JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 1 FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN JABATAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN ERS5900 INTERNSHIP DALAM PENTADBIRAN PENDIDIKAN TAJUK PROJEK: “DIGITAL RESOURCE IQ: MEMPERKASA PERPUSTAKAAN DIGITAL MELALUI APPS NILAM” Penyelaras program : Dr Arnida bt Abdullah Penyelia fakulti : Dr Siti Salina bt Mustakim Penyelia institusi : Pn Norfarani bt Mat Isa Program: Sarjana Pendidikan dalam Pentadbiran Pendidikan N0. NAMA NO MATRIK 1. JULIAWATI BINTI SAKIMAN GS65343
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 2 SENARAI KANDUNGAN BAB 1 : PENGENALAN ....................................................................................................... 4 1.1 Latar belakang pelaksanaan internship ..................................................................................... 4 1.2 Pengalaman Pembelajaran semasa Internship .......................................................................... 6 BAB 2 : PROFIL INSTITUSI ............................................................................................... 8 2.1 Latar belakang institusi............................................................................................................. 8 2.1.1. Sejarah dan perkembangan............................................................................................... 8 2.1.2 Demografi......................................................................................................................... 11 2.1.3 Struktur organisasi........................................................................................................... 13 2.1.4 Visi dan Misi..................................................................................................................... 18 2.1.5 Pengurusan strategik, program dan aktiviti utama ......................................................... 19 2.1.6 Pencapaian dan kejayaan institusi................................................................................... 20 2.1.7 Fasiliti .............................................................................................................................. 21 2.2 Iklim, budaya dan kepemimpinan........................................................................................... 22 2.2.1 Iklim warga SMK Dato’ Abu Bakar Baginda .................................................................. 22 2.2.2 Budaya SMK Dato’ Abu Bakar Baginda.......................................................................... 23 2.2.3 Gaya Kepimpinan SMK Dato’ Abu Bakar Baginda......................................................... 24 2.3 Analisis SWOT terhadap institusi........................................................................................... 26 2.4 Isu dan Cabaran dalam Institusi Pendidikan........................................................................... 31 2.4.1 Cabaran beban kerja (workload)..................................................................................... 31 2.4.2 Isu Teknologi dalam Pendidikan...................................................................................... 32 2.4.3 Cabaran kekurangan kelas PdPC (Kelas terapung)........................................................ 32 2.4.4 Cabaran ponteng sekolah................................................................................................. 33 2.4.5 Cabaran Kesejahteraan Emosi dan Psikososial Murid ................................................... 36 BAB 3 : LATAR BELAKANG PROJEK INTERNSHIP ................................................... 37 3.1 Latar Belakang Projek............................................................................................................. 37 3.2 Kepentingan isu ...................................................................................................................... 38 3.3 Matlamat dan objektif projek.................................................................................................. 39
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 3 3.4 Kepentingan projek................................................................................................................. 39 3.5 Strategi dan pelan tindakan/ operasi ....................................................................................... 41 3.5.1 Strategi ............................................................................................................................. 41 3.5.2 Pelan Tindakan / Operasi:............................................................................................... 42 3.6 Huraian terperinci satu aktiviti / program............................................................................... 44 3.6.1 Jawatankuasa Projek ....................................................................................................... 44 3.6.2 Sistem Apps NILAM ......................................................................................................... 44 3.6.3 Dashboard PSS ................................................................................................................ 52 3.7 Cadangan bentuk penilaian untuk menilai keberkesanan aktiviti/ program ........................... 66 3.7.1 Borang Penilaian dan Maklumbalas Projek.................................................................... 66 3.7.2 Cadangan Penambahbaikan Projek................................................................................. 66 BAB 4 : REFLEKSI ............................................................................................................ 70 4.1 Pengalaman Internship dan Peningkatan Profesional Diri...................................................... 70 4.2 Cadangan Penambahbaikan Pelaksanaan Internship .............................................................. 71 BAB 5 : RUJUKAN ............................................................................................................. 74 LAMPIRAN ........................................................................................................................ 74 Lampiran 1 : Borang Maklumbalas Penawaran Tempat............................................................... 74 Lampiran 2 : Borang Pengesahan Lapor Diri Internship .............................................................. 75 Lampiran 3 : Borang Kehadiran Internship .................................................................................. 76 Lampiran 4 : Gambar Aktiviti....................................................................................................... 76 Lampiran 5 : Bukti pengalaman pembelajaran yang dilalui. ........................................................ 76
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 4 BAB 1 : PENGENALAN 1.1 Latar belakang pelaksanaan internship Internship merupakan peluang untuk saya meningkatkan kemahiran profesional melalui pengalaman dunia nyata. Kursus ini dibentuk bagi memberikan peluang kepada pelajar agar dapat mengaplikasikan teori yang dipelajari dalam konteks sebenar di institusi pendidikan. Dr Arnida bt Abdullah, selaku penyelia fakulti, telah memberikan taklimat yang komprehensif mengenai proses internship dan sentiasa bersedia memberikan panduan serta menjawab sebarang pertanyaan melalui platform komunikasi dalam talian. Objektif utama internship adalah untuk mempersiapkan saya sebagai yang mampu menganalisis isu-isu berkaitan bidang pengajian di institusi pendidikan tempat saya menjalani internship. Selain itu, saya berpeluang untuk mengambil inisiatif dalam mencadangkan penyelesaian masalah atau penambahbaikan yang dapat meningkatkan prestasi institusi pendidikan tersebut. Saya telah memilih SMK Dato’ Abu Bakar Baginda sebagai lokasi internship memandangkan sekolah ini berdekatan dengan Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM iaitu 19km jaraknya dari sekolah. Ini memudahkan pergerakan ulang-alik saya ke fakulti bagi tujuan perjumpaan bersama penyelia fakulti dan penyelaras internship jika terdapat sebarang masalah berkaitan internship. Penyelia pelajar, Dr. Siti Salina bt Mustakim, mempamerkan gaya kepimpinan yang mendukung dan memberi inspirasi. Beliau tidak hanya memberikan nasihat berguna kepada saya, tetapi juga menekankan aspek-aspek kritikal yang perlu diberi tumpuan sepanjang tempoh internship. Dr. Siti Salina memupuk persekitaran yang terbuka untuk bertanya dan berbincang isu-isu berkaitan internship. Kepekaan beliau terhadap keperluan saya sepanjang internship dan kesanggupan untuk memberikan bimbingan secara teliti menonjolkan ciri kepimpinan yang membawa impak positif.
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 5 Melalui pendekatan ini, beliau berusaha untuk memastikan saya mencapai potensi maksimum dan mendapat pengalaman yang bermakna dalam bidang pendidikan. Penyelia institusi, Puan Norfarani bt Mat Isa, yang dilantik oleh pengetua, memberikan perhatian yang teliti terhadap keperluan saya di sekolah. Walaupun sibuk mengurus hal kurikulum sekolah, beliau tetap meluangkan masa untuk mendengar cadangan-cadangan projek yang ingin saya jalankan semasa proses internship. Beliau turut memberi pendapat yang menyokong kepada projek saya dengan memberikan beberapa situasi yang menjadi kebimbangan beliau berikutan isu melibatkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Beliau mencipta persekitaran yang positif dan memberi keyakinan kepada saya untuk memberi yang terbaik dalam projek ini. Puan Norfarani tidak hanya memberi pandangan dan teguran, tetapi juga membina hubungan rapat, mencerminkan kesanggupannya untuk menjadi penyokong yang berdedikasi dalam perkembangan profesional saya. Dalam tempoh internship ini juga, saya telah berinteraksi dengan guru-guru di sekolah ini dengan lancar. Guru-guru memberikan kerjasama yang baik dan memberi peluang untuk bertanya mengenai perkara di luar kepakaran mereka. Keberadaan saya sebagai guru dalam proses internship diterima baik oleh guru-guru dan mereka sentiasa menggalakkan pertukaran pandangan tentang sistem pendidikan dan hala tuju Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Saya berharap agar pengalaman yang diperolehi semasa internship ini dapat digunakan apabila menerima penempatan semula nanti. Dengan panduan dan sokongan daripada penyelia fakulti, penyelia institusi dan guru-guru di sekolah ini, diharapkan saya dapat menyumbang secara positif untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah pada masa akan datang. Semua ini membentuk landasan yang kukuh untuk pembangunan profesionalisme dalam bidang pendidikan.
