The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOMPILASI ULASAN BUKU
Program KKPS Virtual Fun Read 2021
Anjuran : Perpustakaan Kolej Komuniti Pasir Salak

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pustakakkps, 2021-05-06 02:49:34

KOMPILASI ULASAN BUKU

KOMPILASI ULASAN BUKU
Program KKPS Virtual Fun Read 2021
Anjuran : Perpustakaan Kolej Komuniti Pasir Salak

KOMPILASI

ULASAN BUKU

PROGRAM
KKPS VIRTUAL FUN READ 2021

anjuran
Perpustakaan
Kolej Komuniti Pasir Salak

KATEGORI :

STAF

ULASAN OLEH : SHAHRIL AMIRUL BIN ABDUL RASHID
JUDUL : THE HUMAN’S COMPLEX
PENERBIT : PATRIOTS PUBLICATION
PENGARANG : ZAMIR MOHYEDIN & N.H.M
ISBN : 978-967-17344-2-1

Dalam masyarakat madani, istilah psikologi semakin kerap didengari. Pelbagai kejadian,
perlakuan manusia serta fenomena manusia berkelompok dijelaskan melalui kajian psikologi.
Lazimnya psikologi dikaitkan dengan perihal akademik dan gunaannya mengenai tingkah laku
serta minda manusia. Minda manusia merupakan satu daerah yang amat asing dan manusia
masih belum berjaya meneroka sepenuhnya minda kita. Namun bidang psikologi juga menjadi
sukar difahami kerana laras bahasa serta banyak istilah jargon digunakan yang membuatkan
pembaca sukar untuk memahami apa yang diterangkan oleh penulis.

Buku ini telah berjaya sedikit sebanyak memecahkan tembok tersebut, dengan gaya bahasa
mudah dan pemilihan kosa kata sesuai, maka segenap lapisan masyarakat berupaya untuk
mengenali psikologi pada peringkat permulaan. Penulis utama buku ini, Zamir Mohyedin
merupakan penyelidik keadaan pepejal dan fizik bahan di Ionic Materials & Devices (iMADE)
Research Laboratory, Institute of Science, Universiti Teknologi MARA. Beliau telah menulis
pelbagai buku dalam beberapa genre termasuk jurnal saintifik dan merupakan penulis popular
bersama Patriots Publication.

Dalam buku setebal 269 muka ini, terdapat pelbagai penjelasan dari sudut psikologi bagi

memahami dan menerangkan tentang pemikiran, tindakan, perasaan manusia dan sebagainya.
Penulis juga menerangkan beberapa kajian dan eksperimen psikologi yang dijalankan terhadap
manusia untuk merungkaikan dari sudut psikologi tentang situasi yang berlaku. Antara 38 bab
yang terkandung dalam buku ini, saya amat tertarik dengan satu kajian psikologi tentang
ketidakpedulian pemerhati (bystander apathy experiment) - muka surat 41. Kajian ini telah
dijalankan untuk membuktikan keabsahan teori bystander effect atau bystander apathy. Teori
psikologi sosial ini menjelaskan yang menyatakan bahawa kemungkinan untuk seseorang
menolong berkurang apabila orang yang pasif berada dalam situasi kecemasan tersebut. Insiden
yang menimpa Kitty Genovese pada Mac 1964 telah membuka jalan kepada dua orang saintis
psikologi, John M. Darley dan Bibb Latané untuk menjalankan suatu eksperimen terhadap
sekumpulan manusia.

Hasil daripada eksperimen ini, disimpulkan bahawa kesedaran untuk membantu lebih tinggi
apabila berseorangan berbanding dalam kelompok. Sikap saling mengharapkan orang lain akan
ke hadapan terlebih dahulu memang dah sebati dalam masyarakat termasuk diri saya sendiri.
Justeru, saya amat mengesyorkan buku ini kepada sesiapa yang ini mengetahui bagi peringkat
permulaan tentang psikologi manusia.

ULASAN OLEH : NORJUNAINAH BINTI JURI

JUDUL : TERUSIR

PENERBIT : GEMA INSANI, JAKARTA 2016

PENGARANG : HAMKA

ISBN : 978-602-250-292-0

Buku ini bertajuk Terusir yang mengisahkan seorang perempuan bernama Mariah yang erwajah
cantik dan berkahwin dengan Azhar. Walaubagaimanapun, perkahwinan mereka berdua hanya e
mentara kerana Azhar telah menceraikan isterinya berpunca tuduhan fitnah semata-mata. Oleh
kerana terusir, beliau telah melarikan diri dan bekerja di sebuah rumah nyonya. Di sini juga,
Mariah berkahwin sekali lagi dengan lelaki bernama Yasin. Namun kebahagiaan nya juga
seketika kerana suami baharu nya mempunyai sikap yang gemar keluar malam mencari pelacur
dan barang-barang emas Mariah diambil untuk belanja. Yasin telah menceraikan Mariah hingga
menyebabkan kehidupannya lebih sengsara dan beliau dikenali sebagai “Neng Siti” iaitu seorang
perempuan lacur, seorang perempuan sampah masyarakat.

Manakala Sofyan yang merupakan anak Mariah makin membesar dan berjaya menjadi peguam
bela. Namun pada satu tempoh, Sofyan perlu mengendalikan kes iaitu perempuan membunuh s
eorang lelaki muda. Ketika menunggu keputusan perbicaraan diumumkan, perempuan itu meni
nggal dunia yang merupakan ibu kepada Sofyan.

Namun, di akhir perceritaan ini, Azhar sakit dan sempat menceritakan kisah sebenar
perempuan yang meninggal beberapa bulan itu adalah merupakan ibu kandungnya. Mariah juga
telah difitnah dan Azhar mengaku apa yang terjadi adalah kesilapannya. Tidak lama kemudian,
Azhar telah menemui ajalnya dalam pangkuan anaknya.

Setelah kematian kedua-dua ibu bapa nya, Sofyan telah mendapat tawaran menyambung
pelajarannya ke Eropah untuk mendalami ilmu undang-undang antarabangsa bersama isteri dan
anaknya.

ULASAN OLEH : RHASHVINDER KAUR A/P AMBAR SINGH
JUDUL : EVERYTHING HAPPENS FOR A REASON AND OTHER LIES I’VE LOVED
PENERBIT : RANDOM HOUSE NEW YORK
PENGARANG : KATE BOWLER
ISBN :

Everything Happens For a reason and other lies I’ve loved is a book about a woman who is a
professor at a prestigious place for learning called as Duke Divinity School. She married her high
school sweetheart, and although struggling for years of infertility, she was blessed with a
beautiful baby boy named Zach. Her life was pretty much perfect, and she was living the life she
had always yearned for but then something ill fated hit her world and everything came crashing
down. She was diagnosed with stage 4 Colon Cancer at the age of 35. This book then slowly
unfolds her journey before she was diagnosed with cancer where she had to go through several
episodes of ill-starred events like having limp arms and despite getting it checked at over 35
doctors, there were no cure and right about when she was going for a surgery, she learned that
she was pregnant, but little did she know that her tiny little happiness would come to an end
when one day she experienced throbbing pain and she had to abort her baby. Having limp arms
really had her life turn to a completely different phase, she could not cook dinner, write her
dissertation, or even drive but still having to cope with the crippling pain in her arms. She felt
like her life was failing before her very own eyes, but she could not do anything to fix it. She had
to go for surgeries to treat her cancer and she did not have the financial aid she needed, and
her insurance was not covering it for her. Her parents were ready to give her all of their life’s
savings so she could life a year or two longer, but she could not to that to them. After
chemotherapy, she began writing to New York Strait Times to kill time and people from all over
started writing to her about their unfortunate events involving either them or their family

members and their brushes with death. Some gave her strength whilst others said it was part of
God’s plan to punish her for her sins. She then embarks on a different journey to find a new
meaning in life.

