SENARAI KANDUNGAN KATA ALU-ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH ………………………………………………………… KATA ALU-ALUAN TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEKTOR PERANCANGAN …………. PENGENALAN………………………………………………………………………………………………………. JAWATANKUASA PENERBITAN KOMPILASI …………………………………………………………………... KATEGORI PRASEKOLAH ………………………………………………………………………………………... KATEGORI INDIVIDU SEKOLAH RENDAH ……………………………………………………………………... KATEGORI INDIVIDU SEKOLAH MENENGAH …………………………………………………………………. KATEGORI KUMPULAN SEKOLAH RENDAH ………………………………………………………………….. KATEGORI KUMPULAN SEKOLAH MENENGAH ……………………………………………………………… KATEGORI PENDIDIKAN KHAS ………………………………………………………………………………….. KATEGORI PENGURUSAN ……………………………………………………………………………………….. PENGHARGAAN ……………………………………………………………………………………………………. PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PERKARA MUKA SURAT i ii iii Iv 1 – 5 6 – 27 28 – 34 35 – 67 68 – 75 76 – 82 83 – 84 85
KATA ALU-ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH Assalamualaikum dan salam sejahtera, Syukur alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan berkat, rahmat dan izin-Nya dapat saya coretkan sepatah dua kata dalam kompilasi inovasi - Pertandingan Inovasi Pendidikan Kerian 2023 ini. Saya ingin mengucapkan ucapan syabas dan tahniah kepada Sektor Perancangan dan sidang redaksi atas kejayaan menghasilkan Kompilasi Inovasi bagi tahun ini. Inisiatif kompilasi ini amatlah murni dalam mendokumentasikan dan menghargai usaha serta kesungguhan warga guru dalam penghasilan inovasi. Buku kompilasi inovasi ini merupakan bukti komitmen yang tinggi dan kerjasama yang padu bagi semua pihak serta kerjasama sektor-sektor di PPD Kerian yang sentiasa memberikan yang terbaik. Akhir kata, semoga penghasilan kompilasi ini dapat dimanfaatkan oleh warga pendidikan untuk kebaikan dan pembangunan masyarakat, bangsa dan negara. EN. MOHD PAKU RUZI BIN MIN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA i
PN. ROHANI BINTI HJ. MUSA TIMBALAN PPD (PERANCANGAN) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KATA ALU-ALUAN TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEKTOR PERANCANGAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah, akhirnya selesai Majlis Apresiasi Pertandingan Inovasi Pendidikan Kerian Tahun 2023 dilaksanakan walaupun terdapat kekangan yang terpaksa ditempuhi oleh urus setia dan peserta. Tahniah kepada semua yang terlibat berjaya menyempurnakan kompilasi inovasi kali ke empat sejak tahun 2020. Saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua guru daerah Kerian yang telah bersatu dalam menjayakan inovasi ini. Guru-guru daerah Kerian memiliki bakat, kreativiti dan inovasi yang menunjukkan kebolehan yang sangat luar biasa pada tahun ini. Pertandingan kali ini menampilkan penyertaan yang memberangsangkan iaitu 84 penyertaan dalam 7 kategori yang melibatkan 175 peserta. Pertandingan Inovasi Pendidikan dan Kompilasi Inovasi ini terhasil bagi menyahut sasaran KPI dalam Kluster 4, Perancangan Strategik PPD Kerian yang membudayakan amalan penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga pendidik. Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua sidang redaksi yang berusaha merealisasikan penghasilan buku kompilasi inovasi ini. Besar harapan saya agar kompilasi ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga pendidikan. PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA ii
PENGENALAN Sejak tahun 2018, Inovasi di daerah Kerian diperkenalkan dan merupakan program tahunan bagi Pejabat Pendidikan Daerah Kerian. Pertandingan Inovasi Pendidikan Kerian 2023 merupakan salah satu usaha untuk membudayakan aktiviti penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga pendidik di daerah Kerian sesuai dengan keperluan Kluster 4 Perancangan Strategik PPD Kerian 2020-2024. Pertandingan ini diwujudkan bagi memupuk pembudayaan inovasi secara sistematik dan mengalakkan Ideaidea baru atau yang diubahsuai daripada sedia ada supaya lebih praktikal dan sistematik, Objektif : • Menyediakan platform khusus untuk mempertandingkan hasil inovasi Pendidikan • Memupuk daya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga pendidik daerah Kerian • Mencungkil bakat pendidik dalam bidang rekaan dan inovasi dalam menghasilkan idea yang bernas • Menghargai dan mengiktiraf idea rekaan dan inovasi pendidik PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA iii
JAWATANKUASA PENERBITAN KOMPILASI INOVASI TAHUN 2023 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PENGERUSI : EN. MOHD PAKU RUZI BIN MIN Pegawai Pendidikan Daerah Kerian TIMBALAN PENGERUSI : PN. ROHANI BINTI MUSA TPPD Sektor Perancangan EN. MUSA BIN SAAT TPPD Sektor Pembelajaran EN. MOHAMAD ADHAR BIN ZAKARIA TPPD Sektor Pengurusan Sekolah EN. ZOLKEFLI BIN JAMALUDDIN TPPD Sektor Pembangunan Murid KETUA EDITOR : EN. MUHAMMAD KAMAL BIN ABDULLAH Penolong PPD (Perancangan) PENOLONG KETUA EDITOR : CIK NOR LINA BINTI HUD Penolong PPD (Perancangan) SIDANG EDITOR : EN. MOHD HAFIZI BIN MOHD ARSHAD CIK NURUL NAJWA BT ABDUL HALIM Penolong PPD (Sumber & Teknologi Pendidikan) Pelajar LI Universiti Malaysia EN. MOHD FAIZ AZRI BIN AZHAR PN. MARIANI BINTI MAZENAN Juruteknik Komputer PPD Larut Matang & Selama CIK NUR SALWANI BT MOHD NAZARUDDIN Pelajar LI UITM iv
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA KATEGORI PRASEKOLAH
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN PRASEKOLAH 1 CAPS & SMALL CAPS & small merupakan permainan yang dihasilkan untuk membantu serta meningkatkan minat murid dalam menguasai huruf besar dan kecil bagi kesemua dua puluh enam abjad. Inovasi CAPS & small mengandungi lapan kad huruf sebagai permulaan. Ia adalah kombinasi huruf besar dan kecil dari huruf a-z. CAPS & small diperbuat daripada Mounting board, Kertas berwarna dan botol plastik. CAPS & small sesuai digunakan semasa pembelajaran dan pemudah cara di dalam bilik darjah. Tujuan inovasi ini dijalankan adalah untuk mengkaji kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh murid-murid prasekolah bagi mengatasi masalah penguasaan huruf besar dan kecil. Selain daripada itu, inovasi ini juga bertujuan untuk memastikan murid mengenal dan menyebut huruf besar dan kecil dengan betul. Penggunaan CAPS & small dapat menarik minat murid prasekolah untuk mengenal dan menyebut huruf secara urutan dan rawak. Nama Guru UMARANI A/P MOHAN NITHIA A/P ARUMUGAM Sekolah SJKT SAINT MARY’S Kod Sekolah ABD3062
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN PRASEKOLAH 2 KIT ABM (ADIK BIJAK MEMBACA) Pendekatan bermain sambil belajar merupakan salah satu pendekatan yang berkesan bagi murid prasekolah, pemulihan khas dan murid tahun satu. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif ini dapat mencungkil bakat serta menarik minat murid-murid untuk belajar. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan belajar sambil bermain untuk melihat keberkesanan murid dalam mengeja dan menyebut perkataan dengan suku kata terbuka dan tertutup dengan lebih berkesan dan mudah. Malah ianya juga boleh digunakan kepada murid untuk membantu dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membina perkataan dan membaca murid dengan lebih baik. Sebelum melaksanakan projek, masalah yang dikenal pasti oleh penyelidik adalah murid prasekolah dan pemulihan khas sukar untuk membina perkataan dan mengeja perkataan yang melibatkan suku kata terbuka dan tertutup dengan betul. Dengan penggunaan Kit “ABM” ini, secara tidak langsung dapat membantu murid daripada segi membina perkataan yang melibatkan huruf vokal, suku kata terbuka dan suku kata tertutup serta dapat membatangkan suku kata tersebut dengan lebih mudah. Nama Guru: MARDYIAH HAYATI BINTI YAHYA ARIF AZMA SHAHIRA BINTI AHMAD Sekolah SK TELUK MEDAN Kod Sekolah ABA3014
