The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FAKTOR PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aishahspawi17, 2022-04-09 21:01:34

FAKTOR PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK

FAKTOR PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

AMBILAN JUN 2021
SEMESTER 3 TAHUN 2

TUGASAN 2:
PENGHASILAN PRODUK

Nama Pelajar : SITI AISHAH BINTI MOHD.SPAWI

Angka Giliran : 2021311380013
No. Kad Pengenalan : 920701135584
Kumpulan /Unit : PDPM PAKK 1621
Kod Kursus : PAKK2302D
Nama Kursus : SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
Nama Pensyarah : PUAN ZURAIDA BINTI SALLEHUDIN
Tarikh Hantar : 11.4.2022

Pengakuan Pelajar

Saya sudah membaca dan
dimaklumkan tentang kerja kursus
oleh pensyarah.

Tandatangan : AISHAH

Nama : Jason Lim



Kanak-kanak akan menjalani satu proses
sosialisasi yang mana proses tersebut berlaku dalam
keadaan sekeliling sosial mereka. Pengalaman dan
suasana persekitaran sosial akan mempengaruhi
tahap-tahap perkembangan emosi yang dialami oleh
kanak-kanak. Ilmu mengenai kanak-kanak dalam
sosioemosi adalah berkaitan dengan penyesuaian
kanak-kanak itu sendiri terhadap rakan-rakan yang
berada disekeliling mereka.

Para pengkaji akan melihat dan memfokuskan
terhadap cara kanak-kanak tersebut bermain bagi
melihat proses berkembangnya sosioemosi kanak-
kanak. Corak perkembangan seorang kanak-kanak
mempunyai perbezaan sesama mereka. Oleh itu, setiap
individu tidak akan mengalami titik perkembangan
yang sama walaupun mereka mempunyai umur yang
sama.

Keupayaan seseorang individu dalam
berinteraksi ataupun menjalinkan perhubungan
dengan orang sekeliling merupakan maksud
sosiemosi itu sendiri. Kanak-kanak perlu pandai
mengurus dan faham tentang emosi sendiri agar
mereka dapat mencapai satu tahap emosi yang lebih
positif agar perkembangan sosioemosi mereka
dapat dicapai dalam menghadapi kehidupan
seharian.

Kebanyakan tokoh-tokoh mempunyai
pendapat berkenaan kanak-kanak perlu diajar tentan
pengurusan diri sendiri dan kesedaran supaya dapat
mencapai sesuatu yang positif tentang emosi
mereka demi membina keyakinan dalam
menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan
membina kemahiran sosial.





Persekitaran bermaksud keadaan yang ada di
sekeliling kita termasuk keadaan fizikal, politik,
sosiobudaya, iklim dan segala interaksi sesama
manusia serta alam sekitarnya. Persekitaran atau
“nurture” ialah semua yang memberi rangsangan
terhadap perkembangan individu (Rahil &
Habibah, 2022). Faktor persekitaran merupakan
faktor yang utama dalam mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak.

Peranan persekitaran ini dimainkan oleh
individu-individu yang signifikan dalam
kehidupan kanak-kanak seperti media massa, ahli
keluarga, ibu bapa, rakan sebaya dan juga guru.
Semua faktor ini mewujudkan pengaruh yang
kuat bagi membentuk jati diri masyarakat.

Faktor persekitaran yang pertama ialah, institusi
kekeluargaan. Keluarga kanak-kanak itu sendiri
mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam proses
perkembangan kanak-kanak. Corak kehidupan mereka
di rumah merupakan salah satu unsur keluarga yang
wujud dalam institusi ini seperti makanan, status
ekonomi dan juga asuhan mereka. Faktor seperti inilah
yang memberikan pengaruh yang besar terhadap
perbezaan dalam perkembangan mereka.

Tingkah laku orang yang tinggal bersama kanak-
kanak dalam rumah serta peristiwa sedih atau gembira
yang berlaku semasa kanak-kanak membesar di dalam
rumah atau di samping keluarga mereka sangat
mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial
mereka. Kanak-kanak yang mendapat didikan dan
asuhan dengan cara yang baik akan menghadapi
perkembangan emosi yang sempurna, tingkah laku dan
potensi kanak tersebut.

