The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noor azurah abd jalil, 2022-08-05 03:26:55

NOTA SOP20073

NOTA SOP20073

Oasis / Floral Foam

Span terdiri daripada dua jenis iaitu span yang digunakan untuk
membuat bunga basahdan bunga kering atau bunga tiruan.
Span untuk gubahan bunga segar pula berwarna sedikit
gelap dari span kering. Sebelum digunakanuntuk gubahan,
pastikan ia direndam dalam air lebih kurang dua minit.
Jangan ditekan span kedalam air sebaliknya biarkan ia
meresap air secara sendiri.

61

Dawai Kawat

Biasanya digunakan untuk membuat pagar kecil yang
dikenali sebagai cicken wire. Keguaannya ialah
untuk memegang batang-batang bunga yang
dicucuk di span untuk gubaan besar supaya tidak
condong atau tumbang. Pilihlah dawai kawat yang
berukuran 3.75 cm.

62

Gunting Pemotong

Gunting pemotong amat mustahak untuk membuat sesuatu
gubahan. Ia memerlukan ketajaman yang cukup untuk
memotong tangkai-tangkai bunga. Antara jenis-jenisnya ialah
gunting untuk memotong bunga hidup, gunting untuk memotong
bunga kering, gunting biasa dan gunting untuk memotong
dawai.

63

Pembuang Duri

Digunakan untuk membuang duri-duri- pada tangkai bunga

ros. Hanya kepitkan kedua-dua bahagian dan tarikan pada
tangkai bunga. Ia akan menanggalkan duri-duri tajam yang
terdapat pada tangkai bunga.

64

Floral Tape

Digunakan sebagai alat untuk melindungi kecacatan yang
kelihatan pada batang bunga palsu. Selain itu, ia juga
digunakan untuk menutup permukaan lidi yang digunakan
untuk memanjangkan batang bunga palsu. Pita ini juga
melekit pada sebelah permukaannya.

65

Lumut Palsu / Artificial Moss

Lumut palsu digunakan untuk
menutupi tapak gubahan
contohnya oasis atau bibir
pasu. Dengan adanya
lumut palsu ini, gubahan
akan kelihatan lebih semula
jadi kerana oasis tidak akan
kelihatan di dasar pasu. Ia
amat berguna untuk
gubahan yang tidak
menggunakan banyak
bunga, filler atau foliage

66

Lidi

Tujuan lidi digunakan
dalam gubahan bunga
palsu adalah untuk
memberikan kesan
batang bunga yang lebih
panjang. Lidi yang
disambungkan pada
batang bunga palsu
perlu dililit dengan Floral
Tape supaya batang
bunga kelihatan seperti
semula jadi.

67

Jeriji Bunga
flower frogs

• Paku-paku ini digunakan
untuk menegakkan
batang-batang bunga
yang digubah di dalam
pasu atau bekas bunga.
Mempunyai banyak saiz
mengikut keperluan.
Diperbuat daripada logam
yang berat.

68

BEKAS GUBAHAN BUNGA

• Bekas bunga yang sesuai, pelbagai guna serta praktikal amat mudah
didapati. Jika anda bercadang untuk mengubah bunga segar, pastikan
bekas bunga itu boleh menakung air atau tidak bocor. Pastikan teknik
gubahan, ukuran dan saiz gubahan bersesuaian. Bekas bunga yang
cantik dan unik juga akan menarik perhatian pada gubahan yang akan
dipamerkan.

69

CONTOH BEKAS GUBAHAN

70

04. PENJAGAAN DAN PENYIMPANAN
BUNGA TIRUAN

a)Masak air bercampur sedikit garam kasar sehingga mendidih.
b)Tuang air yang sudah suam ke dalam baldi dan campur dengan cecair

pencuci.
c)Rendamkan bunga tiruan selama satu hari.
d)Angkat bunga tiruan dan gantung dalam keadaan terbalik. Kotoran

yang masih terlekat pada bunga mudah dibersihkan. Anda hanya
perlu pancutkan air menggunakan paip getah.
e)Jemur bunga tiruan, juga dalam keadaan terbalik dan sembur dengan
penyembur berkanji seperti yang digunakan untuk melicinkan
pakaian yang diseterika.
f) Tunggu sehingga ia kering sebelum digunakan semula.

71

PENJAGAAN DAN PENYIMPANAN
BUNGA HIDUP

1. Memastikan air yang digunakan sentiasa bersih.
2. Bahagian batang yang dipotong bebas boleh terus menyerap air dan

membantu kesuburan bunga berkenaan.
3. Jangan memilih kuntuman yang layu atau kembang mekar kerana

boleh menyebabkan kesegarannya tidak lama.
4. Gunakan pisau tajam atau gunting pemangkas bagi memastikan

batang yang dipotong tidak pecah atau hancur.
5. Pilih pasu yang tidak menyesakkan kuntuman bunga berkenaan dan

isikan dengan 8 cm air yang sedikit suam.
6. Buang semua daun bagi mengelak ia gugur ke air kerana daun reput

boleh menggalakkan bakteria.

72

PENERANGAN GUBAHAN BUNGA
MENGIKUT KESESUAIAN RUANG

73

 Gubahan Mendatar
( Horizontal Arrangement )

74

 Gubahan Segitiga
( Triangle Arrangement )

75

 Gubahan L Shape
( L Shape Arrangement )

76

 Gubahan Bulat
( Dome Arrangement )

77

 Gubahan Crescent
( Bulan Sabit)

78

 Langkah-langkah Gubahan Crescent

79

 Gubahan Oval
( Gubahan Bujur)

80

 Langkah-langhak Gubahan Oval

81

CONTOH GUBAHAN BUNGA DI LOBI HOTEL

82

CONTOH GUBAHAN BUNGA DI RESTORAN

83

CONTOH GUBAHAN BUNGA DI BANKUET

84











TAMAT


Click to View FlipBook Version