The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Kompilasi Inovasi - Pertandingan Inovasi Pendidikan Kerian 2023
KATEGORI PRASEKOLAH
KATEGORI INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
KATEGORI INDIVIDU SEKOLAH MENENGAH
KATEGORI KUMPULAN SEKOLAH RENDAH
KATEGORI KUMPULAN SEKOLAH MENENGAH
KATEGORI PENDIDIKAN KHAS KATEGORI PENGURUSAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD HAFIZI BIN MOHD ARSHAD (A-PPDKERIAN), 2024-02-20 21:26:16

KOMPILASI INOVASI KERIAN 2023

Buku Kompilasi Inovasi - Pertandingan Inovasi Pendidikan Kerian 2023
KATEGORI PRASEKOLAH
KATEGORI INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
KATEGORI INDIVIDU SEKOLAH MENENGAH
KATEGORI KUMPULAN SEKOLAH RENDAH
KATEGORI KUMPULAN SEKOLAH MENENGAH
KATEGORI PENDIDIKAN KHAS KATEGORI PENGURUSAN

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN RENDAH 41 KIT AF LANE Penambahan merupakan operasi asas pertama yang perlu dikuasai oleh murid-murid sebelum mereka mempelajari operasi penolakan, pendaraban dan pembahagian. Seramai 10 murid yang diuji hanya mencapai Tahap Penguasaan 1 (TP 1). Ini menunjukkan murid-murid yang berkenaan masih belum menguasai tajuk penambahan terutama yang melibatkan pengumpulan semula. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan ke atas murid-murid untuk membantu meningkatkan keupayaan mereka memahami kemahiran penambahan secara pengumpulan semula dan seterusnya dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran operasi tambah secara mengumpul semula dan mencapai tahap penguasaan TP 3. Justeru itu, Inovasi AF-Lane telah digunakan dalam kajian ini bagi memudahkan murid-murid memahami konsep menambah secara mengumpul semula dengan teknik yang betul. Penggunaan “lane” untuk menggerakkan nilai puluh setelah menambah di nilai tempat sa. Penggunaan bahan bantu mengajar “jari” yang direka adalah untuk membantu murid-murid yang lemah untuk menambah di samping meningkatkan psikomotor halus murid. Hasil analisis data didapati terdapat peningkatan Tahap Penguasaan murid. Seramai 4 orang murid telah menunjukkan peningkatan dari TP 1 ke TP 2 dan 6 orang murid berjaya mencapai TP 3. Kesimpulannya, kit AF-Lane menyediakan peluang kepada murid untuk lebih mudah memahami konsep penambahan secara pengumpulan semula. Penggunaan kit AF-Lane boleh diperluaskan kepada guru-guru dan murid-murid lain. Ibu bapa dan komuniti luar dapat memanfaatkannya untuk membantu anak-anak dalam mempelajari Matematik. Nama Guru NORAINI BT DIN RAIHANADIAH BT ABDUL KADIR YUSNAWATI BT MOHD YUSOF Sekolah SK JALAN MATANG BULUH Kod Sekolah ABB 3047

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN RENDAH 42 MAGIC ADVANCE KEYPAD (MAK) “MAGIC ADVANCED KEYPAD (MAK)” merupakan satu kit yang dihasilkan berpandukan teori konstruktivisme. Pembelajaran terbina daripada hasil pencatuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada, iaitu bentuk keypad dan kemampuan mengingat pattern lock. Dalam operasi asas, muridmurid berasa susah dalam operasi darab dan bahagi. Puncanya adalah sifir. Murid-murid berasa susah untuk menghafal sifir. Walaupun guru-guru mengambil beberapa tindakan untuk memastikan murid-murid menghafal sifir, maka ia merupakan satu kegagalan. Dengan adanya Magic Advance Keypad, tidak perlu bergantung kepada kaedah hafalan. Setiap sifir mempunyai satu pattern lock. Mereka hanya perlu ingat bentuk pattern lock tersebut. Melalui ini murid-murid dapat membina sifir 2 hingga 9 dengan mudah dan pantas. Keypad telefon bimbit ini bukan sahaja digunakan untuk membantu murid-murid untuk membina sifir. Malahan, ia mempunyai banyak kegunaan, iaitu menyelesaikan soalan operasi asas, mengenal nombor dari 1 hingga 10, nombor genap, nombor ganjil, mengenal huruf besar, huruf kecil, vokal, konsonan, membina suku kata dan perkataan, mengenal urutan warna pelangi dan mengenal 9 arah mata angin. Cara pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pra dan pasca. Cara menilai kualiti Magic Advance Keypad melalui pemberian soal selidik kepada guru Hasil analisis data menunjukkan bahawa penggunaan Magic Advance Keypad dapat meningkatkan pencapaian murid dan mempunyai kualiti yang tinggi. Nama Guru THAVAMANI A/P LETCHUMANAN RANY A/P MANIAM KARTHIKESAN A/L MANIKABASAGAN Sekolah SJKT LADANG SOON LEE Kod Sekolah ABD3069

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN RENDAH 43 OPERASI TOLAK DALAM PERMAINAN GULI Inovasi bahan bantu belajar ‘Tapak Permainan Guli’ atau idea ‘Permainan Guli dalam Konsep Tolak’ tercetus bagi membantu murid-murid pemulihan khas di SJKT YMHA. Objektif Inovasi ini ialah membantu murid Pemulihan Khas memahami konsep operasi tolak dan membina ayat matematik dalam lingkungan 10 dalam keadaan yang menyeronokkan dan bermakna melalui pendekatan belajar sambil bermain guli. Subjek kajian terdiri daripada 4 orang murid pemulihan khas yang mempunyai masalah dalam memahami konsep operasi tolak. Pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca digunakan sebagai instrumen kajian. Pendekatan belajar sambil bermain guli telah dijalankan selama 2 minggu bagi mengatasi masalah yang dihadapi murid dalam memahami konsep operasi tolak dan membina ayat matematik. Dapatan kajian menunjukkan penguasaan murid memahami konsep operasi tolak dan membina ayat matematik meningkat selepas intervensi menggunakan kaedah belajar sambil bermain guli dijalankan berbanding sebelum intervensi. Ini menunjukkan penggunaan kaedah belajar sambil bermain dapat membantu murid dalam menguasai konsep dan membina ayat matematik operasi tolak. Nama Guru MOHANA A/P KANNAYA GUNAVATHI A/P AYYAVOO Sekolah SJKT YMHA, TAIPING Kod Sekolah ABD6101

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN RENDAH 44 aRE BOX Inovasi ini juga dapat meningkatkan pengetahuan, penglibatan dan minat murid di dalam kelas semasa pengajaran mata pelajaran Sains. Sampel kajian melibatkan seramai 15 orang pelajar dan tiga orang guru terlibat dalam kajian ini. Berdasarkan tinjauan, guru mendapati murid tidak mempunyai pengetahuan yang luas mengenai sesuatu topik. Hal ini kerana selain daripada buku teks, mereka juga tidak mempunyai rujukan yang mempunyai kandungan yang penuh. Contohnnya, apabila murid belajar mengenai jenis tumbuhan yang mempunyai akar tunjang, mereka hanya merujuk teks sebagai rujukan. Malah, buku teks juga mempunyai beberapa contoh sahaja. Oleh itu, pendekatan berfokus diperkenalkan kepada murid sebagai satu cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid. Kaedah temu bual, pemerhatian dan lembaran kerja digunakan untuk mengumpul data kajian untuk melihat keberkesanan inovasi yang telah dihasilkan. Kajian ini telah dijalankan terhadap murid tahun 5 dengan menggunakan arE BOX dengan AR code bagi membolehkan murid-murid melibatkan diri secara aktif di dalam PdPc. Proses triangulasi kaedah dan masa telah dilaksanakan untuk tujuan penyemakan data. Kajian juga telah menjalankan pelan tindakan berdasarkan pendekatan berfokus yang diperkenalkan dan mendapati penguasaan kemahiran murid dalam menjawab soalan Sains semakin memuaskan jika dibandingkan dengan sebelumnya. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan arE Box dengan AR code berupaya dan berjaya meningkatkan penglibatan murid dalam kelas, minat murid terhadap PdPc, pengetahuan murid sebelum PdPc dan juga pengetahuan murid selepas PdPc. Murid lebih menunjukkan sikap positif dengan menunjukkan pembelajaran aktif dan mempunyai keyakinan diri dalam aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan di kelas. Permainan arE BOX boleh digunakan dalam semua subjek. Kaedah ini akan terus digunakan dalam PdPc pada masa akan datang. Nama Guru MONES NATCHIA RUBINI A/P THIGARAJAN SRI SANJAY KUMAR A/L KUMAR SUHASINI A/P ALIMUTHU Sekolah SJK(T) BAGAN SERAI Kod Sekolah ABD3061

