1DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH 3 SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN NO KES: BA-62JS-10-12/2020PENDAKWA RAYA DANSYED SHAH IQMAL BIN SYED MOHD SHAIFUL(NO. KP: 951021-03-5573)ALASAN PENGHAKIMANPENDAHULUAN[1] Dalam kes ini, Tertuduh telah dihadapkan dengan suatu pertuduhan merogol seorang wanita bernama Nur Atiqah binti Mohd Ghazali (pada masa itu berumur 23 tahun) pada 11 September 2019 lebih kurang jam 11.35 malam di sebuah bilik dalam kondominium yang beralamat No. E-04-23 Hyde Tower, I-City Persiaran Multimedia Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Hukuman bagi kesalahan ini jika disabitkan sebagaimana S.376(1) Kanun Keseksaan (KK) adalah penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan sebatan. Pertuduhan disalinkan di sini seperti berikutBahawa kamu pada 11/09/19 jam lebih kurang 11.35 malam bertempat di dalam sebuah bilik di rumah beralamat No. E-04-23, Hyde Tower, I-City, PSN Multimedia, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, dalam daerah Petaling, dalam 08/10/2024 07:38:34 BA-62JS-10-12/2020 Kand. 163 S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
2Negeri Selangor Darul Ehsan, telah merogol Nur Atiqah Binti Mohamad Ghazali (No. K/P: 971123-06-5368) yang berumur 23 tahun. Oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan. Hukuman:Dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat.Kronologi prosiding[2] Pertuduhan telah dimulakan pada 10 Disember 2020 dan perbicaraan di peringkat kes pendakwaan telah selesai pada 10 April 2023 di hadapan Hakim Sesyen terdahulu yang mana beliau telah mendapati pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan kes prima facie ke atas Tertuduh dan selanjutnya melepas serta membebaskan Tertuduh tanpa perlu membela diri.[3] Walau bagaimanapun, pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi pada 12 April 2023. Mahkamah Tinggi kemudian membenarkan rayuan ini pada 7 Mac 2024 dan mengarahkan Tertuduh membela diri di Mahkamah Sesyen. Perintah Mahkamah Tinggi adalah seperti berikut,“RAYUAN INI yang ditetapkan untuk Pendengaran Rayuan pada hari ini dengan kehadiran Lokman bin Kasim, Timbalan Pendakwa Raya bagi pihak Perayu, Syed Amirul bin Syed Edros, Peguambela bagi pihak Responden dan Responden hadir DAN SETELAH MENDENGAR pihak-pihak yang tersebut di atas berhujah, MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERINTAHKAN bahawa; i. Rayuan pihak Perayu dibenarkan; S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
3ii. Responden diperintahkan membela diri terhadap pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam; dan iii. Kes ditetapkan untuk Sebutan di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 07/03/2024.”[4] Pada tarikh sebutan 7 Mac 2024 ini, Mahkamah ini telah memerintahkan, sementara perbicaraan diteruskan di peringkat pembelaan, Tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000.00 oleh isterinya sebagai penjamin serta Tertuduh dikenakan syarat-syarat tambahan supaya melapor diri di balai polis berdekatan kediamannya sebulan sekali dan passport diserahkan kepada Mahkamah untuk simpanan selamat sehingga kes selesai. [5] Peguambela Tertuduh iaitu Encik Syed Amirul Syed Edros (Encik Syed) memaklumkan bahawa Tertuduh akan memfailkan Rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi. Oleh itu Encik Syed memohon satu sebutan untuk mengemaskini status jika Tertuduh ada memfailkan permohonan penangguhan terhadap perintah Mahkamah Tinggi. Mahkamah menetapkan tarikh singkat ke 8 April 2024. Mahkamah juga menetapkan tarikh sambung bicara kes pembelaan pada 20 Mei, 10 Jun dan 20 Jun 2024. [6] Pada 8 April 2024, Encik Syed memaklumkan, Rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Mac 2024 telah difailkan dengan no. Rayuan B-09-68-03/2024 dan pengurusan kes di Mahkamah Rayuan ditetapkan pada 24 April 2024. Walau bagaimanapun, notis permohonan untuk penangguhan Perintah Mahkamah Tinggi belum difailkan. Mahkamah ini mengarahkan, jika tiada Perintah Penggantungan daripada Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, maka sambung bicara pembelaan akan diteruskan pada 20 Mei 2024.S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
4[7] Pada 20 Mei 2024, Encik Syed memaklumkan bahawa Rayuan Tertuduh ke Mahkamah Rayuan telah ditarik balik. Oleh itu sambung bicara pembelaan diteruskan dengan Tertuduh menjadi saksi pembelaan pertama (SD1). Perbicaraan selesai pada 20 Jun 2024 dan pembelaan tidak ada saksi yang lain untuk dikemukakan.[8] Pada 30 Ogos 2024, setelah Mahkamah meneliti semua keterangan dan hujahan pihak-pihak secara menyeluruh, Mahkamah memutuskan pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Oleh itu Tertuduh telah didapati bersalah dan disabitkan bersalah atas pertuduhan sebagaimana di atas. Selepas mendengar rayuan Tertuduh melalui peguamnya serta hujahan mitigasi dan pemberatan, Mahkamah memerintahkan Tertuduh dihukum penjara 10 tahun dan dikenakan 3 kali sebatan. Permohonan untuk penggantungan pelaksanaan hukuman sementara rayuan ke Mahkamah Tinggi juga ditolak kerana keadaan khas tidak dibuktikan. [9] Seterusnya pada 2 September 2024, Tertuduh memfailkan notis rayuan terhadap keseluruhan keputusan ini, diikuti dengan notis rayuan oleh pihak pendakwaan pada 11 September 2024 terhadap hukuman yang telah dijatuhkan. Ini adalah alasan penghakiman terhadap keputusan Mahkamah ini pada 30 Ogos 2024.Kes prima facie terhadap Tertuduh[10] Walaupun Mahkamah Tinggi tidak memberikan dapatan atau alasan penghakiman terhadap Perintah yang mengarahkan Tertuduh membela diri pada 7 Mac 2024, namun Mahkamah ini berpendapat, apabila Mahkamah Tinggimemerintahkan Tertuduh membela diri, maka inferensnya adalah Mahkamah Tinggi telah membuat dapatan, bahawa selepas kes pendakwaan, pihak pendakwaan telah S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
5membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh. Ini adalah berdasarkan peruntukan Seksyen 173(f) dan (h) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) yang menyatakan, Procedure in summary trials 173. The following procedure shall be observed by Magistrates in summary trials: …(f) …(i) When the case for the prosecution is concluded the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.…(h) …(i) If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged, the Court shall call upon the accused to enter on his defence.Tugas Mahkamah di akhir kes pembelaan[11] Oleh yang demikian, pada peringkat pembelaan, setelah Mahkamah ini mendengar saksi pembelaan dan pembelaan telah menutup kesnya, tugas Mahkamah ini adalah untuk menilai keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan dan melihat sama ada pembelaan ada menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan atau tidak. Seksyen 173(m) KTJ memperuntukkan, Mahkamah hendaklah menentukan sama ada setelah mendengar pembelaan, pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah atau tidak. Jika ya, S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
6maka seterusnya Mahkamah akan mensabitkan Tertuduh bersalah terhadap pertuduhan dan menjatuhkan hukuman yang sewajarnya mengikut undang-undang. Jika pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah, bermakna kes pendakwaan tidak dapat dipertahankan, maka Mahkamah akan melepas dan membebaskan Tertuduh. Seksyen 173(m) KTJ disalinkan sepertimana berikut-(m) (i) At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. (ii) If the Court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused guilty and he may be convicted on it and the Court shall pass sentence according to law[12] Dalam kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 YA Gopal Sri Ram,Hakim Mahkamah Rayuan pada masa itu menyatakan tentang tatacara perbicaraan di Mahkamah iaitu-“For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of prosecution’s case…….. (iii) after the defence called, the accused elects to remain silent, then convict; (iv) after the defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v PP [1963] MLJ 263”[13] Dalam kes Mat v PP [1963] MLJ 263, YA Suffian H seterusnya menyatakan,“The position may be conveniently stated as follows: -S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
7(a) If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused’s guilt.Convict;(b)If you accept or believe the accused’s explanation. Acquit;(c) If you do not accept or believe the accused explanation. Do not convict but consider the next steps below.(d) If you do not accept or believe the accused explaination and that explaianation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt. Convict.(e) If you do not accept or believe the accused explaination but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt. Acquit”[14] Dalam kes PP v Saimin (1971) MLJ 16, Mahkamah memutuskan tentang apakah yang dimaksudkan dengan “keraguan munasabah” sebagaimana berikut,“…A reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence or want of evidence and cannot be an imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence”. “… what amounts to “reasonable doubt”. It is not mere possible doubt, because everything relating to human affairs and depending upon moral evidence is open to some possible or imaginary doubt. It is that state of case which after the entire comparison and consideration of all evidence leaves the minds of the jurors in that condition that they cannot say they feel an abiding conviction to a moral certainty of the truth of the charge”.S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
