The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

JPN MELAKA @ ATBMSP DR MOHD AZAM 2021_TERKINI 25 Julai

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by helmijuta1, 2021-07-24 23:01:45

JPN MELAKA @ ATBMSP DR MOHD AZAM 2021_TERKINI 25 Julai

JPN MELAKA @ ATBMSP DR MOHD AZAM 2021_TERKINI 25 Julai

https://www.facebook.com/watch/live/?v=845454539510583&ref=watch_permalink
https://www.youtube.com/watch?v=a79Gb902TgI

151

https://www.youtube.com/watch?v=8iWWsD1a0oQ
152

https://www.youtube.com/watch?v=Xb4hEh1AYsI
153

https://www.youtube.com/watch?v=KHG2AIVIFAU
154

Penulisan 17 Artikel Kepimpinan Dr. Mohd Azam menerusi
Portal Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
https://jpnmelaka.moe.gov.my

155

BLOG Mohd Azam Bin Ahmad- Guru Cemerlang
Bahasa Melayu
5. Ilmiah Akademik dan Penerbitan Sajak

https://ajamsari.blogspot.com/?m=0

156

157

158

159

160

161

Laporan Teknikal/ Pembentangan Kertas Kerja

Bil. Judul dan Butiran Penerbitan/ Pembentangan
Kertas Konsep Program Transformasi Sekolah TS25@Jasin. Hala Tuju

1. Pendidikan Daerah Jasin selaras dengan kehendak Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia PPPM (2013-2025)

KERTAS KONSEP DAN KERTAS KERJA
TRANSFORMASI SEKOLAH JASIN (TSJ)

1. PENDAHULUAN
Pendidikan kini telah berubah. Pendidikan bukan sahaja berfokus untuk memastikan
murid-murid memperoleh ilmu dan pengetahuan semata-mata untuk orientasi peperiksaan
tetapi tumpuan pendidikan juga adalah untuk memastikan murid-murid yang dididik bagi
memperoleh kemahiran seperti berani berkomunikasi, membuat inferensi, menganalisis,
mencerakin, mereka cipta serta menghayati dan mengamalkan nilai terpuji seperti
menghargai, berdaya tahan, bekerjasama dan laian-lain. Hal ini bermakna pendidikan
adalah untuk mengembangkan dan membangunkan pertumbuhan kemenjadian murid.
Sehubungan dengan hal ini, satu bentuk transformasi hendaklah dilaksanakan dalam
bidang pendidikan, khususnya dalam aspek kepimpinan, pengurusan organisasi,
pengurusan kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum, di samping bidang transformasi
dalam aspek Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) bagi memastikan pendidikan yang
dilaksanakan berupaya membangunkan pertumbuhan diri murid-murid. Oleh hal demikian,
satu bentuk transformasi secara menyeluruh dan konkrit mesti dilaksanakan bagi
memastikan pendidikan di sekolah-sekolah daerah Jasin berjaya membangunkan
kemenjadian murid dalam akaedmik, kokurikulum dan nilai sahsiah diri.
Dengan kesedaran yang ada dan transformasi yang dilaksanakan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025 berserta fokus dan gerak kerja profesional dalam Melangkah Ke Hadapan (Way
Forward) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Pejabat Pendidikan Daerah Jasin
menyambut daya usaha yang ada ini dengan melancarkan inisiatif Transformasi Sekolah
Jasin (TSJ). Inisiatif yang digembleng secara konkrit antara upaya yang ada di PPD Jasin
bersama-sama upaya yang terdapat di sekolah, PPD Jasin yakin fokus gerak kerja
profesional dalam aspek Pendekatan dapat dikonkritkan seperti pada aspek perspektif
sistem, merangkai titik-titik, sudut pandang pemegang taruh serta mudah dicapai dan
komunikasi menyeluruh.
162

PPD Jasin mengambil inisiatif melaksanakan TSJ ini juga sebagai usaha untuk memastikan
sasaran mikro, iaitu Kualiti Sekolah dan Kualiti Kemenjadian Murid berjaya dicapai
menerusi fokus pada program strategik dan bidang tumpuan yang difokuskan dalam
Melangkah Ke Hadapan.

2. NAMA PROGRAM dan KONSEP UMUM
Program yang akan dilaksanakan bermula 01 Januari 2019 ialah Transformasi Sekolah
Jasin ( TSJ ). Program TSJ merupakan klon daripada Transformasi Sekolah 2025
(TS25). Hal ini bermakna semua sekolah di daerah Jasin akan melalui pelaksanaan inisiatif
transformasi ini bersama-sama dengan sekolah-sekolah yang telah berada dalam kumpulan
TS25.
TSJ ini akan digerak serentak bersama-sama TS25 menerusi peranan Master Trainier,
iaitu RE TS25 dan Rakan Elit (RE), iaitu semua pegawai di PPD Jasin. TSJ ini akan
dijalankan bermula 01 Januari 2019.
Kekuatan untuk pelaksanaan TSJ ini atas keyakinan bahawa PPD Jasin telah
menggerakkan Model Bilik Darjah PAK21 sejak 2014. Sehingga kini, PPD Jasin telah
memiliki 137 buah model bilik darjah PAK-21. Justeru konsep transformasi telah disebar
luas dengan peranan yang dimainkan oleh SiPartner, SISC+ dan pegawai-pegawai PPD
Jasin yang berperanan sebagai pegawai pembimbing sekolah.