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN RENDAH 45 KEBERKESANAN MODEL HEARTBEAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI TAJUK PEREDARAN DARAH Sistem peredaran darah manusia merupakan tajuk baharu yang telah dimasukkan ke dalam silibus Sains Tahun 5 bermula pada tahun 2022. Dalam tajuk ini, murid perlu memahami tentang laluan peredaran darah manusia. Model Heart Beat dibina bagi membantu guru menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan serta sebagai usaha meningkatkan kefahaman murid untuk menguasai tajuk ini. Model Heart Beat merupakan satu alat Bahan Bantu Mengajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Guru dan murid dapat melakukan simulasi sistem peredaran darah yang berlaku di dalam tubuh manusia. Alat ini didapati membantu murid melakukan aktiviti melakar laluan peredaran darah dengan berkesan seperti tugasan yang perlu dilaksanakan oleh murid di dalam buku teks Sains Tahun 5. Soal selidik dibina sebagai alat untuk mendapatkan data. Soal selidik merangkumi aspek demografi responden, serta proses pembelajaran menggunakan model heartbeat bagi menerangkan sistem peredarah darah manusia. Soal selidik dibina berdasarkan pendekatan Teori Pembelajaran Gagne Sembilan Fasa. Berdasarkan data kajian yang diperolehi didapati bahawa proses pembelajaran sememangnya berlaku dengan penggunaan model heartbeat dan fasa merekod dan penyimpanan jangka panjang mencatatkan tahap min tertinggi dan pembelajaran secara hands on merupakan mod pembelajaran aktif bagi murid-murid. Nama Guru NORANIZA BINTI JAFFRY NOR HAFIZAH BINTI BASRI GAYAITHRI A/P SUBRAMANIAM Sekolah SK METHODIST PARIT BUNTAR Kod Sekolah ABB 30346

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN RENDAH 46 SISI BUDI Pada awal pembelajaran, didapati murid-murid tahun 1 mempunyai masalah dalam kemahiran menulis. Selain membaca, aktiviti menulis amat penting dan seiring dengan proses membaca. Bahasa Melayu amat menekankan aspek 2M iaitu membaca dan menulis. Kedua-dua aspek ini perlu dikuasai oleh murid untuk membantu mereka menguasai mata pelajaran bahasa Melayu. Inovasi ini dijalankan untuk membantu murid meningkatkan kemahiran menulis khususnya dalam latihan membina ayat. Kajian ini melibatkan seramai 15 orang murid tahun 1 Viber, Instagram dan 1 Skype di Sekolah Kebangsaan Methodist Parit Buntar. Tinjauan awal dilaksanakan melalui pemerhatian dan latihan yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran menunjukkan murid tidak mahir dalam kemahiran menulis ayat gramatis terutama apabila latihan membina ayat berdasarkan gambar diberikan kepada murid. Oleh itu, perancangan tindakan dijalankan kepada murid-murid tersebut di dalam kelas. Tindakan intervensi dimulakan dengan melaksanakan formula SISIBUDI dalam latihan membina ayat kepada responden. Murid dapat membaca ayat dan membina ayat dengan gramatis menggunakan kaedah SISIBUDI. Nama Guru: JURIAH BINTI ISMAIL ROSNI BINTI ABD SAMAT AIDA NORDIANA BINTI SUDIN @ SHAMSUDIN Sekolah SK METHODIST, PARIT BUNTAR Kod Sekolah ABB3024

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN RENDAH 47 ZIKIR SIFIR Konsep belajar sambil bermain merupakan satu pendekatan yang terancang, dan berstruktur bagi memberi peluang kepada kanak-kanak belajar dalam suasana yang tidak begitu formal, menyeronokkan dan bebas. Murid yang melalui proses belajar sambil bermain akan mendapat pengalaman langsung yang sudah pasti akan memberikan kesan pembelajaran yang mantap dan berkesan. Melalui kaedah ini juga, ia memberi laluan yang membolehkan murid belajar, mengenali persekitaran dan dunianya melalui penerokaan, simulasi, proses cuba-jaya dan manipulasi bahan serta alatan. Pendekatan bermain sambil belajar juga merupakan salah satu pendekatan yang lebih berkesan bagi murid prasekolah, pemulihan khas dan murid tahap satu. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif dapat mencungkil bakat serta menarik minat murid-murid ini. Oleh yang demikian, kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan belajar sambil bermain untuk melihat keberkesanan murid dalam menghafal sifir dan membuat perkaitan kaedah yang digunakan dalam kemahiran matematik yang lain. Jadi, Zikir Sifir ini adalah satu projek inovasi untuk menarik minat memahami konsep sifir bertepatan dengan konsep bermain sambil belajar. Nama Guru HAFIDZOTUDDINIAH BINTI ABD RAHMAN NORSURIATY BINTI AHMAD SARKAWI NOR SALIZA BINTI ABD MUTALIB Sekolah SK KAMPONG DEW Kod Sekolah ABA3030

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN RENDAH 48 MIRACLE FINGERS 'Miracle Fingers' adalah inovasi terbaharu yang saya gunakan dalam P&P bagi mendapatkan jawapan tukarkan unit yang melibatkan pecahan dengan pantas. 'Miracle Fingers' adalah kaedah mendapatkan jawapan secara spontan dengan hanya menggunakan jari. Kaedah ini amat sesuai dipraktikkan untuk menjawab soalan di dalam kertas 1 kerana tidak perlu menunjukkan jalan kiraan untuk menjawab soalan. Kaedah ini boleh diaplikasikan di dalam 5 topik sekali gus iaitu ukuran panjang, timbangan berat, isipadu cecair, masa dan waktu serta peratus. Jika sebelum ini kebanyakan murid terpaksa mengira melalui pengiraan langkah demi langkah, tetapi melalui kaedah ini murid hanya perlu melihat jari dan terus menyebut jawapan dengan pantas. Di bawah ini saya sertakan contoh untuk lebih difahami. Anda boleh mencubanya kepada setiap orang dan lihat hasilnya. Nama Guru VEHNI A/P MUNIANDY QURRATU’AINI BINTI SAHARI SUBRAMANIAM A/L RAMALINGAM Sekolah SJKT SAINT MARY’S Kod Sekolah ABD3062

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN 49 KUMPULAN RENDAH KIT MEMBACA CARA KITA Inovasi dalam pendidikan khususnya di peringkat sekolah memainkan peranan penting yang menjayakan visi dan misi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Projek inovasi yang telah dipilih oleh SK Matang Jelutong ialah bertajuk “Kit Membaca Cara Kita: Kit ini ini adalah hasil inovasi daripada PowerPoint yang mempunyai nilai tambah kepada pelajar dalam usaha mengembangkan tahap pembacaan murid yang lemah dalam bacaan terutama semasa PdPc di dalam kelas atau di luar kelas. Hasil gabungan idea daripada pentadbir, Ketua Panitia Bahasa Melayu, guru prasekolah, guru tahun 1 dan guru pemulihan . Kepentingan menguasai kemahiran membaca yang lemah dalam kalangan murid yang terkesan daripada pandemik Covid 19 telah menimbulkan wacana pembugaran idea antara warga sekolah mewujudkan suasana mesra PdPc dan PdPR untuk diterjemahkan dalam pembelajaran berterusan. Maka terhasillah Kit Membaca Cara Kita untuk kemudahan pembelajaran di dalam kelas mahu pun di luar kelas. Projek Kit Membaca Cara Kita ini adalah, kajian daripada para pelajar dan secara tidak sengaja menemui masalah ketika proses PdPc dan PdPR iaitu berlaku keputusan dalam pentaksiran Literasi bacaan amat membimbangkan. Hasil perbincangan dan penilaian warga sekolah termasuk ibu bapa maka tercetuslah idea daripada kalangan guru untuk mengatasi masalah itu. Justeru lanjutan perbincangan itu melibatkan permasalahan semasa kehadiran murid ke sekolah dijalankan Program Bantu Baca kurang berjaya. Ianya masih terdapat permasalahan yang masih tidak dapat dirungkai. Justeru dapatan data daripada Kajian Tindakan yang telah dibuat Panitia Bahasa Melayu untuk menyelesaikan masalah murid tidak pandai membaca maka terbentuklah projek ”Kit Membaca Cara Kita”. Selepas penambahbaikan kini projek ini telah dikembangkan dengan program bacaan sifir untuk Matematik Nama Guru ZULKIFLI BIN HALIM HASLIZA BINTI SALAHUDDIN NURNADHIRAH BINTI KHAIRAZMY Sekolah SK MATANG JELUTONG Kod Sekolah ABA 3008

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN RENDAH 50 TWIDDLE CUP ‘Twiddle Cup’ merupakan bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris sekolah rendah untuk tahap 2 iaitu tahun 4 hingga tahun 6 untuk membina ayat. Penggunaan Twiddle Cup akan memberi lebih minat dan kefahaman yang jelas kepada murid tentang kaedah membina ayat yang betul. Hasil dapatan kajian menunjukkan Twiddle Cup dapat membantu meningkatkan penguasaan murid dalam membina ayat dengan lebih mudah. Semasa merancang bahan pengajaran ini, Model Reka Bentuk instruksional ‘ADDIE’ telah digunakan. Justeru itu, reka bentuk inovasi TWIDDLE CUP memberi tumpuan terhadap perkembangan murid-murid semasa proses pembelajaran berlaku yang melibatkan aktiviti sosial dan perkembangan bahasa sesama murid. Nama Guru ROSNI BINTI ABDUL WAHID NOORAZLINA BINTI ARBA’ANGIN HAMIDAH BINTI ABDUL HAMID Sekolah SK SRI SIAKAP Kod Sekolah ABA3012

