The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pssskkpersik22, 2022-11-19 12:57:06

GURU DAN PELAJAR PENCETUS MOTIVASI

GURU DAN PELAJAR PENCETUS MOTIVASI

GURU DAN PELAJAR
PENCETUS MOTIVASI

Pensyarah : Ts Dr Md Baharuddin Bin Abdul Rahman
DISEDIAKAN OLEH : 1) Muhammad Irsyhad Bin Mohd Shukri (151818)

2) Noni Binti Alias (150877)
3) Siti Noralysha Binti Yusoff (152402)

BAB 1

MOTIVASI

KANDUNGAN :

1. MAKSUD MOTIVASI
2. TEORI MOTIVASI

PENGENALAN TOKOH TEORI
MOTIVASI

LAPISAN TEORI MOTIVASI
AKTIVITI DAN PENILAIAN

MAKSUD

MOTIVASI

TEORI
MOTIVASI

ABRAHAM MASLOW

Abraham Maslow merupakan seorang
tokoh psikologi manusia yang terkenal di Amerika Syarikat kerana telah
menerbitkan sebuah teori iaitu Teori Hierarki Keperluan Maslow di dalam bukunya
“A Theory of Human Motivation” yang mengkaji pasal psikologi seseorang itu pada
tahun 1943. Maslow dilahirkan 1 April 1908 dan Abraham maslow melanjutkan
pengajian pengajian undang-undang di City College of New York (CCNY) sebelum
melanjutkan peringkat lebih tinggi di University of Wisconsin. Di sana beliau
mendapat 3 ijazah sarjana muda pada tahun 1930, ijazah sarjana pada tahun 1931
dan ijazah doktor falsafah pada tahun 1934. Terdapat 5 lapisan teori maslow



AKTIVITI

https://wordwall.net/play/8861/507/458

PENILAIAN
1. Dalam teori Abraham Maslow jelaskan
cara-cara dilakukan bagi memastikan
pelajar mendapat pembelajaran dan
pengajaran yang baik

BAB 2 :
MOTIVASI

1. JENIS-JENIS MOTIVASI

Maksud Motivasi
Ciri-ciri Motivasi tersebut

2. FAKTOR-FAKTOR MOTIVASI

MINAT
KEPERLUAN

SIKAP
ASPIRASI
INSENTIF

by alfredo torres

JENIS-JENIS
MOTIVASI

Motivasi
dapat dikategorikan kepada 2 bahagian yang sering wujud
dalam diri individu dan
menjadi perangsang kejayaan seseorang itu. Antara motivasi
yang wujud seperti
Motivasi Instrinsik dan Motivasi Ekstrinsik.

HANNAH MORALES

CIRI-CIRI MOTIVASI INSTRINSIK DAN
MOTIVASI EKSTRINSIK DALAM

PEMBELAJARAN TERJADI PELAJAR

Motivasi Motrivasi
instrinsik Ekstrinsik

Motivasi Instrinsik minat akan cabaran
merupakan motivasi sukar dipupuk

dalam diri pelajar kerana kebanyakkan
pelajar tidak minat cabaran. Sebagai

guru kita perlulah memainkan peranan
dengan efektif menarik pelajar untuk

meminati pelajaran dengan cara
mengadakan aktiviti pembentangan
kumpulan, kuiz dan lakonan drama.

Mereka akan diberikan topik
pembelajaran dan diharuskan
menyelesaikan masalah. Apabila mereka
terbiasa akan merasa seronok dalam diri
mereka dan menganggap perkara biasa

https://ic.pics.livejournal.com/kheru2006/18224891/951730/951730_original.jpg

MOTIVASI EKSTRINSIK

Pengiktirafan ini
dapat dilakukan bagi menaikkan semangat seseorang
pelajar untuk lebih giat
menjalani pembelajaran. Sebagai guru pengiktirafan dapat
diberikan kepada
pelajar cemerlang dalam pengajarannya dengan cara
memberikan hadiah seperti
wang ringgit, belanja makan dan membawa pelajar bercuti.
Dengan ini mereka akan
merasa lebih bersemangat untuk belajar lagi.

sumber rujukan
:https://www.bharian.com.my/beri
ta/nasional/2018/07/454706/21-
pelajar-terima-anugerah-apcbh-

2017

Perkongsian sosial dalam
pembelajaran merujuk kepada pelajar terlibat aktif

dalam perbincangan mereka.
Mereka saling berinteraksi satu sama lain

menganalisis, mencari maklumat dan
menyampaikan satu sama lain. Ianya lebih kepada

perkongsian bersama. Terdapat
banyak kelebihannya, pelajar dapat mengulangkaji

mata pelajaran dengan cepat,
memudahkan memahami sesuatu topik yang sukar

difahami kerana rakan yang lain
akan membantu mengajar topik tidak difahami.
Keadaan ini dapat mendrong semangat belajar

berkumpulan.

