i
Aku Terima....Nikahnya @ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri • Terbitan Pertama : Oktober 2023 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan daripada buku ini termasuk artikel, ilutrasi dan fotokopi dalam apa-apa jua bentuk dan cara sekalipun samada fotokopi, mekanikal, rakaman, elektronik atau cara-cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis daripada PUSTAKA CAHAYA KASTURI. Sebuah Karya Terbitan:
Mukadimah iv Isu dan Polemik 1 Galakan Berkahwin 3 Perbahasan Lafaz Nikah (Sighah Ijab dan Qabul) 8 Hikmah Lafaz Nikah (Sighah Ijab dan Qabul) 12 Fiqh Muqaran Khusus Berkenaan Lafaz Qabul (Penerimaan) 14 Fiqh al-Syafi’i 18 Tarjih dan Pandangan Terpilih 38 Fatwa-Fatwa 41 Hadith Sahl bin Sa’d R.A 42 Berinteraksi dengan Khilaf 46 Adab dalam Perkara Khilaf 48 Ucapan Tahniah dan Pesanan 56 Penutup 63 Isi Kandungan
MUKADIMAH ُ ُه َ ، وَنُع ُوذ ُُه َ ، وَن ْسَتْغِفر َِّه َ، ن ْحَمُدُه َ ، وَن ْسَتِعين ن َ الح ْمَد لل إِ َّ َُّه َ ْه ِدِه الل َ َ ا، م ْن ي َِّئ ِ ات َأ ْعَم ِالن َا، َوَسي ُ ِور َأْنُف ِسن َِّه ِ م ْن ُشر ِبالل َُه، َ وَأ ْشَه ُد َأ ْن َ ال ُ ْضِل ْل َ ف َال َ ه ِاد َي ل َُه َ، وَم ْن ي ل ل َّ َف َال ُ م ِض ْ ُدُه َّمداً َ عب ن ُ م َح َُه، َوَأ ْشَه ُد َأ َّ َُّه َ و ْحَدُه َ ال َ شِر َ يك ل ال الل ََه إِ َّ إِل ُُه. َ ُسول َور َّ ُن ُوت م َ َا ت ل َ َاتِهِۦ و ق ُ َّ ت َق ََّ ح ْ ٱهَّلل ُوا ق َّ ْ ٱت ُوا ن َ َام َ ء ِذين َّ َا ٱل ه ُّ ي َ ٰٓأ َ ي ١٠٢ َ ُون ۡ لِم ُّس ُم م نت َ أ َ ا و َّ ل ِ إ ٖس ۡ ف َّ ِن ن ّ ُ م م َك ق َ ل َ ِذي خ َّ ُ ٱل ُ م َّك ب َ ر ْ ُوا ق َّ ُ ٱت َّاس َا ٱلن ه ُّ ي َ ٰٓأ َ ي ٗا ِير ث َ ا ك ٗ َال ِج َا ر ُم ه ۡ َّ ِ من َث ب َ َا و َه ۡج و َ َا ز ه ۡ َ ِ من ق َ ل َ َخ ةٖ و َ ٰ ِحد َ ََّ و َّ ٱهَّلل ِن إ ۚ َ َام ۡح ر َ أ ۡ َٱل ِهِۦ و َ ب ُون ل َ ء ٓ ا َ س َ ِذي ت َّ ََّ ٱل ْ ٱهَّلل ُوا ق َّ َٱت و ۚ ٗ ء ٓ ا َ نِس َ و ا ١ ٗ قِيب َ ۡ ر ُ م ۡك ي َ ل َ َ ع َان ك ا ٧٠ ٗ َ ِديد ا س ٗ ل ۡ و َ ق ْ وا ُ ُول ق َ ََّ و ْ ٱهَّلل ُوا ق َّ ْ ٱت ُوا ن َ َام َ ء ِذين َّ َا ٱل ه ُّ ي َ ٰٓأ َ ي َن َم و ۗ ۡ ُ م َك ُوب ن ُ ۡ ذ ُ م َك ۡ ل ِر ف ۡ غ َ ي َ ۡ و ُ م َك ٰل َ ۡم ع َ ۡ أ ُ م َك ۡ ل ۡ لِح ُص ي ا ٧١ ً ِظيم َ ًا ع ۡز و َ َ ف َاز ۡ ف د َ ق َ ُۥ ف ه َ ُول َس َر ََّ و ِطِع ٱهَّلل ُ ي iv
v A lhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan. Kami mulakan dengan firman Allah SWT: ى ٰ َ نث ُ أ ۡ َٱل َ و ر َ ك َّ ِن ٱلذ ۡ ي َ ۡج و َّ َ ٱلز ق َ ل َ ُۥ خ ه َّ ن َ أ َ و Maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan – lelaki dan perempuan.” (Surah al-Najm: 45) Yakni Allah SWT menciptakan setiap daripada makhluk itu termasuklah haiwan, berpasangpasangan yang terdiri daripada lelaki dan perempuan, atau jantan dan betina. (Lihat Ruh al-Ma‘ani, 14/68) Kita sendiri dapat melihat bagaimana sebaik-baik manusia, yakni para rasul dan anbiya’ juga turut mengahwini wanita-wanita
vi dan tidak mengamalkan hidup membujang. Hal ini secara jelas mengangkat martabat perkahwinan itu sendiri sebagai sunnah para rasul dan nabi terdahulu. Perkara ini dirakamkan oleh Allah SWT di dalam firmanNya: ٗ ا ٰج َ ۡو ز َ ۡ أ ُم ه َ َا ل ن ۡ ل َ َع َج َ و لِك ۡ ب َ ِن ق ّ ٗا م ل ُ ُس َا ر ن ۡ َل ۡس ر َ ۡ أ د َ ق َ ل َ ٗ و ة َّ ِي ّ ر ُ َذ و Maksudnya:“Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul sebelum kamu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan.” (Surah al-Ra‘d: 38) Firman Allah SWT dalam ayat yang lain: ا ٗ لِيظ َ ًا غ ٰق َ ِيث ّ ُ م م َ ِ منك ن ۡ َذ خ َ أ َ و Maksudnya: “Dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?” (Surah al-Nisa’: 21)
vii Oleh yang demikian, seseorang yang melangkahkan kaki dalam alam berumahtangga perlu tahu bahawa Allah SWT tidak mengangkat martabat sesuatu itu melainkan padanya kebaikan serta kelebihan, dan keduanya bergerak seiring dengan tanggungjawab yang wajib digalas oleh setiap pasangan. Sesungguhnya, buku yang kecil ini ditajukkan dengan Aku Terima…Nikahnya adalah semata-mata untuk memberi pencerahan dengan lebih mendalam lagi yang terkait dengan sighah ijab dan qabul.