8[15] Dalam kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [supra] Mahkamah diingatkan supaya sebelum meneliti keterangan pembelaan, Mahkamah hendaklah menghayatikesan apabila kes prima facie diputuskan terhadap Tertuduh, oleh itu melihat keterangan secara menyeluruh dan membuat kesimpulan sewajarnya,“… In PP v Dato’ Seri Anwar Ibrahim (No. 3) [1999] 2 CLJ 215, Augustine Paul J describe what a prima facie case is in the following terms: A prima facie case arises when then evidence in favour of a party is sufficiently strong for the opposing party to be called on to answer. The evidence adduced must be such that it can’t be overthrown only by rebutting evidence by the other side. Taken in its totality, the force of evidence must be such that, if unrebutted it is sufficient to induce the court to believe the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts existed or did happen. As this exercise cannot be postponed to the end of the trial, a maximum evaluation of the credibility of witnesses must be done at the close of the case for the prosecution before the court can rule that a prima facie case had been made out in order to call for the defence…”[16] Kesimpulannya, menurut Seksyen 173(m) KTJ dan kes-kes di atas, tugas Mahkamah pada peringkat ini adalah untuk menimbangkan keseluruhan keterangan pendakwaan yang telah dikemukakan, kemudian mendengar keterangan pembelaandan diikuti dengan memutuskan sama ada pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah. Oleh itu Mahkamah ini tidak terikat dengan dapatan oleh Hakim Sesyen terdahulu yang memutuskan tiada kes prima facie dibuktikan oleh pihak pendakwaan.S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
9[17] Dalam mempertimbangkan keseluruhan kes pendakwaan, Mahkamah perlumelihat semula kepada elemen pertuduhan dan fakta kes pendakwaan yang telah dibuktikan di peringkat pendakwaan sebelum ini. ELEMEN KESALAHAN[18] Dalam kes PP v Muhammad Syamir Kasmani (2014) 8 CLJ 1071 Mahkamah Tinggi telah menggariskan elemen pertuduhan bagi kesalahan di bawah S.376(1) KKsebagaimana berikut –(i) bahawa responden telah melakukan hubungan seks dengan mangsa;(ii) bahawa hubungan seks berlaku di bawah salah satu peruntukan seksyen 375 Kanun Keseksaan;(iii) bahawa berlakunya kemasukan zakar responden ke dalam kemaluan mangsa; dan(iv) bahawa responden dan mangsa bukan merupakan pasangan suami isteri.[19] Rujukan yang sama dibuat kepada kes-kes lain seperti PP v Mohd Ridzwan bin Md Borhan (Rayuan Jenayah No. 1-42-7-02); dan PP v Muhammad Nor Azmil Khairuddin (2015) 1 CLJ 276. Dalam kes PP v Mohd Ridzwan bin Md Borhan [supra] YA Datuk Wira Low Hop Bing menyatakan,“… Ingredients of the offence of rape, under S.375 of the Penal Code which provides for the offence of rape, a man is said to commit rape if he has sexual intercourse with a woman eg, without her consent. In order to establish a prima facie case of rape, the burden is on the prosecution to prove the following ingredients: -(1) sexual intercourse;S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
10(2) Penetration; and(3) without consent…”[20] Oleh itu, elemen pertuduhan bagi kesalahan di bawah Seksyen 376(1) KK dalam kes ini adalah, Tertuduh telah memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan mangsa (SP1) dan kemasukan tersebut telah berlaku secara paksaan atau tanpa kerelaan.FAKTA KES PENDAKWAAN[21] Fakta kes pendakwaan yang telah dibuktikan prima facie adalah sebagaimanaberikut.(a) Pada 11 September 2019 lebih kurang jam 8.00 malam, Pengadu/Mangsa (SP1) telah keluar minum dengan Tertuduh yang baru dikenalinya melalui laman sosial instagram dengan nama akaun daisyed_.(b) SP1 yang ketika itu berada di rumah sewanya di Taman Mutiara Subang telah mengikut Tertuduh dengan menaiki kereta Tertuduh menuju ke sebuah restoran di kawasan Batu 3 Shah Alam berhampiran rumah sewa SP1. (c) SP1 telah setuju mengikuti Tertuduh keluar berdua untuk berbincang tentang masalah kemurungan yang dihadapinya memandangkan Tertuduh dikatakan berpengalaman tentang rawatan Islam untuk mengatasi masalah kemurungan itu.(d) Selesai berbual dan minum di restoran tersebut, Tertuduh telah membawa SP1 ke rumah sewanya iaitu tempat kejadian yang beralamat sepertimana S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
11dalam pertuduhan. Mereka tiba di tempat kejadian lebih kurang jam 11.35 malam. (e) Di rumah tersebut, Tertuduh telah merogol SP1 dalam sebuah bilik dalam rumah tersebut. Tertuduh telah melakukan hubungan seks dengan SP1tanpa kerelaan SP1.(f) Setelah selesai hubungan seks tanpa kerelaan SP1, SP1 telah tinggal di dalam rumah tersebut kerana tidak tahu cara untuk melarikan diri sehinggalah pada pagi esoknya, Tertuduh menghantar SP1 ke lobi kondominium tersebut dan SP1 pulang ke rumah sewanya di Taman Mutiara Subang dengan menaiki Grab. Akibat kejadian ini, SP1 telah mengalami tekanan perasaan yang lebih teruk dan telah mendapatkan rawatan di hospital Kajang, Hospital Temerloh dan Hospital Shah Alam.(g) Pada Oktober 2019 SP1 telah pulang ke kampungnya di Pahang dan turut menjalani rawatan untuk masalah kemurungannya. SP1 kemudiannya telah membuat laporan polis berkaitan kejadian ini pada 25 November 2020 iaitu lebih kurang setahun selepas kejadian berlaku.[22] Untuk membuktikan fakta kes ini, Pendakwaan telah memanggil seramai 18 orang saksi dan mengemukakan 68 eksibit pendakwaan. Elemen pertama[23] Pihak pendakwaan telah membuktikan elemen pertama iaitu pada tarikh kejadian 11 September 2019 lebih kurang jam 11.35 malam telah berlaku kemasukan kemaluan Tertuduh ke dalam kemaluan SP1 (selepas ini dirujuk sebagai “hubungan seks”) di atas katil, dalam bilik tidur di Apartment/Kondominium yang beralamat No. S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
12E-04-23 Hyde Tower, I-City Persiaran Multimedia Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, yang merupakan rumah sewa Tertuduh (tempat kejadian).[24] Naratif pembelaan di peringkat pendakwaan adalah, bahawa hubungan seks antara Tertuduh dan SP1 telah berlaku dengan kerelaan. Tiada unsur-unsur paksaan mahupun kekerasan oleh Tertuduh terhadap SP1. Dalam keterangan pembelaan juga, Tertuduh konsisten mengakui telah berlaku hubungan seks tetapi dengan kerelaan. Oleh itu tiada isu tentang elemen pertama. Elemen kedua[25] Pendakwaan telah membuktikan di Mahkamah Tinggi bahawa hubungan seks antara Tertuduh dan SP1 adalah dengan paksaan, oleh itu elemen kedua telah dibuktikan. Dalam hal ini elemen paksaan menjadi isu yang perlu Mahkamah lihat sama ada keterangan pembelaan oleh Tertuduh dapat membangkitkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.[26] Dalam kes ini, hanya Tertuduh dan SP1 saja yang tahu apa yang berlaku pada waktu tersebut. Tiada saksi mata lain. Jadi, bagaimana Mahkamah membuat penilaian terhadap keseluruhan keterangan di hadapannya. Dalam kes terdahulu Mahkamah telah memutuskan, bagi kes jenayah seksual, tiada keperluan untuk keterangan sokongan bagi keterangan pengadu sekiranya keterangan pengadu adalah “unusually convincing”. Ini dirujuk dalam kes PP V. Mardai [1949] 1LNS 65 yang mana dinyatakan seperti berikut: Whilst there is no rule of law in this country that in sexual offences the evidence of the complainant must be corroborated; nevertheless, it appears to me, as a matter of common sense, to be unsafe to convict in cases of this kind unless S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
13either the evidence of the complainant is unusually convincing or there is some corroboration of the complainant's story. It would be sufficient, in my view, if that corroboration consisted only of a subsequent complaint by the complainant herself provided that the statement implicated the accused and was made at 10 the first reasonable opportunity after the commission of the offence. [27] Ini bermakna, Mahkamah boleh bersandar kepada keterangan SP1 jika keterangannya, sebagaimana yang dilihat dan diteliti oleh Mahkamah termasuk demeanor dan tindak tanduknya ketika menjawab soalan, adalah unusually convincing. Tetapi adakah keterangan mangsa dalam kes ini merupakan keterangan yang unusually convincing? Bagaimana jika tidak? Menurut Mahkamah Persekutuan dalam kes Din v PP (1964) 30 MLJ 300 Thomson LP, mengatakan-“But the desirability for corroboration of the evidence of the prosecutrix in a rape case (which in any event has not yet crystallized into something approaching a rule of law and which is still a rule of practice and of prudence) springs not from the nature of the witness but from the nature of the offence”yang bermakna, Mahkamah tidak boleh hanya bersandarkan kepada keterangan mangsa semata-mata kerana adalah penting bagi setiap keterangan disokong dengan keterangan yang lain untuk membuktikan sesuatu fakta. Prinsip undang-undang ini adalah untuk memastikan bahawa keterangan mangsa itu dipastikan benar kerana secara umumnya kesalahan seksual melibatkan hanya seorang tertuduh dan seorang mangsa. Ia biasanya dilakukan secara tertutup dan jauh daripada pengetahuan umum. S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
14[28] Mahkamah juga merujuk kes PP v Mohamad Malek Ridhwan Bin Che Hassan (2013) 8 CLJ 359 di mana Mahkamah Rayuan telah menjelaskan tentang keperluan membuat penilaian dengan berhati-hati terhadap keterangan mangsa dalam kes seksual seperti rogol dan menyatakan seperti berikut-“[14] Secara khusus mengenai kes-kes rogol, Mahkamah juga perlu mengambil perhatian kepada perkara-perkara berikut-(a) An accusation for rape can be made with ease, it is difficult for the person accused, through innocent, to disprove it; (b) In view of the instrinsic nature of the crime rape where two persons are usually involved, the testimony of the complaint must be securitized with extreme caution; and(c) The evidence for the prosecution must stand or fall on its merits, and cannot be allowed to draw strength from the weaknesess of the evidence for the defence”.[29] Berdasarkan otoriti di atas Mahkamah mendapat panduan bahawa, untuk pertuduhan rogol, keutamaan hendaklah diberikan kepada keterangan SP1 selaku mangsa kejadian. Namun keterangannya akan diteliti dengan berhati-hati dengan menilai dan melihat keterangan sokongan yang lain. Dalam kes ini, setelah melihat rakaman prosiding dan membaca nota keterangan, Mahkamah menyimpulkan keterangan SP1 bukanlah suatu keterangan yang unusually convincing kerana terdapat pelbagai kemungkinan dalam penceritaannya ditambah dengan sifat manusiawi yang boleh terlupa akan sesuatu fakta, oleh itu keterangan SP1 perlu disokong dengan keterangan lain. Justeru, Mahkamah akan meletakkan keterangan S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
