i
Seutas Jam Rolex: Destinasi Terakhirnya @ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri • Terbitan Pertama : Oktober 2023 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan daripada buku ini termasuk artikel, ilutrasi dan fotokopi dalam apa-apa jua bentuk dan cara sekalipun samada fotokopi, mekanikal, rakaman, elektronik atau cara-cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis daripada PUSTAKA CAHAYA KASTURI. Sebuah Karya Terbitan:
Mukadimah iv Sejarah Jam Rolex 1 Saya dan Jam Rolex 3 Kisah yang Tak Dapat Dilupakan 5 Jemputan Dr Sani al-Araby 8 Solidariti Rakyat Malaysia kepada Bumi Palestin 9 Ucapan Tokoh-Tokoh 12 Kekejaman Zionis 25 Ahad 28 Oktober: Niat untuk Bida Jam Selepas Kuliah Dhuha 26 Isnin: Saudara Razif Membuat Draf dan Pembukaan Bida 28 Sambutan yang Hangat 30 Bersama Pemenang pada 1 November 2023 33 Duit RM135,000: Agihan 37 Beberapa Hukum dalam Isu Ini 40 Penutup 52 Isi Kandungan
MUKADIMAH A lhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan. Alhamdulillah, pada 1 November 2023, dengan izinNya, selesailah sudah bidaan jam Rolex saya dengan harga RM135,000 yang dimenangi oleh seorang sahabat saya dari Johor. Sesungguhnya kita merancang, dan Allah SWT lah sebaik-baik yang merancang. Terdetik pada saya semasa ingin melakukan musafir ke Abu Dhabi dan juga Jordan untuk membuat sedikit nukilan atau sebuah buku ringkas dengan tajuk Seutas Jam Rolex: Destinasi Terakhirnya. Oleh kerana ia menjadi satu fenomena yang mengejutkan di seluruh Malaysia bahkan dunia Islam, maka saya yakin mungkin ramai yang ingin mengetahui dengan lebih terperinci yang berkait dengan jam Rolex saya ini. iv
v Semoga bingkisan ini menjadi pemangkin kepada kita untuk mengislahkan diri kita ke arah yang lebih baik. Dengan berbekalkan takwa, amalan soleh dan keikhlasan yang dimiliki oleh kita, itulah yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. Akhir kalam, kami mengharapkan ia menjadi sebuah impian semua orang dalam berinfaq fi sabilillah, terutamanya kepada rakan-rakan kita yang menjadi mangsa kekejaman Zionis seperti saat getir ini, yang dihadapi oleh saudarasaudara di Gaza, Palestin. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua. Sekian. Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri 17 Rabiul Akhir 1445 H bersamaan 1 November 2023 M.
vi “Semoga bingkisan ini menjadi pemangkin kepada kita untuk mengislahkan diri kita ke arah yang lebih baik.”
SEJARAH JAM ROLEX S aya mulakan dengan sejarah jam Rolex dan bagaimana ia boleh menjadi begitu terkenal di seluruh dunia. Rolex SA (/ˈroʊlɛks/) ialah pengilang jam mewah Switzerland berpangkalan di Geneva, Switzerland. Pada asalnya diasaskan sebagai Wilsdorf and Davis oleh Hans Wilsdorf dan Alfred Davis di London, England pada 1905, syarikat ini mendaftarkan Rolex sebagai nama jenama jamnya pada 1908 dan menjadi Rolex Watch Co. Ltd. pada 1915. Selepas Perang Dunia I, syarikat ini memindahkan pangkalan operasinya ke Geneva berikutan situasi ekonomi yang tidak dijangka di pasca perang Britain, dan pada 1920 Hans Wilsdorf mendaftarkan Montres Rolex SA di Geneva sebagai nama baru syarikat yang akhirnya menjadi Rolex SA pada tahun-tahun berikutnya. Sejak 1960, syarikat itu telah dimiliki oleh Yayasan Hans Wilsdorf. 1
Rolex SA dan anak syarikatnya Montres Tudor SA mereka bentuk, mengilang, mengedar dan menawarkan perkhidmatan menjual jam tangan di bawah jenama Rolex dan Tudor. Pada tahun 2018, Forbes menamakan Rolex sebagai jenama ke-71 paling berharga di dunia. Sehingga Jun 2019, antara jam tangan paling mahal pernah dijual semasa lelongan 10 teratas di dunia, tiga daripadanya ialah Rolex. Misalnya, Rolex Daytona Paul Newman kini memegang gelaran jam tangan kedua paling mahal dan jam tangan paling mahal ketiga pernah dijual di lelongan, meningkat kepada 17.75 juta Dolar AS di New York pada 26 Oktober 2017. Rolex ialah pengilang terbesar kronometer diperakui buatan Switzerland. Pada tahun 2005, lebih daripada separuh pengeluaran tahunan Contrôle Officiel Suisse des Chronomètres (COSC) ialah jam keluaran Rolex. Setakat ini, Rolex masih memegang rekod untuk pergerakan kronometer diperakui dalam kategori jam tangan.1 1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Rolex# 2
