The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL BM KSSM KERTAS 2 SIRI 2 2021 EDISI GURU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by helmijuta1, 2021-08-01 14:46:24

MODUL BM KSSM KERTAS 2 SIRI 2 2021 EDISI GURU

MODUL BM KSSM KERTAS 2 SIRI 2 2021 EDISI GURU

Cadangan Jawapan
(i) Maksud Kupetik bintang-bintang ialah
- kucapai cita-cita/ impian/ harapan
- aku berjaya menggapai impian/ cita-cita/ harapan
(ii) Perkara-perkara yang berkaitan:
- prospek kerjaya
- Suasana pekerjaan
(iii) Keluarga memainkan peranan penting dalam pemilihan kerjaya kerana:
- memberikan nasihat / bimbingan
- memberikan keyakinan kepada anak
- memberikan bantuan
- dll yang sesuai
(iv) Langkah menceburi bidang yang diminati:
- menyediakan diri dengan ilmu / pengetahuan tentang bidang yang diminati
- bersedia dari segi fizikal dan mental yang sesuai dengan bidang tersebut
- melengkapkan diri dengan kemahiran sosial seperti kemahiran
berkomunikasi,kerja berpasukan dan penyelesaian masalah
- aktif dalam aktiviti kokurikulum
- menyediakan diri dengan minda yang kreatif dan inovatif
dll yang sesuai

45

BAHAGIAN B (PEMAHAMAN)
SOALAN 7 (PETIKAN SASTERA)
SET 3

TEMA 10 : BAHASA BUGAR, SASTERA KEKAR (DSKP15: BAHASA DAN
KESUSASTERAAN)

4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan menyatakan
(TING 4) respons peribadi yang sesuai terhadap karya.

4.1.1 Memahami dan mengapresiasi puisi moden dan puisi tradisional dengan menyatakan
(TING 4) respons peribadi yang sesuai terhadap karya.

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Aku Membaca Lagi

Aku mendongak langit
Membaca garis dan titik
Menaakuli kebesaran-Mu
Di bawahnya gumpulan mega
Hempusan bayu dan banjaran gunung

Kuseluri alam
Kicauan burung
Desiran ombak dan wajah pelangi
Mewarnai kehidupan umat-Mu

Aku mendongak lagi
Membaca langit
Di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
Dan dan ranting terkulai
Daun-daun berguguran

Helai demi helai
Di lantai tanah airku yang makmur

Aku membaca langit
Kutemui
Bulan dan bintang menangis
Meratapi luka nasib bangsa

Aku mendongak lagi
Menitis air mata langit
Membasahi bahasa Melayuku
Yang berdarah

.

46

Bahan 2

Saya ingin memahirkan lidah dengan bahasa ibunda kerana inilah saja khazanah warisan
tinggalan bangsa yang mendiami bumi ini sejak sekian lama. Ilmu-ilmu berkaitan kewajipan
perlu memenuhi dada saya sebagai benteng ampuh daripada segala anasir dan gejala hitam yang
boleh meruntuhkan keperibadian sebelum bersedia untuk mengatur gerak langkah membina
dunia baharu di ibu kota agung itu.

Lantas, berkali-kali pesan bonda kepada saya supaya memelihara agama dan bahasa
ibundajika ingin terus dihormati dan disegani sebagai bangsa agung dan bermaruah. “Bumi ini
milik kita. Nenek moyang kitalah yang berjuang dengan akal kebijaksanaan serta semangat
keperwiraan untuk membebaskan tanah air ini daripada belenggu penjajah. Lebih kurang lima
ratus tahun lamanya tanah watan ini dijajah oleh kuasa asing, bangsa kita merempat dan menjadi
rakyat kelas ketiga di tanah air sendiri. Hak dan maruah kita dicabut, Mel.”

Dipetik daripada cerpen Munsyi oleh Husna Nazri
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan Bahan 1, apakah maksud mewarnai kehidupan umat-Mu ? [2 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 2, apakah yang perlu dilakukan untuk menjadi bangsa yang agung

dan bermaruah. [3 markah]

(iii) Merujuk Semua Bahan, Pengarang ada menyentuh persoalan nasib bahasa Melayu.
Pada pendapat anda, apakah kesannya jika bahasa Melayu terus terpinggir ? [4 markah]

(iv) Lebih kurang lima ratus tahun lamanya tanah watan ini dijajah oleh kuasa asing. Bangsa

kita merempat dan menjadi rakyat kelas ketiga di tanah air sendiri. Hak dan maruah kita
dicabut, Mel.”

Berdasarkan petikan di atas. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh

diambil bagi memartabatkan penggunaan bahasa di peringkat global ? [4 markah]

47

Cadangan Jawaban Lengkap :

(i) Maksud rangkai kata mewarnai kehidupan umat-Mu ialah : [2 markah]
 Melengkapi pelbagai aspek cara hidup manusia

(ii) Berdasarkan Bahan 2, perkara yang perlu dilakukan untuk menjadi bangsa yang agung dan
bermaruah ialah :

[3 markah]

 Memahirkan lidah dengan bahasa ibunda

 Memelihara agama

(iii) Merujuk kedua-dua Bahan, Pada pendapat saya, antara kesan jika bahasa Melayu terus
dipinggirkan ialah :

[4 markah]

 Status bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan akan tergugat
 Bahasa melayu tidak akan dikenali oleh generasi akan datang

 Bahasa melayu akan lenyap penggunaannya

(iv) Pada pendapat saya, antara langkah yang boleh diambil bagi memartabatkan penggunaan
Bahasa di peringkat global ialah :

[4 markah]

 Pemimpin menggunakan bahasa Melayu dalam persidangan / perjumpaan di peringkat
antarabangsa seperti persidangan komenwel/ OIC.

 Kempen penggunaan bahasa kebangsaan.

Agensi kerajaan dan Bukan kerajaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
komunikasi.

48

SET 4

TEMA 15 : ANGIN PERUBAHAN MEMBADAI ( DSKP 6 : SAINS, TEKNOLOGI
DAN IVOVASI )

STANDARD PEMBELAJARAN

4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam
(TING 5) prosa moden dan prosa tradisional.

4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalm
(TING 5) puisi moden dan puisi tradisional.

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Tekanan darah Solehah semakin rendah. Jeritku menyapa kuping Profesor Doktor Juaidi.
Dia menoleh.

“Berikan gelafundin,” arahnya acuh tak acuh.

“Dia memerlukan darah. Hatiku pilu tiba-tiba

“Kandungan gelafundin itu seakan-akan darah.” Mata bulat berkening lebat doktor tua itu
terjegil. “Paling tidak pun dapat meningkatkan tekanan darah. Sekurang-kurangnya dia tidak
mati untuk hari ini.”

Aku tersentap. Tidak terdaya kuangkat muka menentang suara yang menyakitkan hatiku
itu. Manusiakah dia ? suara kulontar dengan selembut yang boleh walapun hatiku ketara pedih.

“Bank darah sudah kontang, Faham ?”
“Siapakah perempuan yang sedang koma itu? Bandingkan dengan Tuan Besar Musa. Cari
kepentingan mereka. Siapakah yang lebih memerlukan darah ?

Dengan pantas kucapai sebotol gelafundin. Titisannya laju meluncur masuk ke salur

darah. Tekanan darah meningkat. Siapa sebenarnya yang tidak tulen, Solehah ? Manusiakah ?

Kemanusiankah ? Kutenung wajah Solehah yang koma dan tenang syahdunya.

“Pek-pek darah dalam bank darah hospital, kepunyaan kelab, boleh dijual untuk membeli
minuman keras.” Gagal kupelihara kesabaranku apabila renungan mata Doktor Murni menikam

anak mataku.

“Kita golongan minoriti, Nusia.”

Dipetik daripada Cerpen ‘Gerhana Manusia’,
Oleh Aminah Mokhtar

dalam antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia.

49

Bahan 2

ANI : (Muncul dengan senyuman ). Abang memanggil Ani ?

AZMIR : Ani, tolonglah abang. Keluarkan abang dari neraka ini. Abang dah tak sanggup
lagi hidup menderita lebih lama di sisni. Tolonglah keluarkan abang dari neraka ini.

ANI : Untuk apa kita harus keluar, abang? Bukankah kita sedang bahagia sekarang?

AZMIR : Bahagia ?

ANI : Ya. Hanya kita berdua di sini. Tidak ada orang lain yang mengganggu kita. Kita boleh
buat apa-apa saja yang kita suka. Tidak ada yang menghalang.

AZMIR : Tapi abang sakit. Apa yang boleh kita buat? Bahagia apa namanya kalau sudah sakit ?

ANI : Bahagia ada di mana-mana. Dalam sakit ada bahagia. Dalam derita ada bahagia. Yang
penting, kita harus belajar mengerti dan menghayati keindahan yang terdapat pada kesakitan
itu, barulah akhirnya akan timbul rasa betapa nikmatnya sebuah kesakitan . Dari situlah
akhirnya wujud bahagia.

AZMIR : Betulkah begitu, Ani?

ANI : (Mengangguk ). Abang terus tinggal di sini, ya. Demi kebahagiaan kita bersama.

AZMIR : (Angguk dalam ketidakpastian). Tapi Ani… ( AZMIR terpinga-pinga apabila melihat
ANI sudah tiada. Tapi sebaliknya yang muncul ialah BAPAnya ).

Dipetik daripada drama ‘Bukan Gila’,
Oleh Sharif Shaary

dalam antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Berdasarkan Bahan 1, Mengapakah Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Nusia

supaya memberikan gelafundin kepada Solehah? [2 markah].

(ii) Berdasarkan kedua-dua bahan, nyatakan bantuan yang diperlukan oleh Solehah dan

Azmir? [3 markah]

(iii) Sambutan Kempen menderma darah adalah salah satu usaha kerajaan meningkatkan
semangat untuk menderma darah dalam kalangan masyarakat.

Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan oleh pelbagai pihak

untuk memeriahkan Sambutan Kempen Menderma Darah? [4 markah]

(iv) Seseorang doktor yang baik perlulah bersikap adil dan saksama semasa memberikan
perkhidmatannya kepada para pesakit.

Seandainya anda seorang doktor, apakah yang perlu anda lakukan untuk menjadi seorang
doktor yang bersikap adil semasa merawat pesakit-pesakitnya? [4 markah]

50

CADANGAN JAWABAN :

(i) Berdasarkan Bahan 1, sebab Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Nusia supaya
memberikan gelafundin kepada Solehah kerana :

[2 markah]
 Professor Doktor Juaidi mengarahkan Nusia supaya memberikan gelafundin kepada

Solehah kerana kandungan gelafundin dapat meningkatkan tekanan darah. Tambahan pula,
bank darah sudah kontang.

(ii) Berdasarkan kedua-dua bahan, nyatakan bantuan yang diperlukan oleh Solehah dan
Azmir ialah :

[3 markah]

Bahan 1

 Solehah memerlukan darah

Bahan 2
 Azmir meminta tolong untuk dikeluarkan dari neraka ini

 Abang dah tak sanggup lagi hidup menderita lebih lama di sini.

(iii) Pada pendapat saya, antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh pelbagai pihak untuk
memeriahkan Sambutan Kempen Menderma Darah ialah:

[4 markah]

 Memberikan ganjaran/ saguhati kepada penderma darah.
 Memberikan baucer/kupon kepada penderma darah

 Memberikan sijil penghargaan kepada penderma darah.

