201
202
203
204
205
206
207
208
209
DR MOHD AZAM BIN AHMAD
210
211
212
213
214
215
216
217
Ijazah Doktor Falsafah
Bil. Nama Pelajar dan Tajuk Tahun Tamat Pengajian
Tajuk : Mereka Bentuk Strategi Metakognitif
Maziyah binti Mohammad Berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Untuk
1. SMK SIMPANG BEKOH Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
(Guru Bahasa Melayu) Tahun 2018. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tajuk : Eksplorasi Kejayaan Membentuk Amalan
Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)
Noor Rasidah binti Kasbi Berimpak Tinggi.
2. SMK PAGOH MUAR Tahun 2016-2023. Universiti Kebangsaan
(GC Bahasa Melayu) Malaysia.
*Kajian guru ini adalah berdasarkan impak
Program Transformasi Sekolah Jasin atau
TS25@Jasin*
218
219
220
221
222
223
224
Ijazah Sarjana Muda
Nama Pelajar dan Tajuk Tahun Tamat Pengajian
Siti Katijah binti Ghaffar Tajuk : Kelainan Fonologi dan Leksikal Mukim
Nyalas. Tahun 2019 Universiti Malaya.
Askhairunisa binti Alwi Tajuk : Morfologi Tumbuhan dalam
Pantun Melayu : Analisis Semantik. Tahun 2019
Fatha Natjuan binti Universiti Malaya.
Sulaiman
Tajuk : Kata Kerja Transitif
+ Kata Penegas + Objek : Satu Huraian dari Sudut
Nahu dan Semantik.Tahun 2019
Universiti Malaya.
225
226
Sekolah Menengah/ Sekolah Rendah
Bil. Aktiviti/ Pertandingan Tahun
Antarabangsa
Program Uniquely Malaysia Perth Australia Gabungan Lima
√
1. Buah Sekolah SK Sebatu, SK Tangga Batu, SK Lesong Batu,
SMK Seri Pengkalan dan SMK Tan Sri Aziz Tapa : 8-13 Nov √
√
2019 √
2. Program Pengantarabangsaan Kebudayaan dan Kesenian
Melaka Malaysia Perth Australia : 6-13 Nov 2019
3. Program Pertukaran Budaya 2019
4. Festival Pantun Pendidikan Negeri Serumpun Antarabangsa
2021
227
4. Festival Pantun Pendidikan Negeri Serumpun Antarabangsa √
2021
228
229
230
231
232
KHIDMAT IKHTISAS
Bil. Aktiviti/Organisasi Jawatan Tahun
Bengkel Kerja Talent Pool Bagi Pemimpin
1 Pelapis Jabatan Pendidikan Negeri dan CALON 24-27
Pejabat Pendidikan Daerah Modul 1 : TAPISAN 1 Ogos 2015.
Anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bengkel Kerja Talent Pool Bagi Pemimpin
2 Pelapis Jabatan Pendidikan Negeri dan CALON 28 September
Pejabat Pendidikan Daerah Modul 2: TAPISAN 2 2015 – 01
Anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia. Oktober 2015.
Bengkel Kerja Talent Pool Bagi Pemimpin
3 Pelapis Jabatan Pendidikan Negeri dan CALON 26-29 Oktober
Pejabat Pendidikan Daerah Modul 3: TAPISAN 3 2015.
Anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bengkel Talent Pool Fasa 2 Bagi CALON
TERPILIH
4 Pemimpin Pelapis Pejabat Pendidikan 2016.
Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan AKHIR
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Profiling Kepimpinan, Program
Penggantian Pemimpin Kanan, Anjuran CALON 06
5 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia TERPILH September
(BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia 2018
(KPM).
Bengkel Profesionalisme Majlis Pegawai
6 Pendidikan Daerah Malaysia: Anjuran AJK 1-3 Oktober
BPSH. 2019.
Kursus/ Bengkel Pentaksiran Baru bagi
Calon Pengetua dan Guru Besar di bawah
7. Syarat Baharu Inisiatif PPPM 2013-2025 PEMBENTANG 2016
Negeri Melaka. Anjuran Jabatan Pendidikan
Melaka (JPM).
Perutusan DYMM Seri Paduka
Baginda Yang Dipertuan Agong Malaysia PENULIS 2008
8. Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TEKS
Kemerdekaan Malaysia Kali Ke-51.
Program Coaching Bersemuka, Anjuran
9. IAB, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) COACH 2018
Januari - September 2018.
10. Persidangan Kebangsaan Pengurusan PEMBENTANG
Pendidikan Pegawai Pendidikan Daerah
233
Jasin. Anjuran Bahagian Pengurusan 23-25
Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Ogos 2017
Pelajaran Malaysia (KPM).
Penyampaian Khutbah Jumaat di Masjid Al PEMBACA 2019
11. Ghaffar Jasin, Sempena Sambutan Hari KHUTBAH
Guru Peringkat Daerah Jasin.
12. Teks Khutbah Jumaat Untuk Masjid Seluruh PENYUMBANG 2021
Negeri Melaka Sempena Sambutan Hari IDEA TEKS
Guru Peringkat Negeri Melaka.
