KANDUNGAN MUKA
SURAT
Terma dan Definisi
1
BAHAGIAN I PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN KEMENTERIAN PERTAHANAN 4
1.0 Pengenalan 4
4
1.1 Objektif 4
1.2 Skop Pelaksanaan
1.3 Rujukan Normatif 5
5
2.0 Dasar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 5
2.1 Tujuan 5
2.2 Objektif 6
2.3 Kenyataan Am Dasar 6
2.4 Peranan dan Tanggungjawab Organisasi 7
2.4.1 Pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian 7
2.4.2 Ketua B/J/C 8
2.4.3 Warga Kerja Kementerian Pertahanan 8
2.4.4 Tanggungjawab Kontraktor
2.4.5 Tanggungjawab Pelawat 9
3.0 Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan 9
Pekerjaan Di Kementerian Pertahanan
3.1 Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan 9
Pekerjaan (JKKP) Kementerian Pertahanan
3.2 Objektif JKKP 10
3.3 Keanggotaan Dan Pelantikan
Ahli Jawatankuasa 10
3.4 Peranan Ahli Jawatankuasa 10
3.4.1 Pengerusi 11
3.4.2 Setiausaha 11
3.4.3 Wakil Majikan 12
3.4.4 Wakil Pekerja 12
3.5 Fungsi JKKP Kementerian Pertahanan 13
3.6 Kekerapan Mesyuarat 13
3.7 Aktiviti Jawatankuasa
KANDUNGAN MUKA
SURAT
BAHAGIAN II PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN
KESIHATAN PEKERJAAN
14
4.0 Peraturan-peraturan Keselamatan Dan Kesihatan 14
4.1 Keselamatan Am 15
4.2 Keselamatan Di Pejabat 15
4.2.1 Semasa Waktu Pejabat 16
4.2.2 Selepas Waktu Pejabat 17
4.3 Keselamatan Bekerja Di Luar Pejabat
4.3.1 Semasa Waktu Pejabat Dan Selepas 17
Waktu Pejabat
BAHAGIAN III PROSEDUR-PROSEDUR KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
5.0 Prosedur Kebersihan Tempat Kerja 18
5.1 Prosedur Notifikasi Aduan, Kemalangan, 19
Kemalangan Nyaris Dan Kejadian Berbahaya
5.1.1 Pengenalan 19
5.1.2 Tujuan 19
5.1.3 Takrifan 19
5.1.4 Tindakan Melapor Kemalangan 20
21
5.2 Prosedur Tindakbalas Kecemasan 21
5.2.1 Objektif 22
5.2.2 Skop 22
5.2.3 Andaian 22
5.2.4 Pengurusan Pelan
5.2.5 Pasukan Tindakbalas Kecemasan 22
(Emergency Response Team-ERT)
5.2.6 Tindakan Apabila Berlaku Kebakaran 26
5.2.7 Panduan Menyelamatkan Diri Semasa
Kebakaran 27
5.3 Prosedur Menghadapi Ancaman Bom 28
5.3.1 Ancaman Bom Boleh Diterima Cara 28
Berikut
28
5.3.2 Tindakan Yang Perlu Diambil 29
5.3.3 Tindakan Pasukan 104 Kompeni KPTD
5.3.4 Tindakan Sekeretariat Markas ATM Dan 30
Bahagian Khidmat Pengurusan 30
5.3.5 Pusat Operasi Sementara Ancaman Bom 31
5.3.6 Tindakan Selepas Ancaman Bom 31
5.4 Prosedur Pengungsian Bangunan
KANDUNGAN MUKA
SURAT
5.4.1 Tindakan Yang Perlu Diambil 31
5.4.2 Tempat Berkumpul 32
5.5 Panduan Terperangkap Dalam Lif 32
5.6 Prosedur Pengurusan Keselamatan ICT 33
5.6.1 Kawasan Larangan 33
5.6.2 Keselamatan Peralatan 34
5.6.3 Peralatan Di Luar Premis 36
5.6.4 Bekalan Kuasa Elektrik 36
5.6.5 Kabel 36
5.6.6 Backup 37
5.7 Prosedur Pemantauan Kebersihan Kafeteria 37
5.8 Prosedur Keselamatan Semasa Membuat
Lawatan Tapak 38
5.9 Prosedur Keselamatan Bagi Kesempurnaan
Kenderaan Jabatan 38
BAHAGIAN IV GARIS PANDUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
6.0 Kemudahan Peti Pertolongan Cemas (PPC) 41
41
6.1 Lokasi 41
6.2 Kandungan 42
6.3 Kos Penyediaan Dan Penyelenggaraan 42
6.4 Rujukan 42
6.5 Kawalan Risiko Di Tempat Kerja 42
6.5.1 Program Kawalan Risiko 44
6.5.2 Program Kesedaran Kawalan Risiko Di
44
Tempat Kerja 44
6.5.3 Rujukan
6.6 Audit Dalam Keselamatan Dan Kesihatan
Jabatan
BAHAGIAN V LAMPIRAN
Lampiran 1- Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994
Lampiran 2- Peraturan Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan 45
47
Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai kemalangan,
Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan Dan 48
Penyakit Pekerjaan) 2004
Lampiran 3- Laporan Mengenai Kemalangan/Kejadian Berbahaya
Peraturan Peraturan Keselamatan Pekerjaan
(Pemberitahuan Mengenai Kemalangan Kejadian
KANDUNGAN MUKA
SURAT
Berbahaya, Keracunan Pekerjaan Dan Penyakit 49
Pekerjaan) 2004 50
Lampiran 4- Laporan Mengenai Keracunan Pekerjaan/Penyakit
Pekerjaan Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan
Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai
Kemalangan/Kejadian Berbahaya Keracunan
Pekerjaan Dan Penyakit Pekerjaan) 2004
Lampiran 5- Daftar Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan
Pekerjaan Dan Penyakit Pekerjaan
Lampiran 6- Senarai Semak Audit Dalaman Keselamatan Dan 54
Kesihatan Pekerjaan
Terma Dan Definisi
Untuk rujukan di dalam manual ini, terma dan definisi berikut digunakan.
a) Audit
Satu proses yang sistematik, bebas dan didokumenkan untuk mendapatkan
bukti dan penilaian dibuat secara analisa untuk menentukan tahap
pematuhan kriteria audit.
b) Bahagian/Jabatan/Cawangan (B/J/C)
Terdiri daripada Bahagian, Jabatan dan Cawangan yang terdapat di
Kementerian Pertahanan
c) Hazard
Punca, situasi atau tindakan yang berpotensi untuk memudaratkan sama ada
kecederaan atau gangguan kesihatan, kerosakan harta, kerosakan
persekitaran tempat kerja atau kombinasi di antaranya.
d) Insiden
Kejadian yang berkaitan dengan pekerjaan yang boleh menyebabkan
kecederaan, masalah kesihatan atau kematian.
Nota:
i) Kemalangan adalah satu insiden yang menyebabkan kecederaan,
kurang sihat (ill health) atau kematian.
ii) Insiden adalah di mana tiada kecederaan atau kemalangan yang
berlaku. Boleh juga dirujuk sebagai near miss, near hit atau kejadian
berbahaya.
iii) Kecemasan adalah satu jenis insiden tertentu.
e) Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian
Pertahanan
Satu Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan yang terdiri daripada wakil
majikan dan wakil pekerja yang ditubuhkan dan berfungsi berdasarkan
perundangan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) 1996 dan
dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian
Pertahanan.
f) Kejadian Berbahaya
Merujuk kepada suatu kejadian yang berbangkit daripada atau berkaitan
dengan kerja dan termasuk dalam kelas yang dinyatakan dalam Jadual 2 di
bawah Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan
Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit
Pekerjaan) 2004.
1
g) Kelengkapan Pelindung Diri (PPE)
Merujuk kepada apa-apa kelengkapan yang dipakai atau digunakan oleh
orang bekerja di mana akan melindunginya daripada risiko kesihatan atau
keselamatan.
h) Kemalangan
Merujuk kepada suatu kejadian yang berbangkit daripada atau berkaitan
dengan kerja yang mengakibatkan kecederaan maut atau kecederaan tidak
maut.
i) Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan
Merujuk kepada keracunan atau penyakit yang berbangkit daripada atau
berkaitan dengan kerja dan termasuk dalam kelas yang dinyatakan dalam
Jadual 3, Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan
Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan (2004).
j) Ketua Setiausaha
Merujuk kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.
k) Kontraktor
Seseorang atau sesebuah organisasi yang dilantik (termasuk pekerja-
pekerjanya) untuk menyediakan perkhidmatan kepada MinDef mengikut
spesifikasi, terma dan keadaan yang telah dipersetujui.
l) Pekerja
Semua kategori pegawai dan kakitangan yang bertugas di Kementerian
Pertahanan.
m) Pelawat
Seseorang yang bukan kakitangan mahupun kontraktor yang masuk ke
premis MinDef dengan kebenaran.
n) Pemantauan Aktif
Aktiviti-aktiviti berterusan yang menyemak samada langkah-langkah
pencegahan dan perlindungan bahaya dan risiko adalah menurut kriteria yang
ditentukan
o) Penaksiran Risiko
Merujuk kepada proses penilaian risiko kepada keselamatan dan kesihatan
yang timbul daripada hazard di tempat kerja.
2
p) Pengurusan Risiko
Merujuk kepada prosedur keseluruhan yang berkaitan dengan mengenalpasti
hazad, menaksir risiko, menetapkan langkah kawalan dan menyemak hasil.
q) Risiko
Merujuk kepada gabungan faktor “kemungkinan berlakunya sesuatu kejadian
berhazad dalam sesuatu tempoh khusus yang ditetapkan atau dalam
keadaan yang ditetapkan” dengan faktor “keterukannya iaitu kecederaan atau
kesan buruk ke atas keselamatan manusia, harta, alam sekitar atau
gabungan mana-mana daripada ini yang disebabkan oleh kejadian tersebut.”
3
BAHAGIAN I: KESELAMATAN DAN KESIHATAN KEMENTERIAN
PENGURUSAN
PERTAHANAN
1.0 PENGENALAN
Garis panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini diterbitkan sebagai
rujukan supaya membantu semua lapisan pegawai untuk mendapatkan
pengetahuan dan maklumat berkaitan Pengurusan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan di Kompleks Wisma Pertahanan, agar produktiviti dapat
dipertingkatkan dan misi Kementerian dapat direalisasikan dalam
mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat.
1.1 Objektif
(a) Menjelaskan Undang-Undang, Peraturan, Prosedur dan Garis
Panduan (jika berkaitan) yang perlu dipatuhi oleh semua
Bahagian/Jabatan/Cawangan;
(b) Menyediakan panduan dan prosedur kerja berkaitan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk dilaksanakan di
semua Bahagian/Jabatan/Cawangan; dan
(c) Memupuk dan menggalakkan tingkah laku kerja selamat dan
sihat sebagai satu amalan kerja di semua fasiliti di Kementerian
Pertahanan dan Kompleks Wisma Pertahanan khususnya.
