Syair Berbuat Jasa Disediakan Oleh: Raja Nur Ainul Farahin Binti Raja Aspan Kelas: Bahasa Melayu B Kod Kursus: BMMB 1004 Nama Pensyarah: Puan Roziah Binti Ramli
Penghargaan Sejuta ungkapan syukur ke hadrat ilahi kerana limpahan kurnia-Nya, saya diberikan peluang dalam menyiapkan tugasan pentaksiran berterusan ini. Pertama-tamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pembimbing utama Puan Hajah Roziah Binti Haji Ramli, selaku pensyarah BMMB1104, Kesusasteraan Dan Kebudayaan Melayu yang telah menyalurkan seratus peratus komitmen dirinya dalam memberi bimbingan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa adanya bimbingan serta tegasan tersebut, saya tidak akan dapat menjayakan tugasan ini sehingga ke tahap ini. Saya sentiasa mendoakan semoga segala tunjuk ajar yang diberikan kepada saya akan bermanfaat kepada diri saya serta diri orang lain juga. Sekalung penghargaan yang seterusnya adalah kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Raja Aspan Bin Raja Umar dan Puan Nur Azian Binti Mohd Sah yang telah memberi sokongan dan kata-kata positif agar terus bersemangat dalam meneruskan perjuangan menjayakan pentaksiran berterusan ini. Akhir sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung sehingga pentaksiran berterusan ini berjaya disiapkan. Saya bersedia menerima teguran daripada mana-mana pihak bagi memperbaiki kelemahan diri ini.
Isi kandungan Penghargaan 1.0 Pengenalan 2.0 Konsep 2.1 Kesusasteraan Melayu 2.2 Puisi Tradisional 2.3 Syair 2.4 Pantun 2.5 Gurindam 2.6 Seloka
3.0 Fungsi kesusasteraan Melayu 3.1 Fungsi Hiburan 3.2 Fungsi Pendidikan 3.3 Fungsi Kritikan Sosial 3.4 Fungsi Dakwah 4.0 Fungsi Bagi Syair Berbuat Jasa 5.0 Jenis-Jenis Syair 6.0 Contoh-Contoh Syair 7.0 Tema Syair Berbuat Jasa 8.0 Persoalan Syair Berbuat Jasa 9.0 Bentuk Syair Berbuat Jasa
10.0 Gaya Bahasa Dalam Syair Berbuat Jasa 11.0 Nilai Murni Dalam Syair Berbuat Jasa 12.0 Pengajaran Dalam Syair Berbuat Jasa 13.0 Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu Dalam Karya Puisi Tradisional 14.0 Penutup 15.0 Sumber Rujukan
Pengenalan Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesusasteraan didefinisikan sebagai seni yang menggambarkan keindahan dengan bahasa iaitu novel, sajak, dan lain-lain, karang-mengarang, persuratan dan seni sastera. Ia juga merupakan hasil daripada mengarang, menyajak dan lain-lain atau pengetahuan dalam hal sastera. Takrif lainnya ialah karya-karya yang tergolong dalam seni sastera. Manakala kebudayaan pula ialah keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan akal budi. Menurut Dr. Azman Bin Rahmat, et. al (2022), dalam buku Pengenalan Kesusasteraan Dan Kebudayaan Melayu, kesusasteraan Melayu merupakan seni hasil ciptaan masyarakat Melayu. Namun sayangnya, jarak sastera dan kehidupan masyarakat ini makin menjauh ekoran pesatnya perkembangan pada hari ini. Oleh itu, pembelajaran sastera dan kebudayaan mula diterapkan dalam silibus pendidikan pelajar masa kini dengan harapan usaha ini akan memartabatkan lagi warisan seni berharga ini.
Konsep Kesusasteraan Melayu
Menurut Dr. Azman Bin Rahmat, et. al (2022), kesusasteraan merupakan suatu bentuk ciptaan seni yang menggunakan bahasa sebagai medium penyampaian. Perkataan kesusasteraan itu sendiri adalah berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu susastera yang membawa maksud buku indah atau huruf. Umumnya, sastera adalah bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab. Sastera menurut bahasa Inggeris menyatakan bahawa kesusasteraan membawa maksud yang sama dengan perkataan 'literature ' . Perkataan ini berasal daripada perkataan 'literate ' yang membawa maksud huruf atau abjad. Secara keseluruhan, dapatlah dilihat bahawa kesusasteraan Melayu adalah karya seni masyarakat Melayu yang terselit mesej melalui keindahan kata-katanya.
