The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mdec-admin, 2021-08-19 02:53:21

Playbook PLC CT

Playbook PLC CT

PLC
(PLC - Professional Learning Community)

Komuniti
Pembelajaran
Profesional

Kemahiran Pemikiran Komputasional

Kandungan 1 Apa itu PLC Mukasurat 01
2 Struktur PLC Mukasurat 08
Komuniti 3 Ciri-Ciri PLC Mukasurat 12
Pembelajaran
Profesional

4 Amalan Terbaik PLC Mukasurat 21

Bina PLC5 Kemahiran
Pemikiran Komputasional Mukasurat 37

1

Apa itu PLC

01

Apa itu PLC

...proses berterusan apabila pendidik
bekerja secara kolaboratif, dalam

kitaran berulang, membuat penyelidikan
kolektif dan penyelidikan tindakan

untuk mencapai hasil yang lebih baik
untuk murid mereka.

(DuFour, DuFour, Eaker & Many, 2010)

02

Apa itu PLC

PLC merujuk kepada kerjasama
sekumpulan pendidik yang

komited dan berkolaboratif secara
berterusan untuk meningkatkan kualiti guru
dalam merealisasikan kemenjadian murid

Kit PLC KPM (2019)

03

3 Idea Utama PLC

MEMASTIKAN PEMBELAJARAN MURID

Guru perlu memastikan semua murid belajar berasaskan
perkembangan murid.

KOLABORATIF

Sekumpulan guru berkongsi amalan profesional
untuk meningkatkan kualiti PdPc mereka.

FOKUS KEPADA PENCAPAIAN

Memastikan pembelajaran berorientasikan peningkatan pencapaian
murid ke tahap yang lebih tinggi.

04

Konsep PLC

FOCUS IMPROVE SHARE

Penekanan kepada Mempercepat proses Perkongsian pengalaman,
kepentingan data, pembetulan dan kepakaran dan amalan terbaik
intervensi berfokus dan penambahbaikan
pemantauan berterusan

05

4 Soalan Kritikal Rebecca DuFour PLC Keynote
Panduan PLC
https://youtu.be/Jpl5hJWQ_mc

Apa yang perlu diketahui, difahami dan dapat dilakukan oleh murid?

Bagaimanakah kita boleh mengetahui sama ada
murid telah mempelajari atau sebaliknya?

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya murid menghadapi kesukaran
pembelajaran (dari pengajaran tersebut)?

Apakah yang boleh dilakukan sekiranya murid sudah mengetahuinya
(sebelum pengajaran dijalankan)?

06

Semak pemahaman

Semak Pemahaman Bahagian 1

Soalan
Apakah tujuan pembentukan PLC?

Pilihan Jawapan

A Berkolaboratif untuk memastikan murid berjaya
memahami PdP

B Berkolaboratif untuk menambahbaik profesionalisme
perguruan

C Berkolaboratif membina bahan PdP

D Semua di atas.

07

2

Struktur PLC

08

Struktur PLC

Komuniti Struktur

Struktur komuniti PLC pula tidak tegar (rigid), kumpulan ini boleh
dibina berasaskan Tahun/Tingkatan, Subjek atau merentasi
kurikulum.

Secara amnya, PLC merujuk Kemudahan infrastruktur telekomunikasi dan
kepada komuniti guru yang saling
bekerjasama dan menyokong + aplikasi seperti Telegram, Signal, WhatsApp, Google
antara satu sama lain. Education Suites (DELIMa), Microsoft Teams/O365 dan
keperluan PdPR masa kini menggalakkan pembentukan
komuniti PLC dibina merentasi sekolah, daerah dan negeri

PLC boleh dilaksanakan secara
bersemuka, secara maya atau
kedua-duanya.

09

Kaedah Struktur
PLC disekolah

Top Down Bottom Up

Pengetua boleh melaksanakan Guru secara kendiri melaksanakan PLC
PLC di sekolah masing-masing berdasarkan analisis data dan isu
berdasarkan isu atau masalah
yang dihadapi atau untuk mempelajari
yang wujud(guru atau murid) perkara baharu

10

Semak pemahaman

Semak Pemahaman Bahagian 2

Soalan
Guru boleh berkolaboratif dalam PLC dengan
guru-guru lain tanpa mengira lokasi, tahap
dan subjek yang diajar. Adakah kenyataan tersebut benar
atau tidak?

