i PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2017
ii PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS KANDUNGAN HALAMAN PRAKATA 2 1.0 PENDAHULUAN 3 1.1 Nama Dan Mula Berkuat kuasa 4 1.2 Tafsiran 4 2.0 FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB 7 2.1 Pengarah Peperiksaan 8 2.2 Pengarah Pendidikan Negeri 9 2.3 Ketua Sektor, Sektor Penilaian Dan Peperiksaan Serta Ketua Unit, Unit Penilaian Dan Peperiksaan 11 2.4 Pegawai Pendidikan Daerah 12 2.5 Pengetua/Guru Besar 13 2.6 Penyelia Kawasan 14 2.7 Ketua Pengawas Peperiksaan 15 2.8 Timbalan Ketua Pengawas Peperiksaan 16 2.9 Pengawas Peperiksaan 17 2.10 Guru Bertugas 18 2.11 Pengemas Bilik 19 3.0 PENGURUSAN DOKUMEN DAN BAHAN PEPERIKSAAN 21 3.1 Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 Dan Borang Akuan Intergriti 22 3.2 Borang Pengisytiharan Diri (LP/Am 50) 22 3.3 Borang Akuan Penerimaan Maklumat Dan Arahan 22 3.4 Borang Perakuan Calon Peperiksaan (LP/Am 34) Dan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan 22 3.5 Dokumen Pengenalan Diri Calon 23 3.6 Jadual Waktu Peperiksaan 23 3.7 Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan 24 3.8 Pelan Dewan Atau Bilik Peperiksaan 26 3.9 Jadual Kedatangan (JK) 26 3.10 Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am29) 30 3.11 Borang Kawalan Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat (KOB) Dan Borang Kawalan Kertas Jawapan Objektif Tidak Bermaklumat (KOTB) 30 3.12 Jadual Pengiriman Skrip Jawapan Peperiksaan (JPSJP) 30 3.13 Borang Laporan Pengendalian Peperiksaan (LP/Am90) 31
iii PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS 4.0 PENGURUSAN PEPERIKSAAN BERTULIS 32 4.1 Pra Peperiksaan 33 4.2 Hari Peperiksaan 36 4.3 Pasca Peperiksaan 41 5.0 PENGURUSAN KERTAS PEPERIKSAAN 43 5.1 Penyerahan Dan Penerimaan Kertas Peperiksaan Di Bilik Kebal Atau Bilik Keselamatan Atau Balai Polis 44 5.2 Penyimpanan Kertas Peperiksaan Di Pusat Peperiksaan 45 5.3 Pengedaran Kertas Peperiksaan Kepada Calon 46 5.4 Kesilapan Membuka Sampul Kertas Peperiksaan 47 5.5 Kekurangan Bekalan Kertas Peperiksaan 48 5.6 Pengendalian Kertas Peperiksaan Tertutup 50 5.7 Bekalan Kertas Peperiksaan Calon Hospital Atau Pusat Tahanan Atau Pusat Pemulihan Atau Penjara 51 6.0 PENGURUSAN SKRIP JAWAPAN PEPERIKSAAN 52 6.1 Pengurusan Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat (JOB) Dan Kertas Jawapan Objektif Tidak Bermaklumat (JOTB) 53 6.2 Pengurusan Skrip Jawapan Peperiksaan (SJP) 56 6.3 Penghantaran Skrip Contoh Ke LP Secara Serahan Tangan 59 7.0 PENGURUSAN KES KHAS 60 7.1 Calon Tercicir 61 7.2 Calon Menumpang 61 7.3 Calon Bantahan 61 7.4 Calon Berkeperluan Khas (CBK) 63 7.5 Calon Yang Memerlukan Kemudahan Atau Peralatan Tambahan 64 7.6 Calon Hospital 67 7.7 Kes Kecemasan 69 7.8 Kes Salah Laku 72 7.9 Kes Luar Jangkaan Semasa Peperiksaan 76 LAMPIRAN TAMBAHAN (SPMU, Pusat Persendirian dan Peperiksaan Luar Negeri) 78 8.0 GLOSARI 79 9.0 BORANG 81
1 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS @ Hak Cipta Lembaga Peperiksaan Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa-apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengarah Peperiksaan berhak mengubah mana-mana maklumat yang terkandung dalam buku Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Segala pertanyaan berkaitan dalam buku Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis ini hendaklah dirujuk kepada: PENGARAH PEPERIKSAAN LEMBAGA PEPERIKSAAN MELALUI PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
2 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS PRAKATA Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia dapat menerbitkan buku Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis. Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan dokumen ini. Penghasilan buku Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis ini ialah usaha Lembaga Peperiksaan untuk memastikan penjaminan kualiti dalam pelaksanaan pengurusan pusat peperiksaan awam kendalian Lembaga Peperiksaan seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 67, Seksyen 68, Seksyen 69 dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 adalah mengikut prinsip dan prosedur yang ditetapkan demi keadilan kepada calon serta menjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran. Dokumen ini juga dapat membantu semua pihak yang terlibat dengan pengurusan pusat peperiksaan iaitu petugas peperiksaan dan pentaksiran yang terdiri daripada guru-guru yang dilantik, pegawai-pegawai di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Kejayaan pengurusan pusat peperiksaan bertulis amat bergantung kepada kerjasama, komitmen dan integriti yang berterusan daripada semua pihak bagi mempertingkatkan tahap pengurusan peperiksaan awam demi menjaga imej negara di mata dunia. Saya berharap budaya kerja ini dipelihara demi merealisasikan moto Lembaga Peperiksaan iaitu Adil, Sahih dan Amanah. Terima kasih. YB DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID Menteri Pendidikan Malaysia
3 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS 1.0 PENDAHULUAN
4 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS 1.0 PENDAHULUAN 1.1 NAMA DAN MULA BERKUATKUASA Panduan ini dinamakan Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2015. Panduan ini hendaklah dibaca bersama dokumen-dokumen peperiksaan lain yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan yang sedang berkuat kuasa 1.2 TAFSIRAN Dalam Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain – “arahan keselamatan” ertinya buku arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh Jemaah Menteri mengenai peraturan-peraturan kawalan keselamatan perlindungan untuk ketua-ketua jabatan di semua kementerian, jabatan, badan berkanun dan agensi kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri; “bahan peperiksaan” ertinya apa-apa bahan yang dikendalikan oleh petugas peperiksaan dan digunakan oleh calon dan Pemeriksa, sama ada sebelum, semasa atau selepas peperiksaan; “bahan am” ertinya apa-apa bahan selain bahan peperiksaan yang dikendalikan oleh petugas peperiksaan dan digunakan oleh calon dan Pemeriksa, sama ada sebelum, semasa atau selepas peperiksaan; “bilik kebal” ertinya bilik atau bangunan yang dibina mengikut spesifikasi dan memenuhi ciri-ciri keselamatan yang digunakan untuk menyimpan bahan sulit, bahan terhad dan bahan am peperiksaan; “bilik keselamatan” ertinya bilik atau bangunan yang diubahsuai dengan ciri-ciri keselamatan yang digunakan untuk menyimpan bahan sulit, bahan terhad dan bahan am peperiksaan; “calon” ertinya seseorang yang mendaftarkan dirinya untuk memasuki atau menduduki sesuatu peperiksaan; “calon bantahan” ertinya calon yang telah mendaftar untuk menduduki sesuatu kertas peperiksaan tetapi kod kertas peperiksaan itu tidak tercatat dalam Jadual Kedatangan. Walau bagaimanapun calon mempunyai bukti pendaftaran kerana kod kertas peperiksaan yang didaftar tercatat pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan (KKP); “dokumen sulit atau bahan sulit” ertinya dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi, yang jika didedahkan tanpa kebenaran walaupun tidak membahayakan keselamatan negara tetapi memudaratkan kepentingan atau martabat Malaysia atau kegiatan Kerajaan atau orang perseorangan atau akan menyebabkan keadaan memalukan atau kesusahan kepada pentadbiran;
5 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS “dokumen terhad” ertinya dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang berkehendakkan diberi satu tahap perlindungan keselamatan; “Kenyataan Kemasukan Peperiksaan” ertinya dokumen yang menyatakan butiran maklumat pengenalan diri calon peperiksaan dan maklumat kertas peperiksaan yang akan diduduki oleh calon peperiksaan; “calon berkeperluan khas” ertinya calon yang memerlukan perkhidmatan, peralatan serta perisian khas dalam peperiksaan; “calon hospital atau tahanan atau pusat pemulihan atau penjara” ertinya calon yang mengambil peperiksaan di hospital atau pusat tahanan atau pusat pemulihan atau penjara; “calon menumpang” ertinya calon yang mengambil peperiksaan di sesebuah pusat peperiksaan lain dengan menggunakan angka giliran asal iaitu angka giliran semasa calon mendaftar di pusat asal; “calon tercicir” ertinya calon yang telah mendaftar tetapi maklumat calon tidak terdapat dalam Jadual Kedatangan; “kertas peperiksaan” ertinya kertas soalan yang mengandungi tugasan ujian bagi setiap mata pelajaran atau disiplin atau sebahagian daripadanya dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan atau yang dikelolakannya bagi pihak badan lain sama ada berbentuk bertulis, amali atau bentuk-bentuk lain yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan bagi maksud untuk mendapatkan respons daripada calon dalam sesuatu peperiksaan; “Ketua Sektor, Sektor Penilaian Dan Peperiksaan”, (KS, SPP) ertinya penjawat awam yang dilantik mengetuai dan bertanggungjawab sepenuhnya di Sektor Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN); “Ketua Unit, Unit Penilaian Dan Peperiksaan”, (KU, UPP) ertinya penjawat awam yang dilantik mengetuai dan bertanggungjawab sepenuhnya di Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri (khusus bagi negeri yang tiada Ketua Sektor SPP); “Lembaga Peperiksaan”, (LP) ertinya suatu bahagian dalam Kementerian Pendidikan Malaysia yang diketuai oleh Pengarah Peperiksaan; “Pengarah Peperiksaan” ertinya seorang pegawai yang dilantik oleh Menteri di bawah subseksyen 7(1) Akta 550;