Menurut Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin (2018), puisi tradisional sebenarnya merupakan sebuah hasil kesusasteraan dimana ia ditulis dalam gaya khusus tanpa mengikut aturan tatabahasa yang sepatutnya. Puisi tradisional ini dikatakan tidak terdiri daripada ayat yang lengkap, melainkan terdiri daripada frasa yang disusun dalam bentuk baris (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Terdapat beberapa jenis puisi tradisional iaitu : • Syair • Pantun • Gurindam • Seloka Konsep puisi tradisional
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, syair ialah sejenis karangan bersajak dimana tiap-tiap rangkapnya terdiri daripada empat baris yang sama bunyi di hujungnya. Syair ialah suatu karya sastra yang dikategorikan sebagai puisi lama atau tradisional dimana bahasa yang digunakan dalam karya ini sangat indah dan menarik sehingga mampu membawa perasaan si pendengar untuk menghayati dan mendalaminya. Syair ialah sejenis puisi berlagu yang keindahannya dibangkitkan dengan maksud isi yang berhubung dengan pengajaran, kiasan ibarat, nasihat, agama, sindiran serta berasaskan sejarah atau dongeng. Syair memainkan peranan yang penting terutamanya dalam menjadi sebuah alat hiburan, alat menyampaikan pengajaran serta sebagai alat kegiatan kebudayaan seperti memeriahkan majlis. Konsep Syair
Pantun merupakan sejenis puisi Melayu tradisional yang dicipta dan dihasilkan bagi tujuan penyair menyampaikan buah fikiran atau perasaan yang gembira, marah, sedih, rindu, dan sebagainya. Perkataan pantun asalnya dipakai dengan makna umpana, seperti, umpama, sebagai, dan bak iaitu merujuk kepada sebuah kiasan mahupun perbandingan sebagai contohnya, 'bagus sekali bentuknya padi, makin tunduk tanda berisi' . Ciri-ciri pantun ialah •Rangkapnya terbina daripada baris atau kerat yang berpasangan -dua kerat -empat kerat - enam kerat -lapan kerat -dua belas kerat *Pantun yang biasanya digunakan masa kini ialah pantun dua kerat dan empat kerat. •Jumlah perkataan bagi setiap baris adalah antara tiga hingga lima patah perkataan. Konsep Pantun
Sekitar tahun 1846, gurindam yang merupakan suatu jenis puisi Melayu tradisional mula dikarang oleh Raja Ali Haji dengan tajuk gurindamnya “Gurindam Dua Belas”. Jenis gurindam terbahagi kepada dua bahagian iaitu bentuk terikat dan tidak terikat. Bentuk terikat terdiri daripada dua baris serangkap yang mengandungi tiga hingga empat patah perkataan dengan skema rima a;a. Manakala bentuk tidak terikat mengandungi jumlah perkataan, jumlah baris, jumlah suku kata dalam sebaris serta skema rima yang tidak tetap. Laras bahasa yang digunakan dalam penulisan gurindam biasanya bernas dan serius manakala isinya pula mengandungi kebenaran suasana, nasihat dan pengajaran. Antara ciri gurindam ialah : •Kebiasaannya terdiri daripada dua baris dalam satu rangkap •Rima hujungnya sama, iaitu a;a •Jumlah perkataan dalam sebaris, jumlah baris dalam serangkap dan jumlah suku kata dalam setiap baris adalah tidak tetap Konsep Gurindam
•Seloka merupakan suatu puisi Melayu berbentuk bebas yang mempunyai ciri tertentu dari sudut -Rangkap -Jumlah baris (sama ada mempunyai irama atau tidak) •Perkataan seloka berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu "shloka" •Ciri seloka ialah : -Merupakan sejenis puisi bebas atau tidak terikat -Tidak mempunyai pembayang -Rima akhirnya dalam serangkap adalah tidak tetap Konsep Seloka
Fungsi Kesusasteraan Melayu