SAYA DAN JAM ROLEX S ejujurnya, saya tidaklah mengenali jam berjenama Rolex kecuali amat lewat. Seingatan saya, bapa saudara saya peminat jam termasuk jam Rolex. Begitu juga, sebahagian sanak saudara yang begitu minat dengan jam Rolex dan sanggup membeli jam Rolex tiruan kerana jenamanya yang unik serta nilai yang tinggi sebagai eksklusif. Antara jam yang saya miliki, yang sedikit mempunyai nilai, jam hadiah perkahwinan oleh isteri. Tetapi jam tersebut hilang ketika saya berada di Masjid Namirah, Arafah, semasa melakukan ibadat haji di mana saya letakkan di tepi dinding masjid. Kemudian selepas beberapa ketika, kami pergi ke Langkawi dan dapat membeli jam yang jenama sama, kemudian sekarang saya hadiahkan jam tersebut kepada anak saya yang sedang belajar. Harganya sekitar RM 1000 - RM 1200 sahaja. 3
Ada beberapa jam yang saya dapat hadiah, yang banyak saya bahagikan kepada rakan-rakan dan saudara mara. Antara jenamanya seperti G Shock, Seiko, Al-Fajr. Alhamdulillah, sehingga kini yang ada pada saya hanya al-Fajr sahaja kerana mudah bagi saya untuk mengetahui waktu solat. Itulah saya dengan jam yang pernah saya miliki. 4
KISAH YANG TAK DAPAT DILUPAKAN K isahnya bermula pada Februari 2017 apabila saya mendapat panggilan mengejut ketika sedang menghadiri mesyuarat sebagai Panel Penasihat Syariah Bank Negara. Saya diminta oleh Kerajaan Malaysia - selaku Mufti Wilayah Persekutuan - untuk mewakili semua para mufti dan para ulama Malaysia, menyampaikan ucapan di hadapan Raja Saudi, DYMM Al-Malik Salman bin Abdulaziz hafizahullahu ta’ala dalam kunjungan hormatnya ke Malaysia. Majlis tersebut dilangsungkan pada sebelah petang di St. Regis Hotel, Kuala Lumpur. Beberapa hari selepas majlis berkenaan, saya dihubungi pihak Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia. Ada cenderamata yang dikirimkan 5
daripada Raja Saudi kepada saya. Lantas saya minta pegawai saya Dr. Aizam Mas’od yang menjadi salah seorang staf di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ketika itu untuk mengambilnya. Apabila diberitakan kepada saya, ada sebuah beg yang diberikan, lantas saya katakan: “Letaklah di Pejabat Mufti Kuala Lumpur, di tingkat 10, bangunan JAWI.” Apabila saya masuk pejabat keesokan harinya, saya hanya melihat beg yang diberikan dengan menyangka bahawa itu adalah buku-buku cenderamata. Justeru, saya tidaklah membuka beg cenderamata tersebut. Ia disimpan di pejabat saya di Kuala Lumpur sehinggalah saya dilantik sebagai Menteri, saya pindah satu tingkat di atas dan dipindahkan beg tersebut ke tingkat 11. Masih lagi saya tidak membukanya. Apabila saya meletakkan jawatan sebagai Menteri pada Ogos 2021, kotak tersebut dipindahkan ke pejabat peribadi saya. Di sana, seorang sahabat saya, saudara Zaffan ketika memindahkan barangbarang termasuk beg tersebut bersama rakan yang lain 6
7 telah membuka beg dan terkejut, lantas dilaporkan kepada saya. Rakan saya Ustaz Izhar telah melihat jam tersebut serta menyemak harganya melalui internet. Masingmasing merasa terkejut. Sebagai tanda penghargaan atas derma kurnia daripada Raja Saudi, saya katakan: “Menjunjung kasih DYMM AlMalik Salman bin Abdulaziz atas derma kurnia yang amat bermakna ini.” Titah Baginda untuk sentiasa bersederhana, mengutamakan perpaduan ummah dan memartabatkan agama sentiasa akan saya semat dalam hati.