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PRASEKOLAH 3 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN MAGIC DICE MAGIC DICE adalah inovasi yang diilhamkan daripada penggunaan dadu sebagai bahan bantu mengajar dalam pdp tunjang Matematik Awal dan Sains Awal prasekolah. Inovasi ini menggunakan MAGIC DICE dengan teknik kenal, sebut, kira dan tulis. Bermula daripada mengenal, murid akan menyebut, mengira dan seterusnya menulis nombor tersebut. Kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid prasekolah dalam menangani masalah penguasaan nombor 1 hingga 10. Selain turut dikaji tentang penguasaan warna dan bentuk dalam kalangan murid. Kajian ini melibatkan 17 orang murid Prasekolah SK Hj Wan Jaafar dan dijalankan selama dua bulan. Aktiviti ini dijalankan selama 40 minit semasa tunjang Matematik Awal dan turut digabungjalinkan dalam slot Aktiviti Pembelajaran (AP). Keputusan penilaian ini adalah berdasarkan lembaran kerja, ujian diagnostik, instrumen pentaksiran, pemerhatian dan temubual. Dapatan penggunaan aktiviti ini, murid dapat mempertingkatkan penguasaan nombor 1 hingga 10 dengan berkesan, kreatif dan pantas. Dapatan juga menunjukkan impak yang positif untuk penguasan warna dan bentuk. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, murid berjaya mempertingkatkan kemahiran asas lain seperti peningkatan kemahiran motor halus semasa melukis, mewarna, menggunting, dan menampal mengikut nilai nombor yang diberi. Selain itu, aktiviti ini juga memupuk daya fikir dan kreativiti murid dengan berimaginasi semasa mewarna, membezakan dan memadankan gambar dengan nilai nombor yang betul pada dadu dan kad nombor yang dihasilkan Nama Guru RIZALINA BT MAT RADZI Sekolah SK HAJI WAN JAAFAR, IJOK, BATU KURAU Kod Sekolah ABA 6033
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN PRASEKOLAH 4 SENSORY WALL ABC Sensory Wall ABC merupakan salah satu inovasi yang dihasilkan untuk membantu murid yang mengalami masalah dalam mengecam huruf. Sensory Wall ABC dihasilkan menggunakan pelbagai jenis bahan terbuang dan kitar semula seperti penutup botol, bubble wrap, butang dan sebaginya. Murid dapat merasa dengan tangan bentuk huruf tersebut. Secara tidak langsung, murid dapat mengecam bentuk huruf kecil a hingga z. Sensory Wall ABC ini digunakan kepada murid sebagai intervensi dalam mengecam bentuk huruf. Murid boleh menggunakan Sensory Wall ABC ini pada bila-bila masa contohnya ketika waktu Main Bebas dan masa rehat. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru boleh menggunakan Sensory Wall ABC ini sebagai bahan bantu mengajar. Murid yang sudah mengecam juga boleh membantu dan membimbing rakan yang belum mengecam huruf kerana proses dan cara peggunaanya sangat mudah serta mesra murid. Murid yang sudah mengecam huruf akan diuji dengan padanan huruf. Murid akan mengambil satu huruf dalam kotak huruf, kemudian menyebut serta padankan huruf yang sama. Seterusnya murid akan menulis semula huruf tersebut. Nama Guru: MAHANI BINTI SANIN NUR IZAH IZZATI BINTI MAT FADZIL Sekolah SK ALOR PONGSU Kod Sekolah ABA3001
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN PRASEKOLAH 5 ‘SUKU KOTAK’ : MENINGKATKAN MINAT MURID DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN YANG MENGANDUNGI SUKU KATA TERBUKA. ‘Suku kotak’ merupakan permainan yang dihasilkan untuk membantu serta meningkatkan minat murid dalam menguasai bacaan suku kata terbuka dan. Inovasi ‘Suku kotak’ ini adalah berbentuk kiub yang mempunyai lapan kiub bersaiz sama kecil dan jika digabungkan akan membentuk satu kiub yang besar. Ia mengandungi kombinasi perkataan yang mengandungi suku kata terbuka. ‘Suku Kotak’ diperbuat daripada kotak, gam dan juga kertas. ‘Suku kotak’ ini sesuai digunakan untuk mengajar murid membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dengan lebih berminat. Tujuan inovasi ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran membaca suku kata dan juga perkataan dalam Bahasa Melayu. Selain daripada ini, inovasi ini juga bertujuan untuk memastikan murid mengenal mengagihkan suku kata dalam sesuatu perkataan. Penggunaan ‘Suku kotak’ ini dapat menarik minat murid prasekolah untuk mengeja suku kata terbuka dan membaca perkataan. Objektif kajian ini adalah meningkatkan minat murid dalam pembelajaran perkataan mengandungi suku kata terbuka dan mendorong murid dalam pembacaan Bahasa Melayu serta mewujudkan pembelajaran berasaskan bermain sambil belajar. Lantaran itu, penemuan inovasi ini bukan sahaja sekadar membantu murid saya dalam meningkatkan kemahiran membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka malah turut meningkatkan amalan profesionalisme sebagai seorang guru yang peka dengan kehendak alam pendidikan semasa. Nama Guru THIGANYA A/P NARI SAMULU Sekolah SJK(T) BAGAN SERAI Kod Sekolah ABD 3061
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA KATEGORI INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN INDIVIDU RENDAH 6 KIT DRAWI 2.0 Kemahiran menulis Jawi adalah topik yang terdapat dalam buku teks Pend. Islam Tahun 1. Kajian lapangan menunjukkan kebanyakan murid sering melakukan kesalahan ketika menyambung huruf-huruf jawi tunggal menjadi perkataan. Sehubungan dengan itu, penyelidik telah mencipta Kit Drawi 2.0 untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pelajaran Jawi. Kit Drawi 2.0 terdiri daripada dua bahagian iaitu Laci Drawi dan Carta Drawi. Laci Drawi adalah laci empat tingkat yang mempunyai huruf-huruf jawi berdasarkan empat peraturan menyambung huruf jawi iaitu mengenal huruf tunggal, huruf sombong, huruf perut buncit dan rumah hantu. Setelah murid menguasai empat peraturan di Laci Drawi, Carta Drawi pula akan digunakan untuk menguji kemahiran murid menyambung huruf-huruf jawi menjadi perkataan. Nama Guru AZLIA SHAKIELA BINTI MOHD YUSOF Sekolah SK JALAN BAHARU Kod Sekolah ABA3016
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN INDIVIDU RENDAH 7 KIT I - NUR: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS PERKATAAN SUKU KATA TERTUTUP KVK DAN KV KVK BERAKHIR HURUF "K" Menurut Ketua Pengarah UNESCO Audrey Azouly (2022) di Persidangan Antarabangsa Pendidikan Dewasa Ketujuh di Marrakesh, Maghribi telah mengesahkan isu buta huruf merupakan isu global dan dianggarkan sebanyak 770 juta orang daripada golongan muda dan dewasa seluruh dunia mengalami masalah buta huruf. Buta huruf merujuk kepada tidak pandai membaca dan menulis masalah yang dikenalpasti menunjukkan kesalahan murid dalam menulis perkataan suku kata tertutup yang berakhir dengan huruf k. Sering kali diperhatikan murid gagal mengaitkan bunyi suku kata tertutup dengan meninggalkan huruf yang berakhir k atau menulisnya dengan huruf selain k.Fokus kajian ini dilakukan untuk membantu murid meningkatkan penguasaan kemahiran menulis perkataan suku kata tertutup berakhir huruf k dengan menggunakan Kit I-NUR. Kemahiran yang terlibat ialah kemahiran menulis perkataan kvk dan kv kvk yang berakhir dengan huruf k. Ujian pra dan ujian pasca dijalankan ke atas 5 orang murid pemulihan untuk mendapatkan maklumat mengenai keberkesanan penggunaan Kit I-NUR. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan Kit I-NUR mampu meningkatkan kemahiran menulis perkataan suku kata tertutup berakhir huruf k kerana bahan yang disediakan berwarna-warni serta mengandungi pelbagai aktiviti. Bahan ini menepati dengan gaya pembelajaran murid yang melibatkan visual dan kinestatik. Impak positif yang dilihat hasil daripada perbezaan ujian pra dan pasca berlaku peningkatan dari aspek penulisan. Nama Guru NUR AISHAH BINTI ABD SANI Sekolah SEK REN ISLAM AL EHYA ASSHARIFF Kod Sekolah ACT3001
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA INDIVIDU RENDAH 8 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN ROBOTWORD RobotWORD merupakan satu permainan bahasa yang dapat meningkatkan kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa Melayu dalam kalangan murid pemulihan. Saya telah menambahbaikan Spin-N-Go menjadi RobotWORD dengan melakukan penambahbaikan dari segi penggunaan teknologi dalam RobotWORD. Pembelajaran kendiri dalam kemahiran membaca dan menulis juga dapat dipraktikkan dalam RobotWORD bagi meningkatkan penguasaan murid pemulihan dalam kemahiran membaca dan menulis. Teori yang menjadi asas kepada kaedah intervensi ini ialah Teori Vygotsky yang menekankan pembelajaran melalui bermain. Konsep belajar melalui bermain yang melibatkan aktiviti hands-on serta perisian powerpoint mampu menarik minat murid untuk belajar bahasa Melayu. Pembelajaran terbeza juga dapat dijalankan dengan penggunaan RobotWORD kerana ia bersesuaian dengan tahap penguasaan murid yang berlainan. RobotWORD yang menggalakkan penglibatan murid secara aktif dan kemahiran komunikasi serta kemahiran berfikir mampu meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid pemulihan. Nama Guru NG LI CHING Sekolah SJK (C) SIN HWA Kod Sekolah ABC3048