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN RENDAH 51 KA-BILAN (KATA ADJEKTIF SEMBILAN) Terdapat masalah yang dihadapi adalah di mana terdapat beberapa murid tahun 5 yang kurang kefahaman malah tiada pengetahuan tentang kata adjektif walaupun konsep telah diterangkan secara lisan dan tulisan. Oleh yang demikian, hasil dari perbincangan yang melibatkan beberapa orang murid bersama rakan-rakan seguru yang mengajar mata pelajaran yang sama, guru penasihat, guru penolong kanan kurikulum dan setiausaha kurikulum saya telah mendapat idea dalam menghasilkan satu inovasi digital iaitu “Mari Mengenal Kata Adjektif” dan boleh juga disebut KA-Bilan (Kata AdjektifSembilan) iaitu sembilan jenis kata adjektif. “KA-Bilan” dihasilkan menggunakan aplikasi utama iaitu video dan permainan mini yang diinovasikan dan dikreatifkan dengan adanya bahan-bahan menarik. Selepas inovasi diperkenalkan kepada murid, murid secara langsung atau tidak langsung dapat input dan mampu memahami kata adjektif. Kos bagi penghasilan inovasi ini adalah tidak mahal kerana hanya menggunakan aplikasi YouTube dan permainan mini yang menarik. Pengguna inovasi ini mampu menjimatkan masa guru untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran terhadap penerangan kata adjektif kerana penerangan beberapa kata adjektif, contoh dan penggunaan dijelaskan serta latihan berkaitan juga disediakan di dalam inovasi tersebut. Murid hanya perlu menonton video. Ia memerlukan beberapa saat dan diingatkan bahawa latihan bergantung kepada tayangan video. Ia sesuai digunakan untuk semua murid tahun 1 sehingga 6, namun lebih berfokuskan kepada murid tahun 5 kerana pengajaran dan pembelajaran kata adjektif terdapat dalam DSKP. Penggunaan inovasi ini memberi impak yang besar kepada pelajar dimana mereka lebih mudah mengingati kata adjektif seperti konsep, ciri-ciri, penggunaan, contoh dan sebagainya. Nama Guru: DEVANDRAN A/L SUBRAMANIAM PONNARASI A/P GOBALAKRISHNAN UMADEWI A/P SOMOO Sekolah SJK (T) SAINT MARY’S Kod Sekolah ABD3062

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN RENDAH 52 RODA BUNDAR RODA BUNDAR ini merupakan satu set bahan bantu mengajar lengkap yang dibina khas untuk membantu murid mengukuhkan kefahaman dalam membundar nombor kepada nilai tempat puluh. Alat ini dibina bersesuaian dengan PAK21 dan memenuhi konsep Didik Hibur yang mampu memberi keseronokan belajar di kalangan murid di samping membantu guru menjalankan pentaksiran di dalam bilik darjah (PBD). Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi ini adalah kertas A4 putih dan warna, kertas laminate, pemutar bulatan. Kosnya sangat murah dan bahannya mudah didapati. Inovasi ini dicipta untuk membantu murid membundarkan nombor bulat secara Fun Learning yang dapat menarik minat murid untuk belajar secara aktif di dalam kelas. Murid bukan sahaja belajar malah dapat mengembangkan pengetahuan mereka secara holistik dan menyeluruh. RODA BUNDAR ini dibina berdasarkan gerakan atau pusingan pada roda bundar. Murid hanya perlu memusingkan bulatan ikut arah jam atau lawan jam mengikut nilai nombor untuk membundarkan nombor. RODA BUNDAR ini sangat sesuai digunakan semasa PdPc dan sewaktu guru ganti. Begitu juga semasa aktiviti kokurikulum semasa aktiviti persatuan dijalankan. Alat ini sangat ringan, mudah dibawa, kemas, menarik dan menjimatkan masa. Reka bentuknya yang ringan dan sangat menarik minat murid terutamanya tahun 1. Nama Guru NOORREZAN BINTI OTHMAN NOR SALAWATI BINTI AYOB Sekolah SK ALOR PONGSU Kod Sekolah ABA3001

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN 53 KUMPULAN RENDAH TATIH (TANGAN LATIHAN) Kemahiran mengenal dan menulis huruf merupakan antara kemahiran yang paling sukar dikuasai oleh murid, terutamanya murid yang lemah. Antara kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam kemahiran ini ialah mengenal pasti dan menulis bentuk huruf kecil. Refleksi terhadap PdPc mendapati bahawa sebahagian murid menghadapi kesukaran untuk menulis bentuk huruf. Pelbagai jenis kesilapan dapat dikesan melalui pemerhatian, lembaran kerja, buku latihan dan ujian diagnostik. Oleh itu, inovasi TATIH dihasilkan bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran murid lemah dalam prapenulisan huruf terutama menulis huruf kecil. Secara realitinya, murid yang lemah memang sukar mengecam bentuk huruf yang berbeza bentuknya. Inovasi ini menggunakan kad huruf yang memerlukan murid menyebut, menyurih, mengikat seterusnya menulis huruf. Metodologi kajian yang digunakan adalah melalui ujian pra dan ujian pasca dilaksanakan kepada murid tahun 1 Bijaksana untuk melihat tahap kefahaman dan kemahiran mengenal pasti dan menulis huruf. Keputusan ujian pasca menunjukkan peningkatan dalam tahap kefahaman murid terhadap kemahiran ini. Murid kelihatan seronok dan berminat apabila menggunakan TATIH dalam proses pembelajaran. Nama Guru ZUL FADZLI BIN MAT RAWI NURUL SHAMIRA BINTI BADRUL NORHALIS BIN ABD RAHMAN Sekolah SK TELUK MEDAN Kod Sekolah ABA 3014

MY SCRATCH SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN 54 KUMPULAN RENDAH Unit Pengaturcaraan merupakan antara topik yang paling mencabar bagi murid, terutamanya murid yang belum menguasai kemahiran membaca. Antara kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam aplikasi Scratch ialah membina atur cara dalam aplikasi Scratch dalam PdPc. Guru mendapati bahawa sebahagian murid menghadapi kesukaran untuk membina atur cara yang mudah dalam ruangan Scripst. Pelbagai jenis kesilapan dapat dikesan melalui pemerhatian, lembaran kerja, buku latihan dan ujian diagnostik. Oleh itu, inovasi My Scratch dihasilkan bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran murid dalam reka bentuk pengaturcaraan Tahun 4. Secara realitinya, terdapat murid yang memang tidak boleh membaca maklumat. Ada juga yang tidak tahu cara menggunakan komputer. Inovasi ini menggunakan bahan maujud yang diwarnakan dengan warna yang berbeza bagi setiap blok. Metodologi kajian yang digunakan adalah melalui ujian pra dan ujian pasca dilaksanakan kepada murid tahun 4 Bijaksana untuk melihat tahap kefahaman dan kemahiran menghasilkan script . Keputusan ujian pasca menunjukkan peningkatan dalam tahap kefahaman murid terhadap topik ini. Murid kelihatan seronok dan berminat apabila menggunakan My Scratch dalam proses pembelajaran. Nama Guru HJ. ZAINOL ABIDIN BIN BASRI AHMAD MAZLAN BIN MAHAYUDIN Sekolah SK TELUK MEDAN Kod Sekolah ABA 3014

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN 55 KUMPULAN RENDAH TOSe (TABLE OF SENTENCE) Membina ayat lengkap bahasa Inggeris menggunakan TOSe (Table of Sentence) merupakan cara yang paling mudah dan ringkas yang boleh dipraktikkan oleh murid dan guru. Dengan pengunaan TOSe ini pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam tentang bukan sahaja cara membina jenisjenis ayat malah tatabahasa yang betul yang perlu digunakan dalam membina satu ayat mudah. Pelajar akan didedahkan dengan perbezaan beberapa jenis ayat terutama Simple Present Tense, Present Continuous Tense dan juga Simple Past Tense. Pengunaan TOSe ini juga dapat membantu pelajar memahami ciri-ciri khas dan elemen-eleman wajib yang perlu dikuasai untuk membina ayat mengikut kategori yang dikehendaki. Pelajar hanya perlu mengenal pasti jenis ayat yang ingin dibina, menggunakan formula tatabahasa yang tepat dan menyusun satu persatu perkataan di atas TOSe BOARD bagi membina satu ayat mudah yang lengkap dan tepat. Pembelajaran akan menjadi sangat menarik dan mudah dengan hanya menggantungkan dan menyusun perkataan di atas TOSe BOARD mengikut kategori ayat yang ingin dibina. Jika terdapat sebarang kesalahan guru akan dengan segera membetulkan dengan menerangkan dan menurunkan perkataan yang salah dan menggantikan perkataan yang tepat. Pengunaan TOSe BOARD ini dapat membantu pelajar benar-benar menguasai tiga jenis ayat utama Bahasa Inggeris yang lazimnya pelajar agak lemah untuk membuat perbezaan. Tiga jenis ayat tersebut ialah Simple Present Tense, Present Continuous Tense dan juga Simple Past Tense. Dengan hanya mengantungkan perkataan yang tepat di dalam kategori yang tepat, pembelajaran akan menjadi sangat menarik dan mudah difahami oleh pelajar. Nama Guru MOHAMAD SHAHRILZAL BIN JANI NORZULIANA BINTI MOHD YUSOF Sekolah SK TELUK MEDAN Kod Sekolah ABA3014