I was feeling a little skeptical when I first picked up this book to read. When I see the phrase,
everything happens for a reason, I feel like life is like a boomerang. When we are good, good
things will always come back to us. God had arranged everything that is best for us and no
matter what good or bad takes place in our life. This book gave me an insight on how to view
life on a completely different manner. Sometimes saying things like “It is okay, it’s just a test” or
“you have to be strong, this will soon pass” is always easy but to have the patience to overcome
it will never be as simple as it sounds. I understand how the antagonist in this story felt like it as
unfair to be given such a test one after another. Well, no one said life is like walking in a garden.
This book was really heart breaking but at the same time there was a deeper meaning to how
being positive reflects us as a person and how we can find joy in the simplest things. Being in a
situation where you know for sure you do not have enough time left with the person you love;
you learn to love every little thing about life, and you stop from your busy bustling life to just
dwell in this short yet sweet moments. This book has certainly opened my heart to learn and
value God, beliefs, family and most importantly ourselves especially if we are at the brink of
death or just to have a little life in the midst of death. We can never be too sure or too ecstatic
with things we have in our lives because it might just be loaned to us for a brief moment and we
might lose everything the next second.

ULASAN OLEH : SYAZWANI BINTI MOHAMAD
JUDUL : KAYA JIWA
PENERBIT : MARKAZ TIJAARI
PENGARANG : MUHAMMAD HARIS
ISBN :

Buku Kaya Jiwa adalah sebuah buku yang memberi pengajaran dan nasihat kepada kita dalam
menjadi Muslim yang sejati dalam mentaati kepada Allah Yang Maha Esa. Pelbagai aspek
pengisian yang dikongsikan bagi membantu kita dalam mendalami peranan dan tanggungjawab
kita dalam usaha mendekatkan diri pada Allah serta memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.
Beberapa topik utama yang diketengahkan seperti soal rezeki, keagungan ibu bapa, ilmu dan
akhirat, berbicara pada Allah serta bermuhajadah dengan ibadah bagi menggambarkan konsep
kaya jiwa. Pengisian yang disampaikan sangat mudah difahami dan memberi inspirasi agar
dapat dimanfaatkan malah menjadi peringatan buat kita dalam menjadi hamba Allah yang
sejati.

Bicara soal rezeki, ianya bukanlah sekadar berbentuk wang ringgit mahupun harta benda yang
kita ada, namun makna rezeki dalam konsep Islam itu sendiri amat luas sekali. Rezeki
dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama tersayang dan kehidupan yang tenang
itu juga sebahagian daripada rezeki Allah yang seharusnya sentiasa disyukuri. Rezeki dalam erti
kata agama Islam itu sendiri adalah suatu perkara di mana membuatkan kita mampu
mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ibu bapa adalah insan teragung dan mulia yang membawa rahmat, selepas ketaatan kita pada
Allah dan Rasullullah SAW sebagai contoh dalam kehidupan. Mengapa mereka diagungkan

dalam kehidupan kita? Tanpa mereka, tanpa kita di dunia ini! Doa mereka itu ikhlas dan tanpa
hijab Allah. Allah amat menekankan nilai kasih sayang, hormat dan cinta seorang anak buat
kedua ibu bapa bagi memperoleh keberkatan hidup dunia akhirat.

Meneroka ilmu dan mengingati akhirat adalah tindakan yang membawa jiwa kepada
ketenangan dan kemewahan jiwa. Mencari ilmu itu salah satu cara kita agar sentiasa berada
dalam landasan redha Allah. Perbanyakkan diri tentang akhirat juga membawa diri menjadi
tawaduk pada Allah dan menerapkan nilai kerdil pada Sang Pencipta.

Orang yang cerdik mahupun berakal adalah mereka yang mempersiapkan diri dengan amal
untuk hadapi hari kematian. Allah akan darjat hambanya apabila menjadi yang berilmu dan
beramal.

Ketenangan paling hebat tatkala mampu berbicara dengan Allah penuh rasa ikhlas dan jiwa
meronta keampunan. Bukti hamba yang taat dan patuh pada Allah adalah dengan amar makruf
nahi mungkar dan berdoa tanpa putus asa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha
Mendengar segala rintihan mahupun apa jua yang tersemat di lubuk hati. Saat suka mahupun
duka sentiasa mencari Allah sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih atas segala nikmat
kurniaan-Nya.

Allah mencipta hamba-Nya dengan pelbagai perasaan bagi merasai dan menjiwa segala apa
yang dikurniakan. Sebagai hamba kita teruslah bermuhajadah dengan ibadah dan amal demi
mengumpul saham akhirat dan bekalan buat bertemu Sang Pencipta dan Pemberi. Teruslah
berkongsi manfaat, kebaikan mahupun berdakwah dalam mendekatkan diri kepada Rabbul Jalil,
kita Allah.Saat bermujahadah pasti ditimpa musibah mahupun perit, bersangka baik dengan

ujian dan percaya tanda kasih sayang buat kita. Bermujahadah dengan penuh ketulusan hati
yang ikhlas sepenuhnya kerana Allah. Kita perlu ingat bahawa Allah tidak melihat rupa paras,
kekayaan mahupun kehebatan kita di dunia namun Allah melihat hati yang tulus dalam beramal
pada-Nya.

Kekayaan sebenar dalam kehidupan ini, adalah kekayaan jiwa yang penuh rasa rendah diri dan
sentiasa bersyukur pada Allah SWT.

ULASAN OLEH : ZURIANA BINTI MHD ZAKARIA
JUDUL : MISI BEBAS HUTANGZERO HUTANG 2.0
PENERBIT : GALERI ILMU
PENGARANG : MOHD ZULKIFLI SHAFIE
ISBN :

Buku Misi Bebas Hutang Zero Hutang 2.0 ditulis oleh Mohd Zulkifli Shafie. Buku ini diterbitkan
oleh Galeri Ilmu yang mengandungi 213 muka surat meliputi 5 bab utama iaitu Mengurus
Simpanan, Motivasi Kewangan, Pengurusan Hutang, Strategi Kekayaan dan Penutup. Penulisan
buku ini adalah daripada pengalaman penulis sendiri yang mampu keluar daripada masalah
kewangan. Menurut penulis, semua orang mampu untuk bebas daripada hutang jika ada ilmu,
kesedaran dan keazaman yang kuat. Buku ini menggariskan beberapa perkara penting yang
mampu membebaskan pembaca untuk bebas dari masalah hutang. Antara maklumat yang
terkandung di dalam buku ini adalah seperti cara menyimpan yang betul, cara mengumpul
harta, cara membuat hutang baik, cukupkan simpanan kecemasan dan menguruskan hutang
dengan bijak. Untuk membuat sesuatu hutang, seseorang itu perlu berfikir terlebih dahulu
sama ada perkara tersebut benar-benar perlu ataupun sekadar kehendak sahaja dan perlulah
berhutang secara bijak. Beban kewangan terbesar bagi kebanyakan rakyat Malaysia ialah
ansuran pinjaman kenderaan, pinjamaan peribadi, kad kredit dan hutang rumah kediaman yang
besar. Berhutang secara bijak dapat mengelakkan seseorang itu terjerumus ke situasi diluar
jangka seperti muflis. Apa yang ditekankan oleh penulis untuk berdepan dengan situasi diluar
jangka adalah seperti mempunyai perlindungan takaful, menyiapkan dokumen wasiat dengan
melantik pentadbir harta pusaka, membina pendapatan pasif iaitu duit bekerja untuk kita
walaupun kita tidak lagi mampu bekerja (mempunyai rumah sewa) serta penulis menekankan
agar seseorang yang mempunyai isteri supaya melatih isteri tersebut juga mampu untuk

mencari duit sendiri dan hidup berdikari jika sebarang musibah berlaku pada suami. Antara
perkara yang amat menarik yang perlu dikongsi oleh pembaca adalah, kita perlukan ilmu
mengurus simpanan dan selamatkan simpanan kepada emas. Sekiranya seseorang itu
membuat simpanan wang di bank, kemungkinan cara tabungan tersebut begitu kurang
berkesan kerana selalu bocor. Maka, apa yang disarankan oleh penulis adalah menukarkan
bentuk simpanan wang tersebut ke dalam bentuk emas. Bagi merealisasikan simpanan
tersebut, disiplin diri amat penting dan prinsipnya adalah menyimpan terlebih dahulu kemudian
selebihnya baru dibelanjakan. Bahagian yang disimpan tidak boleh dibelanjakan tanpa sebab
yang munasabah dan duit perbelanjaan perlu dihadkan mengikut bajet. Menyimpan
sebahagian daripada pendapatan adalah asas membina kekayaan. Antar prinsip penting
menyimpan wang adalah potong 10% daripada pendapatan setiap bulan, sulitkan kaedah
pengeluaran simpanan, mulakan sekarang walaupun sedikit, asingkan segera bahagian
simpanan, cukupkan dana kecemasan, laburkan semula keuntungan simpanan dan ambil takaful
yang betul. Jadi, sesiapa yang ingin membebeskan diri dari hutang saya amat syorkan
menggunakan strategi-strategi yang diberikan oleh penulis.