1.2 Skop Pelaksanaan
Garis panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan
sebagai rujukan untuk semua Bahagian/Jabatan/Cawangan di semua
fasiliti di Kementerian Pertahanan.
1.3 Rujukan Normatif
Penyediaan dokumen ini adalah merujuk kepada Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) serta peraturan-
peraturannya dan lain-lain akta yang berkaitan dan tertakluk kepada
pindaan atau perubahan terkini (jika ada).
4
2.0 DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DKKP) ini merupakan
penyataan bertulis yang perlu ditandatangani Ketua Jabatan, dikomunikasi
kepada semua kakitangan dan dipamerkan. DKKP disediakan selaras dengan
keperluan mematuhi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan melalui Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). Merujuk Seksyen 16,
Akta 514 ia menggariskan beberapa perkara penting yang berkaitan dengan
DKKP yang wajib dilaksanakan oleh majikan.
2.1 Tujuan
Untuk menyatakan secara bertulis komitmen Ketua Setiausaha
Kementerian Pertahanan dengan kerjasama pengurusan dan semua
warga Kementerian Pertahanan untuk mewujudkan dan mengekalkan
persekitaran kerja yang selamat dan sihat.
2.2 Objektif
(a) Menyediakan panduan pengurusan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan dengan menekankan pelaksanaan di semua peringkat
B/J/C;
(b) Menerangkan undang-undang, peraturan umum, prosedur dan
garis panduan untuk dipatuhi;
(c) Mengambil langkah yang praktik bagi melindungi keselamatan
dan kesihatan semua pekerja, kontraktor dan pelawat yang
berurusan; dan
(d) Mencegah dan mengelakkan kecederaan, penyakit pekerjaan,
atau kematian di kalangan warga kerja, kontraktor dan pelawat
yang disebabkan daripada aktiviti pekerjaan seterusnya
memupuk budaya kerja selamat dan sihat.
2.3 Kenyataan Am Dasar
Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) komited untuk memenuhi
peruntukan Seksyen 16, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994 (Akta 514):-
(a) Menyedia, menyelenggara serta mengekalkan persekitaran
tempat kerja selamat, tanpa risiko kesihatan kepada warga
MINDEF dan pihak-pihak lain;
(b) Menyediakan sumber kewangan, informasi, program dan latihan
yang berterusan, serta memastikan penerapan budaya kerja
5
selamat dan sihat melalui amalan perkongsian tanggungjawab
semua warga MINDEF bagi mematuhi keperluan perundangan;
(c) Memastikan sistem Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
dilaksanakan serta penambahbaikan berterusan selaras dengan
visi dan misi Kementerian.
Dengan ini, Kementerian Pertahanan akan memastikan setiap lapisan
pegawai dan kakitangan memahami serta mematuhi Dasar
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DKKP). Kerjasama dan
komitmen daripada semua pihak dan individu amat diharapkan untuk
menjayakan pelaksanaan DKKP di Kementerian Pertahanan.
2.4 Peranan dan Tanggungjawab Organisasi
Menjelaskan peranan dan tanggungjawab pegawai dan kakitangan
serta jawatankuasa yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan
DKKP di Kementerian Pertahanan.
2.4.1 Pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian
Pihak Pengurusan Tertinggi komited dalam memastikan
keselamatan dan kesihatan warga kerja, kontraktor dan mana-
mana pelawat semasa berada dalam kawasan Kementerian
Pertahanan dengan:-
(a) Menyalur dan menyebarkan kepentingan keperluan
undang-undang berhubung keselamatan dan kesihatan
pekerjaan;
(b) Mewujudkan DKKP Kementerian Pertahanan;
(c) Memastikan halatuju dan objektif DKKP dapat
dilaksanakan;
(d) Menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan
bagi memastikan keselamatan dan kesihatan warga kerja,
kontraktor dan mana-mana pelawat semasa berada
dalam kawasan Kementerian Pertahanan; dan
(e) Menyedia dan menyelenggara persekitaran pekerjaan
yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan, dengan
kemudahan yang mencukupi bagi kebajikan warga kerja
Kementerian Pertahanan.
6
2.4.2 Ketua B/J/C
Ketua B/J/C bertanggungjawab dalam memantau keselamatan
dan kesihatan pekerjaan di B/J/C masing-masing. Antara
peranan dan tanggungjawab terhadap keselamatan dan
kesihatan pekerjaan adalah seperti berikut:-
(a) Membantu Pihak Pengurusan Tertinggi dalam menyelia
dan memastikan persekitaran kerja yang selamat;
(b) Menyediakan maklumat yang diperlukan bagi membantu
melaksanakan langkah-langkah pencegahan kemalangan
seperti latihan, kempen seminar dan sebagainya;
(c) Memastikan segala peralatan yang digunakan berada
dalam keadaan selamat digunakan serta penggunaan
peralatan tersebut mengikut Prosedur Kerja Selamat; dan
(d) Menghubungi atau membuat laporan secara bertulis
kepada Bahagian Khidmat Pengurusan dan mengambil
langkah-langkah yang perlu apabila berlaku kemalangan
di tempat kerja.
2.4.3 Warga Kerja Kementerian Pertahanan
Warga Kerja Kementerian Pertahanan bertanggungjawab dalam
memastikan keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain
ketika menjalankan tugas. Antara tugas dan tanggungjawab
yang perlu dilaksanakan ialah:
(a) Memberi perhatian yang munasabah terhadap dirinya dan
orang lain yang berada di sekelilingnya semasa
menjalankan tugas;
(b) Bekerjasama dengan pihak Pengurusan atau orang lain
dalam mematuhi apa-apa kehendak di bawah Akta dan
Peraturan-peraturannya serta tata amalan industri yang
berkaitan;
(c) Mematuhi prosedur keselamatan dan kesihatan pekerjaan
yang disediakan;
(d) Memberi laporan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan berkaitan kemalangan, insiden dan
perbuatan tidak selamat berkaitan KKP di tempat kerja;
(e) Mengambil bahagian dalam aktviti KKP; dan
(f) Mematuhi arahan KKP dari semasa ke semasa.
7
2.4.4 Tanggungjawab Kontraktor
Kontraktor mempunyai tanggungjawab untuk:-
(a) Mematuhi arahan serta garis panduan KKP mengikut
jenis kerja yang telah disediakan oleh pihak Kementerian
Pertahanan;
(b) Menggunakan cara kerja/ kaedah kerja yang selamat;
(c) Melaporkan kejadian dan insiden yang berlaku semasa
menjalankan kerja di dalam kawasan Kementerian
Pertahanan;
(d) Memberi latihan secukupnya kepada pekerja di bawah
seliaan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
(e) Memastikan semua pekerja di bawah seliaan mereka
adalah kompeten menjalankan tugas dan mempunyai
pengalaman serta kelayakan yang sesuai (termasuk
mempunyai kemahiran untuk tugas tersebut);
(f) Memastikan arahan kerja lengkap diberi kepada pekerja
dan menyelia mereka dengan rapi;
(g) Memaklumkan kepada staf yang menyelia, sekiranya
terdapat isu atau bakal menjadi isu keselamatan dan
kesihatan pekerjaan dengan segera;
(h) Mengambil perhatian dan mematuhi prosedur kecemasan
serta mematuhi arahan yang diberikan oleh Pasukan
Tindakan Kecemasan; dan
(i) Bertanggungjawab bagi keselamatan dan kesihatan diri
serta orang lain yang mungkin terjejas/dipengaruhi oleh
tindakan pekerja kontraktor.
2.4.5 Tanggungjawab Pelawat
Pelawat bertanggungjawab untuk:
(a) Menjaga diri sendiri secara prihatin semasa berada dalam
kawasan fasiliti Kementerian Pertahanan; dan
(b) Mematuhi prosedur kecemasan dan arahan yang
diberikan oleh Pasukan Tindakan Kecemasan.
8
3.0 PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI
KEMENTERIAN PERTAHANAN
Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Kompleks Wisma
Pertahanan dilaksanakan berdasarkan struktur berikut dan peranan setiap
entiti berkenaan akan dijelaskan dalam seksyen berikut.
3.1 Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
Kementerian Pertahanan
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan ditubuhkan mengikut
keperluan peruntukan Seksyen 30, Akta 514. Jawatankuasa ini
dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan).
PENGERUSI
Timbalan Ketua Setiausaha
(Pengurusan)
SETIAUSAHA
Setiausaha Bahagian
Bahagian Khidmat Pengurusan
WAKIL MAJIKAN WAKIL PEKERJA
Setiausaha Bahagian/Pengarah Pegawai P&P / Kumpulan Sokongan
Setiap Bahagian/Jabatan Bahagian/Jabatan
Rajah 1: Carta Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
(JKKP) Kementerian Pertahanan
3.2 Objektif JKKP
(a) Menggalakkan penyertaan dan kerjasama di antara pihak
majikan dan pekerja untuk meningkatkan tahap keselamatan
dan kesihatan di tempat kerja;
(b) Menyediakan platform komunikasi dua (2) hala antara majikan
dan pekerja dalam perkembangan dan penyebaran maklumat
yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di tempat
kerja; dan
(c) Menggalakkan minat dan kesedaran kepada semua kumpulan
pengurusan dan pekerja terhadap keselamatan dan kesihatan di
tempat kerja.
9
3.3 Keanggotaan dan Pelantikan Ahli Jawatankuasa
Keanggotaan JKKP adalah berdasarkan Peraturan-peraturan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan
dan Kesihatan) 1996. Pelantikan ahli jawatankuasa dilakukan oleh
Ketua Jabatan atau Pengurus yang diberi kuasa. Komposisi
Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:
(a) Pengerusi (Ketua Jabatan / Pengurus yang diberi kuasa)
(b) Setiausaha (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Jabatan)
(c) Ahli:-
i) Wakil Majikan (Setiausaha Bahagian ataupun wakil
Setiausaha Bahagian)
ii) Wakil Pekerja (Pegawai P&P / Kumpulan Sokongan
Bahagian/Jabatan)
3.4 Peranan Ahli Jawatankuasa
3.4.1 Pengerusi
(a) Mempengerusikan mesyuarat JKKP;
(b) Memastikan pelaksanaan dan pematuhan prestasi KKP di
Kementerian Pertahanan dengan berkesan;
(c) Membuat perancangan dan program bagi
penambahbaikan pematuhan sejajar kepada kehendak
KKP;
(d) Memastikan warga Kementerian Pertahanan mendapat
latihan dan maklumat berkaitan KKP dengan sewajarnya;
(e) Melantik ahli JKKP dan setiausaha yang
bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan
keselamatan dan kesihatan di Kementerian Pertahanan;
(f) Memastikan prosedur kecemasan selaras dengan
keperluan dari segi perundangan dan
seksyen/unit/bahagian diwujudkan dan dikaji semula dari
semasa ke semasa; dan
(g) Memastikan fungsi Jawatankuasa Keselamatan dan
Kesihatan mematuhi kehendak Peraturan-Peraturan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan) 1996.
