43 Baginda bersabda: “Berilah dia mahar walaupun sebentuk cincin besi.” Hal itu tidak dapat ditanggungnya (yakni beliau merasa sedih kerana perkara itu). Maka Baginda bersabda: “Adakah surah yang engkau hafal daripada al-Quran?” Lelaki itu menjawab: “Surah ini dan surah ini.” Baginda bersabda: آ ِن. ْ ُ َكَه ِ ا بَم َ ا مَع َك ِ م َن ُ القر و ْجت َّ َفَق ْد َ ز Maksudnya: “Aku nikahkan engkau dengannya, (dan maharnya ialah) dengan apa yang ada pada engkau daripada (hafalan) al-Quran.” Riwayat al-Bukhari (5029) Para ulama seperti Imam Bukhari telah menjadikan bab dengan tajuk Bab: Apabila Tunang Berkata Kepada Wali, ‘Kahwinlah Aku dengan Si Fulanah’, Maka Jawab Wali, ‘Sesungguhnya Aku Kahwinkan Kamu dengan Mas Kahwin Sekian Sekian’. Maka, Harus Nikahnya Sekali Pun Tidak Disebut Bagi Suami Adakah kamu Redha Atau Kamu Terima.
44 Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: Hadith ini dijadikan dalil tentang bolehnya mengesahkan akad nikah tanpa lafaz ‘nikah’ mahupun ‘kahwin’. Namun, hal tersebut diselisihi oleh Imam al-Syafi’i dan Ibn Dinar, serta selainnya dari kalangan mazhab Maliki. Adapun yang masyhur dari mazhab Maliki adalah mengesahkan semua akad yang menggunakan lafaz yang menunjukkan makna ‘nikah’ atau ‘kahwin’ selama mana diiringi penyebutan mahar atau maksud nikah, seperti perkataan ‘kepemilikan’, ‘hibah/penyerahan’, ‘sedekah’ dan ‘jual’. Namun menurut mereka, akad nikah tidak dianggap sah apabila menggunakan perkataan, ‘sewa’, ‘pinjam’ dan ‘wasiat’. (Lihat Fath al-Bari, 25/377) Imam Badruddin al-Aini berkata, selepas menerangkan beberapa faedah hadith kelapan, padanya terangkat nikah dengan permohonan ijab (penerimaan) sekali pun tidak berlaku selepas ijab dan qabul. (Lihat al-Syarh al-Mumti’, 12/45) Para ulama telah membincangkan di bawah satu tajuk qabul terlebih dahulu iaitu penerimaan daripada pihak suami sebelum diijab oleh wali perempuan.
Dalam isu ini, terdapat dua pandangan ulama: • Jumhur ulama berpendapat hukumnya sah, inilah pendapat Abu Hanifah, Malik dan Syafi’i kerana wujudnya ijab dan qabul. • Mazhab Hanbali berpendapat tidak sah kerana qabul mendahului ijab. (Lihat alMughni, 7/61) Kami cenderung kepada pendapat jumhur berdasarkan hadith di atas. 45 “Jumhur ulama berpendapat hukumnya sah, inilah pendapat Abu Hanifah, Malik dan Syafi’i kerana wujudnya ijab dan qabul.