15SP1 sebagai keterangan yang utama, kemudian diikuti dengan keteranganketerangan sokongan yang lain iaitu keterangan dokumentari dan keterangan saksisaksi pendakwaan yang dikemukakan untuk membuktikan sesuatu fakta. Mahkamah juga membuat pemerhatian yang teliti terhadap latar belakang SP1, Tertuduh, sertasaksi-saksi pendakwaan seperti SP7 dan SP9 untuk mendapatkan kefahamantentang keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwaan.Latar belakang SP1.[30] SP1 atau mangsa berumur 23 tahun pada tarikh kejadian. SP1 adalah seorang anak kampung yang berasal daripada Felda Bukit Kepayang, Bera Pahang. SP1 adalah anak ketiga daripada empat adik beradik di mana ibu bapanya adalah berasal dari kampung tersebut. SP1 tidak pernah meninggalkan kampung halamannya di Felda Bukit Kepayang, Bera, Pahang, sejak kecil hinggalah tamat pengajian. Kali pertama SP1 keluar dari kampungnya adalah semasa mencari pekerjaan di Kuala Lumpur ketika berumur 23 tahun.[31] SP1 berpendidikan Diploma Elektrik dan Elektronik dari Politeknik POLISAS Kuantan, graduan tahun 2018 dan kini bekerja sebagai Security Officer di syarikat Digistar Holding Sdn Bhd di Ampang, di mana SP1 ditugaskan untuk mengawal selia loceng penggera untuk bank, pajak gadai dan juga rumah. SP1 telah bekerja di sini sejak bulan Oktober 2021 sehingga sekarang. Keterangan tentang latar belakang SP1 ini disokong dengan keterangan rakan-rakannya iaitu SP7 dan SP9 serta ibunya Sarina binti Abd Rashid (SP2). SP2 menyifatkan anaknya yang ketiga ini tidak begitu rapat dengannya malah seringkali dimarahi oleh bapanya yang garang. SP2 dan bapa SP1 tegas dengan SP1 hingga menyebabkan SP1 tertekan dengan ekspektasiS/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
16mereka tentang perkara yang melibatkan masa depan SP1 seperti pekerjaan dan perihal kewangan.Latar belakang SP7 dan SP9[32] SP1 berkawan baik dengan Nur Shahzeera binti Mohamad Sukri (SP7) yang merupakan jiran sekampung dan rakan sejak sekolah rendah. SP7 adalah kawanyang bersama SP1 keluar dari kampung di Felda Bukit Kepayang ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. SP7 juga yang menemani SP1 membuat rawatan follow-updi Hospital Shah Alam pada hari kejadian dan orang pertama yang diberitahu oleh SP1 tentang kejadian rogol oleh SP1, iaitu seminggu selepas kejadian tersebut[33] Ketika SP1 melanjutkan pengajian di Politeknik, SP1 berkawan baik dengan Ainun Najwa binti Mohd Pauzi (SP9). Walaupun terpisah selepas tamat diploma, SP1 dan SP9 masih berhubung rapat dan sentiasa mengambil tahu perkembangan diri masing-masing melalui media sosial sehingga SP9 tahu nama profil Instagram SP1 sebagai Tiqah_tj, yang mana akronim TJ merujuk kepada Tiqah Jantan, iaitu nama timangan SP1 ketika menjadi seorang atlet sewaktu di POLISAS dan telah mewakili Politeknik tersebut untuk pelbagai acara olahraga. SP9 adalah kawan yang memberikan sokongan supaya SP1 membuat laporan polis terhadap Tertuduh dan menemani SP1 melalui setiap proses.Perihal kemurungan SP1 [34] SP1 telah mengalami kemurungan sejak tahun 2018 kerana kerap mengalami masalah tidur dan sakit dada apabila menghadapi tekanan, tetapi SP1 hanya mendapatkan rawatan bermula bulan Februari 2019 di hospital Shah Alam dan telah disahkan mengalami Major Depressive Disorder. Dalam kes ini, pendakwaan telah S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
17memanggil 3 orang Doktor yang mengesahkan tentang kemurungan SP1 iaitu Dr.Firdaus binti Abdul Ghani, Pakar Psikiatri di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh, Pahang (SP5), Dr. Fatin Nabila binti Ruslin, Doktor di Bahagian Psikiatri Hospital Kajang, Selangor (SP8) dan Dr. Masaniza binti Mat Rohim, Pegawai Perubatan Jabatan Psikiatri Hospital Shah Alam, Selangor (SP10).[35] Keterangan SP1 yang didiagnosis dengan Major Depressive Disorder danmendapatkan rawatan sejak Februari 2019 disokong dengan keterangan SP10, yang mengatakan berdasarkan rekod pesakit, sememangnya SP1 telah dirujuk oleh Klinik Kesihatan Seksyen 19 Shah Alam untuk menjalani penilaian psikologi oleh Jabatan Psikiatri Hospital Shah Alam, kali pertama pada 12 Februari 2019 oleh Pegawai Perubatan Dr. Siti Amirah Hazwani yang kemudian membincangkan kes itu dengan pakar psikiatri Dr. Rozaidah. Penilaian oleh mereka kemudian memberi diagnosisMajor Depressive Disorder kepada SP1. Sejak itu, SP1 mengambil ubat-ubat anti depressant iaitu Tab Duloxetine dan Tab Risperidone untuk mengawal penyakit ini.Keterangan SP5 dan SP10 juga menyatakan keadaan kemurungan SP1 menjadi lebih teruk selepas kejadian kerana diagnosisnya berubah daripada Major Depressive Disorder with Psychosis kepada Major Depressive Disorder with Anxiety kemudian menjadi Major Despressive Disorder and Possible Borderline Personality Disorderkerana terlalu tertekan memikirkan dirinya telah menjadi mangsa rogol.KRONOLOGI PADA HARI KEJADIAN, 11 SEPTEMBER 2019[36] Pada pagi 11 September 2019, SP1 dan SP7 telah ke Shah Alam untuk SP1 menghadiri temujanji pemeriksaan kesihatan (follow-up check-up) di Hospital Shah Alam. Selain itu, tujuan mereka ke Shah Alam adalah kerana pada keesokan harinya, mereka berdua perlu ke Kajang untuk lapor diri di asrama pekerja kerana akan bekerja S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
18sebagai Jurujual di Pusat Pakaian Hari-Hari di Kajang. SP7 menemani SP1 sejak jam 8.00 pagi hingga selesai temujanji pada jam 3.00 petang pada hari tersebut. Selepas itu, mereka ke pusat beli belah I-city Mall (I-city Mall) di Seksyen 7 Shah Alam untuk makan. Semasa di I-City Mall, SP1 dengan Instagram Profilenya Tiqah_tj telah memuatnaik Instagram Story (video) tentang keberadaannya ketika itu. Video ini boleh diakses secara awam (public) dalam Instagram.Perkenalan SP1 dengan Tertuduh[37] Semasa di I-city Mall inilah SP1 berkenalan secara maya dengan Tertuduh. Tertuduh dengan profile Instagram daisyed_ telah memberi respon kepada video tersebut dengan emoji senyuman. SP1 tidak terus membalas respon tersebut. Namun setelah melihat postings Tertuduh dalam Instagramnya dan menyedari Tertuduh adalah pendakwah selebriti yang memenangi Program Dai di TV3, SP1 pun menjadifollower akaun daisyed_ itu. [38] Apabila SP1 menjadi follower, Tertuduh sekali lagi memberi responnya. Dalam eksibit D58 iaitu screenshot daripada telefon bimbit Tertuduh yang sama dengan eksibit P2 (1-30) iaitu screenshot daripada telefon bimbit SP1, dapat dilihat pada 11 September 2019 antara akaun Instagram tiqah_tj dan daisyed_ terdapat perbualan seperti berikut:“You reacted to their story”“Story unavailable”SP1: (Emoji ketawa)Tertuduh: Aik follow (Emoji ketawa)SP1: Hahahahahahah. Tak tahu nak balas apoo. Pandai cakap arab er (emoji suka). Kaifa haluki ua akhi. (Emoji ketawa)S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
19[39] Screenshot perbualan chatting antara mereka dalam Eksibit P2(1-30) dan D58 menyokong keterangan SP1 bahawa Tertuduh yang memulakan perkenalan. Tertuduh sendiri semasa memberi keterangan sebagai SD1 mengakui dialah yang memulakan perkenalan dengan SP1. Ketika Tertuduh memberi respon kali kedua barulah SP1 membalas respon tersebut dan berbual secara maya dalam Direct Message (DM) Instagram. Keseluruhan perbualan mereka boleh dilihat dalam Eksibit P2 (1-30) dan D58 ini. [40] Dalam screenshot tersebut dapat dilihat, selain berbual kosong (chatting), Tertuduh telah beberapa kali mempelawa SP1 untuk bertemu dengannya. Pada pandangan SP1, Tertuduh tahu tentang masalah kemurungannya kerana SP1 sering membuat postings tentang kemurungannya dalam Instagram selepas mendapat diagnosis kemurungan daripada hospital. Dengan latar belakang Tertuduh dan postingsnya dalam Instagram yang kebanyakannya berkenaan motivasi dan keagamaan, SP1 melihat Tertuduh sebagai orang yang dapat membantunya mengatasi masalah kemurungan yang dihadapinya. Justeru, apabila Tertuduh berkalikali mempelawa SP1 untuk berjumpa dan berbincang secara fizikal, SP1 sukar menolak pelawaan tersebut. Kenyataan SP1 selari dengan laporan polisnya yang dibuat pada 25 November 2020 di P1 yang menyatakan-“Pada 11/9/2019 jam lebih kurang 2000hrs ketika berada di rumah sewa saya di No. 28 Taman Mutiara Subang, Jalan Mutiara Subang 3, Subang Jaya, Selangor, saya telah keluar dengan rakan saya yang saya kenali dalam Instagram, nama daisyed_ atau Syed Iqmal telefon no. 0136469510 dengan keretanya jenis BMW warna silver, untuk membuat perbincangan berkenaan masalah kemurungan yang saya hadapi dengan perubatan Islam. Syed Iqmal S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
20telah membawa saya ke kedai makan di Batu 3 Shah Alam, Selangor serta saya terus dibawa ke rumahnya di alamat tingkat 3 Apartment Studio i-SOHO, Seksyen 7, Shah ALam, Selangor. Syed Iqmal mengatakan untuk memberikan penerangan macam mana saya perlu keluar dari penyakit kemurungan tersebut secara peribadi.”[41] Adalah menjadi isu, bagaimana SP1 yang baru pertama kali mengenali Tertuduh, telah terbuka hati untuk keluar dengan Tertuduh. Hanya berdua. Namun, SP1 menjelaskan, sebagaimana yang disokong keterangan SP7, bahawa SP1 pada mulanya meminta SP7 menemani, tetapi SP7 enggan keluar pada waktu itu kerana mahu berkemas beg pakaian untuk bertolak ke Kajang pada keesokan harinya. Maka SP1 keluar berdua saja dengan Tertuduh. SP1 percaya dengan latar belakang yang ditonjolkan oleh Tertuduh di dalam Instagramnya, Tertuduh adalah seorang yang baik dan boleh dipercayai. Tambahan pula, Tertuduh adalah seorang penceramah selebriti yang dikenali ramai, Tertuduh tidak mungkin akan melakukan sesuatu yang tidak betul. Pendapat ini selari dengan latar belakang SP1 yang naif dan lurus si gadis kampung.Latar belakang Tertuduh/SD1[42] Untuk memahami keadaan bagaimana SP1 mudah mempercayai Tertuduh, Mahkamah melihat latar belakang Tertuduh. Ini kerana, selain sifat naif gadis kampung dalam diri SP1, sudah tentu terdapat sesuatu yang impressive pada latar belakang Tertuduh yang menyebabkan SP1 tertarik. Latar belakang ini adalah berdasarkan keterangan Mohd Aizat bin Jaafar (SP3) yang merupakan pengurus kerjaya Tertuduh dan selari dengan keterangan Tertuduh sendiri semasa menjadiSD1.S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
