The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

POS Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Resonan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by designergroup.asi, 2023-09-18 01:17:57

POS Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Resonan

POS Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Resonan

MOH/P/BSKB/26.23(GU)-e


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN ii KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN


Hak cipta terpelihara. Mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada penerbitan buku ini adalah dibenarkan bagi tujuan kegunaan individu selagi maklumat yang terkandung di dalam buku ini tidak diubah suai. Walau bagaimanapun, penerbitan semula buku ini secara keseluruhan atau sebahagian bagi tujuan jualan atau pengedaran semula mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. eISBN 978-967-0668-87-1 MOH/P/BSKB/26.23(GU)-e Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Dengan Kecelaruan Resonan © April 2023. Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia Diterbitkan Oleh Unit Perkembangan Profesion Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 2, Blok A, Bangunan Utama Chancery Place Jalan Diplomatik 2, Presint Diplomatik Presint 15, 62050 Putrajaya Tel: 03-88901011 https://hq.moh.gov.my/alliedhealth/


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN iv Kata Pengantar Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu kerana berjaya menghasilkan Prosedur Operasi Standard bagi Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa, Kementerian Kesihatan Malaysia. Usaha bersama di antara Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) telah menjadi langkah penting dalam membangunkan panduan bagi amalan klinikal perkhidmatan. Hasil daripada pelbagai kajian dalam bidang perubatan, kesihatan, sains dan teknologi telah membawa perkembangan yang pesat dalam bidang penjagaan kesihatan negara. Ini menjadi satu cabaran kepada Profesional Kesihatan Bersekutu dalam memastikan amalan yang disampaikan adalah berasaskan bukti, selamat dan berkualiti. Demi memantapkan mutu penyampaian perkhidmatan, Profesional Kesihatan Bersekutu juga tidak ketinggalan berganding bahu dan bekerjasama rapat dengan pakar, pegawai perubatan dan pasukan multidisiplin yang lain dalam pelbagai bidang kepakaran dan sub kepakaran. Ini adalah penting bagi memastikan panduan yang dihasilkan adalah bertepatan dengan teori dan amalan penyampaian perkhidmatan Profesion Kesihatan Bersekutu masing-masing. Semoga Prosedur Operasi Standard ini dapat menjadi panduan dan rujukan bagi Profesion Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan kepada rakyat. Sekian, terima kasih. Yang Ikhlas, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN v Kata Pengantar Dato’ Dr. Asmayani binti Khalib Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Profesion Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) kerana telah berjaya menghasilkan Prosedur Operasi Standard bagi Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa. Dokumen ini bakal digunakan sebagai panduan atau rujukan supaya ahli profesional Kesihatan Bersekutu dapat melaksanakan amalan perkhidmatan kepada rakyat, berdasarkan keperluan di pelbagai peringkat termasuklah primer, sekunder, dan tertiari serta di komuniti. Gabungan perkembangan teknologi dalam bidang perubatan, kesihatan dan sistem komunikasi telah memudahkan dan melancarkan lagi penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat. Skop perkhidmatan yang holistik perlu mengambil kira aspek promosi, pencegahan, kuratif, dan rehabilitasi dalam usaha meningkatkan lagi kualiti hidup pesakit atau klien. Diharapkan dokumen ini bukan sahaja dapat menyeragamkan lagi amalan perkhidmatan dan seterusnya rakyat mendapat lebih peluang menerima perkhidmatan kesihatan secara menyeluruh di fasiliti KKM seluruh negara. Sekian, terima kasih. Yang Ikhlas, Dato' Dr. Asmayani binti Khalib Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN vi Kata Pengantar Puan Farina binti Zulkernain Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Profesion Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) yang berusaha gigih dalam membangunkan Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa. Prosedur Operasi Standard ini diharapkan dapat menjadi dokumen yang bernilai tinggi untuk melaksanakan amalan perkhidmatan berfokuskan kepada keperluan pesakit atau klien. Penyampaian maklumat yang tepat oleh Profesional Kesihatan Bersekutu kepada pesakit atau klien adalah penting agar mereka mendapat input dan kefahaman yang jelas untuk sama-sama bertanggungjawab dalam penjagaan kesihatan dan pemulihan. Diharapkan dokumen ini dapat diguna pakai oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) dalam melaksanakan tugas harian di fasiliti kesihatan termasuklah hospital kerajaan, klinik kesihatan dan institusi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya dan seluruh Malaysia amnya. Sekian, terima kasih. Yang Ikhlas, Puan Farina binti Zulkernain Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN vii KETERANGAN MENGENAI DOKUMEN Prosedur operasi standard (POS) merupakan satu dokumen yang digunakan untuk mencapai keseragaman dalam perlaksanaan fungsi bagi Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). POS ini membantu dalam memaksimumkan keselamatan dan kecekapan operasi untuk sesebuah organisasi. KEGUNAAN DOKUMEN INI Dokumen ini boleh digunakan oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) sebagai: i. Penerangan dan panduan kepada pihak pengurusan atasan, kakitangan pelaksana dan pengguna kepada perkhidmatan ini di peringkat primer, tertiari dan institusi latihan. ii. Bahan rujukan dalam program orientasi, latihan dan pembelajaran berterusan. iii. Penanda aras Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa. KAITAN DENGAN DOKUMEN INI Prosedur ini diguna pakai bersama: i. Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa. ii. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Pediatrik dengan Kecelaruan Bahasa iii. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Pediatrik dengan Kecelaruan Bunyi Pertuturan iv. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Dewasa dengan Kecelaruan Bahasa Perolehan v. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Dewasa dengan Kecelaruan Pertuturan Motor vi. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Suara vii. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Tanpa Larinks viii. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Kegagapan ix. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Bermasalah Pendengaran dengan Kecelaruan Pertuturan, Bahasa dan Komunikasi x. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Pengambilan Makanan (Feeding) dan Kecelaruan Penelanan Rujukan kepada Prosedur Operasi Standard yang lain adalah tertakluk kepada penilaian awal yang dibuat dan bergantung kepada masalah kecelaruan lain yang turut dialami oleh pesakit.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN viii ISI KANDUNGAN Muka Surat 1. Pengenalan 1 2. Objektif 2 3. Polisi Operasi Utama 3 4. Prosedur Kerja 4 5. Arahan Kerja 10 6. Prosedur Alternatif, Variasi dan Kontigensi 22 7. Panduan Dokumentasi 22 8. Kawalan dan Penambahbaikan Kualiti 23 9. Lampiran 25 10. Glosari 57 11. Rujukan 58 11. Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur 60 Operasi Standard BSKB, KKM 12. Jawatankuasa Teknikal Prosedur Operasi Standard, 61 Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa 13. Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard 62 Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Resonan 14. Penghargaan 63


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 1 1. PENGENALAN Resonan merupakan bunyi pertuturan yang terhasil daripada pemindahan tenaga akustik yang terhasil dari getaran pita vokal dan saluran vokal (resonating chambers) yang terdiri daripada rongga farink, mulut dan hidung. Saiz dan/ atau bentuk saluran vokal juga berperanan untuk menapis dan memilih tenaga akustik yang tertentu bagi menentukan harmonik suara yang terhasil. Tahap resonan yang sesuai diperolehi melalui keseimbangan tenaga bunyi akustik yang terhasil dalam rongga mulut dan hidung, bagi bunyi pertuturan yang ingin dihasilkan. Resonan yang terhasil untuk bunyi vokal, konsonan oral, dan nasal adalah berbeza merentasi bahasa dan dialek. Kebanyakan bunyi vokal dan konsonan dalam bahasa Melayu adalah bunyi oral manakala bunyi /n/, /m/ /ŋ/ dan /ɲ/ adalah bunyi nasal. Manakala, Bahasa Mandarin mempunyai 22 bunyi konsonan yang boleh berfungsi sebagai konsonan awal kecuali - ŋ. Hanya dua konsonan yang dapat berfungsi sebagai konsonan akhir (n, ŋ). Namun, Bahasa Mandarin mempunyai empat ton nada asas yang dikenali sebagai Nada 1, Nada 2, Nada 3 dan Nada 4 (T1-T4) yang memberi maksud berbeza-beza apabila ditekankan dalam sesuatu perkataan. Kecelaruan resonan berlaku apabila keseimbangan tenaga akustik dari rongga mulut dan hidung terganggu dan menyebabkan terlalu banyak atau terlalu sedikit bunyi nasal dan/ atau bunyi oral yang terhasil semasa bertutur. Secara amnya, kecelaruan resonan boleh berlaku disebabkan oleh ketidakfungsian velofarinks (velopharyngeal dysfunction, VPD) dan ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu (gambarajah 1): Gambarajah 1: Klasifikasi Ketidakfungsian Velofarinks (Sumber: ASHA)