3. MATLAMAT
TSJ ini mempunyai matlamat yang khusus, iaitu MENTRANSFORMASI SEKOLAH
DAERAH JASIN bagi mencapai sasaran strategik, iaitu Kualiti Sekolah dan Kualiti
Kemenjadian Murid.

163

4. OBJEKTIF

TSJ yang dilaksanakan oleh PPD Jasin merupakan inisiatif berasaskan objektif berikut :

a. mentransformasi sekolah daerah Jasin bagi mencapai sasaran mikro yang digariskan
dalam Melangkah Ke Hadapan KPPM, iaitu Kualiti Sekolah dan Kualiti
Kemenjadian Murid;

b. mengkonkritkan transformasi pendidikan di daerah Jasin dalam aspek pendekatan
seperti digariskan dalam Melangkah Ke Hadapan KPPM, iaitu perspektif sistem,
sudut pandang pemegang taruh serta mudah dicapai dan komunikasi menyeluruh;

c. menjayakan fokus dan gerak kerja dalam aspek program strategik KPPM, iaitu
Transformasi Sekolah (TS25), Program Transformasi Daerah (Dialog Prestasi)
dan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC);

d. memastikan PdPc dalam bilik darjah di sekolah daerah Jasin adalah berfokus pada
pertumbuhan kemenjadian murid menerusi pelaksanaan Pentaksiran Dalam Bilik
Darjah (PBD), Psikometrik dan PAJSK serta JQAF;

e. Mengkonkritkan inisiatif transformasi dengan membugarkan digital classroom seperti
blended learning, flipped classroom, kahoot, padlet dan tools web 2.0 yang lain dan
memperkasa penggunaan VLE-frog yang sedia ada.

f. memperkasa jiwa dan roh keguruan dalam kalangan guru di daerah Jasin bagi
memastikan visi, iaitu Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik dan Negara Sejahtera
tercapai.

5. JAWATANKUASA TSJ

Pengerusi:
DR. Mohd Azam Bin Ahmad – Pegawai Pendidikan Daerah Jasin

Timbalan Pengerusi:
Cikgu Noora Binti Abu Bakar – Timbalan PPD Jasin / Program Manager

Ahli Jawatankuasa:
Cikgu Hj. Mohd Masa’ud – SIPartner/RE TS25
Cikgu Hj. Tuah Bin Talib – SIPartner/RE TS25

164

Cikgu Mohd Zauniudin Bin Jamaluddi – Ketua Unit Akademik / RE TS25
Cikgu Siti Saliha Binti Dewa – Ketua Unit SISC+
Cikgu Chitra a/p Sinnu – Timbalan Ketua Unit SISC+ / RE TS25
Cikgu Norlizah Binti Abu Bakar – SISC+/ RE TS25
Cikgu Reny Azrena Binti Abd. Rahman – SISC+ / RE TS25
Cikgu Wan Hamiza Binti Wan Ismail – SISC+ / RE TS 25
Cikgu Nursherrina Binti Basir Ahmad – SISC+
Cikgu Rohana Binti Ab Wahab – SISC+
Cikgu Azmeer Bin Muhtar – Ketua Unit Pengurusan Sekolah
Cikgu Mohd Mogni Bin Hamzah – Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan
Cikgu Asrull Bin Seman – Pegawai Jaminan Kualiti
Cikgu Ang Chia Fong – JU SPL KPM

6. STRATEGI PELAKSANAAN

Dalam melaksanakan TSJ ini, PPD Jasin menetapkan beberapa strategi dalam fokus dan
gerak kerja profesional untuk memastikan TSJ dapat dijalankan dengan berkesan. Antara
strategi yang menjadi asas pelaksanaan TSJ seperti:

6.1. Kumpulan Think Tank

a. Kumpulan Think Tank ini akan dianggotai oleh Ketua Pegawai Pendidikan
Daerah Jasin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Jasin, semua SiPartner,
semua SISC+, Ketua Unit Akademik, Ketua Unit Pengurusan Sekolah Ketua
Unit Pembangunan Kemanusiaan, Pegawai Jaminan Kualiti dan Jurulatih SPL
KPM PPD Jasin;

b. Kumpulan Think Tank berperanan meneliti program pembangunan yang
menajdi inisiatif utama dan dapat memacu transformasi semua sekolah daerah
Jasin;

c. Kumpulan Think Tank berperanan meneliti modul-modul TS25 untuk
dilaksanakan di semua sekolah daerah Jasin;

d. Kumpulan Think Tank akan menetapkan jadual pelaksanaan program
pembangunan yang telah diteliti kesesuaian dan keberkesanannya bagi
pelaksanaan kesemua Kluster TSJ;

165

f. Kumpulan Think Tank hendaklah menetapkan kumpulan sasaran yang terlibat
dalam sesuatu program pembangunan yang dilaksanakan; dan

g. Kumpulan Think Tank akan berperanan sebagai Master Trainer (MT) dan
berperanan membangunkan semua pegawai yang dilantik sebagai Rakan Elit
(RE) dalam kluster.