Guru juga perlu memainkan peranan
memupuk motivasi ekstrinsik iaitu
belajar berkumpulan dengan cara
menggalakkan

pembentukan kumpulan dalam kelas dan
memberikan topik yang berlu dikaji

pelajar. Kaedah Think Pair Share, Fan n
Pick yang memerlukan pelajar mencabut

number 1,2,3 dan apabila tiba giliran
akan dipanggil untuk

membentangkannya. Saling
berkongsi maklumat

Aktiviti lain :

https://www.cikguhailmi.com/2016/04/10-kaedah-
pembelajaran-koperatif-

MINAT DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah motivasi yang amat penting dalam
menjayakan sesuatu perkara dan kebiasaannya dipengaruhi oleh minat pelajar
tersebut. Hal ini kerana tanpa sokongan dari pelajar maka pengajaran dan
pembelajaran tidak dapat dijalankan sempurna. Pelajar yang memiliki Motivasi
minat topik diajar oleh guru akan mendorong dirinya untuk belajar, mengikuti
kelas guru adakan dan mengulangkaji pelajaran dengan bersungguh-sungguh. Jika
tidak akan berlakunya kes seperti baru-baru
ini kita dapat melihat kesedihan seorang guru yeng bernama mustakim yang
bersungguh-sungguh ingin mengajar pelajarnya dalam kelas online pada pagi hari.
Akan tetapi tiada seorangpun pelajar yang join kelas tersebut. Padahal kesemua pelajar
tersebut merupakan
pelajar akan menduduk peperiksaan SPM. Paling sedih lagi, apabila guru tersebut
menelefon pelajar ada diantara mereka yang menutup telefon dan ada diantara
mereka berkerja. Apa dapat disimpulkan bahawa minat pelajar amat penting dalam
menjayakan sesuatu pembelajaran. Oleh itu, guru perlulah mewujudkan satu kaedah
lain bagi menarik minat pelajar dengan mengadakan aktiviti belajar dengan
menonton filem terutamanya mata pelajaran sejarah, kuiz dan permainan lain. Inn
kerana dapat menimbulkan rangsangan keseronokan dalam diri pelajar tersebut.

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/11/646814/ram
ai-pelajar-minta-maaf-cikgu-mustakim

SIKAP
DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

Semasa pengajaran yang dilakukan oleh guru perlu praktifkan sikap positif
untuk menunjukkan professional sebagai seorang pendidik. Guru perlulah
bersikap lemah-lembut, hormat-menghormati dan bersabar akan peribadi
murid. Kejayaan guru dalam menerapkan sifat-sifat positif ini dapat
menjadikan pembelajaran dilakukan diterima oleh murid. Keadaan ini terjadi
disebabkan murid merasai dihargai dan disayangi sehingga menimbulkan
sifat ingin belajar bagi mengembirakan guru. Misalnya, guru tidak
menjatuhkan hukuman kepada pelajar yang gagal berulang kali subjeknya
tetapi guru menunjukkan sikap ambil peduli keadaan pelajar. Guru cuba
mengkaji masalah pelajar tersebut dan memberikan latihan special
kepadanya bagi membantu pelajar. Guru juga harus menujukkan sikap
motivasi dalam diri pelajar dengan memberikan kata-kata semangat tanpa
menyakitkan hati pelajar.
Kejayaan pelajar dalam pembelajaran ini juga dipengaruhi oleh sikap pelajar
itu sendiri. Misalnya, Motivasi yang berkesan ini juga dipengaruhi sikap
positif pelajar tersebut yang tidak mudah mengalah, suka bertanya guru
mengenai silibal yang kurang difahaminya. Dengan ini pelajar akan mudah
menguasai akan sesuatu diajari oleh guru sehingga menjadi pendorong untuk
mencapai sesuatu kejayaan itu. Kesimpulannya, pelajar haruslah
menerapkan sifat positif dalam pembelajarannya agar tidak mudah putus
asa dalam pelajaran.

INSENTIF DITERIMA

Motivasi yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat
dilihat insentif yang diterima seperti bonus, ganjaran, hadiah dan pemberian istimewa
yang diterima oleh seseorang itu. Terdapat pelajar yang memiliki motivasi untuk
berusaha sebaik mungkin dalam pembelajaran terutamanya dalam UPSR, SPM, STPM
dan Ijazah untuk mendapatkan insentif berbentuk biasiswa belajar ke peringkat
lebih tinggi. Ada juga di dorong oleh sokongan dari keluarga yang menjanjikan
pemberian hadiah seperti kereta, dan tempat pelancongan apabila mendapat gred baik
dalam peperiksaan. Buktinya, berita yang memaparkan pelajar SPM yang mendapat
10A dalam pelajarannya yang bernama Abdul
Manaf Abdul Aziz sempat mendapat perhatian banyak pihak apabila dia menyatakan
keinginannya untuk menjadi seorang doktor. Abdul
Manaf Abdul Aziz yang merupakan pelajar yang miskin dari golongan B40 tidak memiliki
keupayaan untuk membiayai yuran pengajiannya telah menerima insentif biasiswa
penuh. Kejayaan Abdul
Manaf Abdul Aziz dapat diambil pelajaran kepada pelajar untuk merebut kejayaan dalam
pelajaran bagi memperolehi insentif yang dapat membantu pelajar yang kurang
kemampuan untuk berjaya mencapai cita-citanya.

https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2019
/04/548186/impian-pelajar-miskin-mahu-jadi-doktor-