Pilihan Jawapan

A Benar

B Tidak benar

11

3

Ciri-Ciri PLC

12

Ciri-ciri PLC Berorientasikan tindakan
(Action oriented)
Misi & Visi yang
kolektif Sentiasa berazam untuk
melaksanakan penambahbaikan
Pembudayaan berterusan
kolaboratif berfokus
Berorientasikan
Inkuiri yang keputusan
kolektif

13

Ciri-ciri PLC

Misi & Visi yang kolektif

Ahli kumpulan jelas dengan matlamat (shared
purpose) dan mengambil berat hasrat yang
hendak dicapai, yakni kemenjadian murid
(berhasil & berjaya), dengan matlamat yang
spesifik, boleh ukur, boleh capai, berorientasikan
keputusan dan tepat pada masanya.

14

Ciri-ciri PLC

Pembudayaan kolaboratif berfokus

Ahli kumpulan berkerja dengan sikap saling
bertanggungjawab terhadap matlamat yang
hendak dicapai.

15

Ciri-ciri PLC

InMkisuir&i yVaisnigyakonglekotilfektif

Ahli kumpulan berasa tidak selesa dengan
amalan pengajaran sedia ada dan bersepakat
untuk melaksanakan penambahbaikan
terhadap kaedah pengajaran tersebut.

16

Ciri-ciri PLC

Berorientasikan tindakan (Action oriented)

Ahli kumpulan sentiasa membuat
penambahbaikan terhadap pelaksanaan
proses PdP melalui PLC dan melaksanakan
hasil penambahbaikan tersebut melalui tidakan
dalam bilik darjah.

17

Ciri-ciri PLC

Sentiasa berazam untuk melaksanakan penambahbaikan berterusan

PLC adalah proses pembelajaran yang berterusan
apabila ahli kumpulan secara berterusan mengikuti
proses penambahbaikan seperti berikut.

I. Mencari dan mendapatkan bukti pembelajaran.
ii. Kemudian membina strategi dan idea daripada pembelajaran

yang efektif dan yang sebaliknya.
iii. Seterusnya melaksanakan strategi dan idea tersebut.
iv. Menganalisa impak pelaksanaan untuk menentukan

kebehasilan.
v. Mengaplikasikan pengetahuan baharu pada kitaran proses

penambahbaikan seterusnya.
18

Ciri-ciri PLC

BMeirsoi &rieVnistai ysaiknagnkkoelpeuktuifsan

Kejayaan sesuatu PLC dinilai melalui usaha yang
dibuat berdasarkan bukti dan hasil yang jelas dan
nyata.
Seterusnya bukti tersebut digunakan untuk
memaklumkan dan meningkatkan amalan dan
tindakan.

19

Semak pemahaman

Semak Pemahaman Bahagian 3

Soalan
Manakah diantara pernyataan berikut TIDAK merupakan
ciri-ciri PLC yang hendak dilaksanakan di sekolah?

Pilihan Jawapan

A Misi dan Visi PLC perlu ditetapkan dahulu oleh pentadbir sekolah
sebelum dilaksanakan.

B Semua ahli kumpulan PLC bertanggungjawab memastikan matlamat
kumpulan tercapai.

C Bukti pembelajaran yang positif diperlukan sebelum menerima atau
menolak strategi dan idea yang dibincangkan.

D PLC tidak semestinya dibubarkan setelah tamat tahun persekolahan.

20

4

Amalan Terbaik PLC

21

Amalan Terbaik PLC

Secara amnya, kumpulan PLC mempunyai
objektif yang jelas untuk membantu

membudayakan amalan kolaboratif dengan
efektif. Panduan dan agenda perjumpaan seperti

alat kolaboratif di Kit PLC KPM (2019) boleh
membantu perbincangan supaya fokus kepada

masalah yang hendak diselesaikan dan
mencapai matlamat.

22

Alat Kolaboratif

Komuniti Pembelajaran Profesional Kit PLC KPM (2019) menyenaraikan
pelbagai strategi dan alat kolaboratif
23 yang boleh digunakan. Prosedur
pelaksanaan bagi setiap strategi &
alat kolaboratif juga boleh didapati di
Kit tersebut. Pautan ke Kit PLC KPM
tersebut disenaraikan pada bahagian
lampiran untuk memudahkan capaian.