6.2. Pelantikan Master Trainer (MT) dan Rakan Elit (RE)

a. RE TS25 akan menjadi MT dalam setiap kluster;

b. Semua pegawai di PPD Jasin akan menjadi RE dalam setiap kluster TSJ;

c. Semua RE akan menjalani bengkel program pembangunan yang ditentukan
oleh Kumpulan Think Tank atau MT sebelum RE terlibat bersama-sama dalam
program pembangunan yang dilaksanakan dalam Kluster TSJ; dan

d. MT dan RE akan melaksanakan proses pengumpulan data dan analisis data bagi
semua sekolah dalam Kluster TSJ masing-masing seperti data PBD dan PBS
akademik, data pelaksanaan KBAT, data kehadiran dan lain-lain dalam Dialog
Prestasi.

6.3. Kluster TSJ

a. Semua sekolah di daerah Jasin akan dibahagi-bahagikan dalam Kluster TSJ
dan pembahagian Kluster TSJ ini berpandu pada sekolah-sekolah yang berada
dalam Program Strategik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), iaitu
TS25;

b. Sebanyak 9 buah Kluster TSJ ditubuhkan dan akan diketuai oleh seorang MT
dan 4 orang RE;

c. Kluster TSJ ini akan dihadiri oleh semua pentadbir dan semua guru dalam
program pembangunan yang diaturkan oleh PPD Jasin seperti yang akan
ditetapkan oleh Kumpulan Think Tank;
166

d. Program pembangunan yang dilaksanakan dalam Kluster TSJ seperti kursus,
perbengkelan, Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dan Dialog Prestasi;

e. Setiap Kluster TSJ akan dianggotai oleh sembilan atau sepuluh buah sekolah
sekitar dan hampir dengan sekolah TS25 bagi memastikan fokus dan tumpuan
lebih berkesan.

6.4. Pelibatan Pemegang Taruh dan Komuniti Setempat

Pelaksanaan TSJ ini juga tidak mengenepikan sokongan dan kerjasama dengan
pihak luar atau pemegang taruh (stake holder). Justeru beberapa agensi dan
komuniti setempat diundang untuk bersama-sama menjayakan TSJ atas prinsip
“menang-menang” (win-win situation). Antaranya :

a. PPD Jasin mengundang pelibatan bank bagi menjayakan TSJ menerusi
sokongan kewangan, terutama dalam menggerakkan program pembangunan
yang dilaksanakan dalam kluster;

b. PPD Jasin mengundang agensi kerajaan seperti RELA, AADK, Polis DiRaja,
JAPERUN dan MPKK bagi membantu PPD Jasin dan sekolah dalam aspek
pemantauan murid di luar pagar sekolah dapat dilaksanakan;

c. Semua pelibatan pemegang taruh dan komuniti ini diperkukuhkan dengan
memetarai MoU; dan

d. Bagi memastikan pemegang taruh dan komuniti ini faham dengan TSJ dan
hasrat yang ada pada mereka dengan jelas, satu sesi taklimat diadakan bersama-
sama mereka.

7. BAJET

Program TSJ ini memerlukan bajet yang agak besar jumlahnya. Namun begitu, menerusi
bajet yang sedia ada, PPD Jasin akan mengagih bajet untuk pelaksanaan TSJ, terutamanya
untuk program pembangunan Kluster TSJ. PPD Jasin merancang 10 buah program
meliputi kursus, perbengkelan dan PLC untuk dilaksanakan menerusi Kluster TSJ.
Program pembangunan ini meliputi transformasi Kepimpinan, Pengurusan Organisasi,
Pengurusan Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum serta Pengurusan
Pembelajaran dan Pemudahcaraan.

167

Sehubungan dengan hal ini, anggaran Bajet untuk pelaksanaan TSJ, khsusnya untuk
program pembangunan dalam Kluster TSJ adalah seperti berikut:

a. Satu Program Pembangunan X RM 500.00 X 9 Kluster TSJ = RM 4500.00

b. 10 program pembangunan (9 Kluster) X RM 4500.00 = RM 45, 000.00

Sebagaimana yang telah disebutkan bahawa bajet tersebut akan ditampung dengan
peruntukan pengurusan PPD Jasin berserta dengan sokongan kewangan daripada
pemegang taruh serta komuniti setempat.

Bagi memastikan sokongan kewangan yang diperoleh diurus dengan baik dan bagi
memenuhi tujuannya, maka sebuah tabung di bawah kumpulan Think Tank akan
ditubuhkan. Penyata kira-kira berkaitan kewangan, terutama sokongan kewangan daripada
pemegang taruh dan komuniti setempat akan disediakan dan dibentang dalam pasukan
Think Tank TSJ dan juga dibentang dalam Mesyuarat Pengurusan PPD Jasin.

8. PULANGAN PELABURAN (ROI)

Pelaburan untuk TSJ ini sebanyak sedikit menggunakan sumber kewangan dan sumber
manusia. Oleh TSJ ini seharusnya mampu memberikan pulangan daripada setiap pelaburan
yang dilakukan. Malah, transformasi yang dicanangkan hendaklah dapat ditunjukkan
secara konkrit bukan sekadar pada konsep. Sehubungan dengan ini, PPD Jasin menetapkan
ROI daripada TSJ ini adalah seperti berikut:

a. Setiap Kluster TSJ hendaklah menetapkan fokus Transformasi PdPc. Misalnya, Kluster
TSJ A akan memfokuskan Kahoot, di samping alat PdPc yang lain masih boleh
dilaksanakan. Kluster B pula akan memberikan fokus pada Flipped Classroom, di
samping kahoot dan lain-lain. Demikianlah yang seterusnya bagi Kluster TSJ yang lain;

b. Setiap Pengetua dan Guru Besar sekolah daerah Jasin dikehendaki menyediakan Pelan
Intervensi Transformasi Sekolah (PInTaS) dan One Project Program Manager
(OPPM). Untuk ini, dua alat pengurusan ini akan dibangunkan oleh semua pentadbir
sekolah menerusi bimbigan dalam program pembangunan dalam Kluster TSJ;