BERINTERAKSI DENGAN KHILAF M ajma’ Fiqh Islam dalam persidangannya kali yang ke10 di Makkah al-Mukarramah pada 17-21 Oktober 1987 telah mengeluarkan satu keputusan, antara lain menyebut: “Perbezaan mazhab-mazhab fiqh di dalam beberapa masalah mempunyai sebab-sebab ilmiah yang mengandungi hikmah-hikmah yang besar. Antaranya menunjukkan rahmat kepada hamba-hamba Allah dan meluaskan lapangan pengeluaran hukum daripada nas-nas. Di samping itu, ia juga membentuk perbendaharaan perundangan fiqh yang sekaligus meletakkan umat Islam berada di dalam keluasan agama dan syariat-Nya. Pelaksanaan syariat tidak hanya tertumpu kepada satu aspek sahaja, bahkan boleh juga ditumpukan kepada aspek lain. Apabila mazhab seorang imam tidak dapat menampung keperluan umat Islam pada waktu tertentu atau di dalam urusan tertentu, mereka akan menemui keluasan dan kemudahan di dalam mazhab imam lain pula, 46
47 sama ada di dalam urusan ibadah, muamalah, keluarga, kehakiman, jenayah dan lain-lain lagi.” Sesungguhnya, wacana ilmiah di kalangan para ulama dan cendekiawan Islam adalah amat baik serta membina makrifah serta kefahaman yang lebih mendalam dan meluas. Kami bersetuju bahawa pandangan yang dikemukakan jelas menunjukkan kepada kita keluasan fiqh itu sendiri. Inilah yang disebutkan oleh Umar bin ‘Abd al-‘Aziz: َم َاَل َّ ْ ِه َوَسل َي َُّه َ عل ى الل َّ َّم ٍد َ صل ن َأ ْص َح َ اب ُ م َح ب َأ َّ ُّ َما أ ِح َّ ُ اس ِ في َ َك َان الن ًاًل َ و ِ احًدا ل ْ ْ َ ك َان َقو َو نُه ل َأَّ َ ْخَتِلُفوَن، ِأِل ي ْ ِل َ ُجٌل ِ بَقو ْ َأ َخَذ ر َو ُ ْقَتَد ِى ب ِه ْم َ، فل نُه ْم َأِئ َّمٌة ي ِض ٍ يق، َ و إَِّ َأ َحِد ِه ْم َ ك َان ِ سَعًة Maksudnya: “Aku tidak suka bila sahabat Rasulullah SAW tidak berbeza pandangan, sebab kalaulah ia cuma satu pandangan, maka orang ramai akan berada dalam kesempitan. Sesungguhnya mereka (para sahabat) adalah pemimpin yang menjadi ikutan. Kalaulah seseorang mengambil pandangan salah seorang dari mereka (kerana ada khilaf berlaku), dia akan berada dalam keluasan.” (Lihat al-I‘tisam oleh al-Syatibi, 2/577).
ADAB DALAM PERKARA KHILAF A gama Islam telah meletakkan sendi-sendi adab yang tinggi bagi umatnya, termasuklah dalam pergaulan mereka bersama saudara-saudaranya tatkala berlaku perselisihan pandangan dalam masalah-masalah ijtihadiyah. Memadai dengan sabda Nabi SAW: َْأأْل ْخَاَل ِق ُأَت ِّمَم َ ص ِال َح ا ُ ِعْث ُت ِأِل نَما ب إَِّ Maksudnya: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak-akhlak yang mulia.” Riwayat Ahmad (8952). Syeikh Syu’aib al-Arna’uth menilai hadith ini sebagai sahih dan sanadnya kuat. Walaupun manusia tidak akan bersamaan pada pemikiran dan kemampuan untuk bersatu secara keseluruhannya, namun sewajarnya seseorang mampu menguruskan khilaf dengan baik. 48
49 Antara sikap yang baik dalam menguruskan khilaf adalah: • Melazimi sifat berlapang dada dan boleh menerima khilaf khususnya dalam perkara cabang Dalam menerima kritikan, kita juga hendaklah bersikap berlapang dada. Sesungguhnya sikap menolak kebenaran dan kemarahan kerana semata-mata membela diri adalah kesombongan. Nabi SAW bersabda: َّ ِ اس ق َ وَغ ْم ُط الن ِّ ْ َح ُ ال َ َطر ُ ب ْر ْ ِكب ال Maksudnya: “Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.” Riwayat Muslim (91), Abu Daud (4092), alHakim (7366), al-Baihaqi dalam Syu’ab alIman (6193) dan al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (556) • Melazimi sifat mengasihi dan menghormati saudara seislam mengatasi segala-galanya. • Mengelakkan prasangka dan hasad dengki serta dendam kesumat.