6 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS “Pegawai Pendidikan Daerah/Timbalan Pengarah Pendidikan Wilayah”, (PPD/PPW) ertinya penjawat awam yang dilantik mengetuai dan bertanggungjawab sepenuhnya di Pejabat Pendidikan Daerah/Wilayah; “Pengarah Pendidikan Negeri” ertinya seorang penjawat awam yang dilantik oleh Menteri di bawah perenggan 4(a) Akta 550 bagi mengetuai dan bertanggungjawab sepenuhnya di Jabatan Pendidikan Negeri; “pengurus peperiksaan” ertinya penjawat awam yang terdiri daripada pegawai perkhidmatan pendidikan yang bertugas di Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah atau sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertanggungjawab menguruskan peperiksaan kendalian Lembaga Peperiksaan; (Yang sediada: Pengurus Peperiksaan Negeri atau Daerah atau Sekolah yang dilantik di bawah Perkara 4(c)); Fungsi Pengarah Peperiksaan “peperiksaan” ertinya semua peperiksaan yang dikendalikan atau dikelolakan mana-mana badan lain sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, sama ada peperiksaan itu terbuka untuk orang awam atau adalah untuk golongan tertentu sahaja; “petugas peperiksaan” ertinya penjawat awam yang terdiri daripada pegawai perkhidmatan pendidikan atau kakitangan kerajaan yang bertugas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau mana-mana institusi pendidikan bawah agensi Kerajaan yang dilantik oleh Pengarah Pendidikan Negeri untuk bertugas sebagai Penyelia Kawasan (PK), Ketua Pengawas Peperiksaan (KP), Timbalan Ketua Pengawas Peperiksaan (TKP), Pengawas Peperiksaan (PP) bagi sesuatu peperiksaan. KP, TKP dan PP adalah terdiri daripada guru yang telah disahkan jawatan dan sedang mengajar di sekolah KPM; “pengemas bilik” ertinya mana-mana individu yang telah dilantik oleh Pengarah Pendidikan Negeri untuk bertugas sebagai pengemas dewan atau bilik peperiksaan di setiap pusat peperiksaan bertulis; “pusat peperiksaan bertulis” ertinya mana-mana tempat, yang diluluskan oleh Lembaga Peperiksaan, di mana peperiksaan bertulis diadakan; “salah laku” ertinya menipu, meniru, menyamar, menyeludup, membawa masuk apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa perbuatan atau tingkahlaku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku oleh Lembaga Peperiksaan; “skrip jawapan peperiksaan” ertinya sesuatu hasil kerja atau respons calon terhadap kertas peperiksaan yang menjadi asas utama ukuran atau bukti pencapaian calon;
7 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS 2.0 FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB
8 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS 2.0 FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB 2.1 PENGARAH PEPERIKSAAN 2.1.1 Fungsi Pengarah Peperiksaan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Peraturan-Peraturan & Kaedah-Kaedah Terpilih Bahagian II Perkara 4 Fungsi Pengarah Peperiksaan. Fungsi Pengarah Peperiksaan (a) untuk mengelolakan apa-apa peperiksaan bagi pihak mana-mana badan atau institusi sama ada di dalam Malaysia atau di luar Malaysia yang difikirkan perlu oleh Pengarah Peperiksaan demi kepentingan awam dan yang tidak bercanggah dengan dasar pendidikan negara; (b) untuk mengeluarkan kertas peperiksaan, untuk menyediakan bahan peperiksaan dan untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan kertas peperiksaan dan bahan peperiksaan, termasuk markah-markah yang diperoleh oleh calon; (c) Untuk melantik mana-mana orang untuk menyelia dan menguruskan peperiksaan. 2.1.2 Tanggungjawab a. Menyediakan syarat dan peraturan pendaftaran; b. Menyediakan panduan pendaftaran, pengurusan dan pengendalian peperiksaan; c. Menyediakan kertas peperiksaan dan bahan peperiksaan; d. Menyediakan bilik kebal atau bilik keselamatan untuk menyimpan kertas peperiksaan dan bahan peperiksaan bagi menjaga keselamatan dan kerahsiaan kertas peperiksaan dan bahan peperiksaan; e. Melantik Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri untuk menjaga keselamatan kertas peperiksaan dan bahan peperiksaan; f. Melantik Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan untuk menyelia dan mengurus peperiksaan di peringkat negeri.
9 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS 2.2 PENGARAH PENDIDIKAN, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI 2.2.1 Fungsi Mengurus, mengawal, memantau dan memastikan pengendalian peperiksaan bertulis di peringkat negeri termasuk pengurusan dan penyelenggaraan bilik kebal, bilik keselamatan dan pusat peperiksaan bertulis mengikut Arahan Keselamatan yang ditetapkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (KPKK) dan prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh LP. 2.2.2 Tanggungjawab a. Melantik penolong pengurus peperiksaan di peringkat negeri, peringkat daerah dan sekolah untuk menyelia, mengurus dan mengendalikan peperiksaan; b. Melantik petugas peperiksaan yang terdiri daripada Penyelia Kawasan, Ketua Pengawas, Timbalan Ketua Pengawas, Pengawas yang berintegriti, amanah, berwibawa dan lulus tapisan keselamatan bagi mengelakkan ketirisan maklumat. i. sekurang-kurangnya seorang Pengawas yang boleh berbahasa ibunda dilantik di pusat peperiksaan SJKC dan SJKT. ii. sekurang-kurangnya seorang Pengawas lelaki dilantik jika pusat peperiksaan itu ada calon lelaki atau sekurang-kurangnya seorang Pengawas perempuan dilantik jika pusat peperiksaan itu ada calon perempuan; iii. melantik sekurang-kurangnya dua orang Pengawas bagi sesebuah pusat peperiksaan; iv. kadar bilangan Pengawas bagi sesebuah pusat peperiksaan yang menggunakan dewan hendaklah mengikut formula berikut: Bilangan Pengawas = 1 + Bilangan Calon 30 v. kadar bilangan Pengawas bagi sesebuah pusat peperiksaan yang menggunakan bilik hendaklah mengikut jadual berikut: Bilangan Bilik 1 2 3 4 Bilangan Pengawas 2 3 4 5 Bilangan Bilik 5 6 7 8 Bilangan Pengawas 7 8 9 10 Bilangan Bilik 9 10 11 12 Bilangan Pengawas 12 13 14 15
10 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS vi. melantik dua orang Pengawas tambahan di pusat peperiksaan yang berhampiran dengan hospital untuk mengawas calon di hospital sekiranya perlu; dan vii. melantik Pengawas tambahan yang berkebolehan untuk mengawasi calon berkeperluan khas sekiranya perlu. c. Memastikan semua petugas peperiksaan menandatangani borang Akta Rahsia Rasmi; d. Memastikan calon yang ingin menduduki peperiksaan didaftarkan; e. Menyediakan inden kertas peperiksaan bagi setiap bilik kebal dan pusat peperiksaan; f. Melantik petugas peperiksaan dan memastikan semua petugas Peperiksaan menerima taklimat keselamatan dan pengurusan peperiksaan; g. Mempengerusikan taklimat Keselamatan Pengurusan Peperiksaan bersama agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam pengurusan peperiksaan; h. Memantau pengurusan dan penyelenggaraan bilik kebal dan bilik keselamatan; i. Memastikan keselamatan dan kerahsiaan kertas peperiksaan, bahan terperingkat dan bahan am peperiksaan di bilik kebal, bilik keselamatan dan pusat peperiksaan; j. Melantik mana-mana pegawai untuk memantau pengurusan dan pengendalian peperiksaan serta skrip jawapan peperiksaan; k. Melaporkan ketidakaturan pengurusan peperiksaan dan skrip jawapan peperiksaan kepada Pengarah Peperiksaan; l. Mengambil tindakan terhadap Ketua Sektor, Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua dan Guru Besar dan guru yang ingkar arahan atau cuai menjalankan tugas peperiksaan; dan m. Mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana penjawat awam yang ingkar arahan atau cuai menjalankan tugas peperiksaan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
11 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS 2.3 KETUA SEKTOR, SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN DAN KETUA UNIT, UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI 2.3.1 Fungsi Membantu mengurus, mengawal dan memantau pengendalian peperiksaan bertulis di peringkat negeri mengikut Arahan Keselamatan dan prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh LP. 2.3.2 Tanggungjawab a. Mengurus permohonan membuka pusat peperiksaan; b. Mengurus pendaftaran calon; c. Mengurus pelantikan pengurus peperiksaan peringkat daerah dan sekolah; d. Mengurus pelantikan petugas peperiksaan dan pengemas bilik yang berintegriti, amanah, berwibawa dan lulus tapisan keselamatan bagi mengelakkan ketirisan maklumat; e. Memberi taklimat keselamatan dan pengurusan peperiksaan kepada semua petugas peperiksaan; f. Memastikan pusat peperiksaan bertulis yang disediakan mematuhi Arahan Keselamatan yang ditetapkan oleh LP; g. Menentukan bilik kebal dan peralatan di bilik kebal diselenggara dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dan sedia untuk digunakan; h. Menentukan pengurusan dan pengendalian bilik kebal mengikut prosedur operasi standard dan Arahan Keselamatan; i. Menerima, mengurus dan menentukan keselamatan kertas peperiksaan, bahan terperingkat dan bahan am peperiksaan mengikut prosedur operasi standard dan Arahan Keselamatan; j. Menentukan perjalanan peperiksaan bertulis adalah lancar dan mengikut prosedur operasi standard dan Arahan Keselamatan; k. Memantau pengurusan dan pengendalian peperiksaan serta skrip jawapan peperiksaan; dan l. Melaporkan ketidakaturan pengurusan peperiksaan dan skrip jawapan peperiksaan kepada Pengarah Pendidikan Negeri dan Pengarah Peperiksaan.