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN RENDAH 56 THE PRESENT SIMPLE FORMULA Inovasi bahan bantu belajar The Present Simple Formula (identifying and understanding present simple using a simple formula) ini dicipta untuk membantu murid menguasai Present Simple menggunakan satu formula mudah dalam bahasa Inggeris. Melalui inovasi ini, proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dan mudah difahami dapat dijalankan dengan formula ini. Dapatan analisis dan data Post-Mortem pencapaian murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) tahun 4 dan 5 mendorong kepada penciptaan inovasi ini. Tinjauan menunjukkan seramai 12 orang murid dipilih dari tahun 5 dan tahun 6. Untuk mengatasi masalah ini, produk atau pengajaran dan pembelajaran inovasi ini telah dibina untuk membantu murid-murid menguasai konsep Present Simple dengan satu formula yang mudah diingati dan difahami. Produk bantu mengajar ini dihasil berdasarkan teori pembelajaran seperti Teori Pemprosesan Maklumat, Teori Behaviorism dan Teori Kontruktivisme. Pendekatan yang digunakan adalah seperti Pendekatan Induktif, Kaedah Komunikatif, Pendekatan Main Sambil Belajar, Teknik Tubi dan juga Teknik Bersoal Jawab. Produk atau pengajaran dan pembelajaran inovasi ini telah diaplikasikan sebanyak dua kali. Guru mata pelajaran bahasa Inggeris tahun 5, tahun 6 dan juga murid-murid pemulihan telah menggunakan produk ini pada waktu pengajaran dan pembelajaran di kelas. Dapatan kajian sebelum dan selepas penggunaan formula ini dapat menunjukkan peningkatan kefahaman dalam kalangan murid. Nama Guru KOMATHI A/P SUBRAMANIAM KOHILA A/P KRISHNAN Sekolah SJKT SAINT MARY’S Kod Sekolah ABD 3062

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN RENDAH 57 FRACTO BOARD (FB) Topik pecahan adalah topik yang penting selepas topik nombor dan operasi. Kemahiran pecahan telah diberikan pendedahan kepada murid dari tahap 1. Namun, murid menghadapi masalah dalam penolakan pecahan disebabkan oleh tiada alat bantu mengajar yang bersesuaian. Ini disebabkan murid tiada kemahiran mencari penyebut yang sama. Inovasi FB ini dibuat untuk membantu murid sekolah rendah menguasai kemahiran penolakan pecahan serta meningkatkan minat dan interpersonal dalam pembelajaran pecahan. Murid juga akan menghadapi masalah apabila kemahiran menambah dan menolak pecahan melibatkan penyebut yang berbeza. Ini disebabkan murid tiada kemahiran mencari penyebut yang sama. Inovasi FB ini membolehkan murid menolak pecahan tanpa mencari penyebut. Metodologi kajian yang digunakan adalah melalui temu bual bersama guru dan hasil kerja murid. Selain itu ujian pra dan ujian pasca dilaksanakan kepada murid tahun 3 untuk melihat tahap kefahaman dan kemahiran topik penolakan pecahan wajar penyebut yang tidak sama. Keputusan Ujian Pasca menunjukkan peningkatan dalam tahap kefahaman murid terhadap topik ini. Murid kelihatan seronok dan berminat apabila menggunakan FB dalam proses pembelajaran penolakan pecahan wajar penyebut yang tidak sama. Manakala guru pula lebih mudah untuk menceritakan konsep penolakan pecahan wajar penyebut yang tidak sama. Nama Guru MUNIAMAH A/P THANIMALAI MUNIAMAH A/P MUNUSAMY THEVANDIRAN A/L SELVARAJAH Sekolah SJK(T) SAINT MARY’S Kod Sekolah ABD3062

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN RENDAH 58 SPIN THE WHEEL, FIND THE MEAL Projek Inovasi ‘Spin the Wheel, Find the Meal’ adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap topik Siratan Makanan daripada Sains tahun 5. Sampel kajian ini terdiri daripada 8 orang murid iaitu 3 orang murid dari tahun 5 dan 5 orang murid dari Tahun 6 yang belajar di SJKT Ladang Temerloh. Instrumen yang telah digunakan untuk mengumpul data berbentuk kualitatif dalam kajian ini ialah pemerhatian dan lembaran kerja. Dapatan kajian ini menunjukkan projek inovasi ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid terhadap topik Siratan Makanan. Dengan adanya projek inovasi ini, murid-murid dapat membina siratan makanan dengan mudah dan tepat. Secara keseluruhannya, projek inovasi ini telah membantu guru untuk mengajar topik Siratan Makanan dengan mudah di samping dapat meningkatkan keyakinan murid dalam membina siratan makanan dengan betul. Nama Guru MOGANAVALLI A/P TAN KENG YU NATHIA A/P BANGARU YASHALINI A/P SEE RAMAN Sekolah SJK(T) LADANG TEMERLOH Kod Sekolah ABD6118

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN RENDAH 59 JoBe Inovasi JoBe ini merupakan satu kaedah PdP untuk mengenalpasti penyelesaian kepada masalah tingkah laku murid-murid pemulihan dari segi kurang minat dan kesediaan untuk belajar.Tingkah laku distruptif ini dilihat akan menggagalkan proses pengajaran dan pembelajaran sekiranya ia tidak ditangani dengan baik. Objektif pengajaran dan pembelajaran tidak akan tercapai dan murid tidak akan mencapai Tahap Kemahiran Pemulihan dengan jayanya. JoBe adalah sebagai kaedah PdP untuk pengukuhan dan peneguhan secara kendiri setelah murid berjaya melaksanakan aktiviti dalam PdPc melalui didik hibur secara kendiri dan interaktif. JoBe ialah kaedah PdP yang mesra alam sekitar dengan mengaplikasikan kaedah bermain sambil belajar digunakan untuk menarik minat murid berfikir secara KBAT. Pelaksanaan JoBe secara santai dan kepelbagaian tema yang menarik minat murid untuk bebas menggunakan ruang dalam melakukan aktiviti permainan didalam kelas sebagai pengayaan dan peneguhan dalam PdPc. Kata Kunci: Kaedah PdP, kemahiran pemulihan, peneguhan kendiri, distruptif, bebas menggunakan ruang, mesra alam sekitar, kepelbagaian tema Nama Guru HIDAYAT AZIMAH BINTI SUHAIMI FAUZANINA BINTI ABU HASSAN SITI ZAFAHASMA BINTI ZAKARIA Sekolah SK DATO’ MAS’UD Kod Sekolah ABA 3005

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN RENDAH 60 MONKEY TAIL Pemerhatian menunjukkan pembundaran adalah salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid di dalam topik nombor bulat. Tinjauan awal terhadap murid selepas guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdPc) menunjukkan murid menghadapi masalah untuk memahami konsep pembundaran melalui kaedah konvensional. Fokus inovasi ini adalah untuk membantu meningkatkan tahap pemahaman murid untuk membundar nombor kepada puluh terdekat dan ratus terdekat melalui bahan bantu belajar yang dikenali sebagai “Monkey Tail” yang boleh menjana minda murid untuk memahami konsep pembundaran dengan lebih jelas. Monkey Tail disediakan dalam bentuk bahan manipulatif yang membolehkan murid berinteraksi antara soalan dan jawapan. Produk inovasi berbentuk alat bantu belajar yang berbentuk haiwan dan mempunyai ekor bertujuan menarik minat murid dan meningkatkan pembelajaran aktif di kalangan murid dalam komunikasi, kolaboratif , berfikiran kritis dan kreatif serta menerapkan nilai-nilai dalam Matematik. Kesimpulannya, inovasi ini dapat membantu murid memahami konsep pembundaran dengan lebih baik dan seterusnya dapat diaplikasi pada tahun-tahun seterusnya sehingga nombor-nombor yang lebih besar. Diharap kajian ini dapat memberi impak yang tinggi dan positif kepada rakan guru dalam usaha membantu murid memahami kaedah membundarkan nombor dengan lebih baik. Nama Guru WAN NOOR FARHANA BINTI WAN YAACOB AZLINA BINTI ABU BAKAR Sekolah SK JALAN MATANG BULUH Kod Sekolah ABB 3047

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN RENDAH 61 KEJU (KEJAR ILMU) Inovasi ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan bahan bantu belajar KEJU (Kejar Ilmu) dalam meningkatkan minat dan kefahaman muridmurid Tahun 3 bagi konsep ‘Haiwan’. KEJU adalah sebuah inovasi bahan bantu belajar yang direka untuk memberi pengalaman pembelajaran yang baharu kepada murid semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Bahan bantu belajar (BBB) ini dapat menarik minat dan mencetuskan pembelajaran korperatif dalam kalangan murid. Kumpulan sasaran ini terdiri daripada 20 orang murid. Dapatan daripada ujian pra dan pasca menunjukkan bahawa pencapaian murid meningkat dari segi peningkatan markah. Hasil temu bual juga menunjukkan minat murid terhadap pembelajaran Sains dan Bahasa Melayu meningkat setelah inovasi diimplementasikan. KEJU merupakan suatu inovasi yang dapat meningkatkan minat dan kefahaman murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Nama Guru LOGESHVARAN A/L ALAGIRISAMY VASHANTI A/P SUBRAMANIAM BANUMATHI A/P SUBRAMANIAM Sekolah SJK (T) BAGAN SERAI Kod Sekolah ABD 3061

