JALAN PEJABAT POS,
86500 BEKOK, JOHOR
07-922 1979 07-922 1979
[email protected]
Sjkt Bekok
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SJK (TAMIL) BEKOK, JOHOR
BARISAN SLT DAN MLT
TS25 2021
4.1 KONSEP
PERSEKITARAN
PEMBELAJARAN
MODUL 4
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN PROFESIONAL
SENARAI TOOLKIT
Modul 4 - Persekitaran Pembelajaran Profesional
Senarai Aktiviti Toolkit
4.1 Konsep Persekitaran Pembelajaran
A1 - Recap - Menyemak Pelaksanaan Tugasan TS25 ● Toolkit M4-A1-01
A2 - Konsep Persekitaran Pembelajaran yang positif ● Toolkit M4-A1-02
A3 - Pembangunan Profesional vs Pembelajaran Profesional
A4 - Senarai Semak Peranan PPS & RE ● Toolkit M4-A2-01
A5 - Inkuiri Pembelajaran Profesional ● Toolkit M4-A2-02
A6 - Autonomi Guru
● Toolkit M4-A3-01
A7 - Konsep Pelan Pembelajaran Profesional ● Toolkit M4-03-02
● Toolkit M4-A4-01
● Toolkit M4-A5-01
● Toolkit M4-A6-01
● Toolkit M4-A6-02
● Toolkit M4-A6-03
● Toolkit M4-A6-04
● Toolkit M4-A7-01
● Toolkit M4-A7-02
● Toolkit M4-A7-03
1
A3 - Pembangunan Profesional vs Pembelajaran Profesional
Toolkit M4-A3-02
Refleksi terhadap pembelajaran profesional
Peserta membuat refleksi terhadap pengalaman pembelajaran profesional masing-masing
dengan mencatatkan perkara-perkara berikut:
● Fikirkan tentang suatu ketika dalam kerjaya profesional anda, bila anda mempelajari
sesuatu yang baharu telah merubah amalan atau/dan cara anda bekerja. Pernahkah
rakan-rakan sejawat anda berkongsi sesuatu perkara yang menyebabkan anda
memikirkan semula amalan anda selama ini?
● Pelbagai ilmu dikongsikan oleh rakan sejawat saya sepanjang perkhidmatan saya
sebagai seorang guru. Sebagai contoh, ketika saya memulakan perjalanan saya
sebagai seorang pendidik di sebuah sekolah di daerah Kluang, saya meghadapi sedikit
cabaran ketika memulakan PdPC di sesebuah kelas. Saya dibantu oleh Ketua Panitia
Sains di sekolah tersebut dalam membina pelbagai set induksi untuk menarik minat
murid dalam PdPC. Sehingga kini, saya masih berpegang teguh dengan nasihat dan
dorongan dari beliau dan hal ini membantu saya untuk menyampaikan pengajaran saya
secara berkesan kepada murid.
Peserta membincangkan pengalaman pembelajaran profesional masing-masing dalam
kumpulan kecil.
● Apakah faktor yang mempengaruhi pembelajaran profesional tersebut sehingga menjadi
sebahagian daripada amalan rutin anda?
Penyediaan set induksi yang berbeza membuatkan saya sebagai seorang guru
matapelajaran Sains dapat menarik minat murid untuk mengikuti kelas tersebut. Murid-
murid akan memberikan perhatian sepanjang PdPC tersebut. Hal ini dapat membantu
murid-murid mencapai objektif PdPC tersebut.
Bagaimanakah anda menerima sokongan?
Sokongan yang saya terima adalah melalui penglibatan murid sepanjang PdPC tersebut.
Malah, saya menerima pujian daripada Guru Besar ketika sesi pemantauan. Guru Besar
memuji keberkesanan set induksi yang disediakan ketika PdPC.
2
A4 - Senarai Semak Peranan PPS & RE
Toolkit M4-A4-01
Pertimbangkan peranan anda dalam pembinaan persekitaran pembelajaran profesional di
sekolah anda.
Bil. Item Ya Tidak
1. Adakah anda terlibat dalam pembelajaran profesional yang aktif √
dan bersungguh-sungguh?
2. Adakah anda menggalakkan yang lain untuk belajar dan terlibat √
dalam program atau aktiviti baharu?
3. Adakah anda seorang peserta yang menumpukan perhatian √
dalam aktiviti pembelajaran profesional?
4. Adakah anda sentiasa menyemak maklumat perkembangan √
pembelajaran murid?
5. Adakah anda menggalakkan penglibatan seluruh warga sekolah √
dalam membuat keputusan?
6. Adakah anda terbuka menerima idea dan cadangan baharu? √
7. Adakah anda bekerjasama dengan guru-guru untuk √
meningkatkan amalan pengajaran?
8. Adakah anda menggalakkan guru berkolaborasi semasa √
merancang?
9. Adakah anda menggalakkan hubungan melalui bimbingan dan √
pementoran?
10. Adakah anda sentiasa memudahkan aktiviti dan tindakan √
susulan?
11. Adakah anda menghormati dan menghargai perspektif guru? √
12. Adakah anda berkongsi dapatan daripada strategi baharu √
dengan semua guru?
(Adaptasi daripada Guskey, 2000)
Jadual 1: Senarai Semak Peranan PGB
3
A5 - Inkuiri Pembelajaran Profesional
Toolkit M4-A5-01
Peranan pemimpin sekolah dalam perancangan PP
Perancangan PP bermula dengan refleksi PGB berdasarkan Rajah 1 melalui inkuiri terhadap
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh guru dan murid, walaupun mercu bagi PP
adalah perancangan secara kolaboratif oleh ahli jawatankuasa PD/PP dalam pembelajaran
kolaboratif. PGB mempunyai dua peranan utama dalam PP iaitu sebagai Pemimpin
Instruksional (Pengajaran) dan Pemimpin Transformatif (Darling-Hammond et al., 2007).