Hal ini amat perlu ditekuni dan diperhalusi agar difahami dengan sebaik mungkin oleh umat Islam dan masyarakatnya supaya tidak lagi timbul kekeliruan serta salah sangka. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua. Sekian. Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri 5 Rabiul Akhir 1445 H bersamaan 20 Oktober 2023 M. viii
ISU DAN POLEMIK P ada awal dan pertengahan Oktober 2023, pasangan artis veteran telah dikahwinkan oleh Sahibus Samahah Datuk Mufti Perlis. Kemudian, selepas itu ia menjadi satu polemik di kalangan sebahagian para ulama berkenaan dengan sighah atau lafaz qabul yang diucapkan oleh Saudara Sabri Yunus itu. Kami kemudian ditanya berhubung persoalan: “Adakah sah sebuah perkahwinan ketika akad nikah, pengantin lelaki hanya menjawab “Aku terima” sahaja tanpa menyebutkan perkataan nikah? Hal ini kerana telah viral isu dua artis veteran terkenal telah berkahwin dan melafazkan seperti di atas ketika qabul.” 1
2 Justeru, kami telah membuat kenyataan pada 16 Oktober 2023 yang lalu. Alhamdulillah, ianya sedikit sebanyak meredakan pelbagai pihak. Akan tetapi, ada beberapa isu sampingan yang perlu dilihat dengan lebih mendalam atau kajian yang mendasar serta meluas terutamanya dalam mazhab Syafi’i serta ‘illah yang memberi tarjihan hukum berkenaan persoalan ini. Maka, kami menjawab dengan lebih terperinci dengan tajuk, Aku Terima…Nikahnya.
3 GALAKAN BERKAHWIN P erkahwinan atau pernikahan adalah sangat dituntut di dalam Islam. Sudah menjadi fitrah manusia untuk saling berkasih sayang ini dijelaskan di dalam Al-Quran melalui firman Allah SWT: ٗ ا ٰج َ ۡو ز َ ۡ أ ُ م ُ ِسك نف َ ۡ أ ِن ّ ُ م م َك َ ل ق َ ل َ ۡ خ ن َ ٓ أ ِهِۦ ٰت َ َاي ۡ ء َ ِمن و ۚ ً ة َ م ۡ َح َر ٗ و ة َّ د َ و َّ ُ م م َك ن ۡ ي َ َ ب َل َع َج َا و ۡه ي َ ل ِ إ ْ ا ٓ و ُ ن ُ ۡ ك َس ِت ّ ل Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang.” (Surah al-Rum: 21) Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili menjelaskan bahawa ayat ini merupakan antara ayat-ayat Allah — yakni bukti dan tanda-tanda — yang menunjukkan kepada al-Ba‘th — yakni kebangkitan, — di mana Dia menciptakan untuk kamu pasangan-pasangan daripada jenis manusia juga, agar kamu
4 dapat mewujudkan ketenangan dan kesenangan. Dia juga menumbuhkan rasa cinta dan kasih sayang antara suami isteri. (Lihat al-Tafsir al-Wajiz, hlm. 407) Lafaz nikah ada disebut di dalam firman Allah SWT: ِء ٓ ا َ ِس ّ َ ٱلن ِن ّ ُ م م َك َ ل َ اب َا ط م ْ ُوا َ ِ ٱنكح ف Maksudnya: “…maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain)…” (Surah al-Nisa’: 3) Islam menggalakkan umatnya supaya berkahwin kerana perbuatan itu merupakan Sunnah Baginda Nabi SAW. Selain itu perkahwinan juga terdapat pelbagai kebaikan dan faedah, sama ada kepada individu mahupun masyarakat. Hal ini seperti yang disebut di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Ayyub RA, Sabda Nabi SAW:
5 َ ُ اك، السو ِّ ُ، َو طر ُّ ََّع اء، َوالت ُ َ ْ َحي ْ َسِل َ ين: ال ُمر ْ َ ِن ال َ ٌع ِ م ْن ُ سن ْب َأر ِّ َك ُ اح َوالن Maksudnya: “Empat perkara yang merupakan sunnah para rasul, iaitu sifat malu, berwangi-wangian, bersugi dan nikah.” Riwayat al-Tirmizi (1080) dan Ahmad (23628) Perkataan nikah berasal dari perkataan Arab (ح ُك ِنَ َن َك َح ي ْ ً ِ َكاحا ً ون كحا ْن (َyang bermaksud bernikah dan perkataan َِاَل ُط) الخت ْا (yang bermaksud bercampur. (Lihat al-Fiqh alManhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i, 2/34) Dari istilah syarak, nikah ialah suatu akad yang menghalalkan istimta’ (bersetubuh atau berseronok-seronok) di antara suami isteri dengan cara yang dibenarkan oleh syarak. Masyarakat Arab menggunakan perkataan nikah dengan makna akad yang juga membawa maksud persetubuhan serta berseronok-seronok. (Lihat alFiqh al-Manhaji, 2/35)
Setiap manusia yang sudah dewasa dan sihat dari sudut fizikal dan rohaninya sudah semestinya merasakan keinginan untuk berkahwin yang sangat tinggi disebabkan fitrah untuk saling memerlukan. Perkataan “zawaj” yang digunakan di dalam alQuran bermaksud berpasangan dan mengikut konteks penggunaanya ia membawa maksud perkahwinan. Allah SWT menjadikan perkahwinan untuk menghalalkan perhubungan dan mengelakkan penzinaan kerana manusia itu fitrahnya ingin berpasangan. Oleh sebab itu, adalah dituntut kepada manusia yang sudah berkemampuan untuk segera melaksanakan sunnah yang dituntut ini, ini juga berdasarkan hadith, di mana Rasulullah SAW bersabda: 6
7 نُه و ْج َ فإَِّ َّ ََتَز ْي َاَءَة َ فل ْب ْ ُكُم ال َ ِ اب َ م ِن ْ اسَت َط َ اع ِ من شب َ ال َّ َ َ ا م ْع َشر ي ْ ِه َي َ ْسَت ِط ْع َ فَعل ْم ي َ ْ ِج َ وَم ْن ل ْ َفر َ َصِر َ وَأ ْح َص ُن ِ لل ْب ض ِ لل ُّ َأ َغ اء َُه ِ و َج ٌ نُه ل ِ َ فإَِّ ْ م َّ الصو ِب Maksudnya: “Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu berkahwin, maka bernikahlah. kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin) dan sesiapa tidak sanggup, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat membendung syahwat.” Riwayat Muslim (3386) Imam al-Nawawi menjelaskan, adapun pengertian al-ba’ah (ةََ َاء ْب ال (sendiri adalah jima’ (hubungan intim), inilah makna al-ba’ah (ةََ َاء ْب ال (pada bahasa. Namun yang dimaksudkan adalah mampu untuk berjima’ disertai dengan kemampuan memberi nafkah terlebih dahulu. Sesiapa yang tidak mampu berjima’ lantaran belum mampu dari segi nafkah, maka hendaklah dia rajin berpuasa untuk mengekang syahwatnya yang menggelora. Gejolak maninya dapat ditahan dengan rajin berpuasa sunat seperti itu. Itulah maksud hadith yang dikemukakan di atas. Hadith tersebut ditujukan kepada para pemuda yang syahwatnya sudah menggelora namun belum mampu untuk memberi nafkah. (Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 9/154)
8 PERBAHASAN LAFAZ NIKAH (SIGHAH IJAB DAN QABUL) Dalam memenuhi tuntutan perkahwinan, seseorang itu tidak dapat lari dari memenuhi tuntutan syarak agar perkahwinannya itu sempurna. Justeru wajib bagi seseorang yang hendak berkahwin untuk mematuhi rukun dan syarat pernikahan supaya perkahwinannya itu menjadi sah. Syeikh Dr Muhammad Zuhaili menyebut tidak sempurna akad nikah melainkan dengan terlaksana rukunnya dan melengkapi segala syarat bagi rukun tersebut. (Lihat alMu’tamad fi al-Fiqh a-Syafi’e, 4/53) Secara asasnya, nikah mempunyai lima rukun, seperti disebut dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (4/55) iaitu: • Pengantin lelaki • Pengantin perempuan • Wali • Dua orang saksi • Sighah iaitu lafaz nikah (Ijab dan Qabul)
Kami khususkan di sini perincian perbahasan berkenaan rukun yang kelima, iaitu lafaz akad nikah (الصيغة .(Sighah iaitu lafaz akad nikah bermaksud ijab (lafaz penawaran) daripada wali dan qabul (lafaz penerimaan) oleh pengantin lelaki. Sighah bermaksud lafaz atau perbuatan yang disampaikan oleh orang yang sedang melakukan akad (perjanjian) untuk menunjukkan kerelaannya. 9 “Sighah iaitu lafaz akad nikah bermaksud ijab (lafaz penawaran) daripada wali dan qabul (lafaz penerimaan) oleh pengantin lelaki.”