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN RENDAH 62 MAGIC TREE (POKOK AJAIB) Magic Tree adalah inovasi yang dicipta untuk menangani masalah murid yang lemah dalam Matematik, khususnya dalam topik penambahan dan penolakan. Ia membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri bagi memantapkan kemahiran penambahan dan penolakan. Magic Tree diperbuat daripada papan pelekap supaya lebih ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. Reka bentuknya mampu menarik perhatian murid untuk melibatkan diri secara aktif. Magic Tree membantu murid-murid menguasai dan memantapkan kemahiran mereka walaupun tanpa keberadaan guru. Ia bukan sahaja merupakan bahan bantu mengajar yang boleh digunakan oleh guru, malah ia juga merupakan bahan bantu belajar yang efektif bagi murid-murid lemah dalam pembelajaran kendiri. Nama Guru PEICHAYEE A/P PANDEYAN NURUL ZARITA BINTI ZAINUDIN KHOO SIEW LEI Sekolah SJK (C) NAM HUA Kod Sekolah ABC3050

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN RENDAH 63 MY KID KVKV MY KID KVKV merupakan sebuah alat bantu mengajar (ABM) untuk membantu murid menguasai kemahiran membaca dan membina ayat yang mudah. MY KID KVKV ini dicipta sebagai usaha untuk membolehkan murid menguasai kemahiran menyebut suku kata dan menyebut frasa. Murid-murid tahap 1 dapat membina ayat melalui MY KID KVKV. Melalui produk yang dihasilkan oleh guru, murid dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dan berseronok. Malah juga ia menimbulkan perasaan ingin membaca perkataan kepada ayat yang mudah. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi ini adalah kertas putih besar, batang ais krim, kertas warna, kertas laminate, sticker gambar, gunting, gam, pagar plastik, rambut getah, gam gajah dan bingkai gambar. Kosnya sangat murah dan bahannya mudah didapati. Tinjauan ini menunjukkan seramai lima orang murid dari tahap 1 didapati mengalami masalah kesukaran membaca suku kata .Untuk mengatasi masalah ini pengajaran dan pembelajaran inovasi ini telah dibina bagi membantu murid -murid mudah membaca dan membina ayat yang muda. Guru -guru mata pelajaran bahasa Malayu boleh menggunakan produk ini pada waktu pengajaran dan pembelajaran. Alat ini sangat ringan, mudah dibawa, kemas, menarik dan menjimatkan masa Nama Guru SRI PRIYA A/P PERIANNAN DANALETCHMY A/P CHANDRAN Sekolah SJKT LADANG KALUMPONG Kod Sekolah ABD3071

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN RENDAH 64 SPIN WHEEL Inovasi bahan bantu belajar SPIN WHEEL ini dicipta sebagai usaha untuk membolehkan murid menguasai kemahiran menyebut perkataan, menyebut frasa dan dari situ dapat membina ayat bagi murid-murid tahun 1, murid-murid prasekolah dan juga bagi murid pemulihan. Melalui inovasi ini, guru dan murid dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dan seronok dengan didik hibur. Kajian telah dibuat setelah analisis dan Post-Mortem dijalankan ke atas pencapaian murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah. Tinjauan menunjukkan seramai 10 orang murid dari tahun 1 didapati mengalami kesukaran dan pencapaian kemahiran ini yang amat rendah. Untuk mengatasi masalah ini, pengajaran dan pembelajaran inovasi ini telah dibina bagi membantu murid-murid senang dan cepat membina ayat, di samping itu murid-murid dapat menguasai kemahiran membina ayat. Produk ini dihasilkan berdasarkan teori pembelajaran seperti Teori Pemprosesan Maklumat, Teori Behaviorism, Teori Kontruktivisme dan Teori Humanism. Pendekatan yang digunakan adalah seperti Pendekatan Induktif, kaedah Komunikatif, Pendekatan Main Sambil Belajar, Teknik Membaca dan juga Teknik Bersoal Jawab. Guru-guru mata pelajaran bahasa Tamil boleh menjalankan aktiviti ini pada waktu pengajaran dan pembelajaran di kelas tahun 1, prasekolah, dan kelas pemulihan. Produk ini juga boleh digunakan bagi mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik dan sebagainya. Nama Guru SITHADEVI A/P KANDASAMY JEGLIN A/P AROKIAM GAURI A/P SUBRAMANIAM Sekolah SJKT SAINT MARY’S Kod Sekolah ABD 3062

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN RENDAH 65 MONOPOLY SAINS (GAME) Nama Guru BUVANESVARY A/P PERIASAMY KALAIYARASI A/P RAMASAMY MATHANARAJ A/L KALAIMANI Sekolah SJKT SAINT MARY’S Kod Sekolah ABD 3062 Inovasi MONOPOLY SAINS ini menilai pemahaman murid sebaik sahaja selesai pengajaran dan pembelajaran dalam kelas serta menarik minat murid dan kecenderungan dalam subjek Sains. Permainan ini juga meningkatkan kefahaman murid dan keupayaan berkomunikasi dengan guru dan rakan sebaya. Setelah dipraktikkan didapati murid menunjukkan peningkatan dalam tahap kefahaman murid terhadap topik-topik Sains. Murid kelihatan seronok dan berminat apabila menggunakan permainan ini dalam proses pembelajaran. Guru pula berkeyakinan dengan kebolehanan murid dalam menjawab setiap soalan yang ditanya. Permainan ini melibatkan 4 orang murid setiap kali dipertandingkan. Murid yang berjaya menjawab semua soalan yang diajukan akan berjaya mencapai punca terlebih dahulu, manakala murid yang kandas akan ditolak markah. Penilaian berdasarkan markah terbanyak yang dipungut oleh murid tersebut. Murid-murid sekolah rendah mengalami masalah dalam memahami dan menguasai fakta, asas Sains terutama dalam membuat perkaitan atau perhubungan antara fakta dengan realiti kehidupan harian. Oleh itu, inovasi MONOPOLY SAINS telah dicipta berperanan untuk menyelesaikan masalah murid dalam pemahaman fakta sains. Inovasi MONOPOLY SAINS telah terbukti lebih menarik dan sekaligus menambah minat murid untuk mempelajari Sains. Inovasi MONOPOLY SAINS dapat digunakan oleh semua guru Sains sebagai bahan bantu mengajar yang praktikal bagi memantapkan kefahaman asas

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN RENDAH 66 WOW - WHEEL OF WONDER Inovasi bahan bantu belajar WOW (Wheel of Wonder) ini dicipta sebagai usaha untuk membolehkan murid menguasai kemahiran menyebut perkataan bagi murid-murid tahap 1. Melalui inovasi ini, guru dan murid dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dan seronok dengan didik hibur. Kajian telah dibuat setelah analisis dan post-mortem dijalankan ke atas pencapaian murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah. Tinjauan menunjukkan seramai 5 orang murid dari tahun 1 didapati mengalami kesukaran dan pencapaian kemahiran membaca yang amat rendah. Untuk mengatasi masalah ini, pengajaran dan pembelajaran inovasi ini telah dibina bagi membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca. Melalui Kit WOW ini 5 orang murid tersebut dapat menguasai kemahiran membaca dengan mudah. Kit ini bukan sahaja boleh digunakan dalam PdP bahasa Tamil sahaja malah ia boleh digunakan untuk semua bahasa seperti bahasa Melayu , dan bahasa Inggeris. Nama Guru TIBA A/P SUPRAMANIAM RAAJESWARI A/P YANASEGERAN GIRIJA A/P NADARAJA Sekolah SJKT BAGAN SERAI Kod Sekolah ABD3061

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN RENDAH 67 ROBOT BACAAN ELEKTRONIK Inovasi bahan bantu mengajar sangat penting dalam membantu guru untuk memastikan objektif pengajaran berjaya dicapai. Dalam subjek Bahasa Melayu khususnya, inovasi perlu diketengahkan agar murid dapat melalui proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana pembelajaran yang pelbagai dan tidak hanya terbatas dengan penggunaan buku teks. Lantaran itu, satu idea iaitu penghasilan “Robot Bacaan Elektronik” telah diperoleh untuk meningkatkan kemahiran membaca. Bahan inovasi ini bukan sahaja dilihat dapat melengkapi kekuatan yang terdapat dalam buku teks, malah ia turut memenuhi keperluan guru merekod bacaan melalui alat perakam suara dan alat perakam ini dipasang pada robot tersebut. Bahan inovasi ini akan menarik minat murid dalam proses bacaan. Misalnya, alat perakam suara ini dibuka melalui robot dan murid akan mengikuti bacaan yang dirakam tadi sambil melihat perkataan mudah (KV KV) yang diputarkan melalui badan robot. Murid akan membaca perkataan mudah dengan berulang sehingga menguasai kemahiran membaca. Nama Guru KALARANI A/P KUMARAVELOO KALIYAMA A/P CONABAYAN ESWARY A/P SUPURMANIAM Sekolah SJKT LADANG BUKIT MERTAJAM, KULIM,KEDAH Kod Sekolah KBD5051

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA KATEGORI KUMPULAN SEKOLAH MENENGAH