Menurut Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin (2018), fungsi sastera menjadi suatu panduan kepada manusia agar sentiasa bijak dalam memimpin kehidupan agar mencapai kemajuan. Setiap seni karya terutamanya sastera dihasilkan kerana mempunyai tujuan tertentu yang dijadikan fungsi dalam sesebuah penyampaian sastera. Fungsi sastera terbahagi kepada 4 bahagian: • Hiburan • Pendidikan • Kritikan Sosial • Dakwah
Hiburan merupakan aspek yang menjadi keutamaan semua lapisan masyarakat kerana ia melapangkan fikiran dan memberi kegembiraan hati. Fungsi menghibur boleh digunakan bagi memberitahu, mendidik dan memujuk melalui karya sastera yang cuba disampaikan. Hal ini demikian kerana mesej yang disampaikan dalam bentuk hiburan lebih mendapat tempat di hati sesiapa sahaja tidak mengira usia, jantina mahupun bangsa. Tambahan lagi, menghibur sangat sesuai digunakan dalam pendidikan kanak-kanak khasnya kerana pendekatan didik hibur dapat merangsang minat belajar seseorang kanak-kanak. Fungsi Hiburan
Hiburan Jenaka Pak Pandir
Fungsi sastera yang satu ini membawa impak yang besar kepada masyarakat Melayu. Hal ini kerana, puisi-puisi yang dihasilkan berasal dari pengalaman para pengarang yang menjadikan karya mereka sebagai medium penyampaian hal ekonomi, keagamaan serta politik. Tujuannya adalah bagi memberikan nilai, pengajaran serta nasihat kepada masyarakat Melayu agar mereka mendapat pendidikan secara tidak langsung. Peranan fungsi pendidikan ini dapat membina insaniah dalam kehidupan manusia yang dapat memberikan manfaat kepada negara suatu ketika nanti. Fungsi Pendidikan
Contoh Karya Berunsurkan Pendidikan
Fungsi Kritikan Sosial
Kritikan sosial terbahagi kepada 3 bahagian : • Sosial masyarakat • Sosial ekonomi • Sosial politik 1) Sosial masyarakat merupakan fungsi yang melibatkan masyarakat seperti hubungan kekeluargaan, perilaku, akhlak dan budi bahasa -Contohnya, cerita jenaka Pak Pandir 2) Sosial ekonomi merupakan fungsi berkaitan taraf hidup sesuatu kelompok masyarakat -Contohnya, Hikayat Pelayaran Abdullah 3) Sosial politik pula merupakan fungsi mengenai politik atau para pemimpin dengan cara mengkritik secara tersirat -Contohnya, Jenaka Pak Kaduk
Mak Piah Dan Mr. Blackway Seloka Pak Pandir
Fungsi Dakwah Fungsi dakwah merupakan penyampaian berbentuk pesanan yang mengajak kepada kebaikan. Melalui dakwah, kita dapat menyampaikan pesanan suci Yang Maha Esa kepada sekalian manusia. Dakwah dikenali sebagai asas dalam meningkatkan ketakwaan seseorang manusia itu terhadap Allah. Dalam fungsi ini, kesemua persoalan dalam penghasilan karya adalah menunjukkan sifat kebesaran, kekuasaan dan kemuliaan Allah.
Karya berunsurkan dakwah
Syair Berbuat Jasa •Syair yang dipilih ialah Syair Berbuat Jasa dengan menggunakan fungsi pendidikan. Buatlah jasa wahai teruna, Hidupmu biar memberi guna, Kamu yang mati jasa tak fana, Asalkan buahnya elok sempurna Banyakkan khidmat besar dan seni, Serahkan kepada Tuhan Rabbani, Jasa yang kekal berfaedah murni, Umur yang kedua bagi insani.
Hidup manusia jangan percuma, Buatlah bakti budi utama, Selagi baiknya kekal menjelma, Si mati hidup selama-lamanya. Buatlah baik sedaya upaya, Hidup berbakti memberi cahaya, Sumbu pelita tidak sia-sia, Terbakar diri memberi cahaya. Jangan menilik balas dan puji, Atau pahalanya dikaji-kaji, Rasanya demikian tamak dan keji, Padalah baiknya tinting dan uji
Pahala dan balas jangan dihitung, Ataupun bintang di dada beruntung, Asalkan jasamu padat berdentung, Cukuplah di situ mulai bergantung. Buatlah baik ayuhai rakan, Ke dalam laut kamu campakkan, Jikalau tidak dikenal ikan, Tuhan tahu iakah bukan.