21[43] Tertuduh berumur 29 tahun dan bekerja sendiri mengakui dirinya adalah figura awam (public figure) dan pernah memasuki satu pertandingan program televisyen di TV3 bertajuk “Daie Pendakwah Nusantara di TV3 Musim Keempat” (Dai TV3). Tertuduh adalah anak ketiga daripada 8 adik beradik dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah, Perlis sehingga selesai UPSR. Selepas itu tingkatan satu di SMK Arau, Perlis sebelum ke sekolah pondok di Yan, Kedah, selama 3 tahun bermula umur 14 tahun hingga 16 tahun. Selepas itu pada umur 16 tahun Tertuduh melanjutkan pengajian ke Mesir, di Maahad Bu’uth Al-Islamiah selama 4 tahun sehingga berumur 20 tahun. Di sana, Tertuduh mempelajari Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Untuk memasuki Maahad ini, Tertuduh perlu lulus peperiksaanplacement test untuk melihat sejauh mana kemampuan pelajar untuk mengikuti tempoh pengajian 7 tahun yang ditetapkan. Dengan keputusan yang baik, Tertuduh berjaya melompat semester untuk terus ke semester kedua. Namun, Tertuduh tidak menghabiskan pengajian dan hanya tamat sehingga Sanawi 2 (Tahun kedua) iaitu hanya 4 tahun saja bertahan di Maahad. Sepatutnya, Tertuduh bercadang menyabung pengajian ke Universiti Al-Azhar, tetapi memandangkan tidak melengkapkan sesi pengajian di Maahad, perancangan itu tidak tercapai. Tertuduhpulang ke Malaysia dan tinggal di Kelantan bersama ibunya sebelum bekerja sebagai Guru KAFA di Puchong selama 3 bulan. [44] Selepas itu, Tertuduh pulang ke kampung di Perlis dan terlibat dalam pelbagai ceramah keagamaan di masjid-masjid atas jemputan oleh rakan pelajar semasa di Mesir. Dalam lingkungan umur 21 tahun, SD1 memasuki program Dai di TV3 selepas mengikuti sesi uji bakat di Universiti Insaniah Kuala Ketil, Kedah. Ada seramai 11 orang peserta yang terpilih memasuki program Daie di TV3 ini daripada keseluruhan 3000 orang peserta uji bakat. Selepas 3 bulan program ini tamat, Tertuduh Berjaya S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
22mendapat tempat keempat. Selepas itu, Tertuduh banyak menerima tawaran daripada pelbagai pihak untuk memberikan ceramah motivasi dan keagamaan terutamanya daripada pihak universiti untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan. Tertuduh memberikan ceramah motivasi berbentuk kebangkitan diri yang diselitkan dengan ayat-ayat Al-Quran dan Hadith serta pandangan ulamak. Bagi pelajar-pelajar yang mengalami kemurungan (down), Tertuduh berperanan memberikan semangat supaya mereka bangkit daripada masalah hidup. Antara universiti tempatan yang memanggilnya menjadi penceramah motivasi adalah UiTM, UUM, UNIMAS dan lainlain. Tertuduh mengakui kariernya menyebabkan ia dikenali masyarakat, apatah lagi selepas program Dai TV3 ini sehingga pernah dilamar oleh satu Production House di Pahang untuk menjadi artis mereka dan pada satu tahap, apabila ke pusat membeli belah, Tertuduh diserbu ramai peminat perempuan yang mahu bergambar dan meminta autograf tandatangan. Tertuduh menyifatkan dirinya sebagai penceramah motivasi yang boleh menyanyi tetapi tidak setuju dikatakan mampu mengubati secara perubatan Islam kerana dia tidak memiliki keupayaan ilmu ghaib.Modus operandi Tertuduh[45] Tertuduh memiliki akaun Instagram dengan profile bernama daisyed_ yang masih aktif sehingga kini. Akaun ini telah dibuka sejak tahun 2015 sebelum menyertai program Dai TV3. Pengikut akaunnya (followers) berjumlah antara 150 ribu ke 200 ribu. Tertuduh setuju followers yang ramai ini menjadikannya seorang selebriti dan setuju followers mengikutinya kerana imej yang ditonjolkannya sebagai seorang penceramah agama yang versatile, aktif bersama NGO, fasih berbahasa Arab, boleh menyanyi, berlakon dan berceramah. Tertuduh setuju imej yang ditonjolkan ini S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
23membina kepercayaan masyarakat terhadapnya dan membezakannya daripada orang lain.[46] Akaun Instagram ini digunakan Tertuduh untuk berinteraksi dengan followersnya dan mengakui dia adalah yang mula-mula sekali mendekati akaun Instagram SP1 Tiqah_tj secara random dengan memberi respon kepada Instagram story SP1 pada hari kejadian. Tindakan ini dilakukan secara random melalui explore dalam Instagram. Tertuduh tidak kenal dengan SP1. Tetapi, Tertuduh mengakui ini adalah kebiasaan baginya untuk mencari kenalan dalam explore Instagram walaupun dia tidak terdesak untuk mencari kenalan kerana jumlah pengikutnya sudah ramai. Namun apabila SP1 menerima respon Tertuduh dan menjadi Tertuduh menjadi followernya, perkenalan diteruskan pula dalam DM di Instagram, maka di situlah segalanya bermula. [47] Keterangan SP1 selari dengan laporan polisnya di P1 yang menyatakan Tertuduh yang mengajaknya keluar bertemu supaya dapat berbincang perihal kemurungan SP1. Keterangan ini juga selari dengan keterangan Tertuduh. Ketika ditanya pendakwaan, mengapa Tertuduh memilih akaun SP1 untuk disapa, Tertuduh menjawabS : Kenapa kepada akaun ig Atikah? J : Yang saya ingat, sebab dia berada dekat dengan saya dan kita boleh keluar dan berkawan, kerana dia juga berada di Shah Alam, dia berada di situ dan saya rasa boleh berkawan dengan dia. Dia selalu berada di I-City S : Berapa kali awak tengok ig story sebab awak kata selalu tengok dia? J : Saya lihat dia selalu berada di I-CityS : Bagaimana awak jumpa akaun dia? S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
24J : Di “explore” dalam aplikasi instagram. Tekan “search”, kita akan nampak postingan orang. Jadi saya nampak gambar dia di mall I-City Mall, sebab itu saya rasa nak berkenalan dengan dia. S : Awak kata nak berkenalan dengan dia, tapi kenapa mesej pertama awak adalah emoji ketawa? J : Saya tak ingat. Sekadar menunjukkan perasaan saya happy.[48] Di sini Mahkamah mendapati bahawa modus operandi Tertuduh dalam usaha mencari mangsa ialah dengan membuat respon secara random kepada mana-mana postings atau Instagram stories gadis-gadis yang berada berdekatan dengan lokasinya untuk memudahkan proses menjerat mangsa. Dengan teknologi moden pada masa kini di mana maklumat boleh diperolehi di hujung jari, maklumat seseorang pasti dapat dilihat dengan sekelip mata saja, apatah lagi jika seseorang kerap membuat postings di Instagram tentang dirinya dan akaun Instagram ditetapkan pada public setting. Jadi tidak mustahil jika Tertuduh, dalam tempoh yang singkat, dapat mengetahui keadaan SP1 yang naif dan menghadapi kemurungan. Ini menjadikan SP1 terdedah untuk menjadi mangsa dan merupakan seorang target yang sesuai kepada Tertuduh. Elok pula SP1 menerima sapaan Tertuduh, peluang Tertuduh menjadi terbuka luas.[49] Bagi SP1 pula, sebagai gadis kampung yang naif, pengguna Instagram yang bukan selebriti, akaun yang hanya ada beberapa ribu followers saja, tiba-tiba mendapat teguran daripada seorang pendakwah selebriti, sudah tentu SP1 teruja kerana berpeluang berkonsultasi masalah kemurungannya dengan Tertuduh.Tertuduh mengetahui SP2 mempunyai masalah kemurungan yang mana diakui sendiri olehnya sepertimana keterangannyaS : Dia anggap kamu seorang pendakwah atau daie? S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
25J : Setuju S : Tujuan kamu ajak dia keluar itu kenapa? J : Sebab saya nak berkenalan dengan dia, untuk lepakS : Apa perbualan dalam 2 jam ini? J : Banyak cerita tentang kehidupan dia dan saya. S : Saya katakan, SP1 ada ceritakan tentang masalah kemurungannya, ada diselitkan, masalah kemurungan? J : Setuju S : Boleh ingat lagi apa masalah yang diceritakan? J : Pasal boyfriend dia, keluarga, dia susah bekerja, itu saja S : Apa respon kamu atas masalah yang diceritakannya? J : Saya bertukar cerita tentang kehidupan saya, saya pernah lalui benda yang sama, broken family takde duit hidup susah.S : Setuju, apa yang kamu ceritakan pada dia, adalah sebagai respon kepada masalah kemurungan yang diceritakan pada kamu oleh SP1? J : Ya S : Maksudnya masa perbualan itu kamu tahu dia ni ada masalah kemurungan? J : Saya tak pasti tahap kemurungannya, sebab saya tengok dia macam biasa saja, normal, gelak-gelak, sembang. S : Setuju, memang masa itu kamu tahu dia ada kemurungan, tak kisah tahap apa?J : YaTertuduh membawa SP1 keluar minum[50] Jadi kembali kepada isu bagaimana SP1 setuju untuk keluar berdua dengan Tertuduh yang baru dikenalinya, kesimpulan Mahkamah adalah, latar belakang Tertuduh yang impressive dan boleh dipercayai, ditambah dengan sifat naif SP1 si S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
26gadis kampung yang mahu mencurahkan masalah kemurungannya dengan orang yang boleh dipercayai menyebabkan SP1 terjerat. [51] Begitupun, pada mulanya SP1 enggan keluar dengan Tertuduh kerana lokasi yang dipilih Tertuduh iaitu di I-City Mall di Seksyen 7 adalah jauh dari rumah sewa SP1 di Taman Mutiara Subang, Subang Jaya, tetapi apabila pelawaan bertubi-tubi sebanyak 4 kali dan Tertuduh menukar lokasi pertemuan ke kawasan yang lebih dekatdengan rumah sewanya, iaitu sebuah restoran di Batu 3 Shah Alam, akhirnya SP1 bersetuju dengan syarat perlu pulang pada jam 11 malam. Lalu, kira-kira pada jam 8.00 malam, Tertuduh tiba di hadapan rumah sewa SP1 untuk mengambil SP1dengan kereta BMW warna perak yang dipandu Tertuduh sendiri. [52] Oleh kerana kekok dan tidak biasa, selari dengan fakta SP1 yang naif dan malu kerana pertama kali keluar dengan Tertuduh, SP1 memilih untuk duduk di kerusi penumpang belakang saja dan mereka menuju ke sebuah kedai makan jaraknya hanya kira-kira 100 meter saja dari rumah sewa SP1. [53] Semasa di kedai makan tersebut, Tertuduh dan SP1 berbual-bual berdua tentang perkara am diri masing-masing termasuk perihal kemurungan SP1.Keterangan SP1 ini selari dengan kandungan P1 dan keterangan SP1 dan SD1. Tertuduh sendiri mengakui, tempoh 3 jam berbual di kedai makan itu dihabiskan dengan berbual tentang diri sendiri serta menyentuh sedikit tentang kemurungan yang dihadapi SP1. Menurut SD1 dalam pemeriksaan utamaS : Kenapa awak ajak dia lepak malam itu? J : Hanya untuk, katanya dia nak meluahkan masalah dirinya. Saya pun ada bagi talk. Di instagram saya, ada banyak post mengenai ceramah motivasi S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