tercapai

KEPERLUAN

Motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran juga dipengaruhi oleh keperluan seseorang itu.
Sekolah yang memiliki kemudahahan yang lengkap dapat mempengaruhi professional pengajaran
seorang guru disebabkan oleh kemudahan yang canggih memudahkan proses pedagogi dijalankan
dengan baik yang mempengaruhi kejayaan pelajar. Sekolah yang memiliki dewan seminar,
kemudahan kerusi mencukupi dapat memberikan keselesaan seorang guru untuk mengajar
sehingga menaikkan semangat motivasi dalaman seorang guru. Keadaan ini menyebabkan pedagogi
disampaikan dengan baik melalui tayangan skrin, pementasan teater dan permainan kahoot seiring
perkembangan Pendidikan abab ke-21. Pelajar akan dapat pendedahan yang baik.
Pelajar yang memiliki motivasi untuk berjaya cemerlang dalam pembelajaran juga dipengaruhi oleh
keperluan dirinya untuk diterima oleh rakan sebayanya. Kebiasaannya, ianya berlaku di sekolah elit
dan berasrama penuh yang memiliki pencapaian peperiksaan yang baik. Pelajar di sana memiliki
suasana belajar yang tinggi untuk bersaing satu sama lain bagi mendapatkan gred baik dalam
peperiksaan. Ini dapat mempengaruhi pemikiran seseorang pelajar untuk belajar bersungguh-
sungguh bagi mengelakkan dirinya ketinggalan dari rakannya dan supaya diakui oleh rakannya yang
lain. Apabila pelajar itu tidak cemerlang akan menyebabkan dirinya terasa terasin dari rakannya.
Kesimpulannya, motivasi keperluan belajar ini dipengaruhi oleh keperluan dalam dirinya supaya
dihormati dan diakaui oleh rakannya yang lain menyebabkan dirinya melakukan apa sahaja untuk
diakaui oleh kumpulan tersebut. Ianya membawa kesan positif apabila pelajar itu berada kumpulan
pelajar yang baik tetapi jika salah memilih kumpulan inya membawa kesan negatif sehingga berlaku
jenayah seperti rompakkan dan lumba haram.

FAKTOR MOTIVASI

ASPIRASI

Faktor yang penting dalam motivasi juga dipengaruhi oleh aspirasi
seseorang itu. Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah aspirasi
dalam diri seseorang pelajar perlu disemai. Aspirasi ini perlu ditunjukkan
kepada pelajar agar mereka dapat mencontohi seseorang itu untuk
berjaya dan bersemangat. Dengan adanya aspirasi ini pelajar akan merasa
dirinya bertuah dari orang lain dan tidak menjadikan sesuatu masalah
kecik seperti jarak jauh dari rumah ke sekolah, kewangan tiada dan lainya
untuk menghalang dirinya untuk belajar. Oleh itu, guru perlulah menjadi
contoh aspirasi kepada pelajar dan menunjukkan tingkah laku yang baik
semasa pedagogi dijalankan dalam kelas. Guru juga boleh membawa kisah
aspirasi seseorang pelajar dalam pedagogi di kelas bagi menarik minat
pelajar. Misalnya guru boleh menceritakan kisah perjuangan Malala
Yousafzai memperjuangkan hak-hak perempuan untuk bersekolah di
Pakistan Timur desa Mingora, Swat. Malala merupakan seorang gadis kecik
masa itu berusia 5tahun terpaksa berhenti sekolah dan melakukan kerja-
kerja lading sedangkan abang-abangnya yang lain dapat bersekolah. Ianya
bermula apabila desa kecil Mingora di Pakistan tempat tingga Malala
dikuasai oleh kumpulan Militen Taliban yang mengharamkan sekolah
kaum wanita. Taliban merupakan kumpulan pemberontak yang
memperjuangkan islam secara kekerasan dan menolak unsur barat seperti
persekolahan kaum wanita. Walaupun di bawah kekuasaan Taliban Malala
tetap bersekolah secara sembunyi-sembunyi. Pada usia 11,12 tahun Malala
dengan lantang menulis tentang kisahnya dan kekejaman Taliban sehingga
mendapat perhatian ramai pihak. Setiap hari beliau selalu menulis tentang
perjuangannya sehingga satu ketika Kumpulan Taliban mengetahui Malala
menulis blot yang menggunakan nama samara BBC Urdu. Malala ditembak
semasa pulang ke sekolah menaiki bas tetapi berjaya diselamatkan. Kisah
Malala mendapat perhatian ramai sehingga merubah Paksitan dan Malala
diberi penghargaan International Children’s Peace Prize oleh Desmond
Tutu. Dengan pelajar akan merasai termotivasi untuk belajar dan
mencontohi seseorang yang hebat

Sumber
Rujukan: https://swararahima.com/2018/08/16/malala-yousafzai-inspirasi-perjuangan-

pendidikan-perempuan-dari-pakistan/

AKTIVITI

https://wordwall.net/play/8861/980/575

PENILAIAN

1.Apakah perbezaan antara
Motivasi
Instrinsik dan Motivasi Ekstrinsik dalam diri pelajar?
2. Berdasarkan pengetahuan anda, apakah iktibar dapat
diambik dari kisah perjuangan Malala Yousafzai?

BAB 3 -
PROSES
PENGAJARAN

konsep pengajaran (pengenalan)
Model pengajaran
Strategi pengajaran yang digunakan
oleh guru
1.Strategi pemusatan guru
2.Strategi pemusatan pelajar
3.Strategi pemusatan bahan
4.Strategi pemusatan tugasan/aktiviti

PROSES
PENGAJARAN

Pengajaran ialah sesuatu tugas dan
aktiviti yang diusahakan bersama oleh
guru dan muridnya untuk tujuan
tertentu
pengajaran juga dapat didefinisikan
sebagai aktiviti yang berkaitan dengan
penyebaran ilmu pengetahuan yang
meliputi proses atau aktiviti
perancangan, pengelolaan, penyampaian,
bimbingan dan juga penilaian. Proses
pengajaran ini akan ditentu dan
dirancang oleh guru untuk membantu
pelajar belajar dan mencabar mereka ke
arah pencapaian potensi optimum

Setiap guru akan merancang proses
pengajaran secara sistematik dan teliti
untuk melaksanakannya dengan
kaedah dan teknik mengajar yang
sesuai dan efektif

Proses pengajaran yang dirancang oleh

guru haruslah mampu membimbing,

mendidik, menggalak dan

memotivasikan murid supaya

mengambil inisiatif untuk belajar demi

menambahkan ilmu pengetahuan dan

menguasai segala kemahiran yang

diperlukan

Proses pengajaran ini boleh berkembang

secara berterusan menerusi pengembangan

ilmu, penyelidikan, pemantapan kemahiran

dan sebagainya. Proses pengajaran mestilah

merangkumi objektif pengajaran,

pengetahuan sedia ada, kaedah mengajar dan

penilaian.