Contoh Syair Berbuat Jasa Oleh: Raja Nur Ainul Farahin Dari Kelas Bm B https://youtu.be/ioBtY3V19Yo
Maksud Dan Fungsi Syair Berbuat Jasa
Rangkap 1 Buatlah jasa wahai teruna, Hidupmu biar memberi guna, Kamu yang mati jasa tak fana, Asalkan buahnya elok sempurna Fungsi Pendidikan : Teruna disini merujuk kepada anak muda yang dinasihatkan supaya berbuat jasa supaya hidup meraka akan menjadi lebih berguna kepada masyarakat. Hal ini kerana, walaupun seseorang itu telah meninggal dunia dengan meninggalkan tubuhnya, namun segala jasa yang pernah dicurahkan tidak akan pernah hilang buat selama-lamanya. Syaratnya, jasa tersebut mestilah dilaksanakan dengan penuh keikhlasan sehingga generasi seterusnya akan memperpanjangkan amalan tersebut. Maksud : Anak muda diseru supaya berbuat jasa supaya hidup lebih berguna. Jasad (tubuh) seseorang mungkin telah tiada (meninggal dunia), tetapi jasanya kekal buat selama-lamanya jika dilakukan dengan ikhlas dan dipanjangkan amalannya oleh orang lain (generasi selepasnya).
Rangkap 2 Banyakkan khidmat besar dan seni, Serahkan kepada Tuhan Rabbani, Jasa yang kekal berfaedah murni, Umur yang kedua bagi insani. Fungsi Pendidikan: Unsur pendidikan dalam rangkap kedua ini ialah penyair mengajarkan supaya kita menperbanyakkan lagi amalan sama ada amalan yang besar mahupun yang kecil. Kemudian amal tersebut mestilah diikhlaskan dan diniatkan kepada Allah S.W.T. sahaja kerana Allah maha Mengetahui dan Maha Menilai. Segala amal yang dilakukan akan dikenang sebagai sebuah jasa buat selama-lamanya meskipun kita sudah dijemput Ilahi. Maksud: Sama ada amalan besar mahupun kecil, semuanya mesti ditambah, lalu diikhlaskan semata- mata kepada Allah untuk menilainya. Jasa yang kekal mendatangkan manfaat yang tidak terhingga. Jasa itu akan terus diingati walaupun seseorang itu telah meninggal dunia
Rangkap 3 Hidup manusia jangan percuma, Buatlah bakti budi utama, Selagi baiknya kekal menjelma, Si mati hidup selama-lamanya. Fungsi Pendidikan: Kita diciptakan atas alasan yang tertentu maka seharusnya kita terus berusaha melakukan kebaikan yang boleh meninggalkan jasa kepada bangsa dan negara. Dengan itu, manusia tidak akan mensia-siakan hidupnya. Walaupun kita sudah meninggal pada suatu saat nanti, namun segala jasa kita yang dapat dimanfaatkan oleh orang lain akan menjadikan kita terus dianggap masih hidup. Hakikatnya, jasa kita yang menjadi amalan generasi seterusnya itu dapat membuatkan kehadiran kita masih dirasai oleh mereka walaupun kita sudah lama meninggalkan dunia Maksud : Manusia tidak harus mensia-siakan hidupnya, sebaliknya sentiasa berusaha meninggalkan jasa. Selama mana jasa itu menjadi amalan atau dimanfaatkan oleh orang lain, orang berjasa tadi tetap dianggap masih hidup walaupun pada hakikatnya telah lama meninggal dunia.