ULASAN OLEH : NOR AZLINDA BINTI MOHD YAHAYA
JUDUL : CHICKEN SOUP FOR THE SOUL
PENERBIT : CHICKEN SOUP FOR THE SOUL PUBLISHING, LLC, UNITED STATES
PENGARANG : JACK CANFIELD, MARK VICTOR HANSEN, AMY NEWMARK
ISBN :

Buku Chicken Soup For The Soul, versi Think Positive ini mengandungi 10 bab dimana setiap bab
fokus pada tajuk berbeza yang menceritakan kisah-kisah kehidupan individu yang berlainan.
Buku ini adalah kombinasi cerita-cerita pendek berkaitan pemikiran yang positif yang memberi
kesan dalam kehidupan kita. Ia mengandungi 101 cerita pendek yang berkesan di hati, dimana
apabila membacanya kita akan terinsprasi sama ada melalui senyuman, ketawa, dan menangis
membacanya.

Melalui pembacaan buku Chicken Soup For The Soul, versi Think Positive ini, ia memberi 101
cerita yang berbeza dalam kehidupan seorang individu. 101 cerita yang menggugah emosi,
merangsang semangat, dan menceriakan hidup yang dihimpun daripada pelbagai individu
berlainan. Setiap cerita ada keistimewaan yang tersendiri. 101 cerita ini berbeza tetapi ada
tujuan yang sama, iaitu menceriakan hidup kita. Kebanyakan cerita-cerita pendek ini
mempunyai persamaan dalam kehidupan kita dan membuat kita mengimbas kembali keadaan
lalu itu. Ini adalah sebab utama yang membuat saya meminati edisi buku Chicken Soup For The
Soul ini dan mengikutinya sejak dari zaman sekolah menengah lagi.

Ramai orang berkongsi penderitaan yang sama. Walaupun begitu, cara setiap orang
menghadapinya adalah berbeza. Mereka berkongsi kebahagiaan mereka selepas mengalami
kesusahan hidup. Satu daripada cerita ini mungkin betul-betul sedang ataupun pernah dialami

oleh kita.

Ketenangan adalah sumber kebahagiaan. Ketenangan hati datang apabila kita percaya setiap
kesusahan hidup akan berakhir dengan kegembiraan. Kita percaya dan kita berjaya. Cerita di
dalam buku ini memberi inspirasi bagi kita meneruskan hidup dengan lebih bersemangat.

Antara kisah yang menarik dalam buku ini yang terkesan dalam kehidupan saya apabila selesai
membacanya adalah:

Setiap Hari adalah Sebuah Keajaiban
Keriangan Semasa Kanak-Kanak
Menemui Diri Saya yang Sebenar
Terus Berjalan Walaupun Lumpuh
Keindahan dalam Kekecewaan
Kegembiraan Ada di Mana-Mana

ULASAN OLEH : NURUL SYAHIRAH BINTI MOHD NOR
JUDUL : FROM HEARTBREAK TO WHOLENESS – THE HERO’S JOURNEY TO JOY
PENERBIT : ST. MARTIN’S PRESS
PENGARANG : KRISTINE CARLSON
ISBN :

‘Are you going to be a victim, or are you going to be a hero?’ -Kristine Carlson
Losing someone we dearly loved is painful and heartbreaking, and the healing journey may be
quick, sometimes it takes weeks, months, and years. From Heartbreak to Wholeness-The Hero’s
Journey by Kristine Carlson is about turning one’s grief into something brighter and beautiful. It
tells us that it is fine to experience our emotions of losing someone, rather than keeping
ourselves in a shell. Grief is bitter, thus holding onto the feelings for too long might put us in
denial. Loosening the grip of guilt, anger, resentment, and regret will be the first step in
redesigning our life-the awakening point.

‘Are you going to let yourself indulge in self-pity and be a victim? Or are you going to stand up
and be a hero?’ The next step of healing is discovery, recovery, and rediscovery. A brand-new
episode to form our new identity in the power of beliefs while gathering up the missing pieces
and reclaiming our passion. Based on this chapter, refinding parts of who we are, and
rebranding the purpose of life is a breathtaking process.

Spiritually it goes without saying that as a Muslim, ‘Redha’ is the concept to wholeheartedly
accept the Qada’ and Qadar. And I perceived that, but it did affect me mentally. I lost my dear
mother too soon. Fortunately, this book somehow helped me to find my inner self back after
my mother left me due to cancer. I have discovered that this book has taught me how to live my

life from this point forward-without my mother. Other than that, the best part of this book is
the journal section where I got to write down every single step in my hero journey from
heartbreak to joy.

I would recommend this book to those who have lost someone they loved and still finding their
wholeness path.

ULASAN OLEH : MOHD MUSTAFA KAMAL BIN ABDUL HAYES
JUDUL : EMPAYAR: HIKAYAT PUTERA TANPA NAMA
PENERBIT : IMAN PUBLICATION
PENGARANG : TEME ABDULLAH
ISBN :

“Ilmu agama itu umpama senjata yang boleh dimiliki sesiapa.
Jika senjata itu jatuh ke tangan yang baik, maka ia digunakan untuk menyerang yang jahat.
Namun, jika ia jatuh ke tangan yang jahat, pastinya akan digunakan untuk memusnahkan yang
baik.”

Pada zaman yang serba canggih dan moden ini kita sering diperdengarkan dengan isu
penunggang agama. Mungkin ramai yang tidak sedar betapa bahaya dan seriusnya perkara ini
jika tidak dibendung atau di hentikan. Sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran
seharusnya manusia boleh berfikir dan bertindak dengan bijak dalam hal kehidupan
terutamanya soal agama. Manipulasi dan kekeliruan boleh berlaku tannpa sempadan.

Novel ini mengisahkan kehidupan para penuntut sekolah pondok yang diberi nama Madrasah
Tamingsari. Bergenre drama religi dan fantasi pasca-apokalips. Penulis menggunakan
pendekatan yang realiti tetapi secara fantasi dan menggunakan pusat agama (madrasah)
sebagai latar tempat utama kisah kehidupan seharian di alam fantasi.

Dari segi teknik penulisan pula, visual yang di gambarkan agak ringkas dan padat. Manakala dari
segi jalan cerita, terdapat konflik yang agak ringan iaitu lebih dari sekadar perdebatan agama
mengenai isu haram cinta.

Walaubagaimanapun, apa yang menarik minat saya terhadap novel ini adalah kepelbagaian dari
barisan wataknya. Si penunggang agama yang memanipulasikan ilmu agama untuk mencapai ke
pentingan peribadi. Kemasyhuran pangkat, merebut cinta dan kebanggaan diri. Berhujah pula
menggunakan emosi dan nas-nas serta ayat Al-Quran semata-mata, sedangkan ilmu yang ada
sangat cetek, perspektif hidup yang sempit, menghafal ayat Al-Quran semata tetapi tidak
memahami maksudnya.

Si orang ‘biasa’ yang berhujah dengan menggunakan hujah logik akal dan fitrah manusiawi.
Bukan jenis yang baca ayat Al-Quran penuh hanya untuk menampakkan betapa hujah yang
diberi itu sungguh Islamik bunyinya. Nas-nas dan ayat Al-Quran digunakan sebagai pengukuh
buat hujah akal agar tidak lari dari disiplin ilmu agama.