Proses pengajaran ini boleh berkembang
secara berterusan menerusi pengembangan
ilmu, penyelidikan, pemantapan kemahiran
dan sebagainya

Proses pengajaran mestilah merangkumi
objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada,
kaedah mengajar dan penilaian

Model Pengajaran

Model pengajaran ialah strategi
preskriptif yang direka bentuk
untuk mencapai matlamat dalam
proses pengajaran. Model
pengajaran terdiri daripada
prosedur pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan
oleh guru untuk merancang
pengajaran yang berkesan

Terdapat 5 model pengajaran yang boleh
digunakan oleh guru. Antaranya ialah

1) Model pengajaran Robert Glazer
2) Model Sim
3) Model Taba
4) Model latihan terus
5) Model inkuiri

https://youtu.be/CmALQ3LXnU4

Model Pengajaran

Model Robert Glazer- objektif pengajaran harus ditentukan
dengan pengetahuan sedia ada pelajar.seterusnya, kaedah
mengajar harus dipilih berdasarkan objektif pengajaran dan
pengetahuan sedia ada pelajar. penilaian harus dijalankan ke
atas proses pengajaran agar guru dapat mengenalpasti
kelemahan dan mengubahsuai kaedah pengajarannya sesuai
dengan kebolehan pelajar

Model Sim- Model pengajaran sim menjelaskan bahawa proses
pengajaran yang berlaku adalah melalui interaksi di antara
beberapa unsur iaitu guru, murid, isi pelajaran dan juga objektif.
Apa yang membezakan model ini dengan Model Glaser ialah
Model Sim menekankan perhubungan yang baik antara guru
dengan murid supaya menimbulkan interaksi yang sihat

Model Taba- Model ini menekankan penyusunan bahan-bahan
pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai yang dapat
meningkatkan kemahiran berfikir pelajar

Model Latihan Terus- Satu model yang bertujuan untuk
membantu pelajar mempelajari ilmu pengetahuan atau
kemahiran asad yang boleh diajar dengan cara langkah demi
langkah. Model ini menekankan aspek pemerhatian pelajar
terhadap apa yang ditunjukkan oleh guru sebelum pelajar
melakukannya semula

Model Inkuiri- Model ini melibatkan segala proses soal selidik
untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan
atau masalah yang dikemukakan

STRATEGI PENGAJARAN YANG
DIGUNAKAN OLEH GURU

Strategi pengajaran ialah satu kaedah
atau cara untuk mewujudkan
penglibatan aktif dalam kalangan
pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan

Menurut Norasmah dan Shuki (2009),
strategi pengajaran merujuk kepada
sesuatu rancangan jangka panjang
yang dirancang oleh guru untuk
mencapai objektif-objektif yang telah
ditetapkan.

Apabila strategi pengajaran guru tidak
selaras dengan tahap penerimaan
pelajar, maka minat pelajar terhadap
isi pelajaran akan berkurang

Seseorang guru haruslah bijak dalam
mencipta strategi pengajaran yang
menarik dan efektif bagi meningkatkan
minat dan kefahaman pelajar. Strategi
pengajaran mestilah dipelbagaikan
dan guru perlu mengambil kira tentang
perbezaan latar belakang pelajar dan
isi pelajaran yang diajar

1. Strategi
Pemusatan Guru

Melalui strategi pemusatan guru,
guru memainkan peranan penting
dalam menyampaikan isi pelajaran,
memberi penerangan, tunjuk cara
dan sebagainya

Manakala pelajar pula berperanan
sebagai penonton dan pendengar
dalam proses pengajaran dan
pembelajaran

Strategi pemusatan guru ini hanya
melibatkan komunikasi dan interaksi
sehala antara pelajar dan guru. Guru
lebih banyak bercakap dan
kebiasaannya pelajar kurang
berpeluang menyumbangkan idea
dan pandangan mereka

Kebanyakan guru menggunakan
strategi ini untuk menyampaikan
fakta secara hafalan. Melalui strategi
ini, pelajar dilihat menjadi pasif dan
kurang kreatif.

2. Strategi Pemusatan
Pelajar atau Murid

Strategi pemusatan murid ini
lebih tertumpu kepada
peranan pelajar semasa
dalam proses pembelajaran.

Melalui strategi ini, pelajar
digalakkan untuk melibatkan
diri dan memberi tindakbalas
yang aktif apabila berada
dalam kelas.

Semasa proses pembelajaran dijalankan, pelajar
akan berbincang antara mereka tentang sesuatu
topik pelajaran perbincangan antara pelajar ini
melibatkan samaada aktiviti kumpulan atau
individu.

Manakala guru pula akan menjadi fasilitator dan
pemudahcara kepada pelajar. Strategi ini
mampu mewujudkan peluang interaksi antara
pelajar dan melahirkan sifat-sifat positif seperti
bekerjasama, bertolak ansur dan tolong-
menolong.

Melalui strategi ini juga, pelajar akan lebih
menonjol dan menunjukkan sifat kreatif.