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 6 1.2 Pengalaman Pembelajaran semasa Internship Sepanjang tempoh latihan industri, saya telah aktif terlibat dalam pelbagai usaha yang bertujuan meningkatkan pengurusan dan kecekapan Pusat Sumber Sekolah (PSS) di SMK Dato' Abu Bakar Baginda. Saya memfokuskan kepada bidang kepakaran saya iaitu teknologi dalam Pusat Sumber. Sumbangan utama saya melibatkan pengorganisasian dan penyelarasan aktiviti membaca bersama murid, di mana saya bertindak sebagai fasilitator dan penyelaras untuk memastikan sesi membaca menyuntik inspirasi literasi kepada murid. Selain itu, saya telah mengadakan latihan dalaman kepada Ahli Jawatankuasa PSS mengenai kaedah penggunaan automasi dalam proses pengurusan buku. Matlamat utama ialah memastikan setiap ahli AJK PSS mampu menggunakan sistem secara cekap, mempercepatkan proses pengurusan koleksi perpustakaan dan meningkatkan efisiensi operasi harian. Saya turut menyediakan latihan dalaman kepada guru dan murid berkenaan penggunaan aplikasi NILAM untuk tujuan perekodan. Usaha ini bertujuan memastikan setiap guru memiliki kemahiran yang mencukupi untuk mengendalikan aplikasi dengan lancar dan mampu menghasilkan laporan NILAM dengan kecekapan sebelum penutupan tahun pelajaran sekurang-kurangnya Bulan Disember. Semasa internship, saya turut menyertai aktiviti-aktiviti anjuran sekolah antaranya, saya juga menyertai perhimpunan rasmi di dewan sekolah bagi tujuan memberi pemahaman holistik terhadap dinamika dan perkembangan keseluruhan sekolah serta perkembangan-perkembangan terkini apa yang berlaku di sekolah. Ini memberi peluang kepada saya untuk berinteraksi dengan guru-guru lain dan memperkukuhkan hubungan positif dalam komuniti sekolah.
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 7 Selain itu, saya telah melancarkan program intervensi membaca di kelas-kelas relief (Mengisi Masa Instruksional) dengan menggunakan bahan bacaan yang terarah dan bermakna. Langkah ini bertujuan untuk merangsang minat membaca murid serta memberikan sokongan tambahan dalam pembangunan kemahiran literasi. Secara keseluruhannya, pengalaman ini tidak hanya memberikan pendedahan kepada realiti dunia pendidikan, tetapi juga membolehkan saya menyumbang secara konstruktif terhadap perkembangan PSS dan meningkatkan kesejahteraan murid di SMK Dato' Abu Bakar Baginda.
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 8 BAB 2 : PROFIL INSTITUSI 2.1 Latar belakang institusi 2.1.1. Sejarah dan perkembangan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abu Bakar Baginda terletak di antara Institut Pendidikan Guru Kampus Pengajian Islam dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). SMK Dato’ Abu Bakar Baginda menerima murid-murid yang tinggal di sekitar Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda, Sungai Merab, Desa Putra dan Bandar Baru Bangi. Bersama mandat dan amanah yang diberikan, Datin Hajah Zaliah Ismail telah dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memegang jawatan sebagai pengetua yang pertama mulai 30 Disember 2009. Beliau sebelum ini merupakan mantan penolong kanan Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor. Turut menerajui tampuk pentadbiran sekolah ialah Puan Hajah Hamidah Said, selaku Penolong Kanan, Encik Saari bin Mamat sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Tn Haji Hasan Hamidi bin Benu selaku Penolong Kanan Kokurikulum. 4 November adalah tarikh akhir Datin Hajah Zaliah Ismail berkhidmat sebagai Pengetua Pertama di SMK Dato’ Abu Bakar Baginda. Beliau telah berpindah semula ke Sekolah Seri Puteri sebagai Guru Cemerlang Geografi. Semasa perkhidmatan beliau, beberapa pencapaian telah diperolehi iaitu terciptanya senikata lagu sekolah, bendera sekolah, laman web sekolah, piagam pelanggan, visi dan misi sekolah, penubuhan koperasi telah berjaya ditubuhkan dengan jayanya. Beliau juga telah mengilhamkan Anugerah Pengetua (principal’s list) untuk murid-murid yang cemerlang dan ada peningkatan dalam peperiksaan peringkat sekolah. Semasa pentadbiran beliau juga, sekolah telah berjaya menerima Anugerah Dakwah Islamiah daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor pada Ogos 2010.
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 9 Meneruskan pentadbiran sekolah, Pn Hajah Khatijah binti Kunji Maraikar telah dilantik sebagai pengetua kedua pada 17 Januari 2011. Beliau adalah mantan Penolong Kanan Pentadbiran SMK Cyberjaya. Di bawah kepimpinan beliau, sekolah dua sesi telah diadakan mulai tahun 2012. Selain itu, sekolah juga telah berjaya mewujudkan laman hijau hasil kolaboratif bersama Syarikat SONY Malaysia dengan menerima sumbangan sejumlah RM40,000 yang kemudiannya disalurkan bagi pembelian pokok-pokok serta peralatan perkebunan. tidak hanya itu, laman ilmu, laman wangi dan laman herba turut di wujudkan bagi menceriakan lagi kawasan sekolah. Pn Hajah Khatijah telah bersara pada 28 Julai, 2012. Pn Hajah Hamidah bt Said telah dilantik sebagai pengetua ketiga pada 1 November 2012. Disiplin sekolah dan prestasi murid-murid bertambah baik semasa pentadbiran beliau. Tahun 2014 genap 5 tahun sekolah dibuka dan calon SPM 2014 ini adalah kumpulan murid yang pertama hasil didikan 100% daripada guru-guru SMK Dato’ Abu Bakar Baginda. Beliau telah memperkenalkan akronim BMW (Bersih, Menarik, Wangi). Pn Hajah Hamidah telah bersara pada 20 November 2015. Tn Hashim bin Saryani@Md Noh telah dilantik sebagai pengetua keempat pada 20 November 2015. Beliau adalah mantan Penolong Kanan Kokurikulum SMK Sri Gombak. Semasa pentadbiran beliau, beberapa kejayaan gemilang berjaya diraih di peringkat kebangsaan dan negeri antaranya, Johan Musolla Imarah Peringkat Kebangsaan pada tahun 2016, Ketiga Anugerah Pusat Sumber Cemerlang dan Anugerah Ikon GPM Peringkat Kebangsaan pada tahun 2017 serta tempat ketiga pengurusan SPBT cemerlang peringkat Negeri Selangor. Beliau telah memperkenalkan tag line sekolah iaitu ‘FIVE’ yang membawa makna yang besar berdasarkan segala aktiviti di SMKDABB yang berlandaskan 5 iaitu 5 minit Al-Quran Dihatiku, 5 Minit Membaca, 5 Minit Anti
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 10 Dadah, 5 Rukun Islam dan 5 Rukun Negara. Beliau telah bertukar ke SMK Ideal Height sebagai pengetua pada tahun 2018. Diteruskan dengan Pengetua yang kelima, iaitu Pn Hjh Zarinah bt Md Hassan yang mula bertugas di SMK Dato’ Abu Bakar Baginda pada 8 April 2019. Sebelum ini beliau merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Putra Perdana, Sepang. Meneruskan legasi kegemilangan, beberapa kejayaan telah berjaya diraih semasa pentadbiran beliau, antaranya, Anugerah Lima Bintang Bilik Guru Sejahtera Peringkat Negeri Selangor, Johan Ikon Kelab Pencegahan Jenayah dan 5 terbaik Pengurusan SSDM Peringkat Negeri Selangor pada tahun 2019. Semasa tahun pentadbiran beliau, Covid 19 telah menggemparkan dunia di mana, selama dua tahun sekolah mengalami perubahan yang mendadak dari segi corak pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). PdPR semasa COVID-19 meningkatkan penggunaan teknologi, mengubah cara pengajaran dan pembelajaran, merangsang inovasi, serta menyoroti kesenjangan akses digital. Diteruskan dengan pengetua terkini, iaitu Pn Mazita bt Mansor yang merupakan pengetua keenam ditugaskan di sini. Beliau merupakan bekas Penolong Kanan Pentadbiran di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor. Sejak genap setahun beliau bertugas di SMK Dato' Abu Bakar Baginda, pencapaian cemerlang telah diraih oleh murid-murid di peringkat kebangsaan. Sebagai contoh, peserta terbaik keseluruhan dalam Sukan e-Stacking Peringkat Kebangsaan 2023 dan akan mewakili Malaysia dalam pertandingan yang akan diadakan di Korea. Selain itu, wakil Tunggal SMKDABB ke Kejohanan Boling Tenpin MSSM 2022 telah berjaya meraih Naib Johan Peringkat Negeri Selangor. Kejayaan ini mencerminkan komitmen Pn Mazita dalam membimbing dan memotivasikan murid untuk mencapai potensi maksimum mereka. Selain pencapaian pelajar, semasa kepimpinan Pn Mazita, sekolah telah menjalin kerjasama dengan UNITEN untuk melaksanakan projek Pusat Sumber Angkat SMKDABB. Langkah ini