12 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS 2.4 PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH (PPD) 2.4.1 Fungsi Membantu mengurus, mengawal dan memantau pengendalian peperiksaan bertulis di peringkat daerah mengikut Arahan Keselamatan dan prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh LP. 2.4.2 Tanggungjawab a. Mengurus pendaftaran calon; b. Mencalonkan petugas peperiksaan yang berintegriti, amanah, berwibawa dan lulus tapisan keselamatan bagi mengelakkan ketirisan maklumat; c. Menerima dan memberi taklimat keselamatan dan pengurusan peperiksaan kepada semua petugas peperiksaan; d. Membantu mengurus dan mengendalikan bilik kebal daerah mengikut prosedur operasi standard dan Arahan Keselamatan; e. Memastikan pusat peperiksaan bertulis yang disediakan mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh LP; f. Membantu mengurus bilik kebal dan peralatan di bilik kebal diselenggara dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dan sedia untuk digunakan; g. Menerima dan mengurus bahan am peperiksaan; h. Menentukan keselamatan dokumen, bahan terperingkat dan bahan am peperiksaan mengikut prosedur operasi standard dan Arahan Keselamatan; i. Menentukan perjalanan peperiksaan bertulis adalah lancAr mengikut prosedur operasi standard dan Arahan Keselamatan; j. Memantau pengurusan dan pengendalian peperiksaan serta skrip jawapan peperiksaan; k. Melaporkan ketidakaturan pengurusan peperiksaan dan skrip jawapan peperiksaan kepada: Ketua Sektor, Sektor Penilaian Dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri atau Ketua Unit, Unit Penilaian Dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri
13 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS 2.5 PENGETUA/GURU BESAR (PGB) 2.5.1 Fungsi Mengurus pengendalian peperiksaan bertulis di peringkat sekolah dan pengurusan Bilik Kebal (bagi Pengetua sekolah yang mempunyai Bilik Kebal di kawasan sekolah) mengikut Arahan Keselamatan dan prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh LP. 2.5.2 Tanggungjawab a. Membuat permohonan untuk membuka pusat peperiksaan; b. Mengurus pendaftaran calon; c. Mencetak dan mengedar jadual waktu peperiksaan kepada setiap calon; d. Menyediakan pusat peperiksaan yang mematuhi Arahan Keselamatan yang disediakan oleh LP; e. Memastikan dewan dan bilik peperiksaan dikunci dan dibuka setiap hari peperiksaan; f. Mencalonkan pelantikan petugas peperiksaan yang berintegriti, amanah, berwibawa dan lulus tapisan keselamatan bagi mengelakkan ketirisan maklumat; g. Melantik guru bertugas harian dan membekalkan jadual lengkap guru bertugas kepada Ketua Pengawas pada hari peperiksaan. Guru yang bertugas hendaklah berada di luar dewan/bilik peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan bermula; h. Memberi taklimat keselamatan mengenai peraturan peperiksaan, arahan dan amaran di dewan/bilik peperiksaan kepada guru bertugas dan calon sebelum peperiksaan berlangsung; i. Memastikan calon mematuhi arahan taklimat keselamatan, mengenai peraturan peperiksaan, arahan dan amaran di dewan/bilik peperiksaan; j. Memastikan guru bertugas mengumpulkan semua bahan dan peralatan yang dilarang dari dibawa masuk oleh calon ke dalam dewan/bilik peperiksaan; k. Memastikan calon menandatangani Borang Pengakuan Calon (BPC) di jadual waktu peperiksaan selepas menerima taklimat keselamatan; l. Menyimpan BPC sehingga enam bulan selepas pengeluaran keputusan peperiksaan; m. Menerima dan mengurus bahan am peperiksaan;
14 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS n. Menerima dan menyimpan kertas peperiksaan sesi petang (jika ada) di dalam almari berkunci di Bilik Pengetua/Guru besar atau di Bilik Khas dan merekodkan penyerahan dalam Buku Rekod Penyerahan Kertas Peperiksaan (LP/Am 123); o. Menentukan keselamatan kertas peperiksaan, bahan terperingkat dan bahan am yang berada di sekolah dan yang disimpan di Bilik Kebal (bagi Pengetua sekolah yang mempunyai Bilik Kebal di kawasan sekolah) mengikut prosedur operasi standard dan Arahan Keselamatan; p. Menentukan perjalanan peperiksaan bertulis adalah lancar mengikut prosedur operasi standard dan Arahan Keselamatan; q. Bekerjasama penuh dengan petugas peperiksaan; r. Mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana penjawat awam yang ingkar arahan atau cuai menjalankan tugas peperiksaan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; s. Menyelia dan memastikan kawasan Bilik Kebal (bagi Pengetua sekolah yang mempunyai Bilik Kebal di kawasan sekolah) bersih dan selamat; dan t. Menyelia dan merekod proses pergerakan kunci Bilik Kebal (bagi Pengetua sekolah yang mempunyai Bilik Kebal di kawasan sekolah) kepada Penyelia Kawasan dalam Buku Log Penyimpanan dan Pengeluaran Kunci Bilik Kebal/Bilik Keselamatan (LP/Am 108). 2.6 PENYELIA KAWASAN (PK) 2.6.1 Fungsi Mengurus pengendalian peperiksaan bertulis di peringkat kawasan mengikut Arahan Keselamatan dan prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh LP. 2.6.2 Tanggungjawab a. Menerima dan menyampaikan taklimat keselamatan dan pengurusan peperiksaan; b. Memastikan pengurusan dan pengendalian bilik kebal mengikut prosedur operasi standard dan Arahan Keselamatan; c. Memastikan pusat peperiksaan bertulis yang disediakan mematuhi Arahan Keselamatan yang ditetapkan oleh LP; d. Menerima, mengurus dan menentukan keselamatan kertas peperiksaan, bahan terperingkat dan bahan am peperiksaan mengikut prosedur operasi standard dan Arahan Keselamatan;
15 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS e. Menjalankan tugas semasa operasi semakan bekalan kertas peperiksaan; f. Memastikan keselamatan dan kerahsiaan kertas peperiksaan, bahan terperingkat dan bahan am peperiksaan di bilik kebal, bilik keselamatan dan pusat peperiksaan; g. Menentukan perjalanan peperiksaan bertulis adalah lancar dan mengikut prosedur operasi standard dan Arahan Keselamatan; h. Memantau pengurusan dan pengendalian peperiksaan serta skrip jawapan peperiksaan; dan i. Melaporkan ketidakaturan pengurusan peperiksaan dan skrip jawapan peperiksaan kepada Ketua Sektor SPP atau Ketua Unit UPP, JPN. 2.7 KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN (KP) 2.7.1 Fungsi Mengurus dan mengendali peperiksaan bertulis di pusat peperiksaan mengikut Arahan Keselamatan dan prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh LP. 2.7.2 Tanggungjawab a. Menerima dan menyampaikan taklimat keselamatan dan pengurusan peperiksaan kepada petugas peperiksaan di bawah seliaannya; b. Menyemak bekalan kertas peperiksaan bagi pusat peperiksaan semasa operasi buka kotak; c. Memastikan pusat peperiksaan bertulis yang disediakan mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh LP; d. Memastikan keselamatan dan kerahsiaan kertas peperiksaan, bahan terperingkat dan bahan am peperiksaan di pusat peperiksaan; e. Menerima kertas peperiksaan daripada Penyelia Kawasan di pintu bilik kebal bersama seorang Pengawas. Menyemak sampul kertas peperiksaan bagi memastikan mata pelajaran, tarikh, waktu peperiksaan serta bilangan kertas peperiksaan adalah betul; f. Memasukkan kertas peperiksaan dalam karung bungkusan dan mengikat karung dengan seal keselamatan. Merekod nombor seal keselamatan di Buku Rekod Pengawasan. Menyimpan karung bungkusan kertas peperiksaan di dalam ruang bagasi kenderaan;
16 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS g. Menyemak karung bungkusan kertas bagi mengesahkan tiada kesan pencerobohan. Meminta Timbalan Ketua Pengawas menyemak dan menurunkan tanda tangan pada Buku Rekod Pengawasan bagi mengesahkan tiada kesan pencerobohan pada karung keselamatan kertas peperiksaan; h. Menyemak sampul kertas peperiksaan di hadapan calon bagi memastikan tiada kesan pencerobohan. Menurunkan tanda tangan pada label bungkusan kertas peperiksaan bagi mengesahkan tiadanya kesan pencerobohan pada sampul kertas peperiksaan; i. Memberi peringatan kepada calon mengenai larangan di dalam dewan/ bilik peperiksaan dan meminta calon memastikan tiada membawa masuk barang larangan ke dalam dewan/ bilik peperiksaan setiap kali sebelum bermulanya peperiksaan bagi setiap sidang; j. Mentadbir dokumen peperiksaan; k. Memastikan perjalanan peperiksaan bertulis adalah lancar mengikut prosedur operasi standard dan Arahan Keselamatan dan pengurusan peperiksaan; l. Menyelaras dan memantau tugas pengawas; m. Memastikan Pengawas bertugas dengan berintergriti dan tidak membantu calon menjawab soalan peperiksaan; n. Memastikan calon mematuhi peraturan peperiksaan; o. Mengenalpasti kes khas dan calon-calon yang memerlukan bantuan khas semasa peperiksaan dan mengambil tindakan sewajarnya; dan p. Melaporkan perjalanan peperiksaan. 2.8 TIMBALAN KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN (TKP) 2.8.1 Fungsi Membantu mengurus dan mengendali peperiksaan bertulis di pusat peperiksaan mengikut Arahan Keselamatan dan prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh LP. 2.8.2 Tanggungjawab a. Menghadiri taklimat keselamatan dan pengurusan peperiksaan; b. Menyemak karung bungkusan kertas peperiksaan bagi mengesahkan tiada kesan pencerobohan. Menurunkan tanda tangan pada Buku Rekod Pengawasan bagi mengesahkan tiada kesan pencerobohan pada karung bungkusan kertas peperiksaan;