JEMPUTAN DR SANI AL-ARABY S elepas berlakunya serangan luar biasa atau Taufan alAqsa pada 7 Ok-tober, dua minggu kemudian, kami telah menjemput Dr Sany Al-Araby untuk mendapatkan sebuah kepastian dan maklumat terkini terkait dengan isu di Gaza. Beliau menyampaikan ucapan hampir 2 jam di samping melancarkan kutipan derma. Alhamdulillah, sambutannya cukup meriah. Banyak maklumat yang dapat diperolehi terutamanya sikap dan sifat rakyat Palestin yang berada di Gaza. Begitu juga tribulasi yang mereka hadapi dan ketabahan yang mereka miliki. Ramai dalam kalangan yang hadir mendengar merasa puas dengan maklumat yang disampaikan. Jazakallahu khairal jaza’ kepada Dr. Sani. 8
SOLIDARITI RAKYAT MALAYSIA UNTUK BUMI PALESTIN D alam menzahirkan penentangan terhadap kekejaman rejim Zionis, rakyat Malaysia telah berhimpun bagi menunjukkan solidariti bersama rakyat Palestin. Antaranya: • Solidariti di Masjid Negara pada hari Jumaat, dan masjid-masjid di Malaysia Ia dilangsungkan di seluruh negara termasuk di masjidmasjid di Malaysia dan bukan sekadar itu, diteruskan di tempat-tempat yang lain secara berkala bagi menunjukkan penentangan kepada rejim Zionis Israel. • Solidariti Kerajaan Malaysia di Stadium Axiata Perhimpunan di sini melibatkan hampir 15k orang, yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. 9
10 • Solidariti 10k di hadapan Kedutaan Amerika pada 28 Oktober 2023 Jumlah yang datang pada hari Jumaat tersebut, ada yang menganggarkan mencecah sehingga seratus ribu orang. Menakjubkan, penentangan dan demonstrasi besar-besaran sebenarnya bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi di seluruh dunia, sama ada di negara Arab mahupun barat, bahkan di Amerika termasuk ibu negaranya, Washington dan New York, dan tempattempat lain seperti London, Paris dan banyak negara mengadakan demonstrasi yang jumlah mereka mencecah ratusan ribu bahkan jutaan termasuklah di Jakarta. Walaupun ketika catatan ini dinoktahkan, sudah lebih 47 hari Taufan al-Aqsa serta bermulanya empat hari gencatan senjata atau hudnah antara pihak Israel dan Hamas, tetapi yang amat membanggakan kita semua, pihak Gaza melalui al-Qassam masih lagi mampu mempertahankan diri bahkan menyerang musuh dengan jayanya melalui kenyataan rasmi yang disampaikan dengan nama al-I’lam al-Askari.
Begitu juga, perbahasan peringkat dunia dalam pelbagai platform dan berita sudah didapati cenderung kepada rakyat Palestin berbanding dengan Israel. Lagi menarik, sekalipun sebahagian kerajaan di Eropah dan Amerika yang menyokong penuh Israel, tetapi majoriti rakyatnya mengadakan demonstrasi dan berpihak kepada Palestin. “Perbahasan peringkat dunia dalam pelbagai platform dan berita sudah didapati cenderung kepada rakyat Palestin berbanding dengan Israel. “ 11
UCAPAN TOKOH-TOKOH R amai dari kalangan tokoh pemimpin telah memberikan reaksi dan pandangan berkenaan isu Palestin ini. Kami nukilkan ucapan mereka seperti berikut: Tun Dr. Mahathir Beliau adalah antara tokoh yang aktif dan lantang bersuara mengenai hak rakyat Palestin dan tindakan kezaliman yang dilakukan terhadap mereka. Beliau telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang berkait dengan isu ini. Antaranya: Pertama: Dalam hantaran Tun Dr Mahathir Mohamad di laman media sosial X (12 Oktober 2023), beliau menegaskan beberapa noktah berikut: 12
13 • Pertamanya, saya ingin ingatkan semua orang betapa selama lebih 70 tahun Israel telah dengan kejam dan bongkak mendera orang Palestin tanpa henti. • Hampir setiap hari, tentera Israel membunuh beberapa orang Palestin dengan alasan mereka yang dibunuh adalah pengganas. • Siapa yang tentukan orang Palestin yang dibunuh adalah pengganas? Jika mereka itu disyaki pengganas, mengapa tidak ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah? • Israel juga melabel Hamas sebagai pengganas. Tetapi bukankah tindakan Hamas adalah tindakan orang yang sudah tenggelam punca, hilang harapan untuk mendapatkan keadilan dari negara-negara besar yang mendabik dada sebagai pejuang keadilan dan kemanusiaan.
14 • Tidakkah sesuatu yang dijangka bhawa Hamas dan juga mana-mana orang Palestin yang telah dijajah oleh Israel, didera, dibunuh dan dihina seperti binatang, bertindak sebagaimana yang kita saksikan hari ini? • Di waktu ini juga, kita menjadi saksi kepada tindakan Israel yang berusaha mengatasi keganasan yang mereka tuduh dilakukan oleh Hamas. Jika kita renung kembali, Israel yang sebenarnya sebuah Negara pengganas yang telah berdekad lamanya melakukan keganasan ke atas orang Palestin tanpa rasa bersalah atau sebarang kekesalan. • Mereka membunuh kanak-kanak dan bayi orang Palestin kerana kononnya kanak-kanak dan bayi-bayi ini membesar dan menjadi pengganas. Dengan alasan tersebut mereka terus melakukan pembunuhan ke atas bayi dan kanak-kanak Palestin. • Yang membuat keadaan lebih memualkan ialah tindakan Israel mendapat sokongan dari Negara Barat dan Amerika yang bukan sahaja
15 membisu apabila Israel melakukan jenayah perang, mereka malah membekalkan senjata kepada rejim kejam tersebut. Antara kenyataan beliau yang terbaru, telah disiarkan dengan tajuk Orang Israel (The Israeli) dengan beberapa noktah berikut: • Dunia menyaksikan pembunuhan besarbesaran dilakukan orang Israel terhadap rakyat Palestin melalui televisyen definisi tinggi. Kesemua peristiwa yang ditunjuk diperincikan. Bayi baru lahir nazak apabila bekalan elektrik ditutup dan aliran oksigen ke katil mereka terhenti. • Kanak-kanak lelaki dan perempuan cedera dan nazak ditarik keluar dari runtuhan bangunan yang dibom atau ditembak roket orang Israel. Yang tercedera dikejar ke hospital. Yang syahid diselubungi kain putih bergelimpangan di atas tanah.