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 11 menunjukkan kebijaksanaan beliau dalam menggandakan upaya untuk memperbaiki dan memodenkan infrastruktur pendidikan di sekolah. Pn Mazita memulakan tugasnya sebagai pengetua dengan penuh dedikasi dan komitmen, membawa serta semangat baru dalam pentadbiran sekolah. Kepimpinan beliau yang dinamik telah memberikan permulaan yang baik untuk terus memajukan dan memperbaiki mutu pendidikan di sekolah ini. 2.1.2 Demografi SMK Dato' Abu Bakar Baginda terletak didalam mukim Dengkil yang meliputi Kg Dato' Abu Bakar Baginda, Kg Limau Manis, Kg Sungai Merab, Desa Putra, Teras Jernang dan Bandar Baru Bangi. Demografi kawasan ini memainkan peranan penting dalam dinamika sosial dan ekonomi, memberi kesan terus kepada murid dan persekitaran pembelajaran di SMK Dato' Abu Bakar Baginda. i. Penduduk Tempatan: Komposisi penduduk di kawasan ini mencerminkan kepelbagaian dari segi umur, jantina dan etnik. Terdapat pelbagai kumpulan umur, dari kanak-kanak hingga warga tua. Kepelbagaian etnik juga memberikan warna kepada budaya dan tradisi tempatan. ii.Pendidikan: Tahap pendidikan di kawasan ini sangat pelbagai, merangkumi penduduk yang masih bersekolah di peringkat sekolah rendah hingga universiti, kolej dan institusi latihan. Kepelbagaian ini mencerminkan sokongan masyarakat terhadap pendidikan masih tinggi dan minat terhadap pembangunan modal insan. Selain itu, kedudukan kawasan ini berdekatan dengan Institusi Pengajian Tinggi seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Pendidikan Guru
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 12 (IPG) Kampus Pendidikan Islam menyebabkan ramai anak tempatan menyambung pengajian disebabkan lokasi berdekatan dengan kawasan perumahan. iii.Pekerjaan: Corak pekerjaan di kawasan ini melibatkan individu bekerja sendiri, pekerja industri terutamanya yang berkaitan dengan kilang-kilang berdekatan dan bekerja di kompleks persekutuan Putrajaya. Peratusan penduduk yang bekerja sebagai tenaga pendidik atau berkaitan dengan sektor pendidikan adalah tinggi, mencerminkan komitmen terhadap pembangunan akademik. iv.Ekonomi: Tahap ekonomi komuniti sekitar SMK Dato' Abu Bakar Baginda boleh dikatakan mengikut pendapatan isi rumah golongan masyarakat di Malaysia iaitu dalam kalangan kumpulan B40, M40 dan T20. Sumber pendapatan utama berasal dari sektor perkhidmatan dan perindustrian, dengan kehadiran kilang-kilang berdekatan dan kompleks persekutuan Putrajaya memberi sumbangan yang ketara dari segi ekonomi masyarakat di sini. v.Aksesibiliti dan Infrastruktur: Kemudahan jalan raya yang baik dan perkhidmatan pengangkutan awam yang berkesan, menjadikan sekolah ini mudah diakses oleh penduduk tempatan. Guru dan murid tiba dari pelbagai lokasi melalui kaedah pengangkutan yang pelbagai. Murid menggunakan pengangkutan awam seperti van dan bas sekolah, motorsikal, atau berjalan kaki. Dengan kedudukan sekolah dihubungkan melalui jalan utama, murid dapat sampai dengan mudah, sama ada dari Bandar Baru Bangi, Kg Dato' Abu Bakar Baginda, Sg Merab atau arah Putrajaya. Ini mencerminkan infrastruktur yang menyeluruh untuk memastikan murid dapat mengakses pendidikan tanpa kesulitan.
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 13 Rajah 2: Peta kawasan Mukim Dengkil 2.1.3 Struktur organisasi Jadual 1: Jawatankuasa Majlis Tertinggi Sekolah 1. JAWATANKUASA MAJLIS TERTINGGI PENTADBIRAN SEKOLAH SENARAI TUGAS Pengerusi Pn. Mazita binti Mansor Pengetua 1. Bertanggungjawab memastikan Misi, Visi dan Piagam Pelanggan dilaksanakan mengikut Petunjuk Prestasi Utama. 2. Memastikan dasar-dasar Kementerian Pendidikan dilaksanakan di peringkat sekolah. 3. Memantau semua guru dan kakitangan melaksanakan tugas yang ditetapkan. 4. Menentukan proses refleksi dan penambahbaikan sentiasa dijalankan. Timbalan Pengerusi Pn. Norfarani binti Mat Isa Penolong Kanan Pentadbiran AJK En. Mustafa Kamal bin Mahsurom Penolong Kanan HEM Pn. Nora binti Sumairi Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Rozana binti Saadon Penolong Kanan Petang Pn. Rasidah binti Ismail Penolong Kanan Pendidikan Khas
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 14 Jadual 2: Jawatankuasa Kurikulum Sekolah JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH SENARAI TUGAS Pengerusi Pn. Mazita binti Mansor Pengetua 1. Mengadakan mesyuarat sekurangkurangnya tiga kali setahun. 2. Merancang dan melaksanakan program pembangunan profesionalisme guru dan kecemerlangan murid. 3. Mengesan dan memastikan supaya Sukatan dan Perancangan Pengajaran dilaksanakan dengan sempurna. 4. Mengkaji analisis keputusan SPM dan peperiksaan dalaman untuk merangka program jangka pendek dan panjang bagi meningkatkan kecemerlangan. 5. Merancang takwim program akademik dan membuat pemantauan pelaksanaan program. 6. Membuat penyelarasan agihan tugasan jadual waktu (guru dan kelas) 7. Berusaha meningkatkan kemajuan akademik bagi semua peringkat murid. 8. Headcount, post-mortem dan kaji selidik serta mengatasi mana-mana kelemahan dalam pengurusan kurikulum 9. Menyediakan Perancangan Strategik / kertas kerja setiap projek pada awal tahun dan diserahkan kepada Penolong Kanan untuk disokong dan diluluskan oleh Pengetua. 10. Menyediakan Pelan Operasi bagi keseluruhan Program Peningkatan Akademik. 11. Memantau keberkesanan / impak program. 12. Melengkapkan laporan aktiviti dan diserahkan kepada Penolong Kanan dan Pengetua. Timbalan Pengerusi Pn. Norfarani binti Mat Isa Penolong Kanan Pentadbiran Naib Pengerusi 1 En. Mustafa Kamal bin Mahsurom Penolong Kanan HEM Naib Pengerusi 2 Pn. Nora binti Sumairi Penolong Kanan Kokurikulum Naib Pengerusi 3 Pn. Rozana binti Saadon Penolong Kanan Petang Naib Pengerusi 4 Pn. Rasidah binti Ismail Penolong Kanan Pendidikan Khas Setiausaha Pn. Zuraidah binti Basri AJK Guru Kanan Mata Pelajaran Ketua Panitia Pn. Sarwaniza binti Saharuddin Setiausaha Pentaksiran & Peperiksaan Cik Nor Liana binti Ahmad Setiausaha Jadual Waktu Pn. Naemah binti Othman Guru Perpustakaan & Media Cik Nur Faiz Aishah binti Azmi Guru Data En. Mohd Amirul ‘Azzim bin Aminuddin Penyelaras Bestari Pn. Ummi Hani binti Mohd Asarani Penyelaras i-Think En. Wan Rizalmi bin Wan Hanafi Penyelaras STEM, TIMSS, PISA & PKLSMB Cik Nur Farah Nadhirah binti Mohd Fadzli Penyelaras KBAT Pn. Noor Azizah binti Shaari Penyelaras Amali Sains SPM Pn. Ruzmita binti Shafiei Penyelaras PLC Pn. Nazatul Shila binti Abd Rahman Ketua Guru Kaunseling Pn. Suraya binti Abdullah Penyelaras PA 21 Pn. Nor Azura binti Deris Penyelaras KAA Pn. Suzila binti Wahab