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 2 Jenis-jenis kecelaruan resonan yang terhasil termasuk: i. Hipernasaliti (hypernasality) ii. Hiponasaliti (hyponasality) iii. Cul de sac (oral, nasal, pharynx) iv. Resonan campuran (mixed resonance) (Asha n.d; Kummer, 2013; Kummer, 2020) Kecelaruan resonan juga boleh melibatkan pelepasan aliran udara dari hidung. Jenis-jenis pelepasan aliran udara yang keluar dari hidung adalah: i. Nasal Emission ii. Nasal Rustle/ Turbulence (Kummer 2020). Oleh yang demikian, penilaian yang lebih komprehensif perlu dilaksanakan bagi memastikan intervensi yang sesuai dapat dirancang dan diberikan mengikut sesuatu kes. 2. OBJEKTIF Objektif POS ini adalah untuk: i. Mengenalpasti pesakit yang mengalami kecelaruan resonan ii. Menentukan tahap kecelaruan resonan yang dialami pesakit. iii. Menjalankan intervensi yang bersesuaian dengan diagnosis dan keperluan pesakit. iv. Memastikan pesakit mencapai tahap kefungsian komunikasi/ kualiti resonan yang optimum melalui perkhidmatan intervensi yang efektif kepada pesakit dan penjaga


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 3 3. POLISI OPERASI UTAMA i. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Resonan ini hanya boleh dilakukan oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) yang mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dalam bidang pertuturan-bahasa yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia. ii. Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) mesti berdaftar sebagai Ahli Terapi Pertuturan-Bahasa di bawah Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (Akta 774). iii. Ketua Jabatan/ Ketua Unit bertanggungjawab memastikan polisi dan prosedur ini dipatuhi oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) yang bertugas di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). iv. Fasiliti minimum yang diperlukan dalam prosedur ini adalah seperti Lampiran Fasiliti Standard Minimum dan Alternatif Perkhidmatan Pemulihan PertuturanBahasa Kementerian Kesihatan Malaysia (Rujuk Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa). v. Semua kes mesti mendapat rujukan daripada pengamal perubatan atau pengamal kesihatan bersekutu dari mana-mana agensi kerajaan atau swasta mengikut polisi fasiliti yang ditetapkan. vi. Semua pesakit yang hadir secara bersemuka sama ada untuk lawatan baru atau lawatan ulangan mesti didaftarkan. Bagi pesakit yang mendapatkan perkhidmatan telerehabilitasi, pendaftaran pesakit adalah mengikut polisi fasiliti tempat pegawai bertugas. vii. Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) yang menjalankan prosedur ini bertanggungjawab memastikan semua ujian dijalankan dan data yang dikumpul, direkod dengan sempurna dan tepat. viii. Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) mesti bekerjasama dengan pasukan multidisiplin dalam mengoptimumkan potensi pesakit tersebut. ix. Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa mesti diberikan kepada semua pesakit sehingga mencapai tahap kefungsian komunikasi dan/ atau sosial yang optimum atau memenuhi Kriteria Penamatan Rawatan (Discaj) (Lampiran 1). x. Semua pesakit dengan kecelaruan resonan yang mempunyai indikasi untuk menjalani ujian pendengaran formal mesti dirujuk untuk mendapatkan status pendengaran terkini.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 4 4. PROSEDUR KERJA 4.1 Ringkasan Prosedur Menyeluruh Prosedur kerja ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu: i. Prosedur Kerja Penilaian Pesakit dengan Kecelaruan Resonan. ii. Prosedur Kerja Intervensi Pesakit dengan Kecelaruan Resonan. Setiap prosedur diterangkan dengan dua cara: i. Carta aliran kerja: Menunjukkan turutan proses biasa serta aliran alternatif mengikut kriteria yang ditetapkan berpandukan keperluan dan hasil sesi intervensi. ii. Huraian prosedur: Menyatakan proses yang perlu dilakukan, pegawai yang terlibat dan polisi operasi yang perlu dipatuhi. Langkah dalam huraian prosedur boleh diubah mengikut kesesuaian kes. Sebagai contoh, penilaian tambahan boleh dilakukan sebelum atau selepas memulakan intervensi. Bagi pesakit yang tidak dapat memberi kerjasama, langkah penilaian atau intervensi boleh diubah suai mengikut kesesuaian. Pegawai boleh merujuk kepada arahan kerja yang disediakan untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas mengenai proses lain yang berkaitan. Proses pentadbiran seperti pendaftaran, janji temu, penamatan rawatan dan dokumentasi perlu dipatuhi mengikut prosedur standard yang ditetapkan oleh fasiliti masing-masing. 4.2 Prosedur Kerja Penilaian Pesakit dengan Kecelaruan Resonan Tujuan proses penilaian adalah memastikan sama ada pesakit mengalami kecelaruan resonan serta mengenal pasti tahap kecelaruan resonan yang dialami. Prosedur penilaian biasanya dilakukan pada lawatan pertama pesakit, tetapi boleh diteruskan pada lawatan selanjutnya jika tidak dapat diselesaikan dalam sesi pertama. Prosedur penilaian boleh dijalankan secara berterusan mengikut keperluan dan status terkini pesakit pada lawatan susulan. Prosedur intervensi, terutama proses perancangan rawatan dan penerangan kepada pesakit serta penjaga boleh dimulakan pada lawatan pertama iaitu pada lawatan yang sama prosedur penilaian dilakukan dan diteruskan pada sesi selanjutnya.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 5 4.2.1 Carta Aliran Prosedur Kerja Penilaian Pesakit dengan Kecelaruan Resonan Mula Jalankan penilaian Perlu? Analisis dan interpretasi hasil penilaian Terima dan semak rekod pesakit Dapatkan akuan kebenaran Ambil sejarah kes Nilai keperluan maklum balas/ rujukan ke profesional lain Nilai keperluan penilaian tambahan Jalankan penilaian tambahan Tentukan diagnosis Discaj pesakit Perlu? Beri maklum balas/ rujuk profesional lain Beri konsultasi kepada pesakit/ penjaga Perlu? Rancang matlamat dan pelan intervensi Beri janji temu rawatan susulan Lengkapkan dokumentasi Tamat Lampiran 2 Lampiran 3, 4, 5 AK 5.1 Ya Tidak Ya Ya Tidak Tidak Maklumkan hasil penilaian Nilai keperluan intervensi Ya