10
3.4.2 Setiausaha
(a) Mengkoordinasi dan menghadiri mesyuarat JKKP;
(b) Mengumpul dan menyelaraskan laporan KKP;
(c) Mencatat, menyediakan dan mengedarkan minit
mesyuarat JKKP;
(d) Memastikan perjalanan mesyuarat JKKP berjalan dengan
lancar;
(e) Mengukur, menilai dan mengemaskini prestasi tahap
pematuhan KKP;
(f) Bertindak sebagai penyelaras dokumen terkawal; dan
(g) Bertanggungjawab untuk menjalankan tugas seperti
dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan
Kesihatan) 1997 dan Peraturan-Peraturan Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan
dan Kesihatan) 1996.
3.4.3 Wakil Majikan
(a) Menghebahkan kepada setiap lapisan pegawai di
Bahagian masing-masing mengenai program, dasar,
peraturan, prosedur dan garis panduan yang diputuskan
oleh JKKP.
(b) Melaksanakan arahan dan program keselamatan dan
kesihatan yang diputuskan oleh Jawatankuasa.
(c) Mengambil langkah-langkah tambahan untuk memastikan
aspek keselamatan dan kesihatan dipertingkatkan dan
kemalangan dielakkan.
(d) Mengemukakan cadangan-cadangan dari lapisan
pegawai berkaitan aspek keselamatan dan kesihatan
untuk pertimbangan Jawatankuasa.
(e) Melaporkan kejadian kemalangan, nyaris kemalangan
atau apa-apa perkara berkaitan keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja kepada Pegawai Keselamatan
dan Kesihatan dan Jawatankuasa.
(f) Menghadiri mesyuarat JKKP; dan
(g) Memastikan keakuran Peraturan-Peraturan Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan
dan Kesihatan) 1996.
11
3.4.4 Wakil Pekerja
(a) Membantu Wakil Majikan menghebahkan kepada lapisan
pegawai di Bahagian masing-masing mengenai program,
dasar, peraturan, prosedur dan garis panduan yang
diputuskan oleh JKKP.
(b) Membantu Wakil Majikan melaksanakan arahan dan
program keselamatan dan kesihatan yang diputuskan
oleh Jawatankuasa.
(c) Melaporkan kejadian kemalangan, nyaris kemalangan
atau apa-apa perkara berkaitan keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja kepada wakil majikan.
(d) Melaporkan dan mengemukakan cadangan tindakan
pembaikan mengenai apa-apa keadaan atau amalan
yang tidak selamat atau tidak sihat di tempat kerja kepada
Jawatankuasa.
(e) Menghadiri mesyuarat JKKP;
(f) Bekerjasama memastikan Jawatankuasa JKKP berfungsi
secara berkesan;
(g) Memastikan pematuhan Peraturan-Peraturan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan) 1996 dipatuhi; dan
(h) Membawa dan membincangkan isu-isu KKP bagi pihak
warga kerja Kementerian Pertahanan.
3.5 Fungsi JKKP Kementerian Pertahanan
Berdasarkan Peraturan II, Peraturan-Peraturan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan)
1996, fungsi Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:-
(a) Membantu dalam pembuatan kaedah-kaedah keselamatan dan
kesihatan serta sistem kerja selamat;
(b) Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan
kesihatan;
(c) Melaporkan kepada majikan apa-apa keadaan atau amalan
yang tidak selamat atau tidak sihat di tempat kerja bersama
dengan cadangan untuk tindakan pembaikan;
(d) Mempertimbangkan apa-apa laporan yang berkaitan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan, audit KKP yang
dikemukakan oleh PKKP, laporan dan maklumat berkaitan KKP
dan laporan oleh agensi-agensi kerajaan lain mengenai perkara-
perkara berkaitan KKP di Kementerian Pertahanan;
12
(e) Mengkaji semula dasar keselamatan di tempat kerja dan
membuat cadangan kepada majikan bagi apa-apa penyemakan
dasar tersebut; dan
(f) Membuat keputusan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan Kementerian Pertahanan.
3.6 Kekerapan Mesyuarat
(a) JKKP perlu bermesyuarat seberapa kerap atau tidak kurang tiga
(3) bulan sekali.
(b) Jawatankuasa perlu mengadakan mesyuarat segera sekiranya
berlaku keadaan-keadaan berikut;
i) Kemalangan maut;
ii) Kemalangan yang melibatkan kecederaan badan yang
serius; dan
iii) Kemalangan nyaris.
3.7 Aktiviti Jawatankuasa
(a) Pemeriksaan tempat kerja (audit dalaman):-
i) Memeriksa tempat kerja sekurang-kurangnya satu (1) kali
setahun.
ii) Tujuan: Menentukan tahap risiko dan bahaya serta
mengenalpasti perkara yang memudaratkan keselamatan
dan kesihatan di tempat kerja.
(b) Melaksanakan hebahan melalui poster, slogan, papan tanda,
pertandingan/kempen, tayangan video dan sebagainya;
(c) Penyiasatan aduan dan penyelesaian aduan;
(d) Penyiasatan apa-apa kemalangan;
(e) Latihan dan taklimat;
(f) Penyediaan laporan, prosedur kerja selamat/sihat, arahan kerja,
kaedah-kaedah keselamatan dan lain-lain; dan
(g) Menyemak semula Dasar dan Garis Panduan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan mengikut keperluan.
13
BAHAGIAN II:
PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
4.0 PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN
4.1 Keselamatan Am
(a) Tujuan
Bagi mencegah daripada berlakunya kemalangan di Kompleks
Wisma Pertahanan akibat daripada kecuaian atau tindakan tidak
selamat oleh warga kerja, kontraktor dan pelawat.
(b) Penerangan
i) Segala arahan keselamatan semasa berada di Pejabat
harus dipatuhi;
ii) Kanak-kanak di bawah umur dua belas (12) tahun tidak
dibenarkan berada di Kompleks Wisma Pertahanan
kecuali yang terlibat dengan acara yang dianjurkan oleh
Kementerian Pertahanan;
iii) Warga kerja, Pelawat dan Kontraktor tidak dibenarkan
membawa masuk senjata merbahaya ke dalam Kompleks
Wisma Pertahanan tanpa kebenaran dari Sekretariat
Markas ATM;
iv) Pastikan semua peralatan dan dokumen disimpan di
tempat yang betul serta kawasan tempat kerja anda
sentiasa kemas dan bersih;
v) Gunakan peralatan yang betul dengan selamat ketika
bekerja;
vi) Elakkan daripada mengganggu orang lain semasa
bekerja;
vii) Sekiranya berlaku kemalangan semasa bekerja, laporkan
dengan segera serta dapatkan bantuan;
viii) Penggunaan, baikpulih dan penyelenggaraan peralatan
hanya boleh dilakukan apabila mendapat kebenaran
untuk melakukannya;
ix) Salahguna, ubahsuai dan merosakkan peralatan
keselamatan dan kecemasan secara sengaja boleh
dikenakan tindakan undang-undang;
x) Gunakan peralatan perlindungan diri yang telah
diluluskan dan pastikan ianya sentiasa berada dalam
keadaan yang baik;
14
xi) Gunakan kaedah yang betul semasa mengangkat barang
dan dapatkan bantuan sekiranya perlu;
xii) Dilarang merokok dan melakukan pembakaran terbuka
dalam kawasan Kompleks Wisma Pertahanan;
xiii) Had laju di dalam kawasan Kompleks Wisma Pertahanan
ialah 30 km/jam dan hendaklah sentiasa dipatuhi.
Pastikan semua jalan sentiasa bebas untuk laluan
kecemasan;
xiv) Patuhi semua arahan, prosedur, tanda amaran, peraturan
dan undang-undang yang digunapakai di Kompleks
Wisma Pertahanan;
xv) Rujuk kepada JKKP bagi mendapatkan arahan, prosedur
dan garis panduan yang berkaitan dengan keselamatan
dan kesihatan pekerjaan;
xvi) Kenal pasti pintu keluar dan laluan kecemasan di tingkat
tempat bekerja;
xvii) Berikan kerjasama kepada petugas keselamatan
bangunan dan Jabatan sekiranya berlaku kecemasan.
4.2 Keselamatan Di Pejabat
4.2.1 Semasa Waktu Pejabat
(a) Pengenalan
Umumnya, seseorang bekerja selama 8 jam sehari di
“tempat kerja”. Oleh itu, keselamatan di tempat kerja perlu
dititikberatkan oleh setiap orang dan beberapa peraturan
keselamatan umum di pejabat perlu dipatuhi dan dijadikan
amalan berterusan.
(b) Penerangan
i) Pastikan lorong laluan dalam dan luar pejabat serta
tangga tidak dihalang oleh peralatan, perabot,
pendawaian elektrik dan lain-lain;
ii) Pastikan semua peralatan pejabat berfungsi
dengan baik;
iii) Gunakan penapis skrin komputer untuk
mengurangkan dedahan sinar UV;
iv) Pastikan semua lampu berfungsi dengan baik dan
mendapat kadar pencahayaan yang mencukupi;
v) Pastikan laci kabinet ditutup dengan kemas
selepas setiap kali dibuka;
15
vi) Berhati-hati ketika mengubah kedudukan peralatan
yang berat seperti almari, meja, peralatan dan
kotak supaya tidak mengalami kecederaan manual.
Gunakan troli jika perlu;
vii) Bersihkan tumpahan serta-merta walaupun hanya
air minuman;
viii) Pastikan tiada halangan di pintu kecemasan;
ix) Setiap pekerja perlu mengetahui kedudukan alat
pemadam api dan mudah untuk dicapai.
x) Kenalpasti kedudukan alat pecah kaca untuk
mengaktifkan penggera sekiranya berlaku
kebakaran; dan
xi) Berehat sebentar secara berkala bagi melegakan
tekanan dan kepenatan.
4.2.2 Selepas Waktu Pejabat
(a) Takrifan
Selepas waktu pejabat ditakrifkan pada hari dan masa
berikut;
Hari Waktu
Isnin – Jumaat 6.00 petang – 7.30 pagi
Sabtu, Ahad dan Cuti Sepanjang masa
Kelepasan AM
(b) Peraturan-peraturan
i) Semua tugas lebih masa selepas waktu pejabat
hendaklah mendapatkan arahan bertulis dari Ketua
Bahagian/Pegawai Atasan masing-masing;
ii) Setiap lapisan pegawai yang bekerja lebih masa di
pejabat diperlukan mengisi Buku Daftar Kerja Lebih
Masa;
iii) Pastikan keadaan di dalam pejabat selamat
sebelum mengunci pintu pejabat dan menyerahkan
kunci tersebut kepada Polis Tentera (MP) dalam
kadar segera.