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 15 Penyelaras DLP 13. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kecemerlangan akademik mengikut tingkatan 14. Mengenalpasti murid-murid yang tidak mencapai prestasi yang ditetapkan serta melakukan program cakna yang lebih khusus dalam semua tingkatan. Pencatat Minit Pn. Fadilah binti Mohd Yasin Mesyuarat Guru 1 Pn. Zalati binti Budin Mesyuarat Guru 2 Pn. Siti Zalina binti Mohd Salleh Mesyuarat Guru 3 Pn. Hanisah binti Zainal Bahrin Mesyuarat Guru 4 Jadual 3: Jawatankuasa Hal Ehwal Murid JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID SENARAI TUGAS Pengerusi Pn. Mazita binti Mansor Pengetua 1. Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan sahsiah murid sekolah dengan memberi idea dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturanperaturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula dari masa ke masa. 2. Mengurus hal ehwal murid yang memerlukan bantuan khusus disebabkan kemiskinan, kemalangan, kecemasan, mengalami bencana, kematian, memerlukan rawatan berterusan dan ancaman keselamatan. 3. Membincangkan masalah kebajikan murid dengan tujuan untuk membimbing dan membantu dalam menangani masalah tersebut. 4. Menimbang dan menerima pandangan daripada murid, guru serta ibu bapa mengenai hal-hal yang berkaitan dalam disiplin, keselamatan dan kebajikan murid sekolah. 5. Memberi bimbingan dan panduan dalam hal pelantikan pemimpinpemimpin murid sekolah. Timbalan Pengerusi En. Mustafa Kamal bin Mahsurom Penolong Kanan HEM Naib Pengerusi 1 Pn. Norfarani binti Mat Isa Penolong Kanan Pentadbiran Naib Pengerusi 2 Pn. Nora binti Sumairi Penolong Kanan Kokurikulum Naib Pengerusi 3 Pn. Rozana binti Saadon Penolong Kanan Petang Naib Pengerusi 4 Pn. Rasidah binti Ismail Penolong Kanan Pendidikan Khas Setiausaha Pn. Nurulhafidah binti Ngadimin AJK Guru Kanan Mata Pelajaran En. Mohd Aftah Nizam bin Tumiran Ketua Guru Disiplin / SU UPSM Pn. Nazatul Shila binti Abd Rahman Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling Pn. Hasliza binti Zainon Setiausaha Pengawas Pn. Suzara binti Makpol Setiausaha Skuad Qiyadah Pn. Siti Aisyah binti Md Rasid Setiausaha SUMUR (Sahsiah Unggul Murid) Pn. Mahani binti Abu Seman Setiausaha SPBT Pn. Rubaizah binti Md Rasid Setiausaha Kantin YM Tengku Sharipah Aini binti Tengku Hamzah Setiausaha 3K Pn. Sha’diah binti Shaari
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 16 Setiausaha Pengurusan Bantuan dan Kebajikan Pn. Zalati binti Budin Setiausaha Pendaftaran dan Maklumat Murid/Penyelaras Tingkatan Pn. Azian binti Ariffin Setiausaha Musolla Cik Nur Faiz Aishah binti Azmi Setiausaha Modul Pengurusan Murid/APDM En. Muhamad Nadzmi bin Dzulkifli Setiausaha KPJS Jadual 4: Jawatankuasa Kokurikulum 1. JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM SENARAI TUGAS Pengerusi Pn. Mazita binti Mansor Pengetua Merancang aktiviti kokurikulum sekolah. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah. Menentukan takwim dan jadual aktiviti. Memastikan penglibatan murid secara menyeluruh. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum. aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan murid yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing. Timbalan Pengerusi Pn. Nora binti Sumairi Penolong Kanan Kokurikulum Naib Pengerusi 1 Pn. Norfarani binti Mat Isa Penolong Kanan Pentadbiran Naib Pengerusi 2 En. Mustafa Kamal bin Mahsurom Penolong Kanan HEM Naib Pengerusi 3 Pn. Rozana binti Saadon Penolong Kanan Petang Naib Pengerusi 4 Pn. Rasidah binti Ismail Penolong Kanan Pendidikan Khas Setiausaha Kokurikulum Pn. Nursaadah binti Jailani Penolong Setiausaha Kokurikulum En. Mohamad Ridhwan bin Daud Setiausaha Sukan Cik Wan Nurul Syahima binti Wan Azman Penolong Setiausaha Sukan En. Ahmad Fahmy Al-Haqim bin Harun Setiausaha Koperasi Cik Nor Liana binti Ahmad Setiausaha Majalah/Buletin Pn. Norzila binti On Setiausaha Kokurikulum PPKI En. Mohd Bakrileh bin Aminuddin JAWATANKUASA KELAB/PERSATUAN Penyelaras Pn. Raiha binti Abd Jalil Pn. Hayati binti Zaid JAWATANKUASA BADAN BERUNIFORM Penyelaras Pn. Siti Rahimah binti Ahmad Pn. Malisa Hanim binti Abdullah JAWATANKUASA SUKAN PERMAINAN
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 17 Penyelaras Pn. Zaidah binti Ghazali Pn. Mas Rini binti Azmi Penyelia Pn. Hjh. Rashidah binti Ab Latib GKMP Bahasa Pn. Norazlinda binti Abdullah GKMP Teknik &Vokasional Pn. Nibrasul Huda binti Mohd Darus GKMP Kemanusiaan Pn. Norisalida binti Muhamad Isa GKMP Sains & Matematik Jadual 5: Jawatankuasa Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 1. JAWATANKUASA PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SENARAI TUGAS Pengerusi Pn. Mazita binti Mansor Pengetua 1. Jawatankuasa yang memainkan peranan penting merancang pembangunan fizikal PPKI serta kawasan persekitaran PPKI. 2. Merancang pembangunan rohani dan sahsiah. 3. Bertugas sebagai jawatankuasa bertindak segera ke atas semua masalah yang timbul daripada perjalanan sekolah meliputi akademik, kokurikulum, sahsiah dan lain-lain. 4. Menyelaras dan memantau semua program yang dirancang. 5. Merancang takwim PPKI. 6. Bertindak sebagai jawatankuasa penilai pencapaian akademik peperiksaan/ dalaman. Timbalan Pengerusi Pn. Rasidah binti Ismail Penolong Kanan Pendidikan Khas Naib Pengerusi 1 Pn. Norfarani binti Mat Isa Penolong Kanan Pentadbiran Naib Pengerusi 2 En. Mustafa Kamal bin Mahsurom Penolong Kanan HEM Naib Pengerusi 3 Pn. Nora binti Sumairi Penolong Kanan Kokurikulum Naib Pengerusi 4 Pn. Rozana binti Saadon Penolong Kanan Petang Setiausaha PPKI Pn. Fadilah binti Mohd Yasin Setiausaha Kurikulum Pn Hamimi binti Hamid Setiausaha HEM Pn. Norhini binti Abu Hassan Setiausaha Kokurikulum En. Mohd Bakrileh bin Aminuddin AJK Pn. Aliana binti Alias Dokumentasi dan Informasi Pn. Siti Fauziah binti Othman Aset & Inventori/ PIBG Pn. Noraziah binti Abd Malik @Malek Pengurusan Data En. Mohd Bakrileh bin Aminuddin Siaraya En. Nik Kamarudin bin Joni E-Fail/ E-RPH Pn. Zanariyah binti Sugiman Jaringan Luar /Dewan En. Izhar bin Mokhtar Landskap/ JK Pembangunan & Kerosakan Fizikal Pn. Fadilah binti Mohd Yasin
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 18 PSO/ Inovasi / Best Practice Pn. Hamimi binti Hamid LADAP/PLC Pn. Norhini binti Abu Hassan SPSK/BKPK Pembantu Pengurusan Murid Pn. Jurina binti Md Aris Pn. Nor Adhana binti Amdan Pn. Nur Fitri binti Abdul Karim Pn. Rosenainey binti Abdul Halim 2.1.4 Visi dan Misi Rajah 3 : Petunjuk prestasi utama (KPI) 2023/2024 Visi: Pendidikan bermutu melahirkan bakal pemimpin negara yang seimbang & teguh jati diri. Misi: Mewujudkan system pendidikan berkualiti melalui usaha berterusan untuk melahirkan nak didik yang berketrampilan dalam pelbagai bidang bagi memenuhi cita cita negara.
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 19 2.1.5 Pengurusan strategik, program dan aktiviti utama SMK Dato' Abu Bakar Baginda membangunkan pengurusan strategik yang efektif dengan memberi tumpuan kepada beberapa elemen utama yang menyumbang kepada kejayaan sekolah. Kejayaan dalam peperiksaan SPM menjadi satu aspek penting yang menunjukkan pencapaian tinggi murid dan prestasi akademik yang kukuh. Budaya islamik di sekolah menjadi penekanan utama, memberikan asas keagamaan yang kukuh kepada murid, seiring dengan kejayaan dalam aktiviti keagamaan seperti laporan berkala dan penglibatan aktif dalam program-program keagamaan. Kehebatan kelab robotik sekolah yang berjaya meraih kejayaan antarabangsa memberi sokongan kepada pembangunan kemahiran teknologi dan kejuruteraan murid. Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah ini turut mendapat pengiktirafan dengan penarafan SKM, menonjolkan usaha ke arah pendidikan inklusif dan menyeluruh. Kolaborasi dengan UNITEN dan institusi pendidikan tinggi (IPT) sekitar mencerminkan kerjasama yang erat dalam memperkukuhkan kualiti pendidikan di SMK Dato' Abu Bakar Baginda. Kejayaan PSS dan Musolla di peringkat kebangsaan turut memberi penekanan kepada kecemerlangan luaran dan kefasihan akademik. Pentingnya Unit Bimbingan dan Kaunseling yang berjaya di peringkat negeri menunjukkan komitmen sekolah dalam memberi sokongan dan bimbingan kepada murid dalam aspek pembangunan personal dan akademik. Dengan ini, pengurusan strategik SMK Dato' Abu Bakar Baginda menjana kejayaan holistik dan memberikan impak positif kepada murid dan komuniti pendidikan setempat.