3) Strategi pemusatan
bahan

Bahan pengajaran dan pembelajaran
merupakan salah satu komponen penting.
Strategi ini jelas sekali memudahkan urusan
guru untuk menyampaikan sesuatu topik
pelajaran secara menarik dan berkesan.
Manakala pelajar pula akan mudah untuk
memahami topik yang diajarkan oleh guru
tersebut. Bahan pengajaran dan
pembelajaran ini termasuklah carta, peta,
gambar, bahan bercetak, projektor dan
sebagainya.
Bahan-bahan ini akan menjadi rujukan para
pelajar apabila melakukan aktiviti
berkumpulan atau semasa ketiadaan guru.
Pelajar juga akan lebih tertarik apabila guru
sentiasa mempelbagaikan bahan
pengajaran.
strategi ini dapat meningkatkan kecekapan
dan kemahiran para pelajar dalam
menggunakan pelbagai jenis bahan
pelajaran membantu memupuk sifat sosial
pelajar yang positif melalui pembelajaran
kumpulan apabila melibatkan penggunaan
bahan pelajaran, pelajar dapat menghayati
dan mendalami sesuatu konsep sesuatu
perkara yang abstrak dengan lebih jelas

4) Strategi berasaskan
tugasan/aktiviti

Guru melibatkan semua pelajar dalam
pelaksanaan sesuatu tugasan atau aktiviti
Guru perlu memberi penerangan kepada
pelajar tentang sesuatu tugasan atau
aktiviti yang dijalankan.
Hal ini agar para pelajar jelas akan
matlamat yang ingin dicapai
Guru boleh membantu menyediakan
bahan dan memantau pelaksanaan
sesuatu tugasan yang diberikan kepada
pelajar
Pelajar diberikan satu tempoh tertentu untuk
menyiapkan sesuatu tugasan. Tempoh ini bertujuan
untuk melatih diri para pelajar agar lebih menepati masa
dan cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan
Para pelajar perlu membuat ulasan dan refleksi setelah
selesai menyiapkan tugasan. Contohnya pelajar
membuat perbincangan atau pembentangan berkaitan
tugasan yang dilakukan. Tujuan ulasan dan refleksi ini
dilakukan adalah untuk melatih pelajar bercakap dan
memberi penerangan di khalayak
Guru pula akan membuat semakan tugasan pelajar,
menilai dan memberi maklum balas umum tentang
prestasi pelajar dan memperkuatkan lagi idea utama
tugasan tersebut

AKTIVITI

https://quizizz.com/join/quiz/5fd91372a49692001bcdfb7f/start?studentShare=true

PENILAIAN

1. Apakah yang anda faham tentang model sim?
2. Bagaimanakah strategi pemusatan bahan dapat

meningkatkan kefahaman pelajar?

BAB 4- MOTIVASI
DAN

PENGAJARAN

Kaitan antara proses pengajaran dan motivasi
1.Kaedah penyampaian maklumat
2.guru mewujudkan interaksi yang mesra dengan pelajar
3. penyediaan dan pelaksanaan aktiviti yang menarik

cara guru meningkatkan motivasi dalam diri pelajar
1.memberi rangsangan dan peneguhan positif
2.peka dan mengambil berat terhadap pelajar
3.menggalakkan penglibatan pelajar dalam setiap aktiviti
4.mengelakkan daripada mengenakan hukuman berat
5.menggunakan kaedah pengajaran yang menarik dan seronok
6.memberi perhatian yang sama rata

KAITAN ANTARA PROSES PENGAJARAN DENGAN
MOTIVASI

Guru berperanan penting dalam
menggerak dan mendorong pelajar untuk
meningkatkan keinginan meneroka dalam
alam akademik

Motivasi seseorang pelajar boleh
dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti
aspek kendiri, persekitaran, tingkah laku,
emosi dan keyakinan diri individu

Motivasi pelajar mempunyai kaitan
dengan pendekatan pengajaran guru yang
mampu meningkatkan kepercayaan
motivasi dalam sesuatu pembelajaran.
Pendekatan pengajaran guru termasuklah
kaedah penyampaian maklumat, interaksi,
aktiviti dan sebagainya

Kaedah penyampaian maklumat secara
menarik akan meningkatkan motivasi
belajar di kalangan pelajar untuk belajar

Apabila guru bijak mengaitkan sesuatu topik
pelajaran dengan aktiviti yang lain seperti
bercerita, berpantun, menyanyi, maka para
pelajar akan mudah memahami sesuatu topik
yang dikaitkan. Para pelajar akan mula
memahami sesuatu topik dan akhirnya
mereka akan berasa berminat untuk
mengetahui sesuatu perkara yang dpelajari
dengan lebih mendalam

Kaedah penyampaian maklumat ini secara
tidak langsung akan meningkatkan motivasi
pelajar untuk terus mendalami ilmu
pengetahuan dan topik-topik yang diajar oleh
guru sama ada dari aspek pertuturan, bacaan
atau penulisan

Manakala kaedah penyampaian maklumat
yang berbentuk tradisional iaitu guru
menterjemah semata-mata dan pelajar
hanya berperanan sebagai pendengar,
pelajar tersebut akan mudah berasa bosan
dan bersikap pasif kerana kekurangan
motivasi belajar

Guru perlu mewujudkan interaksi yang mesra
dengan pelajar

Kebiasaannya, para pelajar amat
gemar dengan guru yang
bersikap mesra dan mudah
bergaul dengan para pelajar. Ciri
guru sedemikian kebiasaannya
mudah ditemui di mana-mana
sahaja mereka berada untuk
proses pengajaran dan
pembelajaran.

sikap sedemikian secara tidak langsung akan
meningkatkan motivasi pelajar walaupun tidak
sepenuhnya

Apabila seseorang guru itu bersikap mesra
dengan semua pelajar, para pelajar yang lemah
akan berasa selesa untuk berkongsikan masalah
mereka dengan guru tersebut

Di samping itu, interaksi sebegini mampu
meningkatkan kefahaman para pelajar terhadap
topik-topik yang dirasakan agak sukar dan
belum dikuasai sepenuhnya

Sikap guru yang mesra akan menjadi penggerak
kepada motivasi pelajar tanpa perlunya ada
desakan dan paksaan