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 6 4.2.2 Huraian Prosedur Penilaian Pesakit dengan Kecelaruan Resonan i. Terima pesakit yang telah mendaftar dan semak rekod pesakit. ii. Dapatkan akuan kebenaran bertulis dengan memohon pesakit/ penjaga membaca dan mengisi Borang Akuan Kebenaran serta Perjanjian dan Peraturan Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa (Lampiran 2). Terangkan protokol dengan jelas. Borang akuan kebenaran hanya terpakai untuk pesakit luar. iii. Ambil sejarah pesakit sama ada melalui temubual pesakit/ penjaga atau dari rekod perubatan pesakit (Contoh: case notes/ discharge summary). Gunakan borang-borang berkaitan seperti berikut: a. Pediatric Case History Form for Cleft Lips And/ Or Palate (Lampiran 3) b. Adult Case History Form for Cleft Lips And/ Or Palate (Lampiran 4). c. Adult Case History digunakan (Lampiran 5) bagi kes resonan yang disebabkan oleh masalah neurologi. iv. Jalankan penilaian kecelaruan resonan. Rujuk arahan kerja 5.1 Penilaian Kecelaruan Resonan. v. Analisis dan interpretasi hasil penilaian. vi. Nilai keperluan penilaian tambahan untuk penentuan diagnosis. Sekiranya perlu, jalankan penilaian tambahan dan seterusnya tentukan diagnosis. vii. Sekiranya tidak perlu, terus tentukan diagnosis. viii. Maklumkan hasil penilaian kepada pesakit/ penjaga. ix. Nilai keperluan maklum balas atau rujukan kepada profesional lain. Sekiranya perlu, beri maklum balas atau rujuk pesakit kepada profesional lain. x. Sekiranya tidak perlu, beri konsultasi kepada pesakit/ penjaga. xi. Nilai keperluan intervensi. Sekiranya tidak perlu, discaj pesakit dan lengkapkan dokumentasi. xii. Sekiranya perlu, rancang matlamat dan pelan intervensi pesakit. xiii. Beri janji temu rawatan susulan. xiv. Lengkapkan dokumentasi.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 7 4.3 Prosedur kerja Intervensi Pesakit Dengan Kecelaruan Resonan Tujuan prosedur intervensi adalah memastikan pesakit mendapat intervensi kecelaruan resonan yang sesuai dengan diagnosis. Proses intervensi merangkumi: • Perancangan • Rawatan • Pemantauan dan penilaian semula • Penggunaan komunikasi augmentatif dan alternatif jika perlu • Pelaksanaan program latihan di rumah oleh pesakit/ penjaga • Penamatan intervensi Prosedur intervensi perlu dilakukan secara berperingkat dan berulangan sehingga matlamat rawatan tercapai.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 8 4.3.1 Carta Aliran Prosedur Kerja Intervensi Pesakit dengan Kecelaruan Resonan Mula Jalankan intervensi Terima dan semak rekod pesakit Dapatkan status kemajuan pesakit Beri program latihan di rumah Tercapai? Lengkapkan dokumentasi Tamat AK 5.2 Ya Tidak Terangkan matlamat intervensi kepada pesakit/ penjaga Rekod hasil intervensi dan pencapaian pesakit Maklumkan kepada pesakit/ penjaga, rancang matlamat intervensi lain Nilai sama ada matlamat intervensi tercapai Maklumkan hasil intervensi kepada pesakit/ penjaga Nilai keperluan rujukan Perlu? Beri konsultasi kepada pesakit/ penjaga Nilai keperluan penilaian semula/ tambahan Perlu? Beri janji temu rawatan susulan Perlu? Rujuk profesional lain yang berkaitan Lakukan penilaian semula/ tambahan Discaj pesakit Ya Ya Ya Tidak Tidak Tidak Nilai keperluan rawatan susulan


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 9 4.3.2 Huraian Prosedur Intervensi Pesakit dengan Kecelaruan Resonan i. Terima dan semak rekod pesakit. ii. Dapatkan status kemajuan pesakit daripada pesakit/ penjaga. iii. Terangkan matlamat intervensi kepada pesakit/ penjaga. iv. Jalankan intervensi mengikut matlamat yang ditetapkan. Rujuk arahan kerja 5.2: Intervensi Kecelaruan Resonan untuk menjalankan intervensi. v. Nilai sama ada matlamat intervensi tercapai. Sekiranya matlamat tidak tercapai, maklumkan kepada pesakit/ penjaga, rancang matlamat intervensi lain dan terangkan semula matlamat baru kepada pesakit/ penjaga. vi. Sekiranya matlamat tercapai, maklumkan hasil intervensi kepada pesakit/ penjaga. vii. Beri program latihan di rumah berdasarkan matlamat yang ditetapkan. viii. Rekod hasil intervensi dan pencapaian pesakit. ix. Nilai keperluan rujukan kepada profesional lain. Sekiranya perlu, rujuk pesakit kepada profesional lain yang berkaitan. x. Sekiranya tidak perlu, nilai keperluan penilaian semula atau tambahan. xi. Sekiranya perlu penilaian semula/ tambahan, lakukan penilaian semula/ tambahan yang berkaitan dan seterusnya beri konsultasi kepada pesakit/ penjaga. xii. Sekiranya tidak perlu penilaian semula/ tambahan, terus beri konsultasi kepada pesakit/ penjaga. xiii. Nilai keperluan rawatan susulan. Sekiranya tidak perlu, discaj pesakit dan lengkapkan dokumentasi. xiv. Sekiranya perlu, beri janji temu rawatan susulan. xv. Lengkapkan dokumentasi.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 10 5. ARAHAN KERJA 5.1 Arahan Kerja Penilaian Kecelaruan Resonan i. Sediakan peralatan yang bersesuaian untuk penilaian. ii. Pastikan pesakit dalam keadaan selesa sebelum memulakan sesi. iii. Terangkan kepada pesakit/ penjaga tentang prosedur penilaian yang akan dijalankan. iv. Pastikan panduan berikut dipatuhi untuk menjalankan penilaian: a. Tiada gangguan persekitaran b. Pesakit menumpukan perhatian semasa sesi penilaian c. Penjaga terlibat secara langsung dalam sesi penilaian, sekiranya perlu d. Arahan diberikan dengan jelas e. Ulang arahan atau buat demonstrasi jika pesakit tidak memberi respon seperti yang dikehendaki v. Jalankan penilaian kecelaruan resonan ke atas pesakit berdasarkan komponen berikut: a. Penilaian Fizikal - Oral-Motor ⚫ Jalankan penilaian ini dengan menggunakan Borang Comprehensive Oral-motor Examination (Cleft Lip and Palate) (Lampiran 6) yang merangkumi pemeriksaan struktur: Oral: ✓ Simetri dan pergerakan struktur oral (bibir, rahang, lidah, lelangit lembut) ✓ Keadaan struktur lidah (contoh: macroglossia, akyloglossia, lidah tidak simetri) ✓ Kewujudan dan saiz tisu tonsil yang boleh menyumbang kepada kecelaruan resonan ✓ Struktur gigi (contoh: overbite, underbite, overjet, diastema) ✓ Keadaan struktur lelangit keras dan lembut (saiz, lokasi, patensi keterbukaan fistula) ✓ Pemeriksaan kesan pembedahan yang telah dijalankan (parut pembedahan, peletakan sfrinkter atau penutup/ flap farinks) Rongga hidung: ✓ Pemeriksaan ini berdasarkan maklumat dari pesakit sama ada mengalami masalah hidung tersumbat yang luar biasa.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 11 Velofarinks: ✓ Velofarinks dalam keadaan rehat dan semasa bercakap bagi mengenalpasti jenis ketidakfungsian velofarinks ✓ Pemeriksaan ke atas lelangit lembut bagi mengenalpasti klef sub-mukus (submucous cleft) bagi kes yang bukan klef lelangit. ✓ Pemeriksaan klef sub mukus (submucous cleft) termasuklah: - lekukan bertulang di sempadan antara lelangit keras dan lembut (Pegawai Pemulihan Perubatan Pertuturan harus menekan lelangit untuk mengesan kehadiran lekuk yang mungkin dirasakan tetapi tidak dapat dilihat); - garis kebiruan atau penampilan lut pada garis tengah lelangit (zona pellucida) - alur garis tengah atau ketinggian berbentuk V semasa fonasi - bifid uvula/ hypoplastic uvula (Kummer, 2011; Kummer, 2013; Rujukan: EBP: Guidelines for Dysarthria: Management of VP Function) ⚫ Rujuk pesakit kepada Pakar/ Pengamal Perubatan Otorinolaringologi untuk penyiasatan lanjut. Struktur yang tidak normal selepas penilaian fizikal oral-motor yang boleh menjejaskan kepada fungsi pertuturan, pernafasan atau pemakanan adalah merupakan indikasi keperluan untuk merujuk. b. Penilaian Persepsi- Auditori ⚫ Jalankan penilaian ini dengan menggunakan borang: ✓ Penilaian persepsi-auditori pertuturan versi Melayu (Mohd Ibrahim, H. 2020) (Lampiran 8) ✓ Penilaian persepsi- auditori pertuturan versi Mandarin (Mohd Ibrahim, H. et al. 2020) (Lampiran 9) ✓ Cleft Audit Protocol for Speech-Augmented (CAPS-A) (John et al. 2006) 11 ✓ Great Ormond Street Speech Assessment Scale (GOSPASS) (Sell et al. 1990)22,23 ✓ Americleft Modifications to CAPS-A (Chapman et al. 2016)4 • Jalankan penilaian ini yang merangkumi: ✓ Pertuturan spontan/Spontaneous speech ✓ Pertuturan Automatik/ Automatic Speech ✓ Stimulasi Piawai/ Standard Stimuli