10 Para fuqaha’ berpendapat, perkara yang terkandung di dalam sighah mestilah ada ijab (lafaz penawaran) dan qabul (lafaz penerimaan). (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah alKuwaitiyyah, 30/200) Contoh lafaz ijab ialah: “Aku kahwinkan kamu dengan anak perempuanku,” atau “Aku nikahkan kamu dengan anak perempuanku.” Sementara contoh lafaz qabul pula ialah, “Aku terima kahwinnya anak perempuanmu,” atau “Aku terima nikah anak perempuanmu.” (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 2/547) Akad nikah tidak sah melainkan dengan sighah akad nikah, iaitu ijab dan qabul ini. Secara asasnya, sighah hanya melibatkan dua pihak sahaja iaitu pengantin lelaki dan wali sahaja:
11 • Ijab (lafaz penawaran) daripada wali pengantin perempuan yang menyebut: “Aku kahwinkan kamu,” atau “Aku nikahkan kamu,” dan seumpamanya. • Qabul (lafaz penerimaan) daripada pengantin lelaki dengan menyebut, “Aku terima perkahwinannya,” atau “Aku terima nikahnya,” atau “Aku redha dengan menikahinya.” (Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh a-Syafi’e, 4/53) “Akad nikah tidak sah melainkan dengan sighah akad nikah, iaitu ijab dan qabul ini.
HIKMAH LAFAZ NIKAH (SIGHAH IJAB DAN QABUL) H ikmah disyariatkan lafaz akad nikah (sighah ijab dan qabul) adalah kerana akad mesti dengan kerelaan keduadua belah pihak. Kerelaan ialah perkara tersembunyi yang tidak mudah untuk dilihat. Oleh sebab itu, hukum Syara’ menganggap ijab dan qabul sebagai satu tanda yang jelas menunjukkan kerelaan tersebut. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 2/548) Akad nikah juga sebagai bukti yang luhur dari suami untuk bertanggungjawab kepada isterinya melalui ucapannya yang disaksikan oleh dua saksi serta kaum keluarga dalam 12
13 melayari bahtera kehidupan sebagai pasangan suami isteri. Bukti ini menjadi amanah yang mesti dipikul oleh suami serta berhasrat untuk menunaikan segala hak-hak yang ditaklifkan kepadanya sebagai suami terhadap isterinya. Di sebelah pihak yang lain pula, rasa kesediaan isteri dan wali untuk membina sebuah kehidupan baru bersama dengan pasangannya hasil daripada lafazan qabul yang dilafazkan oleh suaminya. Begitu juga, kaum keluarga wanita dan walinya akan merasa berpuas hati untuk menyerahkan puterinya kepada suami yang bertanggungjawab, soleh dan mampu melaksanakan tugasan seupaya mungkin. Ini akan membawa kebahagiaan yang baru dibina dan keluarga besar mereka sehingga dapat menuju kepada usrah sa’adah iaitu keluarga bahagia yang menatijahkan baiti jannati.