Penyediaan dan pelaksanaan
pelbagai aktiviti menarik

Pengajaran yang diberikan oleh guru tidak
seharusnya hanya tertumpu kepada teori dan hafalan
sahaja
Guru-guru perlu mahir dalam merancang pelbagai
aktiviti kepada pelajar bagi meningkatkan motivasi
dan semangat belajar mereka
Kepelbagaian aktiviti pengajaran seperti kem bahasa,
lawatan sambil belajar, kuiz dan sebagainya amat
berkesan untuk menggerakkan motivasi dan minat
pelajar terhadap isi pelajaran.
Apabila guru melaksanakan sesuatu aktiviti, guru
perlu memilih aktiviti yang sesuai dan mampu
dikaitkan dengan isi pelajaran
Pelaksanaan pelbagai aktiviti akan meningkatkan
kemahiran asas pelajar sama ada berkomunikasi,
berfikir dan menyelesaikan masalah
Kesimpulannya, proses pengajaran dan pembelajaran
ini dapat diikuti oleh semua pelajar tanpa mengira
aktif atau pasif

CARA GURU MENINGKATKAN MOTIVASI
DALAM DIRI PELAJAR

1) Guru memberikan rangsangan dan
peneguhan positif kepada pelajar

Guru boleh memberi hadiah berbentuk ganjaran
seperti gula-gula, wang saku, buku nota, kata-kata
pujian dan sebagainya kepada pelajar yang dapat
menjawab soalan dengan tepat, mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaaan
atau menunjukkan sikap yang baik.

Apabila seseorang pelajar memperoleh ganjaran
hasil daripada usaha mereka sendiri, pelajar
tersebut dan pelajar lain juga akan lebih
bersemangat dan berminat untuk meneruskan
pelajaran.

Ganjaran dan pujian daripada guru merangsang
pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh dan
mendapat ganjaran daripada guru. Oleh itu, para
pelajar akan bersaing secara sihat untuk
mendapat ganjaran daripada guru mereka.

2) Guru mesti peka dan mengambil berat
tentang keperluan pelajar

Seorang guru haruslah peka terhadap keadaan
para pelajarnya. Setiap pelajar mempunyai
masalah yang tersendiri. Sesetengah daripada
mereka kebiasaannya malu dan segan untuk
menceritakan tentang masalah mereka

Apabila seseorang pelajar itu mempunyai masalah
sama ada dari segi kewangan, konflik keluarga,
konflik rakan-rakan sebaya dan sebagainya,
mereka akan kehilangan motivasi dan semangat
untuk meneruskan pembelajaran.

Oleh itu, seorang guru haruslah mengambil
inisiatif untuk bertemu pelajar tersebut secara
personal dan memberikan dorongan kepada
pelajar tersebut agar terus bersemangat untuk
meneruskan pelajaran.

3) Guru perlu menggalakkan penglibatan pelajar
dalam setiap aktiviti yang dijalankan

Guru berperanan untuk membangunkan potensi
diri pelajar. Guru perlu memastikan semua pelajar
di dalam kelas terlibat dengan aktiviti yang
dijalankan. Penglibatan ini akan melahirkan
perasaan ingin tahu dalam kalangan pelajar.

Guru haruslah mengenalpasti pelajar yang lemah
dan mengadakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian
dengan tahap kepintaran pelajar seperti
perbincangan kumpulan, penyelesaian masalah,
aktiviti luar dan sebagainya. Guru harus
memastikan semua pelajar terlibat dan tiada
pelajar yang ketinggalan apabila sesuatu aktiviti
dijalankan.

Apabila semua pelajar terlibat aktiviti yang
dijalankan, guru dapat melihat sikap dan
personaliti setiap pelajar di samping meningkatkan
lagi motivasi mereka dalam pelajaran. Oleh itu,
pelajar yang lemah juga dapat digerak untuk
berfikir secara kreatif dan kritis.

4) Guru harus elakkan daripada mengenakan
hukuman berat kepada pelajar

Guru harus mengelakkan diri daripada
mengenakan hukuman berat kepada pelajar
seperti menggunakan kekerasan fizikal. Emosi
pelajar akan terganggu apabila seseorang guru
mengenakan hukuman yang berat kepada
mereka. Contohnya, guru merotan pelajar
sekiranya mereka tidak menyiapkan kerja yang
diberikan.

Pelajar tersebut akan mengalami tekanan kerana
mereka beranggapan bahawa guru membenci
mereka. Hal ini akan menyebabkan pelajar
tersebut tidak mempunyai motivasi untuk belajar
kerana takut dan tertekan dengan sikap guru
mereka.

Oleh itu, seorang guru yang baik harus bijak
dalam menyelesaikan masalah dan tidak
sewajarnya terus mengenakan hukuman yang
berat kepada pelajar

5) Guru perlu menggunakan kaedah pengajaran
yang menarik dan seronok

Seorang guru perlulah menguasai pelbagai ilmu
pedagogi dan mengamalkannya di dalam bilik
darjah mahupun di luar bilik darjah.
Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran
seperti kaedah bercerita, perbincangan, kuiz, dan
sebagainya. Kuiz yang dihasilkan juga perlulah
mencabar kebolehan pelajar dalam berfikir.
Selain itu, guru juga haruslah menyediakan alat
bantu mengajar agar proses pengajaran menjadi
lebih menarik seperti gambar, lakaran, graf, imej
3 dimensi dan sebagainya.
Apabila guru mempelbagaikan kaedah
pengajaran, para pelajar tidak akan berasa bosan
dan mengantuk semasa berada di dalam kelas.
Kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru
mestilah mampu mengembangkan minda kritis
dan kreatif pelajar.
Guru juga boleh mengubah kaedah pengajaran
sehala kepada perbincangan secara
berkumpulan. Cara ini dapat mewujudkan
interaksi antara pelajar serta mampu
meningkatkan motivasi mereka dalam pelajaran

6) Guru harus memberi perhatian
secara sama rata kepada pelajar

Seorang guru haruslah
menerima kelemahan dan
kekurangan murid dengan
seadanya. Guru tidak boleh
bersikap pilih kasih dan
hanya memberi perhatian
kepada pelajar yang aktif
sahaja.

