E-FOLIO PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN TAJUK: Peranan Dan Strategik kerajaan dalam memperkasakan integrasi nasional melalui Dasar Perpaduan Negara Dr Chan Suet Fong (MPU23012)
BIODATA PENULIS NAMA: MOHAMAD DANIAL IQHWAN BIN ISMAIL NO MATRIK: 15DKM21F1004 KHUSUS: DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL NAMA: MUHAMMAD FARIS IRFAN BIN ZAWAWI NO MATRIK: 15DKM21F1024 KHUSUS: DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
NAMA: MUHAMMA FADZLI AZRI BIN AHMAD KAMAL NO MATRIK: 15DKM21F1030 KHUSUS: DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
BIL KANDUNGAN M/S i BIODATA PENULIS Ii ISI KANDUNGAN 1 1.0 DASAR PERPADUAN NEGARA 1 2 3 4 5 6 1.1KONSEP PERPADUAN 1.2DASAR PERPADUAN 1.3OBJEKTIF DASAR PERPADUAN NEGARA 1.4OBJEKTIF KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1.5DASAR KERAJAAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN 2 2.0 3 TERAS DASAR PERPADUAN NEGARA 7 8-9 10-11 12 13-14 2.1 TERAS PERTAMA PATRIOTISME DAN DEMOKRASI 2.1.1 STARTEGI 1 2.1.2 APA ITU PERLEMBAGAAN DALAM PERPADUAN 2.1.3 PERUNTUKAN KEISTIMEWAAN KEPADA ORANG MELAYU YANG TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 2.1.4 KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMI PUTRA 15 16 17-18 19 20-22 23-28 2.1.5 APA ITU RUKUN NEGARA 2.1.6 OBJEKTIF RUKUN NEGARA 2.2 STARTEGI 2 2.3 STRATEGI 3 2.4 USAHA KERAJAAN 2.5 TERAS PERPADUAN 2 29 2.5.1 STRATEGI 1 - CONTOH 30-34
BIL KANDUNGAN M/S 2.5.2 STRATEGI 2 - CONTOH 35-38 2.5.3 STRATEGI 3 - CONTOH 39-41 2.6 TERUS PERPADUAN 3 42 2.6.1 STRATEGI 1 - CONTOH 43-47 2.6.2 STRATEGI 2 - CONTOH 48-52 2.6.3 STRATEGI 3 - CONTOH 53-54 2.6.4 STRATEGI 4 - CONTOH 55-56 2.6.5 STRATEGI 5 - CONTOH 57-59 2.6.6 STRATEGI 6 - CONTOH 60 2.7 KESIMPULAN 61 2.8 RUJUKAN 62
1.0 DASAR PERPADUAN NEGARA 1
❑ 1.1 KONSEP PERPADUAN NEGARA Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. la merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan. Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat' berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa a mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa tiori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat. 2
❑ 1.2 DASAR PERPADUAN Dasar Perpaduan Negara (DPN) ialah satu dokumen strategi jangka panjang dan usaha berterusan yang dirangka untuk menetapkan hala tuju perpaduan negara dalam memupuk, mengukuh serta memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Dasar ini akan bertindak sebagai pemangkin bagi pencapaian Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu padu, harmoni dan makmur. Bagi masyarakat yang berbilang etnik, agama dan budaya,perpaduan perlú menjadi agenda utama agar keamanan dan kelangsungan pembangunan negara terjamin, sekali gus mempertahankan kedaulatan negara. 3
❑ 1.3 OBJEKTIF DASAR PERPADUAN NEGARA ❖ Mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagan Persekutuan dan Rukun Negara. ❖ Membentuk identity nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin,toleransi, saling hormat menghormati dan bertanggungjawab. ❖ Melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan. 4
❑ 1.4 OBJEKTIF KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT ❖ Menggalakkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan integrasi nasional. ❖ Memberikan bantuan khidmat masyarakat. ❖ Membangunkan dan mengintegrasikan masyarakat. ❖ Memajukan kepentingan dan penglibatan Wanita dalam pembangunan negara. ❖ Menyelaras program kependudukan dan pembangunan keluarga. ❖ Bagi melaksanakan usaha kementerian ini, beberapa buah jabatan ditubuhkan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Yayasan Kebajikan Negara. 5