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN INDIVIDU RENDAH 9 I-ENGAGE I-ENGAGE merupakan singkatan kepada Interactive English Language Experience, sebuah aplikasi menggunakan Google Site DELIMa dengan teknologi yang ringkas menggunakan i-Embed yang secara ringkasnya mengumpulkan atau memusatkan sejumlah 8 aplikasi pihak ketiga yang diambil kira amat berguna dan bermanfaat untuk pembelajaran bahasa Inggeris. Pengumpulan semua aplikasi tersebut bermakna murid tidak perlu membuka pelbagai laman web, hanya perlu masuk ke Google Site i-Engage dan mereka terus sahaja boleh menggunakan kesemua 8 aplikasi tersebut, tanpa sebarang apa - apa bentuk pendaftaran pun. Guru juga boleh menjimatkan masa kerana semua aplikasi yang berkenaan telah disediakan di situ secara berpusat dan ianya percuma, tiada sebarang caj atau bayaran dikenakan ke atas guru atau murid atau sekolah. Nama Guru DZULKARNAIN ARIFIN BIN ABDULLAH Sekolah SJK(T) LADANG CHERSONESE Kod Sekolah ABD3067
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA INDIVIDU RENDAH 10 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN SMART NO. B Inovasi SMART NO. B ini telah dicipta yang diambil dari singkatan ‘Smart Number Board’ berperanan untuk membantu meningkatkan tahap penguasaan murid dalam menyelesaikan ayat matematik darab bagi sebarang nombor hingga empat digit dengan nombor satu digit. Kaedah ini telah membuktikan kesemua 10 orang murid tahun 3 Instagram yang lemah dalam mendarab telah dapat menyelesaikan ayat matematik darab bagi sebarang nombor hingga empat digit dengan nombor satu digit dengan menggunakan kaedah Smart No. B. Inovasi dihasilkan disebabkan Bahan Bantu Belajar untuk murid dan Bahan Bantu Mengajar bagi guru untuk membantu meningkatkan tahap penguasaan murid dalam mendarab kurang dan hampir tiada diwujudkan. Saiznya yang ringan, menarik dan mudah untuk digunakan menjadikannya amat menarik perhatian murid terutama murid yang lemah dan belum menguasai tahap minima. Sebelum inovasi ini dihasilkan hanya tiga belas orang murid daripada 23 orang yang dapat menyelesaikan ayat matematik darab bagi sebarang nombor hingga empat digit dengan nombor satu digit dengan tepat. Inovasi ini telah diuji di tiga buah kelas yang lain sebagai bukti sebar luas. Inovasi ini juga dapat digunakan untuk mengenal nombor hingga tujuh digit, penambahan nombor dan penolakan nombor. Kata kunci : Smart, Number, Board Nama Guru ROSMENI BINTI MAT @ AHMAD Sekolah SK METHODIST PARIT BUNTAR Kod Sekolah ABB3046
Inovasi bahan bantu belajar berbentuk permainan STSU 2.0 (Sebut,Taip,Semak,Uji 2.0) direka bentuk untuk membantu murid pemulihan menguasai 60 patah perkataan nama am (kosa kata) menggunakan perisian PowerPoint. Pengaplikasian bahan inovasi berunsur permainan ini, menjurus ke arah proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dalam kalangan murid pemulihan di SJKT Saint Mary’s. Ujian pra dan ujian pos digunakan untuk mengenal pasti peningkatan pencapaian murid. Analisis ujian pra menunjukkan tahap penguasaan kata nama am (kosa kata) murid pemulihan sangat terhad. Untuk mengatasi masalah ini, Kit STSU 2.0 ini telah dibina untuk meningkatkan penguasaan kosa kata menerusi permainan. Produk Kit STSU 2.0 ini direka bentuk berdasarkan Teori Kontruktivisme dan Teori Pemprosesan Maklumat. Bahan ini mengadaptasikan teknik latih tubi, teknik main sambil belajar dan teknik VAKT. Modul Penilaian Kendiri Kit STSU 2.0 turut dibekalkan kepada murid untuk menguji kefahaman murid sebagai latihan. Modul ini direka khas dengan gambar-gambar merangkumi 60 kosa kata yang ditetapkan. Data dikumpul melalui ujian pra, ujian pos dan pemerhatian berdasarkan senarai semak disediakan. Dapatan menggambarkan bahawa bilangan kata nama am (kosa kata) dalam kalangan murid pemulihan telah pun meningkat mendadak. Di samping itu, penglibatan murid sangat aktif sepanjang PdPc. Kata kunci : Kata nama am, Permainan, Kit Penilaian Kendiri Nama Guru KOHILA A/P KRISHNAN Sekolah SJKT SAINT MARY’S Kod Sekolah ABD 3062 SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA INDIVIDU RENDAH 11 KITSU STSU 2.0 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN INDIVIDU RENDAH 12 PENGGUNAAN KAEDAH “MD LEGO” DALAM OPERASI DARAB DAN BAHAGI UNTUK MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengatasi masalah murid dalam operasi darab dan bahagi. Tindakan difokuskan untuk meningkatkan penguasaan algoritma dan konsep dalam pendaraban dan pembahagian. Kaedah ‘MD Lego’ yang berbentuk tangga diperkenalkan untuk mengatasi masalah murid. Kaedah ‘MD Lego’ merupakan satu kaedah yang boleh menyelesaikan soalan operasi darab dan bahagi. Penyampaian kaedah MD Lego kepada murid-murid seramai 15 orang melalui tiga peringkat yang diperkenalkan oleh Bruner, iaitu peringkat konkrit, semi konkrit dan abstrak. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pra dan pasca, temu bual, pemerhatian dan analisis lembaran kerja. Data dikumpul dan dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Hasil analisis data menunjukkan bahawa penggunaan Kaedah ‘MD Lego’ dapat meningkatkan penguasaan algoritma dan konsep kedua-dua operasi tersebut serta murid-murid dapat menguasai hubungan antara operasi darab dan bahagi. Kaedah ini juga dapat membantu murid untuk mudah menyelesaikan soalan darab dan bahagi serta memotivasikan murid secara positif. Kajian ini berjaya membantu memperbaiki amalan pendidikan ke arah peningkatan yang lebih baik dan menyemai nilai-nilai positif dalam diri saya. Nama Guru KARTHIKESAN A/L MANIKABASAGAN Sekolah SJKT LADANG SOON LEE Kod Sekolah ABD3069
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN INDIVIDU RENDAH 13 F&S (FAST AND STUDY) Kaedah F&S diperkenalkan untuk mengatasi masalah mempelajari pecahan wajar. Ia adalah teknologi yang mudah diakses dan meningkatkan pemahaman serta menarik minat murid dalam proses pembelajaran. Seterusnya, kaedah S&L dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah selaras dengan pembelajaran abad ke-21 yang kian dilaksanakan dalam sistem pendidikan. Kaedah ini dilihat sebagai media inovatif yang sangat menarik dan berkesan ketika mengajar dan belajar. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kualitatif iaitu menggunakan teknik pemerhatian. Sampel kajian yang dipilih untuk pemerhatian adalah 5 orang murid dari tahun 2. Kaedah F&S ini adalah bertujuan untuk menyediakan kemudahan pembelajaran interaktif untuk murid dalam topik pecahan asas dan memahami topik dengan cepat. Hasil dapatan yang telah diperolehi melalui kajian ini adalah dapat menarik minat murid dan meningkatkan motivasi serta pemahaman untuk mempelajari topik asas pecahan dengan kesannya. Pengkaji berharap dengan adanya kaedah F&S ini dapat menyediakan kemudahan pembelajaran interaktif untuk topik pecahan asas dengan elemen AR dalam peranti mudah alih. Nama Guru SANDHI A/P MUTHUSAMY Sekolah SJKT LADANG SOON LEE Kod Sekolah ABD3069
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA INDIVIDU RENDAH 14 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KIT AXSYM (PAKSI SIMETRI 2D) Kit AXSYM merupakan suatu model untuk pembelajaran paksi simetri bagi bentukbentuk dua dimensi dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.. Pada asalnya, murid-murid mengalami masalah dalam mengenal pasti konsep paksi simetri untuk bentuk dua dimensi yang mempunyai lebih daripada 4 sisi. Inovasi ini telah dibangunkan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran paksi simetri. Suatu Ujian pra dan pasca telah dijalankan dengan 7 orang pelajar tahun 3 dan 4. Pencapaian murid-murid telah meningkat dalam ujian pasca berbanding dengan ujian pra. Semasa pembelajaran dengan menggunakan kit ini, muridmurid dapat mengenal pasti paksi simetri sesuatu bentuk dua dimensi dengan lebih baik. Muridmurid dapat mengenal pasti dan melukis paksi simetri bagi bentuk dua dimensi seperti segi empat, pentagon, heptagon, heksagon, oktagon dan sebagainya. Murid-murid juga dapat mengukuhkan kefahaman mereka tentang paksi simetri. Selain daripada itu, pelajar juga dapat belajar secara aktif kerana kit ini berfokus kepada aktiviti berpusatkan murid. Murid – murid hanya perlu bimbingan guru pada awal dan seterusnya mereka dapat menggunakan kit ini tanpa kehadiran guru. Secara kesimpulannya, Kit AXSYM ini dapat meningkatkan kefahaman murid dalam mengenal pasti paksi simetri bentuk dua dimensi. Nama Guru PUVANNA A/P MUNIANDY Sekolah SJKT LADANG SELINSING Kod Sekolah ABD3057