Panduan PLC-CT ini menerangkan
enam dari alat kolaboratif yang
sering dipraktik oleh guru-guru KPM.
Alat-alat ini juga sesuai digunakan
oleh guru-guru yang mengajar
Kemahiran Pemikiran Komputasional
(CT).

Alat Kolaboratif

Sesi Bimbingan rakan Kritikan
Perkongsian Guru sekerja Video

(Teacher Sharing (Peer Coaching) (Video Critque)
Session)

24

Alat Kolaboratif

Belajar Menggunakan Jelajah
Rancangan Harian Pembelajaran
(Learning Walks)
(Lesson Study)

25

Alat Kolaboratif

Untuk PLC-CT Sesi Perkongsian Guru (Teacher Sharing Session)

Sekumpulan guru bertemu dengan kekerapan yang berkala secara formal untuk berkongsi
pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan amalan pedagogi terbaik.

Selain menyebarluaskan pengetahuan, strategi dan alat ini juga mampu memberi
ransangan dan sokongan kepada guru bagi membantu pembangunan profesionalisme
keguruan. Strategi ini boleh dilaksanakan secara dalam talian bagi membolehkan lebih
ramai guru turut serta. Lebih ramai guru yang menyertai sesi, lebih banyak perkongsian yang
dapat dibuat.

Sesi Sesuai dijalankan melalui aplikasi media sosial (seperti Telegram, dll.) atau mesyuarat dalam
Perkongsian Guru talian (GMeet, Zoom, MS Teams, dll). Contohnya, sekumpulan guru bertemu dalam talian
menggunakan Google Meet secara berkala untuk berkongsi dapatan dari pembacaan
(Teacher Sharing mereka, bertukar pendapat mengenai video PdP yang mereka tonton, dll.
Session)
Satu lagi kaedah yang amat praktikal ialah sekumpulan guru membentuk kumpulan
Telegram untuk menyebarluaskan dapatan daripada pembacaan mereka, mencetus idea
pengajaran baharu, berkongsi bahan PdP, dan lain-lain.

26

Alat Kolaboratif

Untuk PLC-CT Bimbingan Rakan Sekerja (Peer Coaching)

Bimbingan rakan Bimbingan Rakan Sekerja. Secara asasnya aktiviti ini melibatkan
sekerja dua orang guru. Pengajaran dibuat bersama-sama rakan guru
yang lain yang mengajar subjek / tahap yang sama.
(Peer Coaching)
Namun syarat ini tidak tegar(rigid), boleh dilaksanakan
bersama-sama lebih daripada dua orang guru. Pendekatan ini
juga sesuai bagi PdPR (dalam talian). Strategi ini boleh diolah
dengan pelbagai cara untuk disesuaikan dengan PdP dan
kepakaran guru (content & pedagogical knowledge)

27

Alat Kolaboratif

Untuk PLC-CT Model Bimbingan Rakan Sekerja (Peer Coaching)

Model 1 Model 2 Model 3

Seorang guru Coach mengajar dan Coach mengajar
mengajar manakala guru lain memerhati bersama-sama guru
coach dan atau guru lain (team teaching)

lain memerhati

28

Alat Kolaboratif

Untuk PLC-CT Kritikan Video (Video Critique)

Kritikan Ahli kumpulan menonton dan menganalisis secara kritis dan
Video kreatif video rakaman PdP yang dibuat. Memberi penekanan
kepada mendapatan bukti murid telah memahami PdP
(Video Critque) tersebut.

Di samping mendapatkan cadangan untuk penambahbaikan
PdP, alat ini juga membantu menyemai budaya dialog
berhemah berkaitan PdP. Video rakaman boleh dibuat untuk
sesi PdP di dalam bilik darjah atau rakaman PdPR melalui
Google Meet di pelantar DELIMa.

29

Alat Kolaboratif

Untuk PLC-CT Belajar Menggunakan Rancangan Harian (Lesson Study)

Belajar Menggunakan Sekumpulan guru secara usaha sama membina satu rancangan
Rancangan Harian pengajaran harian, diikuti dengan pelaksanaan pengajaran dan
memerhati proses pengajaran tersebut untuk mendapatkan bukti
(Lesson Study) pembelajaran dan hasil pengajaran.