❑ 1.5 DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN ❖ DASAR PENDIDIKAN-FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN ❖ AKTA BAHASA KEBANGSAAN-PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ❖ DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN ❖ SUKAN ALAT PERPADUAN 6
2.0 3 TERAS DASAR PERPADUAN NEGARA. 7
2.1 TERAS PERTAMA PATRIOTISME DAN DEMOKRASI STRATEGI 1. Meningkatkan literasi, pemahaman dan penghayatan perlembagaan persekutuan dan rukun negara sebagai aasas amalan hidup. 2. Meningkatkan pemahaman dan penghayatan sejarah Malaysia. 3. Memperkukuhkan integrasi nasional. Patriotisme merujuk perasaan cinta terhadap negara yang bercirikan ketaatan kepada undangundang dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi berasaskan prinsip inginkan yang terbaik untuk negara. Semangat ini harus dipupuk dan dididik sejak awal dan semangat ini sering berkait dengan kematangan demokrasi dalam kalangan rakyat. 8
Rakyat yang mempuntyai jiwa patriosme yang utuh akan melaksanakan tanggujawab sebagai seorang rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian, keamanan dan kesejahteraan negara, di mana sahaja dirinya berada. Demokrasi yang matang bermaksud mempunyai semngat cintakan negara serta memahami dang menghayati perlembagaan persekutuan dalam mengamalkan system demokrasi negara. 9
2.1.1 STRATEGI 1 : meningkatkan literasi, pemahaman dan penghayatan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai asas amalan hidup. Satu mekanisme yang utuh perlu diwujudkan di peringkatkan sekolah dan institusi tinggi (IPT) bagi menguatkan dan memperkukuhkan semangat patriotism dalam kalangan pelajar dan mahasiswa. Matlamat yang akan dapat ialah meningkatkan kesedaran dan mempraktikan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian sebagai salah satu usaha untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri yang berwawasan. Peningkatan tahap kecelikan demokrasi yang berasaskan kefahaman Perlembagaan Persekutuan dan penghayatan Rukun Negara akan membentuk rakyat Malaysia yang matang dalam berpolitik. 10
Penekanan yang wajar harus diberikan kepada Pendidikan yang formal yang menekankan pemahaman terhadap Perlembagaan Persekutuan dan penghayatan rukun negara. Pendekatan ini bersesuaiyan dengan mengikut tahap pembelajaan pelajar di peringkat sekolah sehingga IPT serta secara Pendidikan yang tidak formal melalui pembelajaran sepanjang hayat. Semangat Rukun Negara ini perlu diterapkan di taha[ Pendidikan yang awal lagi. 11
2.1.2 APA ITU PERLEMBAGAAN DALAM PERPADUAN ❖ Dikenali sebagai perlembagaan Malaysia ❖ Mengandungi 183 perkara yang membincangkan tentang peraturan – peraturan yang perlu dipatuhi oleh seluruh rakyat Malaysia. ❖ Undang – undang bertulis berasaskan 2 dokumen terdahulu ❖ Perklembagaan yang dibuat tidak bersifat berat sebelah malahan mengambil kira aspek kepentingan kaum – kaum lain di Malaysia ❖ Setiap peruntukan perlembagaan yang memberi keistimewaan kepada orang melayu turut disertakan dengan satu fasal imbangan bagi memelihara hak kaum – kaum lain ❖ Setiap rakyat Malaysia hendaklah memahami sejarah negara ❖ Menghormati hak kaum lain seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia demi memastikan perpaduan antara kaum akan terus erat 12
2.1.3 PERUNTUKAN KEISTIMEWAAN KEPADA ORANG MELAYU YANG TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ❖ Agama islam sebagai agama rasmi ▪ Autoriti bagi menubuhkan sebarang penubuhan institusi berasaskan islam serta mengeluarkan peruntukan bagi urusan penyelengaraan institusi berkenaan ▪ Hak penganut agama lain dalam menganut agama mereka ▪ hak bagi menguruskan hal ehwal agama, sendiri, menubuh atau menyelenggara institusi agama ▪ Islam dipilih sebagai agama rasmi kerana telah bertapak lebih 600 tahun lampau ▪ Banyak mempengaruhi cara hidup dan pemikiran orang melayu 13
