The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by designergroup.asi, 2023-01-16 02:25:46

eBook_Buku Manual Program Pemantauan 2023 3

Buku Manual Program Pemantauan 2023 3

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR MANUAL PROGRAM PEMANTAUAN PENCEMARAN INDUSTRI TERNAKAN KEBANGSAAN JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR


Disediakan Oleh: Seksyen Pengurusan Pencemaran Industri Ternakan Bahagian Kesihatan Awam Veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia Wisma Tani, Aras 2, Blok 4G1, Podium 1A, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62630 PUTRAJAYA MALAYSIA November 2022 MANUAL PROGRAM PEMANTAUAN PENCEMARAN INDUSTRI TERNAKAN KEBANGSAAN 2023 JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR MALAYSIA BKAV(SPPIT)/MANUAL(1):2/2022


KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 2 2.0 OBJEKTIF PROGRAM 4 3.0 SKOP MANUAL 6 4.0 JENIS SAMPEL 6 5.0 SINGKATAN 8 6.0 DEFINISI 8 7.0 PEGAWAI PELAKSANA PROGRAM 10 8.0 STRATEGI PELAKSANAAN 12 8.1 Kekerapan Pelaksanaan 12 8.2 Masa Pelaksanaan 12 8.3 Premis 12 8.4 Kaedah Pelaksanaan 12 9.0 PEMERIKSAAN DAN VERIFIKASI LADANG/PREMIS 15 10.0 PENSAMPELAN 18 10.1 Air Buangan 18 10.2 Lalat 18 10.3 Kehadiran Mikrobial dengan Kerintangan terhadap Antimikrobial (AMR) 19 11.0 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI-PEGAWAI YANG DILANTIK 20 11.1 Seksyen Pemeriksaan Dan Pensijilan Veterinar 20 11.2 Bahagian Regulatori Negeri 21 11.3 Seksyen Pengurusan Dan Pemeriksaan Abatoir 21 11.4 Seksyen Pengurusan Pencemaran Industri Ternakan 22 11.5 Makmal Analisis Jabatan 23 12.0 SENARAI MAKMAL JABATAN YANG MENJALANKAN ANALISIS 26 12.1 Makmal Analisis Swasta / Agensi Luar 26 13.0 JENIS SAMPEL DAN ANALISIS 27 14.0 TATACARA PENSAMPELAN AIR BUANGAN 30 14.1 Merancang Pengambilan Sampel 30 14.2 Penyediaan Peralatan Pengambilan Sampel 31 14.3 Perkara Perlu Dilakukan Sebaik Tiba di Lokasi Pensampelan 31 14.4 Kaedah Pengambilan Sampel Air Buangan 33 i


15.0 TATACARA PENGURUSAN SAMPEL UNTUK PENGHANTARAN KE MAKMAL 35 16.0 TATACARA PENGHANTARAN SAMPEL SISA AIR BUANGAN KE MAKMAL 36 17.0 PENDAFTARAN SAMPEL AIR BUANGAN DI MAKMAL 38 18.0 PEMANTAUAN KAWALAN POPULASI LALAT DI PREMIS TERNAKAN 39 18.1 Kaedah Pemantauan 39 18.2 Strategi Pemantauan Lalat 40 18.3 Kaedah Pemantauan Indeks 41 19.0 TATACARA KAEDAH SARINGAN INDEKS POPULASI LALAT MENGGUNAKAN PELEKAT LALAT 44 20.0 TATACARA PENGESAHAN PEMATUHAN KAWALAN INDEKS POPULASI LALAT KAEDAH PENGIRAAN INDEKS LALAT MENGGUNAKAN SCUDDER GRILL 45 20.1 Skala Indeks Populasi Lalat 46 21.0 TATACARA PEMANTAUAN PEMBIAKAN LALAT 48 21.1 Kaedah Pengiraan Larva 48 21.2 Tatacara Pengurusan Sampel Untuk Penghantaran Ke Makmal 49 21.3 Penghantaran Sampel Larva Ke Makmal 50 21.4 Pendaftaran Sampel 51 21.5 Penerimaan Keputusan Makmal (Larva) 53 22.0 RINGKASAN PROSES PENSAMPELAN 56 23.0 CARTA ALIRAN KERJA PROGRAM PEMANTAUAN PENCEMARAN INDUSTRI TERNAKAN 60 24.0 SENARAI PREMIS BAGI PROGRAM PEMANTAUAN PENCEMARAN INDUSTRI TERNAKAN 66 ii


LAMPIRAN 97 SENARAI NAMA PEGAWAI DVS NEGERI UNTUK DIHUBUNGI BAGI TUJUAN PENGUJIAN INDEKS POPULASI LALAT MENGGUNAKAN SCUDDER GRILL 98 CARTA ALIR PENSAMPELAN DAN PENGENDALIAN SAMPEL SISA AIR BUANGAN DI LAPANGAN 99 PERALATAN-PERALATAN LAIN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENSAMPELAN SISA AIR BUANGAN 100 SENARAI SEMAK (CHECKLIST) UNTUK PERSEDIAAN PENSAMPELAN LALAT 101 VERIFIKASI KAWALAN PENCEMARAN LADANG TERNAKAN 102 SENARAI PERALATAN DAN SPESIFIKASI UNTUK PENGAMBILAN SAMPEL SISA AIR BUANGAN BAGI UJIAN PARAMETER PENCEMARAN BOD DAN AMR 107 SENARAI PERALATAN DAN SPESIFIKASI UNTUK PENGIRAAN INDEKS LALAT 110 SENARAI PERALATAN DAN SPESIFIKASI UNTUK KAEDAH PENGIRAAN LARVA 112 JADUAL KEPERLUAN PERSAMPELAN, PENGENDALIAN SAMPEL DAN PENGUJIAN SISA AIR BUANGAN 113 BORANG PERMOHONAN PERSAMPELAN PENCEMARAN DI PREMIS 114 BORANG PENGHANTARAN SAMPEL 115 BORANG PENGIRAAN INDEKS LALAT 116 RUJUKAN 118 iii


Jadual 1 Kumpulan Pelaksana dan Jenis Premis untuk Dipantau 10 Jadual 2 Tanggungjawab Ketua Seksyen Pensijilan /Pegawai Pemeriksa Veterinar 20 Jadual 3 Tanggungjawab Pegawai Veterinar Regulatori Negeri (PVRN) 21 Jadual 4 Tanggungjawab Ketua Seksyen Pengurusan Rumah Sembelih 21 Jadual 5 Tanggungjawab Pengurus Abatoir Jabatan 22 Jadual 6 Senarai Tanggungjawab Seksyen Pengurusan Pencemaran Industri Ternakan 22 Jadual 7 Tanggungjawab Pengarah Makmal Pencemaran 23 Jadual 8 Senarai Pelaksana Analisis untuk Setiap Jenis Sampel Sisa 30 Jadual 9 Hari Pensampelan dan Penghantaran Sampel Mengikut Lokasi Makmal 31 Jadual 10 Kriteria dan Saiz Botol Serta Suhu Penghantaran Sampel untuk Setiap Analisis 35 Jadual 11 Syor Kawalan Berdasarkan Indeks Populasi Lalat 46 Jadual 12 Aliran Kerja Pensampelan Ladang Babi 56 Jadual 13 Aliran Kerja Pensampelan Ladang Lembu Tenusu 57 Jadual 14 Aliran Kerja Pensampelan Ladang Ayam Penelur 58 Jadual 15 Aliran Kerja Pensampelan di Abatoir DVS 59 Jadual 16 Bilangan Premis (Ladang Babi) Setiap Negeri dan Bilangan Serta Jenis Sampel yang Perlu Diambil 66 Jadual 17 Bilangan Premis (Ladang Tenusu Komersial) di Setiap Negeri dan Bilangan Serta Jenis Sampel yang Perlu Diambil 66 Jadual 18 Senarai Premis (Ladang Penelur MyGAP) Setiap Negeri dan Jenis Sampel yang Perlu Diambil 67 Jadual 19 Senarai Premis (Ladang Ayam Pedaging MyGAP) Setiap Negeri dan Jenis Sampel yang Perlu Diambil 73 Jadual 20 Nama Premis (Abatoir Ruminan DVS) Di Setiap Negeri/Zon dan Bilangan Serta Jenis Sampel yang Perlu Diambil 92 Jadual 21 Nama Premis (Abatoir Babi Bawah Seliaan DVS) di Setiap Negeri/Zon dan Bilangan Serta Jenis Sampel yang Perlu Diambil 92 Jadual 22 Premis Ladang Itik dan Jenis Sampel yang Perlu Diambil 93 Senarai Jadual iv


Gambar 1 Lakaran Rentas Sistem Pengolahan Sisa (Kolam Bersiri). Titik Akhir, Lokasi Pengambilan Sampel 32 Gambar 2 Contoh Label Pelekat pada Botol Sampel 33 Gambar 3 Sampel Sisa Air Buangan Terawat Ditadah di (Takat Akhir) dari Kolam Terakhir Sistem Pengolahan 34 Gambar 4 Cadangan Taburan Lokasi Pensampelan Populasi Lalat 46 Senarai Gambar v


1. PENDAHULUAN 2. OBJEKTIF 1


Program Pemantauan Pencemaran Industri Ternakan adalah satu langkah proaktif Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) dalam menangani isu pencemaran yang berpunca dari aktiviti industri ternakan negara. Data (DOE, 2018) menunjukkan tahap pencemaran sisa air buangan (BOD) dari industri ternakan, terutama babi berada pada kedudukan kedua tertinggi dalam senarai pencemaran yang berlaku di Malaysia. Sementara, isu kacau ganggu lalat dan bau yang berpunca di ladang babi dan unggas turut menyumbang pada pencemaran persekitaran dan mengakibatkan peningkatan aduan awam yang diterima oleh Jabatan / Agensi lain setiap tahun. Pematuhan kawalan had piawaian pelepasan air buangan dari kolam pengolahan di ladang babi merupakan pra-syarat kebenaran untuk beroperasi di negeri yang mempunyai peraturan dalam enakmen tersebut. Berbeza di ladang ayam, pemantauan kawalan pencemaran masih tidak dilakukan walaupun terdapat peraturan yang menggariskan perkara tersebut. Ini menyebabkan banyak aduan awam diterima berpunca dari industri penternakan ayam terutamanya isu kacau ganggu lalat. Sisa pepejal organik yang tidak diurus dengan baik membawa pada pembiakan lalat di kawasan tersebut. Enakmen negeri telah mengariskan had indeks lalat yang perlu dipatuhi dan langkah-langkah pencegahan pembiakan lalat di ladang ternakan, ini termasuk kawal selia kebersihan di ladang dan penggunaan Eective Microbes (EM). Akhir sekali, bagi pemantauan had pencemaran pelepasan air buangan dari rumah sembelih DVS, ianya dilaksanakan oleh Seksyen Pengurusan dan Pemeriksaan Abatoir, Bahagian Regulatori Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Putrajaya. Sebagaimana yang sedia maklum, penggunaan antibiotik yang tidak berhemah oleh pengusaha industri boleh mengakibatkan kewujudan microbial yang mempunyai kerintangan terhadap antimicrobial (AMR). Microbial ini berpotensi untuk mengancam nyawa manusia dan 1.0 PENDAHULUAN 2


ternakan apabila rawatan antibiotik sudah tidak dapat mengawal jangkitan. Sehubungan itu, program pemantauan terhadap kehadiran patogen AMR dalam air buangan perlu turut dilaksanakan. Kekurangan kakitangan di lapangan dan di makmal merupakan kekangan yang telah dikenalpasti untuk melaksanakan pemantauan pencemaran secara intensif dan berkala. Oleh yang demikian program pemantauan ini disusun agar isu kekangan dapat diatasi dan pemantauan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sebagai permulaan, program akan memberi tumpuan terhadap pemantauan air buangan dari ladang babi, rumah sembelih DVS serta beberapa ladang lembu tenusu dan itik komersial. Pemantauan Indeks lalat di ladang ayam MyGAP turut dirancang untuk dilaksanakan secara berperingkat bermula 2022. Verikasi ladang dilakukan di semua ladang yang dilawati oleh pegawai DVS negeri dan tidak terhad kepada senarai manual ini. Output program adalah untuk meningkatkan pematuhan industri ternakan terhadap kawalan pencemaran. Bagi tahun 2023, sasaran pematuhan kawalan (PPK) pencemaran adalah 85% dan ke atas. Program pemantauan yang akan dilaksanakan setiap tahun dan disemak keberkesanannya setiap dua tahun atau mengikut keperluan. Ini penting kerana pencemaran memberi impak negatif pada alam sekitar dan tindakan segera diperlukan agar pencemaran dapat dikurangkan dan industri ternakan dapat terus berkembang. 3


Untuk mengetahui status pematuhan kawalan pencemaran industri ternakan negara. Untuk mengenalpasti faktor risiko pencemaran dalam industri ternakan bagi tujuan penambahbaikan program di masa akan datang. Untuk mewujudkan prosedur yang seragam serta diiktiraf untuk digunapakai oleh pegawai di setiap negeri dalam pengurusan pengambilan sampel, penghantaran sampel ke makmal dan pengujian sampel pencemaran. Untuk meningkatkan kesiapsagaan dan kompetensi semua pihak yang terlibat termasuk makmal, agar pelaksanaan program pemantauan berjalan dengan lancar. i. ii. iii. iv. 2.0 OBJEKTIF PROGRAM 4


3. SKOP MANUAL 4. JENIS SAMPEL 5


Skop manual ini menerangkan mengenai jenis sampel dan kaedah pensampelan, pegawai pelaksana dan tanggungjawab, penyediaan dan keadaan sampel semasa penghantaran ke makmal dan ujian makmal serta senarai ladang untuk persampelan bagi setiap negeri. Pengambilan sampel adalah bergantung kepada perkara yang disyaki menjadi punca pencemaran dan ini sangat berkait rapat dengan jenis spesies ternakan dan sistem pengurusan ternakan yang diamalkan. Secara umumnya melibatkan tiga (3) jenis sampel, iaitu air buangan, lalat dan larva. Sisa Air Buangan Sampel air diambil dari ladang ternakan yang banyak menggunakan air dalam aktiviti harian, seperti membasuh kandang dan memandikan ternakan. Contoh ladang ternakan yang berkaitan adalah lembu tenusu dan babi. Lalat Kehadiran lalat melebihi had piawaian dijalankan secara in-situ di ladang menggunakan prosedur yang ditetapkan. Larva Sampel larva diambil bersama media (tanah) dan dihantar ke makmal untuk ujian pengenalpastian spesies lalat. Ujian ini perlu dilakukan untuk menyokong keputusan indeks lalat jika perlu tindakan perundangan. 3.0 SKOP MANUAL 4.0 JENIS SAMPEL 6


5. SINGKATAN 6. DEFINISI 7. PEGAWAI PELAKSANA PROGRAM 7


DVS - Jabatan Perkhidmatan Veterinar KBRN - Ketua Bahagian Regulatori Negeri PPSPV - Pegawai Pemeriksa Skim Pensijilan Veterinar PA - Pengurus Abatoir SPPIT - Seksyen Pengurusan Pencemaran Industri Ternakan SPPA - Seksyen Pengurusan dan Pemeriksaan Abatoir EM - Eective Microbes AMR (Antimicrobial Resistance) Kesan kerintangan antimicrobial menyebabkan kegagalan mikrob dikawal atau dirawat mengunakan antimikrobial (contoh: antibiotik). Ini boleh berlaku melalui mutasi atau pemindahan gen mikrobial akibat pendedahan mikrobial secara berterusan terhadap antimikrobial pada tahap (dos) yang rendah dalam tempoh yang agak lama. 5.0 SINGKATAN 6.0 DEFINISI BOD (Biochemical Oxygen Demand / Permintaan Oksigen Biokimia) Permintaan oksigen yang diperlukan oleh mikroorganisma untuk mengurai (oxidized) bahan organik dalam sampel. Pada jumlah bahan organik yang banyak, lebih banyak jumlah oksigen diperlukan oleh mikroorganisma untuk menjalankan penguraian. Bacaan BOD adalah berskala terus dengan bahan organik dalam sampel. 8


LALAT Lalat (Musca domestica) merupakan serangga penghurai bahan organik dalam sistem ekologi. Peningkatan populasi lalat selalunya menjadi indikator pada premis yang gagal mengurus sisa dengan baik dan kotor. Keadaan ini memberi kesan negatif kepada sosio-ekonomi dan kesihatan awam kerana lalat adalah vektor pembawa kuman penyakit. Dilaporkan, Salmonella dan E. coli antara bakteria yang sering dikaitkan dengan lalat. Lebih membimbangkan jika lalat membawa bakteria yang telah mengalami kerintangan terhadap antimikrobial (AMR). LARVA Larva adalah hasil tetasan dari telur lalat. Morfologi larva adalah seperti serangga putih tanpa kaki dan ianya akan berada di tempat ia menetas selama tiga hingga lima hari. Lalat dewasa biasanya akan menghasilkan lebih kurang 200 biji telur pada satu-satu masa. pH pH merupakan ukuran kepekatan ion hidrogen (iaitu proton) dalam suatu larutan. Ia menunjukkan sifat keasidan atau kealkalian air, dengan pH 1 sangat berasid, pH 7 menjadi neutral dan pH 14 sangat beralkali. Secara amnya, pH permukaan air mentah antara 6.5 dan 8.0. Terdapat banyak proses semula jadi atau disebabkan oleh manusia yang boleh menyebabkan kenaikkan atau penurunan pH air. AIR BUANGAN Air buangan adalah air sisa yang terhasil dari aktiviti ternakan atau memproses sesuatu bahan berasaskan ternakan. SISA INDUSTRI TERNAKAN Sisa industri ternakan adalah sebarang bentuk sisa pepejal atau cecair (air) yang dihasilkan daripada premis penternakan atau dari aktiviti pemprosesan hasilan ternakan. Sisa industri ternakan ini mungkin mengandungi residu ubatan, antibiotik dan bahan kimia yang boleh mencemari sungai dan lain-lain sumber air. Ini boleh mengancam kesihatan awam, ternakan serta sistem ekologi alam semulajadi. 9


Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam Lorem tetuer adipiscing elit, sed diam Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam Lorem tetuer adipiscing elit, sed diam Lorem ed diam Lorem Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, rem ed diam Lorem Program dilaksanakan oleh Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang dilantik sama ada pihak persekutuan atau negeri (Jadual 1). Terdapat tiga (3) kumpulan pegawai pelaksana; Pegawai Veterinar Regulatori Negeri, Pengurus Abatoir/Loji Pemprosesan dan Pegawai Pemeriksa Skim Pensijilan Veterinar. Semua pegawai tersebut perlu melaksanakan tugas yang telah ditetapkan seperti di Jadual 1 di dalam manual ini. Namun, jika terdapat sebarang perubahan pada senarai ladang disaat akhir, pihak negeri atau Seksyen Pensijilan perlulah memaklumkan perkara tersebut kepada urusetia program dengan kadar segera. Jadual 1: Kumpulan Pelaksana dan Jenis Premis untuk Dipantau *Jika memiliki kolam rawatan/ kolam pengolahan sisa air **Ladang yang telah dikenal pasti oleh PPSPV 7.0 PEGAWAI PELAKSANA PROGRAM No. 1. 2. 3. 4. Kumpulan Pelaksana Pegawai Veterinar Regulatori Negeri (PVRN) Pengurus Abatoir (PA) Pengurus Loji Pemprosesan (PLP) Pegawai Pemeriksa Skim Pensijilan Veterinar (PPSPV) Loji Pemprosesan Ladang Ayam Penelur (MyGAP) Tidak Berkenaan Loji Pemprosesan Rumah Sembelih Rumah Sembelih Ladang Babi Ladang Itik Lembu Tenusu *Ladang Pedaging *Ladang Ayam **Ladang MyGAP Ladang Babi Ladang Itik Lembu Tenusu *Ladang Pedaging *Ladang Ayam **Ladang MyGAP Verikasi & Indeks Lalat Saringan Jenis Ladang/Premis Indeks Lalat & Pensampelan Air Buangan 10


8. STRATEGI PELAKSANAAN 9. PEMERIKSAAN DAN VERIFIKASI LADANG/PREMIS 11


8.1 Kekerapan Pelaksanaan Kekerapan pensampelan untuk setiap jenis ternakan adalah sekurang-kurangnya 1 tahun sekali. Namun premis yang telah dikategorikan berisiko perlu dipantau sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 8.2 Masa Pelaksanaan Dicadangkan masa pelaksanaan verikasi / pemantauan / persampelan perlu dilakukan di awal tahun dan pemantauan secara visual boleh dilakukan selang 2 bulan dan jika perlu sampel hendaklah diambil untuk dihantar ke makmal untuk diulang uji. Sebaiknya dilakukan untuk tujuan mendapatkan lesen beroperasi bagi tahun berikutnya. 8.3 Premis Semua ladang/premis yang berdaftar dan memiliki lesen dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri atau persekutuan perlu mematuhi had piawaian kawalan pencemaran yang ditetapkan. 8.4 Kaedah Pelaksanaan Pelaksanaan perlu dimulakan dari peringkat kebenaran mula beroperasi dan pemantauan secara berkala mengikut risiko setiap ladang/premis perlu dilakukan untuk yang telah mendapat kebenaran beroperasi pada tahun sebelumnya. i. Peringkat Permohonan Untuk meningkatkan keberkesanan pemantauan, pelaksanaan perlu dimulakan dari peringkat permohonan kebenaran beroperasi (lesen), pematuhan perlu dijadikan sebahagian dari pra-syarat kelayakan permohonan. Pemohon perlu memastikan a. ladang mempunyai sistem pengurusan sisa yang berkesan untuk sasaran bilangan ternakan. b. perancangan pelupusan sisa pepejal /sludge c. perancangan pelupusan bangkai d. perancangan pelupusan sisa rawatan/ubatan 8.0 STRATEGI PELAKSANAAN 12


ii. iii. Peringkat Beroperasi Mengikut Ternakan dan Risiko Maklumat dari DVS Negeri dan data verikasi ladang/premis adalah asas menentukan kategori risiko berlaku pencemaran. Pemantauan mengikut ternakan dan risiko dijangka dapat meningkatkan keberkesanan kawalan pencemaran. a. b. c. a. Babi b. Itik Pemantauan dua (2) kali setahun perlu dilakukan di ladang/premis yang berisiko tinggi. Pemantauan sekali (1) setahun perlu dilakukan di ladang/premis yang berisiko sederhana. Pemantauan sekali (1) setiap 2 tahun boleh dilakukan di ladang/premis yang berisiko rendah. - - - - Ladang babi yang tidak mengitarkan air sisa/buangan dikategorikan sebagai ladang berisiko tinggi. Pematuhan BOD pada air buangan dan sisa pepejal perlu dilakukan 2 kali setahun. Ladang babi yang mengitarkan air sisa sepenuhnya boleh dikategorikan sebagai ladang berisiko sederhana. Pematuhan BOD pada air buangan dan sisa pepejal perlu dilakukan sekurang-kurangnya 1 kali tahun. Ladang babi yang mengamalkan sistem pengurusan sisa berpusat boleh dikategorikan sebagai ladang berisiko rendah. Pemantauan kefungsian sistem dan pematuhan pengurusan sisa pepejal perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 tahun sekali. Ladang itik yang menggunakan sumber semulajadi yang terbuka seperti di tasik, dikategorikan sebagai ladang berisiko sederhana. Pematuhan BOD pada air dalam kolam perlu dilakukan sekurang-kurangnya (1) sekali setahun. Perlu diambil perhatian terhadap ketinggian kepungan 13


c. Lembu - - - d. Ayam - - Ladang lembu yang mengamalkan sistem kolam rawatan yang tidak mengikuti spesikasi yang ditetapkan (binaan tanah), dikategorikan sebagai ladang berisiko tinggi. Pematuhan BOD, AMR dan pengurusan sisa pepejal perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Ladang lembu yang mengamalkan sistem kolam rawatan yang mengikuti spesikasi yang ditetapkan, dikategorikan sebagai ladang berisiko sederhana. Pematuhan BOD, AMR dan pengurusan sisa pepejal perlu dilakukan sekurang-kurangnya 1 kali (setiap) setahun. Ladang lembu yang menggunakan sistem biodigester/biogas yang menepati spesikasi, dikategorikan sebagai ladang berisiko rendah. Pemantauan kefungsian sistem dan pematuhan pengurusan sisa pepejal perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 tahun sekali. Ladang ayam pedaging yang mengamalkan sistem pengurusan reban terbuka, dikategorikan sebagai ladang berisiko tinggi. Pematuhan indeks lalat dan sisa pepejal perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Ladang ayam baka/penelur yang mengamalkan sistem pengurusan reban terbuka, dikategorikan sebagai ladang berisiko tinggi. Pematuhan pengurusan sisa air (BOD), indeks lalat dan sisa pepejal perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. kolam yang bersesuaian agar tidak mudah dimasuki air banjir. 14


- - Verikasi perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua (2) tahun sekali oleh Pegawai Pelaksana (Jadual 1). Penemuan verikasi perlulah direkodkan dalam Borang Verikasi yang disediakan (Lampiran 5) dan dihantar ke urusetia Program Pemantauan Pencemaran. Laporan dari verikasi ladang adalah untuk mewujudkan data asas infrastruktur dan amalan pengurusan industri ternakan. Data ini juga penting untuk penambahbaikan program dimasa akan datang. 9.0 PEMERIKSAAN DAN VERIFIKASI LADANG/PREMIS Ladang ayam baka/penelur yang mengamalkan sistem pengurusan reban tertutup dengan menepati spesikasi yang ditetapkan, dikategorikan sebagai ladang berisiko rendah. Pematuhan pengurusan sisa air (BOD), indeks lalat dan sisa pepejal perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Ladang pedaging yang mengamalkan sistem pengurusan reban tertutup dengan menepati spesikasi yang ditetapkan, dikategorikan sebagai ladang berisiko rendah. Pematuhan indeks lalat dan sisa pepejal perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 tahun sekali. Perlu diambil perhatian terhadap pematuhan pengurusan sisa tinja sebelum kerja-kerja menuai ayam untuk dijual dilakukan. 15


16


10. PENSAMPELAN 11. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI-PEGAWAI YANG DILANTIK 17


Pensampelan air buangan adalah proses mengambil contoh air dari aliran akhir air buangan dari ladang/premis. Sampel air diambil untuk mengetahui status pematuhan had piawaian pelepasan air buangan dari ladang/premis. Secara amnya, air buangan dipantau di ladang/premis untuk tiga (3) keperluan, iaitu: i. Permohonan / pembaharuan kebenaran beroperasi (lesen) ii. Pemantauan pematuhan piawaian kawalan pencemaran (kes indeks) iii. Penyiasatan aduan dan penguatkuasaan i. 10.0 PENSAMPELAN 10.1 Air Buangan 10.2 Lalat Pemantauan indeks lalat di premis adalah untuk memastikan populasi lalat di ladang/premis berada pada kadar yang tidak menyebabkan kacau ganggu awam. Pemantauan lalat mengunakan dua (2) kaedah seperti berikut namun tujuan pensampelan larva adalah untuk menyokong kenyataan lokasi terbabit adalah tempat pembiakan lalat. Nota: ujian ini boleh juga terus dilaksanakan tanpa pengukuran indeks lalat. i. ii. Indeks Populasi Lalat Indeks Pembiakan Lalat (Larva Lalat) 18


Tujuan pensampelan dan pengujian adalah untuk mengesan kehadiran mikrobial yang mempunyai kerintangan terhadap antimikrobial tertentu dalam air buangan. Penemuan microbial berkenaan akan menjurus kepada tindakan pencegahan bagi mengurangkan risiko penyebaran jangkitan AMR kepada awam dan ternakan. Strategi Pemantauan dan Pensampelan AMR: i. ii. iii. 10.3 Kehadiran Mikrobial dengan Kerintangan terhadap Antimikrobial (AMR) Pegawai Pelaksana (Jadual 1) akan melakukan pensampelan air buangan bagi tujuan mengesan kehadiran mikrobial tersebut menggunakan tatacara pensampelan sisa air buangan dalam manual ini. Sampel yang diambil akan dihantar ke makmal untuk mengasingkan Salmonella spp. dan E. coli seterusnya untuk ujian kerintangan. Analisis jenis antibiotik dan tahap kerintangan dijalankan ke atas bakteria tersebut. Berikut adalah senarai semasa antibiotik yang dipantau oleh Jabatan: a. Ampicillin b. Cefotaxime c. Ceftiofur d. Chloramphenicol e. Ciprooxacin f. Colistin g. Gentamycin h. Streptomycin i. Sulfamethoxazole-Trimetoprim j. Tetracycline (Merujuk senarai OIE-VCIA, 2007, Resolution No. XXVIII) 19


11.0 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI-PEGAWAI YANG DILANTIK Pegawai pemeriksa akan melakukan pemeriksaan pematuhan kawalan pencemaran bersekali dengan pemeriksaan pematuhan skim pensijilan ladang MyGAP setiap 2 tahun. Namun jika didapati pemilik gagal mematuhi piawaian kawalan pencemaran, maka pegawai perlu melaporkan perkara tersebut kepada DVS Negeri dan laporan juga perlu dipanjangkan untuk perhatian jawatankuasa pensijilan untuk tindakan selanjutnya. 11.1 SEKSYEN PEMERIKSAAN DAN PENSIJILAN VETERINAR Jadual 2: Tanggungjawab Ketua Seksyen Pensijilan /Pegawai Pemeriksa Veterinar Bil. Perkara Masa 1 Ketua Seksyen Pensijilan menyediakan senarai sasaran ladang yang akan dilaksanakan audit pada tahun berikut Bulan Ogos tahun sebelumnya 2 Hadir sesi perbincangan untuk semakan program dan maklumbalas status ladang di negeri Bulan Januari, tahun pelaksanaan 3 Menjalankan dan melaporkan hasil pemeriksaan ladang tenusu dan ayam penelur yang telah ditetapkan, secara bulanan kepada urusetia program Sepanjang tahun 20


11.2 BAHAGIAN REGULATORI NEGERI Bil. Perkara Masa 1 Menyediakan senarai ladang terkini dinegeri Bulan Ogos tahun sebelumnya 2 Hadir sesi perbincangan untuk semakan programdan maklumbalas status ladang di negeri Bulan Januari tahun pelaksanaan 3 Menjalankan verikasi dan pensampelan serta melaporkan penemuan/ penambahbaikan Sepanjang tahun 4 Memberi khidmat perundingan kepada pemilik premis jika diperlukan Sepanjang tahun 5 Menyediakan laporan bulanan prestasi pelaksanaan program pemantauan kawalan pencemaran Setiap bulan Jadual 3: Tanggungjawab Pegawai Veterinar Regulatori Negeri (PVRN) 11.3 SEKSYEN PENGURUSAN RUMAH SEMBELIH DVS Jadual 4: Tanggungjawab Ketua Seksyen Pengurusan Rumah Sembelih Bil. Perkara Masa 1 Ketua Seksyen Pengurusan Rumah Sembelih menyediakan senarai rumah sembelih dibawah seliaan mengikut kategori Bulan Ogos tahun sebelumnya 2 Hadir sesi perbincangan untuk semakan program dan maklumbalas status rumah sembelih Bulan Januari tahun pelaksanaan 3 Bulan Februari tahun pelaksanaan Menghantar peruntukan naik taraf, pembaikan atau penyelenggaraan sistem rawatan air buangan rumah sembelih 21


Jadual 2: Tanggungjawab Ketua Seksyen Pensijilan /Pegawai Pemeriksa Veterinar Jadual 5: Tanggungjawab Pengurus Abatoir Jabatan Bil. Perkara Masa 1 Melaksanakan ujian indeks lalat Bulan Februari tahun pelaksanaan 2 Menyelaras pembaikan dan penyelenggaraan sistem rawatan air buangan Bulan Mac tahun pelaksanaan 3 Mengambil sampel air buangan Bulan April tahun pelaksanaan 4 Membuat perbicangan dengan cadangan penambahbaikan jika terdapattidak patuh piawaian had pelepasan air buangan dan mengambil tindakan sewajarnya Bulan Mei tahun pelaksanaan 11.4 SEKSYEN PENGURUSAN PENCEMARAN INDUSTRI TERNAKAN Bil. Perkara Masa 1 Menyelaras penilaian data atau program Bulan Mac tahun sebelumnya 2 Menyelaras pembangunan/ pengemaskinian Manual Program Pemantauan Pencemaran Bulan April tahun sebelumnya 3 Mencetak dan mengedarkan manual tahun berikutnya Bulan November tahun sebelumnya 4 Menyelaras taklimat pelaksanaan program bersama pegawai pelaksana Bulan Januari tahun pelaksanaan 5 Menyelaras tindakan susulan penyimpangan BOD oleh penyelia premis (PVRN / BRV) Sepanjang tahun, sebaik menerima keputusan makmal 6 Menyelaras perbincangan teknikal dengan penyelia premis jika penyimpangan berulang/ khidmat nasihat tidak berkesan Jika perlu 7 Menyelaras latihan persampelan Jika perlu Jadual 6: Senarai Tanggungjawab Seksyen Pengurusan Pencemaran Industri Ternakan 22


Bil. Perkara Masa 1 Menyediakan analisis yang memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh DVS Putrajya. • AMR – 2022 • Lalat – 2023 • TSS & COD – 2023 • Ammonia nitrogen – 2027 • Hidrogen sulfida - 2028 2 Membantu dalam penyediaan pelan pensampelan mengikut skop dan objektif yang ditetapkan. Bulan Ogos tahun sebelumnya 3 Memastikan peralatan dan bahan kimia untuk analisis mencukupi. Bulan Ogos tahun sebelumnya 4 Mewujudkan ujian yang menerima pengiktirafan kualiti untuk skop ujian pencemaran (ISO17025). Rujuk perancangan dan keperluan makmal 5 Memastikan sampel yang diterima menepati keperluan ujian dan diambil dari lokasi yang ditetapkan dalam manual. Sepanjang tahun 6 Menjalankan analisis sampel mengikut prosedur yang ditetapkan. Sepanjang tahun & mengikut TAT yang ditetapkan 7 Mengeluarkan keputusan makmal dalam tempoh yang ditetapkan kepada penghantar. 7 hari 8 Memaklumkan kepada penghantar dengan segera jika sampel ditolak. Sebaik sampel diterima 9 Menyediakan laporan bulanan kepada Ketua Seksyen Pengurusan Pencemaran Industri Ternakan dan Pengarah JPVN yang berkaitan. Sebelum 15hb bulan berikutnya 10 Menyediakan laporan tahunan bagi prestasi pensampelan untuk BKAV. Januari tahun berikutnya 11 Memohon peruntukan pembangunan untuk membangunkan ujian/ menggantikan peralatan. Peruntukan Pembangunan (Rancangan Malaysia) 11.5 MAKMAL ANALISIS JABATAN Jadual 7: Tanggungjawab Pengarah Makmal Pencemaran 23


24


12. SENARAI MAKMAL JABATAN YANG MENJALANKAN ANALISIS 13. JENIS SAMPEL DAN ANALISIS 25


12.0 SENARAI MAKMAL JABATAN YANG MENJALANKAN ANALISIS Sehingga kini hanya terdapat 2 buah makmal jabatan yang menjalankan analisis pencemaran. Walau bagaimanapun penghantaran ke makmal – makmal ini mestilah dengan persetujuan awal pihak makmal. i. Makmal Kesihatan Awam Veterinar Salak Tinggi Jalan Nilai Banting, Bandar Baru Salak Tinggi 43900 Sepang, Selangor No. Tel: 03-87068681, Fax: 03-87068675 Skop analisis yang dijalankan: BOD, pH, AMR ii. Makmal Veterinar Zon Utara Peti Surat 63 14007 Bukit Mertajam, Pulau Pinang No. Tel: 04-5072540, Fax: 04-5073073/04-5075796 Skop analisis yang dijalankan: BOD, pH DVS Negeri yang menggunakan perkhidmatan makmal swasta/ makmal agensi luar untuk analisis sampel, perlulah memastikan makmal tersebut: a. b. 12.1 MAKMAL ANALISIS SWASTA / AGENSI LUAR i. Mematuhi keperluan keadaan sampel yang diterima seperti mana yang ditetapkan dalam manual ini. Skop pendaftaran dan ujian (BOD) masih dalam tempoh sah-terima akreditasi sistem pengurusan kualiti dari Jabatan Standard Malaysia atau dari mana-mana badan antarabangsa yang melaksanakan skim akreditasi analisa pencemaran (contoh: MS 17025). 26


13.0 JENIS SAMPEL DAN ANALISIS Jenis sampel yang perlu diambil adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam jadual premis (Jadual 16-22). Untuk sampel air buangan, pelaksana perlu mengambil dan menghantar sampel ke makmal secepat mungkin untuk ujian BOD, pH dan AMR. Bagi penentuan indeks populasi lalat, saringan ujian perlu dijalankan di lapangan menggunakan kertas pelekat dan jika indeks saringan melebihi 20 maka ujian indeks populasi sebenar perlu dilakukan oleh pegawai DVS Negeri yang dilantik. Berikut adalah ringkasan jenis sampel dan analisis yang perlu dimohon ketika mengisi borang penghantaran sampel ke makmal. c. d. e. Analisa sampel perlu dilakukan oleh ahli kimia yang berdaftar dengan badan yang menguatkuasakan peraturan berkaitan. Keputusan ujian perlu dikeluarkan kepada Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri dan salinan kepada urusetia program pemantauan dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh sampel diterima. Analisis pencemaran yang dijalankan oleh makmal penganalisa perlulah menepati kaedah piawaian antarabangsa atau yang telah ditetapkan oleh Jabatan seperti berikut: o pH, BOD dan COD [Analisis mengikut Edisi ke-21 Standard Methods for the Examination of Water and Wastewater yang diterbitkan bersama oleh American Public Health Association dan The Water Environment Federation of the United States of America atau Code of Federal Regulation, Title 40, Chapter 1, Subchapter D, part 126]. 27


Jadual 8: Senarai Pelaksana Analisis untuk Setiap Jenis Sampel Sisa Bil. Sampel Analisis L okasi dilaksanakan Saringan di lapangan Pengesahan 1 Air buangan pH Tidak berkenaan Juruanalisis Makmal BOD & AMR T idak berkenaan Juruanalisis Makmal 2 Lalat Indeks Populasi Lalat Pegawai Pemeriksa Skim Pensijilan Veterinar Pegawai Veterinar Regulatori Negeri Pegawai Veterinar Regulatori Negeri (PVRN) (Indekslalat/Scudder grill) Indeks Pembiakan Lalat ( Larva ) Tidak berkenaan Juruanalisis Makmal (Persampelan oleh Pegawai PVRN, jika indeks>10) 28


14. TATACARA PENSAMPELAN AIR BUANGAN 15. TATACARA PENGURUSAN SAMPEL UNTUK PENGHANTARAN KE MAKMAL 16. TATACARA PENGHANTARAN SAMPEL SISA AIR BUANGAN KE MAKMAL 29


14.0 TATACARA PENSAMPELAN AIR BUANGAN Pensampelan hendaklah dirancang dengan baik agar semua sampel dapat diambil, dihantar dan tiba di makmal dalam tempoh kurang dari 40 jam dan terbaik jika sampel diuji pada hari yang sama atau selewatnya 48 jam, ujian air sisa. Untuk itu sampel perlu diambil seawalnya agar dapat tiba di makmal pada hari yang sama, sebolehnya sebelum pukul 1 petang hari pensampelan dilakukan, namun, jika ini tidak mungkin maka ianya perlu diambil sehari awal, disimpan pada suhu 4˚C dalam keadaan yang gelap (Jadual 9). Untuk mengelak lambakan sampel untuk diuji serta hari bacaan akhir jatuh pada hari bekerja, negeri disarankan untuk menghantar sampel mengikut makmal dan hari yang ditetapkan. Makmal analisis tidak terhad pada senarai dalam jadual di bawah, selagi mana ianya menepati ketetapan dalam manual ini dan jadual di bawah terpakai untuk sampel program pemantauan sahaja. Untuk sampel kes indeks pencemaran, sampel boleh dihantar pada mana-mana hari dengan memberi makluman awal kepada pengarah/pegawai makmal. 14.1 Merancang Pengambilan Sampel i. ii. 30


Jadual 9: Hari Pensampelan dan Penghantaran Sampel Mengikut Lokasi Makmal Bil. Negeri Makmal Analisis Hari Sampel Tiba di Makmal (<1 petang) 1 Negeri Sembilan, Melaka MKAV Selasa 2 Selangor MKAV Khamis, Jumaat 3 Kelantan, Pahang, Terengganu MVZU Khamis 4 Kedah, Pulau Pinang dan Perlis MVZU Khamis, Jumaat 5 Perak Makmal swasta Rabu, Khamis, Jumaat 6 Johor Makmal swasta Ahad, Rabu, Khamis Senarai semak (Lampiran 3 dan Lampiran 6) perlu digunakan untuk memastikan semua kelengkapan pensampelan dibawa dengan secukupnya. Semua peralatan yang dibawa hendaklah berada dalam keadaan bersih, cukup dan berfungsi dengan baik. Disarankan untuk membawa keperluan pensampelan yang lebih. 14.2 Penyediaan Peralatan Pengambilan Sampel i. ii. Berjumpa dengan pemilik atau wakil premis: a. Tindakan ini bertujuan untuk memaklumkan kehadiran serta tujuan pensampelan yang akan dijalankan di premis mereka. b. Kehadiran pemilik/ wakil premis juga penting sebagai saksi semasa pensampelan dijalankan (gambar kehadiran mereka ketika pensampelan dilakukan perlu ada jika untuk tindakan perundangan). 14.3 Perkara Perlu Dilakukan Sebaik Tiba di Lokasi Pensampelan i. 31


Gambar 1: Lakaran Rentas Sistem Pengolahan Sisa (Kolam Bersiri). Titik akhir, lokasi pengambilan sampel (bertanda ) Kenalpasti lokasi mengambil sampel: Lokasi pensampelan secara umumnya adalah lokasi di mana punca akhir air buangan keluar dari kawasan premis, atau lokasi sebelum ianya bercampur dengan air sisa dari premis lain atau saliran awam. ii. Longkang / Parit/Sungai Ti�k lokasi pengambilan sampel masuk Kenalpasti Ruang Bekerja a. Sediakan ruang bekerja yang sesuai, sebaiknya tidak jauh dari lokasi sampel akan diambil. b. Pastikan semua peralatan disusun dengan rapi dan mengikut turutan kerja. iii. Melengkapkan maklumat dalam Borang Penghantaran Sampel dan Pelekat Botol Sampel: a. Dilakukan di pejabat: borang penghantaran dan dua (2) label berpelekat dilengkapkan dengan maklumat kod ladang dan nama ladang. b. Dilakukan di lapangan: mengambil bacaan pH, masa, suhu sampel dan direkodkan pada borang dan pelekat. iv. 32


Gambar 2: Contoh label pelekat pada botol sampel Pakai pakaian pelindung diri (PPE) untuk mengelak sebarang kekotoran melekat pada pakaian kerja dan pencemaran silang pada sampel (Lampiran 3). Sediakan sekurang-kurangnya 3 botol sampel untuk persampelan di setiap ladang; a. 1 botol sampel (1000ml) yang bersih untuk sampel ujian kualiti air buangan b. 1 botol sampel (100ml) untuk ujian AMR c. 1 botol sampel (100ml) untuk ujian suhu/pH Jika punca aliran air buangan ditakat akhir (end point) sukar dicapai dengan tangan, sila gunakan alat pemegang botol bertangkai. Pasangkan botol pada alat pemegang botol dan laraskan pemegang ke panjang yang bersesuaian. i. ii. iii. Ujian: BOD / AMR / Lain-lain: Kod ladang : Jenis ternakan : Nama ladang : Alamat ladang : No. sampel : Jenis sampel : Sisa air buangan / Pepejal Tarikh kutipan : Masa kutipan : (am/pm) Suhu sampel : °C pH sampel : 14.4 Kaedah Pengambilan Sampel Air Sisa 33


Gambar 3: Sampel sisa air buangan terawat ditadah di (takat akhir) dari kolam terakhir sistem pengolahan Jika punca air buangan keluar mudah dicapai maka tadah air secara terus ke dalam botol. Elakkan kotoran memasuki botol semasa proses pensampelan dilakukan. Isi sampel air ke dalam botol-botol yang disediakan mengikut isipadu yang ditetapkan (Jadual 10). Ambil bacaan suhu air dari botol untuk ujian suhu / pH dengan mengikuti langkah berikut: a. b. Menggunakan sampel dari botol yang sama ambil bacaan pH dengan mengikuti langkah berikut: a. b. c. Bilas jangkasuhu dengan air suling 3 kali. Suhu diambil sebanyak 2 kali, rekod bacaan purata pada pelekat dan borang penghantaran sampel. Celupkan 3 per 4 dari kepanjangan kertas litmus ke dalam sampel air dan dibiarkan selama 10 saat. Keluarkan kertas litmus, alirkan lebihan air sampel pada kertas tisu bersih dan bandingkan warna pada kertas litmus dengan warna piawaian. Catat bacaan pH sampel pada Borang Penghantaran Sampel. Selesai mengambil bacaan pH, sampel boleh dibuang. iv. v. vi. vii. 34


*Sekurang-kurangnya perlu berada dalam keadaan bersih dan kering Jadual 10: Kriteria dan Saiz Botol Serta Suhu Penghantaran Sampel Untuk Jenis Ujian Makmal Sila bilas botol ini dengan air suling sebanyak 3 kali dan keringkan sebelum gunakan botol ini untuk pensampelan di ladang yang berikutnya. d. Bil. Jenis Ujian di Makmal Keadaan Botol Sampel Suhu (°C) Penghantaran Saiz (isipadu) Botol Isipadu Sampel 1 BOD Bersih* 4±2 °C 1000 mL 1000 mL 2 AMR Bersih dan sucihama 4±2 °C 100 mL 100 mL 3 Suhu / pH Bersih* Tidak berkaitan diuji dilapangan 100 mL 100 mL 15.0 TATACARA PENGURUSAN SAMPEL UNTUK PENGHANTARAN KE MAKMAL Setelah sampel air buangan dimasukan ke dalam botol, penutup setiap botol perlu ditutup dengan ketat dan keringkan permukaan luar botol dengan kertas tisu yang bersih sebelum pelekat yang telah dilengkapkan maklumat ladang ditampal. Untuk tujuan penguatkuasaan, botol sampel perlu dilakri (seal). Ini sebagai langkah keselamatan tambahan untuk melindungi sampel kes dari diceroboh. Masukkan setiap botol ke dalam beg plastik double ziplock secara berasingan dan zip dengan kemas sebelum di masukkan ke dalam kotak berinsulasi yang berada pada suhu 4±2 °C. Susun botol sampel dalam kotak insulasi secara berdiri dan selitkan ice pack /blok ais di antaranya dan di atasnya untuk mengekalkan suhu dalam kotak pada 4±2°C sepanjang tempoh perjalanan. Nota: jangan gunakan blok ais terbuka, kerana ais yang cair boleh mengakibatkan pencemaran pada sampel. i. ii. iii. iv. 35


Tutup kotak dengan kemas dengan masking tape atau di lakri dengan bahan yang ditetapkan oleh pihak penguatkuasa. Lengkapkan Borang Permohonan Pensampelan Pencemaran dan Borang Pendaftaran Penerimaan Sampel Makmal - MKAV 01C (Lampiran 10 dan Lampiran 11) serta ditandatangani oleh pegawai bertugas. Nota: Satu (1) borang untuk sampel-sampel dari 1 ladang yang sama sahaja. Masukkan borang-borang yang telah lengkap ke dalam fail / beg plastik untuk elak ianya basah dan tampal pada kotak untuk elak kehilangan atau salah letak. 16.0 TATACARA PENGHANTARAN SAMPEL SISA AIR BUANGAN KE MAKMAL Analisa mikrobial AMR Sampel dan borang-borang hendaklah tiba di makmal dalam tempoh 24 jam dari persampelan (Lampiran 9). Analisa BOD Makmal tidak akan menerima/ menganalisis sampel yang melebihi 40 jam dari pensampelan untuk ujian BOD (Lampiran 9). Sampel perlu kekal berada pada suhu 4±2°C dalam tempoh perjalanan dan semasa pendaftaran. Makmal tidak akan menerima sampel yang sampai lewat dari masa yang ditetapkan dan tidak mematuhi keperluan lain (rujuk no. 17 (iv)). Sampel yang lewat boleh menimbulkan keraguan pada bacaan akhir analisis dan menyebabkan indeks tidak dapat dikesan. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. 36


17. PENDAFTARAN SAMPEL AIR BUANGAN DI MAKMAL 18. PEMANTAUAN KAWALAN POPULASI LALAT DI PREMIS TERNAKAN 37


17.0 PENDAFTARAN SAMPEL AIR BUANGAN DI MAKMAL Penghantar sampel perlu menyerahkan Borang Pendaftaran Penerimaan Sampel Makmal yang lengkap diisi dan ditandatangani oleh pegawai pelaksana. Borang dan sampel yang diterima akan disahkan oleh pegawai pendaftar makmal di kaunter pendaftaran kes (makmal). Pegawai pendaftar makmal akan menyemak maklumat pada borang tersebut dan mengesahkan kesesuaian sampel untuk diuji. Berikut adalah kriteria sampel yang akan diterima untuk analisis makmal: a. Suhu sampel ketika tiba di kaunter pendaftaran ialah 4±2°C. b. Keadaan sampel yang masih berada dalam botol dan tidak tumpah keluar. c. Botol sampel tidak terbalik dan tidak tenggelam dalam cairan ais. d. Sampel masih dalam tempoh kurang dari 24 jam untuk AMR dan dalam tempoh 24 - 40 jam untuk BOD. e. Bilangan sampel perlu sama seperti dalam Borang Penerimaan Sampel. i. ii. iii. iv. 38


Sampel yang tidak mematuhi kriteria di atas tidak akan diterima, didaftar dan dianalisis (ditolak). Pemilik sampel yang sampelnya ditolak perlu dihubungi untuk dijelaskan berkenaan perkara tersebut dan diminta untuk mengambil semula sampel dengan mematuhi tatacara yang ditetapkan. Pihak pendaftaran makmal perlu merekodkan kes sampel yang ditolak bersama justikasi penolakan untuk tindakan pembetulan semasa Mesyuarat Penyelarasan Kumpulan Kerja dan juga untuk dilaporkan bersama laporan bulanan keputusan makmal kepada urusetia program. Borang Pendaftaran Penerimaan Sampel Makmal akan dicop terima oleh pegawai pendaftaran makmal dan nombor rujukan sampel akan diserahkan kepada penghantar sampel untuk rujukan kes. v. vi. vii. viii. 18.0 PEMANTAUAN KAWALAN POPULASI LALAT DI PREMIS TERNAKAN Saringan Indeks Populasi Lalat Saringan pematuhan indeks lalat dilakukan menggunakan kertas pelekat. Kaedah ini digunakan di premis yang terdapat keraguan terhadap status indeks populasi lalat di ladang/premis yang dilawati. 18.1 Kaedah Pemantauan a. 39


Untuk permulaan program pemantauan pencemaran, tumpuan akan diberikan pada ladang yang berisiko tinggi terhadap kacau ganggu lalat kepada awam. Walau bagaimanapun pemantauan lalat pada spesies yang lain dalam industri akan ditambah dari masa ke semasa sejajar dengan peningkatan keupayaan kakitangan di lapangan serta penguatkuasaan peraturan. Sistem pengurusan ternakan Melalui penilaian risiko dan keupayaan semasa, ladang ayam penelur yang menggunakan sistem reban terbuka. Ini berikutan ayam diternak untuk tempoh yang lama dengan bilangan yang tinggi. Ini menjadikan jumlah sarap yang terkumpul banyak, tebal dan lembab. Keadaan ini sangat berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan lalat. Sasaran pemantauan kedua pada ladang mengeluarkan ayam menggunakan sistem reban tertutup. Keadaan yang sama berlaku di dalam reban. 18.2 Strategi Pemantauan Lalat Pengesahan Pematuhan Kawalan Indeks Populasi Lalat Terdapat dua (2) kaedah yang boleh digunakan untuk menentukan pematuhan terhadap kawalan populasi lalat di lapangan. Dua (2) kaedah tersebut adalah: i. Indeks Populasi Lalat ii. Indeks Pembiakan (Larva) Lalat b. a. 40


Saringan Pematuhan Pegawai Pemeriksa Skim Pensijilan Veterinar (MyGAP) atau pemeriksa negeri yang membuat pemeriksaan akan melakukan saringan jika terdapat keraguan terhadap status indeks yang mungkin melebihi 20. Pengesahan Pematuhan Pegawai JPVN akan melakukan ujian bagi menentukan indeks lalat sebenar serta jika perlu mengambil sampel tanah/najis untuk kehadiran larva lalat. Tindakan selanjutnya adalah tertakluk kepada enakmen negeri masing-masing. 18.3 Kaedah Pemantauan Indeks Masa pemantauan • • Reban terbuka Pemantauan boleh dilakukan sepanjang tahun, walau bagaimanapun faktor kelembapan memainkan peranan yang penting dalam pembiakan lalat. Maka disarankan untuk meningkatkan pemantauan lalat pada musim hujan atau di antara bulan November – Februari. Reban tertutup Pemantauan boleh dilakukan bila penternak mula membuka reban untuk menuai ternakan untuk dipasarkan. b. a. b. 41


Click to View FlipBook Version