16 • Yang terselamat menangis dan meratap sambil memeluk mayat orang tua, kanakkanak dan wanita yang dibunuh. • Ini bukanlah perang. Kita cuma lihat askar Israel. Tidak ada askar Palestin. Hanya orang awam berkejaran dalam kerisauan mencari keluarga yang hilang. Mungkin ada pertempuran tetapi ia cuma berlaku di antara askar Israel dan rakyat awam Palestin. Yang jelas ialah bom dan roket telah menghancurkan seluruh bandar. • Saya tidak percaya ini boleh dan sedang berlaku. Satu masa dulu apabila Nazi Jerman membunuh orang Yahudi dalam bilik gas beracun, saya rasa amat belas kepada mereka. • Saya menyangka orang Yahudi pasti akan faham apa makna sengsara. Saya juga menjangka mereka tidak akan ulangi perbuatan itu kepada orang lain. • Tetapi hari ini saya dan seluruh dunia menyaksikan sifat binatang Yahudi terhadap orang yang beri perlindungan semasa orang Eropah menindas mereka.
• Orang Yahudi bertebaran ke negara-negara Islam apabila Ferdinand dan Isabella menakluk semula Sepanyol. Orang Yahudi dan Islam diberi tiga pilihan. • Pilihannya sama ada tukar kepada agama Kristian atau berpindah atau dihukum bunuh. Kebanyakan memilih berpindah. Orang Yahudi tidak ada tanah air sendiri. Sebab itu mereka pindah ke Tunisia, Algeria, Maghribi dan Turki. Semua ini negara Islam. Mereka juga berhijrah ke Palestin. 17
• Mereka terselamat malah ada yang menjadi kaya. Rakyat lain yang beragama Islam tidak melakukan pembunuhan terancang terhadap mereka. • Cuma selepas negara Israel dibentuk baru mereka tinggalkan negara-negara ini. • Sejak itu berlakulah perang yang penuh keganasan apabila rakyat Palestin yang dihalau cuba tuntut semula tanah mereka. • Apakah orang Israel masih ingat tragedi holocaust dan Nazi? Apakah mereka ingat tiga pilihan yang diberi Ferdinand dan Isabella? Apakah mereka ingat perlindungan yang mereka dapat di bawah negara-negara Islam? • Kelihatannya tidak sama sekali. Ini jelas jika kita lihat sikap mereka melakukan pembunuhan besar-besaran serta kekejaman mereka terhadap rakyat Palestin. 18
19 Syeikh al-Azhar, Syeikh Prof. Dr Ahmad al-Tayyib Syeikh al-Azhar, Syeikh Prof. Dr Ahmad al-Tayyib telah membuat beberapa kenyataan khususnya yang terkait dengan Taufan al-Aqsa. Antaranya: Pertama: Berkenaan Taufan al-Aqsa Beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan tajuk Kami Berbangga dengan Keberanian Rakyat Palestin bertarikh 9 Oktober 2023. Antara lain dalam kenyataannya ialah:
• Menyeru kepada syuhada Palestin yang unggul yang telah mempertahankan tanah air sehingga ke titisan darah terakhir dengan pujian yang tinggi. • Menyokong sepenuhnya rakyat Palestin dan berdoa kepada Allah SWT semoga Allah SWT tetap tabahkan mereka menghadapi kezaliman zionis. • Menegaskan bahawa jajahan dan takluk Israel ke bumi Palestin merupakan kehinaan. • Menyatakan bahawa Al-Azhar berdiri teguh dan sepenuhnya dalam pembebasan bumi Palestin. Kedua: Kenyataan Selepas Dibom Hospital Al-Ahli Arab Kenyataan ini dikeluarkan pada 17 Oktober 2023. Antara kenyataannya ialah: • Tindakan yang amat biadap, bacul dan sentiasa Barat merasakan dia betul. 20
• Umat Islam janganlah merasa lemah dan dukacita serta hina inilah pesanan. ُ • م نت ُ ِن ك َ إ ۡن و َ ل ۡ ع َ أ ۡ ُ ٱل م ُ نت َ أ َ ْ و وا ُ ن َ ز ۡ ح َ ا ت َ ل َ ْ و وا ُ ِن ه َ ا ت َ ل َ و َ ِمنِين ۡ ؤ ُّ م Maksudnya: “Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamu-lah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Surah Ali Imran: 139) • Begitulah perangai mereka yang amat keras bahkan lebih keras daripada batu. Firman Allah SWT: َ • ةِ ار َ حِج ۡ َٱل َ ك ِهي َ َ ف لِك ٰ َ ِد ذ ۡ ع َ ِ ۢن ب ّ ُ م م ُك وب ُ ل ُ ۡ ق َ ت َس َّ ق م ُ ث ۚ ٗ ة َ ۡ و َس ُّ ق َ د ش َ ۡ أ و َ أ Maksudnya: “Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi.” 21
(Surah al-Baqarah: 74) • Syeikhul Azhar Prof Ahmad al-Tayyeb berkata kepada Perdana Menteri Palestin ke3, Ismail Haniyeh: َ • ِذهِ ْ ه ِم ِمن َ ل َ أ ْ ةِ ال َ اي َ ِي غ ُ ف ن ْ ح َ َن ْ و ُ م َك ع َ ا م َ ن ُ وب ُ ل ُ ق ِ ِر َاز َج م ْ ال Maksudnya:“Hati-hati kami bersama kamu se-dangkan kami dalam keadaan dukacita yang amat berkenaan tragedi berdarah dan penyembelihan seperti ini.” 22