16
4.3 Keselamatan Bekerja di Luar Pejabat
4.3.1 Semasa Waktu Pejabat dan Selepas Waktu Pejabat
(a) Takrifan
Bekerja di luar pejabat ditakrifkan seperti berikut;
TUGASAN WAKTU
Lawatan Tapak 7.30 pagi – 6.00 petang
(Semasa Waktu Pejabat)
Mesyuarat
6.00 petang – 7.30 pagi
Kursus/Latihan/Taklimat/Dll (Selepas Waktu Pejabat)
(b) Peraturan-peraturan
i) Setiap lapisan pegawai perlu memaklumkan
kepada ketua bahagian/pegawai atasan masing-
masing sebelum bekerja di luar pejabat semasa
dan selepas waktu pejabat; dan
ii) Sebarang kesulitan yang timbul, keadaan tidak
selamat, kemalangan atau kejadian berbahaya
semasa bekerja di luar pejabat perlu dimaklumkan
kepada ketua bahagian/ pegawai atasan / ketua
tingkat masing.
17
BAHAGIAN III:
PROSEDUR-PROSEDUR KESELAMATAN DAN KESIHATAN
5.0 Prosedur Kebersihan Tempat Kerja
Prosedur ini menerangkan langkah-langkah dan pengawasan yang perlu
diambil dalam penjagaan kebersihan di semua ruang bekerja di Kompleks
Wisma Pertahanan supaya dapat mencegah berlakunya kemalangan atau
keadaan yang tidak selamat disebabkan faktor pengabaian amalan
kebersihan. Langkah-langkah penjagaan kesihatan adalah seperti berikut:
(a) Memastikan semua laluan pejalan kaki sentiasa bersih dan
bebas daripada segala halangan yang boleh mengganggu
laluan tersebut;
(b) Memastikan laluan kecemasan selamat digunakan sekiranya
berlaku kecemasan atau kebakaran;
(c) Penempatan apa-apa mesin, bahan, peralatan dan lain-lain
barangan di laluan ini adalah dilarang sama sekali;
(d) Memastikan tiada sebarang bahan yang tidak diperlukan terletak
di ruang bekerja;
(e) Memastikan stor sentiasa bersih, kemas dan tersusun;
(f) Memastikan permukaan lantai tempat kerja dalam keadaan baik,
bersih dan kemas;
(g) Memastikan pembuangan sampah hendaklah dibuat dengan
cara yang betul di dalam tong sampah yang disediakan;
(h) Memastikan lampu berfungsi dengan baik dan kadar
pencahayaan yang mencukupi;
(i) Memastikan kawasan tangga bersih dan kemas serta pemegang
tangan dalam keadaan yang baik;
(j) Memastikan peralatan dan perkakas berada dalam kedudukan
yang tersusun/teratur;
(k) Memastikan alat pemadam api belum tamat tempoh dan
diletakkan di lokasi yang mudah dikesan;
(l) Memastikan pemeriksaan tempat kerja dibuat sekurang-
kurangnya satu (1) kali setahun oleh Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan dan tindakan
pembetulan/pembaikan dibuat sekiranya perlu;
(m) Memastikan meja dan kerusi kerja sentiasa bersih dan kemas
serta dalam keadaan yang baik;
(n) Memastikan pantri dalam keadaan bersih dan tersusun;
(o) Memastikan kemudahan tandas bersih dan baik; dan
(p) Memastikan program gotong-royong pembersihan di setiap
tingkat dijalankan setiap bulan (setiap Jumaat minggu terakhir).
18
5.1 Prosedur Notifikasi Aduan, Kemalangan, Kemalangan Nyaris Dan
Kejadian Berbahaya
5.1.1 Pengenalan
Prosedur ini disediakan berdasarkan kepada Peraturan-
Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Pemberitahuan Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan
Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004 di bawah kehendak
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).
5.1.2 Tujuan
Peruntukan Akta 514 mewajibkan setiap majikan:
(a) Menyediakan suatu saluran komunikasi untuk
membolehkan mana-mana pekerjanya membuat aduan
mengenai apa-apa perkara yang memudaratkan
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja;
(b) Mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas aduan dan
kejadian yang berlaku; dan
(c) Melaporkan kejadian yang berlaku kepada Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia.
5.1.3 Takrifan
Beberapa takrifan berikut adalah berdasarkan Akta 514.
(a) Kejadian Berbahaya (Dangerous Occurrence)
Mana-mana kejadian di dalam mana-mana kelas yang
disenaraikan pada Jadual Kedua Peraturan-Peraturan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan
Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan
Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) seperti di Lampiran 1.
(b) Kemalangan Nyaris (Near Miss)
Apa-apa kemalangan di tempat kerja yang berpotensi
untuk menyebabkan kecederaan kepada mana-mana
orang atau kerosakan kepada apa-apa harta.
(c) Kemalangan (Accident)
Suatu kejadian yang berbangkit daripada atau berkaitan
dengan kerja yang mengakibatkan kecederaan maut atau
kecederaan tidak maut.
19
(d) Kecederaan Badan yang Serius
Apa-apa kecederaan yang disenaraikan dalam Jadual
Pertama Peraturan-Peraturan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai
Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan
dan Penyakit Pekerjaan) seperti di Lampiran 2.
(e) Kecedaraan Maut
Kecederaan yang membawa kepada kematian serta
merta atau kematian dalam tempoh satu (1) tahun dari
tarikh kemalangan.
(f) Kecederaan Tidak Maut
i) Kecederaan yang menghalang seseorang pekerja
daripada melaksanakan kerja biasa dan membawa
kepada ketidakupayaan untuk bekerja secara kekal
atau sementara, atau
ii) Kecederaan yang memerlukan rawatan perubatan.
5.1.4 Tindakan Melapor Kemalangan
(a) Ketua Bahagian/Ketua Tingkat hendaklah memastikan
setiap kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan
pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat
kerja masing-masing dilaporkan kepada Pegawai
Keselamatan dan Kesihatan Jabatan.
(b) Laporan hendaklah dibuat dengan serta merta sebaik
sahaja kejadian tersebut dikenalpasti atau berlaku di
Jabatan masing-masing dan menghantar Borang JKKP 6
– Laporan Mengenai Kemalangan/Kejadian Berbahaya
dan Borang JKKP 7 – Laporan Mengenai Keracunan
Pekerjaan/ Penyakit Pekerjaan secepat yang praktik
sebagaimana Lampiran 3 dan Lampiran 4.
(c) Semua kemalangan sama ada mengalami kecederaan
atau tidak, hendaklah dilaporkan kepada Pegawai
Keselamatan dan Kesihatan Jabatan dengan segera.
(d) Butiran kemalangan mestilah direkodkan dalam Borang
JKKP 6 – Laporan Mengenai Kemalangan/Kejadian
Berbahaya dan Borang JKKP - 7 Laporan Mengenai
Keracunan Pekerjaan/ Penyakit Pekerjaan oleh pelapor.
20
Borang laporan kemalangan boleh didapati pada setiap
bahagian.
i) Semua bahagian dalam borang tersebut perlu
dipenuhi dengan teliti dan terperinci khasnya di
bahagian huraian kemalangan.
ii) Borang JKKP 8 – Daftar Kemalangan, Kejadian
Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit
Pekerjaan pada Lampiran 5 perlu dihantar kepada
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(JKKP) Malaysia, Kementerian Sumber Manusia,
Putrajaya yang menyelaras semua urusan yang
berkaitan dengan kemalangan tersebut selewat-
lewatnya pada 30 Januari tahun yang berikutnya
(walaupun tiada berlaku sebarang kes/kejadian
kemalangan).
(e) Bagi kemalangan yang serius, kawasan kemalangan
hendaklah jangan diganggu kecuali untuk mencegah
kemalangan yang lebih serius atau memudahkan laluan
bantuan. Nasihat atau panduan daripada Ahli
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Jabatan
mengenai kemalangan tersebut hendaklah diperolehi
dengan serta merta.
5.2 Prosedur Tindakbalas Kecemasan
Satu garis panduan tindakan menyelamatkan nyawa di Kompleks
Wisma Pertahanan dari bencana dan mengelakkan kecederaan yang
serius serta kehilangan harta apabila berlaku gangguan besar atau
bencana ke atas Kompleks Wisma Pertahanan seperti kebakaran,
ancaman bom, banjir dalam bangunan, rusuhan dan sebagainya.
5.2.1 Objektif
(a) Meminimumkan kesan kemalangan ke atas manusia dan
harta benda di dalam dan luar kawasan Kompleks Wisma
Pertahanan;
(b) Memusatkan kecemasan di dalam kawasan Wisma
Pertahanan atau jika boleh membasminya; dan
(c) Memenuhi keperluan undang-undang negara.
21
5.2.2 Skop
Prosedur ini merangkumi semua situasi gangguan atau
kecemasan yang mungkin melibatkan kecederaan kepada
warga, harta benda serta aset Kementerian Pertahanan,
meliputi Kompleks Wisma Pertahanan di Jalan Padang Tembak,
50634 Kuala Lumpur.
5.2.3 Andaian
Pelan ini dibangunkan berdasarkan andaian gangguan yang
biasa atau besar kebarangkaliannya berlaku ke atas
Kementerian Pertahanan. Gangguan lain yang diluar jangkaan,
walaupun terdapat pelbagai usaha telah diambil untuk
membangunkannya secara umum, namun tiada jaminan ia akan
dapat berfungsi seperti yang diharapkan.
5.2.4 Pengurusan Pelan
Prosedur ini perlu dikemaskini apabila berlaku perubahan-
perubahan berikut di Kementerian Pertahanan:
(a) Pertukaran, perpindahan atau persaraan setiap warga
Kementerian Pertahanan atau sekurang-kurangnya
setahun sekali;
(b) Pelan hendaklah dikemaskini bersesuaian dengan situasi
semasa di Kementerian Pertahanan terutama selepas
berlaku perpindahan secara besar-besaran warga Wisma
Pertahanan; dan
(c) Perubahan tempat berkumpul (assembly point) atau
perubahan pegawai kecemasan tingkat (floor manager) di
bangunan yang menempatkan kakitangan Kementerian
Pertahanan.
5.2.5 Pasukan Tindakbalas Kecemasan (Emergency Response
Team - ERT)
Pasukan ERT Wisma Pertahanan bertanggungjawab
menyelaras dan melaksanakan tindakan prosedur kecemasan
seperti yang termaktub dalam prosedur operasi standard dan
tindakan lain.
22
(a) Tanggungjawab Pasukan ERT
i) Menyemak, mengemaskini prosedur tindakbalas
kecemasan secara berkala (sekurang-kurangnya
setahun sekali);
ii) Merancang latih amal bagi menguji pelan
pengosongan bangunan;
iii) Menyelaras dan melaksanakan tanggungjawab
serta peranan seperti yang telah ditetapkan;
iv) Menentukan kaedah mengesan atau memantau
situasi kecemasan;
v) Memberikan arahan tindakan awal kecemasan;
vi) Menyediakan laporan keadaan kecemasan kepada
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan, Jawatankuasa Pemandu Pengurusan
Kesinambungan Perkhidmatan PKP Kementerian
Pertahanan, Jawatankuasa Induk Pengurusan
Risiko Kementerian Pertahanan dan Pengurusan
Tertinggi Kementerian Pertahanan;
vii) Membuat penilaian atau taksiran kesan gangguan
atau kecemasan; dan
viii) Melaksanakan tindakan awal kecemasan sehingga
bantuan datang.