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN MENENGAH 68 MODEL E-E: SATU ALAT BANTU UNTUK MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN KONSEP FOTON DAN KESAN FOTOELEKTRIK Model E-E (Electron-Emission) merupakan pembinaan alat bantu mengajar untuk memudahkan guru membuat demonstrasi idea foton dan kesan fotoelektrik serta alat bantu belajar yang memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti memahami konsep foton dan kesan fotoelektrik. Alat bantu ini direka khas untuk membantu murid menerangkan maksud foton dan kesan fotoelektrik. Model E-E ini dibina dengan menggunakan bekas semaian benih yang dibalut dengan kerajang aluminium mewakili permukaan logam. Sepuluh biji bola ping-pong dilabel ‘e-’ mewakili elektron diletakkan secara rawak atas bekas semaian benih. Bola akrilik yang diisi dengan kuantiti pasir yang berbeza berdasarkan warna untuk mewakili tenaga foton yang berbeza. Murid menjatuhkan bola akrilik dari ketinggian tertentu untuk meneroka konsep foton dan maksud kesan fotoelektrik. Idea pembinaan alat bantu Model E-E bermula dari masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam memahami konsep-konsep abstrak tajuk Fizik Kuantum. Oleh itu, Model E-E ini dibina dalam satu usaha untuk membantu murid mendapatkan gambaran konkrit kesan fotoelektrik terhasil dengan lebih jelas dan seterusnya dapat menerangkan konsep foton dan kesan fotoelektrik dengan tepat. Nama Guru: TAN CHEW LEE NURUL AINI BINTI MUSA SALMIZA BINTI SABLI Sekolah: SMK SRI PERAK, PARIT BUNTAR Kod Sekolah: AEA 3039

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN MENENGAH 69 KOTAK KBAT HEBAT Pembinaan ayat KBAT yang lengkap amat penting bagi membantu pelajar menyusun struktur ayat yang tepat. Mengikuti format peperiksaan kertas Pendidikan Islam Tingkatan 3 sejumlah 20% daripada soalan merupakan soalan berbentuk KBAT. Satu jumlah yang cukup besar bagi memastikan pelajar memperoleh markah ditahap yang cemerlang. Teknik menjawab soalan KBAT yang berbentuk esei atau karangan pendek ini selalunya memberi persepsi yang negatif kepada pelajar. Pelajar beranggapan soalan bentuk ini adalah susah dan menjadikan pelajar terutamanya pelajar tahap sederhana dan lemah, tidak berminat menjawab dalam perperiksaan. Pelajar perlu menghadapi cabaran membina ayat mengikut perkataan yang tepat. Di samping itu, guru juga menghadapi masalah untuk membimbing pelajar mendapatkan idea supaya dapat menulis dengan lengkap isi, huraian, huraian lengkap dan kesimpulan. 4 kriteria ini perlu ada bagi setiap jawapan KBAT. Jumlah keseluruhan markah ialah 4 markah. Inovasi yang diperkenalkan ini adalah bertujuan untuk menarik minat pelajar menjawab soalan KBAT dengan baik. Cetusan idea inovasi ini adalah hasil maklumbalas daripada pelajar tingkatan 3 (tahap sederhana dan lemah) yang menghadapi masalah mengembangkan idea dan memilih kosa kata yang tepat sesuai dengan kehendak soalan KBAT Pendidikan Islam. Nama Guru MOHD SUKRI BIN MOHD YUNUS NORAZLINDA BINTI YAACOB SARIMAH BT SAAID Sekolah SMK ABU BAKAR AL-BAQIR Kod Sekolah AEA 3088

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN MENENGAH 70 DIY PDPC KIT PERIMETER Matlamat pembelajaran yang diperoleh apabila menggunakan DIY PDPC Kit Perimeter adalah murid dapat mempelajari konsep yang jelas tentang perimeter. Topik ini merangkumi Sukatan Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia bagi subjek Matematik Tingkatan 1. Sepanjang pemerhatian kami, murid kurang jelas dengan konsep perimeter. Mereka seringkali tertukar dengan konsep luas. Murid keliru dengan sisi yang terlibat dalam menentukan perimeter suatu bentuk. Maka, kit yang menggunakan konsep “hands on” ini diharap dapat memberi gambaran jelas kepada murid dalam pembelajaran perimeter. Kit ini direka menggunakan 10 keping kad yang mempunyai pelbagai bentuk. Bentuk-bentuk tersebut diletakkan di dalam sampul dan disediakan dalam perbagai warna. Pada peringkat permulaan, murid dibimbing untuk menentukan perimeter daripada bentuk-bentuk yang diberi. Kemudian, guru boleh meminta murid menggabungkan mana-mana dua bentuk dan seterusnya gabungan beberapa bentuk-bentuk tersebut. Murid akan menggunakan pembaris untuk mengukur panjang sisi yang terlibat untuk menentukan perimeter dan benang digunakan untuk mengukur panjang lengkok. Pembelajaran boleh dibuat secara berkumpulan kerana ia menyediakan persekitaran yang kondusif dan kolaboratif seiring dengan pelaksanaan PAK 21 untuk pembelajaran. Di samping itu, teknik pembelajaran ini mampu menghasilkan kaedah yang mencabar minda murid dengan memupuk pelbagai kemahiran. Murid dibimbing oleh guru dan rakan dalam menggunakan kit ini berdasarkan kaedah yang diberi. Guru boleh membuat pengubahsuaian mengikut kemampuan murid. Kit ini terbukti mudah digunakan dan dapat meningkatkan prestasi dan minat murid dalam Matematik. Nama Guru SAAYAH BINTI ISHAK EZRIANA BINTI ABDUL GHAZAK MASHITHOH BINTI ABD HALIM Sekolah SMK ABU BAKAR AL-BAQIR Kod Sekolah AEA3088

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN MENENGAH 71 BALANG ILMU PeM Modul Bakeri adalah salah satu modul yang amat penting di dalam mata pelajaran Pemprosesan Makanan kerana ia akan ditafsir semasa kerja kursus dan juga ujian bertulis SPM.Walau bagaimanapun murid masih keliru untuk mengenal pasti alatan-alatan yang digunakan untuk memproses produk-produk di dalam modul tersebut termasuk fungsinya. Ini disebabkan pelajar masih tidak mempunyai kemahiran untuk mengingat alatan-alatan tersebut dan fungsinya. Untuk membantu murid mengatasi masalah ini guru cuba mencari satu kaedah dimana murid boleh mengingat sesuatu yang dipelajari dalam tempoh yang lama. Inovasi Balang Ilmu PeM yang berasaskan permainan dihasilkan kerana bermain dikatakan sebagai satu pendekatan yang berkesan untuk menarik perhatian murid sepenuhnya.Murid juga dapat belajar dalam suasana yang harmoni, tidak membosankan malah dapat meninggalkan kesan pembelajaran yang mendalam. Metadologi Kajian yang digunakan adalah melalui temu bual bersama rakan guru dan juga hasil kerja murid. Ujian pra dan pasca dilaksanakan kepada pelajar tingkatan 5 untuk melihat tahap kefahaman mereka berkenaan topik alatan dan fungsi di dalam Modul bakeri. Keputusan ujian pasca menunjukkan peningkatan tahap kefahaman murid tentang topik tersebut dan mereka merasa seronok apabila menggunakan Balang Ilmu PeM. Para guru pula dapat memperolehi kemahiran baru untuk melaksanakan pengajaran berasaskan aktiviti hands on di dalam kelas. Nama Guru NORHASIMAH BINTI ABAS SITI NURUL HUDA BINTI SAAD @ MAT Sekolah SMK ABU BAKAR AL BAQIR Kod Sekolah AEA3088

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN MENENGAH 72 HVP (HOS VS PATOGEN) HVP iaitu singkatan bagi HOS Vs PATOGEN sebenarnya adalah satu alat bantu belajar yang dibina dalam bentuk permainan kad bertujuan untuk mengukuhkan lagi konsep dan kefahaman pelajar tentang tajuk Kesihatan Manusia terutama sekali yang berkaitan dengan subtajuk sistem pertahanan badan manusia. Guru menyediakan 3 jenis dek kad berwarna iaitu Kad Hos, Kad Patogen dan Kad Kuiz. Soalan-soalan kuiz yang disediakan juga semuanya diambil dari buku teks Sains Tingkatan 2 yang sememangnya menjadi rujukan utama guru-guru Sains dan pelajar di sekolah menengah. Aktiviti ini boleh dijalankan secara berpasangan atau pun berkumpulan di dalam ataupun diluar bilik darjah sebagai aktiviti pengukuhan ataupun ulangkaji topikal. Nama Guru NURLINA BINTI ALIAS RODZIAH BINTI ISMAIL Sekolah SMK ABU BAKAR AL BAQIR Kod Sekolah Aea3088

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN MENENGAH 73 EASY RING PAD Inovasi yang digunakan untuk memudahkan pembantu mula menguruskan situasi kecemasan yang dihadapi. Fungsi Utama Easy Ring Pad ialah untuk pengurusan kecederaan luka tertusuk yang melibatkan objek luar terlekat di tubuh mangsa. Penggunaan anduh cincin mengambil masa tiga minit untuk disiapkan. Pada waktu kecemasan, tempoh masa tiga minit amatlah panjang bagi mangsa yang cedera. Easy ring pad ini diperbuat daripada bahan terpakai (recycle). Bahan yang digunakan untuk projek ini ialah tabung bulu tangkis yang dipotong setebal 1cm - 3cm untuk dijadikan easy ring pad. Jika berlaku sebarang kecederaan, pembantu mula hanya perlu melekatkan easy ring pad pada kecederaan tersebut dan membalutnya sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Inovasi ini menjadikan tugas pembantu mula lebih efisyen. Masa rawatan dapat diminimakan dan mangsa dapat dibawa ke hospital dengan lebih cepat. Nama Guru FAISAL BIN MOHD JAPERI SITI TAQWIAH BINTI GHAZALI NURLATIFAH BINTI MOHD ARISH Sekolah SMA AL HIDAYAH Kod Sekolah AFT 3001

