The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azlina5328, 2021-11-03 02:07:27

Laporan P2_Nor Azlina_SRGH2_2021

Laporan P2_Nor Azlina_SRGH2_2021

P2-6

LAPORAN MINGGUAN

Nama Sekolah SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) SELANCAR 3

Kod Sekolah CBA8026

Tarikh 25 - 29 OKTOBER 2021

Nama Pengetua/ ENCIK HAIRUL ANUAR BIN MD TOP
Guru Besar

Refleksi: KEKUATAN PENGURUSAN / KEPIMPINAN GURU BESAR

Minggu 7 Sifat keterbukaan Guru Besar sekolah benyak membantu beliau mendapat
sokongan bukan sahaja daripada warga sekolah, malahan komuniti luar.
Penglibatan komuniti luar seperti PIBG, badan koperasi di sekitar dan juga
pemimpin tempatan banyak membantu sekolah dari segi bantuan kewangan
dan sebagainya. Hubungan baik beliau dengan komuniti luar memudahkan
mereka mendekati sekolah dan hasrat sekolah dapat disebarkan. Suasana ini
tidak akan wujud sekiranya pemimpin sekolah tidak bersama-sama
masyarakat setempat. Beliau juga menggunakan kuasa, budi bicara,
pertimbangan dan prihatin semasa membuat keputusan. Keperibadian beliau
yang sentiasa bersikap terbuka , bersedia mendengar pandangan dan tidak
bersikap defensif amat disenangi oleh orang bawahannya. Beliau
menggunakan amalan perundingan dengan penuh hemah, berdiplomasi dan
dilakukan dalam suasana harmonis.

PENAMBAHBAIKAN:

Melalui persediaan penyelenggaraan dan bersedia untuk pembukaan sesi
persekolahan beliau mewujudkan semangat kerja berpasukan dan memberi
idea arahan yang mudah untuk guru dan warga sekolah menjalankan tugas
dan peranan yang telah ditetapkan mengikut jadual

Penglibatan guru besar yang menyeluruh menunjukkan kesungguhan beliau
dalam aspek memastikan kecemerlangan SK Selancar 3. Secara tidak

langsung mempengaruhi guru untuk meningkatkan produktiviti mereka.
Pengurusan cara ini berunsurkan konsep 'Kepimpinan Melalui Teladan' di
mana pemimpin kelihatan seperti tonggak yang sentiasa berusaha bersama
dalam proses pencapaian kecemerlangan. Setiap warga SKS 3 mempunyai
peranan tersendiri dalam kejayaan ini dan pemimpin pula bersama memikul
tanggungjawab yang berat bersama mereka.

JUSTIFIKASI:

Sebagai guru besar atau pengetua yang dilantik sebagai pengurus kepada
organisasi, amalan kepimpinan yang pelbagai perlu dipraktikkan dan menjadi
amalan dalam pengurusan pentadbiran sekolah yang berjaya. Kebijaksaan
pengurus sekolah untuk membangunkan guru dan staf akan melahirkan
organisasi yang cemerlang. Guru yang berkualiti akan menyumbang kepada
kemenjadian murid.

Pengakuan:

Saya mengaku bahawa laporan ini adalah karya saya sendiri. Saya bersedia untuk
diambil tindakan olehpihak IAB, jika didapati bahawa karya ini diciplak daripada hasil
karya pihak tertentu yang terdahulu.

Tandatangan : …………………………………….
Nama Peserta : NOR AZLINA
BINTI ARSHADNo. K/P :
700828-01-5278

Nama Penyelia: ENCIK MAT ZIZI BIN ISMAIL

Tarikh : …29…O…kt…ob…er…20…2…1 …………....
















Click to View FlipBook Version