Sebagai pemimpin instruksional, PGB memberikan tumpuan kepada penambahbaikan amalan
PdPc secara langsung. Sementara sebagai seorang pemimpin transformatif, PGB
mensasarkan perubahan budaya sekolah untuk menyokong pembugaran persekitaran
pembelajaran dalam kalangan warga. Keputusan dibuat secara kolaboratif terhadap semua
inisiatif berkaitan PP supaya guru dapat merasakan kepentingan PP kepada diri masing-
masing. Langkah ini memberikan impak terhadap pelaksanaan PP kerana suara guru didengari,
dipertimbangkan, dihormati, dan dihargai (Ross et al., 2011). Pada masa yang sama, guru
diberdayakan dan diberi autonomi profesional untuk terlibat dengan lebih bermakna dalam
membuat keputusan dan mengerah tenaga mempertingkatkan PdPc melalui pembelajaran dan
eksperimen berterusan (Schmoker, 2004, in Ross et al., 2011).
Adaptasi daripada H. Timperley, A. Wilson, H. Barrar & I. Fung (2007)
Rajah 1: Model Inkuiri Pembelajaran Profesional
4
Langkah Aktiviti
Langkah 1
Langkah 2 Membuat kaji selidik dan mengumpul data tentang kemahiran dan
Langkah 3 pengetahuan yang diperlukan oleh murid dan guru.
Langkah 4
Langkah 5 Mengenal pasti fokus kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan
oleh pemimpin melalui data kaji selidik.
Pemimpin mendalami kemahiran dan pengetahuan melalui kursus
atau bengkel yang dianjurkaan oleh JPN atau PPD.
Merancang dan melaksanakan bengkel pengetahuan dan kemahiran
yang diperlukan oleh murid dan guru
Membuat penilaian terhadap tindakan perubahan yang dilaksanakan
oleh guru dan murid untuk memperolehi impak yang diharapkan.
Jadual 2 : Aktiviti berasaskan Model Inkuiri PP
5
A6 - Autonomi Guru
Toolkit M4-A6-01
Autonomi Guru
Kajian menunjukkan bahawa persekitaran berkerja boleh meningkatkan pengajaran guru dan
mengurangkan kadar pergeseran dalam kalangan guru (Pearson and Moomaw 2005). Salah
satu elemen persekitaran tersebut ialah kawalan guru terhadap aktiviti di bilik darjah,
dinamakan sebagai autonomi guru (Ingersoll and May 2012). Autonomi guru merupakan satu
aspek yang kompleks kerana perlu wujud keseimbangan antara sistem persekolahan dengan
ruang dan peluang dalam pengajaran di bilik darjah (Ingersoll and May 2012). Ramai sarjana
menyarankan supaya guru diberikan ruang dan peluang (some degree of autonomy) untuk
menggunakan pertimbangan profesional mereka menyesuaikan pengajaran dengan kebolehan
pelajar dalam situasi dan konteks yang berbeza (Glazer 2008). Kajian mendapati bahawa
autonomi guru mempunyai hubungkait dengan kepuasan berkerja dan kekal dalam profesion
keguruan (Ingersoll and May 2012).
Teacher autonomy is
… the capacity, freedom, and/or responsibility to
make choices concerning one’s own teaching
(Aoki, 2002: 111)
… the ability to develop appropriate skills, knowledge
and attitudes for oneself as a teacher, in
cooperation with others
( Smith, 2003: 1)
… teachers’ willingness, capacity and freedom to take
control of their own teaching and learning
(Huang, 2005: 206)
1. Teacher autonomy IS NOT an independence or isolation.
2. Teacher autonomy CAN NOT be interpreted as additional responsibilities given to the
teachers.
3. Teacher autonomy CAN NOT be explained as an exclusive psychological, technical or
political issue.
4. Teacher autonomy IS NOT a static entity that some people possess and others do not.
5. Teacher autonomy DOES NOT refer to an absolute state of freedom from constraints.
(Usma, 2007:24)
6
A6 - Autonomi Guru
Toolkit M4-A6-02
Soal Selidik Autonomi Guru - Persekitaran Pengajaran
Bil. Item
1. Adakah anda berpuas hati dengan pekerjaan semasa anda?
❏ Sangat berpuas hati
❏ Berpuas hati
❏ Tidak pasti
❏ Tidak berpuas hati
❏ Sangat tidak berpuas hati
2. Bagaimanakah anda memerihalkan beban pengajaran yang diberikan kepada
anda di bilik darjah?
❏ Sangat berat
❏ Berat
❏ Tidak berat atau ringan
❏ Ringan
❏ Sangat ringan
3. Bagaimanakah anda menerangkan beban perkeranian yang diberikan kepada
anda sebagai guru?
❏ Sangat berat
❏ Berat
❏ Tidak berat atau ringan
❏ Ringan
❏ Sangat ringan
4. Bagaimanakah anda menerangkan tahap tekanan persekitaran kerja anda?
❏ Sangat tinggi
❏ Tinggi
❏ Sederhana
❏ Rendah
❏ Sangat rendah
5. Adakah anda berpuas hati dengan kadar gaji semasa anda?
❏ Sangat berpuas hati
❏ Berpuas hati
❏ Tidak pasti
❏ Tidak berpuas hati
7
❏ Sangat tidak berpuas hati
6. Adakah anda aktif dalam mana-mana kumpulan kerja atau jawatankuasa di
sekolah anda?
❏ Ya
❏ Tidak
7. Adakah anda aktif dalam mana-mana kumpulan kerja atau jawatankuasa di PPD
anda?
❏ Ya
❏ Tidak
8. Adakah anda berminat untuk bertukar perkhidmatan (kerjaya) dalam
jawatan/bidang pentadbiran atau penyeliaan dalam masa terdekat?
❏ Ya
❏ Tidak
9. Adakah anda telah mula melanjutkan pengajian pada tahap yang lebih tinggi?
❏ Ya
❏ Tidak; tapi merancang dalam tempoh 2 tahun
❏ Tidak; tiada apa-apa perancangan
10. Berapakah kekerapan pihak pentadbiran sekolah mempertimbangkan pendapat
panatia terhadap perkara yang memberi kesan langsung kepada mereka?
❏ Kerap
❏ Jarang
❏ Sekali sekala
❏ Tidak pernah
11. Bagaimanakah anda menilai keterbukaan dan kepercayaan pentadbir sekolah
terhadap guru?
