The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOMPILASI ULASAN BUKU
Program KKPS Virtual Fun Read 2021
Anjuran : Perpustakaan Kolej Komuniti Pasir Salak

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pustakakkps, 2021-05-06 02:49:34

KOMPILASI ULASAN BUKU

KOMPILASI ULASAN BUKU
Program KKPS Virtual Fun Read 2021
Anjuran : Perpustakaan Kolej Komuniti Pasir Salak

ULASAN OLEH : AZIRINE BINTI ABDUL AZIZ
JUDUL : KECEMERLANGAN DALAM PENGUCAPAN AWAM
PENERBIT : UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD
PENGARANG : SUPYAN HUSSIN & AZHAR JALUDIN
ISBN :

Buku ini menyentuh sebelas elemen penting dalam pengucapan awam iaitu kemahiran
pengucapan awam, penceramah, hadirin, topik, persediaan, penyampaian, bahasa, penampilan
diri, alat pandang dengar, berucap dengan yakin dan senarai semak. Huraian tentang setiap
elemen dijelaskan mengikut bab. Penulis buku ini jelas sekali mahir dalam bidang komunikasi
umumnya dan pengucapan awam khasnya. Perkara atau isu yang diketengahkan penulis adalah
sangat dekat dengan masyarakat. Bahasa yang digunakan sangat mudah untuk difahami dan
contoh-contoh yang diberikan juga relevan dengan keadaan tertentu yang sering dihadapi oleh
masyarakat kita.

Penulis juga banyak menyentuh tentang etika, moral dan akhlak dalam pengucapan awam yang
sering menjadi perhatian hadirin sepanjang pengucapan berlangsung. “The beauty is in the eye
of the beholder” merupakan pepatah inggeris yang di petik oleh penulis dan maksudnya diolah
dengan menyeluruh dalam bahasa yang mudah difahami oleh pembaca. Petikan pepatah ini
melekat dihati saya sehingga ke hari ini kerana ianya begitu indah dan membawa maksud yang
begitu mendalam sehingga menyentuh jiwa saya.

Buku ini sesuai untuk pembaca yang baru berjinak-jinak dalam bidang pengucapan awam. Ianya
juga sesuai untuk pembacaan semua peringkat umur. Kandungannya sangat bagus kerana apa
yang disampaikan penulis adalah berdasarkan pengalaman beliau sendiri dalam bidang ini
secara langsung.

Kelebihan buku ini adalah, ianya bukan sahaja memaparkan teori dan prinsip-prinsip dalam
pengucapan awam malah membekalkan panduan praktikal yang berasaskan pengalaman
penulis sendiri mengendalikan bengkel dan kursus.

Buku ini begitu istimewa kepada saya kerana penulis turut berkongsi bahan bacaan, dokumen-
dokumen dan laman web yang berkaitan untuk lebih mendalami ilmu pengucapan awam secara
langsung. Penulis tidak lokek berkongsi tips-tips dan juga perkara-perkara yang perlu diberi
perhatian sebelum, semasa dan selepas pengucapan awam.

Akhir sekali, walaupun buku ini sudah lama cetakannya tetapi kandungannya masih relevan
digunakan sehingga sekarang.

KATEGORI :

PELAJAR

ULASAN OLEH : NUR AZRIN BINTI MAT RODHI
JUDUL : SALINA
PENERBIT :
PENGARANG :
ISBN :

Pertama kali sebelum saya menceritakan ulasan,saya ingin memperkenalkan diri saya,saya Nur
Azrin yang mengambil Kursus Teknologi Maklumat Seterusnya, saya ingin memberitahu kepada
tuan/puan serba sedikit tentang novel yang saya pilih untuk dijadikan bahan ulasan.Novel Salina
ini merupakan hasil karya daripada A.Samad Said.Beliau merupakan seorang penulis yang
terkenal dengan karyanya yang mempunyai nilai yang tinggi.Novel ini mengisahkan tentang
keadaan atau kehidupan masyarakat selepas perang dunia kedua.

Kisah dalam novel ini juga banyak menyentuh perasaan. Contohnya, Nadihah yang
dipaksa oleh ibu tirinya untuk menjadi pelayan tanpa kemahuannya. Ini disebabkan Sunarto
gagal memberikan wang perbelanjaan yang cukup kepada Zarina. Walaupun Sunarto sering
dihalau di hadapan penduduk kampung berkali-kali, Sunarto enggan keluar daripada rumah
kerana dia tidak mahu meninggalkan Nadihah yang sering di usik oleh Abdul Fakar. Abdul Fakar
pernah membuat perkara sumbang terhadap Nadihah. Namun, Salina tidak mengetahuinya,
begitu juga dengan Zarina, ibu tiri Nadihah. Hilmy kemudiannya jatuh cinta terhadap Nadihah
semasa dia mengikuti kursus latihan tentera. Mereka jatuh cinta apabila sering berbalas surat.
Hilmy meminta Nadihah membacakan surat untuk ibunya kerana ibu Hilmy buta huruf.