Rangkap 4 Buatlah baik sedaya upaya, Hidup berbakti memberi cahaya, Sumbu pelita tidak sia-sia, Terbakar diri memberi cahaya. Fungsi pendidikan: Dari syair ini, kita diajarkan supaya bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kebaikan itu dengan seikhlas hati. Hal ini kerana kebaikan itu bukan sahaja memberikan manfaat kepada diri sendiri bahkan dapat memberikan manfaat kepada orang lain juga. Sebagai seorang insan yang berguna, kita perlulah berperanan menjadi sebuah sumbu pelita yang tetap menerangi orang lain walaupun dirinya harus terkorban kerana terbakar. Maksud : Kebaikan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh akan memberi faedah kepada diri sendiri dan orang lain. Ibarat sumbu pelita (minyak tanah) yang diperbuat daripada kain atau tali, walaupun harus terbakar, gelap akan berganti terang.
Rangkap 5 Jangan menilik balas dan puji, Atau pahalanya dikaji-kaji, Rasanya demikian tamak dan keji, Padalah baiknya tinting dan uji. Fungsi Pendidikan: Dalam rangkap ini, kita dipesan agar janganlah berkira ketika melakukan sesuatu kebaikan itu. Kita tidak sewajarnya mengharapkan apa-apa balasan apabila kita melakukan sesuatu jasa kerana jasa itu perlulah dilaksanakan seikhlas hati tanpa meminta sebarang ganjaran mahupun sanjungan. Hal ini lah yang sebenarnya menjadi cubaan terbesar bagi individu-individu yang melakukan jasa kerana keikhlasan diri mereka akan teruja dengan balasan dunia. Maksud : Apabila berbuat jasa, seseorang itu tidak patut mengharap ganjaran dan sanjungan. Demikian tidak elok bersikap menghitung pahala semata-mata yang menjurus kepada sifat tamak (haloba) dan hina (tidak baik). Demikian cabaran kepada keikhlasan diri dalam berbuat kebaikan (jasa)
Rangkap 6 Pahala dan balas jangan dihitung, Ataupun bintang di dada beruntung, Asalkan jasamu padat berdentung, Cukuplah di situ mulai bergantung Fungsi Pendidikan: Melalui rangkap ini, kita dapat mengambil pengajaran dengan tidak berkira ketika melakukan sesuatu kebaikan seperti mengharapkan pahala atau catatan balasan atas kebaikan yang dilakukan. Kita juga janganlah mendambakan kedudukan ataupun pangkat kerana ia merupakan perkara yang tidak kekal. Sebaiknya, kita berjasa dengan penuh rasa ikhlas kerana manfaatnya boleh dijadikan bekalan di akhirat kelak. Maksud : Jangan terlalu berkira tentang pahala (catatan balasan amal baik) atau mendambakan kalungan pingat atau pangkat kebesaran. Sebaliknya, biarlah jasa yang tidak terhingga manfaatnya sebagai bekalan (nyawa kedua, akhirat).
Rangkap 7 Buatlah baik ayuhai rakan, Ke dalam laut kamu campakkan, Jikalau tidak dikenal ikan, Tuhan tahu iakah bukan. Fungsi Pendidikan: Dalam rangkap terakhir ini, penyair memberikan seruan terakhir supaya para pembaca peka dan cakna dengan berbuat kebaikan atau jasa. Hal ini kerana, ganjaran bagi perbuatan mulia ini amat tinggi disisi Allah S.W.T. Walaupun manusia tidak menghargai usaha yang telah kita lakukan, namun Allah maha adil dalam membuat penilaian masa usahlah ragu untuk berbuat jasa. Perbuatan yang ikhlas itu sudah semestinya mendapat jaminan di akhirat kelak, sesungguhnya itulah seindah-indah perkara. Maksud : Sekali lagi penyair menyeru supaya pembaca sentiasa berbuat jasa dan kebaikan. Walaupun usaha yang dilakukan mungkin tidak dihargai atau tidak diberi sambutan, Allah sangat persis dalam membuat penilaian.