❏ Melebihi purata
❏ Purata
❏ Bawah purata
❏ Tidak memuaskan
12. Bagaimanakah anda menilai pentadbiran sekolah dari segi penglibatan guru
dalam menyediakan dasar sekolah yang berkaitan pekerjaan mereka?
❏ Cemerlang
❏ Melebihi purata
❏ Purata
❏ Bawah purata
8
❏ Tidak memuaskan
13. Bagaimana anda menilai pentadbiran sekolah dari segi kekerapan memberikan
pengiktirafan terhadap prestasi tinggi dalam kalangan panatia?
❏ Cemerlang
❏ Melebihi purata
❏ Purata
❏ Bawah purata
❏ Tidak memuaskan
Adaptasi daripada Moomaw (2005).
9
TUGASAN SOALAN 1: KEMASKINI PELAKSANAAN PROGRAM TS25
BIL. TUGASAN KRITERIA KEJAYAAN TINDAKAN SLT TINDAKAN RAKAN ELIT CADANGAN BAHAN BUKTI
TUGASAN 1 - Pengemaskinian Pelaksanaan Program TS25
1. Kemaskini Menghasilkan satu Menyemak dan Membimbing SLT Infografik, roadmap, semakan
mengemaskini dalam membuat PInTaS atau lain-lain cara
Pelaksanaan dokumen yang pelaksanaan semakan dan yang difikirkan sesuai bagi
Program TS25 di mengemaskinikan pembuktian tugasan.
Program TS25 menunjukkan sekolah. pelaksanaan Program
TS25.
hubungkait inisiatif
Program TS25 yang
dirancang dan
dilaksanakan
merangkumi Modul 1,
Modul 2 dan Modul 3.
Bil. Program / Aktiviti / Inisiatif Pencapaian / Eviden Semakan/
Pengemaskinian
1 PROGRAM COACHING & BUKU COACHING & SESI PEMENTORAN DILAKSANAKAN
MENTORING MENTORING OLEH SCHOOL LEADER TEAM
KEPADA GURU-GURU.
2 PROGRAM PLC LAPORAN PLC PELAKSANAAN PROGRAM PLC
SETIAP BULAN BAGI
MATAPELAJARAN TERAS DAN 2
BULAN SEKALI BAGI
MATAPELAJARAN BUKAN TERAS.
3 PROGRAM PEMANTAPAN TP TEMPLAT PELAPORAN PBD PROGRAM CATCH UP PLAN YANG
MATAPELAJARAN MATEMATIK MENFOKUSKAN KEPADA AKTIVITI
PENGUKUHAN & PENGGAYAAN
4 PROGRAM 95% KEHADIRAN MURID APLIKASI APDM PEMBERIAN HADIAH & STICKER
KE SEKOLAH KEPADA MURID-MURID YANG
MEMPUNYAI KEHADIRAN PENUH.
5 PROGRAM PEMANTAPAN SIJIL KECEMERLANGAN PELAKSANAAN LATIHAN SECARA
OLAHRAGA MURID-MURID ATAS TALIAN BAGI MURID-MURID
YANG DISASARKAN BAGI SETIAP
PERTANDINGAN OLAHRAGA.
PELAN INTERVENSI TRANSFORMASI SEKOLAH (PInTaS)
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13
BIDANG DATA BIDAN TOV / KRITERI INISIA PIHAK TEMP KEPERL KAEDAH DAPA PENIL KOS
KEBERHA DIKUM G BASEL A TIF BERTANG OH UAN PEMANT TAN AIAN SEBE
MAS EVIDE NAR
SILAN PUL FOKU INE KEJAYA PLC GUNG A SUMBE AUAN NS &
S AN Matem JAWAB R TINDA RM 50
Guru Pencap 0% atik Oktob Kehadiran Kehadir
Berkualiti aian PdP menca (ETR / KP er LCD, PLC an K
penilaia berkes pai INDIKA Matematik hingga bahan 100% SUSUL
n an tahap TOR) Disem PLC Laporan guru
sumatif pengua ber PLC sangat RUMUS
1 tahun (khusus saan 4 33.3% Kos berpua AN:
6 2021 : Mata dalam mencapa 2 hari Anggara Maklum s hati 33.3%
(0% pelajar mata i tahap n balas guru dengan murid
mencap an pelajar penguas (RM50) pengisi mencap
ai tahap Matem an aan 4 Borang an PLC ai tahap
pengua atik) Matem dalam PBD pengua
saan 4 atik mata 33.3% saan 4
dalam pelajara murid dalam
mata n menca mata
pelajara Matema pai pelajara
n tik tahap n
Matem pengua Matem
atik) saan 4 atik.
dalam Inisiatif
mata mencap
pelajar ai ETR.
an PLC
Matem diterusk
atik. an
dengan
lebih
berkesa
n
RM 0
SKPMg2 Pencer 33.3% 100% Pencer GB & GPK Sebula Borang Pemantau 100% 100%
Standar apan guru guru apan n pencera an PdPc guru guru
d4 PdP menca mencapa PdP Ketua sekali pan, menca mencap
Jumlah berkes pai i berkes Panitia & kompute Pemerhati pai ai
Skor an tahap kompete an Guru Sekali r an kompet kompet
SKPMg2 cemerl nsi tahap sebula (RM0) (Suara ensi ensi
Standar (khusus ang cemerla Learnin n Laporan Murid) tahap tahap
d4 : semua dalam ng dalam g Walk PLC cemerl cemerla
(33.3% guru skor skor (PLC) ang ng
mencap yang SKPMg SKPMg2 dalam dalam
ai tahap berada 2 Standard skor skor
cemerla di Standar 4. SKPMg SKPMg2
ng). tahap d 4. 2 Standar
baik) Standar d 4.
d 4.
Inisiatif
mencap
ai ETR.