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA INDIVIDU RENDAH 15 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN PENGARUH PENGGUNAAN 'KIT GRAY 3.0' TERHADAP PENGUASAAN MURID DALAM GOLONGAN KATA (KATA ARAH) / 'PREPOSISITION OF PLACE' Kajian ini telah dijalankan untuk meningkatkan penguasaan murid sekolah rendah tahap dua dalam penggunaan kata arah / ‘preposition of place’ serta penglibatan aktif dalam aktiviti pdpc. Tinjauan awal mendapati murid tidak berminat dan kurang mahir dalam penggunaan kata arah dan ‘preposition of place’. Maka, inovasi ‘Kit Gary 3.0’ telah digunakan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam topik ini. ‘Kit Gary 3.0’ merupakan sebuah inovasi yang direka khas bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok di dalam bilik darjah khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Inovasi ‘Kit Gary 3.0’ ini dapat membantu murid sekolah rendah tahap dua dalam penggunaan golongan kata secara khususnya kata arah dan ‘preposition of place’ dengan betul. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil di daerah Kerian, Perak. Seramai 10 murid dipilih sebagai responden kajian melalui teknik persampelan bertujuan. Kaedah gabungan telah digunakan dalam kajian ini. Ujian pra dan pasca serta temu bual telah digunakan sebagai instrumen kajian. Kesahan dan kebolehpercayaan dapatan kajian ini dilakukan dengan menggunakan Pekali Alpha Cronbach dan penilaian rakan sekerja. Hasil kajian menunjukkan bahawa inovasi ‘Kit Gary 3.0’ dapat meningkatkan penguasaan dan kefahaman murid dalam penggunaan kata arah dan ‘preposition of place’. Tuntasnya, ‘Kit Gary 3.0’ merupakan bahan bantu mengajar yang berkesan dalam pdpc. Nama Guru KALAIVANI A/P CHONGODAN Sekolah SJK(T) SAINT MARY’S Kod Sekolah ABD 3062
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA INDIVIDU RENDAH 16 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN MULTY EDU CHART Projek inovasi ‘Multy Edu Chart’ adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid.Sampel kajian ini terdiri daripada seorang murid dari Tahun 1, dua orang murid Tahun 2 dan seorang murid dari Tahun 5 (murid masalah pembelajaran) yang belajar di SJK(T) Ladang Temerloh yang mempunyai tahap pencapaian yang lemah. Dalam kajian ini Multy Edu Chart telah dipilih sebagai inovasi untuk dijadikan alat tambahan untuk penilaian formatif dalam melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Bahasa Melayu. Inovasi Multy Edu Chart mengintegrasikan kemahiran bertutur, membaca dan menulis dalam proses pembelajaran. Dengan adanya inovasi ini, tajuk-tajuk tertentu telah dipilih sebagai alat tambahan pentaksiran untuk membantu dalam proses PBD di bilik darjah. Instrumen yang telah digunakan untuk mengumpul data ialah ujian pra dan ujian pos, soal selidik dan kajian tinjauan. Data yang dikumpul dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan perubahan positif terhadap peserta penyelidikan. Multy Edu Chart yang ringkas, interaktif dan fleksibel ini dapat digunakan dalam pelbagai aktiviti PAK 21 mengikut kreativiti guru dan ia juga dapat menarik minat murid untuk belajar sambil bermain. Melalui ujian pos dapat dilihat pencapaian yang diperoleh oleh murid-murid ini yang mana 80% murid mendapat tahap penguasaan 3 iaitu dapat membaca perkataan dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. Secara keseluruhan,kaedah inovasi ini telah membantu guru untuk mengajar kemahiran membaca suku kata dan perkataan dengan lebih mudah dan berkesan Nama Guru MAGESWARY A/P MUNIANDY Sekolah SJKT LADANG TEMERLOH Kod Sekolah ABD6118
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA INDIVIDU RENDAH 17 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN ADDITION ROAD (ADDIRO) Operasi tambah adalah salah satu operasi asas matematik yang sangat penting dalam bidang pembelajaran nombor dan operasi. Kemahiran tambah telah diberikan pendedahan kepada murid dari prasekolah lagi. Namun, murid menghadapi masalah dalam pemahaman konsep tambah disebabkan oleh tiada bahan bantu mengajar yang relevan. Murid juga menghadapi masalah apabila kemahiran menambah melibatkan tiga nombor iaitu hasil tambah dalam lingkungan 10 000. Ini disebabkan murid kurang kemahiran menulis digit dengan nilai tempat yang betul semasa menyelesaikan operasi tambah. Murid menggunakan pendekatan penambahan yang biasa tanpa memahami konsep nilai tempat dan nilai digit yang betul. Inovasi ADDiRO dihasilkan adalah untuk meningkatkan kefahaman murid dalam operasi tambah dengan menggunakan digit pada nilai tempat yang betul. Addition Road atau ADDiRO digunakan sebagai alat untuk membantu murid memahami dan menyelesaikan ayat matematik operasi tambah dengan konsep yang betul dan tepat. Nama Guru VEJIAN A/L SUPPIAH Sekolah SJK (T) LADANG SELINSING Kod Sekolah ABD3057
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN INDIVIDU RENDAH 18 KAD BERMAGNETIK NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Oleh itu, inovasi bahan bantu mengajar sangat penting dalam membantu guru untuk memastikan objektif pengajaran berjaya dicapai. Dalam subjek sejarah khususnya, inovasi perlu diketengahkan agar murid dapat melalui proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana pembelajaran yang pelbagai dan tidak hanya terbatas dengan penggunaan buku teks. Lantaran itu, satu idea iaitu penghasilan “Permainan Kad Bermagnetik” telah diperoleh. “Permainan Kad Bermagnetik” bukan sahaja dilihat dapat melengkapi kekurangan yang terdapat dalam buku teks, malah ia turut memenuhi keperluan dan memudahkan guru dan murid. Nama Guru ANISAH BINTI OSMAN Sekolah SK HAJI RAMLI Kod Sekolah ABA3017
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN INDIVIDU RENDAH 19 PENUNJUK HIJAIYYAH Penunjuk hijaiiyah merupakan salah satu alat bantu mengajar yang digunakan semasa aktiviti Tasmik dijalankan. Kajian ini dilaksanakan untuk menilai sejauh mana keberkesanannya. Pemerhatian awal mendapati murid sukar untuk menyebut atau mengingat bunyi beberapa huruf hijaiyyah yang terdapat dalam Iqra 1. Sebagai salah satu jalan penyelesaian kepada masalah ini, murid diberikan penunjuk hijaiyyah mengikut kumpulan huruf yang masih belum dikuasai oleh murid (kebanyakan huruf yang hampir sama bentuk) semasa aktiviti tasmik dijalankan. Fokus utama kajian ini adalah bagi membantu murid yang menghadapi masalah untuk menyebut huruf hijaiyyah berbaris atas dengan baik. Kaedah pemerhatian secara berstruktur dan temu bual telah digunakan bagi mengumpul data yang diperlukan. Hasil kajian mendapati penggunaan penunjuk hijaiyyah ini dapat membantu murid meningkatkan penguasaan murid mengenal dan menyebut semua huruf-huruf hijaiyyah berbaris atas dengan betul. Nama Guru MUNA BINTI MOHD PW’AD Sekolah SK HAJI RAMLI Kod Sekolah ABA3017
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN INDIVIDU RENDAH 20 MYABC "MyABC” merupakan alat pembelajaran yang unik yang membantu murid menulis huruf tulisan berangkai dengan baik. Projek inovasi ini diperbuat daripada pelbagai bahan seperti kotak, cermin kaca, plastik keras dan bahan yang lain. Secara umumnya, “MyABC” ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam menulis huruf menggunakan tulisan berangkai. Murid hanya perlu memusing pemegang untuk mencari huruf yang perlu ditulis. Dengan ini, murid dapat menulis huruf tulisan berangkai mengikut langkah yang telah disediakan. Penghasilan “MyABC” merupakan satu inovasi untuk membantu murid bagi mencapai Standard Prestasi Kemahiran Menulis yang tinggi berdasarkan Standard Kandungan 3.1, iaitu asas menulis dan Standard Pembelajaran 3.1.1(i), menulis secara mekanis menggunakan tulisan berangkai dalam bentuk huruf. Nama Guru AHMAD FIKRI BIN HASHIM Sekolah SJK(C) YU CHAI Kod Sekolah ABC3052