Si konservatif yang sekadar menilai betapa beragamanya seseorang melalui pandangan literal
semata-mata. Kalau ditonjolkan perangai baik dan Islamik, maka beragamalah dan tinggilah
darjat orang itu. Sekalipun peribadi adalah sesuatu yang boleh dilakonkan.

Si pencari yang keliru antara dua hujah yang berlawanan. Yang ini cakap tak boleh, yang itu
cakap boleh pula. Jadi siapa yang benar? Padahal dua-dua ada hujah. Ibarat orang awam yang
tak faham kenapa ulama’ mahu bergaduh beri label sesama sendiri, dan akhirnya mereka
sendiri tak faham apa itu Islam sebenarnya.

Setiap watak digambarkan berdasarkan jenis manusia yang wujud dari sudut sikap mereka
terhadap agama. Orang sebegini ada di sekeliling kita, atau boleh jadi adalah diri kita sendiri.

Secara peribadi novel ini ingin memberi pendedahan kepada kita apa yang sedang berlaku di
dunia yang nyata tanpa kita sedari.

ULASAN OLEH : NOORHASIAWATI BINTI HARON
JUDUL : BE STRONG
PENERBIT : GALERI ILMU
PENGARANG : BONDA NOR
ISBN :

Manusia berperang dengan emosi sendiri dan peperangan ini bukan mudah. Harapan pertama
kali terpandang buku ini, berharap ia membantu.

Ya ianya membantu. Buku bergenre motivasi ini adalah siri buku pujuk hati. Mendedahkan kita
berkaitan pertarungan emosi, berdepan dengan saat tekanan dan mendidik kita tentang
kesedaran serta cara menang peperangan emosi ini.

Antara yang di tulis adalah konflik perasaan untuk akur atau melawan. Melawan jiwa tersiksa.
Akur adalah lebih mudah. Sekiranya ketenangan yang di cari, mengalah dan akur kepada takdir
Allah sahaja pilihannya.

Merawat dengki? Mudah. Hindari orang yang kaya atau senang. Pandang orang yang miskin
atau lebih susah dari kita, supaya kita akan dapat sedar diri dan sentiasa bersyukur apa yang kita
sedia miliki.

Nyawa? Nyawa sangat berharga, jangan pernah sia-siakan. Saat kematian tiba, tiada lagi
peluang kedua.

Bagaimana saatnya berhadapan masalah atau tekanan adalah alih perhatian ke arah yang lebih

bermanfaat. Masalah dan tekanan tidak akan selesai ketika itu, tetapi memberi kita lebih
banyak masa untuk bertenang dan berfikir dengan lebih baik saat emosi telah stabil.
Manusia perlu sedar diri dan terima hakikat bahawa kita adalah hamba. Dari Dia kita datang dan
dari Dia kita kembali. Sedar diri dan terima hakikat, perjalanan hidupmu akan menjadi lebih
mudah. Hidup ini bukan apa yang kita mahu, tetapi apa yang Allah mahu.

ULASAN OLEH : SITI NUR HASLINDA BINTI DAMANHURI
JUDUL : THE ART OF LETTING GOD
PENERBIT : SAFINAH PUBLICATIONS
PENGARANG : MIZI WAHID
ISBN :

Buku ini merupakan sebuah buku motivasi yang sesuai untuk semua peringkat umur. Dalam
buku ini penulis banyak memberi nasihat dengan memberi contoh dan situasi semasa untuk
dikaitkan. Antara nasihat yang diberikan adalah: -

1. Diketika terasa ingin berputus asa, kekuatan dan kesabaran sangat diperlukan bagi
meneruskan hidup.

2. Tawakal kepada Allah dan yakin dengan ketetapan yang telah diberikan. Perancangan Allah itu
adalah yang terbaik walaupun bertentangan dengan kehendak kita. Namun, tawakal itu perlu
disertakan dengan usaha. Manusia pasti akan ada kesilapan dan kelemahan masing- masing,
namun, ini bukanlah halangan untuk kita mencapai apa yang kita mahukan.

3. Percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hikmah yang memberi kebaikan
dan bukanlah keburukan pada diri kita. Kebaikan yang dimaksudkan mungkin dalam bentuk
rezeki yang kita tidak nampak seperti pekerjaan yang baik, dimudahkan segala urusan atau anak
dan keluarga yang baik.

4. Berkawan dengan kawan yang boleh mengajak kita ke arah kebaikan dan bukan keburukan.

Setiap manusia tidak lari dari membuat kesilapan, Bukanlah tugas kita untuk menghukum dan
tidak memaafkan orang yang membuat kesilapan. Percaya dengan hukum Allah jika bukan di
dunia, mungkin di akhirat kelak. Sebagai insan biasa, setiap hari, mulakan hari dengan lembaran
baru dengan mengingati Allah dan percaya dengan perancanganNya. Sesungguhnya kemaafan
yang diberi dapat menenangkan hati kita.

ULASAN OLEH : FARAH WAHEDA OTHMAN
JUDUL : CERITA CINTA AHMAD AMMAR
PENERBIT : GRUP BUKU KARANGKRAF SDN. BHD.
PENGARANG : GRUP PENJEJAK TAMADUN DUNIA
ISBN :

AHMAD AMMAR BN. HJ AHMAD AZAM nama yang tiba-tiba meneliti di bibir hampir setiap
lapisan masyarakat suatu ketika dulu sebagai anak muda yang tiba-tiba namanya harum dan
menjadi sebutan setelah arwah meninggal dunia. Kisah hidupnya telah menarik minat penulis
untuk dibukukan supaya dapat dilihat di kaca mata teladan.

Buku ini menghimpunkan catatan ibu, ayah, adik beradik, sahabat karib dan mereka yang
mengenali Almarhum Ahmad Ammar sewaktu kecil dan sepanjang hayatnya yang singkat itu –
20 tahun sahaja! Secara keseluruhannya, ia merupakan percubaan yang baik dalam
menghimpunkan kenangan terhadap insan yang istimewa, baik, dan tidak terkenal sewaktu
hayatnya, kecuali dalam kalangan lingkungan persahabatan, ahli keluarga dan ahli pertubuhan
yang disertainya.

Watak dan peribadi Ammar sewaktu kecil sangat dapat dikenali melalui warkah catatan ibunya,
manakala ayahnya pula memang telah menyediakan ruang dan tapak supaya satu-satunya
anak lelaki keluarga ini menjadi insan luar biasa apabila dewasa kelak. Paling terkesan ialah
kedua-dua pasangan ini tidak menganggap anak-anak itu sebagai harta yang dimiliki tetapi anak
-anak ialah amanah untuk ummah yang diniatkan, dirancangkan dan dipersiapkan ke jalan
dakwah. Konsep inilah yang menjadi Puan Nur Azlina dan Tuan Ahmad Adzam amat redha
dengan pemergian Ahmad Ammar.

Melalui kaca mata sahabat-sahabatnya, pembaca akan mengenali Ahmad Ammar sewaktu
bersekolah di SAMBEST, RMC dan seterusnya di Turki. Sebagai pelajar kedua terbaik RMC,
sistem akan meletakkan beliau mengambil jurusan sains (perubatan, kejuruteraan dan bidang
sains yang lain) tetapi keluarga dan Ammar sendiri bertekad untuk mendalami bidang Daulah
Uthmaniah di Turki. Ammar juga membuat persediaan mempelajari Bahasa Turki sebelum
berangkat ke sana. Hal ini memerlukan kekuatan yang bukan sedikit. Biasanya, pelajar terbaik
akan didorong oleh semua pihak supaya mendalami bidang sains sahaja. Bidang-bidang sains
sosial dan sastera tidak akan mendapat dokongan daripada mana-mana pihak. Pemilihan
Universiti Marmara di Turki juga suatu lagi risiko yang telah diambil kira apabila Ammar
mendaftar di sana. Universiti tersebut langsung tidak mendapat pengiktirafan di Malaysia.
Namun, ayahnya dan Ammar sendiri tahu akan keputusan yang mereka ambil itu.

