The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Danial Ismail, 2023-04-18 00:17:04

Peranan dan strategi kerajaan dalam memperkasakan integrasi nasional melalui Dasar Perpaduan Negara.

10. 15DKM21F1004 DANIAL IQHWAN

46


Kelebihan media sosial 1. Sentiasa berhubung Seperti yang ramai sudah tahu, media sosial adalah tempat terbaik untuk berhubung dengan teman tanpa mengira jarak. Dimana pada zaman dahulu orang berhubung hanya dengan surat yang boleh mengambil masa yang sangat lama, para pelajar zaman sekarang boleh bersembang dengan teman dengan sekelip mata. Tambahan pula, media sosial boleh digunakan untuk mencari teman-teman yang sudah lama tidak berjumpa dan teruskan perhubungan mereka 2. Platform perbincangan Dengan media sosial seperti Facebook dan Twitter, para pelajar bebas untuk berkongsi gambar, pos teman lain, atau juga artikel yang mereka jumpa di laman maya. Pelajar boleh terus membincangkan hal yang mereka rasa mereka perlu dapatkan pendapat dari yang lain. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh kongsikan berita atau pun informasi yang boleh manfaatkan teman pelajar mereka yang lain. Tidak lupa juga, dengan “Follow” sesetengah page FB seperti Berita Harian atau NST, mereka juga terus akan dapat informasi terkini tanpa memerlukan beban membaca kertas fizikal. 3. Pemberi peluang Media sosial bukan sahaja boleh digunakan untuk cirkulasi informasi, tetapi platform untuk mencipta peluang kepada pelajar-pelajar juga. Banyak orang sekarang menggunakan platform media sosial untuk iklankan perniagaan mereka, atau menggunakan platform ini untuk menjadi selebriti media maya. Malah, peluang yang dibincangkan disini juga merangkumi peluang untuk mendapat bantuan dana/crowdfunding atau sebagainya untuk kenalan mereka menggunakan jaringan kenalan yang dibincangkan pada poin 1 di artikel ini. 47


2.6.2 TERAS PERPADUAN 03 STRATEGI 2: Mengekalkan, membina dan mengukuhkan tapak integrasi perpaduan ❑ Tapak integrasi ialah satu ruang abstrak dan fizikal yang menemukan pelbagai pihak berkepentingan untuk bersama-sama mencari penyelesaian. Tapak integrasi ialah medium yang dinamik bagi menguruskan pertelingkahan dan perselisihan faham yang wujud dalam komuniti. Usaha penyatupaduan masyarakat memerlukan pembinaan dan pengukuhan tapak integrasi secara berterusan. 48


❑ Rakyat Malaysia juga perlu mempunyai semangat kesukarelawan yang tinggi bagi menunjukkan kesedaran terhadap peranan dan tanggungjawab masing-masing dalm komuniti. Penglibatan rakyat, khususnya generasi muda dalam aktiviti kebajikan kesukarelawan bukan sahaja memberikan impak positif kepada diri sendiri, malah masyarakat setempat yang memerlukan perhatian serta bantuan. ❑ Aktiviti sosial lain seperti kebudayaan dan sukan dalam komuniti juga perlu dilaksanakan dengan lebih aktif sebagai tapak integrasi yang meningkatkan interaksi sosial merentasi etnik, agama dan kelas sosial. 49


Maksud Tapak Integrasi Tapak integrasi ialah sebuah ruang abstrak dan ruang nyata dimana pelbagai pihak yang berbeza etika dan peradaban bertemu dan berikhtiar mencari persetujuan secara aman dan harmonis tanpa keganasan. Ada yang wujud di peringkat makro, pertengahan dan mikro. Ciri Tapak Integrasi 1. Sebuah ruang sosial, abstrak dan nyata. 2. Satu titik pertemuan untuk kelompokkelompok strategik. 3. Proses pertemuan berasaskan prinsip tawarmenawar, perundingan dan pengantaraan. 4. Ada tapak yang diinstitusikan, ada yang tidak 5. Ada yang berjaya, ada yang tidak 6. Usaha membina tapak integrasi diteruskan dan menuju ke arah Penyatupaduan. 50


Jenis Tapak Integrasi 51


52


2.6.3 TERAS PERPADUAN 03 STRATEGI 3: Memperkasakan jentera perpaduan melalui Kerjasama strategik ❑ Pengukuhan mekanisme pelaksana dan jentera perpaduan melalui pemantapan system tadbir urus yang inklusif di pelbagai peringkat sehingga ke akar umbi. Perkara ini bagi memastikan dasar serta pelan tindakan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Dalam masa yang sama, Kerjasama dan usaha yang lebih bersepadu antar agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di peringkat pusat, negeri dan daerah perlu diperkasakan. 53