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 20 2.1.6 Pencapaian dan kejayaan institusi Tahun Peringkat Kejayaan 2023 Kebangsaan Peserta terbaik keseluruhan Sukan e-Stacking Peringkat Kebangsaan 2023 (akan mewakili Malaysia ke Korea) 2023 Daerah Johan dan Ketiga Pertandingan Rekacipta anjuran Majlis Perbandaran Sepang 2023 Daerah Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sepang Emas 400M P18 lari berpagar Perak 100M L14 lari berpagar Gangsa Merejam lembing Lompat tinggi L14 200M lari berpagar L14 200M lari berpagar P15 Relay 4x100M L14 2023 Daerah Johan Puisi & Lagu Peringkat Daerah Sepang 2021 Kebangsaan Penyertaan Pertandingan Global IT Challenge For Youth with Disabilities (GITC) 2020 (PPKI) 2021 Antarabangsa Penyertaan Pertandingan Karnival e-Mahabbah Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2020 (PPKI) 2020 Antarabangsa Penyertaan Pertandingan kuiz Asean 2020 2020 Kebangsaan Pembentangan grand 10k MDEC. 2020 2020 Kebangsaan Penyertaan Online Coding Competition 2020 2020 Kebangsaan IFLA JUNIOR LIBRARY PREFECTS
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 21 2.1.7 Fasiliti Fasiliti Pendidikan 1 blok pentadbiran yang menempatkan pejabat, bilik guru, Bilik Kaunseling, Bilik Unit Pembangunan Sahsiah Murid (UPSM), Pusat Sumber Sekolah, Bilik Kesihatan dan Bilik Keselamatan. 2 blok akademik, 1 blok Makmal Sains Tulen, 1 Blok Bengkel Kemahiran Hidup dan Makmal Komputer, 1 blok yang menempatkan Surau, Makmal Bahasa, Makmal Sains Teras, bilik Pendidikan Seni Visual dan bilik Muzik,1 blok kantin, 1 blok dewan dan 1 blok Galeri Kokurikulum. Bilik Darjah : Sebanyak 44 buah bilik darjah aliran perdana dan 7 kelas PPKI Fasiliti Kesihatan 1 unit bilik rawatan yang mengandungi dua bilik 4 bahagian kecil bagi tujuan kecemasan serta digunakan semasa rawatan pergigian dan rawatan HPV (Tingkatan 1) dan Tetanus Booster (Tingkatan 3) Fasiliti Sukan 1 unit padang, 1 unit court Bola Keranjang, 1 unit Court Bola Jaring, 1 unit court Bola Tampar/Takraw. Fasiliti Pengangkutan 1 unit tempat menunggu bas, kawasan parkir kereta (sewaan), kawasan parkir motosikal, kawasan parkir basikal. Fasiliti Teknologi 3 bilik Makmal Komputer Rajah 1: Pelan lantai SMK Dato’ Abu Bakar Baginda
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 22 2.2 Iklim, budaya dan kepemimpinan 2.2.1 Iklim warga SMK Dato’ Abu Bakar Baginda Iklim warga di SMK Dato' Abu Bakar Baginda mencerminkan atmosfera yang kondusif untuk pembelajaran dan perkembangan holistik murid. Perbincangan dan pemerhatian selama internship membuktikan bahawa sekolah ini mempromosikan nilai-nilai positif, kerjasama dan semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti sekolah. Kerjasama dan komitmen oleh murid dapat dilihat dalam aktiviti kokurikulum dan kegiatan sosial yang diadakan oleh sekolah. Ini disebabkan murid-murid perlu mengumpul mata PAJSK yang akan dinilai setiap hujung tahun. Pelbagai aktiviti boleh disertai melalui anjuran sekolah, daerah dan negeri seperti sukan, pertunjukan seni dan projek kolaboratif. Ini mencipta satu iklim yang merangsang perkembangan sosial murid dan membina semangat keterlibatan. Selain itu, hubungan positif antara guru dan murid turut memainkan peranan penting dalam membentuk iklim warga sekolah. Guru-guru di SMK Dato' Abu Bakar Baginda dikenali dengan pendekatan yang mesra dan sentiasa menyokong perkembangan murid. Mereka tidak hanya berperanan sebagai pengajar tetapi juga sebagai mentor dan pembimbing, mencipta ikatan emosional yang positif di kalangan komuniti sekolah. Dengan demikian, iklim warga SMK Dato' Abu Bakar Baginda boleh dianggap sebagai elemen yang penting dalam memastikan pembelajaran dan pembangunan berlaku secara menyeluruh. Ini membuktikan bahawa kejayaan sebuah sekolah tidak hanya diukur melalui pencapaian akademik tetapi juga melalui pembinaan iklim yang positif dan sokongan berterusan di kalangan warga sekolah.
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 23 2.2.2 Budaya SMK Dato’ Abu Bakar Baginda Budaya di SMK Dato' Abu Bakar Baginda tercermin melalui ciri-ciri Islamik yang mengambil peranan penting dalam pembentukan rohani murid dan staf. Dalam perbincangan kami, terdapat pelbagai aktiviti berbentuk Islamik yang menonjolkan kepentingan nilai-nilai agama dalam kalangan warga sekolah. Salah satu contoh aktiviti ialah "5 Minit Al-Quran di Hatiku," di mana setiap sesi pengajaran dan pembelajaran bermula dengan aktiviti membaca Al-Quran selama 5 minit. Ini bukan hanya untuk meningkatkan hubungan rohani murid, tetapi juga untuk mencipta suasana yang tenang dan penuh berkat sebelum proses pembelajaran. Aktiviti membaca Yaasin setiap hari Jumaat, bacaan surah Al-Kahfi pada hari Selasa, Rabu dan Khamis di tapak perhimpunan, serta solat Fardhu Zuhur dan Asar berjemaah bagi sesi petang, adalah contoh jelas bagaimana sekolah memastikan pelaksanaan nilai-nilai Islam dalam rutin harian. Ini bukan hanya melibatkan murid tetapi juga menyatukan staf dalam amalan keagamaan yang berkumpul dan membina kekuatan jati diri. Pentingnya membaca ayat suci Al-Quran sebelum memulakan perhimpunan rasmi pada hari Isnin menunjukkan kesungguhan sekolah dalam memastikan bahawa aktiviti Islamik menjadi inti budaya sekolah. Kesemua aktiviti ini mencipta lingkungan yang menyuburkan dan memperkukuhkan akhlak dan keimanan murid, mewujudkan sekolah yang berlandaskan nilai-nilai keagamaan.
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 24 2.2.3 Gaya Kepimpinan SMK Dato’ Abu Bakar Baginda Pengetua terkini ialah Puan Mazita bt Mansor. Beliau adalah pengetua keenam yang bertanggungjawab mentadbir SMK Dato’ Abu Bakar Baginda. Sebelum ini, beliau merupakan Penolong Kanan Pentadbiran di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor. Puan Mazita dikenali dengan sifat tegas dan teliti dalam setiap aspek tugasnya. Beliau sentiasa berusaha untuk mendapatkan yang terbaik daripada guru-guru dan staf sekolahnya. Kecenderungan untuk menguruskan dokumen secara sistematik mencerminkan kecekapan dan kebertanggungjawaban beliau. Beliau dikenali sebagai seorang yang mengikut garis panduan dengan teliti, menggunakan kaedah "by the book" untuk memastikan keberkesanan pengurusan sekolah. Puan Mazita juga terkenal kerana ketekunan dalam menjalankan tugas berkala dan berpegang teguh pada jadual waktu. Pelaksanaan rutin seperti rondaan sekolah dan pencerapan dijalankan dengan teratur, menunjukkan komitmen beliau terhadap keselamatan dan kesejahteraan pelajar serta staf sekolah. Dalam konteks pengurusan risiko, beliau menunjukkan kecekapan dalam menilai risiko dan peluang yang muncul seiring dengan perubahan. Keupayaannya membuat keputusan yang berkesan mengenai kedua-dua aspek ini menunjukkan ketangkasan dan keberanian untuk menghadapi cabaran. Pemikiran strategik beliau menonjolkan kemampuan untuk merancang jangka panjang, merangka strategi yang sesuai dengan setiap perubahan dalam persekitaran sekolah. Ini memberikan arah yang jelas dan matang bagi sekolah untuk mencapai objektif jangka panjang. Dengan kemampuan untuk mengajar dan memimpin, beliau mendorong pasukan untuk mengembangkan kemahiran menyesuaikan diri. Melalui bimbingan, teladan dan sokongan dalam
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 25 pembangunan peribadi dan profesional, beliau memberikan dorongan kepada pasukan untuk terus berkembang dalam menghadapi cabaran masa kini. Selain itu, Puan Mazita bt Mansor sedang aktif mencari rentak dan berusaha menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah baharu. Keazamannya untuk terus belajar dan memahami keunikan setiap komponen sekolah menggambarkan semangat pembelajaran berterusan yang dipegangnya. Dalam usahanya mencari rentak, Puan Mazita mempromosikan inisiatif dan program-program yang relevan dengan keperluan serta aspirasi komuniti sekolah. Beliau melibatkan diri secara langsung dengan pelajar, guru dan ibu bapa untuk memastikan perubahan yang dibuat adalah sejajar dengan harapan dan keperluan mereka. Keupayaan Puan Mazita untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah yang dinamik turut tercermin dalam pendekatannya yang bersifat kolaboratif. Beliau menggalakkan komunikasi terbuka dan berterusan di kalangan semua pihak, memastikan setiap suara didengar dan setiap pandangan dihargai. Secara keseluruhannya, Puan Mazita bt Mansor membawa ke dalam peranan pengetua sekolahnya kebijaksanaan, ketelitian dan semangat untuk mencapai kecemerlangan dalam kalangan pelajar dan staf sekolah.