FIQH MUQARAN KHUSUS BERKENAAN LAFAZ QABUL (PENERIMAAN) S ahkah perkahwinan dengan menyebut, “Aku terima” sahaja? Dalam menjawab soalan di atas: • Para fuqaha menyatakan bahawa suatu pernikahan itu termeterai melalui lafaz ijab dan qabul dengan sighah madhi (kata masa lalu/sudah lepas). Hal ini seperti perkataan seorang wali kepada bakal suami (pengantin ِي” :(lelaki َت ُ َك ابْن َّ ْجت زو) “َAku kahwinkan engkau dengan anak perempuanku) atau “كُ َ َن َك ْحت َ “أ (Aku nikahkan engkau). Kemudian pengantin lelaki itu menjawab: ِ َك َ احَها ” atau) nikahnya terima Akuَ” (قِبْل ُت ن ْ ُت” َ ِضي ر) “Aku redha) kerana sighah madhi (kata masa lalu/sudah lepas) itu lebih menunjukkan
kepada penyabitan dan penegasan, berbeza halnya dengan sighah mustaqbal (kata masa akan datang). Inilah pendapat jumhur ulama. • Melainkan di sisi ulama al-Syafi‘iyyah, mereka berpendapat bahawa tidak cukup pengantin lelaki itu hanya mengucapkan: “ت ُلْبِق) “َAku terima) sahaja atau “يت ُ ضَ ِ ر) “Aku redha) sahaja. Bahkan pengantin lelaki mesti mengucapkan: ِ َك َ احَها” َ ِض ُ يت” atau) nikahnya terima Akuَ” (قِبْل ُت ن ر ِ َك َ احَها ن) “Aku redha nikahnya). Sekiranya dia tidak menyebutkan sedemikian, maka tidak sah nikahnya menurut mazhab (pendapat muktamad al-Syafi‘i). 15 “Para fuqaha menyatakan bahawa suatu pernikahan itu termeterai melalui lafaz ijab dan qabul dengan sighah madhi..” 15
Secara ringkasnya, pendapat jumhur fuqaha’ — alHanafiyyah, al-Malikiyyah, al-Hanabilah dan satu pendapat al-Syafi‘iyyah — menyatakan bahawa memadai/cukup pengantin lelaki mengucapkan: “ت ُلْبِق) “َAku terima) atau َ ِض ُ يت” ر) “Aku redha) sahaja dan sah pernikahan tersebut dengan sedemikian. (Lihat al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah alKuwaitiyyah, 41/238). Ibn ‘Abidin, seorang tokoh ulama mazhab Hanafi menyebut: Sekiranya wali berkata: ‘كُ َّ ْجت زو ,‘َlalu pengantin َ ِض ُ يت’ atau) terima Akuَ’ (قِبْل ُت’ :menyebut lelaki ر) ‘Aku redha), maka itu dibolehkan atau harus. (Lihat Radd al-Mukhtar, 3/27) Al-Hattab al-Ru’aini dari kalangan ulama mazhab Maliki menyebut: Bahawa sighah (bentuk lafaz) yang dituntut daripada suami adalah setiap yang menunjukkan kepada penerimaan seperti ‘ت ُلْبِق) ‘َAku terima). Dan disebut dalam َ ِض ُ يت’ ,Kabir-al ر) ‘Aku redha) dan ‘تْ ُ َر اخت) .‘ ْ Lihat Mawahib alJalil, 5/46) Al-Buhuti dari kalangan ulama’ mazhab Hanbali menyebut, bahawa ucapan pengantin lelaki, ‘ت ُلْبِق) ‘َAku terima) adalah memadai kerana perkara itu adalah jelas sebagai jawapan. Maka, sah perkahwinan dengannya seperti mana jual beli. (Lihat Kassyaf al-Qina‘, 11/235). 16
17 “Pendapat jumhur fuqaha’ — al-Hanafiyyah, alMalikiyyah, al-Hanabilah dan satu pendapat al-Syafi‘iyyah — menyatakan bahawa memadai/cukup pengantin lelaki mengucapkan: “ت “َقِبْل ُ (Aku terima) atau “يت ُ َ ِض “ر (Aku redha) sahaja dan sah pernikahan tersebut dengan sedemikian..”
18 FIQH AL-SYAFI’I K ami mengemukakan juga di sini pelbagai pendapat dalam mazhab Syafi’i khususnya dalam isu ini. • Imam al-Syafi’i dalam kitabnya al-Umm (5/37-38) berkata: ِّ َك َ اح ْ ِن الن ِّ َك َ اح ْ اسَمي َى الن َك َ وَتَعال َ َار َُّه تَب َف َسَّمى الل َ ْت َ نْف َسَها َأًة ُم ْؤِمنً َة إ ْن َ و َهب َ امر ْ ِو َ يج وقال عز وجل َ}و ْ ز َّ َوالت ْ ِهبَ َة ن ال َ ُاؤُه َأ َّ ل ثَن َّ َ َان َج َ َاد النبي{ ا آآليُ َة َفَأب ي إ ْن َأر ِّ َِّب ِللن ْ ِهبُ َة ُمْؤِمِن َ ين َوال ْ َِّه صلى الل ُ ه عليه وسلم د َون ال َ ُس ِول الل ِلر ْ َعِق َد له عليها ُم نجمع )تجمع( َأ ْن يَن َ َى َأ ْعل َُّه َتَعال َواَلل ِّ َك ِ اح ِ بَأ ْن َ تَه َب َ نْف َسَه ِ ا له ب َال َ م ْهٍر ُعْق َدةُ الن “Allah SWT telah menyebut nikah dengan dua perkataan, iaitu nikah dan tazwij (perkahwinan). Allah SWT berfirman: ‘ ُّ َِّبي اد الن َ َ َر ِّ إِ ْن أ َِّبي لن ِ َ ْت َ نْف َسَها ل َ َهب ِنً َة إِن و ًة ُّ مْؤم َ أ َ َ ا ْمر ‘و (dan (Kami telah halalkan bagimu) mana-mana perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada Nabi (untuk dikahwininya dengan tidak membayar maskahwin) kalaulah Nabi suka berkahwin dengannya;) [Surah alAhzab: 50] Allah SWT menjelaskan bahawa penyerahan
19 ini berlaku untuk Rasulullah SAW, bukan untuk orangorang Muslim yang lain. Perkataan hibah atau penyerahan itu mencakupi makna Nabi SAW melakukan akad nikah terhadap perempuan tersebut dengan cara perempuan tersebut menyerahkan dirinya kepada Baginda tanpa mahar. ِّ َك ِ اح ال ِ ب ْ اسِم الن َ ُج َوز ِن َك ٌ اح إ َّ َأ ْن َ ال ي ٌَة على َ وفي هذا د َالل ُة َّ ْ ِرِهَما َو إِ ْن كانت معه ِني ٍ َ غي ََق ُع ِ ب َك َالم ْ ِو ِ يج َ و َال ي ز َّ أو الت ُ ْشِبُه ََق ُع ِ بَما ي لط َال ِق الذي ي َّ نُه ُ م َخ ِال ٌف ِل ْ ِو ِ يج َوَأَّ ز َّ الت الط َال ِق َّ ِة َّ ِ ِ مع ني ْ َك َالم الط َال َق من ال َّ “Hal ini mengandungi dalil bahawa nikah tidak sah kecuali dengan perkataan nikah atau tazwij (kahwin). Nikah tidak boleh dilakukan dengan selain kedua perkataan ini meskipun disertai dengan niat perkahwinan. Nikah itu berbeza dengan talak yang boleh dijatuhkan dengan kata-kata yang semakna dengan talak, asalkan disertai dengan niat talak.” و َج َّ َأَة قبل َأ ْن ُتَز ْ َمر ْ ن ال َوَذِل َك َأ َّ ال ِ بَما ل إ َّ ُّ ْ ِج َ ف َال َ ت ِح َْفر ََّمُة ال ُم َحر ل ِ بِه ُّ َُّه عز وجل أ َ نها ت ِح َسَّمى الل ْ ُك َوحَة َمن ْ َأَة ال ْ َمر ْ ن ال ْ ِرِه َوَأ َّ َال ِ بَغي َّما ََّمَه ِ ا بِه َ زْو ُجَها ِم ُ ُم ِ بَما َحر َت ْحر
20 ِه صلى ِّ َك ْ اسُمُه في ِكَت ِابِه أ ِ و على ل َس ِ ان َنِبي َ َار َُّه تَب َ الل َذ َكر له عليه وسلم ال “Hal demikian adalah kerana perempuan sebelum dinikahi itu diharamkan kemaluannya, sehingga dia tidak menjadi halal kecuali dengan perkataan yang disebutkan Allah dapat menghalalkan kemaluan perempuan yang dinikahi, bukan dengan perkataan yang lain. Perempuan yang telah dinikahi itu menjadi haram lantaran pernyataan haram yang diungkapkan oleh suaminya, di mana perkataan tersebut termasuk perkataan yang disebutkan Allah dari jalan KitabNya atau melalui lisan Nabi-Nya SAW.” ن ُّ َة النبي صلى الله عليه وسلم على َأ َّ َّ ْت ُسن وقد َدل الط َال َق َّ َّ ْو ُج َ َاد ِ بِه الز َأر الط َال َق إَذا َّ ُ ْشِبُه ََق ُع ِ بَما ي الط َال َق ي َّ ال ِ ب ْ اسِم ّ ِ َة إ ْح َال ُل ِن َك ٍ اح إ َّ السن ْ ِكَت ِ اب َ و َال ُّ ْ في ال َ ُجز ولم ي ْ ِو ٍ يج ِن َك ٍ اح أ َو تز “Sunnah Nabi SAW menunjukkan bahawa talak itu boleh jatuh dengan kata-kata yang serupa maknanya dengan talak, manakala suami menginginkan talak. Sedangkan dalam Kitab dan Sunnah, tidak boleh menghalalkan nikah kecuali dengan perkataan nikah atau kahwin.”