50 • Melihat sejarah generasi sahabat di mana khilaf dalam kalangan mereka tidak membawa perpecahan tetapi mengeratkan lagi ikatan ukhuwah. • Melihat kepada maslahat yang lebih besar dan mengetepikan hal yang remeh-temeh. • Perbincangan yang dilakukan sesama saudara Muslim hendaklah dengan cara dan kaedah yang baik. Tujuan sewajarnya adalah untuk mencapai kebenaran, bukan membela hawa nafsu yang sentiasa menyuruh ke arah kejahatan. Sekiranya perbincangan telah sampai pada tahap pertengkaran, maka ucapkanlah salam/ selamat berpisah dan sebutlah sabda Nabi SAW: اء َو إِ ْن َ َ َك ِ المر َ ّ ِ َة ِ ل َم ْن َ تر َ ِض الجن َ ٍ يت في رب َأ َ نا زِع ٌيم بب قا ًّ َك َان ُ م ِح Maksudnya: “Aku menjamin sebuah mahligai di taman syurga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun dia benar.” Riwayat Abu Daud (4800), al-Tirmizi (1993), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (8017) dan al-Tabarani (8/117). Syeikh Syu’aib al-Arna’ut menyatakan isnadnya kuat.
51 Ibn Abd al-Bar menukilkan daripada Zakaria bin Yahya, katanya: Aku mendengar alAsma’i berkata: Abdullah bin Hasan berkata: يمَة َْق ِد َ َّ الصَد َاقَة ال ُ ْف ِسُد اء ي ُ َ ْ ِمر ال ل َ ما ُّ َ ِث َيقَة، َوَأَق ْو ُع ْق َدَة ال ْ ل ال ُّ َ ِح َوي َبُ َة، ُمَغال ْ ِف ِيه َأ ْن َ ت ُك َون ال َْق ِط َيعِة َ ِ اب ال ْمَت ُن َأ ْسب َبُ َة َأ ُمَغال ْ َوال Maksudnya: “Pertengkaran mulut akan merosakkan persahabatan yang lama dan menceraiberaikan ikatan (persaudaraan) yang kuat. Sekurang-kurangnya, (pertengkaran mulut) akan membawa kepada mughalabah (keinginan untuk saling mengalahkan), manakala mughalabah adalah penyebab
52 terkuat yang membawa kepada putusnya ikatan persaudaraan.” (Lihat Jami’ Bayan al-‘Ilm wa Fadhlihi, 2/952) • Hendaklah memilih ucapan yang baik dalam berbincang sesama saudara Muslim. Allah SWT berfirman: ٗا ۡ ن ُس َّ ِ اس ح لِلن ْ وا ُ ُول ق َ و Maksudnya: “Dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik.” (Surah al-Baqarah: 83) Syeikh al-Sa’di menjelaskan bahawa termasuk di dalam perkataan-perkataan yang baik itu ialah menyeru mereka kepada kebaikan dan
mencegah mereka daripada kemungkaran, mengajarkan mereka ilmu pengetahuan, menyebarkan salam serta senyuman, dan lainlain lain (perkara) yang termasuk di dalam (lingkungan) kata-kata yang baik. Apabila tidak semua manusia mampu membantu manusia (yang lain) dengan hartanya, mereka diperintahkan untuk berbuat baik (ihsan) kepada setiap makhluk dengan perkara yang mereka mampu iaitu berbicara dengan kata-kata yang baik. Termasuk di dalamnya, larangan daripada berbicara kepada sesama manusia dengan perkataan yang buruk sekalipun kepada orang kafir. (Lihat Tafsir al-Sa’di, hlm. 57) 53
54 Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Darda’ R.A, Nabi SAW bersabda: ُ ٍق َ َامِة ِ م ْن ُ خل ْ ِقي ْ َم ال َو ُمْؤِم ِن ي ْ َم َ ا ش ْيٌء َأْثَق ُل ِ ف ِي م َيز ِ ان ال َ ِذ َيء ْب َْف ِ اح َش ال ْ َغ ُض ال َب َي ََّه ل ن الل َح َس ٍن َ، و إِ َّ Maksudnya: “Tidak ada sesuatu pun yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin pada Hari Kiamat berbanding akhlak yang baik, dan sesungguhnya Allah murka terhadap orang yang keji dan buruk (akhlaknya). Riwayat Abu Daud (4799), Ahmad (27517), al-Tirmizi (2002) dan Ibn Hibban (5693). Imam al-Tirmizi menyatakan hadith ini hasan sahih. Syeikh Syu’aib al-Arna’ut menyatakan hadith ini sahih. Dalam hadith lain, Rasulullah SAW bersabda: ْ َن َي ُق َون ب ِّ ُمَفر ْ يمِة، ال َّ ِم َ اء َون ِبالن ش ُ َم َّ ْ لِه ال َ ِاد ال ُ ِ عب َار ِشر َ َت َعن ْ َء ال آ َ ُر ْب َ ُاغوَن ال ْب ِ َة، ال ّ َْأأْل ِحب ا Maksudnya: “Sejahat-jahat hamba Allah ialah mereka yang berjalan membawa mulut, iaitu mengadu domba, yang suka memecah-belahkan antara orang-orang yang berkasih sayang, yang mencacatkan orang-orang yang suci dengan kata-kata yang jahat.”