17 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS c. Menerima kertas peperiksaan daripada Ketua Pengawas di dewan/ bilik peperiksaan. Menyemak sampul kertas peperiksaan bagi memastikan mata pelajaran, tarikh, waktu peperiksaan serta bilangan kertas peperiksaan adalah betul; d. Menyemak sampul kertas peperiksaan di hadapan calon bagi memastikan tiada kesan pencerobohan. Menurunkan tanda tangan pada label bungkusan kertas peperiksaan bagi mengesahkan tiadanya kesan pencerobohan sampul kertas peperiksaan; e. Memastikan keselamatan dan kerahsiaan kertas peperiksaan, bahan terperingkat dan bahan am peperiksaan di pusat peperiksaan; f. Memastikan perjalanan peperiksaan bertulis adalah lancar mengikut prosedur operasi standard dan Arahan Keselamatan dan pengurusan peperiksaan; g. Membantu mentadbir pengurusan dan dokumen peperiksaan; h. Memastikan calon mematuhi peraturan peperiksaan; i. Membantu mengenalpasti kes khas dan calon-calon yang memerlukan bantuan khas semasa peperiksaan dan mengambil tindakan sewajarnya; dan j. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh KP berkaitan dengan pengurusan peperiksaan. 2.9 PENGAWAS PEPERIKSAAN (PP) 2.9.1 Fungsi Membantu mengurus dan mengendali peperiksaan bertulis di pusat peperiksaan mengikut Arahan Keselamatan dan prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh LP. 2.9.2 Tanggungjawab a. Menghadiri taklimat keselamatan dan pengurusan peperiksaan; b. Mematuhi prosedur keselamatan dan pengurusan peperiksaan; c. Memastikan keselamatan dan kerahsiaan kertas peperiksaan, bahan terperingkat dan bahan am peperiksaan di pusat peperiksaan; d. Menerima kertas peperiksaan daripada Ketua Pengawas di dewan/bilik peperiksaan. Menyemak sampul kertas peperiksaan bagi memastikan mata pelajaran, tarikh, waktu peperiksaan serta bilangan kertas peperiksaan adalah betul;
18 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS e. Menyemak sampul kertas peperiksaan di hadapan calon bagi memastikan tiada kesan pencerobohan. Menurunkan tanda tangan pada label bungkusan kertas peperiksaan bagi mengesahkan tiadanya kesan pencerobohan sampul kertas peperiksaan; f. Memastikan perjalanan peperiksaan bertulis adalah lancar mengikut prosedur operasi standard dan Arahan Keselamatan; g. Memastikan calon mematuhi peraturan peperiksaan; h. Membantu mentadbir pengurusan dan dokumen peperiksaan; i. Membantu mengenalpasti calon-calon yang memerlukan bantuan khas semasa peperiksaan dan mengambil tindakan sewajarnya; dan j. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh KP atau TKP berkaitan dengan pengurusan peperiksaan. 2.10 GURU BERTUGAS 2.10.1 Fungsi Mengesahkan tiada kesan pencerobohan pada karung bungkusan kertas peperiksaan dan sampul kertas soalan dengan membuat semakan dan menurunkan tanda tangan. 2.10.2 Tanggungjawab a. Menerima taklimat keselamatan mengenai peraturan peperiksaan, arahan dan amaran di dewan/bilik peperiksaan daripada Pengetua/Guru Besar; b. Memastikan calon peperiksaan mematuhi prosedur keselamatan dan pengurusan peperiksaan dan tidak membawa masuk perkaraperkara yang dinyatakan pada pernyataan Larangan Di Dewan/Bilik Peperiksaan di dalam jadual waktu peperiksaan dan pernyataan Amaran Peperiksaan di dalam Borang Pengakuan Calon; c. Memberi taklimat keselamatan mengenai peraturan peperiksaan, arahan dan amaran di dewan/bilik peperiksaan kepada calon setiap kali sebelum calon masuk ke dewan/bilik peperiksaan bagi setiap sidang; d. Memastikan calon mematuhi arahan taklimat keselamatan mengenai peraturan peperiksaan, arahan dan amaran di dewan/bilik peperiksaan;
19 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS e. Memastikan semua bahan dan peralatan yang dilarang hendaklah dikumpul setiap kali sebelum calon masuk ke dewan/bilik peperiksaan bagi setiap sidang; f. Menurunkan tanda tangan pada Buku Rekod Pengawasan bagi mengesahkan tiada kesan pencerobohan pada karung bungkusan kertas peperiksaan; g. Memastikan keselamatan dan kerahsiaan kertas peperiksaan di pusat peperiksaan dengan menyemak sampul kertas peperiksaan di hadapan calon bagi memastikan tiada kesan pencerobohan; dan h. Menurunkan tanda tangan pada label sampul kertas peperiksaan bagi mengesahkan tiadanya kesan pencerobohan pada sampul kertas peperiksaan dan memastikan mata pelajaran, tarikh dan waktu peperiksaan adalah betul. 2.11 PENGEMAS BILIK 2.11.1 Fungsi Membantu Ketua Pengawas dalam semua aspek kebersihan dan kekemasan dewan dan bilik peperiksaan sepanjang masa peperiksaan. 2.11.2 Tanggungjawab a. Membersih dan mengemas dewan dan bilik peperiksaan; b. Mematuhi prosedur keselamatan dan pengurusan peperiksaan; dan c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh KP atau TKP berkaitan dengan kebersihan dan kekemasan dewan atau bilik peperiksaan.
20 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS PERINGATAN Semua petugas peperiksaan hendaklah: a. Menghadiri taklimat keselamatan; b. Menandatangani Akta Rahsia Rasmi, Akuan Integriti dan Akuan Penerimaan Taklimat Serta Pengisytiharan Diri dan memahami tindakan yang akan diambil sekiranya melanggar akta berkenaan; c. Menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan mengikut prosedur operasi standard oleh LP dan Arahan Keselamatan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan; dan d. Memahami tindakan tatatertib yang boleh diambil terhadap mana-mana penjawat awam yang ingkar arahan atau cuai menjalankan tugas peperiksaan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
21 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS 3.0 PENGURUSAN DOKUMEN DAN BAHAN PEPERIKSAAN
22 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS 3.0 PENGURUSAN DOKUMEN DAN BAHAN PEPERIKSAAN 3.1 BORANG AKTA RAHSIA RASMI 1972 DAN BORANG AKUAN INTERGRITI 3.1.1 Semua pihak yang terlibat dalam pengurusan dan pengendalian peperiksaan hendaklah melengkapkan dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Borang Akuan Intergriti sebelum menjalankan tugas. Petugas Peperiksaan 3.1.2 Menyerahkan Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Borang Akuan Intergriti yang telah dilengkapkan kepada Penyelia Kawasan setelah tamat taklimat keselamatan peperiksaan. Ketua Pengawas 3.1.3 Menyerahkan Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Borang Akuan Intergriti yang telah dilengkapkan kepada KS, SPP, JPN setelah tamat keseluruhan peperiksaan. Penyelia Kawasan 3.2 BORANG PENGISYTIHARAN DIRI (LP/Am 50) 3.2.1 Semua pihak terlibat dalam pengurusan dan pengendalian peperiksaan hendaklah melengkap dan menandatangani Borang Pengisytiharan Diri (LP/Am 50) sebelum menjalankan tugas. Petugas Pengawas 3.2.2 Menyerahkan Borang Pengisytiharan Diri yang telah dilengkapkan kepada Penyelia Kawasan setelah tamat taklimat keselamatan peperiksaan. Ketua Pengawas 3.2.3 KS, SPP, JPN hendaklah menyimpan Borang Pengisytiharan Diri selama enam bulan selepas peperiksaan tamat. Petugas Pengawas 3.3 BORANG AKUAN PENERIMAAN MAKLUMAT DAN ARAHAN 3.3.1 Melengkap dan menandatangani Borang Akuan Penerimaan Maklumat Dan Arahan sebelum menjalankan tugas. Petugas Pengawas 3.3.2 Menyerahkan Borang Pengisytiharan Diri yang telah dilengkapkan kepada PK setelah tamat taklimat keselamatan peperiksaan. Ketua Pengawas 3.3.3 Menyerahkan Borang Akuan Penerimaan Maklumat dan arahan kepada KS, SPP, JPN setelah tamat keseluruhan peperiksaan. Petugas Pengawas 3.4 KENYATAAN KEMASUKAN PEPERIKSAAN 3.4.1 Memastikan calon membawa Kenyataan Kemasukan Peperiksaan dan menunjukkannya kepada Ketua Pengawas sekiranya menumpang di pusat peperiksaan lain sebagai bukti pendaftaran. Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan
23 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS 3.5 DOKUMEN PENGENALAN DIRI CALON 3.5.1 Menerima dokumen berikut sebagai dokumen pengenalan calon diri: a. Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) atau Tentera atau Polis; b. Surat Pendaftaran Sementara (bergambar) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara; c. Pasport Antarabangsa; d. Lesen memandu; dan e. Surat Akuan calon yang di tandatangani oleh Pengetua/Guru Besar sekolah berkenaan. Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 3.5.2 Memeriksa dokumen pengenalan diri calon semasa peperiksaan bagi setiap kertas peperiksaan. Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 3.5.3 Memastikan calon yang menduduki setiap kertas peperiksaan adalah calon yang sebenar mendaftar berdasarkan dokumen pengenalan diri, Kenyataan Kemasukan Peperiksaan yang ditampal di meja dan JK. Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 3.5.4 Mengambil cap jari dan tandatangan calon pada BRP bagi dokumen yang diragui kesahihannya. Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 3.6 JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN 3.6.1 Memastikan Jadual Waktu Peperiksaan ditampalkan di setiap pintu masuk dewan atau bilik peperiksaan. Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan/ Pengetua/Guru Besar 3.6.2 Memaklumkan kepada calon tentang tarikh dan waktu peperiksaan serta garis panduan dan arahan yang terkandung dalam Jadual Waktu Peperiksaan. Pengetua/Guru Besar 3.6.3 Memastikan peperiksaan dijalankan mengikut Jadual Waktu Peperiksaan yang rasmi. Penyelia Kawasan/ Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 3.6.4 Menyelaraskan waktu pada jam yang digunakan sekiranya pusat itu mempunyai lebih daripada satu dewan atau bilik peperiksaan. Waktu yang diselaraskan mestilah mengikut piawaian. Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 3.6.5 Mencatatkan di papan tulis waktu sebenar peperiksaan dimulakan dan ditamatkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan
24 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS 3.7 BUKU REKOD PENGAWASAN PEPERIKSAAN (BRP) 3.7.1 Merekod maklumat petugas peperiksaan dengan lengkap sebelum hari pertama peperiksaan. Maklumat hendaklah ditulis dengan tulisan tangan oleh setiap petugas peperiksaan. Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 3.7.2 Merekod dengan tulisan tangan semua maklumat lengkap berhubung pengurusan dan pengendalian peperiksaan pada setiap sidang peperiksaan. Ketua Pengawas Peperiksaan 3.7.3 Merekodkan nombor siri seal keselamatan (mouse tail) setiap kali karung bungkusan kertas peperiksaan dibawa dari bilik kebal ke pusat peperiksaan dan setiap kali skrip jawapan peperiksaan dihantar dari pusat peperiksaan ke bilik kebal; Ketua Pengawas Peperiksaan 3.7.4 Memastikan nombor siri seal keselamatan (mouse tail) yang tercatat pada BRP adalah sama dengan nombor siri seal keselamatan fizikal; Timbalan Ketua Pengawas Peperiksaan 3.7.5 Mengesahkan nombor siri seal keselamatan (mouse tail) yang tercatat pada BRP adalah sama dengan nombor siri seal keselamatan fizikal; Guru Bertugas 3.7.6 Memastikan BRP disimpan di tempat yang selamat supaya tidak dapat diakses oleh pihak yang tidak berkenaan. Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 3.7.7 Mengembalikan BRP ke Bilik Kebal setelah tamat keseluruhan peperiksaan. Ketua Pengawas/ Penyelia Kawasan/ KU UPP/ KS SPP
25 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS
26 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS 3.8 PELAN DEWAN ATAU BILIK PEPERIKSAAN 3.8.1 Memastikan pelan tempat duduk calon di dewan atau bilik peperiksaan disusun mengikut tertib angka giliran calon. Pengetua/Guru Besar 3.8.2 Menyediakan tiga salinan pelan tempat duduk calon: Salinan Pertama: Dipamerkan di pintu masuk dewan atau bilik peperiksaan berkenaan. Salinan Kedua: Diserahkan kepada KP semasa lawatan ke pusat peperiksaan. Menyimpan salinan kedua pelan dalam BRP. Salinan Ketiga: Diserahkan kepada JPN. Pengetua/Guru Besar Pengetua/Guru Besar Pengetua/Guru Besar/ Ketua Pengawas Ketua Pengawas Peperiksaan 3.8.3 Menyediakan satu pelan tempat duduk baharu yang menunjukkan kedudukan calon semasa mengambil peperiksaan jika tempat duduk calon dirombak dan calon tidak ditempatkan mengikut pelan tempat duduk asal mengikut keperluan sidang kertas peperiksaan tertentu. Tarikh, masa, nama dan kod kertas peperiksaan mestilah dicatatkan pada pelan baharu ini. 3.8.4 Menyimpan salinan pelan tempat duduk asal dan pelan tempat duduk baharu di dalam poket BRP. Ketua Pengawas Peperiksaan 3.9 JADUAL KEDATANGAN (JK) 3.9.1 Merekodkan kehadiran calon bagi setiap kertas peperiksaan. Ketua Pengawas Peperiksaan 3.9.2 Merekodkan kehadiran calon menumpang, calon bantahan, calon tahanan dan calon hospital bagi setiap kertas peperiksaan yang dihadiri pada helaian JK kosong yang berasingan. Ketua Pengawas Peperiksaan 3.9.3 Bagi calon tercicir, kehadiran calon hendaklah dicatat bagi setiap kertas peperiksaan yang didaftarkan. Ketua Pengawas Peperiksaan 3.9.4 Bagi calon hospital, maklumat hospital di mana calon mengambil peperiksaan hendaklah direkodkan. Ketua Pengawas Peperiksaan 3.9.5 Memastikan maklumat yang sedia ada dalam JK tidak dipinda sama sekali. Ketua Pengawas Peperiksaan 3.9.6 Jika terdapat kesilapan maklumat calon atau maklumat mata pelajaran pada JK, mohon pihak sekolah untuk mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon (LP/Am 38) atau Borang Pembetulan Maklumat Mata Pelajaran (LP/Am 39). Ketua Pengawas Peperiksaan
27 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS 3.9.8 Mencatat nama calon, nombor kad pengenalan atau sijil kelahiran, angka giliran asal calon dan kod kertas peperiksaan pada helaian JK kosong yang berasingan dengan menggunakan dakwat warna merah bagi calon hospital atau tahanan atau tercicir atau menumpang atau bantahan. Ketua Pengawas Peperiksaan LOKASI: PUSAT ASAL Tanda Maksud Warna Jenis JK Dakwat Calon hadir Biru JK asal T Calon tidak hadir Biru JK asal T Calon hospital/tahanan Biru JK asal Calon tercicir yang hadir Merah Helaian JK kosong berasingan T Calon tercicir yang tidak hadir Merah Helaian JK kosong berasingan Calon menumpang/bantahan yang Merah Helaian JK kosong berasingan hadir Kes-kes khas Biru (Tanda) Calon meninggalkan pusat peperiksaan Merah JK asal selepas kehadiran ditanda ( ) (Bulatan) T Kes-kes khas Biru (Tanda) Calon tiba di pusat peperiksaan selepas Merah JK asal kehadiran ditanda (T) (Bulatan) LOKASI: HOSPITAL ATAU TEMPAT TAHANAN Tanda Maksud Warna Dakwat Jenis JK Calon hadir Merah Helaian JK kosong berasingan
28 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS 3.9.9 Menyimpan JK di tempat yang selamat dan tidak boleh diakses oleh pihak yang tidak berkenaan. Ketua Pengawas Peperiksaan 3.9.10 Memastikan salinan karbon JK tidak diasingkan sebelum tamat peperiksaan. Ketua Pengawas Peperiksaan 3.9.11 Menguruskan JK seperti berikut: Salinan asal dan salinan kedua Dihantar ke LP. (u.p.: KPP Unit Peperiksaan berkenaan) Salinan ketiga Dikembalikan ke Bilik Kebal setelah tamat keseluruhan peperiksaan Ketua Pengawas Peperiksaan Ketua Pengawas Peperiksaan
29 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS
30 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS 3.10 BORANG MENGESAN PERGERAKAN CALON (LP/AM 29) 3.10.1 Merekodkan dengan lengkap maklumat pergerakan calon bagi setiap kertas peperiksaan. Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 3.10.2 Menguruskan Borang LP/Am 29 seperti berikut: Salinan Pertama: Diletakkan di atas skrip jawapan peperiksaan sebelum dibungkus. (rujuk lampiran) Salinan Kedua: Diserahkan ke Bilik Kebal setelah tamat keseluruhan peperiksaan. Salinan Ketiga: Disimpan di dalam poket BRP dan dihantar ke LP. (u.p.: KPP Unit Peperiksaan berkenaan) Ketua Pengawas / Pengawas Peperiksaan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 3.11 BORANG KAWALAN KERTAS JAWAPAN OBJEKTIF BERMAKLUMAT (KOB) DAN BORANG KAWALAN KERTAS JAWAPAN OBJEKTIF TIDAK BERMAKLUMAT (KOTB) 3.11.1 Mengisi dengan lengkap maklumat berkaitan pengurusan skrip jawapan objektif dengan menggunakan pensel 2B atau BB. Ketua Pengawas Peperiksaan 3.11.2 Meletakkan borang KOB/KOTB di bahagian atas skrip jawapan objektif (JOB/JOTB) bagi setiap kertas peperiksaan sebelum dibungkus. Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 3.12 JADUAL PENGIRIMAN SKRIP JAWAPAN PEPERIKSAAN (JPSJP) 3.12.1 Merujuk JPSJP yang mengandungi tarikh peperiksaan, kod kertas, nama dan alamat Pemeriksa bagi tujuan penghantaran SJP kepada Pemeriksa. Ketua Pengawas Peperiksaan 3.12.2 Menyimpan JPSJP di tempat yang selamat dan tidak boleh diakses oleh pihak yang tidak berkenaan. Ketua Pengawas Peperiksaan 3.12.3 Mengembalikan JPSJP ke Bilik Kebal setelah tamat keseluruhan peperiksaan. Ketua Pengawas/ Penyelia Kawasan/ KU UPP/ KS SPP 3.12.4 Melupuskan JPSJP mengikut prosedur keselamatan. KU UPP/ KS SPP
31 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS 3.13 BORANG LAPORAN PENGENDALIAN PEPERIKSAAN (LP/Am 90) 3.13.1 Mengisi Borang Laporan Pengendalian Peperiksaan (LP/Am 90) untuk tujuan melaporkan kes-kes luar jangka yang berlaku di pusat peperiksaan. Ketua Pengawas Peperiksaan 3.13.2 Mengisi borang ini setiap kali ada kes luar jangka dan menyerahkannya kepada PK. Ketua Pengawas Peperiksaan 3.13.3 Menyampaikan maklumat kes-kes luar jangka kepada JPN. Penyelia Kawasan/ KU UPP/ KS SPP 3.13.4 Memaklumkan kes-kes luar jangka kepada Lembaga Peperiksaan dengan menggunakan faks pada hari berlakunya kes. Penyelia Kawasan/ KU UPP/ KS SPP
32 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS 4.0 PENGURUSAN PEPERIKSAAN BERTULIS