23 Kenyataan Tegas Majlis Hukama Muslimin Mengutuk Sekeras-Kerasnya Pengeboman Hospital Al-Ahli di Gaza oleh Israel Antara lain, kenyataan yang dikeluarkan menegaskan: • Majlis Hukama Muslimin di bawah teraju Fadhilatul Imam al-Akbar Syeikh Dr. Ahmad alTayib mengutuk sekeras-kerasnya pengeboman tentera Israel ke atas Hospital Arab Al-Ahli di Gaza, yang mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa dan menyebabkan ramai yang cedera, termasuk berpuluh-puluh wanita dan kanakkanak. • Kami dengan segera menyeru masyarakat antarabangsa untuk campur tangan dan menamatkan kekejaman berterusan yang dil-akukan terhadap orang awam yang tidak bersalah di Semenanjung Gaza. Tindakan sedemikian secara terangterangan melanggar semua undang-undang antarabangsa, konvensyen, dan prinsip kemanusiaan. Majlis dengan tegas menyatakan bahawa sejarah tidak akan melupakan perbuatan
24 jenayah yang dilakukan terhadap orang awam yang tidak berdaya. • Kami menggesa organisasi antarabangsa, serantau, dan dunia Arab untuk mengambil langkah segera dan komprehensif untuk menghentikan pencerobohan kejam ini. Ia adalah tindakan pembersihan etnik dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin. • Ini adalah malapetaka kemanusiaan yang terbesar, dan memerlukan tindakan pantas dalam bentuk sokongan dan bantuan segera kepada mereka yang terjejas. • Kami juga menekankan bahawa serangan ke atas orang awam yang tidak bersalah, tanpa mengira umur atau jantina mereka, merupakan jenayah berat terhadap kemanusiaan, yang pelakunya mesti bertanggungjawab mengikut undang-undang antarabangsa.
KEKEJAMAN ZIONIS K ekejaman ini amat melampau dan masih berterusan walaupun melebihi 50 hari. Tetapi menakjubkan, ia masih lagi dapat bertahan terutamanya pasukan Hamas dan sekutunya bagi melawan tentera rejim Zionis. Ini yang mencengangkan mereka. Kadar kematian sudah mencecah melebihi 14,000 orang dan cedera tanpa dapat dikira. Begitu juga bangunan yang runtuh tanpa perikemanusiaan seperti di Hospital al-Syifa’, Hospital Ma’madani dan juga sekolah-sekolah, masjid, gereja semuanya dibom dengan dahsyat termasuklah sekolah-sekolah dan terbaru cawangan Universiti alAzhar di Gaza juga dibom. Inilah kedurjanaan rejim Zionis. 25
26 AHAD 28 OKTOBER: NIAT UNTUK BIDA JAM SELEPAS KULIAH DHUHA S elepas Kuliah Dhuha di Surau al-Makrifah, Nilai yang kami baca padanya Garis Masa Hayat al-Rasul SAW dan juga Hadis Matan Arba’in Nawawiyyah saya telah bercakap dengan beberapa sahabat, antaranya Haji Wan Zul dan yang lain untuk melelong jam yang saya sayangi, jam Rolex dengan niat untuk memberi bantuan kepada rakyat Palestin dan juga saudara-saudara kita di Gaza. Dengan menjunjung titah dan meraikan kesungguhan Kerajaan Arab Saudi menyalurkan sumbangan billion dollar kepada Palestin saban tahun, saya menyatakan hasrat membuka bidaan jam Rolex kesayangan saya ini dengan harga tapak
RM40,000. Kenaikan bermula RM100 ke atas. Hasil bidaan akan didermakan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat Palestin yang sedang menderita di sana. Firman Allah SWT: ِمن ْ وا ُ ِق ُنف ا ت َ َم و ۚ َ ون ُّ حِب ُ ا ت َّ ِمم ْ وا ُ ِق ُنف ى ت ٰ َّ ت َ ح َّ ِر ب ۡ ٱل ْ وا ُ َال ن َ ن ت َ ل ٞ لِيم َ ِهِۦ ع ََّ ب َّ ٱهَّلل ِن إ َ ۡ ٖء ف َ ي ش Maksudnya: “Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh, Allah Maha Mengetahui.” (Surah Ali Imran: 92) Semoga Allah SWT menerima usaha kita semua ke arah membantu saudara-saudara kita di Palestin. 27
ISNIN: SAUDARA RAZIF MEMBUAT DRAF DAN PEMBUKAAN BIDA P ada hari Ahad, sahabat saya Ust Syafiq telah meminta untuk mengambil gambar jam Rolex saya. Kisah ini akhirnya diketahui oleh isteri saya dan dia terkejut dan itulah kali pertama saya tegaskan, ini untuk demi Palestin. Beliau terus akur dan menyokong. Keputusan ini di luar jangkaan saya. Tetapi saya yakin dan percaya, apabila kita betulkan niat, akan berlaku banyak keajaiban dari jam Rolex ini. Semuanya menampakkan positif. 28
29 Pada pagi Isnin, seperti biasa Ust Razif telah menjemput saya untuk ke pejabat dan saya katakan kepadanya, apa yang saya mahu lakukan dengan lebih tersusun dari sudut lelongan atau bidaan ini. Dengan memberi beberapa poin dan kisah, lantas digarapnya dengan sebaik mungkin.