Penerbitan buku yang sangat menarik ini boleh memotivasikan sesiapa sahaja, khususnya
pelajar dan juga ibu bapa yang bakal mencorakkan kehidupan anak-anak. Ada beberapa model
tarbiah dan tip-tip yang boleh digunakan.

Mungkin bukan semua orang boleh menjadi sehebat Ammar, seorang insan biasa yang luar
biasa. Namun, Ammar ialah suatu iktibar dan isyarat daripada Tuhan bahawa anak-anak muda
usahlah mensia-siakan hidup mudanya. Ammar telah banyak mengisi dadanya dengan ilmu dan
bukan perkara-perkara yang 'lagha'.

Hidupnya cuma 20 tahun tetapi hidupnya telah memberi bekas kepada orang lain, ya, orang lain
yang langsung tidak dikenali semasa hayatnya. Setiap orang perlulah mengambil posisi dakwah
masing-masing kerana setiap seorang daripada umat Islam itu bertanggungjawab dalam misi
dakwah dalam kapasiti yang tersendiri. Jika termampu, ambillah jalan yang pernah dirintis oleh

Almarhum Ahmad Ammar. Jika tidak terdaya, lakukan sahaja dengan ikhlas tetapi dengan cara
yang terbaik.

Almarhum pastinya istimewa kerana pengakhiran hidupnya yang amat istimewa - seorang
husnul khatimah: meninggal sewaktu dalam perjalanan hendak menyampaikan ilmu (kuliah
pertama Risalah An-Nur), disembahyangkan oleh ratusan orang Turki, hatta yang langsung tidak
mengenali beliau dan kemudian disemadikan di kawasan perkuburan Abu Ayyub Al-Ansari –
sahabat Rasulllah yang turut dikebumikan di bumi Konstantinopel.

Banyak buah fikir dan iktibar yang boleh dipetik daripada buku ini. Ia membuatkan kita tertanya-
tanya, apakah sumbangan kita pula kepada ummah dalam usia yang telah diberikan kepada
kita?

ULASAN OLEH : HASLINDA BINTI ISHAK
JUDUL : ENCIK CEO, MANJAKAN AKU 100 PERATUS
PENERBIT : WEBNOVEL
PENGARANG : THE COURTESAN'S SMILE

Dari pandangan mata kasar saya novel ini menceritakan tentang cabaran hidup di dunia moden
yang penuh dengan cabaran samaada dalam bidang teknologi canggih (IT) iaitu komputer dan
internet atau perjalan kehidupan berkeluarga juga bermasyarakat yang perlu dilalui. Hidup ini
banyak halangan dan perkara yang tak terduga boleh berlaku secara tiba-tiba. Apa yang penting
apabila berlaku cabaran dan halangan perlu dijalani dengan sentiasa bertenang, bersedia,
berfikir secara rasional, bijaksana dan tidak sesekali berputus asa.

Xia Xinghe yang telah pulih dari hilang ingatannya bangkit untuk merubah kehidupannya yang
hancur dan menuntut semula haknya yang telah diambil darinya. Kehidupan yang sebelum ini
kosong dan tidak bermaya telah bertukar dengan langkah yang bijak dan tenang. Dapat dilihat
bagaimana bekas suami yang sebelum ini tidak menghargai keberadaannya telah berubah hati
dan menjadi orang yang sentiasa membantu dan menyayanginya.

Walau apa yang berlaku jika ada kesepakatan, kekuatan, kesefahaman, kekuasaan dan saling
percaya maka segalanya pasti boleh diselesaikan. Bukan sahaja berkisar tentang kisah cinta ia
juga tentang keluasan perkembangan sistem kamputer dan kecanggihan teknologi internet.
Kelebihan dan kemudaratan yang boleh berlaku bila bermain dengan sistem.

Kisah pengakhiran cerita yang indah dan agak logik juga di tampilkan dalam penceritaan novel
ini. Novel ini telah diterjemahkan dalam versi bahasa inggeris dan versi bahasa Indonesia. Ia

adalah novel yang unik kerana mengandungi pelbagai genre yang mencabar hati dan perasaan
pembaca. Apa yang penting watak utama dan Protagonis berjaya mendominankan watak-watak
antagonis yang membuat pembaca tersenyum dan lega. Kebenaran dan kebaikan pasti akan
berjaya.

ULASAN OLEH : NURUL FARHANAH BINTI MOHD MOKHTAR
JUDUL : DATABASE MANAGEMENT
PENERBIT : VENTON PUBLISHING (M) SDN BHD
PENGARANG : DR. P. SELLAPPAN
ISBN :

Information is a key corporate resource. Organizations need accurate, relevant and timely
information to make intelligent business decisions. This involves identifying and modeling
business entities and designing databases that will capture, validate, process and generate
information for decision making. Organizations must plan, design, implement, evaluate and
maintain their database systems using suitable database management system (DBMS). This
book tells us how to do all these and more in a very simple and easy-to-understand language.

This book covers all the fundamentals of database management. It is suitable for diploma/
undergraduate/ postgraduate students taking computer science, IT or business courses. It is
also useful for anyone who wants to learn how to design and implement database systems. It is
written in a simple, easy-to-read style and contains numerous example to illustrate database
concepts. It also contains exercises for practice.

ULASAN OLEH : NORJUNAINAH JURI
JUDUL : THE MAGIC OF THINKING BIG
PENERBIT : PTS PROFFESIONAL SDN
PENGARANG : DR. DAVID J. SCHWARTZ PH.D.
ISBN :

Buku ini merupakan penulisan Dr. David J. Schwartz seorang pakar motivasi yang menerangkan
kaedah-kaedah yang berguna seperti:
• Anda yakin, anda berjaya
• Pulihkan diri anda daripada penyakit takutkan kegagalan
• Kaedah berfikir dan bercita-cita kreatif
• Anda adalah produk pemikiran anda sendiri
• Jadikan sikap sebagai sekutu anda
• Cara berfikir secara positif
• Cara Mengubah kegagalan kepada kejayaan
• Manfaatkan pengalaman bagi membangunkan diri
• Cara berfikir seperti pemimpin

Berdasarkan kaedah yang diterangkan oleh penulis, berikut adalah ringkasan untuk beberapa
kaedah iaitu:

1) Anda yakin, anda berjaya yang mempunyai tiga (3) panduan memperoleh dan
menguatkan kuasa keyakinan iaitu:
• Fikirkan kejayaan
• Sentiasa ingatkan diri kita yang lebih hebat daripada yang kita sangka
• Fikirkan yang besar

2) Pulihkan diri anda daripada penyakit takutkan kegagalan yang mempunyai tiga cara
bagi menyembuhkan penyakit alasan kepintaran iaitu:
• Jangan sesekali memandang rendah pada kepintaran diri sendiri dan menganggar

kepintaran orang lain secara berlebihan
• Amalkan sikap positif di tempat kerja dan juga di rumah
• Berkemampuan berfikir adalah jauh lebih bernilai daripada kemampuan menghafal

fakta. Gunakan akal bagi mencipta dan membangunkan idea serta mencari yang
lebih baik untuk merealisasikan impian kita.

3) Cara berfikir seperti pemimpin mengisahkan prinsip-prinsip yang digunapakai.
Empat (4) prinsip kepimpinan yang mampu mendorong orang lain bekerja dengan lebih gigih
lagi iaitu :
• Selami fikiran orang yang ingin kita pengaruhi
• Fikirkan “cara berperikemanusiaan bagi mengendalikan hal ini?”
• Tumpukan fikiran, yakin dan bertindak demi mencapai kemajuan
• Luangkan masa berfikir sendirian dan bangunkan kekuatan mental yang mantap

Pembacaan buku mengisahkan motivasi akan mendorong seseorang berfikir dan berjiwa besar
untuk mendapatkan segala perkara yang diidamkan seperti harta, jaminan kewangan, kuasa dan
pengaruh pekerjaan yang ideal, hubungan yang membahagiakan hidup yang penuh keriangan
dan kenikmatan.