Terdapat segelintir guru yang kurang selesa dengan
pelajar yang lemah dalam pelajaran dan
bermasalah. Pelajar tersebut kebiasaanya tidak
diberi perhatian seperti pelajar-pelajar lain.

Apabila guru hanya menumpukan perhatian kepada
pelajar yang aktif sahaja, maka pelajar-pelajar yang
lemah akan disisih dan keadaan ini menyebabkan
pelajar tersebut hilang motivasi untuk belajar.

Oleh itu, guru haruslah memberi perhatian yang
sama rata kepada pelajar agar mereka lebih
bersemangat untuk belajar.

AKTIVITI

https://quizizz.com/join/quiz/5fd9671c63323b001ea6fef0/start?studentShare=true

PENILAIAN

Bagaimanakah guru dapat meningkatkan
motivasi pelajar?

Mengapakah rangsangan dan peneguhan positif
adalah penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran

BAB 5
PEMBELAJARAN

APA ITU PEMBELAJARAN?

Pembelajaran merupakan suatu proses yang berkait rapat dengan

pengajaran dimana ia menunjukkan saling kebergantungan antara

pelajar dengan guru. Keberkesanan proses pengajaran dapat

membantu pelajar untuk belajar dan meningkatkan tahap

penguasaan para pelajar dalam memahami sesuatu pelajaran.

Pembelajaran dianggap sebagai perolehan maklumat dan

pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat, serta

pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku

sepanjang hayat bermula sebaik sahaja dilahirkan. Pembelajaran

bukan setakat merangkumi penguasaan pengetahuan kemahiran

semata-mata, tetapi perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan

kesenian serta ciri dalaman juga dipengaruhi oleh pembelajaran.

Pembelajaran membawa perubahan pada diri seseorang sama ada

perubahan ke arah kebaikan ataupun keburukan.

Walaubagaimanapun, perubahan yang disebabkan oleh kematangan

seperti berjalan, makan, penyakit dan kelaparan tidak dianggap

pembelajaran.

Pembelajaran juga merupakan proses dimana seseorang pelajar

memperoleh sesuatu kefahaman atau konsep dan mengubah serta

mengabaikan kefahaman atau konsep tertentu yang telah dipelajari

itu. Bagi mencapai salah satu daripada matlamat persekolahan,

pengetahuan yang diperoleh menerusi proses pembelajaran itu

kemudiannya diuji dan dinilai dalam bentuk peperiksaan yang sesuai

dengan tahap perkembangan pelajar. Akhirnya, setelah pelajar diakui

telah menguasai sesuatu bidang pelajaran tertentu, maka

diharapkan akan berlaku pemindahan pengetahuan dan perubahan

tingkah laku yang sewajarnya. Dalam erti kata lain, pembelajaran

diertikan sebagai proses memperolehi ilmu pengetahuan atau

kemahiran serta proses perubahan tingkah laku yang agak kekal

akibat pengalaman atau latihan kerana pembelajaran bermula sejak

kecil lagi.

Proses pembelajaran dan pengalaman menimba ilmu akan
berubah sejajar dengan peralihan peringkat pengajian, misalnya
dari peringkat sekolah rendah ke sekolah menengah. Dalam
konteks ini, bukan sahaja bahan pembelajaran menjadi semakin
sukar kerana perlu disesuaikan mengikut tahap perkembangan
kognitif remaja, malah mereka dipertanggungjawabkan untuk
memperoleh pencapaian akademik yang lebih tinggi. Selain itu,
pengajian mereka juga akan lebih mengkhusus serta akan
mempengaruhi pemilihan bidang pengajian di kolej atau universiti
dan pekerjaan mereka pada masa hadapan.

Kita sebagai manusia sememangnya mempunyai matlamat untuk
mencapai sesuatu kejayaan begitu juga sebagai seorang pelajar.
Kita seharusnya mempunyai strategi yang berkesan untuk
mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran dan seterusnya
mencapai cita-cita yang kita impikan. Oleh itu, mari kita lihat
strategi-strategi yang patut kita lakukan untuk mencapai
kejayaan dan kecemerlangan dalam peperiksaan.

STRATEGI PEMBELAJARAN
YANG BERKESAN

01 Membuat
persediaan

02 Merangka
jadual belajar

03 Membuat nota ringkas

04 Mengunjungi
perpustakaan

05 Sentiasa bertanya

2026 Bertukar fikiran

Persediaan sebelum memulakan sesuatu

proses pembelajaran adalah penting bagi

mencapai keberkesanan dalam

pembelajaran tidak kira sama ada dari segi

rohani, mental mahupun fizikal. Ketiga-tiga

aspek ini perlu dititikberatkan kerana

apabila diri kita tidak sihat atau tidak aktif

MEMBUAT dari segi rohani, mental dan fizikal, kita
PERSEDIAAN
tidak akan dapat menerima sesuatu input

pembelajaran dengan baik.

