The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Bonnface, 2026-01-25 09:13:24

KES DAI SYED

KES DAI SYED

51diharapkan daripada Tertuduh. Justeru fikirannya yang tidak tenteram menjadikan gejala murungnya lebih memburuk dengan mencederakan diri sendiri.[82] Selanjutnya, walaupun SP1 telah discaj daripada Hospital Kajang pada 8 Oktober 2019, namun keadaannya masih belum pulih. Apabila SP1 menunjukkan simptom yang lebih serius kerana mahu membunuh diri, SP7 menghubungi Kakak SP1 yang kemudiannya datang ke asrama pekerja dan mengambil SP1 pulang ke kampung mereka di Felda Bukit Kepayang, Bera, Pahang untuk mendapatkan rawatan di Hospital Temerloh, Pahang. Ini disahkan oleh SP5 yang melihat keadaan SP1 selepas 4 hari SP1 dimasukkan ke wad di Hospital Sultan Ahmad Shah pada 19Disember 2019 kerana gejala kemurungan yang teruk serta membuat cubaan membunuh diri. SP1 juga mengalami gangguan halusinasi iaitu mendengar suarasuara ghaib yang bercakap kepadanya yang menyuruhnya mencederakan diri sendiri. [83] SP1 telah diberikan rawatan dan pemerhatian rapi selama 4 hari di dalam wad serta diletakkan di bawah ‘suicide caution’. Ketika dilihat SP5 pada 23 Disember 2019,keadaan emosi SP1 menjadi lebih baik, tiada lagi keinginan untuk mencederakan diri atau membunuh diri serta tiada lagi mengalami gangguan halusinasi. Diagnosis SP5 terhadap SP1 ketika discaj dari wad adalah Major Depressive Disorder and Possible Borderline Personality Disorder.[84] Menurut SP5, sebelum ini, pada Februari 2019 SP1 didiagnosiskan sebagai Major Depressive Disorder with Psychosis oleh Hospital Shah Alam. Namun apabila SP1 menunjukkan simptom lebih teruk iaitu mencederakan diri sendiri dan mendengar suara ghaib atau halusinasi dan mahu membunuh diri, SP1 dikategorikan sebagai Severe Major Depressive Disorder. SP1 didiagnosiskan sebagai Borderline Personality Disorder kerana mempunyai beberapa ciri Borderline Personality DisorderS/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal


52iaitu beliau mempunyai ketidakstabilan emosi, rasa takut ditinggalkan dan cenderung mencederakan dirinya berulang kali. Paling ketara adalah SP1 berkecenderungan mencederakan diri sendiri berkali-kali kerana selepas discaj daripada Hospital Temerloh pada 23 Disember 2019, SP1 dimasukkan lagi ke wad pada September 2020 untuk masalah yang sama iaitu self-harm. SP1 telah menjalani rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Temerloh sebanyak 9 kali sejak discaj pada 23 Disember 2019. Kali terakhir SP1 dirawat adalah pada Julai 2021.[85] Ketika mendapatkan rawatan di Hospital Temerloh ini iaitu dalam Disember 2019, SP1 mula menceritakan kepada doktor yang merawatnya tentang kejadian pada 11 September 2019 yang menjadi penyebab kepada keadaan depresinya menjadi lebih teruk. Doktor yang merawat SP1 kemudian melaporkan kes ini kepada pihak polis dan pihak polis Daerah Bera meminta SP1 membuat laporan polis. Tetapi malangnya, apabila ibu SP1 iaitu SP2, suami SP2 dan ibu serta bapa saudara SP1 mengetahui hal ini, mereka telah menghalang SP1 daripada membuat laporan polis atas dasar mereka adalah orang kampung yang tidak ada wang untuk menampung kos peguam. Bagi mereka, jika kes dibuka, mereka perlu hadir ke Mahkamah dan ini memerlukan belanja yang banyak. Mereka tidak faham konsep pendakwaan kes jenayah akan dilakukan oleh pendakwaraya dan tidak memerlukan mereka melantik peguam. Apa yang mereka tahu, jika kes di bawa ke Mahkamah, mereka perlu menyediakan wang yang banyak untuk menampung semua perbelanjaan berkaitan, sedangkan SP1 tidak bekerja. Oleh itu SP1 akur dengan arahan keluarganya dan memutuskan untuk tidak meneruskan niatnya untuk membuat laporan polis.S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal


53[86] Dalam pada sedang menerima rawatan psikiatri di Hospital Temerloh, SP1 masih konsisten cuba menghubungi Tertuduh untuk cuba mengatur pertemuan dengan Tertuduh. Pada 26 Disember 2019-SP1 : Awak busy ke? Saya nak jumpa awak, boleh?Mesej SP1 tidak dibalas Tertuduh. Kemudian SP1 mencuba lagi pada 27 Disember 2019-SP1 : Awak nak saya jumpa awak atau saya jumpa ayah awak kat Kemaman?Tetapi mesej masih tidak dibalas Tertuduh. Dalam keterangan Tertuduh, dia tidak membalas mesej SP1 ini kerana mahu menamatkan hubungan dengan SP1. Tertuduhtidak mahu kejadian antara Tertuduh dengan SP1 ini sampai kepada pengetahuan keluarganya. Walaupun Tertuduh tidak mengakui tuduhan merogol, namun Tertuduhtidak mahu keluarganya tahu dirinya terlibat dengan perlakuan seks luar nikah. [87] Selanjutnya, selain rawatan di Hospital Temerloh, SP1 juga meneruskan sesi rawatannya di Hospital Shah Alam sebagaimana yang disahkan oleh SP10 yang telah melihat SP1 di Jabatan Psikiatri Hospital Shah Alam pada 27 Disember 2019, 7 Disember 2020, 7 Januari 2021 dan yang terakhir pada 6 November 2021 sebelum SP1 dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). SP1 telah dirawat dan dinilai secara berkala oleh pegawai perubatan dan pakar psikiatri di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Shah Alam. Kali terakhir SP1 dilihat di Jabatan Psikiatri Hospital Shah Alam adalah pada 29 Disember 2021, di mana ketika itu diagnosis SP1 adalah “Major Depressive Disorder with Psychosis”. Ini bermakna diagnose SP1 telah berubah daripada 12 Februari 2019 dengan Major Depressive Disorder kepada Major Depressive Disorder with Psychosis pada 29 Disember 2021. SP10 menjelaskan S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal


54perubahan ini adalah disebabkan SP1 mengalami simptom halusinasi atau Auditory Hallucination yang mana SP1 percaya apa yang didengarnya adalah betul tetapi tiada orang lain yang boleh mendengar suara itu, hanya pesakit saja yang boleh mendengarnya. Dalam keadaan ini, menurut SP10, SP1 perlu mengambil “ubat anti depressant iaitu Tab Duloxetine yang mana ubat ini adalah sejenis ubat yang akan menyebabkan “imbalance of neurotransmitter in the brain to be balance back”. SP1 mengambil dos maksima 120mg kerana tidak respon kepada dos yang rendah akibatfaktor tekanan yang berterusan. Selain itu, SP1 juga diberikan ubat Tab Risperidonesebanyak 1mg yang bersifat anti-psychotic untuk merawat simptom halusinasi yang dialami SP1. Menurut SP10 lagiSecara overall ubatan hanya memberi 50% to 60% improvement with medication kerana ada faktor-faktor lain yang mempengaruhi pesakit untuk recover contohnya jika pesakit mempunyai on going stressor atau pun masalah yang tidak diselesaikan ianya juga memberi kesan kepada rawatan. Poor support system, unhealthy lifestyle, family dynamic dan personaliti pesakit juga mempengaruhi treatment.Maksudnya, keadaan SP1 menjadi lebih buruk selepas kejadian 11 September 2019 dan menyebabkan diagnosisnya berubah kepada diagnosis yang lebih serius. Hal ini terjadi kerana tekanan fikiran yang dihadapinya tidak mendapat penyelesaian. SP1 tidak dapat berjumpa dengan Tertuduh untuk mendapatkan “closure” yang diharapkannya.Berjumpa dengan SP9[88] Pada 23 November 2020 SP1 berjumpa dengan teman baiknya SP9 untuk menyambut hari jadi SP1 di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Ketika inilah SP1 menceritakan tentang kejadian 11 September 2019 kepada SP9. Kebetulan SP9 S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal


55pernah melalui pengalaman di mana kakaknya telah dirogol sewaktu kecil tetapi tidak mendapat pembelaan. Jadi, SP9 berazam mahu membantu kawan baiknya ini supaya mendapat keadilan sewajarnya. SP9 lalu membuat luahan (confession) dalam akaun Twitternya diikuti dengan menghantar pesanan kepada seorang Tweeter terkenal dengan nama akaun Pedoqpop supaya menyebarkan tweet itu kepada umum (memviralkan) tentang kawannya yang telah dirogol oleh Daie Syed, tweet SP9 yang diviralkan itu berbunyi seperti berikut-“Sumpah rasa nak buat thread camne Daie Syed ni rogol member aku bawak balik rumah dia. Mentang-mentang la member aku naif nak mampus.”[89] SP9 mentafsirkan “naif nak mampus” yang dimaksudkan tentang sifat SP1 kerana selain mengalami kemurungan dan sering memuat naik postings dengan gambar kelar ditangannya, SP1 juga adalah seorang yang sangat naif dan mudah percayakan orang, lurus bendul. Tujuan SP9 memviralkan tweet ini adalah untuk memancing maklumat daripada mangsa lain yang mungkin melalui nasib yang sama sepertimana SP1. Apabila tweet ini menjadi viral, SP9 menerima banyak Direct Message (DM) dalam Instagramnya daripada ramai individu tidak dikenali yang telah meluahkan pengalaman menjadi mangsa Daie Syed. [90] Ini memberi kekuatan kepada SP9 untuk terus memujuk SP1 supaya membuat laporan polis. Seterusnya SP9 menemani SP1 ke Hospital Temerloh untuk mendapatkan laporan perubatannya dan ke Balai Polis Temerloh untuk membuat laporan polis di P1. Selepas viralnya tweet SP9 itu, SP9 membuat laporan polis pada 26 November 2020 di eksibit P16 untuk melindungi dirinya daripada saman fitnah oleh Tertuduh. Dalam P16 SP9 menyatakanS/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal


56“Pada 23/11/2020 jam lebih kurang 2249hrs semasa saya berada di rumah alamat No. 52 Jalan Seri Putra 2/3A Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, saya telah memuat naik kenyataan yang mendatangkan fitnah ke atas Dai Syed di laman sosial Twitter milik saya. Kenyataan itu ialah “Sumpah sedih bila dapat tahu member baik sendiri kena rape dengan selebriti” dan “that selebriti is Dai Syed. Berapa banyak dah perempuan kena dengan dia. Weh sedih bodo, tahla speechless”. Disebabkan itu, kenyataan tersebut telah menimbulkan fitnah kepada Dai Syed. Oleh itu saya ingin memohon maaf di atas kenyataan itu tanpa bersandarkan apa-apa bukti yang kukuh. Saya berhadap perlara ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan tiada lagi perkara yang dibangkitkan oleh netizen. Tujuan saya membuat laporan untuk perlindungan dan keselamatan diri saya jika apa-apa berlaku di kemudian hari. Sekian laporan saya.”[91] SP9 menggunakan perkataan “fitnah” kerana, walaupun SP9 percaya, sebagai seorang kawan baik, bahawa SP1 telah dirogol, tetapi orang luar dan netizen menganggap ini adalah fitnah kerana tiada bukti ditunjukkan dan SP9 menerima kecaman daripada netizen yang tidak dikenali lalu berasa takut. Oleh itu, SP9 berfikir mungkin sesuai jika dikatakan ia sebagai suatu fitnah dan memohon maaf atas kenyataannya. [92] Apabila Tweet tentang Daie Syed merogol kawan SP9 menjadi viral, Tertuduh mendapat tahu tentang perkara ini melalui link yang dihantar kepadanyaS : Saya bawa ke tarikh yang awak ditularkan di twitter. Ingat lagi? J : Pada tahun 2019 bulan 11, hujung bulan 11. Pada masa itu saya bangun daripada tidur, ada ramai hantar link kepada saya, ada satu hantaran di twitter mengatakan seolah-olah kawannya dirogol dan semua media menulis tentang diri saya. Saya rasa risau, takut, stress, sebab diviralkan dengan begitu cepat hingga orang ramai tohmah saya. Ramai orang-orang yang terkenal, youtubers bercerita tentang saya tanpa mengetahui cerita sebenarnya. S : Jadi apa tindakan awak? S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal