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN INDIVIDU RENDAH 21 MAGIC RULER SMART KIT MAGIC RULER SMART KIT ini merupakan satu inovasi lengkap yang dibina khas untuk membantu murid mengukuhkan kefahaman konsep dan operasi tambah dan tolak dalam nombor bulat. Kit ini dibina bersesuaian dengan PAK21 dan memenuhi konsep Didik Hibur yang mampu memberi keseronokan belajar di kalangan murid di samping membantu guru menjalankan pentaksiran di dalam bilik darjah (PBD). Magic Ruler Smart Kit ini diperbuat daripada kertas A4 yang diletak dalam plastic laminate , ringan dan mudah dibawa oleh murid dan guru. Ia dibina berdasarkan skala sebenar pembaris murid yang sedia ada. Magic Ruler Smart Kit ini dilengkapkan dengan sebuah buku untuk membantu murid mengukuhkan kefahaman mereka selepas menggunakannya . Apa yang menarik, kit ini turut dilengkapi dengan dua permainan yang boleh dimainkan secara individu dan juga kumpulan Permainan pertama adalah berbentuk Jigsaw Puzzle TARSIA dan permainan yang kedua ialah permainan dam ular iaitu ‘Permainan WIN2OPS’ di mana murid boleh bermain sambil menjawab soalan pada kad-kad yang disediakan. TARSIA ini terdiri daripada kepingan kad soalan dan jawapan. Murid diminta mencantumkan kad dan menghasilkan bentuk yang betul. Manakala Permainan WIN2OPS pula ini dibina menggunakan warna asas pada bendera Malaysia dan penerapan nilai seperti berdisiplin, jujur, mengikut arahan sangat ditekankan semasa permainan ini dimainkan. Pembinaan soalan juga mengambil kira unsur ‘ KBAT’ diterapkan semasa bermain. Pendekatan 6C sangat jelas diterapkan dalam penggunaan kit dan permainan ini. Inovasi ini dicipta untuk membantu murid menguasai konsep operasi tambah dan tolak yang melibatkan nombor hingga 100 secara Fun Learning yang dapat menarik minat murid untuk belajar secara aktif di dalam kelas. Murid bukan sahaja belajar malah dapat mengembangkan pengetahuan mereka secara holistik dan menyeluruh Nama Guru NOORREZAN BINTI OTHMAN Sekolah SK ALOR PONGSU Kod Sekolah ABA3001
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA Aplikasi Buku Digital Kit E Masuwi ini merupakan satu modul pembelajaran suku kata jawi mudah untuk anak-anak kuasai. Berkonsepkan digital dan pembelajaran kendiri di mana ia mengandungi 3 pembelajaran dan 10 latihan mudah dilengkapi dengan suara dan berwarna- warni. Bermula dengan pelajaran satu yang menekankan aspek penguasaan dalam pengecaman dan mengenali huruf jawi. Hubungjalin warna dengan huruf memainkan peranan penting dalam memudahkan pengecaman seperti merah untuk huruf jawi yang tidak boleh bersambung selepasnya, warna kuning huruf jawi yang banyak digunakan dalam bahasa arab, manakala hijau merupakan huruf yang selalu digunakan dan boleh bersambung. Malah turut ditekankan bunyi suku kata terbuka pertama bagi setiap gambar. Pelajaran kedua pula menekankan aspek penguasaan TP3 dan ke atas dengan pengenalan huruf tunggal, huruf bersambung mengikut suku kata dan huruf bersambung bagi perkataan berdasarkan gambar yang diberi. Pelajaran ketiga pula menekankan aspek penguasaan suku kata tertutup mudah untuk anak-anak murid belajar dan kuasai.Aplikasi ini juga boleh dimuatturun di Google Playstore untuk memudahkan murid-murid belajar secara santai dimana sahaja mereka berada sebagai pengukuhan dan penggayaan. Nama Guru RAFIDAH BINTI SAID Sekolah SK SUNGAI MEGAT ARIS Kod Sekolah ABA3028 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN 22 APLIKASI BUKU DIGITAL KIT E MASUWI INDIVIDU RENDAH
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA INDIVIDU RENDAH 23 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN PENGGUNAAN KIT MR.KNOW IT ALL (MR.KIA) BAGI MENINGKATKAN KEFAHAMAN TOPIK BAHASA INGGERIS DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 2023 Pembelajaran yang menyeronokkan menyebabkan murid lebih tertarik untuk memberikan tumpuan dalam pembelajaran. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan satu kemahiran yang dapat membantu seseorang itu mempunyai kebolehan menyampaikan serta menerima maklumat, buah fikiran dan idea melalui proses percakapan, memberi pandangan, atau pendengaran suara. Perkara ini merupakan titik permulaan wujudnya satu Kit Mr.Know It All (Mr.KIA) di SJKT Bagan Serai. Selain itu, dapat dirumuskan Kit ‘Mr.KIA’ yang dibina ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman dalam topik bahasa Inggeris, malahan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dimana guru juga berfikiran kreatif dalam mempelbagaikan penggunaan Kit ‘Mr.KIA’ ini. Nama Guru SANTHI A/P NADESAN Sekolah SJKT BAGAN SERAI Kod Sekolah ABD3061
Membaca merupakan aktiviti memerhati sesuatu cetakan dengan pemahaman terhadap makna kandungan. Membaca penting untuk meningkatkan kebolehan seseorang murid membunyikan sesuatu perkataan, intonasi, jeda dalam pembacaan dan kelancaran bahasa yang betul seterusnya meningkatkan aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan bacaan yang merupakan proses dinamik dalam diri seseorang murid. Permainan ‘RAINBOW READING WHEEL’ ialah satu kaedah baharu yang dicipta bagi membantu murid-murid yang menghadapi masalah membaca KV+KV di SJKT Ladang Kalumpong. Melalui pemerhatian dan pengalaman guru, murid yang lemah dalam kemahiran membaca kerana kurang upaya pembelajaran yang mereka hadapi. Permainan ‘RAINBOW READING WHEEL’ merupakan kad roda perkataan KV+KV yang dicipta bagi mewujudkan motivasi dan minat murid tahap 1 untuk membaca melalui aktiviti bermain, sejajar dengan naluri kanak-kanak yang suka bermain. Melalui amalan terbaik ini, beberapa aspek motivasi telah dapat ditonjolkan oleh murid melalui tingkah laku kognitif dan afektif serta peningkatan dalam penguasaan kemahiran membaca. Diharapkan amalan terbaik ini dapat membantu guru meningkatkan penguasaan kemahiran membaca, meningkatkan motivasi belajar seterusnya berupaya meningkatkan prestasi murid yang sukar membaca. Nama Guru VIGIYA A/P RENGASAMY Sekolah SJKT LADANG KALUMPONG Kod Sekolah ABD3071 SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA 24 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN KV+KV DALAM BAHASA MELAYU MENERUSI PERMAINAN ‘RAINBOW READING WHEEL’ INDIVIDU RENDAH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN
Kemahiran membaca merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid-murid sekolah rendah. Namun murid-murid sekolah rendah mengahadapi masalah dalam penguasaan kemahiran membaca. Murid-murid juga kurang berminat untuk meluangkan masa yang panjang untuk membaca dan menguasai perbendeharaan kata kerana mereka masih dalam alam kanak-kanak yang suka bermain. Bagi menangani masalah ini guru mencipta inovasi yang bernama ‘SOS Kit’. Penggunaan ‘ SOS Kit’dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dengan mudah. Metodogi kajian ini yang digunakan adalah kuantitatif iaitu ujian pra dan ujian pos kualitatif iaitu temubual bersama guru-guru juga digunakan . Guru memilih seramai enam orang murid pemulihan yang menghadapi masalah dalam bacaan. Ujian pra digunakan untuk mengetahui tahap murid sebelum melaksanakan inovasi ‘Sos Kit’ dalam PdPc. Inovasi ini merangkumi tiga produk. Produk pertama ialah tabung berputar yang mengandungi syiling yang berupa huruf. Murid akan memutarkan model yang di hasilkan untuk mendapatkan syiling huruf tersebut . Apabila murid memutarkan model, syiling berhuruf itu akan jatuh dan seterusnya murid akan membaca huruf- huruf yang yang diperolehinya. Produk kedua ialah tapak ‘SOS’. Murid akan menggunakan syiling berhuruf yang diperolehi untuk menghasilkan perkataan yang lengkap pada tapak ‘SOS’. Aktiviti ini akan dijalankan sepertimana murid bermain permainan ‘SOS’. Produk ketiga ialah ‘Word Ruler’. Murid akan melekatkan perkataan yang dibina melalui tapak ‘SOS’ pada ‘Word Ruler’. Aktiviti ini akan diulangi sehingga 30 minit. Murid yang menyusun perkataan yang terbanyak di ‘Word Ruler’ dianggap sebagai pemenang. Seterusnya murid akan membaca perkataan yang dilekatkan pada ‘ Word Ruler’ dengan sebutan dan intonasi yang betul. Hadiah Bonus diberikan apabila murid membina perkataan tanpa sebarang kesalahan. Permainan ‘SOS Kit’ ini menarik minat murid terhadap PdPc terutamanya aktiviti bacaan. Aktiviti ini boleh dikendalikan oleh murid sebagai ‘Self Access Learning’ tanpa bantuan guru. Temubual bersama guru-guru juga dijalankan selepas pelaksanaan inovasi ‘SOS Kit’. Dapatan temubual bersama guru-guru juga membuktikan terdapat peningkatan dalam penguasaan kemahiran membaca. Maka, inovasi “SOS Kit’ ini berkesan dan digunakan oleh guru-guru matapelajaran lain di dalam bilik darjah mengikut kesesuaian mereka. : Nama Guru JAYANTHI A/P ARUMGAM Sekolah SJK (T) LADANG HOLYROOD Kod Sekolah ABD 6107 SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN INDIVIDU RENDAH 25 (SOS KIT) BACAAN