❖ Mengiktiraf pemerintahan beraja yang telah sedia ada • Raja mempunyai kuasa mutlak dengan bantuan oleh pembesar negeri yang berfungsi sebagai badan penasihat • Raja boleh bertindak tetapi mengikut lunas perlembagaan yang telah ditetapkan • YDPA menjaga hak istimewa serta kedudukan orang melayu dan bumiputera di Sarawak dan sabah • Dilaksanakan dengan berhati-hati supaya tidak mengabaikan kaum lain. 14
2.1.4 KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMI PUTRA SABAH DAN SARAWAK • Jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, Pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain • YDPA melindungi hak – hak kaum lain menurut peruntukan lain • Perkara ini tidak boleh dilaksanakn jika 1. Mengakitbatkan kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang oleh sesiapa 2. Penarikan sebarang biasiswa atau keistemewaan yang dinikmati oleh kaum lain 3. Perlucutan atau penamatan permit lessen yang dipegang 15
2.1.5 APA ITU RUKUN NEGARA: ❖ Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong IV, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah, sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-13. ❖ Ia dibentuk dalam usaha mewujudkan perpaduan kukuh dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa, diperkenalkan susulan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan hubungan kaum di Malaysia. ❖ Prinsip dalam Rukun Negara jelas kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kestabilan Malaysia, bertujuan menyemai nilai murni dalam kalangan masyarakat, nilai keagamaan, kesetiaan kepada Raja dan negara, kepatuhan kepada Perlembagaan dan undang-undang serta masyarakat yang sopan dan bertatasusila. 16
2.1.6 OBJEKTIF RUKUN NEGARA: ❖ Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat ❖ Memelihara satu cara hidup demokratik ❖ Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati Bersama secara adil dan saksama ❖ Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagaibagai corak ❖ Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi 17
PRINSIP RUKUN NEGARA: 18
2.2 STRATEGI 2: MENINGKATKAN PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN SEJARAH MALAYSIA. Rakyat Malaysia yang memahami serta menghayati sejarah negara akan lebih bertanggujawab dalam melaksanakan peranan masing-masing agar perpaduan yang terbina akibat pengorbanan masa lalu dapat dipelihara. Pendidikan dan perkongsian sejarah Malaysia yang seimbang, seperti sejarah penubuhan Malaysia, kemerdekaan serta Perjajian Malaysia 1963 berupaya untuk meningkatkan jati diri dan semangat patriotism di samping melindungi hak setiap negara. 19
2.3 STRATEGI 3: MEMPERKUKUHKAN INTEGRASI NASIONAL. Usaha-usaha merapatkan jurang perbezaan dan menggalakkan proses integrasi di setiap wilayah dan negeri serta antara pelbagai etnik perlu dipertingkatkan bagi mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional. Khususnya jurang diantara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak dari aspek pembangunan dan kebolehcapaian serta akses kepada kebajikan perlu diselesaikan bersama. 20
Perpaduan dan integrasi nasional yang mantap memerlukan kekuatan hubungan masyarakat yang berpaksikan tolenrasi dan persefahaman yang tinggi yang akhirnya akan membentuk rakyat Malaysia yang Bersatu padu. Proses integrasi nasional yang dipraktikan tidak akan mengikis ciri-ciri unik kaum masing-masing. 21