168

c. Program pembangunan transformasi yang dilaksanakan dalam Kluster TSJ juga akan
menekan aspek PLC dan inovasi. Oleh itu, semua inovasi akan dijadikan bahan PLC
dan dibentangkan dalam Karnival PLC PPD Jasin. Oleh itu, MT dan RE Kluster TSJ
juga berperanan membangunkan inovasi dalam kepimpinan, Pengurusan Kurikulum,
Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum dan PdPc untuk dikemukakan dalam Karnival PLC
Jasin;

d. Untuk mata pelajaran kemahiran seperti Pendidikan Seni Visual, Kemahiran Hidup dan
mata pelajaran vokasional, semua hasil atau produk akan dipamer dan diketengahkan
dalam Karnival Produk Sekolah Jasin (PSJ). Bagi tujuan ini, satu taklimat akan
dibentangkan kepada pengetua dan guru besar bagi memberikan maklumat awal
perancangan PPD Jasin dan pihak sekolah bersedia membangunkan aktiviti dalam mata
pelajaran kemahiran di sekolah masing-masing. Dengan adanya, Karnival PSJ ini,
minat terhadap mata pelajaran berkaitan kemahiran ini dan ilmu keusahawanan murid
dapat dibangunkan. Malah, hasil dijualan PSJ ini akan dimiliki sepenuhnya oleh pihak
sekolah dan murid. Malah, sekiranya ada agensi yang berminat untuk menerima
prooduk sekolah, pihak sekolah dan agensi boleh menandatangani MoU antara mereka.

e. Setiap warga sekolah akan diperkenalkan dengan alat pengurusan seperti SKPMg2,
instrumen PAK21 dan instrumen KBAT. Menerusi instrumen ini pelaksanaan
transformasi ini dinilai untuk intervensi yang selanjutnya; dan

f. TSJ ini juga akan dilihat keberkesanannya dengan analisis yang dibuat terhadap data
prestasi GPMP dan GPS, data PLC, data SKPMg2, data kehadiran, data salah laku dan
data amalan baik murid.

g.

9. SOKONGAN PPD JASIN

TSJ akan dilaksanakan di sekolah-sekolah Jasin menjelang 01 Januari 2019. Justeru PPD
Jasin telah menyediakan sokongan dan motivasi kepada sekolah-sekolah bagi memulakan
sesi persekolahan 2019 atas prinsip TSJ ini. Antara sokongan yang disediakan adalah
seperti berikut:

a. PPD Jasin telah menempah untuk setiap bilik darjah sekolah-sekolah daerah Jasin
sebanyak 10 buah poster bersaiz besar seperti poster kemahiran KBAT, Kemahiran

169

PAK21, Standard 4 SKPMg2 dan lain-lain berserta sekeping kalendar PPD Jasin bagi
menjadikan bilik darjah sebagai bilik bermaklumat untuk guru dan murid. Poster dan
kalendar ini akan diedarkan pada Majlis Pelancaran TSJ;
b. PPD Jasin telah menyediakan kertas A4 antara 7 buah kotak hingga 15 buah kotak (satu
kotak mengandungi 5 rim) bagi menyokong operasi sekolah di daerah Jasin menjelang
mula sesi persekolahan 2019. Kertas A4 ini akan diedarkan pada Majlis Pelancaran
TSJ;
c. PPD Jasin telah menyediakan manila kad, kertas sebak dan pen marker yang akan
diagih-agihkan kepada sekolah mengikut kapasiti setiap sekolah. Semua bahan ini akan
diedarkan pada Majlis Pelancaran TSJ;
d. PPD Jasin juga telah menyediakan sebatang pen yang berlogo PPD Jasin kepada semua
pengetua dan Guru Penolong Kanan bagi meningkatkan imej profesional pentadbir
sekolah dan meningkatkan motivasi pentadbir sekolah dalam memimpin transformasi
dan TSJ di sekolah masing-masing; dan
e. PPD Jasin juga akan melancarkan TSJ pada 12 haribulan Disember 2018 yang akan
disempurnakan oleh YB Exco Pelajaran Melaka. Majlis Pelancaran adalah sebagai
petunjuk dan motivasi kepada PPD Jasin dan sekolah untuk lebih serius untuk
transfromasi dan pelaksanaan TSJ.

170

10. PELAN KONTIJENSI

PPD Jasin sedar bahawa perancangan untuk mentransformasi sekolah-sekolah di daerah
Jasin berkemungkinan akan berhadapan dengan halangan dan cabaran. Namun begitu, PPD
Jasin mengambil sikap optimis dalam mendepani halangan dan cabaran terhadap TSJ ini.
Sehubungan dengan ini, PPD Jasin bersedia dengan Pelan Kontijensi TSJ seperti berikut:

Bil. Halangan / Cabaran Punca Kontijensi Tindakan

Jumlah kehadiran guru dalam Guru terlibat Guru yang di Setiausaha TSJ dan

1 program pembangunan yang dengan program bawah mata MT Kluster TSJ -

dilaksanakan dalam Kluster lain dan bercuti. pelajaran dan mengeluarkan

TSJ. bidang yang sama surat arahan yang

diminta mengganti jelas

guru tersebut

2 Jumlah program pembangunan Aktiviti antara Program Kumpulan Think
TSJ yang ditetapkan sebanyak bahagian tidak Pemabangunan
Tank –

sepuluh kali berhadapan selaras sama dalam Kluster menentukan

dengan inisiatif lain. antara PPD Jasin difokuskan kepada program yang

dengan agensi program yang siginifikan untuk

lain. siginifikan untuk dilaksanakan

transformasi.