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN MENENGAH 74 EAZY STORY EAZY STORY merupakan permainan sejarah yang membantu murid lebih mudah mengingati sesuatu peristiwa dalam subjek Sejarah. Permainan ini akan merangsang murid untuk mencari jawapan yang tepat secara tidak langsung akan memudahkan murid untuk mengingati peristiwa tersebut. Projek inovasi kami iaitu Eazy Story diperbuat daripada kertas dan plastik laminate sahaja. Kertas tersebut dibahagikan kepada dua warna yang mempunyai soalan dan jawapan. Setiap soalan dan jawapan perlulah dipasangkan dengan warna yang sama. Oleh itu, projek ini memudahkan pelajar untuk menjawab soalan dengan tepat kerana dapat mencari jawapan berdasarkan warna yang sama. Melalui inovasi ini, murid dapat memahami dengan lebih mudah peristiwa Perang Dunia Pertama di Eropah seperti negara yang terlibat, nama-nama kuasa yang terlibat, faktor dan kesan Perang Dunia Pertama. Nama Guru JANNATUL SHAFIZA BT PUAT NOORAZLINA BT SAIDIN SALINA BT MAT SERAT Sekolah SMK SRI PERAK Kod Sekolah AEA3039

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN KUMPULAN MENENGAH 75 TEKNIK MASNI TAK SOAL TAK PE Nama Guru NAJATULFAIZAH BINTI AHMAD POWZI NORISA BINTI MOHAMAD Sekolah SMK ABU BAKAR AL-BAQIR Kod Sekolah AEA 3088 Kami telah membina projek inovasi dalam Pelaksanaan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang diberi nama Teknik MasNi Tak Soal Tak Pe. Inovasi yang kami hasilkan kali ini dapat membantu murid untuk lebih mudah mengingati dan menyukai novel yang dipelajari mengikut tingkatan masingmasing. Inovasi ini dihasilkan berasaskan kesukaran pelajar untuk mengingat peristiwa atau contoh yang berlaku terjadi dalam novel yang dikaji. Dalam bahagian novel, markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini adalah sebanyak 10 markah. Maksud Teknik MasNi Tak Soal Tak Pe: Mas: Latar Masyarakat Ni: Nilai Tak: Watak Soal: Persoalan Tak: Perwatakan Pe: Pengajaran Projek inovasi yang dilakukan ini berfokus pada masalah sukar untuk menguasai dan mengingati cerita atau peristiwa yang berlaku dalam novel yang dikaji.

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA KATEGORI PENDIDIKAN KHAS

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN PENDIDIKAN KHAS 76 GENIUS ROUNDING TOOLS Matematik adalah antara mata pelajaran yang sukar dikuasai oleh Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). Topik pertama yang perlu dikuasai oleh MBPK Tahap 2 ialah nombor. Dalam tajuk nombor, murid perlu memahami dan menguasai konsep membundarkan nombor. Genius Rounding Tools telah direka dengan set yang lengkap serta bersesuaian dengan pembelajaran terkini, sebagai usaha membantu mengatasi masalah kelemahan asas kemahiran membundar yang dihadapi murid. Genius Rounding Tools terdiri daripada bahan bantu mengajar (BBM) untuk guru dan murid. Penekanan latih tubi diberikan dalam BBM untuk murid melalui modul soalan dan perisian interaktif. Ia dihasilkan dengan teliti dan mengambil kira pelbagai aspek menerusi kaedah “Siapa Jiran Kanan Saya”, Dengan berdasarkan soalan, murid perlu tahu ‘siapa saya’. Setelah mengenal pasti ‘siapa saya’, murid perlu tahu ‘siapa jiran kanan saya’, dengan melihat kedudukan nombor di sebelah kanan. Jawapan akan diperoleh dengan mudah berdasarkan gambar rajah skala nombor sama ada perlu ditambah dengan 0 atau 1. Metodologi kajian yang digunakan adalah menerusi semakan hasil kerja murid. Selain itu, ujian pra dan pasca dilakukan untuk menilai tahap keberkesanan penggunaan Genius Rounding Tools terhadap MBPK Tahap 2 SK Sungai Kepar. Kesimpulannya, penggunaan inovasi Genius Rounding Tools sesuai digunakan untuk MBPK di peringkat rendah dan murid aliran perdana yang belum menguasai konsep membundarkan nombor. Nama Guru SABARIAH BINTI JAMALUDDIN KUSHAILY BINTI ABDOL MOIN NORFAISZAH BINTI OTHMAN Sekolah SK SUNGAI KEPAR Kod Sekolah ABA3033

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN 77 SMART NUMBERS IN THE HOUSE OF JOY 1.0 (SNITHO-JOY 1.0) Topik Nombor merupakan satu topik yang penting dalam mata pelajaran Matematik. Walau bagaimanapun, masih ramai murid yang lemah dan kurang memahami konsep nombor, tambah dan tolak yang diajarkan oleh guru. Inovasi SNITHO JOY 1.0 merupakan satu inovasi yang telah ditambahbaik daripada produk sebelum ini iaitu SNITHO JOY untuk membantu murid-murid memahami konsep asas dalam topik Nombor seterusnya meningkatkan penguasaan murid-murid dalam kemahiran mengira, menambah dan menolak nombor dengan mudah, cepat dan tepat. Metodologi kajian yang digunakan adalah melalui kaedah pemerhatian, temu bual dengan guru, PPM dan murid-murid dan juga hasil kerja murid sasaran. Selain itu, ujian pra dan ujian pasca dijalankan kepada murid-murid tahun 1 (kelas Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran) untuk melihat tahap keberkesanan dari segi kefahaman dan penguasaan murid dalam topik Nombor. Keputusan ujian yang dilaksanakan menunjukkan kesan positif iaitu guru lebih senang untuk menerangkan kepada murid berkenaan topik Tambah dan Tolak manakala murid-murid pula lebih mudah memahami konsep asas Nombor seterusnya dapat menguasai kemahiran mengira, menambah dan menolak nombor dengan lebih baik. Murid-murid juga lebih berminat dan berkeyakinan untuk mempelajari topik Nombor khususnya dan mata pelajaran Matematik amnya. Nama Guru NURLIYANA BINTI JOHARI ROHAYA BINTI KAMIS MOHD FAIZUL IZZULFIAN BIN ROMLEE Sekolah SK KUALA KURAU SK TITI SERONG Kod Sekolah: ABA3006 ABA3027 PENDIDIKAN KHAS

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN 78 NUMBRAILLE: KOD BRAILLE NOMBOR DAN KEDUDUKAN JARI PADA MESIN BRAILLE NUMBRAILLE merupakan inovasi bahan bantu belajar yang dicipta bagi meningkatkan tahap penguasaan murid bagi menguasai kod braille matematik serta kedudukan jari pada mesin braille. Responden kajian terdiri daripada 2 orang murid berkeperluan pendidikan khas masalah penglihatan 3 PKL GENIUS dari Sekolah Kebangsaan Bagan Serai, Perak dan kedua-duanya adalah lelaki. Tinjauan awal terhadap responden mendapati murid sukar untuk mengingati kod braille berserta padanan nombor yang mewakili kod braille dan juga kekeliruan kedudukan jari pada mesin braille. Bagi murid yang mengalami masalah penglihatan, adalah penting bagi mereka untuk mempelajari nombor dalam kod braille dan juga turut mengenali bentuk nombor bagi tulisan cetak. Sebelum menggunakan Numbraille iaitu buku yang mengandungi nombor kod braille dan bentuk nombor timbul serta kedudukan jari pada mesin braille, murid tiada sumber rujukan yang mudah untuk digunakan ketika berada dalam kelas. Jika menggunakan nota tulisan biasa agak sukar bagi murid berkeperluan pendidikan khas masalah penglihatan untuk membaca kod braille matematik. Numbraille yang menggabungkan dua penggunaan nombor dalam satu buku ini telah membantu murid membaca atau menyentuh nombor timbul serta kod braille matematik. Murid juga dapat mengenal pasti kedudukan titik kod braille dengan lebih tepat kerana setiap nombor bagi kod braille adalah berlainan bagi setiap satu selain dapat mengaplikasikan kedudukan jari pada mesin braille dengan tepat. Nama Guru KHATIJAH BINTI MASTAN ABDUL MUHAMMAD MU’IZ BIN ABD. HAMID MOHAMAD TAQIYUDIN BIN ISMAIL Sekolah SK BAGAN SERAI Kod Sekolah ABA 3002 PENDIDIKAN KHAS

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA 79 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN APLIKASI MODUL CELIK REFLEKSOLOGI TERHADAP MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) acap kali menghadapi masalah dalam menentukan hala tuju mereka dalam bidang pekerjaan selepas tamat sesi persekolahan kelak. Salah satu subjek Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS) yang dilaksanakan sebagai persediaan ke arah Transisi Kerjaya adalah subjek Refleksologi Kaki, Tangan dan Telinga yang memberi peluang kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) untuk memperoleh ilmu dan latihan kemahiran yang berkaitan dengan pekerjaan sesuai dengan kekurangan mereka. Oleh yang demikian, Modul Celik Refleksologi merupakan satu bahan inovasi yang dihasilkan bagi membantu MBPK menguasai kemahiran refleksologi dengan lebih baik dan berkesan. Mengandungi elemen gambar dan warna yang menarik sememangnya modul ini dapat membantu MBPK mengingat setiap titik refleksologi dengan lebih baik. Modul ini mencakupi pengenalan dasar tentang refleksologi, manfaatnya, serta langkah-langkah praktikal. Setiap titik refleksologi dipecahkan kepada tiga bahagian bagi memudahkan kefahaman murid dalam menguasai setiap kedudukan titik-titik refleksologi ini. Dengan adanya modul ini, murid-murid ini akan lebih bersedia ke arah bidang pekerjaan serta lebih memahami fungsi setiap titik refleksologi pada anggota badan manusia dengan lebih baik. Dilengkapi dengan ilustrasi dan aktiviti interaktif, modul ini dibina agar mudah difahami dan diterapkan oleh MBPK. Murid akan lebih menguasai kemahiran mengingat serta dapat mengaplikasikan dalam setiap urutan refleksologi mereka sekali gus dapat menyediakan mereka ke arah bidang pekerjaan. Nama Guru SYAMSUL ASYRAF BIN AHMAD SUKRI Sekolah SMK SIMPANG Kod Sekolah AEA 6051 PENDIDIKAN KHAS