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA INDIVIDU RENDAH 26 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN MyVocab Kajian ini bertujuan untuk membantu murid dalam meningkatkan kemahiran menguasai 100 perkataan asas dalam Bahasa Inggeris menerusi permainan ‘DADU’. Ia dinamakan MyVocab bersempena dengan tujuannya sebagai persedian menguasai Kemahiran bertutur. Kajian ini juga bertujuan untuk meninjau sejauh manakah Permainan ‘Dadu’ dapat meningkatkan penglibatan dan minat murid di dalam kelas semasa pengajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris. Setelah membaca banyak kertas kajian, Pengkaji memutuskan untuk memperkenalkan 100 patah-perkataan yang dikira perlu sebagai asas untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris oleh murid. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan permainan “Dadu” berupaya dan berjaya meningkatkan penglibatan dan minat murid di dalam kelas. Murid lebih menunjukkan sikap positif dengan menunjukkan pembelajaran aktif dan mempunyai keyakinan diri dalam aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan di kelas. Secara keseluruhan, murid dapat menguasai kemahiran bertutur dengan lebih baik selepas penggunaan inovasi ‘Permainan Dadu’ dan mampu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris ringkas dengan lebih baik. Selain itu, pembelajaran di dalam kelas menjadi seronok dan guru kurang menghadapi tekanan untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris. Nama Guru VIGNES A/L KRISHNAN Sekolah SJKT LADANG GEDONG Kod Sekolah ABD3071 Amount 1 Belief 2 Clear 3 Copy 4 Different 5 Examples 6 Argume nt 12 Cause 11 Common 10 Decision 9 Do 8 Existence 7 Art 13 Certain 14 Comparison 15 Degree 16 Education 17 Experience 18 Be 24 Chance 23 Condition 22 Desire 21 End 20 Fact 19 Beautiful 25 Change 26 Connection 27 Developme nt 28 Event 29 Fear 30
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN INDIVIDU RENDAH 27 SHAKUHACHI Memastikan instrumen pentaksiran bilik darjah yang dibina menepati kurikulum semasa, sesuai dengan konstruk yang diukur dan menepati prinsip bina item adalah antara objektif pengesanan dalam penjaminan kualiti 4P PBD. Mengaplikasi konstruk yang tepat dalam pembinaan item pentaksiran bilik darjah berdasarkan kata tugas dalam standard pembelajaran oleh guru-guru RBT sekolah rendah adalah perkara yang paling sukar untuk dilaksanakan. Pendekatan inovatif diambil dengan penggunaan bahan maujud seperti Konsep Shakuhachi Dalam Pentaksiran Bilik Darjah yang mempunyai pelbagai stimulus dan tema yang berbeza memudahkan guru untuk menghasilkan tugasan yang pelbagai dalam bilik darjah untuk melaksanakan pentaksiran yang tepat dengan kehendak DSKP. Seterusnya guru dengan mudah boleh memberi tugasan yang berbeza tetapi menggunakan rubrik penilaian yang sama kepada murid-murid. Murid boleh lebih kritis dan kreatif dalam menghasilkan artikel jahitan sebagai pembelajaran berasaskan projek. Penggunaan Konsep Shakuhachi Dalam Pentaksiran Bilik Darjah ini juga memenuhi ciri-ciri pembelajaran abad ke 21 (PAK-21) yang merangkumi 4K1N iaitu menekankan pendekatan PdP secara kolaboratif, meningkatkan kemahiran komunikasi murid serta menyerlahkan lagi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan tidak melupakan nilai yang sepatutnya ditunjukkan oleh murid-murid iaitu toleransi dan kerjasama serta menghormati pandangan rakan sebaya. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi tahap penguasaan 6 (TP6) dapat dinilai melalui lakaran dan penghasilan artikel jahitan melalui strategi PBL. Konsep Shakuhachi Dalam Pentaksiran Bilik Darjah ini memudahkan guru untuk menyediakan tugasan yang berbeza dengan penggunaan bahan yang sama. Kumpulan sasaran adalah guru yang mengajar RBT tahun 5. Setiap set Konsep Shakuhachi Dalam Pentaksiran Bilik Darjah ini mengandungi 5 pernyataan masalah, 5 tema, 1 set rubrik penilaian dan 5 contoh produk artikel jahitan. Analisa daripada pemerhatian dan bengkel yang dilaksanakan didapati guru RBT membina tugasan untuk tajuk jahitan ini tidak tepat dengan konstruk dan hanya mengambil projek yang dijadikan contoh di dalam buku teks sahaja. Nama Guru FAIROS SALMI BINTI TUGIMIN Jabatan PPD KERIAN Kod PPD A040
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA KATEGORI INDIVIDU SEKOLAH MENENGAH
Projek inovasi WHEEL OF FIKRAH merupakan satu produk yang mengandungi gambar- gambar dan kosa kata bagi membina pelbagai ayat mudah dalam Bahasa Arab mengikut kata kerja dan gaya bahasa yang betul. Wheel ini diinovasikan dalam bentuk 4 lapisan roda yang berbeza saiz. Setiap wheel mewakili bahagian penting dalam pembinaan ayat Bahasa Arab yang mana wheel pertama memaparkan maklumat mengenai kata ganti diri(dhomair) serta pronouns, manakala wheel kedua memaparkan maklumat mengenai Tasrif Feel Madhi (Sifir kata kerja telah berlaku/ Past Tenses) dan Feel Mudhari’ (Sifir kata kerja sedang berlaku/ Present Tenses), manakala wheel ketiga memaparkan gambar Fail (Pelaku) dan Maf’ul Bih (Objek) dan wheel keempat digunakan untuk menulis jawapan yang telah berjaya dihasilkan oleh pelajar. WHEEL OF FIKRAH memudahkan murid membina ayat menggunakan gambar dan kosa kata yang diberi mengikut kaedah yang ada pada wheel dalam masa yang singkat. Ayat-ayat ini kemudiannya akan digabung menjadi satu perenggan. Maka terhasillah satu perenggan ayat bahasa arab yang mengikut tatabahasa arab yang betul. Permainan Wheel Of Fikrah merupakan satu intervensi yang berjaya memperbaiki amalan pembelajaran murid dalam penulisan karangan yang menepati ciri-ciri Pendidikan Abad 21. Wheel Of Fikrah ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan dan ia boleh didaftarkan sebagai satu pendekatan yang baharu dalam pedagogi Bahasa Arab dan diterapkan dengan lebih banyak unsur-unsur permainan yang menarik dalam Wheel Of Fikrah. Penggunaan Wheel Of Fikrah juga disediakan versi pelbagai aktiviti pengukuhan dan aktiviti pengayaan pembinaan ayat sama ada dalam bahasa inggeris dan bahasa arab bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid yang berbeza dari segi tahap penguasaan dan keupayaan berbahasa. Projek inovasi ini juga telah disebarluas dan dikongsikan bersama murid-murid sekolah lain dan hasil dapatan menunjukkan murid sangat teruja dengan Wheel Of Fikrah. Nama Guru DINIE BINTI DARUS Sekolah SABK MAAHAD AR RIDHWAN Kod Sekolah AFT 3006 SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA INDIVIDU MENENGAH 28 WHEEL OF FIKRAH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA INDIVIDU MENENGAH 29 ‘BITARA MINDA’ PENDEKATAN GAMIFIKASI DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAH CARA BAGI MATA PELAJARAN PJK PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN Melalui inovasi gamifikasi ‘BITARA MINDA’, standard berikut tercapai iaitu: Guru sebagai perancang dan mengawal pelaksanaan serta pembimbing inkuiri murid dengan kaedah didik hibur sewaktu inovasi ini diaplikasikan. Guru turut memacu respon positif murid serta menilai kemenjadian murid, sementara murid bertindak sebagai pelajar aktif selaras dengan Standard 4 SKPMG 2. Berasaskan tugasan Folio yang menggunakan model pembelajaran ‘Problem Based Learning’ (PBL) dan penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), bahan ajar gamifikasi ‘BITARA MINDA’ diaplikasikan. Tugasan Folio merujuk beberapa tema yang terkandung dalam DSKP mata pelajaran Pendidikan Jasmani Kesihatan (PJK) iaitu bertemakan Tarian Tradisional, Makanan Tradisional, Permainan Tradisional dan Perkhemahan. Hasil dapatan data daripada perbandingan keputusan Ujian pra dan pos menunjukkan penggunaan ‘BITARA MINDA’ dalam sesi pembelajaran amat berkesan dan dapat mengatasi permasalahan yang ada. Murid dapat menguasai, memahami dan mengenal pasti serta mengatasi permasalahan yang diberikan dalam suasana pembelajaran yang aktif, ceria dan menyeronokkan seperti lakonan, kiraan kalori, cipta pantun dan sebagainya. Ianya menjadi pencetus peningkatan Kemahiran KBAT, motivasi, pengetahuan am, kreativiti dan kerjasama antara ahli kumpulan. Tanpa disedari murid mempelajari dan mengenali warisan budaya tanah air. ‘BITARA MINDA’ juga boleh disebar luaskan serta dilaksanakan dalam mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu dan Sejarah. Ianya diibaratkan sebagai alat pemudahcara dan bahan bantu mengajar terbaik kepada guru subjek terutama yang bukan ‘option’ agar pembelajaran lebih berkesan sejajar dengan pembelajaran Abad -21. Nama Guru NORHAMSATON BINTI ABU BAKAR Sekolah SMK ABU BAKAR AL-BAQIR Kod Sekolah AEA 3088