Jenis-Jenis Syair SYAIR AGAMA SYAIR PENDIDIKAN SYAIR NASIHAT SYAIR ROMANTIS SYAIR PANJI SYAIR KIASAN SYAIR SEMANGAT PATRIOTIK SYAIR SEJARAH SYAIR JENAKA SYAIR KEHIDUPAN SYAIR PERSAHABATAN
Contoh-Contoh Irama Syair Irama Selendang Delima Irama Dodoi Irama Hiasan Irama Tok kenali Irama Perantau Irama Batu Belah Irama Perindu Irama Dandan Setia Irama Siti Zubaidah Irama Siti Zawiyah Irama Rawi Irama Narasi/Sarawak Irama Mayang
Tema Syair Berbuat Jasa •Keikhlasan hati ketika menyumbang jasa •Kemurahan jiwa dalam membuat kebaikan Persoalan =Kepentingan berbuat jasa
Bentuk Syair Berbuat Jasa 1) Terdiri daripada 7 rangkap. 2) Rima akhir aaaa. 3) Bentuk syair adalah terikat. 4) Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap. 5) Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris. Contoh 1 : Buatlah baik sedaya upaya (4 perkataan – rangkap 4) Contoh 2: Jangan menilik balas dan puji (5 perkataan – rangkap 5) 6) Semua baris merupakan maksud dan bukannya pembayang. 7) Terdiri daripada 9 hingga 12 suku kata sebaris. Contoh 1: Tu/han/ ta/hu/ i/a/kah/ bu/kan/ (9 suku kata – rangkap 7) Contoh 2: Ra/sa/nya/ de/mi/ki/an/ ta/mak/ dan/ ke/ji (12 suku kata – rangkap 5)
Gaya Bahasa Syair Berbuat Jasa 1) Asonansi (iaitu pengulangan vokal a) Contohnya: Buatlah baik ayuhai rakan (Rangkap 7 Baris 1) 2) Aliterasi (iaitu pengulangan konsonan b) Contohnya: Buatlah bakti budi utama (rangkap 3 baris 2) 3) Sinkope ( iaitu pemendekkan kata) Contohnya: Kamu yang mati jasa tak fana 4) Diksi (iaitu penggunaan bahasa arab) Contohnya: Tuhan rabbani
1) Nilai Kemurahan Hati Contohnya: Kita haruslah bermurah hati dan tidak berkira ketika melakukan sesuatu kebaikan dengan bersungguh-sungguh 2) Keikhlasan Contohnya: Kita sewajarnya belajar menjadi ikhlas dengan tidak mengharapkan sebarang balasan ketika melakukan sesuatu perkara 3) Nilai Mengenang Jasa Contohnya: Kita hendaklah sentiasa menghargai apa sahaja usaha orang lain dengan mengenang dan mengamalkan kebaikan yang telah diberikan kepada kita Nilai Murni dalam Syair Berbuat Jasa
Pengajaran dalam Syair Berbuat Jasa 1) Kita hendaklah sentiasa bermurah hati ketika menyumbang jasa tanpa berkira dan melakukannya dengan bersungguh-sungguh 2) Kita hendaklah ikhlas dalam setiap perlakuan kita terutamanya ketika melakukan kebaikan dengan tidak meminta atau mengharapkan sebarang ganjaran atau sanjungan sebagai balasan
Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu Dalam Karya Puisi Tradisional Menurut Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin (2018), akal budi merupakan cerminan bagi perbuatan atau gaya pemikiran seseorang individu yang mendokong kebijaksanaan jiwa. Secara umumnya, akal budi dapat difahami sebagai suatu medium penyampaian perasaan, nasihat dorongan atau kesedaran. Hal ini yang menjadikan budi itu dapat dilihat jelas melalui perbuatan atau kata-kata seseorang itu. Manifestasi akal budi merangkumi 4 aspek iaitu: •Pemikiran •Pertuturan •Perlakuan •Gaya Hidup
Rangkap 1 Buatlah jasa wahai teruna, Hidupmu biar memberi guna, Kamu yang mati jasa tak fana, Asalkan buahnya elok sempurna Manifestasi Rangkap 1 Dalam aspek akal budi, penulis Syair Berbuat Jasa iaitu Harun bin Mat Piah telah mencipta syair ini atas tujuan menyeru golongan muda bagi memanfaatkan masa hidup mereka dengan berbuat jasa kepada masyarakat kerana beliau percaya bahawa jasa yang dilakukan dengan penuh keikhlasan akan kekal memberi manfaat buat selamalamanya. Selain itu, jasa golongan muda ini juga akan diteruskan oleh generasi seterusnya selepas kematian mereka.
