The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wanizahra, 2024-04-02 00:31:28

Seutas-Jam-Tangan

Seutas-Jam-Tangan

45 dengan jualan bagi orang yang mengambil keuntungan dalam rampasan perang (al-Ghanaim) dan harta warisan (al-Mawarith). (Lihat Sunan al-Tirmizi, 2/504) Terdapat dua pandangan fuqaha dalam menentukan hukum bai` muzayadah. Sebahagian besar fuqaha silam berpandangan, ia diharuskan oleh syariah manakala sebilangan kecil pula tidak mengharuskannya. Sebab utama perbezaan pendapat tersebut ialah interpretasi terhadap hadith Nabi SAW yang melarang membuat tawaran pembelian atas pembelian orang lain (مْ ِ سو ْ َ م عَلى َ ِ َسو َ ِخيه أ � – saum `ala saum akhihi). (Lihat Bidayah al-Mujtahid, 2/270–271). Berikut merupakan pendapat berkenaan dengan bai` muzayadah: • Al-Kasani, salah seorang fuqaha Mazhab Hanafi, telah menyebut bahawa bai` muzayadah tidaklah ditegah kerana Nabi SAW sendiri mempraktikkannya. (Lihat Bada’i` al-Sana’i`, 5/232) • Ibnu Humam, juga salah seorang fuqaha Mazhab Hanafi, mengharuskan kaedah jual beli tersebut dengan alasan yang sama. (Lihat Takmilah Fath al-Qadir, 6/479)


46 • Ibnu Juzay, salah seorang fuqaha Mazhab Maliki, mengharuskan kaedah ini kerana ia berbeza dengan jual beli saum ‘ala saum akhihi yang ditegah, dan tidak wujud unsur tidak adil dalam memilih barangan. (Lihat al-Qawanin alFiqhiyyah, hlm. 175) • Ibnu Qudamah, salah seorang fuqaha Mazhab Hanbali, telah me-nyebut bai` muzayadah diharuskan secara ijma bersandarkan kepada amalan Nabi SAW. (Lihat al-Mughni, 4/302.) Selain itu, keputusan Majma’ al-Fiqh al-Islami pada sidangnya yang kedelapan di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam dari 1-7 Muharram 1414 H bersamaan 21-27 Jun 1993, telah memutuskan: • Akad Muzayadah ialah akad jual beli yang bergantung pada undangan atau penulisan bagi mereka yang ingin menyertai lelongan dan dilakukan dengan persetujuan penjual.


47 • Akad Muzayadah terbahagi kepada beberapa jenis bergantung kepada tujuannya, seperti penjualan dan sewa, dan tergantung pada sifatnya, dan bersifat pilihan seperti lelongan biasa antara individu, atau wajib seperti lelongan yang diwajibkan oleh pengadilan, dan diperlukan secara umum dan khusus, serta lembaga pemerintah dan individu. • Prosedur yang digunakan dalam perjanjian lelongan, baik secara tertulis, penetapan, dan aturan pihak pengurusan atau undangundang, tidak boleh bertentangan dengan ketentuan syariat Islam. • Permintaan jaminan daripada mereka yang ingin menyertai dalam lelongan adalah sah secara syarak, dan setiap peserta yang tidak memenangkan tawaran harus mengembalikan jaminan kepadanya, dan jaminan kewangan dikira dari harga kepada pemenang transaksi. • Tidak ada masalah dalam syarak dalam mengutip kos pendaftaran – iaitu nilai buku persyaratan, dengan batas yang tidak melebihi nilai sebenarnya – kerana ia dianggap sebagai harga.


48 • Penipuan adalah haram, dan beberapa bentuk penipuan antara lain: • Menaikkan harga barang bagi mereka yang tidak berniat membelinya untuk menggoda pembeli dengan kenaikan harga. • Berpura-pura menyukai barang dan mengaku memiliki pengetahuan tentangnya bagi mereka yang tidak berniat membeli, lalu memuji barang tersebut untuk mendorong pembeli menaikkan harganya. • Pemilik barang, atau agen, membuat dakwaan palsu bahawa harga tertentu telah dibayarkan atas barang tersebut untuk menipu para penawar.


Persoalan Kedua: Adakah Hasil Jam Tangan Rolex Dikenakan Zakat? Dalam kes ini, tuan punya tersebut telah berniat dan juga memberikan sepenuhnya hasil jualan tersebut kepada saudara-saudara di Gaza dan Palestin yang mana mereka ini termasuk dalam asnaf zakat, bahkan wajib dibantu kerana ujian yang amat hebat dihadapi dengan kehilangan nyawa, kecederaan parah, kehilangan tempat tinggal, sekolah mahupun masjid. Nas dalam surah al-Taubah, ayat 60 jelas menunjukkan, mangsa serangan ganas Zionis kepada Gaza lebih layak untuk menerima bantuan zakat. Firman Allah SWT: 49