21 ُ َكها ُ َكها أو َأْن َك ْحت و ْجت َّ َُق َول قد َ ز ال ِبَأ ْن ي َ ًدا إ َّ َو َال ِ ن َك َ اح َأب ْ ِو َ يجَها أو ْت َتز ْت ِن َك َ احَها أ َ و قِبل َّ ْو ُج َ قد قِبل َُق ُول الز َوي ي قد َ ِل ُّ ْو و ْجِن َيها أو َأْن ِك ْحِن َيها فيقول ال ِّ ْ َخ ِ اط ُب َز يقول ال َ ِانَه َ ا مًع ِ ا ب ْ اسِمَه َ ا وَن َسِبَها ُ َسِّمي ُ َكَها َوي َأْن َك ْحت ُ َكَها أو و ْجت َّ َز “Tidak berlaku pernikahan untuk selama-lamanya kecuali dengan mengatakan, “Aku mengahwinkan dengannya,” atau “Aku menikahkanmu dengannya,” lalu suami mengatakan, “Aku terima nikahnya,” atau “Aku terima kahwinnya,”; atau lelaki yang meminang mengatakan, “Nikahkanlah aku dengannya,” atau “Nikahkanlah dia denganku,” lalu walinya mengatakan, “Aku menikahkanmu dengannya,” atau “Aku mengahwinkanmu dengannya,” di mana keduanya menyebut nama perempuan itu secara bersama-sama berikut nasabnya.”
22 ُ َكَها لم و ْجت َّ ًا ِلُف َالنَ َة فقال قد َز ُ َك خ ِ اطب ْ قال ِجْئْت َو َول ْ ِو َ يجَها ْ َت تز َُق َول َ قد قِبل َ ُك ْن ِ ن َك ً احا حتى ي ي “Seandainya dia berkata, “Aku datang kepadamu untuk meminang fulanah,” kemudian walinya mengatakan, “Aku menikahkanmu dengannya,” maka itu tidak dianggap sebagai pernikahan sebelum dia mengatakan, “Aku menerima pernikahan dengannya.” و ْجِن َيها فقال قد ِّ ًا ِلُف َالنَ َة َفَز ُ َك خ ِ اطب ْ قال ِجْئْت َو َول َُق َول قد َى َأ ْن ي ِّ َك ُ اح ولم َأ ْحَت ْج إل َ َت الن ُ َكَها ثَب و ْجت َّ َز ي قد َ ِل ُّ ْو ْ ِو َ يجَه َ ا و َال ِ ن َك َ احَه َ ا و َه َكَذا لو قال ال ْ َت تز َقِبل ْ ِو َ يجَها َُق ْل َ تز ْت ولم ي َّ ْو ُج َ قد قِبل ُك ُف َالنَ َة فقال الز و ْجت َّ َز ْ ِو َ يجَها ْ َت تز َُق َول َ قد قِبل َ ُك ْن ِ ن َك ً احا حتى ي لم ي “Seandainya dia berkata, “Aku datang kepadamu untuk meminang fulanah. Kerana itu, nikahkanlah aku dengannya,” lalu walinya mengatakan, “Aku menikahkan kamu dengannya,” maka berlakulah pernikahan. Dia tidak perlu mengatakan, “Aku menerima perkahwinan dan pernikahan dengannya.” Demikian juga, seandainya wali mengatakan, “Aku menikahkan kamu dengan fulanah,” kemudian pengantin lelaki berkata, “Aku terima,” sedangkan
dia tidak mengatakan, “Perkahwinan dengannya,” maka itu tidak dianggap sebagai nikah kecuali dia mengatakan, “Aku menerima perkahwinan dengannya.” (Lihat al-Umm, 5/37- 38) • Imam Abu Ishaq al-Syirazidalam kitab al-Muhazzab fi Fiqh al-Imam al-Syafi’i (2/41) menyatakan: Sekiranya wali berkata: “Aku nikahkah engkau,” lalu pengantin lelaki berkata: “Aku terima,” maka dalam hal ini, ada dua pendapat Imam al-Syafi’i: Pertama: Hukumnya sah, kerana qabul itu kembali kepada sesuatu yang diwajibkan wali, sebagaimana dalam jual beli kepada sesuatu yang diwajibkan penjual. 23
24 Kedua: Tidak sah, kerana ucapan, “Aku terima,” tidak jelas dalam nikah sehingga tidak sah. Sepertimana keadaan apabila seseorang berkata, “Aku nikahkan engkau,” lalu pengantin lelaki menjawab, “Ya.” (Lihat al-Muhazzab fi Fiqh al-Imam al-Syafi’i, 2/41) • Dalam kitab al-Bayan fi Mazhab al-Imam al-Syafi’i (9/234) oleh Imam Yahya al-’Imrani dan kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (22/364-378), dijelaskan: “Apabila wali berkata: “Aku nikahkan engkau dengan puteriku,” lalu pengantin lelaki berkata, “Aku terima,” tanpa menyebut perkataan “Nikah” mahupun “Kahwin,” maka menurut Imam al-Syafi’i dalam salah satu pendapatnya, hukumnya sah. Manakala dalam pendapatnya yang lain, dia menyatakan bahawa hukumnya tidak sah. Dalam masalah ini, ashab kami berselisih pendapat menjadi tiga riwayat. • Pertama: Antara mereka, ada yang menyatakan bahawa hukumnya tidak sah. Menurut mereka, hanya ada satu pendapat Imam al-Syafi’i dalam masalah ini. Ketika
dikatakan bahawa hukumnya sah, maksudnya adalah apabila si suami telah menerima (mengucapkan qabul) dengan sempurna. • Kedua: Ada pula yang mengatakan bahawa hukumnya sah, dan menurut mereka hanya ada satu pendapat dalam masalah ini. Ketika Imam alSyafi’i mensyaratkan perkataan “Nikah” atau “Kahwin” dalam qabul, maka yang dimaksudkan adalah untuk menguatkan. Akan tetapi, pendapat ini tidak benar, kerana dia berkata, “Tidak sah.” 25
26 • Ketiga: Adapun menurut majoriti ashab kami, dalam masalah ini ada dua pendapat Imam alSyafi’i. Pendapat inilah yang dipilih oleh Syeikh Abu Ishaq dan Ibn al-Sabbagh. Selepas menekuni pandangan yang dikemukakan, khulasahnya ia terbahagi kepada dua pendapat yang utama: Pertama: Hukumnya sah. Pendapat ini juga dinyatakan oleh Abu Hanifah dan Ahmad. Ini kerana, perkataan “Aku terima,” apabila diucapkan sebagai jawapan daripada ijab, maka yang dimaksudkan adalah menerima kalimat sebelumnya sehingga hukumnya sah. Sepertimana keadaan apabila seseorang mengucapkan, “Aku menjual rumahku kepadamu,” atau “Aku menghibahkan rumahku untukmu,” lalu dia berkata, “Aku terima,” maka hukumnya sah. Kedua: Tidak sah. Menurut Syeikh Abu Hamid, inilah pendapat yang benar, kerana yang berlaku dalam nikah adalah bahawa dalam ijab dan qabul, hendaklah menggunakan perkataan “Nikah” atau “Kahwin.” Apabila dalam qabul, tidak ada ucapan ini, maka hukumnya tidak sah.