Terima jawapan lain sekiranya relevan

(iv) Seandainya saya seorang doktor, antara perlu yang boleh dilakukan untuk menjadi
seorang doktor yang bersikap adil semasa merawat pesakit-pesakitnya ?

[4 markah]
 Saya akan merawat pesakit-pesakit mengikut etika profesionalisme seorang doktor yang

betul.
 Saya juga perlu bersikap bertanggungjawab agar dapat menyelamatkan nyawa semua

pesakit terutama pesakit yang lebih kritikal dan serius.

 Saya perlu amanah kerana semua pesakit perlu menerima rawatan kesihatan yang sama
rata tanpa mengira status dan pangkat.

Terima jawaban lain sekiranya relevan.

51

SET 5

TEMA 15 : ANGIN PERUBAHAN MEMBADAI ( DSKP 15 : BAHASA DAN
KESUSASTERAAN)

STANDARD PEMBELAJARAN

4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalm
(TING 5) prosa moden dan prosa tradisional.

4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalm
(TING 5) puisi moden dan puisi tradisional.

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Betapa tidak, dia membayangkan dirinya sudah lulus pengajian tingi, dapat ijazah
pertama dalam aeroangkasa. Takah usia dianjakkan lebih sedekad ke hadapan. Sebatang
pohon nyiur dara di penjuru banglonya, sudah sekian lama menjadi idamannya.

Pijakan kakinya di bumi sudah utuh dan kukuh. Cengkaman pada batang pokok kelapa
itu turut tersentuh. Dia tidak boleh menoleh ke bawah lagi. Tapak demi tapak tercengkam
dengan penuh yakin. Sedar-sedar sahaja, dia sudah sampai di puncak.

Jangan jadi Mat Jenin sudahlah! Biarlah Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Jadi,
aku terpaksa memasang angan-angan dengan jangkuan fantasi tanpa tebing tepinya, akan tetapi
aku tidak mahu berlagak seperti Si Lucai. Pijakanku sungguh kuat, cengkamanku cukup berat.

Dia lantas berpaut pada pelepah-pelepah pucuk muda itu sekuat-kuatnya.

Pinggulnya terus menjadi kubu persinggahan hentaman rotan babahnya. Si ibu
mahu melawan dan memprotes tindakan babahnya, tetapi suara bantahan itu tidak keluar
daripada mulutnya. Jeritan kemarahan kepada suaminya hanya bergema dalam sanubari.
Keterujaan Aiman terus melonjak. Pentas halusinasinya terus mekar dan segar. Usianya dianjakkan
dua tahun lagi, memberi ruang kepadanya mengikuti latihan intensif di bawah program aeroangkasa
bersama pihak Rusia.

Pucuk nyiur berbalam-balam di pelepuk pandangan. Latihan dan ujian memantapkan diri
hendak berlepas ke ruang angkasa pula segera mengambil ruang. Akhirnya, balaman pohon kepala
dara terus ternyah daripada pandangan.

Dipetik daripada Cerpen ‘Hipertensi,
Oleh IIlias Zaidi

dalam antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

52

Bahan 2

“Apa... apa yang tidak kena tu, doktor?” Olan bersuara, serak-serak antara
kedengaran dengan tidak.

“Masalah utama yang dikenal pasti ialah kesesakan lalu lintas, namun pengguna
masih tidak mahu menggunakan kenderaan awam. Kekurangan medan letak kereta di kota
raya memburukkan keadaan dan kita juga perlu menggunakan teknologi hijau untuk
mengurangkan penggunaan tenaga yang tidak boleh dibaharui.” Doktor Fiq tiba-tiba
mengangkat mukanya lalu memandang tepat mataku.

“Mengikut cadangan di sini, kita menggunakan tenaga solar. Apakah rasionalnya ?”
Aku terkedu.

“Pertamanya, tenaga solar pengoperasiannya tidak rumit, doktor. Lagipun, negara
kita cukup panas bagi membolehkan tenaga suria dicas secara optimum untuk jarak
pemanduan 50 kilometer sehari. Kita mampu bersaing dengan solar yang ada di pasaran
yang hanya mampu mengecas tenaga untuk jarak pemanduan 30 kilometer sahaja.”

Untuk 50 kilometer sahaja, Yazmin ? Mana cukup! Pada musim hujan atau jika
memandu pada waktu pula, bagaimana ?”

“Sebuah bateri dengan jarak perjalanan sejauh 300 kilometer juga akan
disediakan.” Olan menambah.

Dipetik dan diubah suai
daripada Buku Teks Tingkatan 4,

halaman 206
Kementerian Pendidikan Malaysia

53

Bahan 3

Mesin rakaman hayat Tuan Besar Musa berbunyi. Tekanan darah meluncur turun
hingga tiada catatan angka. Rima denyutan jantung, bergaris kencang turun naik, lambat dan
melakar sebaris garisan lurus. Kadar nadi tercatat kosong.

Profesor Doktor Juaidi muncul, mukanya cemas
berpeluh. “Tingkatkan adrenalina, dopamine, atropine.”

“Sudah ke maksimum, Prof.”

Troli penyelamat diheret ke sisi, defibrillator menggetarkan jantung mengalirkan
kuasa 20 Joule. Tubuh lelaki tua yang bermulut hamis dek minuman keras terketar-ketar
sebelum kaku semula di katil.

Tegang muka Profesor Doktor Juaidi, 300 botol kecil adrenalina tinggal kosong.

Stok penyimpanan atropine kehabisan. Dua puluh botol gelafundin kosong tergolek di dalam

tong sampah. Dua jam lalu pesakit koma di Unit Rawatan Rapi ditinggalkan.
Dipetik daripada Cerpen ‘Gerhana Manusia,
Oleh Aminah Mokhtar,
dalam antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan
Malaysia

(i) Berdasarkan Bahan 1, Aiman Aqil bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan.
Nyatakan persediaan-persediaan yang diperlukan olehnya untuk mencapai cita-cita tersebut

[2 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 2 apakah sumber tenaga yang digunakan untuk menghidupkan

kenderaan dan berdasarkan Bahan 3, apakah alat yang digunakan untuk

menyelamatkan nyawa ? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menarik minat remaja menceburi bidang

aeroangkasa ? [3 markah]

(iv) Sekolah anda telah terpilih untuk menyertai pertandingan reka cipta Dron atau Robot
terbang.

Anda dan rakan-rakan anda ingin menyertai pertandingan tersebut.
Nyatakan keistimewaan-keistimewan Dron atau Robot Terbang ciptaan kumpulan anda.

[4 markah]

54

CONTOH JAWABAN :

(i) Berdasarkan Bahan 1, persediaan-persediaan yang dilakukan oleh Aiman Aqil untuk

mencapai cita-cita tersebut ialah :

[2 markah]
 Lulus pengajian tinggi.
 Mendapat ijazah pertama dalam aeroangkasa.
 Mempunyai keyakinan diri.
 Mengikuti latihan intensif di bawah program aeroangkasa bersama pihak Rusia.
 Latihan dan ujian memantapkan diri hendak berlepas ke ruang angkasa.

(ii) Berdasarkan Bahan 2 sumber tenaga yang digunakan untuk menghidupkan kenderaan
ialah
[3 markah]

Bahan 2
 Tenaga solar
 Bateri

Dan berdasarkan bahan 3, alat yang digunakan untuk menyelamatkan nyawa pula ialah :

Bahan 3
 Mesin rakaman hayat
 defibrillator

(iii) Pada pendapat saya, cara untuk menarik minat remaja menceburi bidang aeroangkasa

ialah :

[3 markah]

 Membawa remaja menyaksikan pertunjukan aeroangkasa.

 Menubuhkan kelab aeroangkasa di sekolah.
 Membeli bahan-bahan bacaan berkaitan dengan aeroangkasa.
 Membawa remaja melawat muzium aeroangkasa.

Mengadakan kempen bertemakan aeroangkasa secara berterusan.

(iv) Sekolah anda telah terpilih untuk menyertai pertandingan reka cipta Dron atau
Robot terbang.
Anda dan rakan-rakan anda ingin menyertai pertandingan tersebut.
Nyatakan keistimewaan-keistimewan Dron atau Robot Terbang ciptaan kumpulan anda.

[4 markah]

 Boleh mengambil gambar atau video dari sudut yang jauh.

 Boleh digunakan sebagai alat peninjau pengawasan dan penandaan sasaran dalam

bidang ketenteraan dan keselamatan.
 Boleh digunakan untuk menghantar barang dengan lebih cekap dan cepat oleh

syarikat penghantaran.
 Boleh membaja kawasan pertanian dalam jangka masa yang singkat.

55

SET 6

TEMA 16 : DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN ( DSKP 18 :PENTADBIRAN DAN POLITIK)

STANDARD PEMBELAJARAN

4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalm
(TING 5) prosa moden dan prosa tradisional.

4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalm
(TING 5) puisi moden dan puisi tradisional.

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1 Berbunga sawa mengelempai,
Bertakuk bersedelinggam,
BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU Berjenang berbatu kawi,
Berselimpat ukir jawa,
Baginda menitahkan orang besar empat, Lilit-melilit akar cina,
Membuat istana puri berkota: Garam sebuku sisa jeragan,
Lalu dipanggil Pawang Raja, Bunga kenanga dimakan ular,
Pawang mengerah orang bekerja, Layang-layang di pintu Raja.
Empat puluh empat tukang dan utas,
Siang malam tidak berhenti. Istana siap tukang pun mati,
Tiada orang dapat meniru,
Tujuh bulan tujuh purnama, Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.
Istana siap dengan alatnya,
Besar tersergam sembilan ruang,
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.

Tiga sudut menteri delapan,
Tiang panjang maharaja lela,
Tiang tengah syukur menanti,
Galang-galangnya ular berang,
Kasau kecil

Kalung bunga Za’ba, 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka

56

Bahan 2 bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
KUDUP PERANG sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
Sementara dia bergelar panglima di tiang maruah kota
Laskar perang, yang terus –menerus
Membajakan keazaliman - sering andai namamu Jebat, kita masih tidak
Mengudupkan putik dendam menggelarnya sebagai pengkhianat
Kita masih perlu berterima kasih kerana kita masih menangisi
Kepada jari-jemari takdir peta keadilan yang tersiat-nun , karam
Kerana membenarkan sepasang mata di lautan kesumat
Untuk berlari dengan tangan bergari sedang warga memanggilnya keramat.
Sempat juga menadah sejambak puisi
Untuk sehari lagi; sambil bertanya: Perang pun melecurkan lidah muslihat
siapakah pahlawan yang asli ? Bercabang lalu bertemu bayu palsu
Bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
Memang kita tidak sempat menjenguk Mewarnakan keindahan pada hodohnya
Ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus Menjungkitkan amarah pada damainya
Ringkik kuda, gemerincing Teramat lara kita menjahit semula
Pedang pusaka Perca-perca bahagia-seperti perawan
Dan darah yang tiba-tiba membuak Yang dibungkamkan cinta pertama.
Di daerah angkara perciknya
Menumbuhkan kelopak rahsia Sehingga senja tiba,
Dalam keliru, tertanya-tanya kita Kita masih bertengkar
Tangan mana yang memenggal Tentang siapa
Leher sang pendusta? Pahlawan sebenarnya.