50 ا َ ه ۡ ي َ ل َ َ ع ٰ ِملِين َ ع ۡ َٱل ٰ ِك ِ ين و َ َس م ۡ َٱل ِء و ٓ ا َ ر َ ق ُ ف ۡ ُ لِل ٰت َ َ ق د َّ ا ٱلص َ م َّ ِن إ ِ ِيل ب َ ِي س ف َ َ و ِ ِمين ر ٰ َ غ ۡ َٱل ِ اب و َ ِق ّ ِي ٱلر ف َ ۡ و ُم ه ُ وب ُ ل ُ ةِ ق َ ف َّ ل َ ُؤ م ۡ َٱل و ٞ َ ِكيم ح ٌ لِيم َ َُّ ع َٱهَّلل و ۗ ِ َّ َ ٱهَّلل ِن ّ ٗ م َ ة ِيض ر َ ف ِۖ ِيل ب َّ ِ ٱلس ۡن َٱب ِو َّ ٱهَّلل Maksudnya: “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak me-merdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibel-anjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu keteta-pan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Taubah: 60) Dengan menekuni nas ini, dan istinbat yang dapat diambil, yang bahawa situasi rakyat Palestin di Gaza terangkum padanya asnaf seperti berikut: � Sebagai Fakir � Sebagai Miskin


� Sebagai al-Gharimin � Sebagai Fi al-Riqab � Sebagai Fi Sabilillah � Sebagai Ibn al-Sabil Inilah yang berlaku kepada mereka yang mencakupi enam asnaf yang berhak menerima zakat. Keduanya, kami katakan, oleh kerana yang menyumbang hasil bidaan tersebut sedikit pun tidak menggunakannya dan mengambil sebarang faedah daripadanya, maka kami berpendapat ia tidak dikenakan zakat. 51


PENUTUP F irman Allah SWT: َ ود ُ َه ي ۡ ْ ٱل وا ُ ن َ َام َ ء ِذين َّ ِل ّ ٗ ل ة َ ٰو َ َد َّ ِ اس ع َّ ٱلن َ د ش َ َّ أ َن ِجد َ ت َ ْ ل وا ُ ن َ َام َ ء ِذين َّ ِل ّ ٗ ل ة َّ د َ و َّ ُم م ه َ ب َ ر ۡ ق َ َّ أ َن ِجد َ ت َ ل َ و ۖ ْ وا ُ َك ر ۡ ش َ َ أ ِذين َّ َٱل و َ ِ ِ يسين ّ ۡ قِس ُم ه ۡ َّ ِمن ن َ ِأ َ ب لِك ٰ َ ذ ۚ َ ٰى ر ٰ َ َص ا ن َّ ِن إ ْ ا ٓ و ُ ال َ َ ق ِذين َّ ٱل َ ُون ِر ب ۡ َك ۡ ت َس ا ي َ ل ۡ ُم ه َّ ن َ أ َ ا و ٗ َان ب ۡ ُه َر و Maksudnya: “Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.” (Surah al-Ma’idah: 82) 52


53 Al-Syaukani berkata: Firman Allah, ‘ اسَّ ِ د الن َ َش َّ أ ن � َّ َلَت ِج َد َ ُكوا َ ْشر أ ِي َن � ذ َّ َ ال َ ُه َود و ْي َُنوا ال ِي َن آ �م ذ َّ ل ِّ َ ًة ل داو َع ,‘ َyakni bahawa orangorang musyrik dan Yahudi adalah orang-orang yang paling memusuhi orang-orang beriman, sedangkan orangorang Nasrani adalah orang-orang yang paling dekat rasa cintanya kepada orang-orang beriman. (Lihat Fath alQadir, 2/77) Syeikh al-Sa’di berkata: Kedua kelompok ini (orang Yahudi dan musyrik) secara mutlak adalah orang-orang yang paling keras memusuhi Islam dan umat Islam, serta paling berusaha untuk merugikan umat Islam. Hal tersebut disebabkan kebencian mereka yang besar, atas dasar kedengkian, penolakan dan kekufuran. (Lihat Taisir al-Karim al-Rahman, 2/125) Alhamdulillah, selesailah sudah isu yang terkait dengan Jam Rolex dan Taufan al-Aqsa. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita dalam membantu sadudara kta di Palestin terutama di Gaza yang sedang menghadapi pelbagai ujian dan tribulasi. Kami akhiri dengan mengajak semua untuk bersolidariti untuk Palestin dan marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah.


54 Akhir kalam, kami memetik kata-kata yang diungkapkan oleh Ismael Haniyeh, “Serangan ini bermula daripada Gaza dan akan tersebar ke Tebing Barat dan seluruh kawasan Palestin. Perang ini bukan perang rakyat Palestin, tapi ia adalah perang seluruh bangsa Arab dan umat Islam. Ini adalah perang untuk Palestin, ini adalah perang untuk Baitul Maqdis, dan yang paling penting Masjdil Aqsa.” Kami akhiri dengan doa: الس َح ِ اب َ ، و َه ِازَم ْ ِزَل ِ الكَت ِ اب َ ، وُم ْجِرَي َّ م ُ من َّ َّ ُه الل ْ ِه ْم َي َْن َ ا عل ا َأأل ْحَز ِ اب ْ ، اهِزْمُه ْم َ و ْان ُصر Maksudnya: “Ya Allah yang menurunkan Kitab, yang menjalankan awan, yang menghancurkan pasukan musuh, kalahkan mereka dan bantulah kami menewaskan mereka.” ُمْؤِمِن َ ين ْ ُم ْسَت ْضَعِف َ ين ِ م َن ال ْ م َأْن ِج ال َّ َّ ُه الل Maksudnya: “Ya Allah selamatkanlah orang-orang yang lemah dari kalangan orang-orang yang beriman.”


55 “Perang ini bukan perang rakyat Palestin, tapi ia adalah perang seluruh bangsa Arab dan umat Islam. Ini adalah perang untuk Palestin, ini adalah perang untuk Baitul Maqdis, dan yang paling penting Masjdil Aqsa.” 55


56 www.maktabahalbakri.com


Click to View FlipBook Version