27universiti. Jadi saya setuju untuk keluar melepak dan saya sudi mendengar apa yang dia nak cakapkan. S : Jadi niat awak keluar untuk mendengar luahan? J : Ya. Secara umumnya lepak santai, berkongsi cerita sahaja.S : Sampai di kedai tomyam kedai Thailand itu, apa yang berlaku? J : Saya order air saja dan bersembang. Dia ceritakan tentang boyfriend, family, stress. Saya tak tahu dia ada depression. Dia gelak-gelak dan bersembang sampai jam 11 malam.[54] Dalam tempoh 3 jam itu, SP1 dan Tertuduh tidaklah sepanjang masa bercakap tentang kemurungan SP1 semata-mata kerana mereka lebih berbual perkara peribadi tentang diri masing-masing memandangkan itu adalah kali pertama mereka kenal dan berjumpa. Tetapi pada kira-kira jam 11 malam, Tertuduh mengesyorkan mereka berpindah tempat berbual memandangkan lokasi tersebut tidak ramai orang dan Tertuduh sebagai seorang selebriti akan mudah dikenalpasti dan akan timbul gossip liar. SP1 setuju bertukar lokasi ke kedai makan Seksyen 7 yang dicadangkan Tertuduhkerana menurut perkiraannya, tempoh 3 jam itu tidak mencukupi dan jika mereka berpindah lokasi ke tempat yang lebih sesuai, Tertuduh akan meluangkan lebih banyak masa lagi untuk berbincang tentang topik kemurungan. Ini adalah kesempatan yang tidak sepatutnya diabaikan. Menurut SP1-S - Yang ini lepas pukul 11.00 apa pula yang terjadi Atiqah? J - Dia ajak pergi ke Seksyen 7, tempat yang lebih ramai orang sebab dekat Batu 3 tu kawasan situ macam tak ramai so dia cakap takut ada wartawan ambil gambar untuk dijadikan gossip.S - Jadi dia ajak kamu ke Seksyen 7, kamu setuju masa tu? S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
28J - Aah saya setuju sebab masa tu perbualan tentang kemurungan masih belum selesai. S - Tiga jam tu tak selesai berbual pasal kemurungan? J - Tiga jam tu bukan setakat masalah kemurungan, ada perbualan lain juga. S - Campur-campur lah? J - Ya. S - Jadi penama Daie Syed ini ajak kamu pergi ke Seksyen 7 dia ada beritahu ke mana tempat di Seksyen 7 tu? J - Tak ada. Dia cuma cakap kedai makan. S - Kedai makan, nama kedai makan ada dia sebut? J - Tak tahu, tak ada, dia tak ada cakap.S - Dan kamu setuju? J - Setuju. S - Setuju sebab apa Atiqah? J - Sebab saya rasa saya boleh lagi untuk berbincang pasal masalah kemurungan sebab keesokkan harinya tu saya akan ke Kajang untuk kerja baru, so saya rasa dengan peluang yang saya ada saya macam kena ambil la peluang ni untuk berbincang masalah kemurunganTertuduh menukar haluan ke rumah sewanya[55] Dalam perjalanan ke Seksyen 7, SP1 masih duduk di kerusi penumpang belakang. Tiba-tiba Tertuduh menukar haluan yang dituju dan mahu terus pulang ke rumahnya. Menurut SP1-S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
29J - Dalam kereta baru dia beritahu yang dia nak balik rumah, pergi ke rumah dia, so pada masa tu saya just tanya ada orang ke? Dia kata jangan risau sebab ada bodyguard dan dia selalu bawa kawan-kawan dia datang rumah.Persoalan di sini, mengapa SP1 tidak memilih untuk enggan ikut Tertuduh pulang ke rumahnya apabila diberitahu lokasi sebenar telah bertukar. [56] Dalam situasi ini, SP1 berada dalam kereta yang sedang bergerak. SP1 tidak pernah sampai ke Kawasan ini. Tetapi SP1 percaya kepada Tertuduh. Dalam fikirannya, Tertuduh akan memberikan lebih ruang dan masa untuk meneruskan sesikonsultasi kepadanya. Apa yang perlu dirisaukan jika Tertuduh membawanya pulang, ada bodyguard di rumah. Tertuduh adalah berlatar belakangkan agama yang kukuh. Tiada kemungkinan yang buruk akan berlaku. Lagipun, SP1 tidak biasa dengan kawasan Shah Alam. Kawannya SP7 juga sama. Mereka orang kampung. Jika SP1 tidak akur menuruti Tertuduh, ke mana SP1 harus pergi? Naifnya seorang SP1. Berada di tempat yang asing, apakah pilihan yang ada pada SP1 selain akur dengan Tertuduh. Sementara di pihak Tertuduh pula, selari dengan modus operandimendapatkan gadis naif secara random dalam Instagram, peluang membawa SP1 pulang ke rumahnya adalah seumpama jerat yang mengena mangsa. Dengan sedikit pembohongan saja, SP1 menurut. [57] Tertuduh bagaimanapun menafikan telah menukar haluan secara tiba-tiba dan mengajak SP1 mengikutnya pulang ke rumah. Menurut Tertuduh, selepas berbual di kedai makan tersebut, dia mahu terus pulang ke rumah. SP1 yang menawarkan diri untuk mengikutnya pulang ke rumah. Namun, sebelum SP1 mengikutnya pulang, SP1 minta dihantar semula ke rumah sewa untuk dia “tunjuk muka” kepada rakan di rumahnya, dan kemudian keluar semula dengan Tertuduh. Namun versi Tertuduh ini S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
30tidak dibuktikan selanjutnya oleh itu, kenyataan ini dilihat tidak meyakinkan dan dikhuatiri hanyalah rekaan. Tertuduh juga tidak menafikan dalam situasi itu, di mana tiada sesiapa berada di rumahnya, SP1 sepatutnya tidak ikut pulang ke rumah dan dia sendiri sepatutnya memastikan hal itu. Semasa menjawab pertanyaan pendakwaan, menurut TertuduhS : Pukul berapa sampai rumah kamu?J : 12 tengah malamS : Dah lewat ke tidak? J : Lewat S : Setuju, sebab dah lewat, SP1 tak perlu pun berada di rumah kamu. Tak patut dia berada di rumah kamu? J : Setuju S : Setuju, kamu setuju nak bawa dia masuk rumah walaupun dah masuk jam 12 tengah malam? J : Dia menawarkan diri S : Saya katakan dia pergi ke rumah kamu untuk sambung perbualan dengan kamu? J : Tidak setuju S : Siapa yang buka pintu rumah? J : Saya S : Siapa yang ada di rumah masa itu? J : Tiada siapa S : Kamu memang tahu takde orang lain di rumah masa itu?J : Ya S : Kamu tinggal dengan siapa? J : Sendiri S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
31S : Jadi tak pernah ada roommate? J : Tak ada S : Lepas buka pintu SP1 masuk dengan kamu? J : Ya S : Setuju, semasa dia masuk, dia terus menuju ruang tamu J : SetujuKeterangan Tertuduh yang tidak konsisten menimbulkan inferens bahawa ianya adalah rekaan. [58] Dalam situasi tersebut, SP1 sepatutnya boleh menolak pelawaan Tertuduh dan meminta dihantarkan pulang saja. Tetapi SP1 akur kerana sifat naif dan lurusmenyebabkannya percaya kepada Tertuduh dan tertipu dengan helah Tertuduh yang menyatakan ada bodyguard dan kawan-kawan di rumahnya. Lagi pula, SP1 menganggap dia masih belum selesai dengan konsultasi kemurungannya. Manakala Tertuduh sedang melanjutkan perancangannya selepas jerat mengena mangsa.Tindakan Tertuduh terhadap SP1 di tempat kejadian[59] Seterusnya, Tertuduh dan SP1 tiba di rumah sewa Tertuduh, iaitu tempat kejadian yang menggunakan sistem kad akses untuk masuk ke dalam rumah. SP1 tidak pernah sampai ke lokasi ini dan tidak tahu cara menggunakan kad akses ketika mahu menggunakan lif. Tertuduh mengarahkan SP1 untuk menunggu di lif sementara Tertuduh memarkir keretanya di basement. Tetapi SP1 tidak tahu menggunakan kad akses tersebut dan ini disahkan Tertuduh. Semasa pemeriksaan utama Tertuduh mengatakanS : Di lif, kamu bagitahu, dia untuk naik dulu dengan akses kad, tapi dia tak berjaya masuk. Jadi apa berlaku selepas itu? S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
32J : Sampai di basement parking di I-soho, saya beritahu dia supaya masuk dulu, saya beri dia access card untuk masuk. Dia masuk dulu dan saya ambil barang untuk masuk rumah. Saya lihat dia tak boleh tap pintu. Atikah patah balik, dia kata tak pandai. Saya dan dia naik bersama untuk ke lif. S : Berapa kali nak kena tap untuk sampai ke rumah kamu? J : Pintu nak masuk ke lif, dan pintu untuk naik lift. Ada 2.Kemudian semasa pemeriksaan balas, Tertuduh kekal dengan jawapan yang sama, bahawa SP1 tidak tahu cara menggunakan kad aksesS : Saya katakan kepada kamu bahawa, sampai di rumah kamu, kamu bagi kad akses kepada dia, SP1 tak tahu nak gunakan kad akses? J : Tak setuju, dia tahu pakai kad akses S : Setuju dengan saya, sebelum ini SP1 tak pernah pergi ke rumah kamu? J : Setuju S : Pada malam itu adalah kali pertama dia datang ke rumah kamu?J : Ya S : Sebelum ini dia tak tahu kamu tinggal kat mana? J : Setuju S : Sebab itu kali pertama, jadi dia memang tak pandai gunakan kad akses? J : Setuju[60] Mahkamah membuat inferens, untuk seorang yang berasal dari kampung, apa yang diceritakan SP1 adalah perkara yang natural dan munasabah kerana pertama kali datang ke kondominium sudah pasti SP1 canggung tidak tahu menggunakan kad akses untuk masuk ke lif. Ini konsisten dengan cerita SP1 yang canggung untuk duduk di tempat duduk sebelah kiri pemandu semasa berada dalam kereta Tertuduh kerana SP1 tidak biasa. Sementara itu, untuk seorang yang sudah biasa dengan teknologi di bandar, juga natural untuk Tertuduh memarahi SP1 kerana tidak tahu perkara mudah S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
33menggunakan kad akses untuk ke lif. Jadi, cerita Tertuduh memarahi SP1 kerana tidak tahu menggunakan kad akses adalah boleh dipercayai kerana keterangan SP1bersifat probable dan selari dengan keterangannya sebelum ini.[61] Jadi, selepas memarahi SP1 tentang isu kad akses, Tertuduh dan SP1 berjalan bersama-sama ke lif dan bersama-sama naik ke tingkat 4 kondominium dan kemudian berhenti di sebuah unit rumah. SP1 tidak ingat nombor unit tetapi ingat keadaan fizikal di mana pintu masuk tidak berpintu pagar membezakan unit ini dengan unit-unit lain. SP1 juga melihat ada sepasang selipar wanita biru cair dengan riben di depan pintu. SP1 percaya bahawa ada orang lain di rumah itu kerana ada selipar wanita di luar pintu, SP1 tidak berusaha untuk meninggalkan tempat itu. Namun, apabila pintu dibuka, keadaan di dalam rumah itu gelap, tiada orang. Tertuduh mengarahkan SP1 segera masuk ke dalam rumah supaya tidak ada yang melihat mereka. Kata SP1-J - First masa dia bukak pintu tu gelap dan saya macam pelik. Kemudian dia paksa saya untuk masuk cepat sebab dia cakap takut orang nampak.[62] Apabila sudah masuk ke dalam rumah, SP1 terus duduk di sofa di ruang tamu, manakala Tertuduh masuk ke bilik tidurnya untuk bercakap telefon dengan seseorang. Pada ketika ini, kemurungan SP1 mula menyerang kerana panik, rupanya tiada orang lain di situ. Pertama kali tadi apabila dimarahi tentang kad akses, kemudian digesa untuk segera masuk ke dalam rumah yang gelap tiada orang. SP1 cuba menenangkan diri dan berfikir serasional yang boleh sambil cuba mengenalpasti kedudukan kad akses yang diberikan semula kepada Tertuduh tadi, tetapi tidak tahu di mana. SP1 tidak tahu sama ada pintu boleh dibuka dengan kad akses atau tanpa kad akses. Jika boleh dibuka sekalipun, SP1 tidak tahu ke mana arah tujuannya nanti selepas keluar daripada pintu rumah itu kerana SP1 tidak pernah tiba ke kondominium ini. Pada masa S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