Andai namamu Tuah, kita masih Tuah Saujana, Istimewa, 2013
tidak mahu Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd
menyanjungnya pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina dalam antologi Sejadah Rindu,
di istana wangsa Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud membajakan kezaliman ? [2 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan 2, nyatakan ciri-ciri seorang pemimpin. [3 markah]

(iii) Dewasa ini, kemahiran ilmu pertukangan tradisional hanya dikuasai oleh genarasi tua.
Pada pendapat anda, wajarkah generasi muda merebut peluang untuk mempelajari
kemahiran ilmu pertukangan tradisional ?

Berikan pendapat anda. [4 markah]

Perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakat majmuk merupakan kunci utama
kemakmuran negara.

Sebagai seorang rakyat, bagaimanakah caranya generasi muda negara yang berbilang

kaum ini mewujudkan kemakmuran negara ? [4 markah]

57

CONTOH JAWABAN : [2 markah]

(i) Berdasarkan bahan 2, maksud membajakan kezaliman ialah :
 Membuat kekejaman
 Menyimpan perasaan dendam

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan 2, nyatakan ciri-ciri seorang pemimpin . [3 markah]
Bahan 1

 Raja yang mengutamakan kepentingan peribadi sehingga sanggup mengorbankan
nyawa rakyat

Bahan 2
 Kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi

(iii) Dewasa ini, kemahiran ilmu pertukangan tradisional hanya dikuasai oleh genarasi tua.

Pada pendapat anda, wajarkah generasi muda merebut peluang untuk mempelajari
kemahiran ilmu pertukangan tradisional ?

Berikan pendapat anda. [4 markah]
 Keunikan dan kemahiran seni bina tradisional yang diwarisi daripada generasi terdahulu

Kemahiran dan ilmu pertukangan tradisional ini tidak akan pupus ditelan zaman juga.
 Generasi muda akan berbangga dan menghargai warisan seni bina tradisonal yang unik

ini.

(iii) Perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakat majmuk merupakan kunci utama
kemakmuran Negara.

Sebagai seorang rakyat, bagaimanakah caranya generasi muda negara yang berbilang
kaum ini mewujudkan kemakmuran negara ?

[4 markah]

 Mengamalkan sikap saling menghormati antara satu sama lain.
 Generasi muda mestilah mengamalkan semangat kekitaan
 Kebersamaan sebagai rakyat Malaysia yang sehati sejiwa.
 dapat diperturunkan kepada generasi muda.

58

SET 7

TEMA 13 : SEGALANYA BERMULA DI SINI ( DSKP 7 :ALAM SEKITAR DAN
TEKNOLOGI HIJAU )

STANDARD PEMBELAJARAN

4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam

(TING 5) prosa moden dan prosa tradisional.

4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam

(TING 5) puisi moden dan puisi tradisional.

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab solan-soalan yangberikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
ERTI HIDUP BERERTI

Aku selalu didatangi malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku tidak berubah
keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi

Keheningan tasik kehijauan
rumput
hanya menjadi bayangan di penjuru
ruang zaman cinta dalam rahim
dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu dari angah
ditendang ke sulung balik kucari erti hidup
menderita mengerang sakit berdiri
tanpa ruang.

Aku bagi mereka tiada
makna anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati

embun cinta atasi angin dingin Teo Wei Sing (Dipetik daripada
jangan terpegun antologi Sejadah Rindu 18-19)
ada yang mati ada yang Kementerian Pendidikan Malaysia
hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

59

Bahan 2

Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus

Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kau mesrai
yang sama sekali berbeza
dengan suasana suntimu
kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
dari tangga gading

Kulepaskan kau menjadi burung putih
dengan sayap berkembang
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir menyelit
antara sembilu nasib
dan waras akal.

Di awan kampus yang sarat ilmu
hadir sihir angin bernafas api
di pohon kampus yang tegar status berceracak
selumbar noda mengabur fikir di padang kampus yang
hijau pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau pekerti.

Pandai-pandailah kau terbang
menongkah awan mulus dan kabus dingin
jangan kau pulang
dengan percikan duka dan balutan luka
di sayapmu yang patah.

(Dipetik daripada antologi Jaket Kulit
Kijang dari Istanbul)

(i) Apakah maksud rangkai kata kucari erti hidup dalam Bahan 1? [2 markah]

(ii) Nyatakan dua pesanan ibu bapa terhadap anak-anak dalam Bahan 1 dan Bahan 2

di atas. [3 markah]

(i) Tiada ibu bapa, tiadalah kita di dunia yang fana ini.

Pada pendapat anda, mengapakah anak-anak perlu mengenang jasa ibu bapa yang telah

membesarkan mereka? [3 markah]

(i) Anda mendapati bahawa seorang orang tua di sebelah rumah anda diabaikan olehanak-
anaknya.
Sebagai jiran yang baik, apakah usaha yang akan anda lakukan supaya masalah yang
dihadapi oleh orang tua itu dapat diselesaikan? [4 markah]

60

CONTOH JAWABAN :
(i) Maksud rangkai kata kucari erti hidup ialah maksud sebenar kehidupan.

[ 2 markah]
(ii) Pesanan ibu bapa terhadap anak-anak dalam:
Bahan 1

 anak-anak insaf akan kesilapan yang telah dilakukan sebelum terlambat.
 tiada manusia yang kekal kecuali Tuhan.
Bahan 2
 anak dapat menyesuaikan diri di bandar.
 mahu anaknya menimba pengalaman baharu di universiti yang bakal

mengubah kehidupan anaknya.
[3 markah]

(iii) Kita perlu mengenang jasa ibu bapa kita kerana:
 ibu bapa telah melahirkan kita yang menyebabkan kita dapat hidup di dunia.
 ibu bapa telah membesarkan kita hingga kita mampu berdikari.
 ibu bapa menjaga keselamatan kita sejak kecil hingga dewasa.
 kita akan dianggap derhaka jika tidak menghirmati mereka.
 kita akan masuk neraka jika melawan mereka.
[3 markah]

(iv) Usaha yang akan saya lakukan supaya masalah yang dihadapi oleh orang tua itu
dapat diselesaikan ialah:
 membuat aduan kepada ketua kampung/
 menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat.
 menghubungi stesen televisyen untuk program Bersamamu/Buletin Utama.
 menganjurkan kutipan derma melalui media sosial.

61

BAHAGIAN B (PEMAHAMAN)
SOALAN 8 (PETIKAN NOVEL)

SET 3
STANDARD PEMBELAJARAN

2.1.2 (TING. 5) Membaca petikan prosa dan puisi dengan intonasi yang betul dan nada
4.1.1 (TING. 4) yang sesuai berdasarkan situasi.
SUMBER Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan
menyatakan respons peribadi yang sesuai terhadap karya.
Buku teks novel Pantai Kasih

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“ Ah, sama sekali tidak mungkin lagi,” tepis Felicia.

“Kecualilah, jika pengawal-pengawal keselamatan itu sengaja minta kena pecat. Sengaja
cuai.” “Ya, betul juga cakap sister tu,” sela Kartini. “ Mujur juga Unong Siron tak diapa -
apakan dahulu, kan?”

Felicia mengerutkan dahinya, sentiasa diserbu oleh perasaan rendah diri dan dicengkam
perasaan bersalah campur marah, apabila nama itu disebut di hadapannya. Dia terus digelut
perasaan yang resah. Sekelip lintasan datang menjelma. Ingatannya kembali terseret pada
wajah pemuda yang menyamar sebagai doktor di pusat rawatan itu tempoh hari. Dia seperti
melihat kembali hampir seluruh doktor dan tenaga kerja di PRPK yang turut hadir pada ketika
itu. Kegiatan pemuda itu berjaya dikesan sewaktu dia cuba memberikan rawatan kepada
Unong Siron. Unong Siron dan ibunya yang tidak mengesyaki lelaki tersebut, meluahkan
kebimbangan mereka kepada doktor palsu itu.

Dipetik daripada novel Pantai Kasih(ms 45)
karya Azmah Nordin

Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan perasaan sister Felicia apabila Kartini menyebut nama Unong Siron ketika mereka
berbicara tentang pemuda yang menyamar sebagai doktor palsu di PRPK.

[4 markah]
Perasaan sister Felicia apabila Kartini menyebut nama Unong Siron ketika mereka

berbicara tentang pemuda yang menyamar sebagai doktor palsu di PRPK ialah dia berasa

rendah diri dan dicengkam perasaan bersalah.Selain itu, dia juga berasa marah dan terus

digelut perasaan yang resah.

62

(i) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a. Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
b. Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c. Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d. Pantai Kasih karya Azmah Nordin
e. Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f. Tirani, karya Beb Sabariah
g. Silir Daksina, karya Nizar Parman
h. Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua cabaran yang dihadapi oleh watak utama

dan cara watak utama mengatasi cabaran tersebut. [6 markah]

NOVEL PANTAI KASIH

CABARAN WATAK UTAMA (P) CARA MENGATASI (H)

1. Cabaran yang dihadapi oleh Raiha apabila Doktor Sadiz Raiha tetap tidak mahu menggugurkan
cuba mencederakan dan memaksanya untuk kandungannya itu dan menolak
menggugurkan kandungannya. Doktor Sadiz tidak dapat permintaan Doktor Sadiz.
menerima kelahiran bayi itu kerana dia mendapati bayi
tersebut tidak normal berdasarkan ujian ultrasound.

2. Cabaran yang dihadapi oleh Raiha apabila Felicia Raiha memaafkan Felicia dan tidak
memberitahu rahsia tentang punca kematian anaknya. berdendam walaupun Felicia tidak
Punca kematian anaknya adalah kerana Doktor Sadiz menceritakan kejadian sebenar lebih
membakar kereta mewahnya sebagai tanda kemarahan awal.
terhadap Raiha. Anaknya turut disambar api dalam
kebakaran tersebut.

Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih. Cabaran yang dihadapi oleh watak
utama iaitu Raiha ialah Raiha berhadapan dengan cabaran apabila Doktor Sadiz cuba
mencederakan dan memaksanya untuk menggugurkan kandungannya. Doktor Sadiz tidak
dapat menerima kelahiran bayi itu kerana dia mendapati bayi tersebut tidak normal berdasarkan
ujian ultrasound. Cabaran tersebut diatasi dengan cara Raiha tetap tidak mahu menggugurkan
kandungannya itu dan menolak permintaan Doktor Sadiz.

Selain itu, Raiha berhadapan dengan cabaran kedua apabila Felicia memberitahu rahsia
tentang punca kematian anaknya. Punca kematian anaknya adalah kerana Doktor Sadiz
membakar kereta mewahnya sebagai tanda kemarahan terhadap Raiha. Anaknya turut disambar
api dalam kebakaran tersebut. Cabaran tersebut diatasi dengan cara Raiha memaafkan Felicia
dan tidak berdendam walaupun Felicia tidak menceritakan kejadian sebenar lebih awal.

63

NOVEL BIMASAKTI MENARI

CABARAN WATAK UTAMA (P) CARA MENGATASI (H)
1. Cabaran yang dihadapi oleh Nurul Hafsa untuk Nurul Hafsa tetap berusaha memastikan
wujudnya Kawasan Langit Gelap Kuala
melaksanakan cita-citanya, iaitu menjadikan Kuala Selangor bersama-sama dengan
Muhammad Taufik. Usaha tersebut
Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap. Nurul membuahkan kejayaan.
Hafsa menerima tentangan hebat daripada Dato’ Johan

Arlington -Majid yang tidak dapat membekalkan lampu-
lampu cut-off untuk kawasan tersebut.