3 Jumlah bajet yang tidak Bajet yang ada di Jumlah peserta Kumpulan Think

mencukupi untuk program peringkat PPD untuk program Tank dan Master

pembangunan TSJ mempunyai pembangunan TSJ Trainer– mengkaji

keperluan lain dan dikecilkan upaya sumber

sokongan jumlahnya dan kewangan.

kewangan jumlah program

pemegang taruh pembangunan juga

atau komuniti berfokus pada

terhad. program yang

siginifikan.

4 MT dan RE Kluster TSJ MT dan RE Gabungan Kluster MT dan RE

terlibat dengan aktiviti lain. terlibat dengan TSJ dilaksanakan memaklumkan

aktiviti daripada kepada Setiausaha

agensi lain Kumpulan Think

Tank untuk

tindakan

penggabungan.

171

11. PELAN PELAKSANAAN

Bagi memastikan TSJ berjalan dengan lancar, Kumpulan Think Tank bersedia dengan
Pelan Pelaksanaan TSJ sebagai panduan. Bagaimanapun, perubahan dalam pelaksanaan
berkemungkinan berlaku tetapi perubahan tersebut dapat diuruskan dengan baik. Pelan
Pelaksanaan TSJ yang dicadangkan seperti berikut:

Bil. Program Pembangunan N D J F MA M J J OSON

O I A E A P E UUGEKO

V. S N. B. C R. I N L O P T V

2 2 2 2 2 2 2 222222

0 0 0 0 0 0 0 000000

1 1 1 1 1 1 1 111111

8 8 9 9 9 9 9 909999
1 Jerayawara TSJ – Konsep dan Prinsip TSJ

kepada kumpulan guru.

2 a. Majlis Pelancaran TSJ

b. Taklimat Konsep dan Prinsip TSJ

c. Modul TS25 Siri 1 - Konsep dan Prinsip 2

TS25

d. Menandatangani MoU

e. Pengagihan bahan keperluan sekolah

# Dilaksanakan pada 12-12-2018

3 Bengkel Modul TSJ / TS25 Siri 2 2

4 Bengkel Modul TSJ / TS25 Siri 3 2

5 PLC 4

5 Bengkel Modul TSJ / TS25 Siri 4 12

6 PLC 4

7 Bengkel Modul TSJ / TS25 Siri 5 22
8 Dialog Prestasi 1 – Ujian 1 dan PBD 4

9 Bengkel Modul TSJ / TS25 Siri 6 2

PLC

10 KARNIVAL PLC dan PSJ PPD Jasin 4

11 Bengkel Modul TSJ/TS25 Siri 7 1
12 Dialog Prestasi 2 – Peperiksaan Pertengahan 3

Tahun dan PBD

13 Bengkel Modul TSJ / TS25 Siri 8 1

13 Bengkel Modul TSJ / TS 25 Siri 9 2
14 Dialog Prestasi 3 – PBD 4

15 Bengkel Modul TSJ / TS25 Siri 10 2

16 Dialog Prestasi 4 - Percubaan SPM 4

Keterangan: Perubahan dan Penyesuaian akan dilakukan mengikut keperluan

Sepanjang Bulan Minggu 3

Minggu 1 Minggu 4
Minggu 2

172

12. KESIMPULAN
TSJ bukan menidakkan TS25 tetapi TSJ ini berjalan serentak dan bersama-sama dengan
TS25. Malah, pelaksanaan TSJ ini adalah mengambil kira aspek dalam fokus dan gerak
kerja profesional KPPM, iaitu Pendekatan, Sasaran Mikro, Program Strategik dan Bidang
Tumpuan. Sehubungan ini, juga program pembangunan dalam Kluster TSJ turut akan
mengeksploitasi Pengetua dan Guru Besar TS25 daerah Jasin. Melalui inisiaitif yang
konkrit untuk mentrasformasi sekolah-sekolah Jasin, PPD Jasin mahu melihat transformasi
ini dapat ditunjukkan dengan produk dan mencapai Sasaran Mikro, iaitu Kualiti Sekolah
dan Kualiti Kemenjadian Murid.

Disediakan oleh:
(DR. MOHD AZAM BIN AHMAD)
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH JASIN.

173

Laporan Teknikal/ Pembentangan Kertas Kerja

Bil. Judul dan Butiran Penerbitan/ Pembentangan

2 Kertas Kerja Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pejabat Pendidikan
Daerah Jasin dengan Bank Komersial.