34yang sama, SP1 mahu memanfaatkan peluang yang ada untuk berbincang selanjutnya tentang kemurungannya dengan Tertuduh. SP1 masih menaruh harapan bodyguard yang dikatakan tadi akan datang pada bila-bila masa. Dalam pada berfikir sendirian, akhirnya SP1 memutuskan untuk tidak meninggalkan tempat itu kerana berfikir bodyguard Tertuduh ada di sekitar kawasan itu dan akan tiba pada bila-bila masa. Tambahan pula, naluri SP1 yang naif masih percayakan Tertuduh dan percaya tidak akan ada apa-apa yang buruk akan berlaku. Walau bagaimanapun, dalam tempoh setengah jam selepas itu, SP1 mendapati tiada pengawal keselamatan yang datang. [63] Tiba-tiba Tertuduh mengarahkan SP1 masuk ke bilik tidurnya dengan suara yang tinggi, dengan alasan mahu menutup lampu dan pendingin hawa di ruang tamu. S - Jadi tertuduh kata nak tutup aircond dan lampu sebab nak jimat elektrik. Jadi apa respons kamu? J - Saya cakap dekat dia takpe bincang dekat ruang tamu sahaja lebih selesa.S - Kemudian? J - Dia cakap dia nak jimat elektrik sebab bukan saya yang bayar elektrik dia.S - Jadi dia ajak ke mana? J - Dia ajak masuk ke bilik dia. Kemudian lepas masuk bilik dia saya duduk dekat kerusi yang ada dekat tingkap. S - Atiqah, jadi tertuduh cakap dia nak jimat elektrik. Jadi dia ajak kamu masuk ke bilik. Semasa tertuduh ajak kamu ke bilik, apa respons kamu? J - Disebabkan dia tinggikan suara saya just ikut sebab saya rasa takut ketika itu. S - Jadi kamu ikut sebab takut? J - Sebab masalah saya, saya selalu rasa berdebar-debar. Bila saya berdebardebar saya jadi macam tak tahu nak buat keputusan. So saya just follow. S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
35S - Tadi kamu kata tertuduh tinggikan suara. Macam mana dia buat tinggikan suara pada kamu tu? J - Dia cakap “masuk dalam, nak jimat elektrik, bukan awak yang bayar!” So saya macam follow je la.S - Alasan kamu ikut? J - Sebab saya terkejut dia tinggikan suara. Watak dia ketika itu dengan watak dia masa jumpa di kedai makan tu sangat berbeza. Jadi saya terkejut.S - Apa yang lainnya Atiqah? J - Dia punya keramahan tu dah tak sama. Maksudnya masa kat kedai makan dia friendly, lepas dia buat panggilan dia mula meninggikan suara sebab saya tak dengar cakap dia.Pada masa ini, Tertuduh telah memarahi SP1 sebanyak 3 kali. Ketika mahu ke lif, ketika masuk ke rumah dan ketika disuruh masuk ke bilik demi menjimatkan elektrik ruang tamu. Perubahan pada watak yang ditonjolkan Tertuduh ini menyebabkan kemurungan SP1 terus menyerang. Oleh itu tindakan SP1 yang seterusnya adalahdipengaruhi oleh kemurungannya. Sepertimana yang diterangkan oleh SP5, minda pesakit mental boleh dipengaruhi oleh penyakitnya apabila berlaku suatu keadaan tertentu yang boleh memberikan tekanan kepadanya.[64] Sebagai pesakit yang telah disahkan menghidap Major Depressive Disorder with Psychosis sejak 12 Februari 2019 di Hospital Shah Alam, SP1 mengalami kemurungan yang ketara dan berterusan. Jika penyakit ini menyerang, SP1 akan menunjukkan simptom-simptom seperti rasa susah hati yang berpanjangan, hilang minat untuk melakukan apa-apa perkara, sukar untuk fokus, berasa letih yang berpanjangan, berputus asa, rasa seperti hidup tidak lagi berharga, mempunyai keinginan untuk membunuh diri dan mengalami gangguan tidur serta selera makan. Ini adalah gejala biasa yang telah diterangkan oleh SP5 mengenai pesakit Major S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
36Depressive Disorder. Oleh sebab itu menurut SP8 yang mana turut disokong SP10, bagi mengawal gejala ini, SP1 dipreskripsikan ubat tablet Duloxetine sebanyak 120mgdan tablet Quetiapine sebanyak 200mg untuk diambil setiap malam. Duloxetine bertujuan untuk menstabilkan emosi SP1 yang mengalami kemurungan manakala Quetiapine diberikan sebagai ubat tambahan kepada ubat penyakit kemurungan untuk menstabilkan emosi pesakit kerana SP1 menunjukkan tanda-tanda depresi dan bipolar.[65] Tiada siapa yang tahu bagaimana pemikiran SP1 ketika dia setuju masuk ke dalam bilik tidur. Susah hati, hilang fokus, tidak tahu apa yang perlu dilakukan, berputus asa dan pasrah, letih. Semua ini adalah kemungkinan. Tambahan pula, SP1 tidak mengambil ubat yang sepatutnya diambil setiap malam, pada ketika itu. Keterangan SP1 tentang depresinya menyerang apabila berhadapan dengan situasi itu, adalah dipercayai kerana keterangan SP1 ini bukan keterangan yang probable. Keterangannya disokong dengan dapatan perubatan daripada SP5, SP8 dan SP10 tentang gejala Major Depressive Disorder with Psychosis. Keterangan SP1 yang tidak dapat membuat keputusan pada masa tekanan akibat serangan depresi adalah reliable. Segala tindakan SP1 pada masa ini adalah dipengaruhi, bukan saja sifat naif dan lurus, tetapi gejala kemurungan yang tidak mendapat penawarnya pada masa itu.Perlakuan seks[66] Semasa berada dalam bilik tidur itu, keadaan gelap kerana lampu tidak dinyalakan tetapi cahaya daripada luar bilik telah menerangi suasana dalam biliksehingga SP1 masih dapat mengenalpasti kedudukan perabut seperti katil, meja dan kerusi. SP1 memilih untuk duduk di kerusi di tepi tingkap sementara Tertuduh baring di atas katil bermain permainan video secara online (video game) dalam telefon S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
37bimbitnya. Ketika itu SP1 berada dalam jarak 6 kaki daripada katil. SP1 ada bertanya soal kemurungan dan dijawab sedikit saja oleh Tertuduh kerana tumpuannya lebih kepada video game. Tertuduh meminta SP1 untuk melihatnya bermain video game di atas katil tetapi SP1 menolak dan hanya mahu duduk di kerusi di tepi tingkap saja. Apabila diarahkan kali kedua, SP1 masih menolak, maka kali ketiga Tertuduh meninggikan suara dengan mengarahkan SP1 mendekatinyaJ - Lepas tu dia ajak saya duduk dekat sebelah katil dia. Tengok dia main game. Lepas tu saya cakap saya nak duduk di kerusi sahaja sambil tengok I-City. S - Maknanya kamu tak mahu lah?J - Masa tu dia macam belum marah. Dia belum nak marah lagi.S - Okey teruskan. J - Kemudian dia panggil lagi untuk kali kedua, saya cakap tak nak, dan kali ketiga tu dia panggil lagi, saya cakap tak pe saya boleh duduk sini sebab saya tak makan ubat tidur pun, so saya takkan tertidur. So dia mula tinggikan suara dia cakap “susah sangat nak dengar cakap dia, takkan nak duduk situ sampai subuh?” Jadi saya macam terkedu dan dia marah untuk kali kedua. Jadi saya just dengar cakap dia dan saya bersandar dekat katil sebelah dia. S - Lepas kena marah kamu ikut bersandar di katil? J - Betul.[67] Selepas dimarahi Tertuduh, SP1 sekali lagi akur dan menurut kemahuan Tertuduh kerana pada masa ini, selepas dimarahi sebanyak 4 kali, iaitu ketika di tempat parkir, kemudian di pintu masuk ke rumah, di ruang tamu dan kini di dalam bilik, depresi SP1 menjadi semakin kuat. Menurut SP1-S - So Atiqah, berkaitan dengan katil pula ya. So kali ketiga kamu ikut sahaja sebab kamu tadi sebab apa? J - Dia tinggikan suara. S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
38S - Jadi lepas dia tinggikan suara kamu dengar, apa kesannya kepada kamu? Tinggi suara ni? J - Anxiety saya mula serang, jadi bila setiap kali saya mula anxiety saya akan terus jadi tak boleh buat keputusan. S - Dan kamu ikut? J - Dan saya ikut.[68] Ketika di atas katil, SP1 duduk di sebelah kiri Tertuduh dengan jarak hanya satu lengan tetapi tidak bersentuhan. SP1 hanya duduk dan melihat saja Tertuduh meneruskan permainan video game nya tanpa berbual apa-apa. Setelah beberapa detik, tiba-tiba Tertuduh menutup telefon bimbitnya dan merangkul SP1 dari sebelah kanannya serta mencium wajahnya. Tindakan reflleks SP1 sudah tentu terkejut dan meronta-ronta cuba mengelak tetapi Tertuduh menjadi lebih kasar dan memegang tangan SP1 sebelum menarik seluar SP1. Pada masa itu SP1 berpakaian seluar track hijau, baju running vest, cardigan dan bertudung hitam. Seluar track yang diikat dengan tali getah saja adalah selari dengan cerita SP1, yang mana ia mudah untuk ditarik oleh Tertuduh. Menurut keterangan SP1-S - Okey lepas dah duduk sebelah tertuduh, tengok dia main game senyap, apa jadi lepas tu? J - Lepas dia main game, dia tutup phone, dia dah mula macam rangkul saya, kemudian dia dah mula cium-cium muka saya, dan saya cuba mengelak, sebab saya cakap saya tak biasa benda-benda macam tu. Kemudian dia dah mula kasar, dia pegang saya tu kasar, dan saya ada juga meronta. Saya cuba juga menjerit tapi suara saya tak keluar. Macam… saya rasa saya menjerit. Tapi suara saya tak… macam… orang lain pun takkan dengar. Kemudian dia tarik seluar saya, dia cuba tanggal baju saya dan dia cuba masukkan kemaluan dia. Sebab tangan dia masa tu pegang tangan saya. Sebab saya cuba untuk meronta-ronta. Kemudian dia ada cuba untuk masukkan kemaluan dia dan seingat saya dia ada ludah pada kemaluan saya dengan air liur dia.S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