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN INDIVIDU MENENGAH 30 MYDIG 3.0 MyDiG merupakan satu permainan Matematik yang dapat meningkatkan penguasaan konsep nombor nisbah di kalangan pelajar. Kali ini saya menambahbaik MyDiG 2.0 menjadi MyDiG 3.0. Penambahbaikan yang dilakukan ialah dari segi konsep dan peraturan permainan dalam menentukan pemenang dengan memperkenalkan wang MyDiG. Papan Utama juga ditambah baik supaya pemain dapat meningkatkan penguasaan simbol ‘<’ dan ‘>’. Plat emas X yang boleh diubah nilainya diperkenalkan bagi meningkatkan penguasaan algebra dikalangan pelajar. Berkonsepkan ‘Fun Learning’ yang mampu menarik minat pelajar untuk membiasakan diri mereka dengan nombor pecahan, perpuluhan dan nombor bercampur. Berlaku komunikasi pelajar dengan bahan, pelajar dengan pelajar dan bahan dengan bahan dalam permainan ini. Ia menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif, meningkatkan kemahiran komunikasi murid, menyerlahkan lagi kemahiran berfikir secara kritikal dan kreativiti mereka serta menerapkan nilai-nilai seperti tekun, jujur dan tidak mudah berputus asa (4K,1N). Nama Guru MOHD HARIS BIN HARUN Sekolah SMK PANGLIMA BUKIT GANTANG Kod Sekolah AEA3038
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN INDIVIDU MENENGAH 31 FORMULA 1234 Formula 1234 adalah salah satu kaedah yang mudah dan cepat untuk pelajar belajar mendapatkan maklumat tentang mekanisme pewarisan. Semasa menggunakan model ini, pelajar dapat mengukuhkan kefahaman tentang mekanisme pewarisan. Penggunaan kertas yang berwarna warni bertujuan untuk menarik minat pelajar fokus kepada PdPc. Pelajar lebih mudah memahami melalui bahan maujud ini berbanding dengan kaedah suai dan padankan di atas kertas. Penyampaian ilmu ilmiah secara ringan dan berwarna dapat menarik minat dan keterujaan pelajar untuk mencuba dan seterusnya dapat menambah ilmu dan kemahiran dalam mengillustrasikan rajah skema pewarisan menggunakan hukum mendel . Di mana sebelum ini pelajar keliru untuk membina rajah skema ini. Oleh itu, model ini dapat menjadi bahan bantu mengajar yang boleh membantu pelajar membina rajah skema pewarisan dengan mudah dan cepat serta menjadikan PdPc guru lebih menarik dan dapat menambahkan kefahaman tentang kemahiran proses sains, iaitu berkomunikasi dan meramal. Nama Guru HASLIANA BT HASHIM Sekolah SMK ALANG ISKANDAR Kod Sekolah AEA3040
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN INDIVIDU MENENGAH 32 HEART BOOK Jantung manusia adalah salah satu topik yang menarik untuk dipelajari tetapi agak mencabar untuk difahami murid. Mereka agak sukar menghafal dan mengingati struktur jantung dan fungsi-fungsinya dengan baik. Ini kerana murid-murid perlu mengenal pasti struktur- struktur dan sekaligus mengingati fungsi-fungsi setiap struktur jantung dengan betul dan tepat. Murid-murid lebih mudah keliru kerana lemahnya kemahiran mengingati mereka. Ini berlaku kerana murid tidak mempunyai kaedah sistematik untuk mengingat dan mereka akan lebih senang untuk membuat kesilapan. Maka guru menggunakan satu kaedah untuk memudahkan murid mengingati setiap struktur jantung dan aliran peredaran darah dengan tepat. Inovasi Heart Book ini dihasilkan untuk meningkatkan kemahiran mengingati murid-murid dengan lebih baik. Dengan penggunakan buku inovasi ini yang direka dengan mengkhususkan setiap struktur dengan lebih terperinci dengan cara yang lebih menarik. Grafik berwarna digunakan untuk menarik minat murid. Setiap helaian Heart Book ini menggunakan konsep satu helaian untuk satu aktiviti pengukuhan yang menarik. Metodologi Kajian yang digunakan adalah melalui temubual bersama guru dan hasil kerja murid. Selain itu, ujian pra dan ujian pasca dilaksanakan kepada murid-murid Tingkatan 3M1 untuk melihat tahap kefahaman dan kemahiran mengingat pelajar. Keputusan ujian pasca menunjukkan peningkatan dalam tahap kefahaman murid terhadap subtopik ini. Mereka kelihatan lebih tenang, seronok, berminat dan mengambil bahagian apabila guru menggunakan Heart Book dalam proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Guru juga dapat menerangkan fakta-fakta dan fungsi jantung dengan lebih berkesan apabila murid merujuk kepada Heart Book. Kekeliruan murid terhadap struktur jantung manusia dapat diatasi dengan menggunakan Heart Book. Nama Guru SITI NURSHUHANA BT MAT YUSSOF Sekolah SMK METHODIST (ACS), PARIT BUNTAR Kod Sekolah AEB3041
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN INDIVIDU MENENGAH 33 TEKNIK 'BURGER' Kemahiran menulis dalam bahasa Inggeris merupakan salah satu aspek yang sangat penting dalam pembelajaran bahasa. Namun begitu, pencapaian pelajar dalam kemahiran menulis sangat membimbangkan terutamanya dalam menulis karangan yang panjang kerana mereka masih tidak memahami apa yang perlu ditulis mengenai tajuk yang diberikan. Lebih-lebih lagi Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua mereka. Ia menyebabkan mereka agak sukar untuk menulis mengikut topik yang diberikan. Oleh itu, demi memastikan para pelajar Tingkatan 5 SMK Mudzaffar Shah mencapai tahap penguasaan bahasa Inggeris yang lebih baik dalam PBD terutamanya kemahiran menulis perenggan, teknik ‘Burger’ merupakan satu alat untuk pelajar merancang apa yang perlu ditulis dalam satu perenggan bagi karangan seperti article, review dan cerita. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan terhadap markah Peperiksaan Pertengahan Tahun, terdapat peningkatan markah dalam post-test kerana pelajar-pelajar tersebut dapat menulis satu perenggan dengan mempunyai isi-isi yang tepat dan tersusun berpandukan teknik ‘Burger’. Nama Guru NUR DIYANA BINTI MOHAMAD ZAMZURI Sekolah SMK MUDZAFFAR SHAH Kod Sekolah AEE 3045
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN INDIVIDU MENENGAH 34 GAP FILL ACTIVITY Penerangan: “Writing skills” atau kemahiran menulis merupakan salah satu daripada empat komponen utama yang dinilai untuk pentaksiran tingkatan tiga. Bagi sebilangan pelajar, kemahiran menulis merupakan komponen yang kurang menarik dan membosankan kerana ianya memerlukan mereka untuk menulis karangan. Kebanyakan pelajar ESL pertengahan dapat menulis esei walaupun kerap berlaku kesilapan dianggap tinggi. Beberapa aspek bahasa seperti ketepatan, struktur ayat, kosa kata, ejaan dan tanda bacaan harus dipertingkatkan bagi meningkatkan kualiti esei mereka. Kajian ini memfokuskan tentang penggunaan “GAP- FILL ACTIVITY” atau latihan isi tempat kosong untuk membantu pelajar pelajar menulis karangan dengan lebih tepat. Penggunaan latihan isi tempat kosong ini dapat membantu pelajar untuk lebih yakin menulis karangan dan pada masa yang sama dapat merangsang daya pemikiran kritis dan kreatif mereka. Ianya juga mendedahkan pelajar tentang teknik penulisan yang lebih baik. Kajian tindakan dijalankan secara berperingkat bagi menguji keberkesanan permainan teknik ini dan memastikan ianya bertepatan dengan kehendak pembelajaran Abad 21. Analisis soal selidik menunjukkan 88% pelajar sangat bersetuju, 9.3% setuju dan 2.6% agak bersetuju dengan keberkesanan penggunaan “gap-fill activity” dalam meningkatkan keyakinan mereka dan membantu mereka untuk menulis karangan dengan tepat. Selain itu, data ujian selepas penggunaan “gap- fill activity” mencatatkan peningkatan di mana lebih 80% pelajar memperoleh markah Ujian Selaras 1 dengan markah melebihi 70%. dilihat dapat membantu meningkatkan minat dan pemahaman pelajar terhadap komponen kemahiran menulis. Kertas kerja ini akan membentangkan butiran lanjut tentang “ fill - the gap”, pelaksanaannya, penemuannya dan kesimpulannya. Nama Guru YOGESWARY A/P RAJENDRAN Sekolah SMK ABU BAKAR AL- BAQIR Kod Sekolah AEA 3088
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA KATEGORI KUMPULAN SEKOLAH RENDAH
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN RENDAH 35 MAHIR°S Mahir°S merupakan bahan bantu mengajar dan belajar yang menggunakan formula Mahir°S ketika melaksanakan mata pelajaran “Tasmik” untuk membantu murid meningkatkan kefahaman bacaan hurufhuruf sakinah dengan jelas. Nama Mahir°S adalah perkataan pinjaman Bahasa Arab yang bermaksud mahir membaca, manakala simbol ° adalah “tanda mati” yang sama maksud dengan S yang iaitu “sukun/Sakinah”. Pembelajaran menggunakan Mahir°S dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi murid (KBAT) dalam mengenal pasti bacaan huruf-huruf sakinah. Pembelajaran Mahir°S menggunakan kaedah “Mix -N- Match” yang juga merupakan salah satu teknik pembelajaran PAK-21. Melalui kaedah ini murid dapat meningkatkan kefahaman dengan lebih baik. Nama Guru HAIFAUL MUNIRAH BT MOHAMED SABRAN NUR SYAZANA BINTI MOHAMAD KAMARUDDIN NOREHAN BINTI ZAINAL ABIDIN Sekolah SK TELUK MEDAN Kod Sekolah ABA3014