2. Cabaran semasa Nurul Hafsa diculik manakala Nurul Hafsa yang dilepaskan
abangnya, Budiman dipukul oleh sekumpulan kemudiannya membuat laporan polis.
penjenayah dipercayai atas arahan Dato’ Johan Usahanya itu berhasil apabila pasukan
Arlington-Majid. Mereka menculik Nurul Hafsa setelah polis berjaya menahan penjenayah-
dia selesai menjalankan kerja-kerja pencerapan kelip- penjenayah tersebut dan menyelamatkan
kelip. Muhammad Taufik berusaha menyelamatkan Muhammad Taufik.
Nurul Hafsa.

Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari. Cabaran yang dihadapi oleh watak
utama iaitu Nurul Hafsa ialah Nurul Hafsa berhadapan dengan cabaran untuk melaksanakan
cita-citanya, iaitu menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap. Nurul
Hafsa menerima tentangan hebat daripada Dato’ Johan Arlington -Majid
yang tidak dapat membekalkan lampu-lampu cut-off untuk kawasan tersebut. Cabaran
tersebut diatasi dengan cara Nurul Hafsa tetap berusaha memastikan wujudnya Kawasan Langit
Gelap Kuala Selangor bersama-sama dengan Muhammad Taufik. Usaha tersebut membuahkan
kejayaan.

Selain itu, cabaran Nurul Hafsa yang kedua ialah Nurul Hafsa diculik manakala
abangnya, Budiman dipukul oleh sekumpulan penjenayah dipercayai atas arahan Dato’Johan
Arlington-Majid. Mereka menculik Nurul Hafsa setelah dia selesai menjalankan kerja-kerja
pencerapan kelip-kelip. Muhammad Taufik berusaha menyelamatkan Nurul Hafsa.Cabaran
tersebut diatasi dengan cara Nurul Hafsa yang dilepaskankemudiannya membuat laporan polis.
Usahanya itu berhasil apabila pasukan polis berjaya menahan penjenayah-penjenayah tersebut
dan menyelamatkan Muhammad Taufik.

64

SET 4
STANDARD PEMBELAJARAN

2.1.2 (TING. 5) Membaca petikan prosa dan puisi dengan intonasi yang betul dan nada
4.1.1 (TING. 4) yang sesuai berdasarkan situasi.
SUMBER
Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan
menyatakan respon peribadi yang sesuai terhadap karya.
Buku teks novel Pantai Kasih

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Malangnya, suaranya terhalang oleh roh para pesakit yang pernah menjadi mangsa di hujung

pisa“uBbeadaghanyiamdaahnulau. Padraepnesgakaitnyangikterrlaalurbmerugantsunugahtaruap pakdeantyiak, yaangdmaenhguanlgugap
FUwealnigcbieart?ugaLsuhapnayakseabhagaei pnenggkabadiuketmeannustiaaann.gJugsa erogh aseloraangpkeanrakk-akarnaak yyaangntigdak
pbeerdrosna,aahnakeRnagihka.au pelajari sewaktu menjalani latihan asas
secara intensif dahulu?” tanya Doktor Raiha kepadanya

seca‘rTaetaspiinkeimsa.tian mereka, bukan kami sengajakan,’ bantah Uwang dalam hati. Hatinya

teruHs maemnjepriitr-jetriet mregmeanlgagikl nFamealiibcuibaapaanpyaa,bnailmaa idsteirai jemlietannyga dinangwaantiitas-weamniutalyaang

kpearntahad-kidaamtpaingDinoyaksterotarnaRmaa aihnaak .kaHndautnginnyyaayantgetrelathadnihyanata-rtkaenasyraam,aapepnauhkdai lhuar

Dnegoakrat, oserjakRkaecihl laagiaiktua. nTetampie, mmbalaenrgnikyaatniadacesersiaapma apuhn ytaengntmaenndgengmar ajetriatan

pbaetinlnayaj.aran Kejururawatan Asas, Anatomi dan Fisiologi,
Kesihatan Diri dan Awam, Psikologi dan Etika dan

sebaSgeajuirnusy, daia?berhAentpi amkenajehrit biarDpuon kDtokotorr RaihRa ateriuhsarancakamkealankukantoeperrausiske

mataes ntugbuihnnygaa. tkan dia tentang keperibadian dan sikap murni

yang perlu dan seharusnya dimDiilpeiktiki daoriplaedahnovselePoanrtaai Knagsih,
jururawat, setiap kali bersua muka dengannyamukkaesulraatk1?56,
Menggesa dia agar terus berkorban untuk mkaerymauAazmsakhaNnordin
hati para pesakit yang menerima raKwemaetnatenriandPienPdiRdiPkaKn Miatlauy?sia.

Mengingatkan dia tentang kesungguhan, kecekapan dan

j(ui)ga Nryaatsakaantsaiapnagkagh uyannggdjipaawnggailboleyhaDnr gUwtaning dgaglami tjeerirtanhbaadtinanypa kbeitdikaadniagsedang
tugasnya dalam kerjaya seperti itu?
dibedah oleh Dr Raiha? [4 markah]

Dipetik

Antara orang yang dipanggil oleh Dr Uwang dalam jeritan badtiannryaipkaetidkaadNia soedvaengl
Pantai Kasih, muka

dibedah oleh Dr Raiha ialah nama ibu bapanya dan nama isteri jelitanya. Selainsituu,rdiaajtug1a 9

menjerit memanggil wanita-wanita yang pernah didampinginya dan namKa aanarkykaanAduzngmnyaah

yang telah dihantar ke asrama penuh di luar negara, sejak kecNilolargid. in Kementerian
Pendidikan Malaysia

65

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a. Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
b. Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c. Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d. Pantai Kasih karya Azmah Nordin
e. Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f. Tirani, karya Beb Sabariah
g. Silir Daksina, karya Nizar Parman
h. Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan

kepincangan masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. [6 markah]

NOVEL PANTAI KASIH

PERISTIWA (P) KEPINCANGAN MASYARAKAT (H)

1. Peristiwa Doktor Sadiz yang sanggup Peristiwa ini menunjukkan kepincangan

membakar kereta Porsche miliknya yang masyarakat yang sanggup bertindak kejam

akhirnya turut meragut nyawa anaknya, Rohayu terhadap anak sendiri demi menjaga

yang berada berdekatan dengan kereta tersebut. maruah diri.

Tindakan ini dilakukan oleh Doktor Sadiz kerana

dia marah kepada isterinya iaitu Doktor Raiha

yang membawa lari anak mereka yang cacat

dengan kereta mewahnya.

66

2. Peristiwa Doktor Uwang yang telah Peristiwa ini menunjukkan kepincangan
menggunakan alat ganti sendi tulang pinggul masyarakat yang sanggup mengaut
Unong Siron yang murah dan tidak berkualiti keuntungan daripada kesusahan orang lain.
kerana ingin mendapatkan keuntungan.
Tindakan Doktor Uwang ini tekah menyebabkan
Unong Siron terpaksa dibedah sebanyak lima
kali akibat infeksi ekoran
penggunaan alat ganti tersebut.

Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih. Peristiwa yang menggambarkan
kepincangan masyarakat dalam novel ini ialah peristiwa Doktor Sadiz yang sanggup membakar
kereta Porsche miliknya yang akhirnya turut meragut nyawa anaknya, Rohayu yang berada
berdekatan dengan kereta tersebut. Tindakan ini dilakukan oleh Doktor Sadiz kerana dia marah
kepada isterinya iaitu Doktor Raiha yang membawa lari anak mereka yang cacat dengan kereta
mewahnya. Peristiwa ini menunjukkan kepincangan masyarakat yang sanggup bertindak kejam
terhadap anak sendiri demi menjaga maruah diri.

Selain itu, peristiwa kepincangan masyarakat yang kedua ialah peristiwa Doktor
Uwang yang telah menggunakan alat ganti sendi tulang pinggul Unong Siron yang murah dan
tidak berkualiti kerana ingin mendapatkan keuntungan. Tindakan Doktor Uwang ini telah
menyebabkan Unong Siron terpaksa dibedah sebanyak lima kali akibat infeksi ekoran
penggunaan alat ganti tersebut. Peristiwa ini menunjukkan kepincangan masyarakat yang
sanggup mengaut keuntungan daripada kesusahan orang lain.

67

NOVEL BIMASAKTI MENARI

KEPINCANGAN MASYARAKAT (P) PERISTIWA (H)

1. Peristiwa Dato’ Johan Arlington- Majid yang cuba Peristiwa ini menunjukkan kepincangan

menggagalkan pembentangan Projek Kawasan masyarakat yang sanggup mengaut

Simpan Langit Gelap oleh Nurul Hafsa kerana keuntungan tanpa memikirkan keindahan

bimbang jika projek tersebut berjaya dilaksanakan, alam sekitar yang perlu dilestarikan.
lampu jalan yang dibekalkan oleh syarikatnya akan

terhenti.

2. Peristiwa keruntuhan rumah tangga yang dibina Peristiwa ini menunjukkan kepincngan

oleh Tan Sru Muhaimin dan Puan Mariam Wickham masyarakat yang sanggup

kerana tuntutan kerjaya Puan Wickham sebagai mengutamakan kerjaya sehingga berlaku

aktivis alam sekitar yang sentiasa sibuk. Keruntuhan keruntuhan rumah tangga yang menyebabkan

rumah tangga tersebut telah membuatkan anak anak tidak mendapat kasih sayang

tunggal mereka Muhammad Taufik tidak mendapat sepenuhnya.

kasih sayang sepenuhnya daripada kedua-dua ibu

bapa kerana mereka berpisah dan tinggal berasingan.

Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari. Kepincangan masyarakat dalam
novel ini ialah peristiwa Dato’ Johan Arlington- Majid yang cuba menggagalkan
pembentangan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap oleh Nurul Hafsa kerana bimbang jika
projek tersebut berjaya dilaksanakan, lampu jalan yang dibekalkan oleh syarikatnya akan
terhenti. Peristiwa ini menunjukkan masyarakat yang sanggup mengaut keuntungan tanpa
memikirkan keindahan alam sekitar yang perlu dilestarikan.

68

Selain itu, kepincangan masyarakat yang kedua ialah peristiwa keruntuhan rumah
tangga yang dibina oleh Tan Sru Muhaimin dan Puan Mariam Wickham kerana tuntutan
kerjaya Puan Wickham sebagai aktivis alam sekitar yang sentiasa sibuk. Keruntuhan rumah
tangga tersebut telah membuatkan anak tunggal mereka Muhammad Taufik tidak mendapat
kasih sayang sepenuhnya daripada kedua-dua ibu bapa kerana mereka berpisah dan tinggal
berasingan. Peristiwa ini menunjukkan masyarakat yang sanggup mengutamakan kerjaya
sehingga berlaku keruntuhan rumah tangga yang menyebabkan anak tidak mendapat kasih
sayang sepenuhnya.