(b) Tanggungjawab Pegawai Kecemasan Tingkat
i) Menyiasat tempat kejadian;
ii) Membunyikan alarm atau wisel (jika alarm
automatik tidak berbunyi);
iii) Maklumkan kepada Pengurus Keselamatan/Bilik
Kawalan;
iv) Cuba padamkan kebakaran semasa di peringkat
yang terkawal (jika berkaitan);
v) Jika didapati kecemasan/kebakaran merebak serta
terdapat kakitangan di bangunan tersebut, beri
arahan mengosongkan bangunan melalui tangga
ke Tempat Berkumpul;
vi) Pastikan keselamatan kakitangan yang mempunyai
kes-kes yang istimewa sekiranya mereka tidak
berupaya untuk menyelamatkan diri dengan
menggunakan tangga, hubungi Bilik Kawalan untuk
menurunkan mereka melalui Lif Bomba;
vii) Memastikan tiada kakitangan tertinggal di segenap
sudut/ruang di tingkat berkenaan serta memeriksa
23
semua suis elektrik, tingkap dan pintu ditutup
sebelum turun melalui tangga;
viii) Memakai tanda pengenalan armband, vest dan
wisel yang disediakan;
ix) Membuat roll-call atau head count bagi
menentukan semua kakitangan dari bahagian
masing-masing selamat;
x) Tidak membenarkan sesiapa pun masuk ke
bangunan melainkan yang berkenaan sahaja; dan
xi) Lapor kepada Ketua Pegawai Kecemasan Tingkat/
Pegawai Pengungsian/ Pengurus Keselamatan/
Pegawai Bomba mengenai:-
─ Laporan awal insiden;
─ Pergerakan warga aras; dan
─ Maklumat kehilangan, kecederaan atau
kemalangan.
(c) Tanggungjawab Pengurus Keselamatan
i) Hubungi pihak BOMBA/JPAM/PDRM sebaik
sahaja mendapat maklumat daripada Pegawai
Kecemasan Tingkat;
ii) Memantau pergerakan warga Wisma Pertahanan
keluar daripada bangunan;
iii) Kerjasama dengan anggota BOMBA/JPAM/PDRM
dalam segala aspek;
iv) Maklumkan pengurusan atasan berhubung status
insiden dari semasa ke semasa; dan
v) Isytihar keadaan selamat selepas mendapat
pengesahan dari pihak Bomba/JPAM/PDRM.
(d) Tanggungjawab Pegawai Insiden
Membantu Pengurus Keselamatan berhubung perkara-
perkara seperti berikut:-
i) Hubungi pihak BOMBA sebaik sahaja mendapat
maklumat daripada Pegawai Keselamatan Aras;
ii) Memantau Pasukan Siaraya (CCT) bagi membuat
pengumuman dalaman kepada warga Wisma
Pertahanan mengenai situasi kecemasan;
iii) Membantu pergerakan warga Wisma Pertahanan
keluar daripada bangunan;
iv) Memantau Pasukan Search and Rescue (SAR)
sekiranya terdapat usaha-usaha awal menyelamat
kakitangan yang cedera/hilang/kes-kes istimewa
24
yang berada di dalam Wisma Pertahanan sebelum
ketibaan BOMBA/JPAM/PDRM;
v) Memantau Pasukan Kecemasan dalam usaha
mendapatkan maklumat awal kecemasan/bencana;
vi) Kerjasama dengan anggota BOMBA dalam segala
aspek; dan
vii) Bersiap sedia untuk memaklumkan pengurusan
atasan berhubung status insiden dari semasa ke
semasa.
(e) Tanggungjawab Pegawai Pengungsian
Membantu Pengurus Keselamatan berhubung perkara-
perkara seperti berikut:-
i) Dapatkan maklumat tentang panggilan baris (roll-
call) sekiranya ada yang tertinggal di dalam
bangunan;
ii) Melaporkan perkara-perkara berikut kepada
Pengurus Keselamatan:-
Bilangan kehadiran di Tempat Berkumpul;
Bilangan kakitangan yang tertinggal di dalam
Wisma Pertahanan yang perlu diselamatkan;
dan
Bilangan kakitangan yang memerlukan
rawatan.
iii) Hubungi pihak ambulan dan pasukan perubatan
HAT; dan
iv) Menguruskan kes-kes kecederaan/kemalangan.
(f) Tanggungjawab Pasukan 104 KPTD
Membantu Pengurus Keselamatan berhubung perkara-
perkara seperti berikut:-
i) Tidak membenarkan pelawat masuk/keluar
kawasan Wisma Pertahanan.
ii) Kawalan warga Wisma Pertahanan untuk
meninggalkan bangunan ke Tempat Berkumpul.
iii) Selaraskan kawalan lalulintas untuk
menyenangkan pihak BOMBA/JPAM/PDRM
masuk.
25
5.2.6 Tindakan Apabila Berlaku Kebakaran
(a) Kebakaran Kecil
i) Membunyikan penggera kebakaran (call point)
dengan cara memecahkan kaca pada panel (break
glass-red) yang paling berhampiran (rujuk Pelan
Kedudukan Zon kebakaran) dan menjerit “Api!”
Sebanyak 3 kali.
ii) Cuba untuk memadamkan api dengan
menggunakan peralatan pemadam kebakaran
yang disediakan (fire extinguisher) atau hose reel
apabila api masih kecil (tetapi jangan
membahayakan diri).
(b) Kebakaran Peringkat Mencemaskan
i) Bunyikan loceng amaran;
ii) Menghubungi terus Pengawal Keselamatan/
kakitangan penyelenggaraan di bilik kawalan
untuk mengenal pasti zon berlakunya kecemasan;
iii) Keluar daripada bilik kerja dan memastikan perkara
di bawah diberikan perhatian sebelum
menyelamatkan diri ke tempat berkumpul. Perkara
tersebut adalah:-
─ Wang tunai dan dokumen penting
dimasukkan ke dalam kabinet besi dan
dikunci; dan
─ Tutup semua komputer.
iv) Padamkan semua suis lampu dan peralatan
elektrik;
v) Keluar meninggalkan bangunan melalui tangga
dan turun ke bawah (jangan menggunakan lif).
Jangan membawa apa-apa barang bersama anda;
vi) Semasa menuruni tangga, jangan berpatah balik,
jangan berbuat bising, bertolak-tolak atau berlari;
vii) Jangan berpatah balik ke dalam pejabat melainkan
disuruh;
viii) Bergerak dengan posisi membongkok, jika anda
terpaksa bergerak melalui kawasan berasap;
ix) Laporkan diri di tempat berkumpul dan jangan
tinggalkan tempat berkumpul sehingga diarahkan
berbuat demikian; dan
x) Pastikan berkumpul di tempat yang telah
dikhaskan (Assembly Point) dan mengambil
kehadiran.
26
5.2.7 Panduan Menyelamatkan Diri Semasa Kebakaran
(a) Tindakan Jika Terperangkap Di Dalam Asap
Di dalam sesuatu kebakaran, asap merupakan ancaman
kerana ia bergerak mendahului api, panas, menyesakkan
pernafasan serta beracun dan boleh menyekat jalan
menyelamatkan diri dari kebakaran. Sebagai panduan
menyelamatkan diri dari kebakaran asap, perkara-perkara
berikut perlu diberi perhatian:
i) Bertenang dan berfikir. Panik atau kelam kabut
boleh mengakibatkan anda berfikir dengan cara
yang salah;
ii) Sila pastikan keadaan pintu sebelum dibuka.
Sekiranya panas biarkan ianya tertutup dan cari
jalan lain untuk menyelamatkan diri;
iii) Jika terperangkap di dalam asap, rendahkan diri
seberapa boleh sebaiknya merangkak di atas lantai
dan bernafas pendek-pendek (melalui hidung
hingga sampai ke tempat selamat); dan
iv) Kepulan asap yang banyak biasanya boleh
menggelapkan pemandangan. Dalam keadaan
demikian, gunakan belakang tapak tangan untuk
meraba jalan menyusur dinding hingga bertemu
pintu keluar.
(b) Tindakan Jika Terperangkap Di Dalam Bangunan
Terbakar
i) Tutup seberapa banyak pintu yang telah dilalui.
Sebagai makluman, pintu-pintu boleh menjadi
penyelamat nyawa anda;
ii) Tutupkan semua pintu di antara anda dengan api
dan jauhkan asap dan bahang. Sumbat semua
celahan pintu dan lubang angin dengan
menggunakan kain atau sebagainya bagi
mengurangkan asap masuk (pilih bilik yang
bertingkap dan tunggu untuk diselamatkan);
iii) Pergi ke tingkap bagi mendapatkan udara bersih
dan beri isyarat minta bantuan seperti mengibarkan
kain berwarna cerah atau menggunakan lampu
picit (dalam keadaan kecemasan di waktu malam);
iv) Jika keadaan semakin buruk, pandang ke luar
tingkap, balut kaki dengan baju, karpet atau
sebagainya (basahkan jika perlu) bagi menahan
kepanasan; dan
27
v) Jangan cuba terjun dari tingkap atau tingkat yang
tinggi. Ramai orang terbunuh kerana tergopoh-
gapah terjun. Tunggu BOMBA atau pasukan
penyelamat, jika benar-benar tidak ada jalan lain
lagi.
5.3 Prosedur Menghadapi Ancaman Bom
5.3.1 Ancaman bom boleh diterima melalui cara-cara berikut:
(a) Panggilan telefon;
(b) Pesanan ringkas (SMS, Whatsapp, Telegram, Viber dan
sebagainya);
(c) Hantaran pos dalam bentuk bungkusan atau surat;
(d) Terjumpa barang yang aneh atau kenderaan yang
mencurigakan di kawasan Kompleks Wisma Pertahanan;
(e) Media elektronik atau media sosial (Email, Facebook,
Twitter, online forum dan sebagainya).
5.3.2 Tindakan yang perlu diambil
(a) Penerima ancaman tersebut mestilah cuba mendapatkan
maklumat berikut:-
i) Waktu bom itu akan meletup;
ii) Jenis bom;
iii) Lokasi bom diletakkan;
iv) Bagaimana sistem bom itu berfungsi;
v) Sasaran ancaman;
vi) Pengenalan kepada pemanggil;
vii) Lokasi pemanggil; dan
viii) Sebab melakukan ancaman.
(b) Melaporkan dengan segera kepada pihak Sekretariat
Markas ATM atau Bahagian Khidmat Pengurusan atau
mana-mana anggota 104 Kompeni KPTD yang bertugas
untuk tindakan selanjutnya.