❑ Kerjasama strategik dan kreatif bersama-sama sektor swasta dan NGO serta masyarakat sivil perlu dipertingkatkan agar kepakaran semua pihak dapat digunakan sepenuhnya melalui penyampaian perkhidmatan yang berkesan kepada kumpulan sasr. Setiap komuniti mempunyai isu dan cabaran perpaduan yang berbeza. Oleh itu, intervensi dan kaedah penyelesaian adalah berbeza dan khusus mengikut kesesuaian. 54


2.6.4 TERAS PERPADUAN 03 STRATEGI 4: Memantapkan dan institusi keluarga dan komuniti ❑ Pengukuhan institusi keluarga amat penting dalam pembentukan sahsiah individu yang merupakan unit asas pembentukan sebuah masyarakat yang maju dan mampan. Bagi memastikan potensi setiap kelurga dicapai, kesejahteraan keluarga serta penglibatan aktif dalam komuniti harus diperkukuh. ❑ Setiap anggota keluarga perlu memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam keluarga dan komuniti, bermula dengan memberi contoh teladan yang baik kepada anak dan masyarakat setempat. Peranan setiap anggota keluarga dan gender amatlah penting dalam menyumbang nilai-nilai yang berbeza berdasarkan pengalaman dan keupayaan masing-masing pada peringkat individu, kelurga dan komuniti. 55


KEPENTINGAN INSTITUSI KELUARGA 1) Melahirkan satu generasi muda yang berketerampilan Biasanya dalam satu keluarga akan wujud ayah dan ibu yang membantu anak untuk memahami erti kehidupan terutama aspek kesopanan yang perlu dilakukan oleh seseorang anak itu. Jika ibu bapa gagal melakukannya, datuk dan nenek pula menjadi sandaran untuk mendidik anak tersebut untuk menjadi lebih baik. Jelaslah bahawa keluarga yang berupaya melahirkan satu generasi yang baik. 2) Mengelakkan berlakunya masalah sosial dalam keluarga Remaja akan memiliki seseorang yang lebih tua untuk memberitahu atau menasihati mereka jika mereka melakukan sebarang kesilapan terutama dalam gejala yang tidak sihat pada masa kini. Pengawasan keluargalah yang memastikan remaja tidak melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan imej remaja tersebut kelak. Maka, kewujudan keluarga menjadikan masalah sosial terutama dalam kalangan remaja tidak menular begitu sahaja. 3) Mengurangkan kes jenayah Kes jenayah sering dilakukan oleh individu yang mempunyai masalah dengan keluarganya. Fenomena negatif ini mampu dikurangkan jika semua keluarga berupaya memainkan peranan mereka dengan begitu baik untuk mendidik dengan sebaik mungkin. Ketahuilah bahawa keluarga yang menjadipenentu kelakuan seseorang anggota masyarakat itu. 4) Mampu meningkatkan produktiviti masyarakat Mampu meningkatkan produktiviti masyarakat terutamanya dalam aspek kerjaya kerana keluargalah yang menjadi alat keseimbangan kehidupan seseorang. Tekanan di tempat kerja yang dialami oleh seseorang individu akan hilang jika dikelilingi oleh keluarga mereka. Dengan ini, akan timbul perasaan ceria dalam kalangan ahli keluarga. 5) Mampu menjamin keamanan negara Semua masalah yang berlaku dalam kehidupan berupaya diselesaikan dengan wujudnya institusi keluarga yang sihat dalam sesebuah negara itu. Setiap lapisan masyarakat mempunyai keluarga yang boleh menjadi sandaran dan harapan buat mereka untuk mengharungi cabaran kehidupan terutama yang sukar diselesaikan secara bersendirian. Jelaslah bahawa keluarga mampu menjamin keamanan negara terus berada dalam keadaan aman jika berfungsi dengan baik. 56


2.6.5 TERAS PERPADUAN 03 STRATEGI 5: Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan keberkesanan mekanisme pemantauan. ❑ Pentadbiran negara yang berlandaskan prinsip kedaulatan undang-undang telah menjamin hak kebebasan rakyat sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Setiap rakyat Malaysia perlu mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa serta memahami hak dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara. ❑ Sebagai contoh dari aspek perpaduan, keharmonian negara terus dipelihara melalui peruntukan undangundang yang berkuat kuasa seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998[Akta 588], Kanun Keseksaan [Akta 574], Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301] dan Akta Hasutan 1948 [Akta 15]. Perkara ini perlu diberikan perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab melalui tindakan penguatkuasaan yang telus dan adil, tanpa mengira latar belakang etnik, agama dan kelas social. 57