❖ Perpaduan dan integrasi nasional Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan etnik yang mempunyai latar belakang dan budaya yang berbezaa – beza. Oleh kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik ❖ Perpaduan bukanlah suatu perkara yang mudah dilaksanakan dimana usaha untuk menerapkan perpaduan dikalangan masyarakat sering menghadapi mendapat Kerjasama masyarakat yang berlainan budaya 22
2.4 USAHA – USAHA KERAJAAN 1. Rukun Negara ▪ Diperkenalkan untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dikalangan masyarakat iaitu menghapuskan perasaan perkauman. ▪ Bertujuan menyatukan fikiran pendapat dan perasaan rakyat tanpa mengira perbezaan keturunan, agama dan budaya ▪ Bertujuan membentuk sebuah negara yang adil dan saksama tanpa mengira kaum dan agama, serta mengekalkan prinsip demokrasi 23
2. Dasar pembangunan nasional ▪ Berfokus kepada masyarakat yang Bersatu padu untuk mengukuhkan lagi kestabilan social dan politik dan memperkenalkan pembangunan ekonomi yang berterusan ▪ Menggalakan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan dan pengagihan 24
3. Wawasan 2020 ▪ Wawasan 2020 diasaskan oleh bekas mantan perdana Menteri kita , iaitu Dato Seri Dr.Mahathir bin Mohamad ▪ Berobjektif untuk membentuk sebuah Negara yang benar – benar mahu menjelang tahun 2020 bukan sahaja dalam bindang ekonomi tetapi merangkumi segala aspek kehidupan seperti ekonomi, politik, social, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan 25
4. Dasar ekonomi baru (DEB) ▪ Digubal untuk mencapai perpaduan Negara melalui penghapusan kemiskinan yang tidak seimbang dan struktursosio – politik masyarakat yang tidak seimbang ▪ Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan Negara dan intergrasi nasional. ▪ Strategi “ serampungduamata” diperkenalkan iaitu mengurangkan kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang pekerjaan 26
5. Dasar Pendidikan kebangsaan ▪ Berteraskan falsafah Pendidikan Negara, generasi yang mahu dihasilkan daripada system Pendidikan Negara adalah generasi Bersatupadu yang seimbang dan harmoni daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek 27
6. Dasar kebudayaan kebangsaan ▪ Dasar kebudayan kebangsaan diperkenalkan sebagai satu Langkah untuk mencapai intergrasi nasional ▪ Tiga ciri utama adalah dasar kebudayaan kebangsaan : 1. Mestilah berasaskan kepada kebudayaan penduduk asal atau asli peribumi Negara ini 2. Unsur – unsur kebudayaan lain yang sesuai dan munasabah diterima dan digabungkan dalam kebudayaan kebangsaan 3. Dari segi Bahasa dan kebudayaan kebangsaan Bahasa Melayu/Malaysia dijadikan Bahasa penghantar dan digunakan secara meluas 28
2.5 TERAS PERPADUAN IDENTITI NASIONAL STRATEGI: 1. Mengukuhkan peranan bahasa sebagai medium integrasi perpaduan. 2. Mengukuhkan kefahaman agama, budaya dan adat resam pelbagai etnik. 3. Membentuk masyarakat berkeperibadian tinggi, berintegriti dan berakhlak mulia. ❑ Matlamat membina sebuah bangsa yang berjaya perlu siring dengan usaha memperkukuh perpaduan, penyatupaduan dan kesepaduan sosial dalam kepelbagaian etnik dan agama serta kerencaman budaya dan adat resam yang kita miliki. Perpaduan melalui negara bangs ialah masyarakat yang memahami, menghormati dan bertanggungjawab bagi memastikan Malaysia terus membangun siring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif untuk semua. 29
2.5.1 TERAS PERPADUAN STRATEGI 1: Mengukuhkan Peranan Bahasa Sebagai Medium Integrasi Perpaduan ❑ Penguasaan bahasa Melayu perl ditekankan sejak di pering kat pendidikan awal kanak-kanak lagi dan diteruskan di semua peringkat meliputi sekolah rendah dan menengah, malah sebagai subjek wajib di IPT. Kebiasaan berkomunikasi dalam bahasa yang difahami bersama merupakan satu petanda masyarakat menerima usaha kebersamaan dan cinta akan negara demi perpaduan 30