(c) Apabila terjumpa barang-barang atau bungkusan atau
kenderaan yang mendatangkan curiga, dalam keadaan
yang demikian, setiap kakitangan mestilah faham bahawa
tindakan-tindakan yang diambil oleh mereka adalah
terhad kepada berikut;
i) Jangan disentuh atau dialihkan barang atau
kenderaan yang disyaki;
28
ii) Dapatkan kepastian bahawa barang atau
kenderaan tersebut bukan kepunyaan
cawangannya;
iii) Tentukan tiada seorang pun yang akan menyentuh
atau menghampiri barang atau kenderaan tersebut;
iv) Laporkan dengan segera kepada pihak Sekretariat
Markas ATM atau Bahagian Khidmat Pengurusan
atau mana-mana anggota 104 Kompeni KPTD
yang bertugas untuk tindakan selanjutnya.
5.3.3 Tindakan Pasukan 104 Kompeni KPTD
(a) Mendapatkan butiran dan maklumat penting mengenai
ancaman bom;
i) Siapa yang memberi maklumat mengenai ancaman
bom;
ii) Apa bentuk ancaman yang diterima;
iii) Bila tarikh dan masa ancaman diterima;
iv) Di mana lokasi ancaman tersebut berlaku;
v) Bagaimanakah situasi semasa ancaman tersebut
berlaku.
(b) Anggota bertugas perlu melaporkan dengan kadar segera
maklumat yang diterima kepada pegawai pemerintah atau
penolong pegawai pemerintah pasukan.
(c) Pegawai Pemerintah menyalurkan maklumat yang
diterima kepada Sekretariat Markas Angkatan Tentera
dengan kadar segera.
(d) Menentukan kawalan dan pengawasan di kawasan
ancaman tersebut.
(e) Tutup pintu keluar dan masuk Kompleks Wisma
Pertahanan.
(f) Membuat kawalan lalulintas.
(g) Menentukan semua anggota tentera dan kakitangan
awam meninggalkan pejabat masing-masing dan
berkumpul di tempat berkumpul yang telah ditetapkan
(Padang Bola B KEMENTAH).
(h) Mengawal pergerakan semua anggota tentera dan
kakitangan awam ke tempat berkumpul di padang bola
sepak Kementah.
(i) Selepas pemindahan dilakukan bangunan tersebut
mestilah dikawal dengan rapi bagi mengelakkan anggota-
anggota yang tidak berkenaan masuk semula.
(j) Menentukan arahan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa
Induk Keselamatan dipatuhi.
29
5.3.4 Tindakan Sekretariat Markas ATM dan Bahagian Khidmat
Pengurusan
(a) Memaklumkan kepada Pengerusi Bersama Jawatankuasa
Induk Keselamatan Kementerian Pertahanan bagi
mendapatkan arahan tindakan selanjutnya;
(b) Menubuhkan pusat operasi sementara di Padang Bola B
KEMENTAH;
(c) Mengerahkan ERP;
(d) Memaklumkan kepada agensi-agensi keselamatan yang
lain seperti;
Bil. Nama Agensi No. Telefon
1. 40 Markas Kejuruteraan Peluru 03-6256 3400
2. MKTD – Jurutera 03-4014 1300
3. Rumah Sakit Angkatan Tentera 03-4013 1212/
(RSAT) 017 321 9046
4. MKTD – Semboyan 03-4014 1200
5. Bilik Gerakan 03-4013 3418
6. MKTD – OPLAT 03-4014 0600
7. Perkhidmatan Kecemasan 999
Jadual 1: Agensi-Agensi Keselamatan
(e) Membuat laporan untuk Jawatankuasa Keselamatan
setelah tindakan selesai dijalankan.
5.3.5 Pusat Operasi Sementara Ancaman Bom
Pusat operasi sementara hendaklah berada di kawasan yang
selamat dan jauh dari radius letupan sekiranya bom tersebut
meletup. Tanggungjawab pusat operasi sementara ini
adalah;
(a) Memantau kerja-kerja Tim POL 91 RAJD;
(b) Menyedia dan mengemukakan laporan atau situasi
semasa kepada Jawatankuasa Induk Keselamatan; dan
(c) Menerima dan melaksanakan sebarang arahan lanjut dari
Jawatankuasa Induk Keselamatan.
30
5.3.6 Tindakan Selepas Ancaman Bom
Tim POL 91 RAJD perlu memajukan laporan awal secara lisan
kepada Pusat Operasi Sementara dari semasa ke semasa
sepanjang tempoh masa ancaman bom berlaku. Dalam situasi
sekiranya bom dijumpai dan didapati selamat oleh Tim POL 91
RAJD, kawasan tersebut mestilah dikawal dengan rapi oleh
Pasukan / Anggota 104 Kompeni KPTD sehinggalah pihak
penyiasatan dan agensi terlibat dan Tim POL 91 RAJD selesai
melaksanakan tugas-tugas mereka. Semua anggota yang tidak
berkenaan dengan tugas-tugas penyiasatan dan pemusnahan
bom tersebut adalah dilarang masuk ke kawasan ancaman bom.
Apabila keadaan ditentukan selamat, arahan masuk bangunan
akan dikeluarkan. Tim POL 91 RAJD perlu memajukan laporan
penuh secara bertulis kepada MINDEF dan PDRM selepas
ancaman bom berlaku.
5.4 Prosedur Pengungsian Bangunan
5.4.1 Tindakan Yang Perlu Diambil
(a) Sesiapapun tidak dibenarkan memasuki bangunan
apabila loceng kecemasan dibunyikan.
(b) Penghuni bangunan keluar daripada bilik/kawasan kerja
dan memastikan perkara di bawah diberikan perhatian
sebelum menyelamatkan diri ke tempat berkumpul.
Perkara tersebut adalah:
Wang tunai dan dokumen penting dimasukkan ke
dalam kabinet besi dan dikunci: dan
Tutup semua komputer
(c) Padamkan semua suis lampu dan peralatan elektrik
(d) Jika terperangkap di dalam premis, bertenang, jangan
panik. Hampiri tingkap, berteriak meminta pertolongan
atau melambai-lambai untuk mendapat bantuan
(e) Sekiranya berlaku kebakaran, golongan kurang
upaya/lemah berkumpul di Lobi Lif sementara menunggu
bantuan. Bagi bencana lain, pasukan ERP akan
membantu mengeluarkan mangsa ke tempat berkumpul.
(f) Keluar meninggalkan bangunan melalui tangga dan turun
ke bawah jangan menggunakan lif. Jangan membawa
apa-apa barang bersama.
(g) Semasa menuruni tangga, jangan berpatah balik, jangan
berbuat bising, bertolak-tolak atau berlari.
31
(h) Laporkan diri di tempat berkumpul dan jangan tinggalkan
tempat berkumpul sehingga diarahkan berbuat demikian.
5.4.2 Tempat Berkumpul (Assembly Point)
Lokasi berkumpul warga Kementerian Pertahanan semasa
berlaku kecemasan adalah di Mini Stadium Kementerian
Pertahanan. Sekiranya Mini Stadium tidak dapat digunakan,
lokasi berkumpul alternatif ialah Padang Kawad Kem Kementah.
5.5 Panduan Terperangkap Dalam Lif
(a) Tindakan Pengguna Yang Terperangkap
i) Sekiranya lif tersangkut, sila tekan butang kecemasan.
ii) Jika anda mempunyai telefon bimbit, sila hubungi
Cawangan Penyelenggaraan Bangunan (Unit
Kejuruteraan Mekanikal di talian 03-4012 6729).
iii) Sekiranya gagal, sila hubungi syarikat penyenggara lif
seperti yang tertera pada lif. Jangan melakukan
percubaan untuk membuka pintu lif.
iv) Jangan panik dan sila bertenang.
(b) Tindakan Mereka Yang Mengetahui Orang Yang Terperangkap
Dalam Lif
i) Hubungi Cawangan Penyelenggaraan Bangunan (Unit
Kejuruteraan Mekanikal di talian 03-4012 6729).
ii) Sekiranya gagal dihubungi, sila hubungi syarikat
penyelenggara lif seperti yang terdapat pada notis
nombor untuk dihubungi di hadapan lif.
iii) Jangan cuba menyelamat mangsa yang terperangkap di
dalam lif. Hanya orang yang kompeten dan juruteknik lif
yang terlatih dan berpengalaman sahaja yang dibenarkan
untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap.
(c) Tindakan Pegawai Tingkat
i) Hubungi Cawangan Penyelenggaraan Bangunan (Unit
Kejuruteraan Mekanikal di talian 03-4012 6729) dan
syarikat penyenggara lif berkenaan.
ii) Hubungi Cawangan Penyelenggaraan Bangunan jika
keadaan berikut berlaku:
Syarikat penyelenggara lif tidak dapat dihubungi
Mangsa berada dalam keadaan kritikal seperti sesak
nafas dan seumpamanya yang memerlukan tindakan
segera.
32
Pekerja Syarikat lif tidak tiba selepas 30 minit
dihubungi.
5.6 Prosedur Pengurusan Keselamatan ICT
Keselamatan ICT adalah bermaksud keadaan di mana segala urusan
menyedia dan membekalkan perkhidmatan yang berasaskan kepada
sistem ICT berjalan secara berterusan tanpa gangguan yang boleh
menjejaskan keselamatan.
5.6.1 Kawasan Larangan
Kawasan larangan ditakrifkan sebagai kawasan yang dihadkan
kemasukan kepada pegawai-pegawai yang tertentu sahaja.
Perkara ini dilaksanakan untuk melindungi aset ICT yang
terdapat di dalam kawasan tersebut.
(a) Bilik server dan bilik switch/hub merupakan kawasan
larangan di Wisma Pertahanan.
i) Akses kepada kawasan larangan hanyalah kepada
pegawai-pegawai yang dibenarkan sahaja; dan
ii) Pihak ketiga adalah dilarang sama sekali untuk
memasuki kawasan larangan kecuali, bagi kes kes
tertentu seperti memberi perkhidmatan sokongan
atau bantuan teknikal dan mereka hendaklah diiringi
sepanjang masa sehingga tugas di kawasan
berkenaan selesai.
(b) Peraturan Am Bilik Server dan bilik switch/hub
i) Memastikan kebenaran diperolehi dari Pegawai
Keselamatan ICT (ICTSO) atau pegawai lain yang
dibenarkan untuk memasuki bilik server;
ii) Memastikan individu yang diberi kebenaran masuk
bertanggungjawab di atas sebarang kejadian;
iii) Memastikan pintu sentiasa ditutup dan dikunci;
iv) Memastikan bilik server dan bilik switch/hub sentiasa
bersih;
v) Memastikan penghawa dingin dalam bilik server
sentiasa berfungsi dan suhu di bawah 16 darjah
celsius;
vi) Memastikan 'Uninterruptable Power Supply' (UPS)
dalam keadaan baik dan stabil;
vii) Memastikan alat pencegah kebakaran jenis CO2
(gas) dalam keadaan baik dan tidak luput tarikh; dan
33
viii) Memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi ketika
berada di dalam bilik server:-
─ Dilarang menghisap rokok;
─ Dilarang membawa makanan dan minuman;
─ Dilarang membawa alat mudah terbakar.