ULASAN OLEH : MOHAMAD SYAHRIL BIN MAT SAAD

JUDUL : JAVA – THE COMPLETE REFERENCE:

https://gfgc.kar.nic.in/sirmv-science/genericdochandler/138-a2973dc6-c024-4d81-be6d-5c3344

f232ce.pdf

PENERBIT : MC GRAW HILL

PENGARANG : HERBERT SCHILDT

ISBN :

Buku elektronik (E-Book) ini adalah buku ilmiah berkenaan dengan Bahasa Pengaturcaraan Java.
Di dalam buku ini menerangkan konsep – konsep yang akan digunakan di dalam Bahasa
Pengaturcaraan Java secara lengkap bermula daripada bagaimana sejarah JAVA, bagaimana
ianya berfungsi sehingga dapat membina sebuah program menggunakan bahasa
pengaturcaraan tersebut.

Di dalam buku ini juga menerangkan penggunaan JAVA secara lebih mendalam samada
menggunakan Command Line Interface mahupun secara Graphical User Interface.

Penerangan yang cukup lengkap dan sempurna bagi setiap struktur programming dengan
pemahaman yang agak mudah termasuk contoh yang diberikan bagi setiap tajuk yang terdapat
di dalam buku ini.

Buku ini lengkap dengan struktur, syntax dan logik bagi setiap bahasa pengaturcaraan Java yang
diperlukan bagi setiap yang mempelajari bahasa pengaturcaraan ini.
Buku ini juga disertakan sekali dengan paparan output bagi setiap contoh yang digunakan di
dalam buku ini bagi memudahkan pembaca boleh menjangkakan output bagi setiap baris
bahasa pengaturcaraan tersebut.

ULASAN OLEH : SITI SANISAH BINTI HUSAINI
JUDUL : ROTI, KEK DAN PASTRY
PENERBIT : UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD
PENGARANG : NORANI SIDEK
ISBN :

Pernah mencuba tetapi gagal? Buat kek, kek bantat, buat roti, roti tak naik, buat biskut, biskut
kembang takde bentuk atau buat pastry kulit nye hancur? Usah risau atau bimbang buku ini
menyediakan bnyak resepi yang telah diuji dan produknya menjadi. Resepi-resepi yang
dikemukakan terhasil daripada gabungan penulis dan rujukan mendalam yang kemudiannya
diubahsuai. Jadi anda tidak perlu risau dan ragu sama ada produk anda tidak menjadi apabila
meencuba resepi-resepi di dalam buku ini.

Selain resepi, buku ini juga mengandungi panduan lengkap dan juga tips memasak roti, kek dan
pastri. Bagi bahan-bahan yang yang sukar diperoleh buku ini mencadangkan bahan-bahan
tempatan yang mudah didapati. Buku ini juga menerangkan tentang kesalahan-kesalahan yang
biasa dilakukan sehingga menyebabkan masakan anda tidak menjadi dan cara-cara
mengatasinya. Sebagai tambahan buku ini turut memuatkan cara-cara menghias kek melalui
gambar yang menarik, menyediakan sos manis, biskut dan aiskrim.

Buku ini tebaik bagi sesiapa yang baru berjinak-jinak dalam bidang pembuatan roti, kek dan
pastri. Buku ini amatla sesuai untuk para pelajar SPK di kolej komuniti terutama Kolej Komuniti
Pasir Salak.

ULASAN OLEH : AISHAH BINTI MOHD MARSIN
JUDUL : SANG KANCIL DAN SANG GAJAH
PENERBIT : ANYFLIP (HTTPS://ANYFLIP.COM/RTYC/CAZH)
PENGARANG : SALIZA
ISBN :

Cerita ini mengisahkan sang kancil dan sang gajah. Perkara yang menarik mengenai cerita ini,
penulis telah membuat dua plot penceritaan bagi memberikan pengajaran yang baik kepada
kanak-kanak. Plot penceritaan bermula dengan sang kancil yang tiba-tiba telah terjatuh ke
dalam jurang yang sangat dalam. Dalam kesusahan mencari jalan untuk keluar, tiba-tiba
datanglah seekor gajah kesitu. Bagi penceritaan plot 1 mengisahkan kancil memperdayakan si
gajah bagi kesenangan diri sendir dan menyusahkan gajah manakala penulis menceritakan
bahawa si gajah sangat dungu dan hanya menurut kata si kancil. Pengajaran dari plot 1 sangat
tidak baik untuk diikuti oleh kanak-kanak kerana menipu dan hanya menurut sahaja kata-kata
orang lain tanpa berfikir itu adalah salah. Maka penulis pun cuba mengulangi penceritaannya
dengan memberikan plot kedua. Plot kedua menceritakan kancil meminta tolong kepada si
gajah dan berjanji akan memberikan hadiah sekiranya gajah dapat membantunya keluar dari
jurang tersebut. Dan di plot kedua menunjukkan pengajaran yang baik dimana kita perlu
berbuat baik setelah seseorang membantu kita didalam kesusahan dan kita perlu menolong
seseorang yang didalam kesusahan.

ULASAN OLEH : WAN SYAKIRAH BINTI WAN ANWAR
JUDUL : MAKANAN DAN KHASIATNYA
PENERBIT : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA KUALA LUMPUR 2002
PENGARANG : SAFIAN SULAIMAN
ISBN :

Buku ini mendedahkan tentang kepelbagaian jenis kekacang yang terdapat di negara ini berserta
khasiat yang terkandung didalamnya serta kegunaannya didalam industri makanan. Sesetengah
daripadanya sesuai digunakan sebagai sayur-sayuran seperti kacang panjang dan kacang botol.
Kekacang juga kaya dengan kandungan zat protein dan karbohidrat. Zat protein adalah nutrisi
yang penting dalam pertumbuhan dan pembinaan tubuh badan. Kacang tanah sering dijadikan
sebagai makanan ringan yang amat digemari. Ia mengandungi kandungan zat minyak dan
protein yang tinggi. Pokok kacang tanah merupakan sejenis tumbuhan kecil dan buahnya
membesar didalam tanah selepas beberapa bulan penanaman. Terdapat pelbagai hasilan
daripada kacang tanah antaranya minyak masak dan marjerin. Selain daripada itu, kacang soya
juga antara kekacang yang tinggi dengan zat minyak dan protein. Buah kacang soya boleh
dipetik ketika berusia 80-110 hari selepas penanaman. Kacang soya boleh diproses dan
menghasilkan beberapa produk makanan yang kini terdapat di pasaran. Antaranya ialah tempe,
tauhu dan susu kacang soya. Tambahan lagi, kacang hijau merupakan kekacang yang sangat
tinggi kandungan karbohidrat berbanding kekacang yang lain. Biji benih kacang hijau boleh
dicambah untuk menghasilkan sayur taugeh. Kacang hijau seringkali digunakan sebagai pencuci
mulut seperti bubur kacang atau kuih kacang hijau. Pokok kacang hijau dicambah melalui benih
nya dan bunga muncul selepas 30-40 hari selepas penanaman. Buah kacang hijau boleh dipetik
kira-kira sebulan selepas berbunga.

ULASAN OLEH : NOORHASIAWATI BINTI HARON
JUDUL : DUDA PUJAAN DARA
PENERBIT : FAJAR PAKEER
PENGARANG : HANNY ESANDRA
ISBN :

Duda Duda Pujaan Dara. Wow, ada ke orang nak baca buku macam ni? Ya ada iaitu saya. Tapi
bagaimana? Semua berpunca dari tontonan siri drama yang ditayangkan di televisyen. Buku ini
adalah buku bergenre novel. Novel yang berkisarkan percintaan, keluarga, anak, rakan, ibu
bapa, pejabat, kehidupan dan lain-lain lagi.

Bagaimana seorang gadis bernama Ainee Marwah, terjatuh cinta pandang pertama terhadap
seorang lelaki berstatus duda anak satu, Tengku Razeen. Tengku Razeen adalah bos di tempat
kerja Ainee Marwah.

Ainee Marwah adalah seorang anak gadis yang tergedik-gedik mahukan cinta seorang duda.
Jatuh cinta, mana boleh ditahan-tahan. Bermulalah kisah perjalanan bagaimana Ainee Marwah
cuba mendapatkan perhatian dan memikat Tengku Razeen.