Persediaan mental yang baik ialah

persediaan tumpuan fikiran yang

sepenuhnya terhadap pelajaran. Pemikiran

yang masih bercampur-aduk dengan

perkara-perkara lain akan mengakibatkan

kebuntuan untuk memberi perhatian yang

serius dalam pelajaran. kita perlu

menetapkan atau setkan dalam fikiran

tentang tujuan kita menimba ilmu dan

sematkan kata-kata semangat serta

perkara-perkara yang positif supaya kita

tidak mudah putus asa semasa belajar

nanti. Manakala dari segi fizikal pula,

seseorang pelajar itu mestilah menjaga

kesihatan dengan memakan makanan yang

berkhasiat supaya tubuh badan sentiasa

sihat dan otak juga cerdas. Dengan itu,

pelajar dapat menerima sesuatu

pembelajaran dengan baik dan berkesan.

Contoh, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Seseorang pelajar mestilah mengatur masa

dan membuat jadual untuk setiap aktiviti yang

MERANGKA akan dilakukan. Seseorang pelajar itu
JADUAL
BELAJAR hendaklah mematuhi jadual belajar yang telah

disusun dan mereka juga tidak boleh terlalu

mengikut perasaan mereka yang malas untuk

belajar. Dengan adanya jadual belajar, pelajar

akan lebih berdisiplin dan bertanggungjawab

terhadap pembelajaran walaupun hanya

dengan membuka dan membacanya sahaja.

Oleh itu, seseorang pelajar itu haruslah

memastikan diri mereka memperuntukkan

masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap

hari sekiranya mahu mencapai kegemilangan

dalam semua mata pelajaran

Pelajar yang cemerlang adalah

pelajar yang sentiasa membuat nota

MEMBUAT NOTA ringkas. Selepas tamat proses
RINGKAS
pembelajaran bersama guru di

dalam kelas, seseorang pelajar itu

hendaklah menyediakan nota ringkas

bagi meningkatkan lagi kefahaman

serta dapat meningkatkan kuasa

ingatan mereka terhadap sesuatu

mata pelajaran. Nota tersebut

adalah untuk pelajar merujuk kembali

apa yang telah mereka baca dan

pelajari. Nota-nota ringkas ini bukan

sahaja mudah untuk dibawa

bersama ke mana-mana sahaja

malah ia juga boleh digunakan

sebagai ulang kaji sebelum

menghadapi peperiksaan. Nota-nota

ini boleh dibuat mengikut kreativiti

masing-masing supaya lebih tertarik

untuk dibaca seperti menggunakan

kertas yang berwarna-warni, corak

yang menarik dan sebagainya.

Pelajar boleh melekatkan Nota-nota ringkas disekeliling mereka
seperti di bilik tidur, bilik belajar, lekatkan di atas meja belajar,
dinding-dinding atau tulis dalam buku nota yang sederhana besar
supaya mudah dibawa bersama dan mudah dibaca. Sebagai
contoh, setiap kali pelajar masuk ke dalam bilik tidur untuk tidur
mereka akan terlebih dahulu membaca nota-nota yang mereka tulis
kerana ia terlekat berdekatan dengan katil. Yang kedua, sebelum
mereka memulakan pembelajaran di dalam kelas, mereka akan
tengok nota-nota yang tertampal di atas meja dan membacanya
sementara menunggu guru yang datang mengajar.

Perpustakaan adalah sebuah ruang

atau gedung yang digunakan untuk

menyimpan buku dan terbitan yang

biasanya disimpan mengikut

tatasusunan tertentu untuk digunakan

pembaca. koleksi-koleksi buku,

MENGUNJUNGI majalah, kamus dan bahan
PERPUSTAKAAN
kepustakaan yang lainnya disimpan
PAGE 22
untuk dibaca ,dipelajari dan

dibicarakan.

seseorang pelajar hendaklah mencari

masa yang terluang untuk

mengunjungi perpustakaan seperti

pada waktu rehat bagi mendapatkan

ilmu tambahan dalam pembelajaran.

Pelajar boleh meluangkan masa di

dalam perpustakaan dengan

membaca buku-buku ilmiah, kamus,

dan sebagainya bagi memantapkan

lagi proses pembelajaran serta ilmu

pengetahuan. Pembacaan yang

banyak akan meningkatkan tahap

penulisan dalam sesuatu mata

pelajaran dan akal fikiran juga lebih

“bergeliga” atau cekap untuk

memikirkan sesuatu idea yang bernas

dan berkesan. Kesannya, seseorang

pelajar itu mendapat keputusan yang

cemerlang dalam penulisan Bahasa

melayu kerana idea-idea yang

diberikan sangat bernas dan setiap

huraian dinyatakan dengan jelas.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

semestinya ada sesetengah pelajar yang

tidak faham atau sukar untuk memahami

sesuatu topik tersebut. Oleh itu, seseorang

pelajar itu hendaklah membuang rasa malu

untuk bertanya sama ada kepada guru atau

rakan sekelas. Kita seharusnya bertanya

mengenai topik yang kita tidak fahami

sebelum guru meneruskan pengajaran pada

topik yang baharu kerana apabila kita tidak

memahami topik yang sebelumnya, kita juga

kemungkinan sukar untuk memahami topik

yang selanjutnya.

Sebagai contoh, Alia mengikuti kelas

membuat kek di sebuah kedai kek di Bandar

Machang. Semasa proses pengajaran untuk

membuat kek, pelbagai kaedah telah

diterangkan oleh ketua namun ada beberapa

langkah yang Alya tidak fahami namun dia

tidak bertanya untuk pemahaman yang lebih

lanjut. Setelah aktiviti membuat kek, Alya

buntu bagaimana cara untuk membuat kek itu

SENTIASA lembut. Kesannya, selepas dibakar kek
BERTANYA
tersebut tidak gebu dan keras.

Oleh itu, sentiasalah bertanya supaya tidak
tertinggal sesuatu yang penting terutama
untuk mendapat keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan dan juga dalam kehidupan
seharian


Click to View FlipBook Version