55 Riwayat Ahmad (17998) dan Abu Nu’aim dalam Ma’rifah al-Sahabah (4700). Syeikh Syu’aib al-Arna’ut menyatakan hadith ini hasan dalam Takhrij al-Musnad (17998). Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi menyebut di dalam kitabnya bahawa Islam sangat marah terhadap orang yang gemar mendengar perkataan yang buruk, lalu segera menyampaikan kepada orang lain untuk bermusuhmusuhan atau kerana ingin menimbulkan fitnah, atau bertujuan untuk memporak-perandakan hubungan antara satu sama lain supaya hancur dan binasa. (Lihat al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hlm. 369)
56 UCAPAN TAHNIAH DAN PESANAN M engambil kesempatan atas perkahwinan Saudara Sabri Yunus dan Ardini kami mengucapkan tahniah dan berdoa semoga anda berdua dapat membina sebuah kehidupan bahagia sehingga ke syurga. Kami katakan kepada anda berdua: ْ ٍر َ ُكَم ِ ا ف َى خي ْن َي ْ َك َ، و َجَمَع ب َي َك َ عل َ َار َ َك َ، وب َُّه ل َك الل َ َار ب Maksudnya: “Semoga Allah memberkatimu ketika bahagia dan ketika susah, serta menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan.” Riwayat Abu Daud (2130), al-Tirmizi (1091), Ahmad (8957), al-Nasa’i dalam al-Sunan alKubra (10089), al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (14214); al-Da’awat al-Kabir (495), dan al-Hakim dalam al-Mustadrak (2745). Al-Hafiz Abu Tahir menyatakan bahawa sanad hadis ini sahih.
Doa ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. Beliau berkata bahawa jika Nabi SAW ingin memberikan ucapan selamat pada seseorang yang telah berkahwin, maka Baginda berdoa: ‘رْ ٍ ِ َى خي َ ُك َما ف ْن َي َ َج َم َع ب ْ َك، و َ َك َ عَلي َار َ ب َُّه َ ل َك، و َ َك الل َار ‘ب (“Semoga Allah memberkatimu ketika bahagia dan ketika susah, serta menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan.”) Al-Munawi berkata: Dalam sebahagian riwayat, lafaz ْ ٍر’ ِى َخي ْ ٍر’ dengan dibaca’, ف خي َلىَع .‘ َAl-Tibi berkata: Lafaz ‘pada’ yang pertama adalah syartiyyah dan yang kedua adalah zorfiyyah. Dikatakan ‘هَُّ َ َك الل َار ب ‘adalah jawab syarat. AlZamakhsyari berkata: Maknanya adalah bahawa seseorang itu menetapkan keberkatan dengan doa ini. (Lihat Faidh alQadir, 5/138) Rasulullah SAW sebagaimana dapat dilihat melalui hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa beliau berkata: ِْن َسا َن إَِذا فَأ اإل ََّ َم َ كا َن إَِذا ر َّ ْ ِه َ وَسل َي َُّه َ عل ى الل َّ ي َ صل َّ َِّب ن الن َأ َّ ْ َك َ ، و َجَمَع َي َك َ عل َ َار َ َك َ ، وب َُّه ل َك الل َ َار و َج َ ، ق َ ال: ب َّ َتَز ْ ِر َ ُكَم ِ ا ف َ ي الخي ْن َي ب
Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW apabila hendak memberikan ucapan selamat kepada orang yang menikah, baginda mendoakan: Semoga Allah memberkatimu dan menetapkan berkat atasmu, serta mengumpulkan engkau berdua dalam kebaikan. Riwayat Abu Dawud (2130), dan al-Tirmidzi (1091) Dapat difahami melalui hadith ini bahawa Rasulullah SAW berdoa untuk seseorang yang telah berkahwin, Baginda berdoa dengan doa-doa yang baik dan mulia, dengan mendoakan keberkatan ke atas mereka, dan menyatukan mereka dan pasangan mereka dalam kebaikan. Selain itu juga kalimah “الخير “iaitu kebaikan yang merangkumi makna kebahagiaan, kesejahteraan, kehidupan yang bahagia, dan mendapatkan anak-anak yang soleh. Oleh itu, bagi sesiapa yang hadir semasa majlis akad perkahwinan dilakukan, disyorkan agar dia berdoa dengan doa berikut untuk pasangan yang baru berkahwin. Ini lebih baik daripada doa pada zaman jahiliah yang mengatakan ‘والبنين بالرفاء) ‘dengan kesejahteraan dan anak-anak). Doa ini adalah doa yang kurang dan tidak mencukupi juga dengan ucapan-ucapan seperti ‘mabruk’ yang biasa digunakan oleh 58
59 orang ramai sebagai ucapan kepada pengantin. Oleh itu, lebih baik untuk mendoakan dengan doa yang mulia yang diajarkan oleh nabi kerana ia merangkumi makna-makna kebaikan dan kebahagiaan. (Lihat Taudih al-Ahkam Min Bulugh al-Maram, 5/239) Dalam melayari bahtera kehidupan di alam rumahtangga, sudah pasti ombak badai akan dirempuh dan mungkin karam dengan pukulannya yang kuat. Hal ini sudah pasti menggerhanakan institusi kekeluargaan. Kesan dan impaknya terkena kepada semua termasuk anak-anak hatta mertua dan ibu bapa serta keluarga yang terdekat. Itulah bahana penceraiaan akibat krisis rumahtangga. Justeru, menuju ke arah kebahagiaan rumahtangga sehingga menjadikannya Baiti Jannati merupakan dambaan dan cita-cita setiap pasangan suami isteri. Dalam meraih kebahagiaan rumahtangga, peranannya adalah bersifat umum dan mewakili setiap unit keluarga. Antaranya sikap yang dipamerkan hendaklah dengan penuh tanggungjawab yang disulami dengan kasih sayang serta ajakan dan ajaran yang baik. Sentiasa
60 disuburkan dari semasa ke semasa. Perlu ditegaskan dahulu beberapa pengertian dan maksud bahagia mengikut pandangan cendekiawan dan tokoh, antaranya: • Victor Huga berkata: “Kebahagiaan hidup yang tertinggi adalah keyakinan yang diri kita dicintai.” • Cicero berkata: “Kebahagiaan perlu diperjuangkan, bukan dengan mengeluh, meminta belas kasihan orang lain ataupun dengan pasrah pada nasib.” • Jefferson berkata: “Kebahagiaan kita yang terbesar tidak bergantung pada keadaan hidup kita.” Ramai di kalangan kita cuba meraih kebahagiaan akan tetapi melihat kepada belenggu masalah dan keadaan dunia masa kini, sudah pasti merencatkan kebahagiaan bahkan menuju kegagalan.