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 26 2.3 Analisis SWOT terhadap institusi 2.3.1 Analisis SWOT Pengurusan KBAT-Kurikulum
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 27 2.3.2 Analisis SWOT Hal Ehwal Murid (HEM)
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 28
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 29 2.3.3 Analisis SWOT Kokurikulum 2.3.4 Analisis SWOT Pusat Sumber Sekolah
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 30
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 31 2.4 Isu dan Cabaran dalam Institusi Pendidikan Internship saya di SMK Dato' Abu Bakar Baginda telah membuka mata saya terhadap pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh institusi pendidikan di era kontemporari. Antara isu dan cabaran tersebut adalah: 2.4.1 Cabaran beban kerja (workload) Beban kerja yang berlebihan dalam kalangan guru adalah isu yang sering dihadapi dalam sistem pendidikan. Beban kerja yang tinggi boleh memberikan kesan negatif terhadap kesejahteraan guru dan kualiti pengajaran mereka. Antara punca yang dikenalpasti sepanjang internship saya adalah: i. Peperiksaan dan Penilaian: Penyediaan soalan peperiksaan, penilaian murid dan mengaudit prestasi murid boleh menjadi tugas tambahan yang mengambil masa yang signifikan. Beberapa kali setahun, guru-guru terlibat dalam tanggungjawab yang untuk mengisi lembaran pencapaian murid. Proses ini melibatkan empat penilaian berbeza, termasuk lembaran markah Tahap Penilaian-TP (pertengahan penggal dan akhir penggal), lembaran markah Ujian Bulanan 1 (UB1), lembaran markah Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) dan lembaran markah Peperiksaan Akhir Tahun (PAT). Beban kerja ini melibatkan tugas penilaian dan penyediaan maklum balas terperinci untuk setiap murid. Guru-guru memainkan peranan utama dalam menyediakan analisis yang teliti dan membantu murid untuk meningkatkan prestasi mereka. Keseluruhan proses ini menekankan kepentingan pemantauan dan penilaian berterusan bagi memastikan pemahaman dan perkembangan murid sepanjang tahun persekolahan. ii. Tuntutan Pentadbiran Sekolah: Tuntutan daripada pihak pentadbiran, seperti pengurusan disiplin, penyediaan laporan dan penyelarasan program-program ekstrakurikulum, boleh menambah kepada beban kerja guru.
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 32 iii. Pembangunan Profesional: Keperluan untuk penyelenggaraan pengetahuan dan kemahiran guru menerusi kursus pembangunan profesional juga menyumbang kepada beban kerja. Guru perlu melengkapkan jumlah jam latihan (LADAP) sebanyak 42 jam setahun. 2.4.2 Isu Teknologi dalam Pendidikan Dalam era digital ini, teknologi telah menjadi sebahagian penting dalam pendidikan. Walaupun memberikan pelbagai peluang, namun ia turut membawa cabaran tersendiri. SMK Dato' Abu Bakar Baginda menghadapi cabaran dalam menyediakan infrastruktur teknologi yang memadai dan memastikan kesemua guru dan murid dapat memanfaatkannya secara optimal. Adalah penting untuk mengatasi ketidakseimbangan akses kepada teknologi dalam kalangan murid dan menyediakan latihan kepada guru bagi memastikan penerapan yang berkesan dalam pengajaran. 2.4.3 Cabaran kekurangan kelas PdPC (Kelas terapung) Isu kekurangan bilangan kelas di SMK Dato' Abu Bakar Baginda adalah antara cabaran utama yang memberikan impak terhadap penyelenggaraan harian dan kualiti pengajaran. Cabaran ini memberikan gambaran tentang pertumbuhan murid yang pesat dan keperluan untuk merangka strategi yang berkesan bagi mengatasinya. Kekurangan kelas menyebabkan fenomena kelas terapung, di mana bilangan murid melebihi kapasiti ruang kelas yang sedia ada. Ini membawa kepada beberapa implikasi yang mencabar, termasuklah pembaziran masa yang berlaku secara tidak terancang. Murid dan guru perlu menunggu waktu yang lama sebelum kelas boleh bermula, menyebabkan gangguan jadual harian yang rapi. Kekurangan ruang ini juga dapat menghalang kecekapan pengurusan kelas. Guru mungkin menghabiskan lebih banyak masa untuk menguruskan kelas daripada memberi tumpuan kepada penyampaian bahan pembelajaran.
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 33 2.4.4 Cabaran ponteng sekolah Cabaran murid yang kerap ponteng sekolah merupakan isu serius yang memerlukan tindakan bersepadu dari pelbagai pihak, termasuk ibu bapa, guru, dan kaunselor. Walaupun kaunselor telah melakukan aktiviti ziarah cakna, masih terdapat ramai murid yang mengambil mudah terhadap kehadiran di sekolah. Beberapa punca telah dikenalpasti antaranya: i. Sikap ibubapa: Keutamaan keluarga terhadap pendidikan memainkan peranan penting. Sikap sambil lewa ibu bapa boleh menyebabkan kurangnya tumpuan terhadap kehadiran sekolah anak. Ibubapa tidak memberi kerjasama kepada pihak sekolah menyebabkan masalah ini masih tidak dapat diatasi. Apa yang mungkin boleh dilakukan adalah dengan menganjurkan sesi bengkel atau taklimat untuk ibu bapa mengenai kesan ponteng sekolah terhadap pembangunan anak. Penekanan perlu diberikan kepada peranan ibu bapa dalam menyokong kehadiran yang konsisten. ii. Cabaran ponteng sekolah anak-anak dalam kalangan keluarga susah Terdapat beberapa orang murid yang ponteng sekolah disebabkan mereka bekerja secara sambilan. Ada di antara mereka bekerja sebagai mekanik di bengkel motor, jurujual di kedai runcit secara bekerja di restoran makanan segera. Murid yang terlibat dalam kerja sambilan ini kerap ponteng sekolah akibat tekanan kewangan keluarga. Mereka terpaksa menampung keluarga yang susah. Ada juga yang hadir ke sekolah tetapi tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran. Ada yang tidur serta tidak menyiapkan kerja sekolah. Penyelesaian perlu melibatkan sokongan kewangan, perkhidmatan kaunseling dan program pembangunan kemahiran untuk membantu murid menguruskan bebanan keluarga sambil memberikan penekanan kepada pendidikan.
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 34 iii. Masalah Peribadi: Beberapa murid mungkin menghadapi masalah peribadi seperti kecemasan, tekanan emosi, atau konflik yang menyebabkan mereka enggan hadir ke sekolah. Masalah melibatkan perceraian ibubapa dan anak-anak tinggal bersama nenek dan datuk merupakan antara punca utama melibatkan masalah peribadi. Untuk mengatasi masalah peribadi yang melibatkan murid-murid, khususnya dalam konteks masalah perceraian ibu bapa dan tinggal bersama nenek dan datuk, perlu dilakukan pendekatan yang holistik dan sensitif. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil: 1. Sesi Kaunseling dan Sokongan Emosi: Menyediakan sesi kaunseling untuk muridmurid yang terlibat. Kaunseling boleh membantu mereka menguruskan kecemasan, tekanan emosi dan konflik yang mungkin timbul akibat masalah peribadi. Sokongan emosi yang berterusan juga perlu disediakan. 2. Program Pembangunan Diri: Mengadakan program pembangunan diri untuk meningkatkan keupayaan murid mengatasi tekanan dan mencari penyelesaian kepada masalah peribadi. Ini boleh melibatkan aktiviti pembangunan kemahiran sosial, penyelesaian konflik, dan pembangunan kestabilan emosi. 3. Kerjasama dengan keluarga: Membina kerjasama dengan keluarga murid, termasuk nenek dan datuk. Mengadakan pertemuan untuk memahami keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh keluarga murid, serta menyediakan sokongan yang bersesuaian.