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 12 - Ayat Oral - Ayat Oral-Nasal - Ayat Nasal - Bacaan petikan ⚫ Minta pesakit untuk bercerita sesuatu atau mengulang semula ayat atau perkataan sedikit demi sedikit sekiranya pesakit terlalu kecil/ tidak tahu membaca petikan atau tidak mahu bekerjasama melalui interaksi santai dalam sesi. ⚫ Gunakan kaedah lain sebagai kaedah tambahan bagi mendengar hipernasaliti atau pengeluaran tekanan udara melalui hidung (Nasal Emission) ketika penghasilan bunyi oral (Kummer, 2020) iaitu: ✓ Visual : ujian cermin (mirror test); kepingan kertas (air paddle), see scape ✓ Rasa : rasa getaran dengan meletakkan jari di sisi hidung, kempiskan hidung ✓ Dengar : guna stetoskop, straw, tiub mendengar (listening tube) c. Penilaian Instrumentasi ⚫ Jalankan penilaian instrumentasi bagi melengkapkan penilaian persepsi dan menawarkan maklumat diagnostik yang tidak diperolehi melalui penilaian persepsi (Whitehill & Lee, 2008). Antara instrumentasi yang boleh digunakan adalah: ✓ Nasopharyngoscope/ flexible fiberoptic nasopharyngoscope ✓ Videofluoroscopy (yang dilihat dari pandangan sisi (lateral), pandangan anterior-posterior dan pandangan dari bawah) sekiranya terdapat di fasiliti anda. ⚫ Jalankan penilaian ini bersama-sama Pakar/ Pengamal Perubatan Otorinolaringologi untuk melihat secara langsung struktur dan fungsi mekanisma velofarinks. Pemilihan instrumentasi adalah bergantung kepada matlamat yang ingin diperolehi dari penilaian tersebut. Berikut merupakan indikasi untuk keperluan menjalani penilaian instrumentasi: ✓ Untuk mengetahui jenis VPD ✓ Untuk mengetahui tahap keterukan (ruang pembukaan saluran VPD) – pesakit akan diminta untuk mengulang frasa atau ayat pendek (sama seperti penilaian resonan) ✓ Menentukan intervensi yang sesuai bersama pakar – sama ada pembedahan lanjut diperlukan.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 13 ⚫ Jalankan penilaian akustik (fasiliti yang mempunyai peralatan yang berkaitan) bagi menyokong dapatan penilaian persepsi auditori dalam: ✓ menentukan jenis kecelaruan resonan (hipernasaliti, hiponasaliti atau nasaliti campuran) dan tahap kecelaruan resonan (ringan, sederhana, teruk). ✓ Untuk mengukur tahap nasaliti, nisbah tenaga akustik dari kaviti oral dan hidung pesakit. Antara peralatan yang disarankan bagi penilaian resonan: ✓ Nasometer (Dalston et al. 1991; Brunnegård 2008; Henningsson et al. 2008) ✓ Nasalview (Dr. Speech) (Henningsson et al. 2008) d. Penilaian bahasa ⚫ Jalankan saringan bahasa dalam sesi pertama untuk menentukan keperluan penilaian bahasa yang lebih komprehensif dengan menggunakan senarai semak (Rujuk POS Penjagaan Pesakit Pediatrik dengan Kecelaruan Bahasa). Penilaian bahasa mungkin boleh dijalankan secara formal atau tidak formal (bergantung kepada kerjasama pesakit). ⚫ Jalankan penilaian bahasa yang komprehensif sekiranya terdapat indikasi dalam saringan bahasa yang dibuat ke atas pesakit. Ia perlu dijalankan sebelum sesi intervensi dijalankan. (Rujuk POS Penjagaan Pesakit Pediatrik dengan Kecelaruan Bahasa). e. Penilaian artikulasi ⚫ Jalankan penilaian tahap stimulabiliti bagi kesalahan bunyi pertuturan yang dihasilkan bagi membantu dalam proses intervensi artikulasi. (Rujuk POS Penjagaan Pesakit Pediatrik dengan Kecelaruan Bunyi Pertuturan). f. Penilaian persepsi kendiri pertuturan ⚫ Jalankan penilaian pengadaran ukuran hasil (outcome measure) tentang kualiti pertuturan berdasarkan persepsi pesakit menggunakan patient reported outcome measures (PROMs). Di antara PROMs yang boleh digunakan adalah: ✓ Skala Kebolehfahaman dalam Konteks: Bahasa Melayu (diterjemahkan oleh Prof. Dr.Kartini dan Dr. Rahayu 2012) (ICSMalay version) – (McLeod, Harrison, & McCormack, 2012)