KERTAS KERJA
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JASIN
DENGAN

BANK KOMERSIAL

1. PENDAHULUAN

Pendidikan di negara ini sedang mengalami revolusi dan evolusi perubahan. Perubahan
yang berlaku adalah untuk menyediakan murid-murid untuk hidup sejahtera dalam dunia
Revolusi Perindustrian 4.0 dan bentuk ekonomi baharu, iaitu Gig Ekonomi. Oleh hal
demikian, pendidikan yang disediakan kepada murid-murid mesti ditransformasi, iaitu
bukan lagi hanya berorientasikan peperiksaan. Sebaliknya, pendidikan yang dilaksanakan
pada hari ini mesti berupaya mengembangkan dan memperkasa pertumbuhan
kemenjadian murid. Hal ini bermakna pendidikan yang dilaksanakan dalam bilik darjah
hendaklah berupaya membangunkan kemahiran, potensi dan nilai diri murid-murid,
terutama dalam fasa 6 tahun di sekolah rendah dan 3 tahun di sekolah menengah.
Sementara aspek ilmu dan pengetahuan dan peperiksaan dalam fasa ini hanya difokuskan
pada tahap Melepasi Tahap Minimum dan bukan menekankan aspek kecemerlangan.
Setelah proses membangunkan pertumbuhan kemenjadian murid dilaksanakan dengan
betul dan berkesan, barulah aspek peperiksaan dan kecemerlangan akademik diberikan
perhatian, iaitu ketika murid-murid berada di Tingkatan 4 dan 5.

Kesdaran ini menuntut Pejabat Pendidikan Daerah Jasin (PPD Jasin) mengorak langkah
bagi mentransfomasikan pendidikan di sekolah-sekolah daerah Jasin. Transformasi ini
akan berteraskan kepada transformasi yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia yang memberikan fokus dalam gerak kerja profesional pada bidang Pendekatan,
Sasaran Mikro, Program Strategik dan Bidang Tumpuan.

174

2. PROGRAM dan KONSEP UMUM
Program yang akan dilaksanakan bermula 01 Januari 2019 ialah Transformasi Sekolah
Jasin ( TSJ ). Program TSJ merupakan klon daripada Transformasi Sekolah 2025
(TS25). Hal ini bermakna semua sekolah di daerah Jasin akan melalui pelaksanaan inisiatif
transformasi ini bersama-sama dengan sekolah-sekolah yang telah berada dalam kumpulan
TS25.
TSJ ini akan digerak serentak bersama-sama TS25 menerusi peranan Master Trainier,
iaitu RE TS25 dan Rakan Elit (RE), iaitu semua pegawai di PPD Jasin. TSJ ini akan
dijalankan bermula 01 Januari 2019.
Kekuatan untuk pelaksanaan TSJ ini atas keyakinan bahawa PPD Jasin telah
menggerakkan Model Bilik Darjah PAK21 sejak 2014. Sehingga kini, PPD Jasin telah
memiliki 137 buah model bilik darjah PAK-21. Justeru konsep transformasi telah disebar
luas dengan peranan yang dimainkan oleh SiPartner, SISC+ dan pegawai-pegawai PPD
Jasin yang berperanan sebagai pegawai pembimbing sekolah.

3. MATLAMAT
Matlamat jalinan kerjasama antara pemegang taruh dan komuniti luar dengan PPD Jasin
dalam menjayakan TSJ adalah untuk “BERGERAK BERSAMA
MENTRANSFORMASI PENDIDIKAN DAERAH JASIN”. Sehubungan dengan ini,
peranan pemegang taruh dan komuniti luar seeperti bank korporat dan agensi lain sebagai
penyokong dana dan PPD Jasin pula berperanan membangunkan inisiatif program
pembangunan untuk TSJ.

175

4. OBJEKTIF

Jalinan kerjasama antara PPD Jasin dengan pemegang taruh dan komuniti luar seperti bank
korporat dan agensi luar dalam menjayakan inisiatif TSJ adalah berteraskan kepada
objektif seperti berikut:

a. menjayakan transformasi pendidikan untuk anak bangsa, khususnya murid-murid
daerah Jasin;

b. memperkukuh jalinan kerjasama antara PPD Jasin dengan pemegang taruh dan
komuniti luar seperti bank korporat dan agensi lain dalam aktiviti pendidikan di
daerah Jasin;

c. mengeksploitasi kekuatan yang ada pada pemegang taruh dan komuniti luar bagi
kecemerlangan pendidikan daerah Jasin atas prinsip “menang - menang” (win-win
situation); dan

d. merakyatkan pendidikan daerah Jasin kepada pemegang taruh dan komuniti luar
seperti bank korporat dan agensi lain.

5. STRATEGI TSJ

5.1. PPD Jasin menetapkan strategi bagi memastikan TSJ dapat dilaksanakan dengan
berkesan dan memberikan impak yang besar dan konkrit terhadap pendidikan di
daerah Jasin. Antara strategi yang akan dilaksanakan ialah Program
Pembangunan TSJ yang akan digerakkan dalam Kluster TSJ. Kluster TSJ ini
akan akan diketua oleh seorang Master Trainer (MT), iaitu Rakan Elit TS25 dan 4
orang Rakan Elit (RE), iaitu pegawai PPD Jasin.

