The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

2018_Manual_Pengurusan_SKFeldaTenggaroh4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2018-04-12 23:15:35

2018_Manual_Pengurusan_SKFeldaTenggaroh4

2018_Manual_Pengurusan_SKFeldaTenggaroh4

Manual Pengurusan
SK LKTP Tenggaroh 4, JKR921P, Jalan Semarak,

Felda Tenggaroh 4, 86810 Mersing, Johor.

PERATURAN SEKOLAH

1. MASA PERSEKOLAHAN
1.1 Masa Hadir
1.1.1 Semua murid mesti berada di kawasan sekolah selewat-lewatnya jam 7.20 pagi.
1.1.2 Pada jam 7.20 pagi aktiviti perhimpunan pagi dimulakan.
1.1.3 Waktu belajar bermula jam 7.30 pagi.
1.1.4 Pengawas dikehendaki hadir sebelum jam 7.15 pagi.

1.2 Waktu Rehat
1.2.1 Ahad hingga Khamis
Rehat 1 : 9.30 pagi hingga 10.00 pagi

1.2.2 Peraturan waktu rehat
1.2.2.1 Makan dan minum hanya di kawasan kantin sekolah sahaja.
1.2.2.2 Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman di luar kawasan
sekolah.
1.2.2.3 Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas, bilik-bilik khas serta di kawasan
larangan seperti pejabat, tempat letak kereta guru, padang dan tempat menunggu
bas kecuali dengan kawalan guru.
1.2.2.4 Loceng naik rehat akan dibunyikan pada jam 10.20 pagi. Murid beratur di kantin
dengan kawalan guru. Guru masa pertama naik rehat, wajib berada di kelas sebelum
murid sampai.

1.3 Masa Balik : 1.00 tengah hari – Tahap 1
1.3.1 Ahad hingga Khamis 1.30 petang – Tahap 2
(*tertakluk pada pindaan)
Manual Pengurusan Kokurikulum | SK LKTP Tenggaroh 4
*Pindaan masa persekolahan tertakluk pada keperluan sekolah mengikut tahun semasa.
Makluman akan diedarkan melalui surat siaran.

1.3.2 Peraturan masa balik
1.3.2.1 Semua murid hendaklah melalui laluan yang telah di tetapkan

sahaja.
1.3.2.3 Murid yang hendak melintas, perlu mematuhi arahan pengawal

keselamatan.
1.3.2.4 Murid-murid hendaklah menunggu kenderaan di tempat menunggu yang

dibenarkan.

100

Manual Pengurusan
SK LKTP Tenggaroh 4, JKR921P, Jalan Semarak,

Felda Tenggaroh 4, 86810 Mersing, Johor.

1.4 Tidak Hadir ke Sekolah
1.4.1 Murid yang tidak hadir ke sekolah mestilah ada kenyataan bertulis daripada ibu bapa ,
penjaga atau surat akuan doktor (medical certificate) dan diserahkan kepada guru kelas
pada hari kejadian.
1.4.2 Murid yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut atau lebih tanpa surat doktor
dikehendaki membawa ibu bapa berjumpa dengan guru besar melainkan jika terdapat
bukti nyata bahawa ketidakhadiran murid adalah atas sebab-sebab yang munasabah.
1.4.3 Pemberian surat amaran dari Unit HEM oleh guru kelas berkaitan ketidakhadiran
murid seperti yang berikut;

Surat Bilangan hari tidak hadir Bilangan hari tidak hadir

berturut-turut tidak berturut-turut

Amaran Pertama Pada hari ke-3 Pada hari ke-10

Amaran Ke-2 Tujuh hari selepas amaran Sepuluh hari selepas amaran

pertama pertama

Amaran Ke-3 Tujuh hari selepas amaran ke-2 20 hari selepas amaran ke-2

Rujuk UBK 14 hari selepas amaran ketiga 20 hari selepas amaran ketiga

31 hari berturut-turut 60 hari tidak berturut-turut

Sumber daripada buku kecil “SALAH LAKU DISIPLIN MURID- HUKUMAN DAN KESAN KPM”

1.4.4 Ibu bapa / penjaga murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau lebih tanpa
1.4.5 kenyataan dikehendaki berurusan dengan pihak pentadbir.
Ibu bapa mesti memberi maklum balas kepada pihak sekolah apabila menerima surat
amaran tersebut.