13. Perhimpunan Perdana Guru Cemerlang PENULIS 12 JULAI 2012
2012 Sehari Bersama Perdana Menteri TEKS UCAPAN
234
235
236
8. Perutusan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong PENULIS 2008
Malaysia Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan TEKS dan
Malaysia Kali Ke-51. 2011
237
MATAN PERUTUSAN SERI PADUKA BAGINDA
YANG DIPERTUAN AGONG
…………………………………………
1. Memanjat kesyukuran
2. Mengimbas kembali sejarah
3. Raja dan Rakyat Berpisah Tiada
4. Institusi raja Berpelembagaan
5. Falsafah hidup “bagai aur dengan tebing” dan “bagai hati gajah
sama dilapah, hati kuman sama dicicah”
6. Perpaduan
7. Kesetiaan
8. Jati diri
9. berfikiran rasional
10. Berbelanja secara berhemah
11. Kedaulatan negara
12. Musuh dalam selimut
13. Kontrak Sosial
14. Malaysiaku Gemilang
15. Rukunegara
238
PERUTUSAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA
YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA SEMPENA
SAMBUTAN HARI UANG TAHUN KEMERDEKAA MALAYSIA
KALI KE-51
…………………………..
Assalamualaikum warahmatullah-i-wabarakatuh
dan salamat sejahtera.
1. Pertama sekali beta memanjat rasa kesyukuran kehadrat Allah
subhanahuwata’alah kerana atas limpah dan izin kurnia-Nya dapat
Beta bersama-sama seluruh rakyat jelata, khususnya warga pendidik
dan murid-murid untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan negara
kali ke-51 pada tahun ini. Sesungguhnya, marilah kita bersama-sama
melahirkan rasa syukur dengan penuh keikhlasan dengan kita
bersama-sama memastikan nikmat kemerdekaan yang dikecapi
selama ini terus berkekalan.
2. Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara kali ke-51 ini,
sayugia beta mengimbas kembali sejarah lalu, iaitu bagaimana seia
sekata dan seiring langkah antara pihak raja-raja Melayu, pejuang
kemerdekaan dan rakyat jelata berusaha memastikan bumi bertuah
239
memperoleh kemerdekaan daripada penjajah Inggeris. Berkat
kerjasama dan kesepakatan tersebut, bumi bertuah yang sama-sama
kita injak ini memperoleh kemerdekaan akhirnya.
3. Beta percaya sejarah yang telah berlalu lebih daripada 51 tahun ini,
harus menjadi ikhtibar dan dihayati oleh seluruh rakyat jelata,
khususnya murid-murid sebagai generasi pewaris supaya memahami
bahawa “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada”. Justeru setelah negara
mencapai kemerdekaan untuk kali ke-51 pada tahun ini, usahlah
“Institusi Raja Berpelembagaan” yang menjadi payung penyatuan
bangsa Malaysia dalam menjamin kesejahteraan dan kemakmuran
hidup dinoda. Hal ini kerana usaha-usaha menodai kedudukan
“Institusi Raja Berperlembagaan” akan hanya mengundang
musibah pada kehidupan kita semua.
4. Beta penuh yakin bahawa tidak ada lain yang lebih penting dalam
usaha memastikan kemerdekaan negara bertuah ini terus berkekalan.
Hanya perpaduan dan perasaan toleransi antara rakyat menjadi asas
kepada kekalnya negara ini di tangan kita. Lantaran itu, sayugia Beta
240
mengajak semua warga pendidik agar dapat mendidik murid-murid
supaya menghayati erti hidup dalam keadaan bersatu padu dan
bertolak ansur. Dengan didikan ini, Beta yakin generasi pewaris
mampu menyambung usaha-usaha pejuang bangsa dan kita semua
dalam memastikan negara terus merdeka, sejahtera dan makmur.
Oleh itu, marilah ditanamkan falsafah hidup “bagai aur dengan
tebing” dan “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah”
dalam kalangan murid-murid di sekolah.
5. Dalam kita menuju Wawasan 2020 dengan iltizam untuk menjadikan
negara yang dicintai sebagai negara maju yang berdiri sama tinggi
dan duduk sama rendah dengan negara-negara lain di dunia ini,
pelbagai cabaran dan dugaan datang bersilih ganti. Namun begitu,
atas berkat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan pemimpin dan
rakyat jelata, satu persatu cabaran dan dugaan tersebut dapat dihadapi
bersama-sama.
241
6. Kini sekali lagi kesetiaan kita kepada negara diduga apabila iklim
ekonomi dunia datang membadai. Lantaran itu, kesejahteraan dan
kemakmuran hidup di negara ini telah dirobek akibat berlakunya
kenaikan harga barang pengguna dan bahan bakar secara mendadak.
Namun begitu, Beta penuh yakin bahawa rakyat Malaysia yang
mempunyai kesetiaan tanpa berbelah bahagi dan jati diri yang
kental mampu bersama-sama menghadapi dan menangani dugaan
yang sedang melanda.