Berdasarkan novel Salina ini, golongan atasan atau golongan kaya dilihat cuba menindas
golongan bawahan atau golongan miskin ini ekoran Perang Dunia Kedua yang berlaku tersebut.

Penindasan ini berlaku disebabkan sikap penting diri atau tamak serta ingin hidup dalam
kesenangan yang mahu dikecapi oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Dengan ini, saya akhiri ulasan saya dengan ucapan terima kasih kerana sudi membaca ulasan
saya yang tidak seberapa ini.

Sekian terima kasih.

ULASAN OLEH : NURATIKAH NASUHA BINTI ZULKEFLEE
JUDUL : WISHLIST
PENERBIT : PENULISAN 2U
PENGARANG : SYAMNURIEZMIL
ISBN :

Bermula di sini…. Novel wishlish ini mengenai perjalanan safa auliya untuk tunaikan lima senarai
wishlist yang ditinggalkan oleh Umar Wajdi. Auliya dan Umar Wajdi sudah berkawan baik
selama sepuluh tahun. Mereka saling suka sama suka tapi tidak beranikan diri untuk meluahkan
sehingga selepas 10 tahun Umar sudah bersedia untuk melamar Safa. Setelah Safa dan Umar
sudah merancang perkahwinan mereka, tapi semua tu tak sempat dilaksanakan apabila
mengetahui Umar meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Hancur luluh hati Safa Auliya
apabila impiannya itu... Tidak kesampaian. Safa berjanji pada diri sendiri, dia akan laksanakan
misi wishlisht apabila berjumpa lelaki yg muka seiras Umar Wajdi dan muncullah Zahier Adam.
Rupa lelaki itu mirip sangat dengan Umar Wajdi. Tersentak emosinya saat itu. Dan di situlah
menjadi titik persahabatan mereka. Titik di mana bermulanya Safa Auliya mengajak Zakhry
Adam sama-sama menyempurnakan wish list Umar Wajdi.Bermulalah hubungan yang macam
taufan tsunami. Ada je yang tak kena antara Safa dan Zahier adam. semuanya gara-gara salah
faham dalam kerja sebelum ini. Tapi kerana munculnya Zahier adam ini jugalah si Safa ini
berjaya menunaikan semua wish list yang dibuat oleh lelaki yang dicintai Safa serta berbaik
semula dengan ayah dan family tiri Safa. Kawan baik Safa si Ummi pun berjaya buat jalan cerita
ini jadi menarik. Walaupun kawan baik tak semestinya kena setuju dengan semua perkara
tambah kalau perkara itu salah. Novel ini recommended buat readers yang sukakan novel yang
panjang jalan penceritaannya dan penuh dengan konflik.

ULASAN OLEH : MUHAMMAD HADI HAKIMI BIN ABDUL RAZAK
JUDUL : BAYANGAN CLARISSA
PENERBIT : LEJEN PRESS
PENGARANG : AHMAD AKMAL AZMAN
ISBN :

Bayangan clarissa ini menceritrakan tentang seorang budak yang mempunyai dua adik beradik
kembar dan salah satu adik beradik telah dibunuh dengan kejam oleh lelaki yang disorokkan
identiti, selepas 2 tahun clarissa (yang telah mati) mengacau semua orang dengan menghantar
email yang agak seram dan membunuh ramai orang demi membalas dendam kepada lelaki
tersebut yang telah membunuhnya dengan kejam semasa clarissa kecil.

ULASAN OLEH : MOHAMED THASLIM BIN ABDUL GANI
JUDUL : AFANTI
PENERBIT : FUJIAN ENTERPRISE
PENGARANG :
ISBN :

Buku ini memilih kisah-kisah Afanti yang lucu dan membuat orang tidak dapat menahan ketawa.
Afanti ini mahir dengan menyelesaikan masalah yang dikemukakan oleh pengusaha itu. Afanti
dan keldai juga akan membantu orang miskin yang berada dalam kesusahan.

Dalam buku ini menceritakan sesuatu yang sangat penting iaitu membantu orang-orang susah.
Ini adalah satu benda yang penting kerana membantu adalah satu perkara yang baik dan semua
perlu mengamalkan perkara tersebut.


Click to View FlipBook Version