Pencera
pan PdP
berkesa
n akan
diterusk
an
dengan
menga
mbil
kira
guru
yang
belum
mencap
ai
kompet
ensi
tahap
cemerla
ng
MODUL 4
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN PROFESIONAL
SENARAI TOOLKIT
Modul 4 - Persekitaran Pembelajaran Profesional
Senarai Aktiviti Toolkit
4.1 Konsep Persekitaran Pembelajaran
A1 - Recap - Menyemak Pelaksanaan Tugasan TS25 ● Toolkit M4-A1-01
A2 - Konsep Persekitaran Pembelajaran yang positif ● Toolkit M4-A1-02
A3 - Pembangunan Profesional vs Pembelajaran Profesional
A4 - Senarai Semak Peranan PPS & RE ● Toolkit M4-A2-01
A5 - Inkuiri Pembelajaran Profesional ● Toolkit M4-A2-02
A6 - Autonomi Guru
● Toolkit M4-A3-01
A7 - Konsep Pelan Pembelajaran Profesional ● Toolkit M4-03-02
● Toolkit M4-A4-01
● Toolkit M4-A5-01
● Toolkit M4-A6-01
● Toolkit M4-A6-02
● Toolkit M4-A6-03
● Toolkit M4-A6-04
● Toolkit M4-A7-01
● Toolkit M4-A7-02
● Toolkit M4-A7-03
1
A1 - Recap - Menyemak Pelaksanaan Tugasan TS25
Toolkit M4-A1-01
Quick Wins TS25
Nama Sekolah: SJK (TAMIL) BEKOK
Nama Pengetua / Guru Besar: CG D.SENTHILVADIVU
Bil. Program / Aktiviti / Inisiatif Pencapaian / Cara Meraikan /
Eviden Kumpulan Sasaran
1 PROGRAM COACHING & BUKU COACHING & PASUKAN SCHOOL
MENTORING MENTORING LEADER TEAM
2 PROGRAM PLC LAPORAN PLC KETUA PANITIA
3 PROGRAM PEMANTAPAN TP TEMPLAT PASUKAN SCHOOL
MATAPELAJARAN MATEMATIK PELAPORAN PBD LEADER TEAM &
KETUA PANITIA
2
A1 - Recap - Menyemak Pelaksanaan Tugasan TS25
Toolkit M4-A1-02
Video: Life Lessons of The Chinese Bamboo Plant
URL: https://youtu.be/2nFDmrLGgYM
Tempoh: 9.13 min
Pengajarannya (Lesson Learned) Babak dalam video
1) Kita perlu percaya apa yang kita buat walaupun 0.18-0.28
hasilnya tidak dapat diperolehi dengan cepat.
2) Bagi mencapai kejayaan kita perlu banyak 0.29-0.50
bersabar. 0.51 – 1.09
3) Kita sentiasa perlu bersedia dengan pelan B
bagi memastikan kita sentiasa bersedia untuk
menghadapi cabaran.
4) Kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi 2.02-2.14
kritikan dan cemuhan orang lain dalam
perjalanan mencapai kejayaan.
5) Sesi refleksi kendiri dapat membantu kita untuk 2.16-2.26
bersedia menghadapi cabaran.
6) Kejayaan hanya boleh dicapai dengan 3.36-4.00
ketabahan dan kepercayaan terhadap
kebolehan diri-sendiri.
7) Keberanian dan ketabahan dengan penuh 5.42-6.54
kepercayaan untuk mencapai kejayaan adalah
penting untuk mengapai kejayaan itu sendiri.
3
A2 - Konsep Persekitaran Pembelajaran positif
Toolkit M4-A2-01
PENGENALAN
Pembelajaran Profesional Guru
Di sebalik teori pembelajaran dewasa, telah muncul pandangan yang konsisten terhadap
pembelajaran di tempat kerja (Jarvis, 1987; Marsick & Watkins, 1990; Smylie, 1995). Smylie
(1995) bagi menyemak semula teori pembelajaran dewasa untuk memahami pembelajaran
profesional guru, penambahbaikan dan reformasi sekolah. Dirumuskan bahawa dalam
kebanyakan teori pembelajaran dewasa, pembelajaran di tempat kerja didapati aktif dan proses
konstruktif yang berorientasikan masalah, berlandaskan persekitaran sosial, dan berlaku
sepanjang kehidupan orang dewasa. Berinspirasikan pandangan ini serta selaras dengan
pembelajaran berasaskan perspektif ‘situated cognitive’ (Anderson, Greeno, Reder, & Simon,
2000; Clarke & Hollingsworth, 2002; Kwakman, 2003; Putnam & Borko, 2000), pembelajaran guru
dilihat sebagai proses konstruktif, melibatkan budaya dan sosial setempat. Daripada perspektif
ini, fokus pembelajaran guru adalah aktiviti profesional di sekolah dan menjadi peserta dalam
komuniti pembelajaran (Sfard, 1988; Ten Dam & Blom, 2006). Melalui perspektif ini, guru
bertanggungjawab terhadap fungsi profesional dan meraih pengetahuan yang diperlukan serta
‘repertoire of activities’ untuk terlibat secara kritikal dalam amalan sosial dan budaya berkaitan
pendidikan. Penglibatan guru dalam pelbagai aktiviti profesional di sekolah akan merangsang
pembangunan profesional mereka dan penambaikan sekolah sekaligus meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran.
Menjadikan sekolah sebagai tempat pembelajaran guru, adalah penting untuk mengiktiraf
bahawa bukan semua pembelajaran guru mempromosikan pembangunan profesional dan
penambaikan sekolah. Persoalan penting yang timbul ialah mengenal pasti aktiviti profesional
yang boleh meningkatkan penglibatan guru dan jenis pembelajaran guru yang perlu
dipromosikan. Berdasarkan teori pembelajaran dewasa dan konsep pengajaran, Smylie (1995)
telah mengenal pasti empat hasil pembelajaran yang penting untuk membolehkan guru
menangani perubahan yang pesat berlaku: perubahan konseptual, pemikiran reflektif,
eksperimentasi. dan inovasi. Sementara Kwakman (2003) mendapati jenis-jenis aktiviti
pembelajaran yang selari dengan saranan Smylie iaitu eskperimentasi dan refleksi sebagai aktiviti
penting untuk meningkatkan amalan pengajaran dan mempromosi pembelajaran murid.