39[69] Dalam keadaan ini, SP1 terbaring meronta-ronta di atas katil dengan Tertuduh berada di atas badannya. Tertuduh memegang kuat tangan SP1 supaya tidak meronta-ronta. Kemudian Tertuduh menarik seluar track suit yang dipakai SP1 dan meludah kepada kemaluan SP1 sebelum cuba memasukkan zakarnya ke dalamkemaluan SP1. Pada masa itu, SP1 telah menjadi lemah kerana depresinya telah menjadi kuat. Begitupun SP1 masih menyedari kedudukan kakinya yang dikangkangkan oleh Tertuduh dengan kekuatan lutut Tertuduh sebelum Tertuduhmemasukkan zakarnya ke dalam faraj SP1. SP1 cuba melawan tetapi tidak berupaya. SP1 merasakan zakar Tertuduh berjaya menembusi kemaluannya kerana SP1merasa sakit dan melecet pada kemaluannya. Keadaan ini berlaku agak lama, tetapi kemasukan ini tidak dalam. Ini menyebabkan Tertuduh mengambil langkah kedua iaitu memusingkan badan SP1 dan memaksanya menaikkan punggung dan dalam kedudukan tertonggeng dengan lutut SP1 di posisi tegak. SP1 menonggeng ke arahTertuduh dan Tertuduh di belakangnya, memegang pinggang SP1 supaya tidak bergerak dan memasukkan zakarnya kepada kemaluan SP1. SP1 sudah tidak melawan pada masa ini dan hanya menangis. SP1 tidak ingat berapa lamakah keadaan ini berlaku sehingga Tertuduh ejakulasi kerana perkara itu sesuatu yang tidak disangka akan berlaku terhadapnya.S - Semasa dalam keadaan menonggeng macam tu lepas kamu kata mungkin kemaluan masuk ya, apa yang kamu rasa lah? J - Ketika tu saya rasa sakit dan saya punya kemaluan tu rasa panas, sakitlah macam kulit disiat, kulit dalam tu saya rasa macam melecet. S - Dan kamu kata tak lama lah menonggeng tu. Lebih kurang berapa lama? J - Saya tak boleh nak agak sebab benda tu saya rasa macam benda yang tak boleh brain. Jadi macam benda tu saya tak boleh nak jangka apa yang dia buat. S - Kamu kata benda tak boleh brain. Apa tu Atiqah? Benda tak boleh brain ni? S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
40J - Maksudnya benda yang terjadi tu betul ke terjadi kepada saya atau pun itu hanya ilusi saya.[70] Dalam keterangan Tertuduh pula, selepas SP1 masuk ke bilik tidur, SP1 telahke tandas dan kembali dengan tidak memakai tudung lalu duduk di atas katil melihat Tertuduh bermain video game. Tiba-tiba SP1 baring di bahu Tertuduh dengan bahagian muka SP1 mengenai bahu Tertuduh dan memeluknya dengan tangan kiri. Kemudian SP1 memeluk Tertuduh di dadanya. Tertuduh menjadi terangsang dan membalas perbuatan itu dan memegang perut SP1 serta mencium bibir SP1. Tertuduh merasakan SP1 membalas ciumannya dan tidak menolak. Kemudian Tertuduh meletakkan telefon bimbitnya dan membiarkan SP1 naik ke atas badan Tertuduh dan duduk di atas pinggangnya. SP1 membuka pakaian Tertuduh serta mencium leher dan badan Tertuduh. Kemudian SP1 turun sebentar dari katil untuk membuka seluar jeans yang dipakainya, sementara Tertuduh juga membuka seluarnya sendiri. Kemudian Tertuduh dan SP1 kembali kepada kedudukan tadi. SP1 meletakkan air liur di atas zakar Tertuduh dan kemudian cuba memasukkan zakar Tertuduh ke dalam kemaluannya. Setelah kemasukan berlaku, SP1 kelihatan penat dan mereka menukar posisi. SP1 baring di hujung katil dan Tertuduh berdiri di hujung katil dan berlaku kemasukan kemaluan Tertuduh kepada SP1 untuk kali kedua sehingga Tertuduh ejakulasi air maninya di atas perut SP1. Setelah itu, Tertuduh dan SP1 membersihkan diri masing-masing.[71] Dalam 2 versi keterangan di atas, terdapat bahagian cerita yang sama, iaitu terdapat 2 kali aktiviti kemasukan kemaluan Tertuduh kepada kemaluan SP1.Mahkamah membuat penilaian berdasarkan kewajaran situasi dan pendapat lojik. Keterangan oleh Tertuduh berkenaan tindakan SP1 tidak selari dengan imej SP1 yang dikatakan oleh Tertuduh. Menurut Tertuduh, SP1 kemurungan kerana dalam S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
41perbualan mereka, SP1 ada bertanyakan soal kemurungan dengannya. SP1 menolak pelawaan untuk bertemu Tertuduh pada mulanya, kerana sifat naif gadis kampung yang takut-takut. SP1 tidak tahu menggunakan kad akses ke lif dan teragak-agak masuk ke dalam rumahnya sehingga perlu digesa oleh Tertuduh untuk masuk segera. Ketika masuk ke dalam rumah, SP1 terus duduk diam di ruang tamu sedangkan Tertuduh bermain video game dalam bilik tidur tanpa apa-apa rasa bersalah membiarkan tetamunya bersendirian di ruang tamu. Karakter SP1 ini tidak konsistendengan cerita Tertuduh bahawa SP1 sendiri yang masuk ke dalam bilik tidur. Kemudian ke tandas dan datang semula tanpa tudung. Karakter yang dikatakan Tertuduh ini adalah karakter seorang yang berani dan yakin. Sedangkan karakter SP1 yang dibayangkan sebelum ini, tidak begitu. Bagaimana seorang yang tidak yakin dan takut-takut kerana sifat naifnya, boleh memulakan pemanasan kepada hubungan seks dengan lelaki yang baru dikenali pada hari tersebut, ini adalah sesuatu yang sukar dipercayai.Selepas kejadian [72] Selepas hubungan seks tersebut, Tertuduh terus tidur. Manakala SP1 hanya duduk di atas katil, masih di sebelah Tertuduh dan hanya menangis. Menurut SP1-S - Kamu pula? J - Saya duduk dekat katil. S - Bersama-sama dia? Kenapa kamu duduk di katil dengan dia? J - Sebab saya tak tahu nak buat apa masa tu. Saya tak tahu apa yang saya perlu buat (saksi mula menangis), saya tak tahu handphone saya dekat mana. Saya dah tak boleh berfikir, ketika itu saya hanya menangis sahaja. S - Sampai pukul berapa kamu berada di rumah dia?J - Saya tak pasti. S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
42S - Kemudian apa yang jadi? J - Dia tidur. Mula-mula plan masa tu saya fikir saya mungkin tak jumpa kunci sebab saya tak berani nak bergerak. Saya tak berani nak bergerak sebab takut dia sedar kalau saya cuba buat apa-apa. Ketika itu saya just fikir samada saya nak tekup muka dia dengan bantal atau pun tidak. S - Kenapa sampai berfikir begitu? J - Sebab saya rasa hidup saya macam dah…. Kalau kena rogol kan orang dah tak suka kita, orang pandang jijik dekat kita. Sebab saya rasa orang takkan percaya sebab saya ada masalah kemurungan, so saya just fikir masa tu saya nak end up life saya sebagai membunuh. Dalam tempoh waktu dia tidur tu saya just berbelah bahagi, samada saya nak keluar dari pintu tapi kunci saya tak jumpa atau pun tekup muka dia dengan bantal. [73] Isunya, mengapa SP1 tidak terus pergi dari tempat kejadian dan melaporkan kes rogol ini terhadap Tertuduh dengan secepat yang boleh. Sebagaimana yang dijelaskan SP1, pelbagai perkara berlegar di fikirannya. Ketika depresi masih menguasai dan SP1 tidak makan ubat seperti sepatutnya, fikirannya tidak dapat membuat keputusan untuk tindakan selanjutnya. Dengan kata lain, SP1 buntu, lantas tetap kekal di situ sambil menunggu apakah tindakan Tertuduh selanjutnya. Dalam hal ini, keadaan buntu bagi pesakit Major Depressive Disorder with Psychosis boleh dikaitkan dengan pemikirannya yang tidak dapat membuat keputusan sendiri apabila berhadapan dengan situasi genting, tetapi terus menerus memikirkan mengapa ia terjadi dan adakah ia benar terjadi tanpa dapat memastikan apakah tindakan yang perlu terus dilakukan. Menurut SP5 ketika menjelaskan tentang gangguan karakter akibat depresiJ - Bukan kita panggil perubahan karakter, tetapi gangguan daripada aspek pemikiran. Kadang kala dari aspek psikologi untuk mereka yang mengalami trauma mereka ingin dapatkan closure ya kenapa ini berlaku terutamanya jika S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
43ia berlaku kepada orang yang sangat dipercayai, jadi mereka berada dalam keadaan yang tidak percaya. Jadi walaupun mereka mengalami trauma, terdapat beberapa perkara yang berlangsung di dalam fikiran mereka mengapa, denial kita panggil. Mengapa ini berlaku. [74] SP1 akhirnya memilih untuk tinggal di situ sehingga esok harinya. Pada keesokkan harinya, Tertuduh tidak dapat menghantar sendiri SP1 pulang ke rumah sewanya kerana perlu menghadiri satu program TV. Oleh itu SP1 dihantar ke lobi kondominium dengan menaiki kereta Tertuduh. Kemudian SP1 menaiki grab untuk pulang sendiri ke rumah sewanya. Semasa dihantar oleh Tertuduh ke lobi, SP1 telah diberi amaran oleh Tertuduh agar tidak membangkitkan perkara iniJ - Kemudian bangun tu dia cakap dia kena hantar saya dekat bawah sebab dia ada kena pergi rancangan TV. So dia kata dia tak sempat hantar saya. Dia kata dia just drop saya dekat bawah. Sambil dia hantar saya dalam kereta tu dia ada warning saya jangan bangkitkan isu ni dalam chat sebab dia ada bodyguard yang sentiasa memerhati saya. Kalau saya bangkitkan isu ini dalam chat, dia akan saman saya. So saya just diam duduk dekat belakang.Keterangan ini selari dengan laporan polis SP1 di P1-“Ketika berada di dalam rumah tersebut, Syed Iqmal telah memaksa saya masuk ke biliknya serta menanggalkan seluar saya secara paksaan dan merogol saya. Saya tidak terdaya hendak melawan serta tidak tahu cara mahu keluar dari apartment tersebut. Pada keesokannya 12-9-2019 jam lebih kurang 0640hrs, Syed Iqmal memberikan amaran kepada saya supaya merahsiakan perkara yang terjadi dan tidak bertanyakan tentang perbualan dalam telefon serta pengawal peribadinya akan sentiasa melihat saya dari jauh setiap masa serta akan memfailkan saman ke atas saya jika isu ini berbangkit. Syed Iqmal S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
44terus menghantar saya ke bawah lobi apartment serta saya telah menaiki grab car untuk pulang ke rumah sewa saya di Subang Jaya Selangor”.[75] Namun, menurut Tertuduh pula, selepas dihantar dengan Grab ke rumah sewanya, SP1 telah menghantar mesej kepadanya menyatakan “Safely arrived” untuk menunjukkan SP1 tidak ada apa-apa masalah dengan hubungan seks yang berlangsung pada malam itu. Screenshot perbualan ini dapat dilihat dalam D58 perbualan pada 12 September 2019 antara daisyed_ dan tiqah_tj yang mana pesanan tersebut dihantar oleh SP1 kepada Tertuduh.SP1 masih menghubungi Tertuduh[76] Dua hari selepas itu, SP1 cuba menghubungi Tertuduh untuk berjumpa dengannya. Dalam D58 terdapat beberapa chat messages yang menunjukkan SP1 mahu menarik perhatian Tertuduh. Pada 13 September 2019 SP1 menghantar mesej:SP1 : Syed.. camne nak jd orang bpengaruh? Bg lah tips camner nak naikTertuduh : Nanti sy akn buka klas. InshaallahSP1 : Class topic tu?Tertuduh : Be speakerSP1 : OkayyKemudian pada hari yang sama, SP1 memberi respon kepada Instagram storyTertuduh dan Tertuduh membalasnya.SP1 : HeiiiTertuduh: Haha yaSP1 : Ajar sis mcam mana nak melupakan kisah2 silam kitaS/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