30 SAMBUTAN YANG HANGAT P ada hari yang sama, iaitu hari Isnin, 30 Oktober 2023, selepas setengah jam, beliau telah memasukkan Facebook, Twitter, IG dan Tiktok dan ia menjadi satu kejutan serta mendapat laporan yang hangat di medsos, rangkaian TV dan akhbar-akhbar. Lebih 300,000 orang yang melihat di facebook, di IG pula mencecah 500,000. Sedangkan di Twitter, 1.2 juta yang melihat, dan di Tiktok, 19,000. Kemudian ia merebak dengan begitu cepat apabila dipick up oleh TV
31 serta akhbar-akhbar, dan tersebar dengan begitu pantas, dengan pelbagai bentuk laporan dan tajuk. Alhamdulillah kebanyakan netizen memberi respon yang baik. Kami yakin dan percaya ia menjadi satu fenomena yang baik dalam membantu rakan dan saudara mara kita di bumi Gaza, Palestin. Sejak bidaan dibuka, pada tapak RM 40,000, ia naik dengan mendadak oleh pembida seperti berikut: � RM 40,500.00 � RM 40,600.00 � RM 41,000.00 � RM 41,500.00 � RM 43,000.00 � RM 45,000.00 � RM 47,000.00 � RM 50,000.00
� RM 79,000.00 � RM 80,000.00 � RM 98,000.00 � RM 100,000.00 � RM 115,000.00 � RM 125,000.00 � RM 130,000.00 � RM135,000.00 32
BERSAMA PEMENANG PADA 1 NOVEMBER 2023 A lhamdulillah, pada 1 November 2023, telah sempurna penyerahan jam Rolex saya yang merupakan derma kurnia Raja Arab Saudi, DYMM Al-Malik Salman bin Abdulaziz Alsaud hafizahullahu ta’ala kepada pemilik baharunya, seorang “Hamba Allah” daripada Pasir Gudang, Johor. Saya tanya kepada beliau, “Mengapa terdetik untuk membida dengan nilai RM135,000 pada 7 minit terakhir sebelum ditutup pada jam 12 tengah malam semalam?” Pembida ini sebak dan kemudiannya menangis. Jawapannya kerana ia adalah derma kurnia Raja Arab Saudi, milik saya (Dr. Zulkifli bin Mohamad alBakri) dan demi Palestin. Antara kalamnya yang saya tak boleh lupa, beliau 33
34 berkata: “Jika sekiranya ada yang bida lebih tinggi, saya akan lawan sehingga ia menjadi milik saya. Itulah cita-cita saya.” Menariknya, beliau mengatakan kepada saya yang beliau mahu memberikan semula kepada saya, atau menjual dengan harga yang murah. Saya dengan tegas mengatakan: “Simpanlah untuk diri tuan. Ini kerana Saidina Umar pernah menjual satu barang, kemudian orang tersebut selepas itu ingin menjual semula dengan harga yang lebih rendah, atau sama, dan Saidina Umar ingin membelinya semula. Tetapi Rasulullah SAW tidak mengizinkannya. Justeru, saya katakan, peganglah.” Dia katakan, “Ini sebagai bukti saya laksanakan untuk demi Palestin. Saya akan simpan jam ini sebagai satu kenangan walaupun saya b u k a n l a h collector jam Rolex.” Saya menyerahkan jam Rolex serta pelapik tangan yang selalu saya gunakan. Begitu juga beg yang diberikan kepada saya dan kotak jam Rolex sekali.
35 Ketika dalam perjalanan ke Abu Dhabi untuk menghadiri mesyuarat tahunan bersama Syeikhul Azhar, saya singgah sebentar ke Jordan untuk menyerahkan sendiri RM100,000 kepada pelarian Palestin di Amman, melalui Muslim Care Malaysia. Baki RM35,000 pula diserahkan kepada beberapa NGO terpilih iaitu MERCY Malaysia, Global Peace Malaysia, Cinta Gaza, Aqsa Syarif, PAS Relief, MAPIM, Aman Palestin, HALUAN dan MyFundAction. Sehingga saat ini, Palestin masih berdarah. Maklumat terbaharu yang saya terima, kem pelarian Palestin di Jabalia pula dibom tentera Zionis Israel. Meskipun saya sayangkan jam ini, tetapi saya lebih sayang saudara kita di Palestin. Semoga ini menjadi sejuzuk kecil saksi pengorbanan kecil kami untuk Palestin. Firman Allah SWT: ِمن ْ وا ُ ِق ُنف ا ت َ َم و ۚ َ ون ُّ حِب ُ ا ت َّ ِمم ْ وا ُ ِق ُنف ى ت ٰ َّ ت َ ح َّ ِر ب ۡ ٱل ْ وا ُ َال ن َ ن ت َ ل ٞ لِيم َ ِهِۦ ع ََّ ب َّ ٱهَّلل ِن إ َ ۡ ٖء ف َ ي ش
36 Maksudnya: “Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh, Allah Maha Mengetahui.” (Surah Ali Imran: 92) Dalam menjayakan isu ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menjadi pemudah cara, wartawan, TV dan juga pemain utama di medsos yang menyebarluaskan sehingga dapat diselesaikan isu ini dalam masa kurang seminggu dan sampai kepada tangan yang dikehendaki melalui Muslim Care dan NGO yang terpilih. Terima kasih semua dan terima kasih rakyat Malaysia.