Selanjutnya menyaran supaya guru mengemaskini pengetahuan melalui pembacaan literatur
profesional dan mengikuti pelbagai jenis latihan dengan memperoleh pengalaman dan
perkembangan baharu seperti kaedah pengajaran, kurikulum, pendidikan dan pengajaran secara
umum. Berdasarkan konsep pembelajaran melalui penglibatan, pembelajaran profesional guru
perlu memberi fokus terhadap aktiviti pembelajaran profesional berikut: mengikuti perkembangan
terkini, eksperimentasi, amalan reflektif dan inovasi. Berdasarkan taksonomi pembelajaran
dewasa (Jarvis, 1987)
4
Kepentingan Pembelajaran Profesional (PP)
Professional learning (PL) “enables teachers to work regularly together to improve their practice
and implement strategies to meet the needs of their students”
(Wei et al., 2010, p. ii).
Terdapat dua perbezaan yang implisit antara pembelajaran profesional dengan pembangunan
profesional (PD) iaitu amalan kolaborasi berterusan dan ciri kitaran terhadap penambahbaikan
amalan pengajaran. Kedua-duanya akan menunjang pemahaman mendalam terhadap
kepentingan pembelajaran profesional di sekolah.
Kepentingan PP semakin meningkat apabila berlakunya perkembangan pesat pengetahuan
dalam semua disiplin dan subjek (Ball, 2000; Schulman, 1986). Semua pendidik perlu terus
belajar untuk mengemaskini pengetahuan dan kemahiran masing-masing supaya pengajaran
mereka berasaskan kajian terkini dalam profesion keguruan. Pelaksanaan kurikulum standard
memerlukan guru melakukan perubahan dalam amalan PdPc di bilik darjah. Perancangan PP
yang mantap dapat memacu pentadbir dan guru melaksanakannya dengan jaya.
Apakah budaya / persekitaran pembelajaran profesional?
Pembelajaran profesional (PP) boleh meningkatkan kualiti guru dan sekolah. Ia akan
membugarkan budaya kolaborasi, saling menghormati, dan pertanggungjawaban bersama -
budaya yang peduli terhadap ‘suara’ guru, guru terlibat dalam membuat keputusan sekaligus
meningkatkan rasa sepunya (ownership) mereka terhadap pencapaian murid. Keberkesanan
pembelajaran profesional bergantung kepada tahap sokongan terhadap budaya / persekitaran.
“School culture must be conducive to critical enquiry, and provide opportunities for professional
dialogue” (Darling-Hammond & McLaughlin, M W., 1995)
Amanah merupakan aspek penting dalam budaya / persekitaran pembelajaran (Learning
Forward, 2014). Amanah sangat penting terutamanya dalam tempoh transformasi yang sedang
dilalui oleh pihak sekolah dengan memupuk kolaborasi untuk membugarkan pembelajaran
profesional. Semua guru saling berkolaborasi dan membantu ke arah perkembangan profesional
secara kolektif. Ini menjadikan urusan pengajaran sebagai urusan kolaboratif bukan lagi urusan
peribadi atau individu.
5
Rajah 1: Teras Pembelajaran Profesional (Adaptasi daripada Learning Forward, (2014))
6
Rajah 2: Huraian Teras PP (Adaptasi daripada Learning Forward, (2014))
7
A2 - Konsep Persekitaran Pembelajaran Profesional
Toolkit M4-A2-02
Senarai Teras Pembelajaran Profesional - Berdasarkan Keutamaan Sekolah
Senarai Teras Justifikasi
Keutamaan
1 Komuniti Pembelajaran Meningkatkan efisien pengajaran guru dan
pencapaian murid-murid dengan
membentuk satu komuniti pembelajaran
yang proaktif.
2 Kepimpinan Menentukan hala tuju program TS25.
3 Resos Meningkatkan keberkesanan guru dan
pencapaian murid-murid dengan
menitikberatkan kepada semua aspek
penjaminan kualiti: pementoran,
pengesanan, pemantauan dan
penyelarasan.
4 Data Merancang untuk mencapai keberkesanan
guru dan murid-murid dengan mengumpul
dan menilai data seperti audit akademik,
templat PBD dan sebagainya dengan
berkesan.
5 Reka Bentuk Mencapai pembelajaran yang optimum
Pembelajaran dan berkesan dengan menghubungkaitkan
semua elemen pengajaran.
6 Pelaksanaan Memberi kepentingan kepada
pelaksanaan program di sekolah dengan
berkesan.
7 Keberhasilan Meningkatkan keberkesanan kemahiran
mengajar guru dan pencapaian PBD
murid.
8
A3 - Pembangunan Profesional vs Pembelajaran Profesional
Toolkit M4-A3-01
Wujud perbezaan antara pembangunan profesional dan pembelajaran profesional.
Bagaimanakah pembangunan profesional berbeza dengan pembelajaran profesional?
Lengkapkan carta-T di bawah. Kongsikan tiga (3) elemen yang terdapat dalam carta-T anda
dengan kumpulan lain.
Pembangunan Profesional Pembelajaran Profesional
● Berfokuskan kepada ilmu dan ● Berfokuskan kepada kaedah
kemahiran profesional. penyampaian dan pembelajaran
profesional.
● mengembangkan kemahiran ● mengaplikasikan pengetahuan
pengetahuan profesional guru yang telah diperolehi bagi
mengembangkan bakat murid.
● bersifat informal ● Bersifat formal
● mengandungi aktiviti-aktiviti yang ● mengandungi aktiviti-aktiviti yang
memperkembangkan kemahiran
memperkembangkan kemahiran murid-murid.
pengetahuan, kepakaran dan ciri-ciri
lain seorang guru dalam • Sasaran adalah kepada murid
perkhidmatan. • Ke arah pembudayaan/bersistem
● Sasaran hanyalah untuk diri-sendiri
● Secara bercapah/pelbagai.
Carta - T
9
4.2 MENGANALISIS
PERSEKITARAN
PEMBELAJARAN
Tugasan 2:
Menghasilkan satu dokumen yang menunjukkan analisis jurang persekitaran pembelajaran
professional serta strategi merapatkan jurang.