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 35 4. Sesi pemahaman bersama: Mengadakan sesi pemahaman bersama untuk muridmurid yang berkongsi pengalaman serupa. Ini memberi mereka peluang untuk berkongsi perasaan dan strategi yang berkesan dalam mengatasi cabaran. 5. Sokongan Akademik: Menyediakan sokongan akademik tambahan bagi muridmurid yang mungkin mengalami kesulitan pembelajaran akibat masalah peribadi. Guru dan kaunselor perlu peka terhadap keperluan mereka. 6. Rujukan kepada pakar: Rujuk murid kepada pakar psikologi kanak-kanak atau pakar dalam bidang yang berkaitan untuk penilaian lanjut dan bantuan khusus. Ini memastikan mereka mendapat sokongan yang profesional dan berkesan. 7. Program sokongan keluarga: Mengadakan program sokongan keluarga yang membantu keluarga murid menghadapi cabaran mereka. Ini boleh melibatkan seminar, bengkel, atau sumber-sumber maklumat yang membantu memahami dan menguruskan masalah peribadi. 8. Sistem Monitor dan Maklum Balas: Menubuhkan sistem pemantauan dan maklum balas yang berterusan untuk memastikan perkembangan dan keperluan murid-murid tersebut sentiasa dipantau dengan cermat. iv. Ketidakberkesanan Aktiviti Kaunseling: Mungkin terdapat keperluan untuk menilai semula keberkesanan aktiviti kaunseling yang telah dijalankan. Pendekatan yang lebih personal atau penyelidikan mendalam ke atas punca ponteng mungkin diperlukan.
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 36 v. Penambahbaikan program sedia ada: Mengadakan program motivasi dan pembangunan diri untuk meningkatkan semangat dan minat murid terhadap pembelajaran. Ini boleh melibatkan aktiviti kokurikulum yang menarik dan memberi peluang kepada murid untuk berkembang. Selain itu, perkara yang perlu ditingkatkan adalah pemantauan dan intervensi secara berterusan terhadap murid yang kerap ponteng yang melibatkan guru, kaunselor dan pihak pengurusan sekolah dalam. Tindakan disiplin yang saksama dan berbudi bahasa boleh diterapkan. 2.4.5 Cabaran Kesejahteraan Emosi dan Psikososial Murid Kesejahteraan emosi dan psikososial murid turut menjadi fokus dalam institusi ini. Murid dihadapkan dengan cabaran psikologi akibat tekanan pembelajaran, kesunyian sosial dan kebimbangan terkait masa depan. SMK Dato' Abu Bakar Baginda berusaha untuk menyediakan sokongan psikososial melalui kaunseling dan program-program kesihatan mental. Slogan A Bit Of Love amat sinonim dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling yang mana pelbagai aktiviti telah dilakukan yang melibatkan kesejahteraan mental murid. Melalui pengalaman ini, saya dapat menyaksikan sendiri usaha dan inisiatif yang diambil oleh institusi pendidikan untuk mengatasi isu-isu dan cabaran ini. Ini memberi peluang kepada saya untuk belajar dan menyumbang kepada penyelesaian yang lebih baik bagi memastikan setiap murid menerima pendidikan yang seimbang dan menyeluruh.
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 37 BAB 3 : LATAR BELAKANG PROJEK INTERNSHIP 3.1 Latar Belakang Projek Isu ketidakstabilan dan kegagalan Sistem Perekodan NILAM yang sering berubah saban tahun serta sistem berpusat yang acapkali berubah berdasarkan arahan oleh Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan (BSTP) KPM serta kegagalan sistem iNILAM yang dibangunkan pada tahun 2018 yang dijangka membantu menyelesaikan isu perekodan NILAM turut menemui jalan buntu. Ini telah menyebabkan perekodan NILAM diperingkat sekolah sangat tidak teratur dan menyebabkan kehadiran data ‘maya’ di hujung tahun apabila semua sekolah perlu melaporkan jumlah bacaan murid sekolah mereka. Maka, projek internship di SMK Dato' Abu Bakar Baginda diinisiatifkan bagi menangani permasalahan dalam perekodan NILAM dan pengurusan sumber digital di Pusat Sumber Sekolah (PSS). Pusat sumber sekolah memegang peranan penting dalam era digital dengan perpindahan banyak sumber pendidikan ke format digital. Namun, PSS dihadapkan dengan cabaran dalam mengoptimalkan akses dan pengurusan sumber-sumber digital. Projek "Digital Resource IQ: Memperkasa Perpustakaan Digital melalui Apps NILAM” bertujuan mencipta platform digital yang menyatukan proses perekodan NILAM dan menyediakan sistem e-fail yang efisien. Objektif utama projek merangkumi pembangunan aplikasi NILAM untuk perekodan yang mesra pengguna, pembentukan sistem e-fail untuk akses mudah kepada bahan-bahan rujukan, dan peningkatan capaian serta penggunaan sumber-sumber digital di PSS. Matlamat projek adalah meningkatkan keefisienan pengurusan pusat sumber melalui teknologi digital, memastikan akses yang mudah dan optimal terhadap sumber-sumber digital, serta meningkatkan penggunaan sumber
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 38 pendidikan dalam komuniti sekolah. Dengan fokus pada penyediaan aplikasi NILAM dan pembangunan Dashboard pengurusan NILAM dan PSS, projek ini diarahkan untuk mencapai hasil yang berdaya maju dalam pengelolaan sumber-sumber pendidikan di era digital. 3.2 Kepentingan isu Isu "Masalah Ketidakstabilan dan Kegagalan Sistem Perekodan NILAM menyuntik semangat saya untuk mencari jalan penyelesaian di peringkat sekolah. Projek ini memiliki kepentingan yang besar dalam meningkatkan efisiensi dan keberkesanan pengurusan sumber digital di Pusat Sumber Sekolah (PSS). Projek ini merupakan projek serampang dua mata yang mana ia memberi fungsi yang pelbagai sama ada fungsinya serta platform penggunaannya sendiri. Masalah ketidakstabilan dan kegagalan sistem perekodan NILAM bukan sahaja mencerminkan kekurangan dalam pengurusan sumber digital di Pusat Sumber Sekolah (PSS), tetapi juga dapat memberikan impak yang serius terhadap pengurusan audit NILAM oleh jawatankuasa NILAM di sekolah. Keadaan yang tidak teratur dan ketiadaan data yang tepat pada masanya boleh memberi beban tambahan kepada jawatankuasa NILAM dalam menjalankan tugas pengurusan audit. Kesukaran untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan lancar boleh mengakibatkan proses audit yang tertunda dan menghambat penilaian keseluruhan prestasi sekolah. Oleh itu, penting untuk mengatasi isu ini agar pengurusan audit NILAM berjalan dengan lancar tanpa memberi tekanan tambahan kepada jawatankuasa. Projek ini menjadi penyelesaian yang strategik dalam meningkatkan kecekapan dan kesan pengurusan sumber digital di PSS, yang pada gilirannya memberi manfaat positif terhadap keseluruhan prestasi sekolah.