DUIT RM135,000: AGIHAN S elepas saya menerima duit tersebut yang diberi secara tunai (cash) oleh pemenang bidaan, kami sama-sama berdoa semoga ia diberkati Allah SWT dan saya tegaskan kepada mereka yang hadir bersama pembida yang menang, demi Allah, satu sen pun saya tak akan ambil duit tersebut sebagaimana saya janjikan. Pada 3 November 2023, sebelah malam, selepas mengadakan majlis daurah Fiqh sebagai pemberi wasiat, pada penutup selepas Isyak yang dihadiri oleh ramai pelajar Malaysia, saya bergegas bersama rakan-rakan ke Restoran Mat’am al-Dar Darak di Tabarbur untuk menemui Dr. Jabr Hasan Abu al-Haija yang merupakan Amin ‘Am atau Setiausaha Agung Islamic Charity Centre Society (ICCS), Amman, Jordan. Selepas bertanya khabar serta mendengar usaha yang dilakukan dengan begitu gigih, di samping ia 37
38 merupakan syarikat terbesar, maka selepas kami nyatakan hasrat kami untuk mereka menyampaikan bantuan kami ke bumi Gaza yang sedang bermandikan darah, alhamdulillah dengan senang hati mereka menyanggupinya dan sebenarnya itulah kerja mereka. Perjumpaan yang penuh mahabbah serta banyak input baru yang kami dapat melalui NGO nya yang mewakafkan seluruh masanya untuk memberi khidmat kepada rakyat Palestin di Jordan mahupun di bumi Gaza, Palestin. Saya yakin Allah SWT akan memberi kepada kita sebuah kedamaian dan ketenangan dalam hidup, di samping ia akan menjadi satu sunnah yang baik. Benarlah sabda Nabi SAW: َ ْع َدُه، ًَة َ ح َسنً َة َ ، فُع ِم َل ِ بَها ب ّ ِ ُ سن ن ِ ف ْي اإْلإِ ْسَاَلم َم ْن َ س َّ ْ ُق ُص ِ م ْنُأ ُج ِورِه ْم َاَل يَن َُه ِ مْث ُلَأ ْجِر َ م ْن َ ع ِم َل ِ بَها، َ و ُكِت َب ل َش ْيٌء
39 Maksudnya: “Sesiapa yang menjadi pelopor suatu amalan kebaikan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya ganjaran semisal ganjaran orang yang mengikutinya dan sedikit-pun tidak akan mengurangi ganjaran yang mereka peroleh.” Riwayat Muslim (1015) dan Ibn Majah (203), daripada Jarir bin Abdillah R.Anhuma.
BEBERAPA PERSOALAN HUKUM DALAM ISU INI Persoalan Pertama: Hukum Bida Dalam bentuk moden penipuan, penggunaan media pendengaran, visual, dan tulisan yang mencantumkan deskripsi yang tinggi yang tidak mewakili kenyataan atau menaikkan harga untuk menggoda pembeli dan mempengaruhinya untuk melakukan transaksi.Ramai yang bertanya, adakah dibolehkan pelaksanaan hukum bida seperti ini. Saya melihat hukum ini sama seperti buku hukum melelong. Menurut Kamus Dewan Bahasa, lelong didefinisikan sebagai penjualan di hadapan khalayak ramai dengan harga beratas-atasan oleh pembeli-pembelinya. Majlis Penasihat Syariah (MPS), dalam mesyuarat ke-10 pada 16–17 Oktober 1997, membincangkan kaedah bai` muzayadah dan telah memutuskan bahawa kaedah ini diharuskan menurut perspektif perundangan 40
Islam. Dengan keputusan tersebut, kaedah ini boleh dijadikan sebagai satu rujukan untuk membentuk sesuatu instrumen dalam pasaran modal Islam di Malaysia. (Lihat Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti, hlm. 32) Kami nukilkan di sini berkenaan jual beli secara lelong atau Bai’ Muzayadah sebagaimana yang telah disebut dalam Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (hlm. 32-34): Bai` muzayadah merupakan tindakan penjual menawarkan barangan jualan di pasaran, kemudian diikuti permintaan beberapa orang pembeli yang berlumba-lumba menawarkan bayaran lebih tinggi. Proses ini berakhir dengan penjual menjual barangan tersebut kepada sesiapa yang menawarkan harga tertinggi. Dalam erti kata lain, jual beli ini adalah sama dengan jual beli secara lelong. Namanama lain bagi kaedah ini yang telah digunakan oleh fuqaha silam ialah bai` fuqara’, bai` man kasadat bidha`atuhu, bai` mahawij dan bai` mafalis. (Lihat Mu`jam al-Mustalahat, hlm. 245–246) Konsep bai` muzayadah adalah relevan dalam banyak isu pasaran modal Islam, khususnya yang berkaitan dengan 41