Tanpa Ainee Marwah sedar, rupanya dia telah terlebih dahulu mengenali anak Tengku Razeen
tanpa sengaja. Pertemuan tanpa sengaja itu adalah pertemuan yang tidak indah. Jadi ianya
menuntut Ainee Marwah untuk berusaha lebih keras bagi memenangi hati anak si duda juga.
Cabaran tiba apabila rupanya Tengku Razeen mempunyai kekasih hati iaitu Dora. Dora seorang
yang cantik dan manja. Ainee Marwah hampir putus asa, tetapi demi cinta sejati terhadap si
duda dia tetap berusaha memenangi hati Tengku Razeen dan anaknya.

Walaupun Ainee Marwah seorang yang gedik tak boleh bawa bincang, tetapi dia mempunyai
hati yang baik, suci, ikhlas dan seorang yang jujur.

Dapatkah Ainee Marwah memiliki cinta si duda? Jom dapatkan novel ini dan baca bersama.

ULASAN OLEH : SHAHRIL HASFIZUL BIN SHAHUDIN
JUDUL : PENDIAM?
PENERBIT : IMAN PUBLICATION
PENGARANG : AIMAN AMRI & AQILA MASRI
ISBN :

Buku ini merupakan sebuah karya inspirasi dan boleh juga dikatakan di bawah tema psikologi.
Secara ringkasnya penulis ingin mengetengahkan golongan introvert dalam masyarakat kita.
Adakah golongan extravert lebih baik daripada introvert? Itulah perbincangan dalam buku ini.
Secara kesimpulannya meraikan perbezaan adalah satu jalan supaya semua golongan dalam
duduk bersama tanpa mengambil kira anda berada di golongan mana. Penulis cuba mmberi
kefahaman kepada masyarakat untuk mengenali golongan introvert ini dan mengenalpasti
potensi introvert dalam diri.

ULASAN OLEH : ROZIAH BINTI ISMAIL
JUDUL : UNGU KARMILA
PENERBIT : ALAF DUA PULUH SATU SDN. BHD.
PENGARANG : RAMLEE AWANG MURSHID
ISBN :

Pengarang novel ini menggarap 4 plot watak yang berlainan latar belakang dengan kedudukan
berjauhan antara satu sama lain. Kesemua watak dalam ke empat-empat plot ini akhirnya di
satukan di Villa Sunyi, Puncak Rimba yang terletak di Cameron Highland. Pengarang cuba
membuai fikiran pembaca dengan mengaitkan kisah Ungu Karmila ini dengan unsur-unsur
mistik dengan watak yang dibawa oleh sekumpulan pengkaji paranormal amatur.

Kesemua watak dalam plot cerita ada saling berhubung kait walaupun pada pemulaan cerita
seolah-olah mereka ini saling tidak mengenali. Kehadiran mereka di Vila Sunyi ini dengan
matlamat dan alasan yang berbeza. Pertemuan watak-watak ini di Villa Sunyi telah menemukan
mereka dengan perkara-perkara “mistik”. Akhirnya misteri Villa Sunyi yang dikaitkan dengan
unsur-unsur mistik dimana sesiapa sahaja yang terkurung dalam Villa Sunyi dirasuk dan
diganggu dengan pelbagai rupa jelmaan yang menyebabkan mereka berhalusinasi dan akhirnya
membawa kepada kematian seorang demi seorang.

Misteri rasukan ini adalah sebenarnya datang dari bunga Ungu Karmila yang dihasilkan oleh
tuan empunya Villa Sunyi yang mempunyai minat dalam bidang bioteknologi yang mempunyai
cita-cita untuk mencipta sepsis bunga-bungaan baharu. Beliau telah menemui sejenis bungaan
hutan yang berbunga dan telah mengkacukkannya dengan Bunga Ros. Hasil dari kacukan ini
telah mengeluarkan yang berwarna Ungu yang mempunyai pokok berduri. Debunga dan duri

dari Ungu Karmila ini merupakan bahan beracun yang mengakibatkan sesiapa sahaja yang
menghidu debunga dan tertusuk duri dari pokoknya akan berhalusinasi yang mengakibatkan
kehilangan nyawa.

Secara keseluruhannya, Pengarang berjaya membuat pembaca untuk terus membaca hasil
karyanya kerana perasaan ingin tahu dan seterusnya mengetahui kesudahan cerita. Penggunaan
bahasa mudah difahami dan narration yang tidak berselirat.

ULASAN OLEH : SULAIHAH BINTI DOLLAH
JUDUL : CALL UPON HIM
PENERBIT : IMAN PUBLICATION
PENGARANG : MIZI WAHID
ISBN :

Buku Call Upon Him merupakan buku motivasi keagamaan yang membincangkan langkah-
langkah dan panduan untuk mengukuhkan kepercayaan kita kepada Allah melalui doa-doa yang
dipanjatkan kepada-Nya. Buku ini mengajak pembaca untuk refleksi kendiri seandainya ada doa
yang masih belum dimakbulkan oleh Allah. Panduan dan adab ketika berdoa diterangkan
kepada pembaca.

Antara langkah-langkah yang diajar adalah:
Menjadikan doa sebagai amalan harian
Tidak jemu dalam berdoa walaupon masih belum diperkenankan
Mulakan doa dengan pujian kepada Allah dan Nabi Muhammad SAW
Berdoa kepada Allah dengan mengunakan asma-ul-husna
Berdoa pada waktu mustajab doa seperti pada waktu 1/3 malam terakhir, pada hari jumaat,
ketika sujud, ketika bermusafir, ketika hujan dan ketika dizalimi.
Mendoakan orang lain
Berdoa dengan suara yang lembut
Berusaha untuk mencapai apa yang dihajatkan
Percaya doa yang dipanjatkan akan diperkenankan oleh Allah
Sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah
Sentiasa memuji Allah dan bertakwa kepada Allah

Menerima apa sahaja yang Allah takdirkan kerana hanya Allah yang mengetahui apa yang
terbaik untuk hamba-Nya

Buku ini juga berkongsi doa-doa yang dihimpunkan dari. Al-Quran dan Sunnah untuk dijadikan
amalan oleh pembaca. Selain itu, buku ini menasihatkan pembaca agar sentiasa bersabar dan
percaya kepada Allah dan tidak berputus asa dalam berdoa.

ULASAN OLEH : RADEN SITI HAWA BINTI RADEN MOKHTAR
JUDUL : WORKPLACE MENTAL HEALTH
PENERBIT : MOOD DISORDERS SOCIETY OF CANADA (2018)
PENGARANG :
ISBN :

Buku ini membincangkan mengenai kesihatan mental di tempat kerja, khususnya depresi
(depression) dan kebimbangan (anxiety). Ramai pekerja mengalami masalah kesihatan mental
tanpa disedari. Namun, tidak semua pekerja yang mengalami masalah ini mendapatkan
pertolongan psikologikal disebabkan faktor tertentu seperti mengandaikan bahawa mereka
akan pulih dengan sendirinya, malah ada yang tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya
mengalami masalah kesihatan mental.

Isu kesihatan mental perlu diberi perhatian kerana ia boleh mendatangkan kesan yang buruk
dalam jangka masa pendek mahupun panjang. Berdasarkan kajian yang terkandung di dalam
buku ini turut menemukan bahawa kesan buruk yang mungkin berlaku kepada seseorang
pekerja yang mengalami simptom masalah kesihatan mental berpanjangan boleh menjejaskan
hubungan keluarga dan persahabatan, menyekat kualiti dan perkembangan kerjaya,
menjejaskan kesihatan fizikal, penyalahgunaan dadah, penderitaan mental berterusan dan
paling membimbangkan adalah keinginan untuk membunuh diri.