7. Justeru Beta menyeru seluruh warga pendidik agar mampu
membuang segala perbezaan pendapat jauh-jauh agar dapat
berfikiran rasional untuk membimbing murid-murid dalam
menghadapi sebahagian daripada cabaran dunia globalisasi ini. Oleh
itu, Beta mengajak seluruh warga pendidik dan murid-murid supaya
bersama-sama dengan pemimpin untuk berhemah dalam
perbelanjaan. Berbelanja secara berhemah dan menjauhkan
pembaziran menjadi satu kemestian dalam kehidupan kerana inilah
satu-satunya senjata ampuh untuk menghadapi cabaran ekonomi
dunia yang tidak menentu.
242
8. Beta percaya kedaulatan negara yang kita cintai ini tidak terletak
dalam tangan bangsa dan masyarakat luar. Sebaliknya, kemerdekaaan
negara ini hanya terletak di tangan kita sendiri. Percayalah rakyat
negara ini sahaja yang mampu menjamin nasib dan kedaultan negara
bertuah ini. Sehubungan dengan ini, Beta menyerukan agar rakyat
jelata, khususnya warga pendidik dan murid-murid dapat meletakkan
kedaulatan negara di tempat tertinggi. Inilah keutamaan yang mesti
kita tanamkan pada diri murid-murid sebagai generasi pewaris.
9. Sesungguhnya, cabaran terhadap kedaulatan negara daripada pihak
luar mudah dikesan berbanding dengan cabaran yang datang daripada
kalangan rakyat kita sendiri. Sikap “seperti musang berbulu ayam”
dan “duri dalam daging” hendaklah segera dikesan sebelum “nasi
menjadi bubur”.
10. Untuk memastikan kedaulatan negara terus terjamin, usaha dan suara
sinis terhadap asas-asas pembinaan negara seperti yang tercatat dalam
Kontrak Sosial hendaklah dibanteras. Sesungguhnya, generasi muda,
khususnya murid-murid wajar memahami bahawa kontrak sosial
243
yang telah dipersetujui selama ini adalah juga sebagai salah satu
faktor yang menjamin kedaulatan negara ini terus kekal. Justeru
marilah kita bersama-sama mengekang usaha dan suara sinis yang
mencabar asas-asas penting pembentukan negara Malaysia yang
tercinta. Lantaran itu, Beta menyeru agar para guru mampu
mengekang usaha dan suara sinis tersebut daripada tersebar dalam
kalangan murid-murid.
11. Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia kali ke-51
pada tahun ini, besarlah harapan Beta agar jauh di lubuk hati rakyat
jelata, khususnya para guru dan murid-murid supaya dapat
menghayati tema sambutan, iaitu “Malaysiaku Gemilang”. Namun
begitu, untuk memastikan Malaysiaku Gemilang terus bersemarak
dan bukan hanya tinggal sebagai angan-angan, murid-murid
hendaklah diajak dan dididik untuk memahami prinsip-prinsip
Rukunegara , seperti:
a. Kepercayaan kepada Tuhan,
b. Kesetiaan kepada Raja dan Negara,
c. Keluhuran Perlembagaan,
244
d. Kedaulatan Undang-Undang,
e. Kesopanan dan Kesusilaan.
12. Beta percaya prinsip-prinsip dalam Rukunegara yang telah lama
dihayati oleh seluruh warga Malaysia sejak 31 Ogos 1970 perlu
disemarakkan semula dan dipertahankan. Hal ini adalah kerana
prinsip-prinsip Rukunegara tersebut telah terbukti menjadi asas
dalam membina rakyat Malaysia yang bersatu padu, setia dan
gemilang.
13. Malaysiaku Gemilang bukan hanya boleh digapai dengan slogan dan
semangat semata-mata. Sebaliknya, Beta percaya menerusi
penguasaan pelbagai ilmu pengetahuan mampu membawa rakyat dan
negara tercinta ini terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Justeru
Beta bertitah kepada guru-guru supaya dapat menurunkan segala ilmu
pengetahuan yang ada di dalam dada masing-masing kepada murid-
murid. Beta yakin ilmu dan pengetahuan yang diberikan kepada
murid-murid dengan penuh ikhlas dan amanah akan menjadikan
mereka sebagai modal insan dengan minda kelas pertama. Lantaran
245
itu, hasrat untuk melihat Malaysia gemilang sebaris dengan negara-
negara maju di persada dunia akan tercapai. Jauh daripada hasrat ini,
Beta yakin murid-murid ini mampu menyelamatkan Malaysia
daripada ancaman anasir luar.
14. Akhir titah, marilah guru-guru dan murid-murid supaya bersama-
sama menghayati tema sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia
kali ke-51 ini, iaitu “Malaysiaku Gemilang” dengan tekad untuk
memelihara kedaulatan, kesejahteraan, kemakmuran dan
kegemilangan rakyat dan negara selagi ada nyawa dikandung badan.
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia.
Sekian, Wabilahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum
Warahmatullaahi Wabarakatuh.
246
Teks Khutbah Jumaat Untuk Masjid Seluruh Negeri PENYUMBANG 2021
12. Melaka Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat IDEA TEKS
Negeri Melaka.
247
248
249
250