33 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS 4.0 PENGURUSAN PEPERIKSAAN 4.1 PRA PEPERIKSAAN Peringkat Kebangsaan 4.1.1 Melantik Pengarah Pendidikan untuk menyelia dan menguruskan peperiksaan di peringkat negeri. Pengarah Peperiksaan 4.1.2 Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Peperiksaan di peringkat kebangsaan. Pengarah Peperiksaan Peringkat Negeri Peringkat Daerah 4.1.7 Mempengerusikan mesyuarat Jawatan Kuasa Keselamatan dan Pengurusan Peperiksaan di peringkat daerah. PPD Peringkat Sekolah 4.1.3 Mempengerusikan mesyuarat JK Keselamatan dan Pengurusan Peperiksaan di peringkat negeri. Pengarah Pendidikan 4.1.4 Memastikan semua bilik kebal/bilik keselamatan dan pusat peperiksaan telah disediakan untuk peperiksaan. KS SPP 4.1.5 Memberi taklimat keselamatan dan pengurusan peperiksaan KS SPP/KU UPP 4.1.6 Menerima taklimat keselamatan dan pengurusan peperiksaan daripada KS SPP atau KU UPP. Penyelia Kawasan/ Ketua Pengawas 4.1.8 Menyampaikan taklimat berhubung amaran, larangan dan peraturan-peraturan peperiksaan di dalam dewan dan bilik peperiksaan kepada calon dan guru bertugas. Pengetua/ Guru Besar 4.1.9 Mengarahkan calon mengisi Borang Perakuan Calon Peperiksaan. (LP/Am 34) Pengawas Peperiksaan 4.1.10 Mengutip Borang Perakuan Calon Peperiksaan (LP/Am 34) yang telah dilengkapkan oleh calon dan diserahkan kepada KP. Pengetua/ Guru Besar/ SUP 4.1.11 Menampal Jadual Waktu Peperiksaan, pelan tempat duduk calon dan amaran serta larangan semasa peperiksaan di tiap-tiap pintu dewan dan bilik peperiksaan. Pengetua/ Guru Besar/ SUP 4.1.12 Menampal Kenyataan Kemasukan Peperiksaan yang dicetak daripada sistem di penjuru atas sebelah kanan meja calon. Pengetua/ Guru Besar/ SUP
34 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS Peringkat Pusat Peperiksaan 4.1.13 Meletakkan label “KAWASAN LARANGAN” dan “PEPERIKSAAN SEDANG DIJALANKAN” di bahagian luar dewan dan bilik peperiksaan. Pengetua/ Guru Besar/ SUP 4.1.14 Menampal label “KHAS UNTUK CALON PEPERIKSAAN” di bahagian luar tandas yang dikenalpasti untuk kegunaan calon peperiksaan sahaja. Pengetua/ Guru Besar/ SUP 4.1.15 Menyediakan Jadual Bertugas Pengawas Peperiksaan. Ketua Pengawas Peperiksaan 4.1.16 Mengadakan lawatan ke pusat peperiksaan sekurangkurangnya satu hari bekerja sebelum peperiksaan bermula untuk: a. Memastikan persediaan dewan dan bilik peperiksaan telah diuruskan dengan sempurna, kondusif dan sesuai serta tidak ada apa-apa aktiviti atau keadaan yang boleh mengganggu tumpuan calon; b. Memastikan bilik khas, kemudahan dan peralatan bagi calon yang memerlukan bantuan disediakan mengikut keperluan; c. Memastikan kerusi dan meja yang sesuai dengan keadaan calon telah disusun mengikut peraturan yang ditetapkan. Bagi meja yang berlaci, bahagian laci meja hendaklah menghadap ke hadapan; d. Memastikan sisi kiri atau sisi kanan meja dengan meja bersebelahan mempunyai jarak sekurang-kurangnya 0.8 meter dan sisi belakang meja calon hadapan dengan sisi hadapan meja calon belakang mempunyai jarak sekurang-kurangnya 1 meter. Memastikan mana-mana sisi meja tidak rapat dengan dinding dan mempunyai jarak sekurang-kurangnya 0.5 meter dari dinding; e. Memastikan gambar, tulisan, carta atau gambar rajah yang boleh membantu calon dialih, diturunkan atau ditutup; f. Memastikan pusat peperiksaan dilengkapi dengan peralatan seperti berikut: jam dinding yang mencukupi, sesuai dan tepat waktu; kipas dan lampu yang mencukupi, sesuai dan berfungsi; a. Penyelia Kawasan/ Ketua Pengawas Pengetua/ Guru Besar/ Ketua Pengawas Pengetua/ Guru Besar/ Ketua Pengawas Pengetua/ Guru Besar/ Ketua Pengawas Pengetua/ Guru Besar/ Ketua Pengawas Pengetua/ Guru Besar/ Ketua Pengawas Pengetua/ Guru Besar/ Ketua Pengawas Peperiksaan Pengetua/ Guru Besar/ Ketua Pengawas Peperiksaan
35 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS almari besi berkunci dan berada di dewan atau bilik peperiksaan utama dalam keadaan baik dan boleh digunakan untuk peperiksaan; papan tulis yang sesuai; peti pertolongan cemas; dan alat pembesar suara yang sesuai dan berfungsi dengan baik disediakan di dewan. g. Mendapatkan maklumat calon tercicir, calon menumpang, calon hospital, calon pusat tahanan, calon pusat pemulihan, calon penjara dan sebagainya daripada PGB; h. Mengambil Kertas JOB, JOTB, Helaian Tambahan, Buku Jawapan yang telah diasingkan mengikut kertas peperiksaan serta bahan am lain daripada PGB dan memastikan jumlahnya akur dan mencukupi; i. Mendapatkan senarai guru bertugas sepanjang peperiksaan berlangsung daripada Pengetua/Guru Besar; j. Mengenalpasti bilangan dan jenis calon yang mengambil sesuatu kertas peperiksaan; k. Menyemak dan memastikan bekalan bahan peperiksaan seperti buku jawapan, helaian tambahan dan mencukupi mengikut keperluan kertas peperiksaan dan hari-hari peperiksaan; dan l. Melaporkan sebarang ketidakakuran bekalan bahan peperiksaan kepada KS, SPP atau KU, UPP, JPN melalui PPD atau PK. Pengetua/ Guru Besar/ Ketua Pengawas Peperiksaan Ketua Pengawas Peperiksaan Ketua Pengawas Peperiksaan Ketua Pengawas Peperiksaan Ketua Pengawas Peperiksaan Ketua Pengawas Peperiksaan 4.1.17 Menerima taklimat keselamatan dan pengurusan peperiksaan daripada KP sekurang-kurangnya satu hari bekerja sebelum peperiksaan bermula berkaitan perkara berikut: a. Menandatangani borang Akta Rahsia Rasmi 1972, Borang Akuan Intergriti, Borang Pengisytiharan Diri dan Borang Akuan Penerimaan Maklumat dan Arahan; b. Menerima Taklimat Keselamatan dan Pengurusan Peperiksaan; c. Menerima Jadual Waktu Peperiksaan dan Jadual Bertugas Pengawas Peperiksaan; d. Mengisi butiran diri petugas peperiksaan dengan tulisan tangan sendiri dalam BRP; dan e. Menyemak bahan-bahan peperiksaan. Ketua Pengawas Peperiksaan Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan
36 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS 4.2 HARI PEPERIKSAAN Sebelum Sidang Peperiksaan Peringkat Kebangsaan Peringkat Negeri Peringkat Daerah Peringkat Sekolah Peringkat Pusat Peperiksaan 4.2.1 Menyelia dan menguruskan peperiksaan di peringkat kebangsaan. Pengarah Peperiksaan 4.2.2 Menyelia dan menguruskan peperiksaan di peringkat negeri. Pengarah Pendidikan 4.2.3 Menyelia dan menguruskan peperiksaan di peringkat daerah. PPD 4.2.4 Memberi ingatan dan membuat pemeriksaan agar calon tidak membawa masuk alat atau bahan yang tidak dibenarkan ke dalam dewan atau bilik peperiksaan. Guru Bertugas 4.2.5 Datang awal mengikut masa yang ditetapkan ke bilik kebal untuk mengurus pengedaran bekalan kertas peperiksaan. Penyelia Kawasan 4.2.6 Datang awal mengikut masa yang ditetapkan ke bilik kebal untuk mengambil bekalan kertas peperiksaan daripada PK. (Rujuk prosedur di Bahagian 5.0) Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 4.2.7 Berada di pusat peperiksaan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum peperiksaan bermula. Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 4.2.8 Menyimpan karung keselamatan yang mengandungi sampul kertas peperiksaan sidang 1 dan 2 di dalam almari besi berkunci di dewan atau bilik peperiksaan utama. (Rujuk prosedur di Bahagian 5.0) Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 4.2.9 Menyimpan karung keselamatan yang mengandungi sampul kertas peperiksaan sidang 3 di dalam almari besi berkunci di bilik PGB. Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 4.2.10 Mengedarkan buku jawapan, helaian tambahan, JOB atau JOTB dan lain-lain bahan peperiksaan yang berkaitan kepada calon mengikut keperluan kertas peperiksaan. Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 4.2.11 Membenarkan calon masuk ke dalam dewan atau bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan. Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan
37 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS 4.2.12 Memastikan calon hanya membawa masuk bahan-bahan yang dibenarkan mengikut keperluan kertas peperiksaan. (rujuk Jadual Waktu Peperiksaan) Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 4.2.13 Memastikan calon tidak membawa masuk ke dalam dewan atau bilik peperiksaan alat atau bahan yang tidak dibenarkan seperti berikut: a. telefon bimbit atau sebarang gajet komunikasi; b. nota atau buku rujukan atau catatan atau lakaran atau sebarang tulisan dalam apa bentuk sekali; c. bekas alat tulis; dan d. sebarang peralatan atau bahan yang tidak diperlukan untuk peperiksaan. Penyelia Kawasan/ Pengetua/ Guru Besar/ Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 4.2.14 Memastikan peralatan atau bahan-bahan yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan atau bilik peperiksaan diletak di luar dewan atau bilik peperiksaan. Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 4.2.15 Memastikan calon duduk di tempat mengikut pelan yang telah ditetapkan. Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 4.2.16 Membacakan larangan, amaran dan peringatan di dewan dan bilik peperiksaan seperti yang tercatat pada Jadual Waktu Peperiksaan kepada calon sebelum mengedarkan kertas peperiksaan dan meminta calon memeriksa saku atau meja masing-masing bagi mengesahkan bahawa tidak ada nota atau bahan bertulis dan bercetak atau sebarang bahan yang dilarang telah dibawa masuk. Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 4.2.17 Membuat pengumuman berikut sebelum sesuatu kertas peperiksaan dimulakan: a. mengingatkan calon agar tidak membawa bahanbahan larangan ke dalam dewan atau bilik peperiksaan; b. meminta calon menulis angka giliran dan nombor Kad Pengenalan atau nombor sijil kelahiran pada tiap-tiap helai kertas jawapan; c. memaklumkan kepada calon tentang nama kertas peperiksaan, masa dan tempoh peperiksaan. Contoh: Bahasa Melayu Kertas 1 (1103/1) Dari 8.00 pagi hingga 10.00 pagi (2 jam) Keterangan ini juga hendaklah ditulis di papan tulis; dan d. meminta calon mematuhi Panduan Pengendalian Kertas JOB dan Panduan Pengendalian Kertas JOTB. Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan
38 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS 4.2.18 Membuka karung keselamatan yang betul mengikut sidang dan mengeluarkan kertas peperiksaan mengikut prosedur yang telah ditetapkan LP. (rujuk prosedur di Bahagian 5.0) Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 4.2.19 Mengesahkan tiada ketidakakuran pada bungkusan kertas peperiksaan. Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 4.2.20 Memeriksa dan memastikan bekalan kertas peperiksaan adalah bertepatan mengikut Jadual Waktu Peperiksaan. Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 4.2.21 Mengira jumlah kertas peperiksaan akur dengan bilangan yang tercatat pada label sampul. Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 4.2.22 Mendapatkan bekalan kertas peperiksaan sekiranya bilangan kertas peperiksaan tidak mencukupi. (rujuk prosedur di Bahagian 5.0) Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 4.2.23 Mengedarkan kertas peperiksaan kepada calon dan mengingatkan calon supaya meneliti nama dan kod kertas peperiksaan yang diedarkan. Jika terdapat ketidakaturan kertas peperiksaan, calon hendaklah mengangkat tangan dan memberitahu PP serta merta. Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 4.2.24 Memastikan calon mencatat angka giliran dan nombor kad pengenalan/sijil kelahiran pada kertas peperiksaan tertutup. Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 4.2.25 Memaklumkan calon tentang errata, jika ada. Errata itu hendaklah dibacakan secara lisan dan dicatatkan dengan jelas di papan tulis atau diedarkan sekiranya dibekalkan oleh LP. Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan
39 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS Semasa Sidang Peperiksaan Peringkat Pusat Peperiksaan 4.2.26 Memulakan peperiksaan mengikut masa yang ditetapkan dalam Jadual Waktu Peperiksaan. Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 4.2.27 Memastikan tiada pengumuman dibuat semasa peperiksaan sedang dijalankan kecuali pengumuman penting yang tidak dapat dielakkan. Pengumuman tentang masa peperiksaan hanya boleh dibuat sebanyak dua kali iaitu pada 30 minit dan 10 minit sebelum masa peperiksaan tamat. 4.2.28 Menyemak dokumen pengenalan diri calon dan angka giliran calon pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan. Pengawas Peperiksaan 4.2.29 Menanda kehadiran calon dalam Jadual Kedatangan Calon tiga puloh (30) minit selepas peperiksaan bermula. Ketua Pengawas Peperiksaan 4.2.30 Memastikan calon tidak dibenarkan mengambil peperiksaan sekiranya tiba di dewan atau bilik peperiksaan lebih daripada tiga puloh (30) minit selepas peperiksaan dimulakan. Walau bagaimanapun, calon boleh dibenarkan mengambil peperiksaan sekiranya dapat memberikan sebab yang munasabah tetapi tiada masa gantian diberikan. Butiran calon, masa dan sebab tersebut hendaklah dicatatkan di dalam BRP. Ketua Pengawas Peperiksaan 4.2.31 Memastikan Calon Yang Hadir dan Calon Yang Tidak Hadir ditanda mengikut rekod calon yang dicetak dalam Jadual Kedatangan pusat peperiksaan berkenaan sahaja. Kehadiran calon tercicir dan calon menumpang dicatat dalam JK kosong yang berasingan. Ketua Pengawas Peperiksaan 4.2.32 Memastikan pengawasan peperiksaan dilaksanakan secara aktif dengan mematuhi prosedur operasi standard dan Arahan Keselamatan. Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 4.2.33 Memastikan kes calon yang sakit tiba-tiba diuruskan mengikut prosedur. (rujuk Pengurusan Kes Khas, Bahagian 7.7.1 Sakit Tiba-tiba) Ketua Pengawas Peperiksaan 4.2.34 Memastikan kes salah laku diuruskan mengikut prosedur. (rujuk Pengurusan Kes Salah Laku, Bahagian 7.8 Kes Salah Laku) Ketua Pengawas Peperiksaan 4.2.35 Mencatat maklumat pada BRP, Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29) dan Plastik Pembungkus Skrip Jawapan dengan lengkap, betul dan sama. Ketua Pengawas Peperiksaan
40 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS Selepas Sidang Peperiksaan Peringkat Pusat Peperiksaan 4.2.36 Memastikan calon yang meninggalkan dewan atau bilik peperiksaan sebelum tamat peperiksaan bagi sesuatu kertas tidak membawa keluar kertas peperiksaan dan skrip jawapan peperiksaan. Kertas peperiksaan (kecuali kertas peperiksaan tertutup) boleh diserahkan kepada calon setelah tamat sidang peperiksaan berkenaan. Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 4.2.37 Calon tidak dibenarkan keluar dalam tempoh 10 minit terakhir. Pengumuman yang berikut hendaklah dibuat: “Masa ada 10 minit lagi. Calon tidak dibenarkan keluar.” Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 4.2.38 Menjalankan pemantauan bagi memastikan pengurusan peperiksaan menepati prosedur yang telah ditetapkan. Pengarah Peperiksaan/ Pengarah Pendidikan/ Lembaga Peperiksaan/ KS SPP/ UPP/ Penyelia Kawasan 4.2.39 Pengurusan Kertas Peperiksaan Tertutup. Rujuk BAHAGIAN 5.0 – perkara 5.6 Pengarah Peperiksaan/ Pengarah Pendidikan/ Lembaga Peperiksaan/ KS SPP/ UPP/ Penyelia Kawasan 4.2.40 Pengurusan Kertas Jawapan Objektif. Rujuk BAHAGIAN 6.0 – perkara 6.1 Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan Ketua Pengawas Peperiksaan Ketua Pengawas Peperiksaan Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 4.2.41 Pengurusan Kertas Jawapan Subjektif. Rujuk BAHAGIAN 6.0 – perkara 6.2 4.2.42 Mengambil tindakan seperti berikut sebelum membenarkan calon keluar dari bilik atau dewan peperiksaan; 4.2.43 Mengingatkan calon supaya tidak keluar dari dewan dan bilik peperiksaan sehingga diberi kebenaran; 4.2.44 Mengutip kertas peperiksaan tertutup; 4.2.45 Mengutip semua helaian tambahan yang telah digunakan sebagai kerja kasar atau contengan dan disimpan dalam almari besi berkunci sebelum dilupuskan selepas tamat peperiksaan; Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 4.2.46 Memastikan SJP telah dikutip, disusun mengikut angka giliran Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan
41 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS 4.3 PASCA PEPERIKSAAN Peringkat Pusat Peperiksaan 4.2.47 Melarang calon membawa keluar Buku Jawapan, Helaian Tambahan dan JOB atau JOTB dan kertas peperiksaan tertutup; Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 4.2.48 Meminta calon membawa keluar dokumen pengenalan diri, alat tulis dan kertas peperiksaan yang telah dijalankan; Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 4.2.49 Mengingatkan calon tentang kertas peperiksaan dan waktu peperiksaan berikutnya; dan Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 4.2.50 Mengarahkan calon keluar dari dewan atau bilik peperiksaan dengan tertib. Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 4.2.51 Memastikan bahan-bahan peperiksaan disimpan di dalam almari yang berkunci pada setiap hari selepas peperiksaan berakhir. Ketua Pengawas Peperiksaan 4.2.52 Memastikan dewan atau bilik peperiksaan utama tidak ditinggalkan tanpa pengawasan antara sidang peperiksaan pada hari yang sama sekiranya masih tersimpan SJP. Ketua Pengawas Peperiksaan 4.2.53 Memastikan dewan dan bilik peperiksaan dikunci selepas tamat sidang peperiksaan terakhir setiap hari peperiksaan. Ketua Pengawas Peperiksaan/ Pengetua/Guru Besar 4.3.1 Melengkapkan dan mengemaskini borang dan dokumen peperiksaan berikut dan menyerahkannya kepada PK: a. Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Borang Akuan Intergriti ; b. Borang Akuan Penerimaan Taklimat serta pengisytiharan Diri (LP/AM 52) c. Borang Pengisytiharan Diri; d. Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29): Salinan kedua – dihantar ke bilik kebal. Salinan ketiga – dihantar ke LP; e. Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan (BRP); f. Pelan dewan dan bilik peperiksaan; Ketua Pengawas Peperiksaan
