan sebarang bentuk aktiviti yang melibatkan
h menjejaskan projek Perantisan 2 ini. Tempoh perlaksanaan program
anakan secara dalam talian, pergerakan dan perkongsian agak terbatas
gadakan Jalinan Pintar Korporat (JPK) bagi mendapatkan sumbangan
ang amat terhad. Namun begitu pelan risiko bagi mengatasi masalah

Perantisan 2 juga memberi sedikit kekangan kepada peserta untuk
sanakan pada waktu hujung minggu untuk tidak menganggu waktu
angat tidak menyenangkan guru-guru terutama yang tinggal jauh dari

Cadangan Penambahbaikan

1. Projek ini memberikan impak yang positif kepada peningkata
menimbulkan rasa bosan dalam kalangan guru dan murid khusu
kerana kekangan masa dan keadaan yang tidak dapat dielakkan
atas talian menggunakan aplikasi Google Meet dan akaun Goo
Malaysia.

2. Masa untuk menjalankan Perantisan 2 perlu dipanjangkan da
berkesan dan yang lebih penting tugas hakiki semasa menjalani
kursus.

3. Melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan di luar kawasan sekola
guru-guru lebih berminat tidak hanya berlaku di sekolah tempa

4. Rancang projek lebih awal untuk menyediakan tempat yang le
mencukupi.

5. Mengadakan lawatan penandaarasan ke sekolah- sekolah berd
mengembalikan semangat dan menambah keyakinan dengan us

an kompetensi guru dalam mempelbagaikan gaya belajar agar tidak
usnya. Lebih bersemangat dan ikhlas dalam menjalankan tugas. Oleh
n lagi, perkongsian seperti ini boleh juga dilaksanakan dalam bentuk
ogle Classroom yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan

an disesuaikan supaya impak program yang telah dijalankan lebih
Perantisan 2 ini perlu lebih fleksibel agar tidak membebankan peserta

ah seperti kem bina semangat, pusat kokurikulum dan lain-lain supaya
at yang mereka lihat setiap hari.

ebih sesuai dan mendapatkan sumber kewangan yang lebih baik dan

dekatan untuk menambah dan memantapkan kompetensi guru serta
saha yang telah mereka lakukan.


Click to View FlipBook Version