Menghasilkan satu Pelan Persekitaran Pembelajaran Profesional Guru.
ANALISIS JURANG : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN Punca Cadangan merapatkan
SKOR Jurang jurang
BIL ASPEK 1 2 3 4 Jurang
Standard 4: Realiti TOV 1 MLT kurang Coaching &Mentoring
memainkan Ceramah motivasi
1 TUMS 4.1.1 Guru peranan kepada guru
Sebagai
ETR
Perancang
Standard 4: Realiti TOV 1 Pembelajaran Coaching &
2 TUMS 4.3.1 Guru berpusatkan Mentoring
Sebagai ETR guru Jelajah
Pembimbing pembelajaran
Realiti TOV 2 Pembelajaran Coaching & Mentoring
Standard 4: Berpusatkan guru Jelajah pembelajaran
Strategi pengajaran PLC-Kritikan video pdpc
3 TUMS 4.4.1 Tidak berasaskan guru/kumpulan belajar
Guru Sebagai PAK21 Guru kurang guru Dialog prestasi
ETR Kompetensi dalam
Pendorong
Minda
Menjalankan PAK21
Standard 4: Realiti TOV 2 Pembelajaran Coaching & Mentoring
ETR
4 TUMS 4.6.1 berpusatkan guru Jelajah pembelajaran
Murid Sebagai Realiti TOV Strategi pengajaran PLC-Kritikan video
tidak berasaskan Pdpc guru/kumpulan
Pembelajar ETR PAK21 belajar guru Dialog
prestasi
Aktif
Analisis 2 Pembelajaran Bengkel PLC/CPD
Keperluan
LDPA. berpusatkan guru Jelajah pembelajaran
Pengetahuan
5 Profesional : Strategi pengajaran Lawatan penanda aras
kursus
pembelajaran tidak berasaskan
berasaskan
projek PAK21 Kurang
pendedahan
Analisis Realiti TOV 2 Kurang Bengkel
pendedahan Kursus
Keperluan LDP PLC/CPD
Lawatan penanda
Pengetahuan aras
Profesional :
6 perkongsian ilmu
amalan terbaik
ETR
pedagogi
pendidikan
peringkat
antarabangsa
Oleh yang demikian, tindakan susulan atau penambahbaikan akan diambil dalam menghadapi jurang
persekitaran pembelajaran professional dalam kalangan guru-guru di sekolah ini. Antaranya adalah
mengemaskini Pelan Intervensi Pembelajaran Profesional Guru melalui aktiviti PInTaS yang telah
disediakan.
TUGASAN 1 : MENGANALISIS JURANG PERSEKITARAN PEMBELAJARAN PROFESIONAL
Persekitaran pembelajaran profesioanal membantu pihak sekolah dalam mengenal pasti bidang
fokus pembelajaran profesional dalam kalangan guru-guru. Keadaan ini adalah selaras dengan
idea utama bahawa guru adalah nadi transformasi di sekolah.
Berikut adalah dapatan analisis jurang persekitaran pembelajaran profesional yang telah
dilaksanakan dalam kalangan warga sekolah SJKT BEKOK melalui pautan
https://forms.gle/6BZMnWw3sQsjPMh28
Data adalah merujuk kepada Soal Selidik Autonomi Guru (Toolkit M4-A6-02) yang diperolehi
daripada 9 orang responden :
1. Adakah anda berpuas hati dengan pekerjaan semasa anda ?
Graf di atas menunjukkan bahawa seramai 22.2% guru sangat berpuas hati dengan kerjaya
mereka sekarang dan 55.6% pula berpuas hati. Ini membuktikan bahawa profesion keguruan
adalah pilihan yang tepat dan kerjaya yang dapat memberikan kepuasan serta keseronokan
bekerja kepada mereka. Manakala, 22.2% % pula memberikan jawapan setuju.
2. Bagaimanakah anda memerihalkan beban pengajaran yang diberikan kepada anda di bilik
darjah?
Sebanyak 11.1% atau seorang guru sahaja memberikan jawapan ‘Tidak berat atau ringan’ bagi
memerihalkan beban pengajaran yang diberikan kepada mereka di bilik darjah. Manakala,
22.2% menganggap tugasan tersebut adalah berat. Walhal, tugas hakiki seorang guru adalah
mendidik.
Keseronokan bekerja akan wujud sekiranya amalan-amalan positif diamalkan iaitu menganggap
kerja sebagai ibadat, mempunyai inisiatif sendiri, menghasilkan yang berfaedah, mempunyai
komitmen terhadap kerja dan bersedia bekerjasama.
3. Bagaimanakah anda menerangkan beban perkeranian yang diberikan kepada anda sebagai
guru?
Isu guru dibebani dengan tugas kerani itu sememangnya satu isu yang sering diutarakan warga
pendidik termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP). Namun
demikian, sebanyak 57.6% memberikan jawapan ‘Tidak berat atau ringan’ bagi menerangkan
beban perkeranian yang diberikan kepada mereka sebagai guru. Manakala, 33.3% menganggap
tugas perkeranian ini berat dan 11.1% lagi sangat berat.
Namun demikian, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari semasa ke semasa
sentiasa mengambil berat isu ini dan berusaha untuk menanganinya sebaik mungkin supaya
warga pendidik tidak terbeban dengan tugas perkeranian dan dapat mengoptimumkan tenaga
mengajar mereka sepenuhnya
4. Bagaimanakah anda menerangkan tahap tekanan persekitaran kerja anda?
Graf di atas menunjukkan 11.1% menganggap tahap tekanan persekitaran kerja mereka pada
tahap rendah, 44.4% sederhana dan 44.4% pula tinggi. Persekitaran pekerjaan juga
memerlukan situasi yang memuaskan. Ini kerana, persekitaran kerja turut mempengaruhi guru
dalam menjalankan tugas harian mereka antaranya keadaan persekitaran kelas, kemudahan
alat bantu mengajar dan alat kelengkapan yang lain untuk memudahkan perhubungan guru dan
murid. Justeru, bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif hubungan interpersonal
yang baik juga perlu bagi guru. Antaranya, berkongsi masalah dengan rakan sekerja, rakan
sekerja sentiasa memberi kerjasama dan sentiasa mendapat galakan daripada pentadbir atau
pengetua dalam mendepani sesuatu isu. Dengan demikian guru-guru perlu dimotivasikan untuk
bekerja lebih rajin di samping mengelakkan mereka daripada perasaan dan sentimen tidak puas
hati.