69

SET 5
STANDARD PEMBELAJARAN

2.1.2 (TING. 5) Membaca petikan prosa dan puisi dengan intonasi yang betul dan nada
4.1.1 (TING. 4) yang sesuai berdasarkan situasi.
SUMBER
Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan
menyatakan respon peribadi yang sesuai terhadap karya.
Buku teks novel Pantai Kasih

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Saya tak kisahlah sama ada awak mendapat sebarang peratus ataupun tidak, dari setiap

“oBpearagsiayiamngadnijaalankdaneknegataasnpesaikkitryaanrg mawuak bsawuaakteuPRPkKeinti.ikItuahakdaawahku. Tlaupi bagi
Felsiacyaia, y?anLg upepntainkg aiahlahekenbagjikkaanupartaepensatkaitndagn ashlei kgealularaganpyea ryakngatruraut tyeralibnatgdalam
perrnawaathaneitnu.gMkeanguasparei loraanjgayraingsemwemaankgtsuedima emnenjdaerlitaansaki ilt apatdiahbaadnanadsanasmental
secara intensif dahulu?” tanya Doktor Raiha kepadanya
secaadarlaah kseijnamis. J.angan sekali-kali diulangi lagi perkara itu, sister!”

HampiFrelitciea rtegrseenltaak knaFfaes. lWicajiaah paupcaatnbyailsaemdakiian pmuceant. gMiantagnyaa tyiansgesmeduiklitamerah
katsaem-kakaintmaeDraholakgti boerrbiRnaar-bihinaar.liHar.aTtaninpaybaerltenegraht, adianbyinag-ktaas bnanygaun,.aDpenagaknajehlingan
Doktatjaomr, FReliaciiahamelaurku akneluamr edmaribeperjaibkataRnaihcaedreangmanahditutruetindteantnumganmpainttua yang
pelmaejnaggregaanrkaKn seegjaular-gualranayaw. atan Asas, Anatomi dan Fisiologi,
Kesihatan Diri dan Awam, Psikologi dan Etika dan
sebagainya? Apakah Doktor Raiha akan teruDsipetik
mengingatkan dia tentang keperibadiadnaripaddaa nNosveilkPaanptaimKuasrihn, mi uka

surat 99-100

yang perlu dan seharusnya dimiliki olehkarysaeAozmraahnNgordin
jururawat, setiap kali bersua muka dengannya kelak?

Kementerian Pendidikan Malaysia

Menggesa dia agar terus berkorban untuk memuaskan
hati para pesakit yang menerima rawatan di PRPK itu?
Mengingatkan dia tentang kesungguhan, kecekapan dan
juga rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap bidang
tugasnya dalam kerjaya seperti itu?

Dipetik
daripada Novel
Pantai Kasih, muka

surat 19
Karya Azmah
Nordin Kementerian
Pendidikan Malaysia

70

(i) Apakah reaksi Felicia setelah diberi amaran oleh doktor Raiha supaya tidak
mengasari para pesakit di PRPK?
[4 markah]

Antara reaksi Felicia setelah diberi amaran oleh doktor Raiha supaya tidak mengasari
para pesakit di PRPK ialah Felicia tersentak nafas dan wajah pucatnya semakin pucat.
Selain itu, reaksinya juga ialah matanya yang sedikit merah semakin merah lagi
berbinar-binar liar dan dia bingkas bangun /Dengan jelingan tajam, Felicia meluru
keluar dari pejabat Raiha.

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a. Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
b. Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c. Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d. Pantai Kasih karya Azmah Nordin
e. Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f. Tirani, karya Beb Sabariah
g. Silir Daksina, karya Nizar Parman
h. Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua ciri peribadi positif watak utama

yang boleh dicontohi pembaca. [6 markah]

NOVEL PANTAI KASIH

CIRI-CIRI PERIBADI POSITIF (P) PERISTIWA (H)

1. Memiliki sifat bertanggungjawab dalam Buktinya, Doktor Raiha bertanggungjawab
menjalankan tugasan yang diamanahkan. menjalankan tugasan yang diamanahkan oleh
Doktor Uwang apabila dia diminta membuat
pembedahan penggantian sendi tulang pinggul
Unong Siron buat kali keenam. Akhirnya,
pembedahan tersebut berjaya dilakukan oleh
Doktor Raiha.

71

2. Memiliki sifat pemaaf dan tidak Buktinya, Raiha memaafkan Felicia dan tidak
menyimpan dendam. berdendam walaupun Felicia tidak menceritakan
kejadian sebenar tentang punca kematian anaknya
lebih awal. Dia akhirnya sedar bahawa dirinya dan
Felicia adalah mangsa keadaan.

Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih. Ciri-ciri peribadi positif bagi watak
utama iaitu Raiha ialah memiliki sifat bertanggungjawab dalam menjalankan tugasan yang
diamanahkan.Buktinya, Doktor Raiha bertanggungjawab menjalankan tugasan yang
diamanahkan oleh Doktor Uwang apabila dia diminta membuat pembedahan penggantian sendi
tulang pinggul Unong Siron buat kali keenam. Akhirnya, pembedahan tersebut berjaya
dilakukan oleh Doktor Raiha.

Selain itu, ciri peribadi positif Raiha yang kedua memiliki sifat pemaaf dan tidak
menyimpan dendam.Buktinya, Raiha memaafkan Felicia dan tidak berdendam walaupun
Felicia tidak menceritakan kejadian sebenar tentang punca kematian anaknya lebih awal. Dia
akhirnya sedar bahawa dirinya dan Felicia adalah mangsa keadaan.

NOVEL BIMASAKTI MENARI

CIRI-CIRI PERIBADI POSITIF (P) PERISTIWA (H)
1. Memiliki sifat gigih melaksanakan Buktinya, Nurul Hafsa tetap gigih berusaha
tugasan melestarikan alam sekitar. memastikan wujudnya Kawasan Simpan Langit Gelap
Kuala Selangor bersama-sama dengan Muhammad
2. Memiliki sifat setia kawan yang tinggi Taufik walaupun mendapat pelbagai cabaran.
Akhirnya, projek yang diusahakan berjaya.

Buktinya, atas semangat setia kawan, Nurul Hafsa dan
Budiman bergegas ke tempat kemalangan selepas
dihubungi oleh Muhammad Taufik bagi membantu
Muhammad Taufik yang ditimpa kemalangan.
Akhirnya, Muhammad Taufik dijumpai dan Nurul
Hafsa menelefon ambulans bagi membawa Muhammad
Taufik ke Hospital Besar Tanjung Karang.

Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari. Ciri-ciri peribadi positif watak
utama iaitu Nurul Hafsa ialah memiliki sifat gigih melaksanakan tugasan melestarikan alam
sekitar. Buktinya, Nurul Hafsa tetap gigih berusaha memastikan wujudnya Kawasan Simpan
Langit Gelap Kuala Selangor bersama-sama dengan Muhammad Taufik walaupun mendapat
pelbagai cabaran. Akhirnya, projek yang diusahakan berjaya.

72

Selain itu, ciri peribadi positif Nurul Hafsa yang kedua ialah memiliki sifat setia kawan
yang tinggi. Buktinya, atas semangat setia kawan, Nurul Hafsa dan Budiman bergegas ke
tempat kemalangan selepas dihubungi oleh Muhammad Taufik bagi membantu Muhammad
Taufik yang ditimpa kemalangan. Akhirnya, Muhammad Taufik dijumpai dan Nurul Hafsa
menelefon ambulans bagi membawa Muhammad Taufik ke Hospital Besar Tanjung Karang.

73

SET 6
STANDARD PEMBELAJARAN

2.1.2 (TING. 5) Membaca petikan prosa dan puisi dengan intonasi yang betul dan nada
yang sesuai berdasarkan situasi.

4.1.1 (TING. 4) Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan

menyatakan respon peribadi yang sesuai terhadap karya.

SUMBER Buku teks novel Pantai Kasih

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan

menggunakan ayat anda sendiri.

“ Dato’ Johann, kita perlu kembali kepada objektif projek ini, iaitu tujuan saya mengetengahkan

bent“uBk-abegntaukimlaamnpuayandgetnidgakancantiikkirnia. rOmbjeuktifnsyua aadtaulah kunetutkikmaenjaddiakahnuKluuala

FSeelalngicoriase?baLgaui psaatukKaahwaesann gSikmapaun LtaenngittGaenlagp. sKeitagbaulkaannpyaehrekndaakramewyaujundgkan
pBaenrdanr CaahhaeyanagtaukBaaundapreSleraibjuaLrami psue. Uwntaukkittuukimtaesundajhaaldaain- Ci iltyadtiiShhaahnAlaams.aJasdi,
secara intensif dahulu?” tanya Doktor Raiha kepadanya
sisuepceancrahaaysaainnsiesb.agai suatu bentuk estetik tidak timbul. Jika tuan puan pernah melawat i-City

saya yakin pengalaman tuan puan sama dengan pengalaman saya. i-City satu tempat tandus yang

panaHs adamn pkeirrintg epardga ewlakatukmFaleamlickeiraanaakpaawbasialnaindi biaerhmiaesknangcianhagyaa tbuiastaenmmuanluasia.
kata-kata Doktor Raiha. Hatinya tertanya-tanya, apakah

Mata saya berpinar-pinar apabila berada di situ. Tempat ini tidak sepatutnya wujud. Maafkan

Doktor Raiha akan memberikan ceramah tentang mata
psaeyal, aDjaator’ aMnentKerei jBuesraru,”raucwapaNtuarunl HAasfsaa ss,edAikint atetrkoelmuair ddaarinpadFa istaijoukl.oTgetia,pi
Kkeelansciahngaatnnayna begDituirmiemdikaatnpadaAmwataaamna,k mPussuihkkoetlatonyga iyandgamnenunEjutkkikanariakdseadnang

sjaetubh acingtaadienngyaan ?ucapaAn tperasekbuat.h Doktor Raiha akan terus

mengingatkan dia tentang keperibadian dan sikap murni
yang perlu dan seharusnyNaovedl Bimimialsaikktii Moenlarei,hmukDsaipeseutoriakrt d1aa1r7nip-1ga1d8a
jururawat, setiap kali bersua muka dKearnyagSarinRnahyayau MkoehldaYkus?op
Menggesa dia agar terus berkorbaKnemeunntertiaunkPemndeidmikaunaMsaklaaysnia
hati para pesakit yang menerima rawatan di PRPK itu?

Mengingatkan dia tentang kesungguhan, kecekapan dan

juga rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap bidang

tNuyagtaakasnnkeyaadaadnaBlanadmar ik-Ceitry jdiaSyhaahsAelapmepradtaiwitakutu?malam seperti yang digambarkan

oleh Nurul Hafsa melalui pengalamannya. D[4impaerktaihk]

daripada Novel

Pantai Kasih, muka

Keadaan Bandar i-City di Shah Alam pada waktu malam seperti yang disgaumrbaarkta1n 9

oleh Nurul Hafsa melalui pengalamannya ialah satu tempat tandus danKpaanrasy. SaelAainzmitua, h
Nordin Kementerian

kering pada waktu malam dan kawasan ini berhiaskan cahayPa beunatadnidmaiknuasina. Malaysia

74

(i) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a. Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
b. Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c. Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d. Pantai Kasih karya Azmah Nordin
e. Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f. Tirani, karya Beb Sabariah
g. Silir Daksina, karya Nizar Parman
h. Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua kebaikan yang diperoleh pembaca

apabila membaca novel tersebut. [6 markah]

NOVEL PANTAI KASIH

KEBAIKAN (P) PERISTIWA (H)

1. Pembaca dapat menambahkan ilmu Buktinya, Doktor Raiha dan Emma Yong
berusaha memberi rawatan terbaik kepada
pengetahuan tentang tanggungjawab doktor Unong Siron ketika melakukan pembedahan
dan kakitangan di hospital. sendi tulang pinggul buat kali keenam. Selain
itu, Doktor Raiha dan rakan-rakannya
berusaha menyelamatkan Doktor Uwang
yang cedera akibat kemalangan setelah
merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai
Kasih.