1.5 Meninggalkan Kawasan Sekolah dalam Waktu Sekolah Manual Pengurusan Kokurikulum | SK LKTP Tenggaroh 4
1.5.1 Murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah semasa waktu persekolahan
tanpa kebenaran guru besar.
1.5.2 Sekiranya ingin mendapatkan rawatan di klinik atau hospital kerajaan, sila dapatkan
surat rawatan di pejabat sekolah.
1.5.3 Ibu bapa atau penjaga yang hendak membawa pulang anak hendaklah meminta
kebenaran daripada Guru Besar dan menulis maklumat dalam buku maklumat keluar.
1.5.4 Hanya ibu bapa atau penjaga yang sah sahaja dibenarkan mengambil anak dalam
waktu persekolahan.

1.6 Keluar Bilik Darjah
1.6.1 Murid-murid dibenarkan keluar bilik darjah dengan izin guru sahaja
-memakai pas keluar kelas
-pulangkan pas kepada guru berkaitan

101

Manual Pengurusan Manual Pengurusan Kokurikulum | SK LKTP Tenggaroh 4
SK LKTP Tenggaroh 4, JKR921P, Jalan Semarak,

Felda Tenggaroh 4, 86810 Mersing, Johor.

1.7 Penggunaan Tangga
1.7.1 Murid hanya dibenakan menggunakan tangga yang ditetapkan semasa naik atau turun
untuk ke kantin , padang atau bilik-bilik khas.

2.0 PAKAIAN SERAGAM DAN KEKEMASAN DIRI

2.1 Baju (Perempuan) – Rujuk Lampiran
2.1.1 Baju kurung berkekek / baju kurung pesak gantung berwarna putih berbutang putih
dan berketap.
2.1.2 Kain sarung berwarna biru gelap bersusun tepi.
2.1.3 Bagi pelajar bukan Islam dibenarkan memakai pinafore berukuran labuh 5sm (2 inci)
di bawah lutut.
2.1.4 Murid perempuan yang beragama Islam diwajibkan memakai tudung berwarna putih
yang dibenarkan oleh pihak sekolah.

2.2 Baju (Lelaki) – Rujuk Lampiran
2.2.1 Kemeja putih lengan pendek, berseluar panjang berwarna biru tua.
Kain jenis ‘Jeans’ tidak dibenarkan.

2.3 Kasut dan Sarung Kaki
2.3.1 Murid dikehendaki memakai kasut kanvas berwarna putih bertali atau zap on sahaja.
2.3.2 Murid dikehendaki memakai sarung kaki berwarna putih sahaja.

2.4 Pakaian Pemimpin dalam kalangan murid :SVG , Pengawas / Ketua Darjah / Penolong
Ketua Darjah / Pengawas Pusat Sumber / Jawatan Khas
Sila Rujuk Lampiran. Pertambahan hanya pemakaian tanda nama dan jawatan sahaja.*Tertakluk
pada pindaan melalui surat siaran sekolah.

2.5 Pakaian Pendidikan Jasmani dan Aktiviti Kokurikulum
2.5.1 Murid dikehendaki memakai baju T sekolah sahaja dan seluar trek yang dibenarkan .
2.5.2 Murid perempuan Islam dikehendaki memakai tudung berwarna hitam yang ditetapkan
oleh pihak sekolah.
2.5.3 Dibenarkan memakai kasut sukan yang sesuai semasa Pendidikan Jasmani dan 1M1S.
2.5.4 Murid Tahap 2 dikehendaki memakai pakaian seragam unit beruniform pada setiap
hari Rabu.
2.5.5 Murid Tahap 2 diminta untuk memakai pakaian seragam lengkap pada minggu ketiga
setiap bulan dalam perhimpunan bulanan kokurikulum.