Di samping itu, buku ini menekankan bahawa simptom masalah kesihatan mental adalah suatu
petanda yang perlu disedari kehadirannya oleh diri sendiri atau ahli di dalam sesebuah komuniti
, contohnya komuniti tempat kerja. Bagi masalah depression dan anxiety, simptom utama yang
sering muncul adalah dari sudut kognitif ataupun pemikiran, antaranya sukar memberikan

tumpuan, sukar mengingati informasi, sukar berfikir secara kreatif dan kritis, serta sentiasa
berasa risau terhadap pekerjaan sehingga mengganggu kehidupan seharian walaupun bukan
pada masa bekerja.

Mewujudkan suasana sihat mental di tempat kerja amat penting antaranya saling hormat antara
satu sama lain, sokongan psikologikal dan sosial, rakan sekerja dan ketua yang prihatin, beban
kerja (workload) yang tidak membebankan, keseimbangan antara kerja dan kehidupan seharian
serta polisi perlindungan psikologi (anti-buli, anti-gangguan) dan promosi kesihatan mental.

Saya turut tertarik dengan langkah pencegahan yang diketengahkan di dalam buku ini iaitu
berkaitan dengan penyemakan deskripsi tugas atau skop tugas seseorang pekerja. Tugas yang
diberikan perlulah mengikut keutamaan tugas hakiki seseorang dan dinilaikan dengan
kewajaran tugas tambahan yang tidak membenakan dan sehingga menjejaskan kesihatan menta
l pekerja.

Sebagai seorang pembaca, saya menyokong apa yang ditekankan oleh penulis bahawa apabila
pekerja diberi beban melampau batas tanpa ada sokongan pihak organisasi menyumbang
kepada terjejasnya keadaan mental seseorang pekerja. Sikap majikan tidak menjaga kebajikan
dan persekitaran kerja negatif pula boleh menyebabkan pekerjanya cenderung mengalami
penyakit mental seperti kebimbangan, kemurungan dan kelesuan emosi yang kemudiannya
memaksa mereka mengambil jalan singkat dengan membunuh diri.

Kesimpulannya, pencapaian sasaran kerja tanpa menghiraukan faktor kesihatan mental boleh
menjejaskan kualiti kehidupan seseorang. Setiap organisasi perlu mengambil cakna isu
kesihatan mental di tempat kerja. Ia dilihat sebagai isu global yang memberi impak besar

terhadap produktiviti organisasi. Justeru, setiap majikan perlu menyediakan langkah berkesan
untuk menangani masalah kesihatan mental di tempat kerja. Jika gagal, ia akan merugikan
organisasi kerana masalah kesihatan mental di tempat kerja ibarat pembunuh senyap kepada
tenaga kerja berkualiti.

ULASAN OLEH : HASLISURIA BINTI HANAPI
JUDUL : DI RAHANG SUMPAH
PENERBIT : CREATIVE ENTERPRISE SDN. BHD
PENGARANG : ABDUL TALIB MOHD HASSAN
ISBN :

Novel ini dikeluarkan pada tahun 1992. Sepertinya ia adalah novel yang agak usang
memandangkan sekarang adalah pada tahun 2021. Satu-satunya novel yang sangat saya kagumi
dan kemas di ingatan sehingga usia saya yang telah menjadi matang.

Kisah seorang pemuda yang mempunyai pemikiran yang moden dan terbuka dan meringankan
soal iman di dada. Tersepit dalam mencapai wasiat ayahnya atau perasaan dirinya sendiri yang
telah menyukai wanita tanpa dirancang. Adapun wasiat sang ayah yang begitu misteri telah
membuatkan pemuda ini menempuh berbagai halangan, cabaran dan dugaan yang akhirnya
terjawab persoalan yang tersembunyi. Sepertinya sang ayah telah merancang dengan baik agar
anaknya yang telah lari dari landasan agama kembali ke jalan yang diredhai.

Novel ini juga menyelitkan suasana alam fantasi dan misteri termasuklah teka-teki. Tidak
ketinggalan penerapan persoalan yang perlu dirungkaikan. Malah cerita ini memperlihatkan
kasih seorang ayah berkenaan kehidupan anaknya. Tidak ketinggalan terdapat juga penerapan
nilai-nilai kemanusiaan yang murni dalam hidup.

Novel ini sangat menarik dan jalan penceritaan juga sangat jelas. Biarpun boleh diduga apakah
pengakhiran ceritanya tetapi halangan dan cabaran yang di hadapi membuatkan hati untuk
terus membaca dan menamatkan pembacaan yang berkobar di hati.

ULASAN OLEH : JALANI BIN JASA
JUDUL : PADI BERBUAH EMAS DAN CERITA-CERITA LAIN
PENERBIT : PTS JUNIOR
PENGARANG :
ISBN :

Buku bacaan yang sesuai utk kanak-kanak tahap 1 (darjah 1-3). Ini kerana setiap suku kata
dalam buku ini akan diwarnakan bagi memudahkan kanak-kanak untuk menyebutnya. Buku ini
mempunyai gambar yang menarik dengan tulisan yang besar.

Apa yang lebih menarik, terdapat perkataan-perkataan tertentu dalam cerita ini diterjemahkan
dalam bahasa arab, bahasa inggeris dan tulisan jawi. Secara tidak langsung, kanak-kanak dapat
menambah kosa kata dalam tiga bahasa.

Buku ini mempunyai 72 muka surat yang mengandungi empat tajuk berbeza iaitu
Padi Berbunga Emas,
Tuah Awang
Raja Diperdaya Burung Pipit
Pengembala yang Tamak

Padi Berbunga Emas ini menceritakan tentang seorang pesawah padi yang sangat rajin. Namun
begitu, apabila tiba masa padi masak, banyak burung-burung yang datang memakan padi
tersebut.

Ini menyebabkan pesawah ini menjadi marah lalu mengambil tindakan mengusir burung-burung
tersebut dengan cara melastik.

Sesuatu telah terjadi kepada pesawah ini yang menyebabkan beliau berubah sikap.

Ingin tau apa yang terjadi kepada pesawah ini, jangan lupa dapatkan buku ini dan lain-lain siri di
kedai buku berdekatan atau beli secara dalam talian.

ULASAN OLEH : RAS ADIBA BINTI HASANUDDIN
JUDUL : NOVEL AD+IZ
PENERBIT : KAKI NOVEL
PENGARANG : EURY ATHENA
ISBN :

Adrianna Mayesa (Ad), si tukang jahit yang rela berkorban demi keluarga tirinya. Walaupun
dirinya tidak dihargai dan sering dipergunakan, namun itulah keluarganya semenjak ibunya
meninggal dunia. Apatah lagi dia tidak pernah mengenali ayah kandungnya.

Takdir hidup menemukannya dengan Tengku Farriel Izumi (Iz) melalui satu salah faham. Dia yang
pada asalnya diupah untuk menyamar sebagai kekasih Iz telah menjadi isteri akibat desakan
Nenda Nerrisa. Setelah bergelar suami dan isteri, barulah Iz mengecam Ad, si tomboy yang
pernah menjadi seterunya ketika di zaman persekolahan dahulu.

Maka, hiduplah mereka dengan pelbagai syarat dan perjanjian. Masing-masing menyakiti hati
masing-masing. Ad dikehendaki menyambung pelajaran supaya setaraf dengan Iz yang
berpelajaran tinggi. Manakala Iz dikehendaki mengurangkan saiz badannya daripada XL kepada
M, supaya sepadan digandingkan dengan Ad yang slim.

Setelah menempuh hidup bersama, cinta pun mula memekar di taman hati masing-masing. Ini
membuatkan Iz keliru di antara cintanya terhadap Ad atau Marina, pujaan hatinya selama ini.
Kemunculan Tengku Ihsan, sepupu Iz a.k.a. playboy diraja telah mencabar ego Iz sebagai suami
Ad kerana Ihsan terang-terangan cuba mencuri hati Ad.

Demi harta, Tengku Faris (papa Iz) tegar berkomplot dengan Mak Cik Midah (emak tiri Ad) untuk
memisahkan Ad dan Iz. Dia mahu Iz mengahwini Marina yang berstatus jutawan.

Akibat komplot itu, sebuah rahsia yang tersimpan kemas selama ini pecah jua akhirnya.


Click to View FlipBook Version