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 14 ✓ Intelligibility in Context Scale (ICS): English version (ICS-English) - (McLeod, Harrison, & McCormack, 2012) ✓ Intelligibility in Context Scale (ICS): Malay-English Language (ICSMalay-English) - (McLeod, Harrison, & McCormack, 2012) ✓ Speech Participation and Activity Assessment–Children (SPAA-C) – (McLeod, 2003) Nota: Semua borang bole diiperolehi dari http://www.csu.edu.au/research/multilingual-speech/ics g. Penilaian lain ⚫ Jalankan penilaian pengambilan makanan (feeding) dan penelanan juga dibuat sekiranya pesakit mempunyai masalah tersebut. Protokol penilaian boleh merujuk POS Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Pengambilan Makanan (Feeding) dan Kecelaruan Penelanan.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 15 5.2 Arahan Kerja Intervensi Pesakit dengan Kecelaruan Resonan i. Sediakan peralatan yang bersesuaian untuk sesi intervensi. ii. Pastikan pesakit dalam keadaan selesa sebelum memulakan sesi. iii. Terangkan kepada pesakit/ penjaga tentang prosedur yang akan dijalankan. iv. Pastikan panduan berikut dipatuhi untuk menjalankan sesi intervensi: a. Tiada gangguan persekitaran. b. Pesakit menumpukan perhatian semasa sesi intervensi. c. Penjaga terlibat secara langsung dalam sesi intervensi. d. Arahan diberikan dengan jelas. e. Ulang arahan jika pesakit tidak memberi sebarang respon yang dikehendaki. f. Lakukan demonstrasi bagi memastikan penjaga memahami dan dapat mengaplikasi teknik intervensi yang dijalankan. g. Ubahsuai teknik bergantung kepada kebolehan serta respon pesakit. h. Mulakan latihan dengan tahap yang lebih mudah dan perlahan-lahan tingkatkan kesukaran latihan. i. Gunakan kiu bagi membantu pesakit memberi respon yang sesuai. j. Jika menggunakan kiu, perlahan-lahan kurangkan penggunaan atau berhenti dari menggunakannya apabila pesakit menunjukkan peningkatan atau tidak lagi bergantung kepada kiu yang diberikan. k. Berikan ganjaran dan/atau maklum balas dengan serta merta secara konsisten. vi. Jalankan intervensi resonan menggunakan teknik-teknik yang bersesuaian mengikut keperluan kes dan berpandukan kriteria pesakit. Antara kriteria pesakit yang sesuai untuk menjalani intervensi resonan: a. Keterukan kecelaruan resonan adalah ringan dan pesakit boleh dirangsang dengan teknik terapi. b. Kecelaruan resonan yang dihadapi pesakit tidak konsisten dan kerap berlaku apabila pesakit lemah/ keletihan. c. Kecelaruan resonan adalah akibat kesalahan artikulasi dan pesakit boleh dirangsang dengan teknik terapi. d. Kecelaruan resonan yang dihadapi pesakit berkaitan dengan kecelaruan oral-motor seperti apraksia dan disartria. e. Pembedahan pembaikan pada struktur velofarinks telah dilakukan dan pesakit perlu mempelajari penghasilan pertuturan dengan penggunaan struktur baru.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 16 vii. Jalankan intervensi resonan berdasarkan matlamat yang telah ditetapkan: a) Intervensi Pertuturan Resonan ⚫ Membolehkan pesakit mengenalpasti dan membezakan aliran udara secara nasal atau oral bagi tujuan penghasilan bunyi perkataan yang tepat. ⚫ Intervensi ini tidak dapat membentuk atau mengubah struktur anatomi pesakit. Antara strategi yang boleh digunakan termasuk: i. Maklum balas Auditori Matlamat: Ia sebagai latihan maklum balas kepada pesakit untuk memantau penghasilan lebihan udara yang berlaku semasa bertutur. Maklum balas ini akan melatih pesakit untuk modifikasi/ mengubah suai cara pertuturan supaya pengeluaran bunyi angin semasa bertutur dapat dikurangkan. Peralatan yang digunakan: Tiub Mendengar/ Straw dan Oral and Nasal Listener ii. Maklum balas Visual Matlamat: Latihan maklum balas secara visual untuk pesakit melakukan modifikasi/ mengubah suai cara pertuturan supaya cermin berkabus/mirror mist tidak berwap atau bebola See Scape tidak terapung tinggi Peralatan yang digunakan: Cermin Berkabus/ Mirror Mist dan See Scape iii. Maklum balas Visual Matlamat: Latihan maklum balas secara visual yang boleh dijadikan sebagai teknik dalam terapi untuk pesakit yang mempunyai masalah penutupan velofarinks yang tidak konsisten semasa bercakap. Peralatan yang digunakan (sekiranya ada di fasiliti) adalah seperti Nasofaringoskop, Nasometer, Nasal view (Dr.Speech) iv. Maklum balas Taktil (Tactile) Matlamat: Maklum balas secara taktil bagi melatih pesakit untuk modifikasi/ mengubah suai cara pertuturan supaya getaran pada sisi hidung dapat dikurangkan semasa bertutur. Peralatan yang digunakan adalah stetoskop.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 17 v. Teknik Cul-de-Sac Matlamat: Maklum balas secara taktil di mana pesakit akan merasai tekanan aliran udara pada hidungnya. Ini melatih pesakit untuk modifikasi/ mengubah suai cara pertuturan dengan mengawal tekanan pada hidung tanpa hidung dipicit. vii.Teknik-teknik lain seperti intervensi secara tingkahlaku (behavioural intervention) Intervensi secara tingkahlaku dijalankan ke atas pesakit yang mempunyai ketidakfungsian velofarinks yang boleh meningkatkan kejelasan pertuturan melalui strategi pengimbangan/ kompensat. Bagi menentukan samada pesakit itu dapat mengimbangi/ kompensat ketidakfungsian velofarinks atau tidak, penilaian stimulabiliti (keupayaan untuk meningkatkan prestasi dalam keadaan tertentu) perlu dijalankan dengan keadaan: a) Mengubah kadar kelajuan pertuturan dengan melambatkan kadar bercakap b) Mengubah tahap usaha iaitu meningkatkan usaha untuk individu dengan kelemahan velofarinks ringan atau mengurangkan usaha bagi individu dengan ataksia yang menunjukkan corak usaha yang berlebihan ketika bercakap c) Memantau kelebihan aliran udara hidung dan ciri resonan(membezakan bunyi oral-nasal melalui auditori) d) Meningkatkan ketepatan dan kejelasan pertuturan dengan membesar-besarkan pergerakan artikulasi Sekiranya penilaian di atas menunjukkan prestasi positif, maka empat keadaan ini boleh diteruskan sebagai strategi pengimbangan/ kompensat pertuturan yang baru. Teknik ini hanya sesuai digunakan dalam kalangan pesakit yang berkebolehan mencapai penutupan velofarinks apabila melihat kemampuan tersebut melalui penggunaan nasendoskopi/ videofluoroskopi. (RCSLT, 2015) viii.Terapi bagi salah pembelajaran velofarinks (velopharyngeal mislearning) Terapi pertuturan merupakan terapi terbaik untuk salah pembelajaran velofarinks ini. Ianya tidak boleh dijalankan secara pembedahan ataupun alat prostetik. Hal ini kerana pesakit ini hanya perlu belajar kaedah penghasilan konsonan oral dengan betul.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 18 b) Terapi Artikulasi Teknik khusus terapi artikulasi boleh merujuk kepada POS Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Bunyi Pertuturan. Matlamat utama terapi artikulasi adalah bagi membetulkan pertuturan pada pesakit klef adalah: • Mengenal pasti jenis kesalahan bunyi pertuturan yang dihasilkan oleh pesakit. • Menghapuskan active errors dengan mengajar kaedah sebutan bunyi artikulasi yang betul (penempatan, cara dan menyuarakan). • Pastikan terdapat tekanan mulut yang baik semasa penghasilan bunyi dengan menggunakan teknik terapi resonan. • Merangsang penggunaan corak pertuturan motor baru bagi menggantikan kesalahan bunyi pertuturan dalam komunikasi harian. Pesakit yang masih tidak menjalani atau menangguhkan pembedahan pembetulan struktur disebabkan oleh masalah pernafasan yang dialami oleh pesakit, terapi pertuturan masih boleh diteruskan dengan memfokuskan kepada terapi peletakkan artikulasi (articulation placement) (Ruscello, 2008). Walaubagaimana pun, peletakkan artikulasi mungkin sukar untuk dipelajari tanpa tekanan udara oral yang mencukupi. Nose plug perlu digunakan dalam sesi terapi dan digunakan semasa membuat latihan di rumah (Ruscello, 2008). c) Pengurusan Pasukan Pelbagai Disiplin Lain Pengurusan secara pembedahan Sekiranya intervensi pertuturan resonan tidak menunjukkan peningkatan yang dijangka/ dirancang, pengurusan secara pembedahan boleh dipertimbangkan dengan merujuk/ berbincang dengan pakar-pakar berkaitan. Pengurusan secara pembedahan selalu dilakukan bagi mengatasi masalah berikut: i. Hipernasaliti Kecelaruan resonan boleh dikendalikan secara pembedahan. Pengurusan secara pembedahan adalah biasa bagi kecelaruan resonan hipernasaliti yang disebabkan oleh kegagalan struktur anatomi pesakit untuk berfungsi dengan baik. Contohnya bagi keadaan velopharyngeal insufficiency (VPIs) dan juga fistula oronasal yang bersifat simptomatik untuk pertuturan.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 19 Pembedahan faringoplasti dipersetujui sebagai intervensi pembedahan yang memberi manfaat yang baik terhadap peningkatan artikulasi pertuturan (Wang et al, 2012). Namun, teknik pengurusan pembedahan ini hanya akan ditentukan dan disarankan oleh Pakar Bedah Oral-Maxillary atau Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif iaitu seperti berikut: ⚫ Flap farinks (Pharyngeal Flap) ⚫ Augmentasi farinks (Pharyngeal augmentation) ⚫ Faringoplasti sfinkter (Sphincter Pharyngoplasty) ⚫ Palatoplasti Furlow-Z (Furlow-Z palatoplasty) ⚫ Pembedahan flap ii. Hiponasaliti Bagi kecelaruan resonan hiponasaliti, Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) perlu merujuk kepada Pakar/ Pegawai Perubatan Otorinolaringologi untuk pemeriksaan lanjutan. Pesakit mungkin memerlukan pengurusan secara pembedahan selepas mendapat konsultasi dari Pakar/ Pegawai Perubatan Otorinolaringologi yang merangkumi : ⚫ Tonsilectomy/ adenoidectomy ⚫ Pembuangan polips dalam hidung ⚫ Pembedahan untuk membetulkan septum yang menyimpang ⚫ Pembedahan membuang tisu atau tulang saluran hidung untuk merawat atresia choanal ⚫ Pembedahan pembinaan semula untuk membesarkan hidung stenotik (stenotic nares) ⚫ Pembedahan lain yang menjurus kepada kondisi pesakit