2. Pembaca dapat mengetahui tentang Buktinya, Felicia yang menghadapi pelbagai
bahayanya pengambilan ubat batuk secara masalah dalam hidup terutamnya gangguan
berlebihan. selepas terlibat secara tidak sengaja dalam
kematian Rohayu anak Doktor Raiha
mengalami tekanan. Dia tersepit antara
kejujuran yang sentiasa ditekankan oleh
bidang kerjaya murninya dengan mereka
yang mempunyai kuasa. Felicia minum ubat
batuk untuk menenangkan dirinya dan
melupakan segala kemelut yang berlaku
terhadap dirinya.

75

Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih. Kebaikan yang diperoleh pembaca
apabila membaca novel ini ialah pembaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang
tanggungjawab doktor dan kakitangan di hospital. Buktinya, Doktor Raiha dan Emma Yong
berusaha memberi rawatan terbaik kepada Unong Siron ketika melakukan pembedahan sendi
tulang pinggul buat kali keenam. Selain itu, Doktor Raiha dan rakan-rakannya berusaha
menyelamatkan Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan setelah merempuh tembok
Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Selain itu, kebaikan membaca novel ini yang kedua ialah pembaca dapat mengetahui
tentang bahayanya pengambilan ubat batuk secara berlebihan. Hal ini dapat dibuktikan, Felicia
yang menghadapi pelbagai masalah dalam hidup terutamnya gangguan selepas terlibat secara
tidak sengaja dalam kematian Rohayu anak Doktor Raiha mengalami tekanan. Dia tersepit
antara kejujuran yang sentiasa ditekankan oleh bidang kerjaya murninya dengan mereka yang
mempunyai kuasa. Felicia minum ubat batuk untuk menenangkan dirinya dan melupakan
segala kemelut yang berlaku terhadap dirinya.

76

NOVEL BIMASAKTI MENARI

KEBAIKAN (P) menanamkan PERISTIWA (H)
1. Pembaca dapat alam sekitar Buktinya, pembaca dapat menambahkan pengetahuan
perasaan cinta akan tentang kepupusan populasi kelip-kelip akibat pencemaran
dalam diri. cahaya yang berlaku di Kuala Selangor. Selain itu, pembaca
juga dapat mengetahui sejarah Kuala Selangor yang
dahulunya merupakan tempat terbaik untuk pengkaji bintang
amatur dan profesional melihat cakerawala sehingga
terbinanya Balai Cerap Sultan Salahuddin.

2. Pembaca dapat mengetahui kesan Buktinya, Kuala Selangor semakin meningkat maju dan
pembangunan terhadap alam sekitar. mengalami pertambahan penduduk yang ketara kerana
jaraknya yang dekat dengan Kuala Lumpur,Klang dan Shah
Alam. Oleh sebab itu, Nurul Hafsa mencadangkan kepada
Muhammad Taufik agar pengurusan teknologi secara
minimum perlu dilakukan di Kuala Selangor supaya tarikan
dan keistimewaan yang ada di Kuala Selangor kekal
terpelihara.

Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari. Kebaikan yang diperoleh pembaca
apabila membaca novel ini ialah pembaca dapat menanamkan perasaan cinta akan alam sekitar
dalam diri. Buktinya, pembaca dapat menambahkan pengetahuan tentang kepupusan populasi
kelip-kelip akibat pencemaran cahaya yang berlaku di Kuala Selangor. Selain itu, pembaca
juga dapat mengetahui sejarah Kuala Selangor yang dahulunya merupakan tempat terbaik
untuk pengkaji bintang amatur dan profesional melihat cakerawala sehingga terbinanya Balai
Cerap Sultan Salahuddin.

Selain itu, kebaikan membaca novel ini yang kedua ialah pembaca dapat mengetahui
kesan pembangunan terhadap alam sekitar. Sebagai bukti, Kuala Selangor semakin meningkat
maju dan mengalami pertambahan penduduk yang ketara kerana jaraknya yang dekat dengan
Kuala Lumpur,Klang dan Shah Alam . Oleh sebab itu, Nurul Hafsa mencadangkan kepada
Muhammad Taufik agar pengurusan teknologi secara minimum perlu dilakukan di Kuala
Selangor supaya tarikan dan keistimewaan yang ada di Kuala Selangor kekal terpelihara.

77

SET 7
STANDARD PEMBELAJARAN

2.1.2 (TING. 5) Membaca petikan prosa dan puisi dengan intonasi yang betul dan nada
4.1.1 (TING. 4) yang sesuai berdasarkan situasi.
SUMBER
Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan
menyatakan respons peribadi yang sesuai terhadap karya.
Buku teks novel Pantai Kasih

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“ Kerana kegelapan mengundang jenayah. Perkara jahat berlaku dalam gelap seperti

kecur“iaBn,arogmapiamkaan ndaan madkseiant,”gtaernang Dikatro’aJrohmanun. suatu ketika dahulu

FeliWciaaja?h NLuurupl Haakfsaa hitu etibna-gtibkaaseupetrtiednilatnadanilghamsedagnaselpaantpasekrilakt adiarmaenyjaawnabg.
pern“ aDhatoe’ Jnohgaknna, audaplaemlpaujaataurtiiasdea wlamapku ttiduakmmeenmpjuanlyaai nkaiitlanadteinhgaannkaadasr ajensayah.
Ksaewaclaanr, apenignutatekunassaiafn ddaanhpuemluan?ta”uatnapnihyaak bDerokukatsaolarh Ryaangihdaapakt empeanudruannkayn akadar
jesneaycaha,”rNaursulinHaisfs.a menjawab penuh yakin.

Ha“ PmoplisirtidtakebrogleheblearakdaFpaedla iscemiauaatepmapabt iplaada dseitaiapmmeasna,g” Dinatgo’aJtohiasnnemmeumlbaidas.
kata“-kDai tsaampDinogkittuo, lranRgkaahi-hlaang.kHahaktaiwnaylaan tuneturktamnenygeala-ktkaannyakati,viatipjaenkayaahhjuga
mbseDpaepienkaog.tluuktakEntuyljahoaakkdrkariananamhRunbdajiaalhirKshinepybeaaaedj.lauuamrmkjeueanlaranlyuaaihmwjiaetaulamtbnea-brjalenalakrnuAi.kMssuaiansnayslin.,ycaEAe,lapnrkaskaaaanmtngokakamhenliugartdirleadnmannatlkaaFumnni,sc”giiroNummluoraauhgltdaieH,nagfasna
Kesihatan Diri dan Awam, Psikologi dan Etika dan

sebagainya? Apakah Doktor Raiha akanDipettikedraruipsada
mengingatkan dia tentang keperibnoavedl iBaimnasadkati nMesnaikri,ampukma suurratn1i20

karya Sri Rahayu Mohd Yusop

yang perlu dan seharusnya dimKeimliekntieriaonlPeenhdidiksaen oMralaaynsiga
jururawat, setiap kali bersua muka dengannya kelak?

Menggesa dia agar terus berkorban untuk memuaskan

hati para pesakit yang menerima rawatan di PRPK itu?

MNyeatnakganinpegrkaatrak-paernkarda iyaantgednistaraannkagn koleehsNuunrugl gHuafhsaanun,tukkemceengkuraanpgakann kdaadanr

jjeunagyaah. ra[4smaartkaahn] ggungjawab yang tinggi terhadap bidang
tugasnya dalam kerjaya seperti itu?

Perkara-perkara yang disarankan oleh Nurul Hafsa untuk mengurangkan kadar jenayah ialah kawalan,

penguatkuasaan dan pemantauan pihak berkuasa dan langkah- langkah kawalan uDntuipk emtenikgelakkan
daripada Novel

aktiviti jenayah juga sepatutnya diambil sebelum jenayah itu bPeralankut. aSeilaKinaitsui,hpa,smanugkkanagril dan
kunci rumah dengan baik serta elakkan daripada melalui jalan-jalan sunyi /elakksaun rkealutar1m9alam.

Karya Azmah
Nordin Kementerian
Pendidikan Malaysia

78

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a. Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
b. Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c. Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d. Pantai Kasih karya Azmah Nordin
e. Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f. Tirani, karya Beb Sabariah
g. Silir Daksina, karya Nizar Parman
h. Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua kritikan sosial yang cuba
diketengahkan oleh pengarang dalam novel tersebut

[6 markah]

NOVEL PANTAI KASIH

KRITIKAN SOSIAL (P) PERISTIWA (H)

1. Kritikan sosial terhadap sikap masyarakat Buktinya, sikap Doktor Uwang yang masih
yang suka berfoya-foya di luar walaupun berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga
sudah berumah tangga. menggambarkan bahawa dia seorang yang suka
akan kebebasan dan tidak mahu dikongkong.
Walaupun sudah berumah tangga, dia tetap
mengunjungi kelab-kelab malam dan minum
arak bersama-sama gadis pelayan dan
kemudiannya berakhir ke ranjang.

2. Kritikan terhadap sikap masyarakat yang Buktinya, Doktor Uwang lebih mementingkan
mengutamakan keuntungan tanpa keuntungan PRPK tanpa menghiraukan
menghiraukan kesusahan orang lain. kesusahan pesakitnya. Unong Siron merupakan
pesakit yang dibedah bagi merawat sendi tulang
pinggulnya sebanyak lima kali oleh Doktor
Uwang dengan menggunakan peralatan yang
tidak berkualiti.

79

Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih. Kritikan sosial yang cuba
diketengahkan oleh pengarang novel ini ialah kritikan sosial terhadap sikap masyarakat yang
suka berfoya-foya di luar walaupun sudah berumah tangga. Buktinya, sikap Doktor Uwang
yang masih berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga menggambarkan bahawa dia
seorang yang suka akan kebebasan dan tidak mahu dikongkong. Walaupun sudah berumah
tangga, dia tetap mengunjungi kelab-kelab malam dan minum arak bersama-sama gadis
pelayan dan kemudiannya berakhir ke ranjang.

Selain itu, kritikan sosial yang kedua ialah kritikan terhadap sikap masyarakat yang
mengutamakan keuntungan tanpa menghiraukan kesusahan orang lain. Hal ini dapat
dibuktikan, Doktor Uwang lebih mementingkan keuntungan PRPK tanpa menghiraukan
kesusahan pesakitnya. Unong Siron merupakan pesakit yang dibedah bagi merawat sendi
tulang pinggulnya sebanyak lima kali oleh Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang
tidak berkualiti.