61 Sebenarnya kehidupan adalah mata rantai masalah, kita pasti akan melaluinya sama ada sedar atau tidak. Namun persoalan yang utama adalah cara kita melihat terhadap permasalahan tersebut. Jika negatif sudah pasti mengakibatkan kekecewaan. Jangan melihat berdasar-kan mata perasaan dan emosi bukan dengan mata hati yang disulami dengan hikmah. Ini kerana melihat dengan mata perasaan akan menampakkan bayangan. Ketika kita berada berhampiran sumber cahaya maka kita akan melihatnya dengan jelas sebab pandangan kita dibantu oleh cahaya. Ketika itu kita tidak melihat bayangan kerana ia membelakanginya. Secara terperincinya, maka sudah pasti sikap pasangan suami isterilah yang memainkan peranan dalam mencorakkan suasana kedamaian dan keharmonian rumah tangga. (Lihat Baiti Jannati: Rumahku Syurgaku, hlm. 116-118)
62 “Dalam meraih kebahagiaan rumahtangga, peranannya adalah bersifat umum dan mewakili setiap unit keluarga. “
PENUTUP S esungguhnya, isu yang terkait dengan sighah ijab dan qabul telah kami perbahaskan dengan lebih mendalam pada ruangan kali ini yang kami namakan sebagai Aku Terima…Nikahnya. Ini rentetan daripada kenyataan kami yang terdahulu dalam Ahkam Syar’iyyah (Siri #3574)1 secara lebih umum dan pada kajian kali ini kami telah rujuk dengan lebih detail dan terperinci maraji’ dan masadir dalam mazhab Syafi’i. Sesungguhnya, kebenaran itu adalah daripada Allah SWT dan kita hanya memohon kepada-Nya agar kita diperlihatkan kebenaran sebagai kebenaran, begitu juga, kebatilan sebagai kebatilan sebagai mana doa yang diajar kepada kita: 1.https://maktabahalbakri.com/3574-sahkah-perkahwinan-dengan-menyebut-aku-terima-sahaja/ 63
64 َ ِ اط َل ْب َ َاعُه، َوَأِرَنا ال اتِّب َا ِّ ْ ُزْقن ق َ ا، وار ًّ ق َح َّ ْ َح م َأِرَنا ال َّ َّ ُه الل ل، َّ َ ِض َا َفن ْن َي َتِب ًس َ ا عل ْ ْ ُه ُ مل َاَلَ ت ْجَعل َُه، َو َب َ ْ ا اج ِتنا ْ ُزْقن َ ِ اطًاًل َ، وار ب َِّق َ ين إَِم ًاما ْ ُمت َ ِ ا لل ْن َو ْ اجَعل Maksudnya: “Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya, dan jangan jadikannya terkeliru atas kami sehingga kami sesat. Dan jadikanlah kami sebagai pemimpin bagi orang yang bertaqwa. (Lihat Mazahib Ahl al-Sunnah oleh Ibn Syahin, no. 38, hlm 40; Tafsir Ibn Kathir, 3/75) Kami akhiri dengan doa: َ َ ِاف َيل َ ، ف ِ اطر ْ ِر َيل َ ، وِم َ يك ِائ َيل، َو إِ ْسر ب ِ جب َّ َ م ر َّ َّ ُه الل َّ الشَه َادِة، َأْن َت ْ ِب َو َْغي ْ ِض َ ، ع ِالَم ال َْأأْلر لسَم َاو ِ ات َ وا ا َّ َ ْخَتِلُف َون ْ ، اه ِدَن ِ ا ل َما يم َ ا ك ُان ِ وا ف ِيه ي َ ِاد َك ِ ف َ ْ َن ِ عب َي َت ْح ُكُم ب اء ن َك َ ت ْه ِد َي م ْن َ ت َش ُ ق ِ بإِ ْذِن َك، إَِّ ِّ ْ َح ُِل َف ِ ف ِيه ِ م َن ال ْ اخت َ ٍ اط ُ م ْسَتِق ٍيم. َ ِى صر إِل
Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan Jibril, Mikail, dan Israfil. Yang Menciptakan langit dan bumi, Yang Maha Mengetahui yang ghaib mahupun yang kelihatan. Engkaulah yang Menghakimi hamba-hamba-Mu di dalam apa yang mereka perselisihkan. Tunjukkanlah kami dengan izin-Mu kepada kebenaran di dalam apa yang diperselisihkan. Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk ke arah Sirat al-Mustaqim kepada sesiapa yang Engkau Kehendaki.” 65