5.2. Program Pembangunan TSJ
Program Pembangunan TSJ akan digerakkan oleh MT dan RE berdasarkan
ketetapan yang telah diputuskan oleh Kumpulan Think Tank , iaitu sebuah
kumpulan yang akan menilai inisiatif yang siginifikan dalam melaksanakan
176

transformasi pendidikan di daerah Jasin. Sebanyak sepuluh program
pembangunan telah dikenal pasti untuk dilaksanakan dan antaranya seperti
bengkel Modul TSJ/TS25 , Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dan
Dialog Prestasi. Untuk program pembangunan TSJ ini, bengkel dan perkongsian
akan berfokus pada alat Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) seperti Kahoot,
Blended Classroom, Flipped Classroom, SKPMg2, PinTas, OPPM dan sebagainya.
Semua program pembangunan TSJ akan dilaksanakan dalam Sembilan Kluster TSJ
yang dibentuk.

5.3. Kluster TSJ
PPD Jasin telah membahagikan sekolah-sekolah di daerah Jasin kepada 9 Kluster
TSJ. Setiap Kluster TSJ akan mengandungi 9-10 buah sekolah. Setiap program
pembangunan TSJ yang dilaksanakan dalam Kluster TSJ akan dihadiri oleh 10
orang atau lebih daripada setiap sekolah. Hal ini bermakna dalam setiap program
pembangunan TSJ, Kluster TSJ akan dihadiri seramai atau lebih guru-guru, iaitu
sasaran jumlah guru adalah 100 orang.

5.4. Pelan Operasi TSJ dan Pelan Kontigensi Program Pembangunan TSJ
Bagi memastikan TSJ berjalan dengan lancar, Kumpulan Think Tank bersedia
dengan Pelan Operasi TSJ sebagai panduan pelaksanaan. Bagaimanapun,
perubahan dalam operasi berkemungkinan berlaku tetapi perubahan tersebut dapat
diuruskan dengan baik dengan Pelan Kontigensi Program Pembangunan TSJ. Pelan
Operasi TSJ adalah seperti berikut:

177

Pelan Operasi TSJ

Bil. Program Pembangunan N D J F MA M J J OSON

O I A E A P E UUGEKO

V. S N. B. C R. I N L O P T V

2 2 2 2 2 2 2 222222

0 0 0 0 0 0 0 000000

1 1 1 1 1 1 1 111111

8 8 9 9 9 9 9 909999
1 Jerayawara TSJ – Konsep dan Prinsip TSJ

kepada kumpulan guru.

2 a. Majlis Pelancaran TSJ

b. Taklimat Konsep dan Prinsip TSJ

c. Modul TS25 Siri 1 - Konsep dan Prinsip 2

TS25

d. Menandatangani MoU

e. Pengagihan bahan keperluan sekolah

# Dilaksanakan pada 12-12-2018

3 Bengkel Modul TSJ / TS25 Siri 2 2

4 Bengkel Modul TSJ / TS25 Siri 3 2

5 PLC 4

5 Bengkel Modul TSJ / TS25 Siri 4 12

6 PLC 4

7 Bengkel Modul TSJ / TS25 Siri 5 22
8 Dialog Prestasi 1 – Ujian 1 dan PBD 4

9 Bengkel Modul TSJ / TS25 Siri 6 2

PLC

10 KARNIVAL PLC dan PSJ PPD Jasin 4

11 Bengkel Modul TSJ/TS25 Siri 7 1
12 Dialog Prestasi 2 – Peperiksaan Pertengahan 3

Tahun dan PBD

13 Bengkel Modul TSJ / TS25 Siri 8 1

13 Bengkel Modul TSJ / TS 25 Siri 9 2

14 Dialog Prestasi 3 - PBD 4

15 Bengkel Modul TSJ / TS25 Siri 10 2

16 Dialog Prestasi 4 - Percubaan SPM 4

Keterangan: Perubahan dan Penyesuaian akan dilakukan mengikut keperluan

Sepanjang Bulan Minggu 3

Minggu 1 Minggu 4

Minggu 2

178

Pelan Kontigensi Program Pembangunan TSJ

Bil. Halangan / Cabaran Punca Kontijensi Tindakan

Jumlah kehadiran guru dalam Guru terlibat Guru yang di Setiausaha TSJ dan

1 program pembangunan yang dengan program bawah mata MT Kluster TSJ -

dilaksanakan dalam Kluster lain dan bercuti. pelajaran dan mengeluarkan

TSJ. bidang yang sama surat arahan yang

diminta mengganti jelas

guru tersebut

2 Jumlah program pembangunan Aktiviti antara Program Kumpulan Think
TSJ yang ditetapkan sebanyak bahagian tidak Pemabangunan
Tank –

sepuluh kali berhadapan selaras sama dalam Kluster menentukan

dengan inisiatif lain. antara PPD Jasin difokuskan kepada program yang

dengan agensi program yang siginifikan untuk

lain. siginifikan untuk dilaksanakan

transformasi.

3 Jumlah bajet yang tidak Bajet yang ada di Jumlah peserta Kumpulan Think

mencukupi untuk program peringkat PPD untuk program Tank dan Master

pembangunan TSJ mempunyai pembangunan TSJ Trainer– mengkaji

keperluan lain dan dikecilkan upaya sumber

sokongan jumlahnya dan kewangan.

kewangan jumlah program

pemegang taruh pembangunan juga

atau komuniti berfokus pada

terhad. program yang

siginifikan.

4 MT dan RE Kluster TSJ MT dan RE Gabungan Kluster MT dan RE

terlibat dengan aktiviti lain. terlibat dengan TSJ dilaksanakan memaklumkan

aktiviti daripada kepada Setiausaha

agensi lain Kumpulan Think

Tank untuk

tindakan

penggabungan.