NOVEL BIMASAKTI MENARI

KRITIKAN SOSIAL (P) PERISTIWA (H)
1. Kritikan sosial terhadap sikap Buktinya, Dato Johann Arlington- Majid tidak
masyarakat yang mementingkan bersetuju dengan projek Kawasan Simpan Langit
kepentingan diri daripada alam Gelap yang diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad
sekitar. Taufik kerana akan mengganggu perniagaan lampu
jalan yang dibekalkannya oleh syarikatnya di Kuala
2. Kritikan sosial terhadap sikap Selangor. Dia cuba menggagalkan pembentangan
masyarakat yang menggunakan projek tersebut di hadapan Menteri Besar.
jenayah dalam menyelesaikan Buktinya, Dato Johann Arlington- Majid mengupah
masalah. orang untuk memukul Muhammad Taufik semasa dia
dalam perjalanan pulang dari masjid sebagai tanda
peringatan. Selepas kejadian itu, Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik juga diculik kerana dendam Dato’
Johann Arlington-Majid yang tidak berkesudahan
setelah perniagaannya terganggu akibat perlaksanaan
projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang
diusahakan oleh Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik.

80

Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari. Kritikan sosial yang cuba
diketengahkan oleh pengarang novel ini ialah kritikan sosial terhadap sikap masyarakat yang
mementingkan kepentingan diri daripada alam sekitar. Buktinya, Dato Johann Arlington- Majid
tidak bersetuju dengan projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang diusahakan Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik kerana akan mengganggu perniagaan lampu jalan
yang dibekalkannya oleh syarikatnya di Kuala Selangor. Dia cuba menggagalkan
pembentangan projek tersebut di hadapan Menteri Besar.

Selain itu, kritikan sosial yang kedua ialah kritikan sosial terhadap sikap masyarakat yang
menggunakan jenayah dalam menyelesaikan masalah.Sebagai bukti, Dato Johann Arlington-
Majid mengupah orang untuk memukul Muhammad Taufik semasa dia dalam perjalanan pulang
dari masjid sebagai tanda peringatan. Selepas kejadian itu,Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik
juga diculik kerana dendam Dato’ Johann Arlington-Majid yang tidak berkesudahan setelah
perniagaannya terganggu akibat perlaksanaan projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang
diusahakan oleh Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik.

81

BAHAGIAN A (RUMUSAN)
SOALAN 9 (RUMUSAN)

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
SET 3
Bahan 1 - Petikan

Udang ialah sumber Omega-3 yang kaya dengan protein namun kurang kandungan
lemak dan kalori. Terdapat pelbagai jenis udang air masin dan air tawar yang kian menjadi
pilihan penternak udang. Antara spesies udang yang diternak besar-besaran ialah udang
galah, udang putih, udang kara dan udang harimau. Udang harimau atau nama saintifiknya
Penaeus monodon merupakan spesies udang yang semakin banyak diternak di Malaysia.

Terdapat beberapa langkah dalam menternak udang harimau, antaranya ialah
penternak akan membina kolam berhampiran sungai dan laut untuk mendapatkan sumber
air payau masin. Parameter indeks kualiti air akan ditentukan seminggu sekali untuk
memastikan keadaan fizikal air kolam seperti suhu, pH, oksigen terlarut, dan kadar
kemasinan sesuai untuk tumbesaran udang. Selain itu, keadaan fizikal kolam tidak
mengandungi plankton yang boleh menyebabkan gangguan kepada pembesaran udang
harimau.

Untuk mendapatkan hasil ternakan udang yang menepati kehendak pelanggan,
langkah yang perlu diambil ialah penternak perlu memastikan makanan yang mencukupi
diberikan kepada udang. Pemberian makanan ini dilakukan secara manual dan automatik.
Kaedah manual dilakukan dengan cara menaburkan makanan secara manual dan
automatik. Terdapat juga penternak yang memberikan makanan secara automatik dengan
menetapkan penggera masa pada alat auto feeder untuk menaburkan makanan secara
automatik. Langkah seterusnya, para pekerja kolam akan memastikan nutrien yang
mencukupi agar udang yang diternak sihat. Kolam juga akan dilengkapkan dengan kincir
air untuk mengawal suhu air kolam iaitu antara 25℃ hingga 32℃.

Kesimpulannya, penternakan udang harimau merupakan bidang yang semakin
mendapat sambutan masyarakat pada masa ini. Para pengusaha ternakan undang ini
mampu memasarkan udang mereka bukan sahaja untuk keperluan tempatan, malahan
turut mengeksportnya ke luar negara seperti Korea, Singapura, dan China.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Mengintai Habitat Udang Harimau’
Buku teks Tingkatan 4 halaman 46-47 (2019)

82

Bahan 2 – Grafik
83

Jawaban

JAWAPAN LATIHAN 3

Pendahuluan [2 m]
 Rumusan membincangkan langkah-langkah/ cara-cara/ usaha-usaha
[1 m]
menternak udang harimau dan faktor-faktor/ punca-punca/ sebab-sebab yang [1 m]
menggalakkan penternakannya.

 Rumusan membincangkan langkah-langkah/ cara-cara/ usaha-usaha
menternak udang harimau.

 Rumusan membincangkan faktor-faktor/ punca-punca/ sebab-sebab yang
menggalakkan penternakannya

Isi Bahan 1 – Petikan

Fokus 1 (Langkah-langkah/ cara-cara/ usaha-usaha menternak udang harimau)

1. Penternak akan membina kolam berhampiran sungai dan laut untuk [2 m]

mendapatkan sumber air payau masin.

2. Parameter indeks kualiti air akan ditentukan seminggu sekali untuk [2 m]

memastikan keadaan fizikal air kolam.

3. Keadaan fizikal kolam tidak mengandungi plankton yang boleh [2 m]

menyebabkan gangguan kepada pembesaran udang harimau.

4. Memastikan makanan yang mencukupi diberikan kepada udang. [2 m]

5. Memastikan nutrien yang mencukupi agar udang yang diternak [2 m]

sihat.

6. Kolam juga akan dilengkapkan dengan kincir air untuk mengawal [2 m]

suhu air kolam iaitu antara 25⁰C hingga 32⁰C

Isi Bahan 2 – Grafik [2 m]
Fokus 2 (Faktor-faktor/ punca-punca/ sebab-sebab yang menggalakkan
[2 m]
penternakannya) [2 m]
1. Penggunaan teknologi moden dapat menghasilkan udang yang sihat [2 m]

dan berskala besar.
2. Jaminan harga yang tinggi di pasaran mengikut saiz udang.
3. Permintaan yang tinggi di sektor perniagaan makanan.

4. Pendapatan sampingan kepada pengusaha kolam udang harimau.

Kesimpulan : [2 m]
Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dalam meningkatkan lagi bidang
penternakan udang harimau agar industri ini dapat menyumbang kepada ekonomi
negara.

84

SET 4

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1 – Petikan

Zaman dahulu robot hanyalah sekadar mesin. Kini, kita menyaksikan robot dapat bertindak
mengikut arahan yang disambungkan kepada sistem yang membolehkannya berfungsi dengan robot lain.
Lebih tepat lagi, penggunaannya bersangkut paut dengan keupayaan Internet. Pengeluaran barangan dan
perkhidmatan menjadi lebih cekap apabila semua urusan dilakukan melalui Internet.

Terdapat banyak kelebihan penggunaan robot dalam kehidupan seharian manusia. Antaranya ialah
penggunaan robot sebagai pengesan dalam pertanian bukan sahaja mampu menentukan keadaan cuaca,
malahan berupaya memaklumkan jumlah air yang diperlukan oleh tanaman. Robot ini kemudiannya
memaklumkan data tersebut kepada robot lain. Selain itu, robot ini pula akan menghasilkan nutrien tertentu
mengikut bacaan robot pengesan tadi bagi menjadikan tanaman lebih terpelihara dan lebih hebat apabila
tindakan ini dilakukan setiap saat tanpa henti dalam setahun.

Dalam bidang perubatan pula, penggunaan robot berupaya untuk mempercepat proses rawatan.
Dalam bidang ini, robot membantu manusia untuk menganalisis dan mendiagnosis pelbagai jenis penyakit
seperti pertumbuhan kanser. Robot juga berguna untuk membantu doktor menjalankan operasi
pembedahan dalam bahagian tubuh manusia yang sensitif dan sukar dilakukan dengan tangan.

Selain itu, penggunaan robot turut membawa kepentingan dalam ketenteraan dan menjaga
keselamatan negara. Kemajuan teknologi dalam bidang robotik boleh membantu tentera mengesan bom,
periuk api, dan sebagainya. Di samping itu, robot juga memainkan peranan penting sebagai ejen perisikan
dan mengesan segala pergerakan yang dirancang oleh musuh. Oleh yang demikian, keselamatan negara
lebih terjamin daripada pencerobohan.

Banyak lagi tugas manusia yang boleh dilakukan oleh robot dengan lebih efektif. Manusia boleh
memanfaatkan penggunaan robot untuk pelbagai tujuan. Robot boleh mengambil alih tugas manusia
sebagai pekerja kilang, pembantu rumah, penghibur dan sebagainya. Tidak mustahil suatu masa nanti,
manusia akan terlalu bergantung pada robot dalam kehidupan. Robot akan ada di mana-mana untuk
membantu manusia menjalankan tugas dalam pelbagai rutin kehidupan.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Zaman Robot’
Buku teks Tingkatan 4 halaman 67

85

Bahan 2 – Grafik
86

JAWAPAN SET 4 [2 m]
[1 m]
Pendahuluan [1 m]
 Rumusan membincangkan kelebihan/ kebaikan/ faedah/ manfaat penggunaan

robot dalam kehidupan manusia dan keburukannya.
 Rumusan membincangkan kelebihan/ kebaikan/ faedah/ manfaat penggunaan

robot dalam kehidupan manusia.
 Rumusan membincangkan keburukan penggunaan robot dalam kehidupan

manusia.

Isi Bahan 1 – Petikan

Fokus 1 (Kelebihan/ kebaikan/ faedah/ manfaat penggunaan robot dalam kehidupan
manusia)

1. Dalam pertanian, robot mampu menentukan keadaan cuaca. [2 m]

2. Berupaya memaklumkan jumlah air yang diperlukan oleh tanaman. [2 m]

3. Bidang perubatan pula, penggunaan robot berupaya untuk [2 m]

mempercepat proses rawatan.

4. Membantu manusia untuk menganalisis dan mendiagnosis pelbagai [2 m]

jenis penyakit seperti pertumbuhan kanser..

5. Membantu doktor menjalankan operasi pembedahan dalam tubuh [2 m]

manusia yang sensitif dan sukar dilakukan dengan tangan.

6. Penggunaan robot turut membawa kepentingan dalam ketenteraan [2 m]

dan menjaga keselamatan negara.

7. Mengambil alih tugas manusia sebagai pekerja kilang, pembantu [2 m]

rumah dan penghibur.

Isi Bahan 2 – Grafik [2 m]
Fokus 2 (Keburukan penggunaan robot) [2 m]
[2 m]
1. Kos penyelenggaraan sesebuah robot sangat tinggi.
2. Manusia menjadi semakin malas untuk bergerak. [2 m]

3. Kadar pengangguran semakin tinggi kerana robot telah mengambil
alih tugas manusia.

4. Manusia yang obesiti semakin ramai kerana kurang bergerak.

Kesimpulan : [2 m]

Kesimpulannya, para pengguna perlu bijak menggunakan kemudahan robot dalam
aktiviti harian agar kehidupan menjadi lebih sejahtera.