42 tindakan peserta pasaran mengambil keuntungan hasil daripada perbezaan harga. Ia juga menjadi hujah untuk mengharuskan spekulasi, selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Syariah. Bai` muzayadah ialah bentuk jual beli yang telah wujud dan digunakan dalam sistem muamalat sejak sekian lama. Konsep jual beli ini menjadi topik perbahasan fuqaha silam dalam menentukan statusnya. Justeru, dalam menilai status jual beli ini dari sudut Syariah, pandangan fuqaha silam telah dikaji. Terdapat nas berkenaan amalan mengharuskan bai` muzayadah, antaranya sebagaimana Imam al-Bukhari yang telah meletakkan satu topik khusus dengan tajuk ِ َ َدة َاي ْ ِع ال ُمز َي َ ُ اب ب ب) Jual Beli Secara Lelongan/Bidaan) dan telah meriwayatkan pandangan `Ata’, katanya:
َِز ُيد يم ْن ي َمَغ ِان ِم ِ ف َ ْ ْ ِع ال َي ْأ ًس ِ ا بب َ َ ْوَن ب َر َّ َ اس َاَل ي َ ْك ُت الن َأ ْدر Maksudnya: Aku mendapati bahawa orang ramai berpandangan tidak mengapa menjual rampasan perang kepada orang yang dapat membayarnya dengan harga lebih.” (Lihat Sahih al-Bukhari, 2/753) Imam al-Bukhari kemudiannya meriwayat hadith daripada Jabir bin Abdullah R.Anhuma: ٍُر َ ، ف ْ احَت َ اج، َ فَأ َخَذُه َُه َ ع ْن ُ دب َ ُجًاًل َأ ْعَت َق ُ غ َالًما ل ن ر َأ َّ َ ْشَتِر ِيه َم َ ، فَق َ ال َ : »م ْن ي َّ ْ ِه َوَسل َي لُه َ عل ى ال� َّ ي َصل ُّ َِّب الن لَِّه ِ ب َكَذ َ ا و َكَذ َ ا فَدَفَعُه ْ ِد ال ْ ُن َ عب ْ ُم ب اه ُ نَعي ُ َ ِّ َ ي«. ف ْ اشَتر ِمن ْ ِه. َي إِل Maksudnya: “Bahawa seorang lelaki membebaskan seorang hamba miliknya (dengan syarat) setelah dia meninggal dunia. Kemudian dia memerlukan wang, Nabi SAW mengambil hamba itu lalu bersabda: “Siapakah yang mahu membelinya (hamba ini) daripadaku?” Nu‘aim bin Abdullah membelinya dengan harga sekian dan sekian, Nabi SAW menyerahkan hamba itu kepadanya.” Riwayat al-Bukhari (2141) 43
44 Selain itu, diriwayatkan daripada Anas R.A: ْ ًس َ ا وَقَد ًحا، َ َ اع ِ حل َم ب َّ ْ ِه َ وَسل َي لُه َعل ى ال� َّ لِه َ صل َ ُس َول ال� ن ر َأ َّ َ ُجٌل: َْق َد َح َ «؟ فَق َ ال ر ْ َس َ وال ْ ِحل َ ْشَتِر َي هَذا ال َوَق َ ال َ: م ْن ي َم: َّ ْ ِه َوَسل َي لُه َ عل ى ال� َّ ي َصل ُّ َِّب ْ َه ٍم َ ، فَق َ ال الن َأ َخْذُتُه َم ِ ا ب ِدر ْ َه ٍم؟ َ فَأ ْع َط ُاه َ ِى در َِز ُيد َ عل ْ َه ٍم َ ؟ م ْن ي َ ِى در َِز ُيد َ عل َم ْن ي ُْه َ َاعُه َم ِ ا من ْ ِن َ، فب ْ َهَمي َ ُجٌل ِ در ر Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW menjual hamparan dan bekas air dengan bertanya: “Siapakah yang mahu membeli hamparan dan bekas air ini?” Seseorang berkata: “Saya ingin membeli keduanya dengan harga satu dirham.” Nabi SAW bertanya lagi: Siapakah yang mahu menambah lebih daripada satu dirham?” Lalu seorang lelaku menyerahkan dua dirham kepada Rasulullah dan baginda pun menjual kedua benda itu kepadanya.” Riwayat al-Tirmizi (1218) dan al-Nasaie (4518) Imam al-Tirmizi berkata selepas meriwayatkan hadith ini: Hadith ini adalah hadith hasan, kami tidak mengetahui hadith ini kecuali daripada hadith al-Akhdar bin ‘Ajlan. Dan Abdullah Al-Hanafi, yang meriwayatkannya daripada Anas, adalah Abu Bakr Al-Hanafi. Pendapat ini diamalkan oleh sebahagian ulama’, mereka tidak melihat masalah