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN 80 PLUS IS FUN Plus is fun merupakan alat bantu mengajar (ABM) yang telah direka untuk membantu dan memudahkan murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) untuk memahami konsep operasi tambah yang melibatkan kumpul semula dua digit dan tiga digit dalam subjek Matematik. Alat ini juga memerlukan murid mencari nombor pada penutup botol dan menggerakkan penutup botol pada papan alat inovasi “Plus Is Fun”. Pergerakan ini boleh melatih koordinasi mata dan tangan murid sekaligus melatih motor halus murid. Penggunaan alat ini dalam subjek Matematik juga berdasarkan teknik didik hibur yang boleh menjadikan proses pengajaran dalam kelas lebih menarik dan menyeronokkan seiring dengan nama alat inovasi “Plus Is Fun”. Alat Inovasi Plus Is Fun ini juga diguna pakai oleh guru lain yang mengajar subjek Matematik bagi murid Kefungsian Sederhana. Menurut cikgu yang telah menggunakan alat ini, beliau menyatakan alat ini sangat mesra pengguna kerana saiz yang kecil mudah dibawa ke kelas dan memudahkan pemahaman murid tentang cara melakukan operasi tambah secara kumpul semula dengan lebih mudah dan cepat. Alat ini memerlukan kos yang sangat minima kerana dihasilkan dengan menggunakan kotak terpakai dan tudung botol air sahaja. Nama Guru LEE XIANG JOE MOHD RIDZUAN BIN MOHD ARSHAD SHIFULBARIAH BINTI ABD RAHMAN Sekolah SMK SRI PERAK Kod Sekolah AEA3039 PENDIDIKAN KHAS

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN 81 ''KIT BUSY BOARD' MENINGKATKAN KEMAHIRAN MOTOR HALUS KOORDINASI MATA DAN TANGAN MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS KEFUNGSIAN RENDAH Kebanyakan murid berkeperluan khas terutamanya murid berkefungsian rendah mempunyai masalah dalam kemahiran motor halus, koordinasi mata dan tangan. Murid-murid berkeperluan khas mempunyai sama ada ketidakupayaan, kecacatan halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan kognitif, emosi, sosial dan psikomotor. ‘Kit Busy Board’ adalah sebuah inovasi yang direka khas untuk membantu guru-guru dan murid-murid sebagai persediaan bagi mencapai tahap kemahiran motor halus, koordinasi mata dan tangan yang baik dalam kalangan murid berkeperluan khas. Penghasilan inovasi yang berkonsepkan belajar sambil bermain dapat menarik minat murid-murid untuk bermain, di samping dapat membantu murid bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran tertentu seterusnya dapat membantu mereka menguasai kemahiran dari satu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi. Guru-guru juga boleh mengaplikasikan permainan ini sebagai aktiviti pengukuhan untuk menguji kemahiran yang dicapai. Keputusan ujian menunjukkan terdapat peningkatan dalam kemahiran motor halus, serta koordinasi mata dan tangan dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas. Nama Guru ABDUL SHUKOR BIN HASHIM SARAH BINTI ABDUL WAHAB TAN POH NEE Sekolah SMK KUALA KURAU Kod Sekolah AEA3087 PENDIDIKAN KHAS

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN 82 KIT KALAM: KEMAHIRAN ASAS LATIHAN MENULIS (KEMAHIRAN MENULIS SECARA MEKANIS) Inovasi KIT KALaM ini direka khusus untuk menyelesaikan masalah Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dalam menguasai kemahiran menulis secara mekanis. Kemahiran menulis adalah penting untuk murid kerana ianya juga akan mempengaruhi kemahiran asas 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Oleh itu, satu alat bantuan yang di namakan KIT KALaM telah dihasilkan bagi membantu murid menguasai kemahiran menulis dengan betul dan kemas. KIT KALaM ini digunakan kepada murid sebagai satu intervensi dalam kemahiran menulis. Terdapat dua bahan utama di dalam KIT KALaM iaitu Bingkai KALaM dan juga Pembaris KALaM. Bingkai KALaM merupakan alat yang digunakan untuk langkah pertama kepada murid-murid manakala Pembaris KALaM pula ialah alat untuk langkah kedua, setelah murid menguasai langkah pertama. Setelah menguasai langkah kedua, muridmurid akan dilatih menulis tanpa menggunakan alatan. Hasil dapatan menggunakan inovasi ini di dalam kelas, pendekatan alternatif ini berkesan meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menulis secara mekanis. Murid dapat menulis dengan lebih kemas dan betul. Selain daripada itu, penggunaan inovasi ini juga menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan santai. Nama Guru NOR AZEAN BINTI TARMIZI ROHAIDA BINTI DIN NOORSYARMIZAN BINTI ABD RAHIM Sekolah SK ALOR PONGSU Kod Sekolah ABA 3001 PENDIDIKAN KHAS

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA KATEGORI PENGURUSAN

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN PENGURUSAN 83 ‘Ez Admin Data’ (EzAD) - DASHBOARD SEKOLAH ‘Ez Admin Data’ (EzAD) merupakan dashboard sistem pangkalan data sekolah, merujuk kepada pengurusan maklumat data organisasi untuk mengakses dan menyimpan maklumat dengan selamat dan berstruktur. Melalui pemprosesan data dan penghasilan maklumat pendidikan, ia memberikan impak yang sangat besar dalam membuat keputusan, menganalisis kekuatan dan kelemahan sesuatu dasar yang sedang dilaksanakan serta memperoleh pelunjuran bagi aktivitiaktiviti sekolah baharu yang hendak dilaksanakan. Dapatan senarai semak dalam 4 bidang utama seperti pengurusan sekolah, kurikulum, Hal Ehwal Murid dan ko-kurikulum menunjukkan maklumat dan data SJKT Arumugam Pillai tidak dikemaskini dengan lengkap, kurang tepat, tiada format yang seragam dan sebagainya. Pencapaian data dan maklumat yang lengkap hanya boleh dilihat dalam 54% sahaja. Bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan data dan maklumat sekolah, pihak kami telah membina satu sistem pangkalan data yang dinamakan sebagai ‘Ez Admin Data’ (EzAD). Kebaikan yang kita dapat daripada sistem pangkalan data ini bukan sahaja membantu dalam segala pengurusan data dan maklumat, malah dapat membantu meringankan bebanan tugas harian guru-guru dan pentadbir sekolah dari aspek masa, tenaga, kos kertas A4 dan sebagainya. Sistem pangkalan data ‘Ez Admin Data’ (EzAD) ini telahpun diperluaskan ke semua bidang dalam pengurusan sekolah seperti pelan strategik sekolah, kemenjadian murid, kemenjadian guru, PdPc, jaringan dan jalinan, unit ICT, unit PSS dan lain-lain mengikut keperluan sekolah (seperti ada dalam gambar). Nama Guru SATHISKUMAR A/L PARAMASIVAN NARASIMHA RAO A/L SOMAIAH JENIFFER Sekolah SJKT ARUMUGAM PILLAI Kod Sekolah ABD3070

SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN 84 PROJEK KEREPEK BETIK CHEESE Projek inovasi ini dijalankan untuk mengatasi masalah pembaziran buah betik masak yang tidak digemari oleh warga sekolah khususnya murid-murid SK Kampong Tua. Di samping mengelakkan pembaziran, penghasilan kerepek betik cheese merupakan satu inovasi baru produk kerepek buah-buahan tempatan yang tidak pernah difikirkan oleh orang ramai sebelum ini. Kerepek rendah kalori ini sesuai untuk dinikmati oleh semua peringkat umur. Kertas projek ini menceritakan peringkat sebelum, semasa dan selepas projek dijalankan. Inovasi ini juga memberi impak kepada semua khususnya kepada murid. Melalui pengalaman membuat kerepek betik cheese murid juga secara tidak langsung mempelajari proses yang perlu dilalui sebelum sesuatu bahan mentah itu menjadi makanan. Nama Guru: FIRDAUS HIDAYAT BIN SARBINI NOORZAMRIZA BINTI BAKAR HAFIDZA BINTI SUNNY Sekolah: SK KAMPONG TUA Kod Sekolah: ABA 3035 PENGURUSAN

SEKALUNG PENGHARGAAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN Merakamkan ucapan terima kasih kepada MPSM Daerah Kerian PGBM Daerah Kerian Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang Kelab Guru Inovatif Kerian serta semua pihak yang terilbat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Pertandingan Inovasi Pendidikan Kerian 2023. PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA 85

Click to View FlipBook Version