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 39 3.3 Matlamat dan objektif projek 3.3.1 Matlamat projek Matlamat projek ini adalah mencipta sistem perekodan NILAM yang stabil dari segi fungsi dan kebolehpasaran dan secara tidak langsung pengurusan pusat sumber lebih efisien dan efektif melalui penggunaan teknologi digital. Projek ini juga bertujuan untuk meningkatkan akses dan pemanfaatan sumber-sumber digital oleh murid dan guru. 3.3.2 Objektif projek Objektif utama projek ini adalah untuk meningkatkan efisiensi pengurusan pusat sumber sekolah dengan menyediakan platform digital yang boleh diakses dengan mudah dan yang memudahkan perekodan NILAM, sistem pendokumentasian dan sumber-sumber pendidikan. Objektif khusus termasuk: • Membangunkan platform digital yang mesra pengguna untuk perekodan NILAM. • Membentuk sistem e-fail yang membolehkan akses mudah kepada bahan-bahan rujukan dan Pendidikan serta dokumentasi aktiviti PSS. • Meningkatkan capaian dan penggunaan sumber-sumber digital dalam pusat sumber sekolah. 3.4 Kepentingan projek Projek "Digital Resource IQ: Memperkasa Perpustakaan Digital memperkasa perpustakaan digital melalui Apps NILAM” akan menyelesaikan beberapa isu utama yang dihadapi oleh Jawatankuasa PSS sepanjang tempoh beberapa tahun ini. Dalam aspek sistem perekodan NILAM, kurangnya sistem yang mapan menyebabkan pengumpulan data NILAM tidak teratur. Keperluan untuk
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 40 platform khas bagi mengumpulkan data bacaan murid dan kekurangan aplikasi yang memudahkan aktiviti bacaan dalam talian adalah cabaran penting yang memerlukan solusi terperinci. Di sisi sistem e-fail, kelewatan dalam melaporkan aktiviti oleh AJK guru menjadi punca terjadinya kerja tertangguh hingga penghujung tahun. Kegagalan memanfaatkan platform digital untuk pengurusan laporan dan ketiadaan platform induk yang memberikan gambaran menyeluruh tentang aktiviti PSS menambahkan lagi kesulitan dalam pengurusan dan pemantauan secara keseluruhan. Melalui pembangunan platform digital untuk perekodan NILAM dan sistem e-fail, projek ini dapat memudahkan akses serta pengekalan data pendidikan. Keberhasilan projek akan meningkatkan penggunaan sumber-sumber digital, mempercepatkan proses pengurusan dan memastikan ketelusan dalam perekodan dan pelaporan. Aplikasi NILAM ini memberikan fleksibiliti kepada pengguna dengan menyediakan dua cara akses, iaitu melalui komputer dan peranti mudah alih seperti telefon pintar. Selain itu, projek ini merintis langkah ke arah pusat sumber digital, memberikan murid dan guru akses yang lebih mudah kepada sumber-sumber pendidikan berkualiti dalam era digital, serta meningkatkan daya saing dan kesejahteraan pendidikan di SMK Dato' Abu Bakar Baginda. Untuk meningkatkan keberkesanan projek, tumpuan perlu diberikan kepada pembangunan aplikasi NILAM yang canggih, platform bacaan dalam talian yang terstruktur, dan sistem e-fail melalui dashboard pusat sumber sekolah yang menyeluruh. Melalui langkah-langkah ini, diharapkan projek ini dapat memberikan impak positif terhadap pengurusan sumber digital, meningkatkan efisiensi, serta menyokong proses pembelajaran di SMK Dato' Abu Bakar Baginda. Aplikasi NILAM ini direka untuk memenuhi keperluan pengguna dengan kesederhanaan dan kebolehcapaian yang sesuai dengan gaya hidup generasi masa kini yang sentiasa bergantung pada
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 41 peranti mudah alih. Keupayaan untuk diakses di mana-mana dan pada bila-bila masa menjadikan aplikasi ini mesra pengguna dan relevan dalam menyokong kegiatan membaca. 3.5 Strategi dan pelan tindakan/ operasi 3.5.1 Strategi i. Peningkatan Kesedaran Melaksanakan kempen kesedaran bagi memberi maklumat kepada pentadbir dan AJK PSS tentang kelebihan dan kegunaan aplikasi NILAM, sistem e-fail dan dashboard pusat sumber. Beberapa tindakan telah diambil antaranya, menganjurkan sesi penerangan dan demonstrasi bagi menyakinkan penerimaan dan penggunaan yang meluas. ii. Pelaksanaan Latihan Menyediakan latihan berkala kepada AJK guru PSS dan pengawas PSS untuk memastikan kecekapan dalam menggunakan sistem. Menyediakan bahan latihan yang komprehensif untuk rujukan dan pembelajaran lanjutan. iii. Kerjasama dengan Komuniti Dalam strategi Kerjasama dengan Komuniti, ibubapa diberi maklumat melalui platform WhatsApp oleh guru kelas mengenai program membaca anak-anak semasa cuti sekolah. Tugas ibubapa adalah memastikan anak-anak menggunakan platform PSS yang disediakan untuk meningkatkan kesedaran dan penyertaan dalam aktiviti membaca.
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 42 iv. Sesi Semakan Berkala Mengadakan sesi semakan berkala dengan pihak pengurusan, guru dan murid untuk menilai keberkesanan sistem. Menganalisis data maklum balas untuk membuat penambahbaikan berterusan. 3.5.2 Pelan Tindakan / Operasi: Minggu 1: Kajian Permulaan dan Pengenalpastian Keperluan • Mengumpulkan maklumat tentang keperluan pengurusan pusat sumber sekolah dan cabaran-cabaran sedia ada. • Mengadakan mesyuarat dengan pihak pengurusan pusat sumber dan guru untuk menentukan keperluan dan matlamat projek dengan lebih terperinci. • Mengenalpasti teknologi dan perisian yang sesuai untuk membina platform digital. Minggu 2: Pembangunan Platform Digital untuk Perekodan NILAM dan Pembentukan Sistem E-Fail dan Integrasi • Mula pembangunan platform digital untuk perekodan buku-buku dan bahan-bahan NILAM. • Membangunkan sistem e-fail yang membolehkan penganjuran sumber digital secara teratur. • Integrasi sistem e-fail dengan platform perekodan NILAM. Minggu 3: Uji Lari Keberkesanan Sistem dan Penambahbaikan • Menganalisis kesesuaian platform digital dan sistem e-fail. • Melaksanakan ujian lari ke atas sistem untuk mengenalpasti sebarang masalah atau kelemahan. • Membuat penambahbaikan dan penyelarasan dengan keperluan yang telah ditentukan.
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 43 Minggu 4: Latihan Pengendalian Sistem Kepada Guru-guru AJK PSS dan Pengawas PSS • Mengadakan latihan kepada guru-guru AJK Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan pengawas PSS tentang cara menggunakan sistem ini. • Menyediakan panduan dan bahan latihan bagi memastikan penggunaan yang betul dan efektif. Minggu 5: Sesi Sebar Luas Penggunaan Melalui Siri-Siri Bengkel Pengendalian Kepada Murid • Mengadakan bengkel pengendalian khusus untuk murid-murid. • Menerangkan cara mengakses sumber-sumber digital melalui sistem dan cara menggunakan platform perekodan NILAM. • Mendorong murid untuk aktif menggunakan sumber-sumber digital. Minggu 6: Tempoh Penilaian 1 • Mulakan tempoh penilaian pertama untuk mengukur keberkesanan sistem dan pemahaman pengguna. • Kumpulkan maklum balas daripada guru-guru dan murid-murid mengenai pengalaman mereka dengan sistem. Minggu 7: Tempoh Penilaian 2 • Sambung tempoh penilaian kedua untuk memastikan data yang mencukupi. • Menganalisis prestasi sistem berdasarkan maklum balas dan prestasi pengguna selama tempoh penilaian. Minggu 8: Analisis dan Pelaporan Keberkesanan Sistem • Analisis data dari tempoh penilaian. • Menyediakan laporan keberkesanan yang merangkumi pencapaian matlamat projek dan cadangan-cadangan untuk penambahbaikan. • Menentukan tindakan selanjutnya untuk penyelenggaraan dan pembangunan lanjutan sistem ini.
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 44 3.6 Huraian terperinci satu aktiviti / program 3.6.1 Jawatankuasa Projek Projek “Digital Resource IQ: Memperkasa Perpustakaan Digital Melalui Apps NILAM” ini akan melibatkan jawatankuasa berikut: Pengerusi Pn Mazita bt Mansor (Pengetua) Naib Pengerusi Pn Norfarani bt Mat Isa (Penolong Kanan) Penyelaras Projek Pn Juliawati bt Sakiman Setiausaha Pn Naemah bt Othman (GPM) – pengurusan dashboard Bendahari Pn Nor Idayu bt Ibrahim AJK Cik Elmy Ezayane bt Md Emary – Pengurusan aplikasi NILAM Pn Siti Fariza bt Mohd Fimi Pn Natasshia Azirah bt Abdul Aziz En Shaharul Mukhliz bin Mohd – TV PSS 3.6.2 Sistem Apps NILAM Aplikasi NILAM ini memberikan fleksibiliti kepada pengguna dengan menyediakan dua cara akses, iaitu melalui komputer dan peranti mudah alih seperti telefon pintar. I. Aplikasi NILAM menggunakan “Appsheet” AppSheet adalah platform pembangunan aplikasi tanpa kod yang membolehkan pengguna membuat aplikasi mudah alih dan web tanpa memerlukan pengetahuan pengaturcaraan yang mendalam. Antara sebab mengapa saya memilih Appsheet untuk membangunkan Aplikasi NILAM, antaranya:- i. Pembangunan Aplikasi Tanpa Kod: AppSheet membolehkan individu atau organisasi membuat aplikasi tanpa perlu menulis kod secara manual. Ini memberi peluang kepada mereka
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 45 yang tidak mempunyai latar belakang pengaturcaraan untuk mencipta aplikasi yang spesifik kepada keperluan mereka. ii. Antara Muka Pengguna yang Intuitif: Antara muka AppSheet direka untuk memudahkan penggunaan. Ia membolehkan pengguna dengan mudah menentukan logik aplikasi, sumber data dan antara muka pengguna melalui alat visual tanpa menggunakan kod. iii. Sambungan Mudah ke Pelbagai Sumber Data: AppSheet membolehkan sambungan mudah ke pelbagai sumber data seperti pangkalan data Excel, Google Sheets, SQL, dan banyak lagi. Ini memudahkan pengguna untuk mengintegrasikan data yang sedia ada ke dalam aplikasi mereka. iv. Fleksibiliti untuk Pelbagai Jenis Aplikasi: AppSheet digunakan untuk membina pelbagai jenis aplikasi, termasuk aplikasi pengurusan inventori, aplikasi penyeliaan lapangan, aplikasi formulir, dan banyak lagi. Ini memberi kepelbagaian dalam penggunaan platform ini. v. Mudah Diterapkan: Aplikasi yang dibina dengan AppSheet mudah diterapkan dan boleh diakses melalui pelbagai peranti mudah alih dan web. Ini memastikan aksesibiliti dan kebolehgunaan yang lebih baik.
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 46 Paparan NILAM Apps SMKDABB di paparan telefon pintar
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 47
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 48
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 49
JULIAWATI BINTI SAKIMAN | GS65343 ERS5900 – INTERNSHIP IN EDUCATIONAL ADMINISTRATION 50