42 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS g. Jadual Kedatangan Calon (JK): Salinan asal dan kedua kepada LP; dan Salinan ketiga kepada SPP atau UPP; h. Jadual Pengiriman Skrip Jawapan Peperiksaan (JP); i. Borang Kiriman Domestik (Poslaju) – salinan pengirim; j. Borang tuntutan pengawasan dan perjalanan yang telah disemak dan disahkan (LP/Am 17, LP/Am 17A); k. Laporan Kes Salah Laku (jika ada); l. Borang-borang lain yang berkaitan (jika ada); m. Kunci dan mangga almari besi berkunci; n. Semua sampul kosong kertas peperiksaan untuk disimpan di bilik kebal selama enam bulan selepas pengumuman keputusan peperiksaan; dan o. Menyerahkan semua bahan peperiksaan dan alat tulis yang berlebihan untuk disimpan di bilik kebal atau stor SPP atau stor UPP. 4.3.2 Menyerahkan baki kertas peperiksaan kepada PGB sekolah pusat peperiksaan selepas tamat keseluruhan peperiksaan. Penyerahan ini hendaklah direkodkan pada BRP. Ketua Pengawas Peperiksaan
43 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS 5.0 PENGURUSAN KERTAS PEPERIKSAAN
44 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS 5.0 PENGURUSAN KERTAS PEPERIKSAAN 5.1 PENYERAHAN DAN PENERIMAAN KERTAS PEPERIKSAAN DI BILIK KEBAL ATAU BILIK KESELAMATAN ATAU BALAI POLIS Kertas Peperiksaan Sidang 1 Semua kertas peperiksaan yang bermula pada sesi pertama sebelah pagi Kertas Peperiksaan Sidang 2 Semua kertas peperiksaan yang bermula pada sesi kedua sebelah pagi Kertas Peperiksaan Sidang 3 Semua kertas peperiksaan yang bermula pada sesi petang 5.1.1 Mengambil kertas peperiksaan Sidang 1, Sidang 2 dan Sidang 3 mengikut waktu yang telah ditetapkan. Sidang 1 (Pagi) 2 (Pagi) 3 (Petang) Waktu Pengambilan Kertas Peperiksaan dari Bilik Kebal Pusat A Pagi Pusat B x Pagi Pusat C x Pagi Pusat D x x Tengah hari Penyelia Kawasan/ Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 5.1.2 Semua urusan serah terima kertas peperiksaan dan kerjakerja yang berkaitan dilaksanakan di ruang kerja. Jika ruang kerja sempit, urusan serah terima dan kerja-kerja yang berkaitan bolehlah dilaksanakan di dalam kawasan berpagar bilik kebal. Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 5.1.3 Menyemak label sampul kertas peperiksaan yang diterima daripada PK bagi memastikan perkara berikut: a. nombor pusat peperiksaan betul; b. kod dan nama kertas peperiksaan betul; c. bilangan sampul mencukupi; dan d. bilangan naskhah seperti yang tercatat pada label sampul mencukupi untuk semua calon. Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 5.1.4 Menyerahkan errata kertas peperiksaan hari berkenaan, jika ada, kepada KP. Penyelia Kawasan 5.1.5 Menandatangani Borang Akuan Penyemakan dan Penerimaan Kertas Peperiksaan semasa penerimaan kertas peperiksaan daripada PK. Penyelia Kawasan/ Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan
45 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS 5.2 PENYIMPANAN KERTAS PEPERIKSAAN DI PUSAT PEPERIKSAAN 5.1.6 Memasukkan sampul kertas peperiksaan yang telah disemak ke dalam karung keselamatan mengikut sidang. Karung keselamatan dijerut dengan seal keselamatan (mouse tail) dan merekodkan nombor siri seal keselamatan (mouse tail) dalam Buku Rekod Pengawasan. Ketua Pengawas Peperiksaan 5.1.7 Memasukkan semua karung keselamatan ke dalam ruang bagasi sebuah kereta dan terus ke pusat peperiksaan tanpa singgah di mana-mana tempat dalam perjalanan. Penyelia Kawasan/ Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 5.2.1 Kertas Peperiksaan Sidang 1 Semua kertas peperiksaan yang bermula sesi pertama sebelah pagi. Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas 5.2.2 Kertas Peperiksaan Sidang 2 Semua kertas peperiksaan yang bermula sesi kedua sebelah pagi. Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas 5.2.3 Kertas Peperiksaan Sidang 3 Semua kertas peperiksaan yang bermula pada sesi petang. Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas 5.2.4 Menyimpan karung keselamatan yang mengandungi kertas peperiksaan sidang 1 dan sidang 2 di dalam almari besi berkunci di dewan atau bilik peperiksaan utama manakala kertas peperiksaan sidang 3 di simpan di bilik PGB. Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas 5.2.5 Memastikan almari besi berkunci yang mengandungi kertas peperiksaan sentiasa dikunci: a. Jika almari besi berkunci mempunyai satu kunci mangga dan satu kunci asal almari besi: kunci pertama disimpan oleh KP kunci kedua disimpan oleh TKP b. Jika almari besi berkunci hanya mempunyai satu kunci, kunci disimpan oleh KP. Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas
46 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS 5.3 PENGEDARAN KERTAS PEPERIKSAAN KEPADA CALON 5.3.1 Mengeluarkan karung keselamatan mengikut sidang daripada almari besi berkunci 15 minit sebelum peperiksaan bermula. Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas 5.3.2 Menyemak karung keselamatan di hadapan calon di dewan atau bilik peperiksaan utama dan mengesahkan nombor siri seal keselamatan (mouse tail) adalah sama dengan yang dicatatkan di dalam BRP. Timbalan Ketua Pengawas/ Guru bertugas 5.3.3 Menyemak dan mengesahkan tiada kesan pencerobohan pada sampul kertas peperiksaan dan menurunkan tandatangan pada sampul kertas peperiksaan di hadapan calon di dewan peperiksaan atau bilik peperiksaan utama. Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan/ Guru bertugas/Guru Besar 5.3.4 Memotong sampul kertas peperiksaan dengan memastikan seal keselamatan tidak terpisah dari sampul kertas peperiksaan. Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan/ Guru bertugas/Guru Besar 5.3.5 Memastikan jumlah kertas peperiksaan akur dengan bilangan yang tercatat pada label sampul. Ketua Pengawas Peperiksaan 5.3.6 Mendapatkan bekalan kertas peperiksaan daripada pusat yang terdekat sekiranya bilangan kertas peperiksaan tidak mencukupi. (rujuk prosedur di Bahagian 5.0 Perkara 5.5) Ketua Pengawas/ Penyelia Kawasan 5.3.7 Menyemak sekali lagi untuk memastikan: a. kod dan nama kertas peperiksaan adalah betul; dan b. tiada campuran kertas peperiksaan dengan menyemak kedudukan spine tag. Ketua Pengawas Peperiksaan 5.3.8 Mengedarkan kertas peperiksaan kepada semua calon dengan muka hadapan kertas peperiksaan di bahagian atas. Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 5.3.9 Sebaik sahaja kertas peperiksaan diedarkan, KP atau PP mestilah membuat pengumuman meminta calon menyemak kertas peperiksaan. Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 5.3.10 Calon diminta mengangkat tangan dengan segera dan memaklumkan kepada PP sekiranya terdapat kertas peperiksaan yang salah atau rosak atau cacat. Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 5.3.11 Mengambil semula kertas peperiksaan yang salah atau rosak atau cacat dan membekalkan kertas peperiksaan yang betul serta lengkap. Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan
47 PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS 5.4 KESILAPAN MEMBUKA SAMPUL KERTAS PEPERIKSAAN 5.3.12 Menyimpan kertas peperiksaan yang salah atau rosak atau cacat di dalam almari besi berkunci di dewan atau bilik peperiksaan utama. Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 5.3.13 Menyediakan laporan dan mengembalikan kertas peperiksaan yang salah atau rosak atau cacat kepada KS, SPP atau KU, UPP, JPN melalui Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 5.3.14 Mengutip lebihan kertas peperiksaan bagi calon yang tidak hadir selepas 30 minit peperiksaan bermula dan memasukkan semula kertas peperiksaan itu ke dalam sampul kertas peperiksaan serta disimpan dalam almari besi berkunci. Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 5.3.15 Memastikan petugas peperiksaan tidak membaca atau menyimpan kertas peperiksaan yang sedang dijawab atau membenarkan kertas peperiksaan yang sedang dijawab dibawa keluar dari dewan dan bilik peperiksaan. Ketua Pengawas Peperiksaan 5.3.16 Memastikan calon yang meninggalkan dewan atau bilik peperiksaan sebelum tamat peperiksaan bagi sesuatu kertas tidak membawa keluar kertas peperiksaan atau SJP. Kertas peperiksaan (kecuali kertas peperiksaan tertutup) boleh diserahkan kepada calon setelah tamat sidang peperiksaan kertas itu. Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas/ Pengawas Peperiksaan 5.4.1 Sekiranya sampul kertas peperiksaan yang sudah dibuka tidak mengandungi kertas peperiksaan untuk hari dan masa yang berkenaan, KP hendaklah mengambil tindakan berikut; a. memasukkan kertas peperiksaan itu ke dalam sampul asal dengan segera; b. menutup bahagian sampul yang telah dipotong dengan pita pelekat dan diseal dengan pelekat keselamatan; c. menyimpan sampul tersebut dalam almari besi berkunci dalam dewan atau bilik peperiksaan utama; d. menghubungi PK atau KS, SPP atau KU, UPP, JPN dengan segera untuk mendapatkan bekalan kertas peperiksaan yang betul; e. mengembalikan kertas peperiksaan yang tersalah buka itu kepada PK untuk tindakan selanjutnya; dan f. mengarahkan PP mengawasi calon yang perlu dikuarantin sehingga ke suatu masa yang ditetapkan. Calon diminta duduk di tempat masing-masing dalam keadaan bertenang dan bersabar. Ketua Pengawas Peperiksaan