27 Ini sepertimana apabila seorang lelaki bertanya kepada lelaki yang lain, “Apakah engkau telah menikahkan puterimu dengan si fulan?” Lalu wali tersebut menjawab, “Ya.” Lalu si suami berkata, “Aku terima nikahnya,” maka hukumnya tidak sah. Adapun apabila si wali berkata, “Aku nikahkan engkau dengan puteriku,” lalu si suami berkata, “Ya.” Maka menurut al-Saimari, hukumnya sepertimana kes apabila si suami berkata, “Aku terima,” berdasarkan tiga riwayat di atas. Adapun menurut Syeikh Abu Hamid dan majoriti ashab kami, hukumnya tidak sah. Dan menurut mereka, hanya ada satu pendapat Imam al-Syafi’i dalam masalah ini. (Lihat alMajmu’ Syarh al-Muhazzab, 22/364-378)
• Dalam kitab Raudhah al-Talibin (7/38) pula, Imam al-Nawawi menyebut: ي: َ ِل ُّ ْو َ ُق ُول ال ًاًل َ، في ُو ً َ ا وَقب ِّ الص َيغُة إِ َ يجاب وُل: َْأأْلَّ ْك ُن[ ا ُّ ]الر ْو و ْج ُت، َأ َّ َّ ْو ُج: َتَز َُق ُول الز ُ َك َ ، وي ْو َأَن َك ْحت ُ َك، َأ و ْجت َّ َز َّ ْو ُج َُق ُول الز ْو ي ْو ِ ن َك َ احَها. َأ ْ ِو َ يجَها َأ ْ ُت َ تز ْو َ قِبل َن َك ْح ُت، َأ ْو ُ َك َأ و ْجت َّ ي: َز َ ِل ُّ ْو َ ُق ُول ال ُ َه َ ا، في ْو َ ن َك ْحت ُ َها، َأ و ْجت َّ ًَّاًل: َتَز و َأَّاًل ْإْلإِْن َك ِ اح. ْ ِو ِ يج َ وا ز َّ َ ْف ِظ الت ْ ِر ل ْ َعِق ُد ِ بَغي َاَل يَن ُ َك َ، و َأَن َك ْحت Perkataan “Aku terima,” apabila diucapkan sebagai jawapan daripada ijab, maka yang dimaksudkan adalah menerima kalimat sebelumnya sehingga hukumnya sah. 28
“Rukun yang pertama, sighah iaitu ijab dan qabul. Maka wali berkata: “Aku nikahkan dikau,” atau “Aku kahwinkan dikau,” dan suami menjawab: “Aku kahwin,” atau, “Aku nikah,” atau, “Aku terima perkahwinan,” atau, “Aku terima pernikahan.” Atau suami berkata pada permulaan, “Aku berkahwin dengannya,” atau, “Aku bernikah dengannya.” Maka jawab wali, “Aku nikahkan dikau,” atau, “Aku kahwinkan dikau.” Dan tidak terakad perkahwinan tanpa lafaz “Kahwin” atau “Nikah.” ْو َ ق َ ال: َّ ْو ُج: َن َك ْح ُت، َأ ُ َك َ ، فَق َ ال الز و ْجت َّ ْ َ ق َ ال: َز َو َفل َايِ َة. ْ ِكن ْ َعِق ُد ِ بال َاَل يَن ح َ، و َّ و ْج ُت َ ص َّ ُ َك َ، فَق َ ال َ: تَز َأَن َك ْحت Kalau seorang wali berkata: “Aku kahwinkan dikau.” Maka jawab suami: “Aku nikah,” atau wali berkata: “Aku menikahkan kamu.” Maka jawab suami: “Aku menikah.” Maka sah. Dan dia tidak berlaku dengan cara kinayah. ْو ْ ُت ِن َك َ احَها َأ َ ُق ْل َ : قِبل ْي ُ َكَه َ ا، فل و ْجت َّ ٌْع[ إَِذ َ ا ق َ ال: َز َ]فر َى َ َ عل ِّ َك َ اح، َفإِ ِن ْ اقَت َصر ْ ُت َ هَذا الن ْو َ قِبل ْ ِو َ يجَها، َأ َتز َْأأْل ْظَهِر َ . وِق َيل َ : ق ْطًع َ ا. وِق َيل: َى ا ْ َعِق ْد َ عل ْم يَن َ ْ ُت، ل َقِبل ُ َها، ْت ْو َ قِبل ِّ َك َ اح َأ ْ ُت الن ْ َعِق ُد َ ق ْطًعا. َو إِ ْن َ ق َ ال َ : قِبل يَن حِة. ِّ الص َّ َ ِى ب ْول ت ٌب َ، وَأ ََّ َف ِخَاَل ٌف ُ مر 29
30 Jika wali berkata: “Aku kahwinkan kamu dengannya.” Maka hendaklah dia jawab: “Aku terima nikahnya,” atau “perkahwinannya,” atau “Aku terima pernikahan ini.” Sebaliknya jika dia hanya berkata: “Aku terima,” maka tidak berlaku perkahwinan mengikut pendapat yang azhar. Ada pendapat: “Secara qat’i tidak berlaku.” Ada pendapat: “Secara qat’i berlaku.” Jika dia berkata: “Aku terima nikah,” atau “Aku terimanya,” terdapat khilaf yang tersusun. Yang aulanya adalah sah. (Lihat Raudhah al-Talibin, 7/38) Kami katakan lafaz yang digunakan “رِهَظَ ْ أ ْأْل ِ ْد َ عَلى ا َق َنع “َل ْم ي ْ tidak berlaku akad mengikut pendapat yang al-azhar. Maksud dan makna هرَظَ ْ أ ْأْل ا ialah dari dua qaul atau banyak qaul yang menjadi pendapat Imam al-Syafi’i. Jika ia ialah khilaf yang kuat kerana kekuatan dapatannya, َ ْظَهر disebut, maka أ ْأْل ا yang memberi makna dan menunjukkan adanya pendapat yang bertentangan yang juga kuat. (Lihat Istilah-Istilah Fiqh dan Usul, hlm. 354) Apabila disebut aqwal atau qaul dua atau tiga, ia bermaksud pendapat Imam al-Syafi’i sama ada qaul qadim atau qaul jadid atau qaul qadim dan jadid bersama dan kadang-kadang ditarjihkan bersama dan kadang-kadang tidak ditarjihkan.