87

SET 5
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 – Petikan

Malaysia dianugerahi pelbagai musim buah dan bunga, keunikan ini perlu dimanfaatkan. Dekan
Fakulti Reka bentuk dan Seni bina Universiti Putra Malaysia Prof. Madya Dr. Osman Mohd Tahir berkata
banyak negara termasuk negara jiran, Thailand menggunakan pelancongan hijau sebagai promosi untuk
menarik lebih ramai pelancong ke negara mereka. Pelancongan hijau dikatakan meningkat kerana
menikmati keindahan alam membolehkan pelancong mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Bagi mencapai matlamat meningkatkan pelancongan hijau negara, tindakan yang
perlu dilakukan ialah mewujudkan kalendar tahunan bagi musim buah dan bunga di negara ini bagi
memudahkan pelancong membuat perancangan untuk datang ke Malaysia. Hal ini bermaksud,
pelancong yang suka makan durian boleh datang semasa musim raja buah itu, manakala penggemar
mangga pula boleh merancang cuti mereka di Malaysia pada musim mangga. Pengusaha produk juga perlu
menyediakan laluan pejalan kaki, laluan basikal dan kemudahan pengangkutan awam bagi memudahkan
pergerakan pelancong hijau.

Tumbuhan tropika juga sebaiknya ditanam secara berkelompok bagi memberi impak yang lebih
menarik di sesuatu kawasan itu, sebagaimana pokok Cherry Blossoms atau Sakura yang ditanam di tepi
jalan serta taman di Jepun sehingga menjadikannya satu produk pelancongan yang terkenal. Tidak kurang
pentingnya, penginapan yang disediakan mestilah berkonsepkan hotel hijau yang diperakukan agar dapat
memenuhi kehendak pelancong dan pada masa yang sama dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Lebih banyak kawasan yang dibangunkan dengan landskap yang indah mampu menjadi aset
penting buat negara dalam menjadikan Malaysia sebuah negara taman yang terindah. Bagi pelancong pula,
pengalaman yang dilalui dapat menambah ilmu dan dijadikan pengalaman yang berharga.

https://k15.upm.edu.my/artikel/perhebat pelancongan hijau negara

88

Bahan 2 – Grafik
89

JAWAPAN SET 5

Pendahuluan [2 m]
 Rumusan membincangkan langkah-langkah/ cara-cara/ usaha-usaha untuk
[1 m]
meningkatkan pelancongan hijau dan kelebihan/ kebaikan/ faedah/ manfaat [1 m]
aktiviti pelancongan.
 Rumusan membincangkan langkah-langkah/ cara-cara/ usaha-usaha untuk
meningkatkan pelancongan hijau.
 Rumusan membincangkan kelebihan/ kebaikan/ faedah/ manfaat aktiviti
pelancongan.

Isi Bahan 1 – Petikan

Fokus 1 (Langkah-langkah/ cara-cara/ usaha-usaha untuk meningkatkan pelancongan

hijau)

1. Mewujudkan kalendar tahunan bagi musim buah dan bunga di [2 m]
negara ini.

2. Menyediakan laluan pejalan kaki, laluan basikal dan kemudahan [2 m]
pengangkutan awam.

3. Tumbuhan tropika juga sebaiknya ditanam secara berkelompok bagi [2 m]
bagi memberi impak yang lebih menarik pada sesuatu kawasan itu.

4. Penginapan yang disediakan mestilah berkonsepkan hotel hijau yang [2 m]
diperakukan.

5. Pakej pelancongan yang menarik. [2 m]

6. Kempen percutian dalam negara. [2 m]

7. Meningkatkan aspek keselamatan. [2 m]

Isi Bahan 2 – Grafik [2 m]
[2 m]
Fokus 2 (Kelebihan/ kebaikan/ faedah/ manfaat aktiviti pelancongan) [2 m]
1. Mengurangkan tekanan yang dihadapi. [2 m]
2. Mengeratkan hubungan kekeluargaan .
3. Menjadikan Malaysia sebuah negara taman yang terindah.

4. Dapat menambah ilmu dan dijadikan pengalaman yang berharga.

Kesimpulan : [2 m]

Kesimpulannya, langkah-langkah meningkatkan sektor pelancongan hijau perlu
diperkasakan agar ekonomi negara dapat ditingkatkan.

90

SET 6

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1 - Petikan

Ketua Pengarah Perhilitan berkata, masalah kepupusan pelbagai hidupan liar di negara ini sentiasa
menjadi fokus utama pihaknya yang dipertanggungjawab untuk memikirkan kaedah terbaik menangani
isu itu. Menurutnya, antara spesies haiwan yang didapati amat terancam adalah tenggiling, harimau
Malaya, badak Sumatera dan banteng. Ekoran itu, terdapat cadangan supaya usaha drastik dan pragmatik
diambil oleh pihak berkuasa dan kerajaan. Antaranya, kempen ‘Selamatkan Haiwan Liar’ di bawah Jabatan
Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) perlu diperhebat.
Malah, lebih banyak pusat pemuliharaan perlu diwujudkan.

Pengerusi Yayasan Pemuliharaan Hidupan Liar Malaysia (MWCF) pula berpendapat, peruntukan
dana kepada agensi penguatkuasa seharusnya ditingkatkan bagi mengawal pemburuan haram terhadap
spesies terancam di negara ini. Menurutnya, pelan dan polisi pemuliharaan hidupan liar sukar untuk dicapai
jika dana tersebut tidak ditambah. Beliau yang juga merupakan bekas ketua pegawai eksekutif World Wide
Fund For Nature (WWF) berkata, pemburuan haram masih berleluasa di Malaysia. Selain meningkatkan
peruntukan dana kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan, penglibatan pasukan angkatan bersenjata
yang terlatih juga perlu, terutamanya Angkatan Tentera Malaysia, dengan tujuan menamatkan
pencerobohan dan pemburuan.

Dalam usaha menyelesaikan masalah ini, pihak berkuasa hidupan liar dan NGO alam sekitar
bersama agensi penguatkuasaan berkaitan telah bergabung untuk mematahkan usaha aktiviti haram ini,
tetapi berdepan pelbagai cabaran. Presiden Pencinta Alam Malaysia Prof. Dr. Ahmad Ismail berpendapat
meskipun hal tersebut sering diuar-uarkan di media namun masih belum berjaya diselesaikan. Sebab itu
kita masih lihat banyak konflik berlaku antara pemuliharaan dan pembangunan. Jelas di sini, perkara yang
kita perlu sekarang ialah kesedaran awam dalam menyokong hasrat kerajaan. Tidak kurang pentingnya,
dana yang besar diperlukan sama ada daripada kerajaan atau sumbangan awam untuk pemantauan pemburu
haram agar isu yang menjadi polemik ini tidak akan berterusan.

Dipetik dan diubah suai
https://www.malaysiakini.com/news/478244

91

Bahan 2 – Grafik
92

JAWAPAN

Pendahuluan [2 m]
 Rumusan membincangkan langkah-langkah/ cara-cara/ usaha-usaha
[1 m]
mengatasi masalah kepupusan hidupan liar dan faktor-faktor/ punca-punca/ [1 m]
sebab-sebab berlakunya kepupusan.
 Rumusan membincangkan langkah-langkah/ cara-cara/ usaha-usaha
mengatasi masalah kepupusan hidupan liar.

 Rumusan membincangkan faktor-faktor/ punca-punca/ sebab-sebab
berlakunya kepupusan.

Isi Bahan 1 – Petikan

Fokus 1 (Langkah-langkah/ cara-cara/ usaha-usaha mengatasi masalah kepupusan

hidupan liar)

1. Kempen Selamat Haiwan Liar di bawah Jabatan Perlindungan [2 m]

Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilihan)

perlu diperhebat.

2. Lebih banyak pusat pemuliharaan perlu diwujudkan. [2 m]

3. Peruntukan dana kepada agensi penguat kuasa seharusnya [2 m]

ditingkatkan bagi mengawal pemburuan haram terhadap spesies

terancam.

4. Penglibatan pasukan angkatan bersenjata yang terlatih juga perlu. [2 m]

5. Pihak berkuasa hidupan liar dan NGO alam sekitar bersama agensi [2 m]

penguatkuasaan berkaitan telah bergabung untuk mematahkan usaha

aktiviti haram ini.

6. Kesedaran awam dalam menyokong hasrat kerajaan. [2 m]

Isi Bahan 2 – Grafik [2 m]
Fokus 2 (Faktor-faktor kepupusan hidupan liar) [2 m]
[2 m]
1. Pemburuan haram masih berleluasa [2 m]
2. Pembakaran hutan tanpa dikawal [2 m]
3. Pencemaran alam sekitar
4. Kehilangan habitat
5. Kehilangan variasi genetik

Kesimpulan : [2 m]

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama mengatasi kepupusan kehidupan
liar agar ekosistem terpelihara.

93

SET 7

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1 - Petikan

Perasaan marah disebabkan oleh faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor luaran
merangkumi faktor lingkungan sosial dan alam sekitar manakala faktor dalaman pula
berkaitan dengan sikap seseorang seperti sikap panas baran. Kita dianjurkan agar mengawal
atau mengurus perasaan marah. Perasaan ini perlu dikawal untuk mengelakkan kesan buruk
akibat kemarahan yang tidak dikawal. Terdapat beberapa langkah yang boleh digunakan
sebagai kawalan ketika marah.

Salah satu langkah untuk mengurus kemarahan adalah dengan cara bertenang.
Semasa marah, tarik nafas dalam-dalam dan kosongkan fikiran. Tindakan ini mungkin dapat
membantu anda menenangkan diri. Gunakan daya imaginasi anda untuk menggambarkan
suasana yang tenang sambil menutup mata. Kemudian, lepaskan nafas perlahan-lahan.
Dalam keadaan sedang marah, ambil masa untuk memberikan maklum balas. Gunakanlah
teknik kiraan satu hingga sepuluh sebelum memberikan sebarang respons. Dengan cara ini,
anda lebih berpeluang untuk berfikir dahulu sebelum menyatakan sesuatu yang mungkin
akan membuatkan anda menyesal kemudiannya. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh
diundur, terlajak kata badan binasa.

Anda juga digalakkan untuk membasuh muka atau mandi apabila berada dalam
keadaan marah. Apabila seseorang itu membasahkan tubuhnya, kedinginan air akan
menyejukkan sistem saraf yang dalam keadaan tegang disebabkan emosi marah. Setelah
membasuh muka atau mandi, seseorang yang marah akan berasa lebih segar dan tenang.
Ketika marah, anda cenderung untuk membuat kesimpulan dengan mudahnya. Oleh itu,
ambil masa yang secukupnya untuk menjawab sebarang respons. Jangan ucapkan perkara
pertama yang terlintas dalam fikiran anda,sebaliknya cuba lambatkannya. Berfikirlah dengan
sedalam-dalamnya sebelum berkata-kata. Di samping itu, dengar dengan teliti perkara yang
diperkatakan oleh orang lain.

Namun, jika seandainya anda masih juga tidak mampu untuk menguruskan perasaan
marah itu dengan baiknya, anda perlu berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan
bantuan. Kaunselor akan membantu dan membimbing anda mengendalikan perasaan marah
itu. Bantuan daripada kaunselor tersebut dapat membantu anda bersikap positif u ntuk
menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Mengurus Kemarahan Secara Bijaksana’

Buku teks Tingkatan 4 halaman 199

94


Click to View FlipBook Version