6. SOKONGAN PEMEGANG TARUH dan KOMUNITI

6.1. PPD Jasin sedar bahawa bagi menggerakkan TSJ memerlukan bajet yang besar
apabila melibatkan jumlah guru yang ramai dalam sesebuah program
pembangunan, melibatkan semua sekolah di daerah Jasin dan jumlah program
pembangunan TSJ. Pada dasarnya, PPD Jasin akan menggunakan bajet daripada
peruntukan PPD Jasin bagi membiayai TSJ. Bagaimanapun, peruntukan PPD Jasin
turut mempunyai komitmen lain yang perlu diberikan perhatian.

6.2. PPD Jasin mengundang bank korporat dan agensi lain sebagai pemegang taruh dan
komuniti luar untuk bekerjasama menjayakan TSJ. Kerjasama ini adalah sebagai

179

inisiatif bank korporat dan agensi lain untuk dapat bersama-sama membina generasi
berkualiti untuk agama, bangsa dan negara. Sehubungan dengan ini, PPD Jasin
mengundang Bank Islam, Bank Rakyat, RHB Bank, BSN, PTPTN, Yayasan
Pelajaran MARA (YPM) dan agensi lain untuk terlibat sebagai penyumbang
sokongan dana bagi menjayakan TSJ.

6.3 Kerjasama yang dijalin antara PPD Jasin dengan pemegang taruh dan komuniti luar
adalah atas prinsip “menang-menang” (win-win situation). Setiap pemegang
taruh dan komuniti luar seperti bank korporat dan agensi lain yang menjalin
kerjasama ini akan diberikan slot dalam program pembangunan TSJ antara 20- 30
minit untuk memperkenalkan organisasi dan produk masing-masing dalam
kesembilan-sembilan Kluster TSJ yang setiap Kluster TSJ itu terdiri daripada 9-
10 buah sekolah. Sementara jadual dan waktu pergerakan agensi akan disusun
secara bergilir-gilir antara agensi dan Kluster TSJ oleh Kumpulan Thin Tank TSJ,
iaitu mengikut jadual pelaksanaan program pembangunan TSJ. Hal ini juga
bermakna setiap agensi yang terlibat dalam jalinan kerjasama ini akan berpeluang
bertemu dengan ramai guru dan sekolah yang berbeza-beza dalam setiap
program pembangunan TSJ.

7. Bajet TSJ

Bajet untuk pelaksanaan 10 program pembangunan TSJ yang merangkumi 9 buah
Kluster TSJ adalah seperti berikut:

a. Satu Program Pembangunan X RM 500.00 X 9 Kluster TSJ = RM 4500.00

b. 10 program pembangunan (9 Kluster) X RM 4500.00 = RM 45, 000.00

# RM 500.00 adalah anggaran program pembangunan dijalankan SEPARUH hari
dengan anggaran RM 5.00 X 1 orang X 100 peserta bagi satu program pembangunan
TSJ
# Bajet ini juga akan digunakan untuk pembelian peralatan bagi menjayakan bengkel
PAK21 dan pengurusan TSJ.

180

8. KOMITMEN PEMEGANG TARUH dan KOMUNITI LUAR

8.1. Setiap pemegang taruh dan komuniti luar seperti bank korporat dan agensi luar
yang bersetuju untuk menjalin kerjasama dengan PPD Jasin bagi menjayakan TSJ
akan memetarai MoU. MoU akan ditandatangani secara rasmi pada Majlis
Pelancaran TSJ yang akan disempurnakan oleh YB Tuan Noor Efendi Bin Ahmad,
Exco Pelajaran Melaka, iaitu pada 12 Disember 2018;

8.2. Sumbangan dana yang diberikan oleh agensi hendaklah menerusi cek atas nama
Kelab Kebajikan PPD Jasin, iaitu Bank Islam Malaysia Berhad dan No. Akaun
04033020042931;

8.3. Pemegang taruh dan komuniti luar yang menjalin kerjasama untuk pelaksanaan TSJ
hendaklah memberikan kuasa sepenuhnya kepada Jawatankuasa TSJ dan
Kumpulan Think Tank TSJ di peringkat PPD Jasin bagi menguruskan sumbangan
dana dalam melaksanakan TSJ.

9. KESIMPULAN

PPD Jasin merangka jalinan kerjasama dengan pemegang taruh dan komuniti luar seperti
bank korporat dan agensi lain adalah atas keyakinan bahawa pembangunan pendidikan
anak bangsa, khususnya murid-murid daerah Jasin akan lebih berjaya apabila dilaksanakan
dalam satu kesatuan kekuatan yang ada. PPD Jasin turut berkeyakinan bahawa pemegang
taruh dan komuniti luar seperti bank korporat dan agensi lain sentiasa bersedia
melaksanakan CSR masing-masing dalam pembangunan pendidikan anak bangsa. Justeru
PPD Jasin melihat jalinan kerjasama ini merupakan satu inisiatif yang tepat dan akan
membuahkan natijah yang baik.

Disediakan oleh:

(DR. MOHD AZAM BIN AHMAD)
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH JASIN.

181

Laporan Teknikal/ Pembentangan Kertas Kerja

Bil. Judul dan Butiran Penerbitan/ Pembentangan

3. Pelan Pembangunan Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
(2021-2025)

182

183

184

185

186

187

188

189

190

191

192

193

194

195

196

197

198

199

200


Click to View FlipBook Version