Inilah pendapat Syeikh Rejab Nuri dalam kitabnya Dalil al-Muhtaj Syarh alMinhaj. Mafhum daripada di atas menunjukkan khilaf isu ini adalah kuat dan muktabar. “Mafhum daripada di atas menunjukkan khilaf isu ini adalah kuat dan muktabar.” 31
32 • Dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj (7/219) oleh Ibn Hajar al-Haitami, disebut: Dan qabul terikat dengan ijab sebagaimana yang terdahulu. Seperti kata suami dan seumpamanya wakilnya, sebagaimana yang kami nyatakan. Aku telah berkahwinnya atau nikahnya. Mesti menunjukkan ke atasnya (pengantin wanita) seperti menyebut namanya atau ganti nama atau isyarat atau aku terima atau aku redha. Tidak dengan perkataan aku buat dan hendaklah bersekali kedua-duanya atau bersatu pada jual beli yang tidak menafikan ini. Sebagaimana yang zahir secara pemerhatian. Nikahnya bermakna menikahkannya bagi menepati ijab dan mangambil tempat makna nikah di sini sekiranya ia murakkab atau tersusun di antara ijab dan qabul sebagaimana terdahulu. Dan diriwayatkan oleh al-Ajurri bahawa yang berlaku daripada Ali pada pernikahan dengan Fatimah R.Anha, di mana Fatimah redha untuk berkahwin atau bernikah
atau tazwij. Dan tidak perlu dilihat kerana telah ditunjukkan isyarat nikah yang terdahulu sehingga wajib yang ini. Atau yang disebut yang berlainan daripada sangkaannya. Ini kerana qarinah yang qat’i bahawa dikehendaki dengan qabul apa yang diwajibkan baginya telah kaya atau tidak berhajat daripada itu lagi. Tidak pada lafaz ‘Aku terima’ atau ‘Aku terimanya’ secara mutlak. Dan tidaklah aku terimanya melainkan dalam masalah yang menjadi penghubung sebagaimana dalam kitab Raudhah tetapi mereka telah menolaknya, pendapat tersebut. Dan tidak disyaratkan padanya juga secara berdepan ataupun khitab. Kalau seorang berkata kepada wali kamu kahwinnya anak perempuan kamu, maka, jawab wali ‘Aku kahwin mengikut apa yang dimaksudkan keduaduanya,’ maka, jadilah pernikahan tersebut. 33
34 Tetapi bukan seorang di kalangan ulama berpendapat mesti dia menyatakan ‘Aku kahwinkannya’ atau ‘Aku kahwinkannya’ kemudian beliau berkata kepada suami, ‘Aku terima perkahwinannya’. Maka, jawab suami, ‘Aku terimanya’ mengikut yang terdahulu atau katanya, ‘Aku kahwinkannya’. Maka, jawab suami, ‘Aku kahwinkannya’ maka sah perkahwinan tersebut. …Dan tidak memadai di sini jawapan dengan ‘Ya’, atau pada kalamnya atau ucapannya yang menunjukkan pilihan secara mutlak, kerana tidak disyaratkan bersamaan dua lafaz. Ada pendapat berkata, sayugia mendahulukan perkataan ‘Aku terima’ kerana itu menandakan qabul atau penerimaan yang hakiki. (Lihat Tuhfah al-Muhtaj, 7/219) • Dalam kitab Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj (6/213) oleh Imam al-Ramli, disebut: Kalau wali berkata, “Aku kahwinkan kamu,” hingga akhirnya, maka, jawab suami, ‘Aku terima’ secara mutlak atau ‘Aku terimanya’ walaupun dalam masalah yang berhubungan seperti yang terdahulu, nescaya tidak terakadlah nikah tersebut mengikut mazhab Syafi’i kerana menafikan lafaz nikah atau kahwin sebagaimana yang terdahulu.
35 Dalam satu pendapat ia berlaku dengan lafaz tersebut kerana ia membawa kepada apa yang telah diwajibkan oleh wali. Maka, seolah-olah ia kembali lafaz tersebut kepada yang terdahulu, sebagaimana mengikut pendapat yang asah sama seperti dalam masalah jual beli. Dan perbezaan dengan yang pertama bahawa qabul itu sekali pun membawa kepada apa yang diwajibkan oleh pembuat kecuali bahawa ia termasuk dalam hal kinayat. Sedangkan nikah tidak berlaku dengannya berlainan dengan jual beli. Ada pendapat menyatakan dengan tegahan dan tidak sah secara semestinya. Tetapi ada juga pendapat yang menyatakan sah secara pastinya. (Lihat Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj, 6/213) • Dalam kitab Mughni al-Muhtaj (4/230) oleh alKhatib al-Syirbini, disebut: Ucapan pengantin lelaki sekadar, “Aku terima,” adalah tidak sah menurut mazhab Syafi‘i (pendapat muktamad) kerana tidak terdapat padanya secara jelas perkataan perkahwinan atau pernikahan, dan niatnya sendiri tidak mencukupi. Manakala menurut satu pendapat lagi yang menyatakan perkahwinan dengan sedemikian itu adalah sah kerana ia kembali kepada apa yang diwajibkan
36 (diucapkan) oleh wali seperti yang dijanjikan secara lafaz (sarih) sebagaimana pendapat yang paling sahih dalam bandingannya iaitu akad jual beli. Akan tetapi menurutnya lagi, terdapat perbezaan antara kedua-duanya, di mana ia dianggap sebagai kinayah dan akad pernikahan tidak sah dengan kinayah berbeza halnya dengan akad jual beli. Namun, ada pendapat menyatakan bahawa perkahwinan tidak boleh terjadi melalui cara ini sama sekali, dan ada juga yang berpendapat bahawa ia adalah sah secara mutlak. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 4/230) Selain itu, dalam al-Fiqh al-Manhaji pula menyebut, disyaratkan pada lafaz akad nikah seperti berikut: Pertama: Mestilah lafaz tersebut mempunyai lafaz kahwin atau nikah dan perkataan apa yang diterbitkan daripadanya. Ini seperti “aku nikahkan kamu” atau “aku kahwinkan kamu” dan dijawab “aku terima perkahwinannya” atau “aku terima nikahnya”.