2.6 Lencana dan Tanda Nama
2.6.1 Murid wajib memakai lencana dan tanda nama yang dijahit pada pakaian sekolah dan
tudung bagi murid perempuan yang bertudung.

102

Manual Pengurusan
SK LKTP Tenggaroh 4, JKR921P, Jalan Semarak,

Felda Tenggaroh 4, 86810 Mersing, Johor.

2.7 Jam Tangan dan Cermin Mata
2.7.1 Jam tangan yang berfesyen tidak dibenarkan.
2.7.2 Cermin mata berwarna gelap dan bingkai cermin mata berfesyen tidak dibenarkan.
2.7.3 Murid tidak dibenarkan memakai barang kemas dan perhiasan.

2.8 Pakaian lain seperti topi (cap) dan jaket tidak dibenarkan dibawa atau dipakai di sekolah (
bergantung kepada tahap kesihatan murid ).

.
3.0 DISIPLIN

3.1 Dalam Bilik Darjah
3.1.1 Sila patuhi ‘ rule and routine’ dalam bilik darjah masing-masing.

3.2 Tatacara pergerakanke kelas dan bilik-bilik khas
3.2.1 Beratur berdua-dua. Bergerak setelah diarahkan oleh ketua darjah atau guru yang
berkaitan.
3.2.2 Pergerakan hendaklah dalam keadaan senyap dan teratur.
3.2.3 Kawalan dari guru mata pelajaran waktu tersebut.

4.0 PERATURAN AM

4.1 Sentiasa mengamalkan sikap saling menghormati di dalam dan di luar kawasan Manual Pengurusan Kokurikulum | SK LKTP Tenggaroh 4
sekolah.Budaya 3 S (senyum, sapa dan sensitif) menjadi amalan.

4.2 Penggunaan bilik-bilik khas perlu mendapat kebenaran daripada guru yang berkaitan.
4.3 Dibenarkan masuk ke pejabat dan bilik Guru Besar jika ada keizinan dan urusan yang

berkaitan.
4.4 Murid-murid yang menyertai aktiviti luar waktu sekolah hendaklah memohon surat

kebenaran daripada Guru Penolong Kanan HEM.
4.5 Sekiranya aktiviti luar dirancang oleh murid sendiri, pihak sekolah tidak akan menyediakan

surat cuti sekolah agama. Surat permohonan cuti dibuat oleh ibu bapa sendiri.
4.6 Semua aktiviti sekolah yang melibatkan masa sekolah agama adalah dalam tanggungjawab

guru yang berkaitan bagi urusan kebenaran pihak sekolah agama. (*tertakluk pada
pindaan)
4.7 Murid-murid tidak dibenarkan berlari dalam kawasan sekolah kecuali di padang semasa
aktiviti dijalankan.
4.8 Semua murid hendaklah mematuhi arahan pemimpin dalam kalangan murid.
4.9 Semua murid hendaklah mematuhi peraturan yang dipaparkan di seluruh kawasan sekolah
dan di bilik-bilik khas.
4.10Ketidakhadiran dalam aktiviti kokurikulum 3 kali berturut-turut akan diambil

tindakan.
4.11Pakaian PJ hanya dibenarkan pada hari yang ada mata pelajaran Pendidikan

Jasmani dan latihan 1 murid 1 sukan (tertakluk pada pindaan)

103

Manual Pengurusan Manual Pengurusan Kokurikulum | SK LKTP Tenggaroh 4
SK LKTP Tenggaroh 4, JKR921P, Jalan Semarak,

Felda Tenggaroh 4, 86810 Mersing, Johor.
5.0 PELAWAT

5.1 Semua pelawat termasuk ibu bapa atau penjaga mesti berjumpa dengan Guru Besar
terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran.

5.2 Pelawat tidak dibenarkan pergi sendiri dari kelas ke kelas atau ke bilik guru untuk
berjumpa guru berkenaan.

5.3 Perjumpaan pelawat dengan murid dan guru hanya dilakukan di tempat yang dikhaskan
oleh pihak sekolah

104


Click to View FlipBook Version