(c) Tatacara Masuk/ Keluar Bilik Server
i) Pegawai/individu hendaklah berjumpa Pegawai
Keselamatan ICT atau pegawai lain yang
dibenarkan; Meminta kebenaran untuk memasuki
bilik server atas sesuatu tujuan rasmi/kerja;
ii) Pegawai Keselamatan ICT akan mempertimbangkan
kerja-kerja yang hendak dilakukan;
iii) Jika kerja-kerja tersebut tidak berkaitan atau tidak
memerlukan untuk memasuki bilik server maka
permohonan akan di tolak;
iv) Pegawai Keselamatan ICT atau pegawai lain yang
dibenarkan akan mengiringi pegawai/individu
tersebut ke bilik server dan membuka pintu;
v) Pegawai/individu wajib mengisi log keluar / masuk di
dalam buku log yang telah disediakan; dan
vi) Pegawai/individu perlu memaklumkan kepada
Pegawai Keselamatan ICT atau pegawai lain yang
dibenarkan setelah meninggalkan bilik server.
5.6.2 Keselamatan Peralatan
Melindungi peralatan ICT dari kehilangan, kerosakan, kecurian
serta gangguan kepada peralatan tersebut. Perkara-perkara
yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:
(a) Pengguna harus menyemak dan memastikan semua
peralatan ICT di bawah kawalannya berfungsi dengan
sempurna;
(b) Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
peralatan ICT masing-masing dan tidak dibenarkan
membuat sebarang pertukaran perkakasan dan
konfigurasi yang telah ditetapkan;
(c) Pengguna dilarang sama sekali menambah, menanggal
atau mengganti sebarang perkakasan ICT yang telah
ditetapkan;
(d) Pengguna dilarang membuat instalasi sebarang perisian
tambahan tanpa kebenaran Pentadbir Sistem ICT;
(e) Pengguna adalah bertanggungjawab di atas kerosakan
atau kehilangan peralatan ICT di bawah kawalannya;
34
(f) Pengguna mesti memastikan perisian antivirus di
komputer peribadi mereka sentiasa aktif (activated) dan
dikemaskini di samping melakukan imbasan ke atas
media storan yang digunakan;
(g) Semua peralatan sokongan ICT hendaklah dilindungi
daripada kecurian, kerosakan, penyalahgunaan atau
pengubahsuaian tanpa kebenaran;
(h) Peralatan-peralatan kritikal perlu disokong oleh
‘Uninterruptable Power Supply’ (UPS);
(i) Semua peralatan ICT hendaklah disimpan atau diletakkan
di tempat yang teratur, bersih dan mempunyai ciri-ciri
keselamatan. Peralatan rangkaian seperti switches, hub,
router dan lain-lain perlu diletakkan di dalam rak khas dan
berkunci;
(j) Peralatan ICT yang mengalami kerosakan dan perlu
dibaiki di luar pejabat perlulah mendapat kelulusan
Pentadbir Sistem ICT dan direkodkan bagi tujuan
pemantauan.
(k) Peralatan ICT yang hilang hendaklah dilaporkan kepada
ICTSO dan Pegawai Aset ICT dengan segera;
(l) Pengendalian peralatan ICT hendaklah mematuhi dan
merujuk kepada peraturan semasa yang berkuat kuasa;
(m) Pengguna tidak dibenarkan mengubah kedudukan
peralatan ICT dari tempat asal ia ditempatkan tanpa
kebenaran Pentadbir Sistem ICT;
(n) Sebarang kerosakan peralatan ICT hendaklah dilaporkan
kepada Pentadbir Sistem ICT untuk di baik pulih;
(o) Sebarang pelekat selain bagi tujuan rasmi tidak
dibenarkan. Ini bagi menjamin peralatan tersebut sentiasa
berkeadaan baik;
(p) Konfigurasi alamat IP tidak dibenarkan diubah daripada
alamat IP yang asal;
(q) Pengguna dilarang sama sekali mengubah kata laluan
bagi pentadbir (administrator password) yang telah
ditetapkan oleh Pentadbir Sistem ICT;
(r) Pengguna bertanggungjawab terhadap perkakasan,
perisian dan maklumat di bawah jagaannya dan
hendaklah digunakan sepenuhnya bagi urusan rasmi
sahaja;
(s) Pengguna hendaklah memastikan semua perkakasan
komputer, pencetak dan pengimbas dalam keadaan
“OFF” apabila meninggalkan pejabat;
(t) Sebarang bentuk penyelewengan atau salah guna
peralatan ICT hendaklah dilaporkan kepada ICTSO;
35
(u) Memastikan plug dicabut daripada suis utama (main
switch) bagi mengelakkan kerosakan perkakasan
sebelum meninggalkan pejabat (jika berlaku kejadian
seperti petir, kilat dan sebagainya);
(v) Semua media storan yang mengandungi data kritikal
hendaklah disimpan di dalam peti keselamatan yang
mempunyai ciri-ciri keselamatan termasuk tahan dari
dipecahkan, api, air dan medan magnet;
(w) Perkakasan backup hendaklah diletakkan di tempat yang
terkawal (peti keselamatan); dan
(x) Mengadakan salinan atau pendua (backup) pada media
storan kedua bagi tujuan keselamatan dan bagi
mengelakkan kehilangan data.
5.6.3 Peralatan Di Luar Premis
Perkakasan yang dibawa keluar dari Wisma Pertahanan adalah
terdedah kepada pelbagai risiko. Perkara-perkara yang perlu
dipatuhi adalah seperti berikut:
(a) Peralatan perlu dilindungi dan dikawal sepanjang masa;
dan
(b) Penyimpanan atau penempatan peralatan mestilah
mengambil kira ciri-ciri keselamatan yang bersesuaian.
5.6.4 Bekalan Kuasa Elektrik
Bekalan kuasa merupakan punca kuasa elektrik yang
dibekalkan kepada peralatan ICT. Perkara-perkara yang perlu
dipatuhi adalah seperti berikut:
(a) Semua peralatan ICT hendaklah dilindungi dari kegagalan
bekalan elektrik dan bekalan yang sesuai hendaklah
disalurkan kepada peralatan ICT; dan
(b) Peralatan sokongan seperti ‘Uninterruptable Power
Supply’ (UPS) dan penjana (generator) digunakan bagi
perkhidmatan kritikal seperti di bilik server supaya
mendapat bekalan kuasa berterusan.
5.6.5 Kabel
Kabel komputer (networking) hendaklah dilindungi kerana ia
boleh menyebabkan maklumat rahsia menjadi terdedah.
Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil adalah seperti
berikut:
36
(a) Menggunakan kabel mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan;
(b) Melindungi kabel daripada kerosakan yang disengajakan
atau tidak disengajakan;
(c) Melindungi laluan pemasangan kabel sepenuhnya bagi
mengelakkan ancaman kerosakan dan ‘wire tapping’; dan
(d) Semua kabel perlu dilabelkan dengan jelas dan mestilah
melalui ‘trunking’ bagi memastikan keselamatan kabel
daripada kerosakan dan pintasan maklumat.
5.6.6 Backup
Bagi memastikan sistem dapat dibangunkan semula setelah
berlakunya bencana, backup hendaklah dilakukan setiap kali
konfigurasi berubah. Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah
seperti berikut:
(a) Membuat backup keselamatan ke atas semua sistem
perisian dan aplikasi sekurang-kurangnya dua (2) kali
sebulan atau setelah mendapat versi terbaru;
(b) Membuat backup ke atas semua data dan maklumat
mengikut keperluan operasi. Kekerapan backup
bergantung pada tahap kritikal maklumat;
(c) Menguji sistem backup dan prosedur ‘restore’ sedia ada
bagi memastikan ianya dapat berfungsi dengan
sempurna, boleh dipercayai dan berkesan apabila
digunakan khususnya pada waktu kecemasan;
(d) Menyimpan sekurang-kurangnya tiga (3) generasi
backup; dan
(e) Merekod dan menyimpan salinan backup di lokasi yang
berlainan dan selamat.
5.7 Prosedur Pemantauan Kebersihan Kafeteria
Prosedur ini menerangkan keperluan pengurusan dan penilaian aspek
kebersihan bagi premis makanan di Wisma Pertahanan. Prosedur ini
merangkumi semua aktiviti koordinasi pemantauan kebersihan premis
makanan di Wisma Pertahanan.
(a) Semua pengendali makanan telah menjalani pemeriksaan
kesihatan termasuk mendapat suntikan vaksin tifoid;
(b) Semua pengendali makanan telah mengikuti Kursus Pengendali
Makanan;
(c) Mempunyai lesen perniagaan yang sah; dan
37
(d) Hubungi Cawangan Logistik, Bahagian Khidmat Pengurusan
(Unit Tadbir di talian 03-4012 8002/8003) bagi sebarang aduan
berkaitan dengan kafeteria.
5.8 Prosedur Keselamatan Semasa Membuat Lawatan Tapak
Untuk memastikan setiap pegawai berada di dalam keadaan selamat
dan sihat semasa menjalankan tugas lawatan tapak, langkah-langkah
keselamatan perlu diambil kira. Penggunaan peralatan keselamatan
semasa mengadakan lawatan tapak adalah perlu dipatuhi oleh setiap
lapisan warga kerja Mindef, Setiap lapisan warga kerja Mindef yang
hendak membuat lawatan tapak perlulah mematuhi perkara-perkara
seperti berikut:
(a) Memaklumkan kepada Ketua Bahagian/Pegawai Atasan
mengenai lokasi dan tujuan menjalankan lawatan tapak;
(b) Memakai kasut dan pakaian yang bersesuaian;
(c) Bagi melindungi diri dari cahaya matahari, pemakaian topi
pelindung cahaya yang dibekalkan oleh Jabatan adalah
digalakkan; dan
(d) Pihak polis hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu sebelum
lawatan tapak ke kawasan yang merbahaya.
5.9 Prosedur Keselamatan Bagi Kesempurnaan Kenderaan Jabatan
Pemandu hendaklah mengetahui dan mempunyai senarai semak
perkara-perkara seperti berikut sebelum menghidupkan enjin
kenderaan, semasa menghidupkan enjin kenderaan, sebelum bertolak
dan sebagainya.