57J : Saya buat laporan polis di Damansara untuk report ke atas orang tersebut.[93] Selanjutnya, Tertuduh membuat laporan polis pada 24 November 2020 iaitu eksibit D56 yang bertujuan untuk menjaga reputasinya kerana pada masa itu media terlalu pantas bercerita tentang dirinya. Kandungan D56 ini berbunyi-“Pada jam lebih kurang 1114Hrs 24/11/2020 semasa saya berada di Damansara Perdana saya telah menerima screenshot gambar daripada kawan saya yang mana gambar dan cerita mengenai saya dituduh perogol telah tular di media sosial. Saya terkejut dan terus membuka laman sosial dan twitter. Di laman twitter cerita mengenai saya ditularkan oleh seorang perempuan Ainunnajwa mengatakan “sumpah rasa nak buat thread camner Dai Syed ni rogol member aku, bawak balik rumah dia, mentang-mentangla member aku naif nak mampos”. Saya sama sekali tidak mengenali wanita tersebutapatah lagi kawannya yang kononnya dirogol oleh saya. Apabila saya layari laman facebook, saya dapati beberapa page telah mengongsikan isu tersebut dan memaparkan sekali gambar saya. Ini jelas menjatuhkan reputasi saya dan nama baik saya. Saya terkesan dengan tuduhan ini kerana ia secara tidak langsung akan menjejaskan masa depan saya termasuk maruah diri dan keluarga saya. Saya juga akan mengambil tindakan Mahkamah sekiranya pihak-pihak yang bertanggungjawab tidak membersihkan semula nama baik saya kerana saya ada menyimpan segala bukti screenshot perkara ini. Sekian laporan saya”. Rumusan kes pendakwaan yang telah dibuktikan[94] Mahkamah dapati keseluruhan keterangan SP1 adalah konsisten yang disokong dengan keterangan dokumentari dalam P1 sehingga ke D58 dan 18 orang S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal


58saksi pendakwaan. Keterangan SP1 adalah kredibel dan wajar menjadi bukti utama yang diterima dalam kes ini. Secara konsisten pendakwaan membuktikan hubungan antara SP1 dan Tertuduh hanyalah sebagai kenalan untuk SP1 mendapatkan katakata motivasi dan semangat bagi mengubati kemurungannya, sesuai dengan imej yang ditunjukkan oleh Tertuduh sebagai seorang yang dipercayai. Tertuduh didapati mempunyai motif untuk merogol SP1 berdasarkan fakta bahawa Tertuduh yang mulamula mendekati SP1 yang sememangnya diketahui mempunyai penyakit kemurungan. Dalam situasi itu, SP1 yang naif dan sering depresi menjadi target yang sesuai untuk menjadi mangsa. Apabila SP1 berjaya dipujuk untuk keluar bertemu Tertuduh, peluang terbuka luas untuk Tertuduh meneruskan agendanya. Tertuduh yang berlatar belakangkan seorang yang berpendidikan agama yang tinggi dan menonjolkan imej pendakwah dan motivator, berjaya menipu dan memperdayakan SP1 untuk mengikutnya pulang ke rumah, seterusnya dengan keadaan SP1 diserang kemurungan selepas dimarahi, SP1 telah menjadi mangsa rogol Tertuduh. Justeru itu, hubungan seks antara Tertuduh dan SP1 adalah bukan dengan kerelaan SP1, tetapi dengan paksaan oleh Tertuduh. Selepas kejadian, Tertuduh telah memberi amaran kepada SP1 supaya tidak membangkitkan hal hubungan seks ini kerana SP1 akan sentiasa diperhatikan oleh bodyguard Tertuduh. SP1 yang naif dan depresi akur dengan arahan Tertuduh. Tetapi akhirnya, akur SP1 memakan diri kerana penyakit depresinya menjadi lebih teruk kerana terlalu memikirkan tentang kejadian itu.[95] Pendakwaan telah bersandarkan kepada fakta bahawa, Tertuduh telah mempergunakan kedudukannya sebagai seorang penceramah selebriti yang dipercayai untuk memerangkap dan menipu SP1 yang naif dan depresi sehingga terjerat. SP1 tidak rela dengan perlakuan seks oleh Tertuduh. SP1 yang naif dan depresi berada dalam keadaan sukar untuk menolak dan melarikan diri kerana S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal


59dikuasai oleh penyakitnya. Ini konsisten dengan keterangan SP5 bahawa, bagi masalah kemurungan seperti yang dihadapi SP1, keupayaan SP1 menghadapi tekanan adalah berbeza dengan individu normal. Ini bermakna, dalam situasi yang sama sepertimana dihadapi SP1, bagi seseorang individu normal, untuk setiap peluang yang ada, ia akan bertindak melarikan diri atau menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa, atau setidaknya membuat laporan polis yang segera, untuk membuktikan diri telah dirogol Tertuduh. Tetapi SP1 tidak dapat berfikir seperti ini kerana faktor depresinya yang sentiasa berfikir berbolak-balik tanpa mendapatkan penyelesaian untuk membuat satu keputusan.[96] Begitupun, apabila SP1 akur kepada tindakan Tertuduh, iaitu akur mengikut Tertuduh pulang ke rumahnya, akur dengan arahan untuk masuk ke dalam rumah dan akur dengan arahan Tertuduh supaya masuk ke dalam bilik tidur, kemudian akur dengan arahan supaya tidak membangkitkan hal ini lagi, tidak bermakna SP1 merelakan hubungan seks tersebut. SP1 berada dalam situasi tidak mampu memberikan penolakan terhadap paksaan oleh Tertuduh. Dengan SP1 menghantar mesej “safely arrived” selepas pulang ke rumah sewanya dan diikuti dengan semua mesej-mesej yang dihantar kepada Tertuduh, tidak membuktikan SP1 telah merelakan hubungan seks itu kerana SP1 tidak berhenti daripada memikirkan mengapa hal itu berlaku. Oleh itu, untuk membuktikan hubungan seks itu telah berlaku tanpa kerelaannya, SP1 telah tampil membuat laporan polis demi mendapatkan keadilan untuk dirinya. Kejadian rogol itu juga telah menyebabkan kemurungan SP1 menjadi semakin teruk kerana tidak menemukan jawapan atau “closure” kepada persoalan yang bermain di fikirannya kerana Tertuduh enggan bersemuka dengannyalagi. Hal ini sehingga menyebabkan SP1 mendapat simptom halusinasi dan mahu membunuh diri. S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal


60KETERANGAN PEMBELAAN TERTUDUH[97] Dalam kes pembelaan, Tertuduh kekal dengan pendiriannya bahawa hubungan seks antara Tertuduh dan SP1 adalah dengan kerelaan. Tiada elemen paksaan. Tiada kekerasan terhadap SP1. Tertuduh bersandarkan kepada fakta bahawa SP1 yang rela hati mengikutinya pulang ke rumah. Kemudian SP1 juga yang rela hati masuk ke dalam bilik tidur dan duduk di atas katil. Kemudian SP1 juga yang memulakan “pemanasan” kepada permulaan hubungan seks antara mereka dengan memeluk Tertuduh, menyebabkan Tertuduh terangsang. SP1 juga yang memasukkan zakar Tertuduh ke dalam farajnya. SP1 tidak berusaha melarikan diri pada setiap masa yang material sehingga keesokan harinya. Malahan SP1 masih mengekalkan hubungan komunikasi yang baik dengan Tertuduh selepas kejadian dengan hantaran mesej-mesej kepada Tertuduh dan menarik perhatiannya untuk berjumpa. SP1 juga hanya membuat laporan polis selepas setahun kejadian, apabila pesanan mesej SP1 kepada Tertuduh tidak dibalas.[98] Untuk menyokong pembelaan ini Tertuduh telah mengemukakan 3 keterangan sokongan iaitu Laporan Polis Tertuduh di D56, Kenyataan semasa siasatan terhadap Tertuduh (112 statement) di D57 dan screenshot mesej-mesej antara SP1 dengan Tertuduh di D58. Isu di hadapan Mahkamah adalah, sama ada keterangan yang dikemukakan ini dapat membangkitkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. [99] Dalam D56 seperti yang dapat dilihat dalam perenggan [93] di atas, Tertuduh menafikan ada mengenali Ainunnajwa ataupun kawannya yang dikatakan telah dirogol oleh Tertuduh. D56 telah dibuat pada 24 November 2020 selepas tweet SP9 viral pada 23 November 2020. Kemudian, apabila SP1 membuat laporan polis pada S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal


6123 November 2020 (P1), Tertuduh telah dipanggil untuk siasatan pada 25 November 2020. Dalam 112 Statement Tertuduh di D57, kepada soalan “Adakah benar kamu ada melakukan hubungan seksual secara paksaan terhadap Nur Atiqah binti Mohammad Ghazali pada 11/09/2019 di rumah kamu di alamat Tingkat 3 Apartment Studio 1-Soho Seksyen 7 Shah Alam?” Tertuduh menjawab-“Tidak. Tiada paksaan. Pada suatu tarikh yang saya tidak pasti, saya telah terima (1) mesej daripada aplikasi Instagram daripada akaun yang saya tidak kenali. Kemudian pemilik akaun telah kenalkan diri sebagai Atiqah dan telah cerita masalah beliau berkaitan masalah keluarga dan dirinya. Saya telah balas dengan bagi nasihat. Kemudian selepas saya tidak berapa pasti pada tarikh bila, namun kami berdua telah setuju untuk berjumpa di restoran (nama tidak pasti) sekitar Sek.13. Ketika itu saya telah ke sana seorang diri manakala Atiqah minta bantuan untuk saya mengambil beliau. Saya setuju dan telah ambil Atiqah di rumah sewanya di alamat saya tidak ingat di Sek. 13 Shah Alam. Saya telah berbual dengannya lebih kurang 1 jam di restoran tersebut. Sebelum saya maklum saya mahu beredar pulang ke rumah. Saya setuju. Saya telah bawa Atiqah menaiki motokar saya jenis BMW 3 series warna silver nombor pendaftaran CEB4094. Saya kemudian bawa Atiqah ke rumah saya di alamat No. E-04-23 Tower E, Hiyd Tower I-Soho i-city Persiaran Multimedia icity Seksyen 7 Shah Alam. Kami berdua masuk ke dalam rumah. Saya tiada paksa dia masuk ke dalam rumah, dia masuk dengan rela hati. Kemudian Atiqah dengan tiba-tiba masuk bilik saya dan baring atas katil saya. Saya telah pegang perut Atiqah dari luar baju namun Atiqah tiada sebarang tolakan. Dia juga ada pegang tangan saya. Saya ada cium dia di bibir dan Atiqah juga ada balas ciuman tersebut. Kemudian Atiqah telah buka baju saya. Atiqah telah S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal


62cium badan saya berkali-kali. Kemudian kami masing-masing buka seluar masing-masing. Kemudian Atiqah baring atas katil, dia telah pegang kemaluan saya dan telah masukkan ke dalam kemaluannya. Lain-lain perkara saya tidak ingat saya hanya tahu saya telah pancutkan air mani saya di atas perutnya. Saya dengannya kemudian telah bersihkan diri dalam tandas dan pakai baju semula. Kami bersiap untuk keluar dan saya telah hantar Atiqah pulang ke rumah sewanya di Sek.13 Shah Alam.Selepas kejadian tersebut Atiqah ada berhubung dengan saya melalui Instagram namun oleh kerana kekangan masa, saya tidak malas mesej beliau dan sejak itu saya tidak lagi menghubungi/jumpa beliau sehingga kini”. Percanggahan D56 dan D57[100] Terdapat percanggahan dalam keterangan Tertuduh di D56 dengan D57 walaupun kedua-dua keterangan ini dibuat hanya selang sehari saja, iaitu D56 pada 24 November 2020 dan D57 pada 25 November 2020. Dalam D56, Tertuduh mengatakan tidak mengenali langsung siapa Ainunnajwa dan kawannya, tetapi dalam D57, Tertuduh mengenali SP1 dan dapat menceritakan apa yang berlaku pada 11 September 2019 dari mula hingga akhir. Penjelasan Tertuduh ialah, dia hanya menyedari bahawa teman Ainunnajwa itu adalah SP1 selepas dimaklumkan oleh pihak polis. [101] Apa yang menjadi tandatanya ialah, bagaimana Tertuduh boleh lupa terus tentang kejadian pada 11 September 2019. Dalam Islam, hubungan seks luar nikah adalah sesuatu yang ditegah. Hukumnya haram. Ia bukan suatu kelaziman kepada orang Islam apatah lagi bagi seorang Muslim yang berpengetahuan tinggi dan mengamalkan ajaran Islam dalam hidupnya. Justeru, apabila hubungan seks luar S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal


63nikah berlaku, ia sepatutnya menjadi suatu kejadian yang tidak mudah dilupakan, malah memerlukan pelakunya insaf dan bertaubat. Jadi, persoalannya, apakah Tertuduh langsung tidak ingat tentang kejadian tersebut apabila terdapat tweet SP9 yang viral. Tidakkah itu menyebabkan ingatannya kembali (spark his memory) kepada kejadian pada 11 September 2019 yang dilakukan terhadap SP1 hanya selepas pertemuan kali pertama dengan SP1. Melainkan Tertuduh telah sering terlibat dengan hubungan seks seperti ini, sepatutnya Tertuduh tidak boleh lupa tentang kejadianyang penting ini, terutamanya jika hubungan seks itu dilakukan, menurutnya, dengan kerelaan. [102] Berkenaan percanggahan dalam keterangan adalah biasa terjadi dalam manamana kes, tetapi terpulang kepada Mahkamah untuk menilai keterangan itu, sama ada boleh diterima atau telah menjejaskan kredibilitinya. Ini sepertimana yang dinyatakan dalam kes PP v Datuk Haji Harun bin Haji Idris (No.2)(1976) CLJU 184;(1977) 1 MLJ 15, oleh Raja Azlan Shah FJ (beliau pada ketika itu) pada muka surat 19:“... In my opinion, discrepancies there will always be, because in the circumstances in which the events happened, every witness does not remember the same thing and he does not remember accurately every single thing that happened...The question is whether the existence of certain discrepancies is sufficient to destroy their credibility. There is no rule of law that the testimony of a witness must either be believed in its entirety or not at all. A court is fully competent, for good and cogent reasons, to accept one part of the testimony of a witness and to reject the other”.S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal


64Pada pendapat Mahkamah, keterangan yang bercanggah ini telah menjejaskan kredibiliti keterangan Tertuduh kerana perkara tersebut tidak sepatutnya hilang terus dalam ingatan Tertuduh. Tambahan pula tiada keterangan sokongan yang lain dikemukakan untuk menyokong keterangan Tertuduh di Mahkamah. Tiada juga keterangan yang menunjukkan Tertuduh ada mengambil tindakan mahkamah terhadap SP9 sekiranya apa yang diviralkan tidak benar. Ini mengundang inferens bahawa keterangan pembelaan Tertuduh mengenai lupa tentang kejadian itu adalah pemikiran semula dan oleh itu tidak dapat diterima.Percanggahan keterangan SD1 dengan D57[103] Terdapat beberapa percanggahan dalam keterangan Tertuduh sebagai SD1 dengan D57, yang pertama, dalam D57 Tertuduh menyatakan-“saya telah terima (1) mesej daripada aplikasi Instagram daripada akaun yang saya tidak kenali. Kemudian pemilik akaun telah kenalkan diri sebagai Atiqah dan telah cerita masalah beliau berkaitan masalah keluarga dan dirinya”, sedangkan fakta telah dibuktikan bahawa perkenalan antara SP1 dengan Tertuduh bermula apabila Tertuduh menyapa SP1 dengan memberi respon kepada Instagram Story SP1, diikuti dengan SP1 menjadi pengikut Instagram Tertuduh dan chattingditeruskan sehingga Tertuduh berjaya memujuk SP1 untuk keluar dengannya pada malam 11 September 2019. Tertuduh yang memulakan perkenalan, bukan SP1 yang memperkenalkan diri kepada Tertuduh.[104] Percanggahan kedua, dalam D57, Tertuduh menyatakan-“Saya telah berbual dengannya lebih kurang 1 jam di restoran tersebut”, S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal


65tetapi fakta sebagaimana keterangan SP1 dan Tertuduh sendiri menyatakan perbualan di kedai makan Batu 3 Shah Alam tersebut berlangsung dalam tempoh lebih kurang 3 jam sebelum Tertuduh memutuskan untuk menukar lokasi ke Seksyen 7.[105] Percanggahan ketiga, dalam D57, Tertuduh menyatakan pada pagi 12 September 2019-“Kami bersiap untuk keluar dan saya telah hantar Atiqah pulang ke rumah sewanya di Sek.13 Shah Alam”, sedangkan menurut SP1 dan Tertuduh sendiri, Tertuduh menghantar SP1 sehingga ke lobi kondo sahaja dan seterusnya SP1 pulang ke rumah sewanya dengan Grab.[106] Mengenai percanggahan ketiga, penjelasan Tertuduh adalah, Tertuduh terlupa fakta ini dan menyatakan, “Sebenarnya saya hantar ke lobi, tidak ke rumahnya”.Tetapi tiada penjelasan bagi percanggahan pertama dan kedua. Sekali lagi keterangan-keterangan yang bercanggah ini menjejaskan keseluruhan keterangan Tertuduh dan menjadikannya tidak boleh dipercayai, apatah lagi tiada keterangan lain yang menyokong kenyataan Tertuduh di Mahkamah melainkan D56 dan D57. [107] Terdapat keterangan Tertuduh yang menyatakan, SP1 yang menawarkan diri untuk mengikut Tertuduh pulang ke rumah, bukannya Tertuduh yang mengajaknya. Menurut Tertuduh, apabila Tertuduh mahu pulang ke rumahnya di Seksyen 7 Shah Alam, SP1 mahu ikut serta tetapi meminta Tertuduh supaya menghantar SP1 pulang ke rumah sewanya dulu untuk SP1 menunjukkan diri kepada rakannya. Kemudian, SP1 meminta Tertuduh untuk datang semula mengambilnya seperti Grab dan membawanya pulang ke rumah Tertuduh. Namun, Tertuduh tidak pula S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal


66mengemukakan saksi yang boleh menyokong keterangan ini, justeru menunjukkan keadaan ini tidak berlaku dan hanya direka Tertuduh untuk menguatkan kenyataannya bahawa SP1 yang sukarela mengikutnya pulang ke rumah dan menguatkan fakta “tiada paksaan” dalam hubungan seks SP1 dan tertuduh.[108] Percanggahan dalam keterangan dan cerita yang direka-reka ini, apabila dibandingkan dengan versi pendakwaan yang telah dibuktikan, boleh menimbulkaninferens bahawa Tertuduh berbohong dalam keterangannya dan bahawa seluruh keterangannya gagal membangkitkan pembelaan. Oleh itu Mahkamah akan membuat penilaian yang berhati-hati dan teliti terhadap keterangan Tertuduh sebagaimana yang diingatkan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Khoon Chye Hin v Public Prosecutor (1961) MLJ 105 -“…if a witness demonstrably tells lies on one or two points then it is clear that he is not a reliable witness and as a matter of prudence the rest of his evidence must be scrutinized with great care and indeed with suspicion….”.[109] Kembali kepada persoalan utama, sama ada pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Mahkamah merujuk semula kes PP v Saimin (Supra) yang mengatakan keraguan munasabah haruslah timbul sama ada daripada keterangan yang dikemukakan ataupun fakta yang tidak dibuktikan, tidak boleh sekadar was-was atau syak wasangka yang tidak ada kaitan dengan keseluruhan keterangan-“… what amounts to “reasonable doubt”. It is not mere possible doubt, because everything relating to human affairs and depending upon moral evidence is open to some possible or imaginary doubt. It is that state of case which after the entire comparison and consideration of all evidence leaves the minds of the S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal


67jurors in that condition that they cannot say they feel an abiding conviction to a moral certainty of the truth of the charge”.[110] Dalam hal ini, Mahkamah berpendapat, keterangan pembelaan oleh Tertuduh hanyalah penafian yang tidak disokong oleh keterangan lain. Ada pun keterangan sokongan yang dikemukakan iaitu D56 dan D57 dipenuhi dengan percanggahan yang menyebabkan terdapat kemungkinan Tertuduh berbohong. Lebih-lebih lagi apabila membandingkan versi pembelaan dengan keterangan pihak pendakwaan yang lengkap dengan sokongan daripada dokumen dan saksi-saksi, keterangan pembelaan terlihat seperti penafian semata-mata atau keterangan yang direka-reka. Adalah menjadi prinsip yang matan bahawa pembelaan berbentuk penafian sematamata tidak mencukupi untuk menimbulkan keraguan yang munasabah dan ia seharusnya ditolak. Ini dinyatakan dalam D.A Duncan v PP (1980) 1 MLJ 195 di mana Mahkamah Persekutuan dalam pemerhatiannya menyatakan, “The defence was in effect a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant”. Prinsip yang sama juga digunakan dalam PP v Ling Tee Huah (1982) 2 MLJ 324yang menyatakan, “A mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution’s evidence is not sufficient”. S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal


68Juga dalam kes PP v Nur Hassan bin Salip Hashim & Anor (1993) 2 CLJ 551, Mahkamah mengatakan penafian itu dan ini tidak sekalipun menimbulkan keraguan munasabah,“The evidence of the second accused was only one of denial; denial of having seen the orange plastic bag containing the cannabis; denial of having been together with the first accused; denial of sitting on the same chair together with the first accused and the denial of being found immediately next to the orange plastic bag containing the cannabis. All these evidences of the second accused were offered in contradiction of the evidence of the prosecution. The denial has not in any way created a doubt, on a balance of probabilities, in the prosecution. Neither were the presumptions of possession or knowledge rebutted. Nothing was offered by the evidence of the second accused by way of rebutting the presumption of trafficking arising from the fact that the cannabis weighed 311.4 grams. The second accused had also therefore failed to rebut the presumption of trafficking”. [111] Kembali kepada keterangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan. Tertuduh hanya menafikan telah membawa SP1 pulang ke rumahnya dengan cara menukar haluan secara tiba-tiba dan menipu SP1 dengan helah tidak perlu risau kerana di rumahnya ada bodyguard dan kawan-kawan sering datang; telah menafikan ada beberapa kali memarahi SP1 ketika SP1 berada di rumahnya sehingga menimbulkan tekanan kepada SP1 dan trigger penyakit kemurungannya; seterusnya telah menafikan tindakannya memaksa dan merogol SP1 tanpa kerelaannya. Penafian Tertuduh ini tidak disokong dengan keterangan lain. Sedangkan D56 dan D57 juga terdapat percanggahan yang jelas. Jadi, apabila dibandingkan dengan S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal


69keseluruhan keterangan pendakwaan dalam kes ini, keterangan pembelaan Tertuduh didapati tidak menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.[112] Selain itu, Tertuduh juga kerap menukar jawapannya daripada penafian kepada persetujuan setelah didesak oleh soalan pihak pendakwaan. Contohnya bagi isu sama ada Tertuduh tahu tentang kemurungan SP1. Tertuduh mulanya menyatakan tidak tahu. Sebaliknya Tertuduh hanya keluar dengan SP1 untuk berkenalan dan berbual sebab Tertuduh masih bujang ketika itu. Tetapi Tertuduhsetuju telah melihat postings Instagram SP1 dan mendapat tahu keadaan SP1 yang kemurungan maka dari situ Tertuduh mempelawanya berjumpa untuk berbincang secara berdepan tentang kemurungan memandangkan Tertuduh sendiri ada pengalaman melalui kemurungan. Screenshot di P2 atau D58 juga mengandungi keterangan yang konsisten bahawa SP1 mahu menemui Tertuduh untuk mendapatkan nasihat tentang kemurungan dan Tertuduh sememangnya ada memberikan nasihat yang dimahukan. Dalam keterangan seterusnya Tertuduh akhirnya mengakui tahu tentang kemurungan SP1 tetapi tidak tahu sejauh mana serius tahap kemurungan itu. Fakta mengetahui hakikat kemurungan SP1 ini konsisten sejak mula berkenalan dengan SP1 hinggalah pada masa Tertuduh memutuskan untuk tidak lagi berhubung dengan SP1. Jadi ini menunjukkan Tertuduh sememangnya tahu sejak mula bahawa SP1 merupakan seorang yang mengalami masalah kemurungan. Jadi, apabila menukar jawapan daripada tidak tahu kepada tahu, mempengaruhi keseluruhan penceritaan Tertuduh dan menimbulkan inferens yang Tertuduh mungkin berbohong.[113] Selain itu, tentang isu latar belakangnya, Tertuduh pada awalnya menafikan dirinya seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan agama yang bukan calangS/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal


70calang. Tetapi hakikatnya, dalam D56 dan D57 serta keterangan keseluruhan tentang latar belakangnya yang juga disokong oleh SP3 menunjukkan Tertuduh adalah seorang yang mempunyai latar belakang pendidikan agama yang tinggi hinggamampu menjadi seorang penceramah selebriti yang dapat memberikan ceramah motivasi berunsur nasihat keagamaan kepada orang ramai terutamanya pelajarpelajar universiti yang mengalami kemurungan. Gelaran penceramah selebriti ini diakui sendiri oleh Tertuduh yang menganggap dirinya seorang figura awam selepas berjaya memperoleh tempat keempat dalam program Dai TV3 seterusnya mendapatreputasi yang tinggi di mata masyarakat. Keterangan Tertuduh yang berubah-ubah ini telah menjejaskan keseluruhan kenyataannya, seterusnya menyebabkan kegagalan dalam pembelaannya. Pembelaan yang dikemukakan Tertuduh menjadi sukar untuk dipercayai dan perlu dinilai dengan berhati-hati. Dalam AEG Carapiet v AY Derderian AIR (1961) Cal 356 yang dirujuk dalam kes PP v Dato Seri Anwar bin Ibrahim (No. 3) (1999) 2 CLJ 215, Mahkamah menyatakan-“…[68] It is our view that the trial judge was right in finding that the appellant’s defence as suspicious or inherently improbable. We have however reminded ourselves that the trial court is still bound to consider that defence and that the obligation is upon the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt [see Alcontara a/l Ambross Anthony v PP (1996) 1 CLJ 705]”.[114] Walaupun pembelaan yang dikemukakan oleh Tertuduh disimpulkan sebagai tidak dapat dipercayai, namun pada akhirnya, tugas Mahkamah adalah untuk melihat sama ada pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. Kesimpulannya, bagi elemen “paksaan” dalam kes ini, Mahkamah mendapati keterangan pendakwaan bahawa hubungan seks antara Tertuduh dan S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal


71SP1 adalah secara paksaan telah kekal dibuktikan. Pembelaan Tertuduh tidakmenimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Maka dengan ini, Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah terhadap Tertuduh. Oleh itu Tertuduh didapati bersalah dan disabitkan sepertimana pertuduhan dalam kes ini.RAYUAN TERTUDUH TERHADAP HUKUMAN[115] Melalui peguamnya, Encik Syed, Tertuduh memohon pengurangan hukuman dengan hujahan mitigasi berikut. Tertuduh berumur 29 tahun, bekerja sendiri dengan pendapatan tidak menentu. Tertuduh baru berkahwin dan isterinya baru saja melahirkan anak pada 16 hari yang lalu. Isteri Tertuduh juga hadir di Mahkamah. Ini merupakan kesalahan pertama Tertuduh dan Tertuduh tiada rekod kesalahan lampau. Hukuman yang diberikan oleh Mahkamah seharusnya tidak mempunyai crushing effect iaitu menghancurkan hidup Tertuduh, ini lebih-lebih lagi memandangkan Tertuduh baru saja menimang cahaya mata dan isterinya sedang berpantang. [116] Selain itu, Encik Syed juga memohon perintah penggantungan pelaksanaan hukuman berdasarkan alasan Tertuduh akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Mahkamah ini. Rayuan tersebut akan mengambil masa untuk diputuskan. Sekiranya Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan dan Tertuduh telah menjalani hukuman pemenjaraan, tempoh pemenjaraan ini tidak boleh dipampas. Ini adalah keadaan istimewa yang mewajarkan penangguhan hukuman. Tertuduh mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa rayuannya akan dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi berdasarkan rekod sebelum ini, Mahkamah Sesyen yang lalu telah melepas dan membebaskannya di peringkat pendakwaan, jadi terdapat kemungkinan S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal


72yang tinggi bahawa rayuan di Mahkamah Tinggi nanti akan mengembalikan semula keputusan Hakim Sesyen tersebut. Rayuan Tertuduh adalah bermerit. [117] Tertuduh juga memohon Mahkamah mempertimbangkan faktor kemanusiaan kerana isteri Tertuduh hadir di Mahkamah hari ini walaupun dalam keadaan berpantang dan kehadiran Tertuduh bersama keluarganya adalah penting pada saat ini. Selain itu, penangguhan pelaksanaan hukuman tidak memprejudiskan manamana pihak. Mahkamah juga boleh mengenakan jamin dengan menaikkan nilainya daripada RM15,000 sebelum ini kepada nilai yang lebih tinggi. Pada akhirnya, Tertuduh memohon dibenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman berdasarkan kes-kes terdahulu.HUJAHAN PEMBERATAN PIHAK PENDAKWAAN[118] Timbalan Pendakwaraya memohon hukuman yang berat dan tinggi atas faktorfaktor berikut. Pertama, isu kepentingan awam perlu dipertimbangkan di manajenayah rogol semakin berleluasa ketika ini tanpa mengira peringkat usia. Oleh itu hukuman yg tinggi diharapkan dapat membantu membendung jenayah ini. Kedua, Mahkamah perlu melihat kepada faktor severity of the offence, di mana hukuman di bawah seksyen ini memperuntukkan penjara maksima hingga 20 tahun dan sebatan. Tempoh pemenjaraan menunjukkan niat Parlimen untuk membendung jenayah ini di mana hukuman pemenjaraan yang panjang diharapkan dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat di luar sana. [119] Ketiga, Mahkamah juga diharap akan mengambil kira kedudukan Tertuduh di mata masyarakat sebagai seorang yang dikenali ramai kerana menjadi pendakwah dengan berlatar belakang agama yang kukuh dan seorang motivator kepadamasyarakat terutama golongan muda. Menerusi karakter yang ditonjolkan Tertuduh, S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal


73masyarakat melihat Tertuduh sebagai seorang individu yang layak dipandang tinggi dan dihormati. Malangnya Tertuduh telah mengggunakan kedudukan beliau denganmengambil kesempatan ke atas mangsa. Oleh itu seharusnya suatu hukuman yang tinggi dikenakan ke atas Tertuduh sebagai pengajaran kepada masyarakat.[120] Keempat, Mahkamah juga perlu mengambilkira bahawa kes ini dilupuskan secara perbicaraan penuh dengan memanggil 18 orang saksi pendakwaan dan banyak eksibit yang dikemukakan. Hukuman yang diperuntukkan adalah boleh mencapai 20 tahun. Jika kes ini mengaku salah, kadar pengiraan hukuman penjara adalah 1/3 daripada keseluruhan 20 tahun, menjadi 6 tahun. Tetapi oleh kerana kes ini dibicarakan, tempoh hukuman penjara perlulah sekurang-kurangnya 12 tahun supaya dapat memberi pengajaran kepada Tertuduh. Pihak pendakwaan juga merujuk kepada trend hukuman bagi kes-kes jenayah rogol yang melibatkan perbicaraan penuh untuk membantu Mahkamah mempertimbangkan tempoh hukuman penjara yang bersesuaian.[121] Pihak pendakwaan juga telah merujuk Seksyen 295 KTJ dan memohon agar Tertuduh diletakkan di bawah pemerhatian polis untuk satu tempoh yang tidak melebihi 3 tahun bermula sebaik saja hukuman tamat dan Seksyen 295A KTJ agar Tertuduh diberikan kaunseling pemulihan di mana Mahkamah boleh memerintahkan kaunseling kepada Tertuduh sebagai pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan. Selain itu, pihak pendakwaan juga memohon kos pendakwaan sebanyak RM5000 untuk dibayar oleh Tertuduh kepada pendakwaan kerana mengambil kira sebanyak 18 orang saksi pendakwaan telah dipanggil dalam kes ini. [122] Bagi permohonan untuk penggantungan pelaksanaan hukuman di bawah Seksyen 311 KTJ, pihak pendakwaan membantah atas alasan, rayuan yang difailkan S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal


74ke Mahkamah Tinggi tidak menjadi hak automatik kepada Tertuduh untuk mendapatkan penangguhan hukuman. Tiada keadaan khas yang dikemukakan yang membolehkan mahkamah menangguhkan hukuman. Tertuduh telah disabitkan bersalah dan ini bermakna pendakwaan telah membuktikan jenayah dilakukan oleh Tertuduh. Mahkamah juga perlu melihat gravity of offence yang dilakukan. Walau bagaimanapun, jika Mahkamah ingin membenarkan permohonan ini, pendakwaan memohon Tertuduh dikenakan jaminan pada kadar RM20,000 bersama 2 orang penjamin tempatan dan pasport Tertuduh untuk diberikan kepada Mahkamahsementara rayuan didengar serta Tertuduh untuk melapor diri di balai polis berhampiran sebanyak sekali setiap 2 minggu sehingga rayuan didengar di Mahkamah Tinggi. Pada akhirnya pihak pendakwaan memohon Mahkamah untuk menyeimbangkan sewajarnya mitigasi oleh peguam Tertuduh dengan kepentingan awam dan kesalahan yang telah terbukti dilakukan Tertuduh. PERINTAH MAHKAMAH [123] Mahkamah telah mempertimbangkan rayuan dan mitigasi oleh Tertuduh dan memberi perhatian serius terhadap hujahan pemberatan pihak pendakwaan. Atasdasar kepentingan awam yang sememangnya perlu diberikan keutamaan melebihi kepentingan Tertuduh, Mahkamah telah mengambilkira bahawa kedudukan Tertuduhdalam masyarakat sebagai seorang pendakwah selebriti mempunyai impak yang besar kepada orang awam terutamanya masyarakat Islam di negara ini, anak-anak muda dan pelajar-pelajar universiti, maka hukuman yang dikenakan seharusnya sepadan dengan kesalahan yang dilakukan supaya masyarakat dapat mengambil iktibar bahawa imej beragama yang dipertontonkan kepada umum tidak semestinya menggambarkan sifat dan sikap sebenar seseorang individu. Masyarakat perlu lebih S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal


75waspada dan berhati-hati dengan perkara ini kerana menjadi mangsa rogol atau penipuan mahupun helah daripada seseorang yang berlatarbelakangkan ilmuan agama adalah perkara yang tidak lagi mustahil berlaku.[124] Selain itu melihat daripada aspek kepentingan Tertuduh pula, Mahkamah mengambilkira peranan yang telah dimainkan oleh Tertuduh dalam memberikan ceramah agama dan ceramah motivasi, sepatutnya dapat memberikan nilai positif terhadap Tertuduh dalam mengurangkan hukuman terhadapnya. Walau bagaimanapun, perlu Mahkamah nyatakan di sini bahawa tindakan yang dilakukan oleh Tertuduh kepada SP1 adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal yang munasabah kerana Tertuduh, sebagai seorang yang mempunyai latar belakang pengetahuan dan ilmu agama yang tinggi dan menjadi insan yang dipercayai sebagai pendakwah selebriti, telah mempergunakan kedudukannya ke atas SP1 yang lemah. Oleh itu hukuman ini sepatutnya memberi pengajaran bukan saja kepada Tertuduh, malah kepada masyarakat secara amnya.[125] Mahkamah juga mempertimbangkan kesan trauma ke atas SP1 yang merupakan pesakit mental di mana penyakit ini menjadi lebih teruk akibat kes ini, daripada diagnosis Major Depressive Disorder with Psychosis kepada Major Depressive Disorder and Possible Borderline Personality Disorder. Untuk kes seperti ini yang melibatkan wanita dan kehormatannya, SP1 perlu mengumpulkan segenap kekuatan untuk tampil membuat laporan dan melalui setiap proses perundangan yang panjang dan bukan mudah. Bayangkan SP1 yang masih bertarung dengan Mental Depressive Disorder perlu menjalani pemeriksaan terhadap alat sulitnya, membuat laporan polis, melalui proses kawad cam dan memberitahu ramai pihak tentang kejadian rogol yang semestinya dia sendiri tidak mahu mengingatinya. Bukan ini yang S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal


76dimahukannya. SP1 hanya mahukan tempat untuk mengadu dan Tertuduh adalah seorang yang boleh dipercayai untuk disandarkan masalah kemurungannya. Malangnya, Tertuduh telah menyalahgunakan kepercayaan itu dan menyebabkan kejadian yang tidak disangka-sangka SP1. Justeru, trauma ini akan terus berada dalam ingatan SP1 sehingga akhir hayatnya.[126] Mahkamah dengan ini memerintahkan Tertuduh dipenjarakan selama 10 tahun bermula hari ini dan dikenakan 3 kali sebatan. Bagi permohonan pendakwaan untuk hukuman tambahan di bawah S.295 dan S.295A KTJ, Mahkamah berpendapat perintah pemerhatian polis dan kaunseling pemulihan adalah tidak perlu memandangkan hukuman yang diberikan di sini sudah memadai. [127] Sebagai seorang pendakwah selebriti yang dikenali umum, terutama pada zaman kecepatan digital dan media sosial ini, sabitan terhadap Tertuduh saja sudah cukup untuk menjadi suatu hukuman kepadanya. Tertuduh pasti berasa malu kerana reputasinya telah rosak. Nama baiknya terjejas dan mata pencariannya akan terganggu. Apatah lagi hukuman pemenjaraan dan sebatan yang akan dilaluinya.[128] Walau apapun, Mahkamah berharap hukuman pemenjaraan ini akan memberikannya peluang untuk muhasabah diri dan menginsafi kesalahan yang dilakukan. Jika pun Tertuduh kekal tidak mengakui kesalahannya merogol, tetapi sebagai seorang Muslim yang mengamalkan ajaran agama Islam, Tertuduh seharusnya tahu hubungan seks tanpa nikah adalah haram di sisi Islam dan berdosa besar bagi yang melakukannya. Setidak-tidaknya Tertuduh akan menginsafi hal inidan mengambil peluang ini untuk bertaubat sesungguhnya.S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal


77[129] Manakala permohonan untuk kos pendakwaan di bawah S.426 KTJ sebanyak RM5000 juga ditolak kerana Mahkamah berpendapat jumlah tersebut tidak diberi justifikasi yang sewajarnya. [130] Selanjutnya, permohonan penangguhan hukuman di bawah S.311 KTJ adalah ditolak kerana keadaan khas tidak dibuktikan. Rayuan ke Mahkamah Tinggi (yang belum difailkan) tidak memberi hak automatik kepada penangguhan hukuman, begitu juga merit dalam rayuan tersebut.[131] Selanjutnya wang jamin dikembalikan kepada penjamin. Barang kes untuk dikembalikan kepada pihak pendakwaan untuk pelupusan selepas selesai rayuan. Norazlin binti OthmanHakim Mahkamah Sesyen 3Shah AlamDisediakan pada 7 Oktober 2024Pihak Pendakwaan:Timbalan Pendakwaraya, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Tingkat 4 Podium Utara, Bangunan Sutan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40512 Shah Alam, Selangor.Pihak Pembelaan:Tetuan Syed Azri Partnership, Peguam bela & Peguam, Suite 1, B-22-17, Kompleks Evo, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Tel: 011-10132448S/N qJeCOYmCz0qmW7HVTPAnzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal


Click to View FlipBook Version