Apakah maksud perkataan “undangundang”? suatu peraturan hidup yang dikenakan terhadap seseorang utk mendisiplinkan mereka dandikuatkuasakan terhadap penduduk sesuatu negara. Apakah peranan undang-undang dalam masyarakat? Peranan undang-undang adalah menyediakan kerangka dan peraturan untuk membantumenyelesaikan perselisihan antara individu.Peranan seterusnya, mewujudkan sistem di mana individu dapat mengemukakan pertikaian merekadi hadapan pencari fakta yang tidak memihak, seperti hakim atau juri.Seterusnya, mewujudkan kerharmonian dalam kalangan masyarakat. Semua lapisan masyarakatmematuhi undang-undang yang sedia ada.Selain itu, membentuk nilai-nilai moral dalam diri masyarakat 58


Akta komunikasi dan multimedia Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 merupakan satu Akta berkenaan undang-undang siber dan dibentuk sebagai satu rangkakerja bagi campurtangan kerajaan Malaysia dalam memantau industri komunikasi dan multimedia. Kanun keseksaan kanun Keseksaan Malaysia ialah suatu akta yang digubal bagi memboleh seseorang ini diseksa atas kesabitan jenayah. Ada dua perkara yang membolehkan kanun ini diguna pakai:- 1.Seksaan bagi kesalahan yang dilakukan dalam Malaysia. Akta mesin cetak dan penerbitan 1984 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 adalah suatu akta Malaysia bagi menggubal undangundang mengenai penggunaan percetakan, penerbitan dan agihan penerbitan. Akta ini memansuhkan Akta Mesin Cetak 1948 dan Akta Kawalan Penerbitan Diimport 1958. Akta hasutan 1948 Akta Hasutan 1948 ( Bahasa Melayu : Akta Hasutan 1948 ) di Malaysia ialah undang-undang yang melarang wacana yang disifatkan sebagai hasutan . Akta ini pada asalnya digubal oleh pihak berkuasa kolonial British Malaya pada tahun 1948 untuk membendung pemberontakan komunis tempatan. 59


2.6.6 TERAS PERPADUAN 03 STRATEGI 6: Memperkukuh peranan pemimpin sebagai pemangkin perpaduan ❑ Pengaruh dan peranan pemimpin sebagai pemangkin perpaduan tidak boleh dinafikan. Untuk itu, semua peringkat kepimpinan bermula dari peringkat Persekutuan, negeri, daerah sehingga peringkat akar umbi serta pemimpin dalam sesebuah organisasi perlu menjadi teladan dan contoh terbaik kepada rakyat dan komuniti. Negara juga perlu bergerak ke arah landskap politik yang menggalakkan perpaduan serta meningkatkan amalan saling menghormati dan toleransi dalam kalangan masyarakat. 60


61 KESIMPULAN Kesimpulannya, perpaduan dan integrasi dalam kalangan rakyat adalah satu perkarapenting. Oleh yang demikian, semua rakyat dan kerajaan harus bersama-sama memainkan peranan dalam meningkatkan perpaduan untuk membina sebuah bangsa yang terdiri dari rakyat yang bersilang kaum, yang hidup bersatu-padu serta aman sentosa. Kerajaan danpihak-pihak yang bertanggungjawab perlu bijak dalam menentukan hala tuju dan dasarsesebuah negara untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara serta integrasi. Dasar Perpaduan Negara menggariskan teras perpaduan yang perl difahami dan diamalkan. Menerusi dasar ini, semua pihak perl memberikan kerjasama bagi memastikan strategi yang disusun dapat dilaksanakan dengan jayanya untuk mencapai matlamatnya iaitu untuk memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan negara. Sebagai sebuah negara yang memiliki keunikan,perpaduan ialah agenda utama agar kelangsungan pembangunan negara terjamin. Perpaduan bukan sesuatu yang statik dan boleh dicapai secara mutlak tetapi perl dipupuk, dipelihara dan diperkukuh secara berterusan. Perpaduan memerlukan komitmen penh oleh semua pihak, iaitu agensi Kerajaan, swasta, masyarakat sivil dan rakyat keseluruhannya. Penekanan dan pendekatan yang diambil dalam pelaksanaan dasar ini selaras dengan dasar dan aspirasi Kerajaan bagi membina sebuah negara yang maju, aman, makmur, berintegriti dan bersatu padu serta diiktiraf di peringkat global.


62 1 .Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006). LANH 1303 Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur : Open University Malaysia. -https://dokumen.tips/documents/integrasi-dan-perpaduannasional-570dcd90983bd.html 2. Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004). SPM SEJARAH. Selangor Sasbadi Sdn. Bhd. -https://www.slideshare.net/ChinWei1/usaha-dan-strategi-yangdiambil-oleh-kerajaan-bagi-memantapkan-usaha-mencapaiperpaduan-dan-inter 3. Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002). PENGAJIAN AM KERTAS 1 DAN 2 STPM. Malaysia : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 4. http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan.nsf/ 5.http://www.ids.org.my/publications/ResearchPaper/ReportUn dertaken/Socialdevelopment/Report26.htm 6.https://www.perpaduan.gov.my/images/document/penerbitan /Dasar_Perpaduan_Negara-1.pdf RUJUKAN


Click to View FlipBook Version