37 Kedua: Mestilah lafaz kahwin atau nikah di dalam ijab dan qabul itu jelas. Ini seperti sekiranya wali menyatakan “aku nikahkan kamu dengan anakku” lalu dijawab oleh bakal suami aku “terima” maka tidak berlaku pernikahan tersebut. Ini kerana kedua-dua pihak tidak jelas dalam penggunaan lafaz kahwin atau nikah itu. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 4/55- 56) Menurut Syeikh Dr Muhammad Zuhaili menyebut ini kerana masih tidak jelas daripada keduanya lafaz kahwin dan nikah dan niat masih belum cukup untuk menjadikannya sah. Ia juga masih terdapat lafaz kiasan padanya dan lafaz kiasan tidak sah digunakan di dalam akad nikah. (Lihat alMu’tamad, 4/53-55)
38 TARJIH DAN PANDANGAN TERPILIH B erbalik kepada isu yang diajukan, kami berpendapat bahawa ucapan balas/jawab pengantin lelaki, “Aku terima” atau “Aku redha,” sahaja sudah memadai dan mencukupi serta perkahwinan itu sudah dikira sah. Ini adalah sebagaimana pendapat jumhur ulama mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali serta satu pendapat Imam alSyafi’i dan juga ashab dalam mazhab al-Syafi‘i. Antaranya Syeikh Abu Ishaq dan Ibn al-Sabbagh yang menyebut tentang dua pendapat dalam masalah ini. Hal ini kerana ia dapat difahami atau kembali semula kepada ucapan wali sebelumnya, maka jelas ucapan pengantin lelaki itu kembali/merujuk kepada pernikahan dan perkahwinan. Sekalipun begitu, kami tidak menafikan bahawa jika pengantin lelaki mengucapkan, “Aku terima nikahnya” atau “Aku redha nikahnya” atau seumpamanya adalah lebih baik dan keluar daripada khilaf, serta hal ini lebih ihtiyat dan sempurna.
39 Walau bagaimanapun, dalam konteks negara kita, Malaysia, hal ehwal yang melibatkan perkahwinan penganut-penganut beragama Islam berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam negeri masing-masing. Oleh itu, ia hendaklah dikembalikan atau merujuk kepada jabatan agama Islam masing-masing. Ini bertepatan dengan kaedah menyebutkan: َفُع ِ الخَاَل َف ْ َر ُح ْكُم َ الح ِ اك ِم ي Maksudnya: “Keputusan hakim mengangkat perselisihan.” “Kami berpendapat bahawa ucapan balas/ jawab pengantin lelaki, “Aku terima” atau “Aku redha,” sahaja sudah memadai dan mencukupi serta perkahwinan itu sudah dikira sah.
40 Begitu juga dengan kaedah yang masyhur: َ َحِة َم ْصل ْ ُ ٌوط ِ بال ِة َ من َّ َّ ِعي َى الر ِ َ عل ْإْلإَِمام ُّ ُف ا َت َصر Maksudnya: “Polisi dan tindakan pemerintah mestilah tertakluk kepada maslahah terhadap rakyat.” Sesunggguhnya, meraikan maslahat dan memudahkan khalayak masyarakat adalah perkara yang terpuji. Inilah samahah al-Islam dengan menjunjung kaedah raf’u al-haraj. Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Amin.
41 FATWA-FATWA K ami kemukakan di sini beberapa fatwa ulama berkenaan dengan isu ini: • Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Mufti Arab Saudi Dan suami berkata, ‘Aku terima’ maka sah nikah tersebut. Tetapi lebih afdhal dengan menyebut, ‘Aku kahwinkan kamu atau nikahkan kamu anak perempuanku atau saudaraku’ dan dijawab oleh suami, ‘Aku terima perkahwinan ini atau pernikahan ini dan disebut juga maharnya.’ (Lihat Fatawa Nur ‘ala al-Darb oleh Syeikh Ibn Baz, 20/168) • Syeikh Ahmad Muhammad Abdul ‘Ali Haridi Ucapan wali, ‘Aku kahwinkan kamu’ sebagai ijab dianggap sah perkahwinan tersebut selama mana terdapat qara’in (bukti-bukti) yang menunjukkan kehendaknya untuk akad dan telah tahqiq pada ketika itu. Dan di antara qara’in tersebut ialah majlis tersebut adalah majlis akad perkahwinan. (Lihat Fatawa Dar al-Ifta’ Mesir, no fatwa. 5460)
42 HADITH SAHL BIN SA’D R.A K ami menyebut sebuah hadith daripada Sahl bin Sa‘d, katanya: نَه َ ا ق ْد َ ْت: إَِّ َأٌة، َفَقال َ امر َم ْ َّ ْ ِه َوَسل َي لُه َ عل ى ال َّ ي َصل َّ َِّب َأَت ِت الن َم، َّ ْ ِه َ وَسل َي لُه َعل ى ال َّ َ ُسوِلِه َ صل َِّه َ وِلر َ ْت َ نْف َسَها لِل َو َهب َ ُجٌل: ِّ َس ِاء ِ م ْن َ ح َ اجٍة َ . فَق َ ال ر َفَق َ ال َ : م ِ ا ل ِي في الن ً َ ا ق َ ال: َال َأ ِجُد، َق َ ال: َأ ْع ِطَها ْ ب و ْجِن َيها، َق َ ال: َأ ْع ِطَه َ ا ثو ِّ َز َُه َ، فَق َ ال َ : »م َ ا مَع َك ِ م َن ل ل َّ ْ َ خ َاتًم ِ ا م ْن َ حِد ٍ يد، َف ْاعَت َو َول ُ َكَه ِ ا بَما و ْجت َّ آ ِن َ ؟« ق َ ال َ : كَذ َ ا و َكَذ َ ا، ق َ ال َ : فَق ْد َز ْ ُ القر آ ِن ْ َمَع َك ِ م َن ُ القر Maksudnya: “Seorang perempuan datang kepada Nabi SAW dan berkata: “Sesungguhnya dia telah menghibahkan dirinya (yakni menawarkan dirinya untuk dinikahi Rasulullah SAW) untuk Allah dan Rasul-Nya SAW.” Maka Baginda bersabda: “Saat ini aku tidak memiliki hajat terhadap perempuan.” Lalu seorang sahabat berkata: “Nikahkanlah aku dengannya.” Baginda bersabda: “Berikanlah pakaian kepadanya sebagai mahar.” Lelaki itu berkata: “Aku tidak mempunyainya.”