❑ Bagi mengukuhkan integrasi dalam kalangan pelbagai etnik, usaha serta galakan mempelajari bahasa etnik tempatan yang berbeza perlu dipertingkatkan bagi menggalakkan interaksi antara pelbagai etnik. 31
Contoh kebaikan Stratigi 1 1. Mampu Mempertingkatkan Kemahiran Komunikasi Selain mampu bertutur secara dwibahasa, antara kelebihan menguasai pelbagai bahasa yang paling utama adalah ianya mampu m…mperting katkan kemahiran anda berkomunikasi. Dengan mempelajari pelbagai bahasa, anda sebenarnya telah memperkasakan kemahiran berkomunikasi dengan member lebih perhatian terhadap cara penggunaan bahasa anda sendiri. Melalui penguasaan bahasa yang pelbagai, anda boleh memahami dengan lebih mendalam apa maksud dan penggunaan sesuatu perkataan dengan lebih baik. Lebih banyak pemahaman terhadap kata dan ayat untuk pelbagai bahasa, lebih besar kemungkinan untuk melihat persamaan atau perbezaan yang halus di antara bahasa-bahasa tersebut. Inilah salah satu masalah yang sering dihadapi oleh para monolinguistic yakni mereka yang hanya faham satu jenis bahasa sahaja. Dalam erti kata lain, menguasai pelbagai boleh mengukuhkan tatabahasa, penulisan dan penyuntingan anda di samping menjadi komunikator keseluruhan yang lebih baik dalam bahasa ibunda anda sendiri. 32
2. Mampu Meningkatkan Kreativiti Antara kelebihan menguasai pelbagai bahasa yang lain adalah ianya mampumeningkatkan tahap kreativiti seseorang. Pembelajaran pelbagai bahasa dikatakan mampu menambah kreativiti seseorang. Mempelajari cara untuk menyusun atur perkataan baharu untuk berkomunikasi dengan berkesan memerlukan penggunaan otak yang seakan-akan sama seperti Ketika membentuk pemikiran yang kreatif. Satu kajian mendapati bahawa golongan dwibahasa adalah lebih kreatif daripada golongan ekabahasa menuryt ujian Torrance Tests of Creative Thinking (TTCT), yang menilai kefasihan, fleksibiliti, keaslian dan penghuraian". Tambahan pula, pembelajaran bahasa adalah sesuatu yang menyeronokkan. Apabila anda gembira ketika sesi pembelajaran, secara tidak langsung anda akan lebih berpontensi untuk menjadi lebih kreatif. 33
3. Membuka Peluang Kerjaya yang Lebih Baik Tidak dinafikan pada era globalisasi masa kini, penguasaan bahasa-Bahasa asing mampu membuka peluang kerja yang lebih luas. Individu yang boleh bertutur dalam pelbagai bahasa secara teorinya telah mendahului pesaing mereka di tempat kerja. Dwibahasa bukan sahaja mewujudkan jaminan pekerjaan, malahan juga berpotensi untuk membimbing kepada kemajuan dan kenaikan kerjaya. Selain itu, terdapat beberapa bidang kerjaya atas permintaan tertentu yang bergantung kepada mereka yang mempunyai kelebihan menguasai pelbagai bahasa, seperti juru bahasa atau penterjemah. Malah, terdapat juga ujian bahasa asing wajib untuk individu yang mencari peluang kemajuan kerjaya dalam bidang kerajaan. 34
2.5.2 TERAS PERPADUAN Identiti nasional STRATEGI 2: Mengukuhkan Kefahaman Agama, Budaya dan Adat Resam Pelbagai Etnik. ❑ Usaha untuk memupuk dan mening katkan kefahaman masyarakat terhadap agamaagama yang berbeza dapat membentuk dan membuka rung interaksi yang lebih luas antara masyarakat yang mempunyai pegangan agama yang berbeza ❑ Pemahaman dan penghayatan budaya dan adat resam pelbagai etnik wajar didedah dan dibentuk di peringkat awl kanak-kanak lagi. Institusi pendidikan berperanan dalam menydiakan suasana yang kondusif, menggalakkan percampuran serta meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian budaya dan adat resam dalam kalangan pelajar. ❑ Sektor swasta dan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) juga memainkan peranan penting bagi mengetengahkan, mempromosikan serta mengarusutamakan kepelbagaian budaya. 35