Pengaruh rakan sebaya merupakan faktor
persekitaran yang kedua. Faktor ini meliputi
perkembangan sosial, sahsiah dan intelek kanak-kanak.
Contohnya, pergaulan kanak-kanak dengan rakan
mereka yang rajin belajar akan membawa kepada
perkembangan potensi dan intelek dalam diri mereka ke
tahap yang lebih optimum. Kanak-kanak juga akan
dapat belajar untuk bersaing secara sihat dengan rakan
sebaya yang lain.

Seterusnya, sekiranya kanak-kanak berinteraksi
dengan rakan sebaya yang sopan, baik budi pekerti
serta berakhlak yang baik, mereka akan dapat
menerapkan nilai murni yang lebih positif.
Pembentukan sahsiah diri, sosioemosi dan tingkah laku
yang baik dalam kehidupan seharian mereka juga dapat
diterapkan.

Faktor persekitaran yang seterusnya ialah,
faktor sekolah dan guru. Guru juga mempunyai
peranan dalam perkembangan kanak-kanak sama
ada dari segi intelek, sosial dan emosinya. Sebagai
contoh, guru yang cekap dalam menguruskan
aktiviti dalam kelas dan penyayang dalam sekolah
mahupun di luar sekolah akan melahirkan kanak-
kanak yang bertanggungjawab, berakhlak, pintar
dan berilmu.

Selain dari itu, perkembangan psikomotor,
afektif dan kognitif kanak-kanak dapat dibantu
dalam keadaan iklim sekolah yang kondusif yang
lengkap dengan segala kemudahan pembelajaran
mereka. Dengan adanya persekitaran yang serba
serbi lengkap dan menarik, kanak-kanak akan
berasa seronok dan gembira untuk Kembali ke
sekolah.

Seterusnya ialah faktor persekitaran dari segi
sumber teknologi. Faktor ini merujuk kepada segala
maklumat yang diperolehi daripada bahan bacaan
seperti majalah, iklan, radio, suratkhabar dan
sebagainya. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan
sumber teknologi yang sihat seperti ini agar
perkembangan mereka lebih proaktif.

Dari sudut lain pula, kanak-kanak perlu dielakkan
dengan pendedahan kepada sumber teknologi yang
mempunyai unsur kurang sihat dan keganasan. Hal ini
kerana, pembentukan sikap dan personaliti yang
negatif akan wujud sekiranya dibiarkan melarat.

Pengaruh persekitaran yang terakhir yang
dapat membentuk perkembangan sosioemosi
kanak-kanak adalah pengaruh media masa. Seperti
yang kita sedia maklum, media masa berfungsi bagi
menyampaikan informasi berkaitan dalam dunia
globalisasi.

Kepentingan dalam mengutamakan faktor
Pendidikan dan pemakanan anak-anak mereka perlu
diambil kira oleh ibu bapa agar mereka mendapat
pendedahan dengan informasi yang berkaitan
kehidupan, budaya dan kesihatan. Contohnya,
bahan bacaan ilmiah, internet dan majalah sering
digunakan sebagai rujukan bagi mendapatkan info
yang berguna untuk perkembangan sosioemosi,
pemakanan serta Pendidikan anak-anak mereka
secara sihat.



Faktor lain yang turut membantu dalam
perkembangan sosioemosi kanak-kanak ialah,
faktor kesihatan. Penyelidikan menunjukkan bahawa
keadaan kesihatan kanak-kanak yang sedang sakit
mempunyai emosi yang berbeza daripada keadaan
semasa mereka sihat. Sakit yang agak lama atau
kecacatan yang dialami oleh kanak-kanak memberi
kesan dan impak yang besar kepada keadaan
tingkah laku dan emosi mereka.

Perkara ini boleh dilihat pada kanak-kanak
berkeperluan khas seperti sindrom down, disleksia
dan sebagainya. Perbezaan emosi dan tingkah laku
yang ketara dapat dilihat pada mereka yang
berkeperluan khas dimana mereka memerlukan
lebih perhatian dari semua aspek kehidupan mereka
termasuklah bagaimana cara mereka untuk
menyesuaikan diri dalam kalangan kanak-kanak lain
yang sihat dan normal.


Click to View FlipBook Version