5. Adakah anda berpuas hati dengan kadar gaji semasa anda?
Setiap pekerja mahukan kepuasan kerja bagi membolehkan mereka gembira semasa bekerja.
Walaubagaimanapun persoalannya sekarang adakah setiap manusia mempunyai kepuasaan
bekerja, lebih-lebih lagi dengan keadaan persekitaran kerja yang bermacam ragam.
Kepuasaan kerja adalah kehendak naluri setiap individu yang bekerja. Ia akan mendorong
kepada perasaan tanggungjawab dan penglibatan yang menyeluruh ke arah pencapaian
matlamat kerjaya dan menyumbang ke arah kepentingan organisasi. Salah satu faktor yang
menjadi penyumbang utama kepada kepuasan bekerja ialah gaji atau kadar upah yang diterima
setimpal dengan jenis pekerjaan yang dilakukan.
Oleh itu, graf di atas menunjukkan sebanyak 11.1% guru sangat berpuas hati dan 66.7%
berpuas hati dengan kadar gaji semasa yang mereka terima setiap bulan. Hal ini terbukti,
apabila ramai orang di luar sana yang mencemburui guru muda kerana gaji permulaan mereka
sekarang berada dalam ranking ketiga selepas doktor dan jurutera awam. Tambahan pula, pada
masa kini dengan pandemik Covid 19 yang melanda seluruh dunia, maka wajarlah semua
penjawat awam terutamanya golongan guru bersyukur dengan gaji yang diterima pada setiap
bulan dan menjadikannya sebagai perangsang untuk melahirkan modal insan dengan lebih
cemerlang bagi memenuhi aspirasi negara.
6. Adakah anda aktif dalam mana-mana kumpulan kerja atau jawatankuasa di sekolah anda?
Sebanyak 100% guru aktif dalam mana-mana kumpulan kerja atau jawatankuasa di sekolah.
semua pihak saling berganding bahu dalam menjayakan setiap program yang dirancang oleh
pihak sekolah. Bak kata pepatah Melayu, ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ supaya
setiap pekerjaan dapat dilakukan dengan mudah dan tidak membebankan satu pihak sahaja.
7.Adakah anda aktif dalam mana-mana kumpulan kerja atau jawatankuasa di sekolah anda?
Graf di atas jelas menunjukkan bahawa 33.3% guru tidak aktif dalam mana-mana kumpulan
kerja atau jawatankuasa di PPD. Manakala, 66.7% pula aktif. Guru yang aktif ini adalah guru-
guru yang memegang jawatan dalam jawatankuasa atau kumpulan kerja di PPD. Terdapat juga
guru juga yang aktif bukan sahaja setakat memegang jawatankuasa di PPD malahan di peringkat
yang lebih tinggi seperti di JPN dan peringkat Kebangsaan. Secara tidak langsung, sumbangan
guru-guru yang aktif ini telah mengharumkan nama sekolah.
8. Adakah anda telah mula melanjutkan pengajian pada tahap yang lebih tinggi?
Sasaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2010 yang lalu, 60% guru sekolah
rendah berijazah dan 90% pula bagi sekolah menengah. Oleh itu, bagi merealisasikannya
Kementerian Pelajaran telah mempergiat usaha meningkatkan tahap kelulusan akademik
pendidik pada Rancangan Malaysia Ke-10 (RM Ke-10) menerusi memperuntukkan RM1.4 bilion
bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG) dan ternyata kini rata-rata guru sekolah rendah telah
memiliki ijazah dalam bidang masing-masing. Tujuannya ialah untuk melahirkan guru yang
bukan sahaja terlatih tetapi dinamik, berwibawa dan kompeten dalam melaksanakan tugas-
tugas mereka sebagai pendidik dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Falsafah Pendidikan Guru.
Merujuk graf di atas, data menunjukkan sebanyak 88.9% guru telah mula melanjutkan
pengajian di peringkat yang lebih tinggi dan 11.1% adalah sebaliknya. Dalam konteks ini,
melanjutkan pengajian pada tahap yang lebih tinggi bermaksud berusaha menuntut ilmu
sehingga memiliki Ijazah Sarjana (Master) atau ke peringkat yang lebih tinggi lagi iaitu PHD
(Doktor Falsafah).
9. Berapakah kekerapan pihak pentadbiran sekolah mempertimbangkan pendapat panitia
terhadap perkara yang memberi kesan langsung kepada mereka?
Bagi soalan ini sebanyak 66.7% guru menilai kekerapan pihak pentadbiran sekolah
mempertimbangkan pendapat panitia terhadap perkara yang memberi kesan langsung kepada
mereka dan 33.3% pula memberikan jawapan sekali sekala.
Oleh itu, bagi membantu pihak sekolah melaksanakan kurikulum dengan sokongan sistem
Panitia Mata Pelajaran yang efektif, satu surat pekeliling ikhtisas (KP (BS)8591/Jld.II/(44), 13 HB
Mac 1986) telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan bagi menjelaskan dengan lanjut
fungsi dan peranan panitia mata pelajaran di sekolah. Dengan adanya garis panduan ini,
diharapkan panitia-panitia yang diwujudkan di sekolah akan dapat berfungsi atas landasan yang
kukuh dan menjayakan pelaksanaan kurikulum dengan sempurna di sekolah.
10. Bagaimanakah anda menilai keterbukaan dan kepercayaan pentadbir sekolah terhadap
guru?
Malaysia adalah salah sebuah negara yang memberi perhatian utama dalam pembangunan
pendidikan dengan memberi kepekaan kepada pengurusan pendidikan yang berkesan serta
kualiti dan profesionalisme guru. Bertitik tolak daripada aspirasi tersebut, kepercayaan
pemimpin sekolah terhadap guru perlu dikenal pasti dalam usaha melihat sekolah mencapai
kecemerlangan hasil jalinan yang positif antara pemimpin pendidikan dengan guru.