45Tertuduh : Byk solat malam SP1 : Tahajjud??SP1 menghantar mesej satu gambar kartun wanita mengandung daripada pagekeajaiban.islam_ dengan tulisan : Ingat! Kau adalah laki-lakiSP1 : Hihihi jgn marah (emoji)Namun, ini tidak dibalas oleh Tertuduh. Nasihat yang diberikan oleh Tertuduh supaya SP1 memperbanyakkan solat malam, menunjukkan seumpama tidak ada apa yang berlaku pada 11 September 2019.Seterusnya mesej tidak dijawab pada 14 September 2019.Pada 18 September 2019, SP1 menghantar lagi pesanan.SP1 : Bila sy boleh jmpa dai lg eh? Byk soalan tergendala ni disebabkan malam tuhTertuduh : Sy sibuk skrgSP1 : sekarang ke hari-hari?Tertuduh : Hari-hari. Insyaallah nanti akan freeSP1 : ke nak saya bayar awak dulu baru boleh jumpa? Sejam berapa?Tertuduh : RM500SP1 : mak aii habis separuh gaji sisMenurut Tertuduh, dengan menghantar mesej-mesej ini selepas kejadian menunjukkan tiada masalah kepada hubungan seks yang berlaku antara mereka pada 11 September 2019 kerana ia dilakukan dengan kerelaan. Namun, bagi SP1, mesej-mesej ini dihantar untuk membolehkan SP1 berjumpa dengan Tertuduh. SP1 S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
46menyimpan dendam atas kejadian yang berlaku dan berniat mahu membunuh saja Tertuduh kerana telah merogolnya dan kemudian meninggalkannya tanpa berita. [77] Daripada perspektif psikologi, keadaan SP1 adalah suatu kesukaran untuknyamendapatkan penamat kepada segala persoalan dalam mindanya, seperti yang dijelaskan oleh SP5, SP1 tidak dapat mencari jawapan kepada persoalan dalam fikirannya, mengapa perkara tersebut berlaku kepadanya. Apakah benar perkara hubungan seks itu berlaku sedangkan SP1 tidak merelakannya. Apakah benar Tertuduh yang berlatar belakangkan seorang yang baik dan dipercayai telah merogolnya. SP1 berada dalam state of in denial. Apabila dikumpulkan, ia menjadi persoalan-persoalan yang tidak terjawab dan menjadi dendam dalam diri SP1. Oleh itu SP1 mahu berjumpa semula dengan Tertuduh untuk melepaskan dendamnya. Ini dapat dilihat dalam IDD7(A-C) yang dikemukakan pembelaan semasa kes pendakwaan, whatsapp status SP1 yang berbunyi, “Aku memang nampak bodoh dannampak naif. Tapi tak selamanya, once aku dah penat aku bukan mengalah. Aku akan jadi lebih aggressive. Tah-tah jadi pembunuh ke, jadi pengganggu keturunan kau ke kan? Orang gila, semua dia nak buat jadi. Macam kau lah. Aku tahu kau masih mengganggu perempuan-perempuan kat luar dan minta army kau spy med soc aku. Silakan silakan, kau pun tahu Allah tak tidur. Tapi kena ingatlah, aku akan fight kau sampau mampus”. Keterangan ini tidak dibuktikan selanjutnya. Ia hanya menjadi satu tanda tentang keadaan tertekan SP1 selepas kejadian itu dan keinginannya bertemu dengan Tertuduh. Malangnya Tertuduh tidak memberikan respon yang baik. Depresi SP1 menjadi lebih teruk[78] Seminggu selepas kejadian, SP1 dan SP7 telah mula bekerja di Pusat Pakaian Hari-Hari di Kajang. Pada satu malam, selepas waktu kerja dalam jam 11 malam, S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
47ketika SP7 dan SP1 pulang untuk makan malam, ketika menyeberang jalan menuju ke kedai, SP1 kelihatan ketakutan. SP1 memberitahu SP7 bahawa ada orang yang sedang memerhatikannya. Keterangan ini terkait dengan keterangan SP1 yang mengatakan, pada pagi 12 September 2019 selepas kejadian pada malam itu, Tertuduh telah memberi amaran kepadanya supaya tidak membangkitkan perkara yang telah berlaku, kerana bodyguard Tertuduh akan sentiasa memerhatikan. Dalam kondisi SP1 yang depresi, sedikit kata-kata amaran saja sudah cukup membuatkannya rasa terancam dan terbit halusinasi. Setelah didesak oleh SP7, barulah SP1 menceritakan kejadian seminggu yang lalu tentang dirinya dirogol oleh Dai Syed. [79] SP5 telah menjelaskan keadaan psikologi yang dialami SP1 iaitu-“… gangguan daripada aspek pemikiran. Kadang kala dari aspek psikologi untuk mereka yang mengalami trauma mereka ingin dapatkan closure ya kenapa ini berlaku terutamanya jika ia berlaku kepada orang yang sangat dipercayai, jadi mereka berada dalam keadaan yang tidak percaya. Jadi walaupun mereka mengalami trauma, terdapat beberapa perkara yang berlangsung di dalam fikiran mereka mengapa, denial kita panggil. Mengapa ini berlaku”. Disebabkan SP1 tidak mendapat “closure” terhadap apa yang dilakukan Tertuduh terhadapnya pada 11 September 2019, kemurungan SP1 menjadi semakin memburuk. Kenyataan ini selari dengan keterangan SP7 dan hasil pemeriksaan terhadap SP1 oleh SP5, SP8 dan SP10. SP7 telah beberapa kali melihat SP1 semasa di asrama pekerja, telah menoreh tangannya, sering menyendiri dan menangis, sehinggalah pada suatu ketika SP7 menemui SP1 dalam keadaan tidak sedar diri dan badannya berlumuran darah S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
48selepas mengelar tangannya. SP1 dikejarkan ke Hospital Kajang dan selanjutnya mendapat rawatan psikiatrik di hospital tersebut. SP8 mengesahkan SP1 dimasukkan ke wad di Klinik Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Kajang pada 23 September 2019 dan dirawat sehingga 8 Oktober 2019. SP8 mempreskripsikan Tablet Duloxetine120mg dan Quetiapine 200mg untuk diambil setiap malam bagi menstabilkan emosiSP1. SP8 mendiagnosiskan SP1 menghidap Major Depressive Disorder with Anxiety Symptom. SP8 menjelaskan tentang penyakit ini sebagaiJ - Penyakit Major Depressive Disorder with Anxiety Symptom adalah satu penyakit mental di mana pesakit mengalami kemurungan di mana pesakit akan mengalami tanda-tanda seperti masalah sedih yang berpanjangan, tidak boleh memberi fokus dalam aktiviti kehidupan, di mana beliau mengalami kesusahan dalam makan, minum, tidur, di mana beliau juga boleh merasakan hidup beliau tidak lagi bererti di mana beliau ingin membunuh diri.Pada perenggan akhir laporannya di P13, SP8 menyatakan “We noted that she still has depressive and anxiety symptoms and required continuation of treatment” ketika SP1 discaj daripada wad pada 8 Oktober 2019. Seterusnya, SP8 telah merujuk SP1 ke Hospital Shah Alam untuk proses follow-up kerana SP1 mempunyai keluarga berdekatan hospital tersebut dan Hospital Kajang pada ketika itu tidak mempunyai stok ubat Quetiapine dan perlu dibeli di luar.[80] Selepas rawatan di Hospital Kajang, SP1 masih konsisten menghubungi Tertuduh dengan harapan boleh berjumpa lagi untuk mendapatkan “closure” yang diharapkannya. Mesej pada 18 Oktober 2019-SP1 : Bila nak keluar lagu baru pulak.. nice gila suaraTertuduh : InshaallahS/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
49Namun respon daripada Tertuduh adalah tidak menggalakkan. Pada 28 Oktober 2019 sekali lagi SP1 menghantar mesej kepada Tertuduh untuk menarik perhatiannya, Kali ini, Tertuduh membalas mesej SP1 dengan nasihat selayaknya seorang motivator,seperti berikutSP1 : Bulan 11 ada free tak, saya nak jumpa awak sekejap je, I need your help, pease.Tertuduh : InshaallahSP1 : Pernah tak orang Islam tanya awak, Allah tu betul ke wujud? Kenapa Dia tak dengar doa saya?Tertuduh : Allah wujud. Dia dengar awakSP1 : atau sebab Dia murka kerana terlalu banyak dosa sehingga doa-doa tak sampai ke langitTertuduh : Wallahu aklamSP1 : OkayTertuduh : ?SP1 : Don’t you remember me?Tertuduh : Tahu.SP1 : Apa yang dah jadi buat saya lagi depress and give up.Tertuduh : (menunjukkan gambar AL-Quran) Awak pilih nak colour apa quran ni? Sy nak hadiah pada awakSP1 : Kenapa al-quran?SP1: Saya pernah juga dulu mengalami kemurungan. Saya pernah dimaki dikecam dikutuk dihina. Sampai saya rasa macam nak stop dakwah, sebab I know I am. Rasa tak layak. Tapi saya cuba untuk kuatkan semangat. Saya yakin Allah itu Maha Mengetahui setiap langkah hambanya. Adakah bila kita tahu kelemahan kita, kita perlu give up? Kadang2 ujian itu mendekatkan diri pada Allah. Saya tak baik, tapi saya harap mungkin sedikit sebanyak saya kasi manfaat pada yang lain, Allah Taala hapuskan dosa saya. Faham kan? AlS/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
50quran kalam Allah. Bila kita rasa resah dan lain-lain, Al-Quran sebagai panduan. Bacalah! Dia ada cahaya.SP1 : Kenapa saya baca Alquran tapi selepas tu saya rasa sedih balik. Atau sebab saya tak faham maknanya? Orang lain baca tak faham makna elok ja, boleh sihat daripada depression.Tertuduh: Kalau tak faham, buka terjemahan. Depress itu satu benda yang tersembunyi dalam hati. Tekanan fikiran. Bila kita terlalu fikir, syaitan mula rosakkan fikiran. Dan mula berputus asa. Allah tak suka hambanya berputus asa. Awak kena kuat.SP1 : Ayat ALQuran penuh tersirat, perlu panduan untuk faham setiap terjemahan tu.Tertuduh : Awk cuba buka Quran dan dengar. Pejam mata. Minta pada Allah. Allah yang membolak hati manusia.SP1 : Baiklah saya cuba. Dan saya minta pada awak tolong jangan anggap saya perempuan murahan. Sampai sekarang jati saya tidak tenang memikirkan benda yang dah jadi. Saya terkejut dengan apa dah jadi dan mula yak percayakan agama Islam. Sbb saya triggered awak seorang daie tapi boleh buat perkara tu. Maaf kalau saya ada buat awak terasa. Tapi itu uang terbuku dalam hati saya. Saya tahu setiap orang tak terlepas daripada berbuat dosa.Tertuduh : Saya tak fikir awak mcm tu. Semoga Allah sentiasa memberi rahmat pada kita semua, amin.[81] Melalui perbualan ini dapat dilihat SP1 masih konsisten dengan tujuan asal untuk mendapatkan nasihat tentang kemurungan. Tertuduh juga konsisten memberi nasihat sebagai seorang motivasi, seolah-olah tiada kejadian terlarang yang pernah berlaku antara mereka berdua pada 11 September 2019. Sempat juga Tertuduh memberikan nasihat untuk SP1 bertaubat dan kembali kepada Allah swt, sedangkan hubungan seks berlaku antara mereka adalah sesuatu yang dilarang. Seharusnya Tertuduh memulakan nasihat itu dengan menginsafi perbuatannya terlebih dahulu sebelum menasihati orang lain untuk bertaubat. SP1 tidak mendapat “closure” yang S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal