The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

eBook Laporan Tahunan Jabatan Warisan Negara 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by designergroup.asi, 2023-03-31 00:13:55

eBook Laporan Tahunan Jabatan Warisan Negara 2021

eBook Laporan Tahunan Jabatan Warisan Negara 2021

KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA JABATAN WARISAN NEGARA 2021 LAPORAN TAHUNAN Jabatan Warisan Negara “Kenali, Sayangi dan Lestari Warisan Kita”


Perutusan 02 • YB MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA • YBRS. KETUA PENGARAH JABATAN WARISAN NEGARA


Syukur ke hadrat Allah SWT, Laporan Tahunan Jabatan Warisan Negara (JWN) bagi Tahun 2021 dapat diterbitkan dengan jayanya. Walaupun negara berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19, JWN berjaya melaksanakan aktiviti, program dan kajian bagi memenuhi misi dan visi Jabatan demi mencapai hasrat dan apresiasi negara dalam memelihara dan memulihara warisan negara mengikut peruntukan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]. Laporan tahunan merupakan dokumen yang merakamkan pencapaian dan kejayaan Jabatan Warisan Negara melalui aktiviti, program dan kajian yang dijalankan sepanjang tahun 2021, di mana semua lapisan stakeholder dan institusi memainkan peranan yang sangat penting. Tahun 2021 merupakan detik bersejarah buat JWN dan Keluarga Malaysia kerana kita telah berjaya mendapatkan pengiktirafan Songket sebagai Warisan Tidak Ketara yang ke-6 bagi Malaysia. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada seluruh warga JWN di atas kerjasama dan usaha gigih bagi menjayakan semua program, aktiviti dan kajian dengan cemerlang sepanjang tahun 2021. Akhir kata, teruskanlah usaha murni demi memartabat warisan, seni dan kebudayaan tanah air kita. Saya juga berdoa agar semua warga JWN dapat memainkan peranan yang lebih proaktif dan konsisten dalam mengekalkan kecemerlangan dan perkhidmatan berprestasi tinggi. Sekian, terima kasih. Perutusan Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya 04 | Laporan Tahunan 2021


YB DATO’ SRI HAJAH NANCY SHUKRI Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Jabatan Warisan Negara | 05


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia. Alhamdulillah, saya melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya, buku Laporan Tahunan Jabatan Warisan Negara 2021 dapat diterbitkan. Tahun 2021 adalah tahun yang penuh dengan cabaran bagi seluruh dunia dengan penularan pendemik virus Covid-19. Malaysia juga tidak terkecuali dari ancaman tersebut yang bermula sejak 2020 . Walaupun kini negara telah beralih ke Fasa Pemulihan (Endermik), demi menjaga keselamatan rakyat dan tularnya wabak ini secara tidak terkawal, perancangan Program/Projek Community Based Tourism (CBT) yang dimohon di bawah Inisiatif Semarak Seni Budaya, Pelan Pemulihan Pelancongan MOTAC telah dilaksanakan secara Hybrid (Fizikal & Maya). Peralihan program daripada bentuk fizikal kepada hybrid ini melahirkan satu pemangkin baharu kepada program-program yang berorientasikan digital bagi menyampaikan khidmat dan maklumat kepada masyarakat dengan lebih efektif lagi. Ianya sejajar dengan hasrat Jabatan bagi mewujudkan satu jaringan program dan kerjasama antara agensi dan institusi pendidikan negara untuk berkongsi ilmu kepakaran terkini serta pengalaman baru bagi kelestarian warisan khazanah negara sebagai tatapan generasi akan datang. Menyingkap rentetan pencapaian JWN sepanjang tahun 2021, pelbagai program telah dilaksanakan secara atas talian seperti Festival Kedah Tua; International Seminar On Protecting Prehistoric And Historic Sites: Introduction To Heritage Impact Assessment; Webinar Warisan Tidak Ketara; Kempen Kenali, Sayangi dan Lestari Warisan Kita dan lain-lain. JWN selaku entiti yang bertanggungjawab dalam mengangkat martabat warisan negara untuk pengiktirafan dunia telah berjaya mencalonkan songket yang digelar sebagai “Ratu Kain” untuk disenaraikan di bawah Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity semasa 16th Session of the Intergovernmental Committee for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage. Penyenaraian di bawah Representative List merupakan pengiktirafan tertinggi di peringkat dunia untuk warisan kebudayaan tidak ketara. Selain dapat memberikan promosi dan mengetengahkannya di peringkat dunia, pengiktirafan ini juga memperlihatkan komitmen Malaysia dalam melindungi warisan kebudayaan tidak ketara di Malaysia. Justeru, saya ingin mengajak semua warga Jabatan untuk terus giat melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan, pemeliharaan dan perlindungan warisan budaya, sama ada Warisan Ketara atau Warisan Tidak Ketara, selaras dengan peruntukan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645] agar khazanah warisan Malaysia agar terus kekal diamalkan dan tersenarai di peringkat dunia. In Sha Allah. Sekian, terima kasih. Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara Perutusan 06 | Laporan Tahunan 2021


ENCIK MOHD AZMI BIN MOHD YUSOF Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Jabatan Warisan Negara | 07


10 | Laporan Tahunan 2021


Jabatan Warisan Negara | 11


12 | Laporan Tahunan 2021


Jabatan Warisan Negara | 13


14 | Laporan Tahunan 2021


Jabatan Warisan Negara | 15


16 | Laporan Tahunan 2021


Jabatan Warisan Negara | 17


Selayang Pandang 18 • Statistik Butiran Warisan Dan Warisan Kebangsaan • Senarai Pengiktirafan Dunia • Statistik Bilangan Pengunjung Ke Tapak Warisan Dunia Unesco Di Malaysia • Program Utama Jabatan 2021


Tapak Bangunan 190 Warisan Warisan Kebangsaan 124 66 Warisan Warisan Kebangsaan 84 5 Warisan Warisan Kebangsaan 3 7 Warisan Warisan Kebangsaan 7 15 Warisan Warisan Kebangsaan 5 114 Warisan Warisan Kebangsaan 12 517 Warisan Warisan Kebangsaan - 27 89 Monumen/Makam 22 10 Tapak Arkeologi Tapak Semula Jadi Objek Ketara Objek Tidak Ketara Orang Hidup 119 529 27 Statistik Butiran Warisan Dan Warisan Kebangsaan 986 JUMLAH KESELURUHAN Sehingga 31 Disember 2021 20 | Laporan Tahunan 2021


TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO Berkepentingan biodiversiti yang tinggi dengan ciri-ciri kars tersendiri, Taman Negara Gunung Mulu yang terletak di kepulauan Borneo, Sarawak, merupakan kawasan kars tropika yang paling banyak dijadikan sebagai tapak kajian di dunia. Taman seluas 52.864 hektar ini mengandungi tujuh belas zon tumbuh-tumbuhan dengan kepadatan 3,500 spesis tumbuhan vaskular. Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak 2 Disember 2000 (Cairns, Australia) Taman Kinabalu, Sabah 2 Disember 2000 (Cairns, Australia) Kawasan ini kaya dengan pelbagai habitat yang merangkumi tanah pamah tropika, hutan hujan bukit, hutan gunung tropika, hutan kecil alpin dan belukar yang berada di aras yang lebih tinggi. Taman Kinabalu telah dipillih sebagai Pusat Kepelbagaian Tumbuhan Asia Tenggara yang teramat kaya dengan spesis flora dari Banjaran Himalaya, China, Australia, Malaysia dan flora pan-tropika. Melaka dan George Town, Bandar Bersejarah di Selat Melaka 7 Julai 2008 (Qubec City, Canada) Melaka dan George Town merupakan bandar bersejarah di Selat Melaka yang telah berkembang selama lebih 500 tahun melalui aktiviti-aktiviti perdagangan dan pertukaran budaya antara Timur dan Barat. Pengaruh Asia dan Eropah telah banyak membentuk di kedua-dua bandaraya ini dengan kepelbagaian warisan budaya termasuk warisan ketara dan tidak ketara. Kedua-dua Bandar ini membentuk satu seni bina dan seni bandar yang unik dan tidak didapati di mana-mana kawasan lain di Asia Timur dan Asia Tenggara. Melaka dan George Town merupakan testimoni kepada warisan kebudayaan dan tradisi Asia dengan pengaruh penjajah Eropah. Senarai Pengiktirafan Dunia (31 Disember 2021) Jabatan Warisan Negara | 21


Warisan Arkeologi Lembah Lenggong, Perak 30 Jun 2012 (Saint Petersburg, Rusia) Merangkumi kawasan seluas 398.64 hektar, tapak ini menyediakan siri urutan budaya mengikut kronologi bermula dari zaman Paleolitik hingga ke zaman Neolitik dan zaman Logam. Tapak-tapak ini telah ditetapkan pentarikhannya secara kronometrik bermula daripada 1.83 juta hingga 1,700 tahun yang lalu. Salah satu artifak paling signifikan yang dijumpai di Lembah Lenggong ialah Perak Man yang meninggal dunia pada usia sekitar 45 tahun dan dijumpai dikebumikan dalam gua dengan penuh istiadat kira-kira 10,000 tahun lalu, bersama bahan kiriman. Mak Yong 25 November 2005 (Paris, Perancis) Kesenian tradisional Melayu berbentuk dramatari yang menggabungkan elemen-elemen kesenian seperti lakonan, tarian, muzik dan nyanyian. Kesenian ini juga merupakan suatu genre hiburan yang sarat dengan kehalusan dan kelembutan dalam tarian serta kemerduan nyanyian. Dondang Sayang 29 November 2018 (Republic of Mauritius) Dondang sayang atau balada cinta, berasal dari Melaka pada abad ke-15, dipengaruhi oleh muzik rakyat tradisional Portugis. Ia adalah satu bentuk hiburan tradisional Melayu yang mana penyanyi Baba dan Nyonya saling bertukar Pantun (puisi) Melayu spontan, dalam gaya yang ringan dan kadang-kadang lucu. Para penyanyi biasanya diiringi oleh biola, dua rebana Melayu (gendang) dan tetawak (gong). Silat ialah seni mempertahankan diri yang masih wujud dan berakar di kepulauan Melayu. Silat telah dikesan seawal Kerajaan Langkasuka (abad ke-2) sehingga pemerintahan era Kesultanan Melayu Melaka (abad ke-13). Silat juga menjadi medium interaksi sosial masyarakat di Malaysia, contohnya silat sering menjadi acara penting semasa majlis perkahwinan orang Melayu serta acara pembukaan dalam majlis rasmi kerajaan Malaysia. Silat 12 Disember 2019 (Bogota, Colombia) REPRESENTATIVE LIST OF THE INTANGIBLE CULTURAL HERITAGE OF HUMANITY 22 | Laporan Tahunan 2021


Wangkang 17 Disember 2020 (Paris, Perancis) Upacara ini merupakan satu upacara yang diamalkan oleh masyarakat Cina di Minnan, China dan Melaka, Malaysia. Upacara ini berasaskan pada kepercayaan dan adat istiadat pemujaan terhadap Ong Yah, yang merupakan dewa dihormati dan diakui sebagai Tye Tian Soon Siew Ong Yah, di kalangan masyarakat pesisir. Mereka yang kehilangan nyawa di laut, dihormati sebagai “saudara yang baik,” menjadi jiwa yang mengembara kesepian dan kehilangan tempat tinggal. Ritual untuk menyambut dan mengawal Ong Yah secara berkala diadakan untuk lawatannya ke daratan dan menyelamatkan “saudara baik.” Pantun merupakan puisi Melayu yang digunakan untuk menyatakan idea dan emosi yang kompleks yang juga membawa seni penyampaian kiasan dalam bahasa halus. Pantun dianggap sebagai pengikat yang dapat menyatukan pelbagai komuniti yang mengamalkannya. Pantun 17 Disember 2020 (Paris, Perancis) Songket digelar Ratu kain dalam tenunan Melayu kerana kerumitan pembuatannya dan tenunan yang menggunakan benang emas. Kain songket mendapat nama daripada tekniknya mengungkit benang emas di celah benang pakan dan loseng. Songket ditenun menggunakan alat tenunan kek Melayu dan benang emas sebagai benang pakan tambahan. Songket 15 Disember 2021 (Paris, Perancis) Jabatan Warisan Negara | 23


Satu-satunya bukti yang ada mengenai Kesultanan Melayu sebelum kedatangan penjajahan Barat. Rekod ini mempunyai tarikan sejagat kerana ia menggambarkan ketidaktentuan sebuah negeri yang berada dalam peralihan kuasa, meliputi antara dua kuasa dunia yang berubah dengan pantas. Surat-Surat Sultan Abdul Hamid Halim Syah (ARKIB) 4 September 2001 Satu-satunya dokumen mengenai sejarah Kesultanan Melayu pada abad ke-15 dan abad awal ke-16. Ia merupakan sastera sejarah yang meriwayatkan tentang asal-usul, evolusi dan keruntuhan empayar maritim Melayu yang agung, serta sistem unik kerajaan, pentadbiran dan politik. Sejarah Melayu (DBP) 4 September 2001 Dianggap sebagai sastera klasik dan epik tradisional Melayu, diceritakan kepada generasi Melayu sejak dahulu lagi. Ia diiktiraf sebagai sastera klasik kebangsaan yang bukan sahaja terkenal di kalangan orang Melayu tetapi juga di kalangan masyarakat di Kepulauan Melayu. Hikayat Hang Tuah (PNM) 20 Oktober 2001 MEMORY OF THE WORLD (MOW) INTERNATIONAL REGISTER 24 | Laporan Tahunan 2021


Memuatkan kaedah membuat senjata dan cara menembak serta membedil ke arah sasaran dengan tepat. Antaranya ialah cara menembak burung yang sedang hinggap di atas dahan yang tinggi; dan menggunakan peluru emas, perak atau tembaga untuk menembak orang yang kebal. Manuskrip ini mengandungi 790 patah perkataan yang ditulis pada 8 keping kertas dalam bentuk akordian (accordion) yang merupakan bentuk yang jarang ditemui dalam manuskrip Melayu. Kitab Ilmu Bedil (MS 101) (DBP) 19 Mei 2016 (Vietnam) Bukti terawal tulisan Jawi (tulisan berdasarkan abjad Arab) di dunia Islam Melayu, Asia Tenggara. Dengan kedatangan Islam ke rantau ini pada abad ke-10 atau ke-11, cara hidup berpandukan ajaran Al-Quran dan Hadis (seperti yang diamalkan oleh Nabi) berkembang luas di Asia Tenggara. Batu Bersurat Terengganu (Lembaga Muzium Terengganu) 31 Julai 2009 Cerita dari Abad ke-13 dari kisah Putera Paji, pahlawan Jawa yang mengharungi laluan berliku dalam mencari Putri Candra Kirana yang dicintainya dengan berbagai macam penyamaran dan pelbagai nama, sebelum mereka bersatu. Dengan kewujudan cerita Panji, ianya merupakan penandaan perkembangan kesusasteraan Jawa yang tidak lagi dibayangi oleh epik India yang hebat, iaitu Ramayana dan Mahabharata yang terkenal di Jawa dari abad ke-12. Manuskrip Cerita Panji (PNM) (Pengikrafan bersama Kemboja, Indonesia, Malaysia, Netherland dan United Kingdom.) 30 Oktober 2017 MEMORY OF THE WORLD COMMITTEE FOR ASIA AND THE PACIFIC (MOWCAP) REGIONAL REGISTER Jabatan Warisan Negara | 25


Secara dasarnya, jumlah pengunjung yang hadir ke Tapak Warisan Dunia UNESCO sentiasa bertambah dari tahun ke tahun. Pada tahun 2017 merekodkan sebanyak 18,719,272 pengunjung manakala pada tahun 2018 berjumlah 18,741,132 dan pada tahun 2019 pula, berjumlah 20,692,693 pengunjung. Pada tahun 2020 berlaku trend penurunan jumlah pengunjung ke Tapak Warisan Dunia kerana wabak Covid-19. Ini secara tidak langsung menjadi cabaran paling getir kepada prestasi pelancongan negara terutamanya bilangan pengunjung ke Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pada tahun 2021, trend penurunan pengunjung ke tapak warisan dunia semakin ketara berdasarkan statistik bilangan pengunjung ke Tapak Warisan Dunia. Sehingga Disember 2021, jumlah keseluruhan bagi pengunjung ke Tapak Warisan Dunia UNESCO di Malaysia adalah sebanyak 2,806,744 pengunjung. Statistik Bilangan Pengunjung Ke Tapak Warisan Dunia UNESCO Di Malaysia 2,806,744 PELAWAT PADA TAHUN 2021 JUMLAH KESELURUHAN Bandar Bersejarah George Town, Pulau Pinang 8,622 pelawat Bandar Bersejarah Melaka, Melaka 2,665,291pelawat Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak 2,341 pelawat Taman Kinabalu, Sabah 129,208 pelawat Warisan Arkeologi Lembah Lenggong, Perak 1,282 pelawat 26 | Laporan Tahunan 2021


FESTIVAL KEDAH TUA 2021 26 HINGGA 27 OKTOBER 2021 Kedah Tua merupakan sebuah kota pelabuhan purba yang terletak di sebuah kawasan yang merangkumi Lembah Sungai Muda di Selatan hingga ke Sungai Sala Thailang di Utara. Keunikan Kedah Tua adalah kerajaan yang wujud sebagai sebuah penempatan dan pelabuhan perdagangan pesisir Selat Melaka yang terawal di Malaysia. Malah bukti-bukti tinggalannya masih kekal untuk tatapan masyarakat masa kini dan masa hadapan. Kelangsungan Festival Kedah Tua 2021 ini menyasarkan segenap lapisan masyarakat termasuk dari dalam dan luar negara agar mempunyai minat terhadap warisan sejarah Lembah Bujang. Program ini dijangka dapat menaikkan nama Tapak Arkeologi Lembah Bujang di seluruh negara dan dunia sebagai warisan penting negara melalui aktiviti-aktiviti pengembangan dan kesedaran sejagat selain menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara seterusnya meningkatkan ekonomi melalui bidang arkeo pelancongan negara. Oleh kerana terdapat beberapa peraturan yang meletakkan batas bagi setiap pergaulan sosial termasuk penganjuran majlis secara besar-besaran, Jabatan Warisan Negara telah merancang menganjurkan beberapa program tahunan yang mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Program ini bertujuan untuk menonjolkan Kedah Tua sebagai sebuah tapak pelancongan pendidikan dan juga sebagai topik ilmiah yang boleh dibincangkan bagi mendidik kefahaman masyarakat terhadap kepentingan sejarah Kedah Tua. Antara pengisian program adalah Dokumentari, Bual Bicara Eksklusif Warisan Tamadun Silam, Pameran Maya 360°, Wacana Kedah Tua dan Penerbitan Jurnal Edisi Khas Arkeologi yang menarik dan berteraskan warisan. Festival Kedah Tua 2021 diadakan secara atas talian dan telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Wira Dr. Noor Zari bin Hamat, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Program Utama Jabatan Jabatan Warisan Negara | 27


Satu episod dokumentari berdurasi 30 minit bagi memperihalkan perkara-perkara menarik yang terdapat di Kedah Tua khususnya tapak-tapak arkeologi seperti Sungai Batu, Pengkalan Bujang, Lembangan Sungai Muda serta laluan perdagangan sewaktu kegemilangan Kedah Tua. Pengisian dokumentari turut melibatkan slot bagi kawasan pelancongan, makanan tradisi masyarakat Kedah, adat budaya Kedah serta industri kecil di Kedah Tua. Melibatkan 5 orang pakar arkeologi yang mahir dan terkemuka dalam bidang kajian di Kedah Tua untuk membicarakan kepentingan penyelidikan di Kedah Tua yang meliputi kajian dari segi monumen, jumpaan objek, perdagangan, penulisan purba dan arkeo-pelancongan yang telah dijalankan serta interpretasi mereka terhadap kajian mereka di Kedah Tua. Segmen Bicara Kedah Tua yang mengandungi 6 episod ini dilaksanakan secara visual (Facebook Live) kepada umum pada bulan Oktober. Sebahagian rakaman dokumentari Kedah Tua yang disiarkan di media sosial JWN Statistik Penonton Dokumentari Kedah Tua Menerusi Penstriman Langsung Facebook JWN TONTONAN RESPON KOMEN KONGSIAN 3.8K 316 16 115 SIRI 1 Kajian Arkeologi Bukit Choras Dan Cherok Tok’Kun Serta Kaitannya Dengan Kedah Tua SIRI 2 Keagungan Sungai Mas Sebagai Pusat Perdagangan Manik Di Kedah Tua SIRI 3 Tamadun Sungai Batu Dan Hubungannya Dengan Kedah Tua Dokumentari Kedah Tua Bual Bicara Eksklusif Warisan Tamadun Silam 28 | Laporan Tahunan 2021


Statistik Penonton 6 Siri Bual Bicara Eksklusif Warisan Tamadun Silam Menerusi Penstriman langsung Facebook JWN TONTONAN RESPON KOMEN KONGSIAN 8.2K 2,022 182 372 SIRI 4 Percandian Pengkalan Bujang Sebagai Pelabuhan Perdagangan SIRI 5 SIRI 6 Sumbangan Arkeologi Dalam Pembangunan & Kelestarian Sejarah Kedah Tua Kedah Tua Dari Aspek Sejarah Dan Pembangunan Jabatan Warisan Negara | 29


Penerbitan jurnal edisi khas arkeologi yang memuatkan 12 artikel berdasarkan penemuan baharu di dalam kajian penyelidikan ekskavasi, konservasi artifak serta teknologi yang mencakupi skop bidang arkeologi daratan. Melibatkan 9 orang pakar arkeologi yang mahir dan terkemuka dalam bidang kajian di Kedah Tua untuk membicarakan kepentingan penyelidikan di Kedah Tua yang meliputi kajian dari segi monumen, jumpaan objek, perdagangan, penulisan purba dan arkeo-pelancongan yang telah dijalankan serta interpretasi mereka terhadap kajian mereka di Kedah Tua. Kaedah tayangan menggunakan aplikasi Zoom dan Facebook Live JWN. Statistik Penonton Wacana Kedah Tua Menerusi Penstriman langsung Facebook JWN Wacana Kedah Tua Pameran Arkeologi Secara Maya Penerbitan Jurnal Khas Edisi Khas TONTONAN RESPON KOMEN KONGSIAN 4.6K 1,115 156 293 Satu Pameran secara maya telah dihasilkan sempena Festival Kedah Tua 2021. Pameran Maya ini telah menggunakan perisian aplikasi 360° bagi merakamkan situasi di Tapak Kompleks Arkeologi Sungai Batu, Merbok Kedah. Pameran secara maya ini dijangka dapat menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara secara online seterusnya dapat meningkatkan ekonomi melalui bidang arkeopelancongan sekiranya wabak pendemik telah reda. Pameran ini boleh dilayari melalui pautan berikut: www.heritage.gov.my/ftk.html 30 | Laporan Tahunan 2021


Seminar ini telah diadakan pada 11 hingga 15 Oktober 2021 bersiaran dalam talian dari Akademik Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) bertujuan menjadi satu platform kepada para pengurus tapak, organisasi warisan, perunding dan pakar warisan dalam mengetengahkan isu-isu berhubung cabaran pengurusan tapak prasejarah serta memperkenalkan kaedah HIA. Selain tapak prasejarah, seminar ini turut melihat kajian kes bagi HIA tapak sejarah yang boleh menjadi metodologi pelaksanaan HIA bagi mana-mana tapak warisan kebudayaan. Seminar atas talian ini yang dihadiri lebih daripada 400 peserta dari dalam dan luar negara telah diadakan selama 5 hari bermula jam 3.00 petang hingga 7.00 malam merangkumi Majlis Perasmian dan ucaptama pada hari pertama diikuti dengan ceramah dan sesi perkongsian sepanjang program. Program ini dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Ceramah dan perkongsian dalam seminar ini telah disampaikan oleh para pakar warisan/HIA daripada organisasi antarabangsa seperti UNESCO, ICOMOS, ICCROM, SEAMEO-SPAFA serta perunding firma HIA dalam dan luar negara. Pada hari terakhir telah dibentangkan syor pakar (Expert Recommendation) sebagai rumusan daripada hasil pembentangan seminar ini. Seminar atas talian ini dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Antara panel dalam dan luar negara yang terlibat dalam seminar ini. INTERNATIONAL SEMINAR ON PROTECTING PREHISTORIC AND HISTORIC SITES: INTRODUCTION TO HERITAGE IMPACT ASSESSMENT Jabatan Warisan Negara | 31


Program ini bertujuan untuk menyebarluas peranan Jabatan Warisan Negara dalam memelihara dan memulihara warisan negara yang memfokuskan kepada warisan kebudayaan tidak ketara melalui wadah perkongsiaan, percambahan, pengembangan dan penyebaran ilmu bersama ahli akademik, pakar warisan dan para penggiat seni secara dalam talian. Webinar Warisan Tidak Ketara dilaksanakan secara dalam talian dengan penglibatan 19 orang panel jemputan dan 9 orang moderator membincangkan 9 tajuk utama mengikut genre/bidang di bawah Seni Persembahan, Bahasa dan Persuratan, Adat dan Budaya serta Seni Kraf dan Seni Halus bermula Mac sehingga Disember 2021. SIRI 1 Cabaran Teater Tradisional Di Alaf Baru MODERATOR 1. Encik Zaifri Husin • Timbalan Ketua Pengarah (Artistik) Istana Budaya PANEL 1. Dr. Rosdeen Suboh • Pensyarah Jabatan Drama, Pusat Kebudayaan Universiti Malaya 2. Encik Hairi Safwan • Artis Drama TV, Filem dan Teater TARIKH TAYANGAN : 30 MAC 2021 SIRI 2 Perubatan Tradisional Dan Komplementari Dalam Konteks Peradaban Melayu : Pengekalan Warisan Malaysia MODERATOR 1. Encik Alfian bin Mohd Nor • Jabatan Warisan Negara PANEL 1. YBhg. Prof. Tan Sri Datuk Wira Dr. Abdul Latiff bin Abu Bakar Tokoh Akademik dan Kebudayaan & Majlis Penasihat Badan Peradaban Melayu 2. Encik Mohd Adzhar bin Abd Latif Pengerusi Yayasan Perubatan Melayu dan Komplementari Malaysia TARIKH TAYANGAN : 12 APRIL 2021 SIRI 3 Keindahan Bahasa Melayu Di Dalam Puisi Tradisional Pantun MODERATOR 1. Encik Mohd Fedtri Yahya • Pengacara TV PANEL 1. YBhg Dato’ Aripin Said • Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup 2. Prof. Adjung Datuk Haji Chuari Selamat • Mantan Penerbit Bidang Penyiaran/ Penulis Puisi Tradisional Melayu TARIKH TAYANGAN : 27 MEI 2021 WEBINAR WARISAN TIDAK KETARA 2021 32 | Laporan Tahunan 2021


SIRI 4 Peranan Dan Kehebatan Srikandi Dalam Dunia Persilatan MODERATOR 1. Cik Siti Latifah binti Mior Azizul Rahman • Artis/Pesilat PANEL 1. Puan Zaharah bt Hatan • Ketua Dewan Srikandi Dunia Seni Silat Melayu Malaysia 2. Puan Bibi Aishah bt Golbal Singh • Setiausaha Negeri & Exco Pesaka Malaysia TARIKH TAYANGAN : 13 JULAI 2021 SIRI 5 Menelusuri Jawi Dalam Batu Bersurat Terengganu (Memory Of The World International Register UNESCO) MODERATOR 1. Encik Shukri Mohd Isa • Pengarah JWN Zon Timur PANEL 1. Prof Emeritus. Dr Ahmat Adam • Pakar dan Tokoh Akademik Bidang Sejarah 2. Encik Mohd Syahrin bin Abdullah • Pengarah Warisan Dunia Jabatan Warisan Negara TARIKH TAYANGAN : 17 OGOS 2021 SIRI 6 Songket Sulaman Benang Emas MODERATOR 1. Encik Mohd Jamil bin Muhammad Amin • Pensyarah Jabatan Pengajian Budaya Visual, Universiti Teknologi Mara PANEL 1. Prof. Madya Dr. Arbai’iyah Ab Aziz • Universiti Teknologi, Mara 2. Encik Wan Manang bin Wan Awang • Pengusaha Songket TARIKH TAYANGAN : 9 SEPTEMBER 2021 SIRI 7 Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Anyaman Kraf Rotan Tradisional MODERATOR 1. Puan Rafeah bt Ibrahim • Jabatan Warisan Negara PANEL 1. Encik Noorizal bin Ramly • Ketua Jurusan Seni Kraf Rotan Institut Kraf Negara 2. Encik Ishak bin Kassim • Adiguru Kraf Anyaman Rotan TARIKH TAYANGAN : 22 SEPTEMBER 2021 Jabatan Warisan Negara | 33


Statistik Penonton Webinar Warisan Tidak Ketara Menerusi Penstriman langsung Facebook JWN TONTONAN RESPON KOMEN KONGSIAN 11.7K 10.1K 911 721 SIRI 8 Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Teater Tradisional Makyung MODERATOR 1. Dr. Eyo Leng Yan Jabatan Warisan Negara PANEL 1. Encik Wan Midin bin Wan Majid Aktivis Makyung Kelantan/ Watak Peran dan Pemain Muzik Tradisional Makyong 2. Puan Ruhani bt. Md Zin Aktivis Makyung/ Bekas Pengajar Kumpulan Makyung Kijang Emas, Kelantan 3. Encik Rosnan bin Abd. Rahman Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Kelantan/ Aktivis Makyung TARIKH TAYANGAN : 2 NOVEMBER 2021 SIRI 9 Menjawab Tradisi Dengan Kreativiti Dan Inovasi MODERATOR 1. Prof.Madya Dr. Kipli bin Abd Rahman • Dekan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan PANEL 1. Dr. Rosdeen Suboh • Fakulti Seni Kretif Universiti Malaya 2. Dr. Benny Yohanes Timmerman S.Sem, M.Hum • Institut Seni Dan Budaya Indonesia, Bandung Jawa Indonesia 3. Dr. Yusril S.S, M. Sn • Institut Seni Indonesia Padang Panjang, Sumatera Indonesia TARIKH TAYANGAN : 7 DISEMBER 2021 34 | Laporan Tahunan 2021


Warisan Arkeologi Lembah Lenggong telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 30 Jun 2012. Lembah Lenggong merupakan bukti kewujudan aktiviti masyarakat prasejarah yang tertua di dunia di luar Afrika. Ianya mempunyai kesinambungan kebudayaan yang terpanjang sehingga 1.83 juta tahun dalam satu lokaliti. Merupakan tapak terbuka bengkel pembuatan alat batu tidak terganggu (in-situ). Di sinilah terjumpanya rangka manusia prasejarah yang penting iaitu Perak Man, satu-satunya rangka yang direkodkan dengan kecacatan genital Brachymesophalangia Type A2. Karnival Lenggong 2021 adalah sambutan ulang tahun yang ke-9 diadakan ini bagi meraikan pengiktirafan tersebut dengan mengadakan program pengisian seperti: Sesi ini menampilkan tiga buah tapak arkeologi di Asia Tenggara iaitu Lembah Lenggong, Perak; Sangiran, Indonesia; dan Gua Niah, Sarawak. Tema Manusia Purba adalah kupasan yang amat menarik bagi pecinta sejarah, warisan dan kebudayaan. Umum akan mengetahui apakah yang menariknya mengenai manusia purba yang dimiliki oleh setiap tapak ini ketika zaman pra sejarahnya. Sesi perkongsian ilmu ini juga membicarakan cabaran dalam usaha pemuliharaan dan pemeliharaan signifikasi warisan dan nilai-nilai keunggulan sejagat (OUV) bagi menjamin tapak-tapak ini terus dilindungi, terpelihara supaya terus kekal sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO. Sambutan Ulang Tahun ke-9 Pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO Program Pertandingan Atas Talian Sesi Perkongsian Ilmu Tapak Warisan Dunia di Asia Tenggara bertemakan Manusia Purba Program Pemeliharaan Tapak Warisan Dunia Lembah Lenggong Pertandingan Menulis Esei Online Program Pantun Online Pertandingan Kuiz Online Pertandingan Melukis dan Mewarna Online Program Memasak Pertandingan Video Pendek KARNIVAL LENGGONG 2021 Sesi taklimat dan pembersihan di Gua Kajang. Jabatan Warisan Negara | 35


Kempen Kenali, Sayangi dan Lestarikan Warisan Kita” merupakan inisiatif dan platform kepada Jabatan Warisan Negara untuk memperkenalkan butiran warisan yang telah diiktiraf sebagai Warisan dan Warisan Kebangsaan melalui peruntukan undang-undang di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645] yang memberi kuasa Menteri dan Pesuruhjaya Warisan. Kempen ini dijalankan secara dalam talian melalui siaran di media sosial rasmi Jabatan. Objektif utama kempen ini adalah: Hakikatnya terdapat ratusan jenis makanan warisan di negara ini. Diakui, sebilangan makanan ini masih lagi menjadi pilihan dan kita bernasib baik kerana pelbagai makanan itu masih boleh dinikmati sama ada di majlis-majlis keraian, musim perayaan, malah ada yang mengusahakan secara komersial, namun tidak dapat dinafikan juga bahawa sebahagian besar masakan ini makin jarang ditemui dan hampir pupus atau kurang dikenali. Bertitik tolak dari perkara tersebut, JWN telah mengambil tanggungjawab untuk mengembalikan semula budaya makanan warisan ini kepada masyarakat umum iaitu dengan melaksanakan Program Jom Ke Dapur Warisan sempena Kempen Kenali, Sayangi dan Lestari Warisan Kita pada tahun 2021. Video demonstrasi cara penyediaan makanan warisan tersebut dilaksanakan oleh pendemo yang terdiri daripada chef jemputan serta pegawai daripada JWN termasuk YB Menteri MOTAC. Meningkatkan pemahaman dan kesedaran mengenai fungsi, tugas dan tanggungjawab Jabatan Warisan Negara terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan warisan negara. Memupuk kesedaran, semangat, cinta, menghayati, mendokong dan menyokong pemuliharaan dan pemuliharaan warisan seterusnya mewarisi dan membudayakan adat budaya, seni dan warisan dalam kehidupan. Menyebarluas pengetahuan serta mempertingkatkan kesedaran dan kefahaman dalam usaha mewujudkan masyarakat yang lebih prihatin terhadap kepentingan dalam melestarikan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan, seni dan budaya serta membentuk jati diri bangsa yang lebih kukuh. i. ii. iii. Jom Ke Dapur Warisan KEMPEN KENALI, SAYANGI DAN LESTARI WARISAN KITA 36 | Laporan Tahunan 2021


YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya turut sama menjayakan Program Jom ke Dapur Warisan Statistik Penonton Jom Ke Dapur Warisan Menerusi Penstriman langsung Facebook JWN TONTONAN RESPON KOMEN KONGSIAN 3.8K 413 62 83 Jabatan Warisan Negara | 37


Borak Warisan Infografik Warisan Borak Warisan merupakan platform bagi wadah perkongsian ilmu berkenaan warisan negara bagi membolehkan orang awam lebih memahami Warisan khususnya Warisan Ketara dan Warisan Tidak Ketara. Penyediaan poster dan infografik mengenai butiran yang telah diangkat sebagai Warisan atau Warisan Kebangsaan. Sebanyak 10 poster pengenalan kepada setiap kategori butiran warisan dan 20 poster butiran warisan/warisan kebangsaan disediakan sebagai promosi dalam memperkenalkan warisan-warisan negara kita. Poster infografik ini dimuatnaik di media sosial secara berkala sepanjang kempen berlangsung pada tahun 2021. Statistik Penonton Borak Warisan Menerusi Penstriman langsung Facebook JWN TONTONAN RESPON KOMEN KONGSIAN 860 125 26 14 Antara topik yang dibincangkan dalam borak warisan 2021; Tarian Sumazau Antara poster kempen 38 | Laporan Tahunan 2021


Jabatan Warisan Negara | 39


Daftar Warisan 40 LAPORAN BAHAGIAN


Bahagian Daftar Warisan merupakan bahagian yang melaksanakan fungsi Pesuruhjaya menurut peruntukan dan keperluan Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645] iaitu penetapan dan pendaftaran tapak, objek dan warisan kebudayaan di bawah air sebagai warisan. Selain itu BDW juga berperanan dalam mewartakan apa-apa butiran warisan dan Orang Hidup yang diisytiharkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan sebagai Warisan Kebangsaan. Selaras dengan fungsi tersebut, bahagian ini dibahagikan kepada dua (2) cawangan utama iaitu Cawangan Pewartaan dan Cawangan Penguatkuasaan. Pendaftaran butiran warisan merupakan matlamat penting agar rekod warisan negara diwujudkan dan dilindungi undang-undang. Penilaian bagi menentukan signifikasi dan keaslian mana-mana butiran perlu dibuat bagi menjamin integriti sesuatu butiran yang diangkat sebagai warisan. Cawangan Pewartaan bertanggungjawab memastikan khazanah warisan Negara dikaji, didokumentasi dengan sistematik serta disenaraikan dalam Daftar Warisan Kebangsaan bertujuan untuk melindungi, memulihara dan mempromosikan Warisan Negara sepertimana yang terkandung di dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005. Cawangan pewartaan terbahagi kepada dua unit iaitu: Melaksanakan penyelidikan dan penilaian terhadap tapak seni bina dan landskap, semula jadi, geologi, objek ketara serta seni halus secara komprehensif untuk pertimbangan dan penilaian bagi pengiktirafan melalui pewartaan di bawah Akta 645; Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Pakar Warisan Seni bina dan Landskap, Semula Jadi, Geologi, Objek Ketara dan Seni Halus; Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Pampasan Objek dan Objek Warisan Ketara yang telah diwartakan di bawah Akta 645; dan Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Harga Bagi Objek Warisan dan Warisan Kebangsaan yang telah diwartakan di bawah Akta 645. • • • • Melaksanakan proses penetapan tapak warisan, objek warisan, warisan semula jadi, warisan kebudayaan ketara dan tidak ketara, warisan kebudayaan di bawah air, serta Perintah Warisan Kebangsaan dan Orang Hidup; Merekod Butiran Warisan ke dalam Buku Daftar Warisan Kebangsaan; Melaksanakan Mesyuarat Majlis Warisan Kebangsaan; Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Wang Warisan (KWW); dan Penyelaras bagi data Aset Warisan. • • • • • i. Unit Inventori dan Penyelidikan ii. Unit Pendaftaran Cawangan Pewartaan 42 | Laporan Tahunan 2021


Cawangan Penguatkuasaan bertanggungjawab memastikan semua butiran warisan dipantau dan diperiksa selaras peruntukan seksyen 39, Akta 645 serta bertanggungjawab memastikan Akta 645 digunapakai dan dipatuhi selaras peruntukan seksyen 98, 100, 101, 102, 103, 104, 105, 106, 107 dan 108. Cawangan penguatkuasaan terbahagi kepada dua unit iaitu: Cawangan Penguatkuasaan Bertanggungjawab menjalankan penyiasatan terhadap aduan yang diterima selaras dengan peruntukan di bawah Akta 645; dan Bertanggungjawab memastikan aktiviti penggalian objek warisan, eksport dan import butiran warisan, penggalian dan salvaj warisan kebudayaan di bawah air dan peniaga butiran warisan mematuhi peruntukan Akta 645; Memastikan setiap permohonan kebenaran merancang di tapak warisan dan Warisan Kebangsaan mematuhi peruntukan seksyen 40, Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]; Menguruskan pengeluaran lesen selaras dengan seksyen 65, 83, dan 87 serta bertanggungjawab menjalankan kawalan dan pemantauan bagi permohonan lesen dan kelulusan kebenaran merancang yang telah diberikan kepada pemohon; Bertanggungjawab menilai dan memproses semua permohonan lesen di bawah Akta 645 iaitu: a. Lesen penggalian dan salvaj warisan kebudayaan di bawah air selaras dengan peruntukan seksyen 65, Akta 645; b. Lesen eksport butiran warisan selaras dengan peruntukan seksyen 83, Akta 645; dan c. Lesen penggalian objek warisan selaras dengan peruntukan seksyen 87, Akta 645. i. Unit Pemantauan dan Penyiasatan ii. Unit Kawalan dan Pelesenan • • • • • Akta 645 Jabatan Warisan Negara | 43


Tapak Warisan Tapak Warisan Kebangsaan • Tiada penetapan bagi kategori tapak warisan pada tahun 2021. Jadual: Perintah Warisan Kebangsaan (Perisytiharan Warisan Kebangsaan) (Tapak Warisan) 2021. Jadual: Perisytiharan Objek Warisan 2021. Objek Warisan Senarai Pewartaan Butiran Warisan & Warisan Kebangsaan Pada Tahun 2021 BIL. NAMA TAPAK NO. WARTA TARIKH WARTA 1. CANDI BUKIT BATU PAHAT (TAPAK 8) Bukit Batu Pahat, Merbok, Kedah P.U.(B) 152 31 Mac 2021 2. CANDI PENGKALAN BUJANG (TAPAK 23) Kuala Muda, Kedah P.U.(B) 152 31 Mac 2021 3. ISTANA MAZIAH Kuala Terengganu, Terengganu P.U.(B) 152 31 Mac 2021 4. MASJID BESAR KUALA TERENGGANU/ MASJID ABIDIN Jalan Masjid Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu P.U.(B) 152 31 Mac 2021 BIL. NAMA OBJEK NO. WARTA TARIKH WARTA 1. CERITA-CERITA PANJI a. MSS 29 - Hikayat Kelana Jayeng Seteru b. MSS 31 - Hikayat Jaran Misa Gambar Sari c. MSS 32 - Hikayat Cekel Waneng Pati d. MSS 94 - Cerita Panji e. MSS 2140 - Hikayat Misa Jejuluk Sira Panji P.U.(B) 176 30 Mac 2021 2. KITAB ILMU BEDIL (KITAB TIB, MS 101) P.U.(B) 176 30 Mac 2021 3. ILUSTRASI SENIBINA MASJID JAMEK, KUALA LUMPUR P.U.(B) 176 30 Mac 2021 4. LUKISAN IMAGO (BERLIN) P.U.(B) 176 30 Mac 2021 5. LUKISAN KAMPUNG MELAYU DAN PERMAINAN TRADISIONAL P.U.(B) 176 30 Mac 2021 44 | Laporan Tahunan 2021


Objek Warisan Kebangsaan Jadual: Perintah Warisan Kebangsaan (Perisytiharan Warisan Kebangsaan) (Objek Warisan) 2021. BIL. NAMA OBJEK NO. WARTA TARIKH WARTA 1. CERITA-CERITA PANJI a) MSS 29 - Hikayat Kelana Jayeng Seteru b) MSS 31 - Hikayat Jaran Misa Gambar Sari c) MSS 32 - Hikayat Cekel Waneng Pati d) MSS 94 - Cerita Panji e) MSS 2140 - Hikayat Misa Jejuluk Sira Panji P.U.(A) 414 2. KITAB ILMU BEDIL (KITAB TIB, MS 101) P.U.(A) 414 3. ILUSTRASI SENIBINA MASJID JAMEK, KUALA LUMPUR P.U.(A) 414 4. LUKISAN IMAGO (BERLIN) P.U.(A) 414 5. LUKISAN KAMPUNG MELAYU DAN PERMAINAN TRADISIONAL P.U.(A) 414 5 November 2021 5 November 2021 5 November 2021 5 November 2021 5 November 2021 Lukisan Kampung Melayu Kitab Ilmu Bedil Imago Berlin Ilustrasi Seni Bina Masjid Jamek Cerita Panji MS 32 Masjid Abidin Jabatan Warisan Negara | 45


Penyelidikan dan Pendokumentasian Seni bina dan Landskap Masjid Dato’ Dagang Klang, Selangor pada 17 Disember 2020 Sekolah Kebangsaan Temoh, Perak pada 28 Oktober 2021 Pandangan dari sisi Makam Dato' Dagang Pandangan sisi SK Temoh Penyelidikan Dan Pendokumentasian Pandangan hadapan Masjid Dato' Dagang 46 | Laporan Tahunan 2021


Click to View FlipBook Version