Oleh itu, bagi menjawab soalan ini sebanyak 22.2% orang guru memberi jawapan melbihi
purata dan 69.7% orang guru pula memberi jawapan purata bagi menilai keterbukaan dan
kepercayaan pentadbir sekolah terhadap guru.
Dalam hal ini, apabila guru dapat menghasilkan produktiviti yang melebihi had maksima, impak
signifikan yang diberikan kepada sekolah akan mampu meningkatkan pencapaian dan
keberkesanan sekolah.
Secara tidak langsung, kepercayaan pentadbir kepada guru akan menyumbang kepada
keberkesanan produktiviti sekolah dan mengurangkan birokrasi malah kepercayaan pentadbir
yang positif dilihat sebagai faktor yang menyumbang kepada iklim sekolah yang terbuka dan
postif.
11. Bagaimanakah anda menilai pentadbiran sekolah dari segi penglibatan guru dalam
menyediakan dasar sekolah yang berkaitan pekerjaaan mereka?
Perlakuan kerja yang inovatif seseorang individu itu bergantung kepada sokongan padu dari
organisasi mereka. Keadaan ini bermakna guru-guru akan cenderung untuk mengamalkan
kreativiti dan inovasi dengan lebih selesa apabila mereka menerima sokongan padu daripada
organisasinya. Sokongan organisasi ialah kepercayaan seseorang guru dari segi sumbangan dan
kebajikan yang diharapkan atau diterima daripada majikan (guru besar) atau organisasinya.
Kepercayaan dan sokongan yang diberikan terhadap sesebuah organisasi juga dikatakan
berpandukan daripada keadilan organisasi yang diamalkan oleh majikannya. Dengan demikian,
apabila ketua jabatan atau guru besar memperlihatkan keadilan dan memperoleh kepercayaan
dalam organisasi sekaligus dapat melahirkan pelakuan inovatif guru untuk terus memberi
kecemerlangan terhadap sekolah.
Keadaan sedemikian memungkinkan guru-guru bertindak mengikut tanggungjawab masing-
masing selanjutnya dapat memberi kesejahteraan di tempat kerja sekaligus meningkatkan
prestasi dan mutu kecemerlangan sekolah.
Oleh itu, sebanyak 11.1% orang guru bersetuju dan memberikan jawapan cemerlang, 24.2%
melebihi purata dan 55.6% pula secara purata bagi menilai pentadbiran sekolah dari segi
penglibatan guru dalam menyediakan dasar sekolah yang berkaitan pekerjaaan mereka.
12.Bagaimanakah anda menilai pentadbiran sekolah dari segi kekerapan memberikan
pengiktirafan terhadap prestasi tinggi dalam kalangan panitia?
Bagi soalan ini, sebanyak 11.1% menilai pentadbiran sekolah dari segi kekerapan memberikan
pengiktirafan terhadap prestasi tinggi dalam kalangan panitia pada tahap yang cemerlang,
55.6% melebihi purata dan 33.3% pula secara purata.
Dalam konteks ini, seorang pengetua atau guru besar mesti mempunyai kecergasan fizikal,
kemahiran komunikasi berkesan, kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial yang tinggi untuk
memenangi hati guru, staf sokongan dan murid supaya mereka berasa sebagai satu pasukan
dihormati dan dihargai. Penghargaan dan keraian kepada guru boleh dijadikan sebagai satu
daripada cara memotivasikan guru. Ini kerana, guru yang bermotivasi sudah pasti mampu
menggalas apa juga tanggungjawab yang diletakkan di bahu mereka sama ada dalam PdPc
mahupun pengurusan panitia yang cemerlang.
Secara kesimpulannya, sekolah cemerlang adalah sekolah yang mencapai tahap terbaik,
bermutu dan terunggul dalam semua bidang yang berkaitan dengan akademik, sahsiah,
pengurusan, perhubungan, infrastruktur dan yang lebih penting ialah kepimpinan. Kejayaan dan
kecemerlangan sesebuah sekolah ditentukan oleh kemampuan pengetua atau guru besar
menggembleng staf di bawahnya dengan cekap lagi berkesan ke arah mencapai matlamat
sekolah tersebut.
Berdasarkan hasil soal-selidik di atas dapatlah disimpulkan bahawa persekitaran bekerja boleh
meningkatkan pengajaran guru dan mengurangkan kadar pergeseran dalam kalangan guru.
Salah satu elemen persekitaran tersebut ialah kawalan guru terhadap aktiviti di bilik darjah
yang dinamakan sebagai autonomi guru. Autonomi guru ini merupakan satu aspek yang
kompleks kerana perlu wujud keseimbangan antara sistem persekolahan dengan ruang dan
peluang dalam pengajaran di dalam bilik darjah.
1.2 Laporan SKPMg2
1.2.1 Rumusan Skor Operasi SKPMg2
A6 - Autonomi Guru
Toolkit M4-A6-03
Soal Selidik Autonomi Guru - Pengajaran Umum
1 = Tiada kawalan
2 = Kawalan terhad
3 = Kawalan sederhana
4 = Kawalan sepenuhnya
Bil. Item 1 2 34
1. Memilih resos dan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran 9
2. Memilih kandungan, pengetahuan, dan kemahiran yang hendak 9
diajar. 9
3. Memilih teknik mengajar. 9
4. Mentaksir dan mengred murid. 27
5. Mendisiplinkan murid. 18
6. Menentukan jumlah kerja rumah / tugasan yang akan diberikan.
Adaptasi daripada Sparks & Malkus (2005)
NOTA:
Autonomi Skor Purata
Tinggi 4
Sederhana 3.9 - 3.0 (Tahap sederhana)
Rendah 2.9 - 1.0
Justeru, jelas menunjukkan bahawa autonomi guru mempunyai hubungkait dengan
kepuasan bekerja. Guru-guru diberikan ruang dan peluang untuk menggunakan
pertimbangan profesional bagi menyesuaikan pengajaran mereka dengan kebolehan pelajar
dalam pelbagai konteks dan situasi yang berbeza.
1