(a) Pemandu mestilah memeriksa keadaan kenderaan secara
umum;
i) Minyak enjin mencukupi
ii) Angin tayar kenderaan termasuk tayar simpanan
iii) Air radiator
iv) Bateri kering
v) Minyak brek
vi) Minyak ‘power steering’
(b) Peralatan dan dokumen dibawa bersama;
i) Jack
ii) Pembuka tayar
iii) Peti Pertolongan Cemas
iv) Tanda segi tiga
38
v) Pemadam Api jenis CO2 (gas)
vi) Tayar simpanan
vii) Cukai jalan
viii) Smart Tag dan Kad ‘Touch N Go’
(c) Ketika enjin dihidupkan;
i) Pastikan bunyi enjin memuaskan
ii) Tiada asap hitam
iii) Meter kepanasan tidak melebihi had
iv) Brek berfungsi dengan baik
v) Lampu isyarat berfungsi
vi) Lampu brek berfungsi
vii) Penghawa dingin berfungsi
viii) Pemancut air berfungsi (wiper)
ix) Lampu amaran berfungsi
x) Tali pinggang keledar untuk pemandu dan penumpang
dalam keadaan baik
xi) Cermin sisi berkeadaan baik
(d) Buku Log dan Rekod Kad Minyak dan kad ‘Touch n Go’
yang diguna perlu direkodkan;
i) Nama pemandu
ii) Kenderaan yang digunakan
iii) Masa bertolak
iv) Rekod jarak perjalanan (bacaan odometer)
v) Buku Log dan rekod Kad Minyak dan kad ‘Touch n
Go’ diserahkan kepada Penyelia Kenderaan untuk
semakan dan tandatangan pengesahan Pegawai
Kenderaan setiap bulan.
(e) Penyelenggaraan Kenderaan Jabatan
i) Pemandu hendaklah memastikan penyelenggaraan
berkala daripada pihak yang bertauliah atau yang
dicadangkan oleh pihak pengeluar kenderaan tersebut.
ii) Rekod Laporan Penyelenggaraan hendaklah difailkan.
iii) Pemandu hendaklah bertanggungjawab memastikan alat
ganti yang digunakan adalah tulen.
iv) Pemandu hendaklah memastikan penjagaan tayar
bersesuaian dengan kenderaan.
v) Pemandu hendaklah bertanggungjawab memastikan
kenderaan dalam keadaan bersih.
39
(f) Tempat Letak Kenderaan
i) Pemandu perlu memastikan kenderaan di letak di petak
yang telah ditetapkan.
ii) Ketika berada di luar kawasan pejabat pemandu
perlu memastikan di letak di tempat yang selamat
dengan kawalan rapi
40
BAHAGIAN IV:
GARIS PANDUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN
6.0 Kemudahan Peti Pertolongan Cemas (PPC)
Garis panduan ini adalah untuk menjelaskan langkah–langkah dan perkara yang
perlu dibuat dalam penyediaan Peti Pertolongan Cemas di tempat kerja.
6.1 Lokasi
(a) Setiap PPC hendaklah ditempatkan di lokasi yang ditanda
dengan terang, mempunyai pencahayaan yang cukup
dan mudah dicapai.
(a) Bilangan PPC hendaklah mencukupi dengan kawasan
kerja dan bilangan pekerja/ penghuni sesuatu tempat
kerja.
(b) Semua warga kerja/pengguna hendaklah dimaklumkan
tentang lokasi PPC ditempatkan.
6.2 Kandungan
(a) PPC hendaklah mempunyai kuantiti bahan-bahan
pertolongan cemas yang sesuai dan mencukupi. Senarai
kandungan PPC yang disarankan adalah seperti berikut:-
i) Kapas putih
ii) Kain pembalut (bandages)
iii) Paracetamol – Panadol
iv) Ubat luka – Iodin
v) Minyak angin
vi) Handsplast
vii) Pita pelekat
viii) Pin untuk bandage
ix) Gunting
x) Sarung tangan
xi) Penyepit kapas
xii) Deepheat sport
xiii) Krim antiseptic (Burnol Plus)
xiv) Eusolution
(b) Bahan-bahan yang tidak berkaitan dengan pertolongan
cemas hendaklah tidak disimpan dalam PPC. Di samping
itu, sebarang bahan-bahan berikut juga dilarang disimpan
di dalam PPC iaitu;
41
i) ubat-ubatan moden dan tradisional, termasuk yang
dikategorikan sebagai ‘OTC (over the counter)
drugs’
ii) ubat-ubatan/bahan untuk dimakan atau diminum
(c) PPC hendaklah sentiasa diperiksa bagi memastikan
kandungannya mencukupi sekurang-kurangnya dua (2)
kali setahun. Mana-mana bahan yang berkurangan
hendaklah ditambah dan bahan-bahan yang luput tarikh
atau rosak diganti semula.
6.3 Kos Penyediaan Dan Penyelenggaraan
Kos penyediaan dan penyelenggaraan PPC adalah di bawah
tanggungjawab Bahagian/Jabatan/Cawangan masing-masing.
6.4 Rujukan
Guidelines on first-aid facilities in the workplace (2nd Edition)
2004. Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan,
Malaysia.
6.5 Kawalan Risiko di Tempat Kerja
Mengawal risiko kemalangan di tempat kerja adalah kaedah
asas dalam melindungi pekerja. Perlaksanaan sistem yang lebih
selamat dapat mengawal atau mengurangkan risiko bencana,
kemalangan, mendapat penyakit dan kecederaan di tempat
kerja.
6.5.1 Program Kawalan Risiko
Berikut adalah perkara-perkara yang terdedah dengan risiko
kemalangan di tempat kerja dan langkah-langkah yang perlu
dipatuhi:
(a) Peralatan elektrik dan lampu
i) Memastikan semua peralatan pejabat berfungsi
dengan baik
ii) Memastikan lampu berfungsi dengan baik.
iii) Membuat laporan segera sekiranya berlakunya litar
pintas dan lampu tidak berfungsi.
42
(b) Suis elektrik dan plug
i) Memastikan semua suis dan plug berfungsi dengan
baik.
ii) Melaporkan sekiranya terdapat suis dan plug yang
rosak.
iii) Kenalpasti kedudukan alat pecah kaca untuk
mengaktifkan penggera sekiranya berlaku
kebakaran.
iv) Perlu memastikan memadam dan menutup semua
suis dan plug pada waktu tamat bekerja sebagai
langkah penjimatan dan keselamatan.
(c) Bilik ‘server’
i) Bilik server perlu sentiasa dikunci.
ii) Tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran kecuali
pegawai-pegawai yang ditugaskan.
iii) Menempatkan alat pemadam api jenis CO2 (gas)
sebagai persediaan kebakaran.
iv) Server perlu disimpan di dalam kabinet besi yang
kukuh.
v) Memastikan suhu penghawa dingin di dalam bilik
server sentiasa terkawal.
(d) Bilik simpanan fail dan dokumen
i) Berhati-hati ketika mengubah kedudukan peralatan
yang berat seperti almari, meja, peralatan, kotak, fail
dan dokumen supaya tidak mengalami kecederaan
manual. Gunakan tangga dan troli jika perlu.
ii) Dilarang merokok di dalam ruang pejabat bagi
mengelakkan terdedah kejadian kebakaran.
iii) Menempatkan alat pemadam api mudah alih
sebagai persediaan kebakaran.
(e) Siling
Membuat laporan segera kepada Cawangan
Penyelenggaraan Bangunan, Bahagian Khidmat
Pengurusan sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada
struktur bangunan seperti dinding retak dan siling bocor/
pecah.
(f) Tangga laluan kecemasan
i) Pastikan laluan pejalan kaki dalam dan luar pejabat
tidak dihalang oleh peralatan, perabot, dawai elektrik
dan lain-lain. Ini bagi memastikan laluan selamat
43
untuk digunakan sekiranya berlaku kecemasan atau
kebakaran.
ii) Memastikan semua kakitangan jabatan mengetahui
kedudukan pelan kecemasan kebakaran dan
memahami tanda-tanda laluan kecemasan di dalam
pelan.
6.5.2 Program Kesedaran Kawalan Risiko Di Tempat Kerja
(a) Menyediakan latihan kebakaran (dianjurkan oleh
Cawangan Penyelenggaraan Bangunan) bersama
Jabatan Bomba dan Penyelamat.
(b) Menyediakan program ceramah dan taklimat kesihatan
(c) Mengadakan taklimat mengenai kesedaran kawalan risiko
di tempat kerja kepada semua lapisan kakitangan.
6.5.3 Rujukan
Untuk keterangan lanjut berhubung proses penaksiran risiko di
tempat kerja, rujuk Garis Panduan Pengenalpastian Bahaya,
Penilaian Risiko dan Kawalan Risiko 2008 (Guidelines for
Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control-
HIRARC 2008) yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan, Malaysia.
6.6 Audit Dalaman Keselamatan Dan Kesihatan Jabatan
(a) Audit dalaman hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya sekali
setahun di setiap tingkat dan meliputi semakan seperti berikut:-
i) Kemudahan;
ii) Struktur dalaman pejabat; dan
iii) Persekitaran
(b) Audit Dalaman dijalankan oleh wakil-wakil pekerja dari tingkat
yang berlainan dengan tempat bertugas.
(c) Hasil dari audit dalaman akan diambil tindakan penambahbaikan
(bagi tindakan segera) dan dilaporkan di dalam mesyuarat
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan.
(d) Panduan Senarai Semak bagi menjalankan audit dalaman
Keselamatan dan Kesihatan boleh dirujuk seperti di Lampiran 6.
44
BAHAGIAN V:
LAMPIRAN
LAMPIRAN 1
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994
PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PEMBERITAHUAN
MENGENAI KEMALANGAN, KEJADIAN BERBAHAYA, KERACUNAN PEKERJAAN DAN PENYAKIT
PEKERJAAN) 2004
JADUAL KEDUA
KEJADIAN BERBAHAYA
BAHAGIAN I
KEJADIAN BERBAHAYA YANG BOLEH DIBERITAHU APABILA
BERLAKU DI MANA-MANA
KERUNTUHAN PERANCAH
1. Keruntuhan atau keruntuhan sebahagian daripada mana-mana perancah yang tingginya lebih
daipada 5 meter yang mengakibatkan sebahagian besar daripada perancah jatuh atau terbalik.
KERUNTUHAN BANGUNAN ATAU STRUKTUR
2. Di mana-mana bangunan atau struktur yang dalam pembinaan, pembinaan semula,
pengubahsuaian atau perobohan, keruntuhan atau keruntuhan sebahagian daripada mana-mana
bahagian bangunan atau struktur itu, atau daripada mana-mana topang sementara, kecuali jika cara
dan takat keruntuhan atau keruntuhan sebahagian disengajakan.
LINTAR PINTAS ELEKTRIK
3. Litar pintas atau beban lampau elektrik yang disertai api atau letupan yang mengakibatkan
pemberhentian loji yang terlibat selama lebih daripada 24 jam dan yang mungkin boleh menyebabkan
kecederaan badan yang serius kepada mana-mana orang.
PELEPASAN BAHAN
4. Pembebasan atau pelepasan tidak terkawal apa-apa bahan atau agen dalam hal keadaan yang
mungkin boleh menyebabkan kerosakan kepada kesihatan atau kecederaan yang serius kepada
mana-mana orang.
LETUPAN, KEBAKARAN ATAU KEGAGALAN STRUKTUR
5. Letupan, kebakaran atau kegagalan struktur yang menjejaskan keselamatan atau kekuatan mana-
mana tempat kerja atau loji yang terdapat di dalam tempat kerja itu.
6. Apa-apa letupan atau kebakaran yang berlaku di mana-mana tempat kerja yang berpunca
daripada penyalaan bahan terproses, barangan sampingan atau barangan siapnya yang
45