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN RENDAH 36 POP POP LEARNING KIT Kemahiran mengeja merupakan kemahiran asas dan juga amat penting dalam bidang bahasa Inggeris. Walaupun kemahiran mengeja kelihatan mudah, tetapi juga terdapat murid yang masih menghadapi masalah untuk memahami dan menguasai kemahiran tersebut. Setelah menjalani temubual dengan beberapa orang guru yang berpengalaman dalam mengajar bahasa Inggeris dan murid yang lemah dalam ejaan, kami mendapati ramai murid yang tidak dapat menguasai kemahiran mengeja adalah disebabkan oleh mereka tidak memahami konsep mengeja , tidak berminat dan susah mengingati ejaan sesuatu perkataan. Maka, murid yang belum menguasai kemahiran-kemahiran tersebut memerlukan suatu alat bantu untuk memudahkan mereka memahami konsep ejaan perkataan berfrekuensi tinggi. Inovasi Pop Pop Learning Kit dihasilkan untuk membantu murid menguasai konsep mengeja perkataan berfrekuensi tinggi melalui permainan. Konsep Pop Pop Learning Kit dicipta adalah untuk menarik minat murid melalui konsep permainan, di samping membolehkan murid mengingati cara mengeja perkataan berfrekuensi tinggi dengan cepat melalui konsep bertanding dan gambar yang menarik. Pop Pop Learning Kit ini boleh digunakan oleh setiap murid di sekolah rendah yang berselaras dengan DSKP Bahasa Inggeris. Bagi murid yang dapat menguasai kemahiran tersebut, merekan akan memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan(TP) 3 dalam pentaksiran bilik darjah. Oleh itu, kami menjalankan ujian pra terlebih dahulu untuk mencari murid yang belum mendapat TP3 dalam kemahiran mengeja ini. Setelah murid-murid tersebut menggunakan Pop Pop Learning Kit, mereka juga diberikan ujian pasca. Nama Guru LIM POAY HOON YEAP CHIA CHIA NG LEE SEE Sekolah SJKC YU CHAI Kod Sekolah ABC 3052
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN RENDAH 37 YUM YUM GROW Yum Yun Grow Kit merupakan satu alat permainan (set kad) yang agak unik daripada kegunaan alat permainan yang lain. Yum Yum Grow Kit ini mengandungi gambar-gambar makanan sesuai digunakan dalam pelbagai subjek contohnya Sains, Pendidikan Kesihatan dan Bahasa. Cara bermain alat ini serupa permainan “board game” campur “UNO kad”. Yum Yum Grow Kit terdapat tiga cara bermain yang seronok. Usaha untuk menginovasi produk ini adalah sebagai pemudah cara murid untuk lebih memahami subjek dan tajuk yang diajar oleh guru mata pelajaran dengan lebih berkesan. Produk ini dapat membantu murid-murid tahun 3 hingga tahun 5 menguasai pengetahuan Sains dan Pendidikan Kesihatan tentang Kelas Makanan dengan lebih jelas. Selain itu, Yum Yum Grow juga membantu murid-murid mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang dalam kehidupan seharian dengan cara yang seronok dan menarik. Kit ini mudah dibawa dan mudah difahami. Kit ini boleh dijadikan sebagai bahan bantu belajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kit ini juga boleh digunakan oleh kalangan murid dalam proses pembelajaran kendiri secara kumpulan. Semasa menggunakan alat ini, murid-murid bukan sahaja mendapat pengetahuan, malah juga memupuk nilai-nilai murni seperti kolabolasi, sabar dan saling-membantu. Soalan-soalan yang dikemukan dalam Yum Yum Grow direka mengikut DSKP Sains Tahun 3, DSKP Pendidikan Kesihatan tahun 4 dan DSKP Pendidikan Kesihatan tahun 5. Yum Yum Grow Kit ini sesuai untuk semua aras keupayaan murid. Nama Guru BEH GAIK SUAN LEE WAN SHIA TANG SIOK KENG Sekolah SJK ( C ) YU CHAI Kod Sekolah ABC3052
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN RENDAH 38 KIT 'BIDA' Inovasi Kit ‘BiDa’, dihasilkan bagi meningkatkan penguasaan operasi darab dalam kalangan murid pemulihan khas melalui kaedah penambahan berulang. Murid pemulihan menghadapi masalah untuk menyelesaikan soalan-soalan yang melibatkan operasi darab kerana sukar untuk menghafal dan mengingati sifir. Inovasi ini telah diaplikasikan kepada 15 orang murid pemulihan khas, daripada tiga buah sekolah iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bagan Serai, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Tong Wah dan Sekolah Kebangsaan Teluk Medan. Ujian pra dan pos digunakan untuk melihat perbezaan peningkatan pencapaian murid. Tinjauan awal telah dilaksanakan dengan menggunakan ujian pra sebagai indikator. Hasil tinjauan menunjukkan kebanyakan murid tidak dapat menjawab soalan berkaitan operasi darab satu digit dengan satu digit kerana mereka amat sukar dalam mengingati sifir dan kesilapan juga berlaku sewaktu menyelesaikan operasi darab. Perancangan difokuskan kepada cara termudah dan berkesan dengan menggunakan ‘Kit BiDa’. Melalui kaedah ini, murid dapat menyelesaikan operasi darab melalui kaedah penambahan berulang. Melalui penggunaan ‘Kit BiDa’, murid lebih aktif dan berminat untuk menjawab soalan dengan lebih mudah serta dapat meningkatkan lagi kemahiran operasi darab. Data dikumpulkan melalui ujian pra dan pos, pemerhatian berdasarkan senarai semak dan soal selidik bersama guru-guru subjek Matematik. Dapatan keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi muridmurid dalam menyelesaikan operasi darab. Nama Guru GHAZALI BIN ABDUL RAHMAN TEE MAY LING VIKNESWARI A/P MUNUSAMY Sekolah SK TELUK MEDAN SJK (C) TONG WAH SJK (T) BAGAN SERAI Kod Sekolah ABA3014 ABC3055 ABD3061
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN RENDAH 39 KIT ALI BABA (PUTAR, SEBUT, SUSUN, INGAT) Kit Ali Baba merupakan sebuah alat bantu mengajar (ABM) untuk membantu murid menguasai kemahiran membaca suku kata tertutup (kvk). Nama Kit Ali Baba diilhamkan daripada sebuah filem melayu klasik yang dibintangi oleh Tan Sri P. Ramlee iaitu Ali Baba Bujang Lapok. Dalam filem tersebut, terdapat sebuah babak yang menunjukkan Kassim Baba dapat membuka pintu gua tersebut namun tidak pandai menutup pintu gua itu semula menyebabkan dia terperangkap lalu tertangkap oleh ketua penyamun. Dalam konteks inovasi Kit Ali Baba, situasinya murid pandai buka (suku kata terbuka) tetapi belum pandai tutup (suku kata tertutup). Kit Ali Baba adalah sebuah kit yang lengkap dengan permainan (permainan dalam pembelajaran, latih tubi (Teori Behaviouris) dan ganjaran (Teori Skinner). Tuntasnya, penggunaan Kit Ali Baba dalam PdPc bahasa Melayu berjaya meningkatkan penguasaan tahap penguasaan murid untuk menyebut suku kata tertutup (kvk). Inovasi Kit Ali Baba juga menepati kriteria pembelajaran abad ke-21 dan membantu dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Nama Guru MOHAMMAD HAFIZUDDIN BIN IDRUS MUHAMMAD EIZAZ BIN AHMAD FISAL LOI KIM WEI Sekolah SJKC YU CHAI Kod Sekolah ABC 3052
SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN RENDAH 40 EQ BOARD Topik pecahan merupakan antara topik yang paling sukar dikuasai oleh murid, terutamanya murid yang lemah. Antara kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam topik pecahan ialah menambah dan menolak pecahan yang tidak sama penyebut. Refleksi terhadap PdPc mendapati bahawa sebahagian murid menghadapi kesukaran untuk menambah dan menolak dua pecahan wajar yang berbeza penyebut. Pelbagai jenis kesilapan dapat dikesan melalui pemerhatian, lembaran kerja, buku latihan dan ujian diagnostik. Oleh itu, inovasi EQ Board dihasilkan bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran murid lemah dalam menambah dan menolak dua pecahan wajar yang berbeza penyebut sehingga 10. Secara realitinya, murid yang lemah memang tidak boleh menghafal sifir dan ada juga yang tidak tahu cara menggunakan sifir bagi mencari penyebut yang sama. Inovasi ini menggunakan sifir yang diwarnakan dengan warna yang sama bagi setiap nombor yang sama. Apabila mendapat soalan, murid mengenal pasti dua penyebut dan merujuk kepada sifir berwarna yang dibekalkan dan seterusnya melakukan pengiraan pada kotak soalan yang disediakan. Metodologi kajian yang digunakan adalah melalui ujian pra dan ujian pasca dilaksanakan kepada murid Tahun 5 Bijaksana untuk melihat tahap kefahaman dan kemahiran menambah dan menolak pecahan tidak sama penyebut. Keputusan ujian pasca menunjukkan peningkatan dalam tahap kefahaman murid terhadap topik ini. Murid kelihatan seronok dan berminat apabila menggunakan EQ Board dalam proses pembelajaran. Nama Guru ZULKIFLI BIN MOHAMAD ABDUL MALEK BIN OSMAN HASLILA BINTI AMINUDIN Sekolah SK TELUK MEDAN Kod Sekolah ABA3024