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 20 Pengurusan Prostetik Pengurusan prostetik disarankan apabila: i. Sesi terapi tidak menunjukkan perubahan yang signifikan atau matlamat sesi terapi adalah gagal ii. Tiada pilihan pembedahan yang boleh disarankan (pesakit dewasa dengan disartria/ pesakit tidak bersedia atau tidak mahu menjalani pembedahan) iii. Antara alat prostetik yang mungkin bermanfaat kepada pesakit dan ianya bergantung kepada jenis kes pesakit : Bil. Alat prostetik Kefungsian dan saranan 1 Palatal Obturator Menutup fistula oral-nasal 2 Speech Bulb Menutup ketidakcukupan velofarinks (velofarinks insufficient). ia boleh dipertimbangkan sekiranya terapi pertuturan atau pengurusan secara pembedahan tidak memberi impak positif (RCSLT 2015; Kummer 2020) 3 Palatal Lift Menutup pot farinks bagi membantu lelangit lembut yang tidak berfungsi dengan maksimum/ baik. ia boleh dipertimbangkan sekiranya terapi pertuturan atau pengurusan secara pembedahan tidak memberi impak positif (RCSLT 2015; Kummer 2020) 4 Nasal Obturator Membantu pesakit yang mempunyai ketidakcukupan velofarinks (velopharyngeal insufficient) atau ketidakcekapan velofarinks (velopharyngeal incompetency) bagi mengurangkan penghasilan udara berlebihan semasa bertutur; boleh digunakan sekiranya palatal lift bukan sebagai pilihan yang sesuai iv. Menurut Kummer (2020), prostetik speech bulb dan palatal lift merupakan prostetik yang berjaya dalam mengurangkan resonan, namun pemakaiannya adalah kurang selesa.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 21 v. Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) perlu merujuk dan bekerjasama dengan Pakar Prosthodontis bagi menentukan alat prostetik yang sesuai bagi membantu pesakit mencapai pertuturan dan penelanan (sekiranya berindikasi) yang optimum. d) Terapi oro-motor Terapi oro-motor bukan pertuturan seperti latihan palatal, urutan, hisapan (sucking), sapuan ais (icing), kembung pipi, latihan meniup, gagging dan terapi oro-motor merupakan terapi yang tidak berkesan untuk merawat kecelaruan resonan disebabkan oleh ketidakfungsian velofarinks. (RCSLT, 2015 & American Cleft Palate-Craniofacial Association (2018). Ruscello (2008) juga menasihatkan agar latihan seperti meniup, hisapan, bersiul, kembungkan pipi dan bermain peralatan meniup perkara yang tidak perlu dibuat dalam sesi terapi untuk kecelaruan resonan.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 22 6. PROSEDUR ALTERNATIF, VARIASI DAN KONTIGENSI i. Rujukan kepada Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) di fasiliti lain boleh dilakukan sekiranya fasiliti tersebut tidak mempunyai peralatan untuk penilaian instrumentasi (contoh: endoscopy) untuk tujuan mendapatkan dapatan penilaian yang lebih objektif. ii. Bagi pesakit pediatrik, pesakit sekurang-kurangnya menjalani ujian pendengaran dengan Audiologis sepanjang tempoh pesakit menjalani prosedur penilaian/ intervensi. iii. Bagi pesakit dewasa, rujukan pesakit untuk ujian pendengaran diperlukan sekiranya terdapat indikasi sebelum menjalankan prosedur intervensi. 7. PANDUAN DOKUMENTASI i. Semua janji temu untuk prosedur ini perlu dimasukkan ke dalam buku/ sistem janji temu. ii. Hasil penilaian dan intervensi dicatat dalam rekod pesakit dan borang berkaitan. iii. Data pesakit dimasukkan ke dalam Sistem Maklumat Rawatan Pelanggan (SMRP) dan rekod statitik profesion iv. Semua dokumen dan rekod berkaitan mesti ditandatangani oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) yang menjalankan prosedur ini. 8. KAWALAN DAN PENAMBAHBAIKAN KUALITI 8.1 Kaedah Kawalan Kualiti Pengukuran kualiti boleh dipilih mengikut kesesuaian fasiliti masing-masing. Untuk mencapai standard kualiti, langkah-langkah berikut perlu dilakukan: i. Penyeliaan dan pemantauan berterusan oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) yang menyelia. ii. Mendapatkan maklum balas pesakit terhadap perkhidmatan yang diberikan. iii. Pengukuran pencapaian ciri-ciri kualiti perkhidmatan secara berkala.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 23 8.2 Kaedah Penambahbaikan Kualiti i. Pembelajaran berterusan bagi meningkatkan kemahiran dan mutu perkhidmatan. ii. Memastikan pegawai mematuhi Prosedur Operasi Standard (POS). 8.3 Pengukuran Pencapaian Ciri-Ciri Kualiti Perkhidmatan Ciri yang diukur: Pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard i. Pengukuran Kualiti Pematuhan Proses Operasi Standard (POS) Secara Berkala a. Definisi Pematuhan Semua prosedur kerja penilaian dan intervensi kecelaruan resonan dilaksanakan seperti yang ditetapkan dalam POS Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Resonan b. Standard Pencapaian Kualiti 100% prosedur kerja penilaian dan intervensi kecelaruan resonan dipatuhi seperti yang ditetapkan dalam POS. c. Mekanisma Kawalan • Pelaksanaan prosedur yang direkodkan di dalam rekod pesakit disemak berdasarkan Senarai Semak Pematuhan Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Resonan (Lampiran 9). • Data pengukuran kualiti direkodkan dalam Borang Pengumpulan Data Pengukuran Kualiti Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Resonan (Lampiran 10). Pencapaian dikira mengikut formula: Bilangan rekod pesakit dengan kecelaruan resonan yang dinilai 100% mematuhi Prosedur Operasi Standard (POS) _______________________________________ X 100% Jumlah rekod pesakit dengan kecelaruan resonan yang dinilai


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 24 d. Ringkasan Standard Kawalan KualitI ii. Penambahbaikan Kualiti a. Meningkatkan kesedaran pegawai untuk menguruskan kes pesakit secara menyeluruh dan sempurna. b. Menggalakkan pegawai menghadiri kursus-kursus atau latihan berkaitan pengurusan pesakit Bil. Ciri Kualiti / Keberkesanan Intervensi Mekanisme Kawalan Standard 1. Semua prosedur kerja penilaian dan intervensi kecelaruan resonan dilaksanakan seperti yang ditetapkan dalam POS Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Resonan. • Pelaksanaan prosedur yang direkodkan di dalam rekod pesakit disemak berdasarkan Senarai Semak Pematuhan Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Resonan (Lampiran 9). • Data pengukuran kualiti direkodkan dalam Borang Pengumpulan Data • Pengukuran Kualiti Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Resonan (Lampiran 7). 100% prosedur kerja penilaian dan intervensi kecelaruan resonan dipatuhi seperti yang ditetapkan dalam POS.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 25 9. LAMPIRAN Lampiran 1: Kriteria Penamatan Rawatan (Discaj) Lampiran 2 Borang Akuan Kebenaran Lampiran 3: Pediatric Case History Form for Cleft Lips And/Or Palate Lampiran 4: Adult Case History Form for Cleft Lips And/Or Palate Lampiran 5: Adult Case History (Related to Neurology) Lampiran 6: Comprehensive Oro-Motor Examination for Cleft Lips And/ Or Palate Lampiran 7: Penilaian Persepsi-Auditori Pertuturan Versi Melayu Lampiran 8: Penilaian Persepsi-Auditori Pertuturan Versi Mandarin Lampiran 9: Senarai Semak Pematuhan Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Resonan Lampiran 10: Borang Pengumpulan Data Pengukuran Kualiti Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Resonan


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 26 Lampiran 1 KRITERIA PENAMATAN RAWATAN (DISCAJ) PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA Perkhidmatan pemulihan pertuturan-bahasa boleh ditamatkan atas sebab-sebab berikut: 1. Pesakit/ penjaga tidak bersetuju untuk mendapatkan/ meneruskan rawatan. 2. Pesakit telah mencapai matlamat intervensi/ tahap kefungsian optimum. 3. Pesakit didapati tidak mengalami kecelaruan komunikasi/ feeding/ penelanan/ suara semasa sesi penilaian. 4. Pesakit mempunyai prognosis yang lemah/ tidak menunjukkan sebarang peningkatan untuk meneruskan intervensi. 5. Pesakit memohon untuk dipindahkan ke perkhidmatan terapi pertuturanbahasa di tempat lain. 6. Pegawai mengesyorkan agar pesakit mendapatkan perkhidmatan terapi pertuturan-bahasa di tempat lain atas keperluan perkhidmatan rawatan dari pegawai yang lebih pakar. 7. Pesakit memohon untuk dirujuk ke hospital/ institusi/ fasiliti lain. 8. Pesakit gagal hadir janji temu dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh akhir janji temu atau tiga (3) kali berturut-turut tanpa sebab yang munasabah.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 27 Lampiran 2 BORANG AKUAN KEBENARAN UNIT TERAPI PERTUTURAN-BAHASA HOSPITAL ______________________ Saya _________________________ No Kad Pengenalan _________________ **pesakit / penjaga/ ibubapa/ suami/ isteri/ anak kepada pesakit bernama ______________________ No Kad Pengenalan ______________________, dengan ini memahami perjanjian dan peraturan seperti di dalam lampiran. Saya bersetuju mengikut semua peraturan yang dinyatakan. Saya juga **bersetuju/ tidak bersetuju untuk membenarkan **gambar/ video/ audio sesi direkodkan untuk tujuan klinikal dan pendidikan. Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas penggunaan bahan tersebut. Ditandatangani oleh, _______________ Nama: No Kad Pengenalan: Tarikh: **potong mana yang tidak berkenaan Tandatangan Saksi, Nama : No Kad Pengenalan: Tarikh: TIADA SAKSI Tandatangan Pemberi Penerangan, Nama : Jawatan : No Kad Pengenalan: Tarikh: Tandatangan Penterjemah (jika ada) Nama : No Kad Pengenalan: Tarikh: Bahasa yang digunakan :


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 28 Lampiran 2 PERJANJIAN DAN PERATURAN PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 1. Janji temu akan dibatalkan jika pesakit tiba lewat 30 minit dari masa janji temu dan tarikh baru akan diberikan. 2. Pesakit/ ibu bapa/ penjaga perlu menepati masa janji temu dan tiba sekurangkurangnya ____minit sebelum masa janji temu untuk melancarkan proses pendaftaran. 3. Surat rujukan hanya sah laku dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh surat dikeluarkan. 4. Pesakit perlu mendapatkan surat rujukan baru sekiranya gagal hadir janji temu dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh akhir atau tiga (3) kali berturut-turut. 5. Penjaga/ ibu bapa perlu menemani pesakit kanak-kanak atau pesakit dewasa yang memerlukan bantuan semasa sesi terapi dijalankan kecuali diminta untuk tidak berbuat demikian. 6. Penjaga/ ibu bapa dan pesakit perlu mematuhi peraturan di dalam bilik terapi. Peraturan adalah seperti berikut: a. Makanan tidak dibenarkan kecuali diminta untuk berbuat demikian (untuk kes-kes tertentu sahaja). b. Tidak dibenarkan untuk mengambil gambar atau membuat rakaman video/ audio. Telefon bimbit perlu diletakkan dalam mode senyap bagi mengelakkan sebarang gangguan sepanjang sesi terapi dijalankan. c. Penjaga/ ibu bapa perlu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti terapi yang dijalankan kecuali diminta untuk tidak berbuat demikian. 7. Pegawai berhak menukar tarikh janji temu atas sebab-sebab tertentu. 8. Pesakit/ penjaga perlu memaklumkan kepada pegawai/ staf klinik sekiranya tidak dapat hadir sesi terapi dan mendapatkan tarikh janji temu yang baru. 9. Pegawai boleh mempertimbangkan untuk menamatkan sesi terapi sekiranya pada masa yang sama pesakit didapati mendapatkan Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa di tempat lain.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 29 Lampiran 3 PEDIATRIC CASE HISTORY FOR CLEFT LIPS AND/OR PALATE Name : Date : R/N : Assessor : Age: Referred by : Medical diagnosis: __________________________________________________________________________ Purpose of referral/ Main concern : _____________________________________________________________ BIRTH AND FAMILY HISTORY Prenatal History : Normal Other Information: __________________________________________________ Delivery : SVD LSCS Vacuum Forcep Breech Induced Term : Full Term Preterm : _______ weeks Birth weight: _______ kg Complication(s)/ Condition (s) : _______________________________________________________________ Neonatal History: NICU : Duration: ___________ Pneumonia Ventilated NNJ : Duration: ___________ Meningitis GI Issue Incubated : Duration: _________ Sepsis Seizure/ Epilepsy Heart Disease Epilepsy Convulsion Neurologic Distress Respiratory Enteral feeding: No Yes: Duration: ______________ Others: Current usage of Medication: __________________________________________________________ Position of child in the family: _________ Family Tree: Any family history of cleft lip and/or palate? No Yes :______________________________ Any family history of language delay/disorder? No Yes : _____________________________ HISTORY OF CLEFT TREATMENT Operation Age Hospital/ Center Doctor Remarks Lip Lips* Palate Palate* Palate* Nose Fistula Pharyngoplasty Alveolar Bone Grafting


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 30 Ventilation Tube (Grommet tube) Dentition Dentition* Others surgery Attending combined cleft clinic at_________________________Follow up date :_________________ Are you involved with any parent support group for cleft (e.g: CLAPAM): No Yes:_____________ Any previous of Speech Therapy Session: No Yes : Where? ___________________________ When was the first speech therapy session? Provide details: ________________________________________________________________________________________ HEARING Frequency of Otitis Media: None 1-3 times 4-6 times 7-10 times >10 times ORL Management (Indicate where and when): ____________________________________________ Hearing Assessment : Hearing Aid: No Normal Abnormal : Right Ear:________________ Left ear : _________________ Next follow up at:___________________________________ Yes Type of HA: _____________________________________________ Frequency of HA usage: ___________________________________ PHYSICAL DEVELOPMENT Crawling : ……………….…………Walking: ………………………………. Self-feeding: ……………………… Self-dressing: ………………………… Toilet Trained: …………………… Easy to brush teeth : Yes No Any other concerns: ________________________________________________________________ FEEDING AND SWALLOWING Indicate any issues with feeding (frequency of the problem, age when it started and how it resolved (if any) Coughing/choking/gagging Extended feeding time Reflux Food/fluid leaking from the nose Exhaustion Excessive leakage of milk around the mouth Latching onto nipple Poor suck Vomiting Took limited quantity of food Feeding type (bottle, breastfeeding etc) Others: ___________________________________________________________________________


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 31 SPEECH AND LANGUAGE SKILLS Language Used : 1) ……………………….. 2) ……………………………… Language Level : Normal Delayed Disorder Longest utterance with example : _______________________________________________________ Speech Intelligibility ratings by unfamiliar people: Easy to understand Moderately intelligible Poor Any comments from teachers/ peers about patient’s speech: __________________________________ Academic performance: Poor Moderate Good Reading skills : _____________________________________________________________________ Writing skills : ______________________________________________________________________ BEHAVIOUR AND PSYCHOEMOTIONAL STATUS Personality: extrovert introvert Are you concern about psychosocial issues? No Yes : _________________________ Untuk memetik dokumen ini sila gunakan format berikut: Mohd Ibrahim, H (2022). [Tulis Nama Dokumen Di Sini] Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Resonan. Diambil pada [haribulan, bulan, tahun], daripada https://hq.moh.gov.my/alliedhealth


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 32 Lampiran 4 ADULT CASE HISTORY FOR CLEFT LIPS AND/OR PALATE Name : Date : R/N : Assessor : Age: Referred by : Medical diagnosis : __________________________________________________________________________ Purpose of referral/ Main concern : _____________________________________________________ BACKGROUND INFORMATION What is your primary language? What other language do you speak? __________________________________________________________________________________ Please list your current medical history. __________________________________________________________________________________ Have you been hospitalized within the last 5 years? If so, why? Where? __________________________________________________________________________________ Please list any medications you are taking at this time: __________________________________________________________________________________ Do you use any of the following assistance devices? Wheelchair Walker/Cane Other None SPEECH-LANGUAGE HISTORY Symptom Never Sometimes Frequently Difficulty swallowing Difficulty expressing thoughts Difficulty being understood by others Difficulty understanding what others are saying to you Orientation/memory Problem solving Focusing/attention Reading/writing Finding words Maintaining topic of conversation Fluent speech (stuttering) Following directions Oral motor weakness (weakness, difficulty coordinating tongue, cheeks, lips, etc.) Voice difficulties Are there any other difficulties besides what is listed above? When was this problem first noticed? Did the problem begin suddenly or develop over time?


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 33 SOCIAL AND EDUCATIONAL HISTORY 1. Marital Status: _________________________________ 2. Spouse’s name: __________________________________ 3. Children: Names Ages 4. Occupation: _________________________________________________________________ 5. Do you currently work? _____ YES _____ NO 6. Employer: ___________________________________________________________________ 7. Highest level of education (grade or degree) completed. ______________________________________________________________________________ 8. Describe your daily communication needs and any concerns you have. _________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________ PSYCHOSOCIAL STATUS Personality: extrovert introvert Are you concern about psychosocial issues? No Yes _____________________________________ Relationship with siblings and/or peers: ________________________________________________________ HISTORY OF CLEFT TREATMENT Operation Age Hospital/ Center Doctor Remarks Lip Lips* Palate Palate* Palate* Nose Fistula Pharyngoplasty Alveolar Bone Grafting Ventilation Tube


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 34 (Grommet tube) Dentition Dentition* Others surgery Attending combined cleft clinic at_________________________________ Follow up date :_________________ Are you involved with any parent support group for cleft (e.g: CLAPAM): No Yes: _____________________ Any previous of Speech Therapy Session: No Yes : Where? ____________________________ When was the first speech therapy session? Provide details: _________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________ HEARING Frequency of Otitis Media: None 1-3 times 4-6 times 7-10 times >10 times ORL Management (Indicate where and when): ___________________________________________________ Hearing Assessment : Hearing Aid: No Normal Abnormal : Right Ear:__________________________ Left ear : ________________________ Next follow up at:_____________________________________________________ Yes Type of HA: __________________________________________________ Frequency of HA usage: _______________________________________________ Untuk memetik dokumen ini sila gunakan format berikut: Mohd Ibrahim, H., Mohd Raini, R.S (2022). [Tulis Nama Dokumen Di Sini] Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Resonan. Diambil pada [haribulan, bulan, tahun], daripada https://hq.moh.gov.my/alliedhealth


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 35 Lampiran 5 ADULT CASE HISTORY FORM SPEECH-LANGUAGE THERAPY UNIT HOSPITAL ……………………………………………….. COMPLAINT : A. PATIENT’S BACKGROUND Sex: Male Female Race: Malay Chinese Indian Others_________ Marital status: Single Married Widowed Divorced Spouse / carer: …………………….. Occupation: Government Private Self employed Unemployed Education: PHD/Masters Degree Diploma/ STPM SPM PMR No qualification Language Preferance: Malay English Mandarin Tamil Others B. GENERAL MEDICAL HISTORY 1. Past medical history 2. Description of current problems Name : __________________________________________Date : _____________________ I.C No /Age : ______________________________________RN: ______________________ Language Used : _________________________________ Onset : Congenital Acquired


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 36 3. Confirming investigation including surgery done 4. Medication (s) 5. Family history of the same / related problem? 6. Other professional involvement 7. Hearing and vision status C. SOCIAL HISTORY Smoker: Yes No Alcohol: Yes No Expose to noise: Yes No Preferred Activities:____________________________________________________ D. REMARKS Administered by: ______________________________


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 37 Lampiran 6 COMPREHENSIVE ORALMOTOR EXAMINATION (CLEFT LIP AND PALATE) Cleft Type Other : (Submucous, Occult Submucous, Microform, Pierre Robin Sequence) ……………………………… I) Peripheral Examination of the Face. Please circle if notice any abnormalities. Cranium No Yes: Assymmetry of facial movement Ears No Yes: Microtia Nose Unremarkable Deviated Septum Obstructed Eyes No Yes: Lips No Yes: Open mouth II )Structure and Oral-Motor Function Examination (Please label to area which indicate difference colors and surface) Oral Cavity Fistula Size: __________ mm Fistula Location (note in picture): Details: Width and severity __________________________ Toungue 1 Poor mobility 2 Abnormal posture 3 Tongue tie (Ankyloglossia) 4 Macroglossia 5 Unremarkable Frenulum Normal / tight or short Uvula: 1 Bifid Uvula 2 Short Velum 3 Absent Occlusion Ulasan: Anterior Openbite Posterior Openbite (opening …….. mm) Jaw range of movement (indicate any deviation of reduction in motion) observed during speech. _________________________________________________________________________________________________ Dentition (indicate presence of extra tooth and missing tooth in diagram below).


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 38 Dental Brace/Apparatus: No Yes: _________________________ Overall dental hygine: _______________________________________________________________________________ Condition of the Alveolus: Fistula No Yes: ______________________________________________________________ Tonsils: Size and indicate if there is any obstruction of airway: _______________________________________________ Lip movement: Ask client to smile and pucker. Indicate range, strength, symmetry of movement: Tongue movement: Ask client to move toungue tip (side-to side, updown). WNL Abnormal: _______________ Indicate, range, strength, and rapidity of movement (DDK task) WNL Abnormal: _______________ Movement of back of toungue during production of /a/ and /i/. Indicate in the picture toungue position for each sound, tip, blade and root. WNL Abnormal: _______________


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 39 Velopharyngeal Status and Function: Ask the client to prolong production of /ah/ Velum Movement Asymmetrical Minimum None Lateral Movement Asymmetrical Minimum None Posterior Movement Asymmetrical Minimum None Summary of Findings Indicate if further instrumental assessment is needed: No Yes: Speech-Language Therapist: _______________________________________ Date: ____________________ Untuk memetik dokumen ini sila gunakan format berikut: Mohd Ibrahim, H. & Mohd Raini, R.S (2022). [Tulis Nama Dokumen Di Sini] Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Resonan. Diambil pada [haribulan, bulan, tahun], daripada https://hq.moh.gov.my/alliedhealth


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 40 Lampiran 7 PENILAIAN AUDITORI-PERSEPSI PERTUTURAN (VERSI MELAYU) Nama: …………………………………………. RN: ………………………………….. D.O.B: …………………………. Diagnosis : …………………………………….. Umur: ………………………………. Jantina: ……………………….. _________________________________________________________________________________________ Sila ulang atau baca ayat di bawah. Tuliskan transkripsi yang disebut. Fonem Ayat Oral-Nasal Transkripsi ayat /p/ Pak Latip tutup pintu rapat rapat /b/ Babu baca buku buku tebal /t/ Ada itik-itik cantik dekat tepi tasik /d/ Datuk Adam ada dusun durian /k/ Kakak Karim masak kari ikan /g/ Agus tertinggal gula-gula dalam beg /f/ Farid naik feri dengan Afif dan Farah /s/ Siti suka lukis atas kertas bersih /n/ Nenek Nana makan nasi dengan nenas Tandakan tempat artikulasi bagi setiap fonem yang disebut semasa aktiviti pengulangan atau bacaan di atas dalam rajah di bawah. Sila ulang atau baca ayat di bawah. Tuliskan transkripsi yang disebut. Petikan Oral Nota dan Transkripsi Saya suka keretapi, Keretapi laju, Tapi adik takut keretapi sebab adik kecil lagi


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT DENGAN KECELARUAN RESONAN 41 Sampel Pertuturan Nota dan Transkripsi Mengira 1 – 20 Berbual spontan (5 – 10 minutes) Contoh: Tell me about your favorite toy? Baca Petikan Kg Passage Penilaian nasal airflow menggunakan mirror mister atau cermin. Tuliskan transkripsi. papa pipi kaka kiki /s/ Hidung Kiri Hidung Kanan Petikan Nasal Hyponasality Rating Ini mata mama, Ini hidung mama, Ini telinga mama, Ini mulut mama, Mama makan nasi RINGKASAN PENILAIAN Parameter Rating Scale Consistency Intelligibility 0 1 2 3 YES NO Voice Disorder 0 1 YES NO Resonance Hypernasality 0 1 2 3 YES NO Hyponasality 0 1 YES NO Mixed Nasality 0 1 YES NO Nasal airflow Audible nasal emission 0 1 YES NO Nasal turbulence 0 1 YES NO Grimace 0 1 YES NO Skala 0/1: Skala 0-3: Skala: 0-TIADA, 1-ADA 0-NIL, 1-MILD, 2-MODERATE, 3-SEVERE YES – pervasive; NO - intermittent


Click to View FlipBook Version