36
37
38
2.5.3 TERAS PERPADUAN Identiti nasional STRATEGI 3: ❑ Pembentukan masyarakat yang berkeperibadian tinggi, berintegriti dan beraldhiak mulia memerlukan usaha berterusan bag memastikan terbinanya sebuah negara bangsa yang cakna, bertanggungiawab dan mempertahankan kedaulatan negara, tidak kira di mana mereka berada. 39
Langkah-langkah mengekalkan kedaulatan negara Kepentingan mengekalkan kedaulatan negaraPerpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian di sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Negara yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa asing. -Semangat kekitaan dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah negara. Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham untuk kesejahteraan hidup Malaysia. -Lambang-lambang kebesaran negara harus dikenali dan dihormati Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati sebagai sesuatu yang suci dan rakyat tidak harus membenarkan bendera negara dipijak, dibuang atau dibakar sebaliknya harus berbangga bahawa Jalur Gemilang sedang berkibar di tiang bendera tertinggi di dunia. 40
-Langkah Agar Keselamatan Negara Terjamin 41
2.6 TERAS PERPADUAN 03 EKOSISTEM PERPADUAN STRATEGI: 1.Memantapkan keberkesanan komunikasi bagi meningkatkan kesedaran social dalam masyarakat. 2.Mengekalkan, membina dan mengukuhkan tapak integrasi perpaduan. 3.Memperkasakan jentera perpaduan melalui kerjasama strategik. 4.Memantapkan dan memperkasakan institusi keluarga dan komuniti. 5.Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan keberkesanan mekanisme pemantauan. 6.Memperkukuh peranan pemimpin sebagai pemangkin perpaduan. 42
2.6.1 TERAS PERPADUAN 03 STRATEGI 1: Memantapkan keberkesanan komunikasi bagi meningkatkan kesedaran sosial dalam masyarakat ❑ Terdapat dua aspek di bawah strategi ini iaitu penggunaan platform media secara beretika serta pengukuhan komunikasi dari segi penyampaian yang lebih efektif dalam menyebarkan maklumat yang sahih. ❑ Kesepatan pembangunan dan teknologi media hendaklah selari dengan usaha-usaha pengawalan dan pendidikan pengamalan media secara bertanggunjawab bagi memastikan perkara ini digunakan secra beretika dan tidak diambil kesempatan bagi tujuan memecahbelahkan perpaduan. 43
❑ Mengambil manfaat kelebihan media sosial sebagai medium penyebar maklumat tepat, Kerajaan, pengamal media, sektor swasta dan masyarakat sivil perlu memainkan peranan masing-masing selaku ejen perpaduan secara kreatif dan berkesan. 44
Kesedaran Sosial Kesedaran sosial merupakan keupayaan membina, mengekalkan,mengembangkan hubungan serta keterampilan dalam menjalinkan hubungan mesra dengan orang lain.Empati merupakan kecerdasan emosi yang penting yang harus adadalam diri setiap individu. Empati akan memberikan kesan kepada seseorang individu dan akan menyumbang kepada kejayaan atau kerjaya seseorang individu. Sebagai contoh, Rosenthal (1997) menyatakan individu yang mampu mengesan emosi rakan-rakannya dengan tepat lazimnya berjaya dalam bidang kerjayanya dan juga kehidupannya. Empati juga melibatkan kemampuan memahami orang lain. orang yang mempunyai sifat empati boleh mengatasi keragaman dan membina pergaulan, mengembang bakat orang lain serta membaca emosi orang lain. kesimpulannya, empati merupakan keupayaan untuk memahami, meyelami dan merasai perasaan atau keadaan orang lain. 45