RANGKAP 7 BUATLAH BAIK AYUHAI RAKAN, KE DALAM LAUT KAMU CAMPAKKAN, JIKALAU TIDAK DIKENAL IKAN, TUHAN TAHU IAKAH BUKAN. Manifestasi Rangkap 7 Antara pemikiran yang terdapat dalam syair Berbuat Jasa rangkap ketujuh ini ialah pesanan kepada pembaca agar teruslah dan janganlah berputus asa berbuat kebaikan seikhlas mungkin walaupun tidak mendapat pengiktirafan atau penghargaan daripada orang lain. Hal ini kerana, kebaikan yang dilakukan telah mendapat tempat disisi Allah sehingga dapat memberikan manfaat yang sungguh besar bagi individu-individu yang berbuat jasa itu. Selain itu, Allah maha adil dan cekap dalam menilai perbuatan kita maka kurangilah kebimbangan hati dan berbuatlah sebanyak jasa yang mampu.
KESIMPULAN Berdasarkan huraian dan penjelasan yang telah disampaikan tadi, dapatlah dilihat bahawa kesusasteraan Melayu ini sebenarnya merupakan suatu medium bagi para pencipta karya sastera untuk menyampaikan pengajaran, nasihat, isi hati serta perasaan mereka. Kita mestilah menjaga dan melindungi warisan bangsa yang berharga ini daripada diluput zaman dengan mempelajarinya secara mendalam dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Kita sewajarnya mengambil manfaat dan mengamalkan apa yang telah dipesan atau dinasihat oleh para pengkarya kerana umum diketahui mereka lebih berpengalaman berbanding diri kita ini.
SUMBER RUJUKAN Dr. Azman Bin Rahmat, Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin Shamsuddin Bin Abu Bakar, Haji Abdul Rani Bin Hassan dan Dr. Hasnah Binti Awang. (2022). Pengenalan kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan. Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin. (2018, April 17) Konsep puisi tradisional, cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/konsep-puisi-tradisional.html?m=1. Hidayah. (2014, September 16) Pengenalan kebudayaan dan kesusasteraan Melayu, http://hydayahnur.blogspot.com/2014/09/1.html?m=1
SUMBER RUJUKAN Ilavarasinadarajan. ( 2015, Ogos 26) Jenis-jenis puisi tradisional, http://ilavarasinadarajan1.blogspot.com/2015/08/jenis-jenis-puisitradisional.html?m=1 Unknown. (2015, julai 12) Syair Berbuat Jasa-Tingkatan 3, https://mypt3note.blogspot.com/2015/07/syair-berbuat-jasa-tingkatan3.html?m=1 Azhar Rodzi. ( 2014, Januari 4) "Syair Berbuat Jasa" komsas tingkatan 3 (the everlasting gain), http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2012/01/syair-berbuatjasa-komsas-tingkatan-3.html?m=1
Sekian, Terima Kasih