RANGKAP 2 BANYAKKAN KHIDMAT BESAR DAN SENI, SERAHKAN KEPADA TUHAN RABBANI, JASA YANG KEKAL BERFAEDAH MURNI, UMUR YANG KEDUA BAGI INSANI. Manifestasi Rangkap 2 Dalam rangkap kedua ini, penyair meminta agar kita menambahkan lagi segala amalan yang telah kita lakukan tanpa memandang besar atau kecil sesebuah amalam tersebut. Hal ini demikian kerana Allah akan menilai dengan sebaik-baiknya setiap amalan yang dilakukan, baik kerana Allah mahupun kerana asbab yang lain. Selain itu, penyair menyatakan bahawa segala amal dan jasa yang telah kita lakukan seikhlas hati demi Allah akan kekal walaupun selepas kematian kita.
Rangkap 3 Hidup manusia jangan percuma, Buatlah bakti budi utama, Selagi baiknya kekal menjelma, Si mati hidup selama-lamanya. Manifestasi Rangkap 3 Ilmu dan jasa sangat dipandang tinggi dalam kehidupan bermasyarakat sejak dahulu lagi. Malahan jasa lah yang mengangkat darjat seseorang manusia tersebut. Penyair menasihatkan agar manusia mula berbuat jasa agar hidup mereka tidak disiakan begitu sahaja kerana jasa dapat membantu sesuatu kelompok masyarakat itu. Selain itu, jasa yang ditinggalkan itu juga dapat mengingatkan orang ramai akan diri kita yang sudah meninggal dunia. Hal ini kerana perbuatan baik kita itu memberikan impak yang besar dalam kehidupan mereka sehingga kehadiran kita masih boleh mereka rasakan.
Rangkap 4 Buatlah baik sedaya upaya, Hidup berbakti memberi cahaya, Sumbu pelita tidak sia-sia, Terbakar diri memberi cahaya. Manifestasi Rangkap 4 Akal budi pada rangkap ini ialah penyair menjelaskan kepada pembaca bahawa segala kebaikan yang dilakukan walau sekecil apapun jika dilakukan dengan penuh keikhlasan dan bersungguh-sungguh akan memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat sekelilingnya. Penyair mengajarkan kita bahawa untuk menjadi seorang insan yang berguna, kita perlulah menjadi bak sumbu pelita yang sanggup membakar dirinya sendiri bagi memberikan cahaya terang iaitu manfaat bagi orang lain. Pengorbanan ini akan dianggap sebuah bakti yang akan dikenang selama-lamanya.
Rangkap 5 Jangan menilik balas dan puji, Atau pahalanya dikaji-kaji, Rasanya demikian tamak dan keji, Padalah baiknya tinting dan uji. Manifestasi Rangkap 5 Perbincangan akal budi masyarakat Melayu juga boleh dilihat dengan jelas dalam konteks berbuat jasa dalam rangkap kelima syair ini. Berbuat jasa umumnya bermaksud melakukan sesuatu perbuatan seikhlas hati yang dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada orang lain tanpa meminta balasan, ganjaran atau sanjungan. Karya sastera yang dihasilkan ini memberi pesanan agar kita tidak melakukan sesuatu itu demi balasan semata-mata dan seharusnya kita tidak menyiakan hidup ini dengan perkara yang tidak berfaedah. Keikhlasan merupakan aspek yang penting dan utama dalam apa-apa jua perkara.
RANGKAP 6 PAHALA DAN BALAS JANGAN DIHITUNG, ATAUPUN BINTANG DI DADA BERUNTUNG, ASALKAN JASAMU PADAT BERDENTUNG, CUKUPLAH DI SITU MULAI BERGANTUNG Manifestasi Rangkap 6 Berdasarkan rangkap dalam syair Berbuat Jasa ini, penyair mengajarkan kita untuk lebih fokus kepada balasan di akhirat dan bukannya di dunia semata-mata. Kita tidak sewajarnya berkira dengan apa yang telah kita lakukan demi orang lain kerana jasa yang dilakukan penuh keikhlasan akan membawa manfaat yang besar terutamanya di kehidupan seterusnya pula iaitu akhirat. Selain itu, pangkat, kebesaran, nama, sanjungan mahupun pingat di dunia selepas melakukan jasa tidaklah berbaloi dengan balasan di akhirat kelak.