Alat kolaboratif ini boleh dilaksanakan secara pemerhatian di
dalam kelas ataupun menggunakan apa-apa medium
pembelajaran yang lain.

Refleksi boleh dibuat semasa atau selepas sesi pengajaran. Alat
Kolaboratif ini sesuai dijalankan bersama-sama ahli panitia atau
kumpulan guru.

30

Alat Kolaboratif

Untuk PLC-CT Belajar Menggunakan Rancangan Harian (Lesson Study)

05 01 02

Mengubah suai Tentukan matlamat Sediakan rancangan
rancangan mengajar pengajaran mengajar (lesson plan)

jika perlu

04 03

Menilai / Refleksi Laksana / perhati
pengajaran pengajaran

Sekiranya aktiviti tersebut memenuhi objektif, sambung penggunaan alat-kolaboratif ini ke RPH seterusnya. Sekiranya tidak,
aktiviti perlu dibaiki dan dilaksana semula sehingga murid memahami kandungan pengajaran tersebut.

31

Alat Kolaboratif

Untuk PLC-CT Jelajah Pembelajaran (Learning Walks)

Jelajah Jelajah Pembelajaran (Learning Walks) bermaksud berjalan di
Pembelajaran sekeliling sekolah sambil memerhatikan pengajaran guru-guru lain
(Learning Walks) dan pelaksanaan aktiviti di bilik darjah.

Dalam konteks PdPR, pengetua / GPK1 boleh menyertai sesi PdPR
untuk tempoh tertentu untuk melihat pelaksanaan satu-satu
proses pengajaran.

Sebagai contoh, memerhatikan kesesuaian susunan tempat duduk
dengan aktiviti PdP; penggunaan alat bantuan mengajar dan
kesesuaian dengan aktiviti PdP.

32

Peluang Kolaboratif

Untuk PLC-CT

ComDpeatyition

PLC Merentasi Acara
Sekolah (Event)

33

Peluang Kolaboratif

Untuk PLC-CT PLC Merentasi Sekolah

PLC Merentasi PdPR memberi peluang perluasan keahlian PLC kepada guru-
Sekolah guru dari sekolah yang berlainan.

Sekira dibenarkan oleh Pentadbir sekolah, keahlian dari kalangan
bukan guru, seperti pakar bidang berkaitan, boleh membantu guru
menjana penambaikan Pdp dan menimba ilmu dan kepakaran
subjek dari sumber bukan guru.

Alat kolaboratif seperti Kritikan Video, Bimbingan Rakan Sekerja
(Peer Teaching / Co-Teaching) dan Sesi Perkongsian (Team
Sharing) boleh dijalankan merentasi sekolah.

34

Peluang Kolaboratif

Untuk PLC-CT Acara(Event) & Projek

ComDpeatyition Mengadakan atau menyertai acara/projek seperti pertandingan
(contoh:Pertandingan STEM), Pembelajaran Berasaskan Masalah
(Problem BasedLearning (PLB)), dll. Perbincangan acara (event) yang

disertai boleh digunakan sebagai satu alat-kolaboratif PLC peringkat

sekolah atau merentasi sekolah. Dan dapatan dari acara-acara (events)

yang dijalankan boleh juga digunakan sebagai alat pentaksiran untuk

mendapatkan data pembelajaran murid yang juga diperlukan untuk

Acara menjalankan PLC dengan efektif.

(Event) Untuk menjalankan pertandingan/acara yang bermakna, pastikan ianya

dijalankan berasas keperluan atau sasaran (target) tertentu, yakni tujuan

tidak terlalu terbuka (open ended); susun cabaran dalam bentuk kecil

dan boleh capai; mendapatkan sokongan pentadbir (sebagai sumber

(resource) dan mentor dalaman; dan bentuk pertandingan supaya bukti

pembelajaran boleh didapati melalui proses pertandingan dan tidak

hanya dikemuncak pertandingan.

35

Semak pemahaman

Semak Pemahaman Bahagian 4

Soalan 1
Perbincangan komuniti PLC perlu “Fokus kepada
hasil” supaya

A Bahan PdP yang dibina menarik perhatian murid
B Bahan PdP yang dibina boleh dikongsi bersama guru-guru lain
C Bahan PdP yang berjaya membantu murid mencapai hasrat pengajaran
D Bukti pembelajaran dari PdP yang dihasil boleh dikongsi bersama guru-guru lain

Soalan 2
Adakah perbincangan dan kritikan video PdP yang dibuat bersama guru dari
sekolah lain melalui aplikasi Telegram dikira sebagai aktiviti PLC?

A Ya
B Tidak
36

5

Bina PLC

Kemahiran Pemikiran Komputasional

37

PLC membantu saya meningkatkan
pengetahuan dalam bidang Pendidikan
apabila saya dapat berkolaboratif
dengan rakan guru di sekolah mahupun
di sekolah lain. Melalui PLC ini juga, saya
berjaya membuat kajian tindakan dan
inovasi PdP bersama-sama rakan guru
dan membantu murid dalam
pembelajaran

Cikgu Nadia Richards

SMK BANDARAYA KOTA KINABALU

38

PLC di kalangan guru melalui pendidikan
digital bukan sekadar dapat meningkatkan
kompetensi, amalan PdP guru dan
mewujudkan semangat kerja berpasukan.
Tetapi guru mampu mewujudkan pelajar
yang mempunyai ciri-ciri ‘Personaliti Global’
di persada dunia.

Cikgu El Gamilo bin Habibun Tan

SK Jambu Bongkok, Terengganu

39

Manfaat PLC

Pakar-pakar pendidikan bersetuju
bahawa PLC membuka pintu baru untuk
guru, membawa mereka keluar daripada
dunia terpencil di bilik darjah mereka.

PLC bukan hanya memberi peluang
kepada guru untuk meningkatkan tahap
profesionalisme mereka dengan belajar
dari rakan sekerja, tetapi juga
berkolaboratif untuk tujuan
meningkatkan pencapaian pelajar.

40

Manfaat PLC

International Society for Teaching in Education (ISTE)
menyenaraikan 4 faedah & manfaat penubuhan PLC di sekolah.

Meningkatkan PdP Membina Hubungan Penyelidikan Baru Tinjauan Akal

PLC memberi PLC membina PLC mendedahkan PLC membantu
peluang kepada hubungan yang dan membantu guru membuat
pendidik untuk lebih erat antara guru untuk terus tinjauan akal dan
meningkatkan PdP mengikuti penambahbaikan
secara langsung. ahli komuniti.
penyelidikan baru PdP mereka
dan alat teknologi

baru untuk PdP
mereka.

41

Laksanakan PLC Anda
KKoemmaphuitraasnioPneaml (iCkiTra) n

Pada muka surat seterusnya
disertakan panduan ringkas yang
boleh dijadikan rujukan untuk
melaksanakan PLC Kemahiran
Pemikiran Komputasional (CT) dan
juga menjalankan aktiviti-aktiviti
PLC.

MULAKAN

42

PLC KKoemmaphuitraasnioPneaml (iCkiTra) n 1 Utama

Faham Konsep Pastikan guru faham konsep,
Faham Proses proses-proses pelaksanaan,
Alat kolaboratif strategi dan alat kolaboratif PLC
seperti yang dijelaskan pada halaman
sebelum ini. Guru juga boleh merujuk Kit
PLC KPM, jika perlu.

Jangan lupa, guru layak mendapat mata
kredit SPL-KPM dengan pelaksanaan PLC.

43

PLC KKoemmaphuitraasnioPneaml (iCkiTra) n 2 Langkah penubuhan

KENAL PASTI MASALAH

Merujuk isu / masalah dalam pengajaran dan pembelajaran yang telah dikenal
pasti oleh guru

BINCANG

Berbincang tentang penubuhan PLC
(panitia / sesama rakan)

KUMPULKAN AHLI KOMUNITI

Kenal pasti ahli komuniti & bentuk modus perhubungan (bersemuka/dalam talian media sosial)
Pastikan ahli bersedia untuk menghadiri sesi perjumpaan dengan kekerapan dipersetujui

LANTIK KETUA

Lantik ketua dalam kalangan ahli komuniti (boleh dibuat secara bergilir antara ahli, jika perlu)
& tetapkan tarikh/tempat perjumpaan selanjutnya

44

PLC KKeommaphuitraasnioPneaml (iCkiTra) n 3 Perjumpaan Komuniti
PLC CT

Pemahaman Konsep PK melalui Sesi Perkongsian Guru

1 Fokuskan perbincangan kepada pemahaman kendiri tentang enam komponen
pemikiran komputasional & senario penggunaan CT Guiding Statement: apa yang
saya faham ialah, CT digunakan untuk ........... , teknik leraian bermaksud ....... , contohnya ...., ...... .

2 Guna Modul PDP Asas Sains Komputer Ting 1. Modul Pengajaran 1 - 5 ATAU Modul
Computational Thinking and Computer Science Teaching oleh MDEC 2018 atau mana-mana
bahan lain yang sesuai (lihat pautan di lampiran)

3 Memantapkan pemahaman dengan memberi pendapat atau cadangan bersesuaian dan contoh
yang berkaitan. Seterusnya jadikan pemahaman tersebut sebagai pemahaman kolektif komuniti.

4 Lakukan swauji (self-test) sesama sendiri atau boleh guna kuiz seperti di laman sesawang ini.
https://bit.ly/2TEj8JO

5 Berkongsi amalan melalui carian, perbincangan dan pembentangan aktiviti yang boleh digunakan
dalam PdP untuk setiap komponen CT. Capaian Internet seperti
https://code.org/curriculum/unplugged Carian Google: examples of Computational thinking lessons

45

PLC KKeommaphuitraasnioPneaml (iCkiTra) n 4 Bimbingan Rakan
Sekerja CT

1 Fasa Pra-Konferensi - Bentuk pasukan PLC yang terdiri daripada dua
atau beberapa orang rakan.

2 Coach dan coachee memilih tajuk pengajaran dan menetapkan objektif yang
perlu dicapai. Seterusnya tentukan fokus, isu atau masalah yang perlu dilihat.

3 Fasa Pemerhatian - Tentukan model pengajaran yang ingin digunakan (Lihat
bahagian alat kolaboratif di atas). Bincangkan pembahagian tugas dengan
jelas sebelum menjalankan pengajaran. Jangan lupa untuk memantau
pembelajaran murid.

4 Fasa Pasca-Konferensi - Setelah selesai PdP, bebincang bersama-sama
rakan untuk membuat refleksi PdP tersebut.

46

PLC KKeommaphuitraasnioPneaml (iCkiTra) n Jelajah Pembelajaran CT
5 (Learning Walks)

1 Bentuk pasukan & lantik ketua (lead teacher)

2 Tentukan fokus yang akan diperhatikan Contoh: Kaitkan aktiviti Pdp yang
diperhatikan di kelas yang dilawati dengan mana-mana komponen/teknik CT

3 Berbincang tentang hasil pemerhatian. Guiding Statement: Teknik CT
...(spt. Pengecaman Corak) ... boleh membantu pelajar menyelesaikan masalah
yang di kemukakan oleh guru tersebut. Contohnya ..... Bukti pembelajaran
boleh didapati dengan cara .......

4 Berkongsi dapatan perbincangan sebagai amalan terbaik bersama-sama guru
lain (di luar komuniti ini) terutama untuk membantu pencerapan teknik CT dalam
kandungan PdP mereka

47

PLC KKeommaphuitraasnioPneaml (iCkiTra) n Belajar Menggunakan
6 Rancangan Pelajaran Harian

1 Bentuk pasukan & lantik ketua kumpulan

2 Guna Modul PDP Asas Sains Komputer Ting 1. Modul Pengajaran 1 - 5
ATAU Modul Computational Thinking and Computer Science Teaching
oleh MDEC 2018 atau mana-mana bahan lain yang sesuai (lihat pautan di
lampiran).

3 Aktiviti: Ahli kumpulan memilih pengajaran untuk membina RPH secara
kolektif dan seterusnya melakukan 'Lesson Demonstration' di dalam kumpulan.

4 Setelah melakukan lesson demonstration & berbincang refleksi
lesson demonstration tersebut, guru boleh mempraktikan dalam PdP sebenar
untuk mendapatkan bukti pembelajaran murid dan keberkesanannya

5 Laksanakan RPH yang telah ditambahbaik pada